RANCANGAN FIZIKAL NEGARA KE-2

Size: px
Start display at page:

Download "RANCANGAN FIZIKAL NEGARA KE-2"

Transcription

1 MALAYSIA

2 RANCANGAN FIZIKAL NEGARA KE-2 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 13 Ogos 2010

3 PERUTUSAN Perdana Menteri Malaysia Sasaran menjadikan Malaysia sebagai Negara Maju dan Berpendapatan Tinggi pada Tahun 2020 hanya tinggal 10 tahun sahaja lagi. Beberapa perubahan perlu dipercepatkan bagi merubah negara ini dari negara membangun kepada sebuah negara maju, berdaya saing, berpendapatan tinggi dan memiliki persekitaran yang lebih mampan. RFN Ke-2 disediakan bagi menyokong perancangan ekonomi Rancangan Malaysia Lima Tahun dengan menetapkan dasardasar strategik yang menentukan arah tuju pemajuan gunatanah Semenanjung Malaysia untuk mencapai Wawasan Dalam hal ini RFN Ke-2 akan memudahkan kerajaan menyusun keutamaan dari segi perancangan dan penyaluran sumber bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus berkembang. Seiring dengan beberapa perubahan yang dibuat oleh kerajaan bagi mempercepatkan Malaysia mencapai status Negara Maju, RFN Ke-2 memasti perancangan gunatanah negara berada di tahap optimum; dengan memberi penekanan kepada pencapaian inisiatif-inisiatif yang telah disediakan dalam beberapa tonggak transformasi negara seperti Modal Baru Ekonomi (MBE), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Konsep 1Malaysia. Sehubungan dengan ini, RFN Ke-2 akan menjadi garis panduan kepada pembangunan negara untuk menjadi sebuah tempat yang menarik untuk tujuan pelaburan, perdagangan, kediaman dan pelancongan. Kejayaan dasar dan strategi RFN Ke-2 ini adalah bergantung kepada sejauh mana kita berjaya menterjemahkannya secara berkesan di peringkat perlaksanaan. Justeru itu saya berharap semua pihak termasuk agensi-agensi Persekutuan dan Negeri, swasta dan badan-badan bukan Kerajaan untuk mengambil tindakan proaktif bagi menterjemahkan dasar-dasar RFN Ke-2 ini dalam pelan-pelan dan program yang sedang dan akan dilaksanakan. Semoga RFN Ke-2 dapat membantu negara mencapai pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, di samping mengekalkan pembangunan yang seimbang dan mewujudkan persekitaran hidup yang mampan. Dato Sri Hj. Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

4 PERUTUSAN Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Malaysia Rancangan Fizikal Negara Ke-2 disediakan bertujuan merumuskan dasar-dasar strategik bagi maksud menentukan arah tuju pemajuan fizikal bagi seluruh Semenanjung Malaysia. RFN Ke-2 adalah hasil daripada proses perundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam menyediakan rangka kerja pembangunan fizikal negara yang dapat di terima pakai oleh semua pihak. Berdasarkan keperluan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172), setelah RFN Ke-2 ini disediakan adalah menjadi tugas am Kerajaan Persekutuan dan setiap Kerajaan Negeri untuk membantu dalam memastikan matlamat Rancangan Fizikal Negara ini tercapai. Adalah menjadi hasrat Kementerian ini supaya RFN Ke-2 dijadikan rujukan untuk perancangan fizikal seluruh negara bagi membolehkan pembangunan gunatanah dan perbandaran di negara ini saling menyokong dan melengkapi di antara satu sama lain. Pada dasarnya cadangan RFN Ke-2 ini hendaklah diterjemahkan dalam rancangan pemajuan di peringkat negeri dan tempatan. Untuk tujuan ini Kementerian akan terus mengadakan kerjasama erat dengan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan bagi mengawal selia aktiviti pembangunan agar ianya selaras dengan RFN Ke-2. Usaha-usaha perlu dipertingkatkan untuk memastikan agar pembangunan bandar dan luar bandar di negara ini bersifat dinamik dan mampan. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa di bawah Kementerian ini bertanggungjawab untuk memantau perlaksanaan dasar-dasar pembangunan fizikal negara bagi memastikan pelaksanaan dasar-dasar tersebut adalah berkesan dan menyokong pencapaian maklamat sebagai Negara Maju pada Tahun Adalah diharapkan, semua agensi-agensi persekutuan, negeri, swasta dan badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan kerjasama dan mengembelingkan tenaga bagi merealisasikan matlamat RFN Ke-2 ini berjalan dengan lancar. Dato Wira Chor Chee Heung Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Malaysia

5 PERUTUSAN Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Malaysia Rancangan Fizikal Negara Ke-2 (RFN Ke-2) akan menyokong perancangan ekonomi Rancangan Malaysia Lima Tahun dengan mengagihkan sumber negara dalam bentuk spatial mengikut sektor. Melalui RFN Ke-2 pelbagai perancangan dan dasar sektoral diselaraskan. Disamping itu, RFN Ke-2 juga membantu dalam mengurangkan kesan globalisasi ke atas negara dengan menyediakan rangka perancangan fizikal yang bertujuan untuk meningkatkan daya saing negara. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia telah memastikan semua dasar dan strategi yang terkandung dalam RFN Ke-2 menepati dan selari dengan aspirasi Program Tranformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan. Pelaksanaan RFN Ke-2 memerlukan sokongan daripada agensi-agensi Persekutuan dan Negeri yang mempunyai tugas untuk melaksanakan dasar-dasar yang dicadangkan. Dalam konteks ini, adalah diharapkan agensi-agensi berkenaan menterjemahkan dasar dan cadangan-cadangan RFN Ke-2 ke dalam bentuk pelan tindakan dan dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun. Dato' Ahmad bin Hj. Kabit Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Malaysia

6 PERUTUSAN Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia RFN Ke 2 telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) pada 13 Ogos Ia merupakan hasil kajian semula Rancangan Fizikal Negara pertama yang telah di luluskan pada tahun Penyediaan RFN Ke-2 ini adalah selaras dengan keperluan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) di bawah Subseksyen 6B(4) supaya Rancangan Fizikal Negara di kaji semula setiap lima tahun selaras dengan penyediaan Rancangan Malaysia Lima Tahun. RFN Ke-2 ini bermatlamat untuk Membentuk Satu Rangka Spatial Negara Yang Efisien, Saksama Dan Mampan Untuk Memandu Pembangunan Keseluruhan Negara Ke Arah Mencapai Tahap Negara Maju Dan Berpendapatan Tinggi Menjelang Tahun Matlamat ini digubal setelah mengambilkira beberapa isu dan cabaran yang memberi impak kepada perancangan fizikal seperti ancaman perubahan iklim, struktur bandar mampan - 'Compact City', kemerosotan biodiversiti, geo-bencana, jaminan bekalan makanan dan penggunaan teknologi hijau. Ia juga di rangka bagi menyokong insiatif utama kerajaan seperti gagasan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang menekankan penyelesaian kepada isu jenayah, pendidikan, rasuah, isi rumah berpendapatan rendah dan infrastruktur asas luar bandar. Strategi pembangunan RFN Ke-2 ini turut memberi penekanan kepada pembangunan inklusif dengan memperkukuhkan hubungan fizikal dan ekonomi kawasan bandar dan luar bandar supaya rakyat Malaysia dapat menikmati pembangunan yang lebih menyeluruh, adil dan seimbang. Adalah diharapkan RFN Ke-2 akan dijadikan panduan dan rujukan utama oleh pelbagai agensi dalam merangka programprogram pembangunan. Maklumbalas kepada jabatan ini berkaitan perlaksanaan RFN Ke-2 ini amatlah dialu-alukan bagi memastikan keberkesanannya untuk merealisasikan matlamat menjadikan Malaysia Negara Maju, Berdaya Saing Dan Berpendapatan Tinggi Menjelang Tahun 2020 Dato Mohd. Fadzil bin Hj. Mohd. Khir Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

7 ISI KANDUNGAN BAB 1 Rangka Kerja Perancangan Fizikal Negara Perancangan Pembangunan di Semenanjung Malaysia Rancangan Fizikal Negara Ke Fungsi RFN Ke Bentuk dan Kandungan Proses Perundingan Kawasan Perancangan Jangka Masa Rancangan Pengguna RFN Ke BAB 2 Matlamat, Objektif dan Prinsip Matlamat Objektif Prinsip 2-11 BAB 3 Konteks Perancangan Isu-isu Strategik dan Cabaran Global dan Negara Kedudukan Global dan Trend Pembangunan Dagangan Dunia Kerjasama Antarabangsa Kerjasama Serantau Impak Perubahan Iklim kepada Malaysia Kedudukan Negara Pertumbuhan Penduduk Nasional Prestasi Ekonomi Corak Guna Tanah Corak Petempatan Semasa 3-26 BAB 4 Strategi Pembangunan Konsep Strategi Pembangunan Kedudukan Negara dan Pertumbuhan Ekonomi Masa Depan Malaysia Sebagai Ekonomi Berpendapatan Tinggi 4-9 i

8 4.3 Proses Perbandaran Keseimbangan Wilayah Trend dan Arah Tuju Pembangunan Luar Bandar Penggunaan Tanah Secara Mampan Kesediaan Tanah untuk Pembangunan Tanah Pertanian Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tanah Bandar Pelancongan Rangkaian Pengangkutan Utiliti dan Perkhidmatan Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemudahan Komuniti Teknologi Hijau 4-44 BAB 5 Dasar-dasar Pembentukan Rangka Spatial Negara Peningkatan Daya Saing Ekonomi Negara Pemuliharaan Sumber Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Pembangunan Pelancongan Mampan Pengurusan Petempatan Manusia Pemuliharaan Sumber Asli, Biodiversiti dan Alam Sekitar Penyepaduan Rangkaian Pengangkutan Negara dan Bandar Penyediaan Infrastruktur yang Bersesuaian 5-86 BAB 6 Mekanisma Pelaksanaan Mekanisma Institusi untuk Pelaksanaan RFN Isu Utama dalam Pelaksanaan Agensi yang Terlibat dalam Perancangan Spatial Sistem Perancangan Pembangunan Negara Bersepadu Struktur Perancangan Fizikal Negara Struktur Institusi Perancangan Fizikal Negara Penyertaan Awam di dalam Penyediaan RFN Pelaksanaan RFN Ke Pematuhan Rancangan Struktur Negeri kepada RFN Ke Nasihat MPFN Berkaitan dengan Pembinaan Infrastruktur Strategik, Bandar Baru Berskala Besar dan Pembangunan di Dalam KSAS Kaedah-Kaedah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) 6-27 ii

9 6.2.4 Penyelarasan dengan Rancangan Pembangunan Koridor Ekonomi dan Inisiatif Perancangan Wilayah Garis Panduan Dasar Perancangan Spatial Negara Pertalian Dasar-dasar RFN dengan Perancangan Pembangunan Sosioekonomi dan Peruntukan Kewangan Pengukuhan Perhubungan dengan Majlis majlis Pelbagai Sektor Pengukuhan Perhubungan dengan Pihak Berkuasa Perancang Negeri dan Tempatan Program Tindakan Rancangan Fizikal Negara Prinsip-prinsip Komponen-komponen Program Tindakan Model Pelaksanaan Agensi Pelaksana Pendekatan Pelaksanaan Model Pembiayaan Pemantauan RFN Ke Skop Pemantauan Agensi Pemantauan Proses Pemantauan Kajian Semula RFN Ke Penilaian Keberkesanan Dasar-dasar Cadangan 6-72 Singkatan Kata Glosari iii

10 Senarai Gambarajah Rajah 1.1 Rangka Kerja Perancangan Pembangunan Negara 1-1 Rajah 2.1 Konsep Model Pembangunan Mampan 2-3 Rajah 2.2 Perkhidmatan Asas Utama untuk Bandar Sesuai Didiami dan Masyarakat Mampan 2-8 Rajah 3.1 Model Peralihan Ekonomi 3-4 Rajah 3.2 Pemecahan Kawasan Hutan Semula Jadi di Semenanjung Malaysia ( ) 3-6 Rajah 3.3 Sumber Semula Jadi di Zon Ekonomi Eksklusif 3-6 Rajah 3.4 Sasaran Populasi Mengikut Negeri, Rajah 3.5 Peratusan Populasi dalam Kawasan Bandar dan Luar Bandar Mengikut Negeri, Rajah 3.6 Guna Tanah Semasa, Rajah 3.7 Perhubungan Hierarki Bandar 3-27 Rajah 4.1 Strategi Pembangunan Serakan Tertumpu 4-7 Rajah 4.2 Strategi Concentrated Dispersal 4-14 Rajah 4.3 Strategi Konsep Perhubungan Bandar - Luar Bandar 4-18 Rajah 4.4 Kesediaan Tanah untuk Pembangunan Masa Depan Semenanjung Malaysia 4-23 PI 1 Rangka Spatial Negara PI 2 Tumpuan Pembangunan dalam Conurbation 5-7 PI 3 Wilayah Pembangunan dan Ekonomi 5-9 PI 4 Kerjasama Ekonomi ASEAN 5-11 PI 5 Pusat Pertumbuhan Perindustrian dan Kluster Industri yang Berpotensi 5-13 PI 6 Kawasan Pertanian Utama 5-18 PI 7 Kawasan Jelapang Padi Strategik 5-20 PI 8 Kawasan Padi di Luar Kawasan Jelapang Padi 5-22 PI 9 Petempatan Desa dan Potensi Kluster Ekonomi Luar Bandar 5-25 PI 10 Petempatan Orang Asli 5-27 PI 11 Sumber Pelancongan Semula Jadi 5-33 PI 12 Sumber Pelancongan Buatan Manusia 5-34 PI 13 Conurbation dan Hierarki Bandar 5-43 PI 14 Pusat Petempatan Utama dan Kecil 5-49 PI 15 Kawasan Sensitif Alam Sekitar 5-59 PI 16 Koridor Ekologi dan Central Forest Spine 5-61 PI 17 Ekosistem Persisiran Pantai Sensitif 5-64 PI 18 Kawasan Tanah Tinggi dan Pengurusan Khas 5-66 PI 19 Kawasan Tadahan Air 5-68 PI 20 Sumber Air Bawah Tanah 5-69 PI 21 Kawasan Persisiran Pantai yang Berpotensi Terjejas Akibat Perubahan Iklim 5-72 iv

11 PI 22 Rangkaian Pengangkutan Negara Bersepadu 5-77 PI 23 Rangkaian Kereta Api Negara 5-79 PI 24 Rangkaian Jalan Raya Negara 5-81 PI 25 Pelabuhan dan Lapangan Terbang Negara 5-84 PI 26 Sumber Bekalan Air dan Kawasan yang Mengalami Tekanan Bekalan Air 5-89 PI 27 Pengurusan Sisa Pepejal 5-92 PI 28 Kawasan Mudah Banjir 5-94 PI 29 Grid Bekalan Tenaga 5-96 PI 30 Kawasan yang Dibekalkan oleh Sistem Pengagihan Gas Asli 5-98 PI 31 Pusat Siber Rajah 6.1 Sistem Perancangan Pembangunan Negara Bersepadu 6-8 Rajah 6.2 Cadangan Struktur Perancangan Fizikal Negara 6-9 Rajah 6.3 Mod Pelaksanaan bagi Inisiatif-inisiatif RFN Ke Rajah 6.4 Program Pembangunan untuk RKK dan Model Pembiayaan 6-53 Rajah 6.5 Aliran Maklumat Menegak 6-68 Rajah 6.6 Pemberi Data Utama dalam iplan (Aliran Maklumat Mendatar) 6-68 Rajah 6.7 Perhubungan Menegak dan Mendatar Sistem Maklumat Perancangan Guna Tanah Rajah 6.8 Rangka Kerja Konsep Sistem Pemantauan RFN Ke Rajah 6.9 Kitaran Perancangan Guna Tanah dan Ekonomi 6-72 Senarai Jadual Jadual 3.1 Ramalan Kesan Perubahan Iklim di Malaysia 3-12 Jadual 3.2 Agihan Penduduk Mengikut Negeri, Jadual 3.3 Penduduk ( 000) Di Kawasan Bandar dan Luar Bandar Mengikut Negeri, Tahun 1991, 2000 dan Jadual 3.4 KDNK Mengikut Wilayah, Jadual 3.5 Unjuran KDNK Negeri Mengikut Sumbangan Sektoral (%), Jadual 3.6 Tenaga Buruh dan Pekerjaan di Malaysia, Jadual 3.7 Pekerjaan di Malaysia ( 000) Mengikut Kumpulan Pekerjaan 1, 1995, 2000 dan Jadual 3.8 Guna Tanah Semasa Mengikut Negeri, 2008 ( 000 hektar) 3-22 Jadual 4.1 Koridor Pembangunan Utama dan Koridor Sub-Pembangunan 4-4 Jadual 4.2 Kedudukan Malaysia dalam Tahap Daya Saing Global 4-8 Jadual 4.3 Kumpulan Pendapatan Negara-negara ASEAN 4-10 Jadual 4.4 Anggaran Per Kapita bagi Pertumbuhan KDNK Malaysia, Jadual 4.5 Jumlah Kesediaan Tanah untuk Pembangunan Masa Hadapan Mengikut Negeri ( 000 hek) 4-21 Jadual 4.6 Jumlah Keluasan bagi Kawasan Pertanian Utama, Mengikut Negeri ( 000 hektar) 4-24 Jadual 4.7 Komposit Kawasan Sensitif Alam Sekitar 4-25 v

12 Jadual 4.8 Jumlah Keluasan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Mengikut Negeri ( 000 hek) 4-26 Jadual 4.9 Anggaran Keperluan Tanah Bandar Mengikut Negeri, Tahun Jadual 4.10 Keistimewaan Tarikan Pelancongan Mengikut Negeri 4-30 Jadual 4.11 Destinasi Pelancongan Utama Berdasarkan Faktor Kelebihan Lokasi 4-31 Jadual 4.12 Unjuran Keperluan Air untuk Semenanjung Malaysia, Jadual 5.1 Guna Tanah Pertanian di Semenanjung Malaysia (Hektar) 5-14 Jadual 5.2 Unjuran Penduduk Bagi Conurbation Utama 5-36 Jadual 5.3 Biodiversiti dan Perkhidmatan Ekosistem 5-53 Jadual 6.1 Keahlian MPFN 6-11 Jadual 6.2 Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja MPFN 6-12 Jadual 6.3 Ahli-ahli Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara (PPPFN) 6-12 Jadual 6.4 Pelaksanaan Dasar-dasar RFN Ke Jadual 6.5 Tindakan Khusus RFN 6-32 Jadual 6.6 Inisiatif-inisiatif Spatial RFN Ke Jadual 6.7 Projek-projek Demonstrasi RFN Ke Jadual 6.8 Inisiatif Spatial RFN Ke-2 dan Agensi Pelaksana Utama 6-45 Jadual 6.9 Indikator-indikator Bagi Dasar RFN Ke Jadual 6.10 Institusi yang Bertanggungjawab Bagi Penyediaan, Pelaksanaan, Pemantauan dan Semakan RFN Ke vi

13 BAB 1 Rangka Kerja Perancangan Fizikal Negara RANCANGAN FIZIKAL NEGARA

14 BAB 1 RANGKA KERJA PERANCANGAN FIZIKAL NEGARA 1.1 Perancangan Pembangunan di Semenanjung Malaysia Perancangan pembangunan di Semenanjung Malaysia diamalkan di tiga peringkat kerajaan. Di peringkat negara, perancangan pembangunan adalah berpandukan kepada Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT), Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan dasardasar sektoral yang diluluskan oleh Kabinet. Dasar-dasar ini menggariskan isu-isu strategik yang berkepentingan negara dan menyediakan rangka kerja keseluruhan untuk rancangan-rancangan pembangunan yang lebih terperinci. Secara umumnya, perancangan pembangunan negara dibentuk di dalam konteks matlamat yang digariskan dalam Wawasan 2020 dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (Rajah 1.1). Di peringkat negeri, pembangunan adalah berpandukan kepada rancangan struktur dan dasar-dasar sektoral yang dirumuskan dari semasa ke semasa oleh kerajaan negeri masing-masing. Perancangan pembangunan di peringkat tempatan pula dilaksana dan dikawal dengan rancangan pemajuan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) seperti rancangan tempatan dan rancangan kawasan khas. Rancangan pemajuan tersebut memberikan keutamaan kepada pembangunan spatial dan pengagihan guna tanah yang lebih terperinci dan spesifik tapak mengikut keperluan kawasan-kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan masyarakat tempatan. Rajah 1.1 : Rangka Kerja Perancangan Pembangunan Negara WAWASAN 2020 PERINGKAT 1 : PERANCANGAN NEGARA RANCANGAN MALAYSIA 5 TAHUN RANCANGAN FIZIKAL NEGARA DASAR/ RANCANGAN SEKTORAL PERINGKAT 2 : PERANCANGAN WILAYAH / NEGERI PELAN PEMBANGUNAN WILAYAH / NEGERI RANCANGAN STRUKTUR / WILAYAH DASAR / RANCANGAN SEKTORAL PERINGKAT 3 : PERANCANGAN TEMPATAN RANCANGAN TEMPATAN RANCANGAN KAWASAN KHAS 1-1

15 Perancangan fizikal negara yang efektif perlu melibatkan dua pendekatan iaitu top-down dan bottom-up, dan amat penting untuk menerap dan mengintegrasikan dasar spatial negara dengan dasar, strategi dan program pembangunan sektoral lain. RFN menggariskan hala tuju umum dan keutamaan pembangunan fizikal negara, manakala rancangan wilayah, rancangan struktur dan rancangan tempatan menyediakan teras strategik dan sasaran terperinci berdasarkan aspirasi negeri berkaitan pembangunan masa hadapan negeri dan kawasan PBT. Sekiranya terdapat dasar atau isu-isu utama yang bercanggah dengan kepentingan negara dan aspirasi negeri, khususnya dalam pencapaian Wawasan 2020 dan Konsep 1Malaysia, maka perbincangan dengan pihak berkepentingan yang berkaitan akan diadakan untuk merasionalisasi dan menyelaraskan setiap percanggahan tersebut. Malaysia mempraktikkan sistem pembangunan berpandukan rancangan pemajuan. Justeru itu, mana-mana pembangunan tanah dan bangunan memerlukan kelulusan perancangan daripada PBT berkaitan. Kebenaran merancang lazimnya diberikan kelulusan sekiranya pembangunan tersebut selaras dengan rancangan pemajuan, terutamanya rancangan tempatan, keperluan agensi-agensi kerajaan dan bantahan awam. Pada keseluruhannya, sistem perancangan bandar telah membantu negara dalam memacu pembangunan, serta mempertingkat kualiti hidup tanpa menjejaskan kualiti persekitaran dan sumber-sumber warisan negara. Namun, sistem perancangan ini berubah secara positif dan berterusan selaras dengan trend perkembangan dan perubahan terkini, umpamanya peningkatan kesedaran untuk menganjurkan lebih banyak program penyertaan awam dan adaptasi spatial yang bersesuaian bagi menangani perubahan iklim dan ketidakpastian isu-isu perancangan dalam abad ke-21. Penyediaan rangka kerja spatial Semenanjung Malaysia juga telah mengambilkira beberapa komitmen global Kerajaan Malaysia, selaku penandatangan terhadap pelanpelan tindakan yang terdapat dalam konvensyen dan perjanjian antarabangsa. Antara tindakan yang mempunyai implikasi spatial adalah: Habitat II: Memastikan peruntukan tempat tinggal yang mencukupi ke arah pencapaian pembangunan petempatan manusia yang mampan dalam negara maju. Sehubungan ini, objektif, prinsip dan strategi tersebut telah diintegrasikan ke dalam rancangan-rancangan pemajuan yang disediakan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Agenda 21: Ia merupakan kerjasama global dalam mempromosikan pembangunan mampan. Malaysia telah melaksanakan komitmen-komitmen ini melalui inisiatif Agenda 21 oleh semua PBT bagi kawasan masing-masing. Konvensyen Perubahan Iklim: Sasaran utama konvensyen ini adalah untuk mengurangkan kadar pelepasan gas perindustrian dan gas rumah hijau, khususnya karbon dioksida, yang memberikan kesan negatif dan mengubah sistem iklim, terutamanya pemanasan global. Maka, strategi spatial utama yang diterimapakai oleh Kerajaan Malaysia ialah mengekalkan program pengurusan hutan secara mampan, mengurangkan jejak perbandaran dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. 1-2

16 Konvensyen Kepelbagaian Biologikal: Matlamat utama konvensyen ini adalah pemuliharaan kepelbagaian biologikal dan menggalakkan penggunaan sumber genetik secara mampan dalam pelaksanaan pembangunan ekonomi. Dalam usaha pemuliharaan biodiversiti, pelbagai langkah telah diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk memelihara ekosistem, mengekal habitat semula jadi, khususnya hutan hujan tropika dan tanah bencah serta mewujudkan koridor hidupan liar. Perjanjian Pertubuhan Dagangan Dunia (WTO): Peningkatan globalisasi ekonomi dan liberalisasi perdagangan yang berterusan, mewujudkan peluang dan cabaran kepada setiap negara, termasuklah tekanan tinggi terhadap pembukaan pasaran untuk persaingan dan penswastaan. Untuk menghadapi cabaran ini, pembangunan yang mampan di Malaysia perlu dipacu dengan meningkatkan produktiviti, inovasi dan daya saing di mana pembentukan k-ekonomi adalah amat penting. Perjanjian Dagangan Bebas ASEAN (AFTA): Zon perdagangan serantau paling penting bagi Malaysia adalah AFTA kerana ia memberi kesan secara langsung terhadap hubungan perdagangan Malaysia dengan negara-negara jiran. AFTA mensasarkan liberalisasi perdagangan antara negara-negara anggotanya dengan menurunkan kadar tarif kepada 0-5 peratus pada tahun Rancangan pembangunan dan dasar yang digunapakai untuk memandu dan membentuk pembangunan di negara ini adalah seperti berikut: i. Wawasan 2020 Wawasan 2020 merupakan penyataan visi jangka panjang yang menggariskan aspirasi negara. Menjelang tahun 2020, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju dalam semua dimensi: ekonomi, politik, sosial, spiritual, psikologi dan budaya. Pada masa yang sama, Malaysia berusaha untuk mencapai status negara yang berpendapatan tinggi pada tahun Strategi untuk mencapai wawasan ini adalah dengan mengubah struktur ekonomi dan mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi dengan mempercepatkan pembangunan dalam sektor perkhidmatan untuk menghasilkan kegiatan ekonomi yang mempromosikan inovasi, kreativiti dan unsur-unsur yang bernilai tinggi dalam bidang penting seperti bidang perbankan dan kewangan Islam, pelancongan termasuklah pelancongan kesihatan dan pelancongan pendidikan, perkongsian perkhidmatan dan sumber luaran, teknologi maklumat, komunikasi dan perkhidmatan profesional. Strategi tersebut juga akan mempercepatkan pembangunan sektor perindustrian dan sektor pembuatan yang berasaskan eksport. Industri pembuatan akan memberikan kesan yang signifikan terhadap sektor ekonomi yang lain, termasuk perkhidmatan logistik dan perniagaan. Pembangunan yang menyeluruh ini akan mempercepatkan pembangunan sains dan teknologi. Sektor swasta dijangka akan bertindak sebagai jentera penggerak pertumbuhan utama untuk mencapai wawasan ini. 1-3

17 Dalam usaha mencapai Wawasan 2020, kerajaan telah mempromosikan konsep "1Malaysia" untuk mewujudkan perpaduan negara melalui sikap saling menghormati dan toleransi di kalangan masyarakat etnik yang mempunyai kepelbagaian kepercayaan agama dan amalan kebudayaan. Sehubungan itu, perancangan spatial dapat memberikan sumbangan yang signifikan dalam membentuk masyarakat inklusif melalui pembangunan perumahan pelbagai etnik serta penyediaan kawasan lapang awam seperti kemudahan sukan dan taman untuk menggalakkan interaksi sosial dan hubungan antara satu sama lain. ii. Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) menggariskan hala tuju strategik pembangunan ekonomi dan keutamaan pembangunan negara ke arah mencapai Wawasan Rancangan ini telah membentuk rangka kerja untuk penyediaan RMLT. Objektif utama RRJP3 adalah untuk meningkatkan semangat integrasi sosial dan etnik bagi semua lapisan masyarakat Malaysia. Tumpuannya adalah untuk menyatupadukan negara yang terdiri daripada "Bangsa Malaysia" yang progresif dan dinamik, yang "hidup dalam suasana harmoni serta mempunyai hubungan kerjasama yang rapat dan saksama". RRJP3 juga memberi fokus kepada peningkatan keseimbangan wilayah menerusi pembangunan pesat di negeri-negeri yang kurang maju. Usaha-usaha akan dilaksanakan untuk mempelbagaikan asas ekonomi bagi negeri-negeri yang kurang maju terutamanya dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap pembangunan aktiviti hiliran sektor pertanian seperti pengurusan, pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran produk pertanian serta pembangunan industri berasaskan pertanian. Matlamat lain RRJP3 adalah untuk mengurangkan jurang perbezaan bandar-luar bandar dan memperkukuhkan hubungan ekonomi di antara bandar dan luar bandar. Selain itu, RRJP3 turut berusaha untuk menangani isu peningkatan kadar kemiskinan bandar yang menjadi fenomena baru dalam kawasan conurbation negara. iii. Rancangan Malaysia Lima Tahun Rancangan Malaysia Kesembilan, (RMKe-9) merupakan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) sedia ada. Rancangan ini akan memperkukuhkan usaha untuk mempertingkatkan kekuatan sektor domestik dan sektor asing dengan membangunkan sumber-sumber pertumbuhan yang baru, meningkatkan daya saing dan daya ketahanan ekonomi, serta meningkatkan penglibatan sektor swasta. Teras utama adalah untuk membantu pertumbuhan dan kegiatan ekonomi yang berkepentingan, meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi, mengurangkan ketidakseimbangan, meningkatkan kualiti hidup dan juga memperkukuhkan keupayaan institusi. Ia mengenalpasti sektor ekonomi yang 1-4

18 berkembang seperti perkhidmatan dan pembuatan, di samping meningkatkan aktiviti hiliran dalam sektor pertanian, seperti industri bioteknologi. Pihak kerajaan akan terus membantu pembangunan kluster industri sedia ada dan baru diusahakan disamping menggalakkan pelaburan langsung asing bagi menghadapi persaingan yang lebih sengit dengan negara-negara lain bagi tujuan menarik pelaburan, pengeluaran dan pasaran. Pelaksanaan dan perincian terhadap perjanjian perdagangan bebas antara negara akan meningkatkan lagi kesan globalisasi dan mewujudkan persaingan yang lebih sengit. iv. Rancangan Fizikal Negara Rancangan Fizikal Negara (RFN) merumuskan dasar-dasar strategik perancangan spatial dan tindakan pelaksanaan bagi menyediakan hala tuju, arah aliran am pemajuan pembangunan, kegunaan dan pemuliharaan tanah di Semenanjung Malaysia. RFN disediakan pada tahun 2005 di bawah peruntukan Seksyen 6B, Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172). RFN telah diluluskan oleh Kabinet pada 20 April 2005, disusuli dengan kelulusan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) pada 26 April Seksyen 6B(4) Akta 172 juga menyarankan keperluan kajian semula RFN setiap lima tahun seiring dengan kajian semula RMLT atau jika dan apabila diarahkan oleh MPFN. Rancangan struktur akan menjadi instrumen penterjemahan utama bagi wawasan, dasar, tindakan dan peruntukan kegunaan tanah yang digariskan dalam RFN. Kerajaan Persekutuan juga akan melaksanakan dasar-dasar spatial RFN melalui proses peruntukan pembangunan bagi agensi pelaksana, contohnya peruntukan kewangan untuk program pembangunan, terutamanya pembinaan infrastruktur utama negara. Di bawah Seksyen 6B (5), Akta 172, adalah menjadi tanggungjawab semua agensi pelaksanaan Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk memastikan objektif RFN tercapai. v. Rancangan Wilayah Sub-seksyen 6A(5)(b) Akta 172 memperuntukkan Jawatankuasa Perancang Wilayah untuk menyediakan rancangan wilayah bagi kawasan yang terletak di dua negeri atau lebih yang mempunyai isu-isu strategik wilayah yang signifikan, terutamanya berkaitan dengan pembangunan merentasi sempadan dan penyediaan kemudahan secara usaha sama. Setiap rancangan wilayah mengandungi dasar dan strategi pembangunan am untuk memandu dan menyelaraskan pembangunan yang merangkumi penyediaan infrastruktur wilayah utama seperti lebuh raya dan lapangan terbang. Jawatankuasa Perancang Wilayah berfungsi membantu Jawatankuasa Perancang Negeri dan PBT di dalam wilayah, mengenai langkah-langkah pembangunan yang bersesuaian bagi wilayah tersebut. Ini bertujuan untuk berkongsi dan 1-5

19 mengoptimakan penggunaan infrastruktur dan kemudahan sosial berintensifkan modal, menyelaraskan pembangunan, mengelakkan pertindihan pelaburan dan menggalakkan pemuliharaan sumber semula jadi. Rancangan wilayah juga akan disediakan bagi kawasan conurbation yang dikenalpasti dalam RFN Ke-2 yang merangkumi beberapa kawasan PBT. Rancangan Pembangunan Koridor untuk koridor pertumbuhan wilayah telah disediakan dan disiapkan untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara wilayah yang kurang maju dengan maju serta antara kawasan luar bandar dengan bandar, di antaranya adalah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER) dan Iskandar Malaysia. Secara dasarnya, Rancangan Pembangunan Koridor adalah berorientasikan sosioekonomi dan berlandaskan projek pembangunan. Pada masa kini, Kerajaan Persekutuan telah komited untuk menambah peruntukan kewangan, terutamanya bagi penyediaan infrastruktur wilayah utama untuk memacu pembangunan di wilayah yang kurang maju. Strategi pembangunan wilayah ini dilihat sebagai satu sumber pertumbuhan ekonomi baru untuk negara dengan memanfaatkan potensi dan kekuatan daya saing bagi kawasan berbeza di Semenanjung Malaysia, contohnya pelancongan pantai dan pulau peranginan di sepanjang kawasan persisiran Pantai Timur. Namun, terdapat keperluan untuk mengintegrasikan rancangan-rancangan ekonomi wilayah tersebut dengan sistem rancangan pemajuan di bawah Akta 172. Keutamaan perlu diberikan kepada pembangunan pusat-pusat pertumbuhan wilayah seperti Kuantan dan pusat-pusat bandar strategik dalam setiap wilayah ekonomi untuk menarik lebih pelaburan, yang akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan merangsang pembangunan ekonomi kawasan pedalaman luar bandar. vi. Rancangan Struktur Rancangan Struktur (RS) menggariskan dasar dan cadangan umum untuk pembangunan dan kegunaan tanah di dalam setiap negeri, dengan menyediakan panduan bagi pembangunan spatial untuk menangani isu-isu negeri utama. RS menterjemahkan dasar spatial negara dan rangka kerja RFN, dasar spatial wilayah dan cadangan pembangunan peringkat negeri bagi bandar, pekan, desa dan kawasan luar bandar di peringkat negeri. RS mengagihkan pembangunan yang dirancang di dalam setiap negeri dan mencadangkan projek ekonomi dan infrastruktur utama untuk negeri-negeri tersebut. RS juga bertindak sebagai panduan untuk pelaburan, pengagihan peruntukan atau penggunaan sumber, dan penyelarasan keputusan oleh agensiagensi awam dan sektor swasta. Jangkamasa perancangan bagi RS adalah 20 tahun, dan selaras dengan jangkamasa perancangan bagi Wawasan

20 RS telah disediakan di semua negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan, kecuali Negeri Perlis dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang sedang dalam peringkat akhir penyediaan RS. RS untuk setiap negeri akan menyediakan rangka kerja dan asas untuk penyediaan RT yang meliputi setiap daerah dalam negeri tersebut. vii. Rancangan Tempatan Rancangan Tempatan (RT) merupakan satu komponen rancangan pemajuan dalam Akta 172; dan menyediakan asas bagi kawalan pembangunan yang lebih terperinci dan spesifik tapak di peringkat tempatan. RT yang telah disediakan melalui proses rundingan, merupakan dokumen persetujuan di antara PBT, penduduk tempatan dan pemilik tanah terhadap penggunaan tanah di dalam kawasan perancangan. Di samping mengawal pembangunan, RT juga menjadi asas bagi urus tadbir yang telus serta untuk melindungi hak-hak rakyat. Justeru itu, RT mempunyai impak tinggi secara langsung ke atas kehidupan seharian dan nilai hartanah penduduk di peringkat pusat kejiranan. viii. Rancangan Kawasan Khas Rancangan Kawasan Khas (RKK) merupakan sebahagian daripada rancangan pemajuan. RKK disediakan mengikut prosedur dan kesan yang sama seperti RT. RKK merupakan pelan tindakan yang memperincikan perubahan utama dan intensif untuk pelaksanaan masa hadapan, contohnya pembangunan semula kawasan pusat bandar. Ini termasuklah maklumat terperinci mengenai jenis tindakan, agensi pelaksanaan, fasa, kos dan pembiayaian bagi sesuatu cadangan pembangunan. 1.2 Rancangan Fizikal Negara Ke-2 Akta 172 merupakan asas perundangan dalam penyediaan RFN. Di bawah Sub-Seksyen 6B (1), Akta 172 Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa bertanggungjawab untuk menyedia dan menyerahkan Draf Rancangan Fizikal Negara kepada MPFN untuk kelulusan. RFN Ke-2 merupakan dokumen mengenai dasar perancangan spatial negara dan tidak diwartakan sebagai rancangan pemajuan. Seksyen 6B (4) Akta 172 turut menyarankan keperluan kajian semula RFN setiap lima tahun seiringan dengan kajian semula Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara atau jika dan apabila diarahkan oleh MPFN, untuk memastikan kesesuaian RFN selaras dengan perubahan pesat dalam persekitaran fizikal, ekonomi, sosial dan alam semula jadi. Kerajaan Malaysia menyedari kepentingan untuk memberikan maklum balas yang cepat dan fleksibel dalam proses perancangan spatial negara yang berterusan. Sehubungan ini, wujudnya keperluan untuk memantau dan mengkaji semula prestasi RFN serta faktorfaktor sosial, ekonomi, fizikal dan persekitaran semula jadi. Ini termasuk trend mega global seperti krisis kewangan global dan kemelesetan ekonomi yang bermungkinan 1-7

21 akan mengubah dan menggugat asas penyediaan RFN. Perubahan dalam keperluan dan keadaan sesebuah kawasan dan masyarakat boleh menyebabkan ketidaktepatan kesemua andaian, unjuran dan objektif yang memerlukan perubahan dan kajian semula dasar-dasar berkaitan. Walaubagaimanapun, tidak semua aspek dari RFN akan diubah semasa kajian semula RFN memandangkan terdapat beberapa aspek yang perlu dikekalkan. Ini disebabkan oleh tempoh jangkamasa yang panjang untuk melaksanakan sepenuhnya dasar spatial dan keperluan untuk memenuhi komitmen Malaysia selaku penandatangan kepada pelbagai konvensyen antarabangsa seperti Habitat II. Aspek-aspek yang akan dikekalkan termasuklah kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti untuk pemuliharaan atau perlindungan sumber air. Cadangan-cadangan pembangunan lain seperti pembangunan infrastruktur utama negara juga memerlukan pelaksanaan berterusan dalam tempoh masa yang panjang dan fasa tindakan selanjutnya. Laporan RFN Ke-2 merupakan hasil kajian semula ke atas RFN. Ini adalah penting bagi memastikan kesemua dasar dan strategi perancangan spatial negara kekal terkini dan relevan dengan trend dan perubahan pesat dalam ekonomi, sosial, fizikal dan teknologi. Keupayaan untuk bertindak balas secara proaktif terhadap isu-isu antarabangsa dan cabaran masa hadapan seperti perubahan iklim, biodiversiti dan pemuliharaan juga adalah penting. Justeru, RFN Ke-2 yang terkini dan realistik akan memberikan gambaran tepat mengenai matlamat dan strategi spatial negara, serta menyediakan satu panduan perancangan yang positif seperti mana yang dikehendaki di peringkat negara, negeri dan tempatan. 1.3 Fungsi RFN Ke-2 Fungsi-fungsi utama RFN Ke-2 adalah: i. Memperkukuhkan rancangan pembangunan negara dengan menyediakan dimensi spatial kepada dasar-dasar sosio-ekonomi negara; ii. Menyelaras keputusan agensi sektoral dengan menterjemahkan dasar-dasar sektoral ke dalam dimensi fizikal; iii. Menyediakan rangka kerja spatial negara bagi perancangan di peringkat wilayah, negeri dan tempatan, serta menjadi bahan rujukan utama untuk mana-mana perancangan; iv. Menyediakan dasar-dasar perancangan fizikal bagi pelaksanaan pembangunan mampan, serta langkah-langkah mitigasi dan adaptasi persekitaran semula jadi atau petempatan manusia terhadap perubahan iklim; v. Menggalakkan tindakan-tindakan agensi pelaksanaan sektoral ke arah menyokong dasar-dasar dan rangka kerja spatial negara; dan vi. Mengenalpasti program tindakan utama untuk menonjolkan dan menambahbaik perancangan spatial dan konsep-konsep reka bentuk yang inovatif. 1-8

22 1.4 Bentuk dan Kandungan RFN Ke-2 merumuskan dasar-dasar strategik perancangan spatial dan tindakan pelaksanaan bagi menyediakan hala tuju, arah aliran am peruntukan kegunaan tanah, dan pembangunan fizikal di Semenanjung Malaysia sehingga tahun Pernyataan bertulis dasar perancangan akan disertakan dengan pelan indikatif yang berkaitan, termasuk pelan indikatif perancangan sektoral negara dan rangka kerja spatial negara, untuk menyokong dan menjelaskan dasar-dasar strategik spatial yang telah dirumuskan. RFN Ke-2 akan menetapkan satu matlamat jangka masa panjang bagi perancangan strategik di Semenanjung Malaysia, dengan mengenal pasti isu-isu dan peluang-peluang strategik spatial negara serta mencadangkan penggerak utama dan bidang keutamaan untuk mencapai matlamat tersebut. Komponen fizikal utama RFN Ke-2, merangkumi pembentukan hierarki petempatan yang efisien (contoh, pintu masuk antarabangsa dan pusat bandar strategik), rangkaian pengangkutan negara bersepadu (contoh, lebuh raya ekspres nasional dan wilayah, rel berkelajuan tinggi dan pelabuhan) serta sistem infrastruktur utama negara yang meliputi utiliti dan kemudahan asas (contoh komunikasi jalur lebar, teknologi informasi (IT), tenaga, air, kemudahan pendidikan dan kesihatan). Selain itu, kawasan sensitif alam sekitar (seperti hutan dan tanah bencah) dan kawasan luar bandar (seperti kawasan pertanian luar bandar) akan dipelihara dan dipulihara. Rangka kerja spatial negara juga menggariskan komitmen kerajaan dalam memberi keutamaan perbelanjaan dan pelaburan infrastruktur masa depan bagi menyokong pertumbuhan mampan, pewujudan peluang pekerjaan dan pendapatan di kawasankawasan tumpuan. Ini akan menyumbang secara signifikan kepada pembentukan inisiatif dan perusahaan swasta untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi jangka panjang yang saksama, meningkatkan daya saing global, mengalakkan pembangunan fizikal yang mampan dan memulihara biodiversiti. RFN Ke-2 terdiri daripada enam bab utama iaitu ; Bab 1 Memperkenalkan konteks global dan negara dengan implikasi spatial, sistem perancangan serta peruntukan perundangan dan fungsi RFN Ke-2. Bab 2 Menggariskan matlamat, objektif dan prinsip-prinsip untuk perancangan spatial negara. Bab 3 Menghuraikan rangka kerja perancangan dan mengkaji konteks pembangunan fizikal semasa. Bab 4 Memberi fokus kepada cadangan strategi pembangunan fizikal. Strategi RFN diperkukuhkan dengan konsep Serakan Tertumpu dalam Koridor Pertumbuhan Pembangunan. Bab 5 Mengandungi dasar pembangunan fizikal yang disokong oleh Pelan Indikatif. Bab 6 Memberi fokus ke atas isu-isu pelaksanaan RFN Ke-2 dan cadangan langkahlangkah untuk mempertingkatkan mekanisma pelaksanaan RFN Ke

23 Kesemua empat puluh satu dasar di dalam RFN Ke-2 telah dikategorikan dalam lapan tema. Tiga puluh enam dasar dalam RFN telah ditambahbaik, tujuh dasar baru telah digubal manakala empat dasar telah digabungkan menjadi dua dasar dalam RFN Ke-2. Dasar RFN 22 dan Dasar RFN 31 dalam RFN, yang berkaitan dengan sumber air telah digabungkan menjadi Dasar RFN 26 dalam RFN Ke-2, manakala Dasar RFN 9 dan Dasar RFN 11 dalam RFN berhubung dengan conurbation telah digabungkan ke dalam Dasar RFN 14 dalam RFN Ke Proses Perundingan Semasa penyediaan RFN, Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa perlu berunding dengan setiap kerajaan negeri dan pihak berkuasa yang lain atau badanbadan tertentu yang diarahkan oleh MPFN. Pendekatan secara perundingan dan perbincangan dengan semua agensi-agensi awam dan pihak-pihak yang berkepentingan telah diterapkan dan digunapakai sepanjang proses pembentukan RFN Ke-2. Salah satu ciri utama proses perancangan strategik dalam RFN Ke-2 adalah untuk menggalak dan mempertingkatkan urus tadbir bandar dan penglibatan awam dalam penyediaan rancangan pemajuan. Perancangan spatial negara merupakan suatu proses yang kompleks. Ia melibatkan pelbagai dasar merentas sektor yang berkaitan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan samada secara menegak atau mendatar termasuk badan-badan bukan kerajaan, kerajaan negeri, agensi awam, pembekal perkhidmatan utiliti dan sektor swasta. Diskriminasi positif sering berlaku antara kumpulan dan kawasan yang berbeza, contohnya siapa yang akan mendapat atau kehilangan apa, berapa banyak dan di mana. Misalnya dengan sumber jaya yang terhad dan terdapat keperluan untuk pembangunan mampan, kebanyakan negeri memerlukan lebih ramai penduduk, lebih banyak dana persekutuan untuk pembangunan infrastruktur, membuka kawasan hutan untuk pembangunan pertanian, tambakan laut untuk pembangunan bandar dan sebagainya. Terdapat juga persaingan untuk menggunakan sebidang tanah yang sama, misalnya untuk tujuan pertanian, perhutanan, dan pembangunan bandar. Ini digambarkan di dalam pelbagai rancangan pembangunan koridor, RS dan RT yang telah disediakan. Dalam hubungan ini, beberapa siri dialog dilakukan secara meluas dengan Kumpulan Kerja Teknikal (KKT), agensi persekutuan dan negeri, organisasi yang berminat dan kumpulan pakar. Ini adalah penting untuk memberi peluang bagi membincangkan peruntukan sumber, peruntukan semula dengan kerajaan persekutuan dan negeri; serta mengurangkan konflik dan menetapkan keutamaan antara pelbagai pihak yang berkepentingan berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan tujuan yang telah ditetapkan. Maklumat yang dikumpulkan dari pendekatan ini membuktikan betapa pentingnya usaha merasionalisasikan dan meningkatkan kualiti dasar dan langkah-langkah. Secara khususnya, proses perundingan ini memastikan matlamat negara dan negeri serta sektor swasta diambil kira dalam RFN Ke-2, bagi memupuk rasa pemilikan dan komitmen berterusan untuk melaksanakan dasar dalam rancangan tersebut. 1-10

24 1.6 Kawasan Perancangan RFN Ke-2 hanya disediakan untuk Semenanjung Malaysia sahaja. Bagi tujuan analisis dan penghuraian strategi dan dasar yang berkaitan, empat wilayah spatial, iaitu wilayah utara, tengah, selatan dan timur, telah digunapakai selaras dengan wilayah ekonomi yang digunakan dalam RMLT. Setiap wilayah ini menampilkan ciri-ciri dan masalah yang khusus, contohnya wilayah yang kurang maju. RFN Ke-2 tidak meliputi Sabah dan Sarawak kerana negeri-negeri ini tertakluk kepada perundangan perancangan yang berbeza. 1.7 Jangka Masa Rancangan Apabila RFN Ke-2 diluluskan, dasar RFN Ke-2 akan berkuatkuasa sepenuhnya dan dirujuk bersama dengan mana-mana penambahan baru, pindaan atau pengubahan oleh MPFN. Seiring dengan Wawasan 2020, tempoh perancangan 10 tahun sehingga 2020 akan diteruskan. RFN Ke-2 perlu mempunyai dua perspektif jangka masa iaitu perspektif jangka masa pendek bagi memenuhi objektif sosio-ekonomi dan peruntukan bajet pembangunan yang terkandung dalam RMLT dan perspektif jangka panjang bagi Wawasan Walaubagaimanapun tahun 2020 bukan merupakan tempoh terakhir dalam menyelesaikan segala isu perancangan spatial yang dikenal pasti dalam RFN Ke-2. Dalam tempoh perancangan 10 tahun, rancangan pembangunan ini akan menyelesaikan isu negara yang kritikal di samping memperbaiki isu-isu yang kurang kritikal. Selain itu, perancangan untuk sektor-sektor yang berlainan memerlukan tempoh masa yang berbeza. Peruntukan tanah bagi sektor tertentu, contohnya sistem bekalan air dan jajaran rangkaian infrastruktur seperti rel berkelajuan tinggi perlu dikenalpasti dan dirizabkan untuk pembangunan melangkau tahun Pengguna RFN Ke-2 Pengguna utama RFN Ke-2 merupakan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang terlibat dalam perancangan masa depan, pembangunan dan peruntukan kewangan, serta agensi-agensi tempatan yang bertanggungjawab ke atas kawalan pembangunan dan pentadbiran tanah. Walau bagaimanapun, semua agensi lain juga dikehendaki mengkaji dan meneliti implikasi RFN Ke-2 terhadap sektor masingmasing seperti pendidikan, kesihatan awam dan sebagainya. Pemaju-pemaju hartanah swasta juga boleh menggunakan unjuran pengagihan penduduk dan maklumat infrastruktur nasional sebagai rujukan yang andal di dalam pembentukan maklumat pelaburan mereka. Ini akan mengelakkan berlakunya spekulasi pembangunan sektor swasta serta ketidakselarasan di antara pembangunan hartanah dan permintaan pada masa hadapan. Pihak awam juga mempunyai akses terus kepada laporan RFN Ke

25 selepas diterbitkan dan diperolehi secara dalam talian melalui laman sesawang JPBD Semenanjung Malaysia. Para pembaca disarankan untuk meneliti laporan ini secara menyeluruh untuk memperolehi pemahaman jelas mengenai objektif, strategi dan dasar RFN. Kandungan utama RFN Ke-2 adalah penyataan 41 dasar dan langkah-langkah seperti yang dinyatakan dalam Bab 5. Dasar-dasar tersebut akan menggantikan 36 dasar yang terkandung dalam RFN. 1-12

26 BAB 2 Matlamat, Objektif dan Prinsip RANCANGAN FIZIKAL NEGARA

27 BAB 2 MATLAMAT, OBJEKTIF DAN PRINSIP Matlamat, objektif dan prinsip RFN Ke-2 menggambarkan hasrat negara sebagaimana ditafsir daripada Akta 172, iaitu menggalakkan penambahbaikan persekitaran fizikal ke arah pencapaian pembangunan mampan negara. Dalam konteks ini, perancangan fizikal bertindak sebagai satu instrumen yang efektif dalam mewujudkan corak petempatan spatial yang efektif, rangkaian infrastruktur bersepadu, persekitaran luar bandar yang mampan dan disokong oleh institusi pelaksanaan yang cekap. Seiring dengan itu, garis panduan perancangan spatial diperlukan bagi menyokong perancangan sosio-ekonomi negara untuk memacu pertumbuhan ekonomi masa hadapan dan keseimbangan pembangunan wilayah. Penemuan teknikal dan maklumbalas pihak berkepentingan terhadap isu-isu utama semasa, cabaran masa depan, potensi dan ancaman telah membantu dalam memperhalus matlamat, objektif dan prinsip serta menyediakan asas bagi membentuk strategi dan dasar, seterusnya menyediakan tindakan yang jelas untuk melaksanakan RFN Ke Matlamat Matlamat asas RFN Ke-2 adalah untuk membantu negara mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi sebagaimana yang terkandung dalam Wawasan 2020 dan Model Baru Ekonomi (MBE). Peranan utama perancangan fizikal adalah untuk mewujudkan suatu persekitaran fizikal yang berkualiti dan efisien di dalam kawasan bandar, pekan dan luar bandar yang menjadi asas kepada kehidupan berkualiti tinggi dan tempat tinggal yang sesuai untuk didiami. Ini disokong dengan kemakmuran ekonomi, kestabilan persekitaran, kesejahteraan dan integrasi sosial sepertimana yang dihasratkan dalam Wawasan Terkandung di dalam objektif keseluruhan ini adalah keperluan untuk meningkatkan kecekapan, keseimbangan wilayah, kemampanan dan memperkukuhkan kedudukan negara secara global. RFN Ke-2 akan menterjemahkan dasar-dasar dan strategi sektoral negara ke dalam dimensi fizikal dan spatial. Dengan membangunkan potensi bagi setiap kawasan dalam negara, matlamat untuk mewujudkan petempatan yang lebih selamat, lebih hijau dan sesuai didiami oleh komuniti yang sihat, berilmu, berpendapatan tinggi dan mampan akan tercapai. Matlamat RFN Ke-2 ialah: PEMBENTUKAN SATU RANGKA KERJA SPATIAL NEGARA YANG EFISIEN, SAKSAMA DAN MAMPAN UNTUK MEMANDU PEMBANGUNAN KESELURUHAN NEGARA KE ARAH MENCAPAI STATUS NEGARA MAJU DAN BERPENDAPATAN TINGGI MENJELANG TAHUN

28 2.2 Objektif Untuk mencapai matlamat tersebut, lima objektif utama telah dikenal pasti: i. Merasionalisasi dan memperkukuhkan rangka kerja perancangan spatial negara dengan disokong oleh infrastruktur strategik untuk mencapai ekonomi yang efisien dan berdaya saing global; ii. Mengoptimumkan penggunaan tanah dan sumber asli untuk mencapai pembangunan mampan dan pemuliharaan biodiversiti; iii. Menggalakkan pembangunan wilayah yang seimbang untuk mewujudkan integrasi ekonomi dan perpaduan sosial; iv. Mempertingkatkan kualiti spatial dan persekitaran, kepelbagaian dan keselamatan untuk mencapai kualiti hidup yang tinggi dan sesuai didiami; dan v. Mengintegrasikan hubungan antara negeri yang lebih efisien dan peruntukan ruang awam bagi interaksi sosial dan komuniti mampan selaras dengan konsep 1Malaysia. Objektif 1 : Merasionalisasi dan Menyediakan Rangka Kerja Perancangan Spatial Negara dengan Disokong oleh Infrastruktur Strategik untuk Mencapai Ekonomi yang Efisien dan Berdaya Saing Global Dalam usaha untuk mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi sekitar 5.5% setahun bagi jangka masa 10 tahun akan datang dan untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, negara mesti mempunyai ekonomi yang efisien dan berdaya saing di peringkat global sepanjang tempoh perancangan tersebut. Malaysia akan terus bergantung kepada pelaburan langsung asing dan eksport untuk pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan mampan. Walaubagaimanapun, persaingan global untuk pelaburan asing dan pasaran eksport dijangka akan meningkat disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi yang lembap serta kadar penggunaan yang rendah di negara-negara maju berpunca daripada kemelesetan ekonomi dan krisis kewangan. Dari perspektif perancangan spatial, ini memerlukan peningkatan kecekapan dan daya tarikan pelaburan di mana aktiviti pembangunan perlu ditumpukan di kawasan terpilih yang menawarkan potensi pertumbuhan terbaik. Pembangunan semula atau pembangunan baru di kawasan brownfield di dalam pusat bandar sedia ada dan koridor pembangunan ekonomi utama akan menyediakan peluang untuk mengoptimakan penggunaan infrastruktur sedia ada dan komited. Justeru, membolehkan penggunaan sumber yang terhad secara efisien dan mengurangkan kos perniagaan dan pengeluaran. Di dalam kawasan pembangunan yang strategik, adalah penting supaya perancangan fizikal dapat membentuk suatu persekitaran hidup yang berkualiti dengan infrastruktur yang berintegrasi dan efisien, khususnya pengangkutan awam. 2-2

29 Objektif 2 : Mengoptimumkan Penggunaan Tanah dan Sumber Asli untuk Mencapai Pembangunan Mampan dan Pemeliharaan Biodiversiti Pembangunan mampan adalah "pembangunan yang dapat memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan peluang generasi akan datang untuk memenuhi kehendak mereka" (Laporan Bruntland 1 ). Konsep terkini bagi pembangunan mampan mengambilkira elemen-elemen ekonomi dan sosial sebagai sub komponen kepada persekitaran pembangunan mampan (Rajah 2.1). Secara ringkasnya, masyarakat bergantung kepada kesejahteraan ekonomi; begitu juga sebaliknya, di mana masyarakat dan ekonomi juga bergantung kepada kesejahteraan alam sekitar. Alam Sekitar Ekonomi Masyarakat Rajah 2.1: Konsep Model Pembangunan Mampan Model ini memberi penekanan kepada kepentingan perkhidmatan ekosistem iaitu manfaat yang diperolehi oleh manusia daripada ekosistem. Ini membawa maksud bahawa perkhidmatan tersebut amat bernilai kepada manusia dan sekiranya perkhidmatan tersebut mengalami kemerosotan atau kehilangan, maka ia akan menimbulkan impak yang memudaratkan. Perkhidmatan yang diklasifikasikan adalah pembekalan, pemantauan, kebudayaan dan sokongan 2 (Jadual 5.3). Biodiversiti merupakan kepelbagaian dan interaksi kehidupan di bumi dan penting untuk proses dan penyediaan perkhidmatan ekosistem. Walaupun tidak terdapat satu perhubungan yang jelas di antara biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem, perlu diketahui bahawa kadar biodiversiti yang tinggi (di peringkat genetik, spesies dan ekosistem) adalah penting untuk menjamin daya ketahanan proses ekosistem. Oleh itu, terma kemampanan persekitaran, serta kemampanan sosial dan ekonomi, membawa maksud bahawa bekalan sumber yang kritikal (biodiversiti) dan proses-proses ekologi perlu dilindungi. Sehubungan itu, kadar kemusnahan perlu dikawal pada tahap yang boleh diterima dan kerugian modal semula jadi harus diberi pampasan. Objektif utama perancangan guna tanah adalah untuk menyumbang ke arah pencapaian pembangunan mampan. Sebahagian besar aktiviti pembangunan dijalankan di atas tanah, di mana bagi sebidang tanah yang sama, akan berlaku banyak persaingan untuk kegunaan yang berbeza. Sektor ekonomi, aktiviti sosial dan isu perlindungan alam sekitar saling bersaing untuk mendapatkan kawasan yang bersesuaian dan terhad. RFN Ke-2 bukan sahaja perlu memperuntukkan tanah yang mencukupi bagi memenuhi keperluan masa hadapan setiap sektor, tetapi harus juga peka terhadap pembahagian jumlah peruntukan tanah mengikut sektor, untuk mencapai penggunaan tanah yang mampan, efisien dan optimum, contohnya menetapkan kegunaan atau pembangunan di tempat dan masa yang bersesuaian. Pembaziran tanah, iaitu tanah terbiar dan tanah-tanah yang mempunyai produktiviti rendah bagi mana-mana sektor ekonomi perlu dielakkan. Namun, 1 WED Our Common Future. World Commission on Environment and Department. Oxford University Press. 2 KSAAS Visi Bersama Mengenai Biodiversiti dalam Kerajaan dan Proses Pembangunan. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Putrajaya. 2-3

30 peruntukan guna tanah dipengaruhi terutamanya oleh corak guna tanah semasa, kesediaan infrastruktur dan keadaan topografi semula jadi. Setiap sektor ekonomi mempunyai pelbagai masalah dan peluang yang berbeza, yang akan menentukan secara kasar keperluan tanah di masa hadapan. Contohnya, pertanian berkeperluan untuk meningkatkan produktiviti berbanding dengan keperluan untuk menambah keluasan kawasan, manakala perhutanan, dengan peningkatan permintaan global terhadap kayu balak tropika, berkeperluan untuk menambah keluasan kawasan disebabkan kemerosotan bekalan kayu balak di kawasan hutan semula jadi. Pewujudan kawasan perladangan hutan tidak boleh menjejaskan keluasan kawasan hutan semula jadi. Permintaan terhadap tanah paling tinggi di dalam tempoh perancangan RFN Ke-2 adalah untuk perkembangan bandar. Hampir 6 juta tambahan penduduk bandar diunjurkan di Semenanjung Malaysia sepanjang tempoh , dengan kadar perbandaran sebanyak 75% menjelang tahun 2020, atau bersamaan dengan 20.9 juta penduduk bandar. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 2020, jumlah kawasan yang diperlukan untuk menampung penduduk tambahan dan aktiviti adalah 0.96 juta hektar, atau hanya 7.3% daripada jumlah keluasan Semenanjung Malaysia. Dalam kawasan tepu bina sedia ada, masih terdapat banyak ruang untuk pembangunan infill dan pembangunan semula untuk pembangunan bercampur yang berkepadatan tinggi. Oleh itu, pada prinsipnya, perkembangan perbandaran tidak perlu mencerobohi kawasan luar bandar yang dilindungi atau dipulihara untuk sesuatu tujuan tertentu, contohnya rekreasi, serta tidak perlu menjalankan kerja-kerja penambakan laut pada skala besar, melainkan untuk pembangunan infrastruktur strategik utama. Jejak bandar yang padat adalah paling berkesan, berbanding dengan rebakan bandar, untuk menggalakkan pengangkutan awam yang lebih cekap, melindungi kawasan luar bandar dan kawasan perhutanan sebagai penyerap karbon dalam menghadapi perubahan iklim. Sebahagian besar sektor kewangan, perniagaan dan perkhidmatan akan ditumpukan dalam kawasan pusat bandar untuk mewujudkan sinergi dan critical mass yang lebih tinggi. Namun, perancangan tempatan perlu diubahsuai menjurus kepada pengezonan guna tanah yang lebih fleksibel dan intensif, dengan menggunakan pendekatan pengezonan berdasarkan impak untuk disesuaikan dengan lokasi tapak. Peranan penting RFN Ke-2 adalah untuk menyeragam dan menyelaraskan kategori dan tahap penggunaan tanah, contohnya KSAS Tahap 1; dan menggunapakai kategori dan tahap tanah ini untuk kawalan guna tanah, terutamanya memberi panduan dalam tukar syarat tanah untuk kegunaan bandar. 2-4

31 Objektif 3 : Menggalakkan Pembangunan Wilayah yang Seimbang untuk Mewujudkan Integrasi Ekonomi dan Perpaduan Sosial Berdasarkan kepada faktor sejarah dan fizikal, pembangunan di Semenanjung Malaysia telah menghasilkan jurang perbezaan yang ketara di antara pantai barat dan pantai timur. Rancangan-rancangan di peringkat negara, khususnya RRJP3 telah membuat ketetapan untuk mengurangkan ketidakseimbangan ini dan menggalakkan pembangunan yang lebih saksama di antara wilayah dan negeri sebagai objektif utama. Pembaikan rangkaian pengangkutan, rangkaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan pembangunan industri berkaitan petroleum dan gas asli telah mampu meningkatkan tahap kemajuan negeri-negeri di pantai timur. Walau bagaimanapun, ketidakseimbangan pembangunan masih lagi wujud. Pembangunan yang tidak seimbang ini tidak hanya berlaku di antara pantai timur dan pantai barat tetapi juga antara wilayah-wilayah kecil di pantai barat, contohnya antara Lembah Kelang yang pesat membangun dengan selatan Perak atau utara Kedah di mana kedua-dua kawasan tersebut pada amnya menunjukkan ciri-ciri sosio-ekonomi yang sama dengan wilayah pantai timur. Keseimbangan perlu ditafsirkan sebagai perolehan peluang yang saksama untuk mencapai pendapatan dan kadar pertumbuhan ekonomi yang setaraf dan tidak semestinya sama dalam bentuk pembangunan. Setiap daerah perlu dimajukan berdasarkan kepada kekuatan dan kelebihan daya saing ekonomi dan sumber wilayah, terutamanya modal insan, yang berkaitan dengan ekonomi negara dan global. Oleh itu, bagi wilayah-wilayah kurang maju yang disebabkan oleh kedudukan yang terpencil dan terpisah, tidak mampu bersaing untuk pembangunan tertentu tetapi mempunyai aset seperti perhutanan tanah tinggi, tasik, pantai, pemandangan indah, kekayaan budaya dan produk pertanian serta perhutanan yang banyak, boleh digunakan sepenuhnya untuk meningkatkan pembangunan pelancongan termasuk ekopelancongan, aktiviti hiliran pertanian dan perhutanan, dan industri berasaskan kraftangan. Peningkatan pelaburan dalam infrastruktur khususnya untuk menyokong aktiviti-aktiviti tersebut seperti pengangkutan dan komunikasi, perlu diarahkan ke wilayah-wilayah yang kurang maju. Adalah dijangkakan migrasi luar bandar ke bandar, termasuk juga migrasi antara wilayah akan terus berlaku dan ini menjadi sebahagian daripada fenomena proses perindustrian dan perbandaran di peringkat negara. Latihan kemahiran bagi bakal penghijrah adalah penting untuk memastikan mereka dapat diterapkan ke dalam ekonomi bandar. 2-5

32 Objektif 4 : Mempertingkatkan Kualiti Spatial dan Persekitaran, Kepelbagaian dan Keselamatan untuk Mencapai Kualiti Hidup yang Tinggi dan Sesuai Didiami Alam sekitar merangkumi persekitaran yang terdapat di bandar dan pekan, persekitaran luar bandar termasuk kawasan pertanian dan perladangan serta alam sekitar semula jadi hutan dan tanah bencah. Negara perlu melindungi dan memulihara kualiti alam sekitar di ketiga-tiga kawasan ini. Kerajaan sedang gigih memacu prestasi melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), yang mengutarakan isu-isu nasional yang berkepentingan rakyat dan bidangbidang utama yang memerlukan tindakan segera. Enam NKRA yang dikenalpasti adalah mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasakan prasarana infrastruktur luar bandar dan pedalaman serta menambah baik tahap pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana. Sehubungan itu, perancangan untuk Belanjawan 2011 dan penyediaan Rancangan Malaysia Ke-10 ( ) akan memberikan fokus dan keutamaan terhadap NKRA. Inisiatif kerajaan yang amat mencabar ini merupakan langkah ke hadapan yang utama ke arah merealisasikan harapan tinggi rakyat untuk mencapai kualiti spatial dan kepelbagaian termasuk keselamatan, terutamanya dalam persekitaran negara yang bebas daripada jenayah. Objektif utama agenda Habitat II adalah pembentukan dan penyelenggaraan bandar yang sesuai untuk didiami dan mampan. Agenda sesuai didiami kini menarik perhatian yang tinggi di persada dunia. Bandar yang sesuai untuk didiami adalah penjana pertumbuhan dan inovasi berupaya untuk menarik dan mengekalkan modal insan yang kreatif dan berkepakaran, justeru memacu pertumbuhan ekonomi berpendapatan tinggi dalam negara. Bukti-bukti empirik menunjukkan bahawa bandar-bandar yang sesuai didiami mempunyai pertalian yang positif dengan Keluaran Negara Kasar per kapita negara masing-masing, contohnya New York, London dan Singapura. Namun, konsep sesuai didiami ditafsir dan dilaksanakan secara berbeza oleh pelaksana, penggubal dasar dan masyarakat umum. Secara umumnya, tafsiran kesesuaian untuk didiami mempunyai pengertian untuk mempertingkatkan kualiti hidup, kesejahteraan hidup, pertumbuhan dan daya saing ekonomi dan peluang untuk memilih tempat tinggal pilihan mereka. Seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2.2, kesesuaian untuk didiami melibatkan pelbagai isu yang merentas pelbagai aspek. Terdapat enam komponen asas utama dalam pembentukan bandar yang sesuai didiami dan masyarakat mampan. Di antaranya adalah seperti berikut: i. Menggalakkan Pengangkutan Awam yang Efisien menerusi integrasi perancangan guna tanah dan pengangkutan untuk mengurangkan keperluan perjalanan dan meminimakan perjalanan ke tempat kerja. Adalah penting untuk menggalakkan satu sistem pengangkutan awam yang tersusun dan efisien terutama hab pengangkutan pelbagai dan antara mod di dalam pusat bandar utama. 2-6

33 ii. Akses kepada Perumahan Mampu Milik di bandar-bandar dengan penyediaan perumahan bercampur dari segi saiz, jenis dan kadar sewa di kesemua kawasan perumahan baru bagi memenuhi permintaan isirumah yang berbeza dari aspek saiz, pendapatan dan karektor. Usaha juga perlu diambil untuk mempercepatkan proses kelulusan perancangan untuk pembangunan perumahan, mempertingkatkan tahap kemudahsampaian pengangkutan awam, pembangunan semula kawasan brownfield di pusat bandar dan pinggir bandar lama, menggalakkan pembangunan bercampur berkepadatan tinggi serta memupuk nilai kemasyarakatan yang kukuh di kawasan kejiranan. iii. Mewujudkan Persekitaran Menarik yang Menonjol di bandar-bandar yang mempromosikan udara dan air bersih, keselamatan dan kawalan terutamanya kadar jenayah dan kadar kemalangan yang rendah. Tahap kebersihan dan kesihatan, terutamanya dari segi pembuangan sampah dan vandalisma, kawasan lapang dan ruang awam yang menarik bagi seisi keluarga untuk bekerja, beriadah dan beristirehat dengan peluang seni dan riadah perlu dipertingkatkan. iv. Menyediakan Infrastruktur dan Utiliti Sokongan dengan menumpukan sumber kewangan awam yang terhad di beberapa conurbation utama seperti Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bharu. Ini akan menjurus kepada penyediaan infrastruktur strategik negara, contohnya seperti taman teknologi tinggi dan pelabuhan antarabangsa, untuk memperolehi kekuatan daya saing global yang bertujuan untuk mempertingkatkan inisiatif sektor swasta dan menarik pelaburan langsung asing (FDI) dan syarikat-syarikat multinasional (MNC). v. Menarik dan Mengekalkan Modal Insan Berkepakaran dan Berkemahiran dengan memupuk kualiti kehidupan yang tinggi di bandar-bandar, yang juga berfungsi sebagai tarikan kepada industri dan perkhidmatan perniagaan yang mempunyai nilai ditambah tinggi. Justeru itu, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dengan pendapatan yang tinggi. vi. Mewujudkan Pusat Pengetahuan Berkualiti di conurbation yang akan menyediakan skala ekonomi menerusi perkongsian kemudahan khusus dan perkhidmatan dalam sesebuah kelompok industri, seperti hab petrokimia. Aglomerasi ekonomi dan sinergi dalam rantaian nilai penawaran akan mengurangkan kos perniagaan dan menjanakan pulangan pelaburan yang lebih tinggi. 2-7

34 Rajah 2.2: Perkhidmatan Asas Utama untuk Bandar Sesuai Didiami dan Masyarakat Mampan Rangkaian Jalur Lebar yang Berkelajuan Tinggi Kemudahan Teknologi Bersih Kitar Semula Tenaga Boleh Diperbaharui Pemuliharaan Air Berkelayakan Tinggi dan Peluang Pekerjaan Berpendapatan Tinggi Intelektual Persekitaran yang Memberangsangkan dan Sistem Ganjaran Berasaskan Merit Menarik Pekerja Asing yang Terlatih Mengekalkan Golongan Intelektual dan Profesional Tempatan Pendidikan Berkualiti Modal Insan Berkepakaran dan Berkemahiran Meningkatkan Daya Saing Ekonomi Global Menarik FDI dan MNC Perniagaan dan Perkhidmatan Kewangan Bernilai Tambah Tinggi Industri Berteknologi Tinggi Pelaburan Infrastruktur Awam Khusus di Kawasan kawasan Perdagangan dan Taman Hi Tech Infrastruktur dan Utiliti Sokongan Perancangan Bandar Padat dengan Pembangunan Bercampur Berkepadatan Tinggi Pembangunan Semula Bandar Dalam Kawasan Brownfield Kualiti Hidup yang Tinggi Pusat Pengetahuan yang Berkualiti Bandar yang Sesuai Didiami dan Masyarakat yang Mampan Persekitaran Menarik yang Menonjol Pertumbuhan dan Kemakmuran Ekonomi Berdaya Maju dan Inovasi Keterangkuman Sosial Urus Tadbir Bandar yang Baik Pengangkutan Awam yang Cekap Kadar Jenayah yang Rendah Udara dan Air yang Bersih Ruang Awam dan Kawasan Hijau Kemudahan Pendidikan dan Kesihatan Kemudahan Seni dan Riadah Perumahan Mampu Milik Peluang Kediaman dan Kepelbagaian Pilihan Kejiranan yang Mementingkan Pejalan Kaki Komuniti Bercampur Persekitaran yang Bersih, Selamat dan Hijau Ruang Awam untuk Interaksi dan Perpaduan Sosial Kepelbagaian Pengangkutan Alternatif, Seperti MRT dan LRT Mengurangkan Kesesakan Lalu Lintas Integrasi Perancangan Guna Tanah dan Pengangkutan Pembebasan Gas Rumah Hijau yang Rendah Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) 2-8

35 Pewujudan Bandar yang Sesuai Didiami dan Masyarakat yang Mampan akan memperlihatkan peranan kerajaan dalam menyediakan persekitaran pelaburan yang paling kondusif, infrastruktur yang strategik dan insentif-insentif untuk inisiatif swasta dan enterpris supaya mereka akan menerajui sektor tersebut dan berkembang pesat. Usaha mentransformasikan kerajaan tempatan untuk menawarkan perkhidmatan bandar dan pengurusan guna tanah yang lebih berkesan di peringkat tempatan merupakan salah satu aspek utama dalam bandar yang sesuai didiami dan masyarakat yang mampan. Sistem penyampaian perkhidmatan di peringkat PBT perlu dipertingkatkan untuk memastikan polisi-polisi negara dan negeri dilaksanakan secara efektif. Sehubungan itu, kerajaan pusat telah memperkenalkan Unit Pusat Setempat (OSC) untuk mempercepatkan tempoh proses kelulusan perancangan untuk lesen dan kebenaran merancang. Tahap kompetensi di kalangan pegawai dan kakitangan PBT juga perlu ditambah baik untuk menghasilkan akauntabiliti yang lebih tinggi. Penyertaan awam dan keterangkuman sosial akan digalakkan untuk memastikan perancangan inklusif di peringkat tempatan. Bandar yang sesuai didiami berupaya untuk menarik dan mengekalkan pekerja yang berinovasi dan berpengetahuan. Mereka ini menjadi tarikan kepada firma-firma yang terkemuka yang akan membantu memacu pertumbuhan ekonomi berpendapatan tinggi. Salah satu daripada komponen kritikal dalam perancangan spatial bagi mencapai bandar yang sesuai didiami adalah untuk menerap bentuk dan reka bentuk bangunan bandar padat berbanding dengan rebakan bandar semasa yang berselerak. Penglibatan orang ramai dan pihak swasta amatlah penting memandangkan setiap komuniti lebih arif mengenai keperluan dan aspirasi komuniti masing-masing. Secara keseluruhannya, gabungan dan kombinasi enam komponen asas seperti yang dijelaskan, akan saling melengkapi fungsi masing-masing untuk membentuk sebuah bandar yang sesuai didiami dan masyarakat yang mampan, justeru menyumbang ke arah merealisasikan konsep 1Malaysia dan Model Baru Ekonomi. Masyarakat secara umumnya, telah menyatakan keinginan untuk memiliki identiti tersendiri bagi persekitaran fizikal yang berbeza-beza, umpamanya pembangunan berkepadatan tinggi dan rendah yang kreatif, konsep ruang terbuka dan tertutup, kehidupan bandar dan pinggiran bandar yang selesa berbanding dengan susunatur dan reka bentuk bangunan semasa yang monotonous dan seragam. Sebaliknya, mercu tanda unik yang mudah dikenal pasti dan menjadi kebanggaan orang ramai adalah penting, contohnya keindahan alam sekitar seperti sungai, paya bakau dan pokok, bangunan ikonik, nodus aktiviti, titik fokal, laluan-laluan warisan dan tempat tumpuan masyarakat. Oleh itu kawasan-kawasan terpilih dalam Kampung Baru Melayu, Old Chinatown dan Little India perlu dikekal dan diintegrasikan dengan rancangan pembangunan baru bagi kawasan masing-masing. Selain itu, amat penting untuk mengembalikan ketenangan dan kepercayaan awam terhadap keselamatan nyawa dan harta benda, terutamanya jenayah pecah rumah dan jenayah jalanan, menerusi perancangan bandar dan kawasan kediaman yang selamat, seterusnya membendung 2-9

36 keperluan untuk menyisihkan mereka dengan pembinaan tembok tinggi, kamera litar tertutup dan rondaan pengawal keselamatan. Seperti negara-negara maju di seluruh dunia, dijangkakan bahawa sebahagian besar daripada penduduk di Semenanjung Malaysia akan tinggal di kawasan bandar menjelang tahun Pada masa kini, tren perkembangan bandar yang pesat telah mengakibatkan persekitaran fizikal berubah kepada pembangunan yang tersebar atau rebakan bandar, pusat bandar yang usang serta peningkatan dalam kesesakan lalu lintas, pencemaran dan kemiskinan bandar. Oleh itu amat penting untuk mengkaji semula bentuk dan had bandar, piawaian, institusi perancangan tempatan dan proses kawalan pembangunan untuk memastikan persekitaran bandar yang berkualiti akan terlaksana. Karektor dan integriti setiap bandar perlu dilindungi dan dijana semula dengan memperkenalkan langkah-langkah yang bersesuaian. Ini untuk memastikan wujudnya kesalinghubungan yang baik di antara bandar-bandar yang terpisah dalam conurbation, serta langkah-langkah untuk memandu dan mengawal rebakan conurbation. Sehubungan itu, bandaraya dan bandar akan menjadi satu tempat yang dinamik lagi berdaya maju, di mana penduduk memilih untuk menetap, bekerja, melabur, menjalankan perniagaan, melancong dan beriadah. Fenomena perubahan iklim diramal akan memberikan impak yang besar terhadap negara dalam abad ini. Sekiranya langkah mitigasi tidak diambil, dijangkakan impak yang bakal terjadi akan merangkumi bidang yang lebih luas dan meninggalkan kesan bukan sahaja ke atas kesihatan dan keselamatan manusia sejagat, bahkan ekonomi negara. Kesan kenaikan paras laut, kejadian ribut, banjir dan perubahan dalam pola air hujan adalah berkait rapat dengan aspek spatial, maka ianya perlu diambilkira dalam konteks perancangan spatial supaya negara berkeupayaan untuk menghadapi sebarang perubahan iklim. Sehubungan itu, RFN Ke-2 menjurus ke arah pembentukan langkah berjaga-jaga bagi memastikan perancangan guna tanah negara menerap langkahlangkah adaptasi dan mitigasi dalam menghadapi perubahan iklim. Penurunan bilangan penduduk di kawasan luar bandar bakal menimbulkan kesan yang membimbangkan, maka perancangan perlu dijalankan untuk mengatasi isu tersebut. Pada masa yang sama, penukaran kegunaan tanah daripada tanah pertanian kepada kegunaan perbandaran harus dilaksanakan secara teratur, telus dan efisien. Hasil kajian mendapati bahawa tidak ada kekurangan tanah pertanian berkualiti rendah untuk ditukar syarat kepada kegunaan perbandaran. Oleh itu, persekitaran semula jadi yang masih wujud perlu dipulihara demi keutuhan dan kelangsungan generasi masa kini dan akan datang serta untuk mempertingkatkan persekitaran negara. 2-10

37 Objektif 5 : Mengintegrasikan Hubungan Antara Negeri yang Lebih Efisien dan Peruntukan Ruang Awam Bagi Interaksi Sosial dan Komuniti Mampan Selaras dengan Konsep 1 Malaysia Kerajaan berpendapat bahawa masa hadapan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya bergantung kepada kemampuan rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa, agama atau budaya untuk bekerja dan hidup bersama dalam keadaan aman damai dan harmoni. Bangsa Malaysia merupakan objektif muktamad seperti yang diilhamkan dalam Wawasan 2020, dan konsep 1Malaysia pula merupakan pelengkap kepada pendekatan utama ke arah pencapaian objektif tersebut. Kerajaan menjelaskan bahawa 1Malaysia merupakan satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Konsep ini menekankan sikap penerimaan dan saling menghormati di kalangan rakyat berbilang kaum dan bangsa dengan keunikan dan kelebihan setiap kumpulan etnik. Asas utama kepada perpaduan adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Perancangan fizikal berupaya untuk menyumbang secara signifikan dalam memupuk integrasi sosial dan perpaduan negara yang lebih kukuh melalui penyediaan kemudahan awam dan sistem pengangkutan berkapasiti tinggi, khususnya kereta api berkelajuan tinggi, yang menghubungkan kesemua bandar ibu negeri seterusnya membolehkan rakyat untuk bertemu dan berkumpul dengan cepat dan mudah mengikut kemampuan. Selain daripada itu, perancangan spatial perlu mewujud dan mengekalkan komuniti bercampur, kawasan hijau dan awam di kawasan kediaman, contohnya kemudahan sukan, taman awam dan sekolah, di mana semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama dapat berkongsi kemudahan tersebut dengan selesa dan sejahtera. Penyediaan kawasan hijau dan kemudahan awam akan menggalakkan interaksi sosial dan hubungan sesama masyarakat dengan lebih erat. Rakyat Malaysia yang bersatu padu berupaya untuk menyelesaikan masalah secara bersama, termasuk mengatasi cabaran ekonomi, maju bersama dan menambah baik taraf kehidupan. 2.3 Prinsip RFN Ke-2 merupakan hasil daripada beberapa prinsip utama; di mana perpaduan negara merupakan pra syarat utama dalam pencapaian objektif pembangunan mampan. Kesemua objektif RFN Ke-2 perlu diterimapakai bersama dengan prinsip-prinsip yang dinyatakan. Langkah-langkah mitigasi dan perlindungan yang bersesuaian perlu ada bagi memastikan dasar-dasar spatial adalah konsisten dengan prinsip-prinsip yang ditetapkan. Secara umumnya, dasar yang lebih bersesuaian dengan prinsip akan diberikan pemberat dan keutamaan yang lebih tinggi. 2-11

38 Di dalam membuat keputusan mengenai strategi spatial dan dasar-dasar RFN Ke-2, prinsip-prinsip berikut telah dilaksanakan: P1 Membangunkan Negara Sebagai Satu Unit yang Bersepadu Untuk mencapai perpaduan negara dan menjadi efisien di dalam persaingan global, adalah sangat penting bagi membangunkan negara sebagai satu unit yang bersepadu, berbanding dengan pembangunan negeri-negeri yang bersaing di antara satu sama lain. Demi kepentingan negara, semua sumber, sama ada semula jadi, tenaga buruh dan kewangan, perlu digunakan secara lebih efisien dan berkesan untuk membolehkan negara menumpukan kepada aktiviti dan bidang tertentu yang mempunyai kelebihan bersaing. P2 Mewujudkan Perancangan dan Pembangunan Guna Tanah Mampan Prinsip asas yang menyokong perancangan fizikal adalah pembangunan mampan. Ianya merupakan faktor penentu bagi tahap kualiti sesuatu kawasan dan kehidupan masyarakat. Faktor tersebut membantu dalam membentuk petempatan yang selesa didiami, mewujudkan masyarakat mampan yang memahami keperluan setiap rakyat, melindungi kawasan luar bandar yang produktif dan mengekalkan persekitaran alam semula jadi. Pembangunan mampan juga menyokong ekonomi yang cergas dan makmur, serta penting di dalam penjanaan pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan. Dalam membentuk bandaraya, bandar dan luar bandar, prinsip pembangunan mampan perlu diterap dan diintegrasikan ke dalam semua dasar-dasar sektoral dan langkah-langkah pelaksanaan sebagaimana yang dimaksudkan dalam RFN Ke-2. Antaranya adalah: Meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi, peluang pekerjaan dan pendapatan; Menyediakan rangkaian pengangkutan yang bersepadu serta infrastrutkur strategik yang utama; Mewujudkan masyarakat yang bersatupadu dan keterangkuman sosial; Melindungi persekitaran secara berkesan dan menggunakan sumber alam secara bijaksana; Mewujud dan memelihara sumber-sumber pertanian dan pelancongan. Penilaian kemampanan perlu dilakukan untuk mengenal pasti dasar-dasar spatial yang bercanggah dan akan menjejaskan prinsip pembangunan mampan. 2-12

39 P3 Menggalakkan Pembangunan di Kawasan yang Mempunyai Potensi Pertumbuhan yang Tinggi Wilayah bandar seperti Shanghai, Shenzhen, Hong Kong, Singapura dan Bangkok merupakan pusat daya tarikan pelaburan di Asia Tenggara. Hanya kawasan yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi di Malaysia, iaitu conurbation di sekitar Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan yang mampu bersaing dengan bandar-bandar wilayah antarabangsa ini, terutamanya bagi pelaburan dalam sektor berasaskan teknologi dan pengetahuan, khususnya ICT, bioteknologi, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan, perkhidmatan kewangan dan perniagaan, serta perkhidmatan pembekal luar dan kreatif. Dalam konteks persaingan global yang semakin sengit untuk pelaburan, perdagangan dan pasaran, langkah yang bijak adalah dengan memberi tumpuan terhadap penyediaan infrastruktur sokongan berkualiti tinggi yang menjana aktiviti ekonomi yang berimpak tinggi di kawasankawasan conurbation utama. Ini bagi mewujudkan peluang pekerjaan dan rakyat yang berpendapatan tinggi untuk merealisasikan Wawasan P4 Memaksimumkan Penggunaan Infrastruktur Sedia Ada dan Komited Dalam jangka masa pendek, sumber-sumber negara adalah sangat terhad dan tidak mencukupi untuk menyelesaikan semua isu spatial negara, terutamanya rangkaian infrastruktur utama. Di dalam usaha untuk memaksimumkan penggunaan pelaburan infrastruktur secara efisien, perkembangan bandar perlu disasarkan ke kawasan yang mempunyai infrastruktur dan kemudahan sosial mencukupi atau komited, atau di kawasan yang boleh disediakan dan diselenggara secara ekonomik. Peningkatan taraf infrastruktur sedia ada perlu dijalankan. Alternatif lain yang lebih ekonomik juga perlu dipertimbangkan untuk dasar sedia ada, contohnya penggunaan pengangkutan awam. Usaha juga harus diambil untuk menggalakkan pembangunan semula bandar dan pembangunan infill untuk mengurangkan spekulasi pembukaan tanah baru. Langkah ini akan mengurangkan pembebasan gas rumah hijau dan melindungi hutan penyerap karbon dalam menangani perubahan iklim. Pada masa yang sama, budaya penyelenggaraan infrastruktur harus dipupuk di dalam pentadbiran bandar. P5 Melindungi Kawasan Warisan Negara dan Mengelakkan Gangguan ke atas Kestabilan Ekologi Pembangunan mampan merupakan asas utama di dalam perancangan spatial. Usaha yang gigih diperlukan daripada semua pihak untuk memulihara sumbersumber asli dan biodiversiti negara yang semakin berkurangan dan menguruskannya secara mampan, seperti kawasan sensitif alam sekitar dan ekosistem hidupan laut. Secara khususnya, sikap menghargai dan bangga terhadap kawasan-kawasan yang mempunyai keindahan alam semula jadi dan kekayaan ekologi, tapak sejarah dan yang berkaitan dengan kebudayaan perlu dipupuk di negara ini. Kawasan dan tapak tersebut meliputi hutan asli, bukit-bukau dan tanah bencah, habitat bagi hidupan liar 2-13

40 dan fauna Malaysia, landskap desa, tapak dan lokasi khas, termasuk bangunan individu dengan merit seni bina dan berkepentingan sejarah. Pemuliharaan perlu diselaraskan dengan mempromosikan kawasan, lokasi tapak dan bangunan berkenaan sebagai tarikan pelancongan antarabangsa dan tempatan. Kekayaan biodiversiti (kelompok ekosistem, habitat, tumbuhan dan haiwan serta spesiesnya) yang didapati di seluruh negara merupakan sebahagian daripada kelangsungan hidup dan warisan alam semula jadi kita. Kepelbagaian biodiversiti ini turut memberikan negara satu kelebihan daya saing dalam bidang pelancongan dan bioteknologi. Lebih penting, terdapat peningkatan dalam penerimaan umum bahawa biodiversiti merupakan asas utama dalam perkhidmatan ekosistem, yang merupakan barangan dan perkhidmatan utama yang dihasilkan oleh ekosistem yang memberangsangkan. Kehilangan atau gangguan terhadap perkhidmatan ekosistem seperti bekalan air mentah dan bersih, bekalan makanan dan serat, perubahan cuaca dan kawalan haiwan perosak, akan menimbulkan kesan yang memudaratkan kelangsungan hidup manusia dan ekonomi serta keselamatan dan kualiti hidup manusia. Walaupun nilai sebenar perkhidmatan ekosistem masih belum dapat diserapkan ke dalam kos pembangunan masa kini (ini diandaikan sebagai externalities oleh pakar ekonomi), adalah penting untuk memastikan perancangan spatial dapat mengekalkan biodiversiti, kestabilan ekologi dan seterusnya berupaya untuk menawarkan perkhidmatan ekosistem. Secara amnya, ini dapat dicapai menerusi integrasi perancangan dan pembangunan spatial dengan kesediaan data yang terbaik serta penyediaan pelan pembangunan dan garis panduan yang komprehensif dan tegas oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan agensi-agensi yang berkaitan. Garis panduan pembangunan baru harus diterapkan ke dalam dasar dan strategi spatial. Pendekatan pengurusan hutan secara mampan, pengurusan sumber air berdasarkan konsep Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) dan pengurusan persisiran pantai iaitu Sistem Pengurusan Zon Persisiran Pantai Bersepadu (ICZM), harus dilaksana dan dikuatkuasakan. Kawasan semula jadi dan landskap yang terletak di pinggir kawasan bandar perlu dipulihara sebagai kawasan pembekalan oksigen, rekreasi dan dinikmati oleh penduduk bandar yang semakin meningkat, khususnya peningkatan bilangan kanakkanak bandar dan secara umumnya untuk meningkatkan kepelbagaian spatial dan kualiti keseluruhan persekitaran kehidupan. P6 Menggalakkan Pembangunan Wilayah Mengikut Potensi Masing-masing Wilayah-wilayah perlu dibangunkan dan dipromosikan berdasarkan potensi dan kelebihan daya saing masing-masing dan pelaburan-pelaburan awam di dalam infrastruktur sokongan perlu ditumpukan untuk mengukuhkan lagi potensi wilayah ini. Wilayah pantai timur yang telah dikenal pasti berpotensi tinggi dalam pelancongan 2-14

41 persisiran pantai dan ekopelancongan, aktiviti berasaskan hutan dan pertanian perlu menerima pelaburan infrastruktur awam yang bersesuaian bagi menyokong pembangunan tersebut, manakala duplikasi pembangunan yang lebih sesuai dilaksanakan di pantai barat perlu dielakkan. P7 Mengutamakan Pengangkutan Awam daripada Kenderaan Persendirian untuk Pergerakan Antara Bandar dan Dalaman Bandar Perancangan spatial perlu memainkan peranan positif bukan sahaja untuk membantu mengurangkan pembebasan gas karbon tetapi juga menggalakkan penggunaan teknologi hijau, seperti penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui, dalam usaha mitigasi dan adaptasi terhadap perubahan iklim. Satu langkah utama adaptasi adalah menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang lebih tinggi berbanding kenderaan persendirian. Ini memerlukan pembangunan sistem pengangkutan awam antara bandar yang lebih efisien merangkumi rel berkelajuan tinggi, penerbangan domestik tambang rendah, penggunaan bas awam di lebuh raya dan pewujudan hab pengangkutan di pusat bandar. Bagi perjalanan dalaman bandar, usaha yang lebih giat perlu dilakukan untuk memperluaskan dan mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan kereta api, teksi dan bas dan saling hubungan antara mod-mod tersebut. Aktiviti berjalan kaki dan berbasikal di peringkat tempatan perlu digalakkan di tempat-tempat yang bersesuaian. Untuk mencapai pengangkutan awam yang ekonomik serta berdaya maju, bandaraya dan bandar perlu dibangunkan dalam bentuk yang lebih padat dan berdensiti tinggi seperti Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD). Sistem pengangkutan pelbagai dan antara mod perlu disediakan dengan sebaiknya, contohnya perkhidmatan bas perantara ke stesen LRT. P8 Menggalakkan Reka Bentuk Bandar Padat dan Cekap Tenaga dengan Identiti yang Jelas Pengezonan guna tanah berdasarkan impak dan pendekatan intensification dalam pembentukan pelan dan sequential test untuk proses pembangunan perlu diguna pakai. Keutamaan harus diberikan kepada pembangunan semula tapak brownfield berbanding dengan pembangunan di kawasan greenfield yang berkemungkinan menjejaskan alam sekitar. Di kawasan pusat bandar dan pinggir bandar sedia ada, projek pembangunan yang bersepadu, pelbagai fungsi dan berkepadatan tinggi dapat meningkatkan kecekapan, keselesaan, keceriaan dan imej kawasan bandar. Contohnya, hab pengangkutan yang digabungkan dengan kegunaan pejabat, kediaman dan pusat membeli belah. Ini juga akan membawa kepada pembentukan bandar yang padat dan cekap tenaga, serta dapat membendung rebakan bandar yang tidak terkawal, mengurangkan pembebasan gas rumah hijau dan bersesuaian dengan pembangunan sistem pengangkutan awam berasaskan rel. 2-15

42 Pengagihan spatial, lokasi dan reka bentuk pembangunan bandar baru harus dirancang dengan teliti untuk meminimumkan pendedahan terhadap perubahan iklim pada masa hadapan. Pertimbangan ke atas usaha mitigasi dan adaptasi yang bersesuaian dalam menangani perubahan iklim perlu diintegrasikan dalam semua strategi perancangan spatial dan proses pembentukan cadangan pembangunan. Dalam proses perluasan conurbation, perpaduan dan hubungan erat komuniti sedia ada perlu dikekalkan dan tidak harus diganggu. Cadangan pembangunan yang tidak saling melengkapi di luar had pembangunan bandar perlu mengemukakan justifikasi perancangan yang kukuh dan tertakluk kepada kelulusan oleh PBT dan bantahan awam selaras dengan keperluan perundangan bagi RT. P9 Menggalakkan Pembangunan Ekonomi Berasaskan Pengetahuan (K-Ekonomi) Selaras dengan langkah Kerajaan ke arah negara berpendapatan tinggi, sektor perkhidmatan dijangka akan memainkan peranan yang lebih menonjol dan agresif dalam menjana aktiviti ekonomi. Penumpuan dan promosi terhadap inovasi, kreativiti dan unsur-unsur nilai ditambah tinggi amat penting untuk mentransformasikan ekonomi Malaysia kepada sektor pendidikan tinggi yang berasaskan pengetahuan dan teknologi dengan jayanya. Oleh itu, kawasan conurbation dan pusat bandar yang besar menawarkan persekitaran yang paling kondusif dari segi kemudahan infrastruktur, tenaga kerja mahir, pasaran dan sokongan perniagaan, serta perkhidmatan profesional untuk menarik pelabur dan menubuhkan pengkalan operasi seperti ibu pejabat wilayah, pusat penyelidikan dan pembangunan, pusat inovasi, pusat perkhidmatan dan pembekal luar, pusat perolehan, pusat siber, taman bioteknologi dan taman teknologi tinggi. Untuk mewujudkan pemangkin kepada pertumbuhan negara dan mempertingkatkan daya saing negara, perluasan rangkaian dan perhubungan ICT ke semua kawasan di seluruh negara perlu dilaksanakan. Usaha perlu dijalankan untuk mempromosikan pembangunan jaringan infrastruktur ICT bertaraf dunia, terutamanya rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi di seluruh negara dan langkah-langkah perlu diambil untuk meningkatkan bilangan pekerja ICT yang berkemahiran tinggi. P10 Mengukuhkan Hubungan Bandar dan Luar Bandar Kerajaan perlu mengadakan program-program bagi menyokong usahawanusahawan baru dan sedia ada dalam Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) dari pusat pertumbuhan desa, kampung tradisi, kampung baru, bandar kecil dan sederhana, untuk memulakan projek-projek pertanian bagi membekalkan makanan dan bahanbahan mentah ke kawasan bandar serta industri kecil dan sederhana yang akan memberi perkhidmatan kepada industri yang lebih besar di kawasan bandar. 2-16

43 Selain daripada itu, kesalinghubungan yang baik di antara desa-desa utama ke tempat pekerjaan di kawasan pusat bandar yang bersaiz kecil dan sederhana perlu disediakan untuk masyarakat desa. Ini untuk membolehkan mereka memperolehi pendapatan bukan dari hasil pertanian bagi mempertingkatkan pendapatan isi rumah mereka. 2-17

44 BAB 3 Konteks Perancangan RANCANGAN FIZIKAL NEGARA

45 BAB 3 KONTEKS PERANCANGAN Rangka kerja spatial negara adalah merupakan garis panduan fizikal yang amat penting, dalam merealisasikan objektif negara untuk mencapai pembangunan mampan dengan meningkatkan pendapatan tinggi dan mewujudkan peluang pekerjaan. Rangka kerja ini bersama dengan Wawasan 2020, Konsep 1Malaysia, Rancangan Malaysia Ke-10 dan dasar-dasar sektor lain akan menjadi teras bagi memacu Malaysia ke hadapan untuk lebih berdaya saing dengan kuasa ekonomi dunia. Rangka kerja ini meliputi aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar akan menjadi asas pembangunan fizikal negara, seterusnya mencapai hasil terbaik dalam aspek pembangunan spatial negara. Ketiga-tiga aspek pembangunan negara ini telah dikaji melalui satu pendekatan yang holistik, bersepadu dan seimbang oleh RFN Ke-2 bagi mencapai matlamat yang disasarkan. Semenanjung Malaysia terdiri daripada Pantai Barat, Pantai Timur dan Banjaran Tengah yang terdiri daripada Banjaran Titiwangsa, Banjaran Nakawan serta Banjaran Bintang. Corak guna tanah dipengaruhi oleh faktor-faktor sejarah dan ekonomi di mana aktiviti ekonomi bandar yang lebih produktif dan bilangan penduduk lebih tertumpu di wilayah pantai barat. Tiga conurbation utama iaitu Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bahru di pantai barat adalah lebih membangun jika dibandingkan dengan kawasan perbandaran lain di Semenanjung Malaysia. Bagi kawasan pantai timur, potensi pembangunan yang unik seperti alam semula jadi, pantai dan pulau pelancongan berupaya menjadi pemangkin pertumbuhan yang signifikan bagi kawasan tersebut. Malaysia yang mempunyai kekuatan dan potensi yang tersendiri dalam persekitaran global, akan mengambil setiap peluang untuk mempromosi dan menarik lebih banyak pelaburan langsung asing, menggunapakai strategi baru pertumbuhan negara, menceburkan diri dalam sumbersumber pertumbuhan ekonomi yang baru dan mempercepatkan kadar transformasi kepada ekonomi berasaskan pengetahuan dan teknologi tinggi. Pada masa yang sama, pengeluaran modal insan yang berkualiti untuk mempertingkatkan keupayaan negara bersaing di pasaran antarabangsa akan dimaksimumkan. Dalam menyelesaikan isu-isu pembangunan dalam negara, negara perlu akur dengan krisis kewangan yang berlaku dalam keadaan ekonomi dunia masa kini dan komitmen terhadap konvensyen antarabangsa seperti biodiversiti dan perubahan iklim. RFN Ke-2 akan menyediakan strategi perancangan spatial untuk mempertingkatkan daya saing antarabangsa dan rangka kerja untuk mengukuhkan kesepaduan dan teras pembangunan negara. Laporan ini akan menyediakan dimensi spatial atau geografi ke dalam rancangan pembangunan yang lebih cenderung kepada aspek pembangunan ekonomi dan sosial. Aspek spatial RFN Ke-2 akan memandu perancangan pembangunan negara yang lebih efisien bagi memastikan penggunaan sumber negara secara mampan dan efisien, terutamanya penggunaan modal dan sumber modal insan sedia ada yang optimum. 3-1

46 3.1 Isu-isu Strategik dan Cabaran Global dan Negara Strategi spatial, dasar dan langkah-langkah yang terkandung dalam RFN telah dikaji semula dan disesuaikan untuk menangani isu-isu negara yang dikenal pasti dan cabaran masa hadapan yang bakal dihadapi. Perkara ini dijelaskan mengikut tema yang disediakan. Dalam membentuk rangka kerja dan strategi spatial negara, isu-isu strategik dan cabaran utama pada masa hadapan bagi semua tema serta kesan spatial telah diambilkira dan dirumuskan seperti berikut: i. Mempromosikan Konsep 1Malaysia Malaysia mempunyai masyarakat berbilang bangsa dengan pelbagai agama dan budaya. Pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan berterusan amat bergantung kepada kemampuan semua rakyat Malaysia untuk tinggal dan bekerja secara harmoni. Dalam hal ini, konsep 1Malaysia bertujuan untuk meningkatkan interaksi sosial dan perpaduan nasional melalui sikap saling menghormati dan saling mempercayai di kalangan pelbagai komuniti serta meningkatkan perhubungan RAKYAT DIDAHULUKAN antara negeri dan kawasan yang berbeza di Malaysia. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Contohnya, terdapat keperluan untuk mewujud dan menerapkan konsep dan pendekatan perancangan masyarakat bersepadu, termasuk mewujudkan kawasan kejiranan bercampur yang terdiri daripada pelbagai kelompok sosial dan etnik dan penyediaan ruang awam seperti kemudahan sukan dan pusat-pusat komuniti. ii. Model Baru Ekonomi Kerajaan ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi Laporan Bank Dunia telah menggariskan kelemahan struktur ekonomi Malaysia yang mengakibatkan Malaysia terjerat dalam tahap pendapatan sederhana. Malaysia tidak mampu untuk kekal Pendapatan Tinggi kompetitif sebagai pengeluar berkuantiti besar dan berkos rendah, malah tidak mampu untuk menggerakkan rantaian nilai tinggi dalam pasaran yang berkembang Inklusif Kualiti Hidup Rakyat Kemampanan pesat bagi produk dan perkhidmatan berasaskan pengetahuan dan inovasi. Untuk menyahut cabaran ini, Model Baru Ekonomi (MBE) digerakkan ke arah peningkatan nilai pasaran ekonomi dalam sektor tertiari bernilai tambah yang lebih tinggi bagi membantu negara mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi, seimbang dan mampan, seterusnya mencapai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun MBE disasarkan lebih kepada inovasi, pencarian bernilai 3-2

47 tinggi bagi sumber pertumbuhan baru, mengukuhkan permintaan domestik dan integrasi jangka panjang dengan ekonomi Asia Timur. Contohnya terdapat keperluan untuk menghasilkan lebih ramai pekerja yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam usaha untuk menarik dan menubuhkan perkhidmatan kewangan Islam dan perkhidmatan pembekal luar bagi conurbation; dan keperluan untuk melindungi dan mempertingkatkan kawasan pelancongan berasaskan alam semula jadi seperti persisiran pantai yang indah dan hutan asli untuk menarik kedatangan pelancong. iii. Mempercepatkan Kadar Pertumbuhan Ekonomi dalam Wilayah Ekonomi Kurang Maju Terdapat jurang perbezaan yang besar di dalam tahap pembangunan dan jumlah pendapatan di antara wilayah pantai timur dan pantai barat Semenanjung Malaysia. Bagi mencapai integrasi dan keseimbangan wilayah, usaha dan sumber jaya telah diagihkan untuk memanfaatkan potensi kawasan-kawasan yang berbeza ini, terutamanya koridor pembangunan ekonomi utama dengan melaksanakan projekprojek berimpak tinggi berdasarkan pelbagai pelan induk ekonomi wilayah yang telah disediakan. Contohnya, terdapat keperluan untuk menaik taraf Pelabuhan Kuantan supaya ia dapat berfungsi sebagai sebuah pelabuhan negara dan juga bagi menyokong Zon Ekonomi Khas di conurbation Pertumbuhan Kuantan bagi memacu pertumbuhan kawasan luar bandar ECER yang kurang membangun. iv. Mempertingkatkan Globalisasi Ekonomi, Liberalisasi Perdagangan Tempatan dan Daya Saing Antarabangsa Memandangkan Malaysia mempunyai pasaran domestik yang kecil dan mengamalkan ekonomi terbuka, adalah penting bagi negara ini untuk terus berpandangan keluar dan mengamalkan ekonomi berorientasikan eksport. Oleh itu, asas ekonomi strategik disasarkan khasnya untuk memperolehi peningkatan jumlah perdagangan antarabangsa dan pasaran eksport, untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing dan untuk merangsang lebih banyak enterpris swasta tempatan dalam memanfaatkan pelbagai perjanjian perdagangan pelbagai hala dan dua hala seperti Perjanjian Dagangan Bebas ASEAN-China dan AFTA. Pada masa yang sama, negara telah mengenal pasti kemunculan beberapa kluster yang kuat sebagai sumber pertumbuhan baru termasuk pelancongan khususnya perubatan dan pendidikan, kewangan Islam, bioteknologi, tenaga boleh diperbaharui, logistik dan teknologi maklumat. Sektor swasta yang berdaya saing dan inovatif dijangka akan bertindak sebagai jentera penggerak pertumbuhan utama. Kerajaan akan berperanan sebagai fasilitator dan penggalak yang efektif dengan mewujudkan persekitaran pelaburan ekonomi yang lebih kondusif bagi inisiatif swasta dan enterpris untuk berkembang dan lebih maju. Sebagai contoh, insentif cukai disediakan untuk mempromosi aktiviti di Iskandar Malaysia bagi membangunkan industri kreatif dan ibu pejabat wilayah serta perkhidmatan pesisir luar, seterusnya meningkatkan potensi pertumbuhan keseluruhan. 3-3

48 v. Penggunaan Teknologi Inovatif Baru Kerajaan Malaysia sedang berusaha gigih untuk mengubah struktur ekonomi menjadi ekonomi berasaskan pengetahuan yang akan didorong secara asasnya oleh kreativiti, kualiti dan produktiviti. Teknologi inovatif merupakan instrumen pengeluaran yang amat diperlukan, terutamanya ICT dan bioteknologi, untuk meningkatkan kecekapan ekonomi dan kualiti hidup, dan memberi kesan kepada masyarakat, tempat dan potensi. Sebagai contoh, aplikasi komunikasi jalur lebar berkelajuan tinggi membolehkan beberapa aktiviti perniagaan dan perindustrian untuk lebih berdaya saing, walaupun dari segi kedudukannya ia berada di kawasan yang terpencil dan jauh dari pusat aktiviti utama. Salah satu cara yang boleh diguna pakai adalah dengan meletakkan kelompok industri Halal di bandar bersaiz sederhana dan di kawasan yang kurang membangun di negeri pantai timur. Ekonomi berasaskan pengetahuan juga perlu lebih berpandukan kepada produktiviti, yang memerlukan pembangunan komponen sokongan ICT, pelaburan di dalam infrastruktur pengangkutan awam dan kumpulan pekerja yang berkemahiran. Malaysia akan beralih ke era inovasi yang berpandukan pengetahuan dan menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang berasaskan pengetahuan. (Rajah 3.1) Rajah 3.1: Model Peralihan Ekonomi Eksport barangan elektrik & elektronik dengan nilai tambah yang tinggi Barangan & perkhidmatan berasaskan pengetahuan Eksport getah, tin, kelapa sawit & kayu balak Menghasilkan barang subsitusi import Era Perindustrian Eksport tekstil & barangan elektronik Era Teknologi Era Pengetahuan Didorong Produktiviti Era Inovatif Didorong Pengetahuan Didorong Inovatif dan Modal Insan Era Pertanian Didorong Pelaburan Didorong Tenaga Kerja Didorong Tenaga Kerja Sumber: Institut Pengurusan Malaysia, April vi. Ancaman Perubahan Iklim Fenomena perubahan iklim merupakan risiko ancaman bencana alam jangka masa panjang yang paling ketara kepada dunia. Bukti menunjukkan bahawa aktiviti manusia yang tidak terkawal adalah penyebab perubahan iklim dunia, khususnya pembebasan karbon buatan manusia yang telah menyumbang kepada pemanasan global yang bukan sahaja menyebabkan kemusnahan kekal terhadap alam semula jadi, malahan memberikan cabaran yang ketara kepada pertumbuhan ekonomi dunia dan kestabilan sosial. 3-4

49 Untuk mengatasi masalah persekitaran global ini, dasar spatial dan langkahlangkah yang bersesuaian perlu diambil untuk menyesuaikan dan mengurangkan kesan sampingan kepada Malaysia. Sebagai contoh, kesan perubahan iklim perlu dijadikan perkara utama yang diambil kira dalam penyediaan rancangan pembangunan termasuk penggabungan kesemua langkah-langkah dasar. Ini bagi memastikan tiada pembangunan bandar dibenarkan di kawasan pesisir pantai yang rendah dan terdedah kepada banjir laut yang disebabkan oleh peningkatan paras air laut. Pemeliharaan kawasan hutan yang berfungsi sebagai penyerap karbon, penggalakan penggunaan tenaga yang efisien dan pembangunan bandar mesra alam juga hendaklah dilaksanakan. vii. Kemerosotan Kemampanan, Biodiversiti dan Mengelakkan Geo-Bencana Semenanjung Malaysia telah mengalami kehilangan sebahagian besar kawasan hutan dan kawasan tanah bencah, termasuk masalah kawasan hutan yang berpecah bahagi. Pada tahun 2008, hanya 45% daripada jumlah keseluruhan keluasan tanah di Semenanjung Malaysia adalah kawasan hutan. Kawasan hutan menyediakan ekosistem yang berharga untuk menyokong kehidupan dan kesejahteraan manusia, khususnya air bersih, oksigen dan ekopelancongan. Banyak kawasan hutan yang mempunyai cerun curam menjadi kawasan berisiko geo-bencana dan mudah terdedah kepada kejadian tanah runtuh. Namun begitu, Malaysia kekal sebagai salah satu daripada 12 negara mega-diverse di dunia yang kaya dengan kepelbagaian biologi. Setakat ini, Semenanjung Malaysia telah mengalami kehilangan kawasan hutan yang ketara; daripada 9.5 juta hektar (1954) kepada 6 juta hektar (2000), namun menjadi stabil pada 5.9 juta hektar (2008) yang secara tidak langsung menggambarkan satu trend positif. (Rajah 3.2) Oleh itu, adalah amat penting untuk mengenal pasti keperluan untuk memulihara dan memelihara sumber semula jadi dan kawasan sensitif alam sekitar yang berharga serta kesannya terhadap bentuk dan corak bandar. Contohnya, untuk menyekat rebakan bandar dan pencerobohan kawasan hutan dan tanah bencah, galakan perlu diberikan kepada pembangunan yang mempunyai jejak bandar yang kecil, berkepadatan tinggi dan pembangunan bercampur. Selain daripada itu, adalah penting untuk memberikan keutamaan yang lebih tinggi kepada penggunaan pengangkutan awam, berbasikal dan berjalan kaki untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau serta mewujudkan rangkaian ekologi yang dapat menghubungkan semula kelompok-kelompok hutan yang terpecah. 3-5

50 Rajah 3.2: Pemecahan Kawasan Hutan Semula Jadi di Semenanjung Malaysia ( ) mil juta hek. ha mil juta hek. ha mil juta hek. ha mil juta hek. ha mil juta hek. ha. Sumber : 1954, 1969 & 1972 Jomo et al. (2004) after Aitken et al. (1982: 161) Jomo et al. (2004) after Anon (1992) Stibig et al. (2002: 11). viii. Memelihara Sumber Semula Jadi di dalam Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia merupakan negara maritim dengan pesisiran pantai yang panjang dan beberapa kepulauan, beting dan singkapan batuan di kawasan perairan tanah besar Semenanjung Malaysia. Di bawah United Nations Convention on Law of the Sea (UNCLOS) mana-mana pulau di dalam 12 batu nautika dari tanah besar dikira sebagai kawasan perairan negara tersebut dan 200 batu nautika adalah sebagai Zon Ekonomi Eksklusif. Zon Ekonomi Eksklusif memberi kebenaran kepada negara tersebut untuk menjelajah, mengeksploitasi dan menguruskan sumber semula jadi di zon tersebut untuk tujuan ekonomi (contohnya perikanan, pelancongan), kajian saintifik, perlindungan alam sekitar dan pemuliharaan seperti taman maritim. (Rajah 3.3) Kehilangan Pulau Batu Putih atau Pedra Branca kepada Singapura telah mewujudkan satu kesedaran baru akan perlunya menjalankan aktiviti di dalam kawasan kepulauan Malaysia bagi menunjukkan hak ketuanan. Sumber yang terdapat di Zon Ekonomi Eksklusif termasuklah sumber minyak dan gas, kawasan perikanan laut dalam dan kapal karam serta harta karun yang mempunyai kepentingan sejarah dan warisan. Terdapat keperluan untuk memetakan sumber ini, membangunkan pengkalan bekalan dan pelan kontigensi untuk bantuan kecemasan dan keselamatan sekiranya berlaku kemalangan kapal, ancaman lanun atau tumpahan minyak. Kesan alam sekitar akibat kejadian tumpahan minyak ke persisiran pantai boleh membawa keburukan kepada kawasan persisiran pantai negeri-negeri Pantai Timur seperti yang telah berlaku dalam kemalangan melibatkan British Petroleum di Teluk Mexico. Rajah 3.3 : Sumber Semula Jadi di Zon Ekonomi Eksklusif Taman Laut Sumber : Data WWF, PETRONAS, USGS,

51 ix. Bekalan Makanan Negara yang Tidak Mencukupi Malaysia sebagai sebuah negara pengimport makanan, sangat terdedah kepada faktor luaran seperti kenaikan harga makanan dan bekalan beras yang tidak stabil di pasaran antarabangsa akibat keadaan cuaca yang buruk, bencana alam dan rusuhan. Bagi memastikan bekalan makanan negara terjamin, adalah penting bagi negara untuk melindungi kawasan-kawasan pertanian sedia ada dan memperluaskan tanah pertanian utama, khususnya kawasan jelapang padi untuk penanaman padi. Cabaran yang harus dihadapi oleh pihak berkuasa ialah untuk mewujudkan insentif fiskal yang boleh dilaksanakan bagi mengimbangi potensi kerugian bagi hak-hak pembangunan serta hasil dari kawasan yang terlibat untuk mencapai keperluan negara dalam memelihara dan memperluaskan kawasan jelapang padi dan tanah pertanian utama di dalam negara. x. Tahap Penggunaan Tenaga Boleh Diperbaharui dan Teknologi Hijau yang Rendah Sehingga kini, intipati perancangan bandar di negara ini lebih berkisar kepada penggunaan bahan api fosil bagi kenderaan persendirian, yang menghasilkan sejumlah besar karbon. Aplikasi teknologi hijau seperti tenaga boleh diperbaharui dan rendah-karbon dalam perancangan spatial dan reka bentuk bandar serta perancangan rangkaian sistem pengangkutan adalah masih baru dan terhad. Dalam menghadapi harga minyak yang semakin tinggi dan masalah perubahan iklim, adalah penting untuk mengutamakan kemampanan dalam pembangunan bandar dan luar bandar. Pembangunan baru dan pembangunan semula dari segi perumahan, pekerjaan, perkhidmatan dan penyediaan infrastruktur, perlu menggunakan sumber asli dan tenaga yang paling efisien, di samping mengurangkan pembebasan gas rumah hijau. Contohnya, pembangunan bandar padat dengan kepadatan tinggi dan guna tanah bercampur yang mempunyai fungsi rangkaian hubungan yang lebih baik dan penggunaan ruang yang lebih optimum, akan melibatkan penggunaan tenaga yang lebih efisien berbanding pembangunan menjajar berkepadatan rendah. Bandar eko dan bandar berorientasikan transit juga merupakan alternatif pembangunan bandar yang lebih mampan. Bentuk dan corak perbandaran perlu ke arah mengurangkan keperluan untuk perjalanan dan meminimumkan perjalanan jauh untuk ke tempat kerja dan aktiviti harian. Selain itu, insentif harus diberikan untuk mendorong penggunaan teknologi tenaga hijau dalam bangunan dan susunatur pembangunan. xi. Kemerosotan Kawasan Pusat Bandar dan Peningkatan Kadar Kemiskinan Bandar Secara umumnya, beberapa golongan masyarakat yang menetap di kawasan pusat bandar dan bandar-bandar besar, terutamanya keluarga berpendapatan rendah yang menetap di rumah pangsa sewaan persendirian, menghadapi pelbagai masalah sosial, ekonomi, persekitaran yang buruk dan serba kekurangan. 3-7

52 Mereka juga menghadapi masalah pengangguran yang tinggi, pendapatan yang rendah, perumahan mampu milik yang tidak mencukupi, pengangkutan awam yang tidak cekap, persekitaran yang buruk, kadar jenayah yang tinggi, penyalahgunaan dadah dan kekurangan kawasan lapang. Sebahagian besar penduduk bandar yang terdiri daripada mereka yang berhijrah dari desa serta tenaga kerja asing dengan tahap kemahiran kerja dan pendidikan yang rendah, telah mengubah kemiskinan luar bandar kepada kemiskinan bandar dan terperangkap di kawasan miskin di bandar. Oleh yang demikian, program pembangunan semula bandar dan pembangunan pusat bandar bagi golongan yang kurang bernasib baik dan kawasan yang mengalami kemerosotan perlu diberi perhatian selain mempertingkatkan peluang pekerjaan, kualiti perumahan, pendidikan serta rekreasi. xii. Perubahan Struktur Demografi dan Gaya Hidup Masyarakat Perubahan struktur demografi, seperti penurunan tahap kesuburan penduduk, bilangan warga tua yang tinggi dan pembentukan isi rumah baru yang bertambah di negara ini mempunyai implikasi spatial yang ketara terhadap peluang pekerjaan, keperluan perumahan dan kemudahan sosial. Apabila masyarakat semakin berpendidikan dan berpendapatan lebih tinggi, saiz keluarga mereka semakin mengecil. Mereka juga mengharapkan taraf hidup dan persekitaran yang lebih baik, termasuk bandar yang lebih selesa untuk didiami, pelbagai pilihan lokasi dan jenis perumahan, serta kemudahan awam dan prasarana yang berkualiti. Contohnya peningkatan jumlah warga tua menandakan keperluan untuk membina lebih banyak rumah orang tua dan kemudahan rawatan di kawasan luar bandar; dan kesediaan tenaga kerja yang rendah pula bermakna aktiviti perlu diubah daripada pengeluaran berorientasikan tenaga kerja kepada aktiviti dan industri menggunakan mesin. xiii. Kekurangan Sumber Kewangan Negara pada Masa Hadapan Pada masa hadapan, sumber kewangan negara untuk pembangunan dijangka akan berkurangan berikutan kelembapan dan keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil dan sedang dalam proses pemulihan, terutamanya bagi kemudahan infrastruktur mega serta kemudahan awam. Pengurangan perbelanjaan awam dijangka akan turut berlaku. Keadaan bajet yang terhad dijangka akan bertambah buruk akibat tekanan permintaan masyarakat yang lebih tinggi terhadap kualiti dan kepelbagaian spatial, seperti tempat tinggal dan persekitaran yang lebih baik. Oleh itu, negara telah meletakkan siling sebanyak RM180 billion untuk perbelanjaan keseluruhan pembangunan di bawah RMK-10 ( ) iaitu 21.7%, yakni kurang daripada jumlah peruntukan dalam RMK-9. Justeru itu, adalah amat penting untuk menumpukan sumber-sumber sedia ada yang terhad untuk meningkatkan pertumbuhan di bandar-bandar strategik bagi memaksimumkan penggunaan infrastruktur sedia ada dan komited serta mengenal pasti pembangunan baru di kawasan di mana kemudahan dapat disedia dan diselenggarakan secara ekonomik. Selain itu, penting bagi negeri-negeri yang 3-8

53 bersempadan untuk bersama-sama merancang, membangun dan berkongsi infrastruktur, kemudahan dan perkhidmatan utama, termasuk pelabuhan besar, lapangan terbang, tenaga, air, ICT, pengurusan sisa dan lokasi industri, yang lazimnya bermodal tinggi dan memerlukan skala ekonomi. Pemilihan penilaian dan pendekatan pengurusan untuk setiap projek yang berasaskan outcome dan nilai terbaik juga perlu diguna pakai. 3.2 Kedudukan Global dan Trend Pembangunan Dagangan Dunia Antara tahun 2000 dan 2008, dagangan barangan dunia meningkat pada kadar 12% setahun dan mencapai US$15,775 billion nilai eksport dan US$16,120 billion nilai import pada tahun Malaysia berada di tempat ke-21 dalam senarai pengeksport dan tempat ke-28 dalam senarai pengimport dunia pada tahun Dari segi prestasi perdagangan, Malaysia menduduki tempat ke 28 dalam Enabling Trade Index Prosedur import yang cekap, kos rendah bagi import dan eksport barangan, infrastruktur pengangkutan dan perkhidmatan pengangkutan berkaitan yang berkualiti telah menyumbang kepada keputusan penilaian yang memberangsangkan ini. 1 Krisis ekonomi global tahun telah melemahkan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan. Keyakinan ekonomi juga semakin berkurangan dan sektor perdagangan telah dilumpuhkan. Pada penghujung tahun 2008 dan awal tahun 2009, disebabkan permintaan yang lemah dalam ekonomi membangun, aliran dagangan telah menurun dan diburukkan lagi oleh pengurangan pembiayaan perdagangan dan kejutan daripada situasi ekonomi yang merudum. Dagangan barangan dunia hanya berkembang 2% pada tahun 2008 berbanding dengan 6% pada tahun Pertumbuhan pada tahun 2008 adalah di bawah purata 5.7% yang dicapai sepanjang tempoh tahun Suku pertama tahun 2009 menyaksikan penurunan dagangan yang paling buruk dalam sejarah Malaysia, dengan anggaran penurunan hampir 25%. Penurunan dagangan telah kembali pulih pada pertengahan tahun Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah melaporkan bahawa eksport Malaysia telah meningkat sebanyak 8.4% pada bulan Julai 2009 berbanding dengan bulan Jun Ini adalah jumlah eksport bulanan tertinggi yang dicatatkan dalam tempoh 7 bulan pertama tahun 2009, sekaligus membuktikan pemulihan industri eksport negara. Bank Negara juga melaporkan tahap penurunan yang rendah sebanyak 3.9% bagi KDNK negara berbanding dengan penurunan sebanyak 6.2% bagi suku pertama tahun Ini dipengaruhi oleh kadar perbelanjaan awam yang tinggi dan pertumbuhan positif dalam 1 Sumber: Forum Ekonomi Dunia, The Global Enabling Trade Report ETI menilai institusi institusi, polisi polisi dan perkhidmatan perkhidmatan yang menyokong aliran barangan yang bebas merentasi sempadan dan ke destinasi yang ditetapkan. 3-9

54 perbelanjaan peribadi bagi tempoh suku kedua tahun itu. Semua sektor ekonomi utama juga telah mencapai prestasi yang baik dari segi penawaran bagi suku kedua tahun Kerjasama Antarabangsa Krisis kewangan Amerika Syarikat (AS) yang bermula pada September 2008 dengan pantasnya berubah menjadi krisis global. Rakan dagangan utama Malaysia ini telah menerima kesan yang mendalam akibat krisis tersebut. Walaupun mengalami pertumbuhan yang memuaskan bagi tujuh bulan pertama tahun 2008, ekonomi negara membangun mencatatkan pertumbuhan 0.8% pada tahun 2008 berbanding 2.5% pada tahun Sebaliknya, negara Asia 2 yang sedang membangun mengalami pertumbuhan sebanyak 5.7%, didahului oleh China yang mencatatkan pertumbuhan tertinggi di kalangan negara-negara ekonomi utama. Pada tahun 2008, keluaran dunia, dikira dengan KDNK sebenar, merosot kepada 1.7% berbanding 3.5% pada tahun sebelumnya, iaitu kadar terendah sejak tahun Menyedari kemungkinan berlakunya krisis ekonomi global, usaha telah dilakukan oleh agensi seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan rakan serantau mereka, bagi mendapatkan kerjasama beberapa negara untuk memulihkan ekonomi mereka melalui pakej-pakej rangsangan ekonomi. Negara-negara maju utama, yang diketuai oleh Amerika Syarikat telah tampil ke hadapan dengan mengadakan tabung kecemasan. Di Asia, negara China dan Jepun juga telah mengagihkan jumlah tabungan yang signifikan untuk tujuan yang sama. Organisasi antarabangsa ini memainkan peranan yang penting dalam meyakinkan negara-negara untuk menyelaras rancangan rangsangan ekonomi. Tanpa usaha penyelarasan ini, kemelesetan ekonomi global pasti akan berlaku. Menjelang pertengahan tahun 2009, kemerosotan ekonomi dunia mula perlahan. Walaupun keadaan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya (contohnya kadar pengangguran yang masih tinggi), suasana dalam bursa saham dunia telah bertukar kepada keadaan yang lebih positif. Penurunan dalam dagangan juga semakin berkurangan dan prospek untuk pemulihan ekonomi adalah lebih baik berbanding dengan ramalan pada separuh tahun pertama Malaysia telah memperkenalkan dua pakej rangsangan bernilai kira-kira satu per tiga daripada saiz bajet RMKe-9 sebagai sebahagian daripada program untuk memulihkan ekonomi. Penyediaan RFN Ke-2 telah memberi peluang untuk mengkaji semula kemerosotan ekonomi dan penilaian semula keupayaan ekonomi Malaysia untuk mencapai sasaran ekonomi Wawasan 2020 dan MBE. 2 Negara Membangun Kecuali Asia Kecuali Jepun, Australia dan New Zealand 3-10

55 3.2.3 Kerjasama Serantau Di peringkat wilayah serantau, Malaysia terus menyokong perkembangan integrasi ekonomi ASEAN serta mempromosikan perdagangan dan pelaburan. Pembangunan sub-wilayah, adalah melalui Segitiga Pertumbuhan (IMT-GT, IMS-GT dan BIMP-EPGA) bagi mempromosikan pertumbuhan ekonomi di sub-wilayah yang kurang membangun. Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) menghasratkan sebuah kawasan wilayah yang progresif, makmur dan aman dengan kualiti kehidupan yang lebih baik, iaitu menjadi sebuah komuniti ekonomi ASEAN menjelang tahun Untuk merealisasikan impian ini, IMT-GT bermatlamat untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi yang dipacu oleh sektor swasta dan menyelaraskan pembangunan di bahagian wilayah lain secara keseluruhannya. Objektifnya, seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan adalah untuk mempertingkatkan perdagangan dan pelaburan di dalam IMT-GT dan di antara IMT-GT. Segitiga Pertumbuhan antara Indonesia-Malaysia-Singapura (IMS-GT) disasarkan ke arah mempertingkatkan daya saing, integrasi dan pertumbuhan dengan kelebihan berbanding, skala ekonomi dan hubungkait produktiviti. Dengan dua jalan perhubungan darat terus ke Singapura dan perhubungan laut ke Batam, Iskandar Malaysia mempunyai kelebihan dari segi lokasi yang strategik untuk mengambil peluang daripada IMS-GT kerana ia membolehkan perkembangan kerjasama antarabangsa, pergerakan manusia dan pelancongan. Visi kawasan pertumbuhan ASEAN Timur iaitu Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia- Filipina (BIMP-EAGA) adalah untuk mewujudkan pembangunan ekonomi yang mampan dan diterima oleh masyarakat, seterusnya mendorong kepada penyertaan EAGA sepenuhnya dalam proses pembangunan ASEAN. Matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan perdagangan, pelaburan dan pelancongan di sebahagian negara serantau dengan menyokong; i. Pergerakan bebas rakyat, barang dagangan dan perkhidmatan; ii. Pembangunan infrastruktur yang penting di sebahagian wilayah serantau; dan iii. Penyelarasan dalam pengurusan ekosistem dan sumber bersama untuk memastikan pembangunan yang mampan Impak Perubahan Iklim kepada Malaysia Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC 3 ) meramalkan peningkatan suhu purata global sebanyak 1.8 C hingga 4.0 C dalam abad ini sekiranya tindakan lanjut untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau tidak diambil. Pemanasan global dijangka akan mendatangkan kesan yang serius kepada manusia, termasuk kenaikan paras air laut sebanyak 18 hingga 59 cm yang akan menjejaskan kawasan persisiran pantai dan pulau-pulau kecil, serta peningkatan frekuensi dan keadaan cuaca melampau 3 IPCC = Panel Antara Kerajaan Tentang Perubahan Cuaca 3-11

56 yang semakin buruk. Perubahan iklim juga dijangka akan memberi kesan kepada sektor pertanian, sumber air dan biodiversiti (Jadual 3.1). Sebagai pihak Non-Annex 1 dalam Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC 4 ), kewajipan utama Malaysia termasuklah merumuskan program untuk mengatasi kesan perubahan iklim dan menggalakkan pengurusan yang mampan, pemuliharaan dan peningkatan penyerap karbon dan menyedia serta membentuk pelan adaptasi terhadap kesan perubahan iklim. Walaupun pemahaman yang lebih baik mengenai pelbagai kemungkinan keadaan iklim dan kesan-kesan yang berkaitan dengannya adalah penting dalam merumuskan langkahlangkah yang lebih khusus, secara amnya dipersetujui bahawa langkah-langkah adaptasi awalan adalah sangat penting untuk menghadkan kerosakan dan kos yang terhasil kesan daripadanya. Rangka kerja kebangsaan untuk menangani perubahan iklim telahpun dibentuk dan Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan telah diluluskan oleh Kabinet. Sektor Petempatan dan Infrastruktur Pertanian Jadual 3.1: Ramalan Kesan Perubahan Iklim di Malaysia Kesan-kesan Perluasan kawasan yang mudah banjir dan peningkatan intensiti kejadian banjir. Peningkatan kejadian hakisan pantai serta kerosakan infrastruktur di kawasan rendah pesisir pantai. Kehilangan kawasan hutan paya bakau persisiran pantai jika kenaikan paras air laut berlaku pada kadar 0.9 cm/tahun. Walau bagaimanapun, peralihan kawasan hutan paya bakau ke arah daratan boleh berlaku sekiranya kadar kenaikan paras air laut lebih rendah, dengan tiada halangan di pinggiran kawasan daratan. Pengurangan kadar keberkesanan pintu kawalan air pasang surut dan kawalan sistem saliran di hilir sungai. Peningkatan kos pengendalian dan penyelenggaraan bagi penjanaan kuasa elektrik akibat ribut yang melanda. Untuk setiap peningkatan 1 C suhu sekitar, pengeluaran tenaga turbin gas dan hidro masing-masing akan menurun lebih kurang 2% (ini dianggarkan akan mengakibatkan kerugian tahunan sebanyak RM 40 juta bagi kapasiti 6,600 MW turbin gas yang sedia ada). Peningkatan purata suhu tahunan kepada 31 C akan mengakibatkan kemarau yang akan memberi kesan kepada 273,000 hektar (atau 15%) kawasan tanaman getah, mengakibatkan pengurangan kawasan tanaman di antara 3% hingga 15%. Kesan yang paling ketara dijangka berlaku di negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Peningkatan jumlah hujan akan menyebabkan pengeluaran getah menurun di antara 13% hingga 30%. Negeri Kelantan dan Terengganu dijangka akan paling terjejas. Kejadian kemarau mungkin akan memberi kesan kepada 208,000 hektar kawasan tanaman kelapa sawit, terutamanya di sebahagian kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka. Pengeluaran padi mungkin akan berkurangan sebanyak 9% hingga 10% untuk setiap 1 C kenaikan suhu. Kejadian kemarau berpanjangan juga boleh menjejaskan pengeluaran padi. Kenaikan paras air laut pada kadar 0.9 cm/tahun akan mendatangkan kesan yang serius kepada projek-projek pertanian besar seperti Projek Pembangunan Pertanian Johor Barat. Kenaikan paras air laut akan membawa kesan kepada aktiviti akuakultur persisiran pantai, terutamanya kolam-kolam akuakultur yang berada di dalam 4 UNFCCC = Konvensyen Rangka Kerja Bangsa Bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim 3-12

57 Sektor Kesan-kesan lingkungan kawasan hutan paya bakau di hilir sungai. Kehilangan hutan paya bakau sebanyak 20% diramalkan akan menyebabkan kerugian RM300 juta di dalam industri ternakan udang. Perubahan suhu dan hujan dijangka akan membawa kepada peningkatan dalam kejadian jangkitan penyakit dan haiwan perosak pada tanaman pertanian. Biodiversiti Risiko kebakaran hutan akan meningkat (terutamanya di kawasan tanah gambut) akibat kejadian kemarau yang berpanjangan. Risiko terhadap ekosistem semula jadi akan meningkat seperti fenomena kemusnahan batu karang. Walau bagaimanapun, kesan jangka panjang terhadap biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem amat sukar untuk diramalkan disebabkan oleh proses ekologi yang kompleks. Kepupusan spesies-spesies tumbuhan dan haiwan yang sensitif terhadap perubahan cuaca mikro. Sumber Air Musim panas akan mengakibatkan peningkatan permintaan bekalan air atau tekanan bekalan air dan pembiakan alga. Penyerapan air masin ke air permukaan dan air bawah tanah mungkin akan mengakibatkan pengurangan bekalan air tawar, terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Kejadian ribut besar akan meningkatkan kadar pemendapan sungai dan empangan, kehilangan nutrien tanah dan risiko keruntuhan tebing sungai dan lereng bukit. Sumber: Malaysia s Initial National Communication to UNFCC (MOSTI, 2000) and Study of the Impact of Climate Change on the Hydrologic Regimes and Water Resources of Peninsular Malaysia (NAHRIM, 2006) 3.3 Kedudukan Negara Pertumbuhan Penduduk Nasional Di antara tahun 2000 dan 2008, bilangan penduduk Malaysia dianggarkan akan meningkat daripada 23.3 juta kepada 27.7 juta orang dengan kadar purata pertumbuhan tahunan sebanyak 2.2% setahun. Bagi Semenanjung Malaysia, kadar pertumbuhan penduduk adalah perlahan daripada 2.5% setahun (antara tahun ) kepada 2.2% setahun di antara tahun 2000 hingga 2010; dan kadar pertumbuhan pada masa hadapan dijangka akan merosot sebanyak 2.0% antara tahun 2000 hingga Menjelang tahun 2020, penduduk Semenanjung Malaysia diunjurkan seramai juta orang (Jadual 3.2). Pertumbuhan penduduk yang perlahan ini adalah sama seperti di negara-negara pesat membangun yang lain, dan ia dikaitkan dengan penurunan kadar kesuburan. Penurunan ini berpunca daripada tahap perkahwinan yang semakin kurang atau semakin lambat disebabkan ramai yang melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti, dan memiliki bilangan anak yang kecil bagi mengejar cita-cita dan karier. Peningkatan kos untuk menanggung keluarga turut menyumbang kepada pengurangan pertumbuhan penduduk. 3-13

58 Negeri/ Wilayah Jadual 3.2: Agihan Penduduk Mengikut Negeri, 2020 Saiz Penduduk (juta) % Pengagihan Kadar Pertumbuhan Penduduk Tahunan (%) Perlis 148, , , Kedah 1,116,140 1,364,504 1,649, Pulau Pinang 954,638 1,116,801 1,313, Perak 1,805,198 1,974,893 2,051, Wilayah Utara 4,024,252 4,646,380 5,218, Selangor ,515,537 2,413,567 4,188, W.P. Putrajaya W.P. Kuala Lumpur 977,102 1,226,708 1,379, Negeri Sembilan 573, , , Melaka 464, , , Wilayah Tengah 3,530,971 4,891,491 7,063, Johor 1,638,229 2,162,357 2,740, Wilayah Selatan 1,638,229 2,162,357 2,740, Pahang 798,782 1,081,148 1,288, Terengganu 540, , , Kelantan 893,753 1,207,684 1,313, Wilayah Timur 2,233,161 3,097,388 3,500, Semenanjung Malaysia 11,426,613 14,797,616 18,523, % dari Semenanjung Malaysia Malaysia Timur 2,318,628 3,582,039 4,751, MALAYSIA 13,745,241 18,379,655 23,274, Sumber: (1) 1980 & 1991 Laporan Am Banci Penduduk, Jilid 1 dan 2, Banci Penduduk 2000, Jabatan Perangkaan Malaysia (2) 2000 Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Banci Penduduk 2000, Jabatan Perangkaan Malaysia (3) 2020 Rancangan Fizikal Negara Ke-2, 2010 i. Corak Penduduk Wilayah Penduduk Malaysia diunjurkan di peringkat negara, oleh itu isu utamanya adalah pengagihan penduduk mengikut wilayah dan negeri. Memandangkan penduduk merupakan parameter kritikal untuk perancangan adalah penting untuk memastikan angka tersebut dianggarkan dengan jitu untuk mengelakkan penyalahgunaan peruntukan pelaburan awam dan meningkatkan penggunaan sumber awam secara berkesan. Walau pun unjuran penduduk tahun 2020 bagi sebahagian besar RSN adalah selaras dengan sasaran penduduk RFN Ke-2, masih terdapat ketidakselarasan dalam beberapa RSN. Bagi memenuhi aspirasi setiap negeri, RFN Ke-2 telah mengguna pakai unjuran penduduk RSN yang selaras dengan sasaran RFN Ke-2. Kajian semula unjuran penduduk telah dijalankan dan penyelarasan dibuat melalui perundingan dengan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan. 3-14

59 Isu dalam sasaran penduduk strategik adalah Berapakah jumlah penduduk yang mampu ditampung oleh struktur ekonomi sesebuah negeri?. Peluang pekerjaan, perumahan mampu milik, persekitaran hidup yang kondusif, kos hidup yang rendah, komuniti dan kejiranan yang mesra, merupakan faktor-faktor utama yang mempengaruhi tahap penduduk. Tanpa peluang pekerjaan dalam negeri, migrasi keluar tenaga kerja akan berlaku. Penduduk juga akan berhijrah keluar sekiranya terdapat peluang pekerjaan yang lebih menarik di negeri lain. Wilayah Tengah diunjur akan mengalami kadar pertumbuhan penduduk tertinggi pada 2.5% setahun di antara tahun 2000 dan Kadar pertumbuhan yang tinggi ini didorong oleh migrasi antara negeri, di mana penduduk akan bergerak ke Wilayah Tengah untuk tujuan tersebut. Jadual 3.2, menunjukkan agihan penduduk mengikut negeri bagi tiga bancian penduduk yang lepas dan unjuran penduduk tahun Rajah 3.4 menunjukkan sasaran penduduk tahun ii. Penduduk Bandar - Luar Bandar Kadar penduduk di kawasan bandar akan terus meningkat dan tahap perbandaran dijangka akan mencapai 75% menjelang tahun Wilayah Tengah akan menjadi wilayah perbandaran utama negara. Wilayah ini merupakan wilayah pembangunan dan perindustrian paling membangun dengan penumpuan pusatpusat bandar besar di Lembah Klang. Penduduk bandar di Semenanjung Malaysia akan meningkat sebanyak 8.86 juta dari tahun 2000 ke 2020, dan dijangka mencapai 21 juta pada tahun Menjelang tahun 2020, separuh daripada penduduk Wilayah Timur akan tertumpu di kawasan luar bandar (Jadual 3.3). Kelantan akan terus mempunyai lebih ramai penduduk di kawasan luar bandar berbanding kawasan bandar menjelang tahun Kedah dan Perlis akan mempunyai bilangan penduduk yang hampir seimbang di kawasan bandar dan luar bandar, manakala negeri-negeri yang lain akan mempunyai lebih ramai penduduk di kawasan bandar berbanding luar bandar. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya bagaimanapun secara takrifannya tidak mempunyai penduduk luar bandar. 3-15

60 Negeri/ Daerah Jadual 3.3: Penduduk ( 000) di Kawasan Bandar dan Luar Bandar Mengikut Negeri, Tahun 1991, 2000 dan Bandar % Luar Luar Luar % Bandar % % Bandar % bandar bandar bandar Perlis Kedah , , , Pulau Pinang , , Perak 1, , , Wilayah Utara 2, , , , , , Selangor 6, , , W.P. Putrajaya W.P. Kuala Lumpur 1, , , Negeri Sembilan Melaka Wilayah Tengah 3, , , , , , Johor , , , , Wilayah Selatan , , , , Pahang , Terengganu Kelantan Wilayah Timur 1, , , , , , Semenanjung 7, , , , , , Malaysia Sumber: (1) 1991 Laporan Kiraan Permulaan bagi Kawasan Bandar dan Luar Bandar, Banci Penduduk 2000, Jabatan Perangkaan Malaysia (2) Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Bancian 2000, Banci Penduduk 2000, Jabatan Perangkaan Malaysia (3) 2020 Rancangan Fizikal Negara ke-2, 2010 % 3-16

61 Rajah 3.4 : Sasaran Populasi Mengikut Negeri, 2020 Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke 2,

62 Rajah 3.5 : Peratusan Populasi dalam Kawasan Bandar dan Luar Bandar Mengikut Negeri, 2020 Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke 2,

63 3.3.2 Prestasi Ekonomi i. Keluaran dalam Negara Kasar Kemelut ekonomi dan politik global sejak tahun 1997 telah meninggalkan kesan yang amat ketara ke atas ekonomi Malaysia. Menjelang tahun 2010, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi Semenanjung Malaysia akan mencapai RM436 bilion (mengikut harga tahun 2000), meningkat daripada RM297 bilion pada tahun Pertumbuhan ekonomi bagi RMKe-9 diramalkan pada 6% setahun, namun pencapaian sebenar dianggarkan hanya 2.7%. Berbanding dengan sasaran Wawasan 2020, angka ini tersasar sebanyak 26%. Bagi tempoh , ekonomi sebenar berkembang sebanyak 5.4% setahun berbanding dengan sasaran Wawasan 2020 sebanyak 7% setahun. Kerajaan telah melancarkan dua pakej rangsangan ekonomi pada tahun ; dan mengumumkan langkah-langkah ekonomi baru pada pertengahan kedua tahun 2009 (Rujuk Bahagian 4.2). Untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, EPU mengunjurkan kadar purata pertumbuhan tahunan bagi KDNK Malaysia sebanyak 5.5% bagi tempoh Justeru, bagi tahun 2020, anggaran KDNK bagi Semenanjung Malaysia adalah RM744 bilion mengikut harga tahun 2000, dengan mengguna pakai anggaran pertumbuhan ekonomi RMKe-10 (Rujuk Bahagian 3.4). Negeri-negeri di Wilayah Tengah akan membangun lebih pesat berbanding dengan negara secara keseluruhannya, manakala Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mempunyai KDNK yang terbesar menjelang tahun Negeri-negeri di Pantai Timur akan juga berkembang secara sederhana dalam tempoh ini dengan kadar yang lebih cepat berbanding negara. Jadual 3.4: KDNK Mengikut Wilayah, KDNK (RM juta mengikut harga tahun 2000) Kadar Pertumbuhan Purata Tahunan (%) Wilayah Utara 63,748 80,663 93, , , Wilayah Tengah 146, , , , , Wilayah Selatan 36,435 46,090 53,000 68,700 89, Wilayah Timur 50,361 65,148 71,000 92, , Semenanjung Malaysia 297, , , , , Nota: KDNK bagi harga tahun 2000 untuk tahun 2000, 2005 dan 2010 dipetik dari data EPU yang tidak diterbitkan. Selepas tahun 2010, anggaran KDNK adalah berdasarkan pertumbuhan keseluruhan dan agihan tahun 2010, dibundarkan ke angka 100 terhampir. Pertumbuhan ekonomi bagi tahun dianggarkan 5.5% setahun. Sumber: Dikira daripada data KDNK negeri yang tidak diterbitkan, EPU dan RMKe

64 ii. Sumbangan dan Unjuran Mengikut Sektoral Jadual 3.5 menunjukkan anggaran bagi unjuran KDNK negeri mengikut sumbangan sektoral. Jadual 3.5: Unjuran KDNK Negeri Mengikut Sumbangan Sektoral (%), Negeri Utama (%) Sekunder (%) Tertiari (%) Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Selangor W.P. Kuala Lumpur Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Terengganu Kelantan Nota: (1) Sumbangan ekonomi kepada KDNK mengikut negeri berdasarkan Jadual 1, data KDNK mengikut sektor oleh EPU yang tidak diterbitkan bagi tahun Anggaran KDNK tidak disesuaikan mengikut caj bank dan duti import. (2) Anggaran bagi tahun adalah berdasarkan trend di dalam sektor pertumbuhan bagi tempoh dan disesuaikan bagi menunjukkan pembangunan sektoral di peringkat nasional. (3) Selangor meliputi W.P. Putrajaya Sumber: Data yang tidak diterbitkan, EPU iii. Pekerjaan Senario pekerjaan dan tenaga kerja menunjukkan kadar pengangguran akan kekal pada paras yang rendah sepanjang tempoh perancangan, dengan anggaran 3.5%. Menjelang tahun 2020, tenaga buruh dijangka mencapai 12.4 juta dan jumlah pekerjaan akan mencecah 12 juta (Jadual 3.6). Jadual 3.6: Tenaga Buruh dan Pekerjaan di Malaysia, Kumpulan Pekerjaan KPPT (%) Tenaga Buruh ( 000) 7, , , , , Jumlah Pekerjaan ( 000) 6, , , , , Nisbah Pekerjaan- Penduduk Nisbah Pekerja-Isirumah Pengangguran ( 000) Kadar Pengangguran (%) Sumber: RMKe-7,RMKe-8 dan RMKe

65 Struktur pekerjaan pada tahun 2020 akan mempunyai lebih ramai pekerja yang berpendidikan tinggi dalam bidang yang berkaitan pengurusan, profesional dan teknikal. Perubahan paling besar dijangka berlaku dalam industri perkhidmatan dan kraf serta yang berkaitan perdagangan runcit. Pekerjaan yang dijangka merosot termasuklah operator loji dan mesin serta pekerja pemasangan (Jadual 3.7). Jadual 3.7: Pekerjaan di Malaysia ( 000) Mengikut Kumpulan Pekerjaan 1, 1995, 2000 dan 2020 Kumpulan Pekerjaan ( 000) % ( 000) % ( 000) % Pegawai Tinggi & Pengurus , Pekerja Profesional Juruteknik dan Profesional Bersekutu 4 1, , , Pekerja Perkeranian , Pekerja Perkhidmatan dan Pekerja Kedai & Jualan 6 1, , , Pekerja Kemahiran Pertanian dan Perikanan 7 1, , , Pekerja Pertukangan dan Perdagangan berkaitan , , Operator Loji dan Mesin & Pemasang 9 1, , , Pekerjaan Asas 10 1, , , Jumlah 9, , , Nota: 1 Klasifikasi ini berdasarkan Standard Klasifikasi Pekerjaan Malaysia Ini termasuk pengurus besar, pengurus jabatan dan pegawai tinggi kerajaan. 3 Ini termasuk graduan pengajar profesional, akauntan dan juruaudit dan pereka sistem komputer dan penganalisis. 4 Ini termasuk guru bukan-graduan, penyelia dan juruteknik jentera dan juruteknik sokongan komputer. 5 Ini termasuk kerani pentadbiran, kerani akauntan dan kewangan dan operator telefon. 6 Ini termasuk tukang masak, pemandu pelancong dan pelayan. 7 Ini termasuk pekerja kebun, ladang dan perhutanan. 8 Ini termasuk mekanik dan pemasang, tukang kayu dan tukang jahit. 9 Ini termasuk pemasang peralatan, pemandu, dan operator mesin. 10 Ini termasuk jurujual jalanan, pembantu rumah dan pencuci, buruh binaan dan penyelenggaraan. Bagi tahun Anggaran berdasarkan trend masa lalu bagi tempoh Sumber: RMKe-9 dan JPM, Laporan Bancian Tenaga Buruh Malaysia, Corak Guna Tanah Corak guna tanah Semenanjung Malaysia pada tahun 2008 dikategorikan kepada empat guna tanah utama iaitu: Guna Tanah Keluasan (hek) % Kawasan Tepubina 759, % Pertanian 6,268, % Hutan 5,902, % Badan Air 251, % Keluasan Semenanjung Malaysia 13,181, % Sumber : Data GIS, Rancangan Fizikal Negara Ke-2, 2010 i. Kawasan Tepu Bina RFN Ke-2 mendefinisikan kawasan tepu bina sebagai kawasan yang sebahagian besarnya adalah untuk kegunaan bandar, meliputi pelbagai jenis guna tanah seperti perumahan, perniagaan, perindustrian dan kegunaan institusi serta kemudahan sokongan seperti jalan, utiliti awam, kawasan lapang, taman-taman dan tanah kosong. Kawasan tepu bina sedia ada merangkumi kira-kira 759,900 hektar atau 5.8% daripada jumlah keseluruhan Semenanjung Malaysia. Daripada jumlah ini, 3-21

66 sebahagian besar kawasan tepu bina adalah di Wilayah Tengah di mana terletaknya pusat-pusat bandar besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka (Jadual 3.8 dan Rajah 3.6). Pusat bandar pada dasarnya merupakan nod aktiviti dan pusat tumpuan penduduk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya mempunyai tumpuan tepu bina yang paling tinggi masing-masing sebanyak 92.6% dan 72.7% daripada jumlah keseluruhan kawasan. Manakala Kelantan hanya mempunyai 2.6% kawasan yang dikelaskan sebagai tepu bina. Jadual 3.8: Guna Tanah Semasa Mengikut Negeri, 2008 ( 000 hektar) Negeri Tepubina % Pertanian % Hutan % Badan Air % Jumlah Perlis % Kedah % Pulau Pinang % Perak , ,096.6 % WILAYAH UTARA , , ,229.0 % Selangor % W.P. Putrajaya % W.P. Kuala Lumpur % Negeri Sembilan % Melaka % WILAYAH TENGAH ,655.2 % Johor , ,907.7 % WILAYAH SELATAN , ,907.7 % Pahang , , ,592.3 % Terengganu ,294.9 % Kelantan ,502.6 % WILAYAH TIMUR , , ,389.8 % JUMLAH , , ,181.7 % Nota: Keluasan setiap negeri mungkin berbeza dengan keluasan sebenar disebabkan oleh perbezaan data GIS. Namun, perbezaan tersebut bersifat marjinal dan boleh diterima untuk analisis spatial makro. Sumber : Data GIS, JPBDSM 2009 Jumlah Tanah Perhutanan berdasarkan data oleh Jabatan Perhutanan,

67 ii. Pertanian Kawasan pertanian, khususnya yang berada di sekitar pusat-pusat bandar, kini diancam oleh rebakan bandar. Dengan peningkatan jumlah penduduk dan pertumbuhan ekonomi yang pesat, tanah pertanian semakin dicerobohi dan ditukar syarat kegunaannya untuk memenuhi tambahan keperluan perumahan serta ruang lantai komersil dan permintaan tanah industri. Walaupun kehilangan tanah pertanian berlaku secara berterusan, pertumbuhan pembangunan yang terancang harus dilaksanakan untuk memastikan pembaziran atau kehilangan tanah pertanian yang bernilai tidak berlaku atau sekurang-kurangnya pada tahap minimum. Pengenalpastian Kawasan Pertanian Utama (KPU) adalah penting untuk memberi keutamaan kepada tanah pertanian yang perlu dipulihara dan disokong berdasarkan kawasan pengeluaran makanan dan komoditi makanan utama yang sedia ada dan berpotensi. RFN Ke-2 telah mengenal pasti KPU yang perlu dipulihara seperti berikut: a. Kawasan jelapang padi yang terdiri daripada Muda (MADA), Kemubu (KADA), IADA Kerian-Sungai Manik, IADA Barat Laut Selangor, IADA Pulau Pinang, IADA Seberang Perak, IADA Terengganu Utara (KETARA) dan IADA Kemasin- Semerak; b. Kawasan tanaman padi di luar kawasan jelapang padi; c. Kawasan pertanian ditetapkan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM); d. Kawasan pertanian yang tidak mengalami musim kering dan mengalami musim kering yang singkat; e. Kawasan pertanian dalam Kelas 1, Kelas 2, Kelas 3 dan tanah gambut dan tanah organik. Pada tahun 2006, keluasan keseluruhan KPU telah meningkat sebanyak 18.9% berbanding KPU dalam Peta Guna Tanah Pertanian tahun Ini disebabkan oleh peningkatan tanaman kelapa sawit di kawasan Tahap 1 dan Tahap 2. Penanaman kelapa sawit di kawasan Tahap 1 dan Tahap 2 telah meningkat masing-masing sebanyak 34.9% dan 40.4%. Kawasan pertanian yang telah dikenal pasti di bawah tanah Kelas 1 dan Kelas 2 juga telah meningkat sebanyak 7.64%. Walau bagaimanapun, kawasan padi termasuk kawasan jelapang padi, telah mengalami penurunan sebanyak 7.9% sepanjang tempoh tahun 2000 hingga iii. Hutan Mengikut statistik daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, pada tahun 2008, 5.9 juta hektar atau 45% daripada jumlah keseluruhan keluasan Semenanjung Malaysia merupakan kawasan hutan. Daripada jumlah ini, hampir 4.8 juta hektar adalah kawasan hutan simpan di bawah pengurusan hutan secara 3-24

68 mampan, dengan 2.0 juta hektar dikelaskan sebagai hutan perlindungan dan selebihnya iaitu 2.8 juta hektar sebagai hutan pengeluaran. Isu utama adalah kehilangan kawasan hutan dan pemecahan kawasan hutan. Adalah didapati bahawa kawasan perlindungan secara relatifnya masih selamat, namun kawasan rizab hutan dengan mudahnya dapat dinyahwarta kepada tanah hutan negeri, yang kemudiannya ditukar syarat kepada tanah pertanian. Antara tahun 2001 dan 2005, lebih 40,000 hektar kawasan hutan simpan telah ditebang di Semenanjung Malaysia. Selain daripada itu, kawasan di dalam hutan simpan yang ditanam dengan getah, kelapa sawit dan tanaman lain meningkat daripada 4,686 hektar pada tahun 2005 kepada 38,387 hektar pada tahun Blok hutan dipterokarp tanah rendah terbesar yang masih kekal dan menjadi habitat utama bagi mamalia besar seperti gajah, harimau, seladang dan badak adalah Taman Negara dan hutan simpan di sekitarnya, seperti Taman Negara Endau-Rompin, Rizab Hidupan Liar Krau, dan juga kawasan hutan simpan seperti Hutan Simpan Ibam (Pahang) dan Hutan Simpan Lenggor (Johor). Sebahagian besar hutan tanah rendah yang ada kini wujud secara berasingan, saiznya terlalu kecil atau terletak jauh terpencil sehingga tidak mampu menampung hidupan mamalia besar dalam jumlah yang tinggi pada masa hadapan. Sebahagian besar daripada dua kompleks hutan paya gambut utama di Utara Selangor dan Tenggara Pahang, telah mengalami kemusnahan teruk atau ditukar syarat untuk kegunaan pertanian. Pada masa kini, terdapat usaha untuk mengurus dan memulihkan kawasan penyerap karbon yang penting ini secara mampan. Ekosistem hutan di zon persisiran pantai berkemungkinan merupakan kawasan yang paling teruk terancam oleh tekanan pembangunan yang tinggi di kawasan ini. Akibatnya, hanya sebahagian hutan pesisir pantai yang unik yang masih tinggal, seperti Hutan Gelam di pantai timur, hutan dipterokarp pantai bukit di Terengganu dan Perak serta hutan paya air tawar di Sedili, Johor. iv. Badan Air Badan air yang merangkumi kawasan sungai utama, tasik empangan dan kolam, meliputi lebih kurang 1.9% daripada keluasan Semenanjung Malaysia. Kategori ini termasuklah bekas lombong yang kebanyakannya terletak di Perak. Terdapat kawasan badan air yang agak kecil di Melaka (1.4 hektar), Perlis (1.8 hektar), Pulau Pinang (2.4 hektar) dan Negeri Sembilan (3.9 hektar). Kawasan badan air di Kedah dan Selangor yang masing-masing meliputi 2.0% dan 2.6% adalah sangat kecil iaitu 18,700 hektar dan 20,000 hektar berbanding dengan 65,000 hektar bagi Perak dan 50,600 hektar bagi Terengganu. 3-25

69 3.3.4 Corak Petempatan Semasa Corak petempatan semasa merupakan hasil daripada perubahan ekonomi dan sosioekonomi negara masa lampau dan masa kini, di mana ciri pengeluaran dan pengangkutan yang pelbagai mempengaruhi taburan geografi aktiviti dan juga penduduk. Selaras dengan proses pembangunan negara, perubahan dalam kedudukan politik, citarasa pengguna, gaya hidup dan teknologi telah menghasilkan ekonomi baru dan suasana ekonomi yang sentiasa berubah. Perubahan ini telah membawa perubahan terhadap pusat-pusat pengeluaran, bentuk bandar dan seterusnya corak petempatan. Perubahan ini berlaku secara perlahan disebabkan tekanan faktor sosial iaitu keengganan penduduk untuk membuat penyesuaian dan keinginan untuk mendapatkan semula keuntungan sepenuhnya kos infrastruktur dan pelaburan-pelaburan lain yang tinggi. Kemunculan rejim ekonomi baru tidak semestinya menghapuskan corak petempatan yang dihasilkan oleh rejim terdahulu, tetapi sebaliknya akan mendorong penyesuaian dan perkembangan ke atas petempatan tersebut. Perubahan dalam rejim ekonomi bagaimanapun boleh berlaku dengan pesat iaitu satu proses yang boleh ditingkatkan melalui penggunaan teknologi. Proses ini telah dan akan terus memberi kesan ke atas corak petempatan semasa Semenanjung Malaysia. Corak petempatan semasa Semenanjung Malaysia meliputi zon utama yang merangkumi bandaraya dan bandar, ladang-ladang dan tanah pertanian komersil yang maju di sepanjang Pantai Barat dari kaki bukit banjaran tengah sehingga ke kawasan pantai. Bandaraya dan bandar yang lebih besar kebanyakannya terlibat dengan aktiviti pembuatan dan perkhidmatan. Bandar-bandar yang lebih kecil menyediakan perkhidmatan runcit dan perkhidmatan sokongan kerajaan, umumnya untuk orang awam, dengan beberapa aktiviti pembuatan yang berselerak. Walau bagaimanapun, masih terdapat aktiviti perkebunan terpencil dalam zon ini dan juga penumpuan aktiviti ini di pinggir zon utara di bahagian timur Kedah dan Perlis. Di bahagian timur banjaran tengah, zon pembangunan dan petempatan penduduk tidak kelihatan dengan jelas. Petempatan penduduk secara amnya adalah berselerak tetapi terdapat tumpuan petempatan di kawasan delta Kelantan, kawasan muara Terengganu dan bahagian barat kaki bukit Pahang, sepanjang Pantai Timur dan sepanjang sungai. Kebanyakan petempatan ini masih terlibat dalam aktiviti separa perladangan. Kawasan ini juga mempunyai petempatan baru yang diwujudkan oleh Perbadanan-perbadanan Pembangunan Wilayah di Selatan Kelantan (KESEDAR), Terengganu Tengah (KETENGAH), Jengka, Pahang Tenggara (DARA) dan Johor Tenggara (KEJORA). Aktiviti industri telah bertapak di Kuantan dan selatan Terengganu serta kawasan tengah Pahang. Pelancongan pula telah menjadi penting di zon pantai dan kepulauan. Walau bagaimanapun, pada keseluruhannya, bahagian timur adalah kurang membangun berbanding dengan bahagian barat Semenanjung Malaysia. 3-26

70 Rajah 3.7 : Perhubungan Hierarki Bandar Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke 2,

71 Sistem infrastruktur seperti jalan, rel, pelabuhan dan lapangan terbang menyokong sistem petempatan negara. Walau bagaimanapun, pada amnya jaringan perhubungan dan pengangkutan adalah lebih maju di Pantai Barat berbanding Pantai Timur. Satu lebuh raya (Lebuh Raya Utara-Selatan) telah tersedia digunakan di sepanjang zon Pantai Barat manakala satu lagi lebuh raya (Lebuh Raya Pantai Timur) ke Pantai Timur kini telah pun disediakan. Terdapat landasan kereta api yang mengunjur sepanjang Pantai Barat, sementara landasan kereta api di Pantai Timur hanya meliputi sebahagian kawasan pantai timur yang melalui bahagian tengah Semenanjung dan tidak meliputi kawasan di sepanjang pantai timur. Selain dari itu, terdapat tiga pelabuhan utama (Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pulau Pinang) dan Lapangan Terbang Antarabangasa Kuala Lumpur (KLIA) terletak di Pantai Barat. Sistem infrastruktur ini menggambarkan tumpuan ekonomi yang kuat di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Semenjak beberapa dekad yang lalu, Semenanjung Malaysia telah mengalami kadar perbandaran yang pesat dengan peratusan penduduk menetap di kawasan bandar meningkat daripada 26.7% pada tahun 1970 kepada 65.4% pada tahun Penduduk bukan sahaja telah berpindah ke kawasan bandar, malah telah bertumpu di beberapa conurbation, iaitu di sekitar Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bahru. Jumlah penduduk di ketiga-tiga conurbation ini adalah hampir 54% daripada jumlah penduduk Semenanjung dan dijangka akan meningkat kepada 75% menjelang tahun Perbandaran tidak hanya bercirikan migrasi luar bandar ke bandar, tetapi juga migrasi terus ke kawasan conurbation, yang mengakibatkan pengurangan ketara ekonomi penduduk di kampung-kampung dan kawasan luar bandar. Walaupun kebanyakan kampung-kampung dapat mengekalkan penduduk yang sudah berusia, kampungkampung terpencil dijangka akan mengecil dan lupus. Pusat-pusat bandar utama dan kecil di luar conurbation, kecuali beberapa bandar sahaja, turut mengalami kehilangan peratusan penduduk bandar kepada conurbation. Corak petempatan seperti yang dinyatakan di dalam Dasar Perbandaran Negara (DPN) adalah seperti berikut: i. Conurbation Pertumbuhan Negara : Conurbation Kuala Lumpur Conurbation Kuala Lumpur merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya, Shah Alam, Klang, Nilai dan Seremban, dicadangkan sebagai Conurbation Pertumbuhan Negara. Secara dasarnya, kawasan Conurbation Kuala Lumpur menganjur daripada Kuala Selangor di utara ke Port Dickson di selatan. Conurbation Kuala Lumpur berpotensi untuk menampung penduduk seramai juta orang atau 37% daripada jumlah penduduk Semenanjung Malaysia menjelang tahun Isu utama bagi Conurbation Kuala Lumpur adalah keperluan untuk menjalankan kajian terperinci bagi menangani keperluan penyediaan dan perkongsian lebih banyak ruang, terutamanya guna tanah bercampur dan berkepadatan tinggi di kawasan pembangunan terdahulu serta sistem transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) dengan mengambil perhatian terhadap aspek alam persekitaran dan implikasi 3-28

72 terhadap kualiti hidup penduduk di dalam conurbation. Kajian ini perlu juga mewujudkan zon kawasan hijau untuk memberi identiti kepada komuniti serta kawasan rekreasi wilayah. ii. Conurbation Pertumbuhan Wilayah Matlamat untuk mengukuhkan Conurbation Pertumbuhan Wilayah adalah untuk keberkesanan pengagihan peluang ke arah merealisasikan keseimbangan dalam pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal di seluruh Semenanjung Malaysia. Pada masa yang sama, ia bertujuan untuk mengimbangi semula aktiviti ekonomi dan penduduk yang terlalu tertumpu di Conurbation Kuala Lumpur. Conurbation Pertumbuhan Wilayah adalah berskala spatial tahap wilayah-bandar, di mana kawasan pusat bandar menarik penduduk untuk bekerja dan memperolehi perkhidmatan, seperti membeli-belah dan riadah. Untuk memacu pembangunan di wilayah bersebelahan, kawasan tersebut perlu mempunyai saiz ruang dan critical mass yang mencukupi. Justeru, prestasi ekonomi wilayah-bandar akan meningkat secara signifikan melalui hubung kait fungsi yang lebih kuat dalam rantaian penawaran and aglomerasi ekonomi. Tambahan pula, Conurbation Pertumbuhan Wilayah seperti Kuantan, akan dihubungi dengan kawasan pedalaman yang lebih luas dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), untuk memangkin dan menyokong pembangunan bandar-bandar kecil, perkampungan dan kawasan desa. Conurbation Pertumbuhan Wilayah adalah seperti berikut; Wilayah Utara - Conurbation George Town Conurbation ini merangkumi negeri Pulau Pinang dan kawasan berhampiran di selatan Kedah dan utara Perak. Conurbation ini dirujuk sebagai Conurbation George Town. Dalam konteks Conurbation George Town, cadangan kawasan conurbation akan merentasi tiga negeri: Pulau Pinang, selatan Kedah dan utara Perak. Conurbation George Town dijangka akan menampung penduduk berjumlah 2.42 juta menjelang Wilayah Selatan - Conurbation Johor Baru Conurbation Johor Baru dijangka menampung penduduk 2.4 juta menjelang 2020, dijangka akan meliputi bahagian selatan negeri Johor dari Tanjung Pelepas di sebelah barat sehingga ke Pasir Gudang di sebelah timur. Wilayah Timur - Conurbation Kuantan Lokasi yang strategik, infrastruktur dan kelebihan faedah berbanding yang terdapat di Kuantan membolehkannya dikategorikan sebagai conurbation pertumbuhan wilayah, walaupun dapat dilihat dari segi saiz ia berfungsi di peringkat yang lebih rendah. Conurbation Kuantan dijangka 3-29

73 berkembang ke arah selatan Terengganu dengan anggaran penduduk 1.4 juta dan akan berfungsi sebagai pusat fokus pertumbuhan pantai timur. iii. Conurbation Separa Wilayah Ipoh dan Melaka akan berperanan sebagai Conurbation Separa Wilayah untuk menyokong Conurbation Pertumbuhan Wilayah. Dalam tempoh masa selepas tahun 2020, bergantung pada pembangunan rangkaian rel berkelajuan tinggi, Melaka berpotensi menjadi satu connective conurbation pertumbuhan selatan kepada Conurbation Kuala Lumpur. iv. Conurbation Pertumbuhan Negeri Ibu-ibu negeri sedia ada seperti Alor Setar, Kangar, Kuala Terengganu dan Kota Bharu termasuk di dalam hierarki di peringkat ini. Ibu-ibu negeri ini akan berperanan sebagai pusat pentadbiran utama, komersial, kewangan, sosial dan pusat kebudayaan untuk negeri. Walau bagaimanapun dari segi ekonomi kebanyakan ibu negeri ini mungkin tidak dapat berkembang dari segi ekonomi akibat dari persaingan global yang sengit. v. Conurbation Pertumbuhan Daerah Dalam konteks Semenanjung, terdapat sebilangan pusat bandar yang berada di peringkat yang lebih rendah, yang mempunyai aktiviti pembuatan dan perkhidmatannya sendiri. Pusat-pusat bandar ini membekalkan perkhidmatan dan barangan bukan sahaja kepada pasaran antarabangsa, malahan juga kepada kawasan luar bandar. Contoh bagi bandar-bandar yang telah membangun ini ialah Muar-Batu Pahat-Kluang, dan pusat-pusat yang sedang muncul ialah Temerloh- Mentakab dan Sitiawan-Lumut-Manjung. vi. Pusat Petempatan Utama dan Kecil Bandar-bandar dengan bilangan penduduk di antara 10,001 hingga 100,000 dikategorikan sebagai Pusat Petempatan Utama dan Pusat Petempatan Kecil. Kebanyakan daripada bandar-bandar ini didapati tidak berkembang, kecuali bagi bandar-bandar yang terletak dalam lingkungan pengaruh conurbation dan bandarbandar berciri khas seperti Temerloh-Mentakab, Lumut-Sitiawan-Manjung atau bandar-bandar yang lebih besar seperti Muar-Batu Pahat-Kluang. Ini adalah kesan daripada perubahan struktur ekonomi Malaysia. Pusat Petempatan Utama dan Kecil yang juga dikenali sebagai bandar Kecil dan Sederhana, telah membangun berasaskan perdagangan dan perkhidmatan dengan kawasan pedalaman masing-masing, termasuk perkhidmatan pentadbiran. Ekonomi kawasan pedalaman ini yang berasaskan pertanian didapati tidak berkembang. Sekiranya bandar-bandar tersebut tidak mampu membangunkan aktiviti 3-30

74 perindustrian seperti bandar-bandar lain yang terletak di dalam lingkungan pengaruh conurbation, atau mengembangkan ekonomi mereka berdasarkan kepada ciri-ciri khas, maka pertumbuhan bandar-bandar tersebut akan terus terhad. Pada masa yang sama, disebabkan peningkatan pendapatan di pusat-pusat bandar besar, petempatan kecil ini berhadapan dengan tekanan migrasi keluar terutamanya di kalangan golongan muda. Pada amnya, ini mengakibatkan pengurangan penduduk, walaupun keseluruhan keadaan ekonomi bandar tersebut mungkin tidak merosot. Proses kemerosotan bandar-bandar ini berkemungkinan agak perlahan kerana peniaga generasi tua akan terus menjalankan perniagaan mereka walaupun menghadapi marginalisasi yang berterusan. Bagaimanapun, anak-anak peniagapeniaga ini dijangka tidak akan meneruskan perniagaan ini dan akan lebih cenderung untuk berpindah keluar, dan seterusnya menyumbang kepada pergerakan penduduk ke conurbation. Sebaliknya, pusat petempatan utama dan kecil yang terletak di dalam kawasan pengaruh conurbation adalah lebih cenderung untuk diserapkan dan menjadi bandar satelit atau kawasan pinggiran metropolis utama di dalam conurbation tersebut. Bandar-bandar ini dijangka akan mengalami pertumbuhan penduduk yang pesat dan perubahan yang mendadak dalam asas pekerjaan. Pada dekad yang lepas, beberapa bandar seperti Nilai, Rawang, Balakong, Senai dan Ulu Tiram telah mengalami perubahan ini. Dengan kemudahan pengangkutan seperti lebuh raya dan perhubungan kereta api komuter mengunjur keluar dari conurbation ke kawasan luarnya, lebih banyak pusat petempatan utama dan kecil akan mendapat faedah daripada perkembangan pembangunan dari pusat bandar. Suntikan pelaburan buatan di bandar-bandar yang sedang merosot tidak akan menghasilkan keberkesanan ekonomi. Dasar kerajaan tidak sepatutnya menghalang perubahan demografi ini tetapi perlu membantu pusat petempatan utama dan kecil menjadi maju. Bandar-bandar ini masih diperlukan oleh penduduk luar bandar walaupun ia hanya dapat menampung sebilangan penduduk berniaga. Pengusaha dari bandar-bandar ini perlu mewujudkan perhubungan di antara ekonomi perbandaran di bandar dan kawasan luar bandar. Sokongan perlu diberi kepada pengusaha pertanian, perkhidmatan dan lain-lain enterpris. Program pendidikan dan latihan bagi menyediakan golongan muda untuk berhijrah keluar dan diintegrasikan dengan ekonomi bandar hendaklah digalakkan. vii. Pusat Pertumbuhan Desa Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) dan petempatan desa merupakan petempatan yang mempunyai penduduk kurang daripada 10,000 orang. PPD merupakan pusat desa utama yang boleh menyediakan perkhidmatan kepada sesebuah kawasan pedalaman yang terdiri daripada beberapa kawasan petempatan desa. Pusat-pusat ini dilengkapi dengan kemudahan awam asas dan perkhidmatan setempat untuk petempatan di sekitarnya. Petempatan-petempatan ini merangkumi perkampungan tradisional, perkampungan baru di luar kawasan bandar, perkampungan nelayan, 3-31

75 petempatan estet pertanian, petempatan Orang Asli, petempatan FELDA dan juga FELCRA. Pada masa kini, kawasan petempatan desa termasuk dalam kategori tanah yang dikenali sebagai pertanian. Sumber pendapatan utama bagi petempatan ini adalah pertanian, terutamanya penanaman kelapa sawit, getah, padi dan dusun buah-buahan. Pertanian sayursayuran dijalankan di lokasi yang spesifik seperti Cameron Highlands, Lojing, Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Tumpat dan juga Sepang; manakala tanaman lain seperti tanaman ladang, rempah dan herba ditanam di kawasan yang lebih kecil. Untuk pendapatan sambilan, mereka turut memelihara binatang ternakan dan terlibat dalam pengeluaran akuakultur. Bagi nelayan, kebanyakan mereka terbabit dengan penangkapan ikan persisiran pantai. Dalam proses perbandaran dan migrasi keluar luar bandar, sebilangan besar petempatan desa dijangka mengalami kekurangan penduduk dan tidak berdaya maju dari segi ekonomi. Keadaan ini mungkin memerlukan pengumpulan penduduk luar bandar di PPD, di mana penyediaan perkhidmatan boleh ditambah baik dan dipertingkatkan. Perkhidmatan desa khususnya pendidikan dan kesihatan, perlu dinilai semula agar dapat dipadankan dengan struktur baru penduduk luar bandar. Isu atau cabaran utama di kawasan petempatan desa adalah pendapatan yang rendah di kalangan penduduk luar bandar yang bergantung tinggi kepada hasil pertanian. Ini disebabkan oleh saiz tanah pertanian yang dimiliki atau dikerjakan oleh setiap petani adalah terlalu kecil untuk membolehkan mereka memiliki pendapatan yang memuaskan. Walaupun peneroka FELDA yang merupakan contoh terbaik bagi golongan petani berpendapatan memuaskan, mereka hanya memiliki tanah seluas 3.2 hektar bagi setiap keluarga, manakala purata pegangan bagi pekebun kecil RISDA adalah 2.3 hektar. Kebanyakan petani di perkampungan tradisional pula bekerja di kebun dengan keluasan kurang dari 2 hektar. 3-32

76 BAB 4 Strategi Pembangunan RANCANGAN FIZIKAL NEGARA

77 BAB 4 STRATEGI PEMBANGUNAN Strategi pembangunan mempunyai implikasi penting terhadap prestasi ekonomi dan kualiti kehidupan di Semenanjung Malaysia. Strategi pembangunan yang dipilih bermatlamat untuk menjadikan negara ini suatu tempat yang menarik untuk didiami, bekerja, berekreasi, melabur, berniaga dan melancong. Untuk mencapai matlamat tersebut, tanah yang mencukupi dan bersesuaian perlu disediakan bagi menyokong inisiatif perniagaan, mengekalkan pertumbuhan ekonomi serta menyediakan infrastruktur dan utiliti. Pada masa yang sama, mempertingkatkan kesesuaian untuk didiami, memudahcara pembangunan semula bandar, melindungi alam sekitar dan menggunakan sumber asli secara berhemah. Pada tahun 2020, dianggarkan hampir 75% daripada jumlah penduduk di Semenanjung Malaysia akan menetap dalam kawasan bandar. Justeru, peruntukan perlu disediakan untuk menampung kira-kira 4.7 juta tambahan penduduk antara tahun 2010 hingga Kira-kira 1.92 juta pekerjaan baru, kebanyakannya perkhidmatan tertiari perlu diwujudkan dalam tempoh 10 tahun akan datang. Ini bagi menyokong pertambahan peratusan penduduk dalam kumpulan umur bekerja serta kebarangkalian berlakunya pengurangan peluang pekerjaan dalam sektor pertanian dan beberapa industri pembuatan berintensifkan buruh dan industri perkilangan bernilai tambah rendah. Secara keseluruhannya, dianggarkan kira-kira 200,000 hektar tanah bandar diperlukan untuk memenuhi keperluan pembangunan di Semenanjung Malaysia untuk tempoh 10 tahun akan datang. Dalam menentukan strategi yang dipilih, isu-isu di peringkat negara dan global, peluang serta keperluan telah diambilkira sebagai asas utama dalam pembentukan dasar-dasar perancangan spatial negara. 4.1 Konsep Strategi Pembangunan Strategi pembangunan RFN telah dikaji semula dan ditambah baik untuk menyediakan satu ekspresi geografi dan tindak balas spatial yang proaktif terhadap perubahan semasa termasuk komitmen konvensyen antarabangsa seperti biodiversiti dan perubahan iklim. Masalah kelembapan ekonomi global semasa, pengurangan perbelanjaan awam oleh Kerajaan, konsep 1Malaysia dan ekonomi berpendapatan tinggi, koridor pertumbuhan wilayah dan lain-lain teras pembangunan strategik utama negara seperti RRJP3, RMKe- 9, Dasar Perbandaran Negara (DPN), Pelan Induk Perindustrian Ke-3 (IMP3), Dasar Pertanian Negara Ke-3 (NAP3), perhutanan, pelancongan, pemuliharaan alam sekitar dan biodiversiti, pengangkutan, tenaga dan teknologi hijau telah dikaji dan dianalisis. Bagi merealisasikan objektif sosio-ekonomi nasional untuk berdaya saing di peringkat global, perpaduan negara, pembangunan mampan dan kualiti hidup yang tinggi, terjemahan rancangan-rancangan dan dasar sektoral negara ke dalam dimensi spatial memerlukan negara untuk: 4 1

78 i. Merasionalisasi dan memperkukuhkan rangka kerja perancangan spatial negara yang disokong oleh infrastruktur strategik utama; ii. Mencapai ekonomi berpendapatan tinggi; iii. Mempromosikan pembangunan wilayah yang lebih seimbang; iv. Mengoptimumkan penggunaan tanah dan sumber alam semula jadi; v. Melindungi kualiti dan kepelbagiaan spatial dan alam sekitar; dan vi. Memudahcara perhubungan dan integrasi sosial di antara negeri secara bersepadu. Dasar spatial dan cadangan pembangunan RFN adalah berdasarkan Strategi Pembangunan Tumpuan Terpilih yang merupakan tindak balas perancangan fizikal untuk menangani persaingan sengit daripada peningkatan ekonomi global dan liberalisasi perdagangan. Pra syarat utama adalah untuk menjanakan kadar pertumbuhan mampan yang tinggi, khususnya melalui perindustrian yang pesat bagi mencapai Wawasan Sehubungan ini, fokus pembangunan khusus ditumpukan kepada tiga wilayah geografi, iaitu Pantai Barat, Pantai Timur dan Banjaran Tengah yang mengemukakan ciri-ciri, isu dan potensi pembangunan yang hampir sama. Strategi pembangunan untuk Wilayah Pantai Barat adalah untuk memudahcara perkembangan perbandaran dan industri serta memastikan penggunaan infrastruktur yang optimum. Pembangunan tertumpu di tiga conurbation pertumbuhan utama iaitu Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bahru. Infrastruktur strategik utama di pintu masuk antarabangsa utama dan hab negara seperti rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi, lebuh raya, pelabuhan dan lapangan terbang akan dibangunkan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi nilai ditambah tinggi di setiap conurbation utama. Sektor swasta, khususnya pelaburan langsung asing akan memacu pertumbuhan pesat tersebut. Penumpuan bagi Wilayah Pantai Timur adalah dalam Conurbation Kuantan untuk pembangunan sektor industri dan perkhidmatan, manakala inisiatif pembangunan di Kota Bharu akan ditumpukan kepada perdagangan merentas sempadan dengan Thailand. Potensi pelancongan wilayah ini juga akan diekploitasikan dan dipertingkatkan dengan penglibatan aktif para penduduk dalam ekonomi moden melalui program pembangunan pendidikan dan sosial. Terdapat juga potensi yang tinggi untuk meletakkan Kuala Terengganu sebagai pintu masuk pelancongan antarabangsa bagi Wilayah Pantai Timur berdasarkan kesediaan pelbagai produk pelancongan dalam negeri tersebut dan mempertingkatkan lapangan terbang sedia ada ke taraf antarabangsa. Tumpuan pembangunan bagi Banjaran Tengah adalah untuk mewujudkan dan melindungi Central Forest Spine (CFS) melalui integrasi rizab-rizab hutan bagi memulihara biodiversiti, mengawal dan menghadkan perkembangan bandar dan pertanian serta mempertingkatkan potensi pelancongan di kawasan tanah tinggi. Selaras dengan transformasi struktur ekonomi negara ke arah negara berpendapatan tinggi ekonomi berasaskan tertiari dan penggalakan konsep 1Malaysia, struktur spatial negara perlu dirasionalisasi dan disesuaikan untuk memudahcara pencapaian pertumbuhan ekonomi tinggi secara berterusan dengan penyatuan sosial yang kukuh. Dalam hal ini, strategi pembangunan RFN telah ditambahbaik dan diperkukuhkan dengan 4 2

79 memperkenalkan strategi pembangunan Serakan Tertumpu dalam Koridor Pembangunan. Konsep koridor pembangunan diperkenalkan berlandaskan trend pembangunan semasa yang dipengaruhi oleh pasaran dan keperluan untuk mengoptimumkan penggunaan infrastruktur dan perkhidmatan perbandaran sedia ada dan komited dalam pusat-pusat bandar strategik disebabkan kekangan kewangan bagi penyediaan infrastruktur berintensifkan modal. Teras utama bagi strategi pembangunan yang dikaji semula adalah untuk menumpukan sumber negara yang terhad kepada beberapa pusat bandar terpilih dengan potensi pertumbuhan tertinggi untuk penjanaan pekerjaan di sepanjang koridor ekonomi utama seperti Bentong dan Temerloh-Mentakab, di samping memelihara kawasan luar bandar dan alam sekitar. Pengagihan sumber-sumber terhad ini secara menyeluruh ke seluruh negara, akan menghasilkan outcome yang kurang berkesan dan membawa kesan negatif kepada alam sekitar. Oleh itu, pembangunan baru dan pembangunan semula bandar pada masa hadapan, akan bertumpu terutamanya di conurbation bandar terpilih dan nod-nod bandar strategik utama dalam koridor-koridor pertumbuhan untuk mengelakkan rebakan bandar, memulihara kawasan desa dan luar bandar serta mempercepatkan pembangunan di wilayah kurang maju. Sebagai enjin pertumbuhan utama, pusat-pusat bandar terpilih ini akan menjanakan kesan sampingan untuk memangkin pembangunan dalam lingkungan kawasan pedalamannya, justeru memperkukuhkan hubungkait fungsi dan sinergi ekonomi bandarluar bandar. Kerajaan akan berusaha untuk menyokong pertumbuhan pusat bandar strategik terpilih melalui pelaksanaan inisiatif projek flagship berimpak tinggi dan kemudahan infrastruktur utama. Beberapa contoh inisiatif tersebut adalah Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan Pertanian dan Taman Industri Halal. Koridor-koridor pembangunan ini akan dipromosi dan dibangunkan sebagai Koridor Pembangunan Utama dan Koridor Sub-Pembangunan untuk memenuhi fungsi rangkaian pembekal atau pengeluar dan pasaran yang berbeza. Koridor pembangunan utama dikenal pasti melalui conurbation dan nod bandar utama yang dihubungi oleh lebuh raya, cadangan rel berkelajuan tinggi dan disokong oleh pelabuhan serta lapangan terbang utama. Sebagai pintu masuk antarabangasa dan zon ekonomi utama, inisiatif dan enterpris berteknologi tinggi dan berasaskan pengetahuan seperti aktiviti multimedia, penyelidikan bioteknologi, industri kreatif dan pembangunan pelancongan khusus iaitu MICE, akan dipromosi dan disokong untuk memberi perkhidmatan kepada pasaran eksport negara yang khusus dan spesifik. Koridor Sub-Pembangunan merupakan koridor wilayah yang penting untuk menyebarkan pembangunan dan menambah baik kualiti hidup ke seluruh negara, terutamanya dalam wilayah yang kurang aktiviti ekonomi. Ini melibatkan terutamanya bandar-bandar bersaiz sederhana dan kecil, termasuk bandar ciri khas. Koridor Sub-Pembangunan akan dihubungi oleh lebuh raya yang akan mewujudkan perhubungan mudah antara conurbation dan bandar-bandar besar dengan kawasan desa dan luar bandar yang di 4 3

80 sekitarnya. Bandar-bandar ini berfungsi sebagai pusat perkhidmatan tempatan, pusat pekerjaan, pintu masuk bagi bekalan dan pasaran untuk mengeksploitasi dan mengakses sumber-sumber ekopelancongan dan pertanian di kawasan pedalaman. (Jadual 4.1 dan Rajah 4.1). Jadual 4.1: Koridor Pembangunan Utama dan Koridor Sub-Pembangunan Koridor Ciri-ciri Utama Fizikal Pembangunan Koridor Pembangunan Utama 1.Koridor Utara- Koridor ini, yang mengunjur dari Selatan Kangar di utara ke Johor Bahru di selatan (875km), merupakan koridor pertumbuhan yang paling maju di Semenanjung. Ia juga merupakan kawasan perbandaran terbesar dalam negara dengan kebanyakan bandarbandar besar dan ibu negeri terletak dalam koridor ini. 2.Koridor Pantai Timur Fokus Sektor Ekonomi Pembangunan bandar, pembangunan industri, sektor berasaskan pengetahuan, sektor perkhidmatan, pertanian: Jaluran Industri Utama. Kebanyakan kluster berasaskan pengetahuan termasuk Hab Pendidikan. Jaluran Makanan utama dengan empat kawasan jelapang padi utama. Disokong oleh Rel Wilayah, lebuh raya Utara-Selatan dan tiga pelabuhan utama (Pulau Pinang, Pelabuhan Klang dan Tanjung. Pelepas), dan lapangan terbang antarabangsa utama (KLIA, Pulau Pinang, Pulau Langkawi dan Senai) Koridor ini mengunjur dari Kota Bharu di utara ke Johor Bahru di selatan, dengan jarak 689 km. Fokus Sektor Ekonomi Pelancongan, minyak, gas dan petrokimia, kluster industri, sektor berasaskan pengetahuan, pertanian: Berpotensi sebagai destinasi pelancongan persisiran pantai dan pelancongan pulau utama. Hab Minyak, Gas dan Petrokimia. Pembangunan kluster industri berasaskan sumber dan pertanian di kawasan terpilih. Inisiatif Pembangunan Utama Rancangan wilayah conurbation bagi Conurbation Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bahru. Mengurus pertumbuhan bandar untuk mengelakkan rebakan bandar melalui strategi pengurusan pertumbuhan mampan. Mempromosikan dan menyokong ekonomi berteknologi tinggi dan berasaskan pengetahuan. Cadangan Jaluran Industri untuk pembangunan kluster nilai ditambah tinggi. Rel berkelajuan tinggi untuk memperkukuhkan koridor. Lebuh raya Persisiran Pantai untuk melengkapi lebuh raya Utara-Selatan. Pelancongan persisiran pantai dengan tumpuan di Desaru, Rompin, Mersing, Kuala Pahang, Kuantan, Dungun, Besut, Merang dan Tumpat. Pembangunan kluster industri di nod terpilih dalam Conurbation Bandar Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu. Penubuhan SEZ untuk memacu pembangunan wilayah. Pembangunan Hab Petrokimia di Kerteh dan Gebeng. Pembangunan Hab Pendidikan termasuk universiti dan pusat-pusat pendidikan tinggi (UMP, UMT dan UMK). Lebuh raya baru (LPT2 dan LPT3 ke arah utara). Rel berkelajuan tinggi menghubungkan Kuantan ke Kota Bahru di sebelah utara. 4 4

81 Koridor Pembangunan 3. Koridor Tengah Timur-Barat KORIDOR SUB-PEMBANGUNAN 4.Sub-Koridor Utara-Selatan 5.Sub-Koridor Timur-Barat Ciri-ciri Utama Fizikal Koridor ini meliputi kawasan dari Kuala Lumpur ke Kuantan di Pantai Timur (260km) dan merupakan koridor pertumbuhan timur-barat utama. Fokus Sektor Ekonomi Kluster Industri, pembangunan pertanian, pelancongan: Koridor industri sekunder yang penting. Saluran utama untuk menyebarkan pembangunan ke Pantai Timur. Potensi hubungan logistik antara negara-negara Asia Pasifik dan negara-negara di Barat dan Asia Selatan. Bandar Hiburan di Genting Highlands. Disokong oleh Jalan Persekutuan 2 dan Lebuh raya Pantai Timur 1 (LPT1) Koridor ini berkembang dari Kota Bharu di utara ke Segamat di selatan (584km). Fokus Sektor Ekonomi Pertanian, pelancongan, pembangunan kluster industri (terutama industri berasaskan sumber dan pertanian): Dijadikan pintu masuk bandar dan menyediakan perhubungan ke destinasi ekopelancongan utama (Taman Negara dan Banjaran Tengah). Zon pertanian yang penting terutama untuk buah-buahan, tanaman, pusat bioteknologi herba dan pertanian tanah tinggi. Menghubungkan kawasan-kawasan tumpuan kemiskinan di barat Pahang dan selatan Kelantan. Disokong oleh Central Spine Link (FR 8 dan FR 9) dan rangkaian rel. Mengunjur dari Pulau Pinang ke Kota Bharu (386km). Fokus Sektor Ekonomi Pelancongan, perdagangan sempadan: Rangkaian jalan utama untuk bandar-bandar sempadan Trans Nasional. Hubungan jalan terus dari Kota Bharu ke Pulau Pinang. Dibangunkan sebagai koridor keselamatan untuk mengelakkan pemberontakan. Habitat ekologi dan rezab hidupan liar yang penting termasuk Taman Negeri DiRaja Belum, Hutan Simpan Temenggor dan destinasi ekopelancongan di Pulau Banding. Inisiatif Pembangunan Utama Penumpuan pembangunan kluster industri di nod terpilih dan limpahan industri dari Lembah Klang terutama di Bentong. Penubuhan SEZ di Conurbation Kuantan. Rangkaian rel berkelajuan tinggi. Pembangunan Conurbation Daerah di Temerloh Mentakab. Pembangunan terkawal di Kawasan Pengurusan Khas : Genting Highlands Bukit Tinggi Janda Baik. Rangkaian Ekologi Utama (PL1) telah dikenal pasti di Sungai Yu (Kuala Lipis utara) untuk lintasan hidupan liar terutamanya bagi harimau dan gajah. Cadangan lebuh raya utama yang baru di bawah HNDP2 (Rancangan Pembangunan Rangkaian Lebuh raya Ke-2) menghubungkan Segamat ke Gua Musang (memerlukan viaducts untuk lintasan haiwan yang terletak dalam Rangkaian Ekologi yang dikenal pasti dalam koridor) Tiga Kawasan Pengurusan Khas melibatkan Cameron Highlands -Lojing-Kinta, Bukit Fraser dan Genting Highlands-Bukit Tinggi- Janda Baik dengan fokus terhadap pelancongan tanah tinggi dan pertanian. Bandar-bandar utama dikenal pasti untuk penumpuan pelaburan ekopelancongan, binatang ternakan, taman herba dan tanaman di bawah Pelan Induk ECER akan merangkumi Kuala Krai, Tanah Merah, Gua Musang, Kuala Lipis, Bentong, Raub dan Temerloh-Mentakab. Satu Rangkaian Ekologi Primer (PL2) telah dikenal pasti dari Gerik ke Jeli (memerlukan viaducts untuk lintasan haiwan, terutamanya gajah di lokasi terpilih dan kawasan pembangunan pertanian di sepanjang koridor ini). Hubungan lebuh raya utama dari Pulau Pinang-Kulim-Pengkalan Hulu-Gerik-Jeli- Rantau Panjang di bawah HNDP2. Inisiatif Pembangunan Merentas Sempadan Bersepadu, melibatkan Pengkalan Hulu, Bukit Bunga, Rantau Panjang, Pengkalan Kubur dan bandar-bandar sempadan di Thailand. 4 5

82 Koridor Pembangunan 6.Sub-Koridor Lumut-Gua Musang-Kuala Terengganu 7.Sub-Koridor Kuantan-Muar Ciri-ciri Utama Fizikal Mengunjur dari Lumut-Ipoh-Cameron Highlands -Gua Musang-Kuala Terengganu (586 km). Fokus sektor ekonomi Kluster industri, pelancongan: Conurbation Lumut-Sitiawan- Manjung. Koridor perindustrian tempatan utama (Lumut-Ipoh). Koridor Ekopelancongan tanah tinggi utama (Ipoh-Tasik Kenyir). Pengkalan Tentera Laut Lumut Bandar Baru Sri Iskandar Universiti PETRONAS. Sub-Koridor yang penting menghubungkan Muar-Segamat- Muadzam Shah-Kuantan (336km). Fokus Sektor Ekonomi Pembangunan pertanian, pelancongan, kluster industri: Pembangunan pertanian untuk kelapa sawit, tanaman dan ternakan. Hubungan ke tapak RAMSAR iaitu Tasik Chini dan Tasik Bera serta Taman Negara Endau-Rompin. Pelabuhan darat di Segamat Disokong oleh Jalan Persekutuan 12. Inisiatif Pembangunan Utama Dua Rangkaian Ekologi Primer telah dikenal pasti di koridor ini. Inisiatif utama berkaitan dengan pertanian tanah tinggi dan pembangunan perbandaran telah dikenal pasti di Lojing, Gua Musang (tanaman, ternakan, herba) dan Tasik Kenyir (pelancongan) di bawah Pelan Induk ECER. Berpotensi untuk dibangunkan sebagai Jaluran Pertanian yang penting untuk negara. Pembangunan lebuh raya utama baru yang menghubungkan bandar Kuantan-Muadzam Shah-Segamat-Muar dibawah HNDP Kedudukan Negara dan Pertumbuhan Ekonomi Masa Depan Malaysia mempunyai hubungan rapat dengan ekonomi dunia, di mana nilai dagangan (import dan eksport) bagi barangan dan perkhidmatan adalah bersamaan dua kali ganda KDNK. Industri berorientasikan eksport menguncup sebanyak 24.7% pada permulaan tahun 2009 disebabkan krisis kewangan global dan permintaan dunia yang semakin lemah. Pertumbuhan negatif dicatatkan dalam sub-sektor utama, terutamanya sektorsektor elektrik dan elektronik (E&E), produk kayu, tekstil dan produk getah. Industri berorientasikan domestik juga menguncup sebanyak 18.7% pada bulan Januari 2009 berpunca daripada kemerosotan dalam industri berkaitan dengan pembinaan. Sejak pertengahan tahun pertama 2009, terdapat pemulihan yang stabil dalam perdagangan. Antara bulan Januari dan Julai tahun 2009, eksport telah meningkat dengan kadar purata 5.4% bulan ke bulan dan jumlah dagangan telah meningkat sebanyak 6.6%. Bulan Januari 2009 mengalami kesan paling teruk di mana jumlah dagangan berada di bawah paras 30% berbanding tahun sebelumnya. Jumlah pelaburan langsung asing di Malaysia bagi tempoh tahun adalah RM146.4 bilion untuk pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilangan. Pelaburan langsung asing mula mengalir keluar dari Malaysia sejak 15 tahun yang lalu; dan trend ini masih berterusan kerana negara-negara membangun lain bersaing untuk memberi lebih banyak insentif. 4 6

83 Rajah 4.1 : Strategi Pembangunan Serakan Tertumpu Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke 2,

84 Jadual 4.2 menunjukkan kedudukan Malaysia di dalam kedudukan daya saing global berdasarkan World Competitiveness Scoreboard Ranking 1. Kedudukan indeks daya saing global bagi Malaysia meningkat dari tempat ke-30 pada tahun 2000 kepada tempat ke-21 pada tahun 2008 di kalangan 134 ekonomi mendahului beberapa ekonomi negara maju. Namun begitu, kedudukan Malaysia jatuh 3 tempat kepada tempat ke-24 pada tahun Dalam kedudukan papan skor daya saing dunia pula, Malaysia telah menjadi lebih berdaya saing sejak 9 tahun yang lalu dengan menduduki tempat ke-18 pada tahun 2009 berbanding tempat ke-27 pada tahun Kedudukan Malaysia juga telah meningkat kepada tempat ke-10 bagi 2010 dan mengatasi beberapa negara maju termasuk Netherlands (tempat ke-12), Denmark (tempat ke-13), Britain (tempat ke-22), Thailand (tempat ke-26) dan juga lebih berdaya saing daripada Korea Selatan (tempat ke-23). Tiga kedudukan teratas diduduki oleh Singapura (tempat pertama), Hong Kong (tempat kedua) dan Amerika Syarikat (tempat ketiga). Negara perlu berusaha gigih untuk mengekalkan pencapaian ini dengan meneruskan pelaksanaan dasar, proses dan prosedur yang telus dan diperkemaskan bagi mengurangkan kos pengendalian perniagaan supaya dapat terus berdaya saing di peringkat global. Jadual 4.2: Kedudukan Malaysia dalam Tahap Daya Saing Global Malaysia Kedudukan Indeks Daya Saing Global 1 (Global Competitiveness Index Rankings) Kedudukan Papan Skor Daya Saing Dunia (World Competitiveness Scoreboard Rankings) Sumber: 1. Pelbagai Isu-isu dalam Global Competitiveness Report. 2. Buku Tahunan IMD World Competitiveness. Isu-isu ekonomi utama yang akan mempengaruhi perancangan ekonomi Malaysia dalam lima tahun akan datang adalah: i. Pemulihan ekonomi dunia dan impaknya ke atas perdagangan; ii. Keperluan untuk merangka semula dasar persekitaran bagi mengekalkan daya saing dan menarik pelaburan secara berterusan; iii. Langkah-langkah dan tindakan yang perlu diambil untuk memastikan pembangunan dicapai oleh mereka yang memerlukannya dan memaksimumkan potensi untuk pencapaian matlamat Wawasan Dengan mengenal pasti kekangan dalam dasar-dasar semasa, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Model Baru Ekonomi (MBE) pada tahun 2009, yang dijangka akan meningkatkan produktiviti para pekerja melalui inovasi dan pengetahuan. Ini diharap akan menjana pendapatan yang lebih tinggi. Selaras itu, penekanan juga diberi kepada penggunaan domestik. Pada Jun 2009, kerajaan telah meliberalisasikan pelaburan asing di sektor-sektor utama. Peraturan-peraturan mengenai pelaburan asing dilonggarkan, sementara 27 sektor perkhidmatan telah diliberalisasikan daripada peruntukan pemilikan bumiputera, sebagai satu kaedah untuk menambah baik persekitaran pelaburan. Dalam aspek ini, Kerajaan 1 Forum Ekonomi Dunia : Global Competitiveness Report, membincangkan asas asas mikroekonomi dan makroekonomi bagi tahap daya saing negara. 4 8

85 telah menubuhkan sebuah firma ekuiti swasta yang diberikan mandat untuk membantu membangunkan usahawan-usahawan bumiputera. Strategi-strategi ini diperincikan dalam RMKe-10 dan lima Teras Misi Nasional telah diumumkan. Strategi-strategi RMKe-10 dijangka akan meningkatkan Indeks Kasar Negara (GNI) per kapita iaitu RM38,845 pada tahun 2015, yang akan meletakkan Malaysia ke arah negara maju. Sektor swasta akan memainkan peranan utama dalam MBE kelak. Dengan strategi-strategi ini, EPU telah meramalkan bahawa KDNK akan berkembang pada 6.0% setiap tahun bagi sepanjang tempoh RMKe-10. Dengan trend ini, KDNK Semenanjung Malaysia akan mencapai RM740.3 bilion pada tahun IMP3 ( ), bermatlamat untuk melonjakkan perindustrian negara ke tahap daya saing global yang lebih tinggi dengan pendekatan berintegrasi terhadap pembangunan industri dan ekonomi. IMP3 memberikan penekanan tinggi terhadap transformasi dan inovasi dalam sektor-sektor pembuatan dan perkhidmatan. Strategi IMP3 telah melangkaui strategi pembuatan berdasarkan kluster, untuk meliputi lain-lain sektor seperti perkhidmatan, Enterpris Kecil dan Sederhana (SME) dan sebagainya. Pelan pelaksanaan IMP3 mempunyai komponen wilayah untuk mengimbangkan potensi ketidakseimbangan outcome. Malaysia sedang beralih ke arah sektor perkhidmatan untuk kekal di hadapan dalam persaingan. Tenaga kerja mahir diperlukan untuk menyokong peralihan ini. Penguasaan bahasa Inggeris merupakan suatu kelebihan untuk melonjakkan sektor perkhidmatan. Oleh itu rangka kerja dan strategi pembangunan RFN Ke-2 telah melalui perubahan spatial untuk diintegrasikan dengan strategi pembangunan pembuatan-perkhidmatan secara holistik yang diterima pakai oleh IMP Malaysia Sebagai Ekonomi Berpendapatan Tinggi Penilaian ekonomi semasa negara menunjukkan Malaysia terperangkap di dalam jerat ekonomi berpendapatan sederhana di mana ianya terhimpit di antara pengeluarpengeluar berpendapatan rendah yang mengalami pertumbuhan perlahan dengan ekonomi-ekonomi berkemahiran tinggi yang mana Malaysia tertekan untuk menjanakan pemacu pertumbuhan baru apabila perolehan kecekapan berakhir. KDNK per kapita semasa untuk Malaysia pada tahun 2008 dianggarkan sebanyak USD$6,970 (Jadual 4.3) yang meletakkan negara dalam kelompok berpendapatan sederhana tinggi. Situasi ini terjadi disebabkan negara-negara membangun lain menggunakan strategi yang serupa dengan Malaysia, di mana mereka mempunyai kelebihan dari aspek penawaran gaji rendah atau ketersediaan sumber-sumber asli. Kerajaan telah mengumumkan sasaran memajukan negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Ke arah ini, kerajaan akan berusaha mewujudkan strategi-strategi baru dalam sektor perkhidmatan baru, strategi pembangunan yang berasaskan pengetahuan, menggalak dan menyokong inovasi serta idea-idea yang didorong oleh modal insan berkepakaran dalam pelbagai sektor ekonomi. Rancangan dan strategi ini disokong oleh perubahan dalam dasar-dasar untuk menyokong aktiviti yang menjanakan 4 9

86 lebih banyak nilai ditambah tinggi, mewujudkan sumber baru bagi pertumbuhan ekonomi dan memanfaatkan aktiviti berasaskan pengetahuan dalam sektor-sektor ekonomi tradisional. Justeru, kerajaan akan terus membangunkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran, menarik pelaburan asing yang membawa masuk teknologi dan pasaran yang baru serta menyokong syarikat-syarikat tempatan yang menggunakan strategistrategi berasaskan inovasi. Strategi IMP3 berusaha untuk mentransformasikan sektor industri di Malaysia menjadi syarikat-syarikat berdaya saing global. Malaysia telah memperkenalkan Koridor Raya Multimedia (MSC) dan pembangunan Lembah Bioteknologi untuk menyumbang ke arah pencapaian matlamat tersebut. Wawasan 2020 memperkukuhkan strategi ini dan telah diterjemahkan ke dalam dasar-dasar sektoral. MBE yang diumumkan pada April 2010 telah menyediakan hala tuju strategik untuk mengeluarkan Malaysia daripada jerat ekonomi berpendapatan sederhana. Jadual 4.3 : Kumpulan Pendapatan Negara-negara ASEAN Kumpulan Pendapatan KNDK Per Kapita (USD$) Negara-negara ASEAN Pendapatan Tinggi > 11,906 Brunei, Singapura Pendapatan Sederhana Tinggi 3,856-11,905 Malaysia (USD$6, ) Pendapatan Sederhana Rendah 976-3,855 Indonesia, Filipina, Thailand Pendapatan Rendah < 975 Kemboja, Laos, Myanmar, Vietnam Sumber: Bank Dunia, 2009 Kesemua strategi ini bertujuan untuk memberikan dorongan kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ianya bertujuan untuk memacu Malaysia ke arah sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. Pendapatan setahun bagi negara yang berpendapatan tinggi dianggarkan sebanyak US$13,426 per kapita menjelang tahun 2020 (RM46,991 pada kadar penukaran US$1 = RM3.50). Untuk mencapai tahap pertumbuhan tersebut, ekonomi negara perlu berkembang pada kadar yang lebih tinggi. Jadual 4.4 menunjukkan KDNK per kapita (harga bagi tahun 2000) konservatif yang dianggar sebanyak RM27,000 menjelang tahun 2020 bagi Semenanjung Malaysia yang meletakkan negara dalam kumpulan berpendapatan sederhana tinggi. Justeru, objektifobjektif MBE dan strategi-strateginya perlu dilaksanakan dengan efektif bagi mencapai sasaran USD15,000 per kapita menjelang tahun

87 Jadual 4.4 : Anggaran Per Kapita Bagi Pertumbuhan KDNK Malaysia, 2020 Wilayah Harga KDNK Per Kapita (RM) dalam tahun 2000 Purata Pertumbuhan Setahun (%) Wilayah Utara 12,215 14,714 21, Wilayah Tengah 20,767 24,883 32, Wilayah Selatan 13,294 15,322 21, Wilayah Timur 14,388 16,133 25, Semenanjung Malaysia 16,046 18,965 26, Malaysia 15,170 17,762 24, Sumber: Data yang tidak diterbitkan, EPU Proses Perbandaran Dalam beberapa dekad yang lalu, Malaysia telah mengalami kepesatan dalam perbandaran hasil daripada perubahan struktur ekonomi daripada kebergantungan dalam sektor perlombongan dan pertanian kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan. Walaubagaimana pun, selain daripada proses perbandaran yang pesat, telah muncul juga satu trend yang kurang menonjol tetapi amat signifikan kepada pembangunan bandar dalam tempoh banci tahun Ini adalah pemusatan tumpuan penduduk bandar di beberapa wilayah bandar, iaitu di sekitar Conurbation Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bahru. Malaysia mempunyai hierarki perbandaran yang kukuh, yang telah dibangunkan semenjak awal abad ke-19. Hierarki ini terus membentuk satu asas geografi yang mampan untuk memodenisasikan sektor perindustrian dan ekonomi negara. Kini, satu pola polisentrik pusat-pusat bandar yang saling berkait telah wujud, dengan Conurbation Kuala Lumpur menjadi sebuah bandar maju yang disokong oleh Conurbation George Town, Johor Bahru dan Kuantan (Rajah 4.1). Bagi mengelakkan Conurbation Kuala Lumpur menjadi satu-satunya bandaraya utama yang berpengaruh, tindakan-tindakan awal perlu diambil untuk mengelakkan bandar ini daripada menjadi tumpuan penduduk dan kapasiti produktif di dalam satu conurbation utama. RFN Ke-2 memperakui trend-trend tersebut merupakan sebahagian daripada proses globalisasi yang berhubung kait dengan transformasi ke arah K-ekonomi. Gabungan proses-proses ini seiring dengan wawasan negara untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi, menunjukkan trend semasa bagi pembangunan bandar tertumpu di pusat-pusat yang lebih besar untuk pertumbuhan yang lebih efisien dan nilai ditambah tinggi akan turut menjejaskan kawasan luar bandar dan petempatan bandar kecil. Di peringkat ekonomi makro, yang berasaskan pertumbuhan ekonomi semasa, peningkatan prestasi ekonomi, terutamanya teknologi tinggi dan perkhidmatan berasaskan pengetahuan, akan terus memerlukan pembangunan ditumpukan di pusat bandar berbanding dengan penyelerakan pembangunan ke kawasan-kawasan yang persekitaran ekonominya kurang maju. 4 11

88 Terdapat banyak bukti yang menunjukkan pertumbuhan yang lebih pesat berlaku di kawasan bandar pada masa hadapan dengan penumpuan pertumbuhan pusat aktiviti di bandar besar sedia ada. Justeru itu, dijangka bahawa kebanyakan penduduk bandar akan menetap dan bekerja di empat conurbation utama iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan. Keempat-empat conurbation pertumbuhan ini dilihat sebagai asas pertumbuhan utama untuk menjanakan peluang pekerjaan yang diperlukan serta mempertingkatkan pendapatan yang lebih tinggi dan memastikan kualiti hidup untuk semua golongan di kawasan petempatan. Menjelang tahun 2020, dianggarkan hampir 70% daripada penduduk bandar Semenanjung Malaysia akan bertumpu di keempatempat conurbation ini. Conurbation Kuantan merupakan satu kes khas yang perlu dinyatakan, yang mana walau pun ianya tidak setaraf dengan Conurbation George Town dan Johor Bahru, tetapi Conurbation Kuantan telah dipilih untuk memperolehi infrastruktur sokongan yang setaraf dengan kedua-dua conurbation tersebut. Strategi pembangunan bagi Conurbation Kuantan adalah untuk mewujudkan satu pusat dengan critical mass yang tinggi di Pantai Timur sebagai asas untuk menjanakan perkembangan ekonomi. DPN telah menunjukkan kadar perbandaran yang pesat sedang dialami di Semenanjung Malaysia. Berdasarkan trend semasa dan terdahulu, kadar ini dijangka akan melonjak pada masa hadapan untuk mencapai tahap perbandaran sebanyak 75% di Semenanjung Malaysia menjelang tahun 2020 hampir setanding dengan lain-lain negara maju. Dengan peningkatan prestasi ekonomi, terutamanya dalam menarik pelaburan langsung asing, RFN Ke-2 mencadangkan keperluan untuk meneruskan tumpuan pembangunan bandar di pusat-pusat terpilih, terutamanya di conurbation. Dengan pembangunan dan perkembangan pesat di conurbation, pembangunan secara ad-hoc yang tidak berurutan, kehilangan kawasan rekreasi dan kawasan hijau serta kemerosotan di pusat dalaman bandar, adalah diantara kesan dan ancaman yang timbul akibat pembangunan bandar. Cabaran kepada negara, pihak berkuasa negeri dan PBPT adalah untuk mengurus dan mentadbir pertumbuhan bandar yang cekap, di kedua-dua conurbation yang pesat dan di conurbation yang berkembang perlahan atau kawasan bandar yang merosot. Kesemua peringkat pihak berkuasa ini perlu memaksimakan faedah-faedah pembangunan, mengawal potensi kesan sampingan contohnya kesesakan lalu lintas dan pencemaran, serta memainkan peranan positif dalam mencapai Wawasan Perancangan spatial perlu bermatlamat ke arah mewujudkan sebuah pusat bandar yang menawarkan kualiti persekitaran hidup yang tinggi dan tahap penyediaan kemudahan yang mencukupi seperti sekolah, IPT, hospital, kawasan rekreasi serta pengangkutan bandar dan utiliti yang berkualiti tinggi kepada penduduknya. Pusat-pusat bandar yang terletak di luar empat conurbation utama dijangka akan berkembang dengan lebih perlahan dan semakin lama akan kehilangan sebahagian daripada penduduknya. Kebanyakan PPU dan PPK, kecuali yang terletak dalam lingkungan pengaruh conurbation utama, dijangka akan mengalami penurunan dalam populasinya. Bagi PBPT, ini dianggap sebagai satu cabaran untuk mempertingkatkan 4 12

89 produktiviti dan efisiensi PPU dan PPK, serta mewujudkan tempat-tempat yang berdaya maju bagi mengelakkan masalah kehilangan penduduk. Terdapat beberapa PPU dan PPK yang menunjukkan potensi untuk menjadi nukleus conurbation pada masa hadapan. Ini termasuklah Mentakab-Temerloh, Lumut-Sitiawan- Manjung dan Muar-Batu Pahat-Kluang. Terdapat juga beberapa PPU dan PPK yang mempunyai ciri-ciri khas seperti Rantau Panjang, bandar pintu masuk di sempadan, yang boleh dijadikan asas untuk pembangunan aktiviti khusus. Pada masa yang sama, keupayaan ibu negeri untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk di sekelilingnya juga perlu disokong. Cabaran-cabaran lain adalah seperti menangani masalah kelembapan ekonomi wilayah serta kemiskinan bandar dan luar bandar. Lebih banyak usaha perlu dilaksanakan untuk memangkin dan mentransformasikan persekitaran bandar dan luar bandar menjadi kawasan yang lebih menarik, makmur dan sesuai didiami dengan penambahbaikan ke atas tahap pendapatan dan gaya hidup. Faktor-faktor ini memberikan kesan terhadap keberkesanan perancangan dan pengurusan petempatan manusia yang mampan, di kawasan bandar dan juga luar bandar. RFN Ke-2 menyokong strategi pembangunan Serakan Tertumpu di koridor pembangunan ekonomi utama bagi mencapai objektif pembangunan wilayah yang mengutamakan pertumbuhan, kesaksamaan dan kemampanan. Strategi ini menghasratkan satu sistem fungsi hierarki perbandaran dengan usaha untuk menjana semula pertumbuhan bandar-bandar bersaiz sederhana (petempatan utama) bagi mencapai jumlah penduduk dan penumpuan aktiviti ekonomi yang mencukupi untuk kecekapan ekonomi dan aglomerasi ekonomi. Pembangunan masa hadapan pusat-pusat bandar dan conurbation akan dipandu dan dibentuk menjadi struktur bandar padat poli-nukleus, di mana kluster pusat-pusat bandar mempunyai hubung kait fungsi dan ekonomi antara satu sama lain, justeru menjanakan pertumbuhan saling bergantungan dan sinergi yang signifikan untuk manfaat bersama (Rajah 4.2). Dalam merangka rancangan pembangunan untuk conurbation, adalah penting untuk memberikan fokus kepada strategi pengurusan pertumbuhan seperti menentukan had atau sempadan bandar, pertumbuhan bandar dan peralihan ke arah pembangunan berorientasikan transit (TOD) dalam memastikan pembangunan bandar mampan. Program tindakan seperti pembangunan semula bandar dan infrastruktur wilayah strategik berimpak tinggi, perlu dilaksanakan untuk mempercepatkan pembangunan di wilayah yang mengalami tekanan ekonomi dan kawasan fokus kemiskinan. 4 13

90 Rajah 4.2 : Strategi Concentrated Dispersal Conurbation Pusat Petempatan Utama Pusat Petempatan Kecil Tahap 1 : Conurbation Pertumbuhan Negara Tahap 2 : Conurbation Pertumbuhan Wilayah Tahap 3 : Conurbation Pertumbuhan Separa Wilayah Tahap 4 : Conurbation Pertumbuhan Negeri Tahap 5 : Conurbation Pertumbuhan Daerah Tahap 6 : Pusat Petempatan Utama Tahap 7 : Pusat Petempatan Kecil Tahap 8 : Pusat Pertumbuhan Desa Pusat pusat Bandar Sistem Bandar Poli Nukleus Petempatan Desa Adalah dijangkakan sebahagian besar daripada KDNK negara dihasilkan di dalam kawasan bandar. Asas utama untuk memacu pertumbuhan dan inovasi adalah di dalam Pusat Pertumbuhan Negara dan Wilayah, iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan. Selain fungsi wilayah, Pusat Pertumbuhan Wilayah dijangka akan memainkan peranan yang sesuai di peringkat antarabangsa dan negara untuk mengimbangi pertumbuhan di semua peringkat hierarki bandar serta mengekalkan kadar dan tahap perbandaran di Conurbation Kuala Lumpur pada tahap yang dinamik dan mudah diurustadbir. Sebagai contoh, Conurbation Kuantan akan berfungsi sebagai hab petrokimia utama negara untuk memenuhi permintaan pasaran Asia-Pasifik. Bentuk bandar conurbation ini akan mempunyai satu kawasan metropolitan utama yang dihubungkan dengan kluster pusat-pusat bandar dalam wilayah ini oleh sistem pengangkutan awam yang efisien dan kemudahan perhubungan internet jalur lebar berkelajuan tinggi. Contoh lain adalah Kuala Lumpur yang berfungsi sebagai bandar utama dihubungkan secara rapat dengan satu lingkaran pusat-pusat bandar seperti Petaling Jaya, Putrajaya, Kajang, Rawang dan Klang yang mengelilinginya. Konsep bandar-wilayah ini juga boleh diubahsuaikan ke semua peringkat hierarki dan corak petempatan. Konsep fungsi hierarki bandar adalah penting bukan sahaja untuk mengoptimumkan peruntukan dan penyediaan kualiti perkhidmatan infrastruktur bandar yang berdaya maju, tetapi juga merupakan instrumen penting untuk mencapai keseimbangan wilayah dan kesaksamaan pembangunan, terutamanya dalam memastikan tahap penerimaan perkhidmatan yang minimum disediakan di semua kawasan bandar. 4 14

91 Perkembangan bandar di negara kini mengarah kepada trend perbandaran pesat, maka kerajaan perlu memberikan komitmen yang lebih tinggi untuk bersedia menghadapi sebarang cabaran dengan strategi-strategi yang lebih kreatif dan inovasi bagi menangani cabaran tersebut. Ini perlu, antara lain, melibatkan pewujudan Kementerian Pembangunan Bandar Mampan, pembentukan Institut Penyelidikan Bandar dan pewujudan Dana dan Program Pembangunan Bandar untuk menyokong PBT di dalam pembiayaian komponen infrastruktur yang signifikan bagi pembangunan bandar, pembangunan semula brownfield dan inisiatif pemuliharaan alam sekitar di kawasan khas. 4.4 Keseimbangan Wilayah Keseimbangan wilayah diterjemahkan sebagai peluang setara untuk mencapai kesaksamaan tahap pendapatan, kualiti kehidupan dan pembangunan individu, dan tidak semestinya sama dalam bentuk pembangunan fizikal. Secara umumnya, tidak semua tempat mempunyai peluang yang sama meningkatkan potensi pertumbuhan dan pembangunan, seperti pewujudan dan pengoperasian industri berteknologi tinggi. Matlamat utama adalah untuk mengurangkan jurang dan kadar pertumbuhan antara wilayah dalam negara. Tanah dan sumber asli di wilayah kurang maju yang masih belum digunakan sepenuhnya, perlu dipergunakan untuk meningkatkan rantaian nilai dan produktiviti wilayah tersebut dan membantu mengurangkan ketidakseimbangan wilayah. Industri dan aktiviti yang berasaskan sumber dan perhutanan, aktiviti hiliran asas pertanian, eko atau resort pelancongan, industri asas kraf dan lain-lain aktiviti khusus perlu digalakkan dan disokong. Dalam erti kata lain, aktiviti ekonomi yang berdaya maju yang dibangunkan berdasarkan kelebihan sumber sedia ada dan kelebihan berbanding sesuatu wilayah perlu dihalakan ke wilayah yang kurang maju. Penyediaan kawasan perusahaan SME yang sesuai, insentif dan infrastruktur strategik dalam wilayah tersebut, terutamanya penyediaan Zon Ekonomi Khas (SEZ) serta rangkaian ICT dan pengangkutan di kawasan potensi pelancongan, perlu dipertingkatkan untuk memudahcara pembangunan masing-masing. Ini akan mempercepatkan integrasi mereka ke dalam aktiviti K-ekonomi untuk menggalakkan keseimbangan wilayah. Secara khusus, usaha ini termasuklah penyambungan lebuh raya persekutuan ke negeri Kelantan. Keseimbangan wilayah juga ditafsirkan sebagai satu permulaan bagi membolehkan pembangunan mampan dijalankan di semua kawasan yang berpotensi dalam negara pada masa hadapan. Justeru itu, kemasukan Conurbation Kuantan yang semakin membangun, sebagai satu wilayah-bandar, akan dipromosikan bersama dengan Conurbation George Town dan Johor Bahru. Kuantan akan bertindak sebagai pintu masuk bagi sektor pertumbuhan ekonomi baru dan canggih. 4 15

92 Pemodenan pertanian dan peningkatan pendapatan sektor pertanian, walau bagaimanapun, masih merupakan faktor asas dalam pembasmian ketidakseimbangan wilayah. Penghijrahan keluar dari wilayah yang kurang maju juga perlu dijangka di dalam strategi pembangunan negara untuk memudahcarakan pengukuhan pertanian dan menambah baik produktiviti tenaga kerja. Terdapat juga keperluan untuk memperkukuhkan program pembangunan pendidikan, latihan teknikal dan sosial di negeri-negeri kurang maju bagi menggalakkan penduduknya supaya dapat berintegrasi lebih efektif ke dalam ekonomi bandar conurbation tersebut. Hasrat untuk mencapai keseimbangan wilayah merupakan salah satu tonggak utama dalam pembangunan negara yang selaras dengan RMLT. Sistem 3-peringkat pentadbiran negara, telah menyumbang kepada keseimbangan wilayah dengan peruntukan pembangunan diagihkan secara saksama di antara negeri-negeri mengikut keperluan, sumber dan keutamaan masing-masing. Pada masa kini, kerajaan persekutuan sedang berusaha untuk melonjak dan meningkatkan prestasi ekonomi di dalam wilayah bagi menyokong pertumbuhan negara yang tinggi dan mampan. Untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi wilayah, strategi khusus telah dirangka dan dilaksanakan untuk empat wilayah ekonomi di Semenanjung Malaysia, iaitu Wilayah Tengah, Wilayah Selatan, Wilayah Utara dan Wilayah Timur. Pendekatan wilayah ini telah mengenal pasti koridor pembangunan ekonomi tempatan yang utama di sepanjang Koridor Pertumbuhan bagi melaksanakan inisiatif pemangkin berimpak tinggi. Contoh-contoh pembangunan ekonomi ialah agropolitan dan SEZ, berhubung dengan Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER) melibatkan Iskandar Malaysia. Untuk menyokong inisiatif ekonomi wilayah negara, RFN Ke-2 mencadangkan pengukuhan empat conurbation pertumbuhan utama sebagai pintu masuk antarabangsa dan negara serta hab wilayah bagi setiap wilayah ekonomi tersebut, iaitu: - Wilayah Tengah - Conurbation Kuala Lumpur. Wilayah Utara - Conurbation George Town. Wilayah Timur - Conurbation Kuantan. Wilayah Selatan - Conurbation Johor Bahru. Conurbation ini merupakan pemangkin dalam memacu pembangunan di wilayah ekonomi berkenaan. Conurbation di Pantai Barat adalah lebih jelas, bagaimanapun Conurbation Kuantan yang baru bermula di Pantai Timur memerlukan bantuan khas daripada Kerajaan dari segi insentif fiskal dan bukan fiskal serta pembangunan sosial dan infrastruktur fizikal yang bersepadu. Salah satu instrumen ekonomi utama yang digunakan adalah penetapan SEZ yang akan menarik pelaburan awam dan swasta ke dalam wilayah tersebut. 4 16

93 4.5 Trend dan Arah Tuju Pembangunan Luar Bandar Pembentukan perhubungan yang kuat antara bandar dan luar bandar adalah amat penting dalam memastikan pembangunan kawasan luar bandar yang mampan. Kawasan luar bandar lazimnya dikaitkan dengan aksessibiliti lemah ke pusat bandar, di mana penduduknya bergantung hampir sepenuhnya kepada pendapatan dan pemasaran hasil pertanian. Kekurangan inovasi teknologi dan sokongan juga menyebabkan produktiviti dan hasil pendapatan rendah. Di peringkat awal pembangunan, kemiskinan lazimnya dikaitkan dengan aktiviti pertanian pekebun-pekebun kecil di kawasan luar bandar (Senario 1 di Rajah 4.3). Untuk menambah baik daya tarikan ke kawasan luar bandar, adalah penting untuk memperkenalkan elemen-elemen utama seperti penyediaan peluang pekerjaan bukan pertanian, meningkatkan sumber pendapatan, mempertingkatkan kualiti hidup, penyediaan kemudahan sosial yang lebih baik dan menambah baik akses dan sistem perhubungan. Hubungan simbiotik antara petempatan bandar dan luar bandar perlu diperkukuhkan melalui penambahbaikan perhubungan dan laluan pengangkutan supaya peluang pekerjaan di bandar-bandar utama boleh menyediakan pekerjaan tambahan kepada para petani dan penduduk desa dengan jarak perjalanan berhampiran dengan kediaman mereka. Keadaan ini juga akan membolehkan pekerja menetap di kawasan luar bandar dan bekerja di pusat bandar berdekatan. Ini akan meningkatkan pendapatan isirumah luar bandar dan membolehkan keluarga menetap di desa, di mana kos sara hidup adalah lebih rendah berbanding dengan kawasan bandar. Pelaburan Kerajaan yang berterusan di kawasan luar bandar telah menghasilkan peningkatan dalam aksessibiliti dan kemahiran individu. Jalan luar bandar yang ditambah baik, membolehkan penduduk luar bandar untuk berulang-alik ke pusat pekerjaan bukan pertanian yang kebanyakannya terletak di pusat bandar utama yang berhampiran. Pendapatan bukan pertanian juga telah meningkat dengan pengenalan industri asas sumber dan industri asas pertanian, di samping peluang pekerjaan (separuh masa dan bermusim) dalam sektor peruncitan dan perkhidmatan di bandar-bandar bersaiz kecil dan sederhana. Perjalanan untuk bekerja di pusat bandar yang menawarkan pekerjaan dalam sektor bukan pertanian telah menghasilkan pendapatan isirumah yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun, pekebun-pekebun kecil yang kekurangan pekerja ladang tempatan dan sokongan teknologi termasuk harga pasaran yang rendah untuk produk hasil pertanian, telah mengakibatkan kawasan ladang ditinggalkan dan kemerosotan dalam pendapatan hasil ladang secara umumnya (Senario 2 dalam Rajah 4.3). RFN Ke-2 telah mencadangkan keperluan untuk beralih ke Senario 3 (Rajah 4.3) di mana berlakunya penggabungan aktiviti ekonomi yang merentas sektor (seperti pertanian dan industri bio teknologi) dan integrasi ekonomi yang rapat antara kawasan luar bandar dan pusat bandar. Program pembangunan luar bandar perlu mengenalpasti kepentingan peranan bandar-bandar kecil dan PPD sebagai komponen-komponen yang bersepadu bagi menjamin kejayaan pembangunan luar bandar. Pada masa yang sama, 4 17

94 perhubungan antara PPD dengan pusat pekerjaan di pusat bandar utama perlu diperkukuhkan dan dipertingkatkan lagi. Rajah 4.3 : Strategi Konsep Perhubungan Bandar - Luar Bandar SENARIO 1 Hubungan Awal di Antara Kawasan Luar Bandar dan Bandar PPK/ PPD/ Kampung Hampir sepenuhnya bergantung kepada pendapatan pertanian Produktiviti yang rendah Kemahiran teknikal dan profesional yang rendah Pendapatan yang rendah Tahap aksessibiliti yang rendah ke pusat bandar Pusat Pekerjaan Conurbation Pertumbuhan (Negara, Wilayah/ Negeri/ Pertengahan) Pusat Pertumbuhan Utama SENARIO 2 Aksessibiliti dan Kemahiran Individu Dipertingkatkan PPK/ PPD/ Kampung Peningkatan pendapatan bukan pertanian Peningkatan pendapatan isi rumah Pendapatan pertanian statik atau berkurangan Kebun terbiar Pekerjaan pertanian berkurangan Peningkatan kemahiran teknikal dan profesional Peningkatan aksessibiliti ke peluang pekerjaan Peningkatan aksessibiliti fizikal ke pusat pekerjaan di bandar Berulang alik untuk bekerja di pusat pekerjaan Pusat Pekerjaan Pengukuhan peluang pekerjaan di pusat utama SENARIO 3 Penyatuan Ladang dan Perkembangan Pekerjaan Bukan Pertanian di Masa Hadapan PPK/ PPD/ Kampung Aksessibiliti pengangkutan yang baik Pusat Pekerjaan Penyatuan ladang dan lain lain perubahan institusi Pengukuhan peluang Produktiviti ladang meningkat dan Pusat PPP diperkenalkan pekerjaan yang berterusan Pendapatan pertanian dan bukan pertanian meningkat dalam sektor pembuatan Mewujudkan pekerjaan bukan pertanian, dalam sektor perkhidmatan, pelancongan, dan perkhidmatan perindustrian luar bandar, Pusat PPP, Satu Daerah Satu Industri, dan sebagainya Mengambil kesempatan dari kekuatan kluster ekonomi luar bandar yang wujud Mengintegrasikan strategi pembangunan pekan kecil/ Pusat Petempatan Desa (PPD) dengan membekalkan kemudahan sosial yang sewajarnya serta menaiktaraf infrastruktur Akses jalur lebar dan Pusat ICT Desa Strategi-strategi utama ke arah pembentukan masyarakat luar bandar yang makmur, berdaya maju dan mampan adalah :- a. Menambah baik produktiviti pertanian dan nilai ditambah dalam rangkaian penawaran dan pemasaran melalui penggabungan ladang-ladang pekebun kecil serta memperkenalkan koperasi perladangan dengan pengurusan professional. b. Membangunkan tenaga sumber manusia yang merupakan penggerak utama kepada peningkatan produktiviti dan inovasi. c. Menggalakkan dan memudahcara penggunaan teknologi termasuklah akses kepada internet jalur lebar serta membangunkan Pusat ICT Desa. 4 18

95 d. Menyediakan aksessibiliti yang baik, terutamanya perkhidmatan pengangkutan awam yang tetap dari PPK dan PPD ke pusat pekerjaan di pusat bandar besar untuk membantu perjalanan ulang-alik pekerjaan bukan pertanian. e. Mewujudkan peluang bagi pelbagai sumber pendapatan bukan pertanian dengan membangunkan perusahaan enterpris luar bandar yang berdaya saing, mempunyai kepelbagaian dan berdaya maju, termasuk inisiatif eko dan agropelancongan, industri luar bandar, Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (PPP) produkproduk pertanian dan program Satu Daerah Satu Industri (SDSI). f. Merangkumkan petempatan luar bandar dan perkampungan ke dalam kawasan pentadbiran PBT untuk memastikan piawaian umum bagi bangunan, kebersihan dan infrastruktur dipatuhi. Kekurangan kawalan terhadap struktur bangunan dan kerjakerja membaik-pulih di kampung-kampung seringkali menyebabkan kemerosotan kualiti persekitaran fizikal dan alam bina kampung-kampung berkenaan. g. Menaiktaraf PPK dan PPD bagi mewujudkan perkhidmatan sosial dan perniagaan yang berkualiti serta menjana peluang pekerjaan sektor sekunder dan tertiari. Pembangunan industri, terutamanya IKS merupakan pilihan pendekatan yang paling sesuai untuk tujuan tersebut. Aktiviti IKS perlu mengambil kesempatan daripada kekuatan kluster ekonomi luar bandar yang menonjol di kawasan berkenaan. Pihak Kerajaan perlu memainkan peranan sebagai fasilitator dengan mewujudkan persekitaran pelaburan yang kondusif bagi membolehkan inisiatif dan syarikat enterpris swasta untuk berkembang dan berdaya maju. Penggerak yang paling sesuai bagi program ini adalah institusi berkaitan kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Di kebanyakan petempatan luar bandar, termasuk FELDA, peneroka dan ahli keluarga turut terlibat dalam aktiviti hiliran pertanian seperti pembuatan kuih-muih tradisional, sos, kerepek, kraftangan dan jahitan. Contoh yang paling berjaya adalah program Satu Kampung Satu Industri atau SAWARI. Ia merupakan model yang diperkenalkan oleh FELDA, di mana satu wilayah mengeluarkan satu jenis produk. Menerusi program ini, ramai peneroka FELDA telah berjaya meningkatkan pendapatan mereka, manakala produk-produk tertentu telah berjaya dieksport. Daerah-daerah yang telah berjaya melalui hasil aktiviti ini adalah seperti Tumpat bagi pengeluaran sambal daging, Kuala Kangsar dengan labu sayong dan Marang untuk keropok lekor. Aktiviti-aktiviti ini perlu diperkukuhkan, dibangunkan dan diperkembangkan lagi. Selain daripada menyediakan pendapatan yang saksama, kawasan luar bandar juga perlu dipertingkatkan dan ditambah baik untuk meningkatkan kualiti hidup dan kualiti alam sekitar. Ini boleh dicapai dengan penyediaan kemudahan sosial yang mencukupi seperti pusat komuniti dan padang permainan serta penambahbaikan kemudahan infrastruktur, sistem kebersihan, tapak pelupusan sisa pepejal dan sistem perparitan. Kebanyakan kawasan luar bandar telah pun disediakan dengan kemudahan infrastruktur asas ini, namun banyak lagi yang perlu dijalankan untuk meningkatkan kualiti serta memastikan supaya kesemua petempatan luar bandar mempunyai kemudahan asas ditahap yang minimum. 4 19

96 Salah satu kawasan luar bandar yang mundur adalah petempatan Orang Asli. Kebanyakan Orang Asli ini boleh dianggap masih tergolong dalam kategori kemiskinan tegar. Walau pun pihak kerajaan telah berusaha keras untuk menyediakan setiap isirumah dengan sebuah rumah dan tanah pertanian, namun masih ramai lagi yang tidak mempunyai kediaman dan tanah pertanian untuk menjanakan pendapatan yang sewajarnya. Kerajaan telah merangka satu dasar mengenai pemberimilikan dan pembangunan tanah kepada Orang Asli untuk kegunaan pertanian dan kediaman, melalui Mesyuarat Majlis Tanah Negara No. 65 pada 4hb. Disember, Terma-terma yang diluluskan adalah: i. Kawasan seluas 2-6 ekar untuk ladang dan satu plot rumah berukuran 5,000 kaki persegi hingga 1 /4 ekar, mengikut kemampuan PBN; ii. Pemberimilikan tanah hanya diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) Orang Asli seperti yang ditafsirkan di bawah Seksyen 3, Akta Orang Asli (Akta 134); iii. Tanah yang akan diberimilik adalah secara berkekalan; dan iv. Sekatan kepentingan ke atas tanah tersebut dikenakan seperti berikut: Tanah yang diberi milik tidak boleh disewa, dipajak, digadai atau dilepaskan kecuali dengan kebenaran PBN selepas berunding dengan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli; Tanah yang diberi milik tidak boleh dipindah milik selama 15 tahun oleh pemilik pertama; dan Pindah milik tanah hanya dibenarkan kepada Orang Asli sahaja. Dasar ini pada amnya terikat bagi semua PBN di Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, dasar ini telah menerima bantahan daripada Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) yang menyarankan supaya Wilayah Adat Orang Asli diiktiraf, termasuk kawasan petempatan, perkuburan, tapak keramat, kawasan pertanian sara hidup, kawasan herba, kawasan memburu, kawasan dusun, kawasan rekreasi dan kawasan hutan dara. RFN Ke-2 mencadangkan supaya masyarakat Orang Asli disediakan dengan rumah yang teratur dengan tanah untuk tujuan bercucuk tanam, termasuk geran tanah yang perlu dilindungi supaya tidak terjatuh ke tangan golongan bukan Orang Asli. Tanah pertanian perlu dibangunkan hanya untuk faedah Orang Asli dan mereka boleh membina petempatan di atas tanah tersebut. Perancangan spatial dan model ekonomi yang digunakan oleh skim FELDA dan FELCRA boleh diubahsuai dan digunapakai untuk membangunkan tanah pertanian bagi Orang Asli. Walaupun begitu, tanah tersebut perlu diuruskan secara komersial oleh sebuah agensi yang sesuai seperti FELCRA atau koperasi tanah yang sewajarnya. Untuk memastikan kesaksamaan pendapatan, nisbah tanah kepada setiap keluarga perlu sekurang-kurangnya 6-10 hektar. 4 20

97 4.6 Penggunaan Tanah Secara Mampan Kesediaan Tanah untuk Pembangunan Penawaran tanah untuk pembangunan merujuk kepada kesediaan tanah untuk perluasan kawasan bandar pada masa akan datang. Analisis penggunaan tanah di Semenanjung Malaysia menunjukkan bahawa kawasan tepubina hanya menyumbang sebahagian kecil atau kira-kira 3.3% daripada keseluruhan tanah Semenanjung Malaysia pada tahun 2000 dan kira-kira 5.8% pada tahun Fenomena pertumbuhan bandar di Semenanjung Malaysia, diperkukuhkan dengan sumbangan signifikan oleh aktiviti ekonomi asas bandar kepada KDNK, telah menghasilkan suatu gambaran menyeluruh mengenai rebakan bandar. Satu penilaian telah dijalankan untuk menentukan bukan sahaja jumlah kasar tambahan tanah yang diperlukan di Semenanjung Malaysia untuk menampung pertumbuhan bandar dan keperluan aktiviti ekonomi sehingga tahun 2020, tetapi juga mengenal pasti arah tuju pertumbuhan bandar di peringkat negeri. Penilaian guna tanah ini telah mempertimbangkan kesemua hasil penemuan dan unjuran bagi setiap kajian sektoral terhadap aspek pertanian, persekitaran, utiliti dan pengangkutan. Kesediaan tanah untuk pembangunan masa hadapan telah mengambil kira keperluan untuk mengoptimumkan kegunaan tanah tanpa mengabaikan kepentingan pemuliharaan semua aset dan warisan negara yang bernilai, terutamanya tanah yang bernilai ekologi. Penilaian ini menggunakan teknik peta tapisan di mana empat kawasan halangan utama telah disaring bagi menentukan kesediaan tanah untuk pembangunan, iaitu:- a. Kawasan tepubina sedia ada; b. Kawasan berhalangan fizikal (kontur > 300m dan kecerunan > 25 o ); c. Kawasan Pertanian Utama Tahap 1 dan 2; dan d. Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tahap 1, 2 dan 3. Jadual 4.5 : Jumlah Kesediaan Tanah untuk Pembangunan Masa Hadapan Mengikut Negeri ( 000 hek) Negeri Kawasan (hektar) Perlis 0.99 Kedah Pulau Pinang Perak Selangor W.P. Putrajaya 0.03 W.P. Kuala Lumpur 0.25 Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Terengganu Kelantan Jumlah Sumber : RFN Ke-2,

98 Dengan meletakkan sekatan ke atas kawasan berhalangan untuk pembangunan, baki tanah yang terhasil dikelaskan sebagai tanah yang tersedia untuk pembangunan bandar (Rajah 4.4). Jadual 4.5 menunjukkan jumlah kesediaan tanah untuk pembangunan masa hadapan mengikut negeri. Secara keseluruhannya, seluas 820,960 hektar tanah di Semenanjung Malaysia adalah tersedia untuk pembangunan masa hadapan Tanah Pertanian Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) bermatlamat untuk meningkatkan prestasi sektor luar bandar melalui penggunaan sumber secara optimum dan mencadangkan untuk mengurangkan kos import makanan. Antara langkah-langkah yang diterapkan dalam RFN Ke-2 untuk memenuhi dan menyokong keperluan ini adalah menetapkan Kawasan Pertanian Utama (KPU). Pengenalpastian KPU adalah penting untuk mengutamakan kawasan pertanian yang perlu dipelihara berasaskan kawasan pengeluaran pertanian utama sedia ada. Kriteriakriteria yang telah digunakan dalam RFN telah diambilkira dan ditambah baik sebagai input ke dalam analisis. Berikut adalah kriteria dan tahap kepentingan yang digunakan untuk menentukan KPU:- i. Kawasan Jelapang Padi (lapan kawasan jelapang padi sedia ada) ii. Kawasan padi di luar kawasan jelapang padi iii. Kawasan pertanian yang ditetapkan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), termasuk kawasan penanaman makanan, penternakan haiwan dan Zon Industri Akuakultur (ZIA) iv. Kawasan pertanian di atas tanah gambut atau organik v. Kawasan pertanian di atas tanah Kelas 1 dan Kelas 2 vi. Kawasan pertanian di atas tanah Kelas 3 vii. Kawasan pertanian di wilayah agroekologi tanpa musim kering viii. Kawasan pertanian dalam wilayah agroekologi yang mengalami musim kering pendek. Jadual 4.6 menunjukkan jumlah KPU mengikut negeri di Semenanjung Malaysia dan tahap kepentingan masing-masing. Jumlah keluasan KPU adalah lebih kurang 4.8 juta hektar. Negeri yang mempunyai kawasan KPU tertinggi adalah Pahang diikuti oleh Johor dan Perak. Kesemua KPU perlu dipulihara sebagai sebahagian daripada keperluan untuk memastikan pengeluaran makanan yang mencukupi bagi kepentingan keselamatan negara. Dengan memperakui hakikat ini, sektor pertanian telah dikenalpasti sebagai enjin pertumbuhan ketiga terpenting dalam pembangunan negara. Oleh kerana lokasi KPU adalah umum, maka kajian terperinci perlu dijalankan di peringkat negeri dan tempatan bagi menentukan sempadan yang lebih tepat bagi setiap KPU. 4 22

99 Jadual 4.6 : Jumlah Keluasan Bagi Kawasan Pertanian Utama, Mengikut Negeri ( 000 hektar) Negeri Tahap1 Tahap2 Tahap 3 Jumlah Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Selangor W.P. Putrajaya W.P. Kuala Lumpur Negeri Sembilan Melaka Johor ,099.4 Pahang , ,120.8 Terengganu Kelantan JUMLAH , ,842.2 Sumber: RFN Ke-2, Kawasan Sensitif Alam Sekitar Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) merujuk kepada kawasan-kawasan yang mempunyai kepentingan kritikal dari segi pembekalan sumber-sumber asas, perkhidmatan dan sistem sokongan hidup seperti penulenan air, kawalan haiwan perosak dan kawalan hakisan tanah. KSAS juga merangkumi kawasan-kawasan yang menampung sumber kekayaan biodiversiti negara. Oleh itu, adalah amat penting untuk memastikan bahawa kawasan-kawasan KSAS ini tidak dibangunkan, serta dipulihara atau diurus secara mampan, bergantung kepada jenis, ciri-ciri dan tahap kesensitifan atau kepentingan. Berdasarkan kepada kriteria-kriteria ini, KSAS dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu KSAS Tahap 1, 2 atau 3. Setiap tahap KSAS diberi kriteria pengurusan seperti berikut: Tiada pembangunan, pertanian atau pembalakan dibenarkan kecuali bagi KSAS Tahap 1 aktiviti pelancongan alam semula jadi berimpak rendah, penyelidikan dan pendidikan. Tiada pembangunan atau pertanian. Pembalakan secara mampan dan KSAS Tahap 2 KSAS Tahap 3 pelancongan alam semula jadi berimpak rendah dibenarkan bergantung kepada halangan setempat. Pembangunan terkawal di mana jenis dan intensiti pembangunan dikawal bergantung kepada ciri-ciri halangan. Satu analisis komposit telah digunakan untuk merumuskan kategori-kategori KSAS, berdasarkan kepada tiga kriteria umum KSAS iaitu kawasan berkepentingan biodiversiti, kawasan berkepentingan sokongan hidup (perlu dinyatakan bahawa kawasan berkepentingan biodiversiti lazimnya juga merupakan kawasan berkepentingan sokongan hidup) dan kawasan risiko bencana (Jadual 4.7). 4 24

100 Jadual 4.7 : Komposit Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap Kriteria Perlindungan Biodiversiti 1 Kawasan Perlindungan (PA) sedia ada dan cadangan baru Habitat kecil yang penting di luar sistem kawasan perlindungan: kawasan pendaratan penyu, jenut, kawasan penting tumbuh-tumbuhan, bukit batu kapur dan tanah bencah semula jadi yang bernilai pemuliharaan tinggi. 2 Lain-lain hutan dan tanah bencah di luar kawasan perlindungan. 3 Pulau-pulau taman laut. Sistem Sokongan Hidup 1 Kawasan tadahan empangan yang sedia ada dan cadangan baru 3 Kawasan tadahan takat pengambilan air dan zon recharge air bawah tanah. Kawasan Risiko Bencana 1 Kawasan melebihi kontur 1,000m. 2 Kawasan antara kontur 300m - 1,000m 3 Kawasan antara kontur 150m - 300m Kawasan yang mempunyai risiko hakisan melebihi 150 tan/ hektar/ tahun Kawasan yang mengalami hakisan pantai kritikal atau yang signifikan. Sumber: RFN Ke-2, 2010 Di samping itu, zon penampan selebar 500m disediakan di sekeliling kawasan KSAS Tahap 1 dan 2. Proses analisis melibatkan pertindihan kesemua lapisan data untuk menghasilkan satu output yang mengandungi gabungan maklumat spatial dan atributnya. Dalam proses penentuan tahap KSAS, pangkalan data atribut telah diselaraskan dengan menetapkan syarat serta menghubungkan pangkalan data yang dipilih kepada ciri spatial tersebut. Syarat-syarat ini dibentuk dengan merumuskan pertanyaan seperti nilai tahap tertinggi (contohnya Tahap 1) daripada setiap lapisan data terpilih, yang kemudiannya akan digunakan apabila kedua-dua kawasan ditindihkan. Proses ini memerlukan input tahap penilaian ke dalam atribut bagi semua sub-analisis lapisan data. Dengan menggunakan proses yang sama, hasil sub-analisis untuk lapisan data perlindungan biodiversiti, sistem sokongan hidup dan kawasan risiko bencana digabungkan untuk membentuk KSAS. Nilai tahap KSAS telah dikenalpasti mengikut kesensitifan bagi sub-analisis lapisan data. Jadual 4.8 menunjukkan jumlah kawasan mengikut tahap KSAS bagi setiap negeri. Sebanyak 4.7 juta hektar KSAS Tahap 1, 3.6 juta hektar KSAS Tahap 2 dan 3.8 juta hektar KSAS Tahap 3 telah dikenalpasti. Negeri Pahang mempunyai jumlah kawasan KSAS tertinggi, diikuti dengan negeri Perak, Johor dan Kelantan. 4 25

101 Jadual 4.8 : Jumlah Keluasan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Mengikut Negeri ( 000 hek) Negeri Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Jumlah Perlis Kedah Pulau Pinang Perak 1, ,879.1 Selangor W.P. Putrajaya W.P. Kuala Lumpur Negeri Sembilan Melaka Johor ,591.9 Pahang 1, , ,475.2 Terengganu ,253.5 Kelantan ,448.5 Jumlah 4, , , ,126.7 Sumber: RFN Ke-2, Tanah Bandar i. Keperluan Tanah Bandar Masa Depan Tanah bandar yang diperlukan untuk memenuhi keperluan unjuran pembangunan, melibatkan pelbagai keputusan dasar dan piawaian perancangan, seperti nisbah penduduk bandar-luar bandar, tahap intensiti pembangunan, perkembangan pembangunan bercampur, bentuk dan corak bandar yang dihasratkan. Dalam menganggarkan keperluan tanah untuk kegunaan bandar, dua faktor utama diambilkira. Faktor pertama adalah permintaan bagi tanah yang dijanakan oleh pertambahan penduduk bandar seperti perumahan dan keperluan pekerjaan dan keduanya, penilaian kesediaan tanah bandar tanpa menjejaskan guna tanah utama dan lain-lain kegunaan penting seperti kawasan pengeluaran pertanian untuk jaminan bekalan makanan, pemuliharaan biodiversiti atau kawasan risiko geo bencana. Keperluan tanah bandar untuk kegunaan baru mengikut setiap negeri ditentukan dengan menggunakan unjuran pertumbuhan penduduk bandar berbanding purata kepadatan kasar iaitu 25 orang per hektar. Ini menghasilkan jumlah anggaran tanah bandar yang diperlukan di Semenanjung Malaysia sebanyak 768,610 hektar sehingga tahun Kepadatan bandar pada tahun 2020 berdasarkan RSN adalah lebih rendah daripada purata kepadatan bandar yang dicadangkan oleh RFN iaitu 25 orang per hektar. Ini memberikan implikasi bahawa berlakunya lebihan peruntukan dan ketidakberkesanan penggunaan tanah bandar masa depan, yang mengakibatkan pembaziran sumber dalam penyediaan infrastruktur yang tidak diperlukan serta tidak digunakan sepenuhnya. Oleh itu adalah amat penting untuk menjalankan penyemakan terhadap keperluan tanah bandar terutamanya bagi negeri-negeri yang mempunyai kepadatan bandar yang rendah seperti Perlis, Kedah, Negeri 4 26

102 Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu. Terdapat juga keperluan untuk menjalankan satu kajian perbandingan tanda aras yang terperinci serta menerima pakai kepadatan bandar yang bersesuaian bagi memastikan penggunaan tanah yang optimum dalam persekitaran mampan. Bagi memenuhi keperluan pertambahan penduduk bandar sehingga tahun 2020, RFN Ke-2 telah menganggarkan lebih kurang 960,300 hektar tanah diperlukan untuk kegunaan bandar atau 7.3% dari jumlah keseluruhan Semenanjung Malaysia (Jadual 4.9). Jadual 4.9 : Anggaran Keperluan Tanah Bandar Mengikut Negeri, Tahun 2020 Tambahan Penduduk Bandar ( 000) Tambahan Tanah Bandar yang Diperlukan ( 000 hek) Anggaran Tanah Bandar/ Kawasan Tepubina, 2020 ( 000 hek) % Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Selangor 1, W.P. Putrajaya* W.P. Kuala Lumpur* Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Terengganu Kelantan Jumlah 6, Nota : Kepadatan bandar yang telah dianggarkan berdasarkan kepadatan bandar sedia ada dan juga sasaran kepadatan dalam RSN dan RFN, atau mana yang lebih tinggi. Kepadatan 25 orang per hektar digunakan untuk negeri-negeri yang mempunyai kepadatan kawasan tepubina sedia ada yang lebih rendah. Bagi negeri Selangor, W.P Putrajaya, W.P Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, kepadatan sedia ada digunakan untuk menganggarkan keperluan tanah bandar. (*) Keseluruhan W.P Putrajaya dan W.P Kuala Lumpur merupakan kawasan yang dibangunkan sepenuhnya untuk kegunaan bandar pada tahun 2008 (92.6% dan 72.7%). Pembangunan semula bandar dengan kepadatan yang sama atau lebih tinggi diperlukan bagi menyokong sasaran penduduk bandar pada tahun Sumber : RFN Ke-2, 2010 ii. Penawaran Tanah untuk Pembangunan Keperluan tanah untuk kegunaan bandar pada masa depan perlu disediakan tanpa mencerobohi kawasan kegunaan khas atau spesifik seperti KPU dan KSAS. Sebahagian besar daripada keperluan tanah boleh ditampung dengan pembangunan semula kawasan brownfield atau pembangunan infill dengan kepadatan tinggi dan pembangunan bercampur tanpa menjejaskan kawasan greenfield di kawasan pinggiran bandar. Dengan menggunakan kriteria yang sama di peringkat negeri, analisis menunjukkan bahawa lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka perlu menggunakan tanah yang telah ditetapkan sebagai KPU atau KSAS. Bagi Perlis, Kedah dan Pulau Pinang demi kepentingan kawasan jelapang padi dan pelaburan tinggi dalam skim pengairan, penggunaan tanah KSAS tahap rendah mungkin diberi keutamaan berbanding penggunaan tanah KPU dalam mengatasi kekurangan tanah untuk pembangunan bandar masa depan. Namun begitu, 4 27

103 pertimbangan yang amat teliti perlu diambil, terutamanya dalam penggunaan kawasan tadahan air dan kawasan recharge air. Analisis keperluan tanah masa depan dan tanah yang tiada halangan pembangunan bagi Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, menunjukkan bahawa walaupun sebahagian daripada tanah KSAS tahap rendah akan diperuntukkan bagi kegunaan bandar, namun masih terdapat keperluan untuk menggunakan tanah KPU bagi tujuan kegunaan bandar. Berasaskan corak pembangunan guna tanah sedia ada di negeri-negeri ini, keutamaan perlu diberi kepada pengukuhan penggunaan tanah bandar berbanding penggunaan tanah KPU demi kepentingan penggunaan sumber negara secara efisien dan efektif. Langkah-langkah perancangan spatial yang inovatif perlu diambil untuk mengurangkan kehilangan tanah KPU dan KSAS tahap 3 secara berterusan, termasuk mengguna pakai kepadatan kasar yang lebih tinggi, menggalakkan pembangunan bercampur di pusat bandar, pembangunan infill, pemulihan dan pembangunan semula tapak bangunan yang tidak digunakan sepenuhnya, terutamanya kegunaan institusi seperti tanah kereta api dan penjara. Lain-lain langkah perancangan fizikal termasuk pewujudan dan perkongsian ruang, pengezonan guna tanah yang fleksibel dalam kawasan tepubina, penempatan semula kegunaan bukan berpusat dan menyelerakkan aktiviti yang menggunakan saiz tanah yang luas ke negeri-negeri yang mempunyai lebihan tanah untuk pembangunan. Rebakan bandar perlu dikekang manakala pembangunan baru terutamanya perbandaran di kawasan greenfield, hanya dibenarkan jika pembangunan tersebut tidak dapat dilaksanakan dalam kawasan pusat bandar atau pinggiran bandar sedia ada. Rancangan pembangunan untuk kawasan conurbation perlu menentukan secara terperinci kawasan-kawasan yang perlu diperkukuhkan, menentukan had pembangunan bandar serta penyediaan koridor hijau dan jaluran hijau sebagai salah satu keperluan untuk memulihara dan melindungi KPU dan KSAS. iii. Perumahan Penilaian keperluan perumahan semasa dan unjuran perumahan sehingga 2020 menunjukkan bahawa keperluan ini boleh ditampung di dalam pusat-pusat bandar yang telah ditentukan tanpa memerlukan tukar guna tanah hutan atau kawasan sensitif alam sekitar kepada perumahan. Namun begitu, kekurangan perumahan mampu milik di dalam conurbation dan bandar-bandar besar merupakan isu utama yang perlu diselesaikan segera. Spekulasi tanah juga perlu dikurangkan dengan menguatkuasakan peruntukan Seksyen 24, Akta 172 berkaitan luputnya kebenaran merancang. Satu cabaran utama dalam perancangan spatial ialah untuk mengubah persepsi iaitu semua tanah berhampiran kawasan bandar perlu dibuka untuk pembangunan. Pembaziran sumber yang banyak boleh berlaku apabila kelulusan tukar syarat tanah dijalankan tanpa penilaian permintaan secara terperinci. Proses perluasan 4 28

104 kawasan bandar telah meningkatkan penawaran berbanding dengan permintaan sebenar. Pengurusan dan penyebaran maklumat yang efektif mengenai penawaran dan permintaan bagi kegunaan bandar kepada pihak berkuasa yang berkaitan, kesesuaian tanah, serta penerapan KPU dan tanah hutan dalam conurbation sebagai jaluran hijau, perlu dilaksanakan untuk mengelakkan ketidakseimbangan antara penawaran dan permintaan perumahan, lebihan hartanah dan penggunaan tanah tidak efisien di sekitar kawasan bandar. Penentuan laluan koridor pengangkutan awam perlu dibuat segera untuk memastikan operasi pengangkutan awam yang efisien pada masa depan. Ia perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa secara terurus melalui penyediaan tanah untuk pembangunan bandar baru terutamanya di kawasan conurbation. Penilaian perlu mengambilkira keupayaan dan kos menaiktaraf infrastruktur dan utiliti sedia ada seperti bekalan air, elektrik dan ruang jalan untuk pertumbuhan bandar masa depan. iv. Industri IMP3 mensasarkan untuk memacu perindustrian ke satu tahap daya saing global yang lebih tinggi dengan pendekatan integrasi pembangunan perindustrian dan ekonomi. Pelan pelaksanaan IMP3 mempunyai komponen wilayah yang bertujuan untuk mengimbangkan potensi ketidakseimbangan dalam outcome. Dalam sektor perindustrian, fokusnya adalah untuk membangunkan kluster industri atau ekonomi utama di semua lokasi yang mempunyai kelebihan daya saing. Kawasan kluster utama ditunjukkan dalam IP5. Kawasan-kawasan tersebut akan dibangunkan selaras dengan faktor pemboleh yang bersesuaian seperti infrastruktur, kemahiran dan dasar kerajaan yang kondusif untuk mempertingkatkan daya tarikan kluster-kluster tersebut. Aktiviti perindustrian akan dipromosikan di sepanjang koridor pertumbuhan utama yang telah dikenalpasti dalam pelan di mana aktiviti perindustrian asas bandar akan ditempatkan. Selain itu aktiviti perindustrian ini juga akan dipromosikan di dalam zon atau nod industri terpilih di kawasan conurbation. Infrastruktur, utiliti dan sokongan logistik yang mencukupi perlu disediakan dalam jaluran kawasan perindustrian ini bagi memaksimumkan potensi guna tanah tersebut dan juga sebagai zon penampan untuk kawasan kediaman. Industri pembuatan umum akan dipromosikan di bandar-bandar sederhana dan pusat bandar sekunder untuk mempelbagaikan asas ekonomi wilayah dan menyediakan peluang pekerjaan bukan asas pertanian. Industri asas sumber akan dibangunkan di kawasan sumber berkenaan bergantung kepada jenis industri. Industri desa pula akan ditempatkan di pusat petempatan kecil dan PPD untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat luar bandar serta memanfaatkan infrastruktur dan perkhidmatan yang tersedia di bandar-bandar kecil ini. 4 29

105 4.6.5 Pelancongan Pelancongan akan dipromosikan sebagai enjin pertumbuhan kedua bagi negara, terutamanya dengan liberalisasi sektor pelancongan untuk mempertingkatkan daya saing global. Malaysia, sebagai salah satu destinasi tarikan pelancongan, kini dipakejkan mengikut pelbagai jenis kategori produk tarikan dan dipromosikan secara agresif oleh setiap negeri. Jadual 4.10 memaparkan sumber tarikan pelancongan dan kekuatan lokasi mengikut negeri masing-masing. Adalah amat penting kepada setiap negeri untuk memastikan sumber pelancongan tersebut diurus dan dipelihara dengan sebaiknya. Jadual 4.10: Keistimewaan Tarikan Pelancongan Mengikut Negeri Negeri Perlis: Indera Kayangan (Little Northern Gem) Kedah: Jelapang Padi Malaysia (The Rice Bowl of Malaysia) Pulau Pinang: Mutiara Timur (Pearl of Orient) Perak: Negeri Bijih Timah (Silver State) Melaka: Bandaraya Bersejarah (Historical City) Bandaraya Kuala Lumpur: Ibu Negara Malaysia Putrajaya: Bandar Bestari (Intelligent City) Negeri Sembilan: Negeri Adat Perpatih (Land of Quite Grace) Pahang: Negeri Kepelbagaian Penjelajahan (Adventures Off The Beaten Track) Kelantan : Serambi Kebudayaan Melayu (Cradle of Malay Culture) Johor: Pintu Masuk Selatan Negara (Southern Gateway) Terengganu: Syurga Pantai Peranginan (Beach Paradise) Selangor: Gerbang Emas (Golden Gates) Sumber: Kementerian Pelancongan, 2009 Slogan Promosi Kaya dengan keindahan alam semula jadi dan keunikan tarikan desanya yang tradisional. Landskap yang pelbagai lagi menawan mengikut musim sawah padi, iaitu kehijauan semasa pertumbuhan padi baru dan akan bertukar menjadi kekuningkuningan ketika musim menuai. Pulau Pinang menarik peminat makanan dan mereka yang menggemari pantai dan pengalaman kebudayaan yang pelbagai Banjaran gunung dan bukit-bukit batu kapur yang merentasi negeri, dan berdiri megah di tanah pamah rata, mewujudkan pemandangan yang menawan. Melaka merupakan antara destinasi pelancongan terkemuka di Malaysia dengan peninggalan warisan sejarah, rangkaian muzium dan keenakan makanan. Kuala Lumpur, di mana yang baru menerapi yang lama, sofistikasi pemodenan bertemu tradisi yang berwarna-warni. Putrajaya merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru. Sebuah bandar moden yang berkembang pesat dan mengaplikasikan konsep Bandar Pintar Dalam Taman. Negeri Sembilan terkenal dengan kekayaan warisan budaya Minangkabau yang masih jelas kelihatan dari segi keunikan seni bina bangunan dan cara kehidupan masyarakat Minang. Hampir dua pertiga daripada kawasan di negeri ini masih lagi diliputi hutan hujan tropika dara, mewujudkan enklaf kehijauan semula jadi serta habitat hidupan liar yang menakjubkan. Kelantan merupakan pusat utama kebudayaan dan kesenian Melayu dan keagamaan. Landskap Johor dibentuk oleh kawasan pertaniannya yang meluas dan ditonjolkan dengan taman negara yang mengkagumkan serta perkampungan nelayan yang unik. Terengganu mempunyai identiti kebudayaan yang kukuh serta dianugerahkan dengan pulau-pulau terindah dalam negara. Selangor merupakan kawasan perbandaran yang ideal dengan pembangunan infrastruktur yang tinggi, serta masih memelihara sebahagian daripada rezab alam semula jadi yang terbaik. 4 30

106 Jadual 4.11 : Destinasi Pelancongan Utama Berdasarkan Faktor Kelebihan Lokasi Kategori Destinasi Pelancongan Bandar Membeli Belah Bandar Sempadan Bandar Pelancongan Persisiran Pantai Bandar Pintu Masuk Ekopelancongan Bandar Pintu Masuk ke Pulau Peranginan Zon Pelancongan Persisiran Pantai Luar Bandar Zon Pelancongan Ekopersisiran Pantai (Pulau Peranginan dan Tanah Bencah) Bandar Warisan Dunia/ Tapak-tapak Warisan Negara/ Bandar Warisan/ Bandar DiRaja Peranginan Tanah-tanah Tinggi/ Stesen Bukit Sumber : Kajian RFN Ke-2, 2010 Lokasi Kuala Lumpur Johor Bahru Pulau Pinang Bukit Kayu Hitam Padang Besar Rantau Panjang Kuah, Langkawi Geo Park Port Dickson George Town Tanjung Bungah Bayan Baru Lumut Kuala Terengganu Kuantan Jerantut Gua Musang Gerik Kuala Berang Kuala Lipis Segamat Bekok Mersing - Kuala Rompin Kuala Besut - Merang Kuala Terengganu -Marang Kuala Perlis Kuala Kedah Pelabuhan Klang Lumut Cherating - Kijal Alor Gajah Yan Seberang Perai Utara Muar - Pontian Mersing Desaru Sabak Bernam Kuala Selangor Daerah-daerah sebelah pantai di Negeri Terengganu Taman Laut Johor Taman Laut Kedah Taman Laut Terengganu Taman Negara Pulau Pinang Taman Negeri Pulau Sembilan Kepulauan Klang Pulau Kukup Tanjung Tuan Tanah Bencah Setiu Kuala Gula Matang Segari Melintang Taman Alam Kuala Selangor George Town dan Melaka Beruas, Lenggong, Sg. Lembing, Lembah Bujang Taiping, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Klang, Kuala Lipis Kuala Kangsar, Pekan, Seri Menanti, Alor Setar Cameron Highlands Genting Highlands dan Bukit Tinggi Bukit Fraser Bukit Bendera Antara tahun , ketibaan pelancong ke Malaysia telah bertambah di antara 3.5% hingga 14.0% dan meningkat sebanyak 10% setahun, melebihi sasaran pertumbuhan sebanyak 6.9% untuk tempoh tahun Ini menunjukkan kesan pengukuhan sektor ini dan kemunculan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan pilihan pelancong. RMKe-9 mensasarkan peningkatan ketibaan pelancong pada kadar 8.4% setahun dan mencapai 24.6 juta ketibaan pelancong pada tahun

107 Empat zon pembangunan pelancongan yang dikenal pasti dalam Dasar Pelancongan Negara akan diberi penekanan dalam RFN Ke-2. Pendekatan bersepadu dalam perancangan serta pelaksanaan program-program pelancongan secara mampan juga telah diutarakan dalam RMKe-9. Di peringkat negeri, produk pelancongan dan potensi zon atau koridor pelancongan utama dikenal pasti dalam RSN masing-masing. Strategi pembangunan pelancongan yang seimbang disasarkan kepada pasaran antarabangsa dan tempatan juga perlu diterima pakai. Strategi ini memerlukan Kerajaan Persekutuan, semua kerajaan negeri dan pihak swasta, untuk membangunkan sektor pelancongan secara mampan dan mempromosikan secara aktif produk tarikan pelancongan selaras dengan kehendak pelawat, menyediakan kemudahan sokongan dan infrastruktur berkualiti tinggi bagi pelancong asing dan domestik di samping memastikan sumbersumber ini dipulihara dan diselenggara dengan sebaiknya. Sumber semula jadi yang semakin berkurangan seperti hutan, bukit dan tanah bencah, tapak warisan dan gaya hidup budaya, perlu dilindungi dan diuruskan secara mampan. Usaha-usaha yang serius perlu diambil oleh kerajaan dan pihak yang terlibat dalam pelancongan untuk mengurangkan tekanan pembangunan yang terhadap sumbersumber asli di negara ini. Satu opsyen yang baik adalah untuk mempelbagaikan produk daripada sumber asli kepada sumber buatan manusia. Pembangunan pelancongan bandar dan buatan manusia yang berdensiti tinggi perlu mengguna pakai strategi tumpuan berpusat di kawasan khas pelancongan bandar, manakala kawasan pelancongan luar bandar perlu dipelihara dan dilindungi daripada konflik guna tanah. Bandar, pekan dan zon pelancongan perlu mempunyai sempadan yang ditetapkan dengan jelas. Keutamaan perlu diberi kepada aktiviti pelancongan dalam bandar dan zon pelancongan yang telah dikenal pasti. Pembangunan masa hadapan bagi bandar dan zon pelancongan tersebut, perlu dipantau untuk memastikan perlindungan secara mampan ke atas kawasan pelancongan sedia ada dan yang berpotensi sebagai aset negara. Garis panduan pelancongan khusus perlu disediakan bagi kawasan yang ditetapkan, dengan mengambilkira had keupayaan masing-masing. Kawalan pembangunan iaitu pengezonan guna tanah, kawalan kelas guna tanah, garis panduan rekabentuk dan pelan pengurusan pemeliharaan warisan dan budaya perlu dirancang dan diterima pakai untuk kesemua zon pelancongan. Keutamaan perlu diberi kepada aktiviti pelancongan yang berikut selaras dengan pendekatan pelancongan mampan dan kehendak pelancong yang terkini (Jadual 4.11): i. Pusat beli-belah antarabangsa bagi wilayah ASEAN dan pelancong antarabangsa lain di dalam conurbation utama (Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang) dan bandar-bandar pintu masuk antarabangsa; ii. Pelancongan bandar termasuk aktiviti membeli belah, pelancongan kesihatan, perubatan, pendidikan, festival, sukan, pelancongan MICE serta lain-lain produk yang terletak dalam kawasan perbandaran dengan kesediaan kemudahan sokongan seperti infrastruktur, kemudahan dan sumber tenaga manusia. Ini termasuk juga bandar berciri khas seperti Putrajaya dan Cyberjaya sebagai Bandar Bestari ; 4 32

108 iii. Pelancongan pesisiran pantai dengan bandar dan zon pelancongan berkepadatan sederhana dan tinggi, taman laut, pintu masuk kepulauan dan daerah persisiran pantai luar bandar seperti Melaka, George Town, Langkawi dan Kuala Terengganu; iv. Pelancongan kebudayaan desa dengan penekanan terhadap pembangunan dan pemeliharaan aset pelancongan nyata dan tidak nyata yang terdapat di kampungkampung tradisional, pantai dan kepulauan seperti Alor Gajah, Kuala Pilah dan Kuala Lipis; v. Pembangunan dan pemeliharaan bagi zon, laluan dan nilai aset negara yang nyata dan tidak nyata seperti Bandar-bandar Warisan Dunia, tapak warisan di Perak, Bandar-bandar DiRaja dan warisan, gaya hidup tradisional dan warisan kepelbagaian budaya Malaysia; dan vi. Pembangunan dan pemeliharaan aset-aset semula jadi seperti Taman Negara, Taman Negeri, taman laut, stesen bukit dan tanah tinggi, tanah bencah dan tapak RAMSAR, pantai, santuari burung, tapak pendaratan penyu, habitat kelip-kelip dan lain-lain tapak ekopelancongan Rangkaian Pengangkutan Pembangunan rangkaian pengangkutan komprehensif adalah penting sebagai satu kaedah untuk mengintegrasi dan memaksimumkan faedah berbanding bagi setiap ekonomi negeri demi kepentingan negara secara keseluruhannya. PI 22 menunjukkan konsep Rangkaian Pengangkutan Negara Bersepadu bagi Semenanjung Malaysia untuk menyokong Strategi Pembangunan RFN Ke-2. Strategi rangkaian pengangkutan terdiri daripada aspek-aspek berikut: i. Reka Bentuk Jaringan; ii. Pintu Masuk Negara dan Nod Pengangkutan; dan iii. Pengangkutan Bandar dan Sistem Pengangkutan Pintar. i. Reka Bentuk Jaringan Jalan dan rangkaian kereta api perlu dihubungkan untuk memudahkan pelbagai mod dan pencapaian sistem pengangkutan Negara bersepadu. a. Sistem Rel Berkelajuan Tinggi Berdasarkan kriteria kecekapan, suatu sistem rel berkelajuan tinggi 300 km per jam (ksj) dicadangkan meliputi satu laluan Pantai Barat, Pantai Timur dan satu laluan menghubungkan Pantai Barat dan Pantai Timur. 4 33

109 Sistem rel berkelajuan tinggi dicadangkan sebagai mod pengangkutan muatan tinggi bagi kedua-dua penumpang dan barangan ke semua conurbation dan ibu negeri sedia ada. Ia juga perlu menghubungkan semua pintu masuk utama dan pelabuhan (pelabuhan laut, darat dan lapangan terbang) dalam negara. Oleh kerana cadangan rel berkelajuan tinggi di sepanjang Pantai Barat, Pantai Timur dan juga menghubungkan timur-barat adalah program jangka panjang, jajaran koridor perlu dikenalpasti dan dirangkumkan dalam perancangan peringkat tempatan dan dilindungi sebagai sebahagian daripada program pelaksanaan bagi cadangan-cadangan tersebut. b. Rangkaian Jalan Raya Sistem lebuh raya akan diperluaskan untuk memastikan hubungan yang berkesan di antara negeri-negeri. Sekurang-kurangnya tiga penghubung rentas akan disediakan untuk menghubungkan sistem lebuh raya Pantai Barat dan Pantai Timur. Rangkaian hierarki jalan yang lebih rendah seperti Jalan Persekutuan dan Negeri perlu dinaiktaraf untuk menyokong dan melengkapi sistem lebuh raya ekspres negara. Rangkaian jalan sedia ada juga perlu diperkukuhkan untuk membentuk jaringan pola bertangga (PI 24). ii. Pintu Masuk Negara dan Nod Pengangkutan a. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah pintu masuk terpenting Negara. Dengan jumlah penumpang sebanyak 27.5 juta setahun (mppa), KLIA kini beroperasi sebanyak 60.0% daripada kapasiti sedia ada iaitu 40 mppa. KLIA mempunyai kapasiti tertinggi untuk menampung sebanyak 50 mppa. Dengan adanya kapasiti sandaran sebanyak 40.0%, KLIA perlu mencipta critical mass yang tinggi untuk membolehkannya menjanakan pendapatan sendiri. Dalam konteks dunia, KLIA mempunyai lokasi strategik iaitu terletak di pertengahan laluan penerbangan dari Eropah, Timur Tengah dan Benua Kecil India (di utara) ke negara-negara Australasia dan Oceania (di selatan), juga strategik untuk perjalanan dari negara-negara Asia Timur (China, Jepun, Korea dan Taiwan) ke Benua Afrika Selatan. Kerjasama strategik dengan syarikat-syarikat penerbangan yang menggunakan laluan ini akan mempertingkatkan lagi peranan dan tarikannya sebagai satu hab antarabangsa. 4 34

110 KLIA mesti dijadikan hab pengangkutan negara bersepadu di mana penumpang ke destinasi antarabangsa, sama ada yang dijanakan di peringkat tempatan ataupun kawasan pedalaman dapat digerakkan secara efisien melalui pelbagai mod. (IP 25). b. KL Sentral KL Sentral perlu menjadi hab pengangkutan negara yang menghubungkan nod-nod pengangkutan utama di negara ini dengan perkhidmatan pelbagai mod. Sebagai stesen pusat, KL Sentral akan menjadi titik pertemuan sistem rel negara dengan Ekspres Perhubungan Rel (ERL), Komuter KTM, Ekspres KTM, Transit Rel Ringan (LRT) dan KL Monorel. Untuk menjadi satu pusat pertukaran pengangkutan bandar yang berkesan, KL Sentral perlu dilengkapi dengan perkhidmatan bas sokongan yang efisien dan disepadukan dengan rekabentuk jaringan pejalan kaki dan laluan basikal. c. Lapangan Terbang Lima lapangan terbang antarabangsa dicadangkan untuk menyokong strategi pembangunan RFN Ke-2 secara keseluruhan: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (Pulau Pinang), Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail (Johor Bahru), Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud (Kuala Terengganu), Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi Pembangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail di Johor Bahru telah dirancang secara bersepadu dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas sebagai salah satu hab mega trans-perkapalan kargo bagi wilayah selatan (PI 25). d. Pelabuhan Pelabuhan laut sedia ada dan fungsinya adalah seperti di bawah: Pelabuhan Negara: Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang Pelabuhan Wilayah: Pelabuhan Kemaman, Pelabuhan Kerteh 4 35

111 Pelabuhan Persisiran dan Feeder Ports: Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Langkawi, Pelabuhan Lumut, Pelabuhan Kuala Kedah, Pelabuhan Tanjung Keling, Pelabuhan Tanjung Langsat, Pelabuhan Tok Bali Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Kuantan adalah pelabuhan utama negara dan mempunyai fokus yang berbeza (PI 25). Pelabuhan Klang dengan lokasinya di pertengahan dan berhampiran dengan kawasan pedalaman tempatan, perlu dijadikan sebagai pelabuhan darat negara dilengkapi dengan perkhidmatan intermodalism dan hubungan darat yang efisien ke Negara-negara ASEAN lain, seperti Singapura, Thailand, Kemboja, Myanmar dan Laos. Di sebaliknya, PTP perlu menumpukan pembangunannya untuk menjadi hab trans-perkapalan wilayah untuk Asia Tenggara disokong oleh perkhidmatan maritim yang ekstensif ke semua Negara ASEAN. Perkhidmatan maritim di dua pelabuhan negara ini akan terus disokong dan diperkukuhkan oleh Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Kuantan. Syarikat perkapalan utama yang sering memunggah dan memuatkan barangan terus di Wilayah Utara Semenanjung perlu dikendalikan oleh Pelabuhan Pulau Pinang. Manakala Pelabuhan Kuantan boleh menampung perkhidmatan kepada syarikat yang ingin berlayar terus ke Wilayah Timur Semenanjung dan syarikat-syarikat perkapalan dari negara Pacific Rim yang tidak melalui Selat Melaka. Pembangunan sistem antara mod dan sokongan serta hab pelabuhan yang efisien dan pelbagai bagi pengangkutan barangan perlu dipromosi dengan giatnya. Penubuhan Suruhanjaya Negara bagi Pengangkutan Intermodal (NATCIT) atau setarafnya untuk menggerakkan pembangunan intermodal dalam negara yang berdaya saing global adalah amat diperlukan. Ini akan meningkatkan kelebihan daya saing kedua-dua pelabuhan negara sebagai pelabuhan utama di wilayah Asia Tenggara. Walaupun Pelabuhan Klang dan PTP mempunyai jumlah pertumbuhan kapasiti yang terbaik, terdapat juga keperluan bagi sokongan kerajaan untuk merangka strategi dan menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang berkaitan untuk pelabuhan laut dalam di Pulau Pinang dan Kuantan. Kedudukan keempat-empat pelabuhan negara ini juga akan menjadi pemangkin untuk pembangunan kawasan conurbation dan wilayah pedalaman masing-masing. 4 36

112 iii. Pengangkutan Bandar dan Sistem Pengangkutan Pintar Strategi pengangkutan bandar akan memberi penekanan kepada pembangunan satu sistem pengangkutan yang efisien dan andal di semua pusat bandar utama di Semenanjung Malaysia. Penekanan akan diberikan kepada keperluan untuk mewujudkan satu sistem pengangkutan awam yang lebih efisien, selamat dan selesa bagi membolehkan peralihan mod daripada penggunaan pengangkutan persendirian. Adalah dicadangkan bagi pusat bandar utama di Malaysia, sasaran nisbah modal split 30:70 menjelang tahun 2020 antara pengangkutan persendirian dan awam serta nisbah modal split jangka panjang 50:50 diguna pakai sebagai satu matlamat pembangunan bandar. Pada masa kini, nisbah modal split bagi Kuala Lumpur adalah 80:20, yang mana menunjukkan bahawa pengangkutan persendirian masih menjadi pilihan manakala NKRA mensasarkan pencapaian nisbah modal split 25:75 untuk Lembah Klang menjelang tahun Penggunaan sistem dan rangkaian bersepadu sepenuhnya memerlukan penubuhan satu pihak berkuasa yang menyediakan pengangkutan pelbagai mod dan fungsi untuk menyelia pengangkutan awam yang merangkumi sistem rel, laluan bas dan mod transit yang lain. Kajian terperinci di peringkat conurbation adalah diperlukan dengan memberi keutamaan kepada penyediaan infrastruktur untuk mencapai modal split dan menyelaras rangkaian laluan tetap di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi. Untuk pusat bandar yang lebih kecil dengan jumlah penduduk tidak melebihi 500,000 orang pengangkutan bas perlu diberi penekanan. Pengangkutan Sistem Pengangkutan Pintar (SPP), akan melengkapkan pembangunan kemudahan pengangkutan bandar awam yang moden. Sistem ini bergantung kepada komunikasi elektronik canggih dan IT untuk memantau dan mendapatkan maklumat masa sebenar mengenai aliran trafik dan isipadu untuk pengurusan ruang jalan yang terhad secara lebih baik. Tahap infrastruktur SPP sedia ada juga akan diperluaskan ke tiga conurbation utama lain Utiliti dan Perkhidmatan Aspek-aspek fizikal yang utama dalam penyediaan infrastruktur dan utiliti yang bersesuaian merangkumi strategi-strategi yang berikut: i. Bekalan dan sumber bekalan perlu mencukupi dan selamat untuk memenuhi permintaan; ii. Liputan dan aksessibiliti infrastruktur perlu boleh diakses bagi memenuhi permintaan; iii. Keandalan dan kualiti infrastruktur perlu andal dan berkualiti untuk memenuhi permintaan; dan iv. Kemampanan infrastruktur perlu dibangunkan secara mampan untuk menjaga persekitaran dan berupaya untuk memenuhi permintaan masa depan. 4 37

113 Selain itu, infrastruktur perlu disediakan secara saksama, termasuk akses kepada tahap infrastruktur yang sesuai perlu diwujudkan di semua peringkat penduduk. i. Bekalan Air Selain daripada memulihara sumber air, strategi pembangunan untuk sektor bekalan air merangkumi peningkatan sistem pembekalan dan pengagihan untuk memenuhi unjuran permintaan. Kapasiti pengeluaran untuk seluruh negara dijangka akan meningkat dari 11,917 juta liter sehari (JLH) pada tahun 2000 kepada 18,482 (JLH) pada tahun Empangan, takat pengambilan air, loji rawatan air dan sistem pengagihan yang baru perlu dibina untuk memenuhi keperluan masa hadapan. Untuk memastikan sistem pengagihan bekalan air yang efisien, beberapa langkah seperti mengurangkan kehilangan air tidak berhasil (NRW), penguatkuasaan terhadap kecurian air, penggantian paip dan meter air, pengunaan GIS untuk sistem agihan, kerja-kerja membaik pulih dan menambah baik sistem agihan serta loji rawatan air dengan pemantauan secara berterusan. Untuk menangani masalah kekurangan air dan agihan bekalan yang tidak seimbang, pemindahan air di antara lembangan sungai dan antara negeri akan dilaksanakan. Langkah-langkah awal untuk menangani kekurangan air termasuk penuaian air hujan, penggunaan air hujan di kolam takungan untuk penggunaan bukan minuman dan pembangunan sumber air bawah tanah. Kaedah-kaedah bukan struktur seperti pemuliharaan air dan penggunaan peralatan-peralatan yang menjimatkan air akan digalakkan. Aksessibiliti kepada bekalan air minuman di kawasan-kawasan terpencil dan kawasan luar bandar juga perlu diberi keutamaan. Liputan bekalan air kepada penduduk luar bandar akan meningkat kepada 100% di Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis dan Pulau Pinang. Liputan bagi penduduk luar bandar di Selangor, Terengganu dan Kelantan masing-masing dijangka mencapai 99.5%, 98% dan 70% menjelang tahun Peratusan ini dijangka akan bertambah pada masa depan apabila projek-projek tambahan bekalan air luar bandar dilaksanakan. Teras utama perkhidmatan ini adalah untuk membekalkan air bagi menampung keperluan penduduk bandar, pertanian dan industri. Kajian Sumber Air Negara Sehingga 2050 (NWRS) telah menganggarkan keperluan domestik, industri dan pengairan di Semenanjung Malaysia akan meningkat daripada 10,833 juta m 3 per tahun air pada 2000 kepada 13,900 juta m 3 per tahun pada 2020, iaitu penambahan sebanyak 22.0% (Jadual 4.12). 4 38

114 Jadual 4.12 : Unjuran Keperluan Air untuk Semenanjung Malaysia, 2020 Permintaan Sektor Domestik Industri Jumlah Kecil Pengairan Jumlah Sumber: RFN Ke-2, 2010 Unit Tahun Juta m 3 /tahun 2,987 3,862 JLH 8,184 10,582 Juta m 3 / tahun 2,592 3,561 JLH 7,101 9,756 Juta m 3 / tahun 5,578 7,423 JLH 15,285 20,338 Juta m 3 / tahun 6,517 6,517 JLH 17,857 17,857 Juta m 3 / tahun 12,095 13,940 JLH 33,142 38,195 Kesediaan bekalan air per kapita bagi Semenanjung Malaysia pada tahun 2050 diunjurkan akan berkurangan sebanyak 3,000 m 3 /setahun. Negeri Sembilan diunjurkan akan menghadapi masalah kekurangan bekalan air pada tahun 2010 manakala Pulau Pinang dan Melaka akan menghadapi kekurangan bekalan air pada tahun Selangor dan Perlis juga akan berada di kategori yang sama pada tahun Negeri Perak, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan pula adalah negerinegeri yang kaya dengan sumber air. Pertimbangan yang sewajarnya perlu diberi keutamaan terhadap perlindungan sumber-sumber air dan memenuhi keperluan masa depan untuk kawasan bandar dan luar bandar. Kawasan lebihan dan kekurangan sumber air telah dikenalpasti dan telah dipadankan dengan kawasan tadahan bekalan air, empangan, aquifer dan imbuh semula air (Rujuk PI 26). Selain daripada program-program pemindahan bekalan air, lain-lain cadangan spesifik untuk pengurusan air meliputi penentuan 38 lokasi empangan dan perlindungan serta membaikpulih sungai-sungai dan badan-badan air sedia ada melalui penggunaan zon penampan dan juga pemuliharaan kawasan tanah bencah, gambut dan tasik-tasik (termasuk kolam bekas lombong). ii. Pembetungan Selaras dengan keperluan untuk mewujudkan bandar bertaraf dunia, komitmen utama bagi rawatan pembetungan adalah diperlukan. Sebanyak 13 projek pembetungan termasuk sepuluh loji rawatan kumbahan dan tiga loji rawatan enapcemar berpusat dijangka akan meningkatkan perkhidmatan pembetungan kepada 14.4 juta orang. Tahap perkhidmatan kemudahan pembetungan perlu dipertingkatkan dengan memberi keutamaan kepada kawasan penduduk berkepadatan tinggi di dalam Conurbation Utama Kuala Lumpur, Geoge Town, Johor Bahru dan Kuantan. Di dalam conurbation utama dan kawasan petempatan utama, loji rawatan kumbahan dan sistem pembetungan mengikut wilayah diperlukan untuk meningkatkan 4 39

115 keberkesanan sistem pembetungan. Keutamaan juga akan diberi kepada pulaupulau dan KSAS seperti taman-taman laut, rizab semula jadi dan destinasi pelancongan di mana sistem pembetungan yang bersesuaian akan disediakan untuk melindungi alam sekitar yang sensitif. iii. Perparitan Di bawah strategi pembangunan RFN Ke-2, program perparitan dan tebatan banjir sehingga tahun 2020 adalah untuk mengatasi masalah banjir di conurbation utama iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan. Pendekatan tradisional tebatan banjir akan diintegrasikan dengan langkah-langkah kawalan punca banjir berdasarkan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA). Pelan risiko banjir bagi Semenanjung Malaysia perlu disediakan bagi memastikan peruntukan dan pertimbangan mencukupi diberi kepada aspek ini dalam perancangan fizikal dan guna tanah masa hadapan. Dalam konteks ini, pendekatan kontemporari tebatan banjir berdasarkan langkah-langkah pencegahan dengan mengelakkan pembangunan di kawasan-kawasan mudah banjir perlu digunapakai. Pada prinsipnya, ini adalah untuk mengelakkan pencerobohan guna tanah bandaran ke dalam kawasan tanah bencah dan dataran banjir yang berperanan sebagai kawasan takungan banjir semula jadi. Dasar mesra alam ini menggalakkan pemuliharaan tanah bencah serta flora dan fauna juga menyediakan kemudahan rekreasi pasif dan aktif peringkat wilayah untuk penduduk bandar. iv. Pengurusan Sisa Pepejal Pelan Strategik Pengurusan Sisa Pepejal Kebangsaan (PSPSPK) menyediakan pelbagai strategi dan langkah-langkah untuk menambah baik pengurusan sisa pepejal. Antara aspek fizikal dalam pelan tersebut adalah pembinaan kemudahankemudahan sisa pepejal untuk membolehkan pungutan, rawatan dan pelupusan sisa pepejal secara teratur. Antara kemudahan yang telah dibina termasuk stesen pemindahan di Kuala Lumpur dan tapak pelupusan sanitari di Bukit Tagar, Selangor dan Selong, Johor. Adalah dijangkakan kemudahan-kemudahan tambahan seperti pusat pelupusan sanitari wilayah dan kemudahan lain seperti loji rawatan termal sisa pepejal, stesen pemindahan dan tapak pelupusan sanitari juga akan dibina. Kerja-kerja menambah baik tapak-tapak pelupusan sampah tidak sanitari juga akan dijalankan. Tapak-tapak pembuangan sampah lama yang tidak digunakan pula akan ditutup secara selamat. Selain dari membina kemudahan-kemudahan fizikal, kempen-kempen kesedaran awam akan juga dijalankan. Usaha-usaha akan dijalankan untuk mencapai sisa minima, guna semula sisa pepejal, pemulihan sisa pepejal dan mencapai sasaran kitar semula sisa pepejal sebanyak 22% pada tahun

116 v. Bekalan Elektrik Permintaan maksimum bekalan elektrik dijangka meningkat 3 kali ganda seiring dengan peningkatan dalam penggunaan domestik, perdagangan dan industri. Bagi memenuhi pertumbuhan permintaan elektrik, lebih banyak loji janakuasa baru yang efisien akan dibina dan dicadangkan di pinggiran Conurbation Utama Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan. Selaras dengan aspirasi Negara untuk menggunakan tenaga hijau, lebih banyak loji janakuasa hidro akan dibina untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil. Dua loji janakuasa hidroelektrik yang baru di Ulu Jelai dan Hulu Terengganu akan dibangunkan. Seterusnya, penyelesaian sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar, angin, ombak dan biomass juga akan digalakkan. Sistem Cekap Tenaga dan Sistem Pengurusan Permintaan Tenaga akan dilaksanakan untuk memastikan penggunaan tenaga yang efisien dan produktif. Pertambahan permintaan yang terus meningkat memerlukan pengukuhan dalam sistem penghantaran dan pengagihan bekalan elektrik untuk menambah baik kecukupan dan keandalan dalam bekalan elektrik. Talian Penghantaran 500kV dan 275kV akan membentuk tulang belakang bagi memindahkan bekalan tenaga yang besar daripada loji janakuasa ke pusat-pusat beban di Semenanjung Malaysia, di mana bekalan tenaga akan diagihkan ke pengguna melalui rangkaian agihan yang menyeluruh. Antara projek penghantaran yang telah siap adalah talian 500kV dari Gurun-Air Tawar di utara, Air Tawar ke Kapar di wilayah tengah, Pasir Gudang-Yong Peng di selatan dan sambungan dari tiga janakuasa besar iaitu Janakuasa Manjung, Janakuasa Tanjung Bin dan Janakuasa Jimah. Talian 500kV akan ditambah apabila janakuasa-janakuasa dipertingkatkan untuk memenuhi pertambahan permintaan bekalan elektrik. Hubungan tenaga merentas sempadan dengan negara-negara jiran ASEAN telahpun diadakan sejak 1981 dan pada hari ini sistem tenaga Semenanjung Malaysia, Singapura dan Thailand dihubungkan untuk membolehkan penukaran tenaga. Sistem Penghantaran Arus Terus Bervoltan Tinggi (HVDC) antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak serta antara Semenanjung Malaysia dengan Sumatera akan membuka laluan bagi penubuhan Grid Tenaga ASEAN. vi. Gas Asli Laluan Paip Penggunaan Gas Semenanjung Malaysia (PGU) dan Sistem Penghantaran Gas Asli (NGDS) telah membolehkan banyak kawasan di Semenanjung Malaysia mendapat khidmat bekalan gas asli berpaip. Pengguna utama bekalan gas asli adalah sektor tenaga, diikuti oleh sektor bukan tenaga. Sebahagian kecil daripada bekalan ini dieksport ke Singapura. 4 41

117 Sistem NGDS akan diperkembangkan lagi dengan pertambahan sebanyak 640km, mencapai 2,005km pada tahun 2010 untuk memenuhi permintaan di kawasan pertumbuhan baru. Perkembangan NGDS ini akan diperluaskan dengan langkahlangkah untuk menggalakkan penggunaan gas asli bagi kenderaan (NGV). Stesenstesen NGV tambahan dijangka akan dibina untuk menyokong penggunaan NGV Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITA) merupakan satu rangka kerja strategik untuk program pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (IT) di peringkat Persekutuan, Negeri dan Kerajaan Tempatan. Ianya bertujuan untuk menarik penglibatan sektor swasta, badan bukan kerajaan dan juga masyarakat umum. Teras NITA adalah satu segitiga di antara infrastruktur, aplikasi perisian dan manusia yang berkait rapat. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan persekitaran kerja dan kehidupan yang memberangsangkan dan menyediakan semua rakyat Malaysia dengan akses maklumat dan pengetahuan secara saksama. Koridor Raya Multimedia (KRM) yang terletak di Conurbation Kuala Lumpur bukan sahaja bertindak sebagai pemangkin untuk perkembangan industri yang berkaitan IT malah menyediakan satu pemboleh persekitaran untuk pembangunan industri IT yang lebih tersusun dalam negara. Lain-lain pusat IT akan merangkumi Conurbation George Town dan Conurbation Johor Bahru yang mempunyai hubung kait dengan Singapura. Penggunaan ICT perlu digalakkan di kawasan yang mempunyai tumpuan aktiviti berbanding dengan kawasan aktiviti berselerak. Ini kerana pusat-pusat bandar ini memerlukan perkhidmatan sokongan sofistikated yang tidak didapati di kawasankawasan yang terpencil. Dalam konteks RFN Ke-2, Conurbation Pertumbuhan Negara dan Wilayah iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan akan dibangunkan sebagai bandaraya bestari. Program ini akan membabitkan semua ibu negeri di dalam negara untuk membina rangkaian bandaraya-bandaraya bestari kebangsaan yang berhubung dengan jaringan informasi global. Internet dan teknologi tanpa wayar mewakili dua pembangunan teknologi terpantas dalam bidang telekomunikasi. Satu rangkaian tulang belakang seperti di KRM yang meliputi 386 km laluan kabel fiber optik jalur lebar kelajuan tinggi menghubungkan Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Putrajaya, Cyberjaya dan KLIA telah pun siap dilaksanakan. Rangkaian gentian optik menyeluruh sepanjang 62,600km telah dipasang bagi menghubungkan negeri dan bandar utama di seluruh negara yang membolehkan penghantaran jalur lebar berkapasiti tinggi dengan keupayaan pengendalian penghantaran data, audio dan video. Dengan wujudnya empat pintu masuk satelit di Kuantan, Melaka di Semenanjung Malaysia dan Labuan, Semantan (Kuching) di Malaysia Timur, perhubungan dapat dijalin dengan negara-negara di sekitar Lautan 4 42

118 Pasifik dan Lautan Hindi. Peralihan kepada teknologi komunikasi mudah alih Generasi Ke-3 (3G) akan mempercepatkan lagi capaian internet tanpa halangan fizikal. Penggunaan perkhidmatan berasaskan internet seperti e-dagang dan penyediaan akses jalur lebar dengan mekanisma kadar harga sama rata akan menggalakkan penggunaan internet dan aplikasi berasaskan internet. Kemudahan ini membolehkan Malaysia untuk bersaing dalam perkhidmatan bernilai tinggi di peringkat antarabangsa Kemudahan Komuniti Kemudahan komuniti yang terpenting di peringkat nasional adalah universiti dan hospital awam. Ia berikutan kedua-dua kemudahan memerlukan kawasan tanah yang luas, modal pelaburan dan kos penyelenggaraan yang tinggi serta sumbangan penting kedua-dua kemudahan ini terhadap pembangunan ekonomi dan sosial negara. Sebagai contoh, sesebuah universiti awam yang terletak di negeri-negeri tertentu boleh menawarkan jurusan yang dikhususkan kepada penghasilan tenaga kerja berkemahiran untuk mengeksploitasikan kekuatan dan potensi sedia ada dalam negeri berkenaan, justeru membantu mengurangkan ketidakseimbangan wilayah. i. Universiti Awam Universiti awam memainkan peranan penting dalam menghasilkan modal insan yang berkemahiran dan berkepakaran ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan dan teknologi tinggi untuk negara ini. Selain menjadi pusat pengetahuan dan kecemerlangan, universiti juga menjadi pusat penyelidikan dan pembangunan bagi idea kreatif dan inovasi. Kerjasama erat di antara universiti dan industri boleh menyediakan platform untuk mewujudkan pemimpin industri bertaraf dunia dalam pertumbuhan produk termaju, perkhidmatan dan teknologi tenaga boleh diperbaharui. Pada masa kini terdapat kira-kira 20 buah universiti awam di Semenanjung Malaysia dan ini melebihi bilangan universiti yang disasarkan di dalam RFN. Selaras dengan Dasar Perbandaran Negara (DPN), universiti perlu ditempatkan di dalam Conurbation Pertumbuhan Negara, Conurbation Pertumbuhan Wilayah, Conurbation Pertumbuhan Sub-Wilayah dan Conurbation Pertumbuhan Negeri. Ini bagi menyediakan kemudahan awam mengikut hierarki bandar serta menyokong komuniti perniagaan di dalam conurbation yang memerlukan pelbagai kemudahan berkualiti tinggi. ii. Hospital Awam Pada masa kini, terdapat 91 buah hospital awam di Semenanjung Malaysia. Adalah penting agar lokasi hospital baru pada masa hadapan diletakkan di kawasan tampungan dengan mengambilkira jarak perkhidmatan dan kesediaan kemudahan pengangkutan awam. Faktor lain yang perlu dipertimbangkan adalah seperti ruang yang mencukupi bagi pembesaran hospital kepada kompleks kesihatan yang 4 43

119 dilengkapi dengan kemudahan latihan dan tempat tinggal untuk jururawat, R&D dan rekreasi. Hospital ini dicadangkan di dalam Conurbation Pertumbuhan Negara, Conurbation Pertumbuhan Wilayah, Conurbation Pertumbuhan Sub-Wilayah, Conurbation Pertumbuhan Negeri dan Conurbation Pertumbuhan Daerah. Kemudahan komuniti adalah penting dalam memenuhi kepelbagaian keperluan sosial. Kemudahan ini disediakan dalam lokasi yang bersesuaian di peringkat tempatan dan mampu diakses oleh masyarakat yang tidak mempunyai pilihan yang lain. Kebanyakan kemudahan komuniti disediakan di kawasan yang maju, terutamanya di pusat bandar utama serta kawasan perumahan yang besar. Namun, kawasan yang kurang membangun masih ketinggalan kerana kekurangan kemudahan ini terutamanya di petempatan Orang Asli dan kawasan pedalaman yang terpencil. Tambahan pula, golongan kurang upaya memerlukan lebih kemudahan bebas sekatan bagi membolehkan mereka terlibat secara aktif dalam aktiviti bersama-sama dengan masyarakat lain. Untuk memastikan peluang sama rata kepada semua golongan masyarakat, kemudahan yang bersesuaian perlu disediakan bagi memenuhi keperluan istimewa golongan kurang upaya seperti ramps bagi penggunaan kerusi roda. Tempat ibadah dan tapak perkuburan yang mencukupi perlu ditempatkan di lokasi yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan keagamaan penduduk pelbagai etnik Teknologi Hijau Teknologi Hijau merupakan pembangunan dan aplikasi produk, peralatan dan sistem yang digunakan bagi memulihara persekitaran semula jadi di samping meminimumkan dan mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Walaupun teknologi ini masih baru di Malaysia, banyak strategi dan program telah disenaraikan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk menggalakkan penggunaan Teknologi Hijau. Lima objektif Teknologi Hijau adalah:- i. Untuk mengurangkan kadar penggunaan tenaga di samping meningkatkan pembangunan ekonomi; ii. Untuk menyokong pertumbuhan industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara; iii. Untuk meningkatkan keupayaan dan kapasiti bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing negara di persada antarabangsa; iv. Untuk memastikan pembangunan mampan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan v. Untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran awam serta menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau. 4 44

120 Dasar Teknologi Hijau Negara telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada Julai Dasar ini merangkumi pembentukan rangka kerja perundangan dan kawal selia yang akan menyokong pembangunan teknologi hijau dan juga menggalakkan budaya penggunaan sumber secara optimum. Salah satu strategi adalah mewujudkan satu Tabung Teknologi Hijau yang beroperasi berdasarkan konsep prinsip pencemar bayar. Penubuhan Majlis Teknologi Hijau Negara dan Agensi Teknologi Hijau Malaysia akan menjadikannya agensi yang efektif untuk menyelaras dan melaksanakan program serta inisiatif Teknologi Hijau di Malaysia. 4 45

121 BAB 5 Dasar-dasar RANCANGAN FIZIKAL NEGARA

122 BAB 5 DASAR-DASAR Fokus utama bagi strategi pembangunan RFN Ke-2 adalah untuk memastikan Malaysia mampu bersaing di peringkat global bagi menarik pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Sub-sektor yang ditumpukan adalah elektronik, pengetahuan, teknologi komunikasi, bioteknologi, pelancongan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya. Untuk mencapai strategi ini, sokongan, promosi dan peningkatan infrastruktur perlu ditumpukan di wilayah-wilayah yang berpotensi tinggi dalam menarik pelaburan-pelaburan yang berkaitan dan memberi daya saing terhadap wilayah yang mempunyai potensi yang sama di negara-negara jiran. Dalam konteks ini, RFN Ke-2 telah menerima pakai Strategi Pembangunan Serakan Tertumpu. RFN Ke-2 menggalakkan dan menyokong pembangunan sumber, pertanian dan industri berasaskan kraf dan kebudayaan serta perkhidmatan. Ini merangkumi penghasilan produk hutan dan kayu balak, penghasilan kraf dan kemahiran tradisional, aktiviti-aktiviti hiliran pertanian, ekopelancongan dan pelancongan am. Pembangunan dan perdagangan rentas sempadan di wilayah-wilayah yang mempunyai sumber dan potensi berkaitan juga perlu digalakkan. Pada masa yang sama, pengeluaran produk makanan bernilai tinggi dan pertanian komersial perlu dibangunkan secara intensif di kawasan luar bandar. RFN Ke-2 perlu menyediakan strategi perancangan spatial untuk membolehkan negara bersaing di peringkat antarabangsa dan menyediakan satu rangka pembangunan negara yang bersepadu dan terancang. Rangka kerja spatial ini akan dapat mengelakkan persaingan serta menjadi asas untuk mewujudkan kerjasama dan sokongan antara negeri. Tanpa prejudis terhadap persaingan global, RFN Ke-2 juga perlu menggalakkan kerjasama antara negara-negara jiran Malaysia. Di samping menggalakkan pertumbuhan ekonomi, rangka kerja spatial ini juga memberi tumpuan terhadap pemuliharaan sumber asli, biodiversiti dan kualiti persekitaran fizikal negara. Kekayaan biodiversiti negara juga perlu dilindungi dan diuruskan secara cekap untuk mencapai kemampanan sumber semulajadi yang berterusan. RFN Ke-2 telah mencadangkan strategi pembangunan yang mengandungi 41 dasar. Dasar-dasar ini dibahagikan kepada lapan tema dan disokong oleh langkah-langkah pelaksanaan utama. Tema 1 : Pembentukan Rangka Kerja Spatial Negara Tema 2 : Peningkatan Daya Saing Ekonomi Negara Tema 3 : Pemuliharaan Sumber Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Tema 4 : Pembangunan Pelancongan Mampan Tema 5 : Pengurusan Petempatan Manusia Tema 6 : Pemuliharaan Sumber Asli, Biodiversiti dan Alam Sekitar Tema 7 : Penyepaduan Rangkaian Pengangkutan Bandar dan Negara Tema 8 : Penyediaan Infrastruktur Bersesuaian 5-1

123 Dasar-dasar ini akan dilaksanakan oleh agensi-agensi persekutuan dan negeri. Dasar-dasar dan langkah-langkah yang dirumuskan akan menjadi panduan pelaksanaan RFN Ke-2. Walaupun penyediaan RFN Ke-2 adalah satu tindakan untuk merancang dan mengawal pembangunan fizikal negara, tetapi perbahasan, perbincangan dan persetujuan daripada pelbagai pihak dipastikan dalam proses pembentukan dan kajian semula pada setiap lima tahun. Dalam masa yang sama, inisiatif dan program oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan adalah digalakkan selagi ia selaras dengan rangka kerja keseluruhan RFN Ke Pembentukan Rangka Spatial Negara Rangka Kerja Spatial RFN Ke-2 menyediakan hala tuju am pembangunan fizikal negara. Ia menjadi asas dalam merangka rancangan-rancangan pemajuan yang lebih terperinci seperti RS dan RT serta rancangan sektoral lain, serta selaras dengan objektif negara dan RMK-10. Rangka kerja spatial ini juga akan memastikan penggunaan sumbersumber negara secara optima, mengelakkan pertindihan pelaburan insfrastruktur serta memastikan pencapaian pembangunan mampan di peringkat negeri. Pendekatan pembangunan berpandukan pelan, tidak merujuk kepada satu struktur perancangan berpusat yang tegar, tetapi merupakan satu sistem perancangan yang amat fleksibel dalam memenuhi keperluan dari peringkat atas ke bawah dan dari bawah ke atas di dalam sistem perancangan negara semasa. Aspirasi-aspirasi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan telah diambilkira dalam pembentukan dasar-dasar RFN Ke-2. RFN 1 RFN KE-2 BERPERANAN SEBAGAI RANGKA KERJA PERANCANGAN SPATIAL NEGARA UNTUK MENCAPAI PERANCANGAN GUNA TANAH YANG BERSEPADU DAN MAMPAN SERTA SELARAS DENGAN DASAR-DASAR SEKTORAL YANG LAIN PI 1 : Rangka Spatial Negara 2020 Langkah- langkah: i. Rancangan Pemajuan (RS dan RT) atau rancangan-rancangan dan dasar-dasar sektoral perlu mematuhi peruntukan RFN. ii. Untuk mewujudkan keseragaman, rancangan pemajuan perlu menggunapakai piawaian dan kriteria RFN Ke-2 dalam: a. Klasifikasi Guna Tanah b. Hierarki Bandar c. Klasifikasi Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) d. Klasifikasi Kawasan Pertanian Utama (KPU) 5-2

124 iii. Rancangan-rancangan pemajuan sedia ada (RS dan RT) perlu dikaji semula supaya selaras dengan peruntukan RFN. iv. Sasaran penduduk RFN Ke-2, dalam lingkungan perbezaan +/- 5% atau seperti yang ditetapkan Jawatankuasa Perancang Negeri, hendaklah dijadikan asas penyediaan RS. Lingkungan +/- 5% ini boleh juga digunakan dalam perancangan infrastruktur awam dan kemudahan sosial utama negara serta kelulusan permohonan pembangunan yang berkepentingan negara. v. RFN Ke-2 akan menyediakan rangka kerja spatial bagi pembentukan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) terutama dalam menentukan pelaburan awam untuk kemudahan infrastruktur utama, pemuliharaan dan pembangunan bandar. vi. Dasar-dasar dan strategi yang relevan daripada RFN Ke-2 perlu diterjemah dan diintegrasikan ke dalam dasar-dasar sektoral negara yang dihasilkan oleh agensi-agensi persekutuan dan negeri. vii. Keutamaan dalam membuat pelaburan modal negara terutamanya dalam projek-projek infrastruktur utama perlu selaras dengan RFN Ke Peningkatan Daya Saing Ekonomi Negara Rancangan Malaysia Ke-Sembilan mempunyai lima teras yang akan mempertingkatkan pembangunan Negara. Lima teras tersebut adalah seperti berikut:- Teras 1 : Menaikkan Ekonomi ke Tahap Atas Rantaian Nilai; Teras 2 : Meningkatkan Keupayaan untuk Pengetahuan dan Inovasi; Teras 3: Bertindak Terhadap Ketidaksamaan Sosio-Ekonomi yang Berterusan; Teras 4 : Meningkatkan Kualiti Kehidupan; dan Teras 5 : Mengukuhkan Keupayaan Kerajaan untuk Perlaksanaan. Strategi pertumbuhan bandar RFN Ke-2 akan bertumpu kepada empat conurbation utama iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan. Strategi ini disokong dengan ibu negeri dan kawasan bandar baru yang akan menjadi pusat utama untuk pertumbuhan ekonomi asas bandar. Pusat-pusat bandar yang terpilih ini akan menjadi penerima utama untuk pelaburan sektor swasta, sama ada dari pelabur asing ataupun tempatan. Sektor-sektor sedia ada seperti elektrik dan elektronik, ICT, sektor perkhidmatan baru berasaskan pengetahuan, dan perkhidmatan lain seperti pengangkutan, logistik, kesihatan, pendidikan, kewangan, perkhidmatan perniagaan dan pengurusan juga akan diberi tumpuan. Terdapat banyak peluang bagi sektor-sektor ini untuk membina hubungan antara industri bagi jangka panjang, yang akan memberikan kelebihan ekonomi kepada sektor perkhidmatan asas bandar. Terdapat dua komponen bagi strategi ini iaitu perkhidmatan eksport secara langsung atau mewujudkan perkhidmatan eksport supaya firma-firma antarabangsa akan menempatkan semula operasi mereka di negara ini. 5-3

125 Teras strategik IMP3 mengenai daya saing global akan dipertingkatkan dengan memperkukuhkan keupayaan perdagangan dan perindustrian, menggalakkan pertumbuhan sektor-sektor pengeluaran dan perkhidmatan, dan juga mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk meningkatkan pelaburan. Asas teknologi bagi industriindustri Malaysia akan diperkukuhkan dengan mempertingkatkan hubungan antara universiti dan industri, penggunaan ICT dan kemajuan dalam teknologi hijau, serta penubuhan pusat-pusat kecemerlangan. IMP3 juga telah mempertimbangkan ekuiti dan keseimbangan pembangunan wilayah. Dari aspek dimensi spatial, RFN Ke-2 juga mencadangkan bidang-bidang pertumbuhan yang disasarkan oleh IMP3 ditempatkan di kawasan conurbation (contohnya, sektor berasaskan pengetahuan dan perkhidmatan) dan kawasan luar bandar (contohnya, pertanian dan industri berasaskan sumber). Bidang-bidang pertumbuhan yang disasarkan akan dipromosi dengan mengalakkan syarikat-syarikat multinasional untuk melabur atau memperluaskan perniagaan, serta memberi sokongan kepada firma-firma tempatan untuk mengambil peluang ke atas kedekatan lokasi dan potensi untuk pertumbuhan. RFN Ke-2 juga memperuntukkan integrasi koridor pembangunan wilayah ke dalam Rangka Kerja Spatial Negara, mengalakkan pembangunan di kawasan bersempadan dan memperkukuhkan kerjasama ekonomi serantau dengan negara-negara ASEAN. Kerajaan telah mengenal pasti tiga koridor pembangunan wilayah di Semenanjung Malaysia, iaitu NCER, ECER dan Iskandar Malaysia, untuk menggalakkan pembangunan wilayah, serta mengurangkan ketidakseimbangan wilayah. Strategi spesifik dan inisiatif projek telah dikenal pasti mengikut pelan induk masing-masing untuk dilaksanakan mengikut tempoh masa rancangan berkenaan. Oleh itu, terdapat keperluan untuk mengintegrasikan kesemua cadangan tersebut ke dalam rangka kerja spatial negara secara keseluruhannya. Pendekatan pembangunan koridor RFN Ke-2, mengutamakan inisiatif-inisiatif pembangunan di pusat-pusat terpilih. Objektif utamanya adalah untuk menjana pertumbuhan di Wilayah Pantai Timur yang kurang membangun iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Negeri-negeri ini mempunyai sumber tanah dan sumber asli yang banyak dan warisan kebudayaan yang menarik yang perlu dibangunkan secara optima. Penambahbaikan perhubungan dan rangkaian ke wilayah ini melalui jalan raya, kereta api dan udara akan membantu wilayah ini menjadi lebih berdaya saing, dalam penawaran barangan dan perkhidmatan ke kawasan bandar dan pasaran eksport. Dalam keadaan yang sama, kawasan-kawasan bersempadan menawarkan peluang dari segi kerjasama wilayah antarabangsa. Malaysia dan jiran-jirannya akan memperolehi manfaat dengan perluasan wilayah ekonomi untuk pelaksanaan strategi masing-masing. Sebagai contohnya, membangunkan projek insfrastruktur secara usahasama bagi mengintegrasikan wilayah-wilayah ini atau menggalakkan perdagangan, untuk meningkatkan faedah berbanding masing-masing. Rantau ASEAN membentuk satu pasaran yang besar dengan jumlah penduduk melebihi 500 juta orang. Malaysia perlu 5-5

126 memainkan peranan yang aktif bagi memanfaatkan potensi ekonomi rantau ini terutamanya dalam bidang pendidikan, perancangan bandar, pengangkutan, pelancongan wilayah, aktiviti berkaitan dengan pelabuhan dan kemudahan penghantaran. RFN 2 PUSAT PERTUMBUHAN BANDAR MASA DEPAN PERLU DITUMPUKAN DI CONURBATION STRATEGIK PI 2 : Tumpuan Pembangunan dalam Conurbation Langkah-langkah: i. Aktiviti ekonomi asas bandar akan ditumpukan di Conurbation utama Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan bagi menggalakkan kecekapan guna tanah dan infrastruktur untuk berdaya saing di peringkat global. ii. Aktiviti-akitiviti ekonomi asas bandar hanya akan ditumpukan di pusat-pusat pertumbuhan di luar conurbation utama yang mempunyai infrastruktur, sumber tenaga kerja tempatan dan sumber asli yang mencukupi. iii. Pembangunan kluster-kluster industri dan ekonomi digalakkan di dalam kawasan conurbation bagi mencapai skala ekonomi. iv. Pembangunan kemudahan pendidikan dan latihan swasta dan awam perlu digalakkan di pusat-pusat bandar sedia ada bagi memudahkan peralihan kepada k-ekonomi dan bertindak sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi. v. Aktiviti asas pengetahuan dan bandar siber perlu di tempatkan di conurbation utama dan pusat pertumbuhan bandar terpilih selaras dengan kriteria yang ditetapkan oleh Majlis Pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (KRM). vi. Kemudahan infrastruktur sedia ada seperti lebuh raya, laluan kereta api, lapangan terbang dan pelabuhan perlu digunakan secara optima bagi menyokong objektif pembangunan secara keseluruhannya. 5-6

127 PI 2 : Tumpuan Pembangunan dalam Conurbation Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke 2,

128 RFN 3 PENDEKATAN PEMBANGUNAN KORIDOR PERLU DIGUNAPAKAI DALAM PERANCANGAN WILAYAH KURANG MAJU UNTUK MEMACU PERTUMBUHAN EKONOMI DAN PEMBANGUNAN BAGI MENGURANGKAN KETIDAKSEIMBANGAN WILAYAH PI 3 : Wilayah Pembangunan dan Ekonomi Langkah-langkah: i. Inisiatif-inisiatif pembangunan, terutamanya pembangunan bandar dan industri, pertanian serta pelancongan perlu ditumpukan di lokasi-lokasi terpilih dalam koridor pembangunan terutamanya Koridor Pembangunan Utama seperti Koridor Utara-Selatan, Koridor Timur- Barat Tengah dan Koridor Pantai Timur. ii. Rangkaian pengangkutan, infrastruktur dan perkhidmatan bandar di sepanjang koridorkoridor pembangunan perlu dioptima dan dipertingkatkan. iii. Kepelbagaian ekonomi perlu digalakkan menerusi pengembangan asas ekonomi di negeri-negeri kurang maju melalui : a. Kedua-dua aktiviti pelaburan upstream pertanian dan aktiviti pemprosesan produk hiliran pertanian perlu diperkukuhkan untuk meningkatkan tahap pendapatan luar bandar. b. Kawasan-kawasan ekopelancongan atau pelancongan alam semula jadi yang berpotensi tinggi, terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur perlu dipulihara dan dibangunkan secara mampan. c. Kluster-kluster berasaskan sumber dan kraf perlu digalakkan di negeri dan wilayah yang kurang maju sebagai pemangkin untuk pertumbuhan dan pekerjaan. d. Perdagangan merentas sempadan akan dipertingkatkan. iv. Kemudahan infrastuktur, terutamanya ICT dan rangkaian pengangkutan di kawasan pertanian dan kawasan berpotensi pelancongan perlu diperkukuhkan untuk memudah dan mempercepatkan integrasinya ke dalam ekonomi moden. v. Penyediaan program latihan pendidikan teknikal dan pembangunan sosial perlu diperkukuhkan di negeri-negeri yang kurang maju untuk memenuhi keperluan penduduk supaya dapat diintegrasikan dengan lebih berkesan ke dalam ekonomi bandar. vi. Negeri-negeri di Pantai Timur perlu digalakkan untuk membangunkan program kemahiran kraf yang diiktiraf seperti batik, pertukangan perak, songket, pembinaan bot kayu dan ukiran kayu untuk menjadi pusat pengeluaran kraf tersohor di peringkat antarabangsa. vii. Cadangan-cadangan Pelan Induk Koridor Pembangunan Wilayah perlu diintegrasikan dengan RS dan RT bagi negeri dan pihak berkuasa tempatan masing-masing. 5-8

129 PI 3 : Wilayah Pembangunan dan Ekonomi Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke 2,

130 RFN 4 KERJASAMA DI DALAM PERANCANGAN FIZIKAL DAN PEMBANGUNAN EKONOMI ANTARA MALAYSIA DAN NEGARA-NEGARA SERANTAU ASEAN PERLU DIPERKUKUHKAN PI 4 : Kerjasama Ekonomi ASEAN Langkah-langkah: i. Peluang-peluang ekonomi yang diperolehi daripada negara jiran dan Segitiga Pertumbuhan di selatan, utara dan timur Semenanjung Malaysia, serta bantuan pembangunan ke negara Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam perlu dimanfaatkan sepenuhnya. ii. Inisiatif-inisiatif pembangunan antara wilayah Malaysia Timur dan Barat serta negara jiran ASEAN perlu diperkukuhkan terutamanya dengan mempertingkatkan rangkaian pengangkutan, mempromosikan pelancongan wilayah dan menyediakan peluang pengajian tinggi. iii. Kerjasama serantau dengan negara jiran ASEAN perlu digalakkan dengan memanfaatkan faedah berbanding secara berkesan dan mengoptimakan penggunaan infrastruktur, tanah, sumber asli dan sumber manusia. iv. Zon-zon Ekonomi Khas (SEZ) di negara-negara kesatuan Segitiga Pertumbuhan perlu diwujudkan untuk menampung kawasan baru bagi kerjasama serantau seperti pemprosesan makanan halal dan perdagangan merentasi sempadan. v. Potensi untuk mengeksport perkhidmatan profesional dan memupuk kerjasama dalam perancangan fizikal dengan Sabah, Sarawak dan negara-negara ASEAN, melalui institut perancangan negeri dan negara berkenaan perlu dikaji. 5-10

131 PI 4 : Kerjasama Ekonomi ASEAN Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke 2,

132 RFN 5 PERANCANGAN PEMBANGUNAN INDUSTRI PERLU MENGGUNAPAKAI STRATEGI PEMBANGUNAN HOLISTIK PELAN INDUK PERINDUSTRIAN KETIGA (IMP3) UNTUK MENCAPAI DAYA SAING GLOBAL MELALUI TRANSFORMASI DAN INOVASI SEKTOR PEMBUATAN DAN PERKHIDMATAN PI 5 : Pusat Pertumbuhan Perindustrian dan Kluster Industri yang Berpotensi Langkah-langkah: i. Sasaran bidang pertumbuhan IMP3 untuk pembuatan dan perkhidmatan akan digalakkan di kawasan yang mempunyai faedah berbanding dan aglomerasi ekonomi sedia ada iaitu: a. Conurbation utama dan kawasan bandar perlu menyediakan satu rangkaian kemudahan infrastruktur bersepadu, termasuk kemudahan sosial bagi menyokong keupayaan firma perindustrian dan perkhidmatan untuk bersaing dalam pasaran global. b. Bidang-bidang pertumbuhan yang disasarkan akan digalakkan di conurbation yang terpilih, mengikut faedah berbanding masing-masing. ii. Pembangunan kawasan perindustrian baru, termasuk taman industri halal dan kluster perindustrian, perlu disokong dengan program terperinci yang mengenalpasti pengusaha berpotensi, aktiviti, perhubungan dan kajian kebolehlaksanaannya. iii. Asas teknologi untuk pembangunan perkhidmatan industri perlu diperkukuhkan, seperti menggunapakai pengurusan rangkaian penawaran, ICT dan teknologi hijau. iv. Perhubungan dan kerjasama antara universiti-industri di peringkat tempatan dan antarabangsa perlu diwujudkan dan pusat-pusat kecemerlangan untuk penyelidikan industri dan yang berkaitan perlu ditubuhkan. v. Aktiviti-aktiviti industri berat atau yang menjanakan pencemaran tidak dibenarkan dalam atau bersempadan dengan kawasan-kawasan ekopelancongan dan sumber semula jadi yang telah ditetapkan. vi. Zon Ekonomi Khas perlu dibangunkan di lokasi-lokasi terpilih bagi menggalakkan pembangunan wilayah dan mempertingkatkan potensi eksport negara. 5-12

133 PI 5 : Pusat Pertumbuhan Perindustrian dan Kluster Industri yang Berpotensi Sumber : Pelan Induk Perindustrian Ke 3 (IMP3),

134 5.3 Pemuliharaan Sumber Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Kawasan pertanian telah berkurangan setiap tahun akibat daripada tekanan pembangunan bandar (Jadual 5.1). Terdapat banyak kawasan, terutamanya yang bersempadan dengan kawasan bandar, industri dan perumahan, akan diambil untuk pembangunan bandar. Walau bagaimanapun, kawasan yang terletak di luar zon pembangunan bandar perlu dikekalkan sebagai kawasan pertanian, terutamanya kawasan yang subur atau mempunyai fungsi tertentu seperti kawasan jelapang padi. Rancangan Malaysia Ke-9 ( ) telah mensasarkan sektor pertanian sebagai enjin pembangunan negara yang ketiga. Program Pertanian Baharu telah diperuntukkan untuk menjalani proses pemodenan, pengkomersialan, skim bernilai tambah tinggi, ICT, bioteknologi dan penambahbaikan pemasaran. Aktiviti hiliran juga digalakkan terutamanya bagi sub-sektor kelapa sawit dan getah, manakala bidang yang berpotensi tinggi untuk sektor akuakultur, perikanan laut dalam, perikanan hiasan, tanaman herba dan hortikultur perlu dibangunkan. RMK-9 turut mensasarkan Malaysia sebagai Hab Makanan Halal. Jadual 5.1: Guna Tanah Pertanian di Semenanjung Malaysia (Hektar) Tanaman Perbezaan (06-02) Padi 410, , ,036-74,760 Kelapa Sawit 2,174,500 2,466,500 2,816, ,013 Getah 1,759,100 1,560,000 1,284, ,088 Lain-lain Tanaman 1,632,400 1,716, , ,601 Jumlah 5,976,000 6,149,000 5,240, ,441 Sumber : MOA Inc., Risalah Statistik Pertanian 2006 & Untuk mencapai pembangunan seimbang, beberapa kawasan pertanian yang mempunyai produktiviti tinggi (Kawasan Pertanian Utama) perlu dipelihara. Antara Kawasan Pertanian Utama (KPU) yang telah dikenal pasti adalah kawasan tanaman padi (terutamanya kawasan jelapang padi) dan kawasan pertanian berproduktiviti tinggi seperti kawasan tanah Kelas 1 dan 2 (serta diperluaskan kepada tanah Kelas 3). Kawasan lain yang perlu dipelihara adalah kawasan pertanian yang terletak dalam zon agroiklim yang tidak mengalami musim kemarau dan musim kemarau singkat, serta kawasan pertanian di tanah gambut. Kawasan tanaman padi boleh dikategorikan sebagai kawasan jelapang padi dan kawasan bukan jelapang padi. Kawasan jelapang padi telah dibangunkan dengan kos pelaburan yang amat tinggi dan dapat ditanam padi sekurang-kurangnya dua kali setahun. Lapan kawasan jelapang padi sedia ada perlu dipulihara sebagai satu langkah keselamatan makanan memandangkan beras adalah makanan ruji Malaysia dan hanya 7% daripada pengeluaran beras dunia boleh didapati dalam pasaran. Oleh itu, potensi pembangunan bandar dalam kawasan jelapang padi ini perlu dihalakan ke kawasan bersempadan, iaitu di luar kawasan jelapang padi. Kawasan jelapang padi yang kesembilan dijangka akan dibangunkan dalam masa terdekat di Daerah Rompin dan Pekan. Tanah padi di luar kawasan jelapang padi perlu disediakan dengan sistem pengairan dan saliran yang baik bagi menjadikan kawasan ini berproduktiviti tinggi. Penggunaan tanah 5-14

135 padi untuk pembangunan bandar perlu dihadkan kerana ianya melibatkan kos yang tinggi berpunca daripada kedudukannya di kawasan rendah dan sering dilanda banjir. Hampir tiada lagi kawasan tanaman padi baru akan dibangunkan di Semenanjung Malaysia. Maka sasaran pengeluaran beras sebanyak 70% bergantung sepenuhnya kepada usaha pemodenan dan penggunaan teknologi baru yang berupaya untuk meningkatkan tahap purata pengeluaran padi. Semenanjung Malaysia mengalami kekurangan dari segi pengeluaran makanan. Mengikut Buku Perangkaan Pertanian 2008, nilai import bagi bahan makanan meningkat setiap tahun, iaitu daripada RM juta pada tahun 2003 kepada RM juta pada tahun Data guna tanah pertanian menunjukkan bahawa sebahagian besar kawasan pertanian ditanami dengan kelapa sawit dan getah (2.8 juta hektar dan 1.28 juta hektar masing-masing), diikuti oleh tanaman padi (331,036 hektar), hortikultur bercampur (326,768 hektar), kebun buah-buahan (184,828 hektar), kelapa (104,555 hektar) dan sayur-sayuran (16,913 hektar). Dengan ini, usaha perlu dipertingkatkan untuk meningkatkan pengeluaran makanan negara. Kawasan-kawasan pengeluaran makanan sedia ada perlu dipulihara, terutamanya kawasan yang dibangunkan secara komersial iaitu Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Pada masa ini, hanya tanah kerajaan yang digunakan untuk TKPM. Oleh itu, dicadangkan supaya lebih banyak kawasan yang dimiliki oleh pekebun individu dilibatkan ke dalam program TKPM ini. Program TKPM juga harus merangkumi kawasan-kawasan yang digunakan untuk pengeluaran hasil ternakan dan Zon Industri Akuakultur (ZIA). Kawasan pertanian sedia ada yang terletak di kawasan tanah gambut merupakan antara kawasan yang paling produktif untuk tanaman kelapa sawit dan nanas di negara ini dan perlu dikekalkan untuk pembangunan pertanian. Selain dapat memberikan hasil pertanian yang tinggi, tanah gambut ini tidak sesuai untuk pembangunan perbandaran kerana mengandungi bahan organik yang tebal yang tidak sesuai untuk pendirian bangunan dan terdedah kepada ancaman banjir. Pembangunan baru di tanah gambut perlu dihadkan kerana ianya akan mengancam ekosistem semula jadi. Namun, sekiranya pembangunan dijalankan, ia perlu dilaksanakan secara mampan. Semenanjung Malaysia mempunyai 26 wilayah agroiklim untuk tanaman kawasan rendah dan 2 wilayah agroiklim untuk tanaman tanah tinggi (kawasan yang melebihi 300 meter dari aras paras laut). Kawasan-kawasan ini boleh dikategorikan kepada 5 wilayah, iaitu:- Tanah tinggi Wilayah yang mengalami musim kering yang jelas dan berkala Wilayah yang mengalami musim kering yang pendek tetapi berkala Wilayah yang tidak mengalami musim kering Kawasan yang didominasi oleh tanah organik 5-15

136 Wilayah yang paling produktif dalam kelompok ini adalah wilayah yang tidak mengalami musim kering. Oleh itu, kawasan-kawasan tersebut harus dikekalkan sebagai tanah pertanian, melainkan ia telah dikenal pasti sebagai kawasan pembangunan perbandaran. Kebanyakan kawasan ini boleh didapati di Negeri Johor, Selangor, Pahang Tengah dan kawasan persisiran pantai di utara Negeri Perak. Produktiviti pertanian juga bergantung kepada kesesuaian tanah. Pengkelasan Kesesuaian Tanah Dan Penentuan Kesesuaian Tanaman telah membahagikan tanah kepada lima kelas seperti berikut:- Kelas 1 : Tanah yang tiada halangan atau hanya halangan kecil untuk pertumbuhan tanaman. Kelas 2 : Tanah yang mempunyai satu atau lebih halangan sederhana untuk pertumbuhan tanaman. Kelas 3 : Tanah yang mempunyai satu halangan serius untuk pertumbuhan tanaman. Kelas 4 : Tanah yang mempunyai lebih daripada satu halangan serius untuk pertumbuhan tanaman. Kelas 5 : Tanah yang mempunyai sekurang-kurangnya satu halangan yang amat serius untuk pertumbuhan tanaman. Kawasan di bawah Tanah Kelas 1 dan 2 merupakan tanah yang paling produktif dan perlu dikhususkan untuk pertanian, melainkan kawasan berkenaan terletak dalam had sempadan pembangunan bandar. Kawasan di bawah Tanah Kelas 3 juga perlu dipulihara untuk pertanian bagi mana-mana kawasan berkenaan, melainkan terdapat keperluan yang mendesak dan kukuh untuk membangunkannya. Penduduk luar bandar termasuk mereka yang menetap di kampung tradisi, kampung baru, petempatan FELDA, FELCRA dan Orang Asli, kuarters ladang, perkampungan nelayan dan skim perumahan luar bandar. Kawasan luar bandar juga harus dibangunkan secara berterusan untuk membolehkan penduduk di luar bandar menikmati pendapatan yang lebih tinggi dan kualiti hidup yang lebih baik. Ini adalah selaras dengan objektif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah dan memperkasakan prasarana dan infrastruktur asas luar bandar dan kawasan pedalaman. Antara strategi utama yang akan diguna pakai termasuklah penggabungan ladang-ladang luar bandar, penyediaan Pusat Pengumpulan, Pemperosesan dan Pembungkusan hasil pertanian dan pengembangan pekerjaan bukan-pertanian (pelancongan luar bandar, perkhidmatan, pembuatan am) di pekanpekan utama (pusat pekerjaan) yang memberi perkhidmatan kepada kluster luar bandar. Akses jalur lebar akan dipertingkat dan pengangkutan awam ke pusat pekerjaan akan ditambah baik untuk membolehkan pergerakan ulang-alik ke tempat bekerja bagi menjana sumber pendapatan tambahan. 5-16

137 RFN 6 KAWASAN PERTANIAN UTAMA PERLU DIPULIHARA KHUSUS UNTUK TUJUAN PERTANIAN DAN PEMBANGUNAN BANDAR DALAM KAWASAN TERSEBUT PERLU DIHADKAN PI 6 : Kawasan Pertanian Utama Langkah-langkah: i. Kawasan pertanian perlu diberi keutamaan untuk memulihara Kawasan Pertanian Utama (KPU) mengikut kepentingan seperti berikut:- a. Kawasan jelapang padi strategik. b. Kawasan padi di luar kawasan jelapang padi. c. Kawasan pertanian yang ditetapkan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), dengan merangkumi kawasan untuk produktiviti tanaman, penternakan haiwan, akuakultur dan avikultur. d. Kawasan pertanian sedia ada di atas tanah gambut dan tanah organik. e. Kawasan pertanian di bawah tanah Kelas 1 dan Kelas 2. f. Kawasan pertanian di bawah tanah Kelas 3. g. Kawasan pertanian yang tidak mengalami musim kering. h. Kawasan pertanian yang mengalami musim kering yang pendek. ii. Kawasan Pertanian Utama (KPU) dikategorikan kepada Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3 mengikut tahap kepentingan masing-masing; a. Tahap 1 : Kawasan ini perlu dikekalkan sebagai tanaman padi dan tidak dibenarkan untuk tujuan lain. Kawasan-kawasan yang terletak di bawah kategori ini adalah:- Kawasan jelapang padi b. Tahap 2 : Kawasan ini perlu dikekalkan sebagai kawasan pertanian, melainkan ianya terletak dalam had sempadan kawasan bandar dan pekan. Kawasan-kawasan yang termasuk dalam kategori ini adalah: Kawasan padi di luar kawasan jelapang padi. Kawasan pertanian yang dibangunkan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Kawasan pertanian di atas tanah gambut atau tanah organik. Kawasan pertanian di tanah Kelas 1 dan Kelas 2. c. Tahap 3 : Kawasan ini perlu dikekalkan sebagai tanah pertanian, melainkan ianya telah dikenalpasti untuk pembangunan kegunaan lain. Kawasan-kawasan yang terletak di bawah kategori ini adalah:- Kawasan pertanian di bawah Tanah Kelas 3. Kawasan pertanian yang tidak mengalami musim kering. Kawasan pertanian yang mengalami musim kering yang pendek. 5-17

138 RFN 7 LAPAN (8) KAWASAN JELAPANG PADI STRATEGIK, IAITU MUDA (MADA), KEMUBU (KADA), IADA KERIAN-SUNGAI MANIK, IADA BARAT LAUT SELANGOR, IADA PULAU PINANG, IADA SEBERANG PERAK, IADA TERENGGANU UTARA (KETARA), DAN IADA KEMASIN-SEMERAK PERLU DIPULIHARA PI 7 : Kawasan Jelapang Padi Strategik Langkah-langkah: i. Lapan (8) kawasan jelapang padi strategik perlu diwartakan sebagai kawasan tanaman padi. ii. Had sempadan pembangunan bagi semua pusat bandar yang terletak dalam kawasan ini perlu ditetapkan dalam RS dan RT. iii. Kawasan padi yang terletak di luar had sempadan bandar tidak dibenarkan ditukar untuk kegunaan lain, kecuali untuk aktiviti yang berkaitan dengan penanaman padi. iv. Pembangunan perbandaran pada masa hadapan perlu dialihkan daripada kawasan jelapang padi. Dalam situasi yang tidak boleh dielakkan, hanya pembangunan secara menegak dibenarkan untuk meminimakan kehilangan tanah. v. Kawasan tadahan air bagi kawasan jelapang padi perlu dikenal pasti dan dipulihara bagi memastikan bekalan air yang mencukupi dan berkualiti untuk tanaman padi. vi. Langkah-langkah fiskal perlu diperkenalkan bagi membantu negeri-negeri yang perlu memulihara kawasan jelapang padi. 5-19

139 PI 7 : Kawasan Jelapang Padi Strategik Sumber : Jabatan Pertanian,

140 RFN 8 TANAH PADI SEDIA ADA YANG BERPOTENSI DI LUAR KAWASAN JELAPANG PADI, PERLU DILENGKAPI DENGAN INFRASTRUKTUR YANG SESUAI UNTUK MENINGKATKAN PRODUKTIVITI DAN HASIL PI 8 : Kawasan Padi di Luar Kawasan Jelapang Padi Langkah-langkah: i. Kawasan padi yang berpotensi tetapi terletak di luar kawasan jelapang padi perlu dipelihara sebagai kawasan tanaman padi. Di mana sesuai, ianya perlu dibekalkan dengan infrastruktur yang diperlukan. ii. Kawasan padi yang berpotensi perlu disediakan dengan sistem pengairan, saliran dan rangkaian jalan raya untuk memudahkan penggunaan jentera. iii. Produktiviti tanaman padi perlu dipertingkatkan melalui penggunaan teknologi baru dan peralatan pertanian moden untuk mencapai hasil pengeluaran yang lebih tinggi. 5-21

141 PI 8 : Kawasan Padi di Luar Kawasan Jelapang Padi Sumber : Jabatan Pertanian,

142 RFN 9 KAWASAN LUAR BANDAR DAN PUSAT PERTUMBUHAN DESA PERLU DIBANGUNKAN AGAR MASYARAKAT BOLEH MENIKMATI PENDAPATAN YANG LEBIH TINGGI DAN KUALITI HIDUP YANG LEBIH BAIK PI 9 : Petempatan Desa dan Potensi Kluster Ekonomi Luar Bandar Langkah-langkah: i. Dasar Pembangunan Desa Negara perlu disediakan untuk mewujudkan rangka kerja bagi pembangunan bersepadu kawasan luar bandar dan Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) termasuk petempatan FELDA. ii. Perancangan pembangunan desa secara bersepadu perlu mengambil kira peranan pusat-pusat bandar bersempadan dan potensi pelancongan dalam menjana pekerjaan bukan pertanian, menambah baik sistem pengangkutan awam serta meningkatkan tahap kemudahan internet. iii. Ladang-ladang berskala kecil perlu digabungkan bagi membolehkan pengurusan ladang yang lebih baik dan pengeluaran hasil berskala ekonomi. iv. Aktiviti ekonomi yang bersesuaian perlu dibangunkan di kawasan luar bandar seperti program Satu Daerah Satu Industri, agropolitan, program inap desa, industri asas tani, industri kotej, kraftangan dan agropelancongan. v. PPD perlu disediakan dengan infrastruktur dan kemudahan masyarakat yang berkualiti seperti jalan, bekalan air bersih, elektrik, perparitan, kemudahan ICT, perumahan, sanitasi, sekolah dan klinik. vi. PPD sedia ada perlu dikaji semula dan pelaksanaan program-program pemajuannya perlu dipercepatkan. RS dan RT perlu mengenal pasti PPD sebagai pusat perkhidmatan luar bandar yang efektif. vii. Perkhidmatan sosial, komersial dan kemudahan awam akan ditumpukan di PPD. viii. Kemudahan pengangkutan awam antara PPD dengan pusat-pusat bandar utama yang menawarkan pekerjaan bukan-pertanian perlu dipertingkatkan. ix. Pelaburan awam dan infrastruktur perlu ditumpukan di PPD bagi menyokong pembangunan aktiviti ekonomi asas sumber, industri asas kraftangan, program pelancongan luar bandar, serta industri hiliran berasaskan pertanian dan perhutanan. x. Kampung-kampung yang mempunyai nilai sejarah, warisan, kebudayaan dan seni bina akan dikenal pasti sebagai PPD di masa hadapan. Bagi kampung-kampung yang tidak 5-23

143 terpilih, satu program khusus perlu diwujudkan bagi pemuliharaan kampung-kampung tersebut. xi. Penduduk di kampung-kampung yang jumlahnya terlalu kecil, lokasi terpencil atau tidak ekonomik untuk disediakan kemudahan-kemudahan perkhidmatan, akan digalakkan ditempatkan semula di PPD. 5-24

144 RFN 10 MASYARAKAT ORANG ASLI PERLU DIINTEGRASIKAN DARI SEGI SPATIAL DAN EKONOMI KE DALAM INISIATIF PEMBANGUNAN UTAMA PI 10 : Petempatan Orang Asli Langkah-langkah: i. Kawasan tertentu perlu dirizab dan diperuntukkan untuk masyarakat Orang Asli bagi mempertingkatkan tahap ekonomi dan sosial mereka. ii. Masyarakat Orang Asli perlu disediakan perumahan yang teratur di perkampungan terancang dengan kemudahan masyarakat yang mencukupi serta kemudahan pengangkutan yang bersesuaian mengikut keperluan dan adat resam setiap masyarakat Orang Asli. iii. Kawasan pertanian yang bersesuaian dan pengembangan perkhidmatan serta kemudahan perlu disediakan untuk kemakmuran ekonomi masyarakat Orang Asli. iv. Masyarakat Orang Asli perlu disediakan dengan pelbagai kemudahan masyarakat yang berkualiti seperti sekolah, klinik, jalan, bekalan air yang bersih dan bekalan elektrik. v. Kawasan pertanian yang diperuntukkan kepada Orang Asli perlu dibangunkan secara komersial oleh mereka sendiri atau agensi kerajaan yang bersesuaian. vi. Penternakan haiwan dan akualkultur perlu diperkenalkan sebagai pertanian bersepadu di kawasan yang bersesuaian. vii. Aktiviti dan program ekonomi yang bersesuaian perlu diperkenalkan kepada masyarakat Orang Asli supaya mereka terlibat secara aktif dalam program pembangunan ekonomi luar bandar seperti agropolitan, inap desa, industri asas tani, industri kotej, kraftangan, eko dan agropelancongan. 5-26

145 5.4 Pembangunan Pelancongan Mampan Prinsip-prinsip pelancongan mampan merujuk kepada keseimbangan yang bersesuaian di antara aspek alam sekitar, ekonomi dan sosio-budaya untuk menjamin kemampanan yang berterusan. Rancangan Malaysia Ke-9 (RMKe-9) menekankan bahawa Malaysia perlu secara berterusan memenuhi semua komitmennya terhadap deklarasi pelancongan yang berkait dengan pelancongan mampan dan perubahan iklim. Dua isu utama yang dihadapi oleh negara adalah mengekalkan tahap daya saing global dan sebagai destinasi pelancongan yang selamat. Di peringkat tempatan, isu yang dihadapi adalah memulihara sumber tarikan pelancongan semula jadi serta melindungi kawasan luar bandar daripada tekanan berterusan bagi pembangunan bandar dan pelancongan. Sehubungan itu, Pelan Ekopelancongan Kebangsaan Malaysia telah dikaji semula untuk diselaraskan dengan trend semasa dan hasrat yang tertera dalam inisitatif ekopelancongan di peringkat tempatan dan global. Negara-negara ASEAN telah mengiktiraf kepentingan kerjasama serantau untuk pertumbuhan pelancongan. Peluang-peluang yang terdapat dalam wilayah ASEAN telah memperlihatkan perkembangan syarikat penerbangan negara dan syarikat penerbangan tambang murah ke lebih banyak destinasi dalam wilayah ini. Peningkatan dalam pergerakan pelawat dan permintaan untuk perkhidmatan pelancongan dalam wilayah APEC, serta kepentingan sektor pelancongan terhadap tahap daya saing ekonomi negara telah diiktirafkan oleh Kerajaan. Sektor pelancongan akan terus menjadi salah satu penggerak ekonomi utama negara pada masa hadapan, terutamanya dengan dasar liberalisasi negara bagi sektor pelancongan untuk mempertingkatkan daya saingnya di peringkat global. Pembangunan pelancongan yang tidak terkawal di bandar dan luar bandar telah menimbulkan impak negatif kepada bandar pelancongan pesisiran pantai, kawasan luar bandar dan sumber semula jadi. Walaupun bandar-bandar pelancongan pesisiran pantai yang telah lama dimajukan seperti Langkawi, Pulau Pinang dan Port Dickson mengalami pembangunan yang rancak, namun masing-masing menghadapi banyak isu yang belum diatasi seperti tahap penyelenggaraan dan kebersihan produk-produk pelancongan yang rendah. Ini menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas, kelemahan aspek keselamatan pelancong, hakisan pantai, kualiti air laut yang rendah, tahap aksessibiliti yang rendah pada musim puncak serta kualiti perkhidmatan yang rendah. Cadangan projek penambakan laut di beberapa negeri merupakan satu ancaman kepada sumber pelancongan semula jadi seperti taman laut, kepulauan, hutan, tanah bencah, tempat pendaratan penyu, tempat persinggahan burung-burung migratori dan kawasan tadahan air. Begitu juga dengan produk pelancongan kebudayaan dan warisan seperti kampung-kampung tradisional dan kawasan luar bandar yang turut menghadapi perubahan fizikal dan budaya disebabkan oleh proses perbandaran. 5-28

146 Malaysia telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada 30 destinasi pelancongan utama yang semakin menonjol di peringkat global. Kepelbagaian produk iaitu dengan penumpuan baru seperti MICE dan pelancongan asas kesihatan, memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk menyediakan kemudahan bertaraf dunia supaya produkproduk ini dapat berfungsi dengan berkesan. Kerajaan juga perlu mengiktiraf dan mempromosikan pembangunan pelancongan mampan sebagai satu keutamaan negara, dengan mengoptimakan penggunaan sumber alam semula jadi, mengekalkan proses ekologi yang penting serta memberi bantuan dalam memulihara warisan semula jadi dan biodiversiti. Destinasi-destinasi yang popular memerlukan suntikan pembangunan baru dan penjenamaan semula untuk memenuhi kehendak para pelancong. Warisan kepelbagaian kebudayaan serta gaya hidup 1Malaysia perlu dipupuk dan dipromosikan di seluruh dunia secara berterusan menerusi konsep Truly Asia. Cabaran utama sektor ini adalah untuk memenuhi kehendak dan keperluan para pelancong serta memastikan mereka berkunjung semula ke Malaysia. Industri pelancongan perlu meningkatkan keuntungan dan saiz serta berdaya maju agar dapat beroperasi dalam jangka masa panjang, dan memastikan pengagihan faedah sosio-ekonomi secara saksama kepada semua pihak yang berkepentingan. Ini termasuk pewujudan pekerjaan yang stabil, peluang untuk memperolehi pendapatan dan perkhidmatan sosial untuk komuniti penganjur serta ke arah pembasmian kemiskinan. Pembangunan pelancongan mampan memerlukan kerjasama dan penglibatan daripada semua pihak berkepentingan yang berkaitan dan pemimpin politik untuk memastikan penglibatan yang lebih meluas, pemantauan impak pembangunan secara berkala dan pembentukan langkah-langkah pembetulan dari masa ke semasa. RFN 11 SUMBER PELANCONGAN SEMULA JADI, KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN WARISAN SEJARAH NEGARA PERLU DIPULIHARA Langkah-langkah: i. Langkah-langkah perlindungan dan pengurusan sumber pelancongan perlu dilaksanakan secara efisien dan efektif di semua kawasan sumber pelancongan. Ini termasuklah : a. Kawasan pelancongan perlu dizonkan secara teratur berdasarkan merit masingmasing untuk melindungi sumber pelancongan daripada dibangunkan secara berlebihan dan terjejas oleh skala pembangunan yang tidak bersesuaian. b. Kualiti sumber pelancongan perlu dilindungi, dipantau dan diuruskan secara mampan, termasuk merangka had perubahan yang boleh diterima dan perkongsian sumber 5-29

147 dengan negeri-negeri bersempadan, oleh satu jawatankuasa khas mengenai pelancongan. ii. Biodiversiti negara dan koridor pelancongan perlu dipulihara. Pada masa yang sama, skim-skim pentauliahan dan pensijilan sektor pelancongan perlu diberikan kepada produk pelancongan yang bertaraf antarabangsa dan negara untuk menambah baik prestasi persekitaran masing-masing. iii. Promosi mengenai keaslian budaya dan warisan hidup negara ini perlu diiktiraf dan diperkukuhkan. Penglibatan masyarakat dalam sektor pelancongan perlu digalak dan dipromosikan agar mereka boleh menyumbang ke arah persefahaman antara budaya dan saling menghormati sesama masyarakat. iv. Perhubungan saling bergantungan di antara pemuliharaan alam sekitar (termasuk pembangunan di KSAS) dengan pelancongan perlu diiktiraf dan digalakkan. v. Industri pelancongan akan dipertanggungjawabkan terhadap amalan terbaik dalam pemeliharaan persekitaran, dengan mematuhi peruntukan perundangan alam persekitaran dan menggalakkan pemuliharaan dan penggunaan sumber asli secara mampan. vi. Semua pihak yang berkepentingan dalam industri pelancongan perlu digalakkan untuk mempraktikkan amalan pelancongan berpandukan kod-kod amalan berikut:- a. Menyumbang kepada ekonomi setempat. b. Menghormati budaya dan melabur dalam modal sosial. c. Mempromosi lawatan dan aktiviti yang dikendalikan oleh pemandu pelancong tempatan. d. Menggunakan sumber pelancongan secara cekap dan mampan. e. Pengurusan sisa buangan yang sistematik. f. Komited terhadap pemeliharaan alam sekitar. g. Membangunkan keupayaan untuk penambahbaikan secara berterusan. h. Menguruskan tapak-tapak pelancongan dalam had yang boleh diterima. 5-30

148 RFN 12 ZON PEMBANGUNAN PELANCONGAN DI SETIAP NEGERI PERLU MENEKANKAN PRODUK KHUSUS WILAYAH BERDASARKAN KELEBIHAN LOKASI DAN SUMBER SEDIA ADA PI 11 : Sumber Pelancongan Semula Jadi PI 12 : Sumber Pelancongan Buatan Manusia Langkah-langkah: i. Dasar Pelancongan Negara 2004 perlu dikaji semula untuk menerapkan aspek spatial dalam pembangunan pelancongan termasuk cadangan pendekatan yang bersesuaian bagi pembangunan pelancongan mampan. Dasar Pelancongan Negara yang dipinda akan mengandungi garis panduan pembangunan dan amalan pengurusan yang akan diguna pakai untuk semua bentuk destinasi pelancongan. Dasar Pelancongan Negara akan menjadi panduan kepada aspek-aspek berikut:- a. Mengelakkan persaingan yang tidak sihat, meningkatkan usaha saling melengkapi dalam pembangunan pelancongan dan membentuk pakej pelancongan di antara negeri dan negara jiran. b. Mencapai kerjasama dan penyelarasan pembangunan pelancongan dan promosi di kalangan sektor awam dan pelbagai sektor berkepentingan (sektor swasta, masyarakat dan orang awam). c. Menggalakkan pelancongan asas masyarakat (berasaskan warisan dan budaya tempatan) dan memudahcara aktiviti pelaburan dalam industri pelancongan. ii. Produk pelancongan yang berkualiti tinggi perlu disediakan dan dikekalkan dengan : a. Mengenal pasti destinasi pelancongan yang mempunyai keunikan tersendiri dan keindahan semula jadi yang unggul dengan potensi pelancongan yang tinggi. b. Memberi suntikan pembaharuan kepada produk-produk pelancongan sedia ada secara berterusan. c. Mempelbagai dan memperkenalkan produk gabungan dan infrastruktur baru berdasarkan cita rasa pelancong, termasuk keperluan pelancong domestik melalui kajian pasaran yang berterusan serta analisis kelebihan daya saing negara. iii. Pembangunan poduk-produk pelancongan dalam Zon Pelancongan perlu digalakkan mengikut kelebihan lokasi masing-masing:- a. Meningkatkan tarikan pelancongan membeli-belah di pusat bandar utama, bandar sempadan dan zon bebas cukai, bagi memaksimakan faedah ekonomi dari kemasukan pelancong. b. Pembangunan pelancongan kesihatan, kesejahteraan, sukan dan acara perlu dipertingkatkan di semua bandar utama yang mempunyai ketersediaan kemudahan sokongan infrastruktur, manakala lebih banyak zon kesejahteraan yang menawarkan 5-31

149 perubatan terapi tradisi perlu dipromosikan di destinasi resort persisiran pantai dan luar bandar. c. Pelancongan perubatan perlu dipertingkatkan di conurbation utama iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan. d. Pembangunan pelancongan pendidikan perlu dipertingkatkan di pusat-pusat institusi pengajian tinggi sedia ada, manakala bandar-bandar pendidikan baru akan dibangunkan untuk mewujudkan persekitaran kondusif bagi perkembangan para penuntut dan dilengkapi dengan kemudahan yang bersesuaian. e. Kepentingan negara sebagai destinasi Mesyuarat, Insentif, Seminar dan Pameran (MICE) perlu disokong dengan pembangunan infrastruktur yang berterusan di bandar-bandar utama. f. Ekopelancongan berasaskan alam semula jadi perlu dibangunkan secara mampan dan dipromosikan di kawasan semula jadi seperti tanah tinggi, kawasan persisiran pantai, pulau taman laut, taman negara dan negeri, tapak geologi, tanah bencah, tapak RAMSAR, tapak pendaratan burung dan penyu dan habitat kelip-kelip. g. Sumber dan produk pelancongan kepelbagaian budaya yang asli dan warisan sejarah perlu dibangunkan secara mampan, dipelihara dan dipromosikan di bandarbandar warisan, zon dan tapak warisan serta daerah luar bandar. 5-32

150 PI 11 : Sumber Pelancongan Semula Jadi Sumber : Pelan pelan Struktur Negeri dan Pelancongan Negara,

151 PI 12 : Sumber Pelancongan Buatan Manusia Sumber : Pelan pelan Struktur Negeri dan Pelancongan Negara,

152 RFN 13 INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN PELANCONGAN BERKUALITI TINGGI PERLU DISEDIAKAN BAGI MEMPERTINGKATKAN KESELESAAN DAN KESELAMATAN PELANCONG TANPA MENJEJASKAN KUALITI ALAM SEKITAR Langkah-Langkah: i. Bandar pintu masuk ke destinasi ekopelancongan dan kepulauan perlu digalakkan untuk memperluaskan aktiviti perniagaan yang berkaitan dengan pelancongan seperti kemudahan penginapan, pengangkutan, agensi pelancongan, pemandu pelancong berlesen, makanan dan minuman dan cenderahati. ii. Industri pelancongan perlu digalakkan untuk bersedia menghadapi krisis dan situasi bencana seperti perancangan kemudahan pemindahan semasa kecemasan, tindak balas kecemasan dan daya ketahanan masyarakat. iii. Sistem pengangkutan (udara, air, kereta api dan jalan raya) dan aksessibiliti yang cekap dan komprehensif perlu dirancang dan ditambah baik untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan pakej pelancongan bersepadu. Ini termasuk keperluan untuk menyediakan: a. Laluan persisiran pantai dengan pemandangan yang menarik sebagai tarikan pelancongan bagi kawasan luar bandar. b. Tahap aksessibiliti yang tinggi bagi semua zon atau produk pelancongan. c. Laluan kecemasan, kemudahan pemindahan semasa kecemasan serta lain-lain aspek keselamatan perjalanan dan aktiviti pelancong dalam zon-zon pelancongan, yang dipantau secara berkala oleh pihak berkuasa, agensi berkaitan dan pengusaha resort. iv. Kemudahan penginapan yang berkualiti dan bersih dengan harga berpatutan perlu disediakan untuk memenuhi semua segmen pasaran pelancong. Kemudahan ini perlu disediakan dengan skala yang bersesuaian serta berdekatan dengan kemudahan sokongan pelancongan dan infrastruktur, berdasarkan permintaan pelancong dan di dalam had yang boleh diterima bagi kawasan terlibat. v. Kemudahan sokongan seperti teknologi maklumat, tandas awam yang bersih, kemudahan penukaran wang asing, kemudahan transit, peti keselamatan, serta kemudahan-kemudahan lain untuk keperluan pelancong domestik, pelancong berkeluarga dan pengembara perlu disediakan dalam zon pelancongan. vi. Penyelenggaraan infrastruktur yang berterusan dan sokongan kewangan yang mencukupi perlu disediakan untuk melindungi produk pelancongan serta memastikan kepuasan para pelancong dapat dipenuhi. 5-35

153 5.5 Pengurusan Petempatan Manusia Walau pun terdapat hubungan simbiotik antara pusat bandar dan petempatan luar bandar, seksyen ini memberi fokus kepada bandar dan pekan. Petempatan luar bandar, terutamanya Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) dan petempatan Orang Asli, serta potensi kluster ekonomi luar bandar telah dihuraikan di dalam Seksyen 5.3: Pemuliharaan Sumber Pertanian Dan Pembangunan Luar Bandar. Tahap perbandaran di Semenanjung Malaysia telah meningkat daripada 54.3% kepada 65.4% dalam tempoh masa bancian dan dijangka terus meningkat sehingga 75.0% pada tahun Dalam tempoh masa RFN Ke-2, peningkatan intensiti perbandaran menjadi faktor penting dalam pembangunan spatial dan ekonomi Malaysia. Proses perbandaran jelas wujud dengan peningkatan tumpuan pembangunan perbandaran di empat conurbation utama iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan. Bandar-bandar yang paling pesat berkembang bagi tempoh adalah yang terletak di sekitar bandaraya tersebut. Sepuluh bandar yang pesat berkembang ialah Subang Jaya, Skudai, Batu 9 Cheras, Pasir Gudang, Kulim, Shah Alam, Kajang, Gelugor, Ampang Jaya dan Klang. Keempat-empat conurbation utama akan terus berkembang dengan lebih pesat berbanding kawasan lain di negara ini dan akan menarik lebih banyak migrasi masuk. Unjuran penduduk bagi empat conurbation utama tersebut ditunjukkan di dalam Jadual 5.2. Jadual 5.2: Unjuran Penduduk Bagi Conurbation Utama Conurbation Tahun 2000 (juta) Tahun 2020 (juta) Kuala Lumpur George Town Johor Bahru Kuantan Peratus daripada Jumlah Penduduk Semenanjung 41.1% 60.4% Sumber : Unjuran penduduk bagi Conurbation Kuala Lumpur adalah berdasarkan Kajian Rangka Kerja Penyelarasan Pengurusan Pertumbuhan Kuala Lumpur Conurbation dan Conurbation George Town adalah berdasarkan RFN. Untuk Conurbation Johor Bahru dan Kuantan, unjuran penduduk adalah berdasarkan Pelan Induk SJER dan Zon Ekonomi Khas (SEZ) ECER. Pembentukan conurbation yang keempat sedang berlaku di sekitar Kuantan. Strategi Serakan Tertumpu dalam koridor pembangunan berasaskan conurbation utama akan mengukuhkan fungsi dan kedudukan keempat-empat conurbation ini. Wawasan 2020 dan strategi RRJP3 adalah berasaskan kepada tahap pertumbuhan ekonomi yang tinggi menerusi kepesatan pembangunan industri dan sektor pembuatan asas eksport. RMKe-9 juga telah mengiktirafkan sektor pembuatan dan perkhidmatan sebagai sektor-sektor ekonomi yang sedang berkembang pesat. Ia selanjutnya mengenal pasti keperluan menggalakkan pelaburan langsung asing dan memperakukan bahawa pembangunan perindustrian masa depan akan menghadapi persaingan lebih intensif antara negara-negara bagi mendapatkan pelaburan dan pasaran. Berdasarkan cabaran tersebut dan strategi perancangan ekonomi yang telah dirumuskan, pembangunan negara pada masa akan datang memerlukan dan bergantung kepada kawasan bandar. 5-36

154 Ianya juga memberi implikasi terhadap kebebasan memilih lokasi secara am bagi pelabur-pelabur, bersesuaian dengan keperluan dan kepentingan perniagaan masingmasing. Pelabur-pelabur antarabangsa lebih berminat dengan lokasi yang menawarkan infrastruktur fizikal bagi menyokong keperluan perniagaan mereka, berhampiran dengan perniagaan serta industri lain untuk memperolehi kos perdagangan yang rendah dan aglomerasi ekonomi, termasuk kemudahan infrastruktur sokongan bagi memenuhi keperluan gaya hidup pekerja berpengetahuan tinggi. Kemudahan yang diperlukan termasuk kelab sosial, rekreasi dan sukan, pelbagai pusat hiburan dan pusat kebudayaan masing-masing sekolah antarabangsa, pusat beli belah bertaraf mewah dan akses mudah bagi perjalanan antarabangsa. Bandar dan conurbation yang sesuai didiami dapat menarik dan mengekalkan modal insan berkepakaran dan berpengetahuan tinggi yang seterusnya mampu menarik kemasukan industri berteknologi tinggi dan perkhidmatan bernilai tambah tinggi bagi memacu pertumbuhan ekonomi berpendapatan tinggi (Rajah 2.2). Strategi serakan tertumpu dalam pembangunan koridor akan meningkatkan kemampuan bandar-bandar yang dinamik di negara ini untuk bersaing dengan bandar-bandar lain di wilayah Pasifik Barat dan terus mengekalkan kemampanan daya saingnya. Oleh itu, di dalam konteks Semenanjung Malaysia, tumpuan pelaburan produktif, peluang-peluang pekerjaan dan penduduk di conurbation utama dijangka berterusan. Trend perbandaran semasa yang memberi penumpuan utama di bandaraya-bandaraya utama mungkin boleh diubahsuai tetapi tidak boleh disekat, sebagaimana dilaksanakan melalui dasar masa lalu contohnya untuk memperbandarkan kawasan luar bandar seperti pembangunan kawasan-kawasan Lembaga Pembangunan Wilayah (LPW). Sebarang usaha untuk mengarahkan pembangunan perindustrian ke kawasan yang ditentukan oleh pihak kerajaan akan mengakibatkan pelaburan awam yang tidak efektif, menjejaskan daya saing Malaysia dalam menarik pelaburan lansung asing dan menyebabkan kehilangan pelaburan tempatan kepada pesaing-pesaing antarabangsa, dan seterusnya menjejaskan usaha ke arah pencapaian objektif Wawasan Pengubahsuaian trend pembangunan semasa merangkumi sokongan berterusan kepada pembangunan di lokasi terpilih dan terhad dalam wilayah kurang maju seperti Kuantan dan selatan Terengganu dalam bentuk pembangunan kon dalam koridor pertumbuhan ekonomi utama. Setiap pusat bandar terpilih perlu mengkhususkan aktiviti ekonomi mengikut potensi sumber masing-masing untuk menampung pasaran khusus, sebagai contoh NCER dengan pengeluaran pertanian khusus untuk pasaran Timur Tengah. Matlamat utamanya adalah untuk menggalakkan pembangunan geografi seimbang serta memperkukuhkan asas bagi perkembangan sektor perindustrian pada masa hadapan di wilayah tersebut. Usaha ini juga merangkumi usaha menyalurkan limpahan dan lebihan pembangunan ke conurbation yang terletak di antara conurbation utama seperti Ipoh, Melaka, Temerloh-Mentakab, Lumut-Sitiawan-Manjung dan Muar-Batu Pahat-Kluang. PPU dan PPK (bandar kecil dan sederhana) secara umumnya termasuk beberapa buah ibu negeri didapati tidak membangun dengan pesat seperti conurbation utama dan mengalami pengurangan penduduk bandar dalam dekad Pelaburan awam bagi infrastruktur bertujuan untuk menarik pembangunan sektor yang menghadapi 5-37

155 persaingan global, ke PPU dan PPK adalah tidak efektif dari segi kos. Daya maju pembangunan bandar-bandar ini perlu bergantung kepada sektor-sektor yang tidak memerlukan persaingan global atau sekurang-kurangnya persaingan global yang minimum seperti sektor pembuatan dan perkhidmatan asas sumber, industri asas kraf, aktiviti hiliran pertanian, perhutanan serta aktiviti-aktiviti pemodenan sektor pertanian. Terdapat beberapa pengecualian, khususnya bagi bandar-bandar yang mempunyai potensi berkait dengan pembangunan sumber in-situ, iaitu sektor khusus yang tidak dipengaruhi oleh persaingan global yang intensif. Bandar-bandar ini dikenali sebagai Bandar Berciri Khas. Ianya merangkumi bandar-bandar terletak berhampiran dengan kawasan yang mempunyai keindahan semula jadi yang menyerlah atau kawasan berdaya tarikan alam semula jadi, arkeologi atau bersejarah yang boleh dijadikan sebagai bandar peranginan pelancong (contoh: Tanah Rata dan Port Dickson) dan tapak baru eko-lancong (contoh: Raub dan Kuala Lipis) termasuk bandar yang menyokong operasi perlombongan seperti di Kerteh. Kerajaan-kerajaan negeri perlu mengarahkan pelaburan infrastruktur mengikut kesesuaian jenis pembangunan ke kawasan-kawasan istimewa ini. Rebakan bandar dan kemerosotan persekitaran bandar di dalam conurbation merupakan satu isu dalam perkembangan conurbation. Walaupun conurbation digalakkan untuk berkembang supaya dapat memanfaatkan pelaburan pembangunan, setiap bandar di dalam conurbation berkenaan tidak seharusnya menghadapi kemerosotan dalam aspek rupa bentuk, karektor dan kecekapan fungsi masing-masing. Perancangan bandar di peringkat tempatan perlu berusaha untuk menggalakkan persekitaran yang sesuai didiami di dalam setiap bandar, mengekalkan keutuhan hubungan di antara bandar utama dan pinggir bandar serta mengurangkan masa perjalanan di antara pusat bandar dan kawasan sekitarnya. Conurbation tidak sepatutnya menjadi kawasan perbandaran yang bercelaru dengan guna tanah bandar yang bercampur aduk dan tidak dapat dibezakan sehingga penduduk terpaksa membuat perjalanan yang tidak perlu, panjang atau bersilang antara satu sama lain, sama ada ke tempat kerja, sekolah, membeli belah atau beriadah. Bandar yang sesuai didiami dan komuniti mampan dapat dicapai dengan peralihan bentuk pembangunan daripada rebakan bandar konvensional yang tidak teratur kepada rupa bentuk dan reka bentuk bandar padat. Untuk mewujudkan bandar yang sesuai didiami, keutamaan perlu diberi kepada peruntukan sumber bagi menjana semula masyarakat dan merancakkan semula pusat bandar dan kawasan pinggir bandar lama yang sedia ada. Konsep bandar yang sesuai didiami meletakkan keutamaan kepada menggalakkan pembangunan bercampur, berdensiti tinggi, aksessibiliti pengangkutan awam dan pejalan kaki, penggunaan optimum infrastruktur sedia ada, penambahbaikan persekitaran, dan perlindungan dan penyediaan ruangan terbuka. Reka bentuk bangunan padat membolehkan pemeliharaan dan penyediaan lebih banyak kawasan hijau dan tanah lapang seperti taman, hutan bandar, tanah bencah dan kawasan 5-38

156 pertanian utama. Reka bentuk, khususnya bangunan dan tempat letak kereta bertingkat, perlu dibangunkan dengan menggunakan tanah dan sumber secara efisien. Konsep bandar padat diperlukan untuk penyediaan sistem pengangkutan awam yang efisien kerana kebolehlaksanaan rangkaian sistem tersebut bergantung kepada keperluan kepadatan minima bagi sesebuah bandar. Kos untuk penyediaan dan penyelenggaraan perkhidmatan seperti air, pembetungan, elektrik dan perkhidmatan telefon bagi setiap unit kediaman dalam kawasan kejiranan padat adalah lebih rendah berbanding dengan kawasan kejiranan yang berselerak. Oleh kerana, komuniti lebih arif mengenai keperluan mereka, adalah penting untuk mengadakan penyertaan komuniti dari sektor awam dan swasta dalam proses perancangan. Komponen utama dalam bandar padat adalah integrasi kegunaan tanah bercampur ke dalam komuniti, terutamanya di pusat bandar, berdasarkan kepada pendekatan pengezonan kegunaan tanah mengikut kesan pencemaran. Kedudukan kegunaan bercampur (contohnya perumahan, perniagaan dan perkhidmatan) yang berdekatan antara satu sama lain, menggalakkan keberkesanan rangkaian fungsi dan menawarkan alternatif lain kepada penggunaan kereta, seperti berjalan kaki dan berbasikal, justeru membantu mengurangkan kesan rumah hijau. Kegunaan tanah bercampur akan menjanakan critical mass penduduk dan asas perdagangan yang besar untuk menyokong sistem pengangkutan awam yang berdaya maju. Ia juga akan mempertingkatkan keceriaan, keselamatan dan kehidupan sesebuah kawasan terutamanya pusat bandar dan pusat kejiranan, dengan meningkatkan bilangan penduduk di atas jalanan, kawasan membeli-belah dan reruang awam, dan seterusnya mempertingkatkan aktiviti ekonomi di pusat komersial dan merancakkan semula kehidupan komuniti. Pusat conurbation telah mengalami penurunan bilangan penduduk kepada kawasan pinggiran bandar dan bandar satelit dalam dekad yang lepas. Faktor utama yang menyebabkan perpindahan penduduk keluar dari pusat bandaraya utama adalah peningkatan kos perumahan, di mana kos kehidupan dalam bandar telah melebihi keupayaan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Hanya perumahan yang mendapat subsidi iaitu dalam bentuk rumah kos rendah dapat mengekalkan sebahagian golongan berpendapatan rendah di pusat bandar. Namun demikian, perumahan kos rendah ini ditawarkan kepada golongan miskin bandar sahaja dan tidak kepada golongan berpendapatan sederhana dan sederhana rendah. Keadaan ini mewujudkan suasana di mana pusat bandar hanya didiami oleh golongan terkaya dan termiskin. Keadaan ini tidak mengambarkan kepelbagaian sosial yang dihasratkan di pusat-pusat bandaraya. Bagi menangani sindrom perumahan golongan berpendapatan sederhana dan sederhana rendah, maka perumahan mampu milik yang mencukupi dari segi saiz, jenis dan pemilikan, perlu disediakan di bandar-bandar mengikut keperluan penduduk tempatan. Kehidupan bandar, terutamanya dalam inovasi bangunan bertingkat, akan digalakkan; dan lebih banyak rumah mampu milik akan dibina di semua kawasan pembangunan perumahan baru, terutamanya di tapak brownfield, dengan mempercepatkan kebenaran merancang dan penyediaan insentif, seperti pembangunan bercampur dan kepadatan tinggi. Dengan ini, bilangan penduduk yang tinggal di bandar 5-39

157 akan meningkat dan aktiviti ekonomi akan bertambah. Komuniti bercampur akan dipromosi dan peruntukan ruangan kegunaan awam seperti padang dan taman permainan, perlu disediakan bagi menggalakkan lebih banyak interaksi sosial dan perpaduan selaras dengan konsep 1 Malaysia. Migrasi keluar penduduk dari pusat bandar memberi peluang untuk menukar kegunaan kawasan perumahan usang kepada kegunaan perdagangan dan pejabat tetapi kebanyakan kawasan tersebut telah dibiarkan usang, di mana kadar pembangunan terbengkalai adalah lebih tinggi berbanding kadar pembangunan semula. Masalah ini dijangka akan terus menjadi isu utama dalam tempoh dua dekad akan datang. Untuk mencapai bandar yang berkembang pesat dengan ekonomi yang berdaya maju, teras pembangunan spatial utama adalah ke arah pembangunan semula pusat bandar dan kawasan pinggir bandar lama yang sedia ada. Dasar perlu dirumuskan untuk memandu perancangan di pusat bandar khususnya bandar lama yang terletak di dalam conurbation utama. Usaha perlu ditingkatkan di peringkat RT untuk menangani isu-isu rekabentuk dan pembaharuan terhadap tapak dan lokasi khusus, serta halangan berkaitan pembangunan semula seperti isu pemilikan tanah. Aspirasi untuk mencapai status negara maju dengan menikmati kualiti kehidupan bandar setaraf dengan negara maju memerlukan penerimapakaian piawaian perancangan bertaraf negara maju. Piawaian perancangan sedia ada khususnya dalam penyediaan kawasan lapang, taman rekreasi dan kemudahan awam lain perlu dikaji semula. Piawaian dan kualiti penyediaan infrastruktur seperti bekalan air, pembetungan serta kebersihan jalan dan longkang, perlu dipantau, dikaji semula dan dibandingkan dengan piawaian antarabangsa. Malaysia sehingga kini masih menghadapi isu hartanah tidak terjual yang menyebabkan modal dan sumber menjadi statik, akibat daripada spekulasi pembangunan. Untuk mengelakkan isu tersebut daripada berulang di masa hadapan, pihak berkuasa tempatan perlu lebih berhati-hati dalam memberi kelulusan permohonan pembangunan dan perlu berpandukan kepada unjuran perumahan dan permintaan hartanah yang realistik. Dasar pengurusan petempatan manusia perlu diintegrasikan dengan dasar sektoral seperti pertanian, pemuliharaan sumber dan alam sekitar serta sektor lain yang mempunyai impak ke atas guna tanah. Sebagai contoh, dasar pertanian untuk pemuliharaan kawasan jelapang padi strategik akan memerlukan pembangunan bandar masa depan dikawal dan diarahkan jauh daripada bandar-bandar yang terletak di dalam kawasan jelapang padi seperti Bandaraya Alor Setar. Pembangunan baru ini boleh diarahkan ke kawasan yang terletak di luar kawasan tanaman padi atau bandar-bandar lain di dalam negeri tersebut. Perincian terhadap pengalihan pembangunan bandar ini perlu dikaji di peringkat perancangan negeri dan tempatan, manakala dasar negara perlu merangkumi bantuan kewangan untuk negeri-negeri yang terlibat dengan usahausaha pengalihan kawasan tersebut. 5-40

158 Dasar negara terhadap petempatan manusia perlu juga menggalakkan inisiatif tempatan, agar inisiatif tersebut tidak bercanggah dengan rangka kerja spatial negara. Peruntukan kewangan Kerajaan Persekutuan juga perlu diperuntukkan untuk menyokong programprogram tempatan yang selaras dengan Rancangan Fizikal Negara Ke-2. RFN 14 TUMPUAN PERTUMBUHAN BANDAR PERLU DITAMPUNG DI DALAM CONURBATION YANG DIRANCANG DAN DIMAJUKAN SECARA BERSEPADU SELARAS DENGAN DASAR PERBANDARAN NEGARA PI 13 : Conurbation dan Hierarki Bandar Langkah-langkah: i. Tahap conurbation yang dicadangkan untuk keutamaan pembangunan adalah seperti berikut: Tahap Conurbation Kawasan 1 2 Conurbation Pertumbuhan Negara Conurbation Pertumbuhan Wilayah 3 Conurbation Separa Wilayah 4 5 Conurbation Pertumbuhan Negeri Conurbation Pertumbuhan Daerah Sumber : Dasar Perbandaran Negara, Conurbation Kuala Lumpur Conurbation George Town Conurbation Johor Bahru Conurbation Kuantan Conurbation Ipoh Conurbation Melaka Conurbation Alor Setar Conurbation Kota Bharu Conurbation Kuala Terengganu Conurbation Kangar Conurbation Muar-Batu Pahat- Kluang Conurbation Lumut-Setiawan- Manjung Conurbation Temerloh-Mentakab Julat Penduduk Indikatif > 2.5 juta juta 500, juta 300, , , ,000 Rancangan wilayah untuk conurbation perlu disediakan untuk setiap kawasan conurbation. Pelan ini perlu mengutamakan perancangan bandar-bandar baru dan pusatpusat pertumbuhan dalam conurbation, had pembangunan bandar, lingkaran hijau, sistem pengangkutan, bekalan air, sistem pembetungan, pelupusan sisa pepejal, kawasan industri dan tebatan banjir. ii. Pembangunan tambahan yang tidak dapat ditampung dalam had pembangunan bandar sedia ada, perlu diarahkan ke bandar-bandar baru dan pusat-pusat pertumbuhan yang terletak dalam sempadan conurbation. 5-41

159 iii. Dalam menentukan had pembangunan bandar, perlu ada pemisah antara kawasankawasan bandar untuk mengekalkan identiti setiap bandar. Kawasan atau tanah bandar ini perlu dielakkan daripada pembangunan dan dijadikan sebagai lingkaran hijau. Garis panduan akan digubal bagi penyediaan, penyelenggaraan dan pengawalan kawasan lingkaran hijau. iv. Rizab hutan simpan terpencil, KPU dan KSAS Tahap 1 dan Tahap 2 merupakan sebahagian daripada lingkaran hijau. v. Kawalan pembangunan bagi tanah yang ditetapkan sebagai KPU dan KSAS di dalam lingkaran hijau perlu dilaksanakan. Secara umum, pembangunan di kawasan lingkaran hijau akan dihadkan untuk penggunaan rekreasi sahaja, dan kesesuaian jenis aktiviti rekreasi akan bergantung kepada kesensitifan kawasan persekitaran. vi. Permohonan tukar syarat tanah dan pembangunan perlu dinilai berdasarkan kaedah sequential test untuk meminimakan spekulasi pembangunan. vii. Tanah-tanah kerajaan negeri yang terletak di dalam had pembangunan bandar perlu dirizabkan untuk kegunaan awam seperti kawasan lapang dan kemudahan masyarakat yang bersesuaian. viii. Pergerakan di antara bandar dalam conurbation haruslah dipermudahkan dengan sistem transit berkapasiti tinggi, perancangan guna tanah dalam conurbation perlu ke arah meminimumkan pergerakan di antara bandar. ix. Hierarki infrastruktur, kemudahan sosial dan rekreasi perlu ditetapkan dalam setiap conurbation untuk menggalakkan kecekapan dalam pelaburan awam dan penggunaan kemudahan awam. 5-42

160 PI 13 : Conurbation dan Hierarki Bandar Sumber : Dasar Perbandaran Negara (DPN),

161 RFN 15 PERTUMBUHAN EMPAT CONURBATION UTAMA IAITU KUALA LUMPUR, GEORGE TOWN, JOHOR BAHRU DAN KUANTAN PERLU DISOKONG UNTUK MEMPERTINGKAT DAYA SAING DI PERINGKAT GLOBAL Langkah-langkah: i. Selain daripada sokongan am terhadap sektor perkhidmatan dan pembuatan, daya saing global conurbation utama untuk menarik pelaburan tempatan dan asing dalam pertumbuhan k-ekonomi; sektor ICT, pelancongan kesihatan dan pendidikan serta bioteknologi akan diberi perhatian dan sokongan khusus. ii. Penyediaan infrastruktur dan kemudahan khususnya bekalan tenaga, perumahan, rekreasi, hiburan dan persekitaran berkualiti yang diperlukan untuk menyokong sektor k-ekonomi perlu dipertingkatkan. iii. Dimana perlu dan sesuai kawasan-kawasan khusus perlu dikenal pasti dan dibangunkan di dalam conurbation untuk menempatkan pengusahaan ICT dan bioteknologi. iv. Sistem transit berkapasiti tinggi bersepadu perlu dibangunkan di dalam conurbation utama untuk meningkatkan kecekapan conurbation. v. Aspirasi untuk memaju dan mempromosikan Kuala Lumpur sebagai bandar bertaraf dunia perlu disokong. vi. Pembangunan industri dan perkhidmatan yang tidak dapat ditampung oleh conurbation utama perlu digalakkan dan dibangunkan di conurbation separa wilayah dan conurbation pertumbuhan daerah iaitu: a. Ipoh b. Melaka c. Temerloh-Mentakab d. Lumut-Sitiawan-Manjung e. Muar-Batu Pahat-Kluang 5-44

162 RFN 16 KEUTAMAAN PERLU DIBERI UNTUK MENCAPAI TAHAP BANDAR PADAT YANG CEKAP TENAGA Langkah-langkah: i. Pembangunan berorientasikan transit (TOD), berintensiti tinggi dan pembangunan bercampur akan digalakkan untuk mencapai bandar padat dan cekap tenaga yang sesuai didiami. ii. Pembangunan infill dan penggunaan tapak brownfield di kawasan bandar perlu digalakkan untuk penggunaan optima infrastruktur fizikal dan sosial sedia ada dan komited. iii. Insentif yang bersesuaian perlu disediakan untuk merangsang pembangunan semula bandar dan pembangunan infill. iv. Perancangan tempatan perlu mewujudkan peluang untuk pembangunan semula bandarbandar utama yang bukan hanya bertujuan untuk pertumbuhan ekonomi bahkan juga untuk mempertingkatkan persekitaran kehidupan. v. Hubungan dan identiti antara kawasan pusat bandar dengan kawasan pinggirannya perlu ditetapkan dan dikekalkan. vi. Individualiti dan pemisah fizikal bagi bandaraya, bandar dan luar bandar perlu dikekalkan. vii. Sempadan had pembangunan dan pertumbuhan bandar bagi setiap bandaraya, bandar dan kampung akan ditentukan untuk menghadkan perkembangan mendatar bagi bandaraya, bandar dan kampung berkenaan. viii. Perancangan tempatan perlu sensitif terhadap pemuliharaan kawasan yang berkepentingan sejarah, budaya dan seni bina untuk meningkatkan karektor dan keunikan bandar berkenaan. ix. Rancangan pembangunan perlu mengenal pasti isu-isu relevan yang berkaitan dengan perubahan iklim dan untuk mencapai konsep kawasan kejiranan hijau. 5-45

163 RFN 17 BANDAR BERCIRI KHAS PERLU DIKENALPASTI DAN PROJEK PEMBANGUNAN YANG MEMPERKUKUHKAN CIRI-CIRI ISTIMEWA TERSEBUT PERLU DISOKONG DENGAN INFRASTRUKTUR YANG BERSESUAIAN Langkah-langkah: i. Ciri-ciri khas dan fungsi bandar-bandar terpilih akan dibangunkan dan dipertingkatkan mengikut potensi ekonomi masing-masing dengan menyediakan kemudahan sokongan yang mencukupi. Bandar-bandar yang berciri khas disenaraikan di bawah: Fungsi Khas Bandar Negeri Ciri-ciri Khas Bandar Lain 1. Bandar Resort Persisiran Mersing Desaru Johor Kuah Kedah Port Dickson Negeri Sembilan Kuala Rompin Cherating Pahang Pantai Sepat Dungun Marang Penarik-Merang Terengganu Kuala Besut Pangkor Lumut Perak Batu Feringghi Tanjung Tokong Penang Tumpat Kelantan 2. Bandar Tanah Tinggi dan Stesen Bukit 3. Alam Semula Jadi/ Ekopelancongan Tanah Rata (Cameron Highlands) Genting Highlands Bukit Fraser (Fraser s Hill) Lojing Bukit Bendera (Penang Hill) Bukit Larut (Maxwell Hill) Gunung Jerai Pontian Kecil Segamat Jerantut Bera Jerteh Marang Dabong Gua Musang Alor Gajah Ayer Keroh Jasin Pahang Kelantan Pulau Pinang Perak Kedah Johor Pahang Terengganu Kelantan Melaka 5-46

164 Fungsi Khas Bandar Negeri 4. Bandar Warisan/ George Town Pulau Pinang Bersejarah Teluk Intan Gerik Lenggong Taiping Klang Perak Selangor Bandar Melaka Melaka Kuala Lipis Pahang 5.Bandar DiRaja Pekan Pahang Kota Bharu Kelantan Kuala Terengganu Terengganu Kuala Kangsar Perak Arau Perlis Alor Setar Kedah Sri Menanti Negeri Sembilan Klang Selangor 6. Bandar Berfungsi Khas Wilayah Putrajaya Persekutuan Cyberjaya Selangor 7. Bandar Industri Khas Tanjung Malim Bandar Proton Perak Prai Industri Berat Pulau Pinang Gurun- Industri Berat Kulim Hi-Tech Teknologi Tinggi Kedah Senai Hab penerbangan dan logistik Johor Kerteh Petrokimia, minyak dan gas Terengganu Teluk Kalong Industri Berat Terengganu Gebeng Petrokimia, minyak sawit, biodiesel dan logistik Pahang Peramu - Automobil Pahang Tanjung Agas- Industri berasaskan marin Pahang 8. Pusat Pengangkutan dan Lumut Sitiawan Manjung Komunikasi Gerik Perak Temerloh Mentakab Pahang Gua Musang Kelantan Gemas Negeri Sembilan 9. Bandar Sempadan Padang Besar Perlis Bukit Kayu Hitam Kota Putra Kedah Pengkalan Hulu Perak Bukit Bunga Rantau Panjang Pengkalan Kubor Kelantan ii. Ciri-ciri dan fungsi khas bandar perlu diterjemahkan melalui reka bentuk bandar yang responsif dan efektif. iii. Semua bandar sempadan perlu dirancang dengan mengambilkira keadaan sedia ada dan cadangan pembangunan di kawasan bersempadan. Kerjasama merentas sempadan perlu digalakkan. iv. Rancangan pembangunan komprehensif yang merangkumi kedua-dua belah sempadan perlu disediakan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai Strategi Pembangunan Bersama melalui kerjasama pembangunan sub-wilayah ASEAN di IMT-GT dan IMS-GT. 5-47

165 RFN 18 PUSAT PETEMPATAN UTAMA DAN PUSAT PETEMPATAN KECIL PERLU DIKEKAL DAN DIBANGUNKAN MENGIKUT POTENSI EKONOMI SETEMPAT PI 14 : Pusat Petempatan Utama dan Kecil Langkah-langkah: i. Kemudahan awam di kesemua Pusat Petempatan Utama (PPU) dan Pusat Petempatan Kecil (PPK) perlu diuruskan setaraf dengan keperluan penduduk. ii. Industri-industri berasaskan sumber, industri kraf, aktiviti pertanian nilai ditambah, ekopelancongan serta industri dan perkhidmatan berkaitan di PPU dan PPK yang berpotensi perlu disokong dengan pelaburan infrastruktur awam yang diperlukan untuk pembangunan tersebut. iii. Pembangunan bandar perlu diselaraskan dengan dasar-dasar negara berkaitan dengan guna tanah, seperti Dasar Pertanian Negara bagi melindungi kawasan pengeluaran makanan. Perkembangan bandar berskala besar tidak dibenarkan di bandar-bandar yang terletak di dalam kawasan jelapang padi. Pembangunan sedemikian perlu dialihkan ke kawasan lain yang tidak dirizabkan sebagai kawasan pengeluaran padi. iv. Bandar-bandar sempadan perlu dirancang dan diselaraskan pembangunannya dengan memberi penekanan kepada identiti negeri masing-masing. Contoh bandar-bandar sempadan negeri adalah: Nibong Tebal-Permatang Keling-Parit Buntar Tanjong Malim-Ulu Bernam Tampin-Gemas Endau-Tanjung Gemok Kemaman-Chendur Kuala Besut-Tok Bali Rancangan pembangunan komprehensif bagi bandar-bandar sempadan perlu disediakan berdasarkan kerjasama antara negeri, menangani isu-isu merentas sempadan dan prinsip-prinsip reka bentuk bandar yang seragam. 5-48

166 PI 14 : Pusat Petempatan Utama dan Kecil Sumber : Dasar Perbandaran Negara (DPN),

167 RFN 19 PERUMAHAN MAMPU MILIK YANG MENCUKUPI DAN DILENGKAPI DENGAN KEMUDAHAN KOMUNITI TERMASUK KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN KESELAMATAN PERLU DISEDIAKAN DI PUSAT BANDAR UTAMA UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN PENDUDUK Langkah-langkah: i. Perumahan yang mencukupi serta dilengkapi dengan infrastruktur, kemudahan awam dan kemudahan sosial perlu disediakan berdasarkan tahap kemampuan. ii. Perumahan di pusat bandar utama perlu dirancang untuk mencapai sasaran satu unit kediaman bagi setiap isirumah. iii. Di pusat bandar utama, sasaran Setinggan Sifar perlu dicapai menjelang tahun iv. Keselamatan dan kawalan perlu dilaksanakan di kesemua kawasan kejiranan. Pencegahan Jenayah Melalui Reka Bentuk Persekitaran (CPTED) perlu diguna pakai dalam skim perumahan awam dan swasta. v. RT perlu mengenal pasti kawasan untuk perumahan awam yang berdekatan dengan tempat kerja, aksessibiliti yang baik dan memberi pertimbangan terhadap keperluan pelbagai kumpulan etnik masyarakat termasuk orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas. vi. Strategi-strategi pelaksanaan yang baru seperti Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB) dan land pooling perlu diguna pakai sebagai satu strategi untuk menyatukan pecahanpecahan tanah bagi memenuhi keperluan perumahan. vii. Ruang awam masyarakat perlu disediakan untuk interaksi sosial dan kemampanan masyarakat. 5-50

168 RFN 20 PIAWAIAN PERANCANGAN DAN GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN BANDAR PERLU DIRANGKA BAGI MEMENUHI KEPERLUAN SEBUAH NEGARA MAJU Langkah-langkah: i. Piawaian perancangan sedia ada perlu diukur dengan piawaian antarabangsa dan akan ditingkatkan bagi memastikan kualiti hidup rakyat Malaysia adalah setaraf dengan status negara maju. Peningkatan piawaian perlu praktikal dan sesuai dengan budaya tempatan, iklim dan keadaan lain. ii. Pelaksanaan piawaian akan dijalankan secara berperingkat bagi mengelakkan sebarang impak yang mendadak terhadap harga tanah dan rumah. iii. Pelaksanaan piawaian perancangan akan dipantau dan dikaji semula dari semasa ke semasa. iv. Piawaian perancangan yang dikaji semula perlu merangkumi piawaian ruang bagi kemudahan awam dan pembangunan sektor swasta. v. Kualiti dan jenis perkhidmatan perbandaran yang disediakan akan dikaji semula supaya setaraf dengan aspirasi sebagai negara maju. vi. Keseragaman dalam piawaian perancangan dan garis panduan terperinci mengenai pembangunan bandar perlu dibentuk untuk memenuhi keperluan negara maju, di samping mengemukakan isu-isu relevan berkaitan dengan perubahan iklim dan ke arah mencapai konsep kejiranan hijau. 5-51

169 RFN 21 SATU AGENSI PUSAT PERLU DIPERTANGGUNGJAWABKAN UNTUK MENERBITKAN SECARA BERKALA MAKLUMAT PEMBANGUNAN GUNA TANAH Langkah-langkah: i. Agensi pusat yang dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan maklumat secara berkala mengenai pembangunan guna tanah adalah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. ii. Setiap Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) perlu mengemukakan kepada agensi pusat, secara berkala, maklumat mengenai kelulusan perancangan dan pemberian Certificates of Completion and Compliance (CCC) di kawasan masing-masing. iii. Setiap Pejabat Tanah dan Daerah dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri perlu membekalkan kepada agensi pusat secara berkala, maklumat kelulusan tukar syarat tanah di dalam daerahnya. iv. Agensi pusat perlu menetapkan kekerapan penerbitan melalui rundingan dengan pihakpihak yang berkepentingan dan kekerapan laporan yang perlu dikemukakan oleh PBPT dan Pejabat Tanah dan Daerah. v. Agensi pusat melalui perundingan dengan pihak-pihak yang berkepentingan perlu menentukan format pelaporan dan penerbitan serta jenis maklumat yang dikehendaki. vi. Kesemua rancangan pemajuan perlu mengandungi jadual bagi menentukan masa tanah tersedia untuk pembangunan dan untuk ditukar syarat kepada kegunaan bandar. Kelulusan bagi tukar syarat tanah daripada pertanian kepada kegunaan bandar perlu diselaraskan dengan jadual tersebut. Sekiranya tanah yang ditukar syarat telah melebihi keperluan pembangunan, penangguhan tukar syarat perlu dikenakan. Kadar pertukaran syarat perlulah tidak melebihi 5 tahun daripada unjuran pembangunan. 5-52

170 5.6 Pemuliharaan Sumber Asli, Biodiversiti dan Alam Sekitar Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara mega-diverse di dunia dengan kekayaan biodiversiti yang meliputi pelbagai jenis habitat hutan, habitat air tawar dan marin. Di Semenanjung Malaysia sahaja, terdapat sekitar 8,300 spesies tumbuhan vaskular, 229 spesies mamalia, 742 spesies burung, 1,031 spesies serangga dan 290 spesies ikan air tawar. Perairan tropika di Semenanjung Malaysia juga mempunyai rangkaian terumbu karang, tanah lumpur, paya bakau dan kawasan rumput laut yang luas, yang mengandungi spesies marin yang signifikan di peringkat global. Antara spesies terancam yang didapati adalah penyu hijau dengan populasi terbesar di dunia, penyu hawksbill, dugong dan ikan yu paus. Pemuliharaan spesies, habitat, ekosistem dan proses ekologi yang berkaitan adalah penting untuk kesinambungan kesejahteraan manusia sejagat. Biodiversiti membekalkan sumber-sumber asas, perkhidmatan dan sistem sokongan hidupan yang amat diperlukan untuk kewujudan manusia. (Jadual 5.3) Jadual 5.3 : Biodiversiti dan Perkhidmatan Ekosistem Biodiversiti & Ekosistem Perkhidmatan Pembekalan Perkhidmatan Pengawasan Perkhidmatan Budaya Produk yang diperolehi daripada ekosistem Makanan Air Bersih Kayu Balak Kayu Api Serat Biokimia Sumber Genetik Manfaat yang diperolehi daripada pengawasan proses ekosistem Peraturan Mengenai Iklim Peraturan Mengenai Makhluk Perosak Peraturan Mengenai Air Larian Permukaan/ Banjir Penulenan Air Pendebungaan Peraturan Mengenai Hakisan Perkhidmatan Sokongan Manfaat bukan material yang diperolehi daripada ekosistem Keagamaan & Kerohanian Rekreasi & Ekopelancongan Nilai Estetika & Inspirasi Pendidikan Warisan Budaya Perkhidmatan yang Diperlukan untuk Pengeluaran Khidmat Ekosistem Lain Pembentukan Tanah Kitaran Nutrien Pengeluaran Utama Penyediaan Habitat Penghasilan Oksigen Sumber: A Common Vision on Biodiversity (NRE, 2008) Malaysia telah mempraktikkan pemuliharaan habitat sejak akhir 1900-an. Pada tahun 1994, Malaysia telah memeteraikan Konvensyen PBB Mengenai Biodiversiti dan pada tahun 1998 juga telah menggubal Dasar Kepelbagaian Biodiversiti Kebangsaan yang memberi arah tuju dan strategi dalam pemuliharaan dan pengurusan biodiversiti negara. Pada masa kini, kawasan hutan masih lagi merangkumi sekitar 44.8% daripada kawasan daratan Semenanjung Malaysia, manakala kawasan perlindungan (termasuk rizab hutan simpan kekal yang mempunyai status perlindungan) meliputi 13%. Sistem taman laut pula merangkumi kawasan perairan seluas 2,199 km 2 mengelilingi 71 buah pulau. 5-53

171 Walau pun terdapat banyak usaha pemuliharaan dijalankan, kehilangan habitat serta pemecahan spesies dan perkhidmatan ekosistem masih berterusan di Semenanjung Malaysia. Secara umumnya, kawasan perlindungan merupakan kawasan yang diwartakan, namun kawasan rizab hutan ini dengan mudahnya dinyah wartakan dan ditukar syarat kepada tanah pertanian atau kegunaan lain. Antara tahun 2001 dan 2005, lebih 40,000 hektar kawasan hutan simpan telah ditebang di Semenanjung Malaysia. Selain itu, kawasan dalam rizab hutan yang ditanami dengan pokok getah, kelapa sawit dan tanaman lain meningkat daripada 4,686 hektar pada tahun 2005 kepada 38,387 hektar tahun Kehilangan dan pemecahan hutan telah menyebabkan kemerosotan perkhidmatan ekosistem, penurunan populasi hidupan liar serta peningkatan kejadian konflik manusiahidupan liar. Oleh yang demikian, usaha untuk menangani kehilangan litupan hutan dan masalah pemecahan hutan merupakan langkah penting dalam pemuliharaan warisan biologi negara. Nilai pemuliharaan ekosistem yang berada di luar kawasan perlindungan sering diketepikan demi untuk mengeksploitasi sumber. Sebagai contoh, bukit batu kapur yang menempatkan bilangan spesies endemik yang tinggi, sering kali dianggap hanya sebagai sumber asli yang dieksploitasi untuk agregat atau batu marmar. Oleh itu, kajian di peringkat negara yang mengutamakan kawasan-kawasan tersebut bagi tujuan pemuliharaan atau penggunaan sumber asli amat diperlukan. Zon persisiran pantai Semenanjung Malaysia sedang mengalami proses perbandaran yang pesat, termasuk penambakan laut pada skala besar untuk pembangunan pelabuhan, zon industri dan akuakultur, yang kesemuanya mengakibatkan kehilangan habitat dan pencemaran. Kawasan perairan dan terumbu karang di taman laut juga mengalami kemerosotan secara berterusan akibat pembangunan dan pencemaran dari pulau-pulau taman laut. Kesemua faktor tersebut menjejaskan nilai perkhidmatan ekosistem yang dihasilkan oleh zon persisiran pantai seperti perikanan dan pelancongan. Banyak ekosistem persisiran pantai dan marin yang penting seperti kawasan rumput laut, tapak pendaratan penyu dan kawasan habitat burung perlu dilindungi untuk mengurangkan kejadian kehilangan habitat yang lebih tinggi. Kawasan tanah tinggi pula mempunyai ciri-ciri yang unik yang menjadi tarikan untuk pelancongan dan pertanian. Namun, pembangunan tidak terkawal, terutama di kawasan tanah tinggi seperti Lojing dan Cameron Highlands, menyebabkan masalah seperti banjir kilat, tanah runtuh dan pemendapan sungai. Ini seterusnya menjejaskan biodiversiti akuatik dan fungsi sungai untuk membekalkan air bersih, rekreasi dan pelancongan. Pengawalan tegas perlu dijalankan ke atas perkembangan kawasan bandar dan pertanian di kawasan tanah tinggi, di samping melaksanakan amalan pengurusan yang lebih baik dan merangka rancangan-rancangan pemajuan berstatus untuk kawasan stesen bukit yang utama. 5-54

172 Perlindungan kawasan tadahan air, sungai dan zon recharge air bawah tanah amat penting untuk memastikan penawaran yang mencukupi untuk bekalan air berkualiti tinggi dan perancangan guna tanah secara mampan. Di samping itu, nilai ekonomi sebenar bagi kawasan hutan tadahan dan sungai-sungai yang bersih perlu dikenal pasti dan diiktiraf. Pembangunan empangan, yang menimbulkan impak alam sekitar dan sosial yang amat tinggi, tidak harus dianggap sebagai satu-satunya pilihan untuk pembangunan sumber air. Sebaliknya, langkah-langkah pengurusan permintaan air dan mempertingkatkan rangkaian pengagihan perlu diberi keutamaan yang sama penting. Malaysia perlu pro-aktif dalam menangani impak-impak yang diramalkan akibat perubahan iklim global. Walaupun negara ini bukan penyumbang utama kepada perubahan iklim, Malaysia tetap terdedah kepada kesannya. Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) meramalkan bahawa tanpa tindakan lebih lanjut untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau, suhu global akan naik secara purata 1.8 C sehingga 4.0 C dalam abad ini. Pemanasan global ini diramalkan akan mempunyai kesan serius, termasuk kenaikan paras air laut antara 18 dan 59 cm, yang akan membahayakan kawasan persisiran pantai dan pulau-pulau kecil. Perubahan iklim juga dijangka akan meningkatkan lagi frekuensi dan kemusnahan cuaca melampau, mengakibatkan kehilangan biodiversiti, serta memberi kesan kepada sumber air dan pertanian. Kewajipan utama Malaysia sebagai anggota Non-Annex 1 - Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC), termasuklah merumuskan program untuk mengatasi kesan perubahan iklim dan menggalakkan pengurusan yang mampan, pemuliharaan dan peningkatan penyerap karbon. Pemahaman yang lebih baik mengenai pelbagai keadaan iklim dan impak yang berkaitan dengannya (Jadual 3.1) adalah penting bagi membentuk langkah-langkah yang lebih spesifik. Bagaimanapun langkah-langkah awal adaptasi juga adalah kritikal untuk mengekang kerosakan dan kos ekonomi akibat impak-impak perubahan iklim. Secara keseluruhannya, perancangan guna tanah yang lebih berkesan, pengurusan dan perlindungan yang lebih ketat bagi kawasan sensitif alam sekitar di setiap peringkat amat penting untuk menjamin penggunaan secara bijak ke atas sumber asli, biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem di Semenanjung Malaysia. Selain itu, kerajaan negeri juga perlu diberikan peluang untuk mengubah kebergantungan mereka kepada sumber pendapatan yang amat terhad, iaitu eksploitasi sumber asli dan cukai tanah, kepada sumber baru. Oleh itu, adalah amat penting untuk mewujudkan dasar dan insentif-insentif ekonomi yang mencukupi untuk memastikan program perlindungan persekitaran dan pemuliharaan biodiversiti dilaksanakan di peringkat negeri. 5-55

173 RFN 22 KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR PERLU DIINTEGRASI KE DALAM PERANCANGAN DAN PENGURUSAN GUNA TANAH DAN SUMBER ALAM SEMULA JADI PI 15 : Kawasan Sensitif Alam Sekitar Langkah-langkah: i. Penggunaan dan pemuliharaan KSAS di Semenanjung Malaysia akan dilaksanakan berdasarkan kriteria pengurusan yang dinyatakan dalam jadual di bawah. Selain itu, Garis Panduan Pengurusan Biodiversiti Dalam Persekitaran Landskap 1 akan dirujuk bersama dalam semua peringkat perancangan guna tanah. Kategori KSAS dan Kriteria:- Tahap Kawasan Sensitif Alam Sekitar Kriteria Pengurusan KSAS Tahap 1 KSAS Tahap 2 KSAS Tahap 3 Kawasan Perlindungan sedia ada dan cadangan baru. Habitat kecil yang penting di luar sistem Kawasan Perlindungan: kawasan pendaratan penyu, jenut, kawasan penting tumbuhan, bukit batu kapur dan tanah bencah semula jadi yang mempunyai nilai pemuliharaan tinggi. Kawasan tadahan empangan sedia ada dan cadangan baru. Kawasan melebihi kontur 1,000m Semua hutan dan tanah bencah di luar kawasan perlindungan. Zon penampan 500m di sekeliling KSAS Tahap 1 3. Kawasan antara kontur 300m - 1,000m Pulau-pulau Taman Laut Zon penampan 500m di sekeliling KSAS Tahap 2 3 Kawasan tadahan takat pengambilan air dan zon groundwater recharge. Kawasan antara kontur 150m - 300m, semua kawasan yang mempunyai risiko hakisan melebihi 150tan/ha/tahun, semua kawasan yang mengalami hakisan pantai kritikal. Pembangunan, pertanian atau pembalakan tidak dibenarkan kecuali ekopelancongan 2, penyelidikan dan pendidikan. Pembangunan atau pertanian tidak dibenarkan. Pembalakan mampan dan ekopelancongan berimpak rendah dibenarkan tetapi tertakluk kepada halangan setempat. Pembangunan terkawal di mana jenis dan intensiti pembangunan perlu tertakluk kepada ciri-ciri halangan. 1 NRE Pengurusan Biodiversity dalam Persekitaran Landskap Garis Panduan untuk Perancang, Pembuat dan Pengamal Dasar. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Putrajaya. 2 Pelan Ekopelancongan Kebangsaan (Kementrian Kebudayaan, Seni dan Pelancongan 1997) menggunakan definasi Kesatuan Antarabangsa untuk Pemulihan Alam Sekitar (IUCN) untuk ekopelancongan, iaitu Environmentally responsible travel to relatively undisturbed natural areas in order to enjoy and appreciate nature (and any other accompanying cultural features). One that promotes conservation, one that has low visitor impact and one that provides for beneficially active socioeconomic involvement of local populations. 3 Keluasan zon penampan akan disemak di peringkat tempatan dengan mengambilkira halangan spesifikasi tapak. 5-56

174 ii. RS dan RT perlu meneliti KSAS yang dikenal pasti di dalam RFN Ke-2 untuk merangkumi KSAS lain yang mungkin penting di peringkat negeri atau tempatan. Kategori KSAS dan kriteria pengurusan berkaitan dalam RFN Ke-2 perlu dikekalkan dalam RS dan RT. Kriteria pengurusan tambahan perlu dihuraikan di dalam RS dan RT untuk semua jenis KSAS di bawah KSAS Tahap 3. iii. Semua sempadan KSAS perlu dipetakan dalam RS dan RT. Seterusnya, sempadan tersebut perlu ditandakan dengan jelas di atas tapak. iv. Zon penampan yang mencukupi perlu disediakan di antara KSAS (Tahap 1 dan Tahap 2) dan kawasan perbandaran atau pertanian. Garis panduan untuk guna tanah di zon penampan perlu ditetapkan. Bangunan kekal tidak dibenarkan di dalam zon penampan. Zon penampan boleh digunakan untuk agroperhutanan, mengikut kesesuaian garis panduan di atas. Dalam kawasan conurbation yang dikenal pasti, zon penampan KSAS boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada kawasan lingkaran hijau. v. Hutan simpan kekal tidak dibenarkan dinyahwarta untuk mengekalkan jumlah litupan hutan semula jadi sedia ada. Selain itu, perladangan hutan hanya dibenarkan di luar kawasan hutan simpan kekal. vi. Tindakan fiskal perlu diperkenalkan untuk membolehkan kerajaan negeri mengimbangi potensi kerugian hasil pendapatan akibat inisiatif pemuliharaan biodiversiti. Kajian perlu dilakukan untuk merumuskan mekanisme yang paling sesuai, yang merangkumi contohnya skim Payment for Ecosystem Services (PES) seperti instrumen pembayaran awam, perdagangan karbon dan offsets biodiversiti. vii. Majlis Biodiversiti-Bioteknologi Negara perlu diwujudkan di setiap negeri. Majlis ini akan menasihati kerajaan negeri dalam segala hal berkaitan dengan pemuliharaan biodiversiti, pengurusan kawasan perlindungan, akses kepada sumber-sumber biodiversiti dan perkongsian faedah, keselamatan biologi dan bioprospecting. viii. Sistem Kawasan Perlindungan (PA) harus diperluas untuk merangkumi semua jenis habitat semula jadi di Semenanjung Malaysia. Untuk mencapai matlamat ini, Pelan Sistem Kawasan Perlindungan Semenanjung Malaysia perlu diwujudkan, dengan mengambil kira semua cadangan terdahulu untuk PA. Beberapa kawasan paling penting yang telah dicadangkan adalah: Ulu Muda (Kedah) Gunung Jerai (Kedah) Hutan Paya Bakau Sungai Merbok (Kedah) Banjaran Bintang (Kedah dan Perak) Temenggor (Perak) Hutan Paya Air Tawar Pondok Tanjung (Perak) Taman Negara Bukit Fraser ( Pahang) Hutan Paya Gambut Tenggara Pahang (Pahang) Gunung Panti (Johor) 5-57

175 Tanah Lembap Sungai Sedili Kecil dan Sungai Sedili Besar (Johor) Tanah Lembap Setiu (Terengganu) Kenyir dan Tembat (Terengganu) Terengganu Hills (Terengganu) Hulu Lembangan Sungai Nenggiri / Perias (Kelantan) Pergau dan Gunung Basor (Kelantan) Gunung Chamah (Kelantan) Bukit batu kapur yang mempunyai nilai pemuliharaan tinggi seperti Gunung Jaya dan Gua Panjang di Kelantan; Serdam, Gelanggi dan Jebak Puyoh di Pahang, Gunung Datuk, Rapat, Lanno dan Kantan di Perak dan Batu Caves di Selangor. Hutan dipterokarp bukit pesisiran pantai seperti Segari Melintang dan Teluk Muroh di Perak dan Bukit Labohan di Terengganu. Pendekatan berperingkat adalah digalakkan bagi merumuskan pelan tersebut, berdasarkan dokumen Senarai Kawasan Perlindungan di Semenanjung Malaysia 4. Pelan tersebut perlu mengandungi strategi dan tindakan untuk mengukuhkan keberkesanan pengurusan dan sistem pembiayaan mampan untuk kawasan perlindungan. ix. Pelan Tindakan Kebangsaan perlu dirumuskan sebagai panduan untuk penggunaan bijaksana, pemuliharaan dan perlindungan kawasan yang mempunyai nilai pemuliharaan tinggi yang pada masa kini berada luar kawasan perlindungan, khususnya bukit-bukit batu kapur, tanah lembap semula jadi, kawasan penting tumbuhan (IPA) 5, dan kawasan penting beburung (IBA) 6. 4 KSAAS. Dalam Penyediaan Senarai Induk Kawasan Perlindungan. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Putrajaya. 5 Sebuah kajian berkenaan kawasan Kawasan Tanaman Utama sedang dijalankan. Hubungi FRIM untuk maklumat lanjut. 6 Yeap, C.A., Sebastian, A.C. and Davison, G.W.H. (compilers) Directory of Important Birds Areas in Malaysia: key sites for conservation. Kuala Lumpur. Malaysian Nature Society (MNS Conservation Publication No. 8) 5-58

176 PI 15 : Kawasan Sensitif Alam Sekitar Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke 2,

177 RFN 23 CENTRAL FOREST SPINE AKAN DIWUJUDKAN BAGI MEMBENTUK TULANG BELAKANG RANGKAIAN KAWASAN SENSITIF ALAM SEKITAR PI 16 : Koridor Ekologi dan Central Forest Spine Langkah-langkah: i. Central Forest Spine (CFS) perlu dirancang dan diuruskan sebagai satu unit bersepadu yang membentuk tulang belakang rangkaian KSAS. Kawasan bukan hutan di dalam sempadan indikatif CFS juga perlu diambil kira sebagai KSAS dan langkah-langkah pengurusan yang bersesuaian perlu dibentuk. Kajian lanjutan perlu dijalankan untuk menerima pakai konsep ini secara formal. ii. Pelan Induk CFS 7 perlu dilaksanakan untuk mewujudkan rangkaian ekologi bagi menghubungkan semula kompleks-kompleks hutan yang penting di Semenanjung Malaysia. Rangkaian ekologi tambahan juga perlu dikenal pasti di peringkat RS dan RT. Rancangan Kawasan Khas (RKK) perlu disediakan untuk mengurus dan memulihara rangkaian ekologi yang telah dikenal pasti. iii. Perancangan guna tanah di semua peringkat perlu mengelak atau mengurangkan pemecahan habitat. Dalam hal ini, Pelan Induk CFS, Pelan Tindakan Harimau Kebangsaan 8 serta Garis Panduan Pengurusan Biodiversiti Dalam Persekitaran Landskap 9 perlu dirujuk terutamanya bagi pembinaan jalan raya, landasan kereta api, rangkaian paip dan perladangan, yang merupakan ancaman terbesar kepada pemecahan habitat. iv. Langkah yang lebih terperinci perlu diambil untuk meminimakan pemecahan habitat, terutamanya bagi kawasan pembangunan di sekitar Raub-Kuala Lipis-Gua Musang, yang terletak di tengah-tengah CFS di antara Banjaran Titiwangsa dan Taman Negara. Kawasan ini amat penting untuk integriti CFS dan perlu dirancang dan diuruskan sebagai KSAS. v. Sebuah projek perintis perlu dijalankan untuk membangunkan konsep "Daerah Pemuliharaan di daerah yang mempunyai peratusan KSAS yang tinggi, terutamanya dalam kawasan CFS. Projek tersebut perlu meliputi pembentukan organisasi, pembiayaan, strategi, program dan latihan. Program dan langkah-langkah tersebut akan bertindak sebagai satu instrumen bagi kerajaan tempatan untuk menerapkan pemuliharaan biodiversiti dan perlindungan alam sekitar secara efektif, terutamanya tindakan-tindakan relevan seperti terkandung dalam RFN Ke-2, ke dalam perancangan, pengurusan dan protokol pentadbiran guna tanah. 7 TCPD Central Forest Spine 1 Pelan Induk Koridor Ekologi. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Kuala Lumpur. 8 Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia. 2008, Pelan Tindakan Kebangsaan untuk Harimau di Malaysia. Kuala Lumpur. 9 KAAS.2009.Pengurusan Biodiversiti dalam Persekitaran Landskap Garis Panduan untuk Perancang, Pembuat dan Pengamal Dasar. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Putrajaya. 5-60

178 PI 16 : Koridor Ekologi dan Central Forest Spine Sumber : Central Forest Spine: Pelan Induk Koridor Ekologi (JPBD SM),

179 RFN 24 EKOSISTEM PERSISIRAN PANTAI DAN MARIN YANG SENSITIF PERLU DILINDUNGI DAN DIGUNAKAN SECARA MAMPAN PI 17 : Ekosistem Persisiran Pantai Sensitif Langkah-langkah: i. Penambakan persisiran pantai tidak digalakkan kecuali untuk pembangunan pelabuhan strategik berkepentingan negara. Penambakan persisiran pantai tidak dibenarkan di dalam atau bersempadan dengan ekosistem yang sensitif seperti taman laut, hutan paya bakau, tanah lumpur, terumbu karang, padang rumput laut, kawasan pendaratan penyu, dan pantai pelancongan utama. Semua cadangan yang melibatkan penambakan persisiran pantai perlu dirujuk kepada Majlis Perancang Fizikal Negara. ii. Pelan Tindakan Kebangsaan untuk tanah bencah perlu dirumuskan untuk memastikan penggunaan bijak dan pengurusan tanah bencah semula jadi secara mampan. Tukar syarat tanah bencah semula jadi untuk kegunaan lain hanya dibenarkan untuk pembangunan infrastruktur yang kritikal di kawasan tanah bencah yang dikenal pasti memiliki nilai rendah dalam menampung biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem. iii. Kawasan rumput laut, yang merupakan habitat tanah bencah kritikal untuk perikanan marin dan pemuliharaan dugong, perlu diwartakan sebagai kawasan perlindungan. Pelan Tindakan Rumput Laut Kebangsaan perlu dirumuskan bagi menjamin perlindungan kawasan rumput laut yang penting. iv. Pelan Tindakan Kebangsaan Untuk Penyu Laut perlu dirujuk dan diterima pakai. Tapak penetasan utama bagi penyu dan tuntung perlu dilindungi. Ini termasuklah pantai Pasir Panjang (Perak), Pantai Cherating (Pahang), Chakar Hutang, Penarik, Telaga Papan, Geliga dan Pantai Kijal (Terengganu), Pulau Upeh, Padang Kemunting, Pasir Gembur, Pantai Kem Terendak (Melaka) dan kesemua Pusat Pemuliharaan dan Pengurusan Penyu Marin. Selain itu, tapak penetasan yang lain perlu dikenal pasti dan dikategorikan sebagai KSAS Tahap 1. Kesemua tapak yang mengalami kemerosotan perlu dibaik pulih. v. Tapak persinggahan beburung air yang berkepentingan antarabangsa perlu dipulihara dan diurus secara mampan 10. Tapak-tapak ini terletak di pantai barat, khususnya Teluk Air Tawar-Kuala Muda di Kedah dan Seberang Perai, Hutan Paya Bakau Larut-Matang di Perak dan persisiran pantai utara-tengah di Selangor. vi. Pulau-pulau dalam taman laut perlu diuruskan dengan kaedah yang akan melindungi kekayaan biodiversiti marin di perairan persekitarannya. Pembangunan dan pengurusan pelancongan di pulau-pulau ini perlu selaras dengan Pelan Pengurusan Taman Marin 10 Li, Z.W.D. and Ounsted, R. (eds.) The Status of Coastal Waterbirds and Wetlands in Southeast Asia: Results of Waterbird Surveys in Malaysia ( ) and Thailand and Myanmar (2006). Wetlands International, Kuala Lumpur, Malaysia. 5-62

180 berkenaan. Sistem pengurusan sisa pepejal dan air kumbahan yang bersesuaian perlu dibangunkan. vii. Perancangan dan pembangunan kawasan persisiran pantai harus mengambil kira strategi dan cadangan yang terkandung dalam Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara 11, Pelan Pengurusan Persisiran Pantai Bersepadu (ISMP) dan lain-lain pelan pengurusan pantai yang berkaitan. viii. Pengurusan Perikanan Berasaskan Ekosistem (EBFM) digunakan sebagai satu instrumen pengurusan untuk memastikan pengurusan perikanan marin secara mampan. Tindakan pemuliharaan spesifik berdasarkan EBFM perlu merangkumi rancangan pemulihan dan pengurusan perikanan untuk semua ikan-ikan utama serta mewartakan kawasan tambahan bagi Kawasan Larangan Tangkapan Ikan dan habitat perikanan yang penting. 11 JPBD Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Kuala Lumpur 5-63

181 PI 17 : Ekosistem Persisiran Pantai Sensitif Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke 2,

182 RFN 25 PEMBANGUNAN DI TANAH TINGGI PERLU DIKAWAL DENGAN TEGAS BAGI MELINDUNGI KESELAMATAN MANUSIA DAN MENGEKALKAN KUALITI PERSEKITARAN DAN BIODIVERSITI PI 18 : Kawasan Tanah Tinggi dan Pengurusan Khas Langkah-langkah: i. Semua pembangunan perlu mematuhi Garis Panduan Perancangan Pembangunan di kawasan Bukit dan Tanah Tinggi 12. ii. Strategi pembangunan pertanian dan pelancongan di kawasan bukit dan tanah tinggi perlu dirancang dengan teliti dan bersepadu untuk mengoptimumkan penggunaan sumber tersebut. iii. Padang golf dan industri sederhana dan berat yang baru tidak akan dibenarkan di kawasan tanah tinggi. iv. Dasar Kawasan Tanah Tinggi Kebangsaan perlu dirumuskan untuk memandu pembangunan di kawasan tanah tinggi. Pembangunan di Kawasan Pengurusan Khas (KPK) v. Berdasarkan kajian untuk Pembangunan Mampan Kawasan Tanah Tinggi Semenanjung Malaysia 13, pembangunan bandar dan pertanian yang baru di kawasan tanah tinggi hanya akan dibenarkan di dalam dua Kawasan Pengurusan Khas (KPK) iaitu : a. Cameron Highlands-Kinta-Lojing; dan b. Genting Highlands-Bukit Tinggi-Janda Baik. Dalam KPK tersebut, pembangunan pertanian baru hanya dibenarkan di luar kawasan hutan simpan dan kawasan tadahan air. Semua pembangunan harus mematuhi Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi 14. vi. Pembangunan baru tidak dibenarkan dalam KPK Bukit Fraser. Pembangunan sedia ada perlu mematuhi strategi dan garis panduan yang terkandung dalam Kajian Penyelarasan Pembangunan Bukit Fraser 15. vii. Rancangan Kawasan Khas (RKK) perlu disediakan untuk KPK Cameron Highlands-Kinta- Lojing, KPK Genting Highlands-Bukit Tinggi-Janda Baik dan KPK Bukit Fraser serta Bukit Larut (Maxwell Hill), Bukit Bendera dan Gunung Jerai. Pembangunan hanya dihadkan kepada ekopelancongan yang menumpu kepada usaha membaik pulih dan meningkatkan kemudahan sedia ada. Pembangunan stesen bukit baru tidak dibenarkan. 12 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi. Kementrian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 13 UPE Kajian Pembangunan Mampan Kawasan Tanah Tinggi Semenanjung Malaysia. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdanan Menteri, Putrajaya. 14 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 15 JAS Kajian Penyelarasan Pembangunan di Bukit Fraser, Pahang. Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya. 5-65

183 PI 18 : Kawasan Tanah Tinggi dan Pengurusan Khas Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke 2,

184 RFN 26 SEMUA SUMBER AIR PERMUKAAN DAN AIR BAWAH TANAH ADALAH ASET STRATEGIK YANG PERLU DILINDUNGI DAN DIURUSKAN SECARA MAMPAN PI 19 : Kawasan Tadahan Air PI 20 : Sumber Air Bawah Tanah Langkah-langkah: i. Kawasan tadahan bagi empangan sedia ada dan yang dicadangkan akan diwartakan sebagai kawasan tadahan air untuk mengelakkan pencerobohan guna tanah yang tidak bersesuaian di kawasan tersebut. ii. RS dan RT perlu mengenal pasti dan menandakan kawasan tadahan takat pengambilan air dan zon recharge air bawah tanah sebagai KSAS Tahap 3, yang memerlukan pengurusan guna tanah khusus. Jenis dan tahap pembangunan perlu dikawal secara ketat bergantung kepada jenis-jenis halangan pembangunan. iii. Semua kegiatan guna tanah sedia ada dan akan datang dalam kawasan tadahan air takat pengambilan air dan zon recharge perlulah tidak mengancam atau meningkatkan kos untuk rawatan air bagi kegunaan manusia. Pembangunan industri baru dan aktiviti lain yang menjadi punca pencemaran air tidak akan dibenarkan, manakala industri sedia ada perlu menerima pakai langkah-langkah pengurusan alam sekitar yang bersesuaian untuk melindungi kesihatan awam dan kualiti air. iv. Penggunaan telaga air awam dan sumber air bawah tanah yang penting untuk aktiviti komersial, industri dan pertanian perlu dipantau untuk mengelakkan pengambilan berlebihan. Kawalan perparitan mesti diperkenalkan di sekitar kawasan sumber air bawah tanah yang penting seperti paya gambut dan paya air tawar untuk mengekalkan aras air yang diperlukan untuk kemampanan ekosistem tersebut. v. Badan-badan air perlu diurus untuk melindungi biodiversiti akuatik, dengan objektif untuk melindungi kemampanan sungai. Kawasan rizab sungai dan tasik perlu diwujudkan untuk melindungi kualiti air sungai, menjaga integriti habitat akuatik, mengatasi kejadian banjir dan di mana perlu, untuk berfungsi sebagai koridor ekologi. vi. Langkah-langkah pengurusan permintaan air perlu dilaksanakan. Pendekatan Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM) dan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) harus diterima pakai untuk menerapkan penggunaan sumber air secara mampan ke dalam perancangan guna tanah. vii. Penilaian Alam Sekitar Strategik (SEA) perlu digunakan untuk merasionalisasikan keperluan pembangunan empangan yang baru. 5-67

185 PI 19 : Kawasan Tadahan Air Sumber : Kajian Sumber Air Kebangsaan,

186 PI 20 : Sumber Air Bawah Tanah Sumber : Peta Hidro Geologi Semenanjung Malaysia Edisi 1, 2008 (Jabatan Mineral dan Geosains) 5-69

187 RFN 27 RANGKA KERJA PERANCANGAN SPATIAL PERLU MENGAMBIL KIRA LANGKAH- LANGKAH MITIGASI DAN ADAPTASI TERHADAP KESAN-KESAN PERUBAHAN IKLIM PI 21 : Kawasan Persisiran Pantai yang Berpotensi Terjejas Akibat Perubahan Iklim Langkah-langkah: i. Perancangan petempatan dan infrastruktur masa depan di zon persisiran pantai perlu dialihkan jauh daripada kawasan yang berkemungkinan menerima kesan kenaikan paras air laut/ribut taufan, dengan pelebaran anjakan bangunan mengikut kesesuaian. Penilaian risiko dan vulnerability mapping perlu dilakukan sebagai sistem amaran awal dan sistem tindakan kecemasan terhadap mana-mana bencana alam sekitar. ii. Struktur penstabilan persisiran pantai (perintang dan tembok laut) perlu diperkukuhkan di kawasan-kawasan kritikal yang mempunyai nilai ekonomi tinggi atau berkepentingan strategik. iii. Halangan semula jadi, khususnya hutan paya bakau perlu dilindungi dan diperluaskan. Tukar guna tanah hutan paya bakau tidak dibenarkan. iv. Kecekapan sistem pengairan untuk pertanian perlu dipertingkatkan untuk mengoptimumkan penggunaan air dalam aktiviti pertanian. Kepelbagaian dalam perladangan, tanaman bercampur dan tanaman bergilir, pengurusan haiwan perosak secara bersepadu serta lain-lain teknik pengurusan tanah dan perladangan perlu diguna pakai dengan lebih meluas. Kesesuaian tanaman harus dikaji secara berkala untuk menyesuaikan produktiviti tanaman dengan kesan perubahan iklim. v. Proses-proses ekosistem utama seperti penghijrahan, pembiakan, pendebungaan dan penyebaran benih, perlu dilindungi untuk mengekalkan daya ketahanan biodiversiti terhadap perubahan iklim. Tindakan utama adalah untuk melindungi kesemua jenis ekosistem di Semenanjung Malaysia dan juga mengekalkan hubungan di antara habitat melalui pembentukan koridor hidupan liar. vi. Teknologi hijau perlu digalakkan secara aktif sebagai satu kaedah untuk menangani perubahan iklim. Pembangunan baru perlu mengamalkan kecekapan tenaga dan menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui. vii. Penggunaan tenaga dalam sektor pengangkutan perlu dikurangkan dengan mempertingkatkan sistem pengangkutan awam, menyediakan kemudahan pejalan kaki dan berbasikal serta menyediakan insentif untuk penggunaan bahan bakar dan kenderaan yang kurang menghasilkan pencemaran. viii. Pengurusan permintaan bekalan air perlu diberi keutamaan berbanding pengurusan penawaran air. Program penuaian air hujan, simpanan air dan pemuliharaan air harus 5-70

188 diperkembangkan. Kawasan tadahan air perlu dilindungi untuk memastikan bekalan air yang mencukupi. Buffer riparian zone yang mencukupi perlu disediakan dalam kawasan pertanian dan perladangan bagi mengelakkan hakisan dan pemendapan di sungai-sungai. ix. Hutan dan tanah gambut adalah penyerap karbon yang penting. Rizab hutan simpan sedia ada perlu dikekalkan untuk menghadkan jumlah karbon yang dilepaskan ke atmosfera. 5-71

189 PI 21 : Kawasan Persisiran Pantai yang Berpotensi Terjejas Akibat Perubahan Iklim Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke 2,

190 5.7 Penyepaduan Rangkaian Pengangkutan Negara dan Bandar Rangkaian jalan dan lebuh raya ekspres di Semenanjung Malaysia telah dibangunkan dengan sempurna terutamanya di Pantai Barat, walaupun sistem lebuh raya ekspres ini belum lagi dibina di Pantai Timur. Perjalanan darat bagi penduduk secara amnya adalah perlahan dan sukar manakala, perjalanan udara adalah lebih cepat, tetapi ia melibatkan masa perjalanan yang panjang kerana memerlukan pergerakan dari bandar ke lapangan terbang, pengurusan tiket, dan tempoh menunggu. Pengangkutan udara adalah lebih berfaedah kepada penumpang apabila masa penerbangan adalah lebih panjang berbanding masa perjalanan biasa. Ini hanya dapat dicapai apabila jarak di antara tempat pelepasan dan destinasi adalah sangat jauh. Purata jarak di antara bandarbandar utama di Semenanjung, khususnya conurbation adalah lebih kurang 300km. Ini menjadikan perjalanan udara lebih cepat jika dibandingkan dengan perjalanan darat atau perkhidmatan rel sedia ada, seandainya tiada alternatif mod yang lain. Penggunaan rel berkelajuan tinggi akan mengubah sepenuhnya perspektif ini dan menyediakan satu paradigma yang berbeza bagi pembangunan bandar-bandar di Semenanjung Malaysia. RFN Ke-2 mencadangkan pembangunan sistem pengangkutan negara bersepadu, di mana pengangkutan rel menjadi sistem utama bagi pengangkutan manusia dan barangan, manakala sistem jalan menyediakan mod alternatif dan penyambung kepada sistem tersebut. Kedua-dua rangkaian sistem jalan dan rel ini perlu disepadukan dengan baik agar dapat beroperasi secara efisien dan efektif. Kedua-dua rangkaian pengangkutan jalan dan rel perlu berinteraksi dan bersambungan bagi memudahkan pergerakan multimodal barangan dan manusia. Sistem lebuh raya ekspres negara masih belum lengkap sepenuhnya. Sambungan ke Pantai Timur, khususnya menghubungkan bandar-bandar di Pantai Timur iaitu Kota Bharu dan Kuala Terengganu ke conurbation Pantai Barat, perlu diberi pertimbangan utama. Sokongan dan pelengkap bagi sistem lebuh raya ekspres negara ini perlu merangkumi satu rangkaian hierarki jalan peringkat bawah yang menyeluruh seperti jalan persekutuan dan jalan negeri. Ini adalah penting bagi pengagihan trafik daripada sistem lebuh raya ekspres ke akses tempatan khususnya akses ke kawasan luar bandar. Walau pun hubungan di antara kawasan bandar dan luar bandar boleh menggunakan pelbagai peringkat lebuh raya dan jalan serta laluan rel atau perkhidmatan udara, namun faktor yang paling kritikal dalam sistem ini adalah jalan-jalan negeri terutamanya jalan-jalan kampung. Sistem rel yang menggunakan kriteria reka bentuk berkelajuan tinggi masih belum dilaksanakan sepenuhnya, untuk berfungsi sebagai satu cara yang bukan hanya dapat menghubungkan kawasan di Semenanjung Malaysia secara berkesan tetapi juga untuk menyatukan pelbagai elemen sistem pengangkutan negara. Berdasarkan kepada bentuk taburan pusat bandar utama, sistem pengangkutan rel berkelajuan tinggi negara akan berfungsi sebagai satu sistem penyatuan komprehensif menghubungkan kesemua ibu negeri dan conurbation yang dikenal pasti. Dengan kelajuan 300km sejam atau lebih, rel berkelajuan tinggi akan menjadi pilihan paling optima dan sesuai dari segi masa perjalanan, kapasiti tampungan dan keselamatan. Selain daripada pertimbangan 5-73

191 terhadap teknologi terkini dalam pengangkutan rel, pelaksanaan rangkaian rel berkelajuan tinggi juga perlu mengambil kira penilaian untuk menaik taraf kelebaran jajaran rel sedia ada (1.0m) kepada piawaian antarabanga iaitu 1.435m. Memandangkan panjang Semenanjung Malaysia adalah hampir 900km dengan kelebaran kira-kira 300km, serta lokasi Kuala Lumpur yang terletak di pertengahannya, sistem rel berkelajuan tinggi adalah mod pengangkutan awam antara negeri yang paling optima di negara ini. Oleh itu dalam jangka masa panjang, rangkaian kereta api laju seharusnya digunakan sebagai pengangkutan asas untuk pergerakan penduduk di dalam negara. Malaysia juga perlu bergerak ke arah rangkaian rel berelektrik yang komprehensif untuk menyokong transformasi ekonomi negara daripada fasa perindustrian kepada model baru ekonomi yang menekankan pertumbuhan industri pembuatan dan perkhidmatan yang bernilai ditambah tinggi. Bagi melengkapkan rel berkelajuan tinggi antara negeri, conurbation utama perlu mempunyai sistem transit rel ringan dan transit rel berkapasiti tinggi (LRT dan MRT) untuk kawasan bandar. Stesen kereta api akan menjadi pusat tumpuan pergerakan dan aktiviti bandar serta tempat tumpuan masyarakat. Ia juga akan menjadi pusat komuniti, di samping berfungsi sebagai tempat pertukaran mod pengangkutan. Dalam konteks pengangkutan laut, Malaysia memainkan peranan penting sebagai hab penghantaran barangan (transhipment hub) serantau dan juga berfungsi sebagai pelabuhan pendalaman wilayah. Sebagai hab penghantaran barangan, Malaysia berfungsi sebagai pusat pertukaran bagi pelbagai syarikat perkapalan di mana muatan kargo dipunggah dari satu kapal ke kapal yang lain dan seterusnya dihantar ke destinasi pelabuhan yang lain. Pelabuhan laut dan darat adalah berorientasikan kepada pengangkutan barangan berbanding dengan penduduk. Objektif utama sesuatu pelabuhan adalah untuk memastikan kecekapan dan kepantasan dalam pemunggahan barangan dari pengangkutan darat ke pengangkutan laut dan sebaliknya. Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Kuantan perlu dipromosikan sebagai pelabuhan-pelabuhan utama negara dengan fokus yang berbeza. Pelabuhan Klang yang mempunyai kedudukan pertengahan dan berhampiran dengan kawasan pendalaman negara perlu fokus sebagai pelabuhan dalaman wilayah yang dilengkapi dengan perkhidmatan pelbagai mod pengangkutan dan perkhidmatan land-bridging yang efisien ke negara-negara ASEAN lain. PTP yang mempunyai lokasi yang strategik perlu menumpukan pembangunannya sebagai hab penghantaran di peringkat wilayah dan antarabangsa dengan memanfaat limpahan aktiviti dari Singapura. PTP akan bertindak sebagai pelabuhan utama negara di Wilayah Utara, manakala Pelabuhan Kuantan pula akan dibangunkan sebagai pelabuhan utama negara bagi Wilayah Pantai Timur dan pelabuhan penghantaran barangan dan kontena penting yang memberi perkhidmatan kepada negara ASEAN dan wilayah Asia Timur. Bagi pengangkutan udara, KLIA memiliki potensi strategik untuk menjadi hab yang berdaya saing bagi pengangkutan udara di antara hemisfera utara dan selatan. Kekuatan KLIA terletak pada potensi penumpang yang ramai iaitu hampir 23 juta di kawasan 5-74

192 pendalamannya. Faktor utama bagi memperkukuhkan lagi potensi KLIA adalah dengan membangunkan kawasan pendalamannya secara bersepadu dengan potensi pelancongan negara yang tinggi, untuk menjana bilangan penduduk asas yang mencukupi dan seterusnya menarik lebih banyak syarikat penerbangan untuk beroperasi di KLIA. Oleh itu wujud keperluan untuk menilai kedudukan lapangan lapangan terbang di Malaysia bagi menggalakkan lebih banyak terminal LCCT dan penggubalan dasar yang lebih liberal untuk lapangan terbang domestik yang terpilih mengendalikan perjalanan udara wilayah terutamanya dari negara-negara ASEAN. Lapangan terbang Malaysia perlu mengambil kesempatan ke atas permintaan yang kian meningkat bagi perjalanan udara dalam rantau ASEAN dan tidak hanya terhad dalam lingkungan ruang udara negara. Dalam konteks domestik, dengan memperkenalkan sistem pengangkutan kereta api berkelajuan tinggi sebagai tulang belakang pengangkutan trans-semenanjung, pengangkutan udara domestik akan menjadi kurang signifikan, justeru itu mengurangkan perkhidmatan udara domestik berjadual. Perkhidmatan chartered bagi aktiviti pelancongan tertentu pula dijangka akan memainkan peranan yang lebih penting. Di dalam kebanyakan pusat bandar, sistem pengangkutan adalah tidak seimbang dan tidak mampan. Untuk mencapai satu tahap kemampanan yang munasabah, sistem pengangkutan awam perlu lebih efisien, selamat dan selesa bagi membolehkan peralihan mod daripada penggunaan kereta persendirian. Kuala Lumpur sebagai contohnya, mempunyai modal split semasa 20:80 dengan kelebihan untuk kenderaan persendirian, menggambarkan ketidakseimbangan yang jelas di antara penggunaan kenderaan persendirian dan awam. Berdasarkan ketidakseimbangan ini dan jumlah kereta, lebih banyak infrastruktur jalan raya perlu disediakan melainkan jika peralihan mod pengangkutan daripada pengangkutan persendirian kepada pengangkutan awam dilaksanakan. Bidang Keberhasilan Utama Negara telah mensasarkan modal split 25:75 bagi kawasan Lembah Klang menjelang tahun Modal split 30:70 pula dicadangkan sebagai satu strategi negara bagi semua pusat bandar utama menjelang tahun 2020, dan modal split 50:50 sebagai sasaran jangka panjang. Dalam jangka masa terdekat, pengangkutan jalan akan diteruskan sebagai asas bagi mod perjalanan dan pergerakan penumpang dan barangan. Rangkaian lebuh raya ekspres menampung secara meluas pergerakan antara negeri di Pantai Barat, manakala jalan persekutuan dan jalan negeri sedia ada masih digunakan untuk pergerakan antara negeri dan tempatan. Rangkaian ini yang telah dibangunkan beberapa dekad lalu memerlukan peningkatan taraf dari segi jajaran jalan, pelebaran jalan dan lencongan jalan kampung bagi mempertingkatkan keselamatan jalan serta menampung isipadu tinggi dan keupayaan kelajuan tinggi kenderaan masa kini. Tumpuan program ini perlu diberi kepada semua jalan persekutuan dan jalan utama antara luar bandar ke bandar yang mengekang potensi pertumbuhan kawasan luar bandar yang berupaya untuk memberi perkhidmatan kepada kawasan conurbation serta pergerakan luar bandar ke bandar. 5-75

193 RFN 28 RANGKAIAN PENGANGKUTAN NEGARA BERSEPADU PERLU DIWUJUDKAN DENGAN MENGAMBIL KIRA HUBUNGAN ANTARA GUNA TANAH DAN PENGANGKUTAN PI 22 : Rangkaian Pengangkutan Negara Bersepadu Langkah-langkah: i. Satu Dasar Pengangkutan Negara dan Pelan Induk Rangkaian Perkhidmatan Pengangkutan yang merangkumi peranan dan fungsi kemudahan dan perkhidmatan jalan, rel, laut dan udara di peringkat negara perlu disediakan. ii. Hierarki dan fungsi sistem jalan perlu saling melengkapi dan tidak bertindih di antara satu sama lain. iii. Untuk memudahkan pembangunan rangkaian guna tanah-pengangkutan bersepadu, kajian perlu dijalankan untuk mengenal pasti koridor-koridor pengangkutan dan seterusnya dirangkumkan ke dalam RS dan RT. iv. Koridor pengangkutan yang telah dikenal pasti di dalam RS dan RT perlu dilindungi daripada lain-lain guna tanah. v. Koridor pengangkutan tidak boleh memecah belah blok-blok hutan yang penting dan koridor ekologi yang telah dikenal pasti dalam kajian CFS-Pelan Induk Untuk Rangkaian Ekologi 16. Koridor-koridor pengangkutan perlu mengelilingi blok hutan atau koridor ekologi termasuk menyediakan struktur lintasan hidupan liar seperti viaducts dan terowong. (Rujuk RFN 23) vi. Walaupun pelaksanaan rangkaian pengangkutan dijalankan secara berperingkat, program kerja keseluruhan perlu dilaksanakan secara konsisten untuk memastikan perlaksanaan ke arah mencapai penyepaduan modal. vii. Semua terminal pengangkutan awam utama akan dibangunkan di setiap conurbation utama, ibu negeri dan pusat bandar sebagai satu hab pengangkutan pelbagai mod yang bersepadu bagi bas, teksi, kereta persendirian, LRT, MRT dan kereta api antara negeri. viii. Hierarki sistem pengangkutan merangkumi perkhidmatan rel, jalan, laut dan udara yang menghubungkan semua aktiviti ekonomi negeri di Semenanjung Malaysia perlu diperkukuhkan. Rel berkelajuan tinggi akan berperanan sebagai sistem utama disokong oleh rangkaian jalan. 16 Central Forest Spine (CFS) Pelan Induk Koridor Ekologi, JPBD SM

194 PI 22 : Rangkaian Pengangkutan Negara Bersepadu Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke 2,

195 RFN 29 SATU SISTEM REL BERKELAJUAN TINGGI BERSEPADU NEGARA PERLU DIWUJUDKAN BAGI MELENGKAPI RANGKAIAN REL SEDIA ADA PI 23 : Rangkaian Kereta Api Negara Langkah-langkah: i. Satu Pelan Induk Kereta Api Negara perlu disediakan dengan menggabungkan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan program landasan berkembar elektrik KTM yang meliputi pergerakan penumpang dan kargo. ii. Program sedia ada untuk menyiapkan landasan berkembar elektrik negara yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Padang Besar di Utara dan Kuala Lumpur ke Johor Bahru di Selatan perlu diberi keutamaan. iii. Koridor untuk sistem rel berkelajuan tinggi perlu dikenal pasti dan dilaksanakan mengikut program fasa pembangunan. iv. Kesemua ibu negeri dan conurbation utama akan dihubungkan melalui rangkaian rel berkelajuan tinggi dengan stesennya berperanan sebagai pusat tumpuan bagi aktiviti komuniti dan pengangkutan. v. Laluan yang akan diberikan keutamaan untuk pelaksanaan sistem rel berkelajuan tinggi adalah laluan Kuala Lumpur-Johor Bahru-Singapura, diikuti oleh laluan Kuala Lumpur- George Town dan seterusnya laluan utara ke Bangkok yang menjadi sebahagian daripada laluan Kereta Api Trans-Asia untuk memperkukuhkan Koridor Pembangunan Utara Selatan. vi. Laluan rel Timur Barat yang baru akan dibentuk bagi menghubungkan Kuala Lumpur Kuantan Kuala Terengganu Tumpat. 5-78

196 PI 23 : Rangkaian Kereta Api Negara Sumber : Rancangan Fizikal Negara Ke 2,

197 RFN 30 RANGKAIAN JALAN RAYA NEGARA PERLU DIPERLUASKAN UNTUK KEMUDAHSAMPAIAN DI PERINGKAT WILAYAH DAN TEMPATAN PI 24 : Rangkaian Jalan Raya Negara Langkah-langkah: i. Rangkaian jalan raya pada masa hadapan perlu disokong dan diintegrasikan dengan cadangan sistem rel berkelajuan tinggi. ii. Sistem jalan raya dan lebuh raya ekspres perlu diperluaskan di kedua-dua wilayah Pantai Barat dan Pantai Timur. Sekurang-kurangnya tiga penghubung-rentas perlu disediakan bagi meningkatkan integrasi antara Kawasan Pantai Barat, Banjaran Tengah dan Pantai Timur. iii. Sistem lebuh raya ekspres negara perlu disokong dan dilengkapi dengan rangkaian meluas hierarki jalan di peringkat bawah seperti lebuh raya dan jalan-jalan utama (jalan persekutuan dan negeri), di mana fungsi utamanya adalah untuk menyuraikan trafik dari lebuh raya ekspres dan sistem rel ke laluan masuk tempatan. iv. Hierarki fungsi jalan yang dihasilkan di bawah kajian HNDP oleh HPU perlu digunakan sebagai rangka kerja bagi Rangkaian Jalan Raya Negara. 17 Pelan Pembangunan Jaringan Lebuh Raya Negara Ke 2 Unit Perancangan Lebuh Raya,

198 PI 24 : Rangkaian Jalan Raya Negara Sumber : Pelan Pembangunan Jaringan Lebuh Raya (HNDP),

199 RFN 31 LAPANGAN TERBANG DAN PELABUHAN UTAMA PERLU DIBANGUNKAN MENGIKUT FUNGSI YANG SALING MELENGKAPI BAGI MEMPERKUKUH DAYA SAING EKONOMI NEGARA DAN MEMUDAHKAN KETIBAAN PELANCONG PI 25 : Pelabuhan dan Lapangan Terbang Negara Langkah-langkah: i. Perancangan dan pembangunan perlu menyokong fungsi dan peranan lapangan terbang antarabangsa seperti berikut : a. KLIA sebagai pintu masuk utama antarabangsa dan hab di rantau Asia Tenggara. b. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagai hab utama dalam memberi perkhidmatan untuk keperluan perindustrian, perdagangan dan pelancongan bagi Wilayah Utara. c. Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi perlu menjadi pelengkap kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan menyokong peranan Pulau Langkawi sebagai lokasi utama untuk pameran, konvensyen dan pelancongan. d. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail sebagai hab utama bagi Wilayah Selatan dan menyokong fungsi Pelabuhan Tanjung Pelepas. e. Lapangan Terbang Sultan Mahmud akan dinaik taraf ke status lapangan terbang antarabangsa dan berfungsi sebagai pintu masuk pelancongan utama bagi Pantai Timur. ii. Lapangan terbang domestik yang lain akan dinaik taraf untuk menampung ketibaan penerbangan antarabangsa secara tempahan. iii. Perancangan dan pembangunan perlu menyokong fungsi dan peranan pelabuhan pelabuhan utama seperti berikut : a. Pelabuhan Negara Pelabuhan Klang sebagai pelabuhan pendalaman serantau menyediakan perkhidmatan land-bridging ke negara-negara Asia. Ia perlu dikekalkan sebagai pusat pemunggahan negara bagi pergerakan kargo antarabangsa. Ia perlu mempunyai tahap hubungan yang tinggi dengan negara-negara jiran (menerusi pelbagai pembangunan infrastruktur seperti Trans-Asian Railway dan memberi penekanan terhadap multimodalism dan intermodalism. Pelabuhan Tanjung Pelepas sebagai hab pemindahan antarabangsa dan wilayah bagi rantau Asia Pasifik. Pelabuhan Kuantan sebagai hab penghantaran barang dan kontena antarabangsa dan serantau yang utama bagi wilayah ekonomi Pantai Timur dan rantau Asia Timur. Pelabuhan Pulau Pinang memberi tumpuan kepada perkapalan dari barat dan berfungsi sebagai pelabuhan utama bagi Wilayah Utara. 5-82

200 b. Pelabuhan Wilayah Pelabuhan Kerteh-Kemaman akan diintegrasikan dengan Pelabuhan Kuantan untuk berfungsi sebagai hab penghantaran utama bagi negeri negeri Pantai Timur dan berfungsi khusus untuk memenuhi sektor minyak, gas dan petrokimia. c. Pelabuhan Persisiran Pantai Pelabuhan-pelabuhan Pasir Gudang, Langkawi, Lumut, Kuala Kedah, Tanjung Langsat, Tanjung Keling dan Tok Bali. Pelabuhan-pelabuhan ini perlu menyediakan perkhidmatan pergerakan barangan yang efisien dan berfungsi sebagai hab multimodalism dan intermodalism. 5-83

201 PI 25 : Pelabuhan dan Lapangan Terbang Negara Sumber : Pelan Induk Lapangan Terbang Kebangsaan, 2010 dan Rancangan Fizikal Negara Ke 2,

202 RFN 32 KONSEP PEMBANGUNAN BERORIENTASIKAN TRANSIT (TOD) PERLU DIGALAKKAN SEBAGAI ASAS PERANCANGAN GUNA TANAH BANDAR BAGI MEMASTIKAN KEBOLEHLAKSANAAN PENGANGKUTAN AWAM Langkah-langkah: i. Terminal rel utama perlu dibangunkan sebagai terminal pengangkutan pelbagai mod bersepadu dan tumpuan untuk aktiviti komersial, perumahan dan sosial dan dilengkapi dengan kemudahan untuk orang kurang upaya dan mesra pengguna. ii. Kemudahan bas perantara dan park-and-ride perlu disediakan bagi menggalakkan stesen kereta api sebagai hab pengangkutan bandar di lokasi yang sesuai. iii. Rangkaian laluan pejalan kaki berbumbung perlu disediakan untuk menghubungkan stesen kereta api dengan mercu tanda atau pembangunan utama di dalam pusat bandar. iv. Bagi bandar-bandar utama, stesen kereta api dan kawasan persekitarannya perlu dijadikan sebagai kawasan perdagangan dan perumahan berkepadatan tinggi. v. Bagi bandar yang mempunyai rangkaian rel sendiri, stesen-stesen tersebut perlu dijadikan sebagai pusat yang menyediakan perkhidmatan dan aktiviti pelbagai guna. vi. Conurbation utama Kuala Lumpur, George Town dan Johor Bahru perlu merangkumkan laluan LRT, MRT, ERL dan BRT (Bus Rapid Transit) di dalam pembangunan perbandaran. vii. Laluan LRT sedia ada di Conurbation Kuala Lumpur perlu lebih bersepadu dan perkhidmatannya diperluaskan ke pusat-pusat pertumbuhan baru. RFN 33 SISTEM PENGANGKUTAN AWAM BERSEPADU PERLU DIBANGUNKAN DI SEMUA PUSAT BANDAR UTAMA Langkah-langkah: i. Kajian integrasi guna tanah-pengangkutan awam yang komprehensif perlu dijalankan di semua conurbation utama. ii. Pengangkutan di semua pusat bandar utama perlu mengguna pakai modal split 30:70 menjelang tahun 2020 dan sasaran jangka masa panjang 50:50 di antara pengangkutan awam dan persendirian. 5-85

203 iii. Perkhidmatan bas awam bersepadu, tetap dan kerap perlu disediakan di semua petempatan bandar. iv. Bagi petempatan bandar yang mempunyai penduduk melebihi 0.5 juta orang, sistem transit aliran berkapasiti tinggi yang bersepadu perlu disediakan. v. Langkah-langkah pengurusan trafik termasuk Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) perlu diguna pakai untuk meningkatkan kecekapan trafik. 5.8 Penyediaan Infrastruktur yang Bersesuaian Penyediaan infrastruktur yang bersesuaian adalah antara satu inisiatif penggerak utama yang menyokong pertumbuhan ekonomi negara. Secara prinsip, RFN Ke-2 menyediakan rangka kerja untuk penyampaian perkhidmatan infrastruktur yang bersepadu. Perkhidmatan infrastruktur utama yang dibincangkan dalam laporan ini adalah berkaitan dengan bekalan air, pembetungan, pengurusan sisa pepejal, perparitan dan pengairan, bekalan dan pengagihan tenaga, bekalan gas asli, komunikasi dan multimedia, pengurusan sungai dan pantai. Tanah dan kawasan rizab yang mencukupi untuk pembangunan semua infrastruktur strategik perlu disediakan. Ini kerana pembangunan infrastruktur tersebut mungkin mempunyai impak alam sekitar dan sosial yang signifikan seperti loji rawatan kumbahan wilayah, loji jana kuasa dan tapak pelupusan sisa pepejal. Pemerolehan tanah pada peringkat awal untuk infrastruktur perlu diberi keutamaan, khususnya dalam kawasan conurbation. Kebanyakan projek infrastruktur berkepentingan negara ini juga adalah berintensif modal dan memerlukan nasihat daripada MPFN sebelum dilaksanakan. Dengan kesediaan tanah yang semakin berkurangan, penggunaan kemudahan awam atau perkongsian kemudahan infrastuktur awam dan rizab perlu digalakkan sebagai satu kaedah untuk memaksima dan meningkatkan penggunaan tanah yang efisien. Pembangunan infrastruktur secara mampan dengan mengaplikasikan teknologi hijau telah juga dirangkumkan ke dalam RFN Ke-2, berserta langkah-langkah mengenai aplikasi hijau/ kemampanan seperti projek kitar semula sisa, penuaian air hujan dan penggunaan tenaga yang efisien dalam bangunan. Selaras dengan objektif kerajaan untuk mengagihkan kemudahan infastruktur dengan lebih saksama, dasar-dasar baru telah diperkenalkan untuk menyediakan tahap infrastruktur yang bersesuaian kepada semua peringkat petempatan, bagi mengurangkan jurang digital dan infrastruktur antara kawasan bandar dan luar bandar. Kemajuan teknologi terkini dalam penyediaan infrastruktur juga telah dirangkumkan dengan mengambil kira keperluan untuk loji jana kuasa nuklear, aplikasi teknologi hijau, pewujudan bandar siber dan pusat siber dan juga memperkenalkan perkhidmatan jalur 5-86

204 lebar berkelajuan tinggi (HSBB) untuk mempertingkatkan perhubungan internet di dalam ekonomi berasaskan pengetahuan. RFN 34 RFN KE-2 AKAN MENYEDIAKAN RANGKA KERJA SPATIAL BAGI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN INFRASTRUKTUR BERSEPADU DI PERINGKAT NEGARA, WILAYAH DAN CONURBATION UTAMA Langkah-langkah: i. Agensi-agensi peringkat nasional yang bertanggungjawab ke atas perancangan dan perkhidmatan infrastruktur perlu mengguna pakai RFN Ke-2 sebagai asas perancangan dan penyelarasan dalam penyediaan perkhidmatan infrastruktur. Ini meliputi : Pembekalan dan pengagihan bekalan air; Pembetungan; Pengurusan sisa pepejal; Sistem perparitan; Pembekalan dan pengagihan bekalan tenaga; Pembekalan dan pengagihan gas asli; dan Komunikasi dan multimedia ii. Agensi infrastruktur peringkat nasional perlu memantau agensi peringkat negeri dan tempatan untuk memastikan program adalah selaras dengan RFN Ke-2. iii. Unjuran dan agihan penduduk RFN Ke-2 perlu digunakan sebagai asas untuk program pembekalan dan pengagihan kemudahan infrastruktur. iv. Cadangan pro-aktif untuk sistem perkhidmatan penyampaian perlu diterap bagi mempertingkatkan kecekapan dan mengurangkan kos dan kelewatan di dalam perkhidmatan tersebut. v. Pengurusan perkhidmatan infrastruktur dapat dicapai dengan memastikan semua agensi atau pembekal perkhidmatan infrastruktur menguruskan rekod perkhidmatan masingmasing dengan menggunakan sistem GIS. vi. Rizab tanah, koridor dan hak laluan yang mencukupi perlu disediakan untuk semua kemudahan infrastruktur di dalam RT dan RS. vii. Penggunaan kemudahan infrastruktur umum seperti common utility trenches, rizab utiliti umum dan kemudahan berkongsi akan diguna pakai oleh pihak berkuasa tempatan untuk memaksimakan keberkesanan aktiviti guna tanah di dalam perancangan infrastruktur. 5-87

205 viii. Penggunaan teknologi hijau di dalam penyediaan semua infrastruktur dan utiliti perlu dijadikan keutamaan untuk memastikan pembangunan infrastruktur secara mampan dan untuk meningkatkan kualiti serta melindungi alam sekitar. RFN 35 INFRASTRUKTUR BEKALAN AIR YANG BERSESUAIAN TERMASUK KERJA-KERJA SUMBER, LOJI RAWATAN, RANGKAIAN PENGHANTARAN DAN PENGAGIHAN PERLU DISEDIAKAN BAGI SEMUA KAWASAN PETEMPATAN PI 26 : Sumber Bekalan Air dan Kawasan yang Mengalami Tekanan Bekalan Air Langkah-langkah: i. Kajian air nasional perlu dijalankan dengan merangkumi isu-isu seperti permintaan air, punca bekalan air, pemindahan air antara lembangan, permindahan air antara negeri dan rangkaian pengagihan. ii. Penekanan perlu diberi kepada pembangunan sumber air secara mampan termasuk punca bekalan air alternatif, pemuliharaan air dan pengurangan kadar kehilangan air dan pengurusan permintaan bekalan air. iii. Perancangan bagi infrastruktur bekalan air perlu mengambil kira unjuran permintaan, pembangunan spatial dan guna tanah yang digariskan di dalam RFN Ke-2, RS dan RT. iv. Rizab tanah, koridor dan hak laluan perlu disediakan untuk kemudahan infrastruktur bekalan air di dalam semua RS dan RT. v. Penyediaan bekalan air yang selamat, mencukupi dan andal untuk semua penduduk perlu diutamakan di dalam perancangan infrastruktur bekalan air. vi. Teknologi dan infrastruktur yang bersesuaian perlu disediakan untuk memastikan kawasan luar bandar dan kawasan terpencil akan memperolehi akses kepada bekalan air minum yang mencukupi. 5-88

206 RFN 36 KEMUDAHAN SISTEM PEMBETUNGAN YANG BERSESUAIAN DAN MENCUKUPI PERLU DISEDIAKAN BAGI SEMUA KAWASAN DENGAN KEMUDAHAN PENGUMPULAN, RAWATAN DAN PELUPUSAN SISA KUMBAHAN DAN ENAP CEMAR Langkah-langkah: i. Dasar Pembetungan Negara perlu digubal untuk merangkumi isu-isu seperti kawasankawasan keutamaan, penggunaan teknologi yang bersesuaian untuk kawasan luar bandar, penetapan sasaran yang bersesuaian, rizab tanah, rawatan serta pelupusan enap cemar, kitar semula dan guna semula bahan kumbahan dan bio-pepejal dan pengurusan permintaan air. ii. Rizab tanah, koridor dan hak laluan yang mencukupi perlu disediakan untuk kemudahan infrastruktur pembetungan di dalam semua RS dan RT. iii. Keutamaan perlu diberi untuk menyelaras dan memusatkan rangkaian pembetungan dan sistem rawatannya di conurbation utama, petempatan bandar utama, kawasan pelancongan utama dan pulau-pulau. iv. Dasar Pembetungan Negara perlu merangkumi semua aktiviti guna tanah di kawasan bandar. Untuk mengoptimakan kos penghantaran dan kecekapan, loji rawatan kumbahan berpusat dan rangkaian utama akan dirancang secara proaktif, selaras dengan dasar spatial bagi kawasan pertumbuhan bandar baru. v. Teknologi yang bersesuaian bagi rawatan kumbahan perlu diaplikasikan di kawasan luar bandar dan kawasan perumahan berkepadatan rendah. RFN 37 SEMUA PETEMPATAN PERLU DISEDIAKAN DENGAN SATU RANGKAIAN PELUPUSAN SISA PEPEJAL BERSEPADU DAN/ATAU DILENGKAPI DENGAN KEMUDAHAN PEMULIHAN PI 27 : Pengurusan Sisa Pepejal Langkah-langkah: i. Sistem pelupusan pemulihan sisa pepejal melibatkan rawatan perantaraan, pemindahan atau kemudahan lain berkaitan perlu dipantau sepanjang masa oleh agensi-agensi kesihatan dan alam sekitar yang berkaitan. ii. Rizab tanah, koridor dan hak laluan yang mencukupi perlu disediakan untuk kemudahan pengurusan sisa pepejal di dalam semua RS dan RT. 5-90

207 iii. Sistem kemudahan ini perlu dikongsi oleh seberapa banyak pusat bandar yang mungkin, dengan mengambil kira infrastruktur jalan tempatan dan lokasi kemudahan tersebut. iv. Lokasi kemudahan perlu menepati garis panduan seperti yang terkandung dalam Pelan Strategik Pengurusan Sisa Pepejal Negara dengan mengambil kira aspek pencegahan dari sebarang bencana kesihatan dan kesan negatif kepada alam sekitar dan penduduk berhampiran. v. Berdasarkan kepada faktor kesihatan dan persekitaran jangka panjang, tapak pelupusan sampah yang ditinggalkan atau yang ditutup dan tapak-tapak tercemar lain tidak boleh digunakan untuk petempatan manusia. vi. Pengurusan penjanaan sisa pepejal, pengurangan dan pengasingan sisa pepejal di sumbernya perlu digalakkan. Kitar semula sisa pepejal perlu dilaksanakan secara aktif melalui kaedah pengumpulan dan pelupusan sisa pepejal selaras dengan Pelan Strategik Pengurusan Sisa Pepejal Negara. vii. Kemudahan pengurusan sisa pepejal yang bersesuaian dan saling melengkapi perlu disediakan di kawasan-kawasan seperti pulau-pulau dan kawasan pelancongan luar bandar mengikut lokaliti yang sesuai. viii. Penjana sisa berjadual perlu memastikan semua sisa berjadual akan dikutip, diangkut, dirawat dan dilupuskan melalui kaedah yang selamat dan mesra alam sekitar, selaras dengan peraturan-peraturan semasa mengenai alam sekitar. 5-91

208 PI 27 : Pengurusan Sisa Pepejal Nota: 1. Pelan indikatif ini adalah berdasarkan Pelan Strategik Pengurusan Sisa Pepejal Negara (National Strategic Plan for Solid Waste Management) Sumber : Pelan Strategik untuk Pengurusan Sisa Pepejal Negara,

209 RFN 38 INFRASTRUKTUR PERPARITAN PERLU DISEDIAKAN BAGI SEMUA PETEMPATAN UNTUK MEMBENDUNG KEJADIAN BANJIR BESAR, BANJIR KECIL DAN PENCEMARAN PI 28 : Kawasan Mudah Banjir Langkah-langkah: i. Kajian-kajian perlu dijalankan untuk menilai impak kekerapan banjir sistem sungai-sungai utama ke atas aktiviti manusia dan ekonomi. ii. Rizab tanah, koridor dan hak laluan yang mencukupi perlu disediakan untuk kemudahan perparitan di dalam semua RS dan RT. iii. Semua kawasan pembangunan perlu disediakan dengan sistem perparitan yang bersesuaian untuk menampung kuantiti dan kualiti air larian hujan. iv. Pembangunan di dalam kawasan mudah banjir akan hanya dijalankan setelah mengambil kira risiko kejadian banjir besar. Langkah-langkah bersesuaian seperti kerjakerja tebatan banjir atau menaikkan aras platform perlu dijalankan untuk mengelakkan kerosakan besar di petempatan-petempatan berkenaan. v. Tanah yang digunakan untuk sungai, alur, parit utama, kolam takungan air perlu dijadikan sebagai rizab sungai atau rizab parit. vi. Cadangan-cadangan dalam Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) perlu diguna pakai di semua kawasan bandar termasuklah langkah-langkah kawalan di punca dan langkahlangkah kawalan hakisan dan mendapan. vii. Untuk kawasan luar bandar dan kawasan yang tidak tertakluk kepada cadangan MSMA tetapi mengalami banjir, langkah tebatan banjir yang sesuai perlu dilaksanakan. viii. Untuk mempertingkatkan kualiti hidup bandar, sistem takungan dan sistem persisiran sungai MSMA akan diintegrasikan untuk mewujudkan rangkaian laluan taman bandar yang berkesinambungan dan bertindak sebagai zon penampan. ix. Selaras dengan pelaksanaan cadangan MSMA, langkah-langkah seperti guna semula dan kitar semula air hujan perlu dirangka dan diguna pakai. 5-93

210 PI 28 : Kawasan Mudah Banjir Nota: 1. Projek tebatan banjir telah dilaksanakan untuk melindungi banyak kawasan kawasan bandar seperti Kuala Lumpur daripada banjir. Sumber : Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),

211 RFN 39 LOJI JANAKUASA ELEKTRIK DAN RANGKAIAN PENGHANTARAN DAN PENGAGIHAN UTAMA ADALAH ASET STRATEGIK YANG PERLU DITEMPATKAN DI LOKASI YANG BERSESUAIAN UNTUK MENYEDIAKAN BEKALAN TENAGA YANG ANDAL DAN EFISIEN KEPADA PENGGUNA PI 29 : Grid Bekalan Tenaga Langkah-langkah: i. Rizab tanah, koridor dan hak laluan yang mencukupi perlu disediakan untuk kemudahan infrastruktur elektrik di dalam semua RS dan RT. ii. Perletakan rangkaian penghantaran dan pengagihan perlu mengambil kira penilaian impak kepada guna tanah dan nilai-nilai estetik, terutamanya di kawasan pelancongan semula jadi. iii. Tenaga boleh diperbaharui seperti solar, angin, ombak, geothermal dan bio-mass perlu digalakkan sebagai pelengkap kepada sumber-sumber jana tenaga tradisional. iv. Sumber tenaga alternatif seperti tenaga nuklear perlu dinilai dengan mengambil kira impak spatial dan alam sekitar. v. Sistem Keberkesanan Tenaga, Sistem Pengurusan Permintaan Tenaga dan Pemuliharaan Tenaga perlu digalakkan untuk memastikan penggunaan tenaga yang efisien dan produktif. 5-95

212 PI 29 : Grid Bekalan Tenaga Nota : 1. Sambungan bawah laut antara Sarawak dan Semenanjung Malaysia telah dirancang tapi belum dilaksanakan lagi setakat Disember Sumber : Tenaga Nasional Berhad,

213 RFN 40 LOJI PEMPROSESAN GAS ASLI SERTA RANGKAIAN PAIP PENGHANTARAN DAN PENGAGIHANNYA PERLU DIKENALPASTI BAGI MENYEDIAKAN BEKALAN GAS ASLI YANG ANDAL DAN EFISIEN KEPADA PENGGUNA PI 30 : Kawasan yang Dibekalkan oleh Rangkaian Sistem Pengagihan Gas Asli Langkah-langkah: i. Penggunaan gas asli melalui rangkaian sistem pengagihan bekalan gas sedia ada dan masa hadapan akan digalakkan. Unjuran dan agihan penduduk RFN Ke-2 dan juga permintaan dari aktiviti industri perlu diambil kira di dalam perancangan bekalan dan rangkaian pengagihan gas asli. ii. Rizab dan koridor yang sesuai perlu disediakan untuk kemudahan infrastruktur gas asli di dalam semua RS dan RT. iii. Penggunaan gas asli untuk kenderaan (NGV) perlu dipertingkatkan dengan menempatkan stesen-stesen NGV di lokasi-lokasi yang sesuai. 5-97

214 PI 30 : Kawasan yang Dibekalkan oleh Sistem Pengagihan Gas Asli Sumber : PETRONAS dan Statistik Industri Penghantaran Gas Talian Paip (2007). Suruhanjaya Tenaga. 5-98

215 RFN 41 KEMUDAHAN DAN INFRASTRUKTUR RANGKAIAN KOMUNIKASI PERLU DISEDIAKAN DI SEMUA PETEMPATAN PI 31 : Pusat Siber Langkah-langkah: i. Komunikasi akan diambil kira sebagai satu perkhidmatan penting di semua petempatan. Semua pembangunan perlu melaksanakan perancangan awal bagi menempatkan rangkaian kemudahan dan infrastruktur komunikasi termasuk last mile access dan kemudahan back haul yang sesuai. ii. Rizab tanah, koridor dan hak laluan yang mencukupi perlu disediakan untuk kemudahan infrastruktur komunikasi di dalam semua RS dan RT. iii. Kemudahan dan infrastruktur komunikasi yang sesuai perlu disediakan di semua kawasan dan golongan masyarakat yang belum mendapat kemudahan tersebut untuk memastikan jurang digital untuk akses kepada ICT diminimakan. iv. Kemudahan dan infrastruktur jalur lebar perlu diagihkan dengan menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan ekonomi berimpak tinggi termasuklah keempat-empat conurbation utama dan perkhidmatan jalur lebar kepada orang awam di kawasan lain. v. Akses kepada komunikasi perlu disokong dengan satu rangkaian infrastruktur negara untuk keperluan kepelbagaian dan keselamatan negara. vi. Pertumbuhan bandar siber dan pusat siber perlu digalakkan untuk memperluaskan penggunaan ICT. 5-99

216 PI 31 : Pusat Siber Nota: 1. Pelan indikatif ini menunjukkan pusat siber dan bandar siber setakat Disember Di beberapa kawasan lain, pusat siber dan bandar siber tambahan telah juga dirancang. Sumber : Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDeC),

217 BAB 6 Mekanisma Pelaksanaan RANCANGAN FIZIKAL NEGARA

218 BAB 6 MEKANISMA PELAKSANAAN 6.1 Mekanisma Institusi untuk Pelaksanaan RFN Akta 172 memperuntukkan JPBD untuk menyediakan RFN dan mengkaji semula setiap 5 tahun seiring dengan kajian semula Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara. Walaupun tugas am melalui Akta 172 memperuntukkan pemantauan dan penyediaan laporan kemajuan pelaksanaan RFN dibentangkan kepada MPFN, ia tidak bertanggungjawab secara terus dari segi kuasa dan sumber kewangan untuk melaksanakan kesemua dasar dan cadangan RFN Ke-2, terutamanya di peringkat negeri dan tempatan. Dalam konteks ini, kebenaran merancang diberikan oleh pihak berkuasa yang berkenaan, manakala pelaksanaannya dijalankan oleh agensi pelaksana yang berkaitan seperti JKR. Kejayaan pelaksanaan dasar dan cadangan RFN tidak hanya bergantung kepada pembentukan dasar yang berdaya maju, tetapi juga kepada pengurusan satu mekanisme yang efektif untuk melaksanakan dasar tersebut. RFN merupakan satu proses pembentukan pelan yang berterusan, relevan, terkini dan tidak menjadi satu blueprint yang statik. Oleh itu adalah amat penting untuk menjalankan pemantauan yang berterusan terhadap andaian dan unjuran yang menjadi asas kepada dasar-dasar, serta mengemaskini dasar-dasar dan langkah-langkah secara berkala. Pemantauan adalah penting bukan sahaja untuk memastikan kesahihan dan relevansi RFN, tetapi juga untuk menentukan sama ada dasar dan langkah-langkah telah dilaksanakan adalah efektif. Sekiranya satu dasar tertentu didapati tidak berkesan, tindakan pembetulan yang bersesuaian perlu diambil, alternatif yang dipilih serta kesan ke atasnya memerlukan kajian dan penilaian yang terperinci Isu Utama dalam Pelaksanaan i. Tempoh yang Panjang untuk Melaksanakan Dasar Pembangunan Spatial Pembangunan conurbation, projek infrastruktur utama dan strategi pemuliharaan negara mengambil tempoh masa yang panjang untuk dilaksana dan memerlukan komitmen yang konsisten daripada pihak Kerajaan dan sektor swasta. ii. Keupayaan Memantau dan Mengemaskini yang Lemah Untuk mengumpulkan data yang diperlukan dan menilai implikasinya, Bahagian Rancangan Fizikal Negara, JPBD SM, harus mempunyai keupayaan mengemas kini yang berterusan dari segi sumber tenaga kerja dan sumber kewangan untuk menjalankan kepelbagaian dalam proses merancang. Keupayaan agensi 6-1

219 Persekutuan dan Negeri perlu diperkukuhkan untuk mempertingkatkan tahap pemantauan dan pengemaskinian semasa. iii. Ketiadaan Pangkalan Data Guna Tanah Negara untuk Zon Strategik dan Pusat Bandar Pemantauan ke atas prestasi dasar RFN Ke-2 dan perubahan terhadap aspek sosial, ekonomi, fizikal, alam sekitar dan teknologi yang memberi kesan ke atas dasar-dasar adalah bergantung kepada sistem maklumat yang efektif. Sumber-sumber data meliputi data yang diterbitkan oleh jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan dan agensi berkaitan serta data utama yang diperolehi daripada kajiselidik yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri, terutamanya daripada RS dan RT. Pihak berkuasa perkhidmatan utiliti awam menyediakan data mengenai kemajuan pembangunan dan perkhidmatan yang disediakan. Banci Penduduk merupakan sumber yang amat penting bagi maklumat seperti sosioekonomi, pekerjaan dan isi rumah. Memandangkan banci tersebut hanya dijalankan setiap 10 tahun, unjuran dibuat bagi tahun-tahun perantaraan banci. Seperti sumber data lain, data ini perlu dikumpul mengikut zon, kawasan conurbation dan pusat bandar strategik yang telah ditentukan. Walaupun Rancangan Pemajuan dikehendaki untuk menggunapakai piawaian dan kriteria yang digunakan dalam RFN untuk menyeragamkan pengukuran dan analisis perbandingan, namun terdapat rancangan pemajuan yang mengguna pakai piawaian masing-masing. Ini mengakibatkan pengumpulan dan pengagihan data menjadi sukar dan tidak tepat, justeru menimbulkan masalah dalam pemantauan dan penilaian terhadap kepatuhan dan prestasi dasar-dasar. Untuk menangani isu tersebut, JPBD SM perlu diberi tanggungjawab sebagai agensi pusat untuk mengumpul dan menerbitkan secara berkala maklumat pembangunan guna tanah seperti Laporan Tahunan Hartanah yang diterbitkan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta. Semua jabatan dan agensi dikehendaki untuk membekalkan maklumat guna tanah yang berkaitan, termasuk kelulusan tukar syarat tanah, kebenaran merancang dan Sijil Perakuan Siap dan Kepatuhan (CCC), kepada JPBD SM secara berkala untuk mengemas kini maklumat guna tanah. Pangkalan data guna tanah negara akan dilengkapi dengan pelan-pelan ukur (Ordinance Survey Maps) terkini yang menunjukkan ciri-ciri semula jadi dan buatan manusia serta data kadastral negara, khususnya di bandar-bandar utama dan lain-lain kawasan petempatan. Sehubungan itu, adalah penting untuk mewujudkan satu program berterusan dengan JUPEM bagi menyediakan pelan-pelan ukur terkini yang menunjukkan maklumat pembangunan sedia ada dan data topografi untuk kawasan bandar. 6-2

220 iv. Kekurangan Indikator Dasar yang Bersesuaian Adalah amat sukar menentukan sasaran pembangunan bagi tempoh jangka pendek untuk mengukur dan menilai pencapaian dasar-dasar RFN. Untuk mengatasi masalah ini, setiap pernyataan dasar RFN diwakili oleh satu atau lebih indikator dasar yang boleh diukur. Namun, maklumat mengenai kebanyakan indikator dasar tidak mudah diperolehi dan mengambil masa yang panjang untuk dikumpulkan. Sesetengah indikator dasar kurang berkait dalam menilai kejayaan pelaksanaan dasar-dasar tersebut. Sejajar dengan itu, adalah penting untuk menjalankan satu penilaian yang menyeluruh ke atas ke semua indikator dasar sedia ada dan mengenalpasti secara teliti indikator-indikator dasar yang bersesuaian di mana datadata yang diperlukan mudah diperolehi, tepat dan mudah untuk digunakan. v. Kelemahan dalam Penerapan Aspek Perancangan Spatial Negara ke dalam Perancangan dan Pembangunan Sektoral Kebanyakan pelan induk sektoral kurang memberi penekanan kepada penerapan aspek perancangan spatial negara di dalam perancangan dan pembangunan sektoral seperti lebuh raya yang dibina merentasi KSAS tanpa langkah-langkah mitigasi yang sesuai. Dalam hal ini, JPBD SM selaku pihak yang bertanggungjawab ke atas RFN, perlu berusaha untuk mengadakan lebih banyak usaha untuk mempromosi RFN kepada pihak-pihak berkepentingan. Ini kerana konsep dan strategi perancangan inovatif yang baru bukan sesuatu yang mudah untuk difahami, di mana agensi-agensi pelaksana kurang berkeyakinan untuk menggunapakai strategi-strategi tersebut. JPBD SM juga perlu secara aktif menarik penglibatan dan bekerjasama dengan agensi kerajaan, NGO, pembekal perkhidmatan utiliti, sektor swasta dan kumpulan berkepentingan masyarakat dalam penyediaan RFN dan pelan-pelan induk sektoral yang berkenaan. vi. Keperluan untuk Menubuhkan Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara Terdapat keperluan untuk menubuhkan satu panel pakar perundingan peringkat tinggi bagi perancangan spatial untuk menasihati kerajaan mengenai hala tuju baru perancangan spatial, pendekatan perancangan yang inovatif dan prinsip-prinsip pembangunan mampan. Panel ini akan bertindak sebagai satu forum untuk perhubungan dan perbincangan serta perundingan antara kerajaan, sektor swasta dan rakyat mengenai isu-isu yang berkaitan dengan perancangan spatial. Keahlian panel adalah berdasarkan kepada jemputan. Adalah penting juga untuk mengambil kira pandangan dan pendapat masyarakat serta sektor swasta terhadap isu-isu perancangan spatial negara dan penyelesaiannya. Panel ini meliputi wakilwakil yang memiliki kepakaran dan pengetahuan tinggi dalam bidang perancangan spatial. Ahli-ahlinya terdiri daripada Badan-badan atau Lembaga Profesional, NGO yang berkait rapat dengan pembangunan, pemuliharaan dan alam sekitar. Antaranya adalah Institut Penyelidikan dan Universiti, pakar-pakar perancangan negara dan antarabangsa dan Dewan atau Majlis Perniagaan seperti FMM dan REHDA. JPBD SM bertindak sebagai urusetia. 6-3

221 vii. Penubuhan Institut Penyelidikan Perancangan dan Pembangunan Spatial Pembentukan dasar spatial negara perlu disokong dan dilengkapi dengan lain-lain dokumen perancangan negara dan garis panduan atau piawaian reka bentuk, contohnya garis panduan penilaian kemampanan. Ini akan memberikan panduan yang pratikal dan terperinci ke atas pembentukan dan penggunaan dasar-dasar perancangan spatial negara semasa menyediakan pelan pembangunan dan pelan susun atur yang lebih terperinci. Terdapat juga keperluan mendesak untuk memperbanyakkan inisiatif R & D, khususnya berkaitan dengan perancangan spatial memandangkan negara kini memacu ke arah pencapaian negara maju. Sehubungan ini, Institut Penyelidikan Perancangan dan Pembangunan Spatial (SPDRI) perlu ditubuhkan untuk melengkapi semua usaha yang dijalankan oleh JPBD SM. viii. Pembentukan Program Tindakan Rancangan Fizikal Negara Program Tindakan Rancangan Fizikal Negara akan merangkumi projek demonstrasi utama berdasarkan amalan terbaik dalam perancangan dan model-model perancangan yang boleh diterima pakai di negara ini. Sebelum idea-idea perancangan baru ini boleh diperkenal dan dijadikan contoh ke seluruh negara, ianya perlu dicuba dan diuji sebagai projek perintis dan projek demonstrasi di atas tapak sebenar. Program ini juga akan merangkumi inisiatif utama yang bukan sahaja diperlukan semasa menyediakan RFN dan kajian semula, tetapi juga program tindakan yang berkait dengan indikator pemantauan. Penyelidikan terhadap keberkesanan dasar-dasar RFN dan teknologi maklumat yang diperlukan untuk menyokong usaha negara juga perlu dirangkumkan dalam program tersebut. Program Tindakan RFN perlu disediakan dengan peruntukan yang mencukupi di bawah RMLT. Melalui program tindakan, jalinan kerjasama antarabangsa dan perkongsian dalam industri penyelidikan akan diwujudkan. Program ini bukan sahaja akan meningkatkan perancangan fizikal ke tahap yang lebih tinggi, malah boleh mempamerkan keunggulan negara dalam perancangan fizikal ke peringkat antarabangsa. ix. Menghubungkan Dasar-dasar RFN dengan Peruntukan Kewangan Seperti yang dinyatakan terdahulu, JPBD SM tidak mempunyai kuasa eksekutif dan sumber kewangan secara terus untuk melaksana dan menguatkuasakan RFN Ke-2. Bagaimanapun, melalui arahan MPFN, ia boleh meyakinkan agensi-agensi pelaksana untuk melaksanakan dasar-dasar RFN Ke-2 dalam usaha mempromosikan pertumbuhan mampan demi kepentingan negara dan pihak awam. Dasar-dasar RFN Ke-2 boleh dilaksanakan melalui kawalan peruntukan pembangunan. Ini bermaksud pembuat keputusan untuk program pembangunan dan peruntukan kewangan perlu memberi keutamaan kepada cadangan atau projek pembangunan yang selaras dengan dasar spatial dan cadangan pembangunan RFN Ke-2. JPBD SM perlu mengemukakan perkara tersebut kepada pihak berkuasa yang berkenaan. 6-4

222 x. Pembayaran Pampasan untuk Kehilangan Hak Pembangunan Negeri-negeri di Malaysia menghadapi masalah sumber dan hasil pendapatan yang terhad disebabkan peningkatan dalam perbelanjaan awam. Negeri-negeri perlu menyediakan infrastruktur awam dan kemudahan sosial yang lebih banyak dan lebih baik untuk memenuhi keperluan penduduk di negeri masing-masing. Pada masa yang sama, kebanyakan negeri tersebut mengalami tekanan pembangunan yang tinggi untuk memenuhi permintaan penduduk terhadap keperluan perumahan dan pekerjaan. Kesemua negeri-negeri bergantung tinggi kepada hasil yang diperolehi daripada pengekploitasian tanah milik negeri dan sumber asli seperti pemberimilikan tanah negeri, penukaran syarat tanah daripada tanah pertanian kepada pembangunan kediaman, pengeluaran balak dari kawasan hutan dan sebagainya. Sebaliknya dasar-dasar RFN adalah lebih mengarah kepada perlindungan KSAS, kawasan pertanian utama dan penumpuan pembangunan baru di tapak brownfield dalam pusat bandar utama sedia ada. Dalam perkara ini, dicadangkan agar negeri-negeri yang berkenaan memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk disediakan pampasan yang mencukupi kepada Kerajaan Negeri yang terjejas akibat kehilangan hak pembangunan dan hasil sampingan daripadanya. Secara prinsip, sekiranya perkadaran tersebut dipersetujui, satu formula pembayaran pampasan perlu dirangka. Ini mungkin melibatkan pindaan kepada beberapa peruntukan perlembagaan yang relevan daripada Artikel 109, Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan Kerajaan Persekutuan memberi geran kepada negeri-negeri untuk memulihara KSAS Tahap 1 dan kawasan jelapang padi Agensi yang Terlibat dalam Perancangan Spatial Perancangan bandar dan desa merupakan perkara yang disebut dalam senarai bersama di bawah Perlembagaan Persekutuan, di mana Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berkongsi kuasa untuk menggubal undang-undang dan dasar-dasar berkaitan dengan perancangan spatial dan perolehan peruntukan kewangan. JPBD SM merupakan jabatan utama yang bertanggungjawab untuk perancangan spatial di peringkat Persekutuan. Walaupun terdapat beberapa kementerian dan agensi lain yang terlibat dalam perancangan spatial, JPBD SM perlu menerajui aspek-aspek teknikal perancangan untuk memastikan keseragaman dalam perancangan spatial. MPFN merupakan salah satu alat untuk mencapai keseragaman dalam perancangan spatial negara. Oleh itu adalah penting bagi kementerian atau agensi berkaitan menganggotai MPFN. Antara kementerian yang memainkan peranan utama dalam perancangan spatial ialah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (KSAAS), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW), Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB), Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Pengangkutan, 6-5

223 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). Terdapat juga beberapa majlis-majlis peringkat negara yang terlibat dengan pembangunan fizikal. Antaranya termasuk Majlis Perumahan Negara, Majlis Sumber Air Negara, Majlis Biodiversiti Negara, Majlis Kualiti Alam Sekeliling, Majlis Teknologi Hijau, Majlis Mineral Negara, Majlis Perancangan Wilayah dan Majlis Teknologi Maklumat Negara. Perhubungan dan penglibatan konstruktif perlu diwujudkan dengan semua Majlis ini semasa penyediaan RFN Ke-2. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang baru ditubuhkan perlu dilibatkan juga dalam perancangan spatial untuk menyelaraskan sistem pengangkutan awam darat negara, terutamanya di kawasan bandar-bandar utama Sistem Perancangan Pembangunan Negara Bersepadu Majlis tertinggi yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal perancangan spatial adalah Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) yang ditubuhkan pada 23 Jun 2003 di bawah Seksyen 2A (1), Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan) 2001 (Akta A1129). Secara asasnya, terdapat tiga proses selari yang berkaitan dengan komponen-komponen berbeza dalam perancangan pembangunan Negara (Rajah 6.1): a. Perancangan Pembangunan Sosio-Ekonomi Negara di bawah Majlis Ekonomi (Perancangan) Negara dan Majlis Perancang Pembangunan Negara (JPPN); b. Perancangan Fizikal Negara di bawah Majlis Perancang Fizikal Negara; c. Pelaksanaan dan Pemantauan Projek di bawah Majlis Pembangunan Negara. Ketiga-tiga proses perancangan pembangunan ini mempunyai fungsi yang berhubung kait dengan organisasi-organisasi di peringkat Persekutuan dan Negeri. Dalam aspek ini, adalah penting untuk mewujudkan kerjasama dan hubungan mendatar di antara satu sama lain, terutamanya di peringkat Urusetia dan Jawatankuasa Kerja Teknikal. Dari segi fungsi, adalah penting untuk JPBD SM menjadi anggota di dalam JPPN, seperti mana UPE menganggotai Jawatankuasa Kerja MPFN Struktur Perancangan Fizikal Negara Struktur perancangan fizikal negara yang dicadangkan ditunjukkan dalam Rajah 6.2. Dalam cadangan ini terdapat lima badan yang mempunyai kaitan dengan perancangan fizikal negara:- a. Majlis Perancang Fizikal Negara b. Jawatankuasa Kerja MPFN c. Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara d. Agensi Perancangan Fizikal Negara e. Institut Penyelidikan Perancangan dan Pembangunan Spatial 6-6

224 Fungsi bagi setiap badan dan jawatankuasa di atas dibincangkan di Bahagian Jawatankuasa Kerja MPFN dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab dalam bidang perancangan bandar, dibantu oleh Ketua-ketua Setiausaha Kementerian (yang menganggotai Majlis) dan semua Setiausaha Kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia. Urusetia kepada Jawatankuasa Kerja ialah JPBD Semenanjung Malaysia. Adalah dicadangkan supaya Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara (PPPFN) ditubuhkan untuk memberi nasihat kepada Menteri berkaitan dengan isu-isu semasa yang berkaitan dengan perancangan fizikal. Perkara ini telah diamalkan di negara Denmark dan Belanda. Ketiga-tiga jawatankuasa dan Majlis ini mempunyai komposisi yang berbeza. MPFN adalah merupakan Majlis tertinggi bagi perancangan fizikal di negara ini dan anggota utamanya terdiri daripada Menteri-menteri Persekutuan dan Menteri Besar atau Ketua Menteri tiap-tiap Negeri. Jawatankuasa Kerja MPFN pula akan dianggotai oleh Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha Kerajaan Negeri, manakala Panel Penasihat akan dianggotai oleh Organisasi-organisasi Bukan Kerajaan (NGO), Institut Professional, Majlis Perniagaan dan kumpulan-kumpulan berkepentingan. Agensi utama yang bertanggungjawab untuk menyediakan RFN ialah JPBD SM. Jabatan ini akan mengeluarkan surat pekeliling kepada semua agensi peringkat Persekutuan dan Negeri supaya memberikan maklumat yang berkaitan serta memaklumkan mana-mana cadangan pembangunan yang boleh memberikan kesan kepada pembangunan fizikal negara melalui Sistem Pintar Perancangan Guna Tanah Rancangan Fizikal Negara (iplan). Selaras dengan proses penyediaan dan kajian semula rancangan pembangunan negara, Kumpulan Perancangan Antara Agensi (KPAA) akan ditubuhkan untuk menyedia dan menyemak kertas-kertas dasar. KPAA ini akan dipecahkan kepada kumpulan kecil iaitu Kumpulan Kerja Teknikal (KKT) untuk membincangkan laporanlaporan teknikal. Kertas kerja teknikal ini hendaklah berkait dengan isu-isu semasa yang memberi kesan kepada perancangan bandar dan luar bandar. MPFN juga akan menyediakan Garis Panduan Perancangan yang mirip dengan Planning Policy Guidelines (United Kingdom) kepada negeri-negeri berkenaan dari semasa ke semasa. Apabila Draf RFN telah disiapkan, ia akan disemak oleh Jawatankuasa Kerja MPFN sebelum dikemukakan kepada MPFN untuk mendapat kelulusan. RFN yang telah diluluskan, perlu disahkan oleh Kabinet. Dasar-dasar dan cadangan-cadangan RFN yang melibatkan bidang kuasa Majlis Berperlembagaan seperti MTN, MNKT dan MKN akan dibentangkan kepada Majlis-majlis yang berkenaan. Keputusan-keputusan Majlis Berperlembagaan ini harus dipatuhi oleh kerajaan negeri. 6-7

225 Rajah 6.1 : Sistem Perancangan Pembangunan Negara Bersepadu Parlimen Majlis Raja-Raja Yang Di-Pertuan Agong Pelaksanaan dan Penyelarasan Projek Kabinet Persidangan Menteri Besar Persidangan Setiausaha Negeri Majlis Berperlembagaan Majlis Tanah Negara Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan Majlis Kewangan Negara Jabatan Perdana Menteri Majlis Pembangunan Negara Jawatankuasa Kerja Pembangunan Negara Jawatankuasa Perhubungan Persekutuan dan Negeri Kementerian UPP Agensi /Jabatan Menteri Besar/ Ketua Menteri MMKN Setiausaha Persekutuan Bagi Sabah dan Sarawak Setiausaha Negeri Majlis Pembangunan Negeri Pegawai Daerah Negeri Perancangan Ekonomi dan Pembangunan Negara Majlis Ekonomi Negara Jawatankuasa Kerja Perancangan Pembangunan Negara UPE KPAA Jawatankuasa Perancangan Ekonomi Negeri UPEN Perancangan Fizikal Negara Majlis Perancang Fizikal Negara Jawatankuasa Kerja MPFN JPBD SM KPAA Jawatankuasa Perancang Negeri JPBD Negeri Pihak Berkuasa Perancang Tempatan 6-8

226 Rajah 6.2: Cadangan Struktur Perancangan Fizikal Negara Parlimen Kabinet Majlis Perancang Fizikal Negara Pengerusi : Perdana Menteri Menteri-menteri Persekutuan Menteri Besar/ Ketua Menteri Setiausaha : KP JPBD SM Majlis Berperlembagaan Majlis Tanah Negara Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan Majlis Kewangan Negara Urusetia : JPBD SM Dasar Sektoral Majlis Biodiversiti- Bioteknologi Negara Majlis Perumahan Negara Majlis Teknologi Maklumat Negara Majlis Sumber Air Negara Majlis Kualiti Alam Sekeliling Majlis Teknologi Hijau Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara Jawatankuasa Kerja MPFN Agensi Perancangan Fizikal Institusi Penyelidikan Pengerusi : Menteri bagi Perancangan Bandar Organisasi Bukan Kerajaan, Kumpulan Berkepentingan Badan Profesional Pakar Perancang Bandar Peringkat Antarabangsa dan Negara Institut Penyelidikan dan Universiti Pengerusi : Ketua Setiausaha KPKT Setiausaha : KP JPBD Ketua Agensi/ Jabatan Kerajaan Urusetia : JPBD SM Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia KPAA Institut Penyelidikan Perancangan dan Pembangunan Spatial Urusetia : JPBD SM KKT Jawatankuasa Perancang Negeri JPBD Negeri Pengerusi : Menteri Besar/ Ketua Menteri Jabatan Teknikal Setiausaha : Pengarah JPBD Negeri Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Jabatan Perancangan Bandar dalam PBT 6-9

227 6.1.5 Struktur Institusi Perancangan Fizikal Negara i. Majlis Perancang Fizikal Negara MPFN ditubuhkan di bawah Seksyen 2A (1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Fungsi Majlis ini adalah: a. Untuk menggalakkan di dalam negara, dalam rangka dasar negara, perancangan bandar dan desa sebagai suatu alat yang berkesan dan efisien bagi memperelok persekitaran dari segi fizikal dan ke arah pencapaian suatu pemajuan yang mampan di dalam negara; b. Untuk menasihati Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri, mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa yang dikehendaki di bawah Akta 172. Ini merangkumi pembentukan dasardasar negara dan lain-lain hal yang dirujuk kepadanya oleh kerajaan negeri dan lain-lain majlis dan jawatankuasa yang ditubuhkan. c. Untuk meluluskan Draf Rancangan Fizikal Negara dan mengkaji semula dokumen tersebut seiringan dengan RMLT untuk menyelaraskan pembangunan fizikal di peringkat negara dan wilayah bagi memastikan suatu bentuk pembangunan yang mampan. d. Untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Perancangan Wilayah (mengikut keperluan) bagi perancangan kawasan yang melibatkan dua atau lebih negeri. e. Untuk merumuskan satu set peraturan dan garis panduan yang seragam mengenai prosedur perancangan di dalam negara. f. Untuk menasihati Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) terhadap mana-mana permohonan kebenaran merancang dan pelan-pelan yang perlu dirujuk kepada Majlis untuk nasihat. g. Untuk memberi arahan kepada Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa mengenai perkara yang selaras dengan peruntukan di dalam Akta 172. h. Untuk melaksanakan apa-apa tugas lain yang diberikan kepada Majlis di bawah Akta 172. Ahli-ahli MPFN adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual

228 Jadual 6.1: Keahlian MPFN Ahli-ahli tetap di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ialah: 1. Pengerusi: Perdana Menteri 2. Timbalan Pengerusi : Timbalan Perdana Menteri 3. Menteri; 4. Menteri yang bertanggungjawab bagi perumahan dan kerajaan tempatan, jika dia bukan juga menteri yang bertanggungjawab bagi perancang bandar dan desa; 5. Menteri Kewangan; 6. Menteri yang bertanggungjawab bagi Tanah; 7. Menteri Besar atau Ketua Menteri tiap-tiap Negeri; 8. Menteri Wilayah Persekutuan; dan 9. Tidak lebih daripada tujuh ahli lain yang dilantik oleh Pengerusi. Tujuh ahli lain yang dilantik oleh Pengerusi adalah: 1. Menteri Kerja Raya 2. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 3. Menteri Pengangkutan 4. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 5. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air 6. Ketua Setiausaha Negara 7. Peguam Negara Setiausaha Majlis ialah Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa ii. Jawatankuasa Kerja Majlis Perancang Fizikal Negara Fungsi-fungsi jawatankuasa ini ialah: a. Membincang dan menyemak semula isu-isu yang berkaitan dengan perancangan fizikal negara sebelum diputuskan oleh MPFN. b. Menyediakan rangka kerja bagi asas rujukan untuk penyediaan dan kajian semula RFN. c. Menyemak Draf RFN sebelum dibentangkan kepada MPFN untuk kelulusan. d. Mengenalpasti isu, projek dan program perancangan spatial yang mempunyai implikasi kewangan yang memerlukan perhatian daripada Majlis Perancangan Pembangunan Negara (MPPN) atau Majlis Kewangan Negara. e. Mengkaji semula semua Garis Panduan Perancangan untuk kelulusan MPFN. f. Mengkaji semula permohonan perancangan strategik yang dirujuk kepada MPFN untuk nasihat di bawah Seksyen 22 (2A) Akta 172. Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja MPFN adalah seperti berikut (Jadual 6.2): 6-11

229 Jadual 6.2: Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja MPFN 1. Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai Pengerusi 2. KSU Kementerian Kewangan 3. KSU Kementerian bertanggungjawab bagi Tanah 4. KSU Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar 5. KSU Kementerian Kerja Raya 6. KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 7. KSU Kementerian Pengangkutan 8. KSU Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 9. KSU Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air 10. KSU Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 11. Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia 12. Wakil-wakil lain yang berkaitan mengikut keperluan Setiausaha Majlis ialah Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa iii. Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara RFN Ke-2 menyarankan satu Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara (PPPFN) ditubuhkan untuk menasihati Menteri mengenai isu-isu perancangan bandar dan desa dalam negara ini (Jadual 6.3). Panel ini merupakan satu aspek penting di dalam proses perundingan dalam penyediaan RFN. Fungsi yang dicadangkan untuk PPPFN adalah: a. Menasihati Menteri mengenai isu-isu yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa di dalam negara ini. b. Ahli-ahli panel ini dikehendaki menyiapkan laporan ringkas untuk dibincangkan dan juga akan menjadi input kepada penyediaan dan kajian semula RFN tersebut. c. Membentangkan pandangan dan rungutan pihak awam yang berkaitan dengan perancangan fizikal. Ahli panel ini dipilih melalui jemputan dan hendaklah disertai oleh ahli-ahli seperti di Jadual 6.3. Jadual 6.3: Ahli-ahli Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara (PPPFN) 1. Menteri yang bertanggungjawab bagi perancangan bandar dan desa sebagai Pengerusi 2. Ketua Pengarah JPBD SM sebagai Timbalan Pengerusi 3. Ahli-ahli Badan Profesional/Institut 4. Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan dengan pembangunan, pemuliharaan dan alam sekitar 5. Institut Penyelidikan dan Universiti 6. Majlis Perniagaan seperti FMM dan REHDA 7. Pakar-pakar asing dan tempatan yang terkenal dalam bidang perancangan bandar 8. Kumpulan-kumpulan berkepentingan khas yang berkaitan mengikut keperluan Urusetia adalah JPBD Semenanjung Malaysia 6-12

230 iv. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Agensi perancangan fizikal negara adalah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD SM). Berdasarkan Akta 172, Ketua Pengarah JPBD SM dikehendaki menyediakan RFN. Fungsi-fungsi utama Jabatan ini adalah: a. Memberi nasihat kepada Kerajaan Persekutuan dalam semua hal perancangan yang berkaitan dengan penggunaan dan pembangunan tanah; b. Bertindak sebagai urusetia kepada Majlis Perancang Fizikal Negara yang dibentuk di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172); c. Menggalakkan sistem perancangan yang komprehensif, efektif dan efisien melalui undang-undang, metodologi, kajian, piawaian dan prosedur perancangan; d. Menterjemahkan dasar sosioekonomi nasional kepada bentuk fizikal dan spatial mengikut formula guna tanah dan dasar serta program penempatan; e. Membantu kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi kerajaan dalam penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu RS, RT; dan f. Menyelia, mengemaskini dan menerbitkan perangkaan, buletin dan kaedah yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa. Bahagian Rancangan Fizikal Negara (BRFN) di bawah JPBD SM perlu diperkukuhkan untuk memastikan RFN disemak dari semasa ke semasa. Ini akan melibatkan pertambahan dalam kakitangan dengan kemahiran yang sesuai, di samping mempertingkatkan kemampuan GIS bagi jabatan ini. v. Institut Penyelidikan Perancangan dan Pembangunan Spatial Apabila negara menjadi lebih maju dan semakin bersifat perbandaran, usaha yang lebih gigih perlu dijalankan untuk melonjakkan tahap penyelidikan dalam bidang perancangan bandar dan luar bandar. RFN perlu mendapat manfaat melalui penyelidikan dan pembangunan yang terkini dalam perancangan spatial. Justeru itu, kerajaan perlu menubuhkan satu Institut Penyelidikan Perancangan dan Pembangunan Spatial (SPRDI) bagi penerusan program penyelidikan dan pembangunan serta latihan dalam perancangan fizikal negara. Institut ini seharusnya bertindak sebagai satu badan yang berautonomi dengan mendapat bantuan penuh kerajaan. Ianya boleh ditubuhkan mengikut model Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) yang mempunyai kuasa penuh untuk mengambil dan memberhentikan kakitangannya. Adalah penting juga bahawa institut penyelidikan ini mempunyai pasukan penyelidik dari pelbagai disiplin dan saling melengkapi yang merangkumi perancang bandar, pereka bentuk bandar, jurutera, pakar ekonomi, pakar alam sekitar, perancang pengangkutan dan penganalisis impak sosial untuk mengendalikan penyelidikan terhadap pelbagai pandangan dan isu yang berbeza 6-13

231 yang memberi kesan ke atas perancangan bandar dan luar bandar. Sebahagian daripada tanggungjawab insitut penyelidikan ini adalah untuk membantu Ketua Pengarah JPBD SM dan MPFN dalam pembentukan Garis Panduan Dasar Perancangan dan menyediakan penyelidikan, kertas kerja dan bahan-bahan terbitan yang berkenaan. Ianya boleh menjadi satu perkongsian awam dan swasta melibatkan kerajaan, Institut Perancang Bandar Malaysia (MIP), universiti dan sektor swasta seperti REHDA. Pembiayaan antarabangsa untuk projek-projek boleh diperolehi melalui perjanjian dua hala dengan agensi antarabangsa yang terkemuka. Sebagai alternatif diperingkat permulaan institut ini boleh, ditubuhkan sebagai Pusat Kecemerlangan di dalam salah satu universiti penyelidikan utama dalam negara. Adalah menjadi amalan dimana institut penyelidikan diperlukan untuk memberi sokongan kepada program-program perancangan fizikal negara. Sebagai contohnya Korea Research Institute for Human Settlement (Korea), Habitat (Nairobi), International Centre for Sustainable Cities (Kanada) dan International Institute for Urban Environment (Belanda). Untuk memberikan satu gambaran mengenai struktur yang dicadangkan untuk SPDRI, rujukan ringkas ke atas beberapa institut penyelidikan, dengan objektif yang hampir sama, akan memberi gambaran tentang bentuk SPDRI pada masa hadapan. Antara institut tersebut adalah : Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) merupakan think-tank Malaysia yang pertama dan ditubuhkan pada 8 April 1983 di bawah Akta Syarikat. Ini adalah satu organisasi yang tidak mementingkan keuntungan dan mempunyai kuasa autonomi. Ia menjalankan penyelidikan dalam pelbagai bidang strategik dan menyediakan khidmat perundingan. Kajian yang dijalankan meliputi bidang yang berkepentingan negara seperti pertahanan, keselamatan dan hubungan luar negara, urusan ekonomi negara dan antarabangsa, pembangunan negara, sains, teknologi, industri, tenaga dan sumber asli, serta persefahaman dan kerjasama antarabangsa. Lincoln Institute di Amerika Syarikat yang ditubuhkan untuk mempertingkatkan perbincangan mengenai pembangunan bandar, persekitaran alam bina, dan dasar percukaian di Amerika Syarikat dan luar negara, khususnya melalui penyelidikan, latihan, persidangan, projek-projek demonstrasi, penerbitan dan multimedia untuk meningkatkan kualiti, membuat analisis nonpartisan dan penilaian ke atas, prosedur perancangan serta keputusan dasar. Korea Research Institute for Human Settlement (KRIHS) ditubuhkan pada tahun 1978 untuk menangani isu-isu dasar fizikal dan mempromosikan penggunaan sumber tanah yang lebih efisien di Korea Selatan. Ia merupakan agensi penyelidikan kerajaan dan pada tahun 1999, ia diletakkan di bawah Pejabat Perdana Menteri Korea melalui Majlis Ekonomi dan Institut Penyelidikan Sosial, sebuah badan kawal selia ke atas semua institut penyelidikan yang terlibat dalam kajian ekonomi dan sosial. KRIHS mengendalikan kajian mengenai topik fizikal seperti pembangunan bandar dan wilayah, infrastruktur, guna tanah, pengangkutan dan maklumat geospatial. 6-14

232 The International Centre for Sustainable Cities (ICSC) ditubuhkan pada tahun 1993 sebagai satu perkongsian di antara tiga peringkat pentadbiran di Kanada, sektor swasta dan pertubuhan masyarakat awam. Ia ditadbir oleh satu Lembaga Pengarah yang terdiri daripada organisasi swasta, sektor awam dan pertubuhan masyarakat awam. ICSC mempunyai sejumlah kecil kakitangan utama dan disokong oleh sebuah panel antarabangsa penasihat, rakan kongsi, organisasi, persatuan, dan bandar-bandar lain. Objektif ICSC adalah untuk menterjemah kemampanan bandar ke dalam tindakan praktikal dengan membentuk kerjasama antara komuniti perniagaan, pertubuhan masyarakat awam dan kerajaan. Untuk mempromosikan tindakan tersebut, ICSC menjalankan projek demonstrasi terhadap reka bentuk bandar, perancangan guna tanah, pengangkutan, sisa pepejal, penghijauan bandar, kecekapan tenaga, mitigasi bencana, pembasmian kemiskinan, urus tabdir dan proses penyertaan awam. Selain itu, ia menubuhkan satu platform untuk berkongsi pengetahuan dan inovasi dalam perancangan bandar di antara bandar-bandar melalui sistem yang dikenali sebagai Sustainable Cities : Plus Network. Ia menyokong rangkaian pembelajaran dengan menghubungkan bandar-bandar untuk berkongsi pengetahuan dan saling mempelajari antara satu sama lain. Pembiayaan adalah melalui penjualan perkhidmatan, geran dan sumbangan daripada sektor swasta dan awam, agensi antarabangsa, yayasan dan individu. Antara penyumbang utamanya adalah Canadian International Development Agency (CIDA). The International Institute for Urban Environment (IIUE) yang berpusat di Belanda, mempromosikan pembangunan bandar yang mampan melalui penyelidikan dan projek demonstrasi. Ia mempunyai hubungan dengan program pembiayaan di dalam Kesatuan Eropah dan boleh membantu untuk mendapatkan pembiayaan Kesatuan Eropah untuk projek-projek demonstrasi serta mencari rakan kongsi untuk menyokong projek dan menyelaraskan projek-projek tersebut. Beberapa projek perintis IIUE termasuk 'Triodos' (penilaian kemampanan bangunan pejabat), MILUnet atau Multifunctional Intensive Land Use Network (sebuah projek untuk menangani rebakan bandar dan kemerosotan fungsi pembangunan pusat bandar, bandar dan luar bandar) dan Climate Proof Cities (sebuah projek untuk membentuk rangkaian dan kerjasama antara bandar-bandar Eropah untuk menyesuaikan bandar masingmasing dengan perubahan iklim). IIUE sedang melaksanakan projek Child Friendly Cities, ENGINE yang berfokus kepada identiti warisan budaya luar bandar di Barat Laut Eropah; RISE, sebuah projek pembangunan semula kawasan perumahan bertingkat pasca-perang yang mengalami imej buruk dan tersisih; dan projek Living Green EU Partnership yang meninjau penggunaan teknologi tenaga. Sebagai langkah sokongan, KPKT telah menubuhkan sebuah institut latihan yang bertujuan untuk menyediakan latihan kepada kakitangan daripada pihak berkuasa tempatan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan perancangan bandar, pengurusan sisa pepejal, pengurusan perumahan, pengurusan pihak berkuasa tempatan, perancangan landskap, undang-undang pihak berkuasa tempatan dan penguatkuasaan undang-undang. 6-15

233 vi. Kumpulan Perancangan Antara Agensi dan Kumpulan Kerja Teknikal Kumpulan Perancangan Antara Agensi (KPAA) dan Kumpulan Kerja Teknikal (KKT) merupakan perwakilan yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan NGO yang ditubuhkan khas untuk penyediaan kajian semula RFN dan diurusetiakan oleh JPBD SM. KPAA akan merangka asas rujukan bagi kajian semula. Kajian semula ini akan menjurus kepada isu-isu spatial negara seperti mana yang dikenal pasti oleh KPAA dalam jangka masa lima tahun. Terdapat juga keperluan untuk mengesahkan RFN- KPAA secara rasmi seperti mana penyediaan RMLT oleh UPE dan Dialog Bajet Tahunan oleh Perbendaraan. KPAA boleh diwujudkan bagi lapan (8) tema RFN Ke-2. Ahli-ahli KPAA akan menyediakan input data yang berkenaan dan kertas kerja untuk dipertimbangkan mengenai isu-isu perancangan semasa untuk dimasukkan dalam kajian semula. Ini boleh menjadi satu program penglibatan yang berterusan dan dilaksanakan setiap kali RFN dikaji semula. KKT yang spesifik boleh dibentuk pada dan bila diperlukan untuk menangani isu-isu utama berkaitan dengan pengagihan penduduk dan sasaran pertumbuhan mengikut wilayah dan negeri Penyertaan Awam di dalam Penyediaan RFN Penyertaan awam di dalam penyediaan RFN adalah dalam bentuk perundingan dengan Pihak Berkuasa Negeri, Lembaga Utiliti dan pembekal perkhidmatan serta dialog dengan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang terpilih. Akta 172 mengkehendaki Ketua Pengarah JPBD SM untuk berunding dengan setiap Pihak Berkuasa Negeri dan badanbadan lain seperti yang diarahkan oleh MPFN (Seksyen 6B (3) Akta 172). Publisiti secara menyeluruh perlu dilaksanakan semasa penyediaan dan penyemakan RFN. Pandangan pihak-pihak berkepentingan perlu juga diambil kira semasa penyediaan RFN tersebut. Kaedah lain yang bersesuaian untuk penglibatan awam termasuklah: i. Perbincangan Kumpulan Sasaran; ii. Sesi Dialog; iii. Membuat kajiselidik pendapat secara interaktif melalui media elektronik; dan iv. Pameran, seminar dan bengkel kerja. 6.2 Pelaksanaan RFN Ke-2 Dasar-dasar RFN Ke-2 merangkumi pelbagai isu yang mempunyai kesan terhadap pembangunan fizikal negara. Ini akan dilaksanakan oleh pelbagai agensi persekutuan dan negeri yang bertanggungjawab untuk melaksanakannya. Langkah-langkah yang disarankan untuk melaksanakan dasar ini dinyatakan di dalam Bab 5. Agensi-agensi pelaksana utama yang dikenal pasti untuk melaksanakan dasar tersebut ditunjukkan dalam Jadual 6.4. Sejajar dengan RMLT dan kitaran perancangan projek, agensi-agensi tersebut perlu mengambil tindakan proaktif untuk menterjemahkan dasar-dasar ini ke dalam bentuk pelan tindakan, program dan projek. Usaha yang menyeluruh perlu dilaksanakan dalam memastikan projek-projek ini diambil kira di dalam RMLT yang seterusnya. Justeru, ini memerlukan pewujudan hubungan mendatar dengan kitaran 6-16

234 perancangan ekonomi dan projek (Bahagian 6.2.6). Beberapa langkah pelaksanaan utama dijelaskan seperti berikut: Jadual 6.4: Pelaksanaan Dasar-dasar RFN Ke-2 Dasar-dasar Agensi Pelaksana Utama Inisiatif Pelaksanaan Utama RFN 1 RFN Ke-2 berperanan sebagai rangka kerja perancangan spatial negara untuk mencapai perancangan guna tanah yang bersepadu dan mampan serta selaras dengan dasar-dasar sektoral yang lain Agensi-agensi Persekutuan dan Negeri, JPBD SM Menterjemahkan dasar dan cadangan RFN dalam RS, RT dan Projek-projek Khas daripada Kementerian-kementerian. RFN 2 Pusat pertumbuhan bandar masa depan perlu ditumpukan di conurbation strategik Agensi-agensi Persekutuan dan Negeri, PKEN, Kementerian Pelajaran, MDeC, JPBD SM, Kementerian Pengangkutan Meletakkan aktiviti berasaskan bandar seperti pengusahaan perindustrian, institusi pendidikan dan latihan swasta, bandar siber dan kemudahan infrastruktur utama di pusat bandar strategik. RFN 3 Pendekatan pembangunan koridor perlu digunapakai dalam perancangan wilayah kurang maju untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan bagi mengurangkan ketidakseimbangan wilayah UPE, Agensi Pelaksanaan Koridor (ECERDC, NCIA,IRDA), JPBD SM, Kementerian Pelancongan Malaysia, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Sumber Manusia Menggalakkan kepelbagaian ekonomi khususnya dalam sektor pertanian dan pelancongan termasuk merapatkan jurang digital, mempercepatkan pembinaan infrastruktur utama dan menyediakan latihan teknikal serta program pembangunan sosial. RFN 4 Kerjasama di dalam perancangan fizikal dan pembangunan ekonomi antara Malaysia dan negara-negara serantau ASEAN perlu iperkukuhkan UPE, Kementerian Luar Negeri, Agensi-agensi Negeri, JPBD SM, Perkhidmatan Profesional, Perbadanan Pembangunan, Kementerian Kewangan Mempromosikan projek di Kawasan Pertumbuhan Wilayah, penubuhan Zon Ekonomi Khas, mengeksport perkhidmatan profesional dan pembangunan merentas sempadan. RFN 5 Perancangan pembangunan industri perlu menggunapakai strategi pembangunan holistik Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) untuk mencapai daya saing global melalui transformasi dan inovasi sektor pembuatan dan perkhidmatan MITI, PKEN, JPBD SM, Kementerian Kewangan Mengenal pasti kawasan industri baru, kluster perkhidmatan dan zon ekonomi khas secara spatial. 6-17

235 Dasar-dasar Agensi Pelaksana Utama Inisiatif Pelaksanaan Utama RFN 6 Kawasan Pertanian Utama perlu dipulihara khusus untuk tujuan pertanian dan pembangunan bandar dalam kawasan tersebut perlu dihadkan RFN 7 Lapan (8) Kawasan Jelapang Padi Strategik, iaitu muda (MADA), Kemubu (KADA), IADA Kerian-Sungai Manik, IADA Barat Laut Selangor, IADA Pulau Pinang, IADA Seberang Perak, IADA Terengganu Utara (KETARA), dan IADA Kemasin-Semerak perlu dipulihara JPBD SM, Jabatan Pertanian, MADA, Kada, IADA Kerian-Sg. Manik, IADA Barat Laut Selangor, IADA Pulau Pinang, IADA Seberang Perak, KETARA, IADA Kemasin- Semerak JPBD SM, JPS, Jabatan Pertanian, MADA, KADA, KETARA, IADA Pulau Pinang, IADA Kerian-Sg. Manik, IADA Seberang Perak, IADA Barat Laut Selangor, IADA Kemasin- Semerak, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kewangan JPBD SM perlu memastikan bahawa dasar ini diterapkan ke dalam semua rancangan pemajuan (RS dan RT). Semua sempadan kawasan ini perlu ditunjukkan dengan jelas di dalam semua rancangan pemajuan (RS dan RT). Agensi-agensi berkaitan dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berkaitan perlu memastikan kawasan-kawasan ini tidak dicerobohi. Mewartakan kawasan jelapang padi yang strategik. JPBD SM perlu memastikan bahawa dasar ini diterapkan ke dalam semua rancangan pemajuan (RS dan RT). Semua sempadan kawasan ini perlu ditunjukkan dengan jelas di dalam semua rancangan pemajuan (RS dan RT). Agensi-agensi berkaitan dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berkaitan perlu memastikan kawasan-kawasan ini tidak dicerobohi. Pembangunan dalam kawasan ini hanya akan dilaksanakan selepas perbincangan dan kelulusan daripada agensi-agensi yang berkaitan. JPS perlu memastikan sistem pengairan dan saliran dalam kawasan ini tidak dicerobohi oleh pembangunan. JPS perlu memastikan sistem pengairan dan saliran dalam kawasan ini diselenggara dan ditambah baik. RFN 8 Tanah padi sedia ada yang berpotensi di luar kawasan jelapang padi, perlu dilengkapi dengan infrastruktur yang sesuai untuk meningkatkan produktiviti dan hasil JPBD SM, JPS, Jabatan Pertanian, MADA, KADA, KETARA, IADA Pulau Pinang, IADA Kerian-Sg. Manik, IADA Seberang Perak, IADA Barat Laut Selangor, IADA Kemasin- Semerak, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT) JPBD SM perlu memastikan bahawa dasar ini diterapkan ke dalam semua rancangan pemajuan (RS dan RT). JPS perlu memastikan sistem pengairan dan saliran yang teratur disediakan. JKR perlu memastikan rangkaian jalan disediakan. Jabatan Pertanian perlu memastikan kawasankawasan ini tidak dicerobohi. Pembangunan dalam kawasan ini hanya dibenarkan selepas perundingan terperinci dan kelulusan pihak-pihak berkenaan diperolehi. JPS perlu memastikan sistem pengairan dan saliran dalam kawasan ini diselenggara dan ditambah baik. 6-18

236 Dasar-dasar Agensi Pelaksana Utama Inisiatif Pelaksanaan Utama RFN 9 Kawasan luar bandar dan Pusat Pertumbuhan Desa perlu dibangunkan agar masyarakat boleh menikmati pendapatan yang lebih tinggi dan kualiti hidup yang lebih baik FELDA, FELCRA, KEMAS, Pejabat Daerah, PBT, Jabatan Pertanian, RISDA, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan, LPP, MARDI, JPBD, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW), MARA FELDA, FELCRA dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) perlu memastikan kawasan masingmasing dimajukan. Pihak Berkuasa Negeri dan PBT menyediakan kepimpinan dalam pembangunan kawasan luar bandar. JPBD perlu memastikan bahawa kawasan luar bandar tidak ketinggalan dalam strategi- strategi pembangunan. JKR perlu menyediakan infrastruktur asas Aktiviti-aktiviti ekonomi perlu digerakkan ke kawasan luar bandar oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar dan Jabatan Perikanan perlu memperkukuhkan dan memperkenalkan Industri Asas Pertanian (IAT) ke kawasan luar bandar. RFN 10 Masyarakat orang asli perlu diintegrasikan dari segi spatial dan ekonomi ke dalam inisiatif pembangunan utama RFN 11 Sumber pelancongan semula jadi, kepelbagaian budaya dan warisan sejarah negara perlu dipulihara Pejabat Tanah, JKOA, JPBD, FELCRA, Pejabat Daerah, PBT, JKR, Jabatan Pertanian, RISDA, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia JPBD, UPEN, PBT, Kementerian Pelancongan Malaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Pihak Berkuasa Negeri perlu menyediakan tanah untuk Orang Asli bagi tujuan pertanian dan petempatan. JKOA perlu memastikan dasar ini dipatuhi. Agensi-agensi koperasi tanah perlu membangunkan kawasan ini secara komersial. JPBD SM perlu menerapkan dasar ini ke dalam semua rancangan pemajuan berstatut. Menubuhkan Jawatankuasa Usahasama Perancangan Pelancongan Negeri yang perlu melibatkan penyertaan sektor swasta dan organisasi bukan kerajaan (NGO). Menyediakan Pelan-pelan Tindakan untuk kawasan kritikal serta penyediaan infrastruktur pelancongan yang diperlukan termasuk papan tanda, penginapan, jalan akses, pembetungan dan pelupusan sisa pepejal. Menyediakan Pelan Tindakan untuk semua zon dan koridor pelancongan termasuk penentuan sempadan untuk tujuan kawalan pembangunan. RFN 12 Zon pembangunan pelancongan di setiap negeri perlu menekankan produk khusus wilayah berdasarkan kelebihan lokasi dan sumber sedia ada UPEN, JPBD SM, PBT, Kementerian Pelancongan Malaysia, Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri, NGO Mengkaji semula Dasar Pelancongan Negara untuk menerapkan prinsip dan cadangan pembangunan pelancongan spatial. Penyertaan daripada semua pihak berkepentingan yang berkaitan bagi memastikan penyertaan yang lebih luas dan persetujuan umum untuk mencapai pelancongan mampan. Pemantauan secara berkala atas impak dan memperkenalkan langkah pencegahan dan 6-19

237 Dasar-dasar Agensi Pelaksana Utama Inisiatif Pelaksanaan Utama pembetulan yang bersesuaian atau di mana yang perlu. Mengekalkan tahap kepuasan pelancong yang tinggi dan pengalaman bermakna kepada mereka, meningkatkan tahap kesedaran mereka terhadap isu kemampanan dan mempromosikan amalan pelancongan mampan di kalangan pelancong. Menyediakan inventori data asas semasa mengenai keadaan semasa produk pelancongan, sumberjaya dan aktiviti ekonomi dalam negara atau negeri serta kawasan persempadanan dan pemantauan berkala ke atas impak impak. RFN 13 Infrastruktur dan kemudahan pelancongan berkualiti tinggi perlu disediakan bagi mempertingkatkan keselesaan dan keselamatan pelancong tanpa menjejaskan kualiti alam sekitar RFN 14 Tumpuan pertumbuhan bandar perlu ditampung di dalam conurbation yang dirancang dan dimajukan secara bersepadu selaras dengan Dasar Perbandaran Negara RFN 15 Pertumbuhan empat conurbation utama Iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan perlu disokong untuk mempertingkat daya saing di peringkat global RFN 16 Keutamaan perlu diberi untuk mencapai tahap bandar padat yang cekap tenaga Kementerian Pelancongan Malaysia, Jabatan Taman Laut, Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri, Jabatan Muzium (Persekutuan dan Negeri), Jabatan Perhutanan Sem. Malaysia, PERHILITAN, Kementerian Kesihatan, MAHB, Kementerian Kerja Raya, Persatuan Hotel Malaysia (MAH), MATTA, PBT, JPBD SM Agensi-agensi Persekutuan dan Negeri, JPBD SM, UPE Agensi-agensi Persekutuan dan Negeri, JPBD SM, UPE Agensi-agensi Persekutuan dan Negeri, JPBD SM, PBPT, UPE Penyediaan Pelan Induk Pelancongan untuk semua negeri yang merangkumi perancangan infrastruktur dan kemudahan sokongan pelancongan, pelan warisan budaya, koridor biodiversiti dan pelancongan negara. Penyediaan Pelan Tindakan Persediaan Bencana untuk semua destinasi pelancongan utama. Penyediaan satu set inventori produk pelancongan yang komprehensif di peringkat negeri dan memantau serta melaporkan status secara tahunan kepada Kementerian Pelancongan. Menyediakan rancangan wilayah untuk conurbation yang berkaitan. Mengenalpasti dan memberi keutamaan kepada projek-projek yang bertujuan untuk mengurangkan jurang ketidakseimbangan antara wilayah. Menubuhkan Jawatankuasa Perundingan yang melibatkan PBT. Menubuhkan Jawatankuasa Perancangan Wilayah untuk conurbation dan inisiatif-inisiatif sokongan lain dalam aspek ICT, kesihatan, pelancongan dan sistem pengangkutan awam. Melaksanakan perancangan bandar yang komprehensif termasuk pembentukan had sempadan bandar di dalam semua RT. 6-20

238 Dasar-dasar Agensi Pelaksana Utama Inisiatif Pelaksanaan Utama RFN 17 Bandar berciri khas perlu dikenalpasti dan projek pembangunan yang memperkukuhkan ciri-ciri istimewa tersebut perlu disokong dengan infrastruktur yang bersesuaian JPBD SM, Kementerian Pelancongan Malaysia, IMT-GT, UPE Menyediakan program-program pembangunan yang sesuai untuk mempertingkatkan ciri-ciri istimewa bagi Bandar-bandar Berciri Khas. RFN 18 Pusat petempatan utama dan pusat petempatan kecil perlu dikekal dan dibangunkan mengikut potensi ekonomi setempat RFN 19 Perumahan mampu milik yang mencukupi dan dilengkapi dengan kemudahan komuniti termasuk kemudahan dan perkhidmatan keselamatan perlu disediakan di pusat bandar utama untuk memenuhi keperluan penduduk RFN 20 Piawaian perancangan dan garis panduan pembangunan bandar perlu dirangka bagi memenuhi keperluan sebuah negara maju RFN 21 Satu agensi pusat perlu dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan secara berkala maklumat pembangunan guna tanah RFN 22 Kawasan Sensitif Alam Sekitar perlu diintegrasi ke dalam perancangan dan pengurusan guna tanah dan sumber alam semula jadi Agensi-agensi Persekutuan dan Negeri, JPBD SM, KKLBW, Jabatan Pertanian KPKT, PBN, PBT, Sektor Swasta, REHDA Agensi-agensi Persekutuan dan Negeri, JPBD SM Agensi-agensi Persekutuan dan Negeri, JPBD SM, PBN, PBT, Jabatan Tanah dan Galian, JUPEM, Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), MyGDI, sektor Swasta Jabatan Perhutanan Sem. Malaysia, JAS, JPBD SM, PERHILITAN, PBT, PBN, Agensi-agensi Pembangunan Wilayah (NCIA, ECERDC & IRDA) Menyediakan kemudahan awam, menggalakkan industri asas sumber dan kraf untuk memajukan pusat petempatan utama dan petempatan kecil. Menyelaraskan perancangan dan pembangunan bandar-bandar sempadan antara negeri. Menilai situasi perumahan yang sedia ada (penawaran, permintaan, harga, dll) untuk merangkakan program perumahan terutama di pusat bandar. Menyediakan infrastruktur, kemudahan awam dan ameniti yang mencukupi di kawasan perumahan. Kajian semula terhadap piawaian perancangan secara komprehensif perlu dilaksanakan. JPBD SM perlu dilantik sebagai agensi pusat yang bertanggungjawab untuk menerbitkan maklumat pembangunan guna tanah secara berkala. RS dan RT perlu mengenal pasti kawasankawasan berpotensi dan mencadangkan projek pembangunan melalui perundingan dengan sektor swasta. Menentukan sempadan KSAS dan zon penampan di dalam RS dan RT. 6-21

239 Dasar-dasar Agensi Pelaksana Utama Inisiatif Pelaksanaan Utama RFN 23 Central Forest Spine akan diwujudkan bagi membentuk tulang belakang rangkaian Kawasan Sensitif Alam Sekitar RFN 24 Ekosistem persisiran pantai dan marin yang sensitif perlu dilindungi dan digunakan secara mampan Jabatan Perhutanan Sem. Malaysia, JAS, PERHILITAN, JPBD SM JPS, JPBD SM, PERHILITAN, Jabatan Perikanan, Jabatan Laut, JAS Mengenal pasti Central Forest Spine dalam Rancangan Pemajuan dan merangka pelan pengurusan yang sesuai untuk CFS. Mengenal pasti dan memelihara hutan paya bakau, tapak pendaratan penyu, taman laut dan tapak pendaratan bagi burung migrasi. Kawasankawasan ini perlu dilindungi dengan peruntukan undang-undang atau dikenal pasti sebagai KSAS di dalam RS dan RT. Mengenal pasti sumber-sumber dalam Zon Ekonomi Eksklusif dan membangunkannya mengikut kesesuaian. RFN 25 Pembangunan di tanah tinggi perlu dikawal dengan tegas bagi melindungi keselamatan manusia dan mengekalkan kualiti persekitaran dan biodiversiti RFN 26 Semua sumber air permukaan dan air bawah tanah adalah aset strategik yang perlu dilindungi dan diuruskan secara mampan RFN 27 Rangka Kerja perancangan spatial perlu mengambil kira langkah-langkah mitigasi dan adaptasi terhadap kesan-kesan perubahan iklim RFN 28 Rangkaian pengangkutan negara bersepadu perlu diwujudkan dengan mengambil kira hubungan antara guna tanah dan pengangkutan RFN 29 Satu sistem rel berkelajuan tinggi bersepadu negara perlu diwujudkan bagi melengkapi rangkaian rel sedia ada UPE, PTG, PBPT, JPBD SM, JKR (Bahagian Kejuruteraan Cerun) JMG, JPS, Pihak Berkuasa Bekalan Air, Jabatan Perhutanan Sem. Malaysia, JAS, JPBD SM, PBN NAHRIM, JPBD SM, JMG, JPS, Jabatan Pertanian, Jabatan Meteologi Malaysia (JMM) UPE, MOT, Kementerian Kerja Raya, JKR, JPBD SM, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) MOT, JPBD SM, Kementerian Kewangan, UPE Mengguna pakai garis panduan dan cadangan daripada Kajian Pembangunan Mampan Bagi Tanah Tinggi Banjaran Utama Di Semenanjung Malaysia, UPE Menyediakan RKK untuk Kawasan Pengurusan Khas Menentukan sumber tanah dan bawah tanah serta kawasan recharge dan merangka pelan pengurusan yang sesuai. Menentukan impak perubahan iklim dan melaksanakan langkah adaptasi untuk mengurangkan kesan impak. Menyediakan Dasar Integrasi Guna Tanah Pengangkutan. Menyediakan kajian feasibiliti, mengenal pasti koridor rel dan hab-hab pengangkutan melalui RS dan RT. 6-22

240 Dasar-dasar Agensi Pelaksana Utama Inisiatif Pelaksanaan Utama RFN 30 Rangkaian jalan raya negara perlu diperluaskan untuk kemudahsampaian di peringkat wilayah dan tempatan RFN 31 Lapangan terbang dan pelabuhan utama perlu dibangunkan mengikut fungsi yang saling melengkapi bagi memperkukuh daya saing ekonomi negara dan memudahkan ketibaan pelancong RFN 32 Konsep Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) perlu digalakkan sebagai asas perancangan guna tanah bandar bagi memastikan kebolehlaksanaan pengangkutan awam RFN 33 Sistem pengangkutan awam bersepadu perlu dibangunkan di semua pusat bandar utama HPU, JKR, JPBD SM, Kementerian Kerja Raya, LLM UPE, MOT, Kementerian Kewangan, Pihak Berkuasa Pelabuhan, Jabatan Laut MOT, PBT, JPBD SM UPE, MOT, JPBD SM, PBT, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Membangunkan jalan-jalan utama dalam koridor pertumbuhan Menyediakan Pelan Induk Pelabuhan Negara. Mempertingkatkan infrastruktur sokongan dan kemudahan di lapangan terbang dan pelabuhan utama. Mengenal pasti TOD untuk kawasan conurbation, RS dan RT di dalam Pelan Rancangan Wilayah. Menyediakan Pelan Integrasi Guna Tanah- Rangkaian Pengangkutan untuk kawasan bandar. Memperkenalkan pembangunan bandar padat dan sistem pengangkutan awam berintegrasi di semua pusat bandar. Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam termasuk bas dan rel di semua pusat bandar. RFN 34 RFN Ke-2 akan menyediakan rangka kerja spatial bagi penyampaian perkhidmatan infrastruktur bersepadu di peringkat negara, wilayah dan conurbation utama JPBD SM, KPKT, KeTTHA, Suruhanjaya Pengurusan Sisa Pepejal Negara (NSWNC), JPS, TNB, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP), SPAN, Suruhanjaya Tenaga (ST) Penyediaan dasar-dasar Negara bagi semua aspek infrastruktur iaitu sistem pembetungan, bekalan air, tenaga, teknologi hijau dan lain-lain. 6-23

241 Dasar-dasar Agensi Pelaksana Utama Inisiatif Pelaksanaan Utama RFN 35 Infrastruktur bekalan air yang bersesuaian termasuk kerjakerja sumber, loji rawatan, rangkaian penghantaran dan pengagihan perlu disediakan bagi semua kawasan petempatan RFN 36 Kemudahan sistem pembetungan yang bersesuaian dan mencukupi perlu disediakan bagi semua kawasan dengan kemudahan pengumpulan, rawatan dan pelupusan sisa kumbahan dan enap cemar RFN 37 Semua petempatan perlu disediakan dengan satu rangkaian pelupusan sisa pepejal bersepadu dan/atau dilengkapi dengan kemudahan pemulihan RFN 38 Infrastruktur perparitan perlu disediakan bagi semua petempatan untuk membendung kejadian banjir besar, banjir kecil dan pencemaran RFN 39 Loji janakuasa elektrik dan rangkaian penghantaran dan pengagihan utama adalah aset strategik yang perlu ditempatkan di lokasi yang bersesuaian untuk menyediakan bekalan tenaga yang andal dan efisien kepada pengguna JPBD SM, PBN, KeTTHA, SPAN, Pihak Berkuasa Bekalan Air Negeri JPBD SM, KeTTHA, SPAN, IWK JPBD SM, KPKT, Majlis Sumber Air Negara, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPA) JPBD SM, JPS, PBT JPBD SM, KeTTHA, TNB Merangka dan melaksanakan Dasar Air Negara dan Kajian Sumber Air Negara. Merangka Dasar Pembetungan Negara. Menggalakkan pengurusan sisa pepejal dan mengenal pasti loji rawatan kumbahan di kawasan bandar-bandar utama. Melaksanakan MSMA dan merangka garis panduan perparitan untuk petempatan desa. Membekalkan tenaga yang mencukupi dan menempatkan stesen penjana elektrik dan pencawang masuk utama (PMU) di kawasan yang saling melengkapi guna tanah di sekitarnya. 6-24

242 Dasar-dasar Agensi Pelaksana Utama Inisiatif Pelaksanaan Utama RFN 40 Loji pemprosesan gas asli serta rangkaian paip penghantaran dan pengagihannya perlu dikenalpasti bagi menyediakan bekalan gas asli yang andal dan efisien kepada pengguna JPBD SM, KeTTHA, TNB Merangka satu dasar negara berhubung penggunaan dan bekalan gas. RFN 41 Kemudahan dan infrastruktur rangkaian komunikasi perlu disediakan di semua petempatan JPBD SM, KeTTHA, SKMM Memperkembangkan konsep bandar siber ke kawasan lain dalam negara, mengurangkan jurang digital di antara bandar dan luar bandar, serta mempromosikan penggunaan ICT di sektor kerajaan dan swasta Pematuhan Rancangan Struktur Negeri Kepada RFN Ke-2 Cadangan-cadangan RFN Ke-2 akan dilaksanakan melalui semua RS yang perlu mematuhi cadangan-cadangan RFN Ke-2 secara umumnya. Oleh kerana, RS adalah dokumen yang diwartakan, ia akan menyediakan asas perundangan untuk melaksanakan dasar-dasar tersebut. Secara umumnya, ini akan dilaksanakan melalui kaedah berikut: i. Semasa menyemak semula RS, Pengarah JPBD Negeri dikehendaki mengkaji dasar-dasar RFN dan dasar-dasar lain berhubungan dengan ekonomi negara, sosial, fizikal, alam sekitar dan pemuliharaan negara. ii. Draf RS perlu mengandungi perkara-perkara yang telah ditetapkan oleh JPN dan MPFN. MPFN juga akan meluluskan atau mengeluarkan garis panduan perancangan dari semasa ke semasa dan adalah tanggungjawab setiap negeri untuk mematuhi garis panduan tersebut dalam RS. iii. Semasa mempertimbangkan kelulusan Draf RS, JPN perlu berunding dengan MPFN untuk mendapatkan panduan dan nasihat. Jika JPN gagal membuat keputusan dalam masa 6 bulan selepas tarikh penyerahan, Pengarah JPBD Negeri boleh merujuk Draf RS kepada MPFN untuk mendapatkan keputusan. iv. Sebagai tambahan, dicadangkan satu Sijil Pematuhan dikeluarkan oleh MPFN kepada Pengarah JPBD Negeri masing-masing sebelum Draf RS dipamerkan untuk bantahan awam. 6-25

243 6.2.2 Nasihat MPFN Berkaitan dengan Pembinaan Infrastruktur Strategik, Bandar Baru Berskala Besar dan Pembangunan di dalam KSAS Selaras dengan peruntukan subseksyen 22 (2A) Akta 172, semua permohonan kebenaran merancang yang melibatkan perkara-perkara yang berkepentingan negara perlu dirujuk kepada MPFN untuk mendapatkan nasihat. Permohonan yang dikemukakan di bawah seksyen ini adalah : i. Pembangunan perbandaran baru bagi penduduk yang melebihi sepuluh ribu, atau meliputi kawasan yang lebih daripada satu ratus hektar, atau kedua-duanya; ii. Pemajuan bagi pembinaan apa-apa infrastruktur atau kemudahan utama seperti lapangan terbang, pelabuhan laut, landasan kereta api, lebuh raya, empangan, stesen jana kuasa utama dan tapak pembuangan sisa toksik; atau iii. Pemajuan yang melibatkan puncak atau lereng bukit, dalam kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan alam sekitar yang sensitif dalam sesuatu rancangan pemajuan. JPN dikehendaki untuk merujuk permohonan tersebut kepada MPFN untuk mendapatkan nasihat. Permohonan tersebut akan dipertimbangkan dahulu oleh Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kawal Selia MPFN sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa Kerja MPFN. Jawatankuasa Teknikal Kawal Selia MPFN ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JPBD SM dan diwakili oleh jabatan-jabatan teknikal yang utama dan pihak berkuasa tempatan yang berkenaan. Secara umumnya, MPFN dirujuk untuk memperolehi ulasan perancangan umum dan juga nasihat ke atas mana-mana permohonan perancangan. Nasihat perancangan umum lazimnya diberi di peringkat pelan konsep dan pelan induk yang melibatkan projek pembangunan berskala besar yang berkepentingan negara. Permohonan kebenaran merancang yang lazimnya dirujuk kepada MPFN adalah projek-projek pembangunan bandar baru. Manakala hanya sebilangan kecil projek infrastruktur dan utiliti utama atau pembangunan di lereng bukit yang dirujuk kepada MPFN. Pada masa kini, MPFN hanya bermesyuarat sekali tiap-tiap empat bulan dalam setahun. Setiap permohonan tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Perancang Negeri untuk dikemukakan kepada MPFN. Klasifikasi di bawah subseksyen 22(2A), Akta 172 bagi pembinaan projek infrastruktur negara yang signifikan adalah seperti berikut: i. Pembangunan lapangan terbang; ii. Pembinaan kemudahan pelabuhan; iii. Pembinaan landasan kereta api; iv. Pembangunan lebuh raya; v. Pembangunan jambatan berskala besar; vi. Pembinaan tapak pelupusan sisa pepejal atau sisa berjadual; 6-26

244 vii. Pembangunan yang berkaitan dengan kemudahan tangki minyak dan laluan paip gas; viii. Pembinaan terminal pengangkutan awam bersepadu; ix. Pembinaan empangan; x. Pembinaan stesen penjana tenaga, loji tenaga swasta (IPP) dan laluan elektrik; xi. Pembinaan loji nuklear; dan xii. Pembinaan taman-taman peringatan. Terdapat juga keperluan untuk meminda Akta 172 bagi meliputi projek-projek penambakan laut atau persisiran pantai di bawah Seksyen 22 (2A) untuk memperolehi nasihat MPFN berkenaannya. Walaupun penyataan dasar dalam RFN melarang penambakan laut bagi tujuan pembangunan bandar, beberapa negeri masih meneruskan pembangunan tersebut sebagai satu kaedah untuk meningkatkan pendapatan negeri. Ini merupakan satu aspek yang perlu dipantau dan dikawal memandangkan inisiatif tersebut menimbulkan kesan negatif ke atas alam sekitar dan persisiran pantai bagi negeri-negeri bersempadan dan juga ekosistem persisiran pantai dan laut Kaedah-kaedah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) MPFN boleh membuat kaedah-kaedah berkenaan dengan apa-apa perkara dalam Akta 172 seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 58 (1A). Jika mana-mana kaedah yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri tidak selaras dengan kaedah yang dibuat oleh MPFN, kaedah yang dibuat oleh MPFN hendaklah mengatasi kaedah yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri dan kaedah yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri hendaklah, setakat ketidakselarasan itu, terbatal (Seksyen 58 (1B) Akta 172). Sehingga kini, tiada kaedah baru yang dibuat oleh MPFN. Mana-mana pindaan kepada Akta 172 dan undangundang lain yang menyentuh perancangan spatial hendaklah dibentang di MPFN untuk mendapatkan nasihat Penyelarasan dengan Rancangan Pembangunan Koridor Ekonomi dan Inisiatif Perancangan Wilayah Tiga inisiatif koridor ekonomi pembangunan wilayah di Semenanjung Malaysia dibentuk untuk mengurangkan jurang ketidakseimbangan wilayah dan membawa pertumbuhan yang saksama serta memastikan pembangunan ekonomi yang menyeluruh. Ketiga-tiga Pihak Berkuasa Wilayah, iaitu ECERDC, IRDA dan NCIA ditubuhkan di bawah undangundang untuk memacu pembangunan di wilayah masing-masing. Memandangkan ini merupakan program kerajaan yang komited, inisiatif perancangan wilayah oleh JPBD SM perlu melengkapi usaha yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Koridor dan memudahcarakan pelaksanaan projek-projek yang dikenal pasti dalam RFN Ke-2. JPBD SM juga perlu menjalankan rundingan dengan Pihak Berkuasa Koridor dalam merasionalisasikan rancangan pemajuan yang berkaitan seperti RFN, RS dan RT, untuk menerap cadangan-cadangan daripada Rancangan Pembangunan Wilayah. 6-27

245 Akta 172 memperuntukkan pembentukan Jawatankuasa Perancang Wilayah (JPW) dan penyediaan Rancangan Wilayah untuk wilayah masing-masing. Di bawah peruntukan Akta 172, JPW ditubuhkan bagi kawasan yang melibatkan kawasan yang terletak di dalam dua negeri atau lebih. Dalam perkara ini, Jawatankuasa Perancang Wilayah adalah relevan untuk: i. Kawasan Conurbation Kuala Lumpur, Kuantan dan George Town; ii. Kawasan Pengurusan Khas (SMA) untuk Tanah Tinggi Cameron Highlands-Kinta- Lojing; dan iii. Kajian-kajian Lembangan Sungai Bersepadu yang merentasi sempadan negerinegeri berkenaan. Bahagian Perancangan Wilayah JPBD SM dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas urusetia eksekutif bagi JPW dan membentuk rangka kerja perancangan wilayah dalam negara ini. Dalam konteks ini, kesemua Pelan Induk Ekonomi Wilayah perlu dirujuk kepada MPFN untuk mendapatkan nasihat supaya Pelan-pelan ini dapat diperkemaskan dengan sistem perancangan pemajuan yang ditubuhkan di bawah Akta Garis Panduan Dasar Perancangan Spatial Negara Garis Panduan Dasar Perancangan Spatial Negara merupakan bahan yang dirujuk dalam kajian semula aplikasi perancangan oleh pihak berkuasa tempatan berkenaan. MPFN boleh menggubal garis panduan tersebut dari semasa ke semasa. Ini adalah amalan yang sama di United Kingdom, di mana Ketua Setiausaha Untuk Alam Sekitar menerbitkan Garis Panduan Dasar Perancangan (PPG) mengenai Alam Sekitar, Garis Panduan Dasar Mineral dan Garis Panduan Perancangan Wilayah dari semasa ke semasa. Terdapat lebih daripada 24 Garis Panduan Dasar Perancangan yang dikeluarkan oleh Kerajaan British yang merangkumi Garis Panduan Jaluran Hijau, Perumahan, Industri dan Pembangunan Perniagaan, Pusat Bandar dan Pembangunan Runcit, Pengangkutan dan lain-lain lagi. Adalah relevan kepada MPFN untuk menerbitkan garis panduan tersebut terutamanya mengenai isu-isu yang mempengaruhi perancangan dalam negara seperti pembangunan lereng bukit, kepadatan bandar, pengangkutan awam, sukan dan rekreasi, perumahan mampu milik, kawasan sensitif alam sekitar dan lain-lain lagi. Garis panduan ini diperlukan untuk melengkapkan RFN Ke Pertalian Dasar-dasar RFN dengan Perancangan Pembangunan Sosioekonomi dan Peruntukan Kewangan Proses perancangan sosio-ekonomi dan perancangan projek telah dirangka dengan baik di negara ini. Perancangan sosioekonomi negara dirangka dalam bentuk RRJP dan RMLT. RFN pula menyediakan komponen fizikal kepada perancangan pembangunan negara. 6-28

246 Dalam penterjemahan dasar RFN Ke-2 ke dalam bentuk projek dan program, tindakan- tindakan berikut perlu diambil: i. Agensi-agensi Persekutuan dan Negeri hendaklah merujuk kepada RFN Ke-2 dan membuat permohonan peruntukan projek mengikut cadangan RFN Ke-2 (rujuk Pekeliling no. 2, Tahun 2006 RFN). ii. JPPN dan UPE hendaklah memberi keutamaan kepada projek-projek yang selaras dengan cadangan-cadangan RFN Ke-2. iii. Ketua Pengarah JPBD SM hendaklah menjadi ahli tetap JPPN bagi memastikan aspirasi RFN Ke-2 dapat diselaraskan di dalam Rancangan Pembangunan Negara yang seterusnya. iv. JPBD perlu turut serta di dalam proses penyediaan program dan bajet program. v. KPAA yang berkaitan dengan perancangan fizikal untuk penyediaan RMLT hendaklah dipengerusi oleh Ketua Pengarah JPBD SM Pengukuhan Perhubungan dengan Majlis majlis Pelbagai Sektor Dasar-dasar sektor yang berkaitan disediakan oleh Kementerian, agensi-agensi pusat dan Majlis-Majlis sektor. Beberapa Majlis ini telah ditubuhkan di bawah Perlembagaan seperti MTN, MNKT dan MFN, manakala yang lain ditubuhkan secara pentadbiran seperti Majlis Sumber Air Negara. Semasa penyediaan RFN, Ketua Pengarah JPBD SM perlu mengambil kira DPN dan dasar-dasar negara yang lain serta berunding dengan pihak berkuasa dan badan-badan yang relevan. Langkah-langkah berikut perlu diambil untuk memperkukuhkan perhubungan dengan Majlis-majlis ini: i. Mengadakan perbincangan kumpulan sasaran dan sesi dialog dengan Majlis yang berkaitan semasa penyediaan RFN; ii. RFN perlu mengambil kira dasar sektoral negara yang berkaitan semasa penyediaannya RFN; iii. Melantik ahli-ahli daripada pelbagai Majlis untuk menganggotai KPAA dan KKT bagi menyediakan kertas kerja teknikal sebagai input untuk RFN; dan iv. Cadangan-cadangan strategik yang melibatkan tanah dan kerajaan tempatan boleh dibincangkan di dalam mesyuarat MTN dan MNKT untuk memastikan pematuhan dari PBN dan PBT. 6-29

247 6.2.8 Pengukuhan Perhubungan dengan Pihak Berkuasa Perancang Negeri dan Tempatan Perhubungan yang kukuh perlu diwujudkan dengan pihak berkuasa perancang di peringkat negeri dan tempatan. Pihak berkuasa perancang utama di peringkat negeri adalah Pihak Berkuasa Negeri dan Jawatankuasa Perancang Negeri, manakala di peringkat tempatan, Pihak Berkuasa Perancang Tempatan merupakan Pihak Berkuasa Tempatan. Bagi mana-mana kawasan di dalam negeri yang tidak menjadi sebahagian daripada kawasan mana-mana pihak berkuasa tempatan, Pengarah JPBD Negeri hendaklah menjadi Pihak Berkuasa Perancang Tempatan. RS hendaklah diselaraskan dengan RFN, sebagaimana RT perlu diselaraskan dengan RS. Semua Draf RS perlu dirujuk kepada MPFN untuk nasihat sebelum diluluskan oleh JPN yang berkenaan. MPFN boleh mengeluarkan surat ketidakakuran ke atas RS yang bercanggah dengan objektif dan dasar-dasar RFN. Ketua Pengarah JPBD SM juga akan mengeluarkan arahan-arahan dan surat-surat pekeliling MPFN kepada pihak berkuasa perancangan dari semasa ke semasa. Adalah penting segala maklumat guna tanah negeri sentiasa dibekalkan kepada JPBD. Ini dapat dilaksanakan melalui penubuhan iplan di JPBD dan dihubungkan dengan Sistem Maklumat Perancangan Negeri (SPIS) di JPBD Negeri (Seksyen 6.4.3). 6.3 Program Tindakan Rancangan Fizikal Negara Untuk menyokong dasar RFN Ke-2, ia perlu memiliki satu program tindakan yang berkaitan dengan inisiatif-inisiatif perancangan bandar dan pemuliharaan. Programprogram ini boleh merangkumi projek demonstrasi yang inovatif serta projek dan program bersepadu yang melibatkan kerjasama antara agensi. Bajet pembangunan perlu diperuntukkan untuk melaksanakan beberapa projek utama yang telah dikenal pasti. Penyelarasan dan kerjasama antara agensi di semua peringkat pentadbiran adalah penting untuk menjayakan pelaksanaan program tindakan. Inisiatif-inisiatif yang dicadangkan tidak terhad kepada inisiatif JPBD SM sahaja, tetapi boleh melibatkan kementerian yang lain, agensi persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan. Penyelarasan yang efektif diperlukan terutamanya apabila inisiatif tersebut merentas sempadan pentadbiran negara, negeri dan tempatan. JPBD SM perlu mewujudkan satu platform untuk membolehkan semua pihak yang terlibat bekerjasama untuk melaksanakan inisiatif spatial tersebut. Walau pun inisiatif yang dicadangkan adalah berbentuk spatial, ianya sering kali merangkumi pelbagai kepakaran di luar bidang perancangan. Bagi mendapatkan kemahiran yang relevan, ia memerlukan pengambilan sumber manusia dan pelaburan yang mencukupi untuk mengekalkan dan mempertingkatkan kemahiran berkenaan. Salah satu risiko utama adalah untuk mendapatkan sumber kewangan yang mencukupi. Kedudukan ekonomi semasa menjadi halangan kepada ketersediaan peruntukan persekutuan. Bagi mendapatkan peruntukan untuk program tindakan, ia tidak harus dihadkan kepada pembidaan ke atas peruntukan persekutuan sahaja. Fleksibiliti perlu 6-30

248 diterapkan dalam program tersebut untuk membolehkan JPBD SM memperolehi sumber peruntukan alternatif melalui usaha sama dengan sektor swasta dan NGO, atau perkongsian dengan agensi antarabangsa atau agensi supra-regional yang mempunyai program dan objektif yang hampir sama Prinsip-prinsip Prinsip-prinsip asas bagi Program Tindakan RFN Ke-2 adalah: i. Inisiatif perlu dikaitkan secara langsung dengan dasar RFN Ke-2 untuk tujuan konsistensi; ii. Inisiatif yang mempunyai kepentingan negara atau wilayah; iii. Inisiatif perlu berorientasikan spatial dan perancangan; iv. Inisiatif dengan implikasi spatial, yang merentas sempadan fizikal dan pentadbiran; v. Inisiatif yang boleh diambil kira dalam bajet pembangunan persekutuan untuk peruntukan kewangan Komponen-komponen Program Tindakan Terdapat tiga komponen daripada Program Tindakan, iaitu: i. Tindakan-tindakan Khusus RFN Ke-2 ii. Inisiatif Spatial RFN Ke-2; dan iii. Projek-projek Demonstrasi RFN Ke-2. Tindakan-tindakan khusus RFN Ke-2 adalah inisiatif utama yang diperlukan untuk mempertingkatkan penyediaan RFN Ke-2. Inisiatif-inisiatif spatial RFN Ke-2 adalah pelan induk dan dasar-dasar sektoral negara yang relevan dan penting untuk melengkapi RFN Ke-2 tetapi masih belum disediakan atau tidak lengkap. Adalah penting bagi semua kementerian dan agensi yang berkenaan untuk menyediakan pelan-pelan dan dasardasar tersebut agar dapat diintegrasikan dengan sempurna dalam RFN Ke-2. Projekprojek demonstrasi RFN Ke-2 pula merupakan projek-projek utama yang dikendalikan oleh JPBD SM dengan usahasama daripada PBT dan agensi-agensi pembangunan untuk pelaksanaan projek-projek perintis yang boleh ditanda aras untuk membangunkan suatu program di peringkat negara yang lebih komprehensif. i. Tindakan-tindakan Khusus RFN Ke-2 Objektif-objektif Tindakan Khusus RFN Ke-2 adalah: a. Untuk menambah baik pelaksanaan RFN Ke-2; b. Untuk menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dalam perancangan spatial; dan c. Untuk membangunkan model-model perancangan yang sesuai. Empat Tindakan Khusus RFN Ke-2 dikenal pasti dan dirumuskan dalam Jadual

249 Jadual 6.5: Tindakan Khusus RFN Tindakan-Tindakan Khusus i. Menubuhkan Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara (PPPFN) Objektif-Objektif Menambah baik pelaksanaan RFN ii. Penilaian ke atas indikator-indikator RFN sedia ada iii. Memperkukuhkan Sistem Pintar Perancangan Guna Tanah (iplan) dan Penerbitan Maklumat Guna Tanah iv. Menubuhkan Institut Penyelidikan Perancangan dan Pembangunan Spatial (SPDRI) Menambah baik pelaksanaan RFN Promosikan penyelidikan dan pembangunan dalam perancangan spatial dan memantau perubahan guna tanah Membangunkan model-model perancangan yang sesuai a. Menubuhkan Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara Panel Penasihat Perancangan Fizikal Negara (PPPFN) amat diperlukan untuk memudahcara proses perancangan, khususnya dalam memberikan penumpuan terhadap isu-isu strategik dan spatial negara. Isu-isu tersebut boleh menjejaskan daya saing negara jika tiada tindakan diambil. PPPFN boleh mempermudahkan kajian semula RFN bagi memastikan proses tersebut akan mengambil kira isu-isu untuk dikaji dan dinilai serta menentukan implikasinya ke atas dasar RFN Ke-2 (Rujuk Seksyen (iii)). b. Penilaian ke atas Indikator-indikator RFN Sedia Ada RFN Ke-2 memperuntukkan pembentukan satu proses pemantauan melalui pembangunan indikator-indikator dasar utama. Indikator-indikator ini akan membentuk instrumen untuk pemantauan yang berterusan, dengan syarat ianya perlu fleksibel supaya indikator ini boleh dipinda, dimansuhkan atau ditambah. Teras utama bagi proses pemantauan adalah untuk mengumpul data dan maklumat yang diperlukan untuk indikator secara berkala daripada agensi pembekal data yang terpilih. Pada masa yang sama, indikator ini akan diukur dan dinilai berdasarkan tempoh masa yang tertentu. Pemantauan merupakan salah satu isu yang dikenal pasti dalam RFN. Terdapat keperluan untuk mengukur Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan mengenal pasti indikator-indikator yang tidak mempunyai liputan data yang mencukupi, tidak boleh diukur dan mempunyai pertindihan dalam pengumpulan data. Isu spesifik yang berkaitan adalah mengenai penggunaan indikator kuantitatif untuk dasardasar RFN. Pengukuran indikator kuantitatif memerlukan pangkalan data yang kukuh, di mana bukan kesemua KPI RFN mempunyai data tersebut. Pilihan lain adalah 6-32

250 untuk menggunakan indikator kualitatif yang memerlukan kajian semula secara terperinci ke atas beberapa KPI untuk menentukan sama ada indikator kualitatif ini adalah lebih berkesan daripada indikator kuantitatif dan menghasilkan satu gabungan indeks KPI yang menggunakan kedua-dua aspek kuantitatif dan kualitatif. Data untuk KPI ini perlu dikemaskini secara berterusan. Untuk mengurangkan masa dan kos, adalah perlu untuk menggunakan pangkalan data dan sumber-sumber maklumat sedia ada. Sebagai contohnya, pangkalan data ini boleh dirancang secara sistematik untuk merangkumi maklumat statistik daripada Jabatan Perangkaan. Indikator daripada MURNInet juga boleh diterapkan dalam RFN Ke-2 untuk mengurangkan masa dan mengemaskini kerja-kerja pengumpulan dan penyusunan data antara agensi dan PBT. Walaupun RFN Ke-2 telah mengkaji KPI tersebut, namun ianya bukan satu penilaian yang menyeluruh mengenai KPI dan relevansinya. Adalah disyorkan supaya satu penilaian yang berasingan dijalankan untuk menyemak dan menilai kekuatan dan relevansi KPI-RFN sedia ada. c. Memperkukuhkan Sistem Pintar Perancangan Guna Tanah (iplan) RFN dan Penerbitan Maklumat Guna Tanah RFN mencadangkan pembentukan Sistem Pintar Perancangan Guna Tanah (iplan). Objektif iplan adalah untuk perkongsian data dan maklumat yang efektif antara tiga peringkat organisasi yang bertanggungjawab dalam perancangan spatial. iplan akan dihubungkan dengan sistem peringkat negeri, iaitu Sistem Pintar Perancangan Guna Tanah Negeri (SPIS), dan sistem peringkat daerah atau Sistem Pintar Perancangan Guna Tanah Daerah (DPIS). Selain daripada integrasi data spatial secara menegak antara pelbagai peringkat kerajaan, iplan juga menyokong perkongsian maklumat secara mendatar antara agensi-agensi persekutuan untuk mempertingkatkan penyaluran maklumat spatial. Aliran maklumat secara menegak dan mendatar ini dijangka akan diperkukuhkan melalui Malaysian Geospatial Data Infrastructure (MyGDI). Dengan pelaksanaannya, perkongsian data guna tanah digital antara agensiagensi kerajaan dan jabatan-jabatan akan berjalan dengan lancar. Secara konsepnya, iplan akan memperkukuhkan perancangan spatial di semua peringkat kerajaan dan secara mendatar antara agensi-agensi yang berada pada tahap yang sama. Dalam amalan semasa, perkongsian data guna tanah belum lagi terlaksana seperti yang dihasratkan dalam iplan. Pada masa ini, tidak ada penerbitan data mengenai guna tanah mahupun guna tanah negara untuk kawasan bandar atau zon strategik atau conurbation di seluruh negara. RFN Ke- 2 menyarankan agar JPBD SM mengambil tindakan spesifik untuk memperkukuh dan mengintensifkan rangkaian mendatar dan menegak iplan supaya 6-33

251 infrastruktur yang diperlukan boleh beroperasi dan dicapai oleh semua pihak yang terlibat dalam perancangan spatial. Sebagai pihak berkuasa mengenai guna tanah, JPBD SM perlu menerbitkan data penggunaan tanah secara berkala untuk diedarkan kepada orang awam dengan harga yang berpatutan. d. Menubuhkan Institut Penyelidikan Perancangan dan Pembangunan Spatial RFN Ke-2 mencadangkan satu Institut Penyelidikan Perancangan Dan Pembangunan Spatial diwujudkan untuk memacu penyelidikan dalam perancangan spatial. Model yang disyorkan boleh mencontohi ISIS, Malaysia; KRIHS, Korea Selatan; ICSC, Vancouver; Habitat in Nairobi dan International Institute for Urban Environment, Belanda. RFN Ke-2 berkeyakinan bahawa pembentukan SPDRI adalah relevan dan penting untuk mempertingkatkan rangka kerja spatial negara dan menyokong penubuhannya perlu diberi keutamaan segera oleh JPBD SM. Satu langkah awal yang perlu diambil adalah untuk menubuhkannya sebagai sebuah syarikat yang tidak mementingkan keuntungan dan beroperasi dengan geran kerajaan di bawah arahan dan panduan JPBD SM. Adalah penting bagi SPDRI untuk mempunyai satu Lembaga Pengarah bebas yang terdiri daripada wakil-wakil pihak awam dan swasta yang meliputi badan atau lembaga professional seperti MIP, REHDA, NGO dan universiti. Manakala KPKT dan JPBD SM akan diwakili dalam lembaga pengarahnya. Dalam jangka masa sederhana dan panjang, cadangan SPDRI boleh membentuk satu kombinasi seperti IIUE atau KRIHS. Ianya boleh memulakan projek demonstrasi yang akan memacu penyelidikan dan pembangunan mengenai topik spatial yang amat signifikan di peringkat negara dan global. Ia juga akan menawarkan perkhidmatan penyelidikan dan perundingan, mengendalikan seminar dan bengkel, dan menerbitkan hasil-hasil kajian dalam jurnal-jurnal yang diulas oleh kumpulan tertentu. SPDRI perlu diberikan peruntukan untuk menjana dana secara bebas bagi melaksanakan pelbagai aktiviti, dengan matlamat untuk menjadi sebuah badan yang berdikari. ii. Inisiatif-inisiatif Spatial RFN Ke-2 Inisiatif-inisiatif spatial yang dicadangkan adalah selaras dengan dasar-dasar RFN Ke-2. Inisiatif-inisiatif tersebut berkait secara langsung atau tidak langsung dengan dasar-dasar RFN Ke-2, walau pun terdapat beberapa inisiatif yang terletak di bawah tema-tema umum RFN Ke-2. Ianya perlu selari dengan prinsip-prinsip yang dinyatakan sebelum ini. Inisiatif tersebut berbentuk spatial dan dijangkakan mempunyai implikasi spatial di peringkat negara atau wilayah. Beberapa inisiatif ini melibatkan tindakan merentas sempadan PBT, PBN dan sempadan negara 6-34

252 terutamanya dengan negara-negara jiran bersempadan, iaitu Thailand atau Singapura. Inisiatif-inisiatif spatial kebanyakannya merupakan kajian di peringkat negara di mana hasil penemuannya dijangka akan memberikan sumbangan signifikan terhadap perancangan spatial negara yang bersifat strategik untuk pembangunan keseluruhannya. Ianya sama ada memberikan nilai ditambah tinggi ke atas pengetahuan dan maklumat sedia ada mengenai isu-isu spatial negara atau mendorong kepada penggunaan aset dan sumber asli negara secara efektif, yang menyumbang kepada penambahbaikan alam persekitaran secara keseluruhannya. Jadual 6.6 menunjukkan perhubungan di antara inisiatif-inisiatif spatial dengan tematema RFN Ke-2, berserta objektif-objektif bagi setiap inisiatif tersebut. Pada keseluruhannya, 24 inisiatif spatial dikenal pasti, dengan sebahagian besar inisiatif tersebut akan dilaksanakan oleh JPBD, manakala beberapa inisiatif lain perlu dilaksanakan oleh agensi persekutuan dan agensi lain yang berkaitan. Inisiatif yang tiada kaitan dengan JPBD juga dirangkumi kerana mempunyai hubung kait yang rapat dengan dasar-dasar RFN Ke-2, yang dianggap penting untuk perancangan fizikal negara secara keseluruhan. Satu lampiran cadangan inisiatif spatial yang terperinci disertakan untuk rujukan. Perincian akan meliputi justifikasi dan skop cadangan inisiatif berkaitan. Objektifnya adalah untuk memberikan penjelasan mengenai kepentingan inisiatif spatial RFN Ke-2 untuk perancangan spatial negara. Jadual 6.6: Inisiatif-inisiatif Spatial RFN Ke-2 Tema RFN Ke-2 Inisiatif Spatial Objektif Peningkatan Daya Saing Ekonomi Negara 1. Pelan Induk untuk bandar-bandar sempadan di bahagian utara Semenanjung Malaysia Penyediaan panduan guna tanah spatial yang lebih rasional bagi pembangunan di wilayah bersempadan. 2. Kajian Penilaian Spatial untuk kawasan perindustrian di Semenanjung Malaysia Menentukan keutamaan pelaburan bagi kawasan-kawasan sasaran industri dengan mengguna pakai strategi IMP3. Mengenal pasti potensi untuk pelaburan industri sektor swasta. Membentuk strategi bagi kawasankawasan industri yang berprestasi rendah. Pemeliharaan Sumber Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar 3. Satu Kajian Pelan Induk Kawasan Pertanian Utama (KPU) di Semenanjung Malaysia (dengan penekanan khusus ke atas kawasan pengeluaran makanan) Memulihara kawasan pertanian yang berproduktif tinggi, terutamanya kawasan pengeluaran makanan bagi memastikan pengeluaran hasil pertanian negara yang berterusan. 6-35

253 Tema RFN Ke-2 Inisiatif Spatial Objektif 4. Kajian mengenai kehilangan hak menjalankan pemajuan dan merangka satu kaedah pembayaran gantirugi bagi negerinegeri yang terlibat 5. Kajian-kajian feasibiliti untuk penambahbaikan kawasankawasan padi di luar kawasan jelapang padi 6. Pelan Induk dan Dasar Pembangunan Luar Bandar Bersepadu di Semenanjung Malaysia Mengkaji impak kerugian hasil pendapatan yang ditanggung oleh negerinegeri berkenaan. Mengemukakan skim pembayaran pampasan bagi membolehkan negerinegeri yang terbabit untuk membuat penyesuaian fiskal ke atas kerugian pendapatan sedia ada dan yang berpotensi. Menukar syarat kawasan-kawasan padi di luar kawasan jelapang padi kepada kawasan jelapang padi untuk meningkatkan produktiviti dan hasil. Membangunkan strategi dan dasar pembangunan untuk petempatan desa. Menjalankan analisis bersepadu mengenai PPD dan kluster-klusternya. Mengenal pasti peluang ekonomi dan mempertingkatkan sosioekonomi dan persekitaran sosiobudaya di pusat-pusat tersebut. 7. Pelan Induk Petempatan Orang Asli di Semenanjung Malaysia (dengan penekanan khusus ke atas integrasi aspek spatial, ekonomi dan sosio-budaya) Membentuk satu Pelan Induk untuk penambahbaikan dan pembangunan petempatan-petempatan Orang Asli. Mengenalpasti peluang ekonomi yang berpotensi untuk menambahbaik tahap kehidupan mereka. Mempertingkatkan persekitaran sosiobudaya. Pembangunan Pelancongan Mampan 8. Pelan Induk Pembangunan Pelancongan Mampan di Semenanjung Malaysia 9. Kajian Pengenalpastian, Pemuliharaan dan Penggunaan Sumber Alam Semula Jadi, Tapak Sejarah serta Kebudayaan di Semenanjung Malaysia (dengan penekanan khusus ke atas pembangunan pelancongan) Mengenal pasti strategi yang sesuai untuk pembangunan pelancongan mampan Membentuk garis panduan dan dasar untuk menyokong pembangunan pelancongan mampan. Mengenal pasti sumber semula jadi, tapak sejarah dan kebudayaan dan memetakan kawasan-kawasan ini. Menentukan strategi untuk memulihara, mempertingkat dan menambah baik kawasan-kawasan ini sebagai tarikan pelancongan. 6-36

254 Tema RFN Ke-2 Inisiatif Spatial Objektif 10. Kajian Pelan Induk Pembangunan dan Pengintegrasian Taman Negara dan Negeri di Semenanjung Malaysia dan sumbangan kepada pembangunan pelancongan Memetakan taman negara dan taman negeri untuk membentuk satu pelan rangkaian hijau. Menilai sumber dan potensi taman-taman sedia ada. Merangka strategi untuk memulihara dan melindungi taman-taman ini. Merangka strategi untuk mengintegrasikan pembangunan taman-taman ini kepada tarikan pelancongan. Pengurusan Petempatan Manusia 11. Pelan Conurbation Kuala Lumpur Memeta dan menentukan sempadan conurbation. Menyediakan profil conurbation. Menyediakan Rancangan Wilayah. Merangka strategi pembangunan wilayah bersepadu. 12. Pelan Conurbation George Town Memeta dan menentukan sempadan conurbation. Menyediakan profil conurbation. Menyediakan Pelan Rancangan Wilayah. Merangka strategi pembangunan wilayah bersepadu. 13. Pelan Conurbation Kuantan Memeta dan menentukan sempadan conurbation. Menyediakan profil conurbation. Menyediakan Rancangan Wilayah. Merangka strategi pembangunan wilayah bersepadu. 14. Kajian penilaian mengenai Pusat Petempatan Utama dan Kecil di Semenanjung Malaysia dan potensi dalam perkembangan spatial Menentukan bandar-bandar kecil dan sederhana di dalam hierarki bandar. Mengenal pasti peranan dan fungsi bandar-bandar tersebut. Merangka strategi pembangunan untuk pertumbuhan bandar-bandar tersebut. 6-37

255 Tema RFN Ke-2 Inisiatif Spatial Objektif Pemuliharaan Sumber Asli, Biodiversiti dan Alam Sekitar 15. Kajian Pemuliharaan dan Penggunaan Bukit Batu Kapur secara mampan di Semenanjung Malaysia Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai sumbangan bukit batu kapur terhadap pembangunan guna tanah. Mengenal pasti kawasan-kawasan yang perlu dipulihara dan kawasan kuari yang dibenarkan. Merangka pelan strategik untuk pemuliharaan dan penggunaan secara mampan kawasan ini. Penyepaduan Rangkaian Pengangkutan Bandar dan Negara 16. Kajian Pelan Induk Sistem Rel Berkelajuan Tinggi di Semenanjung Malaysia 17. Kajian Pelan Induk Pelabuhan Laut di Semenanjung Malaysia Mengenal pasti laluan yang berpotensi. Melaksanakan kajian feasibiliti. Mengkaji pelabuhan sedia ada dan peranan masing-masing. Membentuk satu hierarki bagi pelabuhan laut. Menyediakan pelan induk untuk pembangunannya. 18. Kajian mengenai pembangunan bandar pengangkutan (Freight Towns) di Semenanjung Malaysia Mengenal pasti dan memeta bandarbandar sedia ada yang berfungsi sebagai pusat logistik. Mengenal pasti dan memeta bandarbandar yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat dan hab logistik. Merangka strategi untuk membangunkan bandar-bandar tersebut. 19. Pelan Induk Pengangkutan Awam untuk Conurbation Kuala Lumpur (kajian ini boleh diintegrasikan dengan Kajian Conurbation) 20. Pelan Induk Pengangkutan Awam untuk Conurbation George Town (kajian ini boleh diintegrasikan dengan Kajian Conurbation) Melaksanakan kajian mengenai. pengangkutan awam untuk conurbation. Mengenal pasti isu-isu dan halangan. Menyediakan pelan induk untuk pembangunan. Melaksanakan kajian mengenai pengangkutan awam untuk conurbation. Mengenal pasti isu-isu dan halangan. Menyediakan pelan induk untuk pembangunan. 6-38

256 Tema RFN Ke-2 Inisiatif Spatial Objektif 21. Pelan Induk Pengangkutan Awam untuk Conurbation Kuantan (kajian ini boleh diintegrasikan dengan Kajian Conurbation) Melaksanakan kajian mengenai pengangkutan awam untuk conurbation. Mengenal pasti isu-isu dan halangan. Menyediakan pelan induk untuk pembangunan. Penyediaan Infrastruktur Bersesuaian 22. Kajian Semula Pelan Induk Sumber Air Negara Memastikan pembangunan mampan sumber air termasuk sumber air atas dan bawah tanah. Membentuk Dasar Sumber Air Negara. Merangka strategi pengurusan pembekalan air. 23. Kajian Pelan Induk Sistem Pembetungan Negara Menyediakan pembangunan perkhidmatan pembetungan yang mampan. Menambah baik perkhidmatan pembetungan di seluruh negara. 24. Kajian mengenai pemakaian inisiatif kecekapan tenaga, tenaga rendah dan bangunan hijau dalam Conurbation Perbandaran (termasuk kajian feasibiliti mengenai peruntukan insentif) Mengkaji implikasi dan impak pengguna pakaian teknologi kecekapan tenaga di kawasan bandar. Mengenal pasti teknologi kecekapan tenaga yang sesuai untuk conurbation perbandaran di Semenanjung Malaysia. iii. Projek-projek Demonstrasi RFN Ke-2 Komponen ketiga dalam Program Tindakan adalah Projek-projek Demonstrasi RFN Ke-2. Seperti inisiatif spatial, Projek-projek Demonstrasi RFN Ke-2 ini berhubung kait dengan tema dan dasar RFN Ke-2. Perbezaannya adalah Projek-projek Demonstrasi RFN Ke-2 ditujukan pada kawasan-kawasan khusus di Semenanjung Malaysia untuk tujuan pelaksanaan dan bertindak sebagai projek-projek demonstrasi. Ianya adalah berbentuk spatial dan kemungkinan akan diterjemahkan dalam RKK untuk memudahkan pelaksanaan. Sebagai langkah permulaan untuk Program Tindakan RFN Ke-2, 13 projek demonstrasi dikenal pasti dan diringkaskan dalam Jadual

257 Jadual 6.7: Projek-projek Demonstrasi RFN Ke-2 Tema RFN Dasar RFN Projek Demonstrasi Rancangan Kawasan Khas / Kajian Feasibiliti Peningkatan Daya Saing Ekonomi Negara Pemuliharaan Sumber AsIi, Biodiversiti dan Alam Sekitar RFN 4 Kerjasama di dalam perancangan fizikal dan pembangunan ekonomi antara Malaysia dan negara-negara serantau ASEAN perlu diperkukuhkan. RFN 22 Kawasan Sensitif Alam Sekitar perlu diintegrasi ke dalam perancangan dan pengurusan guna tanah dan sumber alam semula jadi. RFN 23 Central Forest Spine akan diwujudkan bagi membentuk Tulang Belakang Rangkaian Kawasan Sensitif Alam Sekitar. Rancangan Kawasan Khas (RKK): 1. Bukit Kayu Hitam, Kedah 2. Pengkalan Kubor, Kelantan RKK bagi Daerah Pemuliharaan di: 1. Grik, Perak 2. Gua Musang, Kelantan RKK untuk: 1. Koridor Ekologi Sg. Yu, Pahang 2. Koridor Ekologi Labis Timur, Johor RFN 25 Pembangunan di tanah tinggi perlu dikawal dengan tegas bagi melindungi keselamatan manusia dan mengekalkan kualiti persekitaran dan biodiversiti. RKK untuk: 1. Cameron Highlands-Kinta-Lojing (SMA) 2. Bukit Bendera, Pulau Pinang 3. Bukit Larut, Perak 4. Gunung Jerai, Kedah 5. Bukit Fraser, Pahang Projek-projek Pelaksanaan Penyediaan Infrastruktur Bersesuaian RFN 37 Semua petempatan perlu disediakan dengan satu rangkaian pelupusan sisa pepejal bersepadu dan dilengkapi dengan kemudahan pemulihan. Projek Penyelidikan dan Pembangunan bagi: 1. Amalan Pengurusan Mampan Sisa Pepejal dan Pelaksanaan Teknologi di Putrajaya. Pengurusan Petempatan Manusia RFN 16 Keutamaan perlu diberi untuk mencapai Tahap Bandar Padat dan Cekap Tenaga. Projek brownfield di: 1. Pembangunan semula pembangunan bandar bersepadu, projek yang melibatkan perumahan, perniagaan, kemudahan awam, rekreasi dan terminal depot lori (14.5 hek) di Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan (RKK Pelabuhan Klang) 6-40

258 Projek-projek demonstrasi yang dicadangkan boleh dikategorikan ke dalam enam kumpulan seperti berikut: a. Rancangan Kawasan Khas untuk Bandar-bandar Sempadan Pada peringkat awal, dua bandar sempadan iaitu Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Pengkalan Kubor, Kelantan telah dikenal pasti sebagai projek demonstrasi. Secara keseluruhannya, kajian ini telah mengenal pasti tujuh bandar sempadan di sepanjang sempadan utara Semenanjung Malaysia dengan Thailand iaitu Kota Putra, Kedah; Padang Besar, Perlis; Pengkalan Hulu, Perak; Rantau Panjang, Kelantan; Bukit Bunga, Kelantan; Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Pengkalan Kubor, Kelantan. Projek-projek demonstrasi di kedua-dua bandar memerlukan kerjasama dengan pihak berkuasa bersempadan dengan Malaysia dan juga kerjasama Pusat Subwilayah IMT-GT untuk merangka rancangan pembangunan, yang melibatkan pelaksanaan secara usahasama. b. Rancangan Kawasan Khas untuk Daerah-daerah Pemuliharaan RFN Ke-2 telah mengenal pasti daerah-daerah pemuliharaan sebagai kawasan yang mempunyai peratusan tanah yang tinggi di bawah KSAS. Kebanyakan daerah ini terletak di CFS. Di kawasan ini, perancangan guna tanah dan pengeluaran sumber perlu mempertimbangkan implikasi terhadap biodiversiti dan alam sekitar di daerah tersebut, serta potensi untuk aktiviti pelancongan, khususnya ekopelancongan. Dua model projek disyorkan untuk dilaksanakan di bawah inisiatif tumpuan utama. Dua daerah pemuliharaan yang telah dikenal pasti adalah Grik di Perak dan Gua Musang di Kelantan. c. Rancangan Kawasan Khas untuk Koridor Ekologi Kategori kedua melibatkan penyediaan rancangan kawasan khas untuk koridor ekologi yang dikenal pasti daripada kajian CFS. Keperluan untuk RKK akan dikaji, terutamanya di kawasan yang sangat sensitif. Sebagai permulaan, dua kawasan tumpuan dicadangkan iaitu Koridor Ekologi Sungai Yu di Pahang, dan Koridor Ekologi Labis Timur di Johor. Lain-lain koridor ekologi adalah Hutan Daerah Temerloh-Bera di Pahang, Sungai Ketiar di Hulu Terengganu dan Grik di Perak yang meliputi Hutan Simpan DiRaja Belum dan Hutan Simpan Temenggor. d. Rancangan Kawasan Khas untuk Petempatan Tanah Tinggi Petempatan manusia di tanah tinggi dan aktiviti ekonomi mereka memberikan impak ke atas persekitaran dan biodiversiti di kawasan tersebut. Petempatanpetempatan ini telah wujud sebelum timbulnya kesedaran dan keprihatinan 6-41

259 terhadap alam persekitaran, kini telah menimbulkan masalah dalam pengurusan dan pemuliharaan tanah tinggi. Untuk menempatkan semula petempatan dan aktiviti mereka bukan satu penyelesaian dari segi politik dan sosial. Usaha seterusnya adalah ke arah mengimbangkan keperluan manusia dengan keperluan pemuliharaan di tanah tinggi. Cadangan adalah untuk menyediakan RKK yang menekankan petempatan dan aktiviti manusia sebagai kawasan pengurusan khas (SMA), yang akan membantu untuk memulihara kawasan tanah tinggi serta membenarkan penerusan aktiviti manusia melalui kawalankawalan tertentu. Kawasan-kawasan yang dicadangkan adalah: i. Cameron Highlands-Kinta-Lojing; ii. Bukit Bendera, Pulau Pinang; iii. Bukit Larut, Perak; iv. Gunung Jerai, Kedah; dan v. Bukit Fraser, Pahang. e. Projek Demonstrasi Penyelidikan dan Pembangunan dalam Pengurusan Perkhidmatan Infrastruktur Secara Mampan dan Penerapan Teknologi Hijau Kategori ini ditumpukan kepada aplikasi teknologi hijau dan kaedah-kaedah kemampanan di dalam pengurusan perkhidmatan, terutamanya pengurusan sisa pepejal khususnya di kawasan perancangan tempatan yang tertentu. Kategori ini akan merangkumi pelbagai aplikasi penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dengan perancangan guna tanah bandar terutamanya dalam mempertingkatkan kualiti hidup di pusat-pusat bandar di seluruh negara. f. Projek Pembangunan Semula Perbandaran Bercampur Bersepadu Melibatkan Perumahan, Komersial, Kemudahan Awam, Rekreasi dan Terminal Lori (14.5 hek) di Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan Hala tuju pembangunan bandar RFN Ke-2 adalah untuk memberi tumpuan terhadap pembangunan kawasan brownfield dan bandar padat, yang bertentangan dengan pembangunan kawasan greenfield. Projek ini merupakan sebahagian dari inisiatif pembangunan semula bandar yang dikenal pasti dalam RKK Bandar Pelabuhan Klang, berdasarkan Seksyen 16B, Akta 172. Projek ini melibatkan pembangunan semula satu kawasan seluas 14.5 hektar di Kawasan Tumpuan Selatan, berhampiran dengan bandar bersejarah Pelabuhan Klang kepada pembangunan bercampur yang berdaya maju, melibatkan perumahan, komersial, kemudahan awam dan terminal lori. Projek demonstrasi ini akan dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Klang dan JPBD Negeri Selangor menggunapakai peruntukan Akta 172, khususnya Bahagian VIII (Kawasan Pemajuan). Projek ini akan memberikan pendedahan mengenai peranan PBT dalam melaksanakan projek-projek pembangunan semula bandar, penglibatan pihak-pihak berkepentingan seperti pemilik tanah, masyarakat tempatan dan 6-42

260 pengendali pengangkutan, penglibatan sektor awam-swasta, penjanaan semula ekonomi asas bandar tempatan dan penerapan prinsip-prinsip reka bentuk bandar dalam mempertingkatkan imej bandar dan identiti kawasan tersebut. Dalam jangka masa sederhana hingga jangka masa panjang, projek-projek demonstrasi perlu merangkumi pelbagai topik strategik mengenai perancangan dan pengurusan guna tanah di negara ini. Ianya juga boleh dihubungkan dengan inisiatif-inisiatif global yang lain seperti Local Agenda 21 1 dan program pembangunan 2 ekonomi tempatan Bank Dunia, yang mengandungi strategi pembangunan spatial Model Pelaksanaan i. Agensi Pelaksana Utama Agensi pelaksana utama dan bertanggungjawab ke atas Program Tindakan RFN Ke-2 adalah JPBD SM. Ia juga perlu memastikan tindakan-tindakan spesifik tersebut dilaksanakan sebelum kajian semula yang seterusnya. Inisiatif-inisiatif Spatial RFN Ke-2 akan dikendalikan oleh JPBD SM, manakala inisiatif bukan asas perancangan akan dilaksanakan oleh agensi dan pihak berkuasa yang berkenaan. Memandangkan kesemuanya merupakan inisiatif RFN Ke-2, maka sokongan daripada agensi dan pihak berkuasa yang berkenaan amat digalakkan untuk memastikan kejayaan pelaksanaannya. Projek-projek demonstrasi direka bentuk untuk memudahcarakan pelaksanaan. Pada dasarnya, JPBD SM bukan sebuah agensi pelaksanaan. Walau bagaimanapun, RFN Ke-2 telah mengesyorkan penggerak-penggerak inisiatif dan inisiatif kawasan khusus yang boleh dilaksanakan sekiranya ada di antaranya diubah kepada projek-projek demonstrasi. Penyediaan setiap projek demonstrasi melibatkan dua bahagian. Pertama adalah untuk menjalankan satu kajian pelaksanaan bagi kawasan fokal yang telah ditetapkan sebagai kawasan khas. Ini melibatkan tugasan memperincikan strategi dan menyediakan satu rancangan fizikal yang menggariskan projek-projek spesifik yang perlu dilaksanakan dan sasaran perubahan guna tanah. Bahagian kedua merupakan peringkat pelaksanaan projek-projek. Projek-projek demonstrasi secara spesifiknya dicetus daripada RFN Ke-2, dengan ini boleh dibezakan daripada sistem RKK sedia ada. Namun begitu, ianya perlu diintegrasikan ke dalam sistem RKK semasa mengikut Seksyen 16(B), Akta Local Agenda 21 merupakan satu strategi yang komprehensif bertujuan untuk melindungi alam sekitar, menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat. Lazimnya ini merupakan program yang diterajui oleh pihak kerajaan yang menggalakkan penyertaan masyarakat. Rujuk program pembangunan bandar di bawah Bank Dunia. Untuk maklumat lanjut sila rujuk 6-43

261 ii. Projek-projek Demonstrasi Sebagai Rancangan Kawasan Khas Seksyen 16(B) Akta 172 menetapkan suatu kawasan khas bagi pengolahan khas dan terperinci dengan cara pemajuan, pemajuan semula, pengelokan, pemuliharaan atau amalan pengurusan. Pendekatan yang digunakan adalah fleksibel dimana kaedah berbeza digunakan mengikut jenis pengolahan pemajuan yang dicadangkan. Pengarah Negeri atau PBPT adalah bertanggungjawab menyediakan RKK atau seperti yang ditentukan oleh JPN. Manakala, Ketua Pengarah JPBD SM pula akan bertanggungjawab menyediakan projek-projek demonstrasi RFN Ke-2. Untuk memudahkan pelaksanaan, disarankan PBPT yang berkenaan menerima pakai Projek-projek Demonstrasi RFN Ke-2 sebagai RKK dan mengisytiharkan kawasan tersebut atau sebahagiannya sebagai Kawasan Pemajuan. Ini adalah penting memandangkan projek demonstrasi adalah spesifik tapak dan di bawah bidang kuasa pelaksanaan PBPT. Perkara-perkara berhubung dengan tanah boleh diselesaikan melalui Seksyen 38 dan Seksyen 39 Akta 172, dengan syarat terdapatnya sumber kewangan yang mencukupi untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut. Dengan membenarkan PBPT untuk mengambil atau membeli tanah di dalam kawasan pemajuan yang ditentukan, maka ianya akan mewujudkan suatu persekitaran yang menggalakkan untuk mempercepatkan pelaksanaan. Terdapat peruntukan lain yang juga penting di dalam mewujudkan persekitaran yang menggalakkan untuk pelaksanaan projek demonstrasi. Sebagai contohnya, Seksyen 41 Akta 172 memperuntukkan bahawa PBPT dibenarkan untuk menyertai usahasama perniagaan dengan mana-mana orang, syarikat atau badan, tertakluk kepada kaedah-kaedah dan syarat-syarat dan sekatan yang diluluskan oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri. Seksyen 41(2) Akta 172 pula memperuntukkan PBPT dengan kelulusan Menteri Besar atau Ketua Menteri, menubuhkan suatu perbadanan untuk menjalankan dan memegang tanggungjawab, perjalanan dan pengurusan apaapa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancang atau diusahakan untuk suatu kawasan pemajuan yang ditetapkan. Disamping itu, Seksyen 42 Akta 172 memperuntukkan bahawa PBPT dengan kelulusan Menteri Besar atau Ketua Menteri tetapi tertakluk kepada Akta Pihak-pihak Berkuasa Awam 1961 (Akta 383), boleh meminjam sejumlah wang yang perlu untuk membiayai pemajuan sesuatu kawasan pemajuan Agensi Pelaksana i. Agensi Pelaksana Utama Bagi Inisiatif-inisiatif Spatial RFN Ke-2 JPBD SM dikenal pasti sebagai agensi pelaksana utama bagi sebahagian besar projek-projek spatial dan projek demonstrasi (Jadual 6.8). Projek-projek demonstrasi perlu diterajui oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), manakala JPBD SM akan membantu Menteri berkenaan dalam pelaksanaan komponen daripada Program Tindakan. Satu program pembangunan perlu dirangka untuk projek-projek demonstrasi di bawah KPKT. 6-44

262 Kementerian-kementerian Persekutuan yang dikenal pasti dalam inisiatif spatial RFN Ke-2 ialah Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Pelancongan (MOTOUR), Kementerian Pengangkutan (MOT), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). Agensi-agensi lain yang dijangka terlibat, sama ada sebagai agensi peneraju atau sokongan utama meliputi Pusat Kerjasama Separa Wilayah IMT-GT (CIMT), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA), Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK), Jabatan Perhutanan, Jabatan Hidupan Liar, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT). Jadual 6.8: Inisiatif Spatial RFN Ke-2 dan Agensi Pelaksana Utama Dasar RFN Ke-2 Inisiatif Spatial Agensi Pelaksana Utama RFN 4 Kerjasama di dalam perancangan fizikal dan pembangunan ekonomi antara Malaysia dan Negaranegara Serantau ASEAN perlu diperkukuhkan. 1. Pelan Induk untuk Bandarbandar Sempadan di bahagian Utara Semenanjung Malaysia JPBD SM/ Pusat Kerjasama Separa-Wilayah IMT-GT (CIMT) RFN 5 Perancangan pembangunan industri perlu menggunapakai Strategi Pembangunan holistik Pelan Induk Perindustrian Ke-3 (IMP3) untuk mencapai daya saing global melalui transformasi dan inovasi sektor pembuatan dan perkhidmatan. 2. Kajian Penilaian Spatial untuk kawasan perindustrian di Semenanjung Malaysia JPBD SM RFN 6 Kawasan Pertanian Utama (KPU) perlu dipulihara khusus untuk tujuan pertanian dan pembangunan bandar dalam kawasan tersebut perlu dihadkan. 3. Pelan Induk Kawasan Pertanian Utama di Semenanjung Malaysia (dengan penekanan khusus ke atas kawasan pengeluaran makanan) JPBD SM / Jabatan Pertanian RFN 7 Lapan (8) Kawasan Jelapang Padi Strategik, iaitu Muda (MADA), Kemubu (KADA), IADA Kerian- Sungai Manik, IADA Barat Laut Selangor, IADA Pulau Pinang, IADA Seberang Perak, IADA Terengganu Utara (KETARA) dan IADA Kemasin-Semerak perlu dipulihara. 4. Kajian mengenai Kerugian Hak Membangunkan Tanah selaras dengan RFN Ke-2 dan merangka satu jadual pembayaran pampasan untuk kerugian berkenaan di negeri-negeri yang terlibat JPBD SM / Jabatan Pertanian 6-45

263 Dasar RFN Ke-2 Inisiatif Spatial Agensi Pelaksana Utama RFN 8 Tanah padi sedia ada yang berpotensi di luar kawasan jelapang padi, perlu dilengkapi dengan infrastruktur yang sesuai untuk meningkatkan produktiviti dan hasil. RFN 9 Kawasan luar bandar dan Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) perlu dibangunkan agar masyarakat boleh menikmati pendapatan yang lebih tinggi dan kualiti hidup yang lebih baik. RFN 10 Masyarakat Orang Asli perlu diintegrasikan dari segi spatial dan ekonomi ke dalam inisiatif pembangunan utama. RFN 11 Sumber pelancongan semula jadi, kepelbagaian budaya dan warisan sejarah negara perlu dipulihara RFN 12 Zon Pembangunan Pelancongan di setiap negeri perlu menekankan produk khusus wilayah berdasarkan kelebihan lokasi dan sumber sedia ada. 5. Kajian-kajian feasibiliti untuk penambahbaikan kawasankawasan padi di luar kawasan jelapang padi 6. Pelan Induk dan Dasar Pembangunan Luar Bandar Bersepadu di Semenanjung Malaysia 7. Pelan Induk Petempatan Orang Asli di Semenanjung Malaysia (dengan penekanan khusus ke atas integrasi aspek spatial, ekonomi dan sosio-budaya) 8. Pelan Induk Pembangunan Pelancongan Mampan di Semenanjung Malaysia 9. Kajian Pengenalpastian, Pemuliharaan dan Penggunaan Sumber Alam Semula Jadi, Tapak Sejarah dan Kebudayaan di Semenanjung Malaysia (dengan penekanan khusus ke atas pembangunan pelancongan) 10. Pelan Induk Pembangunan dan Pengintegrasian Taman Negara dan Negeri di Semenanjung Malaysia dan sumbangan terhadap pembangunan pelancongan JPBD SM / JPS/ Jabatan Pertanian JPBD SM JPBD SM / JKOA Kementerian Pelancongan Malaysia JPBD SM / MICC JPBD SM / Kementerian Pelancongan Malaysia / Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia/ PERHILITAN RFN 15 Pertumbuhan empat Conurbation Utama iaitu Kuala Lumpur, George Town, Johor Bahru dan Kuantan perlu disokong untuk mempertingkat daya saing di peringkat global. 11. Kajian Rancangan Wilayah untuk Conurbation Kuala Lumpur 12. Kajian Rancangan Wilayah untuk Conurbation George Town 13. Kajian Rancangan Wilayah untuk Conurbation Kuantan JPBD SM / Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar JPBD SM/ NCIA ECERDC/ JPBD SM 6-46

264 Dasar RFN Ke-2 Inisiatif Spatial Agensi Pelaksana Utama RFN 16 Keutamaan perlu diberi untuk mencapai Tahap Bandar Padat yang cekap tenaga. 14. Projek Demonstrasi 2: Pembangunan semula pembangunan bandar bersepadu, projek yang melibatkan perumahan, perniagaan, kemudahan awam, rekreasi dan terminal depot lori (14.5hek.) di Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan (RKK Pelabuhan Klang) JPBD SM/ Majlis Perbandaran Klang RFN 18 Pusat Petempatan Utama dan Pusat Petempatan Kecil perlu dikekal dan dibangunkan mengikut potensi ekonomi setempat. RFN 22 Kawasan Sensitif Alam Sekitar perlu diintegrasi ke dalam perancangan dan pengurusan guna tanah dan sumber alam semula jadi RFN 29 Satu Sistem Rel Berkelajuan Tinggi Bersepadu Negara perlu diwujudkan bagi melengkapi rangkaian rel sedia ada RFN 31 Lapangan Terbang dan Pelabuhan Utama perlu dibangunkan mengikut fungsi yang saling melengkapi bagi memperkukuh daya saing ekonomi negara dan memudahkan ketibaan pelancong RFN 33 Sistem Pengangkutan Awam Bersepadu perlu dibangunkan di semua Pusat Bandar Utama. 15. Kajian penilaian mengenai Pusat Petempatan Utama dan Pusat Petempatan Kecil di Semenanjung Malaysia dan potensi dalam perkembangan spatial 16. Kajian Pemuliharaan dan Penggunaan Bukit Batu Kapur Secara Mampan di Semenanjung Malaysia 17. Kajian Pelan Induk Sistem Rel Berkelajuan Tinggi di Semenanjung Malaysia 18. Kajian Pelan Induk Pelabuhan Laut di Semenanjung Malaysia 19. Kajian Pembangunan Bandar Pengangkutan di Semenanjung Malaysia 20. Pelan Induk Pengangkutan Awam untuk Conurbation Kuala Lumpur (diintegrasikan dengan kajian conurbation) 21. Pelan Induk Pengangkutan Awam untuk Conurbation George Town (diintegrasikan dengan kajian conurbation) JPBD SM JPBD SM / Jabatan Mineral & Geosains Kementerian Pengangkutan Malaysia Kementerian Pengangkutan Malaysia JPBD SM SPAD/ Kementerian Pengangkutan Malaysia / JPBD SM SPAD/ NCIA/ JPBD SM 6-47

265 Dasar RFN Ke-2 Inisiatif Spatial Agensi Pelaksana Utama 22. Pelan Induk Pengangkutan Awam untuk Conurbation Kuantan (kajian ini boleh diintegrasikan dengan kajian conurbation) SPAD/ ECERDC/ JPBD SM RFN 35 Infrastruktur bekalan air yang bersesuaian termasuk kerja-kerja sumber, loji rawatan, rangkaian penghantaran dan pengagihan perlu disediakan bagi semua kawasan petempatan. 23. Kajian Semula Pelan Induk Sumber Air Negara KeTTHA RFN 36 Kemudahan sistem pembetungan yang bersesuaian dan mencukupi perlu disediakan bagi semua kawasan dengan kemudahan pengumpulan, rawatan dan pelupusan sisa kumbahan dan enap cemar 24. Kajian Pelan Induk Sistem Pembetungan Negara KeTTHA / IWK RFN 37 Semua petempatan perlu disediakan dengan satu rangkaian pelupusan sisa pepejal bersepadu dan dilengkapi dengan kemudahan pemulihan 25. Projek Demonstrasi 1: Amalan Pengurusan Sisa Pepejal Secara Mampan dan aplikasi Teknologi Hijau di Putrajaya JPBD SM / KPKT/ KeTTHA RFN 39 Loji janakuasa elektrik dan rangkaian penghantaran dan pengagihan utama adalah aset strategik yang perlu ditempatkan di lokasi yang bersesuian untuk menyediakan bekalan tenaga yang andal dan efisien kepada pengguna 26. Kajian Penggunaan Kaedah Cekap Tenaga/ Tenaga Rendah/ Bangunan Hijau dalam Conurbation Perbandaran (termasuk kajian feasibiliti mengenai peruntukan insentif) KeTTHA Pendekatan Pelaksanaan i. Perkongsian Mendatar dan Menegak Pelaksanaan dan kejayaan inisiatif-inisiatif RFN Ke-2 bergantung kepada pembentukan perkongsian yang berjaya diintegrasikan secara mendatar dan menegak. Perkongsian mendatar dibentuk antara kementerian dan agensi persekutuan manakala perkongsian menegak dibentuk antara PBPT dan agensi negeri. (Rajah 6.3) 6-48

266 Pelaksanaan merangkumi kedua-dua integrasi secara mendatar dan menegak ke atas matlamat dan visi yang dikongsi bersama untuk menjadikan persekitaran fizikal negara kondusif bagi pertumbuhan ekonomi dan pencapaian Wawasan Dalam sesetengah perkara, JPBD SM akan memulakan inisiatif dan menyelaraskannya manakala dalam perkara-perkara lain, ia akan memberikan bantuan dan kerjasama. Di peringkat integrasi menegak, JPBD SM memainkan peranan penting dalam membawa projek-projek demonstrasi ke peringkat PBPT. Di peringkat perancangan yang paling rendah, bantuan teknikal dan kewangan adalah penting memandangkan kebanyakan PBT menghadapi kesukaran untuk memperolehi akses secara terus kepada peruntukan atau dana persekutuan bagi pelaksanaan projek tersebut. Rajah 6.3: Mod Pelaksanaan Bagi Inisiatif-inisiatif RFN Ke-2 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Perkongsian Mendatar Kementerian kementerian Persekutuan Perkongsian Menegak JPBD SM Integrasi Menegak Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Integrasi Mendatar Agensi agensi Negeri Sektor Swasta/ NGO Agensi agensi Persekutuan Sektor Swasta/ NGO ii. Mewujudkan Satu Program Pembangunan bagi Projek-projek Demonstrasi RFN Ke-2 Satu program pembangunan untuk melaksanakan Rancangan Kawasan Khas (RKK) dicadangkan untuk diwujudkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Projek-projek Demonstrasi RFN Ke-2 diletakkan di bawah program pembangunan tersebut. Program ini layak untuk memperolehi dana daripada bajet pembangunan persekutuan. JPBD SM akan membantu Menteri dalam penyelarasan dan pelaksanaan projek-projek yang dicadangkan di bawah program pembangunan tersebut. Program pembangunan bagi RKK dicadangkan mempunyai jangka masa antara 10 hingga 15 tahun, di mana ianya akan merangkumi tiga tempoh RMLT. Rasionalnya adalah untuk memastikan projek berterusan dan membolehkan Projek Demonstrasi siap dibangunkan serta dikaji semula. Kesemua Projek Demonstrasi harus dikaji semula untuk menentukan kekuatan dan kelemahan masing-masing bagi memperolehi pengajaran dan amalan baik untuk projek-projek seterusnya. 6-49

267 6.3.6 Model Pembiayaan Model pembiayaan untuk Program Tindakan ini terdiri dari dua peringkat. Peringkat pertama adalah dengan menggunakan peruntukan persekutuan untuk JPBD SM bagi membiayai tindakan khusus RFN Ke-2 dan kajian-kajian yang akan dijalankan di bawah inisiatif spatial RFN Ke-2. Peringkat kedua adalah membentuk satu cadangan Program Pembangunan RKK di bawah KPKT supaya ianya layak untuk menerima peruntukan daripada bajet pembangunan persekutuan. Untuk menerima dana Persekutuan, Program Pembangunan RKK disarankan untuk mewujudkan satu akaun amanah untuk tujuan tersebut di bawah KPKT. i. Menggunakan Peruntukan Persekutuan untuk Tindakan-tindakan Spesifik dan Inisiatif-inisiatif Spatial RFN Ke-2 Peruntukan persekutuan akan digunakan untuk melaksanakan tindakan-tindakan spesifik RFN Ke-2 yang telah diluluskan oleh MPFN. Rasional untuk melaksanakan cadangan inisiatif spatial RFN Ke-2 adalah untuk mengatasi cabaran perancangan strategik yang penting bagi perancangan guna tanah negara secara keseluruhan dan menyumbang kepada penggunaan tanah yang lebih rasional dan mampan, sebagai satu aset negara. ii. Menubuhkan Akaun Amanah Untuk Membiayai Cadangan Program Pembangunan RKK Satu akaun amanah perlu diwujudkan untuk menerima dana bagi program pembangunan yang dicadangkan. Dana tersebut lebih mirip kepada dana persekutuan, namun ia juga boleh menerima sumbangan dan geran daripada lainlain organisasi termasuk bantuan pelbagai hala dan dua hala untuk menyokong program-program dalam RKK. Satu peluang adalah untuk bekerjasama secara usahasama dengan Kesatuan Eropah (EU) berhubung program-program perbandarannya 3. iii. Menubuhkan Dana Pusingan Dana yang disalurkan ke dalam akaun amanah untuk program pembangunan akan diletakkan ke dalam Dana Pusingan. Terdapat tiga sebab utama untuk menubuhkan Dana Pusingan ini iaitu:- i. Untuk memastikan aliran dana tersebut diselenggara dengan sebaik mungkin; ii. Untuk beroperasi dengan prinsip bahawa wang yang diterima perlu digunakan secara cekap dan telus dan perlu dibayar semula untuk membolehkan dana pusingan tersebut untuk terus beroperasi; dan 3 EU mempunyai satu program perbandaran yang aktif, direka bentuk untuk menambah baik pembangunan bandar dalam EU. Ia juga telah menubuhkan satu program wilayah, iaitu EU Asia Urbs Programme, untuk bekerjasama dengan kerajaan tempatan di Asia bertujuan untuk menambah baik persekitaran bandar. Juga terdapat satu lagi program wilayah dikenali Asia Pro Eco II, yang bertujuan untuk menaja bersama (cofinance) projek dalam bidang persekitaran bandar. Kedua dua program ini kini dalam fasa kedua. Di bawah Asia Pro Eco II, terdapat 3 projek ekopelancongan di Malaysia melibatkan NGO yang bernaung di bawah program tersebut. (Malaysia European Community Strategy Paper for the Period Refer to ec.europa.en/external relations/malaysia/csp/07 13.e.pdf) 6-50

268 iii. Dana tersebut digunakan terutamanya untuk membiayai kajian feasibiliti dan komponen-komponen infrastruktur projek berkenaan. Dana Pusingan perlu mempunyai jumlah peruntukan maksimum yang ditetapkan ke atas jumlah dana tersebut. Dalam hal ini, jumlah yang disyorkan adalah RM10 bilion. Sebarang penambahan ke atas jumlah peruntukan ini tertakluk kepada keputusan Kerajaan. Sekiranya tiada suntikan peruntukan secara teratur diberi kepada dana tersebut, akan berlaku masalah ketidakcukupan dana untuk meneruskan pembiayaian projek di bawah RKK. Dalam keadaan di mana penambahan peruntukan tidak berlaku, para pengurus dana perlu berusaha menggunakan dana yang tersedia serta mengguna pakai satu mod pembayaran yang akan menggalakkan pembayaran semula daripada para pengguna. Untuk membolehkan pembayaran semula, peruntukan kewangan daripada Dana Pusingan tersebut perlu berbentuk pinjaman berbanding dengan bentuk geran dan peruntukan. Oleh kerana kebanyakan PBPT tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh, dicadangkan agar dana pusingan ini dibahagikan kepada dua subkomponen, iaitu segmen geran dan pinjaman. a. Geran Geran diberikan kepada PBPT yang lebih kecil untuk membiayai sebahagian projek di bawah RKK, terutamanya projek pemuliharaan dan infrastruktur sosial. Para pemohon perlu memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan oleh pengurus dana bagi melayakkan diri untuk mendapatkan geran daripada dana pusingan di bawah program pembangunan. b. Pinjaman Dana Pusingan ini juga boleh diperluaskan kepada PBPT bagi membolehkan mereka melaksana cadangan projek di bawah RKK. Pinjaman dibenarkan di bawah Akta 172. Syarat dan terma pinjaman perlu ditetapkan oleh para pengurus dana. PBPT yang berada di bawah skim pinjaman atau skim geran digalakkan untuk menerokai pelbagai kaedah untuk mengumpul dana sebagai tambahan kepada geran dan pinjaman serta pembayaran semula pinjaman mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan. Pengagihan antara geran dan pinjaman perlu lebih menjurus kepada pinjaman berbanding dengan geran. Dalam keadaan sedemikian, disyorkan pecahan agihan sebanyak 20% untuk geran dan 80% untuk pinjaman. Ini kerana geran sentiasa memerlukan penambahan dana daripada Kerajaan Persekutuan bagi mengekalkan saiz geran dalam dana pusingan tersebut. Segmen pinjaman memerlukan para peminjam untuk membayar semula wang mengikut jadual pembayaran semula yang telah ditetapkan dalam perjanjian pinjaman. Satu syarat yang mungkin dikenakan kepada para peminjam adalah penubuhan 6-51

269 sinking fund dalam akaun masing-masing untuk pembayaran pinjaman (Rajah 6.5). c. Akses kepada Dana Pusingan Sistem RKK perlu mempunyai akses kepada Dana Pusingan yang dicadangkan. Ini bermaksud bahawa walaupun inisiatif fokal RFN Ke-2 merupakan penggerak utama program pembangunan untuk dana kawasan khas, dana yang diperuntukkan tidak seharusnya terhad kepada inisiatif tersebut sahaja. Lain-lain RKK yang dikenalpasti di bawah RS dan RT (Seksyen 16B, Akta 172) juga layak untuk dana pusingan ini. Namun dengan adanya had ke atas jumlah peruntukan dalam dana pusingan ini, pengagihan kewangan akan bergantung kepada ketersediaan, kelayakan dan feasibiliti projek-projek berkenaan. Dana ini tidak boleh disediakan untuk kesemua projek yang dicadangkan dalam setiap RKK. Keutamaan diberi mengikut kepentingan projek dan kelayakan adalah berbeza mengikut hasil penemuan daripada kajian feasibiliti yang dijalankan serta kemampuan peminjam untuk bayaran semula. iv. Pembayaran Semula Pinjaman Untuk mengurangkan kebimbangan mengenai pembayaran semula oleh pihak peminjam, cadangan-cadangan berikut disyorkan: a. Penubuhan Sinking Fund PBPT yang meminjam di bawah Program Pembangunan RKK untuk membiayai projek mereka digalakkan untuk menubuhkan sinking fund dalam akaun mereka. Objektif sinking fund adalah supaya peminjam mengetepikan satu jumlah wang setiap tahun untuk membayar semula pinjaman tersebut. Sinking fund perlu ditubuhkan serta merta setelah pinjaman diluluskan, walau pun terdapat tempoh penangguhan (grace period) sebelum pembayaran bermula. Wang yang diketepikan dalam sinking fund merupakan suatu jumlah peratusan daripada hasil tahunan PBPT. Komitmen untuk pembayaran semula adalah kritikal bagi memastikan penerusan Dana Pusingan dan membolehkannya digunakan untuk membantu lebih banyak PBPT. b. Penglibatan dalam Skim Perkongsian Awam-Swasta Untuk melaksanakan projek-projek di bawah RKK, PBPT disarankan untuk membentuk perbadanan bagi melaksanakan projek usaha sama dan untuk menguruskan penambahbaikan kawasan melalui skim perkongsian awam-swasta. Rasionalnya adalah bagi membolehkan PBPT untuk menjana wang bagi membiayai pelaksanaan projek. Penglibatan sektor swasta adalah digalakkan. Perkongsian digalakkan bagi membantu mengurangkan pergantungan kepada dana pusingan untuk sokongan kewangan. PBPT juga digalakkan untuk menuntut pulangan ke atas peningkatan persekitaran kawasan mereka hasil daripada RKK. 6-52

270 Rajah 6.4: Program Pembangunan untuk RKK dan Model Pembiayaan RKK dicadangkan sebagai Projek Demonstrasi RFN Ke-2 RKK (Disediakan di bawah Seksyen 16 (b) Akta 172) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan JPBD SM Program Pembangunan untuk RKK Akaun Amanah Dana Pusingan Pinjaman Geran PBPT Sinking Fund Premium Pembangunan Penubuhan Koperasi Penilaian Semula Cukai Hartanah Pembangunan Infrastruktur Utama Usaha sama atau Perkongsian Perolehan Tanah Skim Perlesenan Kawasan Pembangunan Aktiviti 1 Aktiviti 2 Aktiviti 3 Aktiviti 4 Cth: Medan Selera dan Gerai Makanan Cth: Pembangunan Berhadapan Sungai Cth: Skim Tempat Letak Kereta Bertingkat Cth: Hotel/ Kemudahan Inap Desa Terdapat beberapa cara bagi PBPT untuk menjana wang daripada cadangan pembangunan di bawah RKK, di mana mungkin. Sebagai contohnya: i. Menaikkan premium pembangunan; ii. Mengubahsuai dasar cukai tempatan bagi menggambarkan perubahan guna tanah; dan iii. Memperkenalkan skim perlesenan kawasan pembangunan. 6-53

271 Skim perlesenan kawasan pembangunan membenarkan pelabur swasta untuk melibatkan diri secara langsung dalam pelaksanaan sebahagian daripada kawasan RKK di bawah satu lesen daripada PBT. Pelabur swasta digalakkan untuk melabur kerana: i. Sebahagian besar/kebanyakan daripada infrastuktur utama akan disediakan oleh PBPT; ii. PBPT akan mengambil balik tanah, jika diperlukan untuk mematuhi cadangan RKK; iii. Rancangan pemajuan telah dirangka dan kelulusan akan dipercepatkan; dan iv. Pelabur swasta yang bersetuju untuk melibatkan diri dalam skim perlesenan kawasan pembangunan ini dibenarkan untuk membangun, membangun semula dan memberi hak pembangunan kawasan tersebut kepada pelabur lain tertakluk kepada kelulusan daripada PBT. Pilihan yang tersedia kepada PBT bagi membentuk skim perlesenan kawasan pembangunan untuk mengumpul wang adalah: i. Menjual atau melelong lesen pembangunan tersebut; ii. Mewujudkan fi tahunan lesen; iii. Menceburi perkongsian; dan iv. Menggunakan gabungan ketiga-tiga pilihan di atas. Cadangan untuk mewujudkan satu dana pusingan di peringkat Kerajaan Persekutuan terutamanya untuk inisiatif pembangunan bandar adalah penting bagi pelaksanaan RKK yang disediakan di bawah Akta 172. Konsep yang serupa telah digunapakai di Jepun di mana satu dana kerajaan pusat ditubuhkan untuk melaksanakan perancangan jalan-jalan bandar (jalan-jalan utama dikenalpasti dalam RT) dan projek penyusunan semula tanah bersepakat yang dilaksanakan melalui sistem perancangan pemajuan. Perancangan bandar di negara ini perlu ditransformasikan ke arah melaksanakan projek-projek demonstrasi yang inovatif untuk mempertingkatkan kualiti hidup persekitaran seperti trend semasa yang diamalkan di kebanyakan negara maju. Walau pun JPBD SM dilengkapi dengan peruntukan perundangan yang relevan untuk memulakan usaha ini, tetapi tidak banyak penekanan diberikan kepada aspek ini di masa lalu kerana keutamaan pada masa tersebut adalah untuk menyediakan rancangan-rancangan pemajuan iaitu RS dan RT. Dengan trend dalam inisiatif perancangan bandar yang bergerak ke arah pembangunan pusat bandar dan pembangunan semula kawasan bandar, adalah amat penting bagi kerajaan untuk membuka laluan terhadap penyediaan kerangka kerja melalui sistem RKK agar usaha ini dapat dicapai. 6-54

272 6.4 Pemantauan RFN Ke-2 Proses pemantauan menyediakan rangka kerja untuk penilaian berterusan di mana ianya menjadi asas bagi kajian semula RFN Ke-2. Indikator-indikator pembangunan utama akan dikaji manakala kesemua andaian, unjuran dan objektif yang diguna pakai akan diteliti dari segi kesahihannya. Bahagian seterusnya akan membincangkan pendekatan pemantauan prestasi RFN Ke-2 dan juga pelaksanaan dasar-dasar RFN Ke Skop Pemantauan Skop pemantauan meliputi penentuan pelbagai aspek RFN Ke-2 yang perlu dipantau. Terdapat dua objektif utama dalam pemantauan iaitu: i. Memantau pemakaian dasar-dasar RFN Ke-2 melalui penggunaan indikator tertentu; dan ii. Menentukan tahap pematuhan di dalam perancangan guna tanah di antara RFN Ke-2 dan RS. Aspek-aspek utama perancangan guna tanah yang dipantau termasuk meneliti perubahan guna tanah berikut:- a. Corak guna tanah perbandaran mampan dengan penekanan khusus terhadap pertumbuhan fizikal kawasan bandar dan conurbation seperti yang dicadangkan di dalam RFN Ke-2. b. Pemuliharaan dan pemeliharaan kawasan sensitif alam sekitar dan lingkaran hijau termasuklah status kawasan hutan seperti yang dicadangkan di dalam RFN Ke Agensi Pemantauan JPBD SM adalah bertanggungjawab ke atas RFN Ke-2, manakala JPBD Negeri pula bertanggungjawab ke atas RS. Kedua-dua agensi ini merupakan agensi peneraju untuk menjalankan proses pemantauan. Peranan setiap agensi ini adalah seperti berikut: i. BRFN di JPBD SM merupakan agensi utama yang bertanggungjawab memantau maklumat perancangan guna tanah negara dan indikator-indikator dasar untuk kajian semula RFN Ke-2. ii. JPBD Negeri akan menerajui dalam pengurusan maklumat perancangan guna tanah negeri dan memantau perubahan guna tanah di peringkat negeri Proses Pemantauan Pemantauan perubahan guna tanah diproses melalui penggunaan indikator dan pembangunan sistem maklumat yang sesuai yang membolehkan penilaian secara berterusan serta menyokong di dalam membuat keputusan. 6-55

273 i. Pemakaian Indikator Dasar Utama Instrumen utama yang akan digunakan untuk memantau kemajuan dan pemakaian dasar guna tanah adalah melalui indikator-indikator dasar RFN Ke-2. Indikatorindikator ini boleh diperbaharui, dimansuhkan atau ditambah pada setiap proses kajian semula. Indikator-indikator dasar RFN Ke-2 adalah hanya untuk Semenanjung Malaysia dan maklumat akan dikumpul setiap tahun oleh BRFN JPBD SM daripada agensi pembekal data yang dikenal pasti. Semua pembekal data dikehendaki untuk mengumpul maklumat di dalam format yang telah disediakan dan seterusnya diserahkan kepada JPBD SM pada masa yang ditetapkan. Indikator-indikator disediakan dalam bentuk angka dan pengukuran statistik berdasarkan kepada dimensi kuantiti seperti kawasan, peratusan, nisbah dan petunjuk indeks. Indikatorindikator adalah berguna jika ianya relevan, diperolehi dengan mudah dan maklumat yang andal. Jadual 6.9 menggariskan dasar-dasar RFN Ke-2, indikator-indikator utama dan pembekal-pembekal data. Jadual 6.9: Indikator-indikator Bagi Dasar RFN Ke-2 Dasar-dasar Hasil yang Disasarkan Indikator Prestasi Pembekal Data RFN 1 RFN Ke-2 berperanan sebagai rangka kerja perancangan spatial negara untuk mencapai perancangan guna tanah yang bersepadu dan mampan serta selaras dengan dasar-dasar sektoral yang lain. Rangka Kerja Perancangan yang konsisten antara RFN, Rancangan Pemajuan serta Pelan dan Dasar- Dasar Sektoral Negara Julat perbezaan antara sasaran penduduk dalam RS dan RFN Ke-2 mengikut negeri. Bilangan RS yang selaras dgn klasifikasi RFN Ke-2 mengenai KSAS (ESA), KPU (PAA), hierarki bandar dan guna tanah JPBD SM JPBD SM Pengagihan penduduk di conurbation strategik. Jabatan Perangkaan RFN 2 Pusat pertumbuhan bandar masa depan perlu ditumpukan di conurbation strategik. Tumpuan lebih tinggi kepada aktiviti ekonomi di Pusat Conurbation yang strategik Pengagihan penduduk di pusat conurbation strategik. Pengagihan pekerjaan dalam di pusat conurbation strategik. Jabatan Perangkaan Jabatan Perangkaan Bilangan kemudahan strategik (ketersediaan) di pusat conurbation (seperti universiti dan hospital). JPBD SM Purata pendapatan isi rumah mengikut negeri. UPE (Bahagian Pengagihan) 6-56

1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK. Perdana Menteri, Malaysia

1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK. Perdana Menteri, Malaysia PRAKATA Pelbagai inisiatif telah diambil Kerajaan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Selain tumpuan mengukuhkan sektor ekonomi negara, Kerajaan turut menitik

More information

Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara

Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara Kata alu-aluan oleh PM Malaysia Sepanjang 55 tahun mengecap kemerdekaan, Malaysia telah membangun dengan begitu pantas dan dinamik. Kita telah mencapai pembangunan

More information

Bab 1. 1Malaysia: Mencarta PeMBangunan Ke arah negara BerPendaPatan tinggi. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Bab 1. 1Malaysia: Mencarta PeMBangunan Ke arah negara BerPendaPatan tinggi. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Bab 1 1Malaysia: Mencarta PeMBangunan Ke arah negara BerPendaPatan tinggi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 Krisis kewangan global telahpun reda, ekonomi Malaysia kini kembali pulih dan semakin

More information

bab 1 Dasar Model Ekonomi Baru

bab 1 Dasar Model Ekonomi Baru bab 1 Dasar Model Ekonomi Baru Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 63 Bab 1: Dasar Model Ekonomi Baru Malaysia telah mencapai kemajuan besar dalam pembangunan ekonomi dan sosial yang

More information

Bab 14: Transformasi Bidang Pendidikan sebagai Engin Pembangunan

Bab 14: Transformasi Bidang Pendidikan sebagai Engin Pembangunan 14 bab Pendidikan Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 517 Bab 14: Transformasi Bidang Pendidikan sebagai Engin Pembangunan Pada tahun 2009, Kerajaan telah memperkenalkan agenda NKRA Pendidikan

More information

ekonomi dan daya saing negara. Pendekatan ini berteraskan kepada dua objektif:

ekonomi dan daya saing negara. Pendekatan ini berteraskan kepada dua objektif: 142 Dasar ekonomi yang dilaksana berteraskan falsafah pertumbuhan dengan pengagihan telah mempamerkan prestasi ekonomi yang cemerlang selama empat dekad yang lalu. Ini telah menghasilkan pengurangan kemiskinan

More information

STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA

STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA Saedah Siraj Profesor dalam Reka Bentuk Kurikulum dan Teknologi Pengajaran/Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya,50603 Kuala Lumpur, Malaysia E-mail: drsaedah@yahoo.com

More information

RANGKAIAN PROGRAM STRATEGIK 55 TERAS 1: PENCEGAHAN 55 TERAS 2: RAWATAN & PEMULIHAN 55 TERAS 3: PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG 55 TERAS 4: KERJASAMA

RANGKAIAN PROGRAM STRATEGIK 55 TERAS 1: PENCEGAHAN 55 TERAS 2: RAWATAN & PEMULIHAN 55 TERAS 3: PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG 55 TERAS 4: KERJASAMA KANDUNGAN PERUTUSAN YB MENTERI 3 PERUTUSAN Y. BHG. KETUA SETIAUSAHA 4 PERUTUSAN KETUA PENGARAH 5 TUJUAN PENGGUBALAN PELAN STRATEGIK AADK 2010-2015 6 KRONOLOGI USAHA MEMBASMI DADAH DI MALAYSIA 7 DASAR DADAH

More information

EDISI PERTAMA: DISEMBER 2010 Hak Cipta Terpelihara Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia

EDISI PERTAMA: DISEMBER 2010 Hak Cipta Terpelihara Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia EDISI PERTAMA: DISEMBER 2010 Hak Cipta Terpelihara Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial.

More information

PENDIDIKAN BUKAN FORMAL (PBF) DI MALAYSIA: CABARAN DAN HALA TUJU WAWASAN 2020

PENDIDIKAN BUKAN FORMAL (PBF) DI MALAYSIA: CABARAN DAN HALA TUJU WAWASAN 2020 PENDIDIKAN BUKAN FORMAL (PBF) DI MALAYSIA: CABARAN DAN HALA TUJU WAWASAN 2020 Mohd. Azhar Abd. Hamid Muhammed Fauzi Othman Zainudin Hassan Othman A. Kassim Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia

More information

Final_Cover_Plan_Strategik_PERTANIAN.pdf 1 1/27/14 9:07 AM C M Y CM MY CY CMY K

Final_Cover_Plan_Strategik_PERTANIAN.pdf 1 1/27/14 9:07 AM C M Y CM MY CY CMY K Universiti Putra Malaysia Serdang 2014 KANDUNGAN Perutusan Naib Canselor 2-3 Ringkasan Eksekutif 4-5 Sasaran Keberhasilan Pelan Strategik 9 Pengenalan 10-11 Komponen Pelan Strategik 12 Jangka Masa Pelan

More information

DASAR DAN GARIS PANDUAN PROGRAM KOLABORASI INDUSTRI (INDUSTRIAL COLLABORATION PROGRAMME - ICP) DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

DASAR DAN GARIS PANDUAN PROGRAM KOLABORASI INDUSTRI (INDUSTRIAL COLLABORATION PROGRAMME - ICP) DALAM PEROLEHAN KERAJAAN Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 1/2013 Lampiran 1.5 DASAR DAN GARIS PANDUAN PROGRAM KOLABORASI INDUSTRI (INDUSTRIAL COLLABORATION PROGRAMME - ICP) DALAM PEROLEHAN KERAJAAN ISI KANDUNGAN 1. BAB 1

More information

.. CABARAN PENDIDIKAN SECARA JARAK JAUH: KESEDARAN DAN PENDEDAHAN DALAM ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

.. CABARAN PENDIDIKAN SECARA JARAK JAUH: KESEDARAN DAN PENDEDAHAN DALAM ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) ,,.. LAPORAN AKHIR.. CABARAN PENDIDIKAN SECARA JARAK JAUH: KESEDARAN DAN PENDEDAHAN DALAM ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ICT) Oleh ZURAINI ZAKARIA FATIMAH HASSAN HASMAWATI HASSAN NORESAH HJ. MOHO.

More information

10. PELANGGAN-PELANGGAN MITI 11-13 10. PELAN INDUK PERINDUSTRIAN (IMP3) 14-16 11. ANALISIS SWOT 1 1 7 9-12. CABARAN-CABARAN UTAMA 20-21

10. PELANGGAN-PELANGGAN MITI 11-13 10. PELAN INDUK PERINDUSTRIAN (IMP3) 14-16 11. ANALISIS SWOT 1 1 7 9-12. CABARAN-CABARAN UTAMA 20-21 TAJUK MUKA SURAT 1. SEJARAH MITI 2 2. CARTA ORGANISASI 3 3. VISI 4 4. MISI 5 5. OBJEKTIF 6 6. FUNGSI 7 7. FALSAFAH KORPORAT 8 8. KENYATAAN KUALITI 9 9. AKTA-AKTA UTAMA 10 10. PELANGGAN-PELANGGAN MITI 11-13

More information

Bab 7 Membanteras rasuah

Bab 7 Membanteras rasuah Bab 7 Membanteras rasuah 141 Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan Bab 7 : Membanteras rasuah Kedudukan rasuah Malaysia, menurut Transparency International, telah jatuh ke tangga ke-56 pada tahun

More information

Membangun Sistem Pemberian Amaran Awal: Lista de comprobación. Persidangan Antarabangsa Ketiga mengenai Pemberian Amaran Awal

Membangun Sistem Pemberian Amaran Awal: Lista de comprobación. Persidangan Antarabangsa Ketiga mengenai Pemberian Amaran Awal Persidangan Antarabangsa Ketiga mengenai Pemberian Amaran Awal Dari konsep kepada tindakan 27-29 March 2006 Bonn, Germany Membangun Sistem Pemberian Amaran Awal: Lista de comprobación PENDAHULUAN Amaran

More information

PERUTUSAN PENGERUSI INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA

PERUTUSAN PENGERUSI INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA TEKAD 2008 1 PERUTUSAN PENGERUSI INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA ASSALAMMU ALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA Perancangan dan pelaksanaan agenda integriti nasional merupakan gagasan penting ke arah memartabatkan

More information

Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar

Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar Akademika 81(3) 2011: 103-115 Nota Penyelidikan/Research Note Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar Knowledge, Attitude and Practices of Malaysian Society regarding

More information

Vol. 37 Jun 2011. jurnal KEBAJIKAN MASYARAKAT SOCIAL WELFARE JOURNAL

Vol. 37 Jun 2011. jurnal KEBAJIKAN MASYARAKAT SOCIAL WELFARE JOURNAL Vol. 37 Jun 2011 jurnal KEBAJIKAN MASYARAKAT SOCIAL WELFARE JOURNAL jurnal KEBAJIKAN MASYARAKAT SOCIAL WELFARE JOURNAL LEMBAGA PENGARAH Penasihat Tuan Haji Hadzir Md. Zain Ketua Pengarang Cik Norani Bt.

More information

PANDUAN MENGENAI BIDANG KUASA MENTERI & PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA

PANDUAN MENGENAI BIDANG KUASA MENTERI & PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA PANDUAN MENGENAI BIDANG KUASA MENTERI & PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA i Cetakan Pertama 2008 Kementerian Kerja Raya Hak Cipta Terpelihara. Buku Panduan Bidang Kuasa Menteri Kerja Raya dan Pegawai

More information

Menerangi hidup anda

Menerangi hidup anda Menerangi hidup anda Berganding bahu membangunkan Negara selama tahun Peristiwa Penting 1949-2009 60 tahun Menyinari Hidup Rakyat Selama PEMALAYSIAAN Sejurus selepas Negara mencapai kemerdekaan pada 1957,

More information

Qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd fghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx. cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq

Qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd fghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx. cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq Qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd fghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx KPF 3012 cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui

More information

DJabatan Perkhidmatan Awam merupakan agensi

DJabatan Perkhidmatan Awam merupakan agensi B i l. 3 / 2 0 1 0 SEPTEMBER - DISEMBER ISSN NO.: 2229-8215 hrmis membantu membentuk perjawatan sektor awam dengan efektif DJabatan Perkhidmatan Awam merupakan agensi pusat yang bertanggungjawab untuk

More information

LAPORAN MENGENAI STATUS HAK KANAK-KANAK DI MALAYSIA OLEH CHILD RIGHTS COALITION MALAYSIA DISEMBER

LAPORAN MENGENAI STATUS HAK KANAK-KANAK DI MALAYSIA OLEH CHILD RIGHTS COALITION MALAYSIA DISEMBER LAPORAN MENGENAI STATUS HAK KANAK-KANAK DI MALAYSIA OLEH CHILD RIGHTS COALITION MALAYSIA DISEMBER 2012 CHILD RIGHTS COALITION MALAYSIA Pada tarikh laporan ini, Child Rights Coalition Malaysia terdiri daripada

More information

ANALISIS PENYEDIAAN TEMPAT LETAK KERETA MENGIKUT JENIS GUNATANAH BANDAR- BANDAR DI MALAYSIA

ANALISIS PENYEDIAAN TEMPAT LETAK KERETA MENGIKUT JENIS GUNATANAH BANDAR- BANDAR DI MALAYSIA VOT 71701 ANALISIS PENYEDIAAN TEMPAT LETAK KERETA MENGIKUT JENIS GUNATANAH BANDAR- BANDAR DI MALAYSIA (CAR PARKING PROVISION ANALYSIS BASED ON THE LAND USE TYPES FOR MALAYSIAN TOWNS) MOHD NOOR AWANG RESEARCH

More information

Penilaian tentang usaha untuk menjalinkan hubungan di antara sekolah dengan pihak luar

Penilaian tentang usaha untuk menjalinkan hubungan di antara sekolah dengan pihak luar Tajuk: Kita sentiasa melibatkan masyarakat dalam pengendalian sekolah awam kita dengan mendapatkan sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru selain badan bukan kerajaan serta guru dan kesatuan mereka. Berdasarkan

More information

Laporan Tahunan Alam Sekitar, Keselamatan dan Kesihatan

Laporan Tahunan Alam Sekitar, Keselamatan dan Kesihatan Laporan Tahunan Alam Sekitar, Keselamatan dan Kesihatan Laporan Tahunan Alam Sekitar, Keselamatan dan Kesihatan Pernyataan dan Ikhtisar oleh CEO 1 Dasar dan Prinsip Alam Sekitar, Keselamatan dan Kesihatan

More information

PANDUAN AMALAN 5S JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PANDUAN AMALAN 5S JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PANDUAN AMALAN 5S JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA TUJUAN 1. Tujuan Panduan Amalan 5S ini ialah untuk: 1.1 memberi panduan asas pelaksanaan amalan persekitaran berkualiti di Jabatan Akauntan Negara Malaysia

More information

1.0 PENGENALAN 1.1 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA)

1.0 PENGENALAN 1.1 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) 1.0 PENGENALAN 1.1 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) Pada 20 Januari 2010 YAB Perdana Menteri telah melancarkan pelan hala tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) dengan berprinsipkan 1 Malaysia,

More information