GARIS PANDUAN Pelaksanaan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI)

Size: px
Start display at page:

Download "GARIS PANDUAN Pelaksanaan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI)"

Transcription

1

2 GARIS PANDUAN Pelaksanaan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) Pencegahan dan Pengawalan DEMAM DENGGI Cawangan Penyakit Bawaan Vektor Bahagian Kawalan Penyakit Jabatan Kesihatan Awam KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan 2005

3 KANDUNGAN Jawatankuasa Penyelaras Program COMBI Kebangsaan Sidang Pengarang Kata-kata Aluan Prakata Ringkasan Eksekutif Objektif Garis Panduan vi viii ix xi xii xiv PENDAHULUAN 1 PENGENALAN 1 Situasi Semasa 1 Definisi Komunikasi 2 Definisi Tingkah Laku 3 Definisi Perubahan Tingkah Laku 3 Apakah COMBI 4 Lima Prinsip Asas COMBI 5 OBJEKTIF PELAKSANAAN PROGRAM COMBI 9 STRATEGI 9 Penubuhan Jawatankuasa Program COMBI 9 Latihan 9 Penglibatan Pelbagai Agensi 10 Promosi Program COMBI 10 Pusat Promosi Perkhidmatan 11 BAGAIMANA HENDAK MEMULAKAN COMBI 11 FASA 1: PERANCANGAN 11 Peringkat Negeri 11 Penubuhan Jawatankuasa Teknikal 11 Anggota Jawatankuasa Teknikal 11 Bidang Kuasa dan Fungsi 12 Penubuhan Jawatankuasa Induk 13 iii

4 Anggota Jawatankuasa Induk 13 Bidang Kuasa dan Fungsi 14 Peringkat Daerah 14 Penubuhan Jawatankuasa Teknikal 14 Anggota Jawatankuasa Teknikal 15 Bidang Kuasa dan Fungsi 15 Penubuhan Jawatankuasa Kerja 15 Anggota Jawatankuasa Kerja 16 Bidang Kuasa dan Fungsi 16 Penubuhan Jawatankuasa Komuniti 17 Anggota Jawatankuasa Peringkat Komuniti 17 Bidang Kuasa dan Fungsi 17 FASA 2: PELAKSANAAN 18 Pengurusan Majlis Pelancaran 18 Bidang Kuasa dan Fungsi Jawatankuasa Kerja 18 Bidang Kuasa dan Fungsi Komuniti 18 Pengurusan Aktiviti Dalam Tempoh Pelaksanaan 19 Bidang Kuasa dan Fungsi Jawatankuasa Kerja 19 Bidang Kuasa dan Fungsi Komuniti 20 FASA 3: PEMANTAUAN 20 Borang Reten COMBI 20 Borang Reten PKD/COMBI Borang Reten PKD/COMBI Borang Reten PKD/COMBI Borang Reten PKD/COMBI Borang Reten PKD/COMBI Borang Reten JKN/COMBI Kajian Jejak (Tracking Survey) 22 Pemantauan Entomologi 23 iv

5 FASA 4 : PENILAIAN 26 Kajian Tingkah Laku Terhadap Pengetahuan, 26 Sikap dan Amalan (KAP) Penilaian Entomologi 27 Penilaian Epidemiologi 29 LAMPIRAN Lampiran 1 : Ringkasan Perancangan Program COMBI 31 Lampiran 2 : Ringkasan Pelaksanaan Program COMBI: 34 Pengurusan Majlis Pelancaran Lampiran 3 : Ringkasan Pelaksanaan Program COMBI: 35 Pengurusan Aktiviti Program Lampiran 4 : Borang Pemantauan Program COMBI: 36 PKD/COMBI-1 Lampiran 5 : Borang Pemantauan Program COMBI: 39 PKD/COMBI-2 Lampiran 6 : Borang Pemantauan Program COMBI: 40 PKD/COMBI-3 Lampiran 7 : Borang Pemantauan Program COMBI: 41 PKD/COMBI-4 Lampiran 8 : Borang Pemantauan Program COMBI: 42 PKD/COMBI-5 Lampiran 9 : Borang Pemantauan Program COMBI: 43 JKN/COMBI 1 Lampiran 10 : Borang Soal Selidik Kajian Pengetahuan, 44 Sikap dan Amalan (KAP) Pra-Ujian: KAP/COMBI 1 Lampiran 11 : Borang Soal Selidik Kajian Pengetahuan, 47 Sikap dan Amalan (KAP) Pasca Ujian: KAP/COMBI 2 Lampiran 12 : Borang Kajian Jejak (Tracking Survey): 51 Borang KAP/COMBI 3 Lampiran 13 : Logo Program COMBI Peringkat Negeri-Negeri 53 Glosari 55 Rujukan 57 v

6 JAWATANKUASA PENYELARAS PROGRAM COMBI KEBANGSAAN PENASIHAT Dato Dr. Shafie Ooyub Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan Malaysia PENGERUSI Dr. Hj. Marzukhi Md. Isa Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit (PBV) Kementerian Kesihatan Malaysia PAKAR RUJUK Dr. Mohd. Raili Hj. Suhaili Timbalan Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia AHLI: Pn. Mastura Md. Hashim Timbalan Pengarah (Entomologi) Cawangan Penyakit Bawaan Vektor, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia En. Tham Ah Seng Ketua Penolong Pengarah Cawangan Penyakit Bawaan Vektor Kementerian Kesihatan Malaysia Dr. Zuraidah Mokhtar Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor vi

7 Dr. Norashikin Abd. Rahman Penolong Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Dr. Zailiza Suli Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Dydy Ilyani Mohd. Basir Penolong Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Tn. Hj. Kamilan Demin Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Yusnida Md. Yusof Penolong Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah Dr. Junaidi Ibrahim Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak Zulkifilee Yazid Penolong Pengarah Cawangan Penyakit Bawaan Vektor Kementerian Kesihatan Malaysia vii

8 SIDANG PENGARANG PENGERUSI Dr. Hajah Rosnah Bt. Haji Ismail Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan PENGARANG Dr. Mustafa Bakri Bin Adnan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Dr. Zailiza Bt. Suli Ketua Penolong Pengarah (Vektor), Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan En. Zainal Bin Abd. Rahman Ketua Penolong Pengarah (Kaji Serangga), Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Pn. Hapsah Bt. Mohd Dusa Penolong Pengarah (Promosi Kesihatan), Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Dr. Omar Bin Mihat Pegawai Kesihatan Daerah, Pejabat Kesihatan Seremban Dr. Noor Ashah Bt. Itam Othman Pegawai Kesihatan Daerah, Pejabat Kesihatan Port Dickson Dr. Mohammad Nazarudin Bin Bahari Pegawai Kesihatan Daerah Kedua, Pejabat Kesihatan Seremban En. Jarno Bin Sukadis Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U32, PKD Jempol Tuan Hj. Ibrahim Bin Daud Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U32, PKD Seremban En. Mariapppan a/l Semalai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U32, PKD Seremban En. Abdul Latiff Bin Maulud Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29, PKD Seremban En. Badrul Hisham Bin Abdullah Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29, PKD Port Dickson En. Ramli Bin Ahmad Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29, PKD Seremban viii

9 KATA-KATA ALUAN Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Tahniah dan syabas, saya ucapkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan kerana berjaya mengeluarkan satu garis panduan mengenai program Communication for Behavioural Impact (COMBI) bagi pencegahan dan pengawalan demam denggi di Malaysia. Adalah menjadi aspirasi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyediakan satu garis panduan yang lengkap (best practice guideline) mengenai pelaksanaan sesuatu program yang telah dilaksanakan. Saya berharap agar garis panduan yang telah disediakan oleh pegawaipegawai yang berpengalaman serta terlibat secara langsung dalam program COMBI ini, boleh membantu dan menjadi rujukan kepada Jabatan kesihatan Negeri dan agensi lain untuk melaksanakan program COMBI di tempat masing-masing, terutamanya maklumat berkaitan bidang kuasa dan fungsi bermula dari aspek perancangan hingga kepada penilaian pelaksanaan program ini. Program COMBI juga merupakan perkongsian bijak di antara agensi (smart partnership) dengan Kementerian Kesihatan dalam mengawal dan mencegah demam denggi. Dengan penglibatan aktif mereka, saya berharap agar masalah denggi yang berlaku secara universal dapat ditangani bersama secara lebih berkesan melalui konsep komunikasi di ix

10 kalangan komuniti itu sendiri. Melalui program ini, adalah diharap agar sikap serta amalan mereka mengenai pencegahan dan pengawalan demam denggi dapat diubah dan berterusan. Adalah menjadi harapan saya agar objektif untuk memperkasakan komuniti dalam mencegah dan mengawal demam denggi akan tercapai hendaknya. Sekian, terima kasih. DATO DR. SHAFIE BIN OOYUB Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan Malaysia x

11 PRAKATA Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana Garis Panduan Pelaksanaan COMBI telah berjaya dihasilkan untuk kegunaan semua pihak yang terlibat terutama dalam bidang kesihatan awam mengenai pencegahan dan pengawalan demam denggi. Communication for Behavioural Impact atau singkatannya COMBI dan dalam Bahasa Melayu pula adalah Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku bertujuan untuk memperkasakan peranan komuniti dalam mencegah dan mengawal kejadian penyakit demam denggi. Ia memerlukan komitmen yang jitu oleh pelbagai agensi terutama komuniti yang terlibat. Strategi keseluruhan COMBI adalah untuk mencapai matlamat tingkah laku yang dicadangkan dan masyarakat mengamalkan tingkah laku tersebut secara proaktif. Diharapkan melalui kaedah pencegahan yang diterapkan dapat memberi impak yang positif dalam menangani permasalahan demam denggi. Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi tahniah dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan buku garis panduan ini. Saya berharap garis panduan ini dapat membantu Jabatan Kesihatan Negeri dan agensi-agensi lain sebagai langkah permulaan dalam melaksanakan program COMBI. Sekian, terima kasih. DR. HAJAH ROSNAH BT. HJ.ISMAIL Pengarah Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus xi

12 RINGKASAN EKSEKUTIF Program Communication for Behavioural Impact (COMBI) merupakan satu pendekatan baru yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan menggunakan pendekatan komunikasi untuk merubah tingkah laku manusia. Objektif garis panduan ini diterbitkan adalah sebagai memberi panduan bagi Jabatan Kesihatan Negeri / agensi untuk melaksanakan program COMBI dalam mengawal penyakit berjangkit. Garis panduan ini menerangkan tentang strategi yang boleh digunakan untuk melaksanakan program COMBI, antaranya penubuhan Jawatankuasa Program COMBI, mengadakan latihan kepada anggota kesihatan dan komuniti yang terlibat, penglibatan pelbagai agensi yang berkaitan, mengadakan promosi program dan menubuhkan pusat promosi perkhidmatan di tempat-tempat yang strategik. Bagi melaksanakan program ini di peringkat agensi dan komuniti, empat peringkat telah dikenalpasti, iaitu pada peringkat perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian. Pada peringkat perancangan dan pelaksanaan, beberapa buah jawatankuasa seperti Jawatankuasa Teknikal, Induk, Kerja dan Komuniti perlu ditubuhkan. Di dalamnya dijelaskan apakah fungsi dan bidang kuasa bagi setiap jawatankuasa tersebut. Perancangan yang rapi perlu dijalankan sebelum sesuatu program COMBI dilaksanakan. Hal ini termasuklah pemilihan kawasan yang sesuai berdasarkan analisis situasi awal tentang kejadian sesuatu penyakit di kawasan tersebut serta kaitannya dengan tingkah laku yang hendak diubah. Seterusnya, matlamat serta objektif tingkah laku yang hendak dicapai dalam Program COMBI perlu ditetapkan dan pelbagai strategi perlu diatur ke arah mencapai matlamat tersebut. xii

13 Pada peringkat pelaksanaan pula, intervensi yang sesuai akan dijalankan untuk jangka masa tertentu menggunakan kaedah komunikasi. Program COMBI dilaksanakan di lokaliti terpilih pada suatu jangkamasa yang ditetapkan dengan mengambil kira lima prinsip asas utama iaitu Kerahan Pentadbiran / Perhubungan Awam dan Advokasi (Administrative Mobilization / Public Relation / Advocacy); Kerahan Masyarakat (Community Mobilization); Pengiklanan (Advertising); Penyampaian Peribadi Komunikasi Interpersonal (Personal Selling / Interpersonal Communication) dan Pusat Promosi Perkhidmatan (Point-of-Service Promotion). Mesej-mesej tingkah laku yang dikehendaki akan dipromosikan secara besar-besaran, berulang kali, bersungguh-sungguh dan berterusan. Di samping itu, sepanjang tempoh pelaksanaan program COMBI, pemantauan aktiviti secara berterusan akan dijalankan menggunakan borang reten tertentu yang akan dilengkapkan oleh promoter, penyelia, pengerusi COMBI dan anggota kesihatan. Selain pemantauan borang reten, kajian jejak (tracking survey) dan pemantauan entomologi juga dijalankan. Strategi pelaksanaan akan diubah sekiranya perlu bagi memastikan Program COMBI akan terus diterima oleh komuniti. Bagi tujuan penilaian program COMBI, data-data asas misalnya tentang kejadian sesuatu penyakit, aliran gaya (trend) penyakit, kejadian wabak, kematian, data-data entomologi serta kajian untuk mengetahui tahap pengetahuan, sikap dan amalan responden (KAP) sebelum pelaksanaan akan dibandingkan dengan selepas pelaksanaan program COMBI. xiii

14 OBJEKTIF GARIS PANDUAN Memberi panduan dan menjadi bahan rujukan kepada Jabatan Kesihatan Negeri atau agensi-agensi lain untuk melaksanakan program COMBI dalam mengawal penyakit demam denggi. Memberi maklumat kepada agensi yang berkaitan, mengenai bidang kuasa dan fungsi dalam aspek perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian untuk melaksanakan program COMBI. xiv

15 PENDAHULUAN PENGENALAN Situasi Semasa Penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang menjadi satu masalah global dan endemik di beberapa buah negara seperti Afrika, Amerika Syarikat, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat (WHO 2002). Penyakit ini adalah disebabkan oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes yang mengakibatkan peningkatan morbiditi dan mortaliti. Di Malaysia, penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang masih merupakan satu masalah kesihatan awam. Sejak lima tahun yang lalu, bilangan kes demam denggi yang dilaporkan di negara ini telah menunjukkan peningkatan iaitu daripada 4,718 kes pada tahun 1999 kepada 15,442 kes pada tahun Kadar insidens pula meningkat daripada 20.7/100,000 penduduk pada tahun 1999 kepada 61.6/100,000 penduduk pada tahun 2003 (KKM 2003). Pelbagai aktiviti dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mencegah dan mengawal penyakit demam denggi, seperti menjalankan pemeriksaan Aedes, penyemburan kabus, larviciding dan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000). Selain daripada itu, kementerian memberi fokus utama dalam kawalan denggi melalui promosi kesihatan yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan serta kesedaran komuniti mengenai penyakit serta kaedah pencegahannya. Pelbagai kaedah digunakan bagi mewujudkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang penyakit demam denggi. Antara kaedah yang digunakan termasuklah mengadakan aktiviti seperti ceramah, perbincangan kumpulan kecil, edaran risalah dan poster, tunjuk 1

16 ajar dan pameran. Namun begitu, walaupun pengetahuan dan juga kesedaran komuniti tentang aspek pencegahan dapat ditingkatkan, masih didapati komuniti gagal untuk mengubah tingkah laku ke arah menghapuskan punca pembiakan nyamuk. Berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan di Singapura, sebanyak 77% responden mengetahui tempat yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk, namun sebanyak 49% sahaja yang membuang bekas yang berpotensi tersebut dan 26.7% lagi menggunakan racun serangga abate bagi mengawal demam denggi. (Heng et. al. 1998) Definisi Komunikasi Komunikasi boleh didefinisikan sebagai: proses satu idea disampaikan dari sumber kepada penerima bertujuan untuk mengubah amalan penerima. Everett M. Rogers Manakala, Emil Dovifat mendefinisikan komunikasi sebagai...setiap usaha mempengaruhi masyarakat umum secara sedar dan usaha ini selanjutnya dapat diadakan melalui keyakinan penuh atau secara paksaan kolektif sehingga pihak lain tahu dan ingin melakukan perkara yang disarankan. Melalui strategi komunikasi, tingkah laku individu dan juga komuniti boleh diubah iaitu dengan memperkasa mereka supaya menjalankan aktiviti pencegahan dan kawalan (Martin dan Prado 2004) Sehubungan itu, pendekatan konsep COMBI telah diperkenalkan oleh pertubuhan Sedunia (WHO) yang menggunakan pendekatan komunikasi bagi mencegah dan mengawal penyakit berjangkit. 2

17 Definisi Tingkah Laku Tingkah laku ialah perlakuan atau aktiviti yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan, sama ada secara sedar ataupun tidak sedar. Menurut Gochman, tingkah laku kesihatan ialah: Perlakuan seseorang seperti kepercayaan, ekspektasi, motif, nilai, persepsi atau elemen kognitif lain seperti tingkah laku peribadi, termasuk keadaan emosi dan genatik, tingkahlaku terlampau, tindakan dan amalan yang berkaitan dengan kesihatan ke arah mencapai tahap kesihatan yang lebih baik. ( Those personal attributes such as beliefs, expectations, motives, values, perceptions and other states and traits; and overt behaviour patterns, actions and habits that relate to health maintenance, to health restoration and to health improvemnets. ) Gochman Manakala menurut Kasl & Cobb, terdapat tiga kategori tingkah laku kesihatan iaitu: i. Tingkah laku kesihatan pencegahan ii. Tingkah laku penyakit iii. Tingkah laku pesakit Definisi Perubahan Tingkah Laku Perubahan tingkah laku didefinisikan sebagai: Suatu perubahan yang berlaku daripada peringkat asas kepada yang baru, sama ada sementara, berkekalan atau meningkat. 3

18 Apakah COMBI COMBI ialah singkatan bagi Communication for Behavioural Impact atau Komunikasi untuk Perubahan Tingkah laku. Program ini bertujuan untuk memperkasa peranan komuniti dalam mencegah dan mengawal kejadian penyakit berjangkit. Kebanyakan kejadian penyakit berjangkit mempunyai kaitan dengan tingkah laku manusia, termasuk penyakit demam denggi. Setakat ini, belum ada ubat dan vaksin bagi rawatan penyakit demam denggi. Pengurangan punca pembiakan nyamuk Aedes boleh mencegah penyakit demam denggi dan ia boleh diatasi melalui komitmen komuniti ke arah perubahan tingkah laku. Program COMBI telah dilaksanakan di beberapa buah negara bagi pencegahan dan kawalan penyakit Tuberkulosis (TB) di Bangladesh, India dan Kenya, penyakit kusta di India dan Mozambique, filariasis di India, Sri Lanka, Kenya, Nepal dan Zanzibar. Semua program ini didapati berjaya mengubah tingkah laku komuniti ke arah yang positif. Di Malaysia, pendekatan COMBI bagi pencegahan dan kawalan penyakit demam denggi telah dilaksanakan di daerah Johor Bahru. Berdasarkan kajian jejak (tracking survey) yang dijalankan semasa pelaksanaan kempen, didapati sebanyak 80% ahli keluarga telah memeriksa rumah mereka bagi tempat-tempat yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk Aedes. Berdasarkan kajian pasca KAP selepas 12 minggu kempen dijalankan, didapati hampir 99% responden mengekalkan aktiviti pemeriksaan rumah seminggu sekali berbanding 70.7% dari kajian pra KAP (p<0.01) (Mohd Raili, et al. 2003). Di Zanzibar, Program COMBI dilaksanakan bagi pencegahan dan kawalan penyakit filariasis dan didapati sebanyak 90% penduduk mematuhi pengambilan ubat-ubatan walaupun tahap sasaran yang 4

19 ditetapkan sebanyak 80% sahaja. Manakala di Sri Lanka pula, dengan pelaksanaan Program COMBI, pematuhan penduduk bagi rawatan filariasis adalah sebanyak 80% (WHO 2002). Dari segi pelaksanaan program COMBI, empat pendekatan perlu dilaksanakan iaitu secara besar-besaran (massive); berulang kali (repetitive); bersungguh-sungguh (intensive) dan berterusan (persistence). Pendekatan ini penting bagi memastikan kejayaan program COMBI, memandangkan terdapatnya faktor kekangan dalam komuniti seperti tumpuan, pemilihan, tanggapan dan pengekalan. Lima prisip Asas COMBI Bagi melaksanakan program COMBI, lima prinsip asas yang menggunakan strategi komunikasi hendaklah diamalkan iaitu Kerahan Pentadbiran / Perhubungan Awam Dan Advokasi (Administrative Mobilization / Public Relation / Advocacy); Kerahan Masyarakat (Community Mobilization); Pengiklanan (Advertising); Penyampaian Peribadi / Komunikasi Interpersonal (Personal Selling / Interpersonal Communication) dan Pusat Promosi Perkhidmatan (Point-of-Service Promotion). Lima tindakan komunikasi bersepadu tersebut dijelaskan seperti yang berikut: 1. Kerahan Pentadbiran / Perhubungan Awam / Advokasi (Administrative Mobilization / Public Relation / Advocacy) Menggerakkan semua anggota pemberi perkhidmatan, mengadakan mesyuarat atau perbincangan dengan pelbagai agensi, memberi ceramah, taklimat dan sebagainya yang bertujuan untuk memaklumkan mengenai perubahan tingkah laku sihat yang dikehendaki untuk diamalkan oleh komuniti. 5

20 2. Kerahan Masyarakat (Community Mobilization) Tindakan ini memberi tumpuan kepada penglibatan komuniti dalam menyampaikan mesej tingkah laku yang dikehendaki. Tindakan komunikasi termasuk penggunaan penyelidikan penyertaan, mesyuarat di kalangan komuniti, jerayawara (road show), lawatan ke rumah dan sebagainya. 3. Pengiklanan (Advertising) Mesej tingkah laku disalurkan melalui siaran media elektronik atau cetak untuk menarik perhatian orang ramai terhadap perubahan tingkah laku yang dicadangkan. 4. Penyampaian Peribadi / Komunikasi Interpersonal (Personal Selling / Interpersonal Communication) Promoter yang dilantik di kalangan komuniti untuk menyampaikan mesej perubahan tingkah laku di kawasan mereka sendiri. 5. Pusat Promosi Perkhidmatan (Point-of-Service Promotion) Penyampaian mesej perubahan tingkah laku yang telah dicadangkan dan ditumpukan di tempat-tempat sesuai yang telah dikenalpasti. Konsep COMBI, pada asasnya menggunakan semua kemudahan komunikasi yang sedia ada bagi mempromosi tingkah laku baru yang telah ditetapkan pada individu, keluarga dan masyarakat bagi mencegah dan mengawal penyakit berjangkit. Program COMBI bertujuan untuk memperkasa komuniti ke arah: Mempromosi tingkah laku baru ke arah yang lebih baik melalui mesej mudah yang boleh difahami oleh komuniti. Penekanan pada peranan individu dan keluarga. 6

21 Gambarajah 2: Carta Lima Prinsip Asas COMBI KERAHAN PENTADBIRAN / PERHUBUNGAN AWAM / ADVOKASI Kerahan Pentadbiran / Perhubungan Awam / Advokasi Menubuhkan jawatankuasa dan mengadakan mesyuarat sama ada di peringkat negeri / daerah / lokaliti yang terlibat. Mengadakan latihan untuk kakitangan kesihatan, PBT / NGO, ketua komuniti dan sebagainya. Mengadakan liputan akhbar. Pelancaran program COMBI sama ada peringkat negeri, daerah atau komuniti. KERAHAN MASYARAKAT Kerahan Masyarakat Penglibatan komuniti dalam menyampaikan mesej tingkah laku. Memperkasakan komuniti dalam Program COMBI. Melantik promoter di kalangan komuniti. 7

22 PENGIKLANAN Pengiklanan Mempromosikan Program COMBI melalui lagu tema COMBI / drama pendek COMBI / rancangan kuiz COMBI di radio. Mempromosikan mesej COMBI di monitor skrin warna LED. Penggunaan sepanduk, gegantung, papan iklan untuk menyampaikan mesej tertentu yang dipasang di jalan-jalan utama, masjid, sekolah, balairaya dan sebagainya. PENYAMPAIAN PERIBADI / KOMUNIKASI INTERPERSONAL Penyampaian Peribadi / Komunikasi Interpersonal Promoter menyampaikan mesej perubahan tingkah laku kepada komuniti. PUSAT PROMOSI PERKHIDMATAN Pusat Promosi Perkhidmatan Pejabat Kesihatan Daerah, klinik kesihatan, balairaya dan lain-lain. 8

23 OBJEKTIF PELAKSANAAN PROGRAM COMBI Memperkasa komuniti untuk mengubah dan mengamalkan tingkah laku baru yang telah diperkenalkan. Mengurangkan kejadian penyakit demam denggi di peringkat negeri dan daerah. Menggalakkan penglibatan antara agensi serta mempertingkatkan usaha sama dalam mencegah dan mengawal penyakit demam denggi. STRATEGI Strategi keseluruhan COMBI adalah untuk mencapai matlamat tingkah laku yang dicadangkan dan sekaligus komuniti mengamalkan tingkah laku tersebut. Antara strategi yang digunakan adalah seperti yang berikut: Penubuhan Jawatankuasa Program COMBI Menubuhkan Jawatankuasa COMBI di peringkat negeri, daerah dan komuniti serta mengadakan mesyuarat. Latihan Memberi taklimat tentang COMBI dan mengadakan latihan komunikasi secara berkesan untuk anggota kesihatan, promoter dan agensi berkaitan. 9

24 Penglibatan Pelbagai Agensi Mengamalkan konsep perkongsian bijak antara agensi kerajaan, swasta dan badan sukarela. Penglibatan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Kelab PROSTAR, Kawasan Rukun Tetangga, KEMAS dan lain-lain sebagai promoter. Penglibatan pihak media cetak dan elektronik dalam pelancaran dan perasmian program COMBI di setiap lokaliti serta mempromosikan mesej yang telah dipilih. Promosi Program COMBI Mendapatkan kerjasama stesen radio tempatan untuk memperkenalkan program COMBI kepada masyarakat melalui taklimat dan ceramah, menyiarkan lagu tema COMBI dan drama pendek, serta mengadakan kuiz COMBI di radio tempatan. Menggunakan pasukan promosi kesihatan negeri untuk menyampaikan mesej, dengan memperdengarkan drama pendek dan lagu tema COMBI di lokaliti yang telah dikenalpasti secara berjadual. Memasang sepanduk, gegantung, papan iklan di lokaliti yang dikenalpasti dengan memaparkan mesej tingkah laku yang telah dipilih. Memberi cenderamata berbentuk promosi kepada promoter dan komuniti yang melaksanakan program COMBI sebagai galakan kerana mengamalkan perubahan tingkah laku. 10

25 Pusat promosi Perkhidmatan Menentukan tempat yang sesuai bagi menguar-uarkan mesej COMBI kepada komuniti seperti di balai raya, klinik, pejabat kesihatan, kedai, rumah ibadat, sekolah dan sebagainya. BAGAIMANA HENDAK MEMULAKAN COMBI Bagi memulakan program COMBI, beberapa langkah telah disyorkan yang dikenali sebagai 4P COMBI: i. Perancangan ii. Pelaksanaan iii. Pemantauan iv. Penilaian FASA1: PERANCANGAN PERINGKAT NEGERI Penubuhan Jawatankuasa Teknikal Objektif penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk memberi khidmat teknikal dan perundingan kepada Jawatankuasa Induk untuk melaksanakan program COMBI. Anggota Jawatankuasa Teknikal Pengarah Kesihatan Negeri Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Ketua Penolong Pengarah (Vektor) 11

26 Pegawai Pendidikan Kesihatan Pegawai Sains (Ahli Kaji Serangga) Pegawai Kesihatan Daerah Bidang Kuasa dan Fungsi Mengenal pasti situasi penyakit demam denggi pada peringkat negeri. Mengenal pasti dan menetapkan matlamat keseluruhan program COMBI. Contoh matlamat keseluruhan: Untuk mengurangkan kejadian kes demam denggi dan denggi berdarah di tiga daerah utama di Negeri Sembilan iaitu daerah Seremban, Port Dickson dan Jempol sebanyak 30% pada penghujung tahun Memastikan daerah pelaksanaan membuat analisis awal tentang kejadian kes demam denggi dan kaitannya dengan tingkah laku komuniti setempat sebelum pengedaran risalah, poster, cenderamata dan sebagainya. Analisis ini bertujuan agar pengedaran bahan yang diedarkan itu tidak mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku asal mereka. Melalui analisis situasi awal tersebut, disenaraikan semua tingkah laku yang menyumbang kepada peningkatan kejadian kes demam denggi serta berdasarkan statistik yang ada atau mana-mana data sekunder untuk menyokong pemilihan objektif tingkah laku yang telah dipilih. Berdasarkan pemilihan tersebut, dicadangkan pemilihan tidak lebih daripada dua tingkah laku baru yang akan diamalkan oleh komuniti. (bagi memastikan objektif keseluruhan tercapai). 12

27 Contoh Objektif Tingkah Laku i. Mengalakkan ahli keluarga di lokaliti terpilih bagi daerah utama di Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Jempol) untuk menjalankan pemeriksaan di dalam dan di luar rumah selama sepuluh minit bagi memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes sekali seminggu bagi tempoh empat bulan. ii. Menggalakkan ahli keluarga di lokaliti terpilih bagi tiga daerah utama di Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Jempol) memaklumkan jika terdapat rumah kosong atau tempat pembuangan sampah haram yang berpotensi sebagai pembiakan nyamuk Aedes kepada Pejabat Kesihatan yang berhampiran secepat mungkin iaitu dalam tempoh dua hari. Memilih daerah yang sesuai untuk melaksanakan program COMBI. Membahagikan peruntukan kewangan kepada daerah terpilih. Menetapkan tempoh pelaksanaan COMBI yang sesuai. Memastikan pelaksanaan COMBI berorientasikan penyelidikan. Menyediakan borang soal selidik untuk ujian pra dan pasca bagi kajian pengetahuan, sikap dan amalan (KAP). Mengadakan taklimat tentang pelaksanaan program COMBI kepada Jawatankuasa Induk. Penubuhan Jawatankuasa Induk Objektif penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk melaksanakan program COMBI yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal. Anggota Jawatankuasa Induk Pengarah Kesihatan Negeri Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Ketua Penolong Pengarah (Vektor) 13

28 Ketua Penolong Pengarah (Pendidikan Kesihatan) Pegawai Sains (Ahli Kaji Serangga Negeri) Setiausaha Kerajaan Negeri (Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Pihak berkuasa Tempatan Jabatan Pendidikan Negeri Jabatan Penerangan Negeri Jabatan Penyiaran Negeri Pegawai Kesihatan Daerah Bidang Kuasa dan Fungsi Melaksanakan promosi program COMBI yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal seperti yang berikut: - Menganjurkan pertandingan mencipta logo COMBI. - Bekerjasama dengan pihak media. - Mengadakan latihan / kursus bagi anggota kesihatan / Pihak Berkuasa Tempatan / Pertubuhan Bukan Kerajaan. - Menguruskan penciptaan lagu tema COMBI. - Menyediakan soalan kuiz COMBI untuk siaran Radio Malaysia tempatan. - Mengaturkan ceramah atau taklimat tentang program COMBI untuk siaran di media tempatan oleh pegawai kesihatan. - Menyediakan skrip drama pendek untuk siaran radio tempatan. - Menyediakan maklumat promosi untuk siaran media elektronik (monitor skrin warna LED). PERINGKAT DAERAH Penubuhan Jawatankuasa Teknikal Objektif penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk memberi khidmat teknikal dan perundingan kepada Jawatankuasa kerja pada peringkat daerah untuk melaksanakan program COMBI. 14

29 Anggota Jawatankuasa Teknikal Pegawai Kesihatan Daerah Pegawai Pendidikan Kesihatan Ketua Unit Penyakit Bawaan Vektor Ketua-ketua Unit yang berkaitan. Bidang Kuasa dan Fungsi Membuat anggaran perbelanjaan untuk pelaksanaan program COMBI. Memilih lokaliti untuk melaksanakan COMBI berdasarkan kejadian kes denggi di daerah. Memilih masa yang sesuai untuk melaksanakan program. Menyediakan peta dan data asas untuk setiap lokaliti. Menyediakan anggaran bagi bahan promosi dan pendidikan kesihatan setiap lokaliti seperti gegantung (bunting), sepanduk (banner), papan iklan (billboard), poster, risalah, cenderamata dan sebagainya. Melantik ibu dan bapa angkat daripada kalangan anggota kesihatan bagi tujuan penyelarasan dan pemantauan di lokaliti yang berkaitan. Menjalankan kajian pengetahuan, sikap dan amalan (KAP) - (ujian pra dan pasca). Memberikan taklimat kepada Jawatankuasa Kerja Peringkat Daerah. Penubuhan Jawatankuasa Kerja Objektif penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk melaksanakan program COMBI yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal di peringkat daerah. 15

30 Anggota Jawatankuasa Kerja Pegawai Daerah Pegawai Kesihatan Daerah Pegawai Berkuasa Tempatan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Pegawai Belia Daerah Pegawai Penerangan Daerah Ketua-Ketua Unit peringkat kesihatan daerah yang berkaitan Pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pengerusi Komuniti bagi lokaliti/ kawasan terpilih Pertubuhan Bukan Kerajaan Agensi lain yang berkaitan Bidang Kuasa dan Fungsi Memberi mandat kepada Pengerusi COMBI peringkat komuniti terpilih untuk melancarkan program COMBI di peringkat lokaliti masing-masing dengan peruntukan kewangan dan bantuan teknikal diberi oleh Pejabat Kesihatan Daerah. Memastikan semua ibu dan bapa angkat menghadiri mesyuarat dan menyelaras semua aktiviti program COMBI di peringkat komuniti. Ibu dan bapa angkat hendaklah mewujudkan komunikasi yang baik dan berkesan dengan pihak komuniti. Melaksanakan program COMBI yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal daerah seperti yang berikut: - Bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi pemasangan gegantung pada tiang-tiang elektrik - Mengadakan mesyuarat dengan komuniti terpilih - Bekerjasama dengan Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengedarkan risalah COMBI dan cakera padat (CD) lagu tema COMBI, ke sekolah yang terlibat di lokaliti program COMBI. 16

RANGKAIAN PROGRAM STRATEGIK 55 TERAS 1: PENCEGAHAN 55 TERAS 2: RAWATAN & PEMULIHAN 55 TERAS 3: PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG 55 TERAS 4: KERJASAMA

RANGKAIAN PROGRAM STRATEGIK 55 TERAS 1: PENCEGAHAN 55 TERAS 2: RAWATAN & PEMULIHAN 55 TERAS 3: PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG 55 TERAS 4: KERJASAMA KANDUNGAN PERUTUSAN YB MENTERI 3 PERUTUSAN Y. BHG. KETUA SETIAUSAHA 4 PERUTUSAN KETUA PENGARAH 5 TUJUAN PENGGUBALAN PELAN STRATEGIK AADK 2010-2015 6 KRONOLOGI USAHA MEMBASMI DADAH DI MALAYSIA 7 DASAR DADAH

More information

Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar

Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar Akademika 81(3) 2011: 103-115 Nota Penyelidikan/Research Note Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar Knowledge, Attitude and Practices of Malaysian Society regarding

More information

PERUTUSAN PENGERUSI INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA

PERUTUSAN PENGERUSI INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA TEKAD 2008 1 PERUTUSAN PENGERUSI INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA ASSALAMMU ALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA Perancangan dan pelaksanaan agenda integriti nasional merupakan gagasan penting ke arah memartabatkan

More information

RANCANGAN FIZIKAL NEGARA KE-2

RANCANGAN FIZIKAL NEGARA KE-2 MALAYSIA RANCANGAN FIZIKAL NEGARA KE-2 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 13 Ogos 2010 PERUTUSAN Perdana Menteri Malaysia Sasaran menjadikan

More information

Penilaian tentang usaha untuk menjalinkan hubungan di antara sekolah dengan pihak luar

Penilaian tentang usaha untuk menjalinkan hubungan di antara sekolah dengan pihak luar Tajuk: Kita sentiasa melibatkan masyarakat dalam pengendalian sekolah awam kita dengan mendapatkan sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru selain badan bukan kerajaan serta guru dan kesatuan mereka. Berdasarkan

More information

Dasar dan Pelaksanaan PBS 2014 PANDUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Dasar dan Pelaksanaan PBS 2014 PANDUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH Dasar dan Pelaksanaan PBS 2014 PANDUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH LEMBAGA PEPERIKSAAN 2014 i PRAKATA Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya, Lembaga

More information

PANDUAN AMALAN 5S JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PANDUAN AMALAN 5S JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA PANDUAN AMALAN 5S JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA TUJUAN 1. Tujuan Panduan Amalan 5S ini ialah untuk: 1.1 memberi panduan asas pelaksanaan amalan persekitaran berkualiti di Jabatan Akauntan Negara Malaysia

More information

.. CABARAN PENDIDIKAN SECARA JARAK JAUH: KESEDARAN DAN PENDEDAHAN DALAM ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

.. CABARAN PENDIDIKAN SECARA JARAK JAUH: KESEDARAN DAN PENDEDAHAN DALAM ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) ,,.. LAPORAN AKHIR.. CABARAN PENDIDIKAN SECARA JARAK JAUH: KESEDARAN DAN PENDEDAHAN DALAM ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ICT) Oleh ZURAINI ZAKARIA FATIMAH HASSAN HASMAWATI HASSAN NORESAH HJ. MOHO.

More information

Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara

Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara Kata alu-aluan oleh PM Malaysia Sepanjang 55 tahun mengecap kemerdekaan, Malaysia telah membangun dengan begitu pantas dan dinamik. Kita telah mencapai pembangunan

More information

STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA

STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA Saedah Siraj Profesor dalam Reka Bentuk Kurikulum dan Teknologi Pengajaran/Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya,50603 Kuala Lumpur, Malaysia E-mail: drsaedah@yahoo.com

More information

1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK. Perdana Menteri, Malaysia

1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK. Perdana Menteri, Malaysia PRAKATA Pelbagai inisiatif telah diambil Kerajaan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Selain tumpuan mengukuhkan sektor ekonomi negara, Kerajaan turut menitik

More information

LAPORAN MENGENAI STATUS HAK KANAK-KANAK DI MALAYSIA OLEH CHILD RIGHTS COALITION MALAYSIA DISEMBER

LAPORAN MENGENAI STATUS HAK KANAK-KANAK DI MALAYSIA OLEH CHILD RIGHTS COALITION MALAYSIA DISEMBER LAPORAN MENGENAI STATUS HAK KANAK-KANAK DI MALAYSIA OLEH CHILD RIGHTS COALITION MALAYSIA DISEMBER 2012 CHILD RIGHTS COALITION MALAYSIA Pada tarikh laporan ini, Child Rights Coalition Malaysia terdiri daripada

More information

AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN KEBERKESANAN KAEDAH PENILAIAN KATA HUBUNG BAHASA MELAYU MELALUI INTERNET BERBANDING KAEDAH KONVENSIONAL MURID TAHUN ENAM SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PANJANG KUALA TERENGGANU AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR

More information

DJabatan Perkhidmatan Awam merupakan agensi

DJabatan Perkhidmatan Awam merupakan agensi B i l. 3 / 2 0 1 0 SEPTEMBER - DISEMBER ISSN NO.: 2229-8215 hrmis membantu membentuk perjawatan sektor awam dengan efektif DJabatan Perkhidmatan Awam merupakan agensi pusat yang bertanggungjawab untuk

More information

Membangun Sistem Pemberian Amaran Awal: Lista de comprobación. Persidangan Antarabangsa Ketiga mengenai Pemberian Amaran Awal

Membangun Sistem Pemberian Amaran Awal: Lista de comprobación. Persidangan Antarabangsa Ketiga mengenai Pemberian Amaran Awal Persidangan Antarabangsa Ketiga mengenai Pemberian Amaran Awal Dari konsep kepada tindakan 27-29 March 2006 Bonn, Germany Membangun Sistem Pemberian Amaran Awal: Lista de comprobación PENDAHULUAN Amaran

More information

KAJIAN TERHADAP PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM TINGKAH LAKU MEMBELI DI KALANGAN PENNGUNA: KAJIAN KES DI JOHOR BAHRU.

KAJIAN TERHADAP PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM TINGKAH LAKU MEMBELI DI KALANGAN PENNGUNA: KAJIAN KES DI JOHOR BAHRU. VOT 71897 KAJIAN TERHADAP PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM TINGKAH LAKU MEMBELI DI KALANGAN PENNGUNA: KAJIAN KES DI JOHOR BAHRU. (AN INVESTIGATION OF DECISION-MAKING PROCESS IN CONSUMERS PURCHASING BEHAVIOR:

More information

Bab 7 Membanteras rasuah

Bab 7 Membanteras rasuah Bab 7 Membanteras rasuah 141 Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan Bab 7 : Membanteras rasuah Kedudukan rasuah Malaysia, menurut Transparency International, telah jatuh ke tangga ke-56 pada tahun

More information

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009, 7 Mei 2009, UTHM

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009, 7 Mei 2009, UTHM Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009, 7 Mei 2009, UTHM HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI TIGA BUAH SEKOLAH RENDAH DI SEREMBAN. 1 Raziah bte Mansor

More information

Bab 14: Transformasi Bidang Pendidikan sebagai Engin Pembangunan

Bab 14: Transformasi Bidang Pendidikan sebagai Engin Pembangunan 14 bab Pendidikan Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 517 Bab 14: Transformasi Bidang Pendidikan sebagai Engin Pembangunan Pada tahun 2009, Kerajaan telah memperkenalkan agenda NKRA Pendidikan

More information

Vol. 37 Jun 2011. jurnal KEBAJIKAN MASYARAKAT SOCIAL WELFARE JOURNAL

Vol. 37 Jun 2011. jurnal KEBAJIKAN MASYARAKAT SOCIAL WELFARE JOURNAL Vol. 37 Jun 2011 jurnal KEBAJIKAN MASYARAKAT SOCIAL WELFARE JOURNAL jurnal KEBAJIKAN MASYARAKAT SOCIAL WELFARE JOURNAL LEMBAGA PENGARAH Penasihat Tuan Haji Hadzir Md. Zain Ketua Pengarang Cik Norani Bt.

More information

bab 1 Dasar Model Ekonomi Baru

bab 1 Dasar Model Ekonomi Baru bab 1 Dasar Model Ekonomi Baru Program Transformasi Ekonomi Hala Tuju Untuk Malaysia 63 Bab 1: Dasar Model Ekonomi Baru Malaysia telah mencapai kemajuan besar dalam pembangunan ekonomi dan sosial yang

More information

PANDUAN MENGENAI BIDANG KUASA MENTERI & PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA

PANDUAN MENGENAI BIDANG KUASA MENTERI & PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA PANDUAN MENGENAI BIDANG KUASA MENTERI & PEGAWAI PENGAWAL KEMENTERIAN KERJA RAYA i Cetakan Pertama 2008 Kementerian Kerja Raya Hak Cipta Terpelihara. Buku Panduan Bidang Kuasa Menteri Kerja Raya dan Pegawai

More information

ekonomi dan daya saing negara. Pendekatan ini berteraskan kepada dua objektif:

ekonomi dan daya saing negara. Pendekatan ini berteraskan kepada dua objektif: 142 Dasar ekonomi yang dilaksana berteraskan falsafah pertumbuhan dengan pengagihan telah mempamerkan prestasi ekonomi yang cemerlang selama empat dekad yang lalu. Ini telah menghasilkan pengurangan kemiskinan

More information

Cetakan Pertama Disember 2004 Cetakan Kedua Januari 2007 Cetakan Ketiga Mac 2012

Cetakan Pertama Disember 2004 Cetakan Kedua Januari 2007 Cetakan Ketiga Mac 2012 Cetakan Pertama Disember 2004 Cetakan Kedua Januari 2007 Cetakan Ketiga Mac 2012 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini

More information

DASAR KESELAMATAN ICT JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC) JABATAN PERDANA MENTERI MEI 2012

DASAR KESELAMATAN ICT JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC) JABATAN PERDANA MENTERI MEI 2012 DASAR KESELAMATAN ICT JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC) JABATAN PERDANA MENTERI MEI 2012 Versi 2.0 SEJARAH DOKUMEN TARIKH VERSI KELULUSAN TARIKH KUATKUASA 10/2008 1.0 2008 05/2012 2.0 2012 RUJUKAN SEMAKAN TARIKH

More information

KEBERKESANAN NYANYIAN MELODI RIA UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT NAMA 10 MALAIKAT BAGI MURID TAHUN 2 DELIMA SK KAMPUNG GEMUROH

KEBERKESANAN NYANYIAN MELODI RIA UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT NAMA 10 MALAIKAT BAGI MURID TAHUN 2 DELIMA SK KAMPUNG GEMUROH KEBERKESANAN NYANYIAN MELODI RIA UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT NAMA 10 MALAIKAT BAGI MURID TAHUN 2 DELIMA SK KAMPUNG GEMUROH MOHD IZZUDDIN AKMAL BIN RUSMIN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO

More information

Pengenalan dan Mekanisme Pelaksanaan HRMIS PENDAHULUAN

Pengenalan dan Mekanisme Pelaksanaan HRMIS PENDAHULUAN PENDAHULUAN 1. Kerajaan komited untuk mempertingkatkan keberkesanan dan kecekapan Pengurusan Sumber Manusia (PSM) menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkini melalui pembangunan Aplikasi

More information

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidiikan PKPGB 2008, 16 Oktober 2008, UTHM.

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidiikan PKPGB 2008, 16 Oktober 2008, UTHM. 1 Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidiikan PKPGB 2008, 16 Oktober 2008, UTHM. PERSEPSI GURU TERHADAP HUBUNGAN PIHAK SEKOLAH DENGAN IBU BAPA: PROPOSAL Zainon Bt Omar Ahmad Bin Esa Fakulti Pendidikan

More information

DASAR KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (DKICT) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

DASAR KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (DKICT) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar DASAR KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (DKICT) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Diterbitkan oleh: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Bahagian Pengurusan Maklumat Aras 4 & 5,

More information

PENDIDIKAN BUKAN FORMAL (PBF) DI MALAYSIA: CABARAN DAN HALA TUJU WAWASAN 2020

PENDIDIKAN BUKAN FORMAL (PBF) DI MALAYSIA: CABARAN DAN HALA TUJU WAWASAN 2020 PENDIDIKAN BUKAN FORMAL (PBF) DI MALAYSIA: CABARAN DAN HALA TUJU WAWASAN 2020 Mohd. Azhar Abd. Hamid Muhammed Fauzi Othman Zainudin Hassan Othman A. Kassim Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia

More information