Tinjauan Perlaksanaan Pembelajaran Berkumpulan Di Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Di Johor Bahru
|
|
- Preston Miller
- 7 years ago
- Views:
Transcription
1 Tinjauan Perlaksanaan Pembelajaran Berkumpulan Di Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Di Johor Bahru Khairulhelmi Katip Bazitah Abu Bakar dan Florence Fletcher Malia Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Abstrak Kajian ini bertujuan untuk meninjau penggunaan pendekatan pembelajaran berkumpulan ( Cooperative Learning Approach ) bagi pelajar-pelajar di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Johor Bahru. Kajian ini telah dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaran Prinsip Pengurusan. Seramai 31 orang pelajar lelaki dan perempuan telah dipilih untuk melaksanakan kajian ini. Keputusan kajian adalah berdasarkan jawapan daripada soal selidik yang telah diberi kepada pelajar. Analisa keputusan kajian menunjukkan kedua-dua golongan pelajar lelaki dan perempuan menggemari pendekatan kerjasama dalam pembelajaran (pembelajaran berkumpulan cooperative learning approach ) dalam menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi bagi sesuatu matapelajaran. Antara hasil kajian yang didapati menunjukkan pembelajaran berkumpulan adalah lebih efektif dan mempunyai kesan positif ke atas pelajar, terutamanya dalam meningkatkan kefahaman pelajar ke atas sesuatu matapelajaran. Justeru itu, kajian menunjukkan pendekatan kerjasama dalam pembelajaran berkumpulan untuk menyelesaikan masalah pembelajaran adalah sesuai di kalangan pelajar IPTS tersebut. PENGENALAN Pembelajaran berkumpulan adalah salah satu kaedah pembelajaran yang banyak ditekankan dewasa ini. Pembelajaran ini melibatkan perbincangan, penyelesaian masalah dan aktiviti lain yang dilaksanakan dalam kumpulan yang kecil atau secara berpasangan untuk mencapai matlamat bersama. Pembelajaran berkumpulan melibatkan pengawasan dan penggalakkan interaksi di kalangan pelajar berbanding dengan persaingan pembelajaran atau pembelajaran persendirian (Kagan, 1999). Sebahagian kaedah pembelajaran berkumpulan berorientasikan kepada penguasaan kemahiran asas dan pengetahuan seseorang. Sementara terdapat juga yang berorientasikan pelajar melengkapkan sesuatu projek yang sukar secara berkumpulan, yang menekankan kemahiran berfikir yang lebih kritis dan analitikal. Dalam pembelajaran berkumpulan, para pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri dan kumpulan (Gokhale, 1995). Dengan itu, setiap ahli kumpulan bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan dan komited dalam pembahagian tugas bagi memastikan tercapainya objektif pembelajaran. Elemen-elemen di dalam Muka surat 1/7
2 pembelajaran berkumpulan berupaya menjadikan pelajar lebih bermotivasi untuk belajar. Merujuk kepada teori perkembangan kognitif, Salvin (1996) berpendapat melalui perbincangan dan bertukar-tukar pendapat di dalam kumpulan pelajar dapat membantu mereka untuk menguasai konsep-konsep penting. Woolfolk (1995) mencadangkan situasi interaksi sesama pelajar adalah perlu untuk membantu proses berfikir pelajar. Menurut Panitz (1996) apabila pelajar diberi tanggungjawab untuk memastikan kejayaan kumpulan, mereka lebih berminat untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran dan berakhir dengan memikul lebih banyak tanggungjawab. Ini bukan sahaja menimbulkan sikap positif dalam pembelajaran bahkan ianya juga akan membentuk hubungan baik di antara ahli dalam pembelajaran bahkan ianya juga akan membentuk hubungan baik di kalangan ahli dalam kumpulan yang sama terutamanya kumpulan yang di mana di dalamnya terdapat perbezaan latarbelakang budaya dan sosio-ekonomi khususnya untuk pelajar di peringkat tertiary (pengajian atas) yang berbilang kaum di Malaysia. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui kaedah pembelajaran yang digunakan oleh para pelajar apabila menghadapi masalah dalam pembelajaran bagi sesuatu mata pelajaran. METODOLOGI Kajian dijalankan di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Johor Bahru. Institusi dipilih berdasarkan hubungan yang baik antara pihak pengurusan Institusi dengan penyelidik. Seramai 31 orang pelajar yang mengikuti matapelajaran Prinsip Pengurusan di institusi berkenaan telah terlibat sebagai subjek kajian. Pelajar terdiri daripada 12 orang pelajar lelaki dan 19 orang pelajar perempuan. Pemilihan responden adalah berdasarkan kepada bidang pelajaran yang memerlukan pelajar untuk mengingati, memahami dan menguasai konsep-konsep penting pelajaran serta memerlukan tindakan pelajar sekiranya berhadapan dengan masalah pembelajaran. Kaedah soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Soalan dalam borang soal selidik berlandaskan tiga (3) bentuk iaitu specific responses, checklist responses dan open-ended answers. Pelajar diberi masa selama 15 minit untuk menjawab soal selidik berikut yang merangkumi 15 soalan. Kaedah pengiraan yang digunakan adalah kaedah pengiraan frekuensi (FCM Frequency Count Method ). Dimana, x ialah bilangan pelajar memilih sesuatu kaedah manakala n pula mewakili jumlah keseluruhan pelajar yang terlibat dalam kajian ini. y mewakili peratusan yang diperolehi. x/n X 100 % = y % DAPATAN KAJIAN Jadual dibawah menunjukkan bilangan sampel lelaki dan perempuan yang terlibat sebagai subjek kajian. Responden terdiri daripada pelajar yang mengambil matapelajaran Prinsip Pengurusan. Melayari internet dan lain-lain hanya diwakili oleh sampel perempuan. Mendapatkan bantuan pensyarah, belajar secara berkumpulan dan membuat rujukan di perpustakaan terdiri daripada kedua-dua kumpulan jantina. Berdasarkan sampel kedua-dua kumpulan jantina ini tidak akan membiarkan masalah Muka surat 2/7
3 begitu sahaja jika menghadapi kesukaran dalam pembelajaran. Bilangan sampel adalah seramai 31 orang, iaitu 19 orang pelajar perempuan dan 12 orang pelajar lelaki. JADUAL 1 : TABURAN RESPONDEN KAJIAN Kaedah Pembelajaran Lelaki Perempuan Bilangan Bantuan Pensyarah Pembelajaran berkumpulan Rujukan di perpustakaan Melayari internet Membiarkan masalah Lain-lain Jumlah Melalui jawapan dari borang soal selidik yang dikutip, data-data berikut telah diperolehi; JADUAL 2 : MAKLUMAT DAPATAN BERDASARKAN BORANG SOAL SELIDIK. Kaedah Pembelajaran Lelaki Perempuan Bilangan Peratus (%) Bantuan Pensyarah Pembelajaran berkumpulan Rujukan di perpustakaan Melayari internet Membiarkan masalah Lain-lain Jumlah Melalui data yang diperolehi, didapati kebanyakan pelajar, iaitu 54.8% menggunakan kaedah pembelajaran berkumpulan untuk menyelesaikan masalah berkaitan sesuatu matapelajaran. Salvin (1995), berpendapat melalui perbincangan dan bertukar-tukar pendapat di dalam kumpulan pelajar dapat membantu mereka untuk menguasai konsepkonsep penting. Hasil data turut menunjukkan peratusan pelajar yang meminta bantuan pensyarah adalah 22.6%, 12.9% membuat rujukan di perpustakaan, melayari internet 6.5% dan lain-lain seperti pembelajaran secara bersendirian sebanyak 3.2%. Dapatan juga menunjukkan pelajar tidak membiarkan masalah mereka berlalu tanpa mencari jalan penyelesaian. Muka surat 3/7
4 JADUAL 3 : MAKLUMAT DAPATAN KAJIAN BERDASARKAN JANTINA. Kaedah Pembelajaran Bilangan Lelaki Peratus (%) Bilangan Perempuan Peratus (%) Bantuan Pensyarah Pembelajaran berkumpulan Rujukan di perpustakaan Melayari internet Membiarkan masalah Lain-lain Jumlah Merujuk kepada Jadual 3, tidak dinafikan bahawa pembelajaran berkumpulan adalah kaedah pembelajaran yang diminati oleh kedua-dua pelajar lelaki dan perempuan di IPTS tersebut. Walau bagaimanapun, peratusan pelajar lelaki yang melaksanakan pembelajaran berkumpulan mengatasi peratusan pelajar perempuan sebanyak lebih kurang 20%. Terdapat pelajar perempuan yang menggunakan kaedah pembelajaran secara internet, iaitu sebanyak 10.5% berbanding pelajar lelaki yang tidak langsung menggunakan kaedah tersebut. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan didapati 15.8% pelajar perempuan membuat rujukan ke perpustakaan bila menghadapi masalah dalam pembelajaran, sedangkan kaedah ini hanya melibatkan 8.3% pelajar lelaki sahaja. 5.3% pelajar perempuan memilih untuk belajar secara persendirian (lain-lain). PERBINCANGAN Pembelajaran berkumpulan adalah pembelajaran secara aktif yang memerlukan penglibatan dan kerjasama setiap pelajar di dalam kumpulan. Untuk menjayakan kaedah pembelajaran ini beberapa ciri-ciri telah dikenalpasti. Ianya adalah seperti berikut, Memerlukan sikap saling kebergantungan yang positif dikalangan ahli untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan. Setiap individu bertanggungjawab dalam menyelesaikan bahagian kerja masingmasing. Perlukan interaksi secara face to face. Ahli-ahli kumpulan perlu tahu menyesuaikan aplikasi kemahiran interpersonal, komunikasi, kepimpinan dan pengurusan konflik. Penilaian kumpulan secara kerap harus dilakukan untuk memperbaiki kelemahan dalam kumpulan dan meningkatkan kerjasama berkumpulan. Dari kajian yang dilaksanakan, didapati pembelajaran berkumpulan mempunyai lebih kesan positif ke atas pelajar yang menggunakan kaedah ini untuk menyelesaikan masalah pembelajaran mereka. Di antara kesan-kesan yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut, Pelajar dapat mengeluarkan idea-idea baru berkenaan masalah yang mereka hadapi dalam sesuatu matapelajaran. Mengurangkan masalah ketidak fahaman mengenai sesuatu matapelajaran. Memberi peluang kepada pelajar berkongsi dan bertukar idea. Membantu pelajar berfikir secara analitikal dan kritis. Muka surat 4/7
5 Meningkatkan tahap keyakinan pelajar. Meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu matapelajaran. Walaupun mendatangkan kesan yang positif, terdapat sebahagian pelajar yang tidak berminat untuk menjalankan kaedah pembelajaran ini dengan alasan; Ia mengambil masa yang agak lama dan panjang. Kurang kerjasama ahli-ahli dalam kumpulan. Pelajar yang kurang kemampuan ( low ability ) akan ketinggalan. Berlaku dominasi atau penguasaan perbincangan oleh ahli-ahli tertentu (yang aktif). Terpaksa menerima kata putus majoriti. Wujud Free-riders di dalam kumpulan. Cadangan Berdasarkan maklumbalas yang diberikan oleh pelajar yang terlibat di dalam kajian, penyelidik telah menggariskan secara kasar aspek-aspek yang perlu diambil kira apabila ingin menggalakkan pelajar belajar secara berkumpulan. 1. Memperkenalkan pembelajaran berkumpulan kepada pelajar. Pelajar perlu didedahkan dengan teknik belajar secara berkumpulan di peringkat awal persekolahan lagi. Selain itu pelajar perlu diberi penerangan ringkas mengenai perjalanan aktiviti pembelajaran berkumpulan bagi membolehkan pelajar memainkan peranan sepenuhnya dalam perbincangan tersebut. 2. Aktiviti kerja berkumpulan. Semasa aktiviti kerja berkumpulan, setiap ahli kumpulan haruslah berperanan sepenuhnya dalam melaksanakan tugasan yang diberikan secara maksima untuk mendapatkan hasil yang efektif. Secara tidak langsung sebarang masalah yang timbul di dalam sesuatu kumpulan seperti ahli kumpulan yang tidak serasi, kurangnya kerjasama, ahli kumpulan membuat kerja secara individu atau hanya pelajar tertentu yang menguasai kumpulan dapat diatasi. 3. Pelajar mesti mempunyai kemahiran bersosial dan kemahiran kognitif. Pelajar perlu mempraktikkan kemahiran bersosial dan kemahiran kognitif di dalam kumpulan. Kemahiran sosial yang dimaksudkan adalah kemahiran mendengar, berkongsi dan memberi galakan yang digunakan ketika berinteraksi dengan individu lain sama ada secara lisan atau bukan lisan. Selain itu kemahiran sosial akan dipelajari secara tidak langsung semasa pelajar berinteraksi. Dengan adanya kemahiran bersosial dapat membantu mempercepatkan lagi proses penyesuaian sesama pelajar di dalam kumpulan yang terdiri daripada pelajar yang berbeza latar belakang dan wujud perbincangan dalam suasana yang harmoni. Kemahiran kognitif juga dikenali sebagai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Merujuk kepada keupayaan untuk memproses maklumat, menentukan hubungkait serta membuat kesimpulan dan keputusan. Kemahiran berfikir diperlukan kerana pelajar perlu membimbing dan dibimbing untuk melibatkan diri dengan proses berfikir tentang kandungan pelajaran pada tahap yang lebih Muka surat 5/7
6 tinggi (pelajar institusi pengajian tinggi misalnya). Kemahiran berfikir membantu pelajar melibatkan diri dalam perbincangan kumpulan secara lebih aktif sama ada sebagai pengajar atau sebagai orang yang diajar. 4. Pembentukan kumpulan pelajar. Bilangan optima yang dicadangkan ialah empat (4) orang yang mana membolehkan mereka berbincang secara berpasangan. Setiap kumpulan kecil adalah lebih baik sekiranya terdiri daripada pelajar yang berbeza etnik. Pelajar sendiri mengakui bahawa aktiviti berkumpulan memberi peluang kepada mereka untuk lebih mengenali rakan daripada etnik lain. Dalam masyarakat yang berbilang bangsa proses integrasi etnik perlu digalakkan memandangkan di dalam pergaulan mereka seharian, iaitu di luar masa kelas pelajar lebih senang berada di dalam kelompok etnik yang sama yang berkemungkinan tahap keupayaan kognitif mereka adalah hampir sama. Justeru itu, sesuatu kumpulan tersebut perlulah terdiri daripada pelajar yang berbeza tahap kebolehannya. Keupayaan kognitif seorang pelajar dapat ditingkatkan dengan bantuan rakan sebaya yang lebih berkebolehan (Woolfolk, 1995). Cadangan Untuk Kajian Lanjutan Kajian ini dijalankan di dalam situasi kelas yang terdiri daripada pelajar pelbagai tahap kebolehan dalam suatu subjek sahaja di IPTS, maka kajian lanjutan perlu dilakukan terutama bagi subjek-subjek yang sukar untuk dikuasai dalam pembelajaran secara individu. KESIMPULAN Maklum balas daripada responden merupakan maklumat yang sangat berguna bagi menilai kesesuaian sesuatu kaedah pembelajaran dilaksanakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar lebih cenderung untuk berbincang secara berkumpulan ketika menghadapi masalah dalam pembelajaran. Melalui pembelajaran secara berkumpulan akan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu matapelajaran. Ini secara tidak langsung berupaya meningkatkan pencapaian pelajar kerana dengan adanya interaksi sesama mereka menyebabkan berlakunya perubahan dalam kognitif pelajar. Di mana di dalam membincangkan teori perkembangan kognitif, Woolfolk (1995) mencadangkan situasi interaksi sesama pelajar adalah perlu untuk membantu proses berfikir pelajar. Teori penerangan kognitif menjelaskan bahawa melalui penerangan yang diberikan kepada rakan menyebabkan berlakunya proses penstrukturan kognitif yang mana ia membantu proses pengekalan maklumat. Banyak kajian telah menunjukkan, apabila pelajar digalakkan belajar secara berkumpulan atau bersama-sama, pengetahuan mereka dalam kemahiran perhubungan (sosial) akan meningkat dan mereka juga akan mampu menyelesaikan masalah secara berkumpulan. Disamping itu mereka juga akan saling bantu membantu dalam penyelesaian masalah. Muka surat 6/7
7 RUJUKAN Gokhale, A.A (1945). Collaborative Learning Enhances Critical Thinking. Journal of Technology Education. Hasmah Binti Din, (2000). Cooperative Learning Approach in English Essay Writing Task : UKM 3rd Year BA(ELS). Student s Perception Project Paper. B.Ed. Tesl, Universiti Kebangsaan Malaysia. Panitz, (1996). 67 Benefits of Cooperative Learning. Salvin, R.E. (1995). Cooperative learning among students: Theory, research and Implication for active learning. Salvin, R.E. (1996). Research on cooperative learning and achievement: what we know, what we need to know. Contemporary Education Educational Psychological, 21, Spencer Kagan, (1999). Cooperative Learning. Resources for Teachers, Inc. Woolfolk, A. E. (1995). Educational Psychology (6th Edition). Boston: Allyn & Bacon. Muka surat 7/7
A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS
A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS A master project submitted to the Graduate School in partial fulfillment of the requirements for the degree Master of Business Administration,
More informationSPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD
SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD A project report submitted in partial fulfillment of the requirements for the award of the degree of
More informationFRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS
FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS By AKRAM MOHAMMED ZEKI Thesis Submitted to the School of Graduate Studies, Universiti Putra Malaysia, in Fulfilment of the Requirements
More informationHow To Get A Job At A Bank
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Matapelajaran Analisis Nyata Pelajar Tahun Akhir SPT Dan SPM Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Mohd Nihra Haruzuan & Nurul Azilah Binti Ibrahim
More informationPENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK
PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK Noor Azlan bin Ahmad Zanzali & Nurdalina binti Daud Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
More informationKatakunci : kefahaman murid, konsep jirim
Kefahaman Murid Sekolah Rendah Terhadap Konsep Jirim Mohammad Yusof Bin Haji Arshad & Teoh Chin Keong Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti
More informationKatakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0. Pengenalan
Keberkesanan Kaedah Konstruktivisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian
More informationKatakunci : penilaian kokurikulum
Kajian Penilaian Kurikulum Pendidikan Matematik Dan Sains Universiti Teknologi Malaysia Mohini Bt. Mohamed & Fatmahanim Binti Mohammad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian
More informationTRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO
i TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO A dissertation submitted in partial fulfillment of the requirements for
More informationHow To Get A Better At Pengajaran
STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI: SATU ANJAKAN PARADIGMA Oleh Maria Chong Abdullah Samsilah Roslan Tajularipin Sulaiman Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia,
More informationHow To Learn To Learn From A Computer
47 1st International Malaysian Educational Technology Convention APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA: PENGUASAAN GURU DAN KEKANGAN DALAM PELAKSANAAN Yahya Othman, PhD, Roselan Baki, PhD Jabatan Pendidikan
More informationPENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL
PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL Yahya Bin Buntat & Amirudin Bin Yusof Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak:
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT MODI BIN LAKULU FSKTM 2012 23 KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE
More informationCORAK KOMUNIKASI KELUARGA DALAM KALANGAN KELUARGA MELAYU DI TERENGGANU
www.ukm.my/jhadhari The National University of Malaysia CORAK KOMUNIKASI KELUARGA DALAM KALANGAN KELUARGA MELAYU DI TERENGGANU (Patterns of Family Communication in Malay Families in Terengganu) CHE HASNIZA
More informationINTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN
i INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN A project report submitted in partial fulfillment of the requirements for the award of the degree of Master of Science
More informationPROSES PENYELESAIAN MASALAH. Azlinda Azman, Ph.D Noriah Mohamed, Ph.D. Penyelesaian masalah merupakan matlamat utama dalam satu-satu proses
PROSES PENYELESAIAN MASALAH Azlinda Azman, Ph.D Noriah Mohamed, Ph.D Pengenalan Penyelesaian masalah merupakan matlamat utama dalam satu-satu proses pertolongan. Namum matlamat ke arah penyelesaian masalah
More informationTAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR
TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR Siti Fatimah Binti Dzulkifli siti.fatimah@kkselayang.edu.my
More informationKatakunci : faktor, pemilihan bidang keusahawanan
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Bidang Keusahawanan Sebagai Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar Pendidikan Teknikal Dan Vokasional. Nor Fadila Mohd Amin & Dzufi Iszura Ispawi Fakulti Pendidikan Universiti
More informationLIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY A project report submitted
More informationGARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM
LHDN.01/35/(S)/42/51/84 GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM 1. PENDAHULUAN 1.1 Lebihan Aktuari adalah lebihan baki pada akhir
More informationKatakunci : tahap stress, tahap kepuasan kerja, pensyarah UTM
Tahap Stres Dan Tahap Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia Azlina Binti Mohd. Kosnin & Shiqah Binti Jantan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian
More informationJurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 29 47, 2008
Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 29 47, 2008 KEMAHIRAN BELAJAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK: KAJIAN DI DAERAH KERIAN, PERAK (THE RELATIONSHIP BETWEEN LEARNING SKILLS AND STUDENTS
More informationWEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN
i WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN A thesis submitted in fulfillment of the requirements for the award of the degree of Masters of Science (IT Management) Faculty of Computer
More informationIMPACT OF SELF-CORRECTION ON EXTROVERT AND INTROVERT STUDENTS IN THE EFL WRITING PROGRESS REZA HAJIMOHAMMADI
IMPACT OF SELF-CORRECTION ON EXTROVERT AND INTROVERT STUDENTS IN THE EFL WRITING PROGRESS By REZA HAJIMOHAMMADI Thesis Submitted to the School of Graduate Studies, Universiti Putra Malaysia, in Fulfillment
More informationIMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR
IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR A project report submitted in partial fulfillment of the requirements for the award
More informationK-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN
K-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN Authors Mohamad Safuan Bin Sulaiman, Abdul Muin Abdul Rahman, Norzalina Bt. Nasirudin, Khairiel Adyani B. Abd. Ghani Address Malaysian
More informationFM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) FAZIRA BINTI SHAFIE A thesis submitted in fulfillment of the requirement
More informationDEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL
DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL A report submitted to the Graduate School in partial fulfillment of the requirement for the Degree Master of Science (Information
More informationTAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH
TAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH Syed Kamaruzaman Syed Ali, Prof. Madya Dr. Rosnah Ismail, Dr. Raji Subramaniam Universiti Malaya Abstract This research was done to
More informationFaktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Juhazren Junaidi & Madihah Jailani Fakulti Pendidikan, Universiti
More informationKomunikasi Interpersonal Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Melaka
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008 Interpersonal Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Di Negeri
More informationKatakunci : masalah, guru Pendidikan Khas program Integrasi, pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup
Masalah Guru Pendidikan Khas Program Integrasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah, Daerah Kota Tinggi, Johor. Mohd Rizal B. Mohd Said & Muallimah Bt Arshad Fakulti Pendidikan,
More informationHUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT
HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT Zulzana Binti Zulkarnain Pensyarah, Politeknik Port Dickson, KM 14 Jln. Pantai Si Rusa Port Dickson 019-234
More informationKatakunci : gaya komunikasi, guru besar, komitmen guru,
Gaya Komunikasi Guru Besar Dan Komitmen Guru-Guru Di Tiga (3) Buah Sekolah Daerah Kota Bharu Kelantan M. Al-Muz-Zammil Bin Yasin & Azmi Bin Hussain Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak
More informationJuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Januari 2014, Bil. 2 Isu 1
HUBUNGAN ANTARA SIKAP, MINAT, PENGAJARAN GURU DAN PENGARUH RAKAN SEBAYA TERHADAP PENCAPAIAN MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 4 Noor Erma Binti Abu * noorerma@siswa.um.edu.my Leong Kwan Eu * rkleong@um.edu.my
More informationKata kunci: kesihatan mental; pengetahuan; sosio-demografi; kempen komunikasi ABSTRACT
Jurnal Personalia Pelajar, Bil 14 : 37-44 @2011 ISSN 0128-273 / 37 Tahap Pengetahuan Mengenai Kesihatan Mental dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) : Kajian Kes di UKM, Bangi (Level
More informationHubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan
Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan Che Hasniza Che Noh niza@kustem.edu.my Jabatan Bahasa dan Komunikasi Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia
More informationKatakunci : alat bantu mengajar (ABM), guru teknikal
Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor Abdul Rahim Hamdan & Hayazi Mohd Yasin Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
More informationSPA BEAUTY MANAGEMENT SYSTEM NAJIHAH BINTI RUSSLI
SPA BEAUTY MANAGEMENT SYSTEM NAJIHAH BINTI RUSSLI This report is submitted in partial fulfillment of the requirements for the Bachelor of Computer Science (Database Management) FACULTY OF INFORMATION AND
More informationJurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): 19-26 HASNAH TORAN, MOHD. HANAFI MOHD. YASIN, MOHD. MOKHTAR TAHAR & NORANI SALLEH
Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): 19-26 Tahap Latihan, Pengetahuan dan Keyakinan Guru-guru Pendidikan Khas tentang Autisme (Special Educators Level of Training, Knowledge and Confidence of Autism)
More informationTAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DALAM KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR WAN NOREHAN BINTI WAN MAMAT
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DALAM KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR WAN NOREHAN BINTI WAN MAMAT Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
More informationSUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK: SEJAUHMANAKAH HUBUNGAN INI RELEVAN?
SUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK: SEJAUHMANAKAH HUBUNGAN INI RELEVAN? Azizi Hj. Yahaya Jamaluddin Ramli Yusof Boon Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
More informationFACTORS INFLUENCING GENDER GAP IN HIGHER EDUCATION OF MALAYSIA: A UNIVERSITY OF MALAYA SAMPLE
FACTORS INFLUENCING GENDER GAP IN HIGHER EDUCATION OF MALAYSIA: A UNIVERSITY OF MALAYA SAMPLE Latifah Ismail Faculty of Education, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur Abstract: latifahismail@yahoo.co.uk
More informationHubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti
Hubungan antara Kesedaran Jurnal Metakognisi, Pendidikan Motivasi 31 (2006) dan 21 Pencapaian - 39 Akademik 21 Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti
More informationCHE ZANARIAH CHE HASSAN FADZILAH ABD RAHMAN
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 67 PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DI SEKOLAH RENDAH (The Implementation Teaching and Learning in Writing Skills At The Primary School) CHE ZANARIAH
More informationAZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN
KEBERKESANAN KAEDAH PENILAIAN KATA HUBUNG BAHASA MELAYU MELALUI INTERNET BERBANDING KAEDAH KONVENSIONAL MURID TAHUN ENAM SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PANJANG KUALA TERENGGANU AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR
More informationPengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran
Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran Oleh: N.S.Rajendran Ph. D. (Michigan State) Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Universiti
More informationPRODUCTIVITY IMPROVEMENT VIA SIMULATION METHOD (MANUFACTURING INDUSTRY) HASBULLAH BIN MAT ISA
PRODUCTIVITY IMPROVEMENT VIA SIMULATION METHOD (MANUFACTURING INDUSTRY) HASBULLAH BIN MAT ISA Thesis submitted in fulfillment of the requirements for the award of the degree of Bachelor of Mechanical Engineering
More informationKEPENTINGAN KEFAHAMAN KONSEP DALAM MATEMATIK
PENGENALAN 2 KEPENTINGAN KEFAHAMAN KONSEP DALAM MATEMATIK Azizi Hj. Yahaya Elanggovan A/L M. Savarimuthu Kertas kerja ini meninjau beberapa aspek daripada pendapat ahli-ahli penyelidik dan psikologi mengenai
More informationKRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN
KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN (Pin. 1/2014) MULAI 1 JANUARI 2012, BNCP YANG TIDAK LENGKAP AKAN DIPULANGKAN
More informationKESAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR VISUAL DALAM PENGAJARAN SUBJEK SAINS TAHUN TIGA. Oleh. Christopher Lu Wei Wang Chrislww2682@gmail.
, ms.87-101 KESAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR VISUAL DALAM PENGAJARAN SUBJEK SAINS TAHUN TIGA Oleh Christopher Lu Wei Wang Chrislww2682@gmail.com ABSTRAK Kajian penyelidikan ini dijalankan untuk meningkatkan
More informationKeterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009, 7 Mei 2009, UTHM
Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009, 7 Mei 2009, UTHM HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI TIGA BUAH SEKOLAH RENDAH DI SEREMBAN. 1 Raziah bte Mansor
More informationIdentifikasi Psikomotor, Kognitif, Sosioemosi dan Bahasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah Menggunakan Pendekatan Belajar Melalui Bermain
Identifikasi Psikomotor, Kognitif, Sosioemosi dan Bahasa Dalam Kalangan KanakKanak Prasekolah Menggunakan Pendekatan Belajar Melalui Bermain Najeemah Bt Mohd Yusof Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti
More informationKeberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor.
Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor. Zainudin Bin Abu Bakar & Mohd. Rashidi Bin Mat Jalil Fakulti
More informationMasalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan
J Journal of Education Psychology & Counseling, volume 1 Mac 2011, Pages 77-93 / ISSN: 2231-735X Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan 1
More informationAsia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 33 51, 2010
Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 33 51, 2010 HUBUNGAN DI ANTARA ORIENTASI PEMBELAJARAN MATEMATIK (OPM) DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK (THE RELATIONSHIP BETWEEN STUDY ORIENTATION IN
More informationMASTER S PROJECT REPORT SUMMARY
MASTER S PROJECT REPORT SUMMARY LEVEL OF SERVICE (LOS) FOR MULTILANE HIGHWAY AND ROAD ACCIDENT INFORMATION SYSTEM DEVELOPMENT OF BATU PAHAT AREA (LORIS) Prepared by: Mohd Ezree Bin Abdullah Master of Engineering
More informationJOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING. A thesis submitted in partial fulfillment of. the requirements for the award of the degree of
JOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING A thesis submitted in partial fulfillment of the requirements for the award of the degree of Bachelor of Computer Sciences (Software Engineering) FACULTY OF COMPUTER
More informationCLIENT SERVER APPLICATION FOR SERVER FARM PERFORMANCE MONITORING ABDIRASHID HASSAN ABDI
ii CLIENT SERVER APPLICATION FOR SERVER FARM PERFORMANCE MONITORING ABDIRASHID HASSAN ABDI A project submitted in partial fulfillment of the requirements for the award of the degree of Master of Computer
More informationPENILAIAN PETA MINDA BUZAN BERDASARKAN RUBRIK ANALITIK
PENILAIAN PETA MINDA BUZAN BERDASARKAN RUBRIK ANALITIK 1 Tee Tze Kiong, 2 Mimi Binti Mohaffyza, 3 Jailani Bin Md Yunos, 4 Baharom Bin Mohamad, 5 Widad Bt. Othman dan 6 Yee Mei Heong 1 Universiti Tun Hussein
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CURRENT TRENDS AND PRACTICES IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT: A CASE STUDY IN YTL POWER SERVICES SDN. BHD.
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CURRENT TRENDS AND PRACTICES IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT: A CASE STUDY IN YTL POWER SERVICES SDN. BHD. SANTHANA KRISHNAN FEP 1998 9 CURRENT TRENDS AND PRACTICES IN HUMAN RESOURCE
More informationTeori Kepemimpinan: Teori Trait dan Tingkahlaku. Dr. Foo Say Fooi
Teori Kepemimpinan: Teori Trait dan Tingkahlaku Dr. Foo Say Fooi Kajian tentang kepemimpinan Persoalan: Apakah faktor utama yang membolehkan seseorang pemimpin berjaya mempengaruhi pengikutnya? Faktor
More informationDEPARTMENT OF ESTATE -MANAGEMENT FACULTY OF ARCHITECTURE, PLANNING AND SURVEYING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
DEPARTMENT OF ESTATE -MANAGEMENT FACULTY OF ARCHITECTURE, PLANNING AND SURVEYING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA FACILITY MANAGEMENT AT HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH, ALOR STAR This dissertation is submitted in
More informationSTRESS EFFECT STUDY ON 6 DIFFERENT PATTERN OF TYRES FOR SIZE 175/70 R13 SYAHRIL AZEEM ONG BIN HAJI MALIKI ONG. for the award of the degree of
STRESS EFFECT STUDY ON 6 DIFFERENT PATTERN OF TYRES FOR SIZE 175/70 R13 SYAHRIL AZEEM ONG BIN HAJI MALIKI ONG A report submitted in partial fulfilment of the requirements for the award of the degree of
More informationTahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan Prasarana yang Disediakan di Politeknik Banting Selangor bagi Sesi Disember 2012
Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan Prasarana yang Disediakan di Politeknik Banting Selangor bagi Sesi Disember 2012 Tuan Syarifah Atifah Binti Tuan Mat Zin*, Normaslina Binti Jamil,
More informationFeasibility of Teaching Public Relations Courses Through E-Learning: A Case Study in Malaysia
Malaysian Journal of Distance Education 11(2), 65 76 (09) Feasibility of Teaching Public Relations Courses Through E-Learning: A Case Study in Malaysia Jamilah Hj Ahmad School of Communication, Universiti
More informationTahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Di Kalangan Guru-Guru Ketua Panitia Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Daerah Kulim Bandar Baharu
Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Di Kalangan Guru-Guru Ketua Panitia Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Daerah Kulim Bandar Baharu Fadzli bin Dahalan Ranjit Singh A/L Malkiat Singh IPG Kampus
More informationUNIT 5 PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN
Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 61 UNIT 5 PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda diharap akan dapat 1. Mengetahui pertimbangan-pertimbangan yang perlu diberi perhatian
More informationPersepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Ilmu Faraid
Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Ilmu Faraid Ajmain Bin Safar & Halimatul Ashiken Binti Othman Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak: Ilmu faraid adalah antara
More informationDimensi Amalan Etika Profesion
MALIM Bil. 10 (2009) 17 Dimensi Amalan Etika Profesion SHAMSUDDIN AHMAD, KHAIRUDDIN IDRIS & AZAHARI ISMAIL ABSTRACT A crisis of confidence in the society is partly due to the reason that the society increasingly
More informationKEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR PENCAPAIAN AKADEMIK RENDAH BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN 4
KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR PENCAPAIAN AKADEMIK RENDAH BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN 4 DI NEGERI SEMBILAN MOHD ARIS BIN OTHMAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
More informationPENCAPAIAN HOSPITAL PERFORMANCE INDICATOR FOR ACCOUNTABILITY (HPIA) No Indikator Standard Julai - Disember 2015
PENCAPAIAN HOSPITAL PERFORMANCE INDICATOR FOR ACCOUNTABILITY (HPIA) No Indikator Standard Performance Julai - Disember 2015 Catatan INTERNAL BUSINESS PROCESS 1 ST elevation myocardial infarction (STEMI)
More informationBISKUT RAYA INVENTORY MANAGEMENT SYSTEM (BRIMS) NURUL AMIRAH BINTI ROSLAN THESIS SUBMITTED IN FULFILLMENT OF THE DEGREE OF COMPUTER SCIENCE
BISKUT RAYA INVENTORY MANAGEMENT SYSTEM (BRIMS) NURUL AMIRAH BINTI ROSLAN THESIS SUBMITTED IN FULFILLMENT OF THE DEGREE OF COMPUTER SCIENCE FACULTY OF COMPUTER SYSTEM & SOFTWARE ENGINEERING UNIVERSITI
More informationBENGKEL INOVASI PEDAGOGI. Penyelesaian Masalah Matematik Sekolah Rendah dengan Menggunakan Strategi Melukis Gambar Rajah. oleh
1 BENGKEL INOVASI PEDAGOGI Penyelesaian Masalah Matematik Sekolah Rendah dengan Menggunakan Strategi Melukis Gambar Rajah oleh Lai Kim Leong Institut Perguruan Batu Lintang kimleonglai@yahoo.com ABSTRAK
More informationLEARNING MANAGEMENT SYSTEM(LMS) AND COURSE MANAGEMENT SYSTEM(CMS)
LEARNING MANAGEMENT SYSTEM(LMS) AND COURSE MANAGEMENT SYSTEM(CMS) KUMPULAN 4 NO MATRIK DAN NAMA AHLI : 1. Robiatul Najwa bt Mustafa Kamal (A155080) 2. Nurul Ashikin bt Abu Bakar ( A155330) 3. Nur Hamimi
More informationExploring Primary and Secondary School Students Perception towards Online Mathematics Tuition: A Case Study
Malaysian Journal of Distance Education 13(2), 61 74 (2011) Exploring Primary and Secondary School Students Perception towards Online Mathematics Tuition: A Case Study Ooi Chin Yit 1 and Lim Chap Sam 2*
More informationBAB EMPAT METODOLOGI KAJIAN
BAB EMPAT METODOLOGI KAJIAN 4.0 Pendahuluan Penyelidikan atau kajian adalah sebagai satu kegiatan pengumpulan, pengolahan dan analisis data yang dilakukan secara sistematik dan cekap untuk memecahkan sesuatu
More informationM2-2: Rancangan dan Cadangan Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN
M2-2: Rancangan dan Cadangan Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN Kandungan Kuliah Rancangan dan cadangan PT Refleksi pengajaran Fokus / aspek amalan bagi penambahbaikan Soalan kajian Sumber
More informationManpower Planning Utilizing Work Study at Data Storage Manufacturing Company
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA Manpower Planning Utilizing Work Study at Data Storage Manufacturing Company Thesis submitted in accordance with the partial requirement of the Universiti Teknikal Malaysia
More informationHUBUNGAN KEPUASAN KOMUNIKASI DENGAN KOMITMEN TERHADAP ORGANISASI DI KALANGAN PEKERJA TEKNIKAL: KAJIAN KES DI FLEXTRONICS INTERNATIONAL, SENAI, JOHOR.
VOT 75011 HUBUNGAN KEPUASAN KOMUNIKASI DENGAN KOMITMEN TERHADAP ORGANISASI DI KALANGAN PEKERJA TEKNIKAL: KAJIAN KES DI FLEXTRONICS INTERNATIONAL, SENAI, JOHOR. LILY SURIANI MOHD ARIF UNGKU NORULKAMAR UNGKU
More informationTHE RELATIONSHIP BETWEEN HUMAN RESOURCE INFORMATION SYSTEM (HRIS) AND HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (HRM) ALFRED PUN KHEE SEONG
THE RELATIONSHIP BETWEEN HUMAN RESOURCE INFORMATION SYSTEM (HRIS) AND HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (HRM) ALFRED PUN KHEE SEONG UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA I / We * hereby declare that have read For
More informationJuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Julai 2013, Bil. 1 Isu 3
STRATEGI PEMBELAJARAN AKTIF SECARA KOLABORATIF ATAS TALIAN DALAM ANALISIS NOVEL BAHASA MELAYU Rafiza Abdul Razak rafiza@um.edu.my Jabatan Kurikulum & Teknologi Pengajaran Fakulti Pendidikan Universiti
More informationTEORI PEMBELAJARAN Ahmad Johari Sihes
11 TEORI PEMBELAJARAN Ahmad Johari Sihes PENGENALAN Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu, termasuklah bidang psikologi pendidikan. Teori-teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan
More informationNOOR HANIRA BINTI MAHIDIN
A STUDY OF THE IMPLEMENTATION OF PROCUREMENT MANAGEMENT SYSTEM TO A PROJECT SUCCESS IN MEGA PROJECT CONSTRUCTION IN MALAYSIA: A CASE STUDY OF KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT 2(KLIA2) NOOR HANIRA BINTI
More informationCommunication, Universiti Sains Malaysia, Penang. 2 Kamaliah Haji Siarap is a Lecturer at the School of Communication,
Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1 & 2, 2006 PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN- PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH: SATU KAJIAN KES DI PULAU PINANG (COMPUTER USAGE IN TEACHING AND LEARNING
More informationSTRUKTUR, STRATEGI DAN PRESTASI PENGURUSAN FASILITI
STRUKTUR, STRATEGI DAN PRESTASI PENGURUSAN FASILITI Disediakan Oleh : Tuti Haryati Binti Jasimin, Abd Hakim Bin Mohammed Jabatan Pengurusan Harta Tanah Fakulti Kejuruteraan & Sains Geoinformasi Universiti
More informationKeterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidiikan PKPGB 2008, 16 Oktober 2008, UTHM.
1 Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidiikan PKPGB 2008, 16 Oktober 2008, UTHM. PERSEPSI GURU TERHADAP HUBUNGAN PIHAK SEKOLAH DENGAN IBU BAPA: PROPOSAL Zainon Bt Omar Ahmad Bin Esa Fakulti Pendidikan
More informationRFID BASED SYSTEMATIC STUDENT S ATTENDANCE MANAGEMENT SYSTEM HANISAH BINTI HAMID. Faculty of Electrical and Electronic Engineering
ii RFID BASED SYSTEMATIC STUDENT S ATTENDANCE MANAGEMENT SYSTEM HANISAH BINTI HAMID This thesis is submitted as partial fulfilment of the requirement for the award of the Bachelor of Electrical Engineering
More informationKAJIAN HUBUNGAN KAUM DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH PEMBANGUNAN SOSIAL, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
KAJIAN HUBUNGAN KAUM DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH PEMBANGUNAN SOSIAL, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA Rusimah Sayuti 1 Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah 2 Prof. Madya Datin Hajah Salma Ishak 3 Universiti Utara
More informationUNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SEMESTER 2 2013/2014 PROJEK SARJANA MUDA 1 (BITU ) BITD REPORT PROJECT TITLE: UTeM SPORT CARNIVAL EVENT MANAGEMENT SYSTEM PREPARED
More informationUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE NATURE OF HUMAN RESOURCE MANAGEMENT AND ORGANIZATIONAL CHANGE IN MALAYSIAN SMALL AND MEDIUM SIZED ENTERPRISES (SMES)
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE NATURE OF HUMAN RESOURCE MANAGEMENT AND ORGANIZATIONAL CHANGE IN MALAYSIAN SMALL AND MEDIUM SIZED ENTERPRISES (SMES) NUR ANISAH ABDULLAH GSM 2000 2 THE NATURE OF HUMAN RESOURCE
More informationPROSES KOGNITIF, PEMBUATAN KEPUTUSAN DAN PEMILIHAN KERJAYA. KAJIAN EMPERIKAL MENGGUNAKAN PERSPEKTIF PETA KOGNITIF
PROSES KOGNITIF, PEMBUATAN KEPUTUSAN DAN PEMILIHAN KERJAYA. KAJIAN EMPERIKAL MENGGUNAKAN PERSPEKTIF PETA KOGNITIF Rusli Ahmad Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak
More informationPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN MODUL BAHASA MELAYU BMM 3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU MELAYU SEKOLAH RENDAH INSTITUT PENDIDIKAN
More informationSTRATEGI MEMBINA DAN MENGEKALKAN HUBUNGAN ANTARA KERAJAAN DENGAN RAKYAT MELALUI LAMAN SESAWANG
STRATEGI MEMBINA DAN MENGEKALKAN HUBUNGAN ANTARA KERAJAAN DENGAN RAKYAT MELALUI LAMAN SESAWANG Mu h a m a d Fa d h l i Bin Za i n u l Abidin, Em m a Mi r z a Wa t i Mo h a m a d & Muhammad Harya Ramdhoni
More informationKeperluan Latihan Berbentuk Kursus Untuk Guru Besar Lokman Bin Mohd. Tahir & Chua Lay Kah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Keperluan Latihan Berbentuk Kursus Untuk Guru Besar Lokman Bin Mohd. Tahir & Chua Lay Kah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini telah dijalankan dengan tujuan untuk mengenal
More informationKatakunci : kadar denyutan jantung, tahap dehidrasi, atlet larian jarak dekat
Perkaitan Di Antara Kadar Denyutan Jantung Dan Tahap Dehidrasi Di Kalangan Atlet Larian Jarak Dekat Asha Hasnimy Bt. Mohd Hashim & Rahmah Binti Abd. Rahman@Hassan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
More informationFakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Perkaitan Antara Hubungan Kekeluargaan, Pengaruh Rakan Sebaya dan Kecerdasan Emosi Dengan Tingkah Laku Delinkuen Pelajar Sekolah Bestari Di Daerah Pontian 1 Azizi Yahaya, 2 Noordin Yahaya, 3 Juriah Juriah
More informationKAJIAN TENTANG KEPUASAN BEKERJA DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS (A STUDY ON JOB SATISFACTION AMONG SPECIAL EDUCATION TEACHERS)
Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 28, 103 115, 2013 KAJIAN TENTANG KEPUASAN BEKERJA DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS (A STUDY ON JOB SATISFACTION AMONG SPECIAL EDUCATION TEACHERS)
More informationKESEJAHTERAAN SOSIAL DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI: Pendekatan dan Indikator. Haris Abd.Wahab Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial Universiti Malaya
KESEJAHTERAAN SOSIAL DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI: Pendekatan dan Indikator Haris Abd.Wahab Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial Universiti Malaya Abstrak Kesejahteraan sosial merupakan matlamat yang ingin
More informationPengaruh Kepimpinan Pentadbir Sekolah Terhadap Pembelajaran Pelajar : Peranan Efikasi Kolektif Guru Sebagai Mediator
Pengaruh Kepimpinan Pentadbir Sekolah Terhadap Pembelajaran Pelajar : Peranan Efikasi Kolektif Guru Sebagai Mediator Oleh Prof Madya Dr. Abdul Ghani Kanesan bin Abdulah (agk@usm.my) Pusat Pengajian Ilmu
More information