Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian



Similar documents
BAB 3 SEMANTIK: PERLUASAN, PENYEMPITAN DAN PERUBAHAN MAKNA

A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CURRENT TRENDS AND PRACTICES IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT: A CASE STUDY IN YTL POWER SERVICES SDN. BHD.

IMPACT OF SELF-CORRECTION ON EXTROVERT AND INTROVERT STUDENTS IN THE EFL WRITING PROGRESS REZA HAJIMOHAMMADI

Kalkulus Fungsi Dua Peubah atau Lebih

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

Teori Kepemimpinan: Teori Trait dan Tingkahlaku. Dr. Foo Say Fooi

World Conference on Islamic thought, 11 dan 12 September 2012, Kinta Riverfront Hotel, Ipoh.

Katakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0. Pengenalan

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK HAMIDAH ABDUL RAHMAN (P) NORLIN AHMAD SHAH ROLLAH ABDUL WAHAB

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

KONSEP PEMBELAJARAN Ahmad Johari Sihes

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DVD COVERS: A STUDY OF SEMIOTIC. I Putu Agus Tira Andika. Non-regular Program English Department Faculty of Letters and Culture Udayana.

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

CORAK KOMUNIKASI KELUARGA DALAM KALANGAN KELUARGA MELAYU DI TERENGGANU

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

Note on the Application Form for the JICA Training and Dialogue Program

Katakunci : kadar denyutan jantung, tahap dehidrasi, atlet larian jarak dekat

Katakunci : kefahaman murid, konsep jirim

OCBC GREAT EASTERN CO-BRAND CARD FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) REBATE FEATURES, INTEREST FREE AUTO INSTALMENT PAYMENT PLAN (AUTO-IPP) AND BENEFITS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE NATURE OF HUMAN RESOURCE MANAGEMENT AND ORGANIZATIONAL CHANGE IN MALAYSIAN SMALL AND MEDIUM SIZED ENTERPRISES (SMES)

THE RELATIONSHIP BETWEEN HUMAN RESOURCE INFORMATION SYSTEM (HRIS) AND HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (HRM) ALFRED PUN KHEE SEONG

TEORI PSIKOLOGI Azizi Yahaya & Faizah Idris Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

TEORI PEMBELAJARAN Ahmad Johari Sihes

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan

How To Learn To Learn From A Computer

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

MASTER S PROJECT REPORT SUMMARY

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

BAB EMPAT METODOLOGI KAJIAN

Katakunci : penilaian kokurikulum

SATUAN ACARA PERKULIAHAN (SAP) Mata Kuliah : Struktur Data Kode : TIS3213 Semester : III Waktu : 2 x 3 x 50 Menit Pertemuan : 6 & 7

Sejarah dan Asal-usul Bahasa Arab: Satu Kajian Linguistik Sejarawi

How To Get A Job At A Bank

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

KEPERLUAN DALAM PENDIDIKAN MORAL UNTUK MENGHADAPI CABARAN ERA PASCA MODENISME.

PRODUCTIVITY IMPROVEMENT VIA SIMULATION METHOD (MANUFACTURING INDUSTRY) HASBULLAH BIN MAT ISA

UNIT 5 PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran

SUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK: SEJAUHMANAKAH HUBUNGAN INI RELEVAN?

BENGKEL INOVASI PEDAGOGI. Penyelesaian Masalah Matematik Sekolah Rendah dengan Menggunakan Strategi Melukis Gambar Rajah. oleh

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SPA BEAUTY MANAGEMENT SYSTEM NAJIHAH BINTI RUSSLI

TOPIK 1 Konsep Pengukuran dan Skala Pengukuran

DEVELOP AND DESIGN SHEMATIC DIAGRAM AND MECHANISM ON ONE SEATER DRAG BUGGY MUHAMMAD IBRAHIM B MD NUJID

STRUKTUR, STRATEGI DAN PRESTASI PENGURUSAN FASILITI

STRESS EFFECT STUDY ON 6 DIFFERENT PATTERN OF TYRES FOR SIZE 175/70 R13 SYAHRIL AZEEM ONG BIN HAJI MALIKI ONG. for the award of the degree of

Kata kunci: kesihatan mental; pengetahuan; sosio-demografi; kempen komunikasi ABSTRACT

Penterjemahan Bentuk Panggilan Terpilih di dalam OALD

Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan

Page 1 of 1. Page 2 of 2 % &! " '! ( ' ( $) * +, - % -. !" # $

2 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN Zainuddin Abu Bakar

Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 29 47, 2008

Katakunci : faktor, pemilihan bidang keusahawanan

PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM ILMU PENDIDIKAN DI MAKTAB PERGURUAN, TAHUN 1957 HINGGA1986

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DALAM KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR WAN NOREHAN BINTI WAN MAMAT

BIOMECHANICS AND MEASUREMENT ON ARCHERY ATHLETE: BALANCING BODY POSTURE

LICENSE PLATE RECOGNITION OF MOVING VEHICLES. Siti Rahimah Binti Abd Rahim

FACTORS INFLUENCING GENDER GAP IN HIGHER EDUCATION OF MALAYSIA: A UNIVERSITY OF MALAYA SAMPLE

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 33 51, 2010

HAJI MOHD NOR BIN JAAFAR

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

ii) 9 months Plan - Interest Rate at 0.75% per month The minimum transfer amount is RM1,000 and maximum is subject to Cardmember

TAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009, 7 Mei 2009, UTHM

6 PENGERTIAN KONSEP KENDIRI

Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti

PROSES PENYELESAIAN MASALAH. Azlinda Azman, Ph.D Noriah Mohamed, Ph.D. Penyelesaian masalah merupakan matlamat utama dalam satu-satu proses

Komunikasi Interpersonal Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Melaka

HUBUNGAN TEKANAN KERJA TERHADAP PRESTASI PEKERJA

Manpower Planning Utilizing Work Study at Data Storage Manufacturing Company

CHE ZANARIAH CHE HASSAN FADZILAH ABD RAHMAN

Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): HASNAH TORAN, MOHD. HANAFI MOHD. YASIN, MOHD. MOKHTAR TAHAR & NORANI SALLEH

KAJIAN TERHADAP PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM TINGKAH LAKU MEMBELI DI KALANGAN PENNGUNA: KAJIAN KES DI JOHOR BAHRU.

A STUDY OF SECURITY LIMITATIONS IN VIRTUAL LOCAL AREA NETWORK IMPLEMENTATION

Universiti Kuala Lumpur Kampus Kota MALAYSIAN INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY 1016, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Januari 2014, Bil. 2 Isu 1

KAJIAN PUNCA, RISIKO MEROKOK DAN SUMBANGAN MEROKOK TERHADAP PENAGIHAN BAHAN. SATU KAJIAN DI PUSAT GIAT MARA BUKIT PAYONG, MARANG, TRENGGANU

BAB KAJIAN MENGENAI GEJALA SOSIAL. Pengenalan

How To Get A Better At Pengajaran

PENILAIAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHlRAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU MURID SEKOLAH KEBANGSAAN KEBOLEHPERCAYAANINSTRUMEN

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

PENGHARGAAN. Ribuan terima kasih kepada Dr. Soib Taib selaku penyelia projek ini yang banyak membimbing serta memberi nasihat sepanjang projek ini.

K-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN

MODELING AND SIMULATION OF SINGLE PHASE INVERTER WITH PWM USING MATLAB/SIMULINK AZUAN BIN ALIAS

Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar

TEACHING LISTENING WITH RIGHT AND LEFT BRAIN THINKING Titis Sulistyowati ABSTRACT

PEMBERIAN WANG TUNAI SEBAGAI GANTIAN BAGI CUTI REHAT YANG TIDAK DAPAT DIHABISKAN OLEH PEGAWAI LANTIKAN SECARA KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE)

HUBUNGAN ANTARA KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI DENGAN KEPUASAN KERJA, PRESTASI KERJA DAN KOMITMEN KERJA

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

KAJIAN HUBUNGAN KAUM DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH PEMBANGUNAN SOSIAL, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Ilmu Faraid

Transcription:

BBM 3212 Semantik dan Pragmatik Unit 1 Kuliah 1 Pengenalan Konsep dan Pengertian Semantik dan Pragmatik Prof Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Pengenalan Semantik Bidang semantik merupakan satu bidang dalam kajian linguistik yang mengkaji makna. Perkataan semantik berasal daripada perkataan Greek sema yang bererti "tanda" (sign). sema juga bermaksud isyarat. Seterusnya kata itu menerbitkan kata semaine yang bermaksud bererti. Daripada sinilah terbitnya istilah semantik yang menamai satu bidang ilmu yang mengkaji atau analisa makna. Semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna dan oleh sebab makna itu adalah sebahagian daripada bahasa, maka semantik juga menjadi sebahagian daripada linguistik. Dalam semantik terdapat skop-skop semantik yang tertentu. Menurut Palmer, Kompson & Katz semantik ialah as the study of meaning in natural language.

Perkataan semantics telah diperkenalkan oleh seorang ahli filologi Perancis, bernama Michel Breal pada tahun (1883) dalam makalah beliau yang bertajuk, Les Lois Intellectuelles du Langage. Dalam makalah ini, Breal telah memberi tanggapan bahawa semantik mempunyai kedudukan tersendiri di luar bahasa, misalnya bentuk perubahan makna, latar belakang perubahan makna, hubungan perubahan makna dengan logika dan hubungan makna dengan psikologi. (Aminuddin,1985:16). Semantik : teori makna atau teori erti (Verhaar, 1983)

Manakala SIL Glossary of Linguistic Term mentakrif semantik sebagai satu kajian makna yang berdasarkan ekspresi linguistik. (Semantics is, generally defined, the study of meaning of linguistic expressions.) Semantik merupakan satu bidang yang bukan sahaja mengkaji makna sesuatu perkataan, frasa, ayat tetapi turut mencari bagaimana untuk menerangkan makna sesuatu perkataan, frasa, ayat. Semantik juga merupakan salah satu cabang linguistik yang mengkaji hubungan ujaran linguistik yang berbeza-beza seperti homonim, sinonim, antonim, polisemi, homonim dan hiponim. Kajian semantik juga melibatkan kajian peranan semantik, makna dan rujukan, syarat benar dan analisis wacana. Ilmu semantik mempunyai beberapa tahap perkembangan. Tahap permulaan ilmu semantik ialah semantik falsafah. Manakala tahap yang kedua ialah semantik linguistik.

Dalam kajian linguistik, bidang semantik dianggap sebagai bidang yang paling sukar untuk diterokai. Ini kerana, untuk mengkaji makna, sama ada pada "peringkat perkataan atau ayat, pengkaji seharusnya mempertimbangkan sama aspek-aspek yang bukan linguistik, seperti kebudayaan konteks perkataan atau ayat itu diujarkan atau digunakan, aspek-aspek psikologi penutur, alam pemikirannya, hubungan sosial antara penutur dan pendengar, tajuk perbincangan, dan sebagainya. Perkara-perkara ini semuanya mempengaruhi makna. Oleh yang demikian, untuk memberikan makna yang paling tepat bagi sesuatu perkataan, perkara-perkara di atas mestilah diambil perhatian.

Perkembangan Bidang Semantik Pengkaji bahasa pada awal abad ke-19 misalnya berminat sekali dalam mengkaji makna, khususnya dari aspek perubahan makna, pengelasan makna dan sebab-sebab berlakunya perubahan kepada makna sesuatu perkataan. Semantik juga selanjutnya telah dijadikan sebagai dasar untuk penghuraian bahasa oleh ahli linguistik tradisional. Pada pertengahan dan akhir abad ke-20 pula, bidang ini semakin mendapat perhatian, khususnya apabila munculnya golongan linguistik transformasi. Golongan ini beranggapan bahawa makna adalah satu aspek yang penting dalam bahasa, sama pentingnya dengan kajian terhadap struktur bahasa

Peringkat Pertama Plato (429 347 SM) Bunyi-bunyi bahasa secara implisit mengandung makna tertentu. Dalam bukunya yang bertajuk Crafylus, Plato telah menggunakan perkataan 'semainein'. Katanya, "... bunyi bahasa secara tersirat, mengandungi makna" (Aminuddin 1985:15). Kata dasarnya ialah 'sema' yang bermaksud 'isyarat' atau 'tanda' dan 'semainein' sebagai kata terbitan bermakna 'memperlihatkan' atau 'menyatakan'. Plato

Salah seorang murid Plato yang terkenal ialah Aristotle (384-322 S.M.) (Harimurti Kridalaksana 1982:14). Aristotle menghalusi falsafah metafizik dalam karangannya Filsafat Pertama. Menurut Aristotle, kata adalah satuan terkecil yang mengandung makna. iatu (1) makna yang hadir dari kata itu sendiri secara otonom (makna leksikal), dan (2) makna yang hadir akibat proses gramatika (makna gramatikal). (Ullman 1977:3) Beliaulah yang mula-mula melahirkan fahaman 'logika'. Logika atau lojik akal menurut beliau merupakan pewujudan daripada lambang yang telah ditakrifkan maknanya. Dengan fahaman logika, perkataan yang samar-samar atau tidak pasti maknanya dan perkataan yang tidak terbatas maksudnya, dihindari. Aristotle

Memang ada perbezaan pendapat antara Plato dan Aristotle Plato mempercayai tentang adanya hubungan bererti antara kata (bunyi-bunyi bahasa) dengan rujukannya. Sedangkan Aristotle, berpendapat bahawa hubungan antara bentuk dan erti kata adalah soal perjanjian antara pemakainya (Moulton 1976 : 3). Namun kajian terhadap bahasa tidaklah terhenti selepas Aristotle (yang mengutamakan makna), sebaliknya kebanyakan kajian yang kemudiannya lebih tertumpu pada fonetik/fonologi, morfologi dan sintaksis yang tidak mengutamakan makna. Namun, gagasan yang dikemukakan oleh C. Chr. Reisig (1820-1925) (ahli bahasa Jerman) tentang nahu bahasanya telah menimbulkan semula peranan makna.

C. Chr. Reisig (1825) Konsep baru mengenai gramatika : Gramatika terdiri dari tiga unsur utama, iaitu : a) Semasiologi kajian tentang tanda b) Sintaksis kajian tentang susunan kalimat/ayat c) Etimologi kajian tentang asal usul kata, perubahan bentuk kata, dan perubahan makna

Peringkat Kedua Michel Breal kajian semantik dikaitkan dengan unsur di luar bahasa itu sendiri. Misalnya: Perubahan makna Makna yang berhubungan dengan logika Makna yang berhubungan dengan psikologi

Peringkat Ketiga Perbincangan semantik menjadi rancak semula. Ramai ahli bahasa menekuni bidang ini sama ada kerana keperluan linguistik itu sendiri atau ilmu lain yang memerlukan semantik. Salah seorang daripada mereka ialah Ferdinand de Saussure (bangsa Swiss) yang berpendapat bahawa bahasa merupakan satu kesatuan yang terdiri daripada beberapa bahagian yang berhubung kait antara satu dengan yang lain. Beliau juga berpendapat bahawa ilmu bahasa merupakan salah satu cabang semasiologi. (Abu Bakar Hamid 1978:152). Ferdinand de Saussure

Jost Trier (bangsa Jerman) mengembangkan pendapat de Saussure dengan mengambil kira pandangan budayawan Jerman, iaitu J.G. von, Herder (1772) dan sarjana bahasa dan ahli falsafah Jerman W. von Humboldt (1836) berkenaan dengan makna, sehingga lahirlah gagasan Medan Makna. Medan Makna yang dimaksudkan oleh Trier di sini ialah perkataan yang pada mulanya mempunyai makna yang bertumpang-tindih akhirnya memiliki makna masing-masing secara khusus. Jost Trier

Untuk gagasan ini beliau mengambil contoh bahasa Jerman pada tahun 1200, iaitu perkataan kunst dan list. Kedua-dua perkataan ini maknanya tercakup dalam perkataan wisheit yang mengandungi makna 'pengalaman keagamaan'. Satu abad kemudian, iaitu pada tahun 1300 didapati ketiga-tiga perkataan tersebut telah memiliki maknanya sendiri. Perkataan kunst mengandungi makna 'pengetahuan', perkataan list yang berubah menjadi wizzen mengandungi makna 'seni' dan perkataan wisheit mengandungi makna 'pengalaman keagamaan' (Aminuddin 1985:108).

Bronislaw Malinowski Bronislaw Malinowski seorang ahli antropologi telah membuat kajian terhadap sekelompok masyarakat yang hidup di Pulau Coral (di Lautan Pasifik). Beliau mendapati bahawa pertuturan masyarakat di pulau tersebut mempunyai hubungan dengan keadaan pekerjaan mereka. Masyarakat petani misalnya mempunyai pertuturan yang agak berbeza daripada pertuturan masyarakat nelayan. Daripada hasil kajiannya ini beliau menyimpulkan satu gagasan yang kemudiannya dikenali sebagai context of situation (keperihalan keadaan) (M. Yunus Maris 1978:65-166).

Leonard Bloomfield, 1887-1949 (bangsa Amerika) berpendapat bahawa dalam kajian semantik, yang utama ialah behavior (kebiasaan berbahasa). Kebiasaan berbahasa ini menurut beliau erat hubungannya dengan perlakuan manusia yang tertakluk pada stimulus (rangsangan) dan response (tindak balas). Dengan demikian, bahasa ialah data yang didengar. Data yang diperoleh ini kemudian disusun dan diklasifikasikan. Hasil cerakinan inilah yang kemudian disebut nahu. Leonard Bloomfield

John Rupert Firth John Rupert Firth, 1890-1960 (bangsa Inggeris) seorang sarjana linguistik telah tertarik dengan dapatan Malinowski. Jika Malinowski memandang bahasa dari sudut antropologi, Firth pula memandang bahasa dari sudut ilmu bahasa itu sendiri. Beliau menyimpulkan bahawa bahasa merupakan kesepakatan sesuatu masyarakat yang dipengaruhi oleh keperihalan keadaan dan diterima oleh masyarakat tersebut. Gagasan ini kemudian dikenali sebagai Teori Semantik Kontekstual. Teori ini sangat bermanfaat untuk menghuraikan makna bahasa yang terdapat dalam sesuatu masyarakat kerana setiap pentafsir makna akan dikaitkan dengan budaya masyarakat pengguna bahasa itu sendiri. Dari sinilah juga timbulnya istilah 'kata pusat' dan 'ungkapan pusat'. Antara buku Firth yang terkenal ialah The Tongue of Man and Speech (1984) dan Paper in Linguistics (1974).

Charles Kay Ogden dan I. Amstrong Richard atau lebih dikenali sebagai Ogden & Richards berpendapat bahawa berlaku hubungan timbal balik antara gagasan dengan rujukan serta gagasan dengan lambang bahasa (lisan/bertulis) manakala lambang bahasa dengan rujukan hubungannya tidak langsung (Mansoer Pateda 1989:36). Perhatikan rajah yang berikut ini: G LB R Petunjuk: G = gagasan LB = lambang bahasa R = rujukan

Pendapat Ogden & Richards telah dikritik oleh Stephen Ullmann (1972) dengan hujah bahawa 'rujukan' sebenarnya di luar bidang bahasa. Hujah berikutnya beliau kemukakan bahawa takrifan 'lambang bahasa-gagasanrujukan' sangat sukar untuk dijelaskan dan difahami. Oleh yang demikian, Ullmann memberikan beberapa kemungkinan hubungan 'maksud' dengan 'perkataan'. Jika satu perkataan (P) mengandungi satu maksud (M), ia dapat digambarkan seperti rajah yang berikut:

Nama Makna cantik M1 M2 M3 segak ayu jelita

Hashim Hj. Musa Mengikut Hashim Hj. Musa, (1994:44), bunyi ucapan dan coretan tulisan yang merujuk hal tentang makna merupakan sejenis tanda atau sign. Tanda atau sign ialah sesuatu yang mewakili atau melambangkan sesuatu yang lain. Semiotik/semiologi kajian ke atas sistem tanda dan terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu semantik- tentang pemaknaan tanda, sintaktik tentang kombinasi tanda-tanda, dan pragmatik- tentang asal usul, pengguaan dan pengaruhnya dalam perlakuan yang dihubungkan dengan tanda itu (Ullmann, 1962:15).

Nor Hashimah Jalaluddin (1992:1) pengkajian makna pada peringkat semantik belum dapat memberikan makna sepenuhnya sebagaimana yang dihajati oleh penutur. Pengkajian makna seharusnya melibatkan ilmu pragmatik, iaitu ilmu penginterpretasian makna yang melibatkan faktor linguistik dan bukan linguistik. Gabungan antara kedua-dua faktor linguistik dan bukan linguistik ini dapat membantu pengkajian makna yang lebih berkesan. Nor Hashimah Jalaluddin

Makna Referensial dan Non-referensial Sebuah kata bermakna referensial kalau ada referensnya, atau acuannya dalam dunia nyata. Misalnya kata kuda, merah, dan gambar. Sebaliknya kata-kata seperti dan, kerana tidak mempunyai referens. Kata-kata yang acuannya tidak menetap pada satu maujud, melainkan dapat berpindah dari maujud satu ke maujud lain disebut kata-kata deiktik. Yang termasuk kata- kata deiktik adalah kata-kata ganti nama (dia, saya, kamu), kata-kata yang menyatakan ruang, misalnya di sini, di sana; kata-kata yang menyatakan waktu, seperti sekarang, besok; kata-kata yang disebut kata penunjuk, seperti ini dan itu

Makna dan Jenisnya Geoffrey Leech (1974) Geoffrey Leech (1974:26) menggolongkan makna kepada tujuh jenis: 1 Makna konsepsi : makna kognitif. 2 Makna konotatif : makna kata yang berlainan daripada makna asal: makna tersirat atau makna tambahan: makna emotif atau makna evaluatif. 3 Makna Stilistik : makna berdasarkan situasi pengucapan. 4 Makna Afektif : makna untuk menimbulkan kesan kepada pembaca dan pendengar. 5 Makna Refleksi : makna yang pelbagai untuk sesuatu kata. 6 Makna Kolokasi : makna berdasarkan hubungannya dengan kata lain. 7 MaknaTematik : makna yang ditekankan dalam ayat. Terdapat juga makna lain seperti : 1. Makna denotasi. 2. Makna konteks.

Pengenalan Pragmatik pragmatik diperkenalkan oleh seorang filosofi yang bernama Charless Morris tahun 1938. Morris ketika membicarakan bentuk umum ilmu tanda (semiotic) telah menjelaskan dalam (Levinson, 1983:1) bahawa semiotik memiliki tiga bidang kajian, iaitu sintaksis (syintax), semantik (semantics), dan pragmatik (pragmatics). Sintaksis merupakan kajian lingustik yang mengkaji hubungan formal antara tanda. Semantik ialah kajian linguistik tentang hubungan tanda dengan penutur yang menginterpretasikan tanda tersebut. Pragmatik adalah subbidang linguistik yang mengkaji cara konteks menyumbang kepada makna.

Pengertian Pragmatik Para pakar pragmatik mendefinisikan istilah ini secara berbezabeza. Yule (1996: 3), misalnya, menyebutkan empat definisi pragmatik, iaitu (1) bidang yang mengkaji makna pembicara/penutur; (2) bidang yang mengkaji makna menurut konteksnya; (3) bidang yang, melebihi kajian tentang makna yang diujarkan, mengkaji makna yang dikomunikasikan atau terkomunikasikan oleh pembicara/penutur; dan (4) bidang yang mengkaji bentuk ekspresi menurut jarak sosial yang membatasi partisipan yang terlibat dalam percakapan tertentu.

Levinson (1983)- pragmatik - kajian bahasa yang bereferensi atau berhubungan dengan faktor dan aspek-aspek kontekstual. Levinson (1983:21-24) menjelaskan dua pengertian pragmatik. Pertama, Pragmatics is the study of the relation between language and context that are basic to an account of language understanding. Pengertian ini menunjukkan bahawa untuk memahami makna bahasa seorang penutur, pendengar perlu mengetahui makna kata dan hubungan gramatikal antara kata tersebut juga menghubungkan apa yang dikatakan dengan apa yang diandaikan atau apa-apa yang telah dikatakan sebelumnya.

Kedua, Pragmatics is the study of the ability of language users to pair sentences with the contexts in which they would be appropriate. Pengertian kedua ini lebih menekankan pada pentingnya kesesuaian antara kalimat-kalimat yang diujarkan oleh pengguna bahasa dengan konteks tuturannya.

Thomas (1995: 22) mendefinisikan pragmatik sebagai bidang yang mengkaji makna dalam interaksi (meaning in interaction). Thomas (1995: 2) menyebut dua kecenderungan dalam pragmatik, iaitu pertama, dengan menggunakan sudut pandang sosial, menghubungkan pragmatik dengan makna pembicara (speaker meaning); dan kedua, dengan menggunakan sudut pandang kognitif, menghubungkan pragmatik dengan interpretasi ujaran (utterance interpretation).

Leech (1983: 6 ) - pragmatik sebagai bidang kajian dalam linguistik yang mempunyai kaitan dengan semantik. Keterkaitan ini disebut semantisisme, iaitu melihat pragmatik sebagai bahagian dari semantik; manakala pragmatisisme, iaitu melihat semantik sebagai bahagian dari pragmatik; dan komplementarisme, atau melihat semantik dan pragmatik sebagai dua bidang yang saling melengkapi.

Rumusan Semantik dan pragmatik merupakan salah satu cabang ilmu yang dipelajari dalam kajian linguistik. Dalam semantik kita mengklasifikasi makna, hubungan makna, perubahan makna, analisis makna, dan makna pemakaian bahasa. Dalam pragmatik kita mengkaji interaksi dan sopan santun, implikatur percakapan, pertuturan, referensi dan inferensi serta deiksis. Dengan demikian dapat disimpulkan bahawa semantik adalah subdisiplin linguistik yang membicarakan makna, iaitu makna kata dan makna kalimat. Pragmatik pula berhubungan dengan pemahaman kita terhadap hal-hal di luar bahasa. Akan tetapi, hal-hal yang dibicarakan di dalam pragmatik sangat erat kaitannya dengan hal-hal di dalam bahasa.

Pragmatik adalah kajian yang menelaah makna ujaran dalam situasi/konteks sosial. Semantik adalah kajian yang menelaah makna kata Perbezaan pragmatik dan semantik: - Pragmatik menelaah kata secara eksternal, sedangkan semantik menelaah makna kata secara internal. Pragmatik terikat dengan konteks, sedangkan semantik bebas konteks. Pragmatik menelaah makna yang dimaksudkan penutur, sedangkan semantik menelaah makna sesuai dengan ilmu linguistik

Kesimpulan Semantik ialah kajian tentang lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara satu makna dengan makna yang lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat. Semantik lahir daripada falsafah dan sehingga kini bahasa masih dibayangi terus oleh falsafah. Daripada perkembangan semantik yang telah diperlihatkan jelas bahawa antara falsafah dengan bahasa dan antara bahasa dengan semantik tidak dapat dipisahkan. Pragmatik adalah kajian tentang penggunaan bahasa sesungguhnya. Pragmatik mencakup bahasan tentang deiksis, praanggapan, tindak tutur, dan implikatur percakapan. Deiksis adalah kata yang tidak memiliki referen yang tetap tetapi berubah-ubah seperti kata saya, sini, sekarang.

Latihan. 1. Berikan 3 definisi semantik dan 3 definisi pragmatik. 2. Terangkan secara ringkas kemunculan istilah semantik dalam ilmu linguistik.

Sekian, terima kasih.