TEKNOLOGI VIDEO DIGITAL PENGENALAN KEPADA VIDEO ANALOG Jabatan Multimedia Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
VIDEO ANALOG & VIDEO DIGITAL Video Analog merujuk kepada hasil dari industri televisyen dan yang demikian kualitinya adalah berdasarkan standard televisyen. Video Digital pula merujuk kepada hasil dari teknologi komputer dan yang demikian ianya menggunakan standard atau kualiti dalam format digital. 2
PENGENALAN Pada peringkat awal, penghantaran isyarat atau signal video adalah secara analog. Dalam proses tersebut, setiap kerangka atau frame video diwakili oleh signal atau denyutan elektrik yang berubah-ubah (fluctuating voltage signal). Ia juga sering dikenali sebagai gelombang analog ataupun "analog waveform". 3
PENGENALAN Video analog sering ditemui serta digunakan di dalam kehidupan seharian sejak dahulu lagi. Ianya boleh diperolehi dari pelbagai sumber seperti pemain cakera video, pita video ataupun terus menerusi siaran televisyen. Media sebaran yang utama : VHS, SVHS, BetaMax, BetaCam, Umatic, Hi-8 4
FORMAT VIDEO ANALOG Secara amnya, terdapat dua format atau jenis video analog : Komposit (Composite) dan Komponen (Component). Video Komposit menggabungkan semua komponen yang berkaitan seperti kecerahan imej, warna, maklumat berkaitan dengan pensetaraan audio dan video dan sebagainya di dalam satu signal atau isyarat. 5
FORMAT VIDEO ANALOG Video Komposit menggabungkan semua komponen yang berkaitan seperti kecerahan imej, warna, maklumat berkaitan dengan pensetaraan audio dan video dan sebagainya di dalam satu signal atau isyarat. Masalah atau kesan : kecairan warna, gambar yang kurang jelas dan juga kejatuhan kualiti apabila sering digunakan ataupun apabila disimpan dalam satu tempoh masa yang lama 6
FORMAT VIDEO ANALOG Video Komponen video analog dengan format komponen semakin popular digunakan bagi mengatasi kelemahan video komposit. Ia memisahkan setiap komponen video kepada signal yang tersendiri. Ini menjanjikan paparan video yang lebih berkualiti. Sebagai contoh, signal berkaitan dengan warna akan diasingkan dari signal berkaitan dengan tahap kecerahan atau luminance sesuatu paparan. 7
PIAWAIAN VIDEO ANALOG Video analog biasanya disimpan dalam format-format yang khas dan biasanya ia berbeza dari sebuah negara dengan negara yang lain. PAL (Phase Alternating Line) dan NTSC (National televisyen System, Committee) merupakan dua piawaian utama bagi video analog. 8
PIAWAIAN VIDEO ANALOG PAL merupakan piawaian yang digunakan di Eropah dan negara Komanwel manakala NTSC pula sering digunakan di negara Amerika. Kedua-dua piawaian ini adalah inter-convertible, tetapi biasanya proses pertukaran ini akan mengurangkan kualitinya. Ia juga memerlukan kos yang agak tinggi. 9
PIAWAIAN VIDEO ANALOG NTSC (National Television Systems Committee) Mula dibangunkan di USA. Piawaian yang paling awal wujud, maka penggunaannya amatlah meluas berbanding dengan piawaian lain. Contoh negeri yang menggunakan NTSC : US, Jepun, Kanada, Mexico, Taiwan dan Peru. 10
PIAWAIAN VIDEO ANALOG NTSC (National Television Systems Committee) Frame Rate : 60 Hz atau 60 medan persaat = 30 fps atau 29.97 fps Frekuensi Warna (signal yang membawa maklumat berkaitan dengan warna) : 3.58 MHz Garisan Horizontal : 525 lines per frame 11
PIAWAIAN VIDEO ANALOG Sistem PAL (Phase Alternating Line) Di bangunkan oleh W.Brunch (Telefuken) pada tahun 1963. Sebahagian Eropah barat dan negara Komanwel menggunakan sistem ini. Contoh negara lain yang menggunakan PAL : Malaysia, UK, Indonesia, China, India, Australia, Hong Kong dan Jerman Barat. 12
PIAWAIAN VIDEO ANALOG Sistem PAL (Phase Alternating Line) Frame Rate : 50 Hz atau 50 medan persaat = 25 fps Frekuensi Warna (signal yang membawa maklumat berkaitan dengan warna) : 4.43 MHz Garisan Horizontal : 625 lines per frame 13
PIAWAIAN VIDEO ANALOG Sistem SECAM (Sequential Colour and Memory ) Merupakan piawaian television yang digunakan di Perancis, Asia Barat & di bahagian timur Eropah. Hampir sama dengan PAL cuma berbeza sepenuhnya dari aspek teknik yang digunakan semasa proses pemindahan warna. 14
RUJUKAN Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2000), Pengenalan Kepada Multimedia, Venton Publishing : Kuala Lumpur. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003), Multimedia dalam Pendidikan, PTS Publications: Bentong. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2005), Multimedia: Dari Konsep kepada Praktis, Venton Publishing : Kuala Lumpur. 15