SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)

Similar documents
A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

How To Get A Job At A Bank

TAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH

Katakunci : penilaian kokurikulum

HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

Katakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0. Pengenalan

SUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK: SEJAUHMANAKAH HUBUNGAN INI RELEVAN?

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

Katakunci : tahap stress, tahap kepuasan kerja, pensyarah UTM

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

KAJIAN TENTANG KEPUASAN BEKERJA DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS (A STUDY ON JOB SATISFACTION AMONG SPECIAL EDUCATION TEACHERS)

Katakunci : alat bantu mengajar (ABM), guru teknikal

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

HUBUNGAN KEPUASAN KOMUNIKASI DENGAN KOMITMEN TERHADAP ORGANISASI DI KALANGAN PEKERJA TEKNIKAL: KAJIAN KES DI FLEXTRONICS INTERNATIONAL, SENAI, JOHOR.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

HAJI MOHD NOR BIN JAAFAR

Katakunci : gaya komunikasi, guru besar, komitmen guru,

Katakunci : masalah, guru Pendidikan Khas program Integrasi, pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup

Katakunci : faktor, pemilihan bidang keusahawanan

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan Prasarana yang Disediakan di Politeknik Banting Selangor bagi Sesi Disember 2012

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

Communication, Universiti Sains Malaysia, Penang. 2 Kamaliah Haji Siarap is a Lecturer at the School of Communication,

Teori Kepemimpinan: Teori Trait dan Tingkahlaku. Dr. Foo Say Fooi

CORAK KOMUNIKASI KELUARGA DALAM KALANGAN KELUARGA MELAYU DI TERENGGANU

Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 33 51, 2010

How To Learn To Learn From A Computer

Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

Katakunci : kefahaman murid, konsep jirim

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL

THE RELATIONSHIP BETWEEN HUMAN RESOURCE INFORMATION SYSTEM (HRIS) AND HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (HRM) ALFRED PUN KHEE SEONG

Pengaruh Kepimpinan Pentadbir Sekolah Terhadap Pembelajaran Pelajar : Peranan Efikasi Kolektif Guru Sebagai Mediator

TOPIK 1 Konsep Pengukuran dan Skala Pengukuran

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Januari 2014, Bil. 2 Isu 1

Katakunci : kadar denyutan jantung, tahap dehidrasi, atlet larian jarak dekat

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Dimensi Amalan Etika Profesion

Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009, 7 Mei 2009, UTHM

Tanggapan Sokongan Organisasi, Kepuasan Kerja, Komitmen dan Kelakuan Kewargaan Organisasi Pekerja: Peranan Politik Organisasi sebagai Perantara

HUBUNGAN ANTARA KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI DENGAN KEPUASAN KERJA, PRESTASI KERJA DAN KOMITMEN KERJA

MASTER S PROJECT REPORT SUMMARY

Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 29 47, 2008

Komunikasi Interpersonal Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Melaka

AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidiikan PKPGB 2008, 16 Oktober 2008, UTHM.

HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU BESAR DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN KURANG MURID GEMILANG TUJUH SEGAMAT, JOHOR

Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): HASNAH TORAN, MOHD. HANAFI MOHD. YASIN, MOHD. MOKHTAR TAHAR & NORANI SALLEH

Kata kunci: kesihatan mental; pengetahuan; sosio-demografi; kempen komunikasi ABSTRACT

Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Di Kalangan Guru-Guru Ketua Panitia Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Daerah Kulim Bandar Baharu

STRESS EFFECT STUDY ON 6 DIFFERENT PATTERN OF TYRES FOR SIZE 175/70 R13 SYAHRIL AZEEM ONG BIN HAJI MALIKI ONG. for the award of the degree of

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Ilmu Faraid

BAB 3 METODOLOGI. Bab ini membincangkan tentang reka bentuk penyelidikan, kaedah. penyelidikan, populasi dan sampel, instrumen dan kesahan serta

KESAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR VISUAL DALAM PENGAJARAN SUBJEK SAINS TAHUN TIGA. Oleh. Christopher Lu Wei Wang

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CURRENT TRENDS AND PRACTICES IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT: A CASE STUDY IN YTL POWER SERVICES SDN. BHD.

CHE ZANARIAH CHE HASSAN FADZILAH ABD RAHMAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di kalangan Guru Sekolah Bestari

FACTORS INFLUENCING GENDER GAP IN HIGHER EDUCATION OF MALAYSIA: A UNIVERSITY OF MALAYA SAMPLE

Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti

SPA BEAUTY MANAGEMENT SYSTEM NAJIHAH BINTI RUSSLI

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA

JOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING. A thesis submitted in partial fulfillment of. the requirements for the award of the degree of

Tingkah Laku Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak. oleh. Mahadi bin Hj. Khalid Institut Perguruan Batu Lintang

Exploring Primary and Secondary School Students Perception towards Online Mathematics Tuition: A Case Study

Identifikasi Psikomotor, Kognitif, Sosioemosi dan Bahasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah Menggunakan Pendekatan Belajar Melalui Bermain

K-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

KAJIAN TERHADAP STRES DIKALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH DI ZON PERMAS JAYA, JOHOR BAHRU DARI ASPEK PERSONALITI NOORNAZIFAH BINTI MD SUANDI

IMPACT OF SELF-CORRECTION ON EXTROVERT AND INTROVERT STUDENTS IN THE EFL WRITING PROGRESS REZA HAJIMOHAMMADI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE NATURE OF HUMAN RESOURCE MANAGEMENT AND ORGANIZATIONAL CHANGE IN MALAYSIAN SMALL AND MEDIUM SIZED ENTERPRISES (SMES)

KAJIAN TERHADAP PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM TINGKAH LAKU MEMBELI DI KALANGAN PENNGUNA: KAJIAN KES DI JOHOR BAHRU.

STRUKTUR, STRATEGI DAN PRESTASI PENGURUSAN FASILITI

PRODUCTIVITY IMPROVEMENT VIA SIMULATION METHOD (MANUFACTURING INDUSTRY) HASBULLAH BIN MAT ISA

DEPARTMENT OF ESTATE -MANAGEMENT FACULTY OF ARCHITECTURE, PLANNING AND SURVEYING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

PROSES PENYELESAIAN MASALAH. Azlinda Azman, Ph.D Noriah Mohamed, Ph.D. Penyelesaian masalah merupakan matlamat utama dalam satu-satu proses

Katakunci : kecergasan kardiovaskular, daya tahan otot kaki, latihan simulasi haji dan umrah.

Pengaruh Amalan Pengurusan Sumber Manusia Jurnal (PSM) Pengurusan terhadap Hasil 31(2010) PSM 43 di IPTS - 53 Bukan Bertaraf Universiti

IKLIM KOMUNIKASI DAN PENCAPAIAN ORGANISASI: KAJIAN KES ANTARA DUA BUAH ORGANISASI AWAM MALAYSIA ROSLI BIN MOHAMMED UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar

A STUDY OF SECURITY LIMITATIONS IN VIRTUAL LOCAL AREA NETWORK IMPLEMENTATION

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

HUBUNGAN TEKANAN KERJA TERHADAP PRESTASI PEKERJA

DEVELOP AND DESIGN SHEMATIC DIAGRAM AND MECHANISM ON ONE SEATER DRAG BUGGY MUHAMMAD IBRAHIM B MD NUJID

STRATEGI MEMBINA DAN MENGEKALKAN HUBUNGAN ANTARA KERAJAAN DENGAN RAKYAT MELALUI LAMAN SESAWANG

KEBERKESANAN SEKOIAH : KAJIAN DI DAERAH:

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka

Tahap kefahaman ekopelancongan dalam kalangan komuniti lokal di Lata Jarum, Raub, Pahang

TAHAP PENGURUSAN KONFLIK DALAM KALANGAN GURU BESAR-GURU BESAR DAN GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE EFFECT OF COMPUTER-BASED MUSIC EDUCATION SOFTWARE ON THE IDENTIFICATION OF NOTE-NAMES

EFFECTIVE COST MANAGEMENT: APPLYING ACTIVITY BASED COSTING IN PRIVATE HEALTHCARE - (HAEMODIALYSIS SERVICES)

KEINOVASIAN ORGANISASI DI INSTITUSI PENYELIDIKAN AWAM

Transcription:

KOMITMEN GURU TERHADAP SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KANGAR, PERLIS Nurulaim Asyikin Zakaria & Suhaida Abdul Kadir Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana komitmen guru di sekolah menengah di daerah, Kangar, Perlis dan membandingkan komitmen guru terhadap sekolah menengah berdasarkan faktor demografi. Data diambil daripada 145 guru di sekolah menengah di daerah Kangar, Perlis. Keseluruhan komitmen guru terhadap sekolah ialah pada tahap sederhana iaitu dengan min 3.35 (SP =.52). Kajian ini mencadangkan agar komitmen guru terhadap sekolah perlu dipertingkatkan lagi untuk meningkatkan kecemerlangan dan pretasi sekolah ke tahap yang lebih tinggi. Katakunci : Komitmen guru terhadap sekolah,sekolah menengah Pengenalan Komitmen guru terhadap sekolah merupakan faktor utama dalam merealisasikan aspirasi pendidikan kerana guru yang komited dianggap sebagai modal insan yang menjadi tunggak kepada pembangunan pendidikan sesebuah negara serta mempunyai kepercayaan kepada kepimpinan sekolah dan guru yang mempunyai komitmen yang tinggi akan sentiasa berpandangan positif dengan menganggap pemimpin dan sekolah akan mengutamakan mereka, menjaga malah memastikan kebajikan mereka tidak terabai (Ab Aziz, 2003). Komitmen terhadap organisasi adalah amalan guru yang efektif (Dee, Henkin, dan Singleton, 2006). Menurut Firestone dan Pennell (1993) mendakwa bahawa komitmen organisasi adalah penilaian yang serius terhadap pretasi kerja guru kerana perlunya komitmen dalam kalangan guru-guru untuk mempunyai motivasi secara professionalism dan mengejar perubahan seiring dengan permintaan arus perubahan masa kini. Mendefinisikan komitmen organisasi sebagai rasa kesetiaan kepada tempat kerja serta pengenalan individu terhadap nilai-nilai dan matlamat. Bagi guru yang ingin menunjukkan bahawa mereka aktif di sekolah, mereka harus mempunyai komitmen yang tinggi terhadap sekolah dengan meninggalkan kesan yang positif kepada pelajar serta seluruh organisasi sekolah. Guru yang mempunyai komitmen yang tinggi di sekolah juga akan merasakan bahawa mereka mempunyai status yang tinggi di dalamnya dan bersedia untuk menyumbang melebihi apa yang diharapkan daripada mereka (Bogler & somech, 2004). Meyer dan Allen (1997) telah mengkaji latar belakang komitmen di dalam organisasi guru dan menunjukkan bahawa komitmen di dalam organisasi guru dibentuk oleh ciri-ciri ketetapan organisasi, seperti kepimpinan sekolah. Komitmen dalam bidang pendidikan boleh didefinisikan sebagai reaksi emosional dan afektif guru terhadap profesion Firestone dan Rosenbaum (1988). Manakala takrifan oleh Downs dan Gamon (1991) menyatakan komitmen guru merupakan lambang ketaatan dan kepatuhan kepada sekolah, profesion, nilai dan etika kerja. Selain itu, komitmen guru terhadap sekolah dianggap teras utama dalam menentukan kejayaan sesebuah sistem pendidikan sesebuah negara kerana guru adalah pelaksana setiap dasar pendidikan (Leithwood et al. 2006). Komitmen juga dapat memberi interpretasi awal tentang penerimaan pekerja terhadap organisasi melalui tingkah laku yang menjurus kepada peningkatan dalam produktiviti (Meyer & Allen 1997). Metcalf & Dick (2000) pula, komitmen terhadap organisasi merupakan ukuran keinginan untuk menjadi anggota dalam organisasi serta keinginan menuju tahap keahlian tertinggi dalam organisasi. Komitmen guru memiliki kesan positif terhadap pretasi pelajar di sekolah (Riehl & Sipple, 2007). Pengertian lain untuk komitmen guru adalah berbeza-beza berdasarkan konteks analisanya dan dalam keadaan psikologi komitmen di indentifikasikan sebagai suatu keterbukaan individual untuk melibatkan diri (Leithwood, Menzies, & Jantzi,1994). Komitmen guru didefinisi sebagai komitmen guru yang merupakan faktor penentu yang mempengaruhi proses pengajaran dan belajar pelajar (Reyes & Rosenholtz, 2007). Komitmen organisai juga mempunyai perkaitan yang positif dengan motivasi kerja yang lebih tinggi dan juga pretasi kerja yang lebih baik (Stephens et al.., 2004) dan merupakan indikator yang berguna bagi keberkesanan sesebuah organisasi (Chow & Holden, 1997). Oleh itu 83

unsur dalam komitmen amat penting dalam sesebuah organisasi kerana organisasi yang mempunyai pekerja yang komited akan lebih mampu bersaing menghadapi cabaran serta lebih berjaya di masa hadapan. Komitmen memperlihatkan keinginan individu untuk berusaha bersungguh-sungguh dan sanggup berkorban apa sahaja semata-mata untuk kepentingan organisasi. Definisi komitmen rata-ratanya menekankan kepada aspek afektif pekerja terhadap organisasi melaui perasaan menerima matlamat dan nilai organisasi ke dalam diri mereka dan berusaha untuk mencapai matlamat serta menerima nilai-nilai organisasi. Menurut Salamuk (1997) komitmen organisasi ialah penerimaan matlamat dan nilai organisasi seperti matlamat untuk diri sendiri atau pekerja itu sendiri. Pekerja bersedia untuk menambahkan usaha dan pengorbanan demi untuk matlamat dan kebaikan organisasi. Kejayaan dan kegagalan sesebuah organisasi juga adalah kejayaan dan kegagalan bagi individu yang berhubung dengan organisasi tersebut. Dengan pekerja merasakan hubungan yang rapat antara organisasi dengan dirinya. Selain itu, pekerja berminat untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan rakan sekerja di dalam organisasi, menjaga hubungan baik dalam pekerjaan, ingin dan amat berminat untuk kekal setia dalam organisasinya walaupun di tawarkan dengan alternatifalternatif yang menarik. Diharapkan kajian ini menjadi satu dokumentasi dan boleh dimanfaatkan oleh pentadbir organisasi terutamanya kepada guru. Hasil kajian ini boleh membantu guru dalam melihat komitmen guru terhadap sekolah dalam konteks pendidikan yang telah disentuh oleh pengkaji sebagai bahan yang boleh dimuatkan dalam kajian kini. Bukan itu sahaja, guru boleh membuat bandingan atau contoh bagaimana pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan oleh beberapa orang pengkaji dalam menggambarkan atau melahirkan sesuatu aspek pendidikan atau idea (falsafah dan pemikiran) dalam kajian. Kepada pengkaji dan guru, kajian ini boleh dijadikan bahan rujukan dan perbincangan dalam memperkatakan sesuatu mengenai kaedah bagaimana untuk meningkatkan komitmen guru terhadap sekolah. Selain itu, kajian ini juga dapat membantu pentadbir organisasi terutamanya guru di sekolah untuk memahami dan mempelajari bahawa komitmen guru terhadap sekolah bukan sahaja digunakan di sekolah sebaliknya sebagai bahan untuk mengajar dan mendidik masyarakat diluar sekolah atau organisasi. Hasil kajian ini juga akan dapat memperlihatkan komitmen guru terhadap sekolah dapat dipraktikan oleh guru sekolah menengah terutamanya di sekolah menengah di Kangar, Perlis. Kajian ini juga diharapkan akan dapat membantu pihak Kementerian Pendidikan untuk merancang program-program yang sesuai bagi mendedahkan guru supaya dapat mempertingkatkan lagi komitmen terhadap sekolah untuk meningkatkan kecermerlangan sekolah yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan semasa. 84 Objektif kajian 1. Menentukan tahap komitmen guru di sekolah menengah di daerah, Kangar, Perlis. 2. Membandingkan komitmen guru terhadap sekolah menengah di daerah Kangar, Perlis berdasarkan demografi. Rekabentuk kajian Menurut Keellinger (1993), rekabentuk kajian berfungsi sebagai panduan dalam sesuatu penyelidikan kepada pengkaji untuk mengumpul, menganalisa dan menginterpretasi data. Rekabentuk kajian juga menjadi garis panduan kepada penyelidik atau membimbing penyelidik kea rah mendapatkan maklumat dan data yang yang diperlukan dalam kajian.kajian ini dibuat untuk melihat komitmen guru terhadap sekolah menengah di daerah Kangar, Perlis. Oleh yang demikian pengkaji telah menggunakan kaedah penyelidikan secara tinjauan. Mengikut Campion (1991) kaedah tinjauan adalah merupakan satu cara speksifik untuk mengumpul maklumat mengenai sekumpulan besar populasi. Teknik penyelidikan melalui keadah tinjauan dengan soal selidik banyak digunakan kerana ia merupakan cara yang amat berkesan dan praktikal untuk mendapatkan maklumat. Data yang didapati pada lazimnya tepat dengan faktor kebolehpercayaan ke aras 0.05 (Krejcie dan Morgan, 1970). Data yang diperolehi menggunakan soal selidik manakala penganalisisan data menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Science).

Populasi dan sampel Penyelidik akan menggunakan populasi guru sekolah menengah kebangsaan di daerah Kangar, Perlis. Berdasarkan data yang diperolehi daripada Jabatan Pelajaran Perlis. Populasi bagi sebuah sekolah ini pada tahun 2013 adalah seramai 145 orang guru. Apabila populasi 145 orang maka saiz sampel minimum yang diperlukan adalah 103 (Krejcie dan Morgan, 1970). Soal selidik yang diedar adalah sebanyak 130. Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian. Bahagian-bahagian dalam taburan item soal selidik tersebut terdiri daripada Bahagian A dan bahagian C. Bahagian A mengandungi enam soalan berkaitan demografi seperti jantina, etnik, pengalaman mengajar, tahap pendidikan tertinggi dan bidang matapelajaran utama. Bahagian C pula mengukur komitmen afektif guru, komitmen normatif guru dan komitmen berterusan guru dan mengandungi 18 item yang terdiri daripada tiga jenis komitmen organisasi guru yang diambil daripada soal selidik komitmen organisasi guru oleh Meyer dan Allen (1997). Skala likert digunakan daripada 1 (sangat tidak setuju) hingga 5 (sangat setuju). Jadual 1: Taburan Item Soal Selidik Taburan Soalan Bahagian Item Nombor Soalan Jumlah Item A Demografi 1,2,3,4,5 5 B Model Meyer dan Allen (1997) B. Komitmen normatif guru 1,2,3,4,5,6, 6 C. Komitmen berterusan guru 1,2,3,4,5,6 6 D. Komitmen afektif guru 1,2,3,4,5,6, 6 85 Dapatan kajian Jadual 2 di bawah pula menunjukkan skor min dan sisihan piawai bagi setiap skor komitmen guru terhadap sekolah. Daripada jadual tersebut didapati keseluruhan min dan sisihan piawai untuk skor komitmen guru terhadap sekolah memperoleh skor min 3.35 dengan sisihan piawai 0.52. Daripada jadual tersebut didapati komitmen berterusan min paling tinggi iaitu 3.39 dengan sisihan piawai 0.68. Ini diikuti oleh komitmen normatif dengan min 3.39 dan sisihan piawai 0.68 dan komitmen afektif dengan min 3.27 dan sisihan piawai 0.48. Jadual 2: Skor Min dan Sisihan Piawai Komitmen Guru Terhadap Sekolah Pemboleh ubah Min Sisihan Piawai Tahap Keseluruhan 3.35 0.52 Sederhana Komitmen Afektif 3.27 0.48 Sederhana Komitmen Normatif 3.39 0.68 Sederhana Komitmen Berterusan 3.40 0.70 Sederhana Persoalan kajian kedua ialah adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara komitmen guru terhadap sekolah di sekolah menengah daerah Kangar, Perlis berdasarkan jantina. Jadual 4.10 menunjukkan guru perempuan mempersepsikan komitmen guru di sekolah pada skor min 3.33 (SP =.53). Manakala guru lelaki mempersepsikan komitmen guru terhadap sekolah pada skor min 3.39 (SP =.49). Analisis ujian t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min guru perempuan berbanding dengan guru lelaki ( t = 102) =.47, p =.05.

Jadual 3: Perbezaan komitmen guru terhadap sekolah berdasarkan jantina Jantina N M SP t p Lelaki 34 3.39.50.47.05 Perempuan 69 3.33.54 Jadual 4 menunjukkan keputusan ujian ANOVA bagi perbezaan antara komitmen guru terhadap sekolah mengikut pengalaman mengajar. Skor min pengalaman mengajar 1-5 tahun adalah 3.27 (SP = 0.77). Manakala skor min komitmen guru terhadap sekolah berdasarkan responden yang mempunyai pengalaman mengajar 6-10 tahun adalah 3.26 (SP = 0.55). Skor min komitmen guru terhadap sekolah berdasarkan responden yang mempunyai pengalaman 11-15 tahun adalah 3.45 (SP = 0.50) manakala skor min komitmen guru terhadap sekolah berdasarkan responden yang mempunyai pengalaman mengajar 16-20 tahun adalah 3.29 (SP = 0.36) dan skor min komitmen guru terhadap sekolah berdasarkan pengalaman mengajar 21-23 tahun adalah 3.34 (SP = 0.43). Keputusan ujian ANOVA juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor min komitmen guru terhadap sekolah mengikut pengalaman mengajar yang signifikan bagi skor min kepimpinan distributif terhadap pengalaman mengajar F (4, 98) = 0.70, p = 0.59. Jadual 4 : Keputusan Ujian ANOVA bagi Perbezaan antara Komitmen Guru Terhadap Sekolah Terhadap Pengalaman Mengajar. Pengalaman Mengajar Kekerapan (N) Min Sisihan Piawai F Tahap Signifikan 1-5 Tahun 15 3.27 0.77 0.70.59 6-10 Tahun 21 3.26 0.55 11-15 Tahun 26 3.45 0.50 16-20 Tahun 21-23 Tahun 21 20 3.29 3.45 0.36 0.43 86 Perbincangan Dapatan kajian untuk komitmen guru terdiri daripada komitmen afektif, komitmen normatif dan komitmen berterusan. Nilai min tertinggi bagi komitmen normatif itemnya ialah sekolah ini layak menerima kesetiaan saya dengan nilai min 3.82 (SP =.937). Dapatan ini menunjukkan guru merasa akan tanggungjawab mereka kepada sekolah tersebut. Nilai min yang rendah untuk komitmen normatif ialah item saya tidak berasa kewajipan untuk kekal bersama sekolah saya sekarang dengan nilai min 2.64 (SP = 1.18). Ini menunjukkan guru boleh berpindah ke sekolah lain sekiranya mereka mahu. Komitmen berterusan pula min yang tinggi berada pada item ketiga iaitu bersama sekolah ini lebih kepada satu keperluan dan juga keinginan saya sendiri dengan min 3.74 (SP =.828). Manakala untuk min rendah berada pada item enam iaitu banyak terganggu jika saya mengambil keputusan untuk meninggalkan sekolah ini sekarang dengan min 3.12 (SP = 1.087). Komitmen afektif guru nilai min tertinggi ialah sekolah ini amat bermakna secara peribadi kepada saya dengan min 4.02 (SP =.840). Dapatan ini menunjukkan guru sangat menyayangi sekolah tersebut sehingga menjadikan sekolah sebagai rumah kedua mereka. Min rendah pula terdiri daripada item saya tidak berasa seperti ahli keluarga di sekolah saya dengan min 2.42 (SP = 1.08). Ini mungkin ada segelintir guru yang tidak akan dengan keadaan dan persekitaran sekolah yang menyebabkan mereka tidak berasa seperti sekolah itu adalah diri mereka sendiri. Konsep komitmen yang digunakan di sekolah bagi guru merangkumi aspek kesungguhan guru di sekolah dan penglibatan mereka dalam semua tugas harian terhadap sekolah. Rumusan Keseluruhannya dapatan kajian komitmen guru terhadap sekolah menunjukkan tahap yang sederhana. Faktor ini adalah disebabkan kurangnya sikap guru terhadap sekolah. Sebahagian guru memberikan persepsi terhadap komitmen mereka terhadap sekolah di aras

sederhana. Mengikut kajian lepas kesan dari komitmen yang tinggi dari pekerja akan menyebabkan kerja yang di lakukan oleh pekerja akan menampakkan hasil yang berkualiti dan penuh bersemangat untuk mencapai matlamat organisasi (Feinsein, 2001). Taburan demografi jantina dan pengalaman mengajar untuk komitmen guru terhadap sekolah, majoriti responden 103 guru yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada guru perempuan dengan 69 responden atau 67%. Sementara bakinya adalah guru lelaki 34 responden atau 33%. Dari segi pengalaman mengajar pula 11 hingga 15 tahun merupakan sokongan yang terbesar iaitu dengan jumlah 26 atau 25.2%. Kemudian dituruti dengan lingkungan pengalaman mengajar dari 6 hingga 10 tahun dan 16 hingga 20 tahun yang mempunyai jumlah peratusan yang sama iaitu 21 atau 20.4%. Bagi pengalaman mengajar dari 21 hingga 23 tahun jumlah peratusan adalah 20 atau 19.4. Akhir sekali pengalaman mengajar 1 hingga 5 tahun adalah sebanyak 15 atau 14.6%. Rujukan Bogler, R., & Somech, A. (2004). Influence of teacher empowerment on teachers organizational commitment, professional commitment and organizational citizenship behavior in schools. Teaching and Teacher Education, 20, 277 289. Camburn, E., Rowan, B., & Taylor, J.E. (2003). Distributed leadership in schools: The case of elementary schools adopting comprehensive school reform models. Educational Evaluationand Policy Analysis, 25, 347 373. Chan, W. Y., Lau, S., Nie, Y., Lim, S., & Hogan, D. (2008). Organizational and personal predictors teacher commitment: The mediating role of teacher efficacy and identification with school. American Educational Research Journal, 45, 597 630. Dee, J. R., Henkin, A. B., & Singleton, C. A. (2006). Organizational commitment of teachers in urban schools: Examining the effects of team structures. Urban Education, 41, 603 627. Firestone, W.A., & Pennell, J.R. (1993). Teacher commitment, working conditions and differential incentive policies. Review of Educational Research, 63, 489 525. Fresko, B., Kfir, D., & Nasser, F. (1997). Predicting teacher commitment. Teaching and Teacher Education, 13, 429 438. Hester Hulpia, Greert Devos, Yves Rosseel & Peter Vlerick (2009) The Relationship Between the Perception of Distributed leadership in Secondary Schools and Teacher Leaders Job Satisfaction and Organizational Commitment. School Effectiveness and School Improvement. Journal of Applied Social Psychology. 291-31 Hester Hulpia, Greert Devos, Yves Rosseel & Peter Vlerick(2012) Dimensions of Distributed Leadership and the Impact on Teachers Organizational Commitment : A Study in Secondary Education. Journal of Applied Social Psychology. 87