bab 1 Dasar Model Ekonomi Baru

Save this PDF as:
 WORD  PNG  TXT  JPG

Size: px
Start display at page:

Download "bab 1 Dasar Model Ekonomi Baru"

Transcription

1 bab 1 Dasar Model Ekonomi Baru

2 Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 63 Bab 1: Dasar Model Ekonomi Baru Malaysia telah mencapai kemajuan besar dalam pembangunan ekonomi dan sosial yang ketara semenjak beberapa dekad yang lalu. Walau bagaimanapun dalam keadaan perubahan persekitaran persaingan global, Malaysia memerlukan model ekonomi baru untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Enjin pertumbuhan masa lampau yang semakin lemah, negara menghadapi risiko terjerat dalam perangkap pendapatan sederhana. Kedudukan fiskal negara juga tidak lagi mampan di samping persaingan global untuk pasaran, modal dan bakat pula semakin sengit. Lantas itu, Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan merupakan satu perubahan pendekatan ketara yang bersandarkan kepada Rancangan Malaysia Kesepuluh serta input daripada Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC). ETP memberi tumpuan kepada pemacu pertumbuhan utama atau Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Ia diasaskan kepada pertumbuhan yang diterajui dalam sektor swasta, di mana dijelaskan tindakan spesifik mengenai dasar dan pelaburan yang perlu, mempunyai hala tuju pelaksanaan yang telus dengan pengurusan prestasi yang mantap. MALAYSIA TELAH MENCAPAI KEMAJUAN KETARA Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang pesat dan mampan telah mengangkat negara dari sebuah ekonomi berpendapatan rendah berasaskan komoditi dan pertanian kepada sebuah ekonomi berpendapatan sederhana yang berjaya. Kisah peralihan negara kami dari status berpendapatan rendah kepada status berpendapatan sederhana adalah salah satu daripada kisah kejayaan dunia dalam beberapa dekad yang lalu. Semenjak 1945, Malaysia adalah salah satu daripada 13 negara 1 yang telah mencapai pertumbuhan mantap melebihi 7 peratus selama lebih daripada 25 tahun. Prestasi ekonomi yang mantap ini telah membantu mempertingkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia dan menyokong kemajuan dalam pendidikan, kesihatan, infrastruktur, perumahan dan kemudahan awam, sebahagiannya ditunjukkan dalam Gambarajah 1-1. Seiring dengan pertumbuhan ini adalah pengurangan dalam kadar kemiskinan tegar yang hampir mencecah tahap pembasmian. Kadar tersebut telah menyusut daripada 6.9 peratus pada 1984 ke 0.9 peratus pada Pendaftaran memasuki sekolah rendah kini hampir meliputi semua kanak-kanak. Penjagaan kesihatan asas telah bertambah baik dalam tempoh dua dekad yang lepas di mana jangka hayat telah naik manakala kadar mortaliti bayi telah menurun dengan ketaranya. Berikutan itu, skor yang dicatat oleh Malaysia dalam Indeks Pembangunan Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Human Development Index) telah meningkat dari 0.67 pada 1980 ke 0.83 pada 2007, satu pencapaian yang membatasi tanda aras skor 0.8 untuk negara-negara yang mempunyai standard pembangunan insan yang tinggi. 1 Negara-negara tersebut adalah Botswana, Brazil, China, Hong Kong SAR, Indonesia, Jepun, Republik Korea, Malaysia, Malta, Oman, Singapura, Taiwan dan Thailand.

3 64 Bab 1 Dasar Model Ekonomi Baru Gambarajah 1-1 Walaupun dengan kemajuan ini, beberapa cabaran wujud. Sebagai contoh, 7 peratus daripada penduduk luar bandar hidup di bawah garis kemiskinan; hanya 80 peratus dari tenaga kerja mempunyai kelayakan pendidikan setakat Sijil Pelajaran Menengah (SPM) (pendidikan sekolah tinggi setara dengan O-levels) dan pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah lembap di sepanjang dekad ini semenjak krisis kewangan Asia. Tugas kami adalah untuk meneruskan pembanguan berdasarkan landasan yang telah tubuhkan sepanjang beberapa dekad yang lalu dan merangka satu modal pembangunan nasional generasi akan datang. MENJADI SEBUAH NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI YANG INKLUSIF DAN MAMPAN Matlamat Kerajaan adalah untuk menjadikan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi yang inklusif dan mampan menjelang Semua matlamat ini akan dicapai bersama. Kerajaan tidak akan memajukan satu matlamat jangka pendek yang akan melewatkan kemajuan matlamat yang lain. ETP ini direka untuk memacu Malaysia kehadapan daripada situasi ekonomi yang lembap kini kepada ekonomi berpendapatan tinggi yang inklusif dan mampan seperti dalam Gambarajah 1-2.

4 Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 65 Gambarajah 1-2 Ekonomi Berpendapatan Tinggi Kerajaan mendefinisikan pendapatan tinggi sebagai pendapatan per kapita sebanyak lebih kurang RM48,000 atau US$15,000 pada 2020, berdasarkan takrifan Bank Dunia. Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita Malaysia untuk masa kini adalah RM23,700 atau US$6,700. Untuk mencapai status pendapatan tinggi pada tahun 2020, PNK perlu meningkat pada kadar pertumbuhan benar tahunan sebanyak 6 peratus di antara 2011 dan Objektif Kerajaan untuk mengecapi status negara berpendapatan tinggi bukan hanya satu sasaran kuantitatif. Malahan, Kerajaan juga mensasarkan ia juga adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju di mana ekonominya mempunyai ciri lazim negara maju yang lain. Malaysia akan memberi tumpuan yang khusus terhadap pembangunan: Sektor perkhidmatan yang besar dan berkembang maju, bagi melengkapi kejayaannya dalam sektor tradisi seperti minyak dan gas, pertanian dan pembuatan; Satu ekonomi yang seimbang, dengan sumbangan signifikan dari projek penggunaan dan pelaburan swasta serta dari segi perbelanjaan Kerajaan dan eksport. Di negara maju, permintaan domestik lazimnya merangkumi 50 hingga 70 peratus daripada KDNK. Di Malaysia, ianya hanya sebanyak 53 peratus buat masa kini; dan Tahap produktiviti yang setara dengan negara Asia utama yang lain. Pencapaian ini akan memerlukan pembangunan ekonomi yang didorong oleh kemahiran, inovasi dan pengetahuan. Ketiga-tiga perubahan struktur dalam ekonomi akan menyokong pertumbuhan berterusan Malaysia di samping membolehkan Malaysia bersaing dengan lebih efektif dengan negara maju serantau dan di dunia.

5 66 Bab 1 Dasar Model Ekonomi Baru Masyarakat yang Inklusif Untuk mencapai sasaran pendapatan tinggi ini, Malaysia perlu membangun dengan cara yang inklusif di mana semua rakyat Malaysia dapat menikmati manfaatnya. Kerajaan akan menggalakkan pertumbuhan peluang pekerjaan yang dapat mewujudkan kerja-kerja berpendapatan tinggi yang baru. Kerajaan juga akan melabur dalam pendidikan dan latihan untuk memastikan bahawa lebih ramai rakyat Malaysia dapat mengambil bahagian dalam peluang pekerjaan berpendapatan tinggi ini. Satu tumpuan utama adalah untuk memastikan penambahbaikan dibuat untuk memanfaatkan golongan isi rumah yang berpendapatan paling rendah. Perhatian khusus akan diberi untuk meningkatkan pendapatan isi rumah yang berpendapatan dalam lingkungan 40 peratus terendah. Sasarannya adalah untuk menambahkan pendapatan purata bulanan kumpulan ini daripada RM1,440 pada 2009 kepada RM2,300 pada 2015, seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Pertumbuhan Mampan Langkah yang dilaksanakan untuk mencapai status berpendapatan tinggi perlu mampan dari segi ekonomi dan alam sekitar serta memenuhi kehendak semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa hadapan. Pertumbuhan ekonomi negara perlu dicapai tanpa menjejaskan sumber semula jadi Malaysia. Negara tidak akan mencapai status berpendapatan tinggi sekiranya pendapatannya hanya diperolehi daripada hasil sumber semula jadi. Selain itu, dasar fiskal Malaysia akan dijadikan mampan serta berfokus kepada pelaburan yang dipacu oleh sektor swasta supaya tidak terlalu bergantung kepada pembiayaan Kerajaan. Seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskalnya daripada 7 peratus pada 2009 kepada 3 peratus pada Dari aspek alam sekitar, Kerajaan komited terhadap pemuliharaan alam semula jadi dan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Kerajaan akan memastikan bahawa sumber alam sekitar dinilai sewajarnya dan kos penuh pembangunan difahami sebelum keputusan pelaburan dilaksanakan. PERTUMBUHAN DENGAN PENDEKATAN BIASA (BUSINESS AS USUAL) TIDAK MENCUKUPI Pertumbuhan ekonomi negara melalui pendekatan biasa tidak lagi memadai untuk mencapai matlamat pendapatan tinggi, inklusif dan mampan. Kini, Malaysia berada di tahap kritikal dalam pembangunan ekonominya. Sepanjang dekad yang lalu, Malaysia telah kehilangan momentum pertumbuhannya dan pemacu pertumbuhan yang lampau tidak boleh lagi diharap untuk membangunkan ekonomi. Dalam persekitaran ekonomi global yang semakin kompetitif, adalah lebih sukar untuk menjana kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi. Oleh itu, pertumbuhan ekonomi bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan, tetapi sesuatu yang perlu diusahakan. Untuk mencapai status negara maju menjelang 2020, pertumbuhan ekonomi sebanyak 6 peratus setahun diperlukan. Tahap pertumbuhan ini memerlukan transformasi ekonomi yang struktural dan menyeluruh. Berikut adalah empat sebab utama mengapa satu pendekatan dasar baru diperlukan.

6 Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 67 Pemacu Pertumbuhan Tradisi semakin Lembap Prestasi ekonomi Malaysia yang agak lembap beberapa tahun yang lepas menunjukkan bahawa pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia masa lampau semakin perlahan. Selepas pertumbuhan tahunan yang kukuh untuk majoriti daripada jumlah tahun di era 1990-an, pertumbuhan ekonomi sepanjang dekad yang lalu adalah kurang mengalakkan lebih kurang separuh daripada purata dekad sebelumnya, seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 1-3. Gambarajah 1-3 Sebahagian besar daripada prestasi pertumbuhan yang kurang baik ini disebabkan oleh pertumbuhan produktiviti tenaga buruh yang perlahan. Untuk melonjakkan prestasi ekonomi Malaysia, satu transformasi dalam pertumbuhan produktiviti diperlukan. Pelaksanaan transformasi ini memerlukan kemajuan yang signifikan dalam dua bidang. Pertama, tahap pelaburan perniagaan swasta perlu ditingkatkan dengan ketara. Pelaburan swasta hanya meningkat 2 peratus setiap tahun semenjak lima tahun yang lepas berbanding dengan tahap 10 peratus yang diunjurkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Berdasarkan unjuran Rancangan Malaysia Kesepuluh yang menjangka bahawa kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 6 peratus pertumbuhan tahunan pelaburan swasta yang diperlukan adalah sebanyak 12.8 peratus sehingga 2015 bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi, seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 1-4.

7 68 Bab 1 Dasar Model Ekonomi Baru Pertumbuhan pelaburan sektor swasta semakin lembap berbanding tempoh pra Antara sebab kelembapan ini adalah kos yang tinggi untuk menjalankan perniagaan di Malaysia, karenah birokasi, kebimbangan para pelabur tentang ketersediaan golongan profesional yang mahir dan peluang pelaburan yang tidak mencukupi. Kedua, pelaburan yang lebih besar dalam modal insan akan dilaksanakan bagi menyokong ekonomi yang berasaskan tenaga kerja berkemahiran tinggi, berpengetahuan dan berinovasi. Malaysia tidak boleh beralih ke status pendapatan tinggi jika kekal bergantung pada tenaga kerja sedia ada yang berkos rendah dan kurang mahir. Tambahan pula, pertumbuhan tenaga kerja dijangka lebih perlahan dan ini bermakna tumpuan baru diperlukan untuk produktiviti sebagai satu pemacu pertumbuhan. Rizab minyak dan gas Malaysia yang kian merosot juga merupakan sebab untuk mencari enjin pertumbuhan baru. Malaysia memerlukan punca pendapatan yang baru untuk menggantikan pengurangan pendapatan dari sumber semula jadinya. Gambarajah 1-4

8 Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 69 Risiko Terjerat dalam perangkap pendapatan sederhana Terdapat juga tanda bahawa Malaysia berhadapan dengan risiko terjerat dalam perangkap pendapatan sederhana, seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 1-5. Malaysia tidak lagi dapat kekal kompetitif berbanding dengan negara-negara berpendapatan rendah yang lain sebagai pengeluar volum tinggi dan berkos rendah. Pada masa yang sama, Malaysia juga belum lagi berganjak menaiki rantaian nilai untuk bersaing dengan negara berpendapatan tinggi. Negara lain lebih kompetitif daripada Malaysia sama ada dari segi pengeluaran kos rendah ataupun pasaran yang bernilai tinggi. Ini bukan satu kedudukan mampan bagi Malaysia. Strategi yang dahulunya berjaya memacu transformasi Malaysia dari sebuah negara miskin yang bergantung pada getah dan timah semasa Kemerdekaan kepada sebuah ekonomi berpendapatan sederhana tidak lagi sesuai untuk Malaysia. Malahan, banyak negara lain yang telah berkembang dengan pesatnya sepanjang tempoh 1970-an dan 1980an mendapati sukar untuk meneruskan pertumbuhan setelah mencecah status berpendapatan sederhana. Dari 13 buah negara yang kekal mencapai pertumbuhan sebanyak 7 peratus untuk 25 tahun atau lebih, hanya 6 telah beralih ke status berpendapatan tinggi. Hanya negara yang telah melaksanakan program transformasi, yang sistematik untuk mengubah struktur dasar ekonomi mereka, telah beralih atau meningkat daripada status berpendapatan sederhana ke status berpendapatan tinggi. Gambarajah 1-5

9 70 Bab 1 Dasar Model Ekonomi Baru Kedudukan Fiskal yang Tidak Mampan Malaysia telah mengalami defisit fiskal setiap tahun sejak Defisit negara pada 2009 adalah 7 peratus dari KDNK, seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 1-6. Paras hutang Kerajaan dijangka melebihi 60 peratus dari KDNK menjelang Bagi mencapai kedudukan fiskal yang mampan dan memenuhi komitmen Kerajaan untuk mencapai defisit 3 peratus KDNK menjelang 2015 memerlukan satu perubahan arah yang signifikan. Konsolidasi fiskal ini amat penting bagi Malaysia. Sikap para pelabur terhadap hutang Kerajaan telah berubah dengan ketaranya sejak dua tahun yang lepas dan pasaran modal kurang cenderung untuk membiayai hutang Kerajaan pada terma yang dahulu. Terdapat juga tanda-tanda yang mengambarkan persaingan dasar fiskal di antara negara, di mana Kerajaan negara lain telah mengurangkan kadar cukai korporat untuk menjadi lebih berdaya saing. Bagi membolehkan Malaysia mengurangkan kadar cukai korporat dan cukai individu, dan pada masa yang sama melabur dalam pendidikan, penyelidikan dan infrastruktur, ia perlu memperkukuhkan kedudukan fiskalnya. Tugas ini lebih mencabar disebabkan oleh pengeluaran petroleum domestik yang dijangka akan menurun pada dekad akan datang. Sejak sekian lama, pendapatan dari sumber ini adalah salah satu penyumbang utama kepada pendapatan Kerajaan. Dalam konteks ini, perubahan asas perlu dilakukan kepada dasar fiskal. Asas cukai perlu diperluaskan kepada cukai penggunaan (seperti cukai barangan dan perkhidmatan) yang mempunyai asas percukaian yang luas. Sebagai tambahan, perbelanjaan ke atas subsidi akan dirasionalisasikan dengan signifikan supaya sumber ini hanya disalurkan ke bidang yang memerlukannya. Disiplin fiskal yang ketat akan dilaksanakan untuk merangkumi semua aspek di atas. Gambarajah 1-6

10 Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 71 Persaingan Dunia untuk Pasaran, Modal dan Bakat yang meningkat Ekonomi global menjadi semakin kompetitif. Kemunculan syarikat global dan serantau yang baru dan yang amat kompetitif telah menguatkan kedudukan mantap syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan di Malaysia. Malaysia perlu berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai dan mempertahankan kelebihan daya saingnya, iaitu dengan melabur dalam infrastruktur dan modal insan di samping memastikan bahawa cukai dan persekitaran adalah kondusif kepada pertumbuhan. Tambahan pula, syarikat, pelabur dan mereka yang berbakat mempunyai lebih banyak peluang dan pilihan lokasi. Oleh yang demikian, Malaysia perlu menunjukkan nilai saranan yang jelas supaya dapat menarik dan mengekalkan mereka. Banyak kerajaan lain telah bersaing secara agresif untuk mendapatkan syarikat, mereka yang berbakat dan modal. Seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 1-7, paras pelaburan langsung asing yang rendah diterima Malaysia sepanjang dekad yang lalu adalah satu petunjuk kedudukan daya saing yang semakin lemah. Gambarajah 1-7 Memandangkan terdapatnya kekurangan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dalam negara, Malaysia juga mengalami kehilangan bakat melalui emigrasi rakyat Malaysia, yang mana kebanyakannya mempunyai kelayakan yang tinggi. Lebih daripada 700,000 rakyat Malaysia kini bermastautin dan bekerja di negaranegara lain. Sehingga Malaysia mampu menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih pantas dan dapat mewujudkan peluang untuk rakyat, ia akan menghadapi kesukaran untuk menarik dan mengekalkan bakat.

11 72 Bab 1 Dasar Model Ekonomi Baru ETP MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA AGENDA KERAJAAN YANG KOMPREHENSIF ETP adalah kemuncak daripada usaha penting Kerajaan untuk membangunkan agenda ekonomi sebagai tindak balas kepada persekitaran baru yang muncul. Walau bagaimanapun, ia bukan bertujuan untuk menetapkan dasar khusus setiap sektor, tetapi bertindak sebagai input, misalnya, dalam Pelan Induk Sektor Kewangan oleh Bank Negara Malaysia atau Pelan Induk Perkhidmatan Sekuriti oleh Suruhanjaya Sekuriti. Ia juga menjadi pelengkap kepada program sedia ada yang mempunyai objektif yang sama. Sebagai contoh, Program Transformasi GLC yang bertujuan menubuhkan syarikat cemerlang serantau dan global akan menyokong pelaksanaan ETP. Terdapat beberapa teras umum yang utama bagi ETP. 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan Konsep 1Malaysia bertujuan mengukuhkan perpaduan negara dengan menghormati nilai daripada komuniti berbeza dan diasaskan pada prinsip kesaksamaan dan keadilan. Dari segi ekonomi, ini bermaksud peluang dan pertumbuhan akan dikongsi dengan saksama. Rakyat Didahulukan merujuk kepada pendekatan mesra rakyat dalam perancangan dan pelaksanaan, manakala Pencapaian Diutamakan menunjukkan azam Kerajaan untuk memberi fokus sepenuhnya pada pelaksanaan dan pencapaian. Program Transformasi Kerajaan Program Transformasi Kerajaan diperkenalkan pada 2010 untuk mentransformasikan Kerajaan supaya lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatannya dan bertanggungjawab ke atas pencapaian. Program tersebut merangkumi enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu: mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkat pencapaian pelajar, meningkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah, mempertingkat infrastruktur asas luar bandar dan menambah baik sistem pengangkutan awam bandar. Petunjuk prestasi utama negara juga ditetapkan untuk NKRA dan sebuah organisasi baru, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) telah ditubuhkan untuk mengurus pelaksanaan program bagi mencapai sasaran ini. Rancangan Malaysia Kesepuluh Rancangan Malaysia Kesepuluh menggariskan pelan pembangunan Kerajaan untuk negara bagi tempoh 2011 hingga 2015 (untuk menggerakkan Malaysia ke arah status berpendapatan tinggi menjelang 2020). Ia tertumpu pada merealisasikan pertumbuhan ekonomi, mempromosikan pembangunan sosio ekonomi yang inklusif, membangun dan mengekalkan bakat, mewujudkan satu persekitaran yang akan mempertingkatkan kualiti hidup dan mentransformasikan Kerajaan. Ia telah mengenal pasti 12 NKEA yang dasar dan pelaburannya prioriti dan menjadi fokus utama ETP.

12 Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 73 APAKAH YANG BERBEZA MENGENAI ETP ETP dirangka berasaskan hala tuju yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk membangunkan satu pendekatan yang jelas berbeza untuk melaksanakan objektif Kerajaan. Pendekatan yang inovatif dalam ETP mengiktiraf bahawa penambahbaikan secara berperingkat pada keadaan semasa tidak mencukupi untuk Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. ETP memperkenalkan lima aspek khusus yang baru dan berbeza. Aspek ini akan memastikan bahawa ETP menyampaikan hasil pencapaian lebih baik yang diperlukan oleh Malaysia. Fokus pada Pemacu Pertumbuhan Utama 12 NKEA Malaysia akan mengumpil kelebihan daya saingnya dengan mengutamakan pelaburan dan menyokong dasar yang memanfaatkan beberapa pemacu pertumbuhan utama yang terhad. ETP berfokus pada 12 NKEA yang diumumkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. NKEA ini dijangka akan menyumbang dengan ketara kepada prestasi ekonomi Malaysia. Negara lain telah menunjukkan bahawa tumpuan strategik adalah satu elemen yang penting bagi pembangunan ekonomi pesat, terutamanya bagi negara-negara bersaiz kecil dan sederhana. Dipacu oleh Sektor Swasta, Dipermudahkan oleh Kerajaan Sektor swasta akan memainkan peranan utama dalam membuat keputusan mengenai pelaburan dan pekerjaan. Projek dan peluang perniagaan yang dikenal pasti dalam ETP telah diwujudkan bersama oleh sektor awam dan swasta. Yang penting adalah kebanyakan daripada projek dan peluang perniagaan ini akan dibiayai sebahagian besarnya daripada pihak swasta. Peranan Kerajaan adalah sebagai pemudahcara aktif bagi sektor swasta dengan memberikan sokongan dari segi sumber dan dasar, berbeza dengan peranan sebelum ini yang bertindak sebagai peneraju utama. Justeru itu, Malaysia akan menjadi sebuah negara ekonomi maju di mana sektor swasta merupakan pemacu pertumbuhan negara. 131 Projek Permulaan untuk Memulakan Program ETP adalah berfokus pada tindakan dan bukan konsep. ETP mengandungi idea serta tindakan yang mantap dan spesifik untuk membangunkan setiap NKEA dan bukannya kenyataan mengenai niat yang umum. Idea yang disarankan telah dibangunkan melalui kerjasama antara sektor awam dan swasta dan kebanyakan draipada projek ini semakin menghampiri titik pelancaran. ETP juga mengenal pasti satu siri dasar tertentu dan pembaharuan regulatori yang diperlukan untuk mendorong pertumbuhan dalam sektor NKEA serta keseluruhan ekonomi Malaysia. Tindakan yang diperlukan untuk pembaharuan dasar dan regulatori telahpun dikemukakan untuk pertimbangan pihak yang berkenaan.

13 74 Bab 1 Dasar Model Ekonomi Baru Berasaskan pada PNK untuk Mendapatkan Pulangan yang Terbaik Projek dan inisiatif telah dipilih berdasarkan analisa ekonomi dan kewangan yang teliti untuk memastikan bahawa pulangan pelaburan dimaksimumkan, terutamanya untuk pelaburan sektor awam. Dalam persekitaran fiskal yang mencabar, mendapatkan pulangan yang terbaik telah menjadi satu prinsip panduan. Perbelanjaan dan pelaburan Kerajaan akan disalurkan hanya ke bidang di mana ia boleh digunakan dalam cara yang paling produktif. PEMANDU akan Memastikan Pelaksanaan yang Kukuh dan Telus Kerajaan telah menubuhkan sebuah Unit ETP dibawah PEMANDU untuk memudahkan pelaksanaan serta memantau program perubahan ini. Petunjuk prestasi utama yang jelas dan mencabar akan ditentukan untuk setiap NKEA dan juga prestasi ekonomi keseluruhan Malaysia. Pengukuran prestasi ini akan dilaporkan secara terbuka setiap tahun. Dipimpin oleh Langkah Asas yang dicadangkan oleh NEAC Program Transformasi Ekonomi akan mentransformasikan Malaysia kepada ekonomi yang berpendapatan tinggi, inklusif dan mampan. NKEA akan dipandu oleh langkah asas (SRI) yang dicadangkan oleh NEA, seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 1-8.

14 Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 75 Gambarajah 1-8 TINJAUAN NKEA NKEA adalah teras kepada ETP. NKEA ditakrifkan sebagai pemacu aktiviti ekonomi yang mempunyai potensi untuk menyumbang secara langsung dan konkrit kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. 12 NKEA tersebut adalah: Greater Kuala Lumpur/Klang Valley; Minyak, Gas dan Tenaga; Perkhidmatan Kewangan; Pemborongan dan Peruncitan; Minyak Sawit; Pelancongan; Elektrik dan Elektronik; Perkhidmatan Perniagaan; Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur; Pendidikan; Pertanian; dan Penjagaan Kesihatan. Daripada 12 NKEA tersebut, 11 adalah sektor-sektor industri manakala satu Greater Kuala Lumpur/ Klang Valley adalah sektor geografi.

15 76 Bab 1 Dasar Model Ekonomi Baru Bagaimana 12 NKEA tersebut Dipilih NKEA tersebut dipilih berdasarkan jangkaan sumbangan kepada PNK pada 2020, dan setakat mana sektor tersebut boleh membantu Malaysia mencapai status berpendapatan tinggi. Ini berdasarkan pada taksiran peluang pertumbuhan yang ada dalam sektor dan juga keupayaan Malaysia untuk mengambil peluang tersebut. Dalam mencapai persetujuan pada portfolio awal NKEA, Kerajaan menjalankan beberapa analisis prestasi ekonomi ke atas semua sektor, menimbangkan ramalan pertumbuhan setiap sektor dan meneliti semula kajian sektor. Sebagai tambahan, Bengkel Seribu-Orang telah dijalankan pada bulan Mei Peserta-peserta dalam bengkel tersebut terdiri daripada pemimpin dari sektor awam dan swasta, institusi penyelidikan dan masyarakat awam. Objektif bengkel adalah untuk menentukan secara prioriti sektor utama pertumbuhan sehingga 2020 bagi Malaysia. Bengkel ini dimulakan dengan 20 bengkel kecil (terdiri daripada 30 hingga 70 peserta setiap bengkel) untuk 20 sektor ekonomi. Bengkel kecil ini disediakan dengan kadar pertumbuhan sejarah sektor, ramalan daripada penganalisa bebas untuk setiap sektor serta penanda aras antarabangsa untuk pertumbuhan ekonomi. Para peserta dalam setiap bengkel kecil telah mendebatkan potensi pertumbuhan sektor tersebut dan menganggarkan potensi pertumbuhan sektor sehingga Sebaik sahaja kadar pertumbuhan untuk semua sektor dianggarkan, kesemua peserta bengkel ditinjau untuk mendapatkan pendapat. Keputusan tinjauan digunakan bagi mencipta satu senarai NKEA yang berpotensi. Senarai ini konsisten dengan analisis ekonomi selanjut dan telah diluluskan oleh Jemaah Menteri. Selain daripada 11 sektor industri, Greater Kuala Lumpur/Klang Valley telah dipilih sebagai satu NKEA melalui proses yang berasingan. Kuala Lumpur pada masa ini menyumbang lebih kurang satu pertiga kepada KDNK Malaysia. Bandar adalah pemacu utama pertumbuhan, dan Kuala Lumpur adalah penting bagi kesejahteraan dan prestasi keseluruhan ekonomi Malaysia. Secara purata, bandar mempunyai produktiviti tiga kali lebih tinggi daripada kawasan luar bandar. Berikutan itu, Kuala Lumpur, sebagai bandar raya utama Malaysia, adalah pemacu kritikal kepada pertumbuhan ekonomi negara. Kesemua 11 sektor dijangka menyumbang 74 peratus daripada potensi pertumbuhan PNK pada dekad akan datang. Pada keseluruhannya, sektor NKEA adalah sektor di mana Malaysia mempunyai kelebihan daya saing semasa atau berpotensi, yang diwakili pelbagai sektor seperti perkhidmatan, pembuatan, pertanian dan industri perlombongan secara bersama. Fokus sektor ini merentasi kawasan bandar dan luar bandar dan akan berkemungkinan dapat menyokong pertumbuhan ekonomi yang lain. Arah di mana sektor NKEA berkembang dan membangun adalah konsisten dengan matlamat Kerajaan untuk membangunkan ekonomi yang inklusif dan mampan. Sektor ini menggaji 59 peratus daripada jumlah tenaga kerja, dan oleh itu, pertumbuhan dalam sektor ini akan menjana faedah yang luas.

16 Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 77 Gambarajah 1-9 Portfolio sektor NKEA, sebagaimana yang ditunjukkan dalam Gambarajah 1-9, akan berubah bergantung pada prestasi daripada pelbagai sektor dalam ekonomi. Dua belas NKEA yang ditunjukkan bukanlah pilihan tetap, tetapi akan ditaksirkan secara rasmi pada masa akan datang. Satu proses tegas akan dilaksanakan untuk mengeluarkan sektor lambat berkembang dari portfolio NKEA serta mengenal pasti dan menambah bidang yang mula bertumbuh ke dalam portfolio NKEA. Proses ini akan dihuraikan secara lebih mendalam dalam Bab 4. Ini penting kerana kriteria PNK 2020 bererti senarai awal NKEA adalah terdiri daripada sektor besar sedia ada dalam ekonomi atau sektor bersaiz sederhana dengan prospek pertumbuhan yang tinggi. Tetapi terdapat beberapa sektor kecil dalam ekonomi, yang menpunyai prospek pertumbuhan yang tinggi, yang berkemungkinan akan berkembang menjadi penyumbang PNK yang penting pada masa hadapan. Apabila sektor ini membangun, ia berkemungkinan akan menjadi salah satu NKEA. Apakah Maknanya untuk Menjadi NKEA Malaysia akan menumpukan usaha pertumbuhan ekonomi pada NKEA. NKEA akan menerima sokongan keutamaan Kerajaan termasuk pembiayaan, bakat terbaik dan perhatian daripada Perdana Menteri. Sebagai tambahan, penyusunan semula dasar seperti penyingkiran halangan untuk bersaing dan liberalisasi pasaran akan disasarkan pada NKEA. Rancangan Malaysia Kesepuluh mencatatkan bahawa kajian semula komprehensif peraturan perniagaan yang akan dilaksanakan bagi menambahbaik persekitaran perniagaan akan bermula dengan peraturan-peraturan yang membawa impak pada NKEA.

17 78 Bab 1 Dasar Model Ekonomi Baru Fokus ini akan melibatkan pilihan dan trade-off yang dipertimbangkan dengan mendalam. Dengan mengutamakan pelaburan dalam sektor NKEA, pelaburan dalam sektor lain akan dikurangkan. Sebagai sektor NKEA, sektor ini perlu memberikan implikasi yang sebenar pada sumber sekiranya ia akan menerajui suatu perubahan yang bermakna. Falsafah yang sama bagi pemilihan keutamaan juga akan digunapakai untuk sokongan lain yang disediakan oleh Kerajaan kepada sektor ini, seperti perbelanjaan operasi dan usaha-usaha yang ditujukan pada dasar sektor tertentu dan perubahan regulatori. Sektor bukan NKEA juga akan menerima manfaat dari langkah dasar yang akan menambahbaik persekitaran perniagaan umum. Ini termasuk dasar yang diumumkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, seperti pelaburan infrastruktur, penyusunan semula Perbadanan Produktiviti Malaysia dan pengurangan kos pematuhan perniagaan. Kerajaan adalah komited untuk memberi sokongan berterusan kepada pertumbuhan sektor bukan NKEA. Walau bagaimanapun, Kerajaan akan menumpukan usaha pada NKEA disebabkan oleh sumbangan ketara bahagian ekonomi ini kepada PNK. Mengapakah Tumpuan pada NKEA Penting Kejayaan Malaysia dalam transformasinya dari sebuah negara miskin semasa Kemerdekaan ke sebuah negara ekonomi berpendapatan sederhana pada hari ini telah didorong terutamanya oleh kepelbagaian strategi yang khusus. Pada mulanya, persaingan merentasi pelbagai sektor boleh disokong oleh asas kos pengeluar rendah negara. Walau bagaimanapun, strategi ini tidak lagi mampan. Malaysia tidak lagi boleh bergantung pada asas kos rendah sebagai satu sumber kelebihan daya saing. Dalam keadaan ekonomi global hari ini, rangkaian pengeluaran semakin menumpu pada kerantauan dan membawa kepada integrasi serantau yang lebih besar. Fasa transformasi berikutnya adalah untuk bergerak dari negara berpendapatan sederhana ke berpendapatan tinggi, yang akan memerlukan anjakan ke arah nilai tambah lebih tinggi dan aktiviti yang berintensifkan pengetahuan. Persaingan dalam aktiviti nilai tambah memerlukan pengkhususan dari segi massa kritikal serta satu ekosistem firma dan bakat untuk memandu kebitaraan dalam ekonomi. Bilangan penduduk yang agak kecil di Malaysia mengehadkan bilangan bidang pengkhususan ekonomi dan daya saing secara global. Satu anjakan pada peringkat awal proses kepelbagaian yang merentasi sektor ke arah pengkhususan adalah diperlukan. Faedah daripada tumpuan ke atas beberapa sektor terhad dapat diperhatikan dalam banyak negara lain, seperti Taiwan, Republik Korea dan Singapura. Negara-negara yang telah beralih daripada pendapatan sederhana ke pendapatan tinggi pada kebiasaannya memberi tumpuan pada sektor keutamaan. Setelah pertimbangan yang menyeluruh dilakukan, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk menumpu pada beberapa sektor sahaja dengan tujuan menjana kekuatan daya saing dalam bidang ekonomi ini. Salah satu inovasi penting ETP adalah keregangan darjah tumpuan. Dalam konteks ini, ETP mewakili satu cara pelaksanaan yang baru bagi Malaysia. Terdapat lima sebab utama mengapa penumpuan dalam beberapa sektor adalah penting dalam menjana manfaat ekonomi bagi Malaysia.

18 Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 79 Sejajarkan dasar dengan koheren Mempunyai satu pandangan jelas pada sektor-sektor keutamaan akan memudahkan penyampaian dasar yang selaras dan koheren. Ia membolehkan Kerajaan untuk menjajarkan dasar dalam bidang berbeza, seperti pendidikan, infrastruktur dan dasar imigrasi, di bawah satu objektif umum. Elakkan pelaburan sub-skala Untuk mencapai impak yang besar dan mampan, pelaburan dan komitmen ke atas sektor tertentu perlulah bermakna. Jika pelaburan dipecah-pecahkan merentasi terlalu banyak sektor, risikonya adalah nilai pelaburan menjadi kecil di mana ia tidak mencukupi untuk mencapai perubahan transformasi yang disasarkan. Ini amat penting untuk negara bersaiz kecil dan sederhana. Membangunkan usul nilai yang jelas Sektor keutamaan yang terhad dapat menyumbang kepada satu asas cadangan nilai negara yang jelas, yang sedia dapat dikomunikasikan kepada para pelabur (asing dan tempatan). Ini menyumbang kepada satu persekitaran pelaburan yang lebih positif; memberi keyakinan kepada bakal pelabur bahawa sokongan Kerajaan dan pelaburan akan diarahkan ke bidang keutamaan. Menyediakan tumpuan kepimpinan Dengan adanya sektor keutamaan bererti bahawa masa kepimpinan Kerajaan yang sukar didapati (Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan pegawai kanan) dapat diperuntukkan dalam satu cara yang bermakna terhadap bidang keutamaan berbanding dengan mengagihkan masa dan fokus untuk pelbagai bidang. Membolehkan pemantauan yang lebih tinggi kualitinya Jumlah sektor keutamaan yang dihadkan menjadikan kerja pengukuran dan pemantauan prestasi sektor ini lebih mudah dan meningkatkan kemungkinan untuk impak yang lebih besar kepada ekonomi. Kejayaan dasar yang berasaskan pada sektor dikaitkan kepada satu proses pemantauan rapi prestasi yang lemah perlu diperbaiki manakala prestasi yang baik akan diberikan ganjaran. Ini lebih mudah dilaksanakan apabila tumpuan adalah terhadap satu kumpulan sektor yang fokus.

19 80 Bab 1 Dasar Model Ekonomi Baru PENUTUP Malaysia menghadapi cabaran ekonomi yang signifikan. Kadar pertumbuhan negara lebih perlahan dan persaingan global pula semakin sengit. Malaysia menghadapi isu kemampanan fiskal dan Malaysia bukan suatu ekonomi berkos rendah atau bernilai tinggi. Untuk menangani cabaran ini, ETP yang diwujudkan merupakan satu pendekatan yang jelas berbeza dengan pendekatan lain di mana ia bersandarkan kepada Rancangan Malaysia Kesepuluh di samping menggabungkan input-input dari NEAC. ETP menumpukan pada 12 enjin pertumbuhan utama (NKEA), bergantung terutamanya pada sektor swasta, berdasar kepada satu siri projek yang spesifik di mana pertumbuhan PNK dijadikan sebagai asas. Bab yang berikutnya membincangkan mengenai metodologi yang digunakan untuk membentuk ETP serta jangkaan impak daripada perlaksanaan program ini.

20

21 Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 83 Bab 2: Tinjauan Program Transformasi Ekonomi Program Transformasi Ekonomi (ETP) akan menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi dengan PNK per kapita lebih kurang RM48,000 atau US$15,000 menjelang Selain daripada mencapai sasaran PNK menjelang 2020, Malaysia akan membangunkan kebanyakan ciri sebuah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020: sektor perkhidmatan akan menyumbang lebih daripada 65 peratus pada KDNK; penggunaan swasta pada tahap hampir 60 peratus daripada KDNK; dan kebergantungan Malaysia kepada minyak akan dikurangkan daripada 21 peratus KDNK pada 2008 kepada 14 peratus. Transformasi ini akan dipacu oleh sektor swasta di mana 92 peratus daripada lebih RM1.4 trilion pelaburan yang diperlukan adalah daripada sektor swasta. Akhirnya, ETP akan meningkatkan pendapatan diseluruh Malaysia dengan mewujudkan 3.3 juta pekerjaan tambahan, di mana 60 peratus berada dalam lingkungan gaji pendapatan sederhana atau tinggi. ETP memerlukan Kerajaan untuk memainkan peranan baru sebagai fasilitator pertumbuhan ekonomi dengan meliberalisasikan pasaran, menyediakan insentif untuk menarik masuk pelaburan, menghapuskan halangan dan memberi peranan peneraju kepada sektor swasta. Peranan ini adalah kritikal untuk mengurangkan risiko program ini dan memastikan pelaksanaan yang berjaya. MEMBANGUNKAN PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI ETP bukan mengenai penambahbaikan secara berperingkat bagi meningkatkan ekonomi Malaysia, ia adalah satu program untuk mentransformasikan ekonomi. Kami yakin transformasi ini boleh dicapai melalui perubahan pada cara aktiviti ekonomi dilaksanakan, yang kemudiannya akan mengubah keseluruhan keadaan ekonomi. Ini bererti dengan menukar secara asas bagaimana aktiviti dijalankan, kami akan dapat mengubah sifat dan struktur ekonomi, akhirnya, mencapai transformasi (Gambarajah 2-1).

22 84 Bab 2 Tinjauan Program Transformasi Ekonomi Gambarajah 2-1 Engin transformasi Transformasi melibatkan perubahan asas dalam cara organisasi menjalankan aktivitinya (melakukan) sifat organisasi tersebut (mengamalkan) Untuk mencapai keputusan yang penting dan pantas Ia beroperasi dengan yang berbeza Melakukan ( aksi ) Mengamalkan ( sifat ) Ia menjadi sebuah organisasi yang berbeza Dengan itu kami yakin bahawa titik permulaan ETP adalah melalui pelaksanaan perubahan ketara dalam bahagian ekonomi yang tertentu. Di atas faktor itu, 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) telah dipilih. Ia juga merupakan sebab pelaksanaan makmal untuk setiap daripada 12 NKEA ini. Setiap makmal diminta untuk menentukan inisiatif mantap dan projek yang akan memacu transformasi ekonomi yang diperlukan oleh Malaysia bagi menjadi negara maju menjelang Dua belas makmal tersebut, yang merangkumi 11 sektor ekonomi dan pembangunan Greater Kuala Lumpur/Klang Valley, telah diwakili oleh para peserta dari sektor swasta dan awam dan dikelolakan oleh PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan dan di bawah Jabatan Perdana Menteri). Keseluruhannya, 500 orang telah mengambil bahagian, di mana majoriti adalah daripada sektor swasta. Idea yang dijanakan dalam makmal ETP adalah berasaskan kepada hala tuju dasar yang ditentukan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, termasuk sektor swasta sebagai peneraju ekonomi, liberalisasi pasaran bagi tujuan memacu dan menggalakkan pertumbuhan melalui inovasi, pembangunan bakat terbaik di dunia serta pelaburan bagi menambahbaik infrastruktur. Makmal tersebut, yang dijalankan selama lapan minggu, memberikan sektor swasta peluang untuk membentuk satu strategi transformasi khusus bagi setiap sektor serta hala tujunya. Setiap makmal telah mengemukakan rancangan terperinci yang menghuraikan aspirasi, strategi dan pelan tindakan yang kukuh untuk setiap satu daripada 12 NKEA. Rancangan ini termasuk pembiayaan, pelaburan dan tenaga kerja yang diperlukan bagi mencapai aspirasi tersebut. Faktor yang kritikal untuk kejayaan makmal ialah gabungan kukuh dan perdebatan antara pelbagai pihak berkepentingan termasuk pakar industri (antarabangsa dan tempatan), para pelabur berpotensi, badan perundangan dan Kerajaan. Sesi gabungan ini membantu memastikan bahawa inisiatif adalah nyata dan realistik.

23 Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 85 Apakah itu makmal? Sebuah makmal adalah satu forum intensif di mana peserta relevan (dari syarikat sektor swasta dan agensi sektor awam) ditemukan dalam satu kumpulan dengan objektif mencari penyelesaian radikal yang juga praktikal dan khusus untuk menyelesaikan masalah. Makmal telah mewujudkan satu persekitaran di mana para peserta boleh mengkaji, berdebat dengan giat dan mencabar status quo. Dalam tempoh pelaksanaan makmal, para peserta menjalankan sesi lampas minda (brainstorming) untuk menjanakan idea, melakukan analisis bagi menentukan kebolehlaksanaan idea tersebut menguji serta menyempurnakan idea dengan pelbagai pihak berkepentingan. Garis panduan bagi Makmal ETP Untuk membangunkan idea, Makmal diberikan panduan khusus mengenai projek dan inisiatif yang dijangka supaya ia dapat: Menyumbang secara signifikan kepada PNK; Memberi penekanan kepada projek yang diterajui oleh pelaburan swasta di mana Kerajaan memainkan peranan sebagai fasilitator. Pelaburan dari Kerajaan tidak sepatutnya melebihi 10 peratus daripada keseluruhan pelaburan projek; Menjadi neutral dari segi fiskal atau mengurangkan defisit; Mengukuhkan asas sektor dan menggerakkan Malaysia kepada aktiviti bernilai lebih tinggi; Membolehkan Malaysia mengurangkan kebergantungan pada sumber pertumbuhan yang banyak menggunakan bahan mentah; Menganjakkan pengagihan pendapatan ke arah segmen berpendapatan tinggi; dan Mengurangkan jumlah rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah Metodologi Makmal diminta untuk mengenal pasti inisiatif yang akan mengerakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Setiap inisiatif yang dicadangkan oleh makmal adalah berasaskan pada kesannya ke atas PNK Malaysia. Bagi setiap inisiatif, Makmal juga diminta untuk menilai pelaburan swasta dan pembiayaan awam yang diperlukan serta implikasi pasaran buruh dari segi jumlah pekerjaan baru yang akan diwujudkan serta jenis kemahiran yang dikehendaki. Impak pada PNK untuk setiap inisiatif dikira berdasarkan kepada pendekatan pendapatan, seperti yang digambarkan dalam Gambarajah 2-2. Pendekatan ini dibincangkan dengan pihak berkaitan dan diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia.

24 86 Bab 2 Tinjauan Program Transformasi Ekonomi Gambarajah 2-2 PNK ditaksir menggunakan metodologi mudah yang diluluskan oleh pakar-pakar merentasi Kerajaan Cara pengiraan PNK ditafsirkan......dan disindiketkan oleh para pakar merentasi Kerajaan PNK: Output ekonomi utk penduduk sesebuah negara = KDNK Output ekonomi yang dikeluarkan dalam garis sempadan sesebuah negara + - Pendapatan bersih dari luar negara Pendapatan bersih dari tenaga kerja dan modal kepada dan daripada rakyat asing menggunakan Pendekatan pendapatan (Nilai tambahan oleh sektor): KDNK = EBITDA 1 + Pampasan pekerja + - Pendapatan dari syarikat-syarikat Malaysia di luar negara Pendapatan dari syarikat-syarikat asing di Malaysia + - Pendapatan yang dihantar balik oleh rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negara Pendapatan yang dihantar balik oleh rakyat asing yang bermastautin di Malaysia 1 Perolehan sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai & Pelunasan SUMBER: Australian bureau for Statistics/National Accounts; US Dept of Commerce; Bureau of economic analysis Dalam penilaian impak pada PNK, setiap makmal NKEA telah mengenal pasti inisiatif yang diklasifikasikan sama ada sebagai projek permulaan atau peluang perniagaan. Projek Permulaan (EPP) adalah projek yang akan menjana pencapaian berimpak besar dengan pantas. Ia merupakan inisiatif yang didefinisikan dengan jelas di mana para pelabur berpotensi telah dikenal pasti, pelan pelaksanaan yang terperinci telah diwujudkan serta keperluan pembiayaan telah dinyatakan. EPP hanyalah gelombang yang pertama dan projek selanjutnya akan dikenal pasti dan dijalankan pada tahun akan datang. Peluang perniagaan mengambil kira potensi sektor untuk berkembang secara organik. Ini mewakili peluang perniagaan yang mantap. Beberapa peluang perniagaan akan dicetuskan dengan kejayaan pelaksanaan ETP. Contohnya, pembangunan tempat peranginan bersepadu dan hotel merentasi Malaysia akan mewujudkan peluang perniagaan untuk operator pelancongan dan perniagaan pengangkutan darat di seluruh Malaysia.

25 Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 87 Kesan penggandaan mengambil kira impak ekonomi daripada pembangunan EPP ke arah sektor ekonomi yang lain. Apabila satu sektor berkembang, ia akan mewujudkan permintaan untuk barangan dan perkhidmatan yang disediakan oleh sektor lain. Contohnya, apabila sektor pelancongan membangun, ia akan mewujudkan permintaan tambahan untuk perkhidmatan kewangan yang akan menghasilkan tambahan kepada PNK. PNK tambahan ini diliputi melalui pengiraan penggandaan. MENJADI SEBUAH EKONOMI BERPENDAPATAN TINGGI Projek dan inisiatif yang dikenal pasti dalam ETP akan mentransformasikan Malaysia kepada sebuah ekonomi berpendapatan tinggi di mana PNK akan meningkat dari RM660 bilion pada 2009 ke RM1.7 trilion pada Ini bermaksud PNK per kapita akan meningkat daripada RM23,700 atau US$6,700 pada 2009 kepada sekurang-kurangnya RM48,000 atau US$15,000 pada Berikutan itu, Malaysia dijangka akan mencapai taraf ekonomi berpendapatan tinggi sebagaimana didefinisikan oleh Bank Dunia, menjelang Untuk mencapai matlamat ini, Malaysia memerlukan pertumbuhan KDNK sebanyak 6 peratus setiap tahun, yang nyata sekali lebih tinggi daripada 4.5 peratus yang diunjurkan bagi ekonomi global dalam laporan Tinjauan Ekonomi Dunia IMF pada April Seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 2-3, daripada cadangan di makmal ETP, EPP boleh menyumbangkan sehingga 31 peratus daripada pertumbuhan PNK tambahan yang dikehendaki dan tambahan 10 peratus melalui kesan penggandaan. Peluang perniagaan boleh menyumbang tambahan 33 peratus lagi. Baki 26 peratus pertumbuhan PNK tambahan dijangka akan datang sektor lain (bukan NKEA). Gambarajah 2-3 Makmal-makmal 11 sektor NKEA mengenal pasti EPP dan peluang perniagaan yang dapat menyumbang pada impak PNK tokokan ~ RM800 bilion 2020 PNK RM bilion Peratusan dari PNK tokokan ,733 Output Makmalmakmal NKEA PNK 3 Projek Permulaan (EPP) Peluang Perniagaan 1 Bakal penggandaan Lain-lain 2020 sektor 2 Unjuran PNK 1 Peluang perniagaan dari Minyak, Gas & Tenaga termasuk pelarasan harga minyak sebanyak RM32 bilion (US$10 billion) 2 Tidak termasuk kesan penggandaan dan menganggap kadar pertumbuhan sektor-sektor lain sepertimana yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh 3 Menganggap kadar pertukaran 2009 iaitu RM3.52 : US$1.0

26 88 Bab 2 Tinjauan Program Transformasi Ekonomi Perlu dinyatakan bahawa PNK untuk Greater KL/KV dikira secara berasingan untuk mengelak pengiraan berganda disebabkan sebahagian pendapatan daripada beberapa NKEA akan dijana dalam kawasan Greater KL/KV. Dari baki NKEA yang lain, sektor Minyak, Gas dan Tenaga diunjurkan menyumbang jumlah terbesar pada PNK tambahan. Sebagaimana digambarkan dalam Gambarajah 2-4, empat NKEA (Sektor Minyak, Gas dan Tenaga, Perkhidmatan Kewangan, Minyak Sawit dan Pemborongan dan Peruncitan) diunjurkan menyumbang 60 peratus pertumbuhan tambahan di kalangan 11 sektor NKEA. Gambarajah 2-4 Minyak, Gas & Tenaga, Minyak Sawit, Perkhidmatan Kewangan serta Pemborongan & Peruncitan menyumbang ~ 60% pada impak PNK tokokan dari NKEA pada 2020 PNK tokokan 1 (2020) RM bilion Minyak, Gas & Tenaga 2 Minyak Sawit Perkhidmatan Kewangan Pemborongan & Peruncitan Pelancongan Perkhidmatan Perniagaan 59 E&E 53 CCI Penjagaan Kesihatan Pendidikan Pertanian 29 1 Berdasarkan 11 sektor NKEA sahaja. Tidak termasuk sektor-sektor lain 2 Peluang perniagaan bagi Minyak, Gas & Tenaga termasuk pelarasan harga minyak RM32 bilion (US$10 billion) Menjelang 2020, sektor minyak, gas dan tenaga masih akan kekal sebagai sektor terbesar dalam ekonomi Malaysia, tetapi sumbangan kepada dalam ekonomi akan jatuh disebabkan oleh pertumbuhan pesat dalam sektor seperti perkhidmatan kewangan dan minyak sawit. Sektor pemborongan dan peruncitan juga akan berkembang dengan ketara untuk menjadi sektor keempat terbesar dalam ekonomi, seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 2-5.

27 Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 89 Gambarajah 2-5 Minyak, Gas & Tenaga, Perkhidmatan Kewangan dan Minyak Sawit akan menjadi 3 sektor ekonomi terbesar menjelang 2020 PNK Tokokan Asas 2009 Jumlah PNK pada RM bilion Peratusan dari jumlah PNK Minyak, Gas & Tenaga Perkhidmatan Kewangan Minyak Sawit Pemborongan & Peruncitan Pelancongan E&E Perkhidmatan Perniagaan Pendidikan CCI Penjagaan Kesihatan Pertanian Berdasarkan 11 sektor NKEA sahaja. Tidak termasuk sektor-sektor lain Pertumbuhan Dipacu oleh Inovasi dan Pembaharuan Pertumbuhan ini akan dipacu oleh strategi dan pembaharuan yang mesra pasaran, bertumpu pada inovasi dan peningkatan nilai tambahan, fokus pada peningkatan kualiti, standard dan produktiviti serta ditumpukan pada bidang di mana Malaysia mempunyai kelebihan tertentu. Kebanyakan daripada inisiatif yang dirancang berasaskan kepada liberalisasi pasaran dan peningkatan persaingan. Faktor ini amat penting untuk menarik syarikat multinasional ke Kuala Lumpur, membangunkan paksi kewangan serantau dalam usaha merangsang pertumbuhan dalam perkhidmatan kewangan Islam. Liberalisasi harga gas dan pengurangan subsidi juga akan mewujudkan disiplin pasaran yang lebih kukuh. Pertumbuhan ekonomi akan didorong oleh inovasi dan anjakan kepada aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi. Anjakan untuk produk makanan dalam NKEA Minyak Sawit bererti Malaysia akan bersaing dalam pasaran hiliran yang mempunyai margin lebih tinggi. Dalam NKEA Penjagaan Kesihatan, pembangunan penyelidikan klinikal dan pengembangan pengilangan kontrak dalam alat perubatan akan mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam bidang pertumbuhan global. Kualiti dan pembaikan standard akan diberi lebih tumpuan. Kualiti latihan kemahiran akan dipertingkatkan melalui organisasi peneraju industri yang akan menetapkan standard, mengeluarkan garis panduan mengenai kandungan dan menyelaraskan kurikulum latihan kemahiran merentasi sektor.

28 90 Bab 2 Tinjauan Program Transformasi Ekonomi Produktiviti tenaga buruh akan bertambah dengan signifikan. Contohnya, pelancaran teknik penuaian baru bagi kelapa sawit akan meningkatkan produktiviti tenaga buruh dalam beberapa ladang; Program TUKAR akan menyaksikan pembangunan pusat pengedaran berkongsi bagi kedai runcit yang lebih kecil yang dapat menambahkan kecekapan dan produktiviti dengan signifikan; dan perjanjian perkongsian tanah akan membolehkan para petani padi meraih manfaat dari pengeluaran berskala komersil. Dalam NKEA, pertumbuhan akan ditumpukan pada sub-sektor di mana Malaysia mempunyai kelebihan daya saing yang mampan. Di antaranya, dalam Perkhidmatan Kewangan, bidang pertumbuhan utama adalah dalam perkhidmatan kewangan Islam di mana Malaysia mempunyai rekod prestasi cemerlang. Bagi sektor Minyak, Gas dan Tenaga, Malaysia berada dalam kedudukan yang amat mantap untuk membangunkan hab perkhidmatan medan minyak serantau disebabkan oleh ketersediaan industri minyak dan gas tempatan serta kedudukan negara yang berada berdekatan dengan kawasan medan minyak di rantau ini. Ciri sebuah Ekonomi Berpendapatan Tinggi Menjelang 2020, Malaysia bukan sahaja akan mencapai PNK per kapita sebuah ekonomi berpendapatan tinggi, ia juga akan memiliki beberapa ciri utamanya. Struktur ekonomi Malaysia akan berubah dengan ketara sepertimana yang ditunjukkan dalam Gambarajah 2-6. Sektor perkhidmatan akan menyumbang syer yang lebih besar dalam ekonomi. Menjelang 2020, sektor perkhidmatan akan menyumbang sebanyak 65 peratus kepada KDNK, kenaikan daripada 58 peratus dalam Pertumbuhan ini akan ditumpukan dalam NKEA Perkhidmatan Kewangan, Pemborongan dan Peruncitan, Perkhidmatan Perniagaan, Pelancongan, Penjagaan Kesihatan dan Pendidikan. Sebagai contoh, dalam NKEA Penjagaan Kesihatan, pertumbuhan tahunan 10 peratus disasarkan untuk bidang yang termasuk pelancongan kesihatan, pusat perubatan pakar dan perkhidmatan kesejahteraan warga emas; dan Penggunaan domestik akan menjadi pemacu utama pertumbuhan. Jumlah penggunaan domestik adalah sebanyak 59 peratus daripada KDNK menjelang 2020, berbanding 54 peratus pada Sebahagian daripada pertumbuhan adalah hasil perkembangan sektor-sektor termasuk pemborongan dan peruncitan, perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan serta perbandaran. Ini adalah amat penting kerana ia bermakna bahawa Malaysia akan mengurangkan pergantungannya kepada eksport sebagai pemacu permintaan. Pertumbuhan dalam permintaan domestik ini akan membawa Malaysia setanding dengan ekonomi maju seperti Taiwan and New Zealand.

29 Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 91 Gambarajah 2-6 Dalam mencapai sasaran PNK per kapita, Malaysia akan memiliki beberapa ciri-ciri penting ekonomi berpendapatan tinggi Median 20 ekonomi teratas untuk PNK (PPP) per kapita 1 pada 2009 Ekonomi berganjak kepada lebih berasaskan perkhidmatan Tahap penggunaan swasta meningkat Perkhidmatan sebagai peratusan KDNK 100% = RM bilion 765 1,747 72% Penggunaan swasta sebagai peratusan KDNK (benar) 100% = RM bilion 765 1,747 54% 58% 65% 54% 59% 2010 Unjuran EPU Unjuran EPU Dipilih berdasarkan kedudukan Bank Dunia (2009): Australia, Austria, Belgium, Canada, Denmark, Finland, Jerman, Iceland, Ireland, Italy, Jepun, Luxembourg, Netherlands, Norway, Singapura, Spain, Sweden, UK, AS Selain daripada perubahan dalam struktur, ekonomi Malaysia akan menjadi lebih seimbang dan kurang bergantung kepada industri yang berasaskan sumber. Khususnya, sumbangan kepada KDNK oleh industri petroleum akan jatuh dari 21 peratus pada tahun 2008 ke 14 peratus pada Sebuah ekonomi yang lebih seimbang dan pelbagai dapat memastikan pertumbuhan yang mampan dalam jangka masa panjang. Hasil daripada EPP dan NKEA, Malaysia juga akan menjadi sebuah negara yang lebih mempunyai ciri perbandaran. Kami menjangka bahawa jumlah penduduk yang tinggal dalam kawasan bandar akan meningkat dari 64 peratus ke 70 peratus dan kebanyakan dari pertumbuhan ini akan bertumpu dalam Greater KL/KV akan menyediakan lebih peluang pekerjaan baru untuk rakyat Malaysia. Dijangka bahawa sesetengah rakyat Malaysia dari kawasan bandar dan luar bandar akan berhijrah untuk meraih manfaat dari peluang pekerjaan ini. Walaupun Greater KL/KV akan menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi utama, terdapat juga peluang pertumbuhan di seluruh Malaysia. Ini termasuk pembangunan industri solar di Sarawak, pembangunan hab biodiversiti global untuk menarik lebih ramai pelancong ke Sabah, pengkomersialan penanaman padi serta peningkatan hasil minyak sawit. Liputan cadangan EPP bagi setiap negeri ditunjukkan dalam Gambarajah 2-7.

30 92 Bab 2 Tinjauan Program Transformasi Ekonomi Gambarajah 2-7 EPP akan disebarkan di sekitar bandar dan luar bandar Malaysia Sekurang-kurang 1 EPP Dari NKEA dalam negeri ini Minyak, gas & tenaga Perkhidmatan Kewangan Minyak Sawit E&E CCI Pemborongan & Peruncitan Pelancongan Perkhidmatan Perniagaan Pendidikan Pertanian Penjagaan Kesihatan Greater KL/KV Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri Sembilan Pahang Perak Perlis Pulau Pinang Sabah Sarawak Selangor Terengganu Menjelang 2020, Malaysia juga akan menonjolkan beberapa jaguh nasional dan serantau yang baru. Syarikat ini akan memacu pertumbuhan jangka panjang di bidang termasuk perkhidmatan kewangan, perkhidmatan perniagaan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan. Akhirnya, perusahaan sederhana dan kecil (PKS) akan memainkan peranan yang lebih penting merentasi ekonomi. Contohnya, dalam sektor pendidikan, pertanian, elektrik dan elektronik serta minyak sawit, penyertaan PKS akan digalakkan secara aktif melalui peruntukan bantuan kewangan, akses lebih baik kepada penyelidikan dan teknologi serta penambahbaikan dalam infrastruktur.

31 RM bilion, ,419 Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 93 PERTUMBUHAN DITERAJUI OLEH PELABURAN SWASTA Pelaburan dalam ekonomi Malaysia sehingga 2020 akan dipacu dan diterajui oleh sektor swasta. Pelaburan swasta akan merangkumi kira 92 peratus daripada keseluruhan pelaburan dalam NKEA manakala pembiayaan awam hanya 8 peratus sebagaimana yang ditunjukkan dalam Gambarajah 2-8. Ini adalah satu peningkatan yang signifikan dari 37 peratus bahagian pelaburan swasta pada 2008 dan sejajar dengan kadar pertumbuhan pelaburan swasta sebanyak 12.8 peratus yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011 hingga 2015) serta sasaran jangka panjang 12.2 peratus pertumbuhan dari 2011 hingga Sumbangan sebanyak 92 peratus ini sesuai dengan peranan baru Kerajaan sebagai fasilitator pertumbuhan ekonomi sepertimana yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Gambarajah 2-8 Pelaburan swasta merangkumi ~ 92% jumlah diperlukan dalam penyampaian NKEA 1, Bahagian peratusan dari jumlah pelaburan Pelaburan Swasta Pembiayaan awam Jumlah 1 Tidak termasuk keperluan pembiayaan bagi peluang perniagaan Greater KL/KV 2 Jumlah pelaburan swasta yang dinyatakan di sini termasuk GLC dan pelaburan swasta yang lain Pertumbuhan yang diterajui oleh pelaburan swasta bererti ekonomi akan mengurangkan kebergantungan kepada pembiayaan Kerajaan, yang dikekang oleh keperluannya untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara. Ia juga bermakna pelaburan akan tertakluk pada disiplin pasaran dan disasarkan pada bidang di mana para pelabur swasta yakin akan memperolehi keuntungan yang lebih besar. Pembiayaan kerajaan akan disasarkan pada inisiatif yang akan memaksimumkan impak PNK untuk setiap ringgit wang awam yang dibelanjakan. Dari jumlah pelaburan swasta yang diperlukan, pelaburan langsung domestik akan mengambil kira lebih kurang 73 peratus, dan 27 peratus akan berpunca dari pelaburan langsung asing sebagaimana yang ditunjukkan dalam Gambarajah 2-9.

32 94 Bab 2 Tinjauan Program Transformasi Ekonomi Gambarajah 2-9 NKEA memerlukan pelaburan swasta kira-kira RM1.3 trilion bagi tempoh , di mana 73% dijangka adalah pelaburan langsung domestik Pemecahan pelaburan langsung domestik dan asing bagi NKEA, RM bilion 100% = RM1,311 bilion Pelaburan langsung asing Pelaburan langsung domestik 27% (RM358 bilion) 73% (RM953 bilion) 1 Tidak termasuk peluang perniagaan Greater KL/KV 2 Untuk peluang perniagaan, nisbah FDI:DDI dianggap setara dengan EPP Sebagaimana yang ditunjukkan dalam Gambarajah 2-10, Malaysia mempunyai kapasiti untuk menjanakan pelaburan domestik pada aras yang tinggi disebabkan oleh jurang yang ketara antara kadar simpanan dan pelaburan. Jumlah simpanan Malaysia adalah pada tahap yang agak tinggi iaitu sebanyak 22 peratus daripada KDNK, tetapi jumlah pelaburan hanya 10 peratus. Kadar simpanan diunjurkan kekal berterusan, dengan itu, terdapat ruang untuk mempertingkatkan lagi kadar pelaburan dengan signifikan. EPU menjangka bahawa kadar pelaburan domestik boleh mencapai 18 peratus menjelang 2020, yang berpotensi untuk memberikan jumlah pelaburan yang diperlukan untuk ETP. Gambarajah 2-10 Analisa jurang simpanan-pelaburan menunjukkan kapasiti yang cukup untuk menjana pelaburan domestik yang diperlukan Peratusan PNK Simpanan Pelaburan Jurang S-P (Peratusan PNK) 10.0 Jurang simpananpelaburan swasta dijangka turun dengan nyata

33 Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 95 MEWUJUDKAN PEKERJAAN BERPENDAPATAN SEDERHANA DAN TINGGI Inisiatif dan pembaharuan ETP dibentuk untuk memberi pertumbuhan yang akan memanfaatkan ramai rakyat Malaysia. Terutamanya melalui unjuran 3.3 juta pekerjaan tambahan yang akan diwujudkan daripada inisiatif yang dibangunkan dalam makmal NKEA. Lebih 60 peratus daripada pekerjaan baru tersebut akan menawarkan gaji sederhana atau tinggi seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah Gambarajah 2-11 NKEA akan mewujudkan 3.3 juta pekerjaan tambahan, kebanyakannya dalam gaji berpendapatan sederhana dan tinggi Pengagihan gaji dan keperluan tenaga kerja tambahan 2020 Jumlah pekerjaan tambahan juta Pendapatan rendah Pendapatan Pendapatan 36% sederhana 49% tinggi 15% Lingkungan gaji 2020, RM 1 < RM1,000 < RM1,000-2,000 < RM2,000-4,000 < RM4,000-7,000 < RM7,000-10,000 > RM10,000 Peratusan dari jumlah pekerjaan Lingkungan gaji menggambarkan RM nominal 2020 Impak keseluruhan ETP adalah pertumbuhan yang signifikan dalam pasaran kerja, anjakan ke arah pekerjaan bergaji lebih tinggi, pelbagai peluang baru untuk rakyat Malaysia dan pengukuhan asas kemahiran. Pada 2009, lebih kurang 57 peratus pekerja adalah pekerja berpendapatan rendah. Akibat daripada kesan gabungan pekerjaan baru yang diwujudkan oleh NKEA dan pertumbuhan dalam gaji benar, lebih kurang 600,000 pekerja akan dikeluarkan daripada golongan pendapatan terendah sebagaimana yang ditunjukkan dalam Gambarajah Dengan pelaksanaan ETP, akan terdapat penambahan sebanyak 2.8 juta dalam jumlah pekerja berpendapatan sederhana dan peningkatan 3 kali ganda dalam jumlah pekerjaan berpendapatan tinggi akan diwujudkan. Peluang pekerjaan baru ini akan menarik tenaga kerja asing berkemahiran tinggi serta rakyat Malaysia yang berbakat kembali ke Malaysia. NKEA Greater Kuala Lumpur/Klang Valley mensasarkan untuk menarik 150,000 tenaga kerja rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi untuk kembali ke tanah air bagi memenuhi keperluan ini.

34 96 Bab 2 Tinjauan Program Transformasi Ekonomi Gambarajah 2-12 NKEA akan membantu mengurangkan pekerja berpendapatan rendah dah meningkatkan bahagian pekerja berpendapatan sederhana dan tinggi Unjuran Pengagihan Gaji 2020 Jumlah pekerjaan, juta Kejatuhan ~0.6 juta dalam lingkungan ini Peningkatan ~2.8 juta dalam lingkungan ini Peningkatan ~3- kali ganda dalam lingkungan ini 2020 (Unjuran) Lingkungan gaji 1 < RM1,000 < RM1,000-2,000 < RM2,000-4,000 < RM4,000-7,000 < RM7,000-10,000 > RM10,000 Pertukaran dalam # pekerja, juta Lingkungan gaji menggambarkan RM nominal 2020, lingkungan gaji 2009 telah diselaraskan sewajarnya Andaian: Para pekerja diedarkan sama rata dalam setiap lingkungan gaji; semua gaji pekerja bertambah pada kadar unjuran EPU iaitu 3.6%; produktiviti tenaga kerja sebenar untuk sektor-sektor bukan NKEA bertambah pada unjuran EPU iaitu 3.6%, sektor-sektor bukan NKEA mempunyai pengagihan gaji setara dengan putara nasional Dalam tahun menjelang 2020, jumlah kemahiran yang diperlukan dalam pasaran buruh dengan jumlah kemahiran yang dibangunkan akan lebih seimbang. Malaysia memerlukan adalah satu kumpulan besar individu terlatih dan cekap yang mempunyai latihan teknikal dan vokasional yang sesuai (46 peratus kerja tambahan) seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah Pelaburan dalam pendidikan di Malaysia akan dibentuk untuk memenuhi peningkatan kuantiti dan kualiti individu dengan kelayakan teknikal dan vokasional.

35 Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 97 Gambarajah 2-13 Dari 3.3 juta pekerjaan baru, ~ 46% memerlukan sijil atau diploma vokasional Jumlah kelayakan yang diperlukan untuk pekerjaan baru pada 2020, juta 46% dari pekerjaan yang timbul memerlukan kelayakan vokasional atau diploma Peratusan jumlah pekerjaan tambahan Tidak mahir Vokasional/ Sijil Diploma Sarjana Muda Sarjana/ Professional PhD MENGURUS RISIKO ETP adalah satu program yang bercita-cita tinggi, dan sudah tentunya mempunyai risiko dalam pelaksanaannya. Risiko paling nyata adalah tidak mampu untuk mencapai pertumbuhan yang diperlukan dalam pelaburan sektor swasta iaitu sebanyak 12.2 peratus setiap tahun. Malaysia bermula dari satu kedudukan pertumbuhan pelaburan swasta (kedua-dua domestik dan asing) yang agak rendah, dan ini merupakan satu cabaran yang besar. Oleh kerana 92 peratus modal yang diperlukan untuk ETP diunjurkan datang dari pelaburan swasta, terdapat risiko bahawa ekonomi tidak akan berkembang selari dengan sasaran Kerajaan jika pertumbuhan dalam pelaburan tidak menjadi kenyataan. Kerajaan memahami kepentingannya untuk memperoleh pelaburan swasta dan telah mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan risiko ini. Lebih penting lagi, Kerajaan mengiktiraf bahawa ia perlu memainkan peranan baru untuk memudahkan pertumbuhan program transformasi yang dipacu oleh sektor swasta. Idea dan peluang pelaburan yang dibangunkan dalam makmal datang dari sektor swasta. Perubahan yang dikehendaki juga dikenal pasti oleh sektor swasta. Kerajaan akan memberi tumpuan sepenuhnya untuk melaksanakan pembaharuan ini supaya dapat merangsangkan pelaburan swasta. Pembiayaan Kerajaan bagi projek pembangunan dan insentif juga akan disasarkan kepada projek yang akan melibatkan pelaburan swasta yang signifikan supaya dapat memacukan pertumbuhan PNK.

36 98 Bab 2 Tinjauan Program Transformasi Ekonomi Sebagai tambahan, pensyarikatan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) akan membantu mempertingkatkan keupayaan Malaysia untuk menarik pelaburan asing dan merangsang pelaburan domestik. Terdapat juga risiko lain bagi program ini. Keadaan ekonomi global tidak dapat diduga dan mungkin tidak akan berkembang sebanyak 4.5 peratus seperti yang diunjurkan sepanjang 10 tahun akan datang. Terdapat had kepada apa yang dapat dilakukan bagi mengurangkan risiko ini. Walau bagaimanapun, ETP mensasarkan untuk mengimbangkan pertumbuhan eksport dan penggunaan domestik, yang bermakna Malaysia akan kurang didedahkan pada perubahan dalam aktiviti ekonomi global. Terdapat juga potensi risiko di mana pelaksanaan inisiatif akan tertangguh. Ini sedang ditangani oleh Kerajaan. Program ini adalah berdasarkan kepada inisiatif mantap dan boleh dilaksanakan yang dicadangkan di bawah setiap 12 NKEA. Projek tertentu telah dikenal pasti untuk memacu pertumbuhan PNK bersama dengan pembaharuan yang dipacu pasaran untuk menarik pelaburan dan memudahkan pertumbuhan. Ini adalah berdasarkan pada analisis teliti yang diterajui oleh sektor swasta. Akauntabiliti yang jelas telah diwujudkan di pihak Kerajaan dan agensinya bagi melaksanakan pembaharuan dan inisiatif yang diperlukan untuk memacukan pertumbuhan, dan sebuah Unit ETP baru ditubuhkan di bawah PEMANDU untuk menyokong kementerian, agensi kerajaan dan sektor swasta dalam pelaksanaan ETP. Kerajaan akan memberi laporan yang telus secara berkala mengenai kemajuan pelaksanaan. Satu Program yang Sentiasa Berkembang Satu perkara penting yang perlu di tegaskan adalah ETP adalah satu program yang akan sentiasa berkembang. Inisiatif yang ditakrifkan dalam makmal bukan bertujuan untuk menjadi satu pelan induk terperinci aktiviti ekonomi di Malaysia untuk 10 tahun berikutnya ia hanyalah sebagai satu titik permulaan. Inilah sebabnya istilah projek permulaan digunakan. Pelaksanaan akan dipacu oleh pasaran, dan pasaran adalah dinamik dan sentiasa berubah. Beberapa projek akan berkembang, sesetengahnya akan berubah secara radikal manakala sesetengah yang lainnya akan ditamatkan. Banyak inisiatif dan aktiviti baru yang belum lagi difikirkan akan muncul apabila pembaharuan bermula, kemunculan peluang baru dan pembangunan pasaran. Walau bagaimanapun, matlamat Kerajaan untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 tidak akan dikompromi. Begitu juga tidak akan ada kompromi dalam memastikan Kerajaan untuk memainkan peranannya dalam memudahkan dan menggalakkan insentif pelaburan dan pembangunan yang dipacu oleh sektor swasta serta dalam melaksanakan pembaharuan yang diperlukan.

37 Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 99 PENUTUP ETP akan mentransformasikan ekonomi Malaysia dan memastikan tercapainya pertumbuhan ekonomi yang diperlukan untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi: mencapai PNK per kapita sekurang-kurangnya RM48,000 atau US$15,000 menjelang NKEA akan menyumbang 74 peratus pertumbuhan ini melalui satu program inisiatif dan pembaharuan yang didorong pasaran dan bertumpu pada bidang di mana Malaysia mempunyai kelebihan daya saing. Transformasi ini akan diterajui oleh sektor swasta dan lebih daripada 90 peratus pembiayaan yang diperlukan akan datang dari pelaburan swasta. Melalui ETP, lebih daripada 3 juta pekerjaan baru akan diwujudkan, di mana majoriti adalah pekerjaan berpendapatan sederhana atau tinggi. Ini akan membawa kepada peningkatan yang signifikan secara keseluruhan ke atas tahap pendapatan. Peranan Kerajaan adalah untuk memudahkan pertumbuhan ekonomi ini dengan menyampaikan pembaharuan, memberikan insentif untuk pelaburan dan memastikan pembiayaan awam disasarkan ke bidang di mana ia akan memberikan impak yang paling besar.

38

39

40 Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 103 Bab 3: Memperbolehkan Kejayaan ETP Sebahagian besar daripada impak Pendapatan Negara Kasar (PNK) terhadap Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) akan dicapai melalui pelaburan dan tindakan sektor swasta. Walau bagaimanapun, pencapaian kebanyakan projek permulaan (EPP) memerlukan tindakan daripada pihak kerajaan. Tindakan kerajaan ini melibatkan pertukaran polisi dan regulatori serta pembiayaan dalam bidang-bidang seperti pendidikan dan infrastruktur. Hanya 15 peratus EPP tidak memerlukan pembiayaan kerajaan atau sokongan polisi yang khusus. Lebih kurang 70 peratus daripada tindakan pemboleh kerajaan yang diperlukan adalah khusus kepada setiap EPP atau merentasi satu NKEA. Ini dihuraikan secara terperinci dalam bab-bab selanjutnya dalam laporan ini. Selanjutnya, terdapat satu siri tindakan umum oleh kerajaan yang diperlukan merentasi berbilang EPP dan NKEA. Adalah lebih efektif dan efisien bagi kerajaan untuk menyelaraskan tindakan bersilang ini daripada menyelesaikan setiap satu apabila dan jika ia timbul. Selain daripada itu, tindakan pemboleh ini akan menyokong pertumbuhan PNK yang akan terhasil daripada peluang perniagaan dalam NKEA serta sektor bukan NKEA. Ini adalah penting kerana peluang perniagaan NKEA merangkumi 33 peratus daripada penambahan PNK yang diperlukan untuk mencapai sasaran PNK Manakala sektor bukan NKEA akan menyumbang penambahan sebanyak 26 peratus kepada peningkatan PNK. Tanpa pemboleh polisi lebih meluas ini, pertumbuhan PNK yang diperlukan tidak dapat dicapai dengan jayanya. Empat kategori pemboleh dibincangkan di bawah. Pertama ialah menggalakkan pelaburan swasta menarik dan menyokong pelaburan domestik dan asing serta membangunkan rangka kerja jelas bagi penyampaian sokongan fiskal. Kedua ialah pembangunan modal insan menarik tenaga kerja asing ke Malaysia untuk menyokong pertumbuhan di bidang-bidang seperti Greater Kuala Lumpur/ Klang Valley, menyelaraskan peraturan dan prosedur imigrasi dan melabur secara sistematik dalam pendidikan vokasional untuk rakyat Malaysia. Ketiga ialah mempertingkatkan persekitaran menyeluruh bidang perniagaan mengurangkan kos pematuhan, memansuhkan peraturan dan mempertingkatkan kecekapan operasi kerajaan supaya dapat menjana peningkatan ketara dalam pelaburan swasta. Keempat ialah melabur dalam infrastruktur, seperti jalur lebar dan logistik.

41 104 Bab 3 Memperbolehkan Kejayaan ETP MENGGALAKKAN PELABURAN SWASTA Pelaburan swasta adalah teras Program Transformasi Ekonomi (ETP). Dalam kebanyakan kes, penyampaian pelaburan ini akan memerlukan sokongan Kerajaan. Daripada 131 EPP, 59 telah membuat permintaan rasmi untuk mendapat bantuan kerajaan bagi menggalakkan pelaburan swasta. Permintaan ini boleh diletakkan dalam dua kategori utama: promosi pelaburan lebih agresif untuk menjana pelaburan domestik dan asing, dan pelbagai bentuk insentif fiskal. Tarikan Pelabur Sejumlah RM1.3 trilion pelaburan diperlukan dari sektor swasta untuk membiayai EPP dan peluang perniagaan yang dikenal pasti dalam ETP. Lebih kurang 73 peratus daripada modal yang diperlukan, atau RM953 bilion, dijangka akan dijana daripada sumber domestik. Seperti yang dihuraikan dalam Bab 2, Malaysia mempunyai kadar simpanan domestik yang tinggi, yang menunjukkan ketersediaan modal. Keutamaannya adalah untuk memastikan modal domestik tertarik kepada peluang produktif dalam NKEA. Memandangkan kepentingan pelaburan domestik dalam penyampaian sasaran ETP, kami akan memperluaskan bidang tanggungjawab Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk juga terlibat dalam usahausaha meningkatkan minat dan tarikan pelaburan domestik. Khususnya, MIDA akan menjangkau pelabur domestik secara meluas melalui - roadshows dan komunikasi media massa serta melalui pengenalpastian dan perundingan khusus dengan bakal pelabur. MIDA juga akan membantu pelabur domestik dalam perundingan mereka dengan agensi kerajaan mengenai insentif, regulatori dan halatuju dalam prosedur pentadbiran. Selanjutnya, MIDA akan menyelaras dan menggabungkan pelbagai usaha dalam lima koridor pertumbuhan Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak dan Koridor Pembangunan Sabah. Selain daripada sumber modal domestik yang diterangkan di atas, tambahan sebanyak 27 peratus dari modal yang diperlukan untuk membiayai EPP dianggarkan datang dari pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM358 bilion dalam 10 tahun hingga Beberapa NKEA, terutamanya Greater Kuala Lumpur/Klang Valley, Elektrik dan Elektronik (E&E) dan Minyak, Gas dan Tenaga, bergantung pada penarikan FDI. Prestasi Malaysia dalam menarik FDI, telah ketinggalan di belakang kebanyakan negara rantau ini sepanjang dekad lalu. Pada 2009, Malaysia menerima hanya RM4.9 bilion FDI, satu kemerosotan sebanyak 81 peratus berbanding dengan aliran masuk Pada tempoh yang sama, aliran masuk FDI ke seluruh rantau Asia Tenggara hanya menurun sebanyak 22 peratus manakala telah meningkat di Filipina (26 peratus) dan Singapura (54 peratus). Untuk menarik jumlah pelaburan asing dan domestik besar yang diperlukan, Malaysia akan memperkukuhkan asas aktiviti penarikan pelaburannya. Ini bermula dengan pensyarikatan dan pemberdayaan dan keperkasaan MIDA sepertimana yang dimaklumkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Usaha ini termasuk perluasan bidang-kuasanya bagi meliputi pelaburan domestik. Permintaan khusus daripada pelbagai EPP akan mempertajamkan dan mengkhususkan fokus terhadap usaha reformasi ini. Terdapat dua kategori penarikan pelaburan: sasaran khusus dan terperinci terhadap pelabur dan rakan kongsi berpotensi tinggi serta kempen pemasaran yang lebih meluas (Jadual 3-1).

42 Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 105 Aktiviti sasaran khusus pelabur berpotensi tinggi termasuk mengenal pasti dan berunding dengan pelabur berpotensi tinggi untuk menyertai projek yang dikenal pasti. Sebagai contoh, kami akan mengenal pasti pelabur asing untuk mengambil bahagian dalam lima hab oleo NKEA Minyak Sawit di samping menggalakkan pelabur sedia ada untuk menyediakan kebolehan pembungkusan maju ke dalam NKEA E&E. MIDA akan bertanggungjawab untuk bekerjasama dengan pengusaha terlibat bagi menerajui aktiviti menarik pelabur ini dan akan mengambil tindakan untuk mencapai pencapaian utama secara berperingkat bagi EPP. Tambahan kepada aktiviti sasaran ini, MIDA juga akan menjalankan kempen pemasaran yang lebih meluas dalam NKEA yang relevan bagi mempromosikan Malaysia sebagai lokasi pelaburan yang menarik. Contohnya ialah penganjuran roadshows antarabangsa untuk menempatkan Malaysia sebagai hab pengkalan-data bertaraf antarabangsa. Jadual 3-1 Deskripsi Pemboleh yang diperlukan daripada EPP Agensi Peneraju Impak kepada PNK (RM bilion) Sasaran khusus untuk rakan kongsi berpotensi tinggi 11 EPP, termasuk E&E: Menggalakkan syarikat atau pengeluar pemasangan dan pengujian yang sudah berada di Malaysia untuk menyediakan kemudahan pembungkusan maju; penglibatan syarikat rekabentuk IC dan pengeluar subtrat Malaysian Industrial Development Authority 20.3 Minyak Sawit: Menarik pelabur asing sasaran untuk menubuhkan kilang mereka dalam lima hab oleo Pelancongan: Menarik pengendali tempat hiburan untuk melabur dalam zon hiburan yang diwartakan Kempen pemasaran meluas 5 EPP, termasuk Perkhidmatan Perniagaan: Mengadakan roadshows untuk menempatkan Malaysia sebagai hab pengkalan data bertaraf antarabangsa 34.9 E&E: Mempromosikan Sarawak sebagai tapak pengeluar silikon; mempromosikan Koridor Utara dan Lembah Klang sebagai tapak pengeluar wafer dan sel. Penjagaan Kesihatan: Membiayai pameran perdagangan farmaseutikal untuk mempromosikan eksport ubat-ubatan generik buatan Malaysia Jumlah 55.2

43 106 Bab 3 Memperbolehkan Kejayaan ETP Insentif Fiskal Kebanyakan daripada EPP memerlukan sokongan kewangan Kerajaan sama ada untuk perbelanjaan modal atau perbelanjaan operasi. Secara meluas, sokongan Kerajaan adalah dalam bentuk kredit atau pelepasan cukai am, insentif cukai yang lebih menepati sasaran, terus kepada peningkatan pelaburan tertentu dan bentuk sokongan fiskal bukan cukai yang lain seperti geran dan pinjaman mudah. Jadual 3.2 menggambarkan jenis insentif fiskal yang telah dipohon. Insentif ini hanya akan dibayar setelah bukti komitmen diperolehi dari sektor swasta. NKEA Pertanian memohon konsesi cukai bagi membantu menarik rakan kongsi asing untuk melabur dalam taman makanan bersepadu yang dicadangkan. Elaun cukai pelaburan juga telah dipohon untuk menggalakkan tahap pelaburan swasta yang lebih tinggi dalam pelbagai sektor, seperti kilang pembungkusan maju bagi sektor E&E. Insentif bukan cukai yang diperlukan oleh EPP ini, mengandungi terutamanya geran dan pinjaman dari pelbagai agensi kerajaan. Walaupun insentif ini telah dikenal pasti oleh 22 EPP, jumlah yang diminta adalah masih kecil (contohnya geran RM19 juta untuk menubuhkan pusat penjagaan anak tunas dan latihan pendidikan) berbanding keperluan kewangan lain yang telah dinyatakan. Kebanyakan pinjaman atau geran yang diminta adalah daripada dana yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan untuk tujuan khusus ini, seperti Dana Teknologi Hijau dan pinjaman modal kerja dari Perbadanan PKS. Kebanyakan insentif ini adalah khusus kepada sektor-sektor terlibat. Kerajaan bukan hanya membuat pertukaran menyeluruh pada kod cukai tetapi akan memberi kuasa kepada MIDA dan agensi yang terlibat untuk berunding dengan pelabur tentang insentif yang dipohon pada dasar kes demi kes. Walau bagaimanapun, Kementerian Kewangan telah menubuhkan satu pendekatan am dan rangka kerja untuk menyediakan asas menyeluruh bagi mengendalikan perundingan ini. Ini bermakna peruntukan untuk insentif ini tidak perlu dirumuskan dari permulaan setiap kali perundingan dijalankan. Kerajaan juga akan meneliti semula setiap permohonan bagi memastikan hanya permohonan dengan potensi impak tertinggi kepada PNK akan menerima sokongan kewangan daripada sektor awam.

44 Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 107 Jadual 3-2 Deskripsi Pemboleh diperlukan oleh EPP Agensi Utama Impak kepada PNK (RM bilion) Kredit dan pelepasan cukai 7 EPP, termasuk E&E: Mengecualikan cukai bagi pengeluar perintis silikon dan wafer serta pengeluar sel Penjagaan Kesihatan: Menyediakan pengecualian cukai kepada syarikat yang layak menerima status Metropolis Kesihatan Pertanian: Memberi konsesi cukai kepada rakan kongsi asing yang memulakan operasi dalam taman makanan bersepadu Kementerian Kewangan 22.9 Elaun pelaburan dan cukai 4 EPP, termasuk Minyak Sawit: Menyediakan insentif cukai untuk pengambil alihan syarikat oleo dan pemprosesan makanan asing Pelancongan: Menyediakan elaun cukai pelaburan (ITA) untuk pembinaan hotel bertaraf 4-bintang dan 5-bintang, penambahbaikan dan kerja-kerja pemulihan E&E: Menyediakan insentif untuk meningkatkan kilang pembungkusan maju 17.5 Insentif bukan cukai (seperti geran dan pinjaman) 22 EPP, termasuk Pendidikan: Dana untuk membina pusat latihan penjagaan dan pendidikan kanak-kanak (ECCE) atau pembesaran pusat sedia ada E&E: Memberi geran pinjaman penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan bantuan latihan untuk perkembangan syarikat-syarikat LED Pertanian: Mewujudkan skim pembiayaan faedah rendah dengan Agrobank untuk pengusaha luar bandar Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Kewangan 60.6 Jumlah MENINGKATKAN MODAL INSAN Modal insan adalah kritikal kepada kejayaan ETP. Peningkatan ketara diperlukan dari segi jumlah tenaga kerja dan kemahiran di Malaysia bagi melaksanakan pertumbuhan PNK dalam NKEA yang diperlukan. Satu pertiga daripada EPP, yang mewakili RM120 bilion sumbangan PNK, memerlukan pelaburan langsung dalam modal insan. EPP yang lain memerlukan pembangunan modal insan walaupun secara tidak langsung. Contoh modal insan yang diperlukan termasuk aquaculturists (Pertanian), akauntan (Perkhidmatan Perniagaan), pengurus harta dan pakar produk kewangan (Perkhidmatan Kewangan) dan jururawat (Penjagaan Kesihatan). Penting juga adalah keperluan ketara untuk kemahiran kepemimpinan untuk menjawat jawatan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran merentasi semua NKEA. 3.3 juta pekerjaan yang dijangka diwujudkan dalam sektor-sektor NKEA memerlukan pelbagai kelayakan, dari pekerja kurang mahir ke pemegang sijil vokasional dan diploma ke graduan sarjana profesional lanjutan, sepertimana yang ditunjukkan dalam Gambarajah 3-1. Analisa dan kajian keperluan kemahiran dalam NKEA menunjukkan bahawa pada kadar terkini, akan mungkin terdapat sehingga 1.0 juta jawatan kosong pada 2020 yang sukar untuk dipenuhi. Julat ini merangkumi penolong penjualan yang berkemahiran rendah dan kakitangan pengemas-urusan hotel kepada jawatan-jawatan berkemahiran tinggi yang memerlukan ijazah lanjutan seperti jurutera, pensyarah, penganalisis kewangan dan pengamal perubatan am.

45 108 Bab 3 Memperbolehkan Kejayaan ETP Bagi mengenalpasti dan menangani keperluan modal insan EPP dan peluang perniagaan, Kerajaan akan mengambil tindakan untuk membina keupayaan dan kemahiran tenaga kerja sedia ada di Malaysia, menarik tenaga kerja asing untuk bekerja di Malaysia dan melonggarkan peraturan imigrasi bagi memudahkan kemasukan tenaga kerja dari luar ini. Pembinaan modal insan bukan hanya mampu memanfaatkan EPP dan peluang perniagaan, malah ia juga akan menyediakan tenaga kerja berkebolehan dari segi teknikal, pemikiran kritikal dan kemahiran kepemimpinan yang diperlukan untuk menjalan dan menjayakan peluang perniagaan masa hadapan serta projek-projek bukan NKEA. Gambarajah 3.1 Malaysia menduduki tangga ke-23 dalam Laporan Menjalankan Perniagaan 2010 keluaran Bank Dunia Kedudukan Global 2010 Kemudahan menjalankan perniagaan Permulaan perniagaan Pengendalian permit pembinaan Pendaftaran Hartanah Perdagangan merentasi sempadan Peguatkuasaan kontrak Singapura New Zealand Hong Kong USA UK Thailand Japan Republik Korea Malaysia Sumber: Bank Dunia

46 Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 109 Melahirkan Keupayaan Domestik Kemahiran yang dikehendaki bagi memenuhi permintaan beberapa EPP perlu dibangunkan secara domestik, sama ada melalui peningkatan pekerja sedia ada, melalui program latihan di universiti, institut pendidikan atau latihan lain. Sebagai sebahagian daripada Rancangan Malaysia Kesepuluh, Kerajaan telah menambah baik institusi pengajian tinggi secara sistematik dan komited. Ia telah menambahkan pembiayaan dengan ketara serta lebih menumpu kepada kenaikan taraf latihan teknikal dan vokasional. Syarikat-syarikat yang menerajui EPP ini telah memohon supaya pihak Kerajaan menjadi rakan kongsi mereka dalam menyediakan latihan yang diperlukan atau memasukkan pengajian bidang khusus ke dalam program pembelajaran universiti awam. Sebagai contoh, ialah penubuhan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan (Centre of Excellence for Engineering atau CEE) di mana sektor swasta dan akademia dapat berinteraksi dalam program pasca-ijazah, pasca-kedoktoran serta bekerjasama dalam projekprojek berasaskan penyelidikan, berdasarkan pada permintaan dari sektor swasta (seperti NKEA E&E). Permintaan lain adalah termasuk permohonan untuk memperkenalkan lebih banyak kursus khusus berkaitan pengkalan-data di universiti awam. Topik-topik yang disyorkan termasuk topik-topik seperti rangkaian komunikasi dan IT (networks) pelayan maya dan IT Hijau (Perkhidmatan Perniagaan) serta latihan bersama bagi meningkatkan jumlah juruaudit bersijil dalam industri akuakultur bersepadu (Pertanian). Jadual 3-3 memberi gambaran keseluruhan tindakan yang diperlukan. Satu lagi keperluan penting untuk kejayaan ETP ialah pembangunan tenaga kerja pengurusan kanan dan kemahiran kepimpinan untuk NKEA. Berkaitan ini, Talent Corporation (seperti yang dibincangkan di bawah) akan terlibat dalam mewujudkan keupayaan/kemahiran terbaik yang amat diperlukan oleh NKEA, bagi memacu kejayaan EPP. Satu pendekatan yang selaras bagi menyampaikan tahap latihan dan pendidikan yang diperlukan untuk bidang-bidang ekonomi utama ini akan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan. Talent Corporation, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia akan bekerjasasama untuk menyelaras dengan Kementerian Peneraju setiap NKEA bagi menilai jurang kemahiran dan merancang serta menyediakan kursus yang sesuai. Kebanyakan dari jurang kemahiran ini adalah dari bidang teknikal dan vokasional seperti pengurusan hospitaliti dan kejururawatan. Kerajaan komited untuk menyokong pendidikan teknikal dan vokasional (TEVT) melalui penyelarasan akreditasi merentasi kementerian, industri dan syarikat/institusi pembekal latihan kemahiran swasta.

47 110 Bab 3 Memperbolehkan Kejayaan ETP Jadual 3-3 Penerangan Pemboleh diperlukan oleh EPP Agensi Peneraju Impak kepada PNK (RM bilion) Kredit dan pelepasan cukai 29 EPP, termasuk Penjagaan Kesihatan (diselaraskan bersama Kementerian Kesihatan): Melatih lebih ramai pakar radiologi dan subpakar dalam pelbagai bidang radiologi dan patologi; bekerjasama dengan syarikat penjagaan kesihatan untuk menyertai program-program latihan kesihatan bersekutu; menubuhkan pusat kecemerlangan untuk penjagaan inovatif, penyelidikan dan pendidikan khusus. Pertanian (diselaraskan bersama Kementerian Pertanian): Meningkatkan pengetahuan mengenai standard dalam akuakultur bersepadu (IZAQ); mengeluarkan panduan dan prosedur bagi operasi perladangan rumpai laut Perkhidmatan Perniagaan: Melatih 600 jurutera untuk mengembangkan firma perkhidmatan kejuruteraan pure play yang besar; mengendalikan seminar teknologi hijau untuk institusi kewangan bagi membantu mereka membiayai dan menjadi rakan kongsi dalam syarikat permulaan teknologi hijau E&E (diselaraskan bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi): Melatih tenaga kerja dalam reka bentuk IC, semikonduktor, pembuatan wafer dan sel; membiayai bersama program-program MSc dan PhD dengan syarikat-syarikat swasta; memperkenalkan kursus softskills; mengembangkan cepat-naik bagi pekerja baru industri Pelancongan (diselaraskan dengan Kementerian Pelancongan): Menubuhkan pusat latihan untuk melahirkan pakar tempatan dalam industri spa; melatih polis pelancong dalam bahasa asing Perkhidmatan Kewangan (diselaraskan dengan Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti): Menyediakan latihan dalam bidang khusus seperti pengurusan risiko pasaran modal, pembangunan produk, perdagangan khusus, pengurusan harta dan pengurusan aset Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia 61.4 Kursus dan modul pengajian di universiti 15 EPP, termasuk Pertanian (diselaraskan bersama Kementerian Pertanian): Menstruktur semula kursus pertanian sedia ada bagi memastikan penekanan mencukupi dalam bidang teras seperti pemakanan haiwan, perladangan haiwan, penternakan haiwan, agronomi dan pertanian, teknologi maklumat dan komunikasi; menambahkan tempat untuk bidang-bidang baru seperti akuakultur Perkhidmatan Perniagaan: Menjemput universiti luar negara untuk menubuhkan kampus tempatan bagi mengajar kejuruteraan penerbangan (penyelenggaraan, pembaikan dan pemeriksaan terperinci); memperkenalkan kursus pengkalan data Penjagaan kesihatan (diselaraskan dengan Kementerian Kesihatan): Mewujudkan kesinambungan antara program Sarjana Malaysia dan kolej-kolej antarabangsa untuk kursus radiologi dan patologi Minyak sawit (diselaraskan dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi): Meningkatkan jumlah kursus dalam kejuruteraan kimia, kejuruteraan bio, sains makanan, teknologi makanan, pemakanan dan kesihatan, penyelidikan produk dan reka bentuk produk Kementerian Pengajian Tinggi 17.4 Jumlah 78.8

48 Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 111 Tenaga Kerja dari Luar Negara Kerajaan akan menarik pulang rakyat Malaysia yang bekerja dan bermastautin di negara-negara lain ke Malaysia serta warga asing untuk membina kerjaya mereka di Malaysia. Potensi besar dapat diraih dari kedua-dua kumpulan ini. Pada 2009, dianggarkan terdapat lebih 700,000 rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negara, di mana sehingga dua pertiga daripada mereka adalah terdiri daripada golongan profesional. EPP untuk beberapa NKEA memerlukan bakat dari luar negara (Jadual 3-4 memberi satu gambaran keseluruhan), seperti Greater Kuala Lumpur/Klang Valley, Pendidikan dan Perkhidmatan Kewangan. Walaupun diakui yang kami mengiktiraf bahawa ramai rakyat Malaysia di luar negara serta warga asing akan memilih untuk datang ke Malaysia disebabkan peluang yang dicipta oleh ETP, Kerajaan juga akan berusaha dengan gigih untuk menarik sejumlah besar tenaga kerja yang diperlukan. Rancangan Malaysia Kesepuluh melaporkan jumlah ekspatriat mahir di Malaysia telah jatuh lebih separuh iaitu dari 82,500 ke 38,100 di antara 2000 dan Tindakan-tindakan yang perlu diambil termasuk: Membentuk dan melaksanakan pakej ekspatriat menarik (seperti insentif cukai pendapatan perseorangan) untuk rakyat Malaysia di luar negara dan warga asing yang mahir; Membentuk dan melaksanakan usaha pemasaran (seperti roadshows, program sasaran untuk calon yang telah dikenalpasti); dan Membantu para ekspatriat dalam permohonan untuk bekerja di Malaysia (seperti visa, permit kerja dan sebagainya). Talent Corporation akan ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menerajui inisiatif yang akan menarik, mendorong dan mengekalkan tenaga kerja terbaik yang diperlukan secara kritikal oleh negara. Sebagai tambahan kepada penyediaan tenaga kerja terbaik Malaysia bagi menyokong ETP, Talent Corporation juga akan: Giat mengenal pasti, dan berhubung dengan ahli-ahli diaspora Malaysia yang berkelayakan tinggi. Ini akan dilaksanakan melalui usaha pemasaran luas seperti roadshows dan pestakerjaya, dan juga melalui lebih aktiviti sasaran seperti pencarian dan usaha penawaran kerja kepada bakat asing khusus; Menyelaras dengan Jabatan Imigresen dan misi diplomatik untuk mengenal pasti dan menjejaki tenaga kerja asing, yang terdiri daripada golongan pakar yang diperlukan dalam NKEA termasuk siswazah universiti terkemuka dunia yang berpotensi tinggi; dan Mengukuh dan mempertingkatkan program-program penarikan tenaga kerja sedia ada seperti Returning Expert (program menggalakkan rakyat Malaysia berkepakaran di luar negara untuk pulang ke Malaysia) dan Brain Gain (program Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menarik kumpulan diaspora Malaysia dan para penyelidik asing, saintis, jurutera dan usahawan tekno). Unit Perancang Ekonomi akan menerajui penubuhan Talent Corporation, yang dijangka akan ditubuhkan pada Januari 2011.

49 112 Bab 3 Memperbolehkan Kejayaan ETP Jadual 3-4 Penerangan Pemboleh diperlukan oleh EPP Agensi Peneraju Impak kepada PNK (RM bilion) Komunikasi kepada kumpulan sasaran 5 EPP, termasuk Perkhidmatan Kewangan: Mengekalkan satu pangkalan data nasional untuk mengesan pakar-pakar perkhidmatan kewangan Malaysia di luar negara dan memaklumkan mereka mengenai peluang-peluang yang wujud Perkhidmatan Perniagaan: Mengumpul dan menganalisa profil diaspora profesional Malaysia; melancarkan komunikasi sasaran, rangkaian dan memadankan peluang pekerjaan CCI: Menyediakan biasiswa untuk pengeluar kandungan kreatif asing dan menawarkan pekerjaan kepada mereka selepas mendapat ijazah Minyak Sawit: Mengenal pasti dan menarik ahlisains dan teknologi makanan Malaysia terbaik, pakar-pakar pemasaran barangan pengguna laris, jurutera bahan kimia perindustrian dan jurutera bio yang tinggal di luar negara Greater KL/KV: Mengesan dan menghubungi individuindividu 1 paling menarik dalam 5,000 diaspora teratas Malaysia Talent Corporation 3.1 Kempen pemasaran meluas Lima EPP, termasuk Perkhidmatan Perniagaan: Menjalankan kempen untuk memasarkan Malaysia sebagai satu destinasi bagi tenaga kerja mahir profesional; membangunkan portal tenaga kerja mahir sehenti Perkhidmatan Kewangan: Menarik pakar-pakar kewangan Islam global 7.2 Jumlah 10.3 Peraturan Imigresen Undang-undang imigresen Malaysia telah menampakkan banyak perubahan positif dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terutamanya berkaitan dengan kemudahan kemasukan tenaga kerja asing mahir. Walau bagaimanapun, sektor swasta merentasi banyak industri masih mengalami pelbagai kesukaran untuk membawa masuk tenaga kerja asing akibat daripada beberapa peraturan imigresen yang agak terbatas. Contohnya, tidak ada peruntukan yang disediakan untuk memudahkan para siswazah asing berprestasi tinggi di universiti-universiti Malaysia untuk mendapat pekerjaan di negara ini (seperti visa satu tahun secara automatik). Risikonya adalah Malaysia mungkin kehilangan pekerja berkemahiran ini ke negaranegara seperti Singapura yang mempunyai polisi imigresen yang lebih fleksibel. Kerajaan akan bertindak untuk memudahkan prosedur imigresen; contohnya, memansuhkan sekatan kepada ekspatriat berpendapatan sederhana dan tinggi supaya untuk bekerja dalam sektor perkhidmatan, serta memendekkan tempoh permohonan dan prosedur. Kerajaan akan membangun dan melaksanakan satu set kriteria untuk pemansuhan sekatan pada atau kelulusan automatik visa dan permit kerja. 1 EPP ini akan menyumbang sebanyak RM118 bilion kepada PNK menjelang Tetapi, sumbangan kepada PNK daripada Greater KL/KV dikira secara berasingan bagi mengelak kiraan dua kali memandangkan sebahagian daripada pendapatan daripada NKEA lain akan dijana dalam NKEA Greater KL/KV

50 Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 113 Satu rombakan polisi- imigresen terpilih juga diperlukan oleh beberapa NKEA bagi melaksanakan EPP mereka. Contohnya, untuk NKEA Pendidikan, bagi meningkatkan bilangan pelajar luar negara untuk belajar di Malaysia, proses permohonan untuk kemasukan pelajar asing perlu dipercepatkan. Di samping itu, sekatan untuk pelajar-pelajar ini bekerja semasa tempoh pengajian bagi memenuhi syarat-syarat latihan amali perlu dikaji semula. Pada masa yang sama, untuk kejayaan EPP pelancongan perubatan dalam NKEA Penjagaan Kesihatan, permohonan visa secara ekspress dan pelanjutan tempoh visa bagi pengembara/ pelancong kesihatan dan teman mereka perlu disegerakan. Ini akan dirunding secara kes demi kes antara wakil sektor masing-masing, Kementerian Peneraju NKEA masing-masing dan Kementerian Dalam Negeri. Jadual 3-5 menyediakan satu ringkasan menyeluruh bagi tindakan yang diperlukan. Jadual 3-5 Penerangan Pemboleh diperlukan oleh EPP Agensi Peneraju Impak kepada PNK (RM bilion) Memudah dan mempercepatkan proses permohonan 7 EPP, termasuk Perkhidmatan Kewangan: Melaksanakan permohonan dan pemprosesan imigresen dalam talian Minyak, Gas dan Tenaga: Melaksanakan tempoh yang pendek serta tetap bagi permohonan dan kelulusan untuk memperoleh dan memperbaharui kerja dan permit kediaman Penjagaan Kesihatan: Memendekkan masa yang diperlukan oleh hospital swasta untuk membawa masuk doktor, jururawat dan ahli profesional kesihatan asing yang lain E&E: Mengurangkan tempoh pemprosesan (kurang daripada sebulan untuk permohonan baru dan kurang dari dua minggu untuk pembaharuan) Kementerian Dalam Negeri 6.4 Memansuhkan polisi imigresen terbatas dan hak bekerja 9 EPP, termasuk E&E: Menyediakan kelulusan automatik untuk tenaga kerja mahir asing yang menceburi bidang kerja pengetahuan (seperti jurutera dan pereka) untuk syarikat-syarikat solid state lighting Perkhidmatan Perniagaan: Memansuhkan sekatan ke atas ekspatriat untuk subsektor perkhidmatan utama; sediakan visa bekerja satu tahun bagi pelajar asing dengan CGPA 3.5 dan ke atas dari universiti-universiti tempatan Pelancongan: Membenarkan pelajar asing dalam kursus berkaitan hospitaliti atau pelancongan untuk bekerja sehingga 20 jam seminggu 5.6 Jumlah 12.0

51 114 Bab 3 Memperbolehkan Kejayaan ETP MEMPERTINGKATKAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN Persekitaran am perniagaan di Malaysia adalah satu kelemahan kompetitif yang ketara bagi negara ini. Malaysia telah mengambil langkah-langkah peningkatan sejak tahun-tahun kebelakangan ini, termasuk menubuhkan PEMUDAH (satu pasukan tugas khas bagi memudahkan perniagaan) yang berjaya menyelaraskan peningkatan seperti mengurangkan masa pemprosesan ke separuh untuk permohonan pas pekerja ekspatriat dari 14 ke 7 hari dan melaksanakan sistem permohonan lesen perniagaan dalam talian. Walaubagaimanapun maklum balas dari para pelabur sektor swasta menunjukkan bahawa persekitaran perniagaan masih lagi satu faktor utama yang mengekang pelaburan. Terlalu kerap, perniagaan menghadapi pelbagai peraturan rumit yang telah wujud sejak bertahun-tahun dan kini menyekat pertumbuhan. Contoh bagaimana ini memberi kesan negatif kepada sektor-sektor Pendidikan dan E&E ditunjukkan dalam Kotak 3-1 dan Kotak 3-2 masing-masing. Kotak 3-1 Contoh Pendidikan Malaysia mempunyai salah satu rejim paling liberal di dunia untuk menggalakkan pelaburan swasta ke dalam sektor pendidikan. Walaubagaimanapun, pelaburan sebenar masih di bawah potensi pelaburan kerana persekitaran am perniagaan tidak dilihat sebagai menarik oleh para pelabur asing dan tempatan. Untuk menubuhkan sebuah tadika, contohnya, pelabur memerlukan berbagai-bagai lesen, pemakluman dan kelulusan dari berbagai pihak seperti dari Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Suruhanjaya Syarikat, Suruhanjaya Tenaga Elektrik, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Organisasi Keselamatan Sosial, Jabatan Hasil Dalam Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja dan Jabatan Bomba. Sesetengah daripadanya berbeza mengikut negeri atau daerah (seperti keperluan pihak berkuasa tempatan), dan ini lebih menyukarkan perkembangan sektor ini di peringkat nasional. Kotak 3-2 Contoh Elektrik dan Elektronik Sebagaimana yang digambarkan dalam bab E&E, satu tinjauan industri telah dijalankan ke atas syarikatsyarikat E&E. Malaysia dilaporkan amat berdaya saing dalam beberapa bahagian kurang penting, seperti ketersediaan air dan struktur kos. Bagaimanapun, dalam aspek yang lebih penting seperti peraturan Kerajaan dan kemudahan urusan dengan Kerajaan, Malaysia ditakrifkan lebih kurang sama dengan China, dan sering di belakang Singapura. Carta 3-2 menjelaskan dengan lebih lanjut bagaimana Malaysia ketinggalan berbanding pesaing serantaunya, sebagaimana yang dinyatakan dalam Laporan Menjalankan Perniagaan 2010 Bank Dunia. Meskipun Malaysia berada pada kedudukan yang tinggi dari segi kemudahan menggunakan kredit dan prosedur pengambilan pekerja, ia ketinggalan dalam aspek lain seperti kemudahan memulakan perniagaan (lebih kurang 11 hari, berbanding dengan 6 hari di Hong Kong), pengendalian permit-permit pembinaan (melibatkan 25 prosedur, berbanding 13 di Republik Korea) dan pendaftaran hartanah (mengambil masa 144 hari, berbanding dengan 29 hari di China).

52 Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 115 Carta 3-2 Malaysia menduduki tangga ke-23 dalam Laporan Menjalankan Perniagaan 2010 keluaran Bank Dunia Kedudukan Global 2010 Kemudahan menjalankan perniagaan Permulaan perniagaan Pengendalian permit pembinaan Pendaftaran Hartanah Perdagangan merentasi sempadan Peguatkuasaan kontrak Singapura New Zealand Hong Kong USA UK Thailand Japan Republik Korea Malaysia Sumber: Bank Dunia Laporan Pelaburan Merentasi Sempadan 2010 juga menyatakan bahawa kemudahan perniagaan di Malaysia masih boleh diperbaiki, terutamanya bagi para pelabur asing. Ia juga menunjukkan bahawa Malaysia ketinggalan di belakang pesaing Asia seperti Singapura dan Republik Korea, dan juga jiran ASEAN seperti Filipina, Vietnam and Indonesia dari segi tahap pemilikan ekuiti asing yang dibenarkan dalam sektor seperti perbankan, penjagaan kesihatan dan telekomunikasi. Berdasarkan kerumitan yang dihadapi oleh EPP, kebanyakan daripada mereka telah memohon agar pemboleh yang akan mempertingkatkan persekitaran perniagaan ditangani dan disediakan. Ini termasuk: Liberalisasi Contoh adalah termasuk membenarkan firma guaman asing dengan kepakaran dalam kewangan Islam untuk beroperasi di Malaysia (Perkhidmatan Kewangan) dan memansuhkan syarat pemilikan ekuiti bagi menggunakan dana pembangunan produk (Pelancongan); dan Kemudahan penubuhan dan operasi Contoh adalah termasuk menyelaraskan prosedur perlesenan untuk menubuhkan pusat pendidikan awal kanak-kanak (Pendidikan) dan mempercepatkan lagi masa pemprosesan dan kelulusan untuk kemudahan penjagaan kesihatan (Penjagaan Kesihatan).

53 116 Bab 3 Memperbolehkan Kejayaan ETP Mengjangkaui EPP, peningkatan dalam persekitaran perniagaan adalah satu cara penting untuk mencapai penambahan teguh dalam pelaburan swasta bagi merealisasikan peluang-peluang perniagaan dan sektorsektor bukan NKEA yang diperlukan demi mencapai sasaran PNK 2020 (sebagaimana yang dihuraikan dalam Bab 1). Idea khusus terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, yang mengambil ikhtibar daripada nasihat dan pandangan Majlis Penasihat Ekonomi Negara. Ini termasuk satu kajian semula dan secara menyeluruh regulatori terbabit, liberalisasi lanjut sektor perkhidmatan, pengurangan dalam kos-kos regulatori PKS dan penyelarasan hubungkait antara Kerajaan dan perniagaan. Kajian Semula secara Menyeluruh Regulatori Berkenaan Menjelang 2015, Kerajaan bertujuan menjadikan Malaysia salah satu dari 10 negara teratas di dunia dari segi kemudahan melakukan perniagaan. Untuk mencapai matlamat ini, Kerajaan akan bermula dengan satu semakan semula yang menyeluruh keatas regulatori perniagaan, bermula dengan peraturan yang mempunyai kesan terhadap NKEA. Peraturan yang menyumbang kepada hasil nasional yang lebih baik akan dikekalkan, sementara peraturan berlebihan dan lapuk akan dimansuhkan. Kajian semula ini akan diterajui oleh Malaysia Productivity Corporation, yang akan diperbaharui dan distrukturkan semula bagi memastikan ia mempunyai keupayaan dan sumber-sumber yang diperlukan. Liberalisasi Lanjut Sektor Perkhidmatan Kerajaan akan bertindak untuk melonggarkan syarat yang dikenakan keatas sektor perkhidmatan bagi menggalakkan lebih pelaburan. Misalnya, memansuhkan syarat-syarat pemilikan ekuiti dari sub-sektor perkhidmatan (contoh Runcit) demi menggalakkan pelaburan asing; pengiktirafan lebih luas bagi kualifikasi tertentu, seperti untuk para arkitek, jurutera, ahli profesional penjagaan kesihatan bersekutu dan pengajar; dan mengalihkan sekatan pada komposisi Lembaga Pengarah syarikat. Khususnya, Kerajaan akan mengkaji semula sekatan ekuiti asing supaya membenarkan sekurang-kurangnya 70 peratus pemilikan ekuiti ASEAN menjelang Beberapa agensi akan terlibat dalam melaksanakan tugas ini: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Kementerian Dalam Negeri. Pengurangan dalam Kos-kos Regulatori untuk PKS Banyak isu regulatori dirasakan tidak seimbang oleh PKS, yang lazimnya tidak mempunyai sumber kewangan untuk menghadapi keperluan undang-undang dalam cara yang keberkesanan kos. Dalam menggalakkan aktiviti keusahawanan, Kerajaan akan mengecualikan beberapa peraturan perniagaan yang menelan belanja yang besar untuk syarikat yang mempunyai lima atau kurang dari lima pekerja sehingga syarikat tersebut berkembang melebihi lima kakitangan. Peraturan akan dimudahkan bagi syarikat ini dari segi pendaftaran perniagaan dan syarat untuk majikan. Pengalaman antarabangsa telah membuktikan yang ini boleh menjadi satu kaedah amat berkesan bagi menggalak dan merangsangkan keusahawanan.

54 Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 117 Menyelaraskan Hubung Kait Kerajaan-Perniagaan Sebagai tambahan kepada pembentukan semula dasar dan perundangan, Kerajaan juga akan melaksanakan satu siri tindakan bagi mempertingkatkan penyelarasan di antara perniagaan dan Kerajaan untuk memastikan persekitaran pelaburan dan operasi yang lebih memberangsangkan di negara ini. Meningkatkan kualiti dan mempercepatkan perkhidmatan Kerajaan serta menambahkan ketelusan dan kepastian dalam pengambilan keputusan akan menghasilkan kenaikan produktiviti yang signifikan. MEMBINA INFRASTRUKTUR Infrastruktur fizikal Malaysia telah berkembang dengan begitu nyata sekali dalam lima tahun kebelakangan ini. Bagaimanapun, pelaburan infrastruktur tambahan yang besar diperlukan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang akan dicapai melalui ETP. Malaysia tidak akan menyediakan infrastruktur dalam cara yang reaktif. Lebih tepat, kami akan menempatkan rancangan pembangunan infrastruktur yang berpandangan jauh kedepan, dengan tujuan mengkalis masa hadapan ekonomi negara. Dua jenis infrastruktur akan diberi perhatian khusus memandangkan fungsi utama mereka dalam meneraju penjanaan PNK: jalur lebar dan logistik. Jalur Lebar Jalur lebar adalah satu infrastruktur kritikal dalam kejayaan EPP di bidang-bidang seperti Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur, Elektrik dan Elektronik, Perkhidmatan Kewangan, Pemborongan dan Peruncitan, Perkhidmatan Perniagaan dan Pendidikan. Misalnya, jalur lebar akan: Mengembangkan kapasiti (jalur lebar) untuk merangsang hab pengkalan data (Perkhidmatan Perniagaan); Mempertingkatkan kelajuan untuk memudahkan penghantaran dokumen reka bentuk IC besar (E&E); dan Meluaskan liputan dan akses bagi menggalakkan pusat beli-belah maya (virtual) (Pemborongan dan Peruncitan). Melebihi EPP, jalur lebar juga kritikal untuk pertumbuhan sektor-sektor lain ekonomi. Objektif Kerajaan adalah untuk menaikkan kadar penembusan jalur lebar di Malaysia ke 75 peratus isi rumah sebelum akhir 2015 (dari sekitar 40 peratus pada masa ini). Ini akan dicapai melalui satu kombinasi jalur lebar berkelajuan tinggi (sehingga 100 Mbps) di kawasan-kawasan yang mempunyai impak ekonomi tinggi (seperti Greater Kuala Lumpur/Klang Valley) dan jalur lebar untuk penduduk awam (di bawah 5 Mbps) di kawasan separuh-bandar dan luar bandar. Kerajaan akan membiayai bersama pelancaran ini melalui satu perkongsian dengan sektor swasta dan sebahagian dari dana Peruntukan Perkhidmatan Universal akan digunapakai.

55 118 Bab 3 Memperbolehkan Kejayaan ETP Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, akan terus berusaha dan bekerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi untuk memperluaskan liputan rangkaian, meningkatkan kelajuan rangkaian dan seterusnya menambahkan kemampuan jalur lebar. Kerajaan juga akan meminda Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 supaya memberi mandat kepada para pemaju dalam usaha menggabungkan kemudahan jalur lebar di kawasan-kawasan komersil dan kediaman. Logistik Malaysia mempunyai salah satu infrastruktur logistik terbaik di rantau ini, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang telah memenangi berbagai anugerah, Lebuh Raya Utara-Selatan yang menghubungkan sepanjang Semenanjung Malaysia dan Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor. Dalam menyokong kejayaan ETP, kami akan menaikkan taraf infrastruktur sedia ada, seperti jalan, pelabuhan dan lapangan terbang, dan membina infrastruktur logistik baru jika terdapat perniagaan yang mencukupi, supaya memudahkan pergerakan yang efisien bagi para pekerja dan barangan. Pelaburan infrastruktur adalah salah satu tema teras bagi NKEA Greater KL/KV: hubungan keretapi laju antara Kuala Lumpur and Singapura dan sistem transit laju di Greater KL/KV. Sebagai tambahan, pelaburan infrastruktur termasuk meningkatkan Bintulu sebagai satu lapangan terbang antarabangsa untuk menarik pengeluar silikon (E&E) dan untuk mencepatkan pembinaan jalan raya penghubung kepada Pasaraya Besar Boulevard (Big Box Boulevard) di Nusajaya (Pemborongan dan Peruncitan) juga akan dilaksanakan. Meningkatkan infrastruktur logistik akan mempunyai kesan meluas kepada negara melebihi NKEA. Oleh yang demikian, Kerajaan komited untuk mempertingkatkan akses dan kesinambungan pengangkutan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Khususnya, Kerajaan adalah komited untuk: Membina dan meningkatkan jalan-jalan Beberapa pembangunan utama seperti Jambatan Kedua Pulau Pinang (menghubungkan Pulau Pinang ke Semenanjung Malaysia) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan dijadualkan akan siap selepas 2012; Membangun rangkaian landasan keratapi Kerajaan akan memperluaskan landasan keretapi berkembar elektrik Utara-Selatan ke Johor Bahru, membeli keretapi baru (dan membaikpulih yang sedia ada) serta memodenkan kemudahan dan teknologi perkhidmatan rel pantai timur Semenanjung Malaysia dan Sabah; Menaik taraf infrastruktur maritim Inisiatif termasuk mendalamkan saluran pelabuhan supaya bersedia menerima kapal lebih besar dan menambahkan kapasiti Westport di Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pulau Pinang; dan Meningkatkan kemudahan terbaik di lapangan-lapangan terbang Antara lain, Kerajaan sedang membina satu terminal penerbangan kos rendah baru di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan menambah kapasiti penumpang dan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Unit Perancang Ekonomi, bersama dengan Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kerja Raya akan menyelaras program pelaburan infrastruktur ini.

56 Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 119 KESIMPULAN Walaupun kejayaan ETP adalah di tangan peneraju sektor swasta yang akan melaksanakan 131 EPP yang telah dikenalpasti, Kerajaan mempunyai peranan penting dalam memudahkan pertumbuhan sektor terlilbat melalui tindakan-tindakan pemboleh yang menyokong kuat EPP dan peluang perniagaan. Kejayaan untuk menarik lebih daripada RM1.3 trilion pelaburan swasta tempatan dan asing bergantung pada aktivitiaktiviti promosi pelaburan serta pembangunan satu rangka kerja jelas sokongan fiskal. Selain daripada itu, pengambilan 3.3 juta pekerja baru untuk mengisi peluang pekerjaan yang diwujudkan oleh NKEA akan memerlukan satu usaha yang signifikan untuk mempertingkatkan modal insan, dengan melabur secara sistematik dalam membangunkan pemimpin perniagaan tempatan, menarik tenaga kerja asing dan memperkemaskan proses imigresen. Kerajaan juga akan mewujudkan suatu persekitaran perniagaan yang lebih dinamik melalui pemansuhan peraturan, mengurangkan kos pematuhan dan meningkatkan kecekapan operasi dan pelaksanaan kerajaan untuk terus menyokong dan menggalakkan pertumbugan sektor swasta. Akhir sekali, ETP akan memerlukan lebih banyak infrastruktur sokongan seperti jalur lebar dan logistik, bagi mendokong transformasi Malaysia ke arah sebuah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020 sebagaimana yang dicartakan dalam Visi 2020 negara.

57

58

Bab 1. 1Malaysia: Mencarta PeMBangunan Ke arah negara BerPendaPatan tinggi. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Bab 1. 1Malaysia: Mencarta PeMBangunan Ke arah negara BerPendaPatan tinggi. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Bab 1 1Malaysia: Mencarta PeMBangunan Ke arah negara BerPendaPatan tinggi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 Krisis kewangan global telahpun reda, ekonomi Malaysia kini kembali pulih dan semakin

More information

Bab 14: Transformasi Bidang Pendidikan sebagai Engin Pembangunan

Bab 14: Transformasi Bidang Pendidikan sebagai Engin Pembangunan 14 bab Pendidikan Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 517 Bab 14: Transformasi Bidang Pendidikan sebagai Engin Pembangunan Pada tahun 2009, Kerajaan telah memperkenalkan agenda NKRA Pendidikan

More information

1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK. Perdana Menteri, Malaysia

1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK. Perdana Menteri, Malaysia PRAKATA Pelbagai inisiatif telah diambil Kerajaan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Selain tumpuan mengukuhkan sektor ekonomi negara, Kerajaan turut menitik

More information

Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara

Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara Kata alu-aluan oleh PM Malaysia Sepanjang 55 tahun mengecap kemerdekaan, Malaysia telah membangun dengan begitu pantas dan dinamik. Kita telah mencapai pembangunan

More information

ekonomi dan daya saing negara. Pendekatan ini berteraskan kepada dua objektif:

ekonomi dan daya saing negara. Pendekatan ini berteraskan kepada dua objektif: 142 Dasar ekonomi yang dilaksana berteraskan falsafah pertumbuhan dengan pengagihan telah mempamerkan prestasi ekonomi yang cemerlang selama empat dekad yang lalu. Ini telah menghasilkan pengurangan kemiskinan

More information

RANCANGAN FIZIKAL NEGARA KE-2

RANCANGAN FIZIKAL NEGARA KE-2 MALAYSIA RANCANGAN FIZIKAL NEGARA KE-2 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 13 Ogos 2010 PERUTUSAN Perdana Menteri Malaysia Sasaran menjadikan

More information

STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA

STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA Saedah Siraj Profesor dalam Reka Bentuk Kurikulum dan Teknologi Pengajaran/Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya,50603 Kuala Lumpur, Malaysia E-mail: drsaedah@yahoo.com

More information

Bab 7 Membanteras rasuah

Bab 7 Membanteras rasuah Bab 7 Membanteras rasuah 141 Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan Bab 7 : Membanteras rasuah Kedudukan rasuah Malaysia, menurut Transparency International, telah jatuh ke tangga ke-56 pada tahun

More information

PENDIDIKAN BUKAN FORMAL (PBF) DI MALAYSIA: CABARAN DAN HALA TUJU WAWASAN 2020

PENDIDIKAN BUKAN FORMAL (PBF) DI MALAYSIA: CABARAN DAN HALA TUJU WAWASAN 2020 PENDIDIKAN BUKAN FORMAL (PBF) DI MALAYSIA: CABARAN DAN HALA TUJU WAWASAN 2020 Mohd. Azhar Abd. Hamid Muhammed Fauzi Othman Zainudin Hassan Othman A. Kassim Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia

More information

PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA. Pertumbuhan lebih tinggi pada suku kedua. Permintaan dalam negeri teguh

PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA. Pertumbuhan lebih tinggi pada suku kedua. Permintaan dalam negeri teguh Suku Kedua PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA Pertumbuhan lebih tinggi pada suku kedua Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan yang lebih tinggi sebanyak 5.% pada suku kedua ( :.9%). Pertumbuhan didorong oleh

More information

PERUTUSAN PENGERUSI INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA

PERUTUSAN PENGERUSI INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA TEKAD 2008 1 PERUTUSAN PENGERUSI INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA ASSALAMMU ALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA Perancangan dan pelaksanaan agenda integriti nasional merupakan gagasan penting ke arah memartabatkan

More information

Vol. 37 Jun 2011. jurnal KEBAJIKAN MASYARAKAT SOCIAL WELFARE JOURNAL

Vol. 37 Jun 2011. jurnal KEBAJIKAN MASYARAKAT SOCIAL WELFARE JOURNAL Vol. 37 Jun 2011 jurnal KEBAJIKAN MASYARAKAT SOCIAL WELFARE JOURNAL jurnal KEBAJIKAN MASYARAKAT SOCIAL WELFARE JOURNAL LEMBAGA PENGARAH Penasihat Tuan Haji Hadzir Md. Zain Ketua Pengarang Cik Norani Bt.

More information

Menerangi hidup anda

Menerangi hidup anda Menerangi hidup anda Berganding bahu membangunkan Negara selama tahun Peristiwa Penting 1949-2009 60 tahun Menyinari Hidup Rakyat Selama PEMALAYSIAAN Sejurus selepas Negara mencapai kemerdekaan pada 1957,

More information

.. CABARAN PENDIDIKAN SECARA JARAK JAUH: KESEDARAN DAN PENDEDAHAN DALAM ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

.. CABARAN PENDIDIKAN SECARA JARAK JAUH: KESEDARAN DAN PENDEDAHAN DALAM ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) ,,.. LAPORAN AKHIR.. CABARAN PENDIDIKAN SECARA JARAK JAUH: KESEDARAN DAN PENDEDAHAN DALAM ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ICT) Oleh ZURAINI ZAKARIA FATIMAH HASSAN HASMAWATI HASSAN NORESAH HJ. MOHO.

More information

Final_Cover_Plan_Strategik_PERTANIAN.pdf 1 1/27/14 9:07 AM C M Y CM MY CY CMY K

Final_Cover_Plan_Strategik_PERTANIAN.pdf 1 1/27/14 9:07 AM C M Y CM MY CY CMY K Universiti Putra Malaysia Serdang 2014 KANDUNGAN Perutusan Naib Canselor 2-3 Ringkasan Eksekutif 4-5 Sasaran Keberhasilan Pelan Strategik 9 Pengenalan 10-11 Komponen Pelan Strategik 12 Jangka Masa Pelan

More information

10. PELANGGAN-PELANGGAN MITI 11-13 10. PELAN INDUK PERINDUSTRIAN (IMP3) 14-16 11. ANALISIS SWOT 1 1 7 9-12. CABARAN-CABARAN UTAMA 20-21

10. PELANGGAN-PELANGGAN MITI 11-13 10. PELAN INDUK PERINDUSTRIAN (IMP3) 14-16 11. ANALISIS SWOT 1 1 7 9-12. CABARAN-CABARAN UTAMA 20-21 TAJUK MUKA SURAT 1. SEJARAH MITI 2 2. CARTA ORGANISASI 3 3. VISI 4 4. MISI 5 5. OBJEKTIF 6 6. FUNGSI 7 7. FALSAFAH KORPORAT 8 8. KENYATAAN KUALITI 9 9. AKTA-AKTA UTAMA 10 10. PELANGGAN-PELANGGAN MITI 11-13

More information

RANGKAIAN PROGRAM STRATEGIK 55 TERAS 1: PENCEGAHAN 55 TERAS 2: RAWATAN & PEMULIHAN 55 TERAS 3: PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG 55 TERAS 4: KERJASAMA

RANGKAIAN PROGRAM STRATEGIK 55 TERAS 1: PENCEGAHAN 55 TERAS 2: RAWATAN & PEMULIHAN 55 TERAS 3: PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG 55 TERAS 4: KERJASAMA KANDUNGAN PERUTUSAN YB MENTERI 3 PERUTUSAN Y. BHG. KETUA SETIAUSAHA 4 PERUTUSAN KETUA PENGARAH 5 TUJUAN PENGGUBALAN PELAN STRATEGIK AADK 2010-2015 6 KRONOLOGI USAHA MEMBASMI DADAH DI MALAYSIA 7 DASAR DADAH

More information

Membangun Sistem Pemberian Amaran Awal: Lista de comprobación. Persidangan Antarabangsa Ketiga mengenai Pemberian Amaran Awal

Membangun Sistem Pemberian Amaran Awal: Lista de comprobación. Persidangan Antarabangsa Ketiga mengenai Pemberian Amaran Awal Persidangan Antarabangsa Ketiga mengenai Pemberian Amaran Awal Dari konsep kepada tindakan 27-29 March 2006 Bonn, Germany Membangun Sistem Pemberian Amaran Awal: Lista de comprobación PENDAHULUAN Amaran

More information

DASAR DAN GARIS PANDUAN PROGRAM KOLABORASI INDUSTRI (INDUSTRIAL COLLABORATION PROGRAMME - ICP) DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

DASAR DAN GARIS PANDUAN PROGRAM KOLABORASI INDUSTRI (INDUSTRIAL COLLABORATION PROGRAMME - ICP) DALAM PEROLEHAN KERAJAAN Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 1/2013 Lampiran 1.5 DASAR DAN GARIS PANDUAN PROGRAM KOLABORASI INDUSTRI (INDUSTRIAL COLLABORATION PROGRAMME - ICP) DALAM PEROLEHAN KERAJAAN ISI KANDUNGAN 1. BAB 1

More information

1.0 PENGENALAN 1.1 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA)

1.0 PENGENALAN 1.1 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) 1.0 PENGENALAN 1.1 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) Pada 20 Januari 2010 YAB Perdana Menteri telah melancarkan pelan hala tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) dengan berprinsipkan 1 Malaysia,

More information

LAPORAN MENGENAI STATUS HAK KANAK-KANAK DI MALAYSIA OLEH CHILD RIGHTS COALITION MALAYSIA DISEMBER

LAPORAN MENGENAI STATUS HAK KANAK-KANAK DI MALAYSIA OLEH CHILD RIGHTS COALITION MALAYSIA DISEMBER LAPORAN MENGENAI STATUS HAK KANAK-KANAK DI MALAYSIA OLEH CHILD RIGHTS COALITION MALAYSIA DISEMBER 2012 CHILD RIGHTS COALITION MALAYSIA Pada tarikh laporan ini, Child Rights Coalition Malaysia terdiri daripada

More information

Penilaian tentang usaha untuk menjalinkan hubungan di antara sekolah dengan pihak luar

Penilaian tentang usaha untuk menjalinkan hubungan di antara sekolah dengan pihak luar Tajuk: Kita sentiasa melibatkan masyarakat dalam pengendalian sekolah awam kita dengan mendapatkan sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru selain badan bukan kerajaan serta guru dan kesatuan mereka. Berdasarkan

More information

Laporan Tahunan Alam Sekitar, Keselamatan dan Kesihatan

Laporan Tahunan Alam Sekitar, Keselamatan dan Kesihatan Laporan Tahunan Alam Sekitar, Keselamatan dan Kesihatan Laporan Tahunan Alam Sekitar, Keselamatan dan Kesihatan Pernyataan dan Ikhtisar oleh CEO 1 Dasar dan Prinsip Alam Sekitar, Keselamatan dan Kesihatan

More information

EDISI PERTAMA: DISEMBER 2010 Hak Cipta Terpelihara Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia

EDISI PERTAMA: DISEMBER 2010 Hak Cipta Terpelihara Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia EDISI PERTAMA: DISEMBER 2010 Hak Cipta Terpelihara Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial.

More information

Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar

Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar Akademika 81(3) 2011: 103-115 Nota Penyelidikan/Research Note Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar Knowledge, Attitude and Practices of Malaysian Society regarding

More information

Guna Tenaga dan Produktiviti Buruh dalam Sektor Pembuatan di Malaysia

Guna Tenaga dan Produktiviti Buruh dalam Sektor Pembuatan di Malaysia PROSIDING PERKEM VII, JILID 2 (2012) 942-958 ISSN: 2231 962X Guna Tenaga dan Produktiviti Buruh dalam Sektor Pembuatan di Malaysia Employment and Labor Productivity in Malaysian Manufacturing Sector Noor

More information

Qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd fghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx. cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq

Qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd fghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx. cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq Qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd fghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx KPF 3012 cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui

More information

PANDUAN AMALAN 5S JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PANDUAN AMALAN 5S JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PANDUAN AMALAN 5S JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA TUJUAN 1. Tujuan Panduan Amalan 5S ini ialah untuk: 1.1 memberi panduan asas pelaksanaan amalan persekitaran berkualiti di Jabatan Akauntan Negara Malaysia

More information

PENGETUA PEMACU ORGANISASI PEMBELAJARAN. Nor FonizaMaidin (IAB) Prof. MadyaDr. MohdIzhamMohd Hamzah (UKM)

PENGETUA PEMACU ORGANISASI PEMBELAJARAN. Nor FonizaMaidin (IAB) Prof. MadyaDr. MohdIzhamMohd Hamzah (UKM) PENGETUA PEMACU ORGANISASI PEMBELAJARAN Nor FonizaMaidin (IAB) Prof. MadyaDr. MohdIzhamMohd Hamzah (UKM) Abstrak Penerapan sekolah sebagai organisasi pembelajaran membantu pengetua melengkapkan warganya

More information