PERUTUSAN PENGERUSI INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA

Size: px
Start display at page:

Download "PERUTUSAN PENGERUSI INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA"

Transcription

1 TEKAD PERUTUSAN PENGERUSI INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA ASSALAMMU ALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA Perancangan dan pelaksanaan agenda integriti nasional merupakan gagasan penting ke arah memartabatkan negara bangsa yang mulia dan berdaya saing. Bagi merealisasikan wadah dan cabaran menjadikan Malaysia sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri, maka antara cabaran besar yang menjadi tonggak Wawasan 2020 ialah membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciriciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Atas kesedaran dan keinsafan bahawa integriti merupakan prasyarat dan landasan yang kukuh untuk sesebuah negara mencapai kemajuan dan mempertingkat daya saing, maka usaha dan gerakan pemantapan nilai-nilai murni, etika dan integriti menjadi fokus dan keutamaan negara. Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal dan dilaksanakan oleh pelbagai sektor masyarakat. Institut Integriti Malaysia (IIM) pula ditubuhkan sebagai penggerak, penyelaras dan pemantau kepada usaha ini. Setelah hampir lima tahun pelaksanaan PIN dan lima sasaran keutamaan dalam fasa pertama ( ) yang dikenali sebagai TEKAD 2008, penilaian dan semakan semula terhadap pelaksanaannya dilakukan. Laporan TEKAD 2008 ini dibentangkan kepada umum bagi meneliti sejauh mana usaha dan pencapaian negara mempertingkatkan nilai, etika dan integriti berhasil. Input dan maklum balas pelbagai sektor dan pihak berkepentingan (stakeholders) diperoleh dan dinilai. Di samping itu, penentuan hala tuju bagi fasa kedua dan seterusnya digariskan untuk dilaksanakan. Cadangan-cadangan penambahbaikan yang disyorkan adalah juga berlandaskan kepada pandangan dan kajian yang telah dijalankan. Bagi pihak Lembaga Pengarah dan Pengurusan Institut Integriti Malaysia, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha bersama-sama menjayakan gerakan pembudayaan integriti masyarakat Malaysia. Banyak kejayaan yang telah diperoleh, namun masih banyak cabaran dan halangan yang perlu diatasi. Ruang dan peluang penambahbaikan sentiasa ada di hadapan kita. Dengan kerjasama lebih bersistematik, terancang, bersepadu dan berterusan, adalah diyakini bahawa usaha murni kita bersama ke arah membudayakan integriti masyarakat seluruhnya akan menjadi realiti. TAN SRI MOHD. SIDEK HAJI HASSAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA PENGERUSI IIM i

2 t KATA-KATA ALUAN PRESIDEN INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA ASSALAMMU ALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA elan Integriti Nasional dilancarkan dengan objektif khusus bagi meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama daripada pelbagai sektor negara dan masyarakat terhadap integriti. Agenda ini bertujuan menjadikan integriti sebagai budaya masyarakat, memperkukuhkan asas moral masyarakat dan negara, di samping meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat, meningkatkan daya saing dan daya tahan negara dalam usaha menangani cabaran globalisasi. nisiatif penggubalan Pelan Integriti Nasional (PIN) dan penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM), merupakan komitmen kepimpinan negara, khususnya Y.A.B. Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia. Agenda penting ini menyerap prinsip dan falsafah Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Faktor kemanusiaan, modal insan dan jati diri individu merupakan nadi penggerak kemajuan dan pembangunan. egara telah menyaksikan pelbagai isu yang mencabar keutuhan institusi kekeluargaan, komuniti, sistem pentadbiran dan pengurusan dan kualiti hidup serta persekitaran. Kadar jenayah yang meningkat, etika dan nilai murni yang semakin terhakis serta gejala rasuah yang jika tidak dibendung lebih awal akan menjadi krisis nilai dalam masyarakat. Ini semua kelak berupaya merosakkan pelbagai sistem kerukunan dan kesejahteraan masyarakat. Justeru itu, sasaran fasa pertama Pelan Integriti Nasional yang dikenali sebagai TEKAD 2008 adalah mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dengan berkesan; memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan dan mengatasi karenah birokrasi; meningkatkan tadbir-urus korporat dan etika perniagaan; memantapkan institusi keluarga dan komuniti, dan meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat menjadi agenda keutamaan Kerajaan dan negara ke arah membudayakan integriti masyarakat. Laporan TEKAD 2008 menilai sejauh mana pelaksanaan dan pencapaian gerakan pembudayaan integriti dalam fasa pertama. Selain itu, penambahbaikan dan hala tuju bagi pelaksanaan bagi fasa seterusnya digariskan agar semua sektor masyarakat menggembleng usaha dan tenaga bagi menjayakannya. Semua usaha ini memerlukan perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan pemantauan berkesan yang dapat mengkoordinasi segala tindakan secara bersepadu dan menjurus ke arah pencapaian matlamat keseluruhan PIN. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk bersama-sama melaksanakan Pelan Integriti Nasional. Sekalung budi dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PIN dan memberi maklum balas dalam penyediaan laporan ini. DATUK DR. MOHD TAP BIN SALLEH PRESIDEN IIM ii

3 TEKAD Kandungan PERUTUSAN PENGERUSI IIM KATA-KATA ALUAN PRESIDEN IIM muka surat i ii LAPORAN TEKAD MUKADDIMAH 1 MENGURANGKAN GEJALA RASUAH, RASUAH, SALAH GUNA KUASA DAN PENYELEWENGAN SECARA BERKESAN PENDAHULUAN 8 DEFINISI RASUAH 8 INSTITUSI 10 PERUNTUKAN DAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG 10 PETUNJUK PRESTASI 10 IMPLIKASI GEJALA RASUAH, PENYELEWENGAN DAN SALAH GUNA KUASA 12 GEJALA RASUAH DI MALAYSIA TAHUN GERAKAN PENCEGAHAN RASUAH DI MALAYSIA 15 CABARAN 20 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 21 KESIMPULAN 23

4 4 LAPORAN TEKAD 2008 MENINGKATKAN KECEKAPAN DALAM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM DAN MENGATASI KARENAH BIROKRASI muka surat PENDAHULUAN 26 DEFINISI SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM 26 INSTITUSI 26 PERUNTUKAN DAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG 27 PETUNJUK PRESTASI 27 USAHA PENAMBAHBAIKAN 32 CABARAN 37 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 38 KESIMPULAN 38 MENINGKATKAN TADBIR URUS NIAGA KORPORAT DAN ETIKA PERNIAGAAN PENDAHULUAN 44 DEFINISI TADBIR URUS NIAGA KORPORAT DAN ETIKA PERNIAGAAN 44 PETUNJUK PRESTASI 45 PENILAIAN SEMASA TADBIR URUS KORPORAT 45 CABARAN DALAM TADBIR URUS KORPORAT 50 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TADBIR URUS KORPORAT 51 PENILAIAN SEMASA PERNIAGAAN BERETIKA (BUSINESS ETHICS) 51 CABARAN MEMPERKUKUH ETIKA PERNIAGAAN 57 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ETIKA PERNIAGAAN 57 PENILAIAN SEMASA TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) 57 CABARAN PENEKANAN KEPADA TANGGUNGJAWAB SOSIAL 61 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL 62 KESIMPULAN 63

5 TEKAD MEMANTAPKAN INSTITUSI KELUARGA DAN KOMUNITI muka surat PENDAHULUAN 66 DEFINISI KELUARGA DAN KOMUNITI 66 INSTITUSI 66 PERUNTUKAN DAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG 66 PETUNJUK PRESTASI 67 SENARIO KEMANTAPAN INSTITUSI KELUARGA DAN KOMUNITI CABARAN 74 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 74 KESIMPULAN 75 MENINGKATKAN KUALITI HIDUP DAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT PENDAHULUAN 78 DEFINISI KUALITI HIDUP DAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT 78 INSTITUSI 78 PERUNTUKAN DAN PENGUAT KUSAAN UNDANG-UNDANG 78 PETUNJUK PRESTASI 78 SENARIO KUALITI HIDUP DAN KESEJAHTERAAN MAYSARAKAT TAHUN CABARAN 85 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 85 KESIMPULAN 86 HALA TUJU AGENDA INTEGRITI NASIONAL GERAKAN PEMANTAPAN INTEGRITI 96 CABARAN 96 HALA TUJU AGENDA INTEGRITI NASIONAL 97 PELAKSANAAN TEKAD INTEGRITI 99 FAKTOR PENENTU KEJAYAAN 99 KESIMPULAN

6 6 LAPORAN TEKAD 2008 Jadual dan rajah muka surat MENGURANGKAN GEJALA RASUAH, SALAH GUNA KUASA DAN PENYELEWENGAN SECARA BERKESAN JADUAL 1 : KEDUDUKAN MALAYSIA BERDASARKAN INDEKS PERSEPSI RASUAH OLEH TRANSPARENCY INTERNATIONAL 12 JADUAL 2 : NILAI WANG DIBAWA KELUAR AKIBAT RASUAH 13 RAJAH 1 : STATISTIK AKTIVITI SIASATAN DAN PENDAKWAAN OLEH SPRM TAHUN RAJAH 2 : SKOR PERSEPSI TAHAP RASUAH 16 RAJAH 3 RAJAH 4 : IMPAK PENYELEWENGAN KEPADA MASA DAN KOS PIHAK PENGGUNA 18 : SYARIKAT YANG MEMPUNYAI GARIS PANDUAN ETIKA DAN PROGRAM PEMATUHAN MELAPORKAN JENAYAH 18 RAJAH 5 : SIAPA YANG LEBIH DIPERCAYAI OLEH RAKYAT MALAYSIA 19 MENINGKATKAN KECEKAPAN DALAM SISTEM PENYAMPAIAN KHIDMAT AWAM DAN MENGATASI KARENAH BIROKRASI RAJAH 6 : BILANGAN ADUAN DITERIMA DAN DISELESAIKAN 27 RAJAH 7 : PELBAGAI SALURAN ADUAN AWAM 28 RAJAH 8 : ADUAN PERKHIDMATAN KAUNTER YANG TIDAK MEMUASKAN 28 JADUAL 3 : SKOR KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP PERKHIDMATAN AWAM 29 RAJAH 9 : BILANGAN PEGAWAI YANG DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB TAHUN RAJAH 10 : PERANGKAAN RASUAH MELIBATKAN PENJAWAT AWAM 30 JADUAL 4 : PEMAHAMAN PENJAWAT AWAM TENTANG RASUAH 31 JADUAL 5 : PENARAFAN BINTANG KEMENTERIAN JADUAL 6 : INDEKS AKAUNTABILITI TAHUN JADUAL 7 : KEDUDUKAN MALAYSIA DALAM KEMUDAHAN MENJALANKAN PERNIAGAAN 34

7 TEKAD muka surat RAJAH 11 : PRESTASI OSC JADUAL 8 : PENDAFTARAN PERNIAGAAN 36 JADUAL 9 : KEDUDUKAN MALAYSIA DALAM EMPAT BIDANG TERPILIH 39 MENINGKATKAN TADBIR URUS NIAGA KORPORAT DAN ETIKA PERNIAGAAN JADUAL 10 : STRATEGI, OBJEKTIF, METODOLOGI DAN TERMA RUJUKAN 46 JADUAL 11 : PENGIKTIRAFAN BADAN-BADAN PENANDA ARAS ANTARABANGSA KEPADA INSTITUSI EKONOMI NEGARA 48 RAJAH 12 : PERATUSAN PEMATUHAN SYARIKAT ERDAFTAR SSM 49 RAJAH 13 : BILANGAN KES TUNTUTAN TRIBUNAL PENGGUNA 52 RAJAH 14 : BILANGAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG KE ATAS PENIAGA 52 JADUAL 12 : TINDAKAN PERUNDANGAN TERHADAP SALAH LAKU PENIAGA 53 RAJAH 15 : BILANGAN PEMERIKSAAN PERMIS PERNIAGAAN 54 JADUAL 13 : PENAMBAHBAIKAN PELESENAN DAN PERMIT 55 JADUAL 14 : PETUNJUK PRESTASI ETIKA PERNIAGAAN TAHUN RAJAH 16 : KERANGKA KERJA TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT UNTUK SYARIKAT AWAM TERSENARAI 58 RAJAH 17 : LAPORAN KAJIAN CSR BURSA MALAYSIA RAJAH 18 : TREN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT DI MALAYSIA 59 JADUAL 15 : PENERIMA ANUGERAH CSR PERDANA MENTERI JADUAL 16 : PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT DI MALAYSIA TAHUN JADUAL 17 : PENAMBAHBAIKAN PELESENAN DAN PERMIT 63

8 8 LAPORAN TEKAD 2008 muka surat MEMANTAPKAN INSTITUSI KELUARGA DAN KOMUNITI RAJAH 19 : PETUNJUK KERAPUHAN INSTITUSI KELUARGA DAN KOMUNITI 68 RAJAH 20 : PENGANIAAN KANAK KANAK 70 RAJAH 21 : KES SUMBANG MAHRAM 71 RAJAH 22 : BILANGAN PENGHUNI RUMAH ORANG TUA 72 RAJAH 23 : BILANGAN KAWASAN RUKUN TETANGGA 73 JADUAL 18 : SKOR BAGI BEBERAPA ITEM BERKAITAN KEJIRANAN DARI TAHUN 2006 HINGGA MENINGKATKAN KUALITI HIDUP DAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT RAJAH 24 : KES JENAYAH RAJAH 25 : PETUNJUK MASALAH BERTKAITAN DADAH RAJAH 26 : KES SALAHLAKU PELAJAR RAJAH 27 : PERBANDINGAN KEMALANGAN DAN KEMATIAN RAJAH 28 : PETUNJUK JANGKA HAYAT JADUAL 19 : INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) 84 RAJAH 29 : INDEKS KUALITI UDARA RAJAH 30 : STATUS KUALITI AIR

9 TEKAD LAPORAN TEKAD 2008

10 2 LAPORAN TEKAD 2008 LAPORAN TEKAD 2008 PENDAHULUAN Malaysia telah mencapai kejayaan cemerlang sebagai sebuah negara membangun dan sedang berusaha menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri. Untuk melangkah ke masa hadapan yang lebih cemerlang, negara kita harus bijak mengurus kejayaan, serta dengan tegas dan berkesan mengatasi pelbagai kelemahan dan kekurangannya. Cabaran besar yang perlu ditanganinya dalam usaha tersebut ialah pemantapan etika dan integriti. Y.A.B. Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia Pelancaran PIN 23 April 2004 LATAR BELAKANG 2. Pada tahun 2002, Kajian Persepsi Awam Terhadap Rasuah di Malaysia telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Dapatan kajian ini telah dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK) yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri ketika itu pada bulan Mac Berikutan itu, Mesyuarat JKKMKPK telah memutuskan supaya suatu gerakan lebih menyeluruh digubal dan dilaksanakan bagi mempertingkatkan dan membudayakan integriti dalam kalangan masyarakat. 3. Tanggal 5 November 2003 merupakan detik sejarah negara apabila Y.A.B. Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, yang baru mengangkat sumpah pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima, telah mengisytiharkan bahawa Kerajaan akan menggubal dan melancarkan Pelan Integriti Nasional dan menubuhkan Institut Integriti Malaysia. Azam digenggam, iltizam direalisasikan dan pelan integriti yang holistik dihasilkan. Pada 23 April 2004, Pelan Integriti Nasional (PIN) dilancarkan dengan rasminya oleh Y.A.B. Perdana Menteri dan Institut Integriti Malaysia (IIM) ditubuhkan. Setelah itu, 5 November setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Integriti Nasional. AGENDA INTEGRITI NASIONAL Sasaran Keutamaan TEKAD Pelan Integriti Nasional (PIN) berusaha menjayakan agenda membudayakan integriti masyarakat Malaysia secara menyeluruh. Objektif ini selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Lima sasaran keutamaan bagi fasa pertama pelaksanaan PIN (tahun ) ialah: i. Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan; ii. Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi; iii. iv. Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan; Memantapkan institusi keluarga dan komuniti; dan v. Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. Faktor Menjejaskan Integriti 5. Pelaksanaan dan kejayaan agenda integriti nasional digerakkan dengan sebaik mungkin oleh pelbagai sektor dan institusi masyarakat. Walau bagaimanapun, faktor-faktor menjejaskan integriti masyarakat perlu ditangani segera. PIN mengetengahkan lima cabaran yang boleh menghalang pelaksanaan agenda ini.

11 TEKAD INDIVIDU Kelemahan Individu kurang pendidikan dan penghayatan nilai-nilai murni etika kerja lemah tamak tidak nampak kelemahan sendiri Tekanan hidup BUDAYA Budaya masyarakat yang kurang menitiberatkan integriti: takut membuat laporan kerana bimbang tindakan balas sikap tidak ambil peduli enggan melaporkan kesalahan yang dilakukan pihak lain angguk dan ampu KEPIMPINAN Kepimpinan kurang berteladan, lemah iltizam Arahan pemimpin yang melanggar prosedur dan peraturan Cakap tak serupa bikin KEMEROSOTAN INTEGRITI STRUKTUR DAN INSTITUSI SISTEM & PROSEDUR Kurang ketelusan Kurang penguatkuasaan Penguatkuasaan berpilih Kurang pemantauan dan penilaian Kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan Keupayaan sumber manusia dan material yang terhad Kerangka undang-undang lapuk dan percanggahan dalam undang-undang STRUKTUR Struktur tidak kemas dan kurang fokus Matlamat tidak jelas dan munasabah Struktur lapuk, tidak sesuai dengan tuntutan dan cabaran baru INSTITUSI Pertindihan skop, tugas dan tanggungjawab antara institusi Kurang koordinasi Pertentangan matlamat antara institusi menyebabkan penyebaran nilai-nilai yang bertentangan - krisis nilai Model Pemantapan Integriti dan Institusi 6. Bagi melaksanakan agenda integriti ini, PIN menggariskan lapan sektor dan institusi masyarakat yang perlu memainkan peranan penting. Bermula dengan institusi keluarga sebagai unit paling asas, keluarga, komuniti, masyarakat sivil, pentadbiran, ekonomi, sosiobudaya, agama dan politik. Semua lapan institusi ini bersalingkait sebagai pelaksana dan sasaran pengukuhan integriti berdasarkan Pelan Integriti Nasional. Pelan Integriti Nasional (PIN) berusaha menjayakan agenda membudayakan integriti masyarakat Malaysia secara menyeluruh

12 4 LAPORAN TEKAD 2008 MODEL PEMANTAPAN INTEGRITI NEGARA & MASYARAKAT PENTADBIRAN POLITIK EKONOMI MASYARAKAT SIVIL KELUARGA KOMUNITI AGAMA SOSIOBUDAYA PELAN INTEGRITI NASIONAL & INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA Objektif dan Strategi 7. Objektif dan strategi pelaksanaan setiap institusi telah digariskan dengan jelas seperti di Objektif dan Strategi Pelan Tindakan. Dalam pelan tindakan agenda integriti ini, PIN telah menetapkan program dan aktiviti, matlamat, kumpulan sasaran dan agensi pelaksana. Ini semua menjadi kekuatan kepada pelaksanaan agenda integriti secara menyeluruh dan dinamik. Jika diperhatikan objektif dan strategi pelan tindakan pelaksanaan PIN, gerakan pembudayaan integriti ini merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Semua ini jika dilaksanakan dengan kesedaran, komitmen yang tinggi dan keikhlasan semua pihak, adalah diyakini pembentukan masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral, etika dan integritinya menjadi realiti. PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN 8. Integriti adalah faktor pengekalan dan kestabilan negara dan pembentukan tadbir urus yang baik. Jaminan kejayaan untuk pemantapan integriti hanya boleh dicapai melalui perlaksanaan secara menyeluruh. Setiap agensi yang terlibat dipertanggungjawabkan dengan sasaran yang telah ditetapkan dalam komponen yang telah diputuskan. Bermula dengan keluarga, komuniti, masyarakat sivil, sosio-budaya, agama, dan seterusnya ekonomi, politik dan pentadbiran yang menjadi teras pelaksanaan strategi Pelan Integriti Nasional. Pelaksanaan Program dan Aktiviti. 9. Secara strategiknya IIM berperanan menggerakkan, menyelaras dan memantau pelaksanaan program dan aktiviti agenda integriti bersama pelbagai sektor masyarakat. Aspek kesedaran, pendidikan dan latihan, kajian, serta kerjasama dengan pelbagai organisasi dijalankan. IIM juga bertindak sebagai perunding dalam penggubalan pelan integriti dan pelaksanaan agenda integriti di pelbagai sektor. Dalam laporan

13 TEKAD PELAN INTEGRITI NASIONAL GERAKAN PEMANTAPAN INTEGRITI AGENDA INTEGRITI PENDEKATAN & STRATEGI PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN Keluarga Komuniti Masyarakat Sosio Sivil Budaya Agama Ekonomi Politik Pentadbiran INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA STRATEGI PELAKSANAAN PELAN INTEGRITI NASIONAL ini dibentangkan secara ringkas pelbagai bentuk program dan kerjasama yang dijalankan antara IIM dengan pelbagai sektor dan pihak yang berkepentingan (stakeholders). Pengukuran dan Petunjuk Prestasi 10. Bagi menentukan pelaksanaan agenda integriti dijalankan mencapai objektif dan matlamatnya, pengukuran dan petunjuk prestasi ditentukan. Indikator-indikator sedia ada, penandaarasan atau berdasarkan kajian tertentu yang bersesuaian digunakan sebagai pengukur ini. IIM sendiri menjalankan Kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional (IPIN) bermula pada tahun 2006 sebagai kajian rintis dan seterusnya kajian IPIN tahun Penilaian TEKAD 2008 dan petunjuk prestasi merupakan pendekatan bagi menilai semula keberkesanan setiap strategi dan program yang telah dibentuk dan dilaksanakan. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DAN HALA TUJU 11. Laporan TEKAD 2008 ini di akhiri dengan cadangan penambahbaikan pelaksanaan agenda integriti sebagai suatu hala tuju atau langkah kehadapan (way forward) yang perlu dilaksanakan bersama bagi menjayakan pelaksanaan agenda integriti nasional dalam fasa kedua dan seterusnya secara lebih sistematik dan berfokus.

14 6 LAPORAN TEKAD 2008

15 TEKAD SASARAN 1 Mengurangkan Gejala Rasuah, Salah Guna Kuasa dan Penyelewengan Secara Berkesan

16 8 LAPORAN TEKAD 2008 MENGURANGKAN GEJALA RASUAH, SALAH GUNA KUASA DAN PENYELEWENGAN SECARA BERKESAN PENDAHULUAN Seorang cendekiawan Malaysia pernah mengatakan bahawa integriti nasional mempunyai kaitan yang cukup dekat dengan masalah rasuah berbanding gejala dan krisis moral yang lain. Rasuah berupaya menjadi penyumbang utama kepada krisis nilai sesebuah masyarakat. Rasuah juga boleh mengakibatkan runtuhnya sistem perundangan, pentadbiran dan pemerintahan. Malahan rasuah juga boleh meruntuhkan sebuah ketamadunan. Justeru itu, menyedari implikasi buruk akibat rasuah, di samping keazaman tinggi untuk memerangi dan membasmi rasuah, maka gerakan secara holistik membudayakan integriti masyarakat Malaysia dilaksanakan. Selain itu, gerakan membanteras gejala rasuah dipergiatkan secara lebih sistematik, bersepadu dan berterusan. 2. Faktor atau punca perlakuan rasuah adalah pelbagai. Kenyataan ini bermaksud bahawa tiada suatu faktor khusus mengapa seseorang itu terbabit dalam salah laku rasuah, menyeleweng dan menyalah guna kuasa. Ada pihak yang mendakwa faktor ekonomi seperti tekanan dan kesempitan hidup serta pendapatan yang kecil menjadi punca. Ada yang mengatakan kerana kelemahan sistem penyeliaan dan kawalan dalaman di tempat kerja atau organisasi. Namun begitu, banyak kajian mengesahkan bahawa sikap tamak haloba dan mengejar kemewahan tanpa mengira pelanggaran undang-undang dan peraturan menjadi punca utama. Keadaan ini ditambah pula dengan wujudnya ruang dan peluang bagi mereka melakukan kesalahan tersebut. Dalam kajian yang dijalankan oleh IIM mengenai Kesan Beban Hutang Ke Atas Kecenderungan Penjawat Awam Menerima Suapan, adalah didapati bahawa punca utama penjawat awam cenderung menerima suapan adalah kerana terlalu banyak beban hutang (73.9%). 3. Manakala itu, implikasi buruk gejala rasuah juga adalah jelas dan memberi ancaman yang nyata. Justeru itu, sasaran pertama PIN adalah bagi mengurangkan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan secara berkesan. Matlamat akhir yang diharapkan ialah agar gejala rasuah ini diperangi dan dibanteras sebaik mungkin bagi mewujud dan mempertingkatkan daya saing negara. Ke arah itu, penggemblengan tenaga semua pihak diperlukan bagi memastikan strategi, pendekatan dan pelaksanaan memerangi gejala rasuah ini berjaya. 4. Sebagaimana telah diperjelaskan di awal laporan ini, Kajian Persepsi Awam Terhadap Rasuah di Malaysia tahun 2002 telah menjadi titik tolak kepada penggubalan PIN dan tertubuhnya IIM. Kajian ini merupakan penyelidikan yang pertama dijalankan secara menyeluruh mengenai persepsi awam terhadap gejala rasuah di Malaysia. Dapatan kajian persepsi ini di samping kajian persepsi tahap rasuah yang dikeluarkan melalui Corruption Perceptions Index (CPI) oleh Transparency International (TI) dan Kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional (IPIN) yang dijalankan oleh IIM yang memasukkan Indeks Persepsi Rasuah di Malaysia sebagai salah satu komponen Kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional, memperlihatkan persepsi mengenai gejala rasuah di Malaysia yang tidak menyenangkan. DEFINISI RASUAH 5. P.G. Osborne memberi definisi sogokan dan rasuah atau bribery and corruption sebagai perbuatan giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward. Manakala Jeremy Pope, dalam buku Transparency International (TI) Source Book 2000, mendefinisikan corruption sebagai the misuse

17 TEKAD of entrusted power for private benefit. Profesor Syed Hussein Alatas mengatakan corruption is essentially the abuse of trust in the interest of personal and private gain. 6. Pengertian istilah rasuah tidak terhad kepada pemberian atau penerimaan sesuatu bentuk suapan semata-mata. Perlakuan rasuah turut merangkumi penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan pemalsuan. Di bawah Akta Pencegah Rasuah, 1961 (Disemak 1971), yang merupakan Akta pertama mengenai rasuah yang diluluskan oleh Parlimen Malaysia, dan kemudiannya digantikan dengan Akta Pencegahan Rasuah 1997, tidak wujud takrifan atau tafsiran yang khusus tentang definisi rasuah. Walau bagaimana pun, dalam Akta tersebut ada memberikan tafsiran mengenai suapan (gratification) yang menjadi subjek kesalahan jenayah rasuah. 7. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2009 dan memansuhkan Akta Pencegahan Rasuah 1997, juga tidak ada menetapkan suatu definisi khusus mengenai istilah rasuah. Namun begitu, Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Dharurat, 1970 di bawah seksyen 2(2) mentafsirkan istilah perbuatan rasuah dalam kalangan pegawai awam sebagai: Apa-apa perbuatan oleh mana-mana Anggota Pentadbiran, Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri atau mana-mana pegawai awam yang menggunakan kedudukan atau jawatan awamnya untuk faedah kewangannya atau untuk apa-apa faedahnya yang lain. 8. Dalam konteks perundangan, rasuah ditafsirkan di mahkamah sebagai melakukan sesuatu tindakan walhal mengetahui bahawa perbuatan yang dilakukan itu adalah salah, dan dilakukan dengan perasaan serta niat yang jahat (PP lwn Dato Harun Idris (1977) 1 MLJ 15). Rasuah juga boleh didefinisikan sebagai sengaja melakukan sesuatu tindakan yang ditegah oleh undang-undang. Berasaskan Kajian IPIN , adalah didapati bahawa masih terdapat anggota perkhidmatan awam yang kurang jelas mengenai definisi atau isu rasuah. Misalnya mengenai kurang kefahaman isu penerimaan hadiah dan percanggahan kepentingan (conflict of interest). Takrifan Suapan - Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 Suapan ertinyaa) wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apaapa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain; b) apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apaapa sifat; c) apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya; d) apa-apa jenis balasan berharga, apaapa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan; e) apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga; f) apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, termasuk perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketidakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan g) apa-apa tawaran, aku janji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f).

18 10 LAPORAN TEKAD 2008 INSTITUSI 9. Kerajaan Malaysia mempunyai azam yang tinggi untuk membanteras jenayah rasuah dalam semua sektor. Untuk itu, Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah ditubuhkan semenjak tahun 1967 lagi. Komitmen yang tinggi dan berterusan ini diperkukuhkan lagi dengan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2009, yang telah mengubah struktur dan pendekatan pencegahan rasuah di Malaysia. Dengan kuasa-kuasa penyiasatan lebih luas, kuasakuasa perundangan, bilangan keanggotaan dan peruntukan yang ditambah, penubuhan SPRM telah memberi persepsi yang lebih baik terhadap SPRM khususnya, dan kerajaan serta negara amnya. Ini diakui oleh kepimpinan agensi-agensi pencegahan rasuah di peringkat antarabangsa semasa menyaksikan pelancaran rasmi SPRM pada 24 Februari Walaupun SPRM merupakan institusi utama pencegahan jenayah rasuah, namun begitu, tugas menangani dan memerangi rasuah merupakan tanggung jawab semua pihak. Institusi dan organisasi lain seperti masyarakat sivil dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta, institusi politik, pihak media, institusi keagamaan, malahan sistem pendidikan negara turut memainkan peranan penting dalam usaha memerangi jenayah rasuah. Justeru, sokongan dan pengiktirafan kepada usaha masyarakat sivil dan NGO, yang juga bertindak sebagai pemantau (watchdog) ke arah mempertingkatkan ketelusan, akauntabiliti, etika dan integriti, di samping memerangi gejala rasuah perlu mendapat sokongan semua pihak. PERUNTUKAN DAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG 11. Bagi memerangi jenayah rasuah, undangundang digubal dan diwartakan. Di Malaysia, bagi melaksanakan fungsi pencegahan rasuah berdasarkan undang-undang secara berkesan, SPRM diperuntukkan dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 sebagai Akta induk. Di samping itu Ordinan No. 22 (Kuasa- Kuasa Perlu) Dharurat 1970, Kanun Keseksaan, Akta Keterangan, Akta Polis 1967, Akta Kastam 1967, khususnya di bawah seksyen 137, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah (MACMA) 2002 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) juga menjadi peruntukan undangundang yang berkaitan yang dikuatkuasakan. 12. Dalam aspek pentadbiran, peraturanperaturan dan arahan-arahan pentadbiran dalam pelbagai bentuk seperti pekeliling, garis panduan dan arahan-arahan tertentu dikeluarkan. Kod etika dan pelan tindakan bagi menangani masalah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa diperkenalkan. Manakala itu, jawatankuasa atau pasukan petugas khas turut dibentuk sama ada secara berstruktur atau secara ad-hoc bagi tujuan ini. Pelbagai program dan aktiviti yang dilakukan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung, bertujuan membanteras gejala rasuah dan mempertingkat nilai-nilai murni dan mulia masyarakat secara umumnya. PETUNJUK PRESTASI 13. Tiada suatu pengukuran yang mutlak atau muktamad yang dapat menentukan tahap atau kedudukan sebenar gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang berlaku dalam sesebuah institusi, organisasi, atau yang berlaku dalam sesebuah negara. Statistik atau perangkaan mengenai kes-kes rasuah yang berlaku hanya dapat memberikan petunjuk atas data-data tertentu. Lantaran itu, gejala rasuah banyak diukur berdasarkan pengukuran persepsi mengenai tahap atau gejala rasuah yang berlaku. 14. Bagi menentukan objektif dan strategi pelaksanaan membanteras jenayah rasuah dilakukan dengan berkesan di Malaysia, Pelan Integriti Nasional telah menggariskan beberapa pengukuran prestasi pencapaian pelaksanaan TEKAD 1 PIN. Pengukuran dibuat menggunakan tanda aras dalam negeri dan tanda aras yang diguna pakai di peringkat antarabangsa. Petunjuk prestasi ini kemudiannya ditambah baik berdasarkan pemerhatian dan perakuan oleh pelbagai sektor. Indikator atau petunjuk bagi pengukuran tahap gejala rasuah dan usaha pencegahannya merangkumi:

19 TEKAD Ukuran Dalam Negeri i. Data dan kejayaan pendekatan dan langkah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara dalam menyiasat, mendakwa dan menyelesaikan kes rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa; ii. Kajian-kajian dan penyelidikan yang dijalankan oleh institusi atau pihak yang berkaitan, misalnya oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti TI Malaysia; iii. Komponen penting pengukuran indeks rasuah di Malaysia ialah Kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional (IPIN) yang dijalankan oleh IIM dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia. Sub-indeks mengenai Indeks Persepsi Rasuah Malaysia menjadi indeks komposit kepada IPIN; dan iv. Perangkaan-perangkaan lain yang diperoleh dari statistik aduan mengenai isu rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dari Biro Pengaduan Awam, Jabatan dan Agensi Kerajaan yang lain Ukuran Di Peringkat Antarabangsa Di peringkat antarabangsa, terdapat beberapa pengukuran indeks jenayah rasuah digunakan. Walau bagaimanapun, bagi tujuan laporan ini, tidak semua pengukuran di bawah ini diperjelaskan. Antara pengukuran digunakan di peringkat antarabangsa ialah: i. Corruption Perceptions Index (CPI), Bribe Payers Index (BPI) dan Global Corruption Barometer (GCB) yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI); ii. Political Economic Risk Consultancy (PERC); iii. Governance Indicators dan Corporate Corruption and Ethics Indices oleh World Bank; dan iv. Global Integrity Index (GII) yang merupakan indeks tahunan bagi menilai kewujudan, keberkesanan, dan mekanisme yang digunakan oleh sesebuah kerajaan atau negara. GII tidak mengukur rasuah sebagai suatu barah, sebaliknya sebagai satu penawar atau ubat yang digunakan bagi membentuk akauntabiliti dan ketelusan. Komponen penting pengukuran indeks rasuah di Malaysia ialah Kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional (IPIN) yang dijalankan oleh IIM dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia 15. Selain dari indeks di atas, beberapa kajian atau laporan mengenai isu rasuah turut diambil kira dalam penyediaan laporan ini di mana yang berkaitan. Antaranya ialah kajian yang dijalankan secara berkala oleh PriceWaterHouseCoopers (PwC) melalui Global Economic Crime Survey merangkumi isu rasuah dalam aspek ekonomi. Kajian terkini yang telah diumumkan oleh PwC ialah The 4th Biennial Global Economic Crime Survey Dalam menentukan usaha memerangi dan mengurangkan gejala rasuah mencapai kejayaan yang dihasratkan, semasa PIN digubal, petunjuk prestasi bagi mengurangkan gejala rasuah ditetapkan dengan sasaran bagi menaikkan skor 5.2 mata yang dicatat oleh Malaysia berdasarkan CPI tahun 2003, meningkat kepada sekurangkurangnya 6.5 mata menjelang tahun Berdasarkan kaedah pengiraan indeks CPI, 10 ialah skor terbaik manakala 1 adalah skor terburuk. Tiada formula tertentu yang disandarkan dalam menentukan sasaran skor 6.5 mata itu. Setelah kira-kira lima tahun semenjak PIN dilancarkan dan pelbagai pendekatan serta usaha dilakukan oleh kerajaan dan pihak yang berkaitan di Malaysia bagi memerangi gejala rasuah, namun begitu

20 12 LAPORAN TEKAD 2008 Jadual 1 Kedudukan Malaysia Berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International Tahun Tahun Bilangan Negara Dikaji Kedudukan Mata Sumber: Transparency International skor CPI yang diperoleh pada tahun 2007 dan 2008, Malaysia hanya memperoleh sebanyak 5.1 mata sahaja. Jadual di bawah adalah kedudukan Malaysia berdasarkan CPI bagi tahun 2000 hingga tahun Jika ditelitikan pencapaian negara berdasarkan CPI, tidak banyak berlaku kenaikan atau penurunan yang ketara. Skor tertinggi pernah diperoleh adalah 5.32 pada tahun 1996, manakala yang terendah ialah 4.8 dalam tahun Secara umumnya, skor yang dihasilkan melalui CPI adalah berdasarkan kumpulan data yang diperoleh bagi tiga tahun. Adalah juga didapati, walaupun Kerajaan Malaysia telah melakukan pelbagai strategi dan pendekatan bagi memperkukuh integriti, termasuk memerangi jenayah rasuah, khususnya melalui Pelan Integriti Nasional dan penubuhan IIM, namun ini tidak membantu dalam memperbaiki skor CPI. 18. Terdapat pelbagai pandangan mengenai CPI yang dikeluarkan oleh TI. Banyak negara yang masih mempertikaikan metodologi kajian dan indeks yang dihasilkan. Selain itu, penjelasan yang dibuat oleh Frederick Galtung dalam penulisannya bertajuk Measuring the Immeasurable: Boundaries and Functions of (Macro) Corruption Indices memberikan sudut pandang negatif terhadap CPI. Namun begitu, apa yang pasti, walau pun disedari bahawa terdapat kelemahan dalam metodologi CPI, indeks ini masih diguna pakai oleh banyak negara dan institusi di peringkat antarabangsa sebagai salah satu pengukur gejala rasuah sesebuah negara. Apa yang baiknya, CPI merangsang perdebatan dan menjana pelbagai program untuk memerangi gejala rasuah. 19. Bagi memastikan mekanisme pengukuran yang lebih baik untuk mengukur integriti, IIM dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia telah menjalankan Kajian Indeks Persepsi Integriti Nasional (IPIN). Sebagaimana dijelaskan di awal laporan ini, kajian ini adalah lebih komprehensif dan merangkumi aspek integriti yang lebih luas dan berdasarkan sudut pandang masyarakat Malaysia sendiri. Dapatan kajian berkaitan indeks rasuah melalui kajian IPIN akan dibincangkan dalam laporan Tekad 1 PIN ini. IMPLIKASI GEJALA RASUAH, PENYELEWENGAN DAN SALAH GUNA KUASA 20. Rasuah mengakibatkan implikasi yang sangat buruk kepada sosiobudaya, ekonomi dan politik sesebuah negara. Rasuah boleh mempengaruhi dasar pembangunan yang menyebabkan keputusan untuk pelaburan dan pembangunan lebih dipengaruhi oleh keuntungan peribadi pihakpihak atau individu tertentu daripada kepentingan dan keperluan masyarakat. Ketidakadilan sosial (social injustice) mengakibatkan keresahan sosial (social unrest). Mereka yang miskin dan tidak berpengaruh akan tertindas kerana tidak mampu memberi rasuah. Keadaan ini mengakibatkan hak-hak mereka sebagai warganegara dinafikan. Sebaliknya, mereka yang kaya dan berpengaruh

21 TEKAD Corruption is strongly negatively associated with the investment rate and that one standard deviation improvement in the corruption index will translate into an increase of 2.9% GDP in the investment rate and a 1.3% rate increase in the annual per capita rate of GDP growth. Paolo Mauro, IMF Economist akan mendapat keistimewaan kerana harta dan kuasa mereka. 21. Implikasi gejala rasuah terhadap ekonomi juga adalah nyata. Rasuah mempengaruhi kadar dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Semakin tinggi kadar rasuah, semakin kurang kadar pelaburan yang diterima. 22. Rasuah mengakibatkan pengaliran keluar modal. Wang yang diperoleh secara rasuah selalunya disimpan di bank pesisir pantai bagi mengelakkan daripada dikesan. Keadaan ini menyebabkan banyak wang mengalir keluar negara dan sukar dikesan. Sementara itu, Dieter Frisch, bekas Ketua Pengarah (Pembangunan) Suruhanjaya Eropah pernah mengatakan, antara 10 hingga 20 peratus kenaikan harga barangan disebabkan rasuah. Selain itu, kajian kesan rasuah terhadap perolehan kerajaan di beberapa buah Negara Asia menunjukkan kerajaan negara berkenaan terpaksa membayar antara 20 hingga 100 peratus harga lebih tinggi ke atas barangan yang dibekalkan dari harga yang sepatutnya. 23. Bagi melihat lebih jelas mengenai implikasi buruk rasuah, Wall Street Journal dalam tahun 1986 ada melaporkan pengaliran wang yang berlaku akibat gejala rasuah seperti di Jadual Rasuah juga mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda sebagaimana juga rasuah berupaya mengancam keselamatan dan kestabilan negara. SENARIO GEJALA RASUAH DI MALAYSIA TAHUN Jika diteliti perangkaan-perangkaan jenayah rasuah daripada sumber yang diperoleh dari BPR (SPRM sekarang ini), antaranya mengenai bilangan maklumat diterima, siasatan dijalankan, tangkapan dan pertuduhan serta sabitan terhadap pesalah jenayah rasuah antara tahun 2000 hingga 2008, adalah didapati secara umumnya, perangkaan ini meningkat. Berikut adalah beberapa perangkaan mengenai isu rasuah di Malaysia yang memerlukan perhatian dan tindakan 26. Bilangan Maklumat Rajah 1 menunjukkan bilangan maklumat, yang terima oleh BPR dari pelbagai sumber antara tahun 2000 hingga Ada maklumat diterima daripada pengadu atau pemberi maklumat, dari risikan atau siasatan BPR Jadual 2 Nilai Wang Dibawa Keluar Akibat Rasuah Negara Mexico Argentina Malaysia dan Korea Selatan Brazil, India dan Nigeria Filipina Indonesia Nilai Wang Dibawa Keluar US$56 billion US$26 billion US$12 billion US$12 billion US$ 9 billion US$ 5 billion Sumber: Wall Street Journal, 1986

22 14 LAPORAN TEKAD 2008 Rajah 1: Statistik Aktiviti Siasatan dan Pendakwaan oleh SPRM Tahun Bilangan Maklumat Bilangan Kes Tahun Maklumat Siasatan Tangkapan Pertuduhan Sabitan sendiri, maklumat yang dirujuk oleh jabatan atau agensi kerajaan kepada BPR, dari media cetak dan elektronik, atau dari laporan-laporan yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan seperti Laporan Ketua Audit Negara. 27. Siasatan Dijalankan - Sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 1, dari tahun 2000 hingga 2008, sebanyak 9,978 siasatan terbuka dijalankan oleh BPR. Jika dibandingkan dengan jumlah maklumat yang diterima dalam tempoh yang sama, sebanyak 99,769 maklumat atau aduan yang diterima oleh BPR. Ini bermakna daripada keseluruhan maklumat diterima, hanya 10 peratus sahaja siasatan dihasilkan dan dijalankan. Daripada 9,978 siasatan dijalankan, sebanyak 4,101 (41%) tangkapan dilakukan. 28. Bilangan Tangkapan - Jika dianalisis lebih terperinci, tangkapan kes-kes jenayah rasuah antara tahun 2000 hingga 2004 menunjukkan adanya Sumber: SPRM penurunan dan kenaikan. Walau bagaimanapun, mulai tahun 2005 hingga 2008, jumlah tangkapan menunjukkan peningkatan yang ketara dan berterusan. Berdasarkan Rajah 1, perbandingan bagi tempoh empat tahun iaitu antara tahun 2000 hingga 2003 dan 2004 hingga 2007, adalah didapati berlaku peningkatan tangkapan sebanyak 35 peratus. Sementara itu, jumlah tangkapan kes rasuah tahun 2008 merupakan tangkapan tertinggi pernah direkodkan oleh BPR semenjak ditubuhkan pada tahun Walau bagaimanapun, terdapat juga tangkapan yang dibuat dalam tahun semasa adalah berdasarkan kes-kes yang telah disiasat dalam tahun-tahun sebelumnya. 29. Bilangan Pertuduhan Dari 99,769 maklumat atau laporan diterima dan 9,978 siasatan dijalankan, 4,101 tangkapan telah dibuat antara tahun 2000 hingga Sebanyak 1,717 pertuduhan dikenakan terhadap pesalah kes rasuah. Jika dibandingkan jumlah pertuduhan

23 TEKAD Corruption is worse than prostitution. The latter might endanger the morals of an individual, the former invariably endangers the morals of the entire country. Karl Kraus ( ) dengan bilangan tangkapan hanyalah 42 peratus sahaja. Keadaan ini adalah dijangka kerana tidak semua kes siasatan oleh BPR berakhir dengan tangkapan, dan tidak semua kes yang melibatkan tangkapan akan berakhir dengan pertuduhan. Manakala itu ada juga tangkapan kes rasuah yang melibatkan lebih dari sekali tangkapan dan lebih dari satu pertuduhan dikenakan terhadap pesalah. Bagi kes-kes yang melibatkan pegawai kerajaan, sekiranya kes berkenaan tidak dituduh di mahkamah kerana tidak cukup bukti, BPR boleh mengemukakan fakta-fakta kes kepada ketua jabatan dengan syor agar tindakan tatatertib diambil terhadap mereka. 30. Bilangan Sabitan Daripada sejumlah 1,717 pertuduhan kes rasuah yang dijalankan antara tahun 2000 hingga tahun 2008, sebanyak 668 sabitan kes-kes jenayah rasuah telah dihasilkan di mahkamah. Rajah 1 menunjukkan perangkaan pertuduhan dan jumlah sabitan kes-kes jenayah rasuah antara tahun 2000 hingga Walau bagaimanapun perlu dijelaskan bahawa pertuduhan dalam sesuatu tahun semasa tidak semestinya selesai dan mendapat sabitan atau selesai perbicaraan dalam tahun tersebut. Pada kebiasaannya, banyak perbicaraan kes jenayah rasuah yang mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan kes-kes rayuan. Apa yang menarik dalam hal sabitan ini ialah berlakunya peningkatan kadar sabitan kes-kes jenayah rasuah di mahkamah. Berdasarkan perangkaan dan penyelesaian keskes pendakwaan di mahkamah bagi tahun 2007 dan 2008, sebanyak kira-kira 75 peratus kes telah mendapat sabitan atau diselesaikan. Peningkatan jumlah sabitan ini sekali gus boleh dikaitkan dengan kualiti maklumat atau aduan yang diterima, pengetahuan dan profesionalisme pegawai yang meningkat, serta pengendalian pendakwaan keskes rasuah di mahkamah yang lebih mantap. GERAKAN PENCEGAHAN RASUAH DI MALAYSIA Rasuah dan Persepsi 31. We re plaque by a perception problem. Begitulah tajuk satu rencana yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan Bahasa Inggeris yang memetik kenyataan Y.A.B. Perdana Menteri. Begitu juga dengan isu dan gejala rasuah di Malaysia. Walaupun telah banyak usaha, strategi dan program dijalankan bagi memerangi gejala rasuah, namun gejala rasuah di Malaysia dipersepsi masih lagi serius. Justeru, banyak perbincangan dan perdebatan yang dibuat terhadap jumlah siasatan, tangkapan dan pertuduhan kes-kes rasuah yang meningkat. Sesetengah pihak mengatakan perangkaan rasuah semakin meningkat kerana gejala rasuah seolah-olah diterima oleh sesetengah pihak dalam menjalankan urusan harian. Berkemungkinan juga gejala rasuah dipersepsikan bertambah buruk kerana kurang berkesannya mekanisme penguatkuasaan. Manakala ada pihak lain mengatakan undang-undang dan peraturan sedia ada yang tidak mencukupi dan mendakwa rasuah seolah-olah telah menjadi budaya masyarakat. Ada juga yang beranggapan langkahlangkah pendidikan, pencegahan dan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap gejala buruk rasuah yang masih rendah dan kurang berkesan. 32. Namun begitu, dalam sudut pandang yang lain pula, meningkatnya perangkaan maklumat dan aduan diterima, siasatan dijalankan, pendakwaan kes yang bertambah dan sabitan yang meningkat adalah kerana kejayaan pendekatan pendidikan, kesedaran dan pencegahan. Semakin ramai yang mendapat maklumat mengenai undang-undang dan peraturan, semakin banyak pihak menyedari natijah buruk rasuah. Hasilnya bertambah kesedaran untuk melaporkan insiden rasuah, maka tentunya statistik penyiasatan kes-kes rasuah akan meningkat. Umum menyedari bahawa jenayah rasuah berlaku secara bersembunyi dan antara dua pihak berkepentingan. Manakala penyelewengan, salah guna kuasa dan pemalsuan secara umumnya dilakukan secara bersendirian. Oleh itu, sukar untuk mendapat maklumat mengenai gejala rasuah kerana tiada saksi atau keterangan sokongan.

24 16 LAPORAN TEKAD Kajian IPIN 2006 dan 2007 menunjukkan skor indeks gejala rasuah di Malaysia yang menurun. Ini bermakna masyarakat mempersepsikan bahawa gejala rasuah semakin meningkat. Rajah 2 menunjukkan skor Indeks Persepsi Rasuah secara keseluruhannya, dibandingkan dengan skor persepsi bahawa usaha pencegahan rasuah di negara ini mencukupi dan persepsi rasuah dalam sektor politik pada masa ini adakah terkawal. Adalah didapati persepsi gejala rasuah meningkat, lebih-lebih lagi mengenai gejala rasuah dalam sektor politik. Skor 8 Rajah 2 Skor Persepsi Tahap Rasuah Strategi dan Mekanisme Pencegahan Rasuah 35. Antara dapatan yang agak membimbangkan melalui Kajian Persepsi Awam Terhadap Rasuah di Malaysia tahun 2002 ialah apabila 30.5 peratus penuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mengatakan sekiranya mereka mempunyai kuasa dan peluang, mereka sanggup menerima rasuah! Justeru itu, langkah pencegahan rasuah memerlukan suatu tindakan yang holistik, bersistematik dan berterusan ke arah mendidik, memberi kesedaran dan mendedahkan keburukan dan kejinya jenayah rasuah. Ke arah itu, pengukuhan dan pemantapan nilai-nilai murni, etika dan integriti dilaksanakan dengan pelbagai strategi dan mekanisme, khususnya pendekatan pencegahan, pendidikan dan punitif. Skor Tahun Tahun 36. Pelbagai dasar, strategi dan usaha telah dijalankan oleh Kerajaan bagi memerangi jenayah rasuah semenjak sebelum kemerdekaan lagi. Ini dilakukan termasuklah bagi memperbaiki pelbagai sistem hinggalah kepada persepsi negatif mengenai gejala rasuah di Malaysia. Kewibawaan BPR sebagai agensi penguat kuasa khusus mencegah dan menguatkuasakan undangundang pencegahan rasuah yang telah ditubuhkan semenjak tahun 1967 telah diubah sebagai SPRM mulai 1 Januari 2009 apabila Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 berkuat kuasa. Persepsi keseluruhan Pencegahan mencukupi Rasuah politik terkawal Sumber: IPIN Pencegahan Rasuah Sektor Awam 34. Adalah agak sukar untuk menunjukkan tahap rasuah sebenar. Indikator-indikator berdasarkan statistik sahaja tidak membayangkan tahap sebenar gejala rasuah yang berlaku. Pakar pengkaji jenayah mengatakan, dari satu kes yang dilaporkan, ada sepuluh kes yang mungkin tidak dilaporkan. Justeru itu, tahap gejala rasuah juga adalah banyak berdasarkan persepsi sahaja. Timbul pula persoalan adakah persepsi itu sebenarnya realiti atau kemungkinan tanggapan itu tidak benar sama sekali? Persepsi boleh dibayangi oleh pelbagai pendedahan yang dibuat melalui media massa atau atas dengar cakap (hearsay). Walau bagaimanapun apa yang pasti, sebagaimana selalu dikatakan, seseorang itu terutama pemimpin mestilah bukan sahaja bersih tetapi mesti nampak bersih. 37. Sektor awam yang bebas dari rasuah adalah kritikal untuk pembangunan Negara. Usaha pemantapan integriti dalam sektor awam diperkukuh semenjak sebelum merdeka lagi. Ini dapat dilihat berdasarkan satu laporan Report of a Commission to Enquire into Matters Affecting the Integrity in the Public Services pada tahun Fokus dalam laporan ini adalah mengenai usaha menangani masalah rasuah, tata kelakuan dan disiplin, sekali gus mempertingkatkan integriti dalam kalangan anggota perkhidmatan awam. Pelbagai slogan, moto, tema untuk memajukan integriti turut diperkenalkan, seperti kempen Bersih, Cekap, Amanah dan Kepimpinan Melalui Teladan, Tonggak Dua Belas, Penerapan Nilai-nilai Islam, Aku Janji dan lain-lain lagi. Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) pengisytiharan harta, Peraturan-Peraturan (Kelakuan dan Tatatertib)

25 TEKAD Pegawai Awam dan Tatacara Kewangan juga diperkenalkan. 38. Mekanisme lain seperti penubuhan jawatankuasa-jawatankuasa dan mekanisme pelaporan serta pemantauan dilakukan. Sebagai contoh, bagi memastikan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa ditangani dengan berkesan dalam sektor awam, Arahan Y.A.B. Perdana Menteri No. 1 Tahun 1998, iaitu Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan di Peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah yang diselaraskan oleh BPR telah dikeluarkan. Dengan arahan ini maka mekanisme Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKP) ditubuhkan dengan secara berstruktur di semua kementerian, kerajaan negeri, jabatan dan agensi kerajaan. Malahan di peringkat tertinggi, Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK) ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri sendiri. 39. Secara umumnya, pengenalan kepada pelbagai inisiatif dalam sektor awam telah dapat mengurangkan gejala rasuah dan sekali gus meningkatkan etika dan integriti penjawat awam. Walau bagaimanapun masih banyak ruang penambahbaikan perlu dilakukan. Dalam perbincangan mengenai Laporan TEKAD kedua iaitu ke arah meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian khidmat awam dan mengatasi karenah birokrasi, data-data mengenai isu rasuah dan salah laku anggota perkhidmatan awam dibincangkan dengan lebih terperinci. Pencegahan Rasuah Agensi Penguat kuasa 40. Agensi penguat kuasa memastikan pematuhan masyarakat umum kepada undangundang dan peraturan yang berkuat kuasa. Agensi ini juga menjadi barisan hadapan dalam sistem penyampaian khidmat masyarakat. Umum mengetahui bahawa agensi penguatkuasa undang-undang merupakan agensi yang terdedah dan berisiko tinggi berkaitan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Kajian Persepsi Awam Terhadap Rasuah di Malaysia tahun 2002 oleh UKM mengesahkan perkara ini. Mengikut kategori bahagian atau sektor yang lebih berisiko tinggi ialah Bahagian penguatkuasaan, Bahagian pengurusan, Bahagian kewangan atau audit dan Bahagian projek dan kontrak. Adalah didapati, kira-kira 70 peratus masalah gejala rasuah yang berlaku dalam perkhidmatan awam membabitkan sepuluh jabatan kerajaan terdiri dari agensi penguat kuasa dan agensi kerajaan yang mempunyai bilangan keanggotaan yang besar. 41. Justeru itu, fokus diberikan kepada agensiagensi penguatkuasa bagi memastikan usahausaha pengukuhan integriti dan pencegahan rasuah dalam organisasi ini dilaksanakan dengan berkesan. IIM mengadakan pelbagai bentuk kerjasama, perkongsian bestari (smart partnership), termasuk mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) dengan agensi-agensi penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Selain itu, kerjasama juga diadakan dalam menjalankan pelbagai program bersama agensi penguat kuasa yang lain seperti Jabatan Penjara, di mana peserta kursus integriti dibawa melawat ke penjara bagi melihat dan mengalami sendiri natijah yang berlaku terhadap individu yang tidak mematuhi undang-undang dan tidak berintegriti. Umum menyedari bahawa jenayah rasuah berlaku secara bersembunyi dan antara dua pihak berkepentingan. Penyelewengan, salah guna kuasa dan pemalsuan pula secara umumnya dilakukan secara bersendirian

26 18 LAPORAN TEKAD 2008 Pencegahan Rasuah Institusi Ekonomi 42. Sektor swasta sebagai salah satu institusi ekonomi penting menjadi jentera pembangunan ekonomi sesebuah negara. Namun begitu jenayah rasuah, penyelewengan dan fraud akan mengakibatkan suatu impak negatif terhadap pelbagai aspek termasuk masa dan kos pengurusan. Berdasarkan The 4th Biennial Global Economic Crime Survey yang dijalankan oleh PriceWaterHouseCoopers seperti di Rajah 3 di bawah, jelas memperlihatkan kesan ini. Sebaliknya, syarikat-syarikat yang mematuhi garis panduan etika dan melaksanakan program pematuhan melaporkan jenayah ekonomi, termasuk isu-isu rasuah dalam syarikat akan lebih kecil kebarangkalian berlakunya jenayah ekonomi dalam syarikat-syarikat berkenaan (Rajah 4). 43. Di Malaysia, pelbagai pendekatan melalui penguatkuasaan undang-undang dan penubuhan badan penyelia (regulatory body) diwujudkan untuk mengatasi masalah ini. Antara lain seperti Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Bank Negara. Pertubuhanpertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan seperti Malaysia Institute of Corporate Governance (MICG), Business Ethics Institute of Malaysia (BEIM), Dewan-dewan Perniagaan, Badan-badan Ikhtisas dan lain-lainnya juga turut menyokong bagi memastikan gejala rasuah dibendung, tadbir urus korporat dan etika perniagaan dipatuhi dan etika perniagaan dikawal selia dan dipertingkatkan. 44. Bagi menggerakkan usaha pengukuhan etika dan integriti di samping pencegahan rasuah dalam sektor swasta, IIM telah mengadakan pelbagai Rajah 3 Impak Penyelewengan kepada masa dan kos pihak pengurusan Masa penggunaan yang dibazirkan Berurusan dengan isu-isu litigasi Menggunakan perhubungan awam/pelabur Berurusan dengan keperluan kawalselia % syarikat Impak tidak ketara Impak ketara Rajah 4 Syarikat yang Mempunyai Garis Panduan Etika dan Program Pematuhan Melaporkan Jenayah Ekonomi yang Lebih Rendah Semua bentuk penyelewengan Penyalahgunaan aset Penyelewengan Perakaunan Sogokan dan rasuah Pengubahan wang haram Penciplakan harta intelek % syarikat Syarikat yang menggunapakai program etika dan pematuhan Syarikat lain Sumber: PriceWaterHouseCoopers

27 TEKAD kerjasama dan partnership dengan badan-badan penyelia dan agensi penguat kuasa, NGO dan syarikat-syarikat swasta. Antara program yang dilaksanakan bagi tujuan ini diperjelaskan dalam perbincangan dan pelaporan TEKAD ketiga iaitu meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan. Pencegahan Rasuah Sektor Politik 45. Pemimpin mesti bersih dan nampak bersih. Kenyataan ini menggambarkan, untuk menjadi pemimpin, seseorang itu mesti memiliki ciri-ciri keperibadian dan kepimpinan yang baik, beretika dan berintegriti. Dalam senario pengukuhan etika dan integriti politik tanah air, langkah pencegahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa ditambah baik dengan pengenalan kepada Kod Etika Ahli Parlimen dan Laporan Pengisytiharan Harta. Semenjak PIN dilancarkan, usaha pencegahan rasuah dalam sektor politik diperkukuhkan dengan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Integriti di Dewan Rakyat. IIM terlibat dalam keurusetiaan jawatankuasa. Beberapa siri pendengaran awam dijalankan bertujuan memperoleh input dan maklum balas daripada masyarakat umum, termasuk mendapatkan penjelasan dari agensi dan institusi yang berkaitan. Dalam beberapa siri pendengaran awam yang dijalankan, kebanyakan isu yang dibangkitkan oleh masyarakat adalah mengenai jenayah yang berlaku dalam masyarakat, gejala rasuah, khususnya dalam agensi penguatkuasa undang-undang dan mengenai sistem penyampaian khidmat awam oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pemimpin mesti bersih dan nampak bersih. Untuk menjadi pemimpin, seseorang itu mesti memiliki ciri-ciri keperibadian dan kepimpinan yang baik, beretika dan berintegriti. 46. Institut Perniagaan Beretika di Malaysia (BEIM) pada tahun 2005 menjalankan kajian atas tajuk Who Do Malaysians Trust Most. Lima belas jenis pekerjaan disenaraikan. Berikut adalah pandangan masyarakat mengenai kepercayaan tersebut, yang juga berkaitan rapat dengan kepercayaan mengenai perlakuan jenayah rasuah. Rajah 5 Siapa yang lebih dipercayai oleh Rakyat Malaysia Who Do Malaysians Trust Most Doktor Guru Professor Ahli Agama Saintis Hakim Pembaca Berita Wartawan Kesatuan Pekerja Polis Penjawat Awam Orang Biasa Menteri Ahli Korporat Ahli Politik Jawatan Pencegahan Rasuah Peringkat Akar Umbi dan Masyarakat Umum 47. Bagi menggerakkan langkah pencegahan rasuah di peringkat akar umbi, IIM menyampaikan ceramah, taklimat dan forum pengukuhan integriti kepada pelajar-pelajar khususnya di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT). Isu, ancaman dan langkah pencegahan jenayah rasuah turut dibincangkan. Secara purata, pada setiap sesi pengambilan pelajar baru IPT, IIM akan menyampaikan ceramah kepada kira-kira 80,000 orang pelajar IPT, sama ada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang juga turut meliputi Politeknik dan Kolej Komuniti. Di samping itu, taklimat juga disampaikan kepada para penuntut baru di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Adalah diharapkan program seperti ini akan memberikan penerangan dan kesedaran betapa pentingnya berkeperibadian mulia dan berintegriti, lebih-lebih lagi sebagai pelajar yang bakal menjadi pelapis generasi masa hadapan. IIM menekankan bahawa tugas utama institusi pengajian tinggi adalah bagi menghasilkan graduan yang berintegriti. 40 Peratus (%) Sumber: BEIM

28 20 LAPORAN TEKAD Dalam kalangan masyarakat umum, pelbagai program pengukuhan integriti dirancang dan dilaksanakan. Seminar Integriti Warga Pendidik dijalankan dengan kerjasama IIM dan Kementerian Pelajaran. Semenjak program ini dijalankan, seramai kira-kira 30,000 orang pengetua, guru besar, guru kaunseling serta guru pendidikan agama dan moral dan bakal guru di Institut Perguruan telah terlibat dalam program ini. Kepada kepimpinan masyarakat, khususnya Penghulu, Ketua Kampung dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), diadakan program secara bersiri di seluruh negara agar kepimpinan masyarakat dapat menyampaikan maklumat dan turut memberi kesedaran kepada masyarakat secara lebih luas lagi. IIM juga mengadakan program yang sama kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan agar ahli-ahli NGO dan masyarakat sivil turut sama dalam agenda integriti nasional dan pencegahan rasuah. Melalui program ini adalah diharapkan kepimpinan masyarakat khususnya menjadi contoh ikutan masyarakat,di samping dapat mengadakan program dan tindakan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat setempat. 49. Usaha dan gerakan pencegahan rasuah di Malaysia bukan sahaja dilakukan oleh kerajaan. Pertubuhan bukan kerajaan dan kumpulan masyarakat sivil juga memainkan peranan mereka dalam menjayakan agenda ini. Sebagai contoh peranan yang dimainkan oleh Transparency International Malaysia (TI-M) sebagai sebuah NGO yang memberi fokus kepada aspek akauntabiliti, ketelusan dan memerangi jenayah rasuah adalah kritikal. IIM juga bekerjasama rapat dengan lain-lain NGO ke arah matlamat yang sama memerangi dan membanteras jenayah rasuah. CABARAN 50. Dalam usaha memerangi jenayah rasuah, banyak cabaran dan halangan yang perlu ditangani. Bermula dari soal sikap setiap individu, peranan pemimpin dan kepimpinan, kerjasama dan keprihatinan masyarakat, pendekatan berdasarkan sistem dan prosedur, perundangan dan peraturan, hinggalah kepada aspek budaya masyarakat. Sebagaimana diperjelaskan dalam Rajah 2, masyarakat mempersepsikan gejala rasuah semakin meningkat. Justeru itu, cabaran dan halangan perlu dihadapi dan ditangani supaya kekangan (constrains) bagi memerangi dan membanteras gejala rasuah dapat dilaksanakan dengan lebih baik. Antara cabaran tersebut ialah: i. Kempen-kempen anti-rasuah yang dilihat masih kurang berkesan dalam meningkatkan kesedaran dan tidak menepati kumpulan sasaran. ii. Pemberian hadiah masih dianggap sebagai budaya dalam masyarakat Malaysia. Masyarakat masih tidak dapat membezakan antara hadiah dengan rasuah. iii. Salah laku yang melibatkan penggunaan wang pejabat dan harta benda pejabat untuk kegunaan peribadi serta tuntutan penginapan bagi tugasan luar di mana penginapan telah disediakan oleh penganjur tidak dianggap sebagai suatu kesalahan jenayah sebaliknya dianggap sebagai sesuatu amalan yang biasa dilakukan. iv. BPR masih dilihat tidak bebas, kurang cekap dan berkesan serta tidak telus dalam tindakannya. v. Komitmen kerajaan dilihat atau dipersepsikan sebagai lip service atau political slogan sahaja dan tidak menunjukkan tindakan yang serius. vi. Masih wujud amalan rasuah dalam urusanurusan kerajaan terutama yang melibatkan projek-projek kerajaan sehingga menjejaskan imej jabatan dan perkhidmatan awam. vii. Isu-isu rasuah sering disensasikan pihak media sehingga wujud public and media persecution manakala prinsip innocence until proven guilty tidak diberi keutamaan. viii. Dakwaan-dakwaan rasuah terhadap golongan tertentu sering kali dipolitikkan oleh sesetengah pihak mengakibatkan isu rasuah bukan lagi menjadi isu penguatkuasaan. ix. Kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak-pihak tertentu

29 TEKAD melalui pelbagai media memburukkan persepsi sedia ada. x. Faktor-faktor persekitaran dan politik semasa turut menyumbang kepada penurunan indeks. 51. Perlakuan rasuah dalam kalangan kepimpinan kerajaan yang dipaparkan kepada masyarakat umum secara meluas menyebabkan persepsi negatif terhadap gejala rasuah. Apabila terdapat pemimpin atau tokoh politik dan ketua jabatan kerajaan dihadapkan di mahkamah atas pertuduhan jenayah rasuah dan kenyataan berulang-ulang tokoh-tokoh tertentu mengenai aduan-aduan atau maklumat rasuah seperti politik wang atau rasuah politik menyebabkan masyarakat umum kadangkala lemas dengan isu-isu negatif seperti ini. Dalam erti kata yang lain, masyarakat akan melihat dan mentafsirkan seolah-olah gejala ini berlaku dalam semua sistem pengurusan dan pentadbiran hingga ke peringkat atasan kepimpinan negara. 52. Isu-isu atau kes rasuah sering dilaporkan oleh pihak media walaupun kes tersebut belum dibawa ke mahkamah. Di samping itu, pengaruh blog yang melaporkan kes-kes jenayah rasuah, sama ada betul atau sebaliknya juga menyumbang kepada persepsi negatif masyarakat terhadap gejala rasuah. Dalam aspek ini, masyarakat akan cepat membuat hukuman atau penghakiman bahawa sesiapa yang dilaporkan terlibat dengan rasuah sudah tentu bersalah; CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 53. Semasa Konvensyen Integriti Nasional 2007 dilangsungkan pada 9 September 2007 di Putrajaya, dua puluh satu Resolusi dihasilkan. Resolusi pertama adalah supaya BPR menjadi sebuah badan bebas dan dijadikan sebagai sebuah Suruhanjaya. Walaupun pada hakikatnya BPR bebas menyiasat dan tiada campur tangan dalam aspek siasatan oleh mana-mana pihak, tetapi kedudukannya sebagai sebuah jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) memberikan persepsi negatif. Justeru, dengan pandangan pelbagai pihak yang telah menyuarakan perkara ini sejak beberapa lama, kerajaan mengambil pandangan-pandangan tersebut bagi memperbaiki mekanisme pencegahan rasuah yang lebih berkesan. Pengumuman mengenai penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibuat oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 21 April 2008 semasa merasmikan ASEAN Integrity Dialogue 2008 di Institut Integriti Malaysia. 54. Y.A.B. Perdana Menteri semasa membentangkan Rancangan Malaysia Kesembilan yang berpaksi kepada Misi Nasional mengatakan, dalam memerangi rasuah,...patah sayap bertongkat paruh namun perjuangan tidak akan luntur. Komitmen itu kemudiannya menjadi realiti apabila Y.A.B. Perdana Menteri sendiri membentangkan di Dewan Rakyat mengenai Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Mulai 1 Januari 2009, BPR dengan rasminya menjadi sebuah Suruhanjaya. 55. Penubuhan SPRM menjadikan usaha pencegahan jenayah rasuah dan agensi penguatkuasaannya bukan sahaja bebas, malah nampak bebas dan mempunyai keupayaan pencegahan rasuah yang lebih menyeluruh. Di samping itu, beberapa pejabat cawangan SPRM diwujudkan, keanggotaannya dipertingkatkan dari segi bilangan, latihan dan profesionalisme kerja mereka. Pelbagai aspek logistik lain juga dipertingkatkan. 56. Antara langkah-langkah lain seterusnya ke arah penambahbaikan usaha pencegahan jenayah rasuah dan memperbaiki persepsi yang perlu diberi keutamaan dan perhatian oleh semua pihak ialah: Meningkatkan keberkesanan usaha antirasuah dan pendidikan masyarakat i. Mempertingkatkan tahap integriti dalam kalangan agensi barisan hadapan dengan memperkukuhkan keupayaan serta kapasiti. ii. Usaha memerangi jenayah rasuah tidak boleh diletakkan ke atas bahu kerajaan semata-mata kerana ianya merupakan tanggungjawab bersama. iii. Kempen memerangi jenayah rasuah memerlukan pendekatan holistik, komprehensif dan turut melibatkan pelan

30 22 LAPORAN TEKAD 2008 jangka masa panjang. Oleh itu, satu mekanisme yang spesifik perlu ada bagi membolehkan pengkoordinasasian dan pengawalan ke atas agenda rasuah dijalankan melibatkan semua sektor masyarakat. Untuk itu perlu disediakan pelan tindakan berdasarkan polisi anti-rasuah yang spesifik. iv. Penilaian dan pemantauan berterusan secara terperinci dalam soal dasar dan pelaksanaan berkesan polisi anti-rasuah perlu dibuat secara berkala. Penubuhan beberapa jawatankuasa berkaitan seperti dibuat di bawah SPRM bertepatan dalam perkara ini. Tetapi oleh kerana mekanisme ini merupakan sesuatu yang baru, maka perlu dinilai keberkesanan pelaksanaannya v. Perlu dijalankan kajian sama ada dalam bentuk jangka panjang atau kajian pantas (snap survey) bagi meneliti atau mengkaji persepsi serta langkah-langkah berkesan dalam menangani jenayah rasuah. vi. Kempen-kempen anti-rasuah bukan sahaja untuk meningkatkan kefahaman masyarakat tentang keji dan buruknya rasuah bahkan yang lebih penting lagi adalah memberikan kesedaran tentang kesan buruk jenayah tersebut ke atas kesejahteraan hidup masyarakat. vii. Fokus perlu diberikan ke atas kumpulan sasar yang dikategorikan sebagai berisiko. viii. Pegawai dan warga kerja yang baru dilantik perlu diberi pendedahan awal mengenai aspek pencegahan rasuah dan integriti dalam sesebuah organisasi. ix. Para pelanggan dan stakeholders perlu diberikan penjelasan mengenai sesuatu dasar, sistem dan prosedur kerja serta piagam pelanggan yang berkaitan. x. Mempelbagaikan medium penyampaian mesej anti-rasuah secara lebih berkesan, misalnya melalui media cetak dan elektronik, internet, risalah-risalah, buletin dan sebagainya Penubuhan sebuah agensi pencegahan rasuah yang dilihat bebas, cekap, berkesan dan telus dalam pelaksanaan tugasnya i. Penjenamaan semula BPR kepada SPRM dengan pelbagai mekanisme tanggungjawab akan memberikan impak yang positif ke atas usaha pencegahan rasuah negara. ii. SPRM perlu diperkukuhkan dengan peruntukan kewangan dan keanggotaan yang mencukupi, profesional dan berkeupayaan tinggi bagi memastikan matlamat penubuhannya tercapai Menyediakan Pelan Strategik Media i. Pelan Strategik Media akan memastikan pelaksanaan urusan media yang sistematik dan menyeluruh. Marketing ini dilaksanakan oleh mereka yang mempunyai pengetahuan mendalam dalam pengurusan media dan perlu dilaksanakan secara berkala atau berdasarkan kes. ii. Analisis media dibuat dari semasa ke semasa termasuk ke atas blog bagi memantau keyakinan masyarakat terhadap usaha pencegahan rasuah yang dijalankan. iii. Menjalinkan kerjasama erat dengan pihak media supaya mereka dapat menjadi penghubung dalam menyampaikan mesej anti-rasuah dan integriti kepada masyarakat. iv. Media perlu dididik supaya lebih bertanggungjawab dalam laporan dan tidak terlalu mensensasikan kes-kes rasuah secara berleluasa terutamanya yang masih dalam siasatan 56.4 Meningkatkan sistem kawalan i. Sistem kawalan yang sistematik terutamanya melibatkan pengurusan kewangan seperti tuntutan perjalanan dan penggunaan harta pejabat untuk penggunaan peribadi. ii. Mewujudkan auditan dalaman secara menyeluruh di semua jabatan.

31 TEKAD iii. Melantik pegawai integriti di setiap jabatan kerajaan. Sebagai permulaan wajar dilantik pegawai-pegawai integriti di jabatan-jabatan yang berisiko tinggi. iv. Sistem kawalan yang sistematik terutamanya melibatkan pengurusan kewangan seperti tuntutan perjalanan dan penggunaan harta pejabat untuk penggunaan peribadi dengan mewujudkan audit dalaman secara menyeluruh di semua jabatan. v. Memastikan peraturan-peraturan yang diwujudkan dikuatkuasakan dan dipatuhi sepenuhnya (compliance) seperti penerimaan hadiah, keraian, skim cepat kaya dsb. vii. Melaksanakan integrity testing dari semasa ke semasa oleh semua agensi dalam pemilihan atau merekrut warga kerja sesebuah organisasi. viii. Memperluaskan penggunaan ICT - Kerajaan Elektronik perlu kerana penggunaan ICT dapat mengurangkan pengaruh atau kuasa serta budi bicara. Di samping itu, elemen ketelusan dapat diamalkan dengan lebih baik lagi Mengadakan peraturan dan langkahlangkah lain untuk meningkatkan integriti perkhidmatan i. Larangan penglibatan dalam profesion yang berkaitan dengan jabatan asal, kecuali yang melibatkan aspek latihan dan pembelajaran, ii. bagi satu tempoh tertentu untuk semua peringkat penjawat awam. Mengadakan elemen anti rasuah dan integriti dalam kursus-kursus asas dan modul PTK. iii. Mewujudkan Anugerah Integriti bagi mengiktiraf mereka yang telah mempamerkan tingkah laku yang terpuji. iv. Penambahbaikan dalam urusan perkhidmatan di mana bagi tujuan pengesahan jawatan mereka mesti lulus tapisan keutuhan. KESIMPULAN 57. Di bawah kepimpinan Y.A.B. Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, gerakan pembudayaan integriti dan memerangi jenayah rasuah menjadi agenda keutamaan. PIN dilancarkan, IIM ditubuhkan dan SPRM dan Suruhanjaya Pelantikan Hakim menjadi kenyataan. Semua usaha ini menjadi kekuatan dalam agenda integriti nasional ke arah menjadikan Malaysia lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). Al-Qur an, surah al-baqarah: 188 PSA 2007 Lesen... Memberi dan menerima rasuah adalah salah di sisi undang-undang. Yang salah tetap salah. Rasuah tidak menyelesaikan masalah.

32 24 LAPORAN TEKAD 2008

33 TEKAD SASARAN 2 Meningkatkan Kecekapan dalam Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam dan Mengatasi Karenah Birokrasi

34 26 LAPORAN TEKAD 2008 MENINGKATKAN KECEKAPAN DALAM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM DAN MENGATASI KARENAH BIROKRASI PENDAHULUAN 1. Kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam penting kerana sektor awam merupakan sektor perkhidmatan terbesar di Malaysia yang memainkan peranan utama dalam pembangunan negara. Rakyat juga semakin maju dan lebih bermaklumat. Mereka mengharapkan perkhidmatan yang lebih cekap, cepat dan berkesan dari sektor awam. Sistem penyampaian perkhidmatan awam yang benar-benar cekap, dinamik dan berkesan meningkatkan produktiviti dan daya saing negara serta mempertingkatkan kualiti hidup untuk semua. Peningkatan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam dapat dicapai melalui usahausaha mengurangkan karenah birokrasi. DEFINISI SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM 2. Sasaran kedua Tekad 2008 memberi fokus kepada usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi. Sistem penyampaian yang baik sewajarnya memenuhi ciri-ciri seperti cekap, cepat, keberkesan kos, tepat dan disampaikan dengan berintegriti. 3. Pelan Integriti Nasional (PIN) telah menetapkan beberapa indikator bagi mengukur sejauh mana kejayaan sasaran ini antaranya: 3.1 Indeks persepsi awam bagi agensi perkhidmatan dalam sektor kerajaan, dengan menurunkan skornya supaya berada di bawah paras 2.5 mata (1 ialah skor terbaik manakala 5 skor terburuk); 3.2 Bilangan aduan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR), Biro Pengaduan Awam (BPA), Laporan Audit Negara dan lain-lain maklum balas pelanggan kepada jabatan atau agensi kerajaan serta saluran aduan yang lain; dan 3.3 Tanda aras lain oleh agensi antarabangsa dan dalam negeri yang mengukur kecekapan pentadbiran kerajaan akan diambil kira sekiranya sesuai. Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam yang Baik Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam yang baik bolehlah ditakrif sebagai: Perkhidmatan yang diberikan secara sistematik, memenuhi kehendak pelanggan dan pihak berkepentingan, bertepatan dengan prinsip tadbir urus yang baik dan dengan kos yang munasabah. Delivery system that is efficient, cost-effective, fast, in accordance with the principles of governance and delivered with integrity. INSTITUSI 4. Tanggungjawab bagi merealisasikan tekad kedua terletak di bahu kesemua lebih sejuta penjawat awam. Adalah penting bagi penjawat awam memastikan sikap dan perilaku mereka sentiasa menepati apa yang diharapkan daripada seorang penjawat awam. Ini bermakna kesemua warga 27 kementerian, 110 jabatan persekutuan, 250 jabatan negeri, 145 pihak berkuasa tempatan (PBT) dan 186 badan berkanun persekutuan dan negeri terlibat secara langsung dalam usaha ini. 5. Semua kementerian dan jabatan kerajaan telah melaksanakan pelbagai program yang menyokong usaha pemantapan integriti penjawat awam melalui program ceramah bulanan, sambutan Hari Kualiti dan integriti, kursus-kursus Induksi, PTK, kenaikan pangkat dan seumpamanya.

35 TEKAD PERUNTUKAN DAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG 6. Perkhidmatan awam Malaysia mempunyai peruntukan undang-undang dan peraturan yang mencukupi bagi dijadikan panduan untuk penjawat awam supaya bertata kelakuan secara berintegriti. Sebagai contoh Akta Acara Kewangan 1957, Perintah-Perintah Am, Arahan Perbendaharaan, Surat-surat Pekeliling Perbendaharaan dan Perkhidmatan dan pelbagai Peraturan dan Pekeliling Perkhidmatan, Pentadbiran Am dan sebagainya telah dikeluarkan. Semua peraturan dan undang-undang ini boleh didapati dengan mudahnya secara atas talian. PETUNJUK PRESTASI 7. Usaha-usaha memantapkan integriti perkhidmatan bukan perkara baru. Ianya telah dimulakan sejak sebelum merdeka. Indikator sistem penyampaian perkhidmatan awam antara lain merangkumi aspek-aspek berikut: i. Pengurusan aduan; ii. iii. iv. Perkhidmatan kaunter; Salahlaku tatatertib; Penambahbaikan sistem dan prosedur; dan v. Penggunaan teknologi maklumat (ICT). 7.1 Pengurusan Aduan i. Salah satu indikator terpenting untuk menilai sistem penyampaian perkhidmatan awam ialah aduan orang awam terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh agensi kerajaan. Tanggungjawab pengurusan aduan awam terletak di bawah BPA, JPM. Rajah 6 menunjukkan jumlah aduan yang diterima dan diselesaikan BPA dari tahun 2000 hingga Bilangan Aduan 9000 Rajah 6: Bilangan Aduan Diterima dan Diselesaikan BPA Dari Tahun Tahun Jumlah Aduan Diterima Jumlah Aduan Disiasat* Jumlah Aduan Diselesaikan Bilangan 2007 & 2008 untuk kes sebenar dan tidak termasuk perkara am. Jumlah kes merujuk kepada aduan yang diterima oleh BPA sahaja. Sumber : BPA

36 28 LAPORAN TEKAD 2008 ii) Walaupun perangkaan aduan yang diterima dan diselesaikan BPA dalam tempoh tersebut menunjukkan peningkatan yang ketara, ini tidak bermakna sistem penyampaian perkhidmatan awam telah merosot. Peningkatan bilangan aduan ini antara lain berpunca dari kesedaran orang awam terhadap pelbagai saluran aduan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan. Jarang orang awam melihat mutu perkhidmatan awam dari kecekapannya tetapi selalunya dinilai dari keburukannya. Kakitangan awam dituntut memberi perkhidmatan yang baik. Ini harapan yang biasa, kakitangan awam mesti cekap, berkesan dan memberikan khidmat dengan cepat iv) iii) Perkembangan ini dapat dilihat bila 5,644 (70%) aduan bagi tahun 2008 dibuat melalui saluran non-conventional iaitu e-mel, laman web dan program pro-aktif (kaunter aduan bergerak dan program Mesra Rakyat) berbanding perangkaan tahun 2007 hanya sebanyak 854 atau 30.6% adalah aduan non-conventional. Pada masa yang sama YAB Perdana Menteri telah melancarkan laman sesawang Warkah Untuk PM dan Y.Bhg Tan Sri KSN telah mengambil langkah yang serupa, turut menyumbang kepada peningkatan aduan ini. 7.2 Perkhidmatan Kaunter i. Perkhidmatan kaunter merupakan perkhidmatan di barisan hadapan yang penting bagi mengukur prestasi sistem penyampaian perkhidmatan awam. Aduanaduan yang diterima daripada orang awam berkaitan dengan perkhidmatan kaunter sering kali berkisar mengenai kelewatan serta kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan. Rajah 8 menunjukkan jumlah aduan yang diterima BPA berkaitan perkhidmatan kaunter termasuk layanan panggilan telefon yang tidak memuaskan Rajah 7: Pelbagai Saluran Aduan Awam Tahun Rajah 8: Aduan Perkhidmatan Kaunter Yang Tidak Memuaskan Tahun (Perangkaan ini adalah berdasarkan aduan yang diterima oleh BPA) Bilangan aduan Sumber : BPA Program Pro-Aktif Aktif Hadir Hadir Hadir Sendiri Sendiri Surat, Surat, Faks Faks & Borang & Borang Kaunter Kaunter Aduan Aduan Jabatan Jabatan Telefon Telefon Elektronik Lain-lain ii. Jumlah aduan yang diterima bagi Sumber : BPA Bilangan Pegawai perkhidmatan kaunter yang tidak memuaskan 7000 dalam tempoh laporan menunjukkan peningkatan kecuali bagi tahun 2003 dan Ini menunjukkan bahawa kualiti perkhidmatan 4531 kaunter di sektor awam masih Tahun Tahun

37 TEKAD Jadual 3 Skor Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan Awam. Bil Perkara Sama ada kualiti perkhidmatan yang diperoleh daripada kakitangan kerajaan adalah memuaskan. Sama ada kakitangan kerajaan bersedia membantu menyelesaikan masalah pelanggan. Sama ada waktu menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan daripada kakitangan kerajaan adalah singkat. Sama ada kakitangan kerajaan boleh membuat keputusan dengan cepat Sumber : IPIN lagi berada di tahap kurang memuaskan dan perlu diberi perhatian selanjutnya. iii. Walau bagaimanapun, kajian IIM menunjukkan peningkatan skor untuk beberapa item yang berkaitan dengan perkhidmatan kaunter seperti dinyatakan dalam Jadual 3. iv. Usaha-usaha penambahbaikan telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk meningkatkan perkhidmatan kaunter. Di antara penambahbaikan dan inovasi ketara yang telah diperkenalkan contohnya oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dengan membuka kaunter tambahan pada waktu puncak. Ini membolehkan layanan yang lebih cepat diberikan kepada pelanggan. Pembukaan pejabat-pejabat baru JPJ terutama di kawasan pendalaman serta menambah aktiviti urus niaga di beberapa pejabat kecil dan stesen penguat kuasa dapat memudahkan orang awam mendapatkan perkhidmatan. 7.3 Salah Laku Dalam Perkhidmatan Awam i. Indikator seterusnya yang di ambil kira bagi melihat kualiti penyampaian perkhidmatan awam ialah tindakan tatatertib. Lebih ramai kakitangan awam yang dikenakan tindakan ii. tatatertib bermakna wujud masalah disiplin dan integriti yang serius dalam kalangan penjawat awam. Ini akan menjejaskan penyampaian perkhidmatan awam dan begitulah sebaliknya. Berikut dipaparkan trend bilangan penjawat awam yang dikenakan tindakan tatatertib dalam tempoh laporan yang menunjukkan penurunan yang agak ketara. Ia turun sebanyak 16.8% pada tahun 2007 jika dibandingkan dengan Penurunan ini adalah berkaitan dengan inisiatif-inisiatif agensi kerajaan melaksanakan program-program kesedaran dan pemahaman mengenai integriti, penganjuran program khidmat kaunseling serta penguatkuasaan peraturan-peraturan tata kelakuan. Penurunan bilangan tindakan tatatertib ini menunjukkan usaha berterusan kerajaan bagi mengatasi masalah disiplin dan integriti dalam kalangan penjawat awam telah menunjukkan kesan positif. Dalam tempoh laporan ( ) lebih 100,000 penjawat awam telah menghadiri pelbagai program integriti yang disampaikan oleh IIM dan lebih 30,000 warga pendidik telah menyertai seminar khusus untuk Warga Pendidik supaya mesej integriti dapat dipanjangkan kepada pelajar.

38 LAPORAN 122 TEKAD Tahun 2008 Bilangan Pegawai Rajah 9: Bilangan Pegawai Yang Dikenakan Tindakan Tatatertib Tahun Perlakuan Rasuah Dalam Perkhidmatan Awam i. Perlakuan rasuah dalam perkhidmatan awam akan menjejaskan persepsi umum terhadap imej perkhidmatan dan prestasi penjawat awam. Secara umumnya persepsi masyarakat mengenai gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam adalah serius. Trend menunjukkan bilangan tangkapan penjawat awam berkaitan dengan kesalahan rasuah menunjukkan peningkatan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10: Tahun Sumber : JPA ii. iii iv Walaupun bilangan penjawat awam yang terlibat dalam gejala rasuah adalah kecil iaitu seramai 303 orang ditangkap pada 2007 berbanding 1.2 juta keseluruhan penjawat awam, tetapi perkara ini perlu diberikan perhatian serius kerana mereka diamanahkan melaksanakan tugas yang melibatkan kepentingan awam. Kajian yang dibuat IIM menunjukkan terdapat penjawat awam yang tidak memahami pengertian rasuah itu sendiri. Sebagai contoh kajian IIM untuk tahun 2006 dan 2007 di Jadual 4 menggambarkan kebenaran kenyataan di atas. Mengambil kira nilai skor maksimum adalah 10, skor yang dicatatkan di atas menunjukkan masih lagi ramai penjawat awam yang tidak memahami pengertian rasuah. Bagi menangani masalah ini, IIM dengan kerjasama jabatan dan agensi kerajaan telah melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan kefahaman penjawat awam tentang integriti, rasuah dan seumpamanya. Contohnya, sehingga Disember 2008, IIM telah melaksanakan 63 siri Kursus Pembangunan Individu dan Organisasi Berintegriti (PIOB) kepada hampir 2,000 penjawat awam dari pelbagai jabatan. Di Bilangan 1200 Rajah 10: Perangkaan Rasuah Melibatkan Penjawat Awam Tahun Tahun Siasatan Tangkapan Tuduhan Sumber : SPRM

39 TEKAD Jadual 4: Pemahaman Penjawat Awam Tentang Rasuah Bil Perkara Menerima hadiah dari pelanggan adalah rasuah Menggunakan wang pejabat bagi kegunaan sendiri adalah rasuah. Terlibat dalam pemberian tender kepada ahli keluarga adalah rasuah. Terlibat secara langsung dalam pelantikan ahli keluarga untuk mengisi jawatan kosong di jabatan adalah rasuah. Mengemukakan tuntutan penginapan bagi tugasan luar yang telah disediakan penginapan oleh penganjur adalah rasuah Sumber : IIM samping itu beberapa sesi Latihan Untuk Pengajar (Training for Educators) telah dilaksanakan bagi menambah bilangan jurulatih supaya kursus ini dapat dibuat dengan lebih kerap. 7.5 Laporan Audit i. Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun berkisar kepada isu kesalahan yang berulang. Kesalahan-kesalahan ini telah menjejaskan sistem penyampaian perkhidmatan awam. Antaranya, peralatan yang tidak digunakan secara optimum, projek lewat siap, projek yang dibina tidak berkualiti dan tidak mengikut spesifikasi serta kecacatan tidak dibaiki dalam tempoh kecacatan. Akibatnya pembaziran terus berlaku dan faedah setiap ringgit yang dibelanjakan tidak dioptimumkan. Perlakuan rasuah dalam perkhidmatan awam akan menjejaskan persepsi umum terhadap imej perkhidmatan dan prestasi penjawat awam. Secara umumnya persepsi masyarakat mengenai gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam adalah serius. Barang siapa diangkat di antara kamu memangku sesuatu jawatan, lalu disembunyikannya terhadap kami sebilah jarum atau lebih kecil daripada itu, maka perbuatannya itu adalah penggelapan. Ia akan datang pada hari kiamat membawa apa yang digelapkannya itu. Sahih Muslim

40 32 LAPORAN TEKAD 2008 USAHA PENAMBAHBAIKAN..setiap dari kita, ada peranan yang perlu dilaksanakan bagi membangunkan negara ini. Walau apa jua bidang yang kita ceburi, laksanakanlah tugas yang digalas dengan penuh tanggungjawab, jujur, cekap dan berintegriti. Kita harus sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan yang tertinggi dan muncul sebagai yang terbaik agar dunia menghormati kita.. YAB Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia 8. Usaha kerajaan bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam memang telah terbukti. Penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) di peringkat Persekutuan, Kerajaan Negeri dan di peringkat daerah selaras Arahan Y.A.B. Perdana Menteri No. 1 Tahun 1998 merupakan manifestasi kepada perkara ini. JKP ini melapor kepada Jawatan Kuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri sendiri dan dianggotai oleh beberapa orang menteri kabinet menunjukkan betapa pentingnya perkara ini kepada kerajaan. 9. Arahan Y.AB. Perdana Menteri No. 1 Tahun 2000 seterusnya menggariskan panduan kepada agensi berhubung penerapan nilai-nilai murni seperti amanah, benar, bijaksana, adil, telus dan bersyukur dalam diri setiap penjawat awam. Pemilihan penjawat yang tepat dan tinggi integritinya akan dapat menghasilkan perkhidmatan yang cekap dan memuaskan hati pelanggan. 10. Pelbagai usaha penambahbaikan telah dilaksanakan oleh agensi bagi memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan awam. Antara usahausaha tersebut adalah dengan mewujudkan sistem ukuran prestasi dengan menggredkan agensi berkenaan dan pelbagai inisiatif lain seperti 10.1 Sistem Star Rating untuk semua Kementerian oleh MAMPU; 10.2 Star Rating untuk PBT oleh KPKT; 10.3 Indeks Akauntabiliti oleh Jabatan Audit; 10.4 Penambahbaikan melalui PEMUDAH; dan 10.5 Mempelbagaikan Saluran Perkhidmatan Sistem Star Rating (SSR) - MAMPU i. Pelaksanaan SSR dan penilaian berdasarkan sistem SSR merupakan salah satu mekanisme pengukuran prestasi yang dapat digunakan untuk menilai pencapaian agensi-agensi kerajaan selaras dengan usaha mewujudkan agensi kerajaan yang berteraskan budaya berprestasi tinggi, akauntabiliti dan ketelusan dalam pengurusan. Langkah ini dijangka akan memberi kesan berterusan memandangkan setiap tahun kementerian akan dimaklumkan jumlah bintang yang mereka peroleh dan tentunya mereka yang memperoleh kurang dari 3 bintang akan berusaha sedaya upaya memperbaiki prestasi masing-masing dan secara tidak langsung prestasi penyampaian oleh agensi berkenaan akan meningkat. ii. SSR bertujuan untuk menggredkan tahap prestasi agensi-agensi kerajaan dalam pelaksanaan dasar-dasar kerajaan ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dan memupuk budaya kompetitif dan menggalakkan penandaarasan (benchmarking) di antara agensi-agensi kerajaan. Tiga komponen utama yang dinilai ialah: 1) Komponen Pengurusan Pengurusan Organisasi; Pengurusan Kewangan; Pengurusan Sumber Manusia; dan Pengurusan Projek Pembangunan dan ICT. 2) Komponen Pengurusan Teras Pengubalan Dasar; Pelaksanaan Dasar;

41 TEKAD Pemantauan Dasar; dan Keberkesanan Dasar. 3) Komponen Pengurusan Pelanggan Piagam Pelanggan; Pengurusan Aduan; Pengukuran Kepuasan Pelanggan; dan Usaha-usaha promosi. Pengurusan Lalu lintas dan Tempat Letak Kereta; Penyenggaraan Lanskap; Perancangan dan Pelaksanaan Projek; Undang-undang dan Penguatkuasaan; dan Kawalan dan Pencegahan penyakit berjangkit. iii. Pencapaian kementerian bagi tahun 2007 dan 2008 adalah seperti berikut: Jadual 5 Penarafan Bintang Kementerian Bil. Bintang Lima Bintang (Cemerlang) Tiada 1 2 Empat Bintang (Baik) Tiga Bintang Dua Bintang 2 Tiada 5 Satu Bintang Tiada Tiada ii. 3) Pengurusan Pelanggan Perkhidmatan-perkhidmatan Barisan Hadapan; dan Pengurusan Aduan. 4) Penyertaan Komuniti dan Pandangan Penduduk Penglibatan Komuniti; dan Pandangan Penduduk (soal selidik). PBT akan dianugerahkan bintang mengikut prestasi penyampaian perkhidmatan yang diberi. Buat masa ini KPKT sedang di peringkat akhir menggredkan PBT buat kali pertama sebelum diumumkan kepada awam sewajarnya Sistem Star Rating Pihak Berkuasa Tempatan (SSR-PBT) - Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) i. SSR-PBT bertujuan untuk menggredkan tahap penyampaian perkhidmatan yang disediakan oleh setiap PBT berdasarkan 352 indikator dari empat komponen utama yang merangkumi keseluruhan aspek dalam pengurusan dan pemberian perkhidmatan sesebuah PBT meliputi: 1) Pengurusan Pengurusan Organisasi; Pengurusan Kewangan dan Aset; dan Pengurusan Sumber Manusia. 2) Pengurusan Teras Perlaksanaan Dasar Pelesenan dan Kawalan Perniagaan; Perancangan; Kawalan Bangunan; Pengurusan Penilaian dan Pengurusan Harta; 10.3 Indeks Akauntabiliti Jabatan Audit Negara (JAN) i. Jabatan Audit Negara telah melaksanakan Audit Rating System berasaskan kepada Indeks Akauntabiliti (IA) yang pertama pada Ia dilaksanakan bertujuan menilai sejauh mana pengurusan kewangan Kementerian / Jabatan / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan / Majlis Agama Islam telah mematuhi segala undang-undang dan peraturan kewangan kerajaan. ii. Aspek-aspek pengurusan kewangan yang dinilai adalah: Kawalan pengurusan organisasi; Kawalan bajet; Kawalan terimaan; Kawalan perbelanjaan; Pengurusan kumpulan amanah; Akaun amanah/deposit; Pengurusan aset dan inventori; Pengurusan pelaburan; Pengurusan pinjaman; dan Penyata kewangan.

42 34 LAPORAN TEKAD 2008 Jadual 6 Indeks Akauntabiliti Tahun 2007 TAHAP / BILANGAN AGENSI Agensi Sangat Baik (4 Bintang) Baik (3 Bintang) Memuaskan (2 Bintang) Tidak Memuaskan (1 Bintang) Jumlah Kementerian Persekutuan Jabatan Persekutuan Badan Berkanun Persekutuan Perbendaharaan Negeri Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Majlis Agama Islam Kementerian/Jabatan Negeri Badan Berkanun Negeri Pihak Berkuasa Tempatan JUMLAH Sumber: JAN iii. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2007 menyatakan pengurusan kewangan sebilangan besar agensi kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri adalah baik. Daripada 212 agensi yang diberi penilaian Indeks Akauntabiliti (IA), sebanyak 4.7% mendapat penarafan sangat baik, 66.5 % di tahap baik, manakala 28.7 % di tahap memuaskan. Walaupun tidak dapat dibuat perbandingan, namun data di atas menunjukkan peningkatan kesedaran dalam kalangan agensi kerajaan terhadap integriti dan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan. Rujuk Jadual 6. kedudukan daya saing Malaysia yang dilaporkan dalam World Bank Doing Business Report. ii. Berdasarkan laporan tersebut sebagai panduan, PEMUDAH telah ditugaskan untuk menangani isu-isu dan memperkenalkan langkah-langkah bagi menambah baik persekitaran perniagaan di negara ini. Berikut adalah kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa dalam kemudahan menjalankan perniagaan. PEMUDAH mensasarkan untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-10 teratas dalam World Bank Doing Business Report Penambahbaikan Melalui PEMUDAH i. Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan atau PEMUDAH telah ditubuhkan pada 7 Februari Sejak penubuhannya, PEMUDAH berjaya mengurangkan atau menghapuskan pelbagai bentuk halangan kepada perniagaan. Penubuhan PEMUDAH adalah atas dorongan untuk memperbaiki iii. Merujuk kepada Jadual 7, Malaysia telah berjaya melonjak empat anak tangga ke tempat ke-20 pada tahun 2009 daripada tempat ke-24 pada tahun Kejayaan tersebut berdasarkan empat daripada 10 indikator dalam Kemudahan Menjalankan Perniagaan iaitu Kemudahan Mendapatkan Kredit (tempat pertama dari ketiga), Urusan Permit Pembinaan (tempat ke 104 dari ke

43 TEKAD Jadual 7 Kedudukan Malaysia Dalam Kemudahan Menjalankan Perniagaan Kategori Tahun 2006 (n=155) 2007 (n=175) 2008 (n=178) 2009 (n=181) Keseluruhan Memulakan Perniagaan Urusan Perlesenan Menggaji Pekerja Pendaftaran Hartanah Mendapatkan Kredit Melindungi Pelabur Membayar Cukai Perdagangan Rentas Sempadan Menguatkuasakan Kontrak Menutup Perniagaan Sumber: World Bank iv. 105), Pembayaran Cukai (tempat ke-21 dari ke-56), dan Penguatkuasaan Kontrak (tempat ke-59 dari ke-63). Antara kejayaan-kejayaan lain yang telah dicapai oleh PEMUDAH ditunjukkan dalam Jadual 8. v. PEMUDAH telah meneruskan inisiatif penambahbaikan pada Antaranya ialah pendaftaran hartanah telah disingkatkan dari 144 hari kepada 41 hari, kemudahan e-bayar telah dilaksanakan oleh 89 agensi kerajaan melibatkan 148 perkhidmatan dan penubuhan pusat setempat untuk pendaftaran perniagaan di SMIDEC. Di samping itu, inisiatif yang dilaksanakan pada 2007 telah mula menampakkan kesannya melalui perlaksanaan One Stop Centre (OSC) dan Certificate of Completion Compliance (CCC) di PBT seperti di Rajah 11. vi. Untuk inisiatif CCC pula, sebanyak 216 CCC telah dikeluarkan oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), dan Lembaga Jurubina Malaysia (BAM) sepanjang tahun Sejak penubuhannya, PEMUDAH berjaya mengurangkan atau menghapuskan pelbagai bentuk halangan kepada perniagaan. Penubuhan PEMUDAH adalah atas dorongan untuk memperbaiki kedudukan daya saing Malaysia yang dilaporkan dalam World Bank Doing Business Report

44 36 LAPORAN TEKAD 2008 Jadual 8 Pendaftaran Perniagaan Aktiviti Sebelum Penambahbaikan Selepas Penambahbaikan Pendaftaran Perniagaan Baru 3 hari 1 jam Pembaharuan Pendaftaran 1 hari 15 minit Kelulusan Nama dan Pemerbadanan Syarikat 5 hari 1 hari Penukaran Nama Syarikat 5 hari 1 hari Permulaan Perniagaan Syarikat Awam 5 hari 1 hari Pendaftaran Gadaian 5 hari 2 hari Pendaftaran Surat Ikatan Amanah 5 hari 5 hari Pendaftaran Prospektus 14 hari 3 hari Sumber: PEMUDAH Bilangan Rajah 11: Prestasi OSC , Lulus 6, Belum Selesai Ditangguh / ditolak / ,921 dipinda / ditolak 3,039 2, ,268 1, Kebenaran Merancang 334 Pelan Bangunan CFO Kebenaran Merancang Pelan Bangunan CFO Tahun Sumber: Laporan Tahunan PEMUDAH Pelbagai Saluran Perkhidmatan (Multiple Services Channel) i. Pelbagai inisiatif bagi mempelbagaikan saluran perkhidmatan kepada orang awam telah dilaksanakan pelbagai agensi. Selain dari datang sendiri bagi mendapatkan perkhidmatan, terdapat juga saluransaluran lain diperkenalkan untuk kemudahan pelanggan. Kerajaan juga memperkenalkan konsep No Wrong Door. Contohnya projek ekl yang mengandungi web-ekl adalah satu inisiatif bagi mempertingkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan awam di Lembah Klang. Projek ekl mencakupi 6 teras utama iaitu: Menyediakan perkhidmatan online yang efisien, cepat, berkualiti, selamat dan mesra pelanggan; Mempelbagaikan saluran penyampaian perkhidmatan dengan memanfaatkan teknologi semasa;

45 TEKAD ii. iii. Memperkasa perkongsian sumber di kalangan agensi kerajaan; Mempercepat proses perekayasaan (enrichment) dalam sektor dan agensiagensi yang dikenal pasti; Memperkukuh infrastruktur teknologi dan telekomunikasi yang mantap, stabil dan selamat; dan Mempromosi penggunaan kemudahan Inisiatif ekl dan membudayakan penggunaan optimum oleh golongan sasar Kerajaan juga telah memperkenalkan satu nombor Sistem Pesanan Ringkas (mysms) iaitu untuk orang ramai mendapatkan maklumat terkini atau perkhidmatan yang disediakan oleh agensi Kerajaan. MySMS juga adalah sebahagian daripada inisiatif ekl bagi mempromosikan penggunaan e-government dalam kalangan orang awam. Antara perkhidmatan SMS yang ditawarkan kepada orang ramai adalah SMS Dokumen atas Permintaan seperti permintaan borang permohonan geran daripada SMIDEC. Orang ramai dikenakan caj 35 sen sebagai pendaftaran dan hanya 15 sen bagi setiap SMS yang dihantar dan 20 sen bagi setiap SMS yang diterima. Apa jua inisiatif yang dinyatakan di atas merupakan sebahagian kecil dari initiatif penambahbaikan yang telah diusahakan oleh agensi-agensi kerajaan. Banyak lagi usaha yang tidak dapat disebutkan atau disentuh akibat kekangan ruang dalam laporan ini. CABARAN 11. Walaupun pelbagai inisiatif penambahbaikan telah diusahakan permintaan dan ekspektasi pelanggan terus meningkat. Usaha ini bukanlah mudah dan perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran yang memerlukan kesabaran, fokus dan iltizam yang tinggi. 12. Antara cabaran-cabaran yang perlu dihadapi untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam ialah: 12.1 Ekspektasi masyarakat yang sentiasa meningkat terhadap kualiti penyampaian perkhidmatan awam memerlukan perubahan dalam perkhidmatan awam. Ini selaras dengan saranan kepimpinan bahawa Business is not as usual dan dalam mengejar kecemerlangan perkhidmatan penjawat awam perlu sentiasa sedar bahawa mereka sebenarnya mengejar a moving target atau a moving goal post. Untuk itu, mereka tidak lagi boleh bertugas mengikut kadar biasa dan menggunakan pendekatan yang simplistik. Kaedah One size fits all tidak lagi sesuai dalam era perkhidmatan awam masa kini. Mereka perlu lebih proaktif dan berada beberapa langkah di hadapan untuk kekal relevan; 12.2 Era globalisasi dan kemajuan teknologi yang pantas menggalakkan persaingan. Ini sekali gus meletakkan tekanan pada sektor perkhidmatan awam supaya sentiasa berubah, mempertingkatkan kemahiran dan menggunakan pelbagai sumber secara optimum agar kekal berdaya saing. Walau bagaimanapun terdapat penjawat awam yang lebih cenderung untuk melaksanakan tugas secara manual. Ini akan menyebabkan kelewatan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam; 12.3 Tempoh masa yang diambil dalam sesuatu proses, prosedur kerja, karenah birokrasi yang keterlaluan, kelewatan meluluskan permohonan dan lesen serta kekurangan maklumat mengenai polisi dan peraturan baru adalah antara masalah utama yang membelenggu sistem penyampaian kerajaan. Selain itu, kualiti perkhidmatan yang rendah serta kurang koordinasi antara agensi kerajaan sebagai penggubal dan pelaksana dasar turut menjadi faktor yang menjejaskan sistem penyampaian perkhidmatan awam; 12.4 Sistem pengurusan rekod yang jarang dikemas kini menyukarkan tugas-tugas yang dibuat serta meningkatkan kos dan membazir masa. Antaranya adalah seperti

46 38 LAPORAN TEKAD 2008 sistem pendaftaran rekod yang tidak sistematik iaitu pergerakan segala rekod yang tidak terkawal, penyimpanan rekod yang sukar dikesan, penyelenggaraan rekod yang tidak teratur, tidak kemas dan kurang selamat; 12.5 Sikap sesetengah penjawat yang kurang komited dan kurang berintegriti dalam melaksanakan tugas telah mencemarkan imej perkhidmatan secara keseluruhannya. Usaha-usaha berterusan perlu bagi membolehkan penjawat yang berprestasi tinggi diberikan ganjaran dan penghargaan yang setimpal dan begitu juga sebaliknya bagi mereka yang culas; dan 12.5 Masalah persepsi pelanggan yang mempunyai tanggapan stereotaip mengenai perkhidmatan awam. Usaha perlu dilipat gandakan bagi memperbetulkan persepsi ini. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 13. Antara cadangan penambahbaikan yang disyorkan bagi memperbaiki kualiti sistem penyampaian perkhidmatan awam ialah: 13.1 Agensi perkhidmatan awam perlu menyediakan latihan berterusan ke arah melahirkan modal insan yang cekap, berkesan dan produktif. Latihan tersebut mestilah mengambil kira dan turut memberi penekanan dalam aspek pembangunan kerohanian, nilai-nilai murni dan jati diri; 13.2 Sistem penyampaian perkhidmatan kaunter sebagai barisan hadapan, dan penyampaian perkhidmatan asas di setiap peringkat hendaklah dipertingkatkan; 13.3 Kod etika jabatan dan piagam pelanggan, inisiatif-inisiatif yang diputus untuk dilaksanakan hendaklah sentiasa dipatuhi sepenuhnya oleh setiap warga kerja. Ia perlu dipantau secara rapi oleh Ketua Jabatan secara berterusan; 13.4 Setiap kementerian, jabatan atau agensi kerajaan perlu melaksanakan kajian kepuasan pelanggan (customer satisfaction survey) secara berterusan untuk mendapatkan maklum balas bagi tindakan penambahbaikan. Kajian ini hendaklah dirangka semudah mungkin agar pelanggan tidak merasa terbeban untuk memberikan maklumbalas. Sebagai contoh penilaian ke atas kedi dalam permainan golf; 13.5 Setiap kementerian harus membudayakan budaya celik IT agar seiring dengan kemajuan dunia pada masa kini. Pembudayaan ICT dapat menggalakkan persaingan sekali gus membantu sistem penyampaian perkhidmatan awam menjadi lebih cekap, cepat, telus dan kompetitif di mata dunia. ICT akan dapat mengurangkan ruang dan peluang daripada perlakuan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Penyelengaraan rekod secara elektronik membolehkan sistem penyimpanan dan penyelenggaraan rekod menjadi lebih sistematik dan terkawal; 13.6 Jabatan kerajaan perlu mempromosikan perkhidmatan dan penambahbaikan yang mereka lakukan dan mendidik masyarakat untuk menggunakannya melalui media dan seumpamanya kerana dari kajian-kajian yang pernah dibuat mendapati banyak usaha yang dilakukan tidak dimanfaatkan oleh golongan sasar kerana tidak mempunyai maklumat terkini; 13.7 Pengambilan penjawat baru hendaklah diperketat dan mekanisme mengukur kecenderungan integriti pegawai hendaklah diwujudkan dalam proses pengambilan; dan 13.8 Penurunan kuasa di mana perlu dan sesuai perlu diperluaskan bagi mempercepatkan urusan membuat keputusan. KESIMPULAN 14 Walaupun prestasi perkhidmatan awam di Malaysia masih mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki, usaha-usaha kerajaan serta pihak-pihak berkenaan secara berterusan sedikit sebanyak telah membuahkan hasil. Ini terbukti dengan pencapaian Malaysia dalam bidang-bidang tertentu

47 TEKAD seperti kejayaan dalam kemudahan menjalankan perniagaan serta kedudukan Malaysia dalam IMD World Competitiveness Report di mana dibawah kategori kecekapan kerajaan, Malaysia telah meningkatkan kedudukan dari tangga 23 pada tahun 2005 ke tangga 19 pada tahun 2008 daripada 55 buah negara. 15. Data di bawah membuktikan bahawa usahausaha penambahbaikan yang telah dilakukan oleh kerajaan selama ini berada di landasan yang betul dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang kompetitif di peringkat global. Begitu juga World Governance Indicators telah meletakkan Malaysia di tangga kedua selepas Singapura dalam kategori Goverment Effectiveness pada 2006 dalam kalangan negara anggota Asean. 16. Kerjasama antara sektor awam dan swasta contohnya telah berjaya menambahbaikkan sistem dan proses-proses berkaitan hal-hal tanah, percukaian, sistem kawal atur kerajaan tempatan, pelesenan perniagaan dan sebagainya. Kerajaan juga telah mengambil beberapa langkah bagi memperbaiki sistem dan prosedur sedia ada, memperkenalkan automasi dalam pengurusan pejabat dan juga meluaskan penggunaan ICT bagi memperkukuhkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan awam. Usaha-usaha bagi mempertingkatkan pentadbiran di peringkat daerah juga giat dilaksanakan. 17. Apa yang diharapkan supaya pelbagai usaha yang dijalankan umpama pembajaan kepada usaha pertanian. Dengan usaha yang berterusan dan kaedah yang betul tanpa mengenal penat lelah dan putus asa peningkatan dalam sistem penyampaian khidmat awam bukannya sesuatu yang mustahil dan beberapa langkah sahaja untuk dicapai. 18. Diharapkan juga dengan pengenalan beberapa kayu pengukur baru seperti IPIN, Sistem Star Rating, Indeks Akauntabiliti dan seumpamanya, agensi kerajaan akan sentiasa dalam keadaan siap sedia bagi mempertahankan seterusnya memperbaiki kedudukan mereka tahun demi tahun dan bakal memberikan kesan yang positif kepada sistem penyampaian perkhidmatan awam. Jadual 9 Kedudukan Malaysia Dalam Empat Bidang Terpilih PERKARA 2005 n= n= n= n=53 Pencapaian Keseluruhan Kecekapan Kerajaan Kecekapan Menjalankan Perniagaan Pencapaian Ekonomi Infrasruktur Sumber: IMD World Competitiveness Report PSA 2007 Siap dalam 3 hari saja, Puan.. Tiga hari baru siap?? Dua hari dah siap.. Terima kasih.

48 40 LAPORAN TEKAD 2008

49 TEKAD SASARAN 3 Meningkatkan Tadbir Urus Korporat dan Etika Perniagaan

50 42 LAPORAN TEKAD 2008 MENINGKATKAN TADBIR URUS KORPORAT DAN ETIKA PERNIAGAAN PENDAHULUAN 1. Sektor swasta dan institusi ekonomi merupakan pemangkin dan jentera pertumbuhan, pembangunan dan kemajuan ekonomi negara. Pelbagai dasar dan strategi pembangunan ekonomi diperkenalkan untuk dilaksanakan. Selaras dengan itu, tanggungjawab yang lebih besar turut diletakkan kepada sektor swasta untuk mencapai matlamat penyusunan semula masyarakat dan pembangunan sumber manusia. 2. Pelan Integriti Nasional (PIN) memberi penekanan bahawa institusi ekonomi adalah penggerak penting memakmurkan masyarakat dan negara. Ini dilakukan melalui proses pengeluaran dan penyediaan peluang pekerjaan dan sekaligus menjadi nadi pembangunan negara. Justeru itu, daripada lapan sektor yang digariskan dalam PIN, salah satunya merangkumi pelaksanaan agenda integriti institusi ekonomi. Objektif yang digariskan adalah seperti berikut: 2.1 Pemantapan integriti sektor korporat; 2.2 Peningkatan komitmen sektor korporat terhadap tanggungjawab sosial; 2.3 Pengembangan dan pengukuhan budaya niaga yang beretika; dan 2.4 Pengukuhan perpaduan antara kumpulan etnik dan antara wilayah melalui aktiviti ekonomi. 3. Setiap objektif ini ditujukan khusus kepada kumpulan sasar dan pihak yang berkepentingan tertentu serta mengikut kapasiti dan peranan institusi masing-masing. Ini dilakukan dalam persekitaran ekonomi domestik yang terarah dan dilaksanakan melalui lima strategi seperti berikut:- 3.1 Meningkatkan integriti sektor korporat; 3.2 Mengembang dan mengukuhkan budaya niaga yang beretika; 3.3 Meningkatkan kerjasama pelbagai sektor melalui konsep Persyarikatan Malaysia dalam amalan dan budaya berintegriti; 3.4 Meningkatkan kerjasama syarikat dan kesatuan sekerja; 3.5 Mewujud dan meneruskan program keadilan sosial antara kumpulan etnik dan antara wilayah. DEFINISI TADBIR URUS KORPORAT DAN ETIKA PERNIAGAAN 4. Terdapat tiga komponen penting dalam sasaran ketiga PIN iaitu tadbir urus korporat, etika perniagaan dan tanggungjawab sosial korporat. DEFINISI Tadbir Urus Korporat (corporate governance) Perihal proses dan struktur untuk mentadbir perniagaan ke arah meningkatkan keuntungan syarikat serta kekayaan pemengang saham dengan mengambil kira kepentingan pelbagai pihak yang berkepentingan. Etika Perniagaan (business ethics) Tataniaga atau sikap dan kelakuan positif peniaga melalui amalan murni terhadap pihak berkepentingan seperti kakitangan, pelanggan, masyarakat, dan pemegang syer. Tanggungjawab Sosial Korporat (corporate social responsibility) perihal menjalankan perniagaan dengan mengambil kira kesannya terhadap persekitaran, impak sosial, dan pihak berkepentingan.

51 TEKAD Integriti sektor korporat secara langsung terbentuk dan dipandu oleh badan kawal selia, pihak korporat yang mempunyai modal pasaran dan pemilikan saham awam yang substantif dan kumpulan profesional yang bebas. Suruhanjaya Sekuriti (SC), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bursa Malaysia, Malaysian Institute of Accountants (MIA), Malaysian Institute of Certified Public Accountants, Minority Shareholder Watchdog Group dan Kementerian Kewangan adalah antara institusi yang memandu dan mengawal selia integriti sektor korporat 6. Budaya niaga yang beretika terbentuk dari amalan kelompok dan pematuhan kepada perundangan akta sektor-sektor perdagangan, industri dan perniagaan yang menyeluruh. Ia melibatkan kedua-dua bahagian ekonomi iaitu pihak pengeluar, pengedar dan peniaga serta pihak pengguna, agensi penguatkuasa dan badan kawalselia. Untuk mencapai tujuan ini etika kerja profesional memainkan peranan yang amat penting untuk menjadikan masyarakat peniaga yang berjaya. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan SMIDEC (SME Malaysia) adalah antara institusi penting dalam objektif ini. 7. Tanggungjawab sosial korporat (CSR) adalah satu perkembangan semasa bagi sektor korporat yang menjadi hala tuju baru kepada pembudayaan integriti dalam sektor korporat. Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan merupakan antara peneraju awal yang menerokai perkara ini. PETUNJUK PRESTASI 8. Bagi pengukuran prestasi integriti institusi ekonomi, tiga terma rujukan tersebut iaitu tadbir urus korporat, etika perniagaan dan tanggungjawab sosial korporat digunapakai sebagai kayu pengukur negara berbanding dengan prestasi antarabangsa. Pendekatan ini mengambil kira isu-isu globalisasi, kemasukan wang asing, daya saing, iklim mesraperniagaan, kepenggunaan, tanggungjawab perniagaan kepada pihak-pihak berkepentingan. 9. Prestasi integriti institusi ekonomi dalam Pelan Integriti Nasional dinilai berdasarkan ukuran berikut: i. Peningkatan bilangan syarikat korporat yang memenuhi syaratsyarat penyenaraian Malaysian Securities Exchange Berhad; ii. iii. Pengurangan kes penipuan korporat; Peningkatan tender yang dilakukan secara telus dan pengurangan tender secara langsung; iv. Penerimaan Rukuniaga Malaysia oleh syarikat-syarikat perniagaan; v. Pengurangan kes pelanggaran terhadap Akta Perlindungan Pengguna 1999; dan vi. Tanda aras lain yang sesuai. 10. Bagi menentukan agenda integriti dalam institusi ekonomi dilaksanakan dengan berkesan dan memberi impak dalam penentuan terma rujukan, objektif, metodologi dan indikator digariskan. Bagi fasa pertama, Jadual 10 menunjukkan antara pelan tindakan yang telah dirancang di peringkat awal dan dilaksanakan. PENILAIAN SEMASA TADBIR URUS KORPORAT 11. Pembangunan, amalan dan penguatkuasaan tadbir urus korporat dan standard etika yang tinggi adalah suatu usaha kolektif. Pendekatan Malaysia adalah berdasarkan perkongsian kerjasama di antara pihak kerajaan, sektor swasta dan pihakpihak berkepentingan di dalam pasaran modal. Prinsip-prinsip tadbir urus korporat OECD telah diterima pakai pada tahun 1999 dan merupakan suatu penanda aras antarabangsa bagi pelbagai pihak-pihak berkepentingan sektor kewangan. Financial Stability Forum, misalnya, menetapkan prinsip-prinsip ini sebagai suatu standard yang penting bagi sebuah sistem kewangan yang baik. 12. United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD) dan Intergovernmental Working Group of Experts on International

52 44 LAPORAN TEKAD 2008 Jadual 10: Strategi Objektif, Metodologi dan Terma Rujukan IIM Terma Rujukan Objektif Metodologi Indikator Penyelidikan Menambah dan mempertingkatkan maklumat terkini mengenai isu-isu integriti dan analisa semasa Mengadakan rangkaian kerjasama dengan institusi-institusi, pakar-pakar dan ahli akademik dalam isu ekonomi yang berkaitan Hasil kajian Penerbitan Menyingkap isu-isu semasa integriti ekonomi dalam bentuk bahan rujukan Memberi ruang penerbitan untuk pihak-pihak berkepentingan memaparkan penulisan mengenai integriti ekonomi semasa Buku, laporan, buletin atau pengisian laman web Latihan & Pendidikan Meningkatkan kefahaman menerusi modul latihan Membangunkan, menganjurkan dan mengelola bersama dengan pihak kepentingan perniagaan modul dan kursus integriti ekonomi Modul latihan, kursus dan seminar Komunikasi Meningkatkan kesedaran institusi ekonomi Memberi platform untuk membincangkan topik-topik semasa berkaitan dengan integriti sektor ekonomi bersama-sama dengan pihak-pihak berpentingan Seminar, forum, persidangan, rangkaian kerjasama dan dialog Standards of Accounting and Reporting (ISAR) telah mengadakan siri perbincangan tadbir urus korporat mulai tahun 2002 hingga 2005 dan telah menerbitkan dokumen tadbir urus korporat dengan tujuan memberikan panduan dan prinsip-prinsip untuk dicontohi oleh perusahaan sedunia. Panduan ini mengumpulkan syor dan cadangan daripada OECD Principles of Corporate Governance, International Corporate Governance Network (ICGN) Corporate Governance Principles, ISAR Conclusions on Corporate Governance dan laporan-laporan pelbagai agensi antarabangsa dan negara-negara seluruh dunia mengenai tadbir urus korporat. Syarat dan keperluan pendedahan ini dibahagikan kepada dua iaitu pendedahan kewangan dan bukan kewangan. Peranan Pihak-pihak Berkepentingan Dalam Peningkatan Tadbir Urus Korporat 13. Gerakan pemantapan integriti sektor korporat yang dipacu oleh PIN melangkah ke hadapan dengan pendekatan pihak-pihak berkepentingan tadbir urus korporat yang berperanan untuk mengguna pakai prinsip-prinsip kewangan berikut: i. Memastikan asas kerangka kerja tadbir urus korporat berkesan - dengan mempromosi pasaran yang telus dan cekap, konsisten dengan kedaulatan undang-undang dan secara jelas membahagikan tanggungjawab di kalangan pihak autoriti kawal seliaan, perundangan dan penguatkuasaan yang pelbagai. ii. Hak para pemegang saham dan fungsifungsi pemilikan yang utama mestilah dilindungi oleh kerangka kerja tadbir urus korporat dan memudah cara pelaksanaan hak-hak pemegang saham. Mereka harus diberi layanan yang saksama - termasuk

53 TEKAD iii. pemegang saham minoriti dan asing. Pemegang saham mestilah diberi peluang untuk mendapatkan ruang pembelaan yang efektif bagi sebarang pencabulan hak mereka. Hak para pemegang saham harus ditetapkan menurut undang-undang atau melalui perjanjian yang seimbang serta menggalakkan kerjasama yang aktif di antara pihakpihak berkepentingan di dalam penjanaan kekayaan, peluang pekerjaan dan kelangsungan perusahaan kewangan yang baik dan berterusan. Pendedahan dan ketelusan - dijamin dengan pendedahan yang tepat dan berjadual bagi semua situasi kewangan, pencapaian, pemilikan dan governan syarikat. iv. Tanggungjawab Lembaga Pengarah - diperoleh melalui panduan strategik syarikat, pemantauan dan pengurusan oleh lembaga pengarah dan akauntabiliti lembaga pengarah kepada syarikat dan para pemegang saham. Amalan Terbaik Antarabangsa 14. Institusi ekonomi di Malaysia mematuhi penanda arasan antarabangsa dari segi membangunkan infrastruktur tadbir urus korporat. Malah, institusi ekonomi negara telah mendapat pengiktirafan daripada badan-badan penanda aras antarabangsa sepertimana yang ditunjukkan dalam Jadual 11: Analisis pencapaian peningkatan tadbir urus korporat 15. Berikut merupakan laporan pencapaian pelbagai pihak-pihak berkepentingan dalam usaha meningkatkan tadbir urus korporat. Secara keseluruhannya, Malaysia mencapai beberapa kejayaan dalam amalan tadbir urus korporat. Selain itu, laporan juga memaparkan pencapaian badan kawal selia dan penguatkuasa undang-undang tadbir urus korporat seperti berikut: Badan Kawal Selia Kerajaan 16. Badan Kawal Selia Kerajaan telah pun memulakan inisiatif yang terancang dan sistematik untuk meningkatkan integriti institusi ekonomi. Usaha ini dipelopori oleh Kementerian Kewangan dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Bank Negara Malaysia sejak tahun 2000 lagi. 17. Kementerian Kewangan telah mengadakan kerjasama pelbagai sektor menerusi konsep Pensyarikatan Malaysia seperti berikut: memperjelaskan peraturan Perolehan Kerajaan; penurunan kuasa kepada agensi/badan berkanun/syarikat berkaitan kerajaan dan memperkukuhkan jentera perhubungan di antara sektor awam dan sektor swasta melalui dialog (misalannya Dewan Perniagaan dan PEMUDAH (Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan) serta; mengemaskini tatacara perolehan dalam Arahan Perbendaharaan; mengedar Surat Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan Perolehan Kerajaan; dan menganjurkan latihan Training of Trainers kepada agensi/badan berkanun. Manakala Bank Negara Malaysia pula menghasilkan Garis Panduan Tadbir Urus Korporat bagi institusiinstitusi Kewangan Berlesen. 18. Suruhanjaya Sekuriti juga telah memainkan peranan aktif dalam mempertingkatkan tadbir urus korporat melalui beberapa inisiatif seperti: membuat semakan semula bagi Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia yang diterbitkan pada 1 Oktober 2007 bagi memantapkan rangka tadbir urus korporat menurut amalan terbaik yang diguna pakai di peringkat antarabangsa; mengadakan pelbagai langkah reformasi undang-undang dan menerbitkan Garis Panduan Penguatkuasaan Tadbir Urus Korporat;

54 46 LAPORAN TEKAD 2008 Jadual 11: Pengiktirafan Badan-Badan Penanda Aras Antarabangsa Kepada Institusi Ekonomi Negara 1. World Bank (Ease of Doing Business) Tahun Kategori: kedudukan Keseluruhan (negara) 21/155 25/175 24/178 20/181 Kemudahan kredit (negara) 3/155 3/115 1/178 1/181 Perlindungan pelabur (negara) 3/155 4/115 3/178 4/181 Indeks kadar pendedahan (skala) 10/10 10/10 10/10 10/10 Indeks kadar liabiliti pengarah(skala) 7/10 9/10 9/10 9/10 Dagangan rentas sempadan (negara) 41/155 46/155 21/178 29/ IMD World Competitiveness Yearbook Tahun Negara Kategori: Kedudukan Keseluruhan (negara) / / / / /55 3. WEF Global Competitiveness Report Tahun Negara Kategori : Kedudukan keseluruhan 2004/5 31/ /6 24/ /7 26/ /8 21/ /9 21/ WEF Global Information Technology Report Tahun Negara Kategori: Indeks kesediaan jaringan (kedudukan) / / / / / /127

55 TEKAD menubuhkan Institute of Corporate Responsibility Malaysia (2006); dan menerima baik Laporan World Bank - Report on the Observance of Standards and Codes (2001 dan 2005). 19. Usaha peningkatan integriti tadbir urus korporat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia pula adalah melalui: peningkatan aktiviti-aktiviti pematuhan dan pengawasan bagi memastikan syarikat-syarikat memenuhi keperluan statutori dalam Akta Syarikat 1965 dan diperkuatkan lagi dengan 35 peruntukan baru Akta Syarikat (pindaan) 2007; menubuhkan Akademi Latihan SSM (April 2007), memperkenalkan Konsep Penguatkuasaan Seimbang (2006); dan mempromosikan Nota Amalan 1/2008 untuk mendidik syarikat-syarikat di bawah seliaan SSM. Hasil positif SSM digambarkan dalam peningkatan kadar pematuhan daripada 44% (2003) kepada 91% (2007) dan mensasarkan 94% (2008) (rujuk Rajah 12). 20. Bursa Malaysia pula memulakan penguatkuasaan syarat penyenaraian syarikatsyarikat awam tersenarai pada 1 Jun 2008, melakukan semakan pematuhan bagi pelaporan tadbir urus korporat di dalam laporan tahunan syarikat. Bursa Malaysia juga membuat pindaan Syarat-syarat Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad dan Pasaran MESDAQ yang berkaitan dengan tadbir urus korporat, tanggungjawab pendedahan dan tanggungjawab peribadi ke atas semua pengarah syarikat awam yang tersenarai (sejak tahun 2001) untuk memastikan pematuhan syarat-syarat penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad dan Pasaran MESDAQ. Kumpulan Berkepentingan Perniagaan 21. Pemantapan tadbir urus korporat oleh agensi kawal selia kerajaan disokong oleh Badan Profesional dengan kerjasama kumpulan berkepentingan perniagaan. Contohnya Malaysian Institute of Accountants iaitu badan kawalselia profesion perakaunan menggalakkan amalan profesional yang berkualiti tinggi melalui syarat kemasukan ahli baru termasuk pendidikan dan latihan. Manakala, Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) pula menyokong penuh pengenalan pelaporan triple bottom line dikalangan peniaga dan syarikat. MICPA Rajah 12: Peratusan Pematuhan Syarikat Berdaftar SSM Peratus % Tahun Sumber: SSM

56 48 LAPORAN TEKAD 2008 menggalakkan organisasi melaporkan prestasi pencapaian sosial dan alam sekitar seperti mana mereka melaporkan pencapaian kewangan syarikat. 22. Manakala Minority Shareholder Watchdog Group (MSWG) telah mempromosikan amalan tadbir urus korporat dikalangan syarikat-syarikat awam tersenarai dengan mengadakan kajiselidik dan penerbitan mengenai pencapaian tadbir urus korporat terbaik syarikat. Syarikat Awam Tersenarai dan Syarikat Berdaftar 23. Syarikat-syarikat awam tersenarai termasuk syarikat berkaitan Kerajaan telah mengguna pakai Kod Tadbir Urus Korporat yang telah disemak semula berkuatkuasa pada 1 Oktober 2007 yang menetapkan beberapa syarat keperluan baru seperti: kebebasan mutlak Jawatankuasa Audit; kualiti dan syarat awal kelayakan pengarah bebas; peranan dan tanggungjawab ahli-ahli lembaga pengarah; syarat pendedahan, peranan fungsi audit dalaman dan sebagainya. Semua syarikat awam tersenarai dikehendaki mendedahkan sejauh mana pematuhan syarikat terhadap kod terbaru ini dalam akaun tahunan yang telah diaudit. Syarikat Berkaitan Kerajaan juga mengamalkan petunjuk prestasi pencapaian seperti mana yang terkandung di dalam kesemua 10 buku pelbagai warna Petunjuk Prestasi Utama yang diterbitkan oleh Khazanah Nasional. 24. Sekiranya negara dinilai daripada perspektif tanda aras antarabangsa, prestasi negara adalah cemerlang kerana menerima markah penuh dalam 34 International Accounting Standards sejak akhir tahun 2003 lagi. Dari segi tadbir urus korporat domestik pula, iaitu bagi syarikat berdaftar yang tidak tersenarai, menurut Suruhanjaya Syarikat Malaysia, peratusan pematuhan bagi sejumlah 810,150 syarikat yang berdaftar dijangka meningkat daripada 44 peratus kepada sasaran 94 peratus dalam tahun Ini bermakna secara keseluruhannya kesemua usaha-usaha pihakpihak berkepentingan telah menghasilkan kerangka dan undang-undang tadbir urus korporat yang cukup mantap dan lengkap. Walau bagaimanapun, terdapat ruang penambahbaikan seperti berikut: CABARAN DALAM TADBIR URUS KORPORAT 25. Terdapat beberapa cabaran dan halangan dalam menentukan usaha pengukuhan tadbir urus korporat dijayakan secara menyeluruh di kalangan institusi ekonomi. Antara cabaran yang perlu dihadapi ialah: i. Pelaksanaan amalan standard tinggi tadbir urus korporat merupakan penilaian penting dan tarikan utama pelabur asing (FDI) untuk masuk melabur ke pasaran modal dan terus kekal di negara ini. ii. Penemuan dan pelaporan kaji selidik Pelan Integriti Nasional dan cadangancadangannya mesti dimaklumkan secara berkesan kepada semua pihak termasuk masyarakat umum dan pihak-pihak yang berkepentingan. iii. Menggabungkan kerjasama yang lebih sistematik kesemua badan kawal selia tadbir urus terhadap pemahaman dan pemakaian Kod Tadbir Urus Korporat oleh syarikatsyarikat awam untuk meningkatkan lagi keyakinan pelabur dan pemegang saham. iv. Peranan pihak badan bukan kerajaan seperti MICG dan MSWG yang berkepentingan dalam tadbir urus korporat harus diberi peluang dan ruang serta lebih peranan untuk mengadakan persekitaran timbang tara (check and balance) amalan terbaik integriti korporat bagi melindungi kepentingan pemegang saham. v. Pemantauan berkala terhadap pemakaian amalan terbaik tadbir urus korporat diharuskan kepada ke semua syarikatsyarikat awam tersenarai dan Syarikat Berkaitan Kerajaan agar kepentingan pihak berkepentingan sentiasa terpelihara.

57 TEKAD CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TADBIR URUS KORPORAT 26. Beberapa perakuan dikemukakan untuk penambahbaikan dijalankan bagi memperkasakan tadbir urus korporat, antaranya: i. Suruhanjaya Sekuriti disarankan untuk terus bekerjasama dengan Bursa Malaysia, pertubuhan industri dan badan-badan yang bertanggungjawab memantau penanda aras antarabangsa bagi memastikan standard tadbir urus korporat yang tinggi dilaksanakan dan diterima pakai oleh industri serta disebarkan maklumat mengenainya kepada semua pihak berkepentingan tadbir urus korporat (Corporate Governance stakeholders). ii. iii. iv. Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dicadangkan mengambil beberapa inisiatif segera untuk menutup jurang yang wujud dalam soal pemahaman dan pematuhan Kod Tadbir Urus Korporat oleh syarikat-syarikat awam tersenarai. MSWG disarankan mempunyai keupayaan mendapatkan dana persendirian untuk mengendalikan aktiviti dalam jangka masa panjang dan menambah keupayaan untuk memberi cadangan dan perkhidmatan bermutu kepada pihak-pihak berkepentingan dan menjadi contoh ikutan di rantau Asia. Ahli-ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat awam tersenarai dan Syarikat Berkaitan Kerajaan disarankan memberi penekanan lebih serius dalam membudayakan tadbir urus korporat. Syarikat korporat digalakkan mengadakan fungsi audit dalaman, menekankan kepentingan peranan pengarah bebas dan Jawatankuasa Audit yang berkesan selaras dengan kehendak baru Kod Tadbir Urus Korporat. Federation of Public Listed Companies harus mengambil langkah proaktif bagi mempromosi tadbir urus korporat di kalangan ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat awam tersenarai. Bursa Malaysia diminta melakukan kaji selidik dan audit pematuhan ke atas syarikat-syarikat awam tersenarai dan diharapkan dapatan kaji selidik ini akan diambil perhatian serius supaya jurang pencapaian akan dapat diatasi. Syarikatsyarikat diminta untuk memberi maklum balas secara serius kepada semua kaji selidik dan soal selidik yang dijalankan oleh Bursa Malaysia dan badan-badan penanda aras antarabangsa. Amat penting sekali Syarikat-Syarikat Berkaitan kerajaan seharusnya menerajui agenda tadbir urus korporat serta membawa tahap pencapaian negara ke arah yang lebih baik seterusnya. PENILAIAN SEMASA PERNIAGAAN BERETIKA (BUSINESS ETHICS) 27. Selaku agensi peneraju dalam usaha ini, KPDNHEP bersama-sama dengan beberapa agensi awam dan swasta serta kumpulan berkepentingan perniagaan bertanggungjawab dalam perihal akta-akta dan pelbagai usaha telah dibuat untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran pengguna yang dilihat sebagai penggerak etika perniagaan tempatan. Pada dasarnya, institusi ekonomi negara mempunyai dasar dan rangka undang-undang yang cukup dan inisiatif etika perniagaan negara merangkumi dua tunjang utama iaitu: memperkasakan pengguna; dan mengukuhkan budaya etika peniaga. 28. Secara umumnya, jabatan/agensi yang dipertanggungjawabkan telah melaksana beberapa program meningkatkan integriti institusi ekonomi. Walau bagaimanapun, tidak semua jabatan mengadakan program khusus untuk meningkatkan pendedahan dan penyebaran integriti sebagai nilai teras dalam pelaksanaan program. Kebanyakan program yang di laksanakan adalah program lanjutan yang telah di rancang untuk pelaksanaan sebelum Pelan Integriti Nasional (PIN) diperkenalkan dan tidak di kaitkan kepentingannya dari segi sumbangannya kepada peningkatan tahap integriti kumpulan sasar. 29. Terdapat indikator yang menunjukkan segala usaha agensi-agensi kerajaan, badan kawal selia dan sektor swasta telah membuahkan hasil yang baik. Salah satu indikator adalah peningkatan bilangan kes yang difailkan dengan Tribunal

58 50 LAPORAN TEKAD 2008 Bilangan Kes Rajah 13: Bilangan Kes Tuntutan Tribunal Pengguna Tahun Sumber: KPDNHEP Tahun Rajah 14: Bilangan Tindakan Undang-undang Ke atas Peniaga , , , , ,000 4,000 6,000 8,000 10,000 12,000 14,000 16,000 18,000 Bilangan Kes Sumber: KPDNHEP PSA 2007 Penipuan dalam perihal dagangan adalah satu kesalahan... Jangan tipu ya!!!!

59 TEKAD Tuntutan Pengguna sehingga tahun 2007 (rajah 13). Peningkatan konsisten sehingga tahun 2007 dan turun sedikit pada tahun 2008, selari dengan bilangan tindakan undang-undang keatas perniagaan yang semakin menurun dari tahun 2007 (sila rujuk rajah 14). Jika di lihat pencapaian pematuhan syarikat berdaftar SSM yang semakin meningkat (sasaran 94% dalam tahun 2008) adalah munasabah dirumuskan bahawa gabungan penguatkuasaan dan kesedaran pengguna sedikit sebanyak telah mempengaruhi budaya niaga beretika peniaga. Peranan Pihak-Pihak Berkepentingan dalam Etika Perniagaan 30. Berbagai agensi telah merangka untuk melaksanakan pindaan undang-undang dan peraturan agensi masing-masing; dengan harapan mengukuhkan tahap kesedaran dan tahap pemantauan persekitaran supaya sektor korporat sebagai kumpulan sasar akan mematuhinya secara automatik dan meningkatkan tahap integriti syarikat. Etika dan integriti memerlukan lebih dari pematuhan undang- undang dan peraturan semata-mata. Peraturan dan undang-undang yang tidak dihayati maksud di sebalik penggubalan undang- undang dan peraturan akan kurang keberkesanannya. Kesedaran dan Penguatkuasaan 31. Selaku agensi peneraju, KPDNHEP adalah penggerak utama agenda etika perniagaan negara. Bagi tunjang kepenggunaan, Kempen Pengguna Bijak termasuk kaunter bergerak, ekspo dan program pameran bagi mendidik para pengguna telah dilaksanakan dengan giat. Program untuk pengguna muda seperti Program Rakan Muda Pengguna, Pertandingan Kuiz Kepenggunaan antara sekolah, bengkel kepemimpinan kelab pengguna sekolah, penerbitan buku panduan aktiviti kelab pengguna sekolah telah pun dilaksanakan. Hari Pengguna Malaysia, karnival pengguna dan anugerah media juga telah diadakan. Program pembangunan pengguna melalui institusi pentadbiran (Majlis Hal Ehwal Pengguna peringkat kebangsaan - Negeri - Daerah) dan perundangan (Majlis Penasihat Pengguna Malaysia) serta program Pembantu Hal Ehwal Pengguna Bahagian Parlimen juga di buat. 32. Bagi pengukuhan budaya niaga beretika, selain daripada aktiviti penguatkuasaan, KPDNHEP juga menerbitkan Rukun Niaga (2005) iaitu garis panduan mengenai budaya niaga beretika negara. Dalam tahun 2008, KPDNHEP menerbitkan pula Kod Etika Perniagaan Malaysia sebagai garis panduan asas untuk mengalakkan peniaga mengadakan kod etika mereka sendiri. Walau bagaimanapun, menurut kajian IPIN, malangnya setakat tahun 2007, hanya 52.9% syarikat memahami Rukun Niaga Malaysia. 33. Beberapa tindakan perundangan terhadap salah laku peniaga, khasnya tindakan ke atas penggunaan iklan yang mengelirukan dan amalan perdagangan yang tidak adil dan tidak beretika, telah diambil tindakan tegas seperti yang dipaparkan di Jadual 12. Selain daripada kes-kes Jadual 12: Tindakan Perundangan Terhadap Salah Laku Peniaga Akta Tahun 2007 sehingga Tahun 2008 sehingga Bil. Kes Nilai Rampasan Bil. Kes Nilai Rampasan Akta Sewa Beli Akta Timbang dan Sukat , , Akta Jualan Langsung ,058, ,632, Akta Perlindungan Pengguna , , Jumlah ,910, ,914, Sumber: KPDNHEP

60 52 LAPORAN TEKAD 2008 Tahun Rajah 15: Bilangan Pemeriksaan Premis Perniagaan 30/09/ , ,015, ,135, ,401, ,392, , , , ,000 1,000,000 1,200,000 1,400,000 1,600,000 Bilangan Pemerksaan Sumber: KPDNHEP membabitkan Akta Jualan Langsung 1993, kes-kes pelanggaran akta-akta yang lain menurun daripada tahun 2007 ke Tren ini adalah selari dengan Rajah 13 dan 14 yang mencatatkan penurunan selari dengan peningkatan pematuhan syarikatsyarikat berdaftar. 34. Aktiviti penguatkuasaan menerusi pemantauan premis-premis perniagaan juga giat dijalankan (Rajah 15). Pemantauan yang dilaksanakan oleh KPDNHEP termasuk penguatkuasaan tanda halal, harga barang-barang terkawal, barang-barang kawalan musim perayaan, barang-barang yang dilarang ekspot, penguatkuasaan label tulen, penguatkuasaan jualan murah serta timbang dan sukat. 35. Pengiktirafan kepada para peruncit yang mengamalkan etika perniagaan melalui Anugerah Kedai Harga Patut; Anugerah Kedai Pilihan Pengguna; Anugerah Syarikat Mesra Pengguna juga dianjurkan KPDNHEP supaya mereka yang mengamalkan prinsip kepenggunaan yang baik diiktiraf dan diberi insentif untuk menjadi contoh ikutan. Semakan berkala juga dibuat dari semasa ke semasa untuk Akta Perlindungan Pengguna 1999 bagi mengambilkira perubahan yang difikirkan perlu oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan. KPDNHEP juga menambahbaik fungsi Majlis Penasihat Pengguna Negara sebagai forum mempromosi budaya etika perniagaan serta menasihati Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengenai isuisu kepenggunaan seperti perlindungan dan pendidikan. 36. Selain daripada KPDNHEP, antara pihak-pihak lain yang turut menyumbang dalam hal pendidikan dan kesedaran ialah Jabatan Penerangan yang telah menerbit dan mengedarkan buku-buku maklumat mengenai amalan perniagaan dan caracara melindungi pengguna, manakala Federation of Malaysian Manufacturers telah mengedarkan naskah Rukun Niaga kepada 2,718 syarikat ahli yang terdiri daripada sektor pembuatan dan yang berkaitan dengannya. Penambahbaikan Penyampaian Perkhidmatan Bagi Membantu Iklim Perniagaan 37. Antara agensi-agensi yang membantu dalam penambahbaikan penyampaian perkhidmatan untuk membantu memelihara iklim perniagaan

61 TEKAD yang kondusif ialah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang mempromosikan pembangunan dan pelaksanaan Kod Etika Perniagaan melalui pemakaian amalan terbaik dan penandaarasan secara berterusan. Penubuhan PEMUDAH bagi mencadang dan melaksana penambahbaikan perkhidmatan awam bagi menjadikan Malaysia lebih mesra perniagaan. Antara usaha yang dibuat adalah penambahbaikan sistem dan proses, cukai dan duti setem, tanah, imigresen, kerajaan tempatan, lesen perniagaan, penambahbaikan polisi, sumbangan infrastruktur sosial dan pembayaran levi kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan. Bagi KPDNHEP khususnya, PEMUDAH telah menyingkatkan jangka masa mendapatkan lesen seperti dalam Jadual MATRADE menggariskan hala tuju ke arah meningkatkan keutuhan pengurusan dan kecekapan sistem penyampaian supaya lebih telus dan berkesan. Usaha-usaha yang telah dilaksanakan adalah mengemaskini manual prosedur kerja, fail meja, manual pengurusan kualiti MATRADE, Overseas Trade Commissioner s Manual serta meningkatkan kemudahan ICT. Sesi bimbingan Business Library, MATRADE Online News, Trade Mart dan media release diadakan sepanjang tahun di antara MATRADE dan pelanggan. MAMPU bersama INTAN dan kerjasama enam agensi iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Jabatan Imigresen, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Rakyat, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Pendaftaran Negara telah mewujudkan Modul Latihan Intensif Petugas Barisan Hadapan yang merangkumi penerapan amalan-amalan terbaik yang dipraktikkan. Ia adalah antara modul latihan kursus lanjutan yang ditawarkan oleh INTAN. Pelan Integriti Organisasi (Corporate Integrity Plan) 39. Hanya terdapat beberapa agensi yang mempunyai program khusus untuk mencapai keempat-empat objektif yang perlu di capai oleh sektor ekonomi. Agensi yang memberikan fokus terhadap objektif tersebut secara langsung antaranya adalah Kastam DiRaja Malaysia, LHDN, SKMM, MIMOS Berhad, Amanah Raya Berhad dan Construction Industry Development Board. Antara lain, IIM terlibat dalam membantu perancangan dan penggubalan pelan integriti CIDB dan implementasi penggunaan kod etika MIMOS Berhad. Adalah difikirkan perlu di nilai keberkesanan program dalam bentuk seminar, bengkel dan modul latihan dengan mengadakan pra dan pasca penilaian untuk mengukur tahap kefahaman darihal integriti, kepentingannya kepada individu, pekerja, ahli masyarakat dan warganegara. Seminar dan Jadual 13 Penambahbaikan Pelesenan dan Permit Lesen/Permit Penambahbaikan (bilangan hari) Dari Kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pasaraya besar, Gedung, Kedai Serbaneka Perdagangan Borong dan Runcit (WRT) Akta Pembangunan Petroleum (PDA) Akta Pembangunan Petroleum (PDA) (pembaharuan) Jualan Langsung (permohonan baru dan pembaharuan) Pemborong untuk Gula, Minyak Masak dan Minyak Gandum Lesen Pemborong/Peruncit untuk Ayam Sumber: Laporan Tahunan PEMUDAH 2008

62 54 LAPORAN TEKAD 2008 bengkel perlu menyentuh perkara-perkara asas mengenai integriti (integrity foundation) supaya asasnya di perkukuhkan. Jika tidak, seminar dan bengkel hanya merupakan pengukuhan kepada asas yang belum kukuh. Oleh itu penghayatannya belum berupaya dimantapkan untuk mengubah perilaku seseorang dengan menjadikan nilai integriti sebagai nilai asas kehidupan di mana seseorang mempunyai perilaku yang konsisten, samada sebagai individu, ketua keluarga, pengguna, ahli masyarakat dan warganegara. 40. Menurut kajian yang dibuat oleh IIM bersamasama dengan Jabatan Perangkaan, masyarakat umum memperakui bahawa tahap etika perniagaan negara berada pada tahap yang baik, meskipun masih ada ruang untuk penambahbaikan. Dua isu yang mencatat skor terendah adalah persepsi terhadap tahap harga barangan dan persepsi bahawa hanya setengah daripada responden berpendapat bahawa syarikat-syarikat memahami Rukun Niaga Malaysia (Jadual 14). Sekiranya kedua-dua isu ini dapat ditangani dengan baik, nescaya indeks bagi etika perniagaan juga akan meningkat. 41. Pembudayaan etika perniagaan adalah usaha yang mesti disemai pada setiap tahap kritikal untuk memastikan ianya benar-benar dihayati dan bukan sekadar amalan pematuhan. Adalah penting agar usaha ini bukan sahaja di buat pada tahap pelajar sekolah, tetapi juga kepada kumpulan sasaran yang kritikal. Contohnya usaha IIM mengadakan siri program Corporate Integrity Advocacy dan Seminar Integriti Keusahawanan untuk ahli-ahli Gabungan Dewan Perniagaan Cina (ACCCIM) yang mensasarkan ahli-ahli perniagaan Cina dan juga ahli-ahli perniagaan dewan-dewan perniagaan yang lain. Langkah ini adalah supaya segala usaha dalam bentuk polisi atau reformasi boleh di nilai samada ianya selari dengan aspirasi dan keperluan mereka yang menggunakan perkhidmatan tersebut. Dengan usaha sebegitu, maklumbalas dan kekurangan usaha-usaha tersebut dapat di ketengahkan dengan harapan satu jalan penyelesaian dapat di hasilkan bersama. Satu lagi kumpulan sasaran yang kritikal seperti industri pembinaan dimana CIDB mengambil tindakan mengadakan Seminar Integriti Kontraktor seluruh negara bagi memperkenalkan nilai nilai etika untuk memantapkan dan menaikkan imej profesional kontraktor. Begitu juga dengan eksekutif muda yang bakal menerajui industri dan sektor ekonomi negara menerusi program seperti Tan Sri Azizan Zainul Abidin Integrity Circles for Young Professionals, antara lainnya, melatih bakal-bakal pemimpin industri negara untuk menjadi penggerak integriti samada dalam sektor awam mahupun swasta. Jadual 14: Petunjuk Prestasi Etika Perniagaan Tahun 2007 Bil Perkara Peratusan (%) 1. Pelanggan berpuas hati dengan budi bahasa peniaga Pelanggan berpuas hati terhadap kualiti produk dan perkhidmatan. Syarikat responden pertubuhan ekonomi mempunyai Kod etika perniagaan. Responden berpuas hati dengan tahap harga barangan di pasaran Syarikat memahami Rukun Niaga Malaysia Sumber: IPIN

63 TEKAD CABARAN MEMPERKUKUH ETIKA PERNIAGAAN 42. Ke arah mempertingkatkan etika perniagaan, beberapa cabaran perlu diambil perhatian. Antara cabaran-cabaran utama dalam elemen ini termasuk: i. Nilai-nilai seperti bertanggungjawab, amanah, berhemah tinggi, bertoleransi, rajin, berkasih sayang, adil, rasional, kesederhanaan, hidup bersama secara harmoni, saling bantu membantu, menghormati hak dan kepentingan orang lain sewajarnya di pupuk dalam kalangan kanak-kanak di peringkat sekolah. ii. Memandangkan bahawa sehingga 31 hb Mac 2008, terdapat sejumlah 810,150 syarikat dan 3,568,095 perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, maka syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME/SMI) juga harus diberikan pendedahan etika, integriti, tadbir urus korporat dan tanggungjawab sosial korporat. iv. melaksana Kod Etika Perniagaan dengan mengguna pakai semua peruntukanperuntukan yang tertera dalam Rukun Niaga Malaysia. Latihan yang di berikan kepada usahawan yang dikendalikan oleh SMIDEC dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi perlu mengadakan modul khusus mengenai etika perniagaan dan Rukun Niaga Malaysia. v. Bagi mempercepatkan penghayatan nilainilai etika dalam perniagaan, adalah perlu di wujudkan champions of ethics dengan mengadakan satu jawatan khusus yang dikenali sebagai Chief Integrity Officer. vi. Memperkasakan pengguna dan mendidik mereka mengenai hak-hak dan perlindungan mereka kerana pengamalan kepenggunaan yang lebih arif akan memaksa peniaga menjalankan perniagaan atau memberikan perkhidmatan yang memenuhi peruntukanperuntukan Rukun Niaga Malaysia dan Kod Etika Perniagaan Malaysia. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN ETIKA PERNIAGAAN 43. Adalah dicadangkan penambahbaikan seperti berikut dilaksanakan agar etika dan integriti perniagaan para peniaga dipertingkatkan: i. Asas etika dan integriti perlu dimulakan dari peringkat sekolah rendah lagi. Malah, lebih baik usaha ini dimulakan dari rumah lagi melalui didikan agama dan nilai budaya tinggi. ii. Modul etika perniagaan seharusnya diperkenalkan di semua institusi pendidikan. Sekurang-kurangnya kursus ini dimestikan untuk penuntut yang akan menceburi bidang keusahawanaan dan perniagaan untuk memastikan mereka lebih bersedia menjadi peneraju industri yang beretika. iii. Pihak-pihak berkepentingan harus digalakkan mewujud, menggguna dan Pembudayaan etika perniagaan adalah usaha yang mesti disemai pada setiap tahap kritikal untuk memastikan ianya benarbenar dihayati dan bukan sekadar amalan pematuhan PENILAIAN SEMASA TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) 44. Tanggungjawab Sosial Korporat bukanlah prinsip yang baru. Kerajaan telah menekankan sejak tahun 2007 kepentingan CSR dan menawarkan insentif untuk pengamalan tanggungjawab

64 56 LAPORAN TEKAD 2008 sosial korporat. Badan-badan kawal selia seperti Suruhanjaya Sekuriti (SC), Bursa Malaysia (Bursa), Bank Negara Malaysia (BNM), Institut Integriti Malaysia (IIM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Institute of Corporate Responsibility (ICR) Malaysia dan lain-lain juga telah berperanan secara signifikan dalam mempromosi inisiatif tanggungjawab sosial korporat kepada syarikatsyarikat awam tersenarai selain daripada melaksanakannya pada peringkat dalaman. 45. Dua usaha signifikan tanggungjawab sosial korporat ialah pembangunan kerangka kerja tanggungjawab sosial korporat oleh Bursa Malaysia sebagai panduan kepada syarikat-syarikat awam tersenarai tempatan dan meminda syarat-syarat penyenaraian dengan memasukkan tanggungjawab sosial korporat sebagai satu kriteria pelaporan syarikat. Kerangka kerja yang dimaksudkan menumpukan fokus kepada empat terma rujukan yang kritikal bagi tanggungjawab sosial korporat iaitu tempat kerja, pasaran, komuniti dan alam sekitar (rujuk Rajah 16). 46. Pada dasarnya, walaupun beberapa usaha meningkatkan tahap pengamalan tanggungjawab sosial korporat negara telah dilaksanakan, pemahaman dan pengamalan dalam ertikata yang diharapkan masih berada di tahap yang rendah. Menurut laporan Bursa Malaysia tahun 2007 mengenai usaha tanggungjawab sosial korporat syarikat-syarikat awam tersenarai didapati hanya satu pertiga daripada 200 syarikat awam tersenarai yang dikaji dalam tahun tersebut mencatat skor melebihi kadar purata amalan tanggungjawab sosial korporat. Dua pertiga adalah di bawah purata ataupun tidak mengamalkan tanggungjawab sosial korporat. Hanya 4.5 peratus syarikat-syarikat awam yang diperakui mencapai tahap piawaian antarabangsa (Rajah 17). 47. Kajian yang sama juga mendapati antara dimensi tanggungjawab sosial korporat yang kurang memuaskan adalah kebajikan Komuniti dan impak kepada Alam Sekitar. Ini membayangkan bahawa kebanyakan syarikat tersenarai belum lagi mencapai aspirasi kerajaan dan badan kawalselia dalam konteks tanggungjawab sosial korporat (Rajah 17). Rajah 16: Kerangka Kerja Tanggungjawab Sosial Korporat Untuk Syarikat Awam Tersenarai BURSA - KERANGKA CSR UNTUK PLC FOKUS CSR Alam Sekitar Komuniti Tempat Kerja Pasaran INISIATIF CSR YANG DICADANGKAN PERANCANGAN Perubahan Iklim ISO 1400 Boleh Diperbaharui Penggunaan Efisyen Pengurusan Pembuangan Kepupusan Spesis Biodiversiti SEGERA 2006 Staf Sukarela Pendidikan: Skim Sekolah Angkat Pembangunan Belia Golongan Kurang Bernasib Baik Peluang Pekerjaan untuk Graduan Kanak-kanak Penglibatan Staf Kepelbagaian di Tempat kerja Isu Gender Pembangunan Modal Insan Kualiti Hidup Hak Buruh Hak kemanusiaan Keselamatan dan Sekuriti JANGKAMASA PENDEK 2007 Produk Hijau Penglibatan Pihak Berkepentingan Perolehan Beretika Pengurusan Pembekal Pembangunan Vendor Penjenamaan Sosial Tadbir Urus Korporat JANGKAMASA PANJANG 2008 Sumber: Bursa Malaysia Berhad

65 TEKAD Prestasi Lemah Rajah 17: Laporan Kajian CSR Bursa Malaysia Kurang Baik Sedehana Baik 19 Cemerlang 9 Mempelopori Peratusan Syarikat Syarikat Awam Tersenarai (Listed Company) Sumber: Bursa Malaysia Berhad Rajah 18 Tren Pengamalan Tanggungjawab Sosial Korporat di Malaysia Kadar impak kepada cara perniagaan di kendalikan Dermawan kebajikan dengan kadar segera PR excercise membuat kebajikan untuk imej baik CSR Strategik: Amalan berkala bagi menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial CR Strategik: Pengamalan lestari untuk program tanggungjawab sosial Sebelum seterusnya Sumber: ICR Malaysia Sumber: ICR Malaysia

66 58 LAPORAN TEKAD Suruhanjaya Sekuriti mendapati aliran perkembangan tanggungjawab sosial korporat (Rajah 18) mulai tahun 2001 berubah kepada tanggungjawab korporat (Corporate Responsibility) apabila syarikat-syarikat mengamalkan tanggungjawab korporat secara berterusan. Peranan Pihak-pihak Berkepentingan dalam Tanggungjawab Sosial Korporat 49. Kerajaan telah memainkan peranan dalam memperkenalkan insentif pengecualian cukai antara 5 hingga 7 peratus kepada syarikat yang terlibat secara langsung dalam tanggungjawab sosial korporat. Syarikat-syarikat kini dikehendaki melaporkan kegiatan tanggungjawab sosial korporat dalam laporan tahunan mereka. 50. Khazanah Nasional juga terlibat dalam gerakan tanggungjawab sosial korporat kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan. Bagi tanggungjawab sosial korporat, syarikat berkaitan kerajaan dikehendaki mematuhi garis panduan didalam buku The Silver Book: Achieving Value through Social Responsibility. Buku ini adalah salah satu daripada buku dalam siri GLC Transformation Programme. 51. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pula telah mengadakan Anugerah CSR Perdana Menteri pada 14 Nov 2007 yang melibatkan 316 pencalonan daripada 161 syarikat untuk mengiktiraf syarikat yang telah membawa impak positif melalui sokongan khidmat sosial dan komuniti. Senarai pemenang anugerah ini adalah seperti di Jadual 15. Badan Berkepentingan Perniagaan 52. FOMCA pernah mengadakan seminar mengenai tanggungjawab sosial korporat mengenai kepentingan, penglibatan dan kefahaman sektor awam dan sektor swasta mengenai isu ini. Di samping itu Association of Certified Chartered Accountants juga telah menjalankan inisiatif memperkenalkan dan mengalakkan pengamalan dan pelaporan tanggungjawab sosial korporat dengan mengadakan anugerah ACCA MESRA (Malaysia Environmental and Social Reporting Award) sejak tahun Jadual 15: Penerima Anugerah CSR Perdana Menteri 2007 Bil. Anugerah Penerima 1. Anugerah CSR Perdana Menteri DiGi Telecommunications Sdn Bhd 2. Anugerah CSR Pendidikan Petronas Education Division, Petronas 3. Anugerah CSR Persekitaran BP Malaysia Sdn Bhd Anugerah CSR Kebudayaan dan Warisan Anugerah CSR Kebajikan Masyarakat dan Sosial DiGi Telecommunications Sdn Bhd Intel Technology Sdn Bhd 3. Anugerah CSR Syarikat Kecil Masterskill College of Nursing & Health 4. Anugerah CSR Amalan Terbaik di Tempat kerja DiGi Telecommunications Sdn Bhd 5. Anugerah CSR Laporan Media The New Straits Times (Malaysia) Bhd Sumber: KPWKM

67 TEKAD Jadual 16: Persepsi Masyarakat Terhadap Tanggungjawab Sosial Korporat di Malaysia Tahun 2007 Bil. Perkara Peratusan (%) 1. Responden berpendapat bahawa syarikat mereka mengutamakan kebajikan pekerja Responden menyatakan sektor swasta menyumbang kepada pembangunan sukan negara. Responden menyatakan sektor swasta menyumbang kepada pembinaan kemudahan awam Responden menyatakan sektor swasta mengambil berat mengenai penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar. 60 Sumber: IPIN Amalan Terbaik Antarabangsa 53. Badan-badan antarabangsa seperti United Nations (UN) dan Organisation for Economic Cooperation (OECD), agensi kawalselia perundangan dan pakar-pakar individu tertentu dalam tadbir urus korporat dan tanggungjawab sosial korporat telah membangunkan pelbagai penanda aras tanggungjawab sosial korporat seperti UN Global Compact, UN Principles for Responsible Investment, Global Reporting Initiative dan OECD Guidelines for Multinational Entreprises. 54. Menurut kajian yang dibuat oleh IIM bersamasama dengan Jabatan Perangkaan, masyarakat umum memperakui bahawa walaupun tahap tanggungjawab sosial korporat negara berada pada tahap yang agak baik, khususnya dalam isu kebajikan pekerja, masih ada ruang untuk penambahbaikan. Selari dengan kajian Bursa Malaysia 2007, skor terendah indeks tersebut adalah untuk pemuliharaan alam sekitar. Skor untuk sumbangan kepada kemudahan awam dan sukan negara juga nyata lebih rendah berbanding dengan skor kebajikan pekerja. Ini bermakna walaupun kesedaran tanggungjawab sosial korporat dalaman syarikat-syarikat di negara agak baik, keprihatinan tersebut belum sampai ke pihak-pihak berkepentingan luaran, khususnya alam sekitar. Ini jelas dalam Indeks Persepsi Integriti Nasional 2007 di mana kajian indeks tersebut menunjukkan kesedaran kepada masyarakat umum bahawa pentingnya Tanggungjawab Sosial Korporat kepada kesejahteraan negara. (Jadual 16) 55. Seperti yang dipaparkan pada awal tahun 1970an, tanggungjawab sosial korporat pada awalnya hanyalah satu aktiviti dermawan. Persepsi dermawan ini malangnya menyebabkan tanggungjawab sosial korporat dilihat sebagai aktiviti hanya untuk syarikat yang mempunyai dana untuk dibelanjakan. Setelah kerangka kerja Bursa Malaysia Berhad digubal, sebilangan kecil syarikat, terutamanya syarikat yang diberi pendedahan mengenai tanggungjawab sosial korporat, lebih arif mengenai kepentingan triple-bottom line dan menjadikan tanggungjawab sosial korporat sebagai agenda korporat. Tetapi masih juga terdapat kekurangan kesedaran dan pemahaman mengenai tanggungjawab sosial korporat yang mana ianya masih tidak mahu mengamalkan tanggungjawab sosial korporat kerana tidak mengetahui mengenai faedah pengamalannya. CABARAN PENEKANAN KEPADA TANGGUNGJAWAB SOSIAL 56. Bagi mengenengahkan dan mempromosikan Tanggungjawab Sosial Korporat agar diamalkan oleh semua syarikat awam, terdapat beberapa halangan atau cabaran yang perlu diberi perhatian:

68 60 LAPORAN TEKAD 2008 i. Syarikat-syarikat awam tersenarai khususnya syarikat berkaitan Kerajaan dan yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia, mestilah mempelopori prinsipprinsip tanggungjawab sosial korporat dan isu-isu sustainability (lestari) menurut kesesuaian dan kapasiti industri masingmasing. ii. Kerangka kerja tanggungjawab sosial korporat Bursa Malaysia dan inisiatif berkaitan boleh ditambahbaik dan diperhalusi dari segi struktur dan penilaian pencapaian mengikut keperluan berikut: Ianya mesti relevan dan konsisten; penilaian dalam memberi gambaran sebenar tentang usaha tanggungjawab sosial korporat di pasaran tempatan; mesti meliputi prinsip atau garis panduan bagi memperolehi sustainability (lestari) dalam jangka masa panjang bagi perniagaan. ii. iii. Bursa Malaysia dicadangkan berkerjasama dengan syarikat awam tersenarai untuk mengenalpasti ruang penambahbaikan amalan tanggungjawab sosial korporat. Tanggungjawab sosial korporat tidak harus dilihat sebagai perbelanjaan semata-mata atau memberi derma sahaja. Sekiranya di amalkan dengan cara yang betul, tanggungjawab sosial korporat boleh menguntungkan sesebuah syarikat dalam pelbagai cara yang tidak semestinya diukur dengan wang ringgit. Hakikat sebenarnya, syarikat tidak perlu memperuntukkan dana tambahan tetapi menggunakan sumber manusia dan kewangan sedia ada bagi maksud aktiviti tanggungjawab sosial korporat. Misalnya, dengan melatih kakitangan tentang kemahiran kepemimpinan dan kerja sepasukan, syarikat boleh berkerjasama dengan organisasi bukan kerajaan serta badan kebajikan lain dalam modul kursus mereka. iii. Kesinambungan berterusan dalam menggalakkan syarikat awam tersenarai melaksanakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat sebagai aktiviti tahunan biasa syarikat. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT 57. Berdasarkan cabaran dan halangan yang dikenal pasti, beberapa cadangan penambahbaikan disyorkan bagi memastikan usaha memperluaskan dan memberi penekanan kepada tanggungjawab sosial korporat diterima oleh pelbagai institusi ekonomi: i. Syarikat-syarikat ini mesti berusaha untuk menggunapakai kriteria penandaaras antarabangsa contohnya: UN Global Compact UN Principles for Responsible Investing; atau Global Reporting Initiative. Petunjuk Prestasi Etika Perniagaan dan Tanggungjawab Sosial Tahun Indeks ini mengandungi dua komponen utama. Pertama ialah persepsi pengguna terhadap amalan etika perniagaan dan tanggungjawab sosial komuniti perniagaan. Kedua ialah persepsi pertubuhan ekonomi terhadap amalan perkara di lihat dalam syarikat masing-masing. Menggunakan data yang diperolehi daripada kedua kumpulan sasaran, maka dapat dikirakan bahawa Indeks Persepsi Amalan Etika Perniagaan dan Tanggungjawab Sosial Korporat adalah pada skor 6.90 per 10. Berdasarkan indeks ini seperti di Jadual 7, masih terdapat ruang dan peluang penambahbaikan ke arah mewujudkan sektor swasta yang lebih berintegriti disamping mengukuhkan amalan beretika dan tanggungjawab sosial korporat yang sedia ada. 59. Secara keseluruhannya etika perniagaan dan tanggungjawab sosial korporat di Malaysia telah meningkat secara beransur-ansur dan masyarakat umum mengakui bahawa terdapat kemajuan yang ketara dalam usaha-usaha yang dibuat oleh institusi-institusi ekonomi.

69 TEKAD Jadual 17: Penambahbaikan Pelesenan dan Permit INDEKS & KOMPONEN Tahun /- Indeks Persepsi Etika Perniagaan dan Tanggungjawab Sosial Persepsi Etika Perniagaan Persepsi Etika Perniagaan dan Tanggungjawab Sosial Sumber: IPIN KESIMPULAN 60. Berdasarkan pemantauan dan hasil pelaporan kesemua pihak-pihak berkepentingan yang terlibat dalam memantapkan integriti korporat institusi ekonomi menurut bidang fokus masing-masing, iaitu tadbir urus korporat, etika perniagaan dan tanggungjawab sosial korporat, boleh dirumuskan bahawa sistem governan ekonomi Negara berada dalam keadaan yang baik. Pengurusan keutuhan sektor swasta diperakui oleh kesemua badan penarafan antarabangsa sebagai memenuhi -malah dalam beberapa hal misalnya dalam pengurusan kewangan, kawal selia badan profesional dan pasaran modal- melebihi tahap pematuhan minimum yang mewujudkan kestabilan ekonomi serta keberkesanan transaksi perniagaan. Hakikat ini terbukti apabila keadaan ekonomi dunia yang merudum masa kini akibat krisis kewangan dan kes-kes penipuan korporat tidak begitu menggugat integriti sistem dan bidang kawal selia institusiinstitusi ekonomi dalam pasaran domestik kerana kewujudan kod etika yang senantiasa diperbaharui, prosedur pematuhan dan disiplin mekanisme pasaran yang telus dan stabil. 61. Walaupun demikian, apabila dihalusi menurut jalur dan bidang struktur pasaran yang lebih rencam, didapati juga wujud lompong integriti dikalangan syarikat-syarikat yang tidak tersenarai di pasaran modal terbuka dan kecenderungan mengaut keuntungan serta-merta tanpa mengambilkira impak kos masa depan terhadap alam sekitar dan eksploitasi sumber alam semulajadi yang semakin terhad. Rang Undang-Undang Perdagangan Adil (Fair Trade Bill) yang masih diperingkat penggubalan akhir dan tidak dibentangkan untuk kelulusan Parlimen menjadi salah satu elemen penyumbang kepada keadaan etika perniagaan dan tanggungjawab sosial korporat yang belum memuaskan sepenuhnya. Walaupun Akta Syarikat 1965 telah dipinda pada tahun 2007 untuk memperkemaskan peruntukan undang-undang kepada keseluruhan syarikat dan perniagaan yang berdaftar, keberkesanannya masih terlalu awal untuk dinilai. 62. Oleh itu, dalam analisis akhir, pihak-pihak berkepentingan dalam agenda integriti institusi ekonomi ini memperakukan bahawa tahap integriti berada pada keadaan baik tetapi masih boleh dipertingkatkan lagi sekiranya usaha kawalselia perundangan dan penguatkuasaan prosedur integriti pasaran diperhebatkan. Gabungan elemen mandatori dan sukarela yang dipandu oleh kerangka tadbir urus integriti institusi ekonomi akan memberikan satu landasan kukuh untuk lonjakan pencapaian dan prestasi ekonomi Negara secara lebih kompetitif dan produktif. 63. Badan-badan kawalselia, badan professional dan kumpulan perdagangan serta persatuan pengguna akan terus menjadi penggerak utama dalam mempertingkatkan integriti institusi ekonomi. Institut Integriti Malaysia wajar meneruskan usaha mengadakan rangkaian kerjasama dengan kesemua pihak berkenaan dalam satu rangkaian (network) atau kumpulan (circle) yang menjadikan integriti korporat sebagai teras induknya. Mengambilkira sifat globalisasi ekonomi dunia, integrity network and circles seumpama ini boleh membentuk satu budaya korporat tempatan yang lebih sihat dan terbuka sepertimana yang telah dipelopori oleh gerakan Quality Circles pihak Kerajaan beberapa dekad lalu.

70 62 LAPORAN TEKAD 2008

71 TEKAD SASARAN 4 Memantapkan Institusi Keluarga dan Komuniti

72 64 LAPORAN TEKAD 2008 MEMANTAPKAN INSTITUSI KELUARGA DAN KOMUNITI PENDAHULUAN Institusi keluarga dan komuniti merupakan unit paling asas dalam sistem sosial sesebuah negara. Justeru, kemakmuran dan kemajuan negara bergantung kepada kemantapan institusi keluarga dan komuniti. Ini kerana institusi keluarga yang mantap membentuk komuniti dinamik yang bebas daripada masalah sosial serta bersama-sama menyokong segala dasar dan usaha kerajaan untuk membangunkan negara. DEFINISI KELUARGA DAN KOMUNTI 2. Keluarga didefinisikan sebagai satu kelompok individu yang hidup di bawah satu bumbung terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak (Paizah, 2007). Gabungan beberapa unit keluarga secara kolektif akan membentuk komuniti. Justeru, komuniti ditakrifkan sebagai sekumpulan manusia atau individu yang hidup bersama atau mendiami sesuatu kawasan. 3. Institusi keluarga yang mantap bermaksud keluarga bahagia yang mana anggotanya saling kasih mengasihi dan hormat menghormati antara satu sama lain. Institusi keluarga yang mantap terbina apabila setiap ahli melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna. Manakala komuniti yang mantap pula adalah komuniti yang berada dalam keadaan yang harmoni dan bebas daripada sebarang gejala negatif serta masalah sosial. 4. Sifat umum komuniti dibentuk oleh individu dan keluarga yang menganggotainya. Jika semua anggota keluarga menjadikan integriti sebagai paksi kepada budaya hidup melalui penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni berteraskan etika dan agama, maka akan terbentuk komuniti yang mantap dan berintegriti di negara ini. INSTITUSI 5. Usaha pemantapan institusi keluarga dan komuniti perlu dilaksanakan oleh pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Sebagai contoh, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merupakan kementerian yang dipertanggungjawabkan dalam konteks ini. Di samping itu, terdapat pelbagai pertubuhan bukan kerajaan turut berperanan secara aktif menjayakan agenda ini. Antaranya termasuklah Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO) dan Pertubuhan Memupuk Asas Ikatan Keluarga Kuala Lumpur dan Selangor (PEMALIK). PERUNTUKAN DAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG 6. Kerajaan telah menggubal pelbagai akta dan dasar dalam usaha memantapkan institusi keluarga dan komuniti. Secara keseluruhannya, akta dan dasar sedia ada mencukupi untuk membentuk institusi keluarga dan komuniti yang mantap. Sebagai contoh, Akta Kanak-Kanak 2001 merupakan akta yang khusus berkaitan dengan penjagaan kanak-kanak. Manakala Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 pula merupakan akta yang bertujuan membendung berlakunya keganasan rumah tangga. Di samping itu, Dasar Kebajikan Masyarakat Negara (DKMN) pula digubal bertujuan untuk menjamin keadilan sosial dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan masyarakat. 7. Namun begitu, perlakuan yang menggambarkan kerapuhan institusi keluarga dan komuniti sentiasa berlaku. Ini menunjukkan institusi keluarga dan komuniti masih belum mantap di samping penguatkuasaan undang-undang yang masih tidak mencukupi dan dasar yang sedia ada belum dilaksanakan sepenuhnya.

73 TEKAD PETUNJUK PRESTASI 8. Kemantapan institusi keluarga dan komuniti dinilai berdasarkan beberapa petunjuk seperti kerapuhan institusi keluarga, sumbang mahram, pengabaian warga tua dan kejiranan. Kerapuhan institusi keluarga pula dinilai berdasarkan kepada penceraian, penganiayaan kanak-kanak, keganasan rumah tangga, pertikaian harta penceraian dan perebutan hak penjagaan anak.. SENARIO KEMANTAPAN INSTITUSI KELUARGA DAN KOMUNITI TAHUN Penceraian 9. Penceraian merupakan antara petunjuk utama kerapuhan institusi keluarga dan komuniti. Antara punca penceraian ialah kedudukan kewangan keluarga yang tidak kukuh, kurang pendidikan dan penghayatan agama, campur tangan keluarga, tiada persefahaman mengurus rumah tangga, suami atau isteri terbabit dengan hubungan orang ketiga, poligami dan tekanan kerja. 10. Institusi keluarga dan komuniti di negara ini kelihatan rapuh apabila kes penceraian meningkat setiap tahun. Dari tahun 2000 hingga 2003 jumlah kes penceraian adalah 65,443, manakala dari tahun 2004 hingga 2007 pula, bilangan kes penceraian meningkat 10.3% kepada adalah 72,223. Ini menunjukkan peningkatan yang membimbangkan kerana penceraian membawa kepada beberapa masalah lain seperti penganiayaan kanak-kanak, keganasan rumah tangga, pertikaian harta sepencarian dan perebutan hak penjagaan anak. 11. Kerapuhan institusi keluarga menyebabkan terbentuknya broken family yang memberi kesan kepada anak-anak. Dalam konteks ini, anak-anak akan membesar tanpa didikan dan kasih sayang yang sempurna daripada ibu bapa menyebabkan mereka mungkin terlibat dalam kegiatan jenayah dan aktiviti tidak bermoral. Sebagai contoh, 80% daripada kes jenayah juvana melibatkan kanakkanak daripada broken family. Keganasan rumah tangga, pertikaian harta sepencarian dan perebutan hak penjagaan anak 12. Keganasan rumah tangga, pertikaian harta sepencarian dan perebutan hak penjagaan anak juga merupakan antara kesan penceraian atau broken family. Mengikut Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, keganasan rumah tangga termasuklah sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan, mencederakan mangsa secara fizikal, memaksa atau mengancam melakukan perbuatan berbentuk seksual mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan dan merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa. Di Malaysia, keganasan rumah tangga biasanya melibatkan keganasan suami terhadap isteri. 13. Terdapat beberapa faktor yang dikaitkan dengan keganasan rumah tangga. Antaranya: tekanan kerja masalah kewangan Sumber: Utusan Malaysia, 3/3/09 kurangnya pendidikan dan penghayatan agama penagihan dadah dan mabuk

74 66 LAPORAN TEKAD 2008 Rajah 19: Petunjuk Kerapuhan Institusi Keluarga dan Komuniti Bilangan Kes Bilangan Kes Tahun Penceraian Keganasan Rumah Tangga Tuntutan Harta Sepencarian Tuntutan Hak Penjagaan Anak Sumber: JAKIM, JPN, PDRM, JKM 14. Institusi keluarga dan komuniti di negara ini kelihatan rapuh dan membimbangkan apabila terdapat peningkatan kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan kepada pihak berkuasa. Jumlah kes keganasan rumah tangga dari tahun 2000 hingga 2003 adalah 11,885. Angka tersebut meningkat sebanyak 11.2% kepada 13, 214 pada tahun 2004 hingga Keganasan rumah tangga juga mempunyai hubungan dengan rasa saling percaya mempercayai dalam kalangan ahli keluarga. Kajian IIM mendapati skor bagi item saling percaya mempercayai pada tahun 2006 adalah Skor ini merosot kepada 8.26 pada tahun Penurunan skor yang agak ketara menunjukkan kerapuhan institusi keluarga apabila anggota keluarga tidak mempercayai antara satu sama lain. Hal ini juga mendorong kepada berlakunya keganasan rumah tangga. 16. Keganasan rumah tangga memberi kesan negatif bukan sahaja kepada mangsa yang terlibat secara langsung, tetapi juga kepada kanak-kanak yang menyaksikan kejadian tersebut. Antara kesan ke atas kanak-kanak adalah mereka akan menjadi sugul, merasa bersalah, takut menyuarakan pendapat serta menjadi pasif. Di samping itu, kanak-kanak yang menyaksikan keganasan rumah tangga berkemungkinan akan bertindak agresif dengan mencari rakan baru dan seterusnya terlibat dengan kegiatan yang tidak berintegriti seperti bergaduh dan sebagainya.

75 TEKAD sepencarian dan perebutan hak penjagaan anak seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 19. Penganiayaan kanak-kanak Sumber: Akhbar Kosmo 17/01/ Pertikaian harta sepencarian juga menggambarkan kerapuhan institusi keluarga yang berpunca daripada penceraian. Konflik ini boleh menyebabkan berlakunya perbuatan tidak berintegriti seperti penipuan, pergaduhan dan hubungan yang tidak harmoni dalam kalangan ahli keluarga. Peningkatan kes pertikaian harta sepencarian setiap tahun menunjukkan institusi keluarga kelihatan semakin rapuh. 18. Data menunjukkan peningkatan yang ketara bagi kes pertikaian harta sepencarian. Jumlah kes dari tahun 2000 hingga 2003 adalah Angka tersebut meningkat sekali ganda kepada 2806 pada tahun 2004 hingga Satu lagi konflik keluarga yang timbul akibat penceraian ialah perebutan hak penjagaan anak. Peningkatan kes perebutan hak penjagaan anak yang meningkat turut memberi gambaran kerapuhan institusi keluarga dan komuniti kerana konflik tersebut tidak boleh diselesaikan di luar mahkamah. 20. Bilangan kes perebutan hak penjagaan anak bagi tempoh antara tahun 2000 hingga 2003 adalah Statistik ini terus meningkat dengan ketara kepada 6063 pada tahun 2004 hingga Secara keseluruhannya, penceraian berkait rapat dengan keganasan rumah tangga, pertikaian harta sepencarian dan perebutan hak penjagaan anak. Justeru, penceraian mempengaruhi keganasan rumah tangga, pertikaian harta 22. Penganiayaan kanak-kanak termasuk bayi seperti penderaan, pengabaian ataupun perbuatan zalim adalah perbuatan tidak berintegriti. Perbuatan tidak bermoral ini berkait rapat dengan penceraian. Di samping itu faktor kemiskinan, kurang pendidikan dan penghayatan agama, tekanan kerja, mabuk dan penagihan dadah juga dikenalpasti menyebabkan berlakunya penganiayaan kanak-kanak. Berdasarkan kes penganiayaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada pihak berkuasa, maka ia menampakkan kerapuhan institusi keluarga dan komuniti. 23. Kes penganiayaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat meningkat setiap tahun. Jumlah kes yang dilaporkan dari tahun 2000 hingga 2003 Bentuk keganasan rumah tangga Keganasan rumah tangga adalah pada asasnya suatu bentuk penyalahgunaan kuasa yang sering berlaku apabila seorang pasangan (lazimnya lelaki) cuba untuk mengawal atau mendominasi pasangannya. Memutuskan perhubungan wanita daripada kawan-kawan atau saudaramaranya. Memalukan wanita tersebut di hadapan kawan-kawannya. Menyekat beliau dari menggunakan telefon atau kereta. Memaksa wanita tersebut sering terpaksa memberitahu ke mana beliau pergi dan dengan siapa beliau berada. Penderaan fizikal atau psikologikal (penghinaan dan tomahan) Menjadikan wanita terpaksa bergantung dari segi kewangan. Wanita tersebut dari sokongan yang beliau perlukan untuk meninggalkan pendera. Pertubuhan Pertolongan Wanita

76 68 LAPORAN TEKAD Rajah 20: Penganiayaan kanak-kanak Dilaporkan kepada Polis Dilaporkan kepada JKM Sumber: PDRM & JKM ialah Bilangan kes meningkat 63.5% kepada 8408 pada tahun 2004 hingga 2007 seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 20. Ini menunjukkan peningkatan yang sangat membimbangkan. 24. Berdasarkan data di atas, didapati bilangan kes yang dilaporkan kepada Jabatan kebajikan Masyarakat meningkat dengan ketara setiap tahun serta lebih tinggi berbanding dengan kes yang dilaporkan kepada polis. Secara purata, daripada satu kes yang dilaporkan kepada polis, terdapat sepuluh yang tidak dilaporkan. Ini menggambarkan penganiayaan kanak-kanak merupakan satu masalah dalam institusi keluarga dan komuniti yang membimbangkan. 25. Keenganan anggota masyarakat membuat laporan polis mungkin disebabkan oleh rasa takut terhadap tindakan yang bakal dikenakan serta malu untuk mendedahkan perlakuan jenayah. Sikap sebegini perlu dikikis dalam kalangan masyarakat bagi mengelakkan penganiayaan kanak-kanak daripada terus berlaku. 26. Kasih sayang dan kemesraan di kalangan anggota keluarga sangat penting untuk melahirkan keluarga bahagia dan sejahtera yang menghalang perbuatan tidak berintegriti seperti penganiayaan kanak-kanak. Namun begitu, kasih sayang dan kemesraan dalam keluarga semakin merosot kebelakangan ini. Kajian IIM mendapati skor bagi anggota keluarga menunjukkan kasih sayang dan kemesraan antara satu sama lain menurun dari 9.91 pada tahun 2006 kepada 8.33 pada tahun Penurunan skor ini perlu dibendung supaya institusi keluarga dan komuniti terus kukuh. 27. Menyedari kerapuhan institusi keluarga dan komuniti yang semakin membimbangkan, maka pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan telah melaksanakan pelbagai program untuk mengatasi permasalahan tersebut. Sebagai contoh, KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menjalankan pelbagai kursus pembangunan keluarga. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) pula mengendalikan program Pendidikan Kesejahteraan Keluarga secara non-formal untuk membentuk masyarakat yang berkualiti. Bagi menjayakan agenda ini juga, JAKIM pula melaksanakan dua program utama iaitu Program Pembangunan Keluarga Islam (PPKI) dan Program Pembangunan Sosial (PPS).

77 TEKAD Bilangan Kes Rajah 21: Kes Sumbang Mahram Tahun Sumber: JKM 28. Institut Integriti Malaysia (IIM) bersama dengan kerjasama Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO) telah mengadakan Program Pengukuhan Integriti Institusi Keluarga. Di samping itu, IIM telah mengadakan Seminar Pengukuhan Integriti Pemimpin Masyarakat di sepuluh buah negeri dengan kerjasama kerajaan negeri. Seminar ini antara lain bertujuan memberi kesedaran tentang peranan yang harus dimainkan oleh pemimpin masyarakat dalam usaha untuk mencegah masalah sosial dalam keluarga dan masyarakat serta membudayakan integriti anggota masyarakat. 29. Walau bagaimanapun, program-program yang telah dilaksanakan belum mencukupi. Sehubungan itu, usaha ini perlu ditambahbaik dan dilaksanakan secara berterusan. Sumbang mahram 30. Sumbang mahram ialah jenayah seks antara ahli keluarga seperti antara saudara kandung atau ibu bapa dengan anak sama ada secara rela atau paksa. Jenayah ini juga disebut sebagai haruan makan anak seringkali dipaparkan di media massa jelas menunjukkan institusi keluarga dan komuniti yang tidak mantap. Kekurangan penghayatan agama, pengetahuan dan kemahiran keibubapaan serta pengaruh media merupakan penyebab kepada perbuatan sumbang mahram. Penganiayaan kanak-kanak termasuk bayi seperti penderaan, pengabaian ataupun perbuatan zalim adalah perbuatan tidak berintegriti. 31. Pada tahun 2000 hingga 2003, sebanyak 1,019 kes sumbang mahram telah dilaporkan. Kes tersebut meningkat 29.9% kepada 1,321 pada 2004 hingga 2007 seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 21. Sumbang mahram pada hakikatnya lebih serius kerana terdapat andaian bahawa daripada 10 kes yang berlaku, hanya satu kes sahaja yang dilaporkan kepada pihak berkuasa. Rasa takut terhadap hukuman dan malu mungkin menyebabkan jenayah sumbang mahram tidak laporkan.

78 70 LAPORAN TEKAD 2008 Rajah 22: Bilangan Penghuni Rumah Orang Tua Bilangan Kes Tahun Sumber: JKM 32. Peningkatan ini sangat membimbangkan kerana jenayah ini mendatangkan kesan jangka panjang kepada mangsa. Antara kesan jenayah seks ini termasuklah hilang kepercayaan kepada orang lain, murung, melakukan perkara yang boleh merosakkan diri sendiri, rasa bersalah serta marah, mengasingkan diri dari masyarakat dan tidak mempunyai keyakinan diri. Lebih buruk lagi, mangsa akan mengalami post stress traumatic disorder sekiranya tidak mendapat bantuan dan kaunseling yang sewajarnya. Pengabaian Warga Tua 33. Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, individu yang berumur 60 tahun ke atas dianggap warga tua. Selaras dengan peningkatan taraf hidup dan kesihatan di Malaysia, jangka hayat purata bagi lelaki ialah 71 tahun dan 76 untuk wanita. Ini menyebabkan bilangan warga tua atau lebih dikenali sebagai warga emas semakin meningkat. Pada masa ini, terdapat segelintir anak-anak yang tidak mahu memikul tanggungjawab menjaga ibu bapa, lalu mengambil jalan mudah menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua. 34. Walaupun terdapat pendapat yang mengatakan menghantar ibu bapa ke rumah orang tua bukan merupakan satu bentuk pengabaian, tetapi dalam konteks budaya Malaysia khasnya orang Melayu ia merupakan satu bentuk pengabaian. 35. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan agensi yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kebajikan warga tua. Antara peranan jabatan ini ialah menyediakan rumah orang tua bagi membantu warga tua yang memerlukan tempat berteduh. Sehingga kini, JKM mempunyai sembilan buah rumah orang tua di seluruh negara. Jumlah penghuni di kesemua rumah orang tua atau lebih dikenali sebagai Rumah Seri Kenangan bagi tahun 2000 hingga tahun 2003 adalah 6,971 (sila lihat Rajah 22). Angka ini meningkat sedikit kepada 7,494 orang pada tahun 2004 hingga Oleh kerana bilangan penghuni rumah orang tua yang sangat kecil berbanding bilangan warga tua yang berjumlah 2,806,200 pada tahun 2007, maka penjagaan warga tua oleh anak-anak masih berada pada tahap yang baik. Walau bagaimanapun, usaha memupuk kasih sayang dan rasa tanggungjawab menjaga ibu bapa perlu dilaksanakan secara berterusan supaya amalan murni tersebut terus kekal dalam kalangan masyarakat.

79 TEKAD Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mencegah sumbang mahram dan mempertingkatkan kesedaran untuk menjaga warga tua. KPWKM umpamanya melaksanakan program utamakan Keluarga Semakin Hari Semakin Sayang bertujuan memupuk kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga. IIM telah mengadakan program Pengukuhan Integriti imam dan nazir masjid. Antara lain program tersebut bertujuan untuk melahirkan iman dan nazir masjid yang lebih peka terhadap pelbagai masalah sosial dalam masyarakat. 38. Pada masa yang sama IIM juga telah mengadakan beberapa ceramah yang berkaitan dengan kemantapan institusi keluarga dan komuniti di pelbagai agensi dan institusi pengajian tinggi. Di samping itu, IIM juga telah mengadakan pertandingan menulis esei dan debat yang bertujuan untuk menanam budaya integriti di kalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi. Kejiranan 39. Komuniti yang mantap digambarkan oleh hubungan yang akrab dalam kalangan ahli dan perlaksanaan aktiviti kejiranan yang mampu mencegah pelbagai masalah sosial. Aktiviti kejiranan yang bergerak aktif dalam sesebuah komuniti memberi beberapa kelebihan seperti mewujudkan suasana yang harmoni, mencegah kejadian jenayah dan menjaga kebajikan penduduk setempat. 40. Dalam usaha memantapkan aktiviti kejiranan, kerajaan telah memperkenalkan Skim Rukun Tetangga pada tahun Skim ini pada asalnya merupakan satu pendekatan bagi membolehkan penduduk mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Pendekatan tersebut kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan berdasarkan falsafah kesejahteraan kawasan kejiranan akan menjamin kesejahteraan negara. 41. Pada masa ini, peranan Rukun Tetangga diperluaskan dengan memberi penekanan kepada pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian masyarakat. Secara keseluruhannya, komuniti di negara semakin mantap dengan berdasarkan pertambahan bilangan kawasan Rukun Tetangga setiap tahun (Rajah 23). Bilangan rukun kawasan Rukun Tetangga meningkat dari 1971 pada tahun 2000 kepada 3992 pada tahun Sebanyak Rajah 23: Bilangan Kawasan Rukun Tetangga Bilangan Kawasan Tahun Sumber: JKM

80 72 LAPORAN TEKAD ,0192 aktiviti rukun tetangga telah dijalankan di seluruh negara yang melibatkan 6,580,154 peserta pada tahun Jadual 18: Skor bagi beberapa item berkaitan kejiranan dari tahun 2006 hingga 2007 Bil Perkara Pertubuhan sukarela aktif di kawasan kejiranan ekonomi pada masa ini. Sebagai contoh, kehilangan pendapatan akibat perberhentian kerja menyebabkan berlakunya penceraian, keganasan rumah tangga dan penganiayaan kanak-kanak. Di samping itu, kemelesetan ekonomi juga menyebabkan ibu bapa terpaksa bekerja lebih masa untuk meningkatkan pendapatan keluarga. Ini sekaligus akan menyebabkan ibu bapa tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak-anak dan menghabiskan masa yang berkualiti (quality time) kepada mereka Anggota masyarakat selalu memenuhi undangan jiran Anggota masyarakat menziarahi jiran yang di timpa musibah Anggota masyarakat selalu menyertai gotong royong Sumber: IPIN ii. Pendedahan Kepada Budaya Asing Melalui Teknologi Maklumat Kemajuan dalam bidang teknologi maklumat memberi pelbagai kemudahan dan kelebihan kepada kehidupan manusia. Namun begitu, teknologi maklumat yang disalah guna mendedahkan ahli masyarakat kepada pelbagai budaya asing yang kurang sihat yang menghakis nilai murni dan seterusnya merapuhkan institusi keluarga dan masyarakat. 42. Kajian IIM juga menunjukkan kemantapan komuniti semakin meningkat. Melalui kajian tersebut, IIM mendapati persepsi masyarakat bagi beberapa item berkaitan isu kejiranan menunjukkan peningkatan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Sebagai contoh, peningkatan skor dari 5.83 pada tahun 2006 kepada 6.19 pada tahun 2007 bagi pertubuhan sukarela aktif di kawasan kejiranan menunjukkan ahli komuniti mengambil berat isu-isu keselamatan dan kebajikan di kawasan tempat tinggal mereka. CABARAN 43. Usaha memantapkan institusi keluarga dan komuniti perlu berdepan dengan pelbagai cabaran. Antaranya termasuklah: i. Kemelesetan Ekonomi Kerapuhan institusi keluarga dan komuniti disebabkan oleh beberapa faktor seperti tekanan ekonomi. Keadaan dijangka menjadi bertambah buruk dengan kemelesetan iii. iv. Perubahan Gaya Hidup. Perubahan gaya hidup masyarakat moden yang mementingkan diri sendiri menyebabkan nilai murni dalam kehidupan dilupakan. Sikap materialistik ahli masyarakat yang tidak mempedulikan hak orang lain menyebabkan berlakunya kerapuhan institusi keluarga dan komuniti apabila pelbagai masalah sosial tidak dipedulikan oleh sesetengah ahli masyarakat. Kemahiran Keibubapaan (Parenting Skills) Kemahiran keibubapaan sangat penting dalam mendidik anak-anak menghadapi pelbagai cabaran pada hari ini. Ibu bapa pada hari ini perlu mempunyai kemahiran yang jauh berbeza dengan kemahiran yang diperlukan beberapa tahun dahulu. Walau bagaimanapun, kursus keibubapaan yang tidak berterusan terutamanya selepas perkahwinan menyebabkan ibubapa tidak memperoleh kemahiran tersebut.

81 TEKAD CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 44. Walaupun pelbagai program telah dilaksanakan oleh pelbagai agensi dalam usaha memantapkan institusi keluarga dan komuniti, namun langkah-langkah pro-aktif perlu dilaksanakan memandangkan institusi keluarga dan komuniti masih kelihatan rapuh. Antaranya termasuklah: iv. berkesan melalui aktiviti pendidikan dan pembelajaran. Memperkasakan program kejiranan melalui persatuan penduduk dan Rukun Tetangga. Dalam konteks ini, persatuan penduduk dan Rukun Tetangga perlu diberi peranan sebagai agen pembanteras masalah sosial serta pembudayaan integriti masyarakat. i. Program pembangunan keluarga dan parenting skills perlu dijadikan program yang berterusan selepas perkahwinan dan wajibkan kepada semua ibubapa. Pendekatan ini penting bagi mempastikan ibubapa dibekalkan dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kesedaran tentang tanggungjawab berkeluarga khususnya dalam mendidik dan membudayakan integriti dalam kalangan anak-anak. ii. Mempercepatkan Perlaksanaan Dasar Keluarga Negara yang digubal oleh Kementerian Pembangunan Keluarga dan Masyarakat. Langkah ini bertujuan menyediakan hala tuju dan bimbingan kepada pihak bertanggungjawab kearah melahirkan institusi keluarga dan yang mantap. iii. Memperkasakan rumah ibadat sebagai pusat komuniti setempat bagi menjalankan aktiviti pemantapan integriti secara lebih v. Penerapan integriti perlu dilaksanakan di peringkat sekolah dengan lebih serius. Justeru, integriti perlu dimasukkan dalam kurikulum pembelajaran di sekolah. vi. Pertubuhan bukan kerajaan seringkali tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk melaksanakan program pemantapan institusi keluarga dan kemuniti. Oleh itu, bantuan kewangan perlu disalurkan kepada badan-badan tersebut. KESIMPULAN Oleh kerana beberapa indikator yang dianalisis menampakkan kerapuhan institusi keluarga dan komuniti, maka usaha yang berterusan perlu dilaksanakan. Agenda ini perlu diteruskan melalui pendekatan dan strategi baru yang lebih berkesan dalam fasa pelaksanaan PIN akan datang. PSA 2007 Mama sibuk pergi tanya Atuk!! Penipuan dalam Adik cuma perihal nak tanya, dagangan kenapa ibu adalah satu kesalahan. negeri Sarawak namanya Kuching... Jangan tipu ye!... Luangkan masa bersama yang tersayang...setiap anak dilahirkan ibarat sehelai kain putih, kedua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi Riwayat Bukhari dan Muslim

82 74 LAPORAN TEKAD 2008

83 TEKAD SASARAN 5 Meningkatkan Kualiti Hidup dan Kesejahteraan Masyarakat

84 76 LAPORAN TEKAD 2008 MENINGKATKAN KUALITI HIDUP DAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT PENDAHULUAN 1. Kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat adalah matlamat utama pembangunan negara. Pengamalan nilai-nilai murni dan integriti dalam kalangan masyarakat secara berterusan membantu meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat selaras dengan matlamat pembangunan kerajaan. Peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat sangat penting bagi mempastikan nikmat pembangunan negara dikecapi oleh setiap lapisan masyarakat. Pengabaian amalan nilai-nilai murni dan integriti dalam kalangan individu mengakibatkan penurunan kualiti individu itu sendiri dan seterusnya menjejaskan usaha kerajaan untuk mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. DEFINISI KUALITI HIDUP DAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT 2. Menurut Laporan Kualiti Hidup Malaysia 1999 yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, kualiti hidup ditakrifkan sebagai kemajuan diri, gaya hidup sihat, akses dan kebebasan memperoleh ilmu pengetahuan serta taraf kehidupan yang melebihi keperluan asas dan memenuhi keperluan psikologi untuk mencapai tahap kesejahteraan sosial setanding dengan aspirasi negara. Kesejahteraan masyarakat pula merujuk kepada keharmonian masyarakat dalam pelbagai aspek kehidupan seperti integrasi kaum, kejiranan, hormat menghormati dan saling bantu membantu. 3. Secara ringkas, kualiti hidup berkait rapat dengan kesejahteraan masyarakat. Apabila keperluan asas terjamin, termasuk akses kepada pendidikan, kesihatan yang baik, hidup tanpa jenayah dan bebas gejala sosial, kurangnya kemalangan jalan raya, alam sekitar yang tidak tercemar dan sebagainya akan membantu memastikan masyarakat menikmati kehidupan yang aman, damai dan sejahtera. INSTITUSI 4. Usaha mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat memerlukan komitmen dari semua pihak seperti agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan profesional. Semua pihak haruslah menggembeling tenaga dan melaksanakan fungsi masing-masing ke arah mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. PERUNTUKAN DAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG 5. Peruntukan undang-undang dan akta yang sedia ada seperti Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Polis 1967, Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 1996), Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 adalah memadai dan berkemampuan untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. Namun pada masa ini aspek penguatkuasaan masih longgar dan perlu dimantapkan lagi. PETUNJUK PRESTASI 6. Prestasi peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat diukur dengan meneliti kemajuan komponen-komponen dalam PIN seperti berikut: 6.1 Pengurangan kadar jenayah seperti jenayah berat, jenayah harta benda dan jenayah seks diambil sebagai petunjuk kepada kehidupan masyarakat yang lebih selamat; 6.2 Kadar jenayah sosial seperti penagihan dadah, perlakuan seks rambang dan bebas yang menjadi punca HIV dan AIDS, serta pasangan bersekedudukan. Pengurangan kadar ini diambil sebagai petunjuk kepada kehidupan masyarakat yang lebih sihat dan bermoral;

85 TEKAD Kadar kemalangan jalan raya. Pengurangan dalam petunjuk ini bertujuan mencerminkan pembaikan etika pemanduan di kalangan para pemandu dan kemajuan dalam penguatkuasaan undang-undang lalu lintas; 6.4 Kadar perbuatan salah laku di kalangan pelajar sekolah. Pengurangan kadar ini diambil sebagai petunjuk keberkesanan pendidikan Sivik dan Kenegaraan serta penguatkuasaan disiplin di kalangan pelajar; dan 6.5 Kadar kerosakan dan pencemaran alam sekitar. Pengurangan kadar ini bertujuan mencerminkan peningkatan kesedaran manusia terhadap pentingnya pembangunan yang lestari. 7. Namun begitu, petunjuk yang dinyatakan di atas masih belum cukup sebagai kayu pengukur bagi menunjukkan tahap kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat Malaysia. Dalam laporan ini aspek pendidikan dan kesihatan turut diukur bagi menilai tahap pencapaian kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. SENARIO KUALITI HIDUP DAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT TAHUN Kadar Jenayah 8. Dalam tempoh , kadar jenayah telah meningkat dengan ketara yang meliputi jenayah kekerasan, jenayah harta benda dan jenayah narkotik seperti dalam Rajah Antara faktor peningkatan kadar jenayah setiap tahun adalah sikap manusia yang semakin melupakan nilai-nilai moral, etika dan integriti. Di samping itu, jenayah samun, curi, tipu dan culik berlaku kerana sikap ingin cepat kaya dengan cara mudah. Bilangan Kes 180,000 Rajah 24: Kes jenayah , , , , , , , , , , , , , , ,000 60,000 50,000 43,093 43,721 53,493 50,859 40,000 30,000 20,000 10,000 21,561 15,920 20,938 23,011 20,322 20,779 28,706 33,187 22,713 21,767 22,039 31,408 35,158 37,817 Tahun Jenayah Kekerasan Jenayah Narkotik Jenyah harta Benda Sumber: PDRM

86 78 LAPORAN TEKAD Bagi menangani masalah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan programprogram seperti Rakan Cop, Pusat Komuniti Polis, dan Sukarelawan Polis di IPT (SUKSIS). Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) juga turut menyumbang dalam usaha ini dengan melaksanakan kempen kesedaran seperti yang dilakukan oleh Yayasan Pencegah Jenayah Malaysia (MCPF) yang melibatkan masyarakat dan pelajar sekolah seluruh negara. 11. Namun begitu, peningkatan kadar jenayah setiap tahun terutamanya jenayah harta benda menunjukkan bahawa kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat Malaysia berada pada tahap membimbangkan. Kebimbangan masyarakat tentang keselamatan bukan sahaja ketika berada di luar rumah, bahkan ketika berada di dalam rumah kerana setiap hari media melaporkan pelbagai kes jenayah seperti ragut, rompak dan pembunuhan. Hal ini diburukkan lagi dengan kegiatan jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing tanpa izin (PATI). Sepanjang tahun 2007, seramai 53,010 PATI ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah. Gejala Sosial 12. Peningkatan gejala sosial khususnya dalam kalangan golongan belia semakin serius. Penagihan dadah, HIV/AIDS, merempit dan banyak lagi perlakuan tidak berintegriti golongan belia telah menjadi ancaman kepada kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat Dadah i. Menurut Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), bilangan penagih dadah baru yang dikesan pada tahun 2000 adalah 35,593 orang. Manakala seramai 12,352 penagih baru pula di kesan pada Daripada jumlah tersebut, 70% penagih adalah golongan belia berusia antara 19 hingga 39 tahun. Golongan belia adalah aset penting bagi masa depan negara. Penglibatan golongan belia dalam penagihan dadah menyebabkan negara kehilangan tenaga kerja yang sepatutnya menyumbang kepada penjanaan ekonomi negara. 45,000 40,000 35,593 Rajah 25: Petunjuk Masalah Berkaitan Dadah ,996 38,672 35,000 30,000 31,556 31,893 32,808 25,000 22,811 20,000 15,000 10,000 5, ,156 8,232 9,640 10,247 10,086 7,301 7,672 7,135 14,489 10,977 8,171 6,275 7,240 7,832 7,575 5,679 6,605 6,326 4,986 2,264 2,156 2,209 2,062 2,097 1,947 1,878 1,916 2,676 1, Jumlah Penagih Dadah(baru) Penghuni Pusat Pemulihan Ahklak Penghuni Pusat Serenti Jumlah HIV/AIDS(baru) Sumber: AADK, PDRM, JKM

87 TEKAD ii. Dalam tempoh , masalah penagihan dadah menunjukkan penurunan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 24. Walaupun data menunjukkan penurunan yang agak ketara, namun realitinya terdapat ramai lagi penagih dadah yang masih bebas yang tidak dilaporkan. Pada masa ini masyarakat mulai sedar bahawa gejala sosial bukanlah masalah individu tetapi masalah sosial yang perlu sama-sama dihadapi semua ahli masyarakat HIV/AIDS i. Antara kesan langsung penagihan dadah ialah HIV/AIDS kerana 75% jangkitan HIV/ AIDS adalah melalui perkongsian jarum semasa menyuntik dadah. Manakala 15% jangkitan HIV/AIDS dikesan melalui hubungan seks dengan pasangan yang diragui status HIVnya. Malaysia adalah negara ke lima tertinggi di rantau Asia Pasifik yang mencatatkan peningkatan penghidap atau pembawa HIV/AIDS selepas China, Vietnam, Kemboja dan Thailand. ii. Dalam usaha untuk mengurangkan masalah penagihan dadah dan ancaman HIV/AIDS, banyak program kesedaran dan pendidikan serta kempen telah dilaksanakan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Majlis AIDS Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Di samping itu, pertubuhan bukan kerajaan seperti Yayasan Pink Triangle turut terlibat secara langsung dalam insiatif ini Mat Rempit i. Gejala mat rempit juga merupakan gejala sosial melibatkan golongan belia yang membimbangkan. Tindak tanduk mat rempit yang menunggang motorsikal secara berbahaya mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain. Di samping itu, tindakan liar mat rempit seperti membaling bom petrol, melanggar anggota polis dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah melampaui norma kemanusiaan. Kematian dan kecederaan mat rempit yang terlibat dalam lumba haram sungguh mendukacitakan kerana golongan ini sepatutnya menjadi tenaga penggerak ekonomi dan masa depan negara. ii. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya gejala mat rempit adalah kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan lunturnya pegangan agama dan integriti. iii. Bagi menangani masalah mat rempit, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama pertubuhan-pertubuhan belia telah melaksanakan pelbagai program. Antaranya, Program Pembangunan Rakan Muda yang bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berdisiplin, berintegriti, hormatmenghormati dan bersemangat patriotik. Kerajaan juga telah memperkenalkan Dasar Sosial Negara (DSN) pada tahun 2003 bagi menangani gejala sosial di negara ini. KOS KEPADA RAKYAT Setiap tahun kerajaan terpaksa membelanjakan hampir RM 647 juta untuk kos mengurus 28 buah pusat serenti di seluruh negara. ~ Bayangkan berapa banyak sekolah, hospital dan kemudahan asas yang lain boleh diberikan kepada rakyat dengan jumlah wang sebanyak itu! Salah Laku Pelajar 13. Walaupun sistem dan infrastruktur pendidikan negara merupakan antara yang terbaik di Asia, namun masalah salah laku dan pelanggaran disiplin pelajar sekolah membimbangkan. Pelajar yang terlibat dengan salah laku di sekolah bukan sahaja ketinggalan dalam pelajaran, malahan terbabit dengan gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, vandalisme, gangsterisme, meminum minuman keras, seks bebas, perjudian dan melepak.

88 80 LAPORAN TEKAD 2008 Bilangan Kes 30,000 Rajah 26: Kes Salah Laku Pelajar ,000 23,220 24,840 20,000 19,980 21,060 18,900 18,360 18,360 15,000 15,120 15,120 14,580 15,150 10,000 8,640 5,000 3,780 3,240 2,700 2,700 0 Kurang Sopan Ponteng Berunsur Jenayah Buang Masa Kekemasan Diri Tahun 2006 Tahun 2007 Kenakalan Laku Musnah Kelucahan Sumber: Kementerian Pelajaran 14. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia, antara kategori salah laku pelajar ialah perbuatan kurang sopan, ponteng sekolah, perbuatan berunsur jenayah, membuang masa, rupa diri yang tidak kemas, kenakalan, laku musnah dan perbuatan berunsur lucah. Pada tahun 2007, salah laku seperti merokok dan berbahasa kesat meningkat kepada 23,220 kes berbanding 19,980 pada 2006 (Rajah 26). Salah laku dalam kalangan pelajar menjejaskan usaha kerajaan ke arah membangunkan potensi individu. 15. Terdapat beberapa faktor yang mendorong berlaku salah laku dalam kalangan pelajar. Faktor kedua ibu bapa bekerja menghalang mereka daripada memberi perhatian sepenuhnya kepada anak-anak. Ada kalanya, ibu bapa bersikap tidak mempedulikan anak-anak mereka. Keadaan ini membuka peluang kepada anak-anak bergaul dengan rakan sebaya yang bermasalah dan akhirnya terlibat dengan salah laku. 16. Kementerian Pelajaran telah menjalin kerjasama dengan beberapa kementerian dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha mengurangkan masalah salah laku pelajar. Antaranya penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) di sekolah menengah melalui kerjasama dengan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF). Di samping itu, pelbagai persatuan dan kelab seperti Kadet Remaja Sekolah, Kelab Rukunegara dan Patriotisme diwujudkan di sekolah bagi memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar sekolah. Kemalangan Jalan Raya 17. Kemalangan jalan raya meningkat dari tahun 2000 hingga 2008 (Rajah 27) terutamanya pada musim perayaan. Pada tahun 2000 jumlah kemalangan jalan raya ialah 250,429 dan meningkat kepada 298,653 pada Manakala pada 2004, sebanyak 326,815 kes kemalangan dicatatkan dan terus meningkat kepada 373,047 pada Ini menunjukkan kemalangan jalan raya adalah antara isu utama yang menjejaskan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

89 TEKAD Rajah 27: Perbandingan Kemalangan dan Kematian , , , , , , , ,653 6, , ,264 6,228 6, ,252 6, , ,319 6,527 6,282 6,600 6,400 6, ,000 6,035 6, , ,000 50,000 5,849 5,887 5,800 5, ,400 Kemalangan Kematian Sumber: PDRM 18. Menurut Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), 94% daripada kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap pemandu yang kurang berhemah, mementingkan diri sendiri, tidak menghormati hak orang lain dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya. 19. Keadaan jalan raya juga menyumbang kepada kemalangan. Antaranya lubang maut, selekoh merbahaya, jalan raya sempit dan tidak mempunyai lampu sangat merbahaya kepada pengguna jalan raya. 20. Dalam usaha mengurangkan kemalangan jalan raya, PDRM melancarkan Ops Sikap pada musim perayaan setiap tahun. Di samping itu, pelbagai program telah dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya dalam kalangan pemandu, penunggang motosikal, dan pejalan kaki melalui kerjasama antara agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak swasta. Walaupun penguatkuasaan undang-undang dan pelbagai kempen telah dilaksanakan, namun kemalangan jalan raya hanya dapat diatasi jika pemandu membudayakan integriti ketika berada di jalan raya. 94% daripada kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap pemandu yang kurang berhemah, mementingkan diri sendiri, tidak menghormati hak orang lain dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya.

90 82 LAPORAN TEKAD Rajah 28: Petunjuk Jangka Hayat Jangka Hayat Semasa Lahir bagi Lelaki Jangka Hayat Semasa Lahir bagi Perempuan Kadar Kematian Bayi (1,000 kelahiran hidup) Sumber: Jabatan Statistik, Kementerian Kesihatan Kesihatan 21. Kesihatan merangkumi kesejahteraan fizikal dan mental yang membolehkan manusia bekerja dengan produktif serta melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial dan kegiatan ekonomi. Tahap kesihatan penduduk negara ini semakin baik jika dinilai daripada aspek peningkatan petunjuk jangka hayat sepanjang tempoh 2000 sehingga tahun Purata jangka hayat lelaki meningkat dari 70.0 pada tahun 2000 kepada 71.7 pada 2007 dan manakala wanita pula meningkat dari 74.7 kepada 76.5 tahun. Peningkatan jangka hayat berkait rapat dengan kesedaran masyarakat terhadap penjagaan kesihatan seperti cara pemakanan yang sihat, bersenam dan pengurangan dalam pengambilan minuman keras dan rokok. Namun begitu, kadar kematian bayi pula berlaku sedikit peningkatan. Pada tahun 2000 kadar kematian bayi ialah 5.5 orang bagi setiap 1000 kelahiran hidup dan kadar ini meningkat kepada 6.7 orang tahun Ianya dipengaruhi oleh masalah-masalah seperti bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan, kurang berat lahir, jangkitan kuman, masalah saluran pernafasan, jaundis dan hipotermia. 23. Pelbagai kempen dan pendidikan kesihatan telah diadakan oleh kerajaan, pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai cara hidup berkualiti dan berintegriti. Contohnya, Kempen Cintai Jantung Anda, Kempen Maju Tanpa Kanser, Cegah Diabetes, Kempen Makan Untuk Kesihatan, Kempen Sihat Sepanjang Hayat dan sebagainya. KESIHATAN UNTUK RAKYAT Pada tahun 2007, jumlah hospital kerajaan ialah 130 buah, berbanding 116 buah hospital pada tahun Klinik kesihatan seluruh negara pada tahun 2006 berjumlah 807 buah dan meningkat kepada 824 buah pada tahun Bagi klinik desa pada tahun 2006 berjumlah 1,919 buah dan bertambah kepada 2,073 pada Nisbah doktor kepada penduduk pada tahun 2000 ialah 1: 1490 dan bertambah baik kepada 1:1214 pada tahun 2007.

91 TEKAD Perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat bandar dan luar bandar semakin baik melalui penambaikan infrastruktur kesihatan selari dengan kepesatan pembangunan negara. Sebagai contoh, penjagaan kesihatan untuk warga emas disediakan di 600 buah klinik atau 73% daripada jumlah klinik. Manakala penjagaan kesihatan kanak-kanak pula disediakan di 214 buah klinik atau 26% daripada jumlah keseluruhan klinik. Purata jangka hayat lelaki meningkat dari 70.0 pada tahun 2000 kepada 71.7 pada 2007 dan manakala wanita pula meningkat dari 74.7 kepada 76.5 tahun. Peningkatan jangka hayat berkait rapat dengan kesedaran masyarakat terhadap penjagaan kesihatan seperti cara pemakanan yang sihat, bersenam dan pengurangan dalam pengambilan minuman keras dan rokok. Pendidikan Dasar Pendidikan Untuk Semua. Mengikut rekod Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2004, 94.2% penduduk mendapat pendidikan peringkat rendah. Peratusan ini meningkat kepada 94.4% pada tahun Dalam usaha untuk membentuk individu yang berintegriti, Kementerian Pelajaran telah menambahbaik kurikulum sekolah dengan memperkenalkan Pendidikan Sivik, Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral. 27. Sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran dan penghayatan integriti dalam kalangan warga pendidik, IIM dengan kerjasama Kementerian Pelajaran menganjurkan seminar bersiri yang dikenali sebagai Seminar Integriti Warga Integriti (SIWP). Dengan adanya ilmu tambahan mengenai integriti, warga pendidik dapat menyampaikan mesej integriti kepada murid-murid. 28. Guru memainkan peranan penting dalam melahirkan pelajar yang berketerampilan. Menyedari hakikat ini, Kementerian Pelajaran telah menyediakan biasiswa kepada guru untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi sama ada dalam negara atau luar negara. 29. Dalam usaha untuk membangunkan modal insan berminda kelas pertama, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) PIPP bertujuan memperkemaskan perlaksanaan program-program pendidikan secara menyeluruh dan berteraskan kepada nilai-nilai murni bagi memenuhi keperluan tempatan dan antarabangsa. 30. Kerajaan menubuhkan Kementerian Pendidikan Tinggi pada tahun 2004, sebagai kementerian yang bertanggungjawab khusus untuk melahirkan graduan yang kompeten bagi memenuhi keperluan guna tenaga negara. 25. Pendidikan merupakan pendekatan utama bagi melahirkan individu yang berilmu pengetahuan dan berpegang teguh kepada etika dan integriti yang memberi sumbangan besar kearah peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. Menyedari hakikat ini, Kementerian Pelajaran melalui Akta Pendidikan 1996 mewajibkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka mendapatkan pendidikan peringkat rendah dan memperkenalkan

92 84 LAPORAN TEKAD 2008 Sumber: NST 03/06/06 Kerosakan dan Pencemaran Alam Sekitar 31. Dalam usaha membentuk sebuah negara maju secara menyeluruh dan seimbang, Pelan Integriti Nasional (PIN) juga memberi penekanan kepada kepentingan pemuliharaan alam sekitar. Kualiti alam sekitar secara keseluruhannya berada dalam keadaan baik berdasarkan beberapa petunjuk seperti kualiti udara, kualiti air dan keluasan kawasan hijau. Kualiti udara pada tahun 2000 adalah pada paras 40 IPU dan meningkat kepada 44 IPU pada tahun 2003 (Jadual 19). Ini disebabkan oleh pembakaran terbuka terutamanya di Sumatera, Indonesia. Ini turut dipengaruhi oleh peningkatan jumlah kenderaan yang berdaftar iaitu 13.4 juta pada tahun 2004 dan meningkat kepada 16.7 juta pada Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada skala IPU seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 29, kualiti udara di negara ini berada pada status sihat. INDEKS Jadual 19: Indeks Kualiti Udara Indeks Status < 50 Sihat Sederhana Tidak Sihat Sangat Tidak Sihat 1. > 300 Darurat 40 Rajah 29: Indeks Kualiti Udara Sumber: JAS Status Kualiti Udara Sumber: JAS

93 TEKAD Rajah 30: Status Kualiti Air PERATUSAN BIL SUNGAI DIPANTAU Jumlah Sungai Di Pantau Status Kualiti Air Sumber: JAS 32. Pencemaran sungai di Malaysia antara lainnya disebabkan oleh pembuangan sisa domestik, perindustrian, penternakan, pertanian dan kerjakerja tanah untuk pembangunan. Kajian Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada tahun 2000 mendapati daripada 120 buah sungai dikaji, hanya 34 buah sungai (28.3%) sahaja didapati bersih berbanding 59 buah sungai (49.1%) pada tahun Pada tahun 2004, sebanyak 58 sungai (48%) daripada 120 sungai yang dipantau didapati bersih. Pada tahun 2007 pula, sebanyak 91 sungai (64%) daripada 143 sungai yang dipantau adalah bersih. (Rajah 30). 33. Pelbagai kempen menerusi media elektronik dan media cetak telah dilaksanakan untuk mempertingkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. Institut Integriti Malaysia (IIM) turut serta dalam usaha ini dengan menerbitkan Public Service Announcement (PSA) tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai. PSA tersebut telah ditayangkan di pelbagai stesen TV di seluruh negara. Selain itu, IIM juga telah menganjurkan Forum Eksekutif Integriti Alam Sekitar yang bertemakan Integriti dalam Pemuliharaan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang permasalahan alam sekitar. 34. Kerajaan telah menggubal pelbagai dasar dan akta berkaitan pengurusan alam sekitar. Antaranya ialah Dasar Pembangunan Negara, Dasar Alam Sekitar Negara, Dasar Perhutanan Negara serta Akta Kualiti Alam Sekeliling dan Akta Perhutanan Negara. 35. Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mempergiatkan pemeriksaan ke atas kenderaan berenjin diesel serta mengambil tindakan undangundang mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling. Pada masa yang sama, pelbagai bentuk promosi telah dijalankan untuk menggalakkan penggunaan gas asli bagi mengurangkan pencemaran udara. 36. Dalam Rancangan Malaysia ke-9 ( ), catuan tebangan hutan seluruh Malaysia telah dikuatkuasakan oleh Jabatan Perhutanan. Melalui langkah tersebut sejumlah 266,940 hektar kawasan hutan telah diperuntukkan untuk kawasan tebangan yang melibatkan 36,940 hektar di Semenanjung, 60,000 hektar di Sabah dan 170,000 hektar di Sarawak.

94 86 LAPORAN TEKAD 2008 PSA Dalam usaha mengawal dan meningkatkan kualiti air, Jabatan Alam Sekitar melaksanakan program pengawasan dan pemantauan kualiti air sungai di seluruh negara. Kerajaan juga telah melancarkan Kempen Penjimatan Air Kebangsaan dalam usaha menggalakkan penggunaan air yang efisien dalam kalangan pengguna. CABARAN Mama, adik nak tanya ni Pergi tanya atok! Berdasarkan senario yang di atas, kualiti hidup masyarakat Malaysia jika diteliti dalam aspek kadar jenayah, gejala sosial serta salah laku dalam kalangan pelajar sekolah semakin membimbangkan. Kadar jenayah yang terus meningkat memberi gambaran bahawa tahap keselamatan yang rendah dan kurangnya rasa selamat masyarakat dalam kehidupan harian. Gejala sosial seperti Mat Rempit, penyalahgunaan dadah dan seks bebas menyebabkan pertambahan statistik penghidap HIV dan AIDS. 39. Pertambahan bilangan kemalangan dan kematian memperlihatkan etika pemandu yang rendah dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan jalan raya yang lemah. Justeru itu, banyak cabaran dan halangan yang perlu diatasi. 40. Beberapa cabaran perlu dihadapi dalam usaha untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. Antaranya: Penipuan dalam perihal Adik dagangan cuma nak adalah satu kesalahan. tanya, kenapa ibu Negeri penjagaan alam sekitar amalan berintegriti. Jangan kotori dan musnahkan alam sekitar kita i. Sarawak Kemelesetan ekonomi - masalah pengangguran dan kenaikan harga barangbarang keperluan harian menyulitkan lagi namanya Kuching? usaha kerajaan bagi meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. ii. iii. iv. Jangan tipu ye!... Keengganan untuk melaporkan kes-kes jenayah - walaupun agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan terus melaksanakan pelbagai program ke arah pengurangan kadar jenayah tetapi sikap dan kesedaran masyarakat yang enggan bekerjasama dan melaporkan kes-kes jenayah turut membantut segala usaha tersebut. Keberkesanan penguatkuasaan merupakan elemen penting untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. Contohnya, penguatkuasaan undang-undang jalan raya yang lemah dan tidak bersepadu antara agensi kerajaan menyebabkan bertambahnya pemandu yang tidak bertanggungjawab, cuai, mementingkan diri sendiri dan tidak berintegriti. Penguatkuasaan undang-undang berpilihpilih dan longgar menyebabkan perlakuan merosak dan mencemarkan alam sekitar masih berlaku. Budaya Tak Peduli - pada umumnya budaya tak peduli untuk menjaga kebersihan alam sekitar yang meningkat dalam kalangan masyarakat terus menghalang segala usaha ke arah meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Bab 7 Membanteras rasuah

Bab 7 Membanteras rasuah Bab 7 Membanteras rasuah 141 Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan Bab 7 : Membanteras rasuah Kedudukan rasuah Malaysia, menurut Transparency International, telah jatuh ke tangga ke-56 pada tahun

More information

1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK. Perdana Menteri, Malaysia

1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK. Perdana Menteri, Malaysia PRAKATA Pelbagai inisiatif telah diambil Kerajaan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Selain tumpuan mengukuhkan sektor ekonomi negara, Kerajaan turut menitik

More information

RANGKAIAN PROGRAM STRATEGIK 55 TERAS 1: PENCEGAHAN 55 TERAS 2: RAWATAN & PEMULIHAN 55 TERAS 3: PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG 55 TERAS 4: KERJASAMA

RANGKAIAN PROGRAM STRATEGIK 55 TERAS 1: PENCEGAHAN 55 TERAS 2: RAWATAN & PEMULIHAN 55 TERAS 3: PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG 55 TERAS 4: KERJASAMA KANDUNGAN PERUTUSAN YB MENTERI 3 PERUTUSAN Y. BHG. KETUA SETIAUSAHA 4 PERUTUSAN KETUA PENGARAH 5 TUJUAN PENGGUBALAN PELAN STRATEGIK AADK 2010-2015 6 KRONOLOGI USAHA MEMBASMI DADAH DI MALAYSIA 7 DASAR DADAH

More information

STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA

STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA Saedah Siraj Profesor dalam Reka Bentuk Kurikulum dan Teknologi Pengajaran/Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya,50603 Kuala Lumpur, Malaysia E-mail: drsaedah@yahoo.com

More information

bab 1 Dasar Model Ekonomi Baru

bab 1 Dasar Model Ekonomi Baru bab 1 Dasar Model Ekonomi Baru Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 63 Bab 1: Dasar Model Ekonomi Baru Malaysia telah mencapai kemajuan besar dalam pembangunan ekonomi dan sosial yang

More information

RANCANGAN FIZIKAL NEGARA KE-2

RANCANGAN FIZIKAL NEGARA KE-2 MALAYSIA RANCANGAN FIZIKAL NEGARA KE-2 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 13 Ogos 2010 PERUTUSAN Perdana Menteri Malaysia Sasaran menjadikan

More information

Bab 14: Transformasi Bidang Pendidikan sebagai Engin Pembangunan

Bab 14: Transformasi Bidang Pendidikan sebagai Engin Pembangunan 14 bab Pendidikan Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 517 Bab 14: Transformasi Bidang Pendidikan sebagai Engin Pembangunan Pada tahun 2009, Kerajaan telah memperkenalkan agenda NKRA Pendidikan

More information

LAPORAN MENGENAI STATUS HAK KANAK-KANAK DI MALAYSIA OLEH CHILD RIGHTS COALITION MALAYSIA DISEMBER

LAPORAN MENGENAI STATUS HAK KANAK-KANAK DI MALAYSIA OLEH CHILD RIGHTS COALITION MALAYSIA DISEMBER LAPORAN MENGENAI STATUS HAK KANAK-KANAK DI MALAYSIA OLEH CHILD RIGHTS COALITION MALAYSIA DISEMBER 2012 CHILD RIGHTS COALITION MALAYSIA Pada tarikh laporan ini, Child Rights Coalition Malaysia terdiri daripada

More information

Final_Cover_Plan_Strategik_PERTANIAN.pdf 1 1/27/14 9:07 AM C M Y CM MY CY CMY K

Final_Cover_Plan_Strategik_PERTANIAN.pdf 1 1/27/14 9:07 AM C M Y CM MY CY CMY K Universiti Putra Malaysia Serdang 2014 KANDUNGAN Perutusan Naib Canselor 2-3 Ringkasan Eksekutif 4-5 Sasaran Keberhasilan Pelan Strategik 9 Pengenalan 10-11 Komponen Pelan Strategik 12 Jangka Masa Pelan

More information

Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara

Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara Kata alu-aluan oleh PM Malaysia Sepanjang 55 tahun mengecap kemerdekaan, Malaysia telah membangun dengan begitu pantas dan dinamik. Kita telah mencapai pembangunan

More information

ekonomi dan daya saing negara. Pendekatan ini berteraskan kepada dua objektif:

ekonomi dan daya saing negara. Pendekatan ini berteraskan kepada dua objektif: 142 Dasar ekonomi yang dilaksana berteraskan falsafah pertumbuhan dengan pengagihan telah mempamerkan prestasi ekonomi yang cemerlang selama empat dekad yang lalu. Ini telah menghasilkan pengurangan kemiskinan

More information

Vol. 37 Jun 2011. jurnal KEBAJIKAN MASYARAKAT SOCIAL WELFARE JOURNAL

Vol. 37 Jun 2011. jurnal KEBAJIKAN MASYARAKAT SOCIAL WELFARE JOURNAL Vol. 37 Jun 2011 jurnal KEBAJIKAN MASYARAKAT SOCIAL WELFARE JOURNAL jurnal KEBAJIKAN MASYARAKAT SOCIAL WELFARE JOURNAL LEMBAGA PENGARAH Penasihat Tuan Haji Hadzir Md. Zain Ketua Pengarang Cik Norani Bt.

More information

.. CABARAN PENDIDIKAN SECARA JARAK JAUH: KESEDARAN DAN PENDEDAHAN DALAM ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

.. CABARAN PENDIDIKAN SECARA JARAK JAUH: KESEDARAN DAN PENDEDAHAN DALAM ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) ,,.. LAPORAN AKHIR.. CABARAN PENDIDIKAN SECARA JARAK JAUH: KESEDARAN DAN PENDEDAHAN DALAM ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ICT) Oleh ZURAINI ZAKARIA FATIMAH HASSAN HASMAWATI HASSAN NORESAH HJ. MOHO.

More information

Bab 1. 1Malaysia: Mencarta PeMBangunan Ke arah negara BerPendaPatan tinggi. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Bab 1. 1Malaysia: Mencarta PeMBangunan Ke arah negara BerPendaPatan tinggi. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Bab 1 1Malaysia: Mencarta PeMBangunan Ke arah negara BerPendaPatan tinggi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 Krisis kewangan global telahpun reda, ekonomi Malaysia kini kembali pulih dan semakin

More information

GARIS PANDUAN Pelaksanaan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI)

GARIS PANDUAN Pelaksanaan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) GARIS PANDUAN Pelaksanaan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) Pencegahan dan Pengawalan DEMAM DENGGI Cawangan Penyakit Bawaan Vektor Bahagian Kawalan Penyakit Jabatan Kesihatan Awam

More information

Membangun Sistem Pemberian Amaran Awal: Lista de comprobación. Persidangan Antarabangsa Ketiga mengenai Pemberian Amaran Awal

Membangun Sistem Pemberian Amaran Awal: Lista de comprobación. Persidangan Antarabangsa Ketiga mengenai Pemberian Amaran Awal Persidangan Antarabangsa Ketiga mengenai Pemberian Amaran Awal Dari konsep kepada tindakan 27-29 March 2006 Bonn, Germany Membangun Sistem Pemberian Amaran Awal: Lista de comprobación PENDAHULUAN Amaran

More information

PANDUAN AMALAN 5S JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PANDUAN AMALAN 5S JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PANDUAN AMALAN 5S JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA TUJUAN 1. Tujuan Panduan Amalan 5S ini ialah untuk: 1.1 memberi panduan asas pelaksanaan amalan persekitaran berkualiti di Jabatan Akauntan Negara Malaysia

More information

EDISI PERTAMA: DISEMBER 2010 Hak Cipta Terpelihara Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia

EDISI PERTAMA: DISEMBER 2010 Hak Cipta Terpelihara Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia EDISI PERTAMA: DISEMBER 2010 Hak Cipta Terpelihara Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial.

More information

1.0 PENGENALAN 1.1 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA)

1.0 PENGENALAN 1.1 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) 1.0 PENGENALAN 1.1 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) Pada 20 Januari 2010 YAB Perdana Menteri telah melancarkan pelan hala tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) dengan berprinsipkan 1 Malaysia,

More information

Penilaian tentang usaha untuk menjalinkan hubungan di antara sekolah dengan pihak luar

Penilaian tentang usaha untuk menjalinkan hubungan di antara sekolah dengan pihak luar Tajuk: Kita sentiasa melibatkan masyarakat dalam pengendalian sekolah awam kita dengan mendapatkan sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru selain badan bukan kerajaan serta guru dan kesatuan mereka. Berdasarkan

More information

PENDIDIKAN BUKAN FORMAL (PBF) DI MALAYSIA: CABARAN DAN HALA TUJU WAWASAN 2020

PENDIDIKAN BUKAN FORMAL (PBF) DI MALAYSIA: CABARAN DAN HALA TUJU WAWASAN 2020 PENDIDIKAN BUKAN FORMAL (PBF) DI MALAYSIA: CABARAN DAN HALA TUJU WAWASAN 2020 Mohd. Azhar Abd. Hamid Muhammed Fauzi Othman Zainudin Hassan Othman A. Kassim Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia

More information

JUDI MENURUT UNDANG-UNDANG : ISU DAN CABARAN Haji Mahamad Naser bin Disa 1. Abstrak

JUDI MENURUT UNDANG-UNDANG : ISU DAN CABARAN Haji Mahamad Naser bin Disa 1. Abstrak JUDI MENURUT UNDANG-UNDANG : ISU DAN CABARAN Haji Mahamad Naser bin Disa 1 Abstrak Kertas kerja ini akan membincangkan kedudukan Judi menurut hukum Syarak dan undangundang secara umum di negara ini. Selain

More information

Menerangi hidup anda

Menerangi hidup anda Menerangi hidup anda Berganding bahu membangunkan Negara selama tahun Peristiwa Penting 1949-2009 60 tahun Menyinari Hidup Rakyat Selama PEMALAYSIAAN Sejurus selepas Negara mencapai kemerdekaan pada 1957,

More information

DASAR KESELAMATAN ICT JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC) JABATAN PERDANA MENTERI MEI 2012

DASAR KESELAMATAN ICT JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC) JABATAN PERDANA MENTERI MEI 2012 DASAR KESELAMATAN ICT JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC) JABATAN PERDANA MENTERI MEI 2012 Versi 2.0 SEJARAH DOKUMEN TARIKH VERSI KELULUSAN TARIKH KUATKUASA 10/2008 1.0 2008 05/2012 2.0 2012 RUJUKAN SEMAKAN TARIKH

More information

PANDUAN MENGENAI BIDANG KUASA MENTERI & PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA

PANDUAN MENGENAI BIDANG KUASA MENTERI & PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA PANDUAN MENGENAI BIDANG KUASA MENTERI & PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA i Cetakan Pertama 2008 Kementerian Kerja Raya Hak Cipta Terpelihara. Buku Panduan Bidang Kuasa Menteri Kerja Raya dan Pegawai

More information

KAEDAH PENGURUSAN INSTITUSI-INSTITUSI PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM DI MALAYSIA FADZILA AZNI BINTI AHMAD

KAEDAH PENGURUSAN INSTITUSI-INSTITUSI PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM DI MALAYSIA FADZILA AZNI BINTI AHMAD KAEDAH PENGURUSAN INSTITUSI-INSTITUSI PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM DI MALAYSIA FADZILA AZNI BINTI AHMAD UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2008 KAEDAH PENGURUSAN INSTITUSI-INSTITUSI PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM

More information

10. PELANGGAN-PELANGGAN MITI 11-13 10. PELAN INDUK PERINDUSTRIAN (IMP3) 14-16 11. ANALISIS SWOT 1 1 7 9-12. CABARAN-CABARAN UTAMA 20-21

10. PELANGGAN-PELANGGAN MITI 11-13 10. PELAN INDUK PERINDUSTRIAN (IMP3) 14-16 11. ANALISIS SWOT 1 1 7 9-12. CABARAN-CABARAN UTAMA 20-21 TAJUK MUKA SURAT 1. SEJARAH MITI 2 2. CARTA ORGANISASI 3 3. VISI 4 4. MISI 5 5. OBJEKTIF 6 6. FUNGSI 7 7. FALSAFAH KORPORAT 8 8. KENYATAAN KUALITI 9 9. AKTA-AKTA UTAMA 10 10. PELANGGAN-PELANGGAN MITI 11-13

More information

GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA: KAJIAN KE ATAS MANGSA DAN PELAKU DI SEKITAR JOHOR BAHRU, JOHOR.

GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA: KAJIAN KE ATAS MANGSA DAN PELAKU DI SEKITAR JOHOR BAHRU, JOHOR. GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA: KAJIAN KE ATAS MANGSA DAN PELAKU DI SEKITAR JOHOR BAHRU, JOHOR. ( Sexual Harassment in work place: A study on victims dan harassers in Johor Bahru, Johor) ISHAK BIN MAD

More information

DASAR KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (DKICT) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

DASAR KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (DKICT) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar DASAR KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (DKICT) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Diterbitkan oleh: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Bahagian Pengurusan Maklumat Aras 4 & 5,

More information