STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA

Size: px
Start display at page:

Download "STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA"

Transcription

1 STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA Saedah Siraj Profesor dalam Reka Bentuk Kurikulum dan Teknologi Pengajaran/Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya,50603 Kuala Lumpur, Malaysia Tel: Fax: Mohammed Sani Ibrahim Felo Penyelidik Kanan, Jabatan Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya,50603 Kuala Lumpur, Tel: Fax: PENGENALAN Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan. Guru adalah pelaksana segala dasar dan matlamat kurikulum yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Tanpa penglibatan dan sokongan kaum guru, segala perancangan pendidikan yang telah disediakan akan terbengkalai begitu sahaja. Justeru itu, kependidikan dan perguruan adalah aspek yang signifikan bagi menjamin kegemilangan sesebuah negara. Guru merupakan perlaksana kurikulum dan menjadi teras dalam menentukan standard, mutu dan keberkesanan sistem pendidikan. Pendidikan pula merupakan proses penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain. Oleh itu, tidak dinafikan dalam memperkatakan tentang kepentingan pendidikan, maka guru memainkan peranan utama untuk meyalurkan ilmu dan kemahiran tersebut dalam pendidikan formal. Ilmu pengetahuan menyuluh kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Guru bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat. Sememangnya, guru banyak menyumbangkan khidmat bakti dalam pembangunan bangsa dan negara, lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah pelajar. Begitulah peranan guru, satu tugas yang amat berat tetapi mulia dan murni. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia akan memperkenalkan satu Pakej Kerjaya Guru baru dalam usaha memartabatkan keguruan sebagai profesion pilihan termasuk kaedah memberi ganjaran sepanjang tempoh kerjaya sebagai guru. Menurut laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia , gelombang pertama ( ) memberi fokus kepada meningkatkan standard profesionalisme guru. Peranan guru masa kini semakin mencabar. Mereka bukan sahaja memainkan peranan utama sebagai penyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar, malahan bertanggungjawab menyuburkan minat, memperkembangkan bakat dan kebolehan pelajarpelajar. Guru juga merupakan sumber untuk membina daya pemikiran yang analitikal, kritikal dan kreatif bagi membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka selaras dengan hala tuju sistem pendidikan. Hala tuju pendidikan negara yang telah dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan satu matlamat iaitu untuk menjadikan pendidikan di Malaysia sebagai pendidikan bertaraf dunia. Mampukah kita bergerak ke arah menjadikan sistem pendidikan di negara ini sebagai pendidikan bertaraf dunia? Sebenarnya perkara ini bukanlah mustahil untuk dicapai jika kita mempunyai kakitangan guru yang kompeten dan komited terhadap profesionnya.

2 Pendidikan bertaraf dunia Pembentukan insan seimbang Perpaduan negara Pemupukan budaya ilmu Merealisasikan wawasan 2020 Pendemokrasian pendidikan Pembelajaran sepanjang hayat Tenaga kerja K- ekonomi Penekanan kepada sains dan teknologi Rajah 1 : Hala tuju sistem pendidikan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) juga telah memberi penekanan kepada pembangunan sumber manusia berpengetahuan (k-workers) dalam usaha mencapai status negara maju pada tahun Keupayaan sistem pendidikan untuk menambah penawaran sumber pengetahuan ini bergantung kepada bilangan sumber manusia yang terlatih dan bermotivasi. Untuk merelisasikan matlamat tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkemaskan perancangan dan pembangunan sumber manusia dengan memberikan fokus ke arah melahirkan guna tenaga yang kompeten dan kompetitif (Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2004). Namun demikian disebabkan tidak wujud satu standard kompetensi dalam bidang perguruan dan program pendidikan guru sebagai panduan di negara kita, maka telah timbul masalah perkhidmatan, tekanan kerja, konflik peranan, kekaburan peranan, ketiadaan satu sistem sokongan sosial dari pengetua dan rakan sekerja. Kesan daripada masalah tersebut telah menyebabkan ramai guru telah meletak jawatan atau bersara dengan awal, dan burnout dalam kalangan guru. Keadaan ini telah menjejaskan kualiti pendidikan negara kita. Kewujudan satu piawai membolehkan guru-guru bertugas dengan mempunyai bimbingan terperinci, dapat melihat syarat-syarat yang harus dipenuhi dan dicapai dan boleh digunakan untuk menggerakkan peningkatan kualiti pengajaran. 2

3 2. SENARIO PENDIDIKAN DI MALAYSIA MASA KINI. Dalam mencapai misi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu membangunkan sistem pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia, maka empat komponen berikut telah dijadikan teras kepada pembangunan pendidikan negara, iaitu (a) meningkatkan akses dalam pendidikan (b) meningkatkan ekuiti dalam pendidikan (c) meningkatkan kualiti pendidikan (d) meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan. Apabila menyentuh berkenaan kualiti pendidikan maka hubungannya dengan kualiti guru tidak dapat dipisahkan. Menurut Sulaiman Daud (1995), pendidikan pada abad ke- 21 bukan sahaja memerlukan kita melahirkan insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang industri dan teknologi, pengurusan dan perdagangan tetapi juga harus menghasilkan insan yang mempunyai sistem nilai dan etika serta akhlak yang baik, berperibadi mulia, bertanggungjawab, patuh kepada Tuhan serta berkemampuan untuk membangunkan masyarakat dan negara (dalam Shahril dan Habib 2001). Dalam dunia moden yang berkembang pesat ini, peranan sekolah telah berubah dan guru perlu meningkatkan domain pengetahuan dan kecekapan-kecekapan baru untuk membolehkan mereka mengikut peredaran zaman ( Mohammed Sani 2005) Cabaran kepada guru dalam pendidikan kini merangkumi usaha melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, menangani masalah disiplin dan gejala sosial, pengurusan sekolah yang berkesan, harapan menggunung masyarakat dan banyak lagi. Oleh itu, para guru hendaklah terdiri dari golongan yang kuat semangat perjuangannya dan bersedia untuk mengadaptasi diri dengan perubahan yang berlaku begitu pantas masa kini. Persoalannya, adakah tahap guru Malaysia cukup kompeten dalam menangani cabaran-cabaran ini? Adakah beberapa perubahan dalam skim perkhidmatan dan kejayaan yang dicapai dalam dunia pendidikan mahupun kekurangan yang sering menjadi isu dapat memberikan petunjuk kepada tahap kompetensi guru Malaysia? Guru-guru di Malaysia amat bertuah kerana kerajaan Malaysia begitu prihatin dan sentiasa memberikan fokus terhadap kemajuan dan kebajikan perkhidmatan mereka. Ini jelas dilihat dari usaha pengemaskinian Skim Perkhidmatan Pendidikan sebanyak sembilan kali di bawah empat laporan semakan gaji seperti berikut. (i) Suruhanjaya Diraja mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Suruhanjaya Gaji Aziz 1971). (ii) Laporan Jawatankuasa Khas Gaji Kabinet (JKK) (iii) Laporan Sistem Saraan Baru (SSB) 1991 (iv) Laporan Sistem Saraan Malaysia (SSM) (Bahagian Sumber Manusia KPM 2004) Sistem Saraan Malaysia(SSM) berkuat kuasa mulai 1 November SSM diperkenalkan dengan hasrat untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan awam secara menyeluruh dan merupakan reformasi dalam pengurusan manusia untuk mewujudkan tenaga kerja yang berpengetahuan, kompeten dan seterusnya mewujudkan perkhidmatan cemerlang. Antara yang diperkenalkan dalam SSM ialah Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Ia adalah satu proses untuk menilai dan memastikan bahawa setiap pegawai memenuhi kriteria dan standard prestasi yang ditetapkan serta mencapai tahap kompetensi bagi jawatannya. Peperiksaan yang terdiri daripada dua komponen iaitu Kompetensi Umum dan Kompetensi 3

4 Khusus bertujuan untuk menggalakkan pembangunan diri anggota perkhidmatan awam melalui (a) pembelajaran berterusan (b) meningkatkan budaya organisasi pembelajaran (c) melaksanakan pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi PTK secara tidak langsung membuka satu lagi ruang kepada para guru untuk meningkatkan pengetahuan dan memperbaiki prestasi diri khususnya berkaitan dengan tugas mereka. Ini adalah sejajar dengan usaha untuk meningkatkan kompetensi para guru. Pada tarikh 18 Disember 2003 guru-guru telah menduduki peperiksaan pertama PTK selaras dengan pelaksanaan SSM. Apabila keputusan diumumkan didapati dari sejumlah guru yang menduduki PTK pada tahun 2003 hanya 1170 (0.9 % ) yang lulus.ini juga bermakna hanya 0.9 % guru yang mendapat markah 80 ke atas dan dikategorikan sebagai kompeten. Manakala 99.1% kandas dan tidak mencapai tahap kompetensi yang baik. Keputusan PTK ini telah menjadi perbincangan hangat di seluruh negara. Adakah ini memberi isyarat bahawa majoriti guru Malaysia belum cukup kompeten? Guru-guru yang gagal rata-rata tidak berpuas hati dengan peperiksaan itu. Ada yang mendakwa sukatan mata pelajaran terlalu luas, soalan tidak berkenaan dengan profesion keguruan dan banyak lagi. Guru-guru boleh memberi 1001 alasan tetapi imej guru di mata masyarakat sudah tentulah terjejas lebih-lebih lagi di kalangan pelajar. Malah isu ini telah membawa kepada campur tangan Perdana Menteri, Dato` Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah JPA untuk mengadakan rundingan dengan wakil pekerja sektor awam bagi menyelesaikannya. Berikutan itu, keputusan peperiksaan telah disemak semula dan peratus kelulusan ditingkatkan namun masih ramai yang tidak berpuas hati. Sungguhpun begitu, Peperiksaan PTK kedua telah diteruskan dan diadakan pada 30 Disember 2004 dan keputusan dikeluarkan pada Jun 2005 tetapi dengan format pemarkahan yang baru. Kali ini tiada lagi kelompok lulus dan gagal. Pencapaian dibahagikan kepada 4 aras. Aras 4 adalah aras yang tertinggi di mana calon dikategorikan sebagai lulus atau melepasi tahap kompetensi pada aras yang cemerlang dengan markah di atas 80%. Lulus atau melepasi tahap kompetensi diberikan aras 3 dengan markah di antara 60 hingga 79. Lulus bersyarat diberikan aras 2 dengan markah di antara 50 hingga 59. Tidak melepasi tahap kompetensi diberikan aras 1 dengan markah 49% dan ke bawah. Isunya, adakah dengan berdasarkan aras-aras ini sudah memadai untuk dijadikan petunjuk tahap kompetensi guru-guru? Dapatkah peperiksaan ini memberikan imej sebenar guru-guru yang kompeten? Adakah kompetensi guru dapat dinilai bersandarkan kepada satu peperiksaan objektif dengan 80 soalan sahaja? Sedangkan kompetensi sebenarnya lebih luas dari itu. Persoalan yang cukup relevan di sini ialah selain dari markah yang di peroleh adakah mekanisme lain untuk membezakan guru-guru yang memperoleh aras 4 dengan aras 3 mahupun dengan aras-aras yang lain? Bagaimana hendak memastikan kompetensi guru yang memperoleh aras 4 kekal di sepanjang perkhidmatan mereka? Bagaimana pula hendak menangani guru yang komited dengan tugas tetapi tidak memperoleh aras 4 dalam PTK atau bagaimana pula untuk menangani guru yang kurang komited tetapi menunjukkan prestasi cemerlang dalam PTK? Ini adalah kerana hampir keseluruhan guru yang mencapai aras 4 akan diberikan anjakan gaji. Ini bukanlah bermakna bahawa PTK tidak sesuai sama sekali tetapi kerana sehingga kini masih terdapat rungutan atau ketidakpuasan hati maka amatlah perlu untuk dibuat penambahbaikan ke arah satu standard kompetensi yang lebih objektif dan 4

5 terpandu. Mujurlah akhirnya, PTK ini telah dimansuhkan berikutan penyemakan semula skim gaji yang sedia ada. Apabila menyentuh tentang tahap kompetensi guru-guru kita tidak dapat lari daripada merenung kembali beberapa isu atau peristiwa yang agak kontroversi dan juga pencapaian guru sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Baru-baru ini, tersiar di dada akhbar, ibu bapa di Malaysia membelanjakan kira-kira 4 bilion ringgit setahun untuk menampung kos kelas tuisyen anak-anak(new Straits Times,2005). Pelaburan ini bukannya sedikit. Jika ditinjau dari sudut positif, ini menunjukkan kesedaran ibu bapa tentang peri pentingnya pendidikan anak-anak. Namun dari sudut yang berbeza pula, kita dapati ini memberikan gambaran bahawa pengajaran guru di sekolah belum memadai bagi tujuan melengkapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan. Adakah ibu bapa sudah hilang keyakinan terhadap keupayaan pengajaran guru? Justeru, adakah guru-guru tidak cukup kompeten dalam menangani perkara asas dalam pendidikan iaitu menyampaikan ilmu? Seterusnya, isu dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Apabila keputusan PMR 2005 diumumkan pada 22 Disember 2005, warga pendidik menarik nafas lega bila keputusannya amat memberangsangkan. Dengan peratus kelulusan matematik 84.1% dan sains 90.1% masyarakat percaya guru-guru telah menjalankan tugas dengan berkesan. Malangnya, dengan kenyataan susulan Ketua Pengarah Pelajaran Dato` Dr. Ahamad Sipon, yang menyatakan bahawa hanya 27% sahaja pelajar yang menjawab kertas matematik menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya manakala hanya 33% sahaja pelajar yang menjawab kertas sains menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya membuatkan kita berfikir sekali lagi tentang kemampuan guru. Apakah kedudukan guru Malaysia? Adakah mereka kompeten dalam erti kata yang sebenarnya? Dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris juga telah dimansuhkan setelah didapati ianya tidak berkesan. Prestasi murid dan pelajar dalam tiga peperiksaan awam iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menunjukkan hasil yang hampir malar tetapi tetap menunjukkan peningkatan. Bagaimanapun, laporal awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia menegaskan, di sebalik keberhasilan itu adalah penting Malaysia membandingkan sistem pendidikannya dengan tanda aras global bagi memastikannya bergerak seiring dengan pembangunan pendidikan antarabangsa. Ini kerana jelas laporan itu, prestasi negara dalam Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) menurun antara 1999 dan 2007 manakala keputusan Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) 2009 pula menunjukkan Malaysia berada di kelompok sepertiga di bawah berbanding 74 negara peserta. Dalam pentaksiran terkini (2012), prestasi Malaysia berada sekurang-kurangnya 100 mata di bawah negara serantau seperti Singapura, Jepun, Korea dan Hong Kong dalam ketiga-tiga dimensi iaitu Bacaan (kedudukan ke-55), Matematik (kedudukan ke-57) dan Sains (kedudukan ke-52). Ia juga lebih rendah daripada purata antarabangsa dan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD). Dalam Kajian Trend Antarabangsa Matematik dan Sains (TIMSS) 2003, pelajar Malaysia telah menduduki tangga ke 10 dalam pembelajaran Matematik mengatasi negara maju iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat dan New Zealand. Menurut Kajian itu juga, Malaysia menduduki tangga ke- 20 bagi mata pelajaran sains mengatasi Norway dan Itali. Kajian ini telah dijalankan oleh International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA). Seramai pelajar dari 150 sekolah telah dipilih secara rawak untuk diuji oleh panel pakar dari seluruh dunia melalui 12 buku ujian. Pelajar kita memperoleh skor purata 508 berbanding skor antarabangsa 467 bagi mata pelajaran matematik. Bagi sains pula, purata skor pelajar kita ialah 510 berbanding skor purata antarabangsa 474. Malah terdapat 5

6 juga peningkatan dalam ranking berbanding tahun 1999 seperti ditunjukkan dalam jadual di bawah. Jadual 1: Kedudukan Malaysia mengikut ranking dalam TIMSS. Tahun Kedudukan dalam ranking Matematik Sains Menurut kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, kejayaan ini membuktikan bahawa guru-guru mempunyai kemampuan dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kedua-dua subjek berkenaan (Utusan Malaysia 14 Disember 2004). Kenyataan Menteri Pelajaran ini adalah merupakan pengiktirafan kepada kualiti guru-guru Malaysia. Adakah ianya memadai untuk mengatakan bahawa guru-guru Sains dan Matematik Malaysia sudah mencapai tahap kompetensi yang baik? Mampukah kita mendabik dada mengatakan guru-guru sains dan matematik di Malaysia mempunyai tahap kompetensi yang membolehkan mereka bersaing di persada pendidikan antarabangsa? Apakah kedudukan sebenar guru Malaysia? Hakikatnya, di Malaysia masih belum ada satu standard kompetensi untuk guru. Oleh itu adalah menjadi satu keperluan untuk semua pihak berfikir ke arah itu. Apakah pengajaran guru di sekolah kurang berkesan sehingga memaksa ibu bapa menghantar anak ke pusat tuisyen? Adakah trend ini memberikan gambaran tentang tahap kompetensi guru Malaysia khususnya dari aspek pedagogi? Persoalan- persoalan ini sekali lagi sukar dijawab kerana di Malaysia masih belum wujud lagi satu standard kompetensi ke atas guru. Menurut Dr. Mohammad Sani Ibrahim (dalam Utusan Malaysia 20 Mac 2002), tahap pengetahuan dan kemahiran guru dalam P&P bagi sekolah Bestari masih pada tahap yang rendah. Oleh itu, bagaimanakah guru-guru yang ada sekarang ini mampu menyediakan pelajar yang mempunyai sikap yang terbuka untuk menerima pendidikan dan berani menghadapi cabaran masa hadapan sekiranya sumber untuk mengayakan pengetahuan dan kemahiran di kalangan guru kabur dan tidak mencukupi untuk melaksanakan P&P dengan efisien dan berkesan. Maka, guru tidak berupaya mencapai TQM yang dihasratkan. Adakah ini petunjuk bahawa guru -guru Malaysia belum mencapai standard kompetensi yang diperlukan? Pastinya pandangan ini ada meritnya. Namun untuk mengukuhkannya lagi, guru di sekolah Bestari ini perlu ada satu standard kompetensi untuk dijadikan kayu pengukur kemajuan mereka. Kejayaan beberapa buah sekolah dan organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia mendapat pengiktirafan ISO 9000 membuktikan guru Malaysia berpotensi untuk mencapai standard yang setanding dengan rakan sejawat mereka di negara-negara maju yang lain. Sekolah pertama yang mendapat pengiktirafan piawaian ISO 9000 ialah Sekolah Menengah Derma, Kangar. Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, lebih banyak sekolah rendah dan menengah akan dicalonkan untuk menerima sijil MS ISO 9000 iaitu pengiktirafan bertaraf dunia ( Berita Harian 13 Ogos 1997). Tambahan kepada usaha ini, pihak nazir telah melawat dan memeriksa 2971 buah sekolah di seluruh negara pada tahun 1999 dalam usaha meningkatkan standard dan kualiti pendidikan seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan hasilnya sebahagian besar sekolah telah menunjukkan peningkatan ( Berita Harian 6 Mac 2000). Persoalannya, adakah dengan mendapat 6

7 pengiktirafan ISO 9000 kita sudah selesa untuk mengatakan bahawa guru Malaysia sudah cukup kompeten? Satu daripada inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara ialah dengan menyediakan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia sebagai piawai bagi pentadbiran dan pengurusan sekolah serta institusi pendidikan (Dasar Pendidikan Kebangsaan 2004). Jemaah Nazir Sekolah telah diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan strategi ini. Namun maklum balas yang diterima juga menunjukkan guru serta tenaga pengajar menghadapi masalah dalam melaksanakan Sistem Pemastian Peningkatan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (SPPSTKP) sepenuhnya kerana menghadapi kesukaran memahami dokumen-dokumen yang diedarkan dan tatacara melaksanakan sistem tersebut yang terlalu kompleks dan memerlukan masa serta tenaga yang banyak sehingga ada kalanya menjejaskan pelaksanaan program-program lain. Malah para guru dan tenaga pengajar di institusi pendidikan, kurang memahami objektif dan perancangan yang dibuat oleh Jemaah Nazir Sekolah (JNS 2003) bagi meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita. Adakah reaksi negatif ini petanda guru kurang kompeten atau masih belum wujud sistem pengukuran standard yang jelas? Hakikatnya, di Malaysia masih belum ada satu standard kompetensi untuk guru. Kebanyakan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Australia, Belanda sudah membina standard kompetensi untuk guru-guru mereka. Justeru, sistem pendidikan di Malaysia memerlukan elemen standard kompetensi untuk para guru agar proses penilaian dan penambahbaikan perkhidmatan perguruan akan menjadi lebih sistematik. Lantaran itu, adalah menjadi satu keperluan untuk semua pihak berfikir dan menyumbang kepada pembentukan satu standard kompetensi untuk guru di Malaysia. STANDARD KOMPETENSI GURU Konsep Kompetensi Kompetensi merujuk kepada pengetahuan, kemahiran, dan ciri-ciri peribadi atau personality traits yang perlu bagi melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab. Menurut Kamus Dwibahasa Dewan, kompetensi adalah istilah bahasa Inggeris iaitu competence yang bermaksud kelayakan, kemampuan, kesanggupan, dan kecekapan untuk melakukan sesuatu tugas (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999) Menurut Daud Ibrahim(2003) bahawa, kompetensi bermakna competence, proficiency, skillful and skill. Kompetensi ditakrifkan sebagai gabungan aspek pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki serta diamalkan bagi melaksanakan sesuatu pekerjaan atau jawatan. Prinsip asas model kompetensi adalah bahawa prestasi seseorang pegawai perkhidmatan awam akan meningkat sekiranya beliau mempunyai semua kompetensi yang diperlukan bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab jawatan yang disandangnya. Sebagai contoh, pengkhususan dalam sesuatu bidang dan kekerapan melaksanakan sesuatu tugas yang akan membolehkan pegawai melaksanakan tugasnya dengan berkesan dan cemerlang. Agus Darma (2003), mentakrifkan kompetensi sebagai kemampuan atau kecekapan yang diperlihatkan seseorang ketika melakukan sesuatu. Kesimpulannya kompetensi bolehlah didefinisikan sebagai; Definisi Umum Merupakan keupayaan seseorang untuk mencapai matlamat interaktif, dalam konteks sosial yang khusus, dengan menggunakan cara yang diterima dan menghasilkan natijah yang positif dengan memberikan signifikan kepada 7

8 Definisi khusus Definisi Guru unsur yang lain. Kecekapan atau kompetensi (competency) bolehlah didefinisikan sebagai kebolehan seseorang mengeluarkan sesuatu hasil yang telah dipersetujui bersama melalui terma-terma yang telah ditentukan tahap pengukurannya. Merupakan satu ukuran yang telah ditetapkan bagi seorang guru dalam menguasai pelbagai peringkat kompetensi yang diperlukan untuk memenuhi aspirasi pelajar dan masyarakat. Guru dalam konteks tajuk tugasan ini bermaksud ialah tenaga pengajar yang telah mengikuti sijil perguruan, diploma pendidikan dan ijazah dari maktab-maktab dan universiti, dilantik oleh KPM untuk berkhidmat di sekolah. Kategori guru meliputi bakal guru, guru permulaan, guru dan pentadbir sekolah (termasuk pengetua dan guru penolong kanan). Bakal guru pula ialah seseorang individu yang sedang mengikuti latihan perguruan di peringkat diploma dan ijazah pertama. Guru permulaan ialah guru yang telah mengikuti latihan perguruan dalam mana-mana peringkat pengajian dan telah berkhidmat dalam jangka masa enam bulan hingga satu tahun. Konsep Kompetensi Guru Standard profesional perguruan boleh digunakan sebagai satu set kriteria dari kompetensi minimum yang ditunjukkan dalam perlaksanaan kerja guru. Kompetensi guru termasuklah perkara yang berkaitan personal, profesional dan sosial seperti pengajaran, kepakaran dalam subjek, kepakaran dalam teori yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, menguruskan proses pembelajaran, adaptasi dalam komuniti dan personaliti. Beare (2001) mengenal pasti kompetensi minimum bagi guru terhadap lima komponen yang sepatutnya kompeten. Lima komponen itu ialah kurikulum, pedagogi, penilaian, sumbangan kepada sekolah dan sumbangan kepada profesion. 1. Kurikulum. Guru sepatutnya mempunyai pengetahuan tentang isi kandungan kursus yang diajar (kepakaran subjek) dan ianya dikemas kini. 2. Pedagogi. Guru mestilah tahu mengajar, menguruskan kelas menggunakan mod pembelajaran dan kaedah pengajaran yang sesuai dan teknologi pengajaran yang sesuai. 3. Penilaian. Guru seharusnya tahu untuk menilai hasil kerja pelajar, bagaimana menilai kemajuan pelajar, bagaimana melaporkan kemajuan kepada pelajar dan ibu bapa, bagaimana menyimpan rekod kemajuan pembelajaran dan bagaimana menetapkan tahap kemajuan. 4. Sumbangan kepada sekolah. Sebagai staf institusi pelajaran, setiap guru seharusnya memberi sumbangan yang kontruktif kepada sekolah secara meluas, menerima tanggungjawab fungsi yang luas kepada sekolah secara formal, secara tidak formal mengambil berat terhadap tugas dan budaya, mempunyai pelajar yang baik, reputasi dan pendirian komuniti serta hubungan ibu bapa dan seluruh komuniti. 5. Sumbangan profesional. Setiap guru diharapkan dapat mengamalkan profesion pergurun dengan menyertai perkembangan profesional, aktif dalam aktiviti 8

9 profesional, menyumbangkan pembangunan dalam profesion perguruan dan asas kemahiran dan bersedia untuk membantu rakan secara profesional. Guru sepatutnya berfikir dan berkelakuan sebagai profesional. Perkara asas bagi menggariskan standard guru profesional ialah apa yang perlu diketahui dan boleh dilakukan. Formula asas kebolehan guru perlu ditunjukkan dalam bidang berikut: penilaian, komunikasi, pembaikan berterusan, pemikiran kritikal, kepelbagaian, etika, perkembangan insan dan pembelajaran, pengetahuan mengenai subjek, suasana pembelajaran, perancangan dan peranan guru dan teknologi. Model Kompetensi Guru Prinsip asas model kompetensi adalah bahawa prestasi seseorang pegawai perkhidmatan awam akan meningkat sekiranya beliau mempunyai semua kompetensi yang diperlukan bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab jawatan yang disandangnya. Contohnya, pengkhususan dalam sesuatu bidang dan kekerapan melaksanakan sesuatu tugas yang akan membolehkan pegawai melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan dan cemerlang. Komponen Kompetensi Tiga komponen kompetensi yang utama adalah: (a) Pengetahuan: Kebolehan pegawai meningkatkan pengetahuan secara berterusan bagi memperbaiki prestasi diri dengan berkesan. (b) Kemahiran Kebolehan pegawai mengguna dan memanfaatkan (ability to use in practice) pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh bagi melaksanakan tugas dengan cemerlang untuk mencapai objektif organisasi. (c) Ciri-ciri Peribadi Nilai-nilai peribadi dan perlakuan (personal attributes and behaviours) yang perlu dihayati dan diamalkan oleh pegawai perkhidmatan awam. Komponen-komponen di atas adalah digambarkan secara ilustrasi oleh Hay McBer di dalam Model Aisbeg. Di mana, kemahiran dan pengetahuan selalunya boleh diperoleh melalui kursus atau latihan dan boleh dikaitkan dengan kelayakan akademik. Pembangunan ciri-ciri peribadi seseorang pekerja adalah lebih mencabar dan perlu diberi penekanan khas bagi mencapai kejayaan yang diharapkan melalui latihan dan pembangunan. Bagi model ini, kompetensi merupakan aisbeg di mana kemahiran dan pengetahuan terletak di hujung aisbeg dan berada di atas paras air. Manakala, ciri-ciri peribadi adalah terletak di bawah paras air dan sukar diketahui. Walau bagaimanapun,kemahiran dan pengetahuan walaupun perlu untuk menjalankan sesuatu kerja, ia tidak membezakan prestasi yang dihasilkan. Elemen perilaku yang ditentukan oleh ciri-ciri peribadi (yang tersembunyi) merupakan faktor penting yang akan membezakan pekerja berprestasi tinggi dan pekerja berprestasi biasa. (Gambar rajah 2). Dengan kata-kata lain, pengetahuan dan kemahiran adalah merupakan komponen kompetensi yang mudah dilihat dan dikenal pasti manakala ciri-ciri peribadi merupakan komponen pendukung yang sukar dilihat dan kenal pasti tetapi adalah merupakan faktor penting dalam mewujudkan pegawai cemerlang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam sesuatu jawatan. 9

10 Paras Air - Sukar diperhati, ukur dan ubah -Mengawal perilaku yang ditunjukkan Kemahiran Pengetahuan Peranan Sosial Self-image Traits (Personality) Motif Diperlukan untuk menjalankan tugas Menetukan kecemerlang an Jenis Kompetensi Rajah 2: Model Kompetensi Iceberg Terdapat dua jenis kompetensi iaitu; (a) (b) Kompetensi umum(generic Competencies) - Merupakan pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi serta tata kelakuan yang perlu dimiliki oleh setiap anggota dalam sesuatu perkhidmatan berkenaan. Kompetensi Khusus(Functional Competencies) - Merupakan pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang spesifik bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi sesuatu jawatan dan kumpulan jawatan. Standard Kompetensi Luar Negara Standard kompetensi guru di luar negara telah banyak di perkatakan. Berikut adalah standard Kompetensi guru yang diguna pakai di beberapa buah negara. Standard ini mungkin boleh dijadikan panduan ke arah pembentukan satu standard kompetensi guru di Malaysia. A. Standard Kompetensi Guru di Australia Rajah 3 menunjukkan Rangka Kerja Kebangsaan Untuk Standard Profesional Perguruan Australia yang mengandungi dimensi kerjaya dan elemen profesional. 10

11 Dimensi Kerjaya Rajah 3 : Rangka Kerja Kebangsaan Profesional Perguruan Australia. Guru-guru membina pengetahuan, kemahiran dan latihan melalui kehidupan profesional mereka, tetapi pembinaan ini bukanlah satu proses yang linear. Mereka memasuki profesion ini dengan pelbagai aras keutamaan pembelajaran, pengalaman kerjaya dalam konteks yang berbeza. Terdapat empat dimensi kerjaya: Kelulusan (Graduation) Guru yang berkesan adalah guru yang: Telah diberikan latihan yang mencukupi dan terlibat di dalam proses pembelajaran yang berterusan. Boleh mengenal pasti keperluan pembangunan mereka dan mendapatkan nasihat dan sokongan daripada rakan sejawat. Mempunyai matlamat yang tinggi sebagai pelajar yang profesional untuk pembelajaran pelajar mereka. Komitmen mereka terhadap pelajar dan pembelajaran pelajar mereka boleh dilihat dari pencapaian pelajar yang tinggi. Mereka mempunyai komitmen, semangat dan kemahiran interpersonel yang dianggap sebagai peranan profesional di sekolah dan komuniti yang lebih luas yang menyumbang kepada perjalanan sekolah sebagai keseluruhan. Kompetensi (Competence) Guru profesional yang kompeten: Dapat menunjukkan pengalaman pengajaran yang berjaya. Boleh memantau, menilai dan merancang pembelajaran dan menyesuaikan program pembelajaran untuk memenuhi keperluan individu dan kumpulan di dalam kelas. Mempunyai rekod tentang keberkesanan dan pembelajaran yang berterusan. 11

12 Bekerja dengan rakan sejawat dan pasukan untuk meningkatkan tahap profesional mereka dan mengambil tanggungjawab yang besar dalam kolaborasi dengan yang lain untuk memenuhi kehendak pembelajaran mereka. Merupakan seorang ahli yang berkesan di sekolah dan komuniti. Pencapaian (Accomplishment) Guru-guru pada aras ini adalah guru-guru yang: Mempunyai kemahiran yang tinggi dan berjaya dalam kerjayanya. Dikenali oleh guru-guru yang lain sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan mendalam di dalam mata pelajaran dan pedagogi. Memberikan sumbangan terhadap profesion dan sekolah. Boleh berkomunikasi secara berkesan dan bergaul secara dengan profesional dengan masyarakat. Kepimpinan (Leadership) Guru-guru ini: Berpengetahuan dalam perkembangan terkini di dalam pedagogi dan boleh menggunakannya kepada konteks pelajar yang unik. Mempunyai ciri-ciri interpersonal dan kepimpinan, jujur, berintegriti dan saksama. Boleh mengenal pasti potensi yang ada pada orang lain, mempromosikan dan menggalakkan mereka untuk mencapai potensi masing-masing. Menggunakan analisis kritikal dan penyelesaian masalah kepada masalah pendidikan dan terlibat di dalam pembelajaran berterusan yang profesional. Berkomunikasi secara efektif dengan komuniti untuk menyokong pembangunan sekolah dan mempromosikan pembelajaran pelajar. Elemen Profesional Profesional Knowledge Guru-guru tahu dan faham tentang: idea asas, prinsip dan struktur bidang yang mereka ajar. perkaitan antara bidang mereka dengan bidang yang lain dan boleh mengintegrasikan pembelajaran merentasi bidang. cara mengajar kandungan pelajaran dengan berkesan, dan faham halangan-halangan pembelajaran yang akan timbul dari pelajar. secara bagaimana kanak-kanak belajar dan bagaimana tugas mereka sebagai fasilitator pembelajaran. menggunakan falsafah pembelajaran. Menilai secara kritikal teori-teori pembelajaran dan tahu menggunakannya secara berkesan. Mengambil kira perbezaan sosial, budaya dan keperluan khusus latar belakang pembelajaran pelajar mereka di dalam pengajaran dan pembelajaran. Amalan Profesional (Professional Practice) Berkomunikasi secara berkesan dengan pelajar mereka dan jelas dengan matlamat pembelajaran. Menggunakan teknik inkuiri dan menggunakan pelbagai peralatan, aktiviti dan sumber untuk melibatkan pelajar di dalam pembelajaran. Memilih dan menyusun kandungan pelajaran dengan logik dan berstruktur untuk mencapai matlamat pembelajaran. Boleh mengurus tingkah laku dan situasi yang timbul di dalam ke arah pembelajaran yang bermakna. Membina situasi pembelajaran yang selamat dan menjaga kebajikan pelajar mereka. 12

13 Merancang pembelajaran dengan menggunakan penilaian formatif yang sesuai. Faham keperluan menilai pengajaran mereka dan kepentingan menyediakan tindak balas formal dan informal kepada pelajar sebagai stimulus kepada pembelajaran. Nilai Profesional (Professional Values) Komited kepada pembangunan kendiri dan sentiasa membuat analisis, penilaian berterusan dan meningkatkan tahap profesionalisme. Faham bahawa tugas mereka sentiasa berubah dan mereka perlu menyerap dan bertindak balas dengan situasi ini. Bekerjasama dengan penjaga dan semua yang terlibat dengan pendidikan sebagai satu syarikat. Mereka meningkatkan tahap profesional ke tahap yang tinggi dan menghormati pelajar mereka. Bersikap profesional sepanjang masa semasa berhadapan dengan pelajar, rakan sejawat, ahli-ahli dalam profesion dan komuniti. Hubungan Profesional (Professional relationship) Terlibat dengan komuniti dengan membentuk hubungan profesional dengan semua peringkat di dalam komuniti (guru membentuk dan mengurus pengalaman pembelajaran untuk individu dan kumpulan pelajar yang menyediakan peluang untuk terlibat dengan ahli lain di dalam profesion dan seluruh komuniti sekolah) Bekerja secara produktif dengan rakan sejawat dan lain-lain profesional untuk meningkatkan pembelajaran dan faham betapa pentingnya hubungan akrab antara sekolah, rumah, dan komuniti di dalam pembangunan sosial dan intelektual pelajar mereka. Hubungan ini adalah berasaskan kepercayaan, hormat, dan keyakinan. B. Standard Kompetensi Guru di British Columbia, Kanada. Standard kompetensinya terbahagi kepada dua seksyen: 1. Pendidikan dan Kompetensi. 2. Pengurusan Profesional. Pendidikan dan kompetensi. 1. Pendidik yang profesional mengambil berat dan berminat dengan semua kanakkanak sepanjang masa. Memastikan keselamatan fizikal,intelektual, dan emosi semua pelajar. Melayan pelajar dengan cara hormat, mesra dan tidak membezakan sesama pelajar. Bertindak mengikut etika dan undang-undang untuk kebaikan dan perlindungan pelajarnya. Menunjukkan komitmen ke arah melayan pelajar dengan sama rata. Intervensi di mana perlu jika orang lain gagal menunjukkan nilai dan mengambil berat kepada semua pelajar. 2. Pendidik yang profesional menunjukkan kefahaman tentang peranan ibu bapa dan rumah di dalam kehidupan pelajar. Mengenal pasti (di dalam perancangan dan interaksi dengan pelajar dan ibu bapa) kepentingan persekitaran rumah dan perbezaan nilai keluarga. 13

14 Menghormati peranan ibu bapa sebagai co-educators terhadap pelajar dan kerja untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat menyokong peranan itu. Berkomunikasi secara terbuka, berkesan, sensitif, dan sopan dengan ibu bapa pelajar. Mendapatkan penyertaan dan input daripada ibu bapa untuk menyokong pelajar. 3. Pendidik yang profesional mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam tentang mata pelajaran yang di ajar. Boleh berkomunikasi dengan fasih sama ada di dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Perancis. Memahami konsep asas dan struktur mata pelajaran yang diajar Memahami bagaimana pengetahuan tentang mata pelajaran dibina, disusun dan berkaitan dengan bidang yang lain. Memahami secara mendalam tentang mata pelajaran dan kurikulum. Akses dan mempunyai komunikasi kepada pengetahuan mata pelajaran dan menghubungkannya dengan kurikulum dan dunia luar. 4. Pendidik yang profesional adalah berpengetahuan tentang Kanada dan dunia. Mempunyai pengetahuan tentang sejarah Kanada, geografi dan kebudayaannya. Faham, menggalakkan dan mematuhi undang-undang. Berpengetahuan tentang teori dan pelaksanaan demokrasi. Faham tentang penglibatan di dalam kebudayaan masyarakat Kanada. Mempunyai pengetahuan umum tentang sejarah dunia, geografi dan kebudayaan. 5. Pendidik yang profesional berpengetahuan tentang sistem pendidikan British Columbia. Faham tentang prinsip sistem pendidikan di British Columbia. Mempunyai pengetahuan kerja yang relevan. Faham tentang perbezaan pandangan berdasarkan matlamat pendidikan. Faham tentang sejarah dan kandungan pendidikan di British Columbia dan Kanada. Sedar tentang isu-isu terkini di dalam pendidikan. Faham tentang peranan pendidikan di dalam pembinaan warganegara yang berinformasi di dalam konstitusi demokrasi. 6. Pendidik yang profesional faham tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Faham dan menggunakan teori yang relevan tentang perkembangan manusia termasuk menggunakan dan memahami perbezaan pembelajaran individu dan keperluan khas. Faham dan menggunakan teori yang relevan yang boleh menerangkan tentang tingkah laku kanak-kanak. Memfokuskan kepada perkembangan potensi dan memupuk rasa cinta kepada pelajaran di kalangan kanak-kanak Memberi respons kepada situasi yang spesifik yang menghormati digniti pelajar. 7. Pendidik yang profesional mengimplementasikan kaedah pengajaran yang afektif. Membina persekitaran yang menyokong pembelajaran semua pelajar. Mereka bentuk, mengimplementasikan dan memantau pengalaman pembelajaran ke arah kebaikan pencapaian pelajar. 14

15 Menyediakan pengalaman pembelajaran di mana pelajar faham dan membina peranan mereka sendiri dan bertanggungjawab di dalam proses pembelajaran dan sebagai pelajar sepanjang hayat. Bekerja secara kolaboratif dengan pendidik yang lain, staf sokongan, ibu bapa dan yang lain-lain untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Mengenal pasti bila bantuan sokongan dan kepakaran diperlukan untuk memenuhi keperluan spesifik pelajar dan bekerja secara kolaboratif untuk menangani situasi ini ke arah kebaikan pelajar. 8. Pendidik yang profesional menggunakan prinsip tugasan, penilaian dan laporan. Faham tentang kekuatan dan kelemahan di dalam tugasan yang spesifik, penilaian dan alat laporan. Sentiasa mentaksir dan menilai pencapaian intelektual dan perkembangan sosial pelajar. Menggunakan penaksiran dan penilaian untuk merancang pengalaman pengajaran dan pembelajaran selanjutnya. Bekerja dengan rakan sejawat untuk memastikan interpretasi umum tentang hasil pembelajaran dan hasil penilaian. Memastikan ketepatan dan rekod yang komprehensif tentang pencapaian pelajar. Sentiasa membuat laporan yang tepat dan berinformasi, untuk pentadbir dan ibu bapa tentang pencapaian intelektual dan perkembangan sosial pelajar. 9. Pendidik yang profesional bertindak mengikut etika pemimpin pendidikan Bertindak mengikut ruang lingkup yang sah untuk kebaikan pelajar, sistem pendidikan, dan masyarakat Mengekalkan secara konstruktif, hubungan profesional dengan pelajar, rakan sejawat, majikan, ibu bapa, profesion dan lain-lain. Menerima, dan menyampaikan kepada yang lain-lain... Akauntabiliti kepada pelajar, ibu bapa, majikan, profesion, dan masyarakat. Membina dan mengenal pasti falsafah kendiri tentang pendidikan, pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan oleh teori dan menyumbang kepada praktis. Bekerja secara kolaboratif dengan pendidik, staf sokongan, staf sokongan profesional, ibu bapa, dan lain-lain untuk meningkatkan keberkesanan fungsi sekolah dan daerah. Menyediakan perkongsian kolaboratif dengan ibu bapa, komuniti, universiti, kerajaan, agensi swasta dan perniagaan untuk kebaikan pelajar. 10. Pendidikan yang profesional terlibat dengan pendidikan sepanjang hayat. Membentuk minat, komitmen, dan semangat ke arah pendidikan. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran terkini di dalam mata pelajaran dan pengetahuan pedagogi. Berkongsi pengetahuan profesional dan kepakaran dengan yang lain-lain di dalam komuniti. Menggunakan amalan refleksi yang boleh meningkatkan kefahaman dan kemahiran. Pengendalian Profesional 11. Pendidik yang profesional mempunyai tanggungjawab kepada pelajar. Menghormati autoriti, kepercayaan, dan pengaruh yang diberi. Menunjukkan minat kepada pelajar sepanjang masa. Faham bahawa mereka adalah role model kepada pelajar. 15

16 Mewujudkan dan menjaga sempadan di dalam hubungan profesional. Tidak terlibat di dalam tingkah laku seksual dengan kanak-kanak atau pelajar secara sedar atau tidak. Menyediakan pelajar dengan persekitaran yang beremosi, intelektual, dan selamat dari segi fizikal. Melayan pelajar dengan tenang dan penuh hormat. 12. Pendidik yang profesional mempunyai tanggungjawab kepada ibu bapa dan orang ramai. Bertindak secara beretika dan jujur sepanjang masa. Faham bahawa mereka dilihat sebagai role model oleh ibu bapa dan masyarakat. Sentiasa berkelakuan yang memberi tindak balas positif kepada kepercayaan orang ramai dan sistem pendidikan. Faham bahawa autonomi profesional diseimbangkan oleh tanggungjawab profesional dan akauntabiliti kepada orang ramai. 13. Pendidik yang profesional mempunyai tanggungjawab kepada profesion. Menunjukkan tingkah laku yang mengekalkan digniti, kredibiliti dan integriti terhadap profesion. Menyokong profesion dengan menjadi menyediakan sistem mentoran untuk menggalakkan pendidik lain dan sesiapa yang baru menceburi profesion ini. Faham tentang perbezaan antara akta-akta profesion dan advocacy. Memastikan semua komunikasi mengekalkan standard profesional yang tinggi. Bekerjasama di dalam penyiasatan atau inkuiri yang dikendalikan berdasarkan Teaching Profesion Act. C. Standard Kompetensi Pendidik Guru (Teacher Educators) di Netherland Asas Kompetensi Pengajaran. Pendidik guru menyediakan perkhidmatan untuk institusi pendidikan guru. Tugas utama pendidik guru ialah : Untuk menjadikan pelajar berkembang menjadi guru-guru yang kompeten. Pendidik guru juga boleh menyumbang kepada pendidikan guru yang berterusan atau terhadap penyelidikan terhadap proses pembelajaran. Pendidik yang baik: mempunyai pemahaman terhadap perkembangan muridnya. Memudahkan dan menyelia perkembangan muridnya. Mengambil berat tentang perkembangan profesional diri sendiri. Pendidik guru membentuk visi pembelajaran sendiri, yang mana berkaitan dengan dunia sebenar. Mereka berkebolehan menyerap visi ini kepada institusi mereka, dan boleh berkomunikasi dengan jelas tentang perkara ini kepada rakan sejawat dan pelajar. Seorang pendidik yang baik: bersikap terbuka dan adalah seorang pendengar yang baik. sanggup mengambil risiko dan mengambil inisiatif. boleh menawarkan tindak balas dan terbuka dedikasi, komited, dan terlibat 16

17 menyelesaikan masalah dengan kebijaksanaan dan diplomasi. Sebagai kumpulan yang profesional, pendidik guru bekerja berpandukan kriteria berikut: mengambil berat (sebagai permulaan) masalah praktik yang spesifik dan pengalaman guru-guru dan pelajar termasuk mata pelajaran yang di ajar. Berorientasikan stimulasi refleksi yang sistematik. Membuat pertimbangan tentang interaksi antara pendidik dan pelajar dan antara pelajar dengan pelajar. Bekerja di dalam integrasi di antara teori dan praktik dan integrasi di dalam disiplin yang berbeza. Mendapatkan dan mengekalkan pengetahuan daripada pelbagai sumber. Kompetensi Umum Terdapat lima bidang kompetensi: 1. Kompetensi kandungan 2. Kompetensi pedagogi 3. Kompetensi organisasi 4. Kompetensi kumpulan dinamik dan komunikasi 5. Kompetensi perkembangan dan pertumbuhan personel. Kompetensi Kandungan Pendidik guru boleh: (a) Mendapat dan mengekalkan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang masing-masing. (eg. kandungan mata pelajaran yang diajar, pedagogi kandungan, teori pendidikan) (b) Mengintegrasikan amalan pengajaran yang kompleks yang meliputi isi kandungan, pedagogi, teori pendidikan, pembelajaran dan perkembangan psikologi kepada satu disiplin. Kompetensi pedagogi (a) boleh berkolaborasi dengan rakan sejawat untuk membuat persediaan, mengimplementasikan, menilai, membuat pengubah suaian, dan memperbaharui kurikulum kursus. (b) Boleh membina persekitaran pembelajaran yang memberangsangkan untuk pelajar dan peserta kursus. (c) Boleh membezakan antara pelajar guru dan peserta kursus dan memantau mereka ke arah kompetensi pengajaran. (d) Menggunakan kaedah pedagogi yang berlainan kepada situasi pengajaran yang berbeza. (e) Menjadikan pendekatan pedagogi telus kepada pelajar. (f) Membina dan menggunakan ujian penaksiran di dalam kemahiran vokasional, dapatkan tindak balas pelajar dan taksir keupayaan pelajar terhadap profesion perguruan. (g) Menggalakkan pelajar membuat refleksi terhadap pengalaman mereka dan mentaksirkan keupayaan mereka di dalam profesion perguruan. Kompetensi organisasi (a) mengekalkan network secara profesional sama ada di luar atau di dalam bidang pendidikan. (b) Menyumbang secara aktif terhadap pembangunan dan pengimplementasian outlook organisasi dan polisi. (c) Bekerjasama dengan yang lain di dalam pelbagai disiplin, kumpulan terarah kendiri. 17

18 Kompetensi kumpulan dinamik dan komunikasi (a) boleh menangani orang dewasa yang muda dan guru-guru yang cekap. (b) Mengendalikan dengan jayanya proses di dalam kumpulan pelajar, guru-guru dan rakan sejawat. (c) Boleh menunjukkan rasa empati kepada sesiapa sahaja yang mereka bekerja sama. Kompetensi perkembangan dan pertumbuhan personel. (a) boleh menilai bersama rakan sejawat pembangunan terbaru di dalam bidang pendidikan dan menggunakannya di dalam tingkah laku. (b) Boleh membuat refleksi secara sistematik pendekatan pedagogi dan tingkah lakunya terhadap pelajar, rakan sejawat, dan lain-lain. (c) Menjadi proses pembelajarannya boleh dilihat (visible) kepada rakan sejawat dan pelajar. D. Standard Kompetensi Guru-guru Bertauliah (Chartered Teacher) di Scotland. Standard ini mempunyai empat komponen utama: Nilai profesional dan komitmen personel Pengetahuan dan kefahaman profesional Ciri-ciri profesional dan personel Tingkah laku profesional. Rajah 4 : Komponen Standard Guru-guru Bertauliah (Chartered Teacher) di Scotland Nilai profesional dan komitmen personel Mempromosikan pembelajaran di dalam kelas secara efektif. Penilaian kendiri yang kritikal dan perkembangan Kolaborasi dan mempengaruhi Pendidikan dan nilai sosial 18

19 Pengetahuan dan kefahaman profesional Guru-guru bertauliah sepatutnya menunjukkan kefahaman kritikal melalui kerjanya: Menggunakan pendekatan terkini di dalam pengajaran dan pembelajaran Kajian terkini tentang pengajaran dan pembelajaran. Konteks perubahan sosial dan budaya terhadap pendidikan Kurikulum sekolah, pengetahuan asas dan bagaimana kurikulum itu berkait dengan kehidupan di dalam komuniti, termasuk kewarganegaraan dan the world of work Penaksiran pendidikan dan interpretasinya Tindak balas terhadap perbezaan pelajar dan terhadap halangan pengalaman untuk pembelajaran. Prinsip dan amalan keadilan sosial, inclusion, kesaksamaan, dan demokrasi, dan strategi untuk mengelakkan diskriminasi. Pendidikan dan promotion of personel well-being dan perkembangan persekitaran. Guru sebagai co-educators dengan ibu bapa dan profesional yang lain. The nature of profesionalisme Perdebatan isu-isu semasa ICT dan kepentingannya di dalam pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri profesional dan personel Guru-guru bertauliah, sepatutnya boleh menunjukkan satu julat kemahiran dan attribut yang boleh dikategorikan di dalam bentuk kerja yang profesional: Mempunyai semangat dan keupayaan untuk memotivasikan Berkomunikasi secara efektif Boleh menjadi sumber dan positif, dan menggunakan pendekatan penyelesaian masalah Menjadi kreatif dan imaginatif, dan mempunyai tingkah laku yang terbuka kepada perubahan Sistematik dan terurus, berfokus, mengenal pasti dan bekerja keras Menunjukkan rasa empati dan adil, mengambil berat dan boleh didekati (approachable) Menunjukkan prestasi (performance) yang konsisten di dalam bidang profesional Tingkah laku profesional Boleh dikategorikan kepada empat bidang: Keberkesanan mempromosikan pembelajaran di dalam kelas: Guru-guru bertauliah sepatutnya boleh menunjukkan keupayaan untuk: o meninggalkan kesan berterusan di dalam proses pembelajaran dan perkembangan pelajar o membina dan mengekalkan kesudahan yang positif di dalam pembelajaran o menggunakan strategi yang meningkatkan pembelajaran pelajar Penilaian kendiri yang kritikal dan perkembangan: Guru-guru bertauliah boleh menunjukkan keupayaan untuk: o Menilai amalan dan membuat refleksi kritikal terhadapnya o Memperbaiki pencapaian profesional o Memastikan pengajaran diketahui melalui pembacaan dan penyelidikan Kolaborasi dengan, mempengaruhi rakan sejawat: Guru-guru bertauliah boleh menunjukkan keupayaan untuk: o Menyumbang ke arah peningkatan kualiti pengalaman pendidikan yang disediakan oleh sekolah, dan ke arah konteks profesional yang lebih luas di dalam pengajaran dan pembelajaran 19

20 Pendidikan dan nilai sosial Guru-guru bertauliah boleh menunjukkan keupayaan untuk membuat justifikasi amalannya dengan: o Menghubungkaitkan pengajaran ke arah matlamat sekolah dan nilai sosial yang lebih luas. o Dapat menyatakan idea dengan terang dan jelas (articulating), berdikari dan mempunyai pendirian yang kritikal untuk menangani perspektif isu-isu pendidikan, polisi dan perkembangan STANDARD PROFESIONAL GURU MALAYSIA Untuk memastikan profesion perguruan mempunyai status yang tinggi di kacamata masyarakat, selain daripada nilai dan etika perguruan, guru-guru wajib mematuhi dan mengamalkan standard professional guru(teacher Professional Standards) di Malaysia. ASPEK STANDARD PROFESIONAL DALAM PROGRAM PENDIDIKAN GURU Keperluan Diadakan Standard Profesional Guru Sumbangan signifikan pendidikan berkualiti dalam proses pembangunan insan adalah diiktiraf oleh semua negara di dunia. Pengiktirafan ini meliputi peranan yang perlu dimainkan oleh guru yang berkualiti dalam memberi pendidikan yang berkualiti. Ada dua dimensi keprofesionalan guru iaitu yang berkaitan dengan kelayakan dan kompetensi professional mereka. Kualiti guru terserlah melalui kualiti pengajaran mereka. Untuk memastikan kualiti dalam pengajaran, standard untuk apa yang perlu diketahui oleh guru dan boleh dibuat perlu dibina. Standard yang dibina boleh digunakan sebagai kriteria untuk pensijilan, pengambilan dan perancangan dan pembangunan kerjaya guru. Secara terperinci, standard profesional guru diperlukan untuk tujuan-tujuan berikut: 1. Berkaitan dengan jaminan kualiti. Untuk memastikan jaminan kualiti, guru-guru sekolah mestilah berkelayakan daripada institusi yang diktiraf. Oleh itu ianya memerlukan standard profesional guru. 2. Berkaitan dengan pembaikan kualiti. Adalah diperakui bahawa usaha ke arah pembaikan kualiti dalam bidang pendidikan, ada beberapa tindakan yang perlu diambil seperti mengukuhkan kepimpinan dan pengurusan, dan komitmen semua staf ke arah pembaikan berterusan; mengukur keberkesanan pengajaran, dan perkembangan profesional yang berterusan. 3. Untuk hubungan menegak. Dengan menetapkan standard profesional guru, ianya boleh menyokong kepimpinan strategik supaya dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran pelajar. 4. Untuk hubungan mendatar. Dalam komuniti guru berkualiti, bermakna hanya guruguru yang mempunyai kelayakan kompetensi yang minimum adalah ahli-ahlinya, komunikasi dan kolobrasi yang efektif diperlukan untuk menyokong pembelajaran 20

Bab 14: Transformasi Bidang Pendidikan sebagai Engin Pembangunan

Bab 14: Transformasi Bidang Pendidikan sebagai Engin Pembangunan 14 bab Pendidikan Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 517 Bab 14: Transformasi Bidang Pendidikan sebagai Engin Pembangunan Pada tahun 2009, Kerajaan telah memperkenalkan agenda NKRA Pendidikan

More information

PENGETUA PEMACU ORGANISASI PEMBELAJARAN. Nor FonizaMaidin (IAB) Prof. MadyaDr. MohdIzhamMohd Hamzah (UKM)

PENGETUA PEMACU ORGANISASI PEMBELAJARAN. Nor FonizaMaidin (IAB) Prof. MadyaDr. MohdIzhamMohd Hamzah (UKM) PENGETUA PEMACU ORGANISASI PEMBELAJARAN Nor FonizaMaidin (IAB) Prof. MadyaDr. MohdIzhamMohd Hamzah (UKM) Abstrak Penerapan sekolah sebagai organisasi pembelajaran membantu pengetua melengkapkan warganya

More information

EDISI PERTAMA: DISEMBER 2010 Hak Cipta Terpelihara Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia

EDISI PERTAMA: DISEMBER 2010 Hak Cipta Terpelihara Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia EDISI PERTAMA: DISEMBER 2010 Hak Cipta Terpelihara Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial.

More information

PENDIDIKAN BUKAN FORMAL (PBF) DI MALAYSIA: CABARAN DAN HALA TUJU WAWASAN 2020

PENDIDIKAN BUKAN FORMAL (PBF) DI MALAYSIA: CABARAN DAN HALA TUJU WAWASAN 2020 PENDIDIKAN BUKAN FORMAL (PBF) DI MALAYSIA: CABARAN DAN HALA TUJU WAWASAN 2020 Mohd. Azhar Abd. Hamid Muhammed Fauzi Othman Zainudin Hassan Othman A. Kassim Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia

More information

bab 1 Dasar Model Ekonomi Baru

bab 1 Dasar Model Ekonomi Baru bab 1 Dasar Model Ekonomi Baru Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 63 Bab 1: Dasar Model Ekonomi Baru Malaysia telah mencapai kemajuan besar dalam pembangunan ekonomi dan sosial yang

More information

.. CABARAN PENDIDIKAN SECARA JARAK JAUH: KESEDARAN DAN PENDEDAHAN DALAM ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

.. CABARAN PENDIDIKAN SECARA JARAK JAUH: KESEDARAN DAN PENDEDAHAN DALAM ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) ,,.. LAPORAN AKHIR.. CABARAN PENDIDIKAN SECARA JARAK JAUH: KESEDARAN DAN PENDEDAHAN DALAM ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ICT) Oleh ZURAINI ZAKARIA FATIMAH HASSAN HASMAWATI HASSAN NORESAH HJ. MOHO.

More information

Qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd fghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx. cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq

Qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd fghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx. cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq Qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd fghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx KPF 3012 cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui

More information

Penilaian tentang usaha untuk menjalinkan hubungan di antara sekolah dengan pihak luar

Penilaian tentang usaha untuk menjalinkan hubungan di antara sekolah dengan pihak luar Tajuk: Kita sentiasa melibatkan masyarakat dalam pengendalian sekolah awam kita dengan mendapatkan sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru selain badan bukan kerajaan serta guru dan kesatuan mereka. Berdasarkan

More information

Dasar dan Pelaksanaan PBS 2014 PANDUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Dasar dan Pelaksanaan PBS 2014 PANDUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH Dasar dan Pelaksanaan PBS 2014 PANDUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH LEMBAGA PEPERIKSAAN 2014 i PRAKATA Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya, Lembaga

More information

HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU BESAR DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN KURANG MURID GEMILANG TUJUH SEGAMAT, JOHOR

HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU BESAR DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN KURANG MURID GEMILANG TUJUH SEGAMAT, JOHOR HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU BESAR DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN KURANG MURID GEMILANG TUJUH SEGAMAT, JOHOR HISHAMUDDIN SHAH BIN MOKRI manamia_15@yahoo.com MOHD RIZAL

More information

1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK. Perdana Menteri, Malaysia

1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK. Perdana Menteri, Malaysia PRAKATA Pelbagai inisiatif telah diambil Kerajaan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Selain tumpuan mengukuhkan sektor ekonomi negara, Kerajaan turut menitik

More information

RANCANGAN FIZIKAL NEGARA KE-2

RANCANGAN FIZIKAL NEGARA KE-2 MALAYSIA RANCANGAN FIZIKAL NEGARA KE-2 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 13 Ogos 2010 PERUTUSAN Perdana Menteri Malaysia Sasaran menjadikan

More information

AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN KEBERKESANAN KAEDAH PENILAIAN KATA HUBUNG BAHASA MELAYU MELALUI INTERNET BERBANDING KAEDAH KONVENSIONAL MURID TAHUN ENAM SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PANJANG KUALA TERENGGANU AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR

More information

Bab 1. 1Malaysia: Mencarta PeMBangunan Ke arah negara BerPendaPatan tinggi. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Bab 1. 1Malaysia: Mencarta PeMBangunan Ke arah negara BerPendaPatan tinggi. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Bab 1 1Malaysia: Mencarta PeMBangunan Ke arah negara BerPendaPatan tinggi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 Krisis kewangan global telahpun reda, ekonomi Malaysia kini kembali pulih dan semakin

More information

Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara

Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara Kata alu-aluan oleh PM Malaysia Sepanjang 55 tahun mengecap kemerdekaan, Malaysia telah membangun dengan begitu pantas dan dinamik. Kita telah mencapai pembangunan

More information

PERUTUSAN PENGERUSI INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA

PERUTUSAN PENGERUSI INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA TEKAD 2008 1 PERUTUSAN PENGERUSI INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA ASSALAMMU ALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA Perancangan dan pelaksanaan agenda integriti nasional merupakan gagasan penting ke arah memartabatkan

More information

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009, 7 Mei 2009, UTHM

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009, 7 Mei 2009, UTHM Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009, 7 Mei 2009, UTHM HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI TIGA BUAH SEKOLAH RENDAH DI SEREMBAN. 1 Raziah bte Mansor

More information

Final_Cover_Plan_Strategik_PERTANIAN.pdf 1 1/27/14 9:07 AM C M Y CM MY CY CMY K

Final_Cover_Plan_Strategik_PERTANIAN.pdf 1 1/27/14 9:07 AM C M Y CM MY CY CMY K Universiti Putra Malaysia Serdang 2014 KANDUNGAN Perutusan Naib Canselor 2-3 Ringkasan Eksekutif 4-5 Sasaran Keberhasilan Pelan Strategik 9 Pengenalan 10-11 Komponen Pelan Strategik 12 Jangka Masa Pelan

More information

STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI: SATU ANJAKAN PARADIGMA. Oleh

STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI: SATU ANJAKAN PARADIGMA. Oleh STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI: SATU ANJAKAN PARADIGMA Oleh Maria Chong Abdullah Samsilah Roslan Tajularipin Sulaiman Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia,

More information

Bab 7 Membanteras rasuah

Bab 7 Membanteras rasuah Bab 7 Membanteras rasuah 141 Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan Bab 7 : Membanteras rasuah Kedudukan rasuah Malaysia, menurut Transparency International, telah jatuh ke tangga ke-56 pada tahun

More information

LAPORAN MENGENAI STATUS HAK KANAK-KANAK DI MALAYSIA OLEH CHILD RIGHTS COALITION MALAYSIA DISEMBER

LAPORAN MENGENAI STATUS HAK KANAK-KANAK DI MALAYSIA OLEH CHILD RIGHTS COALITION MALAYSIA DISEMBER LAPORAN MENGENAI STATUS HAK KANAK-KANAK DI MALAYSIA OLEH CHILD RIGHTS COALITION MALAYSIA DISEMBER 2012 CHILD RIGHTS COALITION MALAYSIA Pada tarikh laporan ini, Child Rights Coalition Malaysia terdiri daripada

More information

Vol. 37 Jun 2011. jurnal KEBAJIKAN MASYARAKAT SOCIAL WELFARE JOURNAL

Vol. 37 Jun 2011. jurnal KEBAJIKAN MASYARAKAT SOCIAL WELFARE JOURNAL Vol. 37 Jun 2011 jurnal KEBAJIKAN MASYARAKAT SOCIAL WELFARE JOURNAL jurnal KEBAJIKAN MASYARAKAT SOCIAL WELFARE JOURNAL LEMBAGA PENGARAH Penasihat Tuan Haji Hadzir Md. Zain Ketua Pengarang Cik Norani Bt.

More information

Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah: Komitmen Guru

Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah: Komitmen Guru Pendidikan Lestari DP. Jilid 7, Bil. 2/2007 Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah: Komitmen Guru 74 Mohammad Zohir Ahmad zohir@usm.my Nordin Abdul Razak norazak@usm.my Pendahuluan Pendidikan telah diterima

More information

Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar

Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar Akademika 81(3) 2011: 103-115 Nota Penyelidikan/Research Note Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar Knowledge, Attitude and Practices of Malaysian Society regarding

More information

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidiikan PKPGB 2008, 16 Oktober 2008, UTHM.

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidiikan PKPGB 2008, 16 Oktober 2008, UTHM. 1 Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidiikan PKPGB 2008, 16 Oktober 2008, UTHM. PERSEPSI GURU TERHADAP HUBUNGAN PIHAK SEKOLAH DENGAN IBU BAPA: PROPOSAL Zainon Bt Omar Ahmad Bin Esa Fakulti Pendidikan

More information

SILIBUS MATA PELAJARAN PENGAJIAN UMUM (MPU) Silibus adalah seperti pada 30 Ogos 2013

SILIBUS MATA PELAJARAN PENGAJIAN UMUM (MPU) Silibus adalah seperti pada 30 Ogos 2013 SILIBUS MATA PELAJARAN PENGAJIAN UMUM (MPU) Silibus adalah seperti pada 30 Ogos 2013 i KANDUNGAN Senarai Jadual Singkatan iv v Pengenalan 1 Penawaran Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) 2 Latar Belakang

More information

SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU

SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH 2008 Copyright 2007 Curriculum Planning and Development Division. This publication is not for sale. All rights reserved. No part of this publication

More information

RANGKAIAN PROGRAM STRATEGIK 55 TERAS 1: PENCEGAHAN 55 TERAS 2: RAWATAN & PEMULIHAN 55 TERAS 3: PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG 55 TERAS 4: KERJASAMA

RANGKAIAN PROGRAM STRATEGIK 55 TERAS 1: PENCEGAHAN 55 TERAS 2: RAWATAN & PEMULIHAN 55 TERAS 3: PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG 55 TERAS 4: KERJASAMA KANDUNGAN PERUTUSAN YB MENTERI 3 PERUTUSAN Y. BHG. KETUA SETIAUSAHA 4 PERUTUSAN KETUA PENGARAH 5 TUJUAN PENGGUBALAN PELAN STRATEGIK AADK 2010-2015 6 KRONOLOGI USAHA MEMBASMI DADAH DI MALAYSIA 7 DASAR DADAH

More information

GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA: KAJIAN KE ATAS MANGSA DAN PELAKU DI SEKITAR JOHOR BAHRU, JOHOR.

GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA: KAJIAN KE ATAS MANGSA DAN PELAKU DI SEKITAR JOHOR BAHRU, JOHOR. GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA: KAJIAN KE ATAS MANGSA DAN PELAKU DI SEKITAR JOHOR BAHRU, JOHOR. ( Sexual Harassment in work place: A study on victims dan harassers in Johor Bahru, Johor) ISHAK BIN MAD

More information