KURSUS PEMANTAPAN AUDIT MS ISO 9001:2008 UPM
MAKLUM BALAS PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN UPM Oleh: Laila Hassan Bahagian Jaminan Kualiti UPM Pejabat Pendaftar 25 Mei 2011
Klausa 8.2.2 MS ISO 9001:2008 Kaedah Audit Semakan dokumen dan rekod (Jadual Audit, Nota Audit, Laporan Audit) Temubual Juruaudit Dalaman dan Ketua Juruaudit/Penyelaras Audit Dalaman Semakan rekod latihan dan modul latihan audit dalaman
Penemuan Ketidakpatuhan dan Peluang Penambahbaikan TAHUN KLAUSA NCR OFi 2009-2010 8.2.2 3 31
Penemuan Ketidakpatuhan (NCR) 1 Tindakan pembetulan yang dikenalpasti di dalam Borang Ketidakpatuhan tidak memastikan tindakan untuk menghapuskan katidakpatuhan dan sebab-sebabnya diambil dengan kadar segera. Punca penyebab Kadar segera Pembetulan vs Tindakan Pembetulan
Penemuan Ketidakpatuhan (NCR) 2 Pelaporan pengesahan keberkesanan tindakan pembetulan tidak dilaksanakan dengan jelas/tiada bukti keberkesanan tindakan pembetulan. Contoh : Penutupan ketidakpatuhan tidak direkod dengan mencukupi. Pengesahan keberkesanan Bukti yang objektif
Penemuan Ketidakpatuhan (NCR) 3 Audit dalaman tidak dilaksanakan secara berkesan serta tidak mengikut keperluan-keperluan Sistem Pengurusan Kualiti yang diwujudkan. Borang Nota Audit Dalaman - nama, tandatangan Juruaudit dan tarikh tidak direkodkan. Borang Ringkasan Audit Dalaman Ketua Kumpulan dan Ketua Juruaudit Dalaman tidak tandatangan borang tersebut.
Penemuan Peluang Penambahbaikan Bil. Penambahbaikan 1. Pengetahuan yang kurang atas keperluan standard MS ISO 9001:2008. Klausa yang kurang tepat diguna untuk beberapa ketidakpatuhan. Lebih daripada satu klausa MS ISO 9001:2008 diguna untuk satu penemuan. 2. Audit dilaksanakan fokus kepada kepatuhan pada prosedur sahaja dan bukan pada penentuan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti. Bukti audit dilaksanakan berdasarkan proses.
Penemuan Peluang Penambahbaikan Bil. Penambahbaikan 3. Nota terlalu ringkas dan tidak mencatat rekod serta sample yang diambil dan klausa yang diaudit. 4. Nota audit merekod ketidakpatuhan yang ditemui semasa audit dan bukan pada pemerhatian yang dibuat pada audit (rekod kelemahan sahaja dan tiada rekod kekuatan).
Penemuan Peluang Penambahbaikan Bil. Penambahbaikan 5. Beberapa ketidakpatuhan dikategorikan sebagai peluang penambahbaikan. Dengan itu tindakan pembetulan tidak dilaksanakan untuk menghindar ketidakpatuhan berulang. 6. Beberapa klausa, tiada bukti diaudit contoh klausa 8.2.3, 8.2.4, 8.4.
Penemuan Peluang Penambahbaikan Bil. Penambahbaikan 7. Terdapat beberapa Juruaudit yang tidak menyediakan nota audit/senarai semak. 8. Tatacara pengauditan audit dalaman didapati tidak menyeluruh pada semua proses yang berkenaan dalam organisasi. 9. Tidak mengikut prosedur audit dalaman. Tidak menggunakan borang Laporan Ketidakpatuhan, penemuan audit tidak dibawa ke Mesyuarat Semakan Pengurusan.
Penemuan Peluang Penambahbaikan Bil. Penambahbaikan 10. Penulisan ketidakpatuhan tidak jelas pada Borang Ketidakpatuhan. 11. Auditee telah mengenalpasti punca berlakunya ketidakpatuhan, tetapi tindakan pembetulan yang dilaksanakan, tidak bertepatan dengan punca berlakunya ketidakpatuhan tersebut, yang telah dikenalpasti sebelumnya.
Penemuan Peluang Penambahbaikan Bil. Penambahbaikan 12. Kompetensi Juruaudit boleh dipertingkatkan dalam perkara berikut:- a. penulisan nota audit b. penentuan klausa yang tepat c. pengesahan punca penyebab ketidakpatuhan d. pengesahan keberkesanan tindakan pembetulan e. perbezaan antara pembetulan dan tindakan pembetulan. f. menentukan bukti yang objektif sebelum penutupan NCR dilaksanakan.
Penemuan Peluang Penambahbaikan Bil. Penambahbaikan 13. Audit yang dilaksanakan tidak merangkumi proses yang terdapat dalam jadual audit dalaman.
Sekian, Terima Kasih