BAB 3 SEMANTIK: PERLUASAN, PENYEMPITAN DAN PERUBAHAN MAKNA



Similar documents
Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

Kalkulus Fungsi Dua Peubah atau Lebih

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

OCBC GREAT EASTERN CO-BRAND CARD FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) REBATE FEATURES, INTEREST FREE AUTO INSTALMENT PAYMENT PLAN (AUTO-IPP) AND BENEFITS

STRESS EFFECT STUDY ON 6 DIFFERENT PATTERN OF TYRES FOR SIZE 175/70 R13 SYAHRIL AZEEM ONG BIN HAJI MALIKI ONG. for the award of the degree of

Penterjemahan Bentuk Panggilan Terpilih di dalam OALD

KEPERLUAN DALAM PENDIDIKAN MORAL UNTUK MENGHADAPI CABARAN ERA PASCA MODENISME.

Katakunci : kadar denyutan jantung, tahap dehidrasi, atlet larian jarak dekat

K-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CURRENT TRENDS AND PRACTICES IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT: A CASE STUDY IN YTL POWER SERVICES SDN. BHD.

How To Learn To Learn From A Computer

DVD COVERS: A STUDY OF SEMIOTIC. I Putu Agus Tira Andika. Non-regular Program English Department Faculty of Letters and Culture Udayana.

6 PENGERTIAN KONSEP KENDIRI

BAB EMPAT METODOLOGI KAJIAN

A STUDY OF SECURITY LIMITATIONS IN VIRTUAL LOCAL AREA NETWORK IMPLEMENTATION

KONSEP PEMBELAJARAN Ahmad Johari Sihes

TAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH

SPA BEAUTY MANAGEMENT SYSTEM NAJIHAH BINTI RUSSLI

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

2 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN Zainuddin Abu Bakar

PRODUCTIVITY IMPROVEMENT VIA SIMULATION METHOD (MANUFACTURING INDUSTRY) HASBULLAH BIN MAT ISA

SUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK: SEJAUHMANAKAH HUBUNGAN INI RELEVAN?

Sejarah dan Asal-usul Bahasa Arab: Satu Kajian Linguistik Sejarawi

Katakunci : penilaian kokurikulum

DEVELOP AND DESIGN SHEMATIC DIAGRAM AND MECHANISM ON ONE SEATER DRAG BUGGY MUHAMMAD IBRAHIM B MD NUJID

World Conference on Islamic thought, 11 dan 12 September 2012, Kinta Riverfront Hotel, Ipoh.

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

IMPACT OF SELF-CORRECTION ON EXTROVERT AND INTROVERT STUDENTS IN THE EFL WRITING PROGRESS REZA HAJIMOHAMMADI

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK HAMIDAH ABDUL RAHMAN (P) NORLIN AHMAD SHAH ROLLAH ABDUL WAHAB

Kata kunci: kesihatan mental; pengetahuan; sosio-demografi; kempen komunikasi ABSTRACT

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

Teori Kepemimpinan: Teori Trait dan Tingkahlaku. Dr. Foo Say Fooi

TEORI PEMBELAJARAN Ahmad Johari Sihes

HUBUNGAN TEKANAN KERJA TERHADAP PRESTASI PEKERJA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

TOPIK 1 Konsep Pengukuran dan Skala Pengukuran

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

Page 1 of 1. Page 2 of 2 % &! " '! ( ' ( $) * +, - % -. !" # $

PROGRESSIVE INSURANCE BHD (19002-P)

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran

JOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING. A thesis submitted in partial fulfillment of. the requirements for the award of the degree of

Manpower Planning Utilizing Work Study at Data Storage Manufacturing Company

PENERAPAN TEORI SEMANTIK DAN KOMUNIKATIF DALAM MENTERJEMAHLAN LEKSIKAL LA DAN DERIVASINYA DALAM AL-QURAN

Universiti Kuala Lumpur Kampus Kota MALAYSIAN INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY 1016, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur

Katakunci : kefahaman murid, konsep jirim

KAJIAN PUNCA, RISIKO MEROKOK DAN SUMBANGAN MEROKOK TERHADAP PENAGIHAN BAHAN. SATU KAJIAN DI PUSAT GIAT MARA BUKIT PAYONG, MARANG, TRENGGANU

CORAK KOMUNIKASI KELUARGA DALAM KALANGAN KELUARGA MELAYU DI TERENGGANU

TEORI PSIKOLOGI Azizi Yahaya & Faizah Idris Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan

PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM ILMU PENDIDIKAN DI MAKTAB PERGURUAN, TAHUN 1957 HINGGA1986

DEPARTMENT OF ESTATE -MANAGEMENT FACULTY OF ARCHITECTURE, PLANNING AND SURVEYING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Student Application Form

This brochure is prepared in consultation with MUIS Risalah ini disiapkan dengan kerjasama MUIS

Dimensi Amalan Etika Profesion

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE NATURE OF HUMAN RESOURCE MANAGEMENT AND ORGANIZATIONAL CHANGE IN MALAYSIAN SMALL AND MEDIUM SIZED ENTERPRISES (SMES)

Maybank One Personal Saver and Flexi Saver Plan

STRUKTUR, STRATEGI DAN PRESTASI PENGURUSAN FASILITI

Student Application Form

CLIENT SERVER APPLICATION FOR SERVER FARM PERFORMANCE MONITORING ABDIRASHID HASSAN ABDI

BIOMECHANICS AND MEASUREMENT ON ARCHERY ATHLETE: BALANCING BODY POSTURE

PENGHARGAAN. Ribuan terima kasih kepada Dr. Soib Taib selaku penyelia projek ini yang banyak membimbing serta memberi nasihat sepanjang projek ini.

DEVELOPMENT OF SCHEDULING SYSTEM FOR STAMPING DIE PRODUCTION USING SIMULATION DISPATCH APPROACH

HOME ALARM SYSTEM USING DETECTOR SENSOR MD KHAIRUL AMRI B MD ZAIN

MASTER S PROJECT REPORT SUMMARY

ii) 9 months Plan - Interest Rate at 0.75% per month The minimum transfer amount is RM1,000 and maximum is subject to Cardmember

Katakunci : faktor, pemilihan bidang keusahawanan

How To Get A Job At A Bank

(c) the offer is not applicable to kids below 12 years ticket at TGV and Children ticket at GSC;

EXPERIMENTAL ANALYSIS OF PASSIVE BANDWIDTH ESTIMATION TOOL FOR MULTIPLE HOP WIRELESS NETWORKS NURUL AMIRAH BINTI ABDULLAH

Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Ilmu Faraid

Note on the Application Form for the JICA Training and Dialogue Program

Katakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0. Pengenalan

Katakunci : kecergasan kardiovaskular, daya tahan otot kaki, latihan simulasi haji dan umrah.

LEARNING MANAGEMENT SYSTEM(LMS) AND COURSE MANAGEMENT SYSTEM(CMS)

Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan

Keperluan Latihan Berbentuk Kursus Untuk Guru Besar Lokman Bin Mohd. Tahir & Chua Lay Kah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti

PENCAPAIAN HOSPITAL PERFORMANCE INDICATOR FOR ACCOUNTABILITY (HPIA) No Indikator Standard Julai - Disember 2015

SWAY REDUCTION ON GANTRY CRANE SYSTEM USING DELAYED FEEDBACK SIGNAL (DFS) NORASHID BIN IDRUS

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Januari 2014, Bil. 2 Isu 1

Terms & Conditions (Balance Transfer Programme)

PROFITABILITY ANALYSIS

Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor.

GLOBAL SYSTEM FOR MOBILE COMMUNICATION (GSM) KIT FOR VEHICLE S ALARM SYSTEM NIK MOHD KHAIRULFAHMI BIN NIK MAT

PERIBAHASA MELAYU DAN PERIBAHASA TAMIL DARI ASPEK SOSIAL (SOCIAL ASPECTS IN MALAY AND TAMIL PROVERBS)

IN THE COURT OF APPEAL OF MALAYSIA (APPELLATE JURISDICTION) THE PALACE OF JUSTICE CIVIL APPEAL NO. P /2012. Appellant

Terms & Conditions Cash Rebate MasterCard

Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): HASNAH TORAN, MOHD. HANAFI MOHD. YASIN, MOHD. MOKHTAR TAHAR & NORANI SALLEH

Transcription:

BAB 3 SEMANTIK: PERLUASAN, PENYEMPITAN DAN PERUBAHAN MAKNA 3.0. Pengenalan Bab ini akan membincangkan mengenai aspek yang akan digunakan dalam kajian tesis ini. Analisis data yang dilakukan dalam bab keempat nanti adalah berdasarkan kajian semantik yang dilakukan ke atas data yang telah dikeluarkan. Aspek ketepatan makna kata yang diserap berbanding makna asal dilihat melalui perluasan, penyempitan atau perubahan makna yang berlaku pada kata yang dikaji. Kajian semantik yang digunakan dalam analisis data adalah berdasarkan ilmu semantik yang dipelajari dalam bahasa Melayu kerana dalam bahasa Arab ilmu semantik dipelajari dalam ilmu Balaghah. Ilmu semantik disebut sebagai ilmu dilalah di dalam bahasa Arab. Definisi mengikut sarjana bidang semantik dipetik untuk dijadikan panduan terhadap bidang ilmu yang dibincangkan dalam kajian ini. 32

3.1. Semantik Semantik adalah suatu bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Melalui kata manusia mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian. Semakin banyak kata dikuasai oleh seseorang, semakin banyaklah idea yang mampu diungkapkannya baik yang tersirat mahupun yang tersurat. Perkataan semantik sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani iaitu sema yang bermaksud menunjukkan sesuatu sign sebagai satu istilah yang khusus bagi salah satu bidang linguistik yang mengkaji tentang makna. Perkataan ini mula digunakan oleh Michel Breal seorang ahli Filologi Perancis pada tahun 1883. Menurut John Lyons (1993) bidang semantik akhirnya menjadi panduan yang praktik yang dapat dilihat terutamanya dalam bidang perkamusan dan peristilahan sepanjang zaman bukan sahaja di barat bahkan juga di seluruh dunia yang mengkaji bahasa. Sungguhpun begitu, bidang kajian semantik ini agak diabaikan dalam kajian linguistik moden disebabkan oleh perasaan sangsi sama ada makna itu boleh dikaji secara objektif atau tidak. Berdasarkan Richards et al. (1989) 14, semantik ialah kajian tentang makna, iaitu apa yang diekspresikan oleh sesuatu bahasa mengenai dunia yang tempat kita hidup ataupun sebarang dunia kemungkinan ataupun dunia imaginasi, yang merujuk kepada analisis terhadap kata, frasa, atau ayat 14 Richards, J., Platt J. & Weber H., 1989. Longman Dictionary of Applied Linguistics. Hlmn 172. 33

Menurut Dany A. Kwary, kajian semantik membahaskan mengenai makna bahasa. Analisis makna dalam hal ini mulai dari suku kata hingga ayat. Analisis semantik mampu menunjukkan bahawa dalam bahasa Inggeris, setiap kata yang memiliki suku kata pl memiliki erti sesuatu yang datar sehingga tidak sesuai untuk nama produk/benda yang cekung. Ahli semantik juga dapat membuktikan suku kata apa yang cenderung memiliki makna yang negatif, sehingga suku kata tersebut seharusnya tidak digunakan sebagai nama produk insurans. Bidang semantik jika dikaitkan dengan bidang yang lain, ia akan membawa pengertian yang berbeza-beza. Sebagai contoh, dalam bidang linguistik, semantik dianggap kajian tentang makna dalam bahasa, manakala dalam bidang logik (mantiq), ia dianggap sebagai rujukan linguistik atau denotasi dalam bahasa. Bidang-bidang lain pula, seperti falsafah, psikologi, dan sains komputer, kerap meninjau pengertian daripada kedua-dua makna. 15 Jelas di sini bahawa kajian makna menjadi fokus utama dalam semantik. Sebelum penjelasan tentang semantik ini dilanjutkan, ada beberapa pendapat dan teori pakar bahasa mengenai makna yang perlu diambil maklum. Menurut Anton M. Moeliono dan rakan-rakan, makna adalah; pertama, Erti, seperti dalam kalimat ia memperhatikan makna yang terdapat dalam tulisan kuno itu, Kedua, Maksud pembicara atau penulis, dan ketiga, Pengertian yang diberikan kepada suatu bentuk kebahasaan. 15 Adrian Akmajian, et.al.1995. Linguistics: An Introduction to Language and Communication. 34

Dalam kajian linguistik makna adalah salah satu persoalan yang dapat dikaji secara mendalam. Penyelidikan makna dalam kajian linguistik disebut dengan semantik. Dengan demikian, semantik merupakan bahagian penting dalam linguistik. Semantik menurut J.W.M. Verhaar ialah teori makna atau teori erti. Begitu juga dengan J. D. Parera yang mengemukakan bahawa semantik adalah ilmu tentang makna. John Lyons pula mendefinisikan semantik dengan penyelidikan makna. Umar Mukhtar, 1982, dalam kitabnya ilmu dilālah telah mendefinisikan semantik seperti berikut: Semantik adalah kajian tentang makna atau ilmu yang mempelajari tentang makna atau merupakan cabang linguistik yang mengkaji tentang teori manusia. 3.2. Peluasan Makna Perubahan pengalaman dan budaya, konteks dan pengetahuan boleh meluaskan, menyempitkan juga mengubah makna sesuatu kata. 16 Menurut ChaerP15F P, apa yang dimaksudkan dengan penambahan atau peluasan makna adalah gejala yang terjadi pada sebuah kata atau leksem yang pada mulanya hanya memiliki satu makna, tetapi kemudian kerana pelbagai faktor memiliki maknamakna lain. Contoh bentuk peluasan makna menurut Chaer adalah kata saudara, pada mulanya bermakna seperut atau sekandung kemudian berkembang maknanya menjadi siapa sahaja yang sepertalian darah, akibatnya anak kepada adik-beradik ibu 16 Abdul Chaer. 2003. Linguistik Umum. 35

atau bapa pun disebut saudara, dan lagi siapa pun yang mempunyai asal-usul yang sama juga disebut saudara. Bahkan kini siapa pun dapat disebut saudara, seperti saudara seagama dan saudara seislam. 3.3. Penyempitan Makna Penyempitan makna adalah gejala yang terjadi pada sebuah kata yang pada mulanya memiliki makna yang cukup luas, kemudian berubah menjadi terbatas. Seperti kata dai dalam bahasa Arab. Kata ini mempunyai makna yang banyak antaranya, orang yang menjemput, orang yang berdoa, orang yang menyebarkan dakwah dan berbagai-bagai lagi. Tetapi kata ini telah disempitkan maknanya dalam bahasa Melayu iaitu pendakwah sahaja dan tiada makna lain. Keperluan penutur Melayu terhadap kata ini hanya yang membawa maksud pendakwah sahaja menyebabkan makna-makna lain tidak diterima apabila kata ini diserap dalam bahasa Melayu. 3.4. Pemindahan Makna Pemindahan makna bermaksud penggantian makna secara total daripada maksud kata asalnya. Walaupun sebenarnya makna yang baru itu mempunyai kaitan dengan makna asal kata yang dipinjam. Sebagai contoh kata gapura yang bermaksud pintu gerbang berbanding makna sebenarnya dalam bahasa Arab ghafura yang bermaksud Maha Pengampun. Asal-usul perubahan maksud kata ini kononnya pada zaman Wali Songo di Jawa mempercayai bahawa sesiapa yang melepasi satu gerbang untuk ke Masjid Demak, dengan sendirinya mendapat pengampunan segala dosanya atas agama yang dianuti sebelumnya. 36

Di samping itu, menurut Ullman 17, bahawa antara penyebab perubahan makna itu adalah kerana pengaruh bahasa asing. Contohnya dalam bahasa Inggeris paper bermakna kertas namun dalam bahasa Melayu masa kini kata paper sering diertikan dengan karya ilmiah yang bakal dibentangkan dalam mana-mana seminar atau perbincangan atau mesyuarat. 3.5. Penutup Penyempitan, perluasan atau penyimpangan makna biasa berlaku kepada kata yang dipinjam daripada bahasa asing. Kata yang dipinjam disesuaikan dengan keperluan, tempat, suasana serta budaya sesebuah masyarakat. Oleh sebab itu apa pun makna yang difahami terhadap kata serapan asing yang digunakan dalam masyarakat, itulah makna yang diperlukan. 17 Pateda, Mansoer. 2001. Semantik Leksikal. 37