1.0 PENGENALAN 1.1 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA)



Similar documents
TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

PENCAPAIAN HOSPITAL PERFORMANCE INDICATOR FOR ACCOUNTABILITY (HPIA) No Indikator Standard Julai - Disember 2015

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

[PELAN OPERASI LATIHAN] KKPTS PELAN OPERASI LATIHAN KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

ekonomi dan daya saing negara. Pendekatan ini berteraskan kepada dua objektif:

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. Beriltizam untuk mengekalkan STATUS SWAAKREDITASI

DEVELOP AND DESIGN SHEMATIC DIAGRAM AND MECHANISM ON ONE SEATER DRAG BUGGY MUHAMMAD IBRAHIM B MD NUJID

5S adalah Program Penyertaaan Kaizen ke seluruh Organisasi

PEKELILING UNIT PERANCANG EKONOMI, JABATAN PERDANA MENTERI BILANGAN 1 TAHUN 2009

Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara

MASTER S PROJECT REPORT SUMMARY

CLIENT SERVER APPLICATION FOR SERVER FARM PERFORMANCE MONITORING ABDIRASHID HASSAN ABDI

RANCANGAN FIZIKAL NEGARA KE-2

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

NOOR HANIRA BINTI MAHIDIN

PELUANG DAN CABARAN PENDIDIKAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT LUAR BANDAR : SATU KAJIAN KES ISI RUMAH MELAYU MISKIN DI JAJAHAN BACHOK, KELANTAN

KESEJAHTERAAN SOSIAL DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI: Pendekatan dan Indikator. Haris Abd.Wahab Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial Universiti Malaya

K-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN

Universiti Kuala Lumpur Kampus Kota MALAYSIAN INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY 1016, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur

JOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING. A thesis submitted in partial fulfillment of. the requirements for the award of the degree of

Lampiran A3 PANDUAN PENYEDIAAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT)

Final_Cover_Plan_Strategik_PERTANIAN.pdf 1 1/27/14 9:07 AM C M Y CM MY CY CMY K

BISKUT RAYA INVENTORY MANAGEMENT SYSTEM (BRIMS) NURUL AMIRAH BINTI ROSLAN THESIS SUBMITTED IN FULFILLMENT OF THE DEGREE OF COMPUTER SCIENCE

Kemudahan Capaian dan Penggunaan e-kerajaan di Malaysia

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2008 PELAKSANAAN SYARAT PERUBAHAN HARGA DI DALAM KONTRAK KERJA

MAJLIS KESELAMATAN NEGARA. ARAHAN No. 20 (SEMAKAN SEMULA) DASAR DAN MEKANISME PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Penilaian tentang usaha untuk menjalinkan hubungan di antara sekolah dengan pihak luar

Program Mikro Kredit Berasaskan Ar Rahnu. Ar Rahnu-Based Micro Credit Programme

GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL KOMPUTER MUDAH ALIH CHROMEBOOK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2013

Katakunci : penilaian kokurikulum

RANGKAIAN PROGRAM STRATEGIK 55 TERAS 1: PENCEGAHAN 55 TERAS 2: RAWATAN & PEMULIHAN 55 TERAS 3: PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG 55 TERAS 4: KERJASAMA

SPA BEAUTY MANAGEMENT SYSTEM NAJIHAH BINTI RUSSLI

OCBC GREAT EASTERN CO-BRAND CARD FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) REBATE FEATURES, INTEREST FREE AUTO INSTALMENT PAYMENT PLAN (AUTO-IPP) AND BENEFITS

Katakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0. Pengenalan

PERUTUSAN PENGERUSI INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidiikan PKPGB 2008, 16 Oktober 2008, UTHM.

Bab 14: Transformasi Bidang Pendidikan sebagai Engin Pembangunan

MALAYSIA GARIS PANDUAN KERJASAMA AWAM-SWASTA (PUBLIC PRIVATE PARTNERSHIP - PPP) Unit Kerjasama Awam-Swasta Jabatan Perdana Menteri PUTRAJAYA

10. PELANGGAN-PELANGGAN MITI PELAN INDUK PERINDUSTRIAN (IMP3) ANALISIS SWOT CABARAN-CABARAN UTAMA 20-21

Student Application Form

Pengenalan dan Mekanisme Pelaksanaan HRMIS PENDAHULUAN

Bab 7 Membanteras rasuah

PRAKATA KETUA SETIAUSAHA NEGARA 5 PRAKATA KETUA PENGARAH MAMPU 6

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CURRENT TRENDS AND PRACTICES IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT: A CASE STUDY IN YTL POWER SERVICES SDN. BHD.

Student Application Form

RFID BASED SYSTEMATIC STUDENT S ATTENDANCE MANAGEMENT SYSTEM HANISAH BINTI HAMID. Faculty of Electrical and Electronic Engineering

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

How To Learn To Learn From A Computer

LICENSE PLATE RECOGNITION OF MOVING VEHICLES. Siti Rahimah Binti Abd Rahim

ii) 9 months Plan - Interest Rate at 0.75% per month The minimum transfer amount is RM1,000 and maximum is subject to Cardmember

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

TAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan Prasarana yang Disediakan di Politeknik Banting Selangor bagi Sesi Disember 2012

1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK. Perdana Menteri, Malaysia

Isu-Isu Kependudukan dan Migrasi di Malaysia. Oleh. Usman Hj. Yaakob & Tarmiji Masron

DASAR DAN GARIS PANDUAN PROGRAM KOLABORASI INDUSTRI (INDUSTRIAL COLLABORATION PROGRAMME - ICP) DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

PEMBERIAN WANG TUNAI SEBAGAI GANTIAN BAGI CUTI REHAT YANG TIDAK DAPAT DIHABISKAN OLEH PEGAWAI LANTIKAN SECARA KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE)

KURSUS/ COURSE Kr/ Cr K/ L A/ T. Bahasa Melayu Asas/ Basic Malay Language Tamadun Islam dan Tamadun Asia/ Asian and Islamic Civilizations

Katakunci : kecergasan kardiovaskular, daya tahan otot kaki, latihan simulasi haji dan umrah.

THE FACTORS THAT HINDER THE INTENTION OF BUSINESS MANAGEMENT GRADUATE TO CHOOSE ENTREPRENEUR AS THEIR CAREER NURUL HAZLYANA BINTI NOR AZLI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Customer Service Charter

STRATEGI MEMBINA DAN MENGEKALKAN HUBUNGAN ANTARA KERAJAAN DENGAN RAKYAT MELALUI LAMAN SESAWANG

bab 1 Dasar Model Ekonomi Baru

Kata kunci: kesihatan mental; pengetahuan; sosio-demografi; kempen komunikasi ABSTRACT

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

Krisis Ekonomi Malaysia: Punca, Implikasi dan Langkah Penyelesaian. Oleh: ABDUL AZIZ AWANG

PRODUCTIVITY IMPROVEMENT VIA SIMULATION METHOD (MANUFACTURING INDUSTRY) HASBULLAH BIN MAT ISA

Bab 1. 1Malaysia: Mencarta PeMBangunan Ke arah negara BerPendaPatan tinggi. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Potensi tarikan ekopelancongan rekreasi di Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah, Perak

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

PELAN STRATEGIK

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

TOPIK 1 Konsep Pengukuran dan Skala Pengukuran

Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2)(2010): BITY SALWANA ALIAS, AHMAD BASRI MD. YUSSOF, RAMLEE MUSTAPHA & MOHAMMED SANI IBRAHIM

DESIGNING A PEPPER HARVESTER END EFFECTOR TIONG ING HO. This project is submitted in partial fulfillment of

DEPARTMENT OF ESTATE -MANAGEMENT FACULTY OF ARCHITECTURE, PLANNING AND SURVEYING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Katakunci : kefahaman murid, konsep jirim

HOME ALARM SYSTEM USING DETECTOR SENSOR MD KHAIRUL AMRI B MD ZAIN

HAJI MOHD NOR BIN JAAFAR

ANALISIS PENYEDIAAN TEMPAT LETAK KERETA MENGIKUT JENIS GUNATANAH BANDAR- BANDAR DI MALAYSIA

GARIS PANDUAN MENGENAI STRATEGI-STRATEGI PENINGKATAN KUALITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

DESIGN AND DEVELOPMENT OF MICRO HYDROPOWER FOR UNDERSERVED COMMUNITIES

UiTM. Autonomous Campuses. Autonomous Campus. Autonomous Campuses. Dynamic Graduates. Accessibility. Main University (Universiti Induk)

EFFECTIVE COST MANAGEMENT: APPLYING ACTIVITY BASED COSTING IN PRIVATE HEALTHCARE - (HAEMODIALYSIS SERVICES)

GLOBAL SYSTEM FOR MOBILE COMMUNICATION (GSM) KIT FOR VEHICLE S ALARM SYSTEM NIK MOHD KHAIRULFAHMI BIN NIK MAT

Katakunci : masalah, guru Pendidikan Khas program Integrasi, pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup

HIGH RELIABILITY PRIVATE CLOUD STORAGE WITH MINIMAL OPERATION COST USING MULTI-OBJECTIVE OPTIMIZATION MUHD HANIS BIN HARUN

(c) the offer is not applicable to kids below 12 years ticket at TGV and Children ticket at GSC;

Transcription:

1.0 PENGENALAN 1.1 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) Pada 20 Januari 2010 YAB Perdana Menteri telah melancarkan pelan hala tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) dengan berprinsipkan 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Program Transformasi Kerajaan (GTP) dirangka untuk mengatasi segala halangan bagi mencapai Wawasan 2020. Program Transformasi Kerajaan ini memperincikan objektif, keberhasilan dan set tindakan permulaan dalam bidang yang dikenal pasti sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA). Seiring dengan itu, Kerajaan juga dalam proses untuk membentuk Model Ekonomi Baru dan juga penyediaan Rancangan Malaysia Ke-10. GTP merupakan enjin transformasi yang bermula dengan proses pencarian idea terbaik dan melangkah dengan pantas untuk melaksanakanya. Ia juga merupakan satu pelan hala tuju yang fleksibel untuk mencapai sasaran melalui initiatif-initiatif yang telah dikenalpasti. NKRA merupakan gabungan keutamaan jangka masa pendek untuk menangani keperluan rakyat. Kewujudan NKRA bukan bererti bidang lain tidak akan mendapat perhatian. Bidang-bidang lain akan diliputi di peringkat Menteri (MKRA) melalui fungsi dan tanggungjawab Kementerian masing-masing. Enam NKRA telah diputuskan oleh Kabinet iaitu: mengurangkan jenayah (Kementerian Dalam Negeri), membanteras rasuah (Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri), mempertingkat pencapaian pendidikan (Kementerian Pelajaran malaysia), mempertingkatkan taraf kehidupan isirumah berpendapatan rendah(kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar(kementerian Luar Bandar dan Wilayah) dan memperbaiki pengangkutan awam bandar (Kementerian Pengangkutan). Demi mencapai NKRA, kerajaan akan memberi keutamaan dari segi perhatian pemimpin, pengagihan kewangan dan mendapatkan khidmat pegawai yang berbakat. Di samping itu, segala input dan maklumbalas dari peringkat akar umbi, sektor swasta dan lain-lain akan diperolehi dan diberikan perhatian dan tindakan yang sewajarnya. 1

1.2 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA TEMERLOH (TKRA) Mulai Mac 2010, Temerloh akan menjadi parlimen dan daerah pertama di Malaysia yang akan menggunakan kaedah pengukuran prestasi kerajaan berdasarkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Kaedah yang dinamakan Bidang Keberhasilan Utama Temerloh (TKRA) akan menjadikan Enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) sebagai fokus utama dalam sistem penyampaian kerajaan di peringkat Temerloh. TKRA diwujudkan untuk menambahbaik sistem penyampaian kerajaan di peringkat Temerloh selari dengan gagasan Perdana Menteri iaitu Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. TKRA adalah inisiatif yang digembling oleh agensi-agensi kerajaan di peringkat Temerloh iaitu Pejabat Daerah Temerloh, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). TKRA merupakan lanjutan kepada enam Bidang Tumpuan Utama Temerloh yang dimulakan sejak Mac 2008 oleh Ahli Parlimen Temerloh. Bidang-bidang tumpuan itu adalah pendidikan dan latihan, kesihatan dan kecerdasan, pekerjaan dan ekonomi, jatidiri dan sosial budaya, partisipasi dan masyarakat sivil serta prasarana awam. Laporan setiap bidang di bawah TKRA akan dikemaskini oleh agensi-agensi kerajaan telibat setiap enam bulan sekali untuk dipamerkan kepada rakyat Temerloh.Berdasarkan laporan tersebut, strategi dan tindakan baru akan dirangka sekiranya pencapaian dalam sesuatu bidang keberhasilan tidak mencapai sasaran. Dari semasa ke semasa, partisipasi rakyat untuk memberi cadangan dan idea terhadap TKRA akan ditingkatkan melalui Majlis Perundingan Parlimen Temerloh (MPPT) yang berfungsi sebagai Mini Parlimen Temerloh. MPPT dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Temerloh dan mempunyai keanggotaan yang mewakili ketiga-tiga sektor governans iaitu politik/kerajaan, perniagaan dan masyarakat civil. 2

2.0 BIDANG KEBERHASILAN UTAMA PERINGKAT PARLIMEN DAN DAERAH TEMERLOH (TKRA) i) Mengurangkan jenayah Agensi peneraju: Polis Diraja Malaysia, Majlis Pebandaran Temerloh NKRA: Kerajaan berhasrat untuk mengurangkan kadar jenayah melalui beberapa tindakan yang tertumpu kepada penyampaian tiga keberhasilan iaitu: i) Pengurangan indeks jenayah yang dilaporkan secara menyeluruh, dengan tumpuan kepada jenayah jalanan; ii) iii) Mempertingkatkan persepsi awam tentang keselamatan, khususnya menerusi kesukarelawanan; dan Mempertingkatkan prestasi ke seluruh sistem keadilan jenayah bagi membina keyakinan awam dan memperkukuh kebanggaan profesional di seluruh sistem. TKRA: Pihak Polis Diraja Malaysia Daerah Temerloh, telah merangka 4 bidang yang menjadi fokus utama iaitu: i) Mengurangkan indeks jenayah dengan tumpuan kepada jenayah jalanan. Petunjuk prestasi utama adalah dengan mengurangkan jumlah jenayah indeks yang dilaporkan (penurunan 5%), dan mengurangkan kejadian curi ragut dan samun (20%). ii) Mengurangkan ketakutan menjadi mangsa jenayah (reduce fear of crime). Petunjuk prestasi adalah dengan initiatif seperti: a) Mendekati masyarakat dan mendapat keyakinan masyarakat untuk bersama-sama membantu polis dalam menangani jenayah melalui high profile policing. Ini adalah satu konsep kehadiran polis, di mana semua pegawai kanan polis turun padang dan bersemuka dengan masyarakat. Bagi tujuan ini, pentadbiran Polis Temerloh dibahagikan kepada 7 zon, setiap zon diletakan di bawah seorang ketua bahagian berpangkat DSP dan ASP. Setiap orang pegawai yang bertugas perlu turun padang dan berjumpa orang ramai atau individu sekurangkurangnya 5 jam seminggu dengan mengisi borang mengikut format yang telah ditetapkan. High Profile policing ini telah dipraktikkan sejak 14 Jan. 2010. Antara aktiviti yang dijalankan ialah walk about, meet and greet, face to face reporting dan stop and talk. b) Melibatkan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti kepolisan seperti program Rakan Cop dan sebagainya (peningkatan community 3

policing sebanyak 5%). Antara program yang telah dilaksanakan ialah pelancaran peringkat Daerah, pengisian program peringkat Kerdau, pengisian program peringkat Mentakab dan pengisian program peringkat Temerloh. iii) Meningkatkan prestasi sistem jenayah dengan petunjuk prestasi seperti berikut: a) Meningkatkan kualiti dan kuantiti siasatan ke atas pesalah. Untuk tahun 2010 pihak polis mensasarkan 40% tindakan lanjut (TE= tiada edaran, LE=lewat edaran, TB=terbengkalai, DS=dalam siasatan). b) Menambah bilangan pesalah yang dihadapkan ke mahkamah. Sasaran tahun 2010 adalah sebanyak 60% kes selesai, 20% dituduh dan 40% KUS. iv) Inisiatif dan program khas Ketua Polis Daerah Temerloh dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepolisan kepada masyarakat. Petunjuk prestasi adalah seperti berikut: a) Meningkatkan keselamatan dan rasa selamat masyarakat. Pihak polis telah menyediakan kemudahan 5 buah CCTV yang diperolehi melalui peruntukan Majlis Perbandaran Temerloh di bawah program Bandar Selamat. Lokasi CCTV adalah seperti berikut, Lurah Semantan (stesen teksi), Jalan Sudirman (stesen bas), Jalan Tengku Ismail (lampu isyarat Hotel Jelai), Jalan Ahmad Shah ( Affin Bank) dan Jalan Hj Kassim (Public Bank Mentakab). b) Meningkatkan keupayaan mengesan dan membenteras jenayah. Sebuah balai bergerak (DCC) telah disediakan. c) Meningkatkan keyakinan keselamatan kepada masyarakat. Antara aktiviti yang dijalankan adalah bit dan patrol, MPV dan Operasi Berkala ( Ops Tapis, Ops Bersepadu, Ops Lenjang, Ops Pusat Hiburan dan Ops Sikap). ii) Membenteras rasuah Agensi pelaksana: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia NKRA: Persepsi mengenai amalan rasuah di Malaysia telah meningkat dan menyebabkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah(CPI) di bawah Transparency International telah menurun daripada tempat 23 pada tahun 1995 kepada 56 pada tahun 2009. Sasaran di peringkat nasional adalah untuk meningkatkan skor CPI daripada 4.5 kepada 4.9 pada tahun 2010. Antara tindakan yang akan dilakukan ialah: 4

i) Meraih semula keyakinan terhadap agensi pengawalseliaan dan penguatkuasaan; ii) iii) Mengurangkan ketirisan dana dalam perolehan Kerajaan; dan Menangani rasuah besar. TKRA: Bagi membenteras gejala rasuah, pihak SPRM telah meletakan sasaran seperti berikut: i) Memerangi rasuah besar. Bagi tujuan ini SPRM akan memastikan dana awam tidak digunakan untuk kepentingan parti politik dan menjalankan usaha untuk mengurangkan salahguna peruntukan oleh Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. ii) Dari segi perolehan kerajaan, SPRM akan berusaha untuk mengurangkan ketirisan dana awam dalam program dan projek pembangunan kerajaan dan memastikan kesaksamaan dalam pemberian kontrak kerajaan. iii) Pengawalseliaan dan penguatkuasaan. Mengembalikan keyakinan awam terhadap agensi pelaksana, agensi pengawalseliaan dan juga agensi penguakuasaan. Perkara ini juga melibatkan peningkatan daya saing Malaysia dalam sektor perniagaan. iv) Ketiga-tiga sasaran tersebut dilaksanakan melalui program-program seperti program kesedaran terhadap orang ramai dan program khas dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain. Sebagai contoh, Pejabat Daerah Temerloh dengan kerjasama SPRM telah mengadakan program membenteras rasuah peringkat jabatan dengan pelaksanaan program Character First. Program ini melibatkan SPRM dalam proses undi PIA/PIAS dan aktiviti penguatkuasaan. Di samping itu juga ceramah berkala anjuran SPRM diadakan untuk meningkatkan kesedaran mengenai gejala rasuah. iii) Mempertingkatkan pencapaian pelajar Agensi pelaksana: Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh NKRA: Malaysia telah memperolehi kejayaan cemerlang dalam sistem pendidikan dengan mencapai 92% kadar literasi dewasa dalam tempoh 50 tahun. Walaubagaimanapun, kerajaan tetap memberi tumpuan dalam bidang pendidikan untuk membina tahap sumber manusia yang berdaya saing bermula dari peringkat awal lagi. Bidang-bidang yang dikenal pasti adalah seperti: i) Meningkatkan kadar pendaftran prasekolah untuk kanak-kanak 4+ dan 5+ tahun dan mempertingkatkan kauntiti sistem; 5

ii) Memastikan semua kanak-kanak berupaya menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun pendidikan; iii) Membangunkan sekolah berprestasi tinggi dan mempertingkatkan prestasi semua sekolah dalam sistem; dan iv) Mempertingkatkan dengan ketara prestasi guru besar dan pengetua melalui pengurusan prestasi. TKRA: Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh mensasarkan 4 perkara bagi mencapai bidang keberhasilan utama dalam sistem pendidikan iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. 4 perkara tersebut meliputi perkara seperti berikut: i) Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur (4+ dan 5+) kepada 87% menjelang 2012 dalam prasekolah, serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan menjadikan prasekolah swasta dan agensi lain sebagai sebahagian daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan. Untuk tahun 2010, disasarkan sebanyak 72% enrolmen untuk kohort kanak-kanak berumur 4+ dan 5+. Di antara strategi yang dilaksanakan adalah seperti berikut: a) Penyebaran maklumat dan promosi di Mesyuarat Agung PIBG; b) Tawaran kemasukan diedar kepada semua ahli masyarakat; c) Peningkatan kemahiran guru dan PPM melalui kursus berkala; dan d) Menjalankan program dan aktiviti bersama ibubapa dan masyarakat. ii) Mensasarkan setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi (LINUS) selepas mengikuti 3 tahun pendidikan rendah pada akhir tahun 2010 (sasaran 90%). Program-program yang dilaksanakan adalah seperti berikut: a) Kursus LINUS kepada guru LINUS baru yang dikenal pasti secara lapangan; b) Analisis dan penilaian selepas setiap kali saringan untuk mengenal pasti kekuatan, kelemahan, penambahbaikan aspek pedagogi dna pengurusan serta penarafan LINUS sekolah dna daerah; c) Pemantauan dan bimbingan oleh PPD, FasiLINUS dan Teacher Support Team; d) Teacher Support Team LINUS, guru LINUS berprestasi tinggi; e) Hari keluarga LINUS untuk mewujudkan kerjasama dan kecaknaan dikalangan ibu bapa; f) Pertandingan P&P inovatif guru LINUS; g) Hari anugerah LINUS; dan h) Program-program LINUS peringkat sekolah berimpak tinggi. 6

iii) Mewujudkan sekolah berprestasi tinggi (SBT) yang mempunyai etos, karakter dan identiti tersendiri. Sekolah-sekolah ini akan menonjolkan kecemerlangan pelajar ke peringkat paling tinggi dan dua buah sekolah telah dipilih untuk dicalonkan iaitu SMK Seri Tualang dan SK Bandar Temerloh. Antara strategi yang dilaksanakan adalah seperti berikut: a) Peningkatan pelan strategik pengurusan, program akademik dan kokurikulum sokongan; b) Peningkatan tahap prestasi akademik, kokurikulum dan sukan; c) Peningkatan program jalinan dengan universiti; d) Menambahkan jaringan dengan institusi tempatan dan antarabangsa; e) Menjayakan lebih banyak program yang melibatkan komuniti; f) Menjadi penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain dari dalam dan luar negara; g) Peningkatan jumlah murid cemerlang serta meningkatkan keberhasilan untuk semua pelajar; h) Peningkatan jumlah murid yang memasuki universiti dan institusi yang terkemuka; i) Peningkatan jumlah Guru Cemerlang; dan j) Peningkatan program immersion untuk Pengetua, Guru Besar dan guru. iv) Tawaran baru kepada pemimpin sekolah. Memperkenalkan penilaian berasaskan pencapaian untuk menilai Pengetua dan Guru Besar (PGB) dengan menawarkan ganjaran yang menarik kepada PGB yang melepasi sasaran serta membantu PGB yang lemah. Mensasarkan 2% PGB menerima ganjaran menjelang 2010. Anatara KPI yang telah ditetapkan adalah: a) Memastikan 49 buah sekolah rendah atau 72.6% berkedudukan 1-2000;dan b) Memastikan semua sekolah mencapai skor komposit melebihi 84% pada tahun 2010. Bagi memastikan KPI tersebut tercapai PPD telah merangka strategi seperti berikut: a) Mensasarkan GPS< 1.50. Dengan pencapaian pelajar 5A/7A mencapai 30%, MSMP mencapai 100%, peratusan subjek BI melebihi 90%, Pelaksanaan PKKP dan P&P berkesan, pengukuran dan penilaian berkesan, penekanan kepada program bina insan, pengurusan dan kawalan headcount yang sistematik dan program kaunseling & kerjaya. 7

iv) Mempertingkatkan infrastruktur luar bandar Agensi pelaksana: Pejabat Daerah Temerloh NKRA: Malaysia telah mencapai kejayaan besar dalam penyediaan infrastruktur asas luar bandar (RBI). Memandangkan penduduk luar bandar masih lagi mewakili 35% penduduk Malaysia dengan kekurangan dari segi kemudahan jalan raya, bekalan air bersih dan kemudahan tenaga elektrik. Program besar pembangunan infrastruktur asas luar bandar Malaysia, meliputi pembinaan jalan raya, penyediaan rumah untuk penduduk miskin, memastikan akses kepada air bersih dan akses kepda bekalan elektrik 24 jam. Antara perkara yang akan dilakukan ialah: i) Menggunakan kaedah penyampaian yang inovatif, cepat, dan kos yang rendah; ii) iii) iv) Memperbaiki proses administrasi sedia ada bagi mengurangkan masa yang diperlukan; Mempermudah dan bekerja rapat dengan pembekal untuk memastikan bekalan kesediaan jentera yang menukupi; dan Memastikan pengurusan program yang efektif dengan memantau projek dengan rapi, melalui Sistem Pemantauan Projek (II). TKRA: Mengikut statistik, 80% daripada penduduk Temerloh adalah diklasifikasikan sebagai penduduk kawasan bandar. Sehubungan itu, Pejabat Daerah Temerloh diberi tanggungjawab untuk membangunkan infrastruktur untuk kejahteraan rakyat. Perkara ini dilakukan dengan menyempurnakan program yang dirancang dalam RMK-10. Diantara strateginya adalah seperti berikut: a) Memulakan sebanyak 50% daripada Projek Rolling Plan sebelum September 2011 dan akan diselesaikan sebelum Jun 2010; b) Mengenalpasti keperluan tanah bagi semua projek sebelum akhir 2010; dan c) Melaksanakan projek berimpak tinggi, seperti masjid baru Daerah Temerloh dan Pusat Transit Kebangsaan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Temerloh. 8

v) Mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah Agensi pelaksana: Pejabat Daerah Temerloh NKRA: Kerajaan akan memberikan tumpuan untuk membasmi kemiskinan tegar pada tahun 2010 dan mengurangkan insiden kemiskinan kepada 2.8% pada tahun 2010. Kerajaan juga akan melaksanakan beberapa langkah untuk mempertingkatkan produktiviti isirumah berpendapatan rendah yang tidak termasuk dalam kategori miskin tegar. Antara perkara yang akan dilaksanakan adalah: i) Menyeragamkan takrifan kumpulan berpendapatan rendah; ii) iii) Melaksanakan bebebrapa inisiatif berimpak tinggi dengan segera dan membuat persediaan bagi tindakan jangka panjang; dan Meletakkan penggerak bagi memastikan penyampaian inisiatif. TKRA: Pejabat Daerah Temerloh juga melaksanakan program pembasmian kemiskinan untuk membebaskan golongan miskin tegar (MT). Berdasarkan maklumbalas daripada JKKK, Penghulu, ADUN dan Agensi Pemberi Bantuan, 3 strategi telah dirangka untuk dilaksanakan, iaitu: a) Program peningkatan pendapatan; b) Program bantuan rumah;dan c) Membangunkan ladang rakyat. Daripada strategi tersebut, ianya akan memberi impak keseluruhan dalam program mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah sepeti berikut: a) Mencapai matlamat miskin tegar sifar pada tahun 2010; b) Peningkatan sumber pendapatan; dan c) Peningkatan kualiti hidup. vi) Mempertingkatkan pengangkutan awam Agensi pelaksana: Majlis Pebandaran Temerloh NKRA: Pengangkutan awam (di bandar besar) juga menjadi agenda utama Kerajaan memandangkan sektor tersebut menjadi masaalah utama rakyat di bandar. Kerajaan berhasrat untuk meningkatkan peratusan penggunaan pengangkutan awam, memperbaiki masa perjalanan dan kebolehpercayan, mempertingkat keselesaan dan kemudahan dan mempertingkatkan kebolehcapaian dan kesalingbungan. Untuk mencapainya, langkah penambahbaikan yang akan dilakukan adalah seperti berikut: 9

i) Menyelaras kapasiti sistem yang sudah mencapai hadnya; ii) iii) iv) Merangsang permintaan bagi menarik perhatian rakyat menggunakan pengankutan awam; Mengahalang kenderaan berat dari memasuki kawasan perniagaan pusat;dan Penyusunan semula agensi kawalselia: usaha ini adalah penting untuk memastikan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). TKRA: Walaupun Temerloh bukanlah bandar besar seperti yang dimaksudkan oleh NKRA namun, Temerloh merupakan bandar kedua terbesar di Pahang dengan penduduknya dan penduduk bandar sekitar menggunakan kemudahan pengangkutan awam yang terdapat di bandar Temerloh iaitu, perkhidmatan bas, keretapi dan teksi. Pada tahun 2009 seramai 1.2 juta penumpang menggunakan perkhidmatan bas, perkhidmatan teksi seramai 50,000 dan keretapi seramai 54,719 orang dengan 3650 persinggahan. Di antara isu-isu dan cadangan penambahbaikan adalah seperti berikut: Isu-isu: a) Tiada terminal pengangkutan yang bersepadu; b) Teminal terletak di tengah pusat bandar yang menyebabkan kesesakan lalulintas; c) Tiada perkhidmatan pengangkutan awam ke taman-taman perumahanpasar-hospital; d) Petak letak teksi sangat terhad; e) Stesen teksi yang tidak sempurna; f) Bilangan penumpang di terminal ddan stesen yang ramai menyebabkan tandas awam tidak mencukupi; g) Lmbaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan tidak berunding dengan PBT semasa mengeluarkan permit; dan h) Wujud persaingan di antara pengangkutan awam dengan pengusaha teksi haram. Cadangan Penambahbaikan: a) Temerloh sangat memerlukan sebuah Integrated Transport Terminal (ITT) yang terletak di luar pusat bandar. Cadangan ini telah dikemukakan kepada Kerajaan untuk membina ITT dalam RMK-10; b) LPKP perlu berunding dengan PBT sebelum meluluskan permit; c) Perkhidmatan pengankutan awam perlulah secara menyeluruh meliputi taman-taman perumahan, pasar, hospital dan destinasi pelancongan;dan 10

d) Penguatkuasaan undang-undang untuk mengatasi pengusaha pengangkutan awam haram. 11

Jadual Besar Bidang Keberhasilan Utama Temerloh INDIKATOR AGENSI PELAKSANA INDIKATOR TKRA 1) Mengurangkan Kadar Jenayah -pengurangan jenayah menyeluruh. indeks secara Polis Di Raja Malaysia i. Mengurangkan indeks jenayah -mempertingkatkan persepsi awam tentang keselamatan menerusi kesukarelawanan. -mempertingkatkan prestasi ke seluruh sistem keadilan jenayah bagi membina keyakinan awam. - tumpuan terhadap penurunan kepada indeks jenayah yang dilapurkan - mengurangkan kejadian curi, ragut dan samun ii. mengurangkan ketakutan menjadi mangsa jenayah - mendakati masyarakat dan mendapat keyakinan masyarakat untuk membantu dan bersama PDRM dalam menangani masaalah jenayah. - High profile policing, turun padang, jumpa dan salam, stop and talk dan program bersemuka - Melibatkan masyarakat dalam aktiviti kepolisan 12

iii.meningkatkan prestasi sistem jenayah - meningkatkan kualiti dan kualiti siasatan keatas pesalah - menambah bilangan pesalah ke mahkamah iv.inisiatif Ketua Polis Daerah dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepolisan dalam masyarakat -meningkatkan keselamatan dan rasa selamat masyarakat. Kemudahan CCTV(5 buah) -meningkatkan keupayaan mengesan dan membenteras jenayah. Sebuah balai bergerak disediakan. -meningkatkan keyakinan keselamatan kepada masyarakat. Bit dan patrol, MPV dan Ops berkala ( Ops Tapis, Ops Bersepadu, Ops Lenjang, Ops Pusat Hiburan dan Ops Sikap). 2) Memerangi rasuah -meraih semula keyakinan terhadap agensi pengawalseliaan dan penguatkuasaan. -Mengurangkan ketirisan dana dalam perolehan Kerajaan. -menangani rasuah besar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia i. memerangi rasuah besar - memastikan dana awam tidak digunakan untuk kepentingan parti politik -mengurangkan 13

salahguna peruntukan oleh MP dan ADUN ii. perolehan kerajaan -mengurangkan ketirisan dana awam dalam program dan projek pembangunan kerajaan - memastikan kesaksamaan dalam pemberian kontrak kerajaan iii.pengawalseliaan dan penguatkuasaan -mengembalikan kenyakinan awam terhadap agensi pelaksana -meningkatkan daya saing Malaysia dalam perniagaan -Pelaksanaan program ceramah berkala iaitu program kesedaran terhadap oarang ramai dan program Character First dengan kerjasama agensi kerajaan. 3) Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar -meningkatkan kadar pendaftaran Prasekolah untuk kanak-kanak 4+ dan 5+ tahun, dan mempertingkatkan kualiti sistem. -memastikan kanak-kanak berupaya menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun pendidikan. -membangunkan sekolah berprestasi tinggi (SBT) dan mempertingkatkan prestasi semua sekolah. Pejabat Daerah Pelajaran i. memperluas akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan melalui program: - meningkatkan kadar penyertaan kanakkanak berumur (4+ dan 5+) kepada 87% menjelang 2012 dalam Pendidikan Prasekolah 14

-mempertingkatkan prestasi guru besar dan pengetua melalui pengurusan prestasi. - mensasarkan setiap kanak-kanak menguasai literasi & numerasi (LINUS) selepas mengikuti 3 tahun pendidikan rendah pada akhir tahun 2010 (sasaran 90%). - mewujudkan sekolah berprestasi tinggi (SBT) yang mempunyai etos, karakter dan identiti sendiri. Dua buah sekolah yang terpilih untuk dicalonkan ialah SMK Seri Tualang dan SK Bandar Temerloh. - tawaran baru kepada pemimpin sekolah dengan memperkenalkan penilaian pencapaian untuk menilai Pengetua dan Guru besardan menawarkan ganjaran yang menarik serta membantu PGB yang lemah. 4) Meningkat Taraf Hidup Rakyat Yang Berpendapatan Rendah -menyeragamkan takrifan kumpulan berpendapatan rendah. -melaksanakan inisiatif berimpak tinggi dan membuat persediaan tindakan jangka panjang. Meletakkan penggerak bagi memastikan penyampaian inisiatif. Pejabat Temerloh Daerah i. Diantara strategi yang dirangka untuk dilaksanakan, iaitu: -Program peningkatan pendapatan; -Program bantuan rumah; dan -Membangunkan ladang rakyat. Daripada strategi tersebut, ianya akan memberi impak keseluruhan dalam program mempertingkatkan 15

taraf kehidupan isi rumah sepeti berikut: -Mencapai matlamat miskin tegar sifar pada tahun 2010; -Peningkatan sumber pendapatan; dan -Peningkatan hidup. kualiti 5) Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman -program besar pembangunan infrastruktur asas luar Bandar Malaysia, meliputi pembinaan jalan raya, penyediaan rumah untuk penduduk miskin, memastikan akses kepada air bersihdan akses kepda bekalan elektrik 24 jam. Pejabat Temerloh Daerah i) membangunkan infrastruktur untuk kejahteraan rakyat: -Menggunakan kaedah penyampaian yang inovatif, cepat, dan kos yang rendah; -Memperbaiki proses administrasi sedia ada bagi mengurangkan masa yang diperlukan; -Mempermudah dan bekerja rapat dengan pembekal untuk memastikan bekalan kesediaan jentera yang menukupi; dan -Memastikan pengurusan program yang efektif dengan memantau projek dengan rapi, melalui Sistem Pemantauan Projek (II). 16

6) Menambah Baik Pengangkutan Awam Bandar -kerajaan akan menyediakan rangkaian sistem pengangkutan awam yang komprehensif bagi memenuhi keperluan rakyat meliputi peratus penggunaan pengangkutan awam, memperbaiki masa perjalanan, kebolehpercayaan, mempertingkatkan keselesaan dan kebolehcapaian. Majlis Pebandaran Temerloh i- mewujudkan sebuah terminal pengangkutan bersepadu di luar Bandar Temerloh ii- LPKP perlu berbincang dengan PBT mengenai kelulusan permit kenderaan perdagangan iii- memperluas capaian pengangkutan awam ke tempat strategik iv- penguatkuasaan undang-undang untuk mengatasi aktiviti pengangkutan haram PENGHARGAAN 17

18

MAKLUMBALAS SEBARANG MAKLUMBALAS, PENDAPAT, PANDANGAN DAN CADAGAN BOLEH DIKEMUKAKAN KEPADA URUSETIA SEPERTI BERIKUT: 1) PUSAT KHIDMAT AHLI PARLIMEN TEMERLOH No 16, Tkt 1, Jln Semantan 4, 28000, TEMERLOH, Pahang. Tel: 09-2967088 Fax: 09-29677008 www.saifuddinabdullah.com.my saifuddinabdullah@facebook saifuddinabdullah@twitter zamri@mohe.gov.my 19