Identifikasi Psikomotor, Kognitif, Sosioemosi dan Bahasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah Menggunakan Pendekatan Belajar Melalui Bermain

Size: px
Start display at page:

Download "Identifikasi Psikomotor, Kognitif, Sosioemosi dan Bahasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah Menggunakan Pendekatan Belajar Melalui Bermain"

Transcription

1 Identifikasi Psikomotor, Kognitif, Sosioemosi dan Bahasa Dalam Kalangan KanakKanak Prasekolah Menggunakan Pendekatan Belajar Melalui Bermain Najeemah Bt Mohd Yusof Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia Abstrak: Kajian ini secara umumnya bertujuan meninjau pelaksanaan belajar melalui bermain terhadap tingkah laku melibatkan psikomotor, kognitif, sosioemosi dan bahasa dalam mengasingkan, membuat buku skrap, mengkaji pertumbuhan, mengkaji peringkat percambahan dan menggayakan peringkat pertumbuhan dalam kemahiran sains kanakkanak prasekolah. Sampel kajian ini terdiri daripada orang kanakkanak prasekolah di sebuah sekolah kebangsaan luar Bandar dalam lingkungan tahun yang di pilih secara rawak di Daerah Kulim, Kedah. Kajian ini dilaksanakan melalui pendekatan Belajar Melalui Bermain yang mengaplikasikan instrument iaitu borang pemerhatian dan senarai semak. Kebolehpercayaan senarai semak ini juga telah diuji dengan menggunakan SPSS windows Versi 1. Koefisien kebolehpercayaan yang telah digunakan ialah Cronbach s Alpha dan proses penganalisisan data diadakan secara statistik deskriptif. Komponen yang akan dianalisis dan di interprestasi secara deskriptif ialah pencapaian kemahiran awal sains merangkumi keempatempat tingkah laku iaitu psikomotor, sosioemosi, kognitif, dan bahasa. Kata kunci: Psikomotor, kognitif, sosioemosi, bahasa, kanakkanak prasekolah Abstract: This study aimed at reviewing the implementation of learn through play on behavior involving psychomotor, cognitive, socioemotional and language such as differentiating, making scrap books, study the growth, proliferation and styling to review the level of growth among preschool children in science skills. The sample consisted of preschool children randomly selected from a rural national school in the district of Kulim, Kedah. This study was conducted via Learning through Play method which applied instruments such as observation forms and checklists. Reliability of the instrument was tested using Windows SPSS version 1. Reliability coefficients used was Cronbach's Alpha and the process of data analysis reported by using descriptive statistics. Components of early science skills which includes psychomotor, socioemotional, cognitive and language were analysed and interpreted descriptively. Keywords: psychomotor, cognitive, socioemotional, language, preschool children PENDAHULUAN Tingkah laku adalah satu proses psokologi yang berlaku pada setiap individu apabila individu itu menerima sesuatu rangsangan. Melalui tingkah laku maka wujud beberapa perubahan pada kanakkanak antaranya keyakinan diri, perubahan sikap, sosiemosi, perkembangan kognitif, dan psikomotor. Terdapat berbagaibagai pendekatan yang digunakan dalam pendidikan kanakkanak prasekolah dalam melihat kaitannya dengan tingkah laku. Antara pendekatan yang digunakan adalah belajar melalui bermain. Pendidik awal kanakkanak seharusnya mempunyai kesedaran bahawa permainan adalah satu keperluan dalam setiap aspek pembelajaran seseorang. Kanakkanak yang mempunyai sikap dan harapan yang positif lebih bermotivasi untuk melakukan sesuatu yang baru, terutamanya penekanan kepada mata pelajaran sains dalam kurikulum prasekolah. Pendekatan belajar melalui bermain yang disarankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (200) adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada kanakkanak 5

2 belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Oleh itu, penekanan kepada pendekatan ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran itu menggembirakan di samping keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan motor halus serta meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif dapat ditonjolkan. Pusat Perkembangan Kurikulum menggariskan ciriciri pendekatan belajar melalui bermain yang menggembirakan, melibatkan percubaan ideaidea kanakkanak sendiri, memberi peluang kanakkanak untuk menumpukan perhatian dan kelonggaran masa bermain. Dalam pendidikan prasekolah, pelbagai pendekatan yang bersesuaian dengan kebolehan, keupayaan dan minat perlu dirancang supaya kanakkanak dapat dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran dan mereka mendapati bahawa pembelajaran itu adalah sesuatu yang bermakna, berkesan dan menyeronokkan. Oleh itu, Pusat Perkembangan Kurikulum (200), mengesyorkan empat pendekatan pengajaran berasaskan konsep dan prinsip bagi pendidikan prasekolah iaitu Pendekatan Belajar Melalui Bermain, Pendekatan Bertema, Pendekatan Bersepadu, dan Penggunaan ICT dalam pembelajaran. Tunjang sains perlu diwujudkan di prasekolah supaya kanakkanak dapat mengenal dan mengetahui bendabenda dan kehidupan semula jadi dengan cara memerhati, memeriksa dan menyiasat. Memelihara haiwan sebagai haiwan kesayangan dapat membentuk sosiemosi kanakkanak dengan baik, secara tidak langsung melahirkan perasaan kasih sayang dan mencintai setiap benda hidup. Melalui Tunjang sains, dapat mewujudkan minat dan sikap ingin tahu kanakkanak mengenai bendabenda hidup di sekeliling mereka. Kanakkanak juga berpeluang untuk mengumpul dan mengelaskan bendabenda dan kehidupan semula jadi kepada kumpulan yang bernyawa dan tidak bernyawa. PERNYATAAN MASALAH Kajian Abruscato (1982), Play in Preschool classrooms mendapati bahawa guru prasekolah di Norway lebih memfokuskan pengajaran mereka pada konsep membaca, menulis, dan mengira berbanding kaedah bermain kerana permintaan ibu bapa. Begitu juga hasil kajian Wilson (1994) menunjukkan senario yang sama. Malangnya ibu bapa dan orangorang dewasa yang mempunyai sedikit atau tiada pengetahuan dan kefahaman tentang konsep ini menganggap main tidak mendatangkan faedah serta membawa kepada perubahan tingkah laku kanakkanak dan hanya membuang masa dan tenaga sahaja. Terdapat banyak masalah pembelajaran awal sains yang dihadapi oleh kanakkanak prasekolah. Guru perlu meningkatkan motivasi kanakkanak untuk belajar dengan mengaplikasikan kaedah belajar melalui bermain. Ramai guru kurang mengaplikasikan kaedah tersebut kerana beranggapan membuang masa dan kanakkanak kurang belajar jika bermain sahaja. Konsep belajar melalui bermain disalah ertikan oleh ramai guru prasekolah di Malaysia. Keadaan ini bukanlah suatu perkara yang luar biasa kerana ramai guru yang tidak menaruh harapan bahawa kanakkanak boleh belajar dan berjaya dalam pelajaran melalui kaedah ini. Pendekatan dan strategi pengajaran bermain merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kanakkanak melakukan sesuatu aktiviti secara berpurapura dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berdasarkan prinsip belajar melalui bermain. Aktiviti bermain adalah kerja kanakkanak. Permainan merupakan saluran yang boleh mengembangkan perkembangan kanakkanak ke tahap optimum. Oleh sebab permainan merupakan suatu kekuatan dan pengalaman yang penting, masa bermain menjadi asas dalam model pendidikan awal kanakkanak. Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui bermain 54

3 adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada kanakkanak belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah seperti berikut: 1. Meninjau tingkah laku kanakkanak prasekolah dari aspek psikomotor semasa mempelajari sains dengan menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. 2. Meninjau tingkah laku kanakkanak prasekolah dari aspek sosioemosi semasa mempelajari sains dengan menggunakan pendekatan belajar melalui bermain.. Meninjau tingkah laku kanakkanak prasekolah dari aspek kognitif semasa mempelajari sains dengan menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. 4. Meninjau tingkah laku kanakkanak prasekolah dari aspek bahasa semasa mempelajari sains dengan menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. SOROTAN LITERATUR SECARA RINGKAS Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan tingkah laku adalah berasaskan kepada tiga teori utama, iaitu Teori Belajar Melalui Bermain, Teori Behavioris, dan Teori Kognitif. Gagne menyatakan pembelajaran tingkah laku bergerak daripada yang paling mudah kepada yang kompleks. Pembelajaran aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran aras yang rendah. Aktiviti pembelajaran dan bahan yang digunakan dalam pembelajaran perlu terdiri daripada bahan konkrit, bahan sebenar dan releven kepada kehidupan kanakkanak. Kanakkanak perlu bermain dengan bahan sebenar dan mengalami peristiwa sebenar sebelum mereka boleh memahami makna simbol seperti abjad dan nombor (Ticotsky, 1985; Turner, 1987;Wright,1994). Oleh itu, penggunaan buku kerja, lembaran kerja, buku warna dan model yang dibina oleh orang dewasa untuk disalin oleh kanakkanak adalah tidak sesuai untuk kanakkanak berumur antara empat hingga enam tahun. Pada peringkat umur ini, kanakkanak menunjukkan kebolehan dan keinginan belajar yang tinggi melalui latihan lisan, lukisan dan membuat persembahan lainlain aktiviti seperti yang diarahkan oleh orang dewasa. Menurut Rakow (198), main sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang kanakkanak. Rhee (1991) menganggap imaginative play sebagai usaha kanakkanak menggunakan kebolehan fizikal dan mental mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapat bahawa dalam permainan, kanakkanak meneroka alam yang boleh menjadikan mereka berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif. Dengan bermain, kanakkanak boleh mengembangkan sifat semula jadi mereka di samping menyuburkan tubuh dan menguatkan otototot. Beliau juga menyatakan bermain boleh mendatangkan kegembiraan, kerehatan bagi kanakkanak selepas penat belajar. Pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain hendaklah dijalankan dengan mengambil kira hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan ditentukan. Bahan juga perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembangan kanakkanak. Bahan konkrit, benar dan bermakna disediakan untuk menggalakkan komunikasi dan imaginasi, yang terpenting sekali ialah permainan menarik minat dan menggembirakan kanakkanak (Pugh,1997). Melalui pendekatan ini juga akan dapat mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran daripada umum kepada yang lebih spesifik. Pendekatan ini juga dapat meningkatkan keupayaan kognitif serta bersosialisasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Pendekatan ini juga dapat meningkatkan 55

4 penguasaan kemahiran emosi, mengukuhkan perkembangan fizikal, menguasai kemahiran manipulasi, menguasai daya reka cipta secara konstruktif dan diharap kanakkanak dapat melahirkan dan menyatakan perasaan sendiri. Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanakkanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. Peringkat Kemahiran Asas dalam Pendekatan Belajar Melalui Bermain Psikomotor Melibatkan psikomotor kasar dan psikomotor halus yang menggunakan anggota badan seperti tangan, kaki serta lainlain deria. Semasa aktiviti mengasingkan biji benih, kanakkanak dapat melihat setiap saiz biji benih yang berbeza, warna dan bentuk dan membuat buku skrap. Kanakkanak dapat menunjukkan bakat kreativiti yang ada pada diri mereka iaitu dengan melukis peringkat pertumbuhan biji benih. Sosiemosi Semasa aktiviti mengasingkan biji benih mengikut saiz, warna, bentuk dan sebagainya akan membantu kanakkanak bekerjasama dalam kumpulan, menterjemahkan perasaan gembira, berkomunikasi dan berinteraksi. Kanakkanak juga dapat menunjukkan minat dan tanggungjawab terhadap sesuatu aktiviti yang dijalankan terutamanya dari aspek mengkaji pertumbuhan dan peringkat percambahan biji benih. Kanakkanak disediakan dengan botol kaca, biji benih dan kapas bagi uji kaji ini. Kognitif Melalui aktiviti mengasingkan biji benih, kanakkanak dapat melihat dan berfikir dengan baik bagi memastikan biji benih yang boleh dimakan dan biji benih yang tidak boleh dimakan. Kanakkanak juga dapat menyusun biji benih mengikut urutan yang betul seperti mana yang diarahkan oleh guru. Selain itu, semasa aktiviti ini kanakkanak diajar mengira bilangan biji benih yang ada dalam bekas kaca yang disediakan. Bahasa Dalam aktiviti awal sains ini, kanakkanak diajar perkataanperkataan sains antaranya tunas, pucuk, tabung uji, oksigen, karbohidrat. Kanakkanak digalakkan bersoaljawab dengan guru semasa setiap aktiviti dijalankan. Perkembangan bahasa sains akan bercambah dengan pesat di sepanjang aktiviti awal sains dijalankan. METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Kajian ini berasaskan kepada reka bentuk kualitatif yang menggunakan kaedah pemerhatian dan senarai semak. Sampel terdiri daripada kanakkanak prasekolah yang mengikuti kaedah Pendekatan Belajar Melalui Bermain. Kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan Belajar Melalui Bermain yang melibatkan tingkah laku terdiri daripada borang pemerhatian dan senarai semak. Pemerhatian dilakukan semasa kanakkanak melalui proses Belajar Melalui Bermain di dalam kelas. Oleh itu, setiap tingkah laku kanakkanak dan perbualan mereka semasa melakukan aktiviti Belajar Melalui Bermain perlu dinilai selepas dibuat pemerhatian dan begitu juga dengan borang senarai semak yang perlu dilengkapkan pada setiap ruang yang disediakan. 5

5 Kajian Rintis Tujuan kajian rintis adalah untuk memastikan itemitem yang disediakan bagi Menilai Pencapaian kemahiran Awal Sains seperti mengasingkan biji benih, menilai aspek membuat buku skrap, menilai dari aspek pertumbuhan buji benih, menilai dari aspek mengkaji peringkat percambahan biji benih dan menggayakan peringkat pertumbuhan biji benih agar mempunyai nilai kesahan dan kobelehpercayaan yang tinggi. Menurut Harlem dan Jelly (1989), dalam kajian rintis seseorang pengkaji dapat menguji instrumen kajian dan prosedur kajian termasuk pengukuran yang dipilih dan aspekaspek lain diketahui dalam kajian. Oleh itu, kajian rintis telah dilaksanakan ke atas sebahagian daripada populasi kajian ini dan sampel kajian tidak digunakan untuk kajian sebenar. Kebolehpercayaan senarai semak telah diuji dengan menggunakan SPSS windows Versi 1. Koefisien kebolehpercayaan yang telah digunakan ialah Cronbach s Alpha. Nilai alpha bagi senarai semak oleh pemerhati dalam kajian ini ialah DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN Jadual 1 dibawah menunjukkan nilai min bagi setiap tinjauan dimensi tingkah laku iaitu psikomotor, sosiemosi, kognitif, dan bahasa dalam pendekatan belajar melalui bermain dalam mata pelajaran Sains. Jadual 1: Nilai min bagi setiap dimensi tingkah laku Tingkah Laku N Min Sisihan Piawai SKM KM M C Jumlah (%) A.Psikomotor B.Sosioemosi C.Kognitif D.Bahasa Indeks: SKM = Sangat Kurang Memuaskan, KM = Kurang Memuaskan, M = Memuaskan & C = Cemerlang Dapatan analisis menunjukkan nilai min bagi tingkah laku psikomotor mempunyai nilai min yang paling tinggi iaitu.19 (sp=0.488). Diikuti dengan tingkah laku bahasa dengan nilai min.18 (0.578), tingkah laku sosiemosi dengan min.14 (sp=0.415) dan terakhir tingkah laku kognitif dengan nilai min 2.99 (sp=0.540). Jika diperhatikan secara keseluruhannya dapat dilihat bahawa ke empatempat tingkah laku ini berada pada skala memuaskan iaitu jumlah peratusan bagi tingkah laku psikomotor, kognitif, dan bahasa mempunyai nilai peratus yang sama iaitu sebanyak peratus dan tingkah laku sosiemosi sebanyak 8.0 peratus. Perbezaan nilai min bagi setiap tingkah laku juga boleh dilihat seperti dalam Rajah 1 di bawah. 57

6 Min Tingkah laku 2.85 Psikomotor Sosioemosi Kognitif Bahasa Rajah 1: Perbezaan nilai min bagi setiap tinjauan tingkah laku Bagi Konstruk Psikomotor, Jadual 2 dibawah menunjukkan nilai min, kekerapan dan peratusan bagi tinjauan mengikut komponen Jadual 2: Nilai min, kekerapan dan peratusan bagi tinjauan mengikut komponen Tingkah Laku N Min Sisihan Piawai SKM KM M C Jumlah (%) 1. Mengasingkan Biji benih 2. Membuat buku skrap. Mengkaji pertumbuhan 4. Mengkaji Peringkat 5. Melukis Peringkat pertumbuhan Indeks: SKM = Sangat Kurang Memuaskan, KM = Kurang Memuaskan, M = Memuaskan & C = Cemerlang Jadual 2 di atas menunjukkan jumlah kekerapan dan peratus tinjauan bagi 5 komponen konstruk psikomotor. Secara keseluruhannya, dengan nilai min.19, iaitu peratus tingkah laku psikomotor kanakkanak prasekolah berada pada skala memuaskan dapat diperhatikan pada komponen mengasingkan biji benih, membuat buku skrap dan mengkaji peringkat percambahan biji 58

7 benih. Sungguhpun begitu pada komponen mengkaji pertumbuhan biji benih dan menggayakan peringkat pertumbuhan biji benih, tingkah laku kanakkanak prasekolah berada pada skala yang cemerlang iaitu masingmasing mempunyai peratusan sebanyak 44.0 peratus dan peratus. Bagi konstruk Sosioemosi, Jadual di bawah menunjukkan jumlah kekerapan dan peratus tinjauan bagi 5 komponen konstruk sosioemosi. Secara keseluruhannya, dengan nilai min.14, iaitu 8.0 peratus tingkah laku sosioemosi kanakkanak prasekolah berada pada skala memuaskan dapat diperhatikan pada kesemua komponen di mana komponen mengasingkan biji benih dan mengkaji peringkat percambahan biji benih sebanyak 8.0 peratus, bekerjasam adalam kumpulan sebanyak 5.0 peratus, melaksanakan kerja dengan gembira sebanyak 4.0 peratus, berinteraksi dengan guru sebanyak 8.0 peratus dan menggayakan peringkat pertumbuhan sebanyak 72.0 peratus. Jadual : Nilai min, kekerapan dan peratusan bagi tinjauan konstruk sosioemosi mengikut komponen Tingkah Laku N Min Sisihan Piawai SKM KM M C Jumlah (%) 1. Mengasingkan biji benih 2. Bekerjasama dalam kumpulan. Melaksanakan kerja dgn gembira 4. Berinteraksi dgn rakan dan guru 5. Menggayakan peringkat pertumbuhan Indeks: SKM = Sangat Kurang Memuaskan, KM = Kurang Memuaskan, M = Memuaskan & C = Cemerlang Bagi konstruk Kognitif, jadual 4 di bawah menunjukkan jumlah kekerapan dan peratus tinjauan bagi 5 komponen konstruk kognitif. Secara keseluruhannya, dengan nilai min 2.99, iaitu peratus tingkah laku kognitif kanakkanak prasekolah berada pada skala memuaskan dapat diperhatikan pada kesemua komponen di mana komponen mengasingkan biji benih sebanyak 80.0 peratus, membuat buku skrap sebanyak 0.0 peratus, mengkaji pertumbuhan biji benih sebanyak 44.0 peratus, mengkaji peringkat perambahan biji benih sebanyak peratus dan komponen terakhir menggayakan peringkat pertumbuhan biji benih sebanyak peratus. 59

8 Jadual 4: Nilai min, kekerapan dan peratusan bagi tinjauan konstruk kognitif mengikut komponen Tingkah Laku N Min Sisihan Piawai SKM KM M C Jumlah (%) 1. Mengasingkan biji benih 2. Membuat buku skrap. Mengkaji pertumbuhan 4. Mengkaji peringkat 5. Mengira biji benih Indeks: SKM = Sangat Kurang Memuaskan, KM = Kurang Memuaskan, M = Memuaskan & C = Cemerlang Bagi konstruk bahasa, Jadual 5 di bawah menunjukkan jumlah kekerapan dan peratus tinjauan bagi 5 komponen konstruk bahasa. Secara keseluruhannya, dengan nilai min.18, iaitu peratus tingkah laku bahasa kanakkanak prasekolah berada pada skala memuaskan dapat diperhatikan pada kesemua komponen di mana komponen menyebut perkataan dgn baik sebanyak peratus, bersoal jawab dengan guru peratus, mengkaji dan bertutur tentang pertumbuhan biji benih sebanyak 0.0 peratus, menerangkan peringkat percambahan biji benih sebanyak 5.0 peratus dan komponen terakhir menggayakan dan menerangkan peringkat pertumbuhan biji benih sebanyak peratus. 0

9 Jadual 5: Nilai min, kekerapan dan peratusan bagi tinjauan konstruk bahasa mengikut komponen Tingkah Laku N Min Sisihan Piawai SKM KM M C Jumlah (%) 1.Menyebut perkataan dgn baik 2.Bersoal jawab dgn guru.mengkaji dan bertutur 4.Menerangkan Peringkat pertumbuhan 5.Menggayakan dan menerangkan Indeks: SKM = Sangat Kurang Memuaskan, KM = Kurang Memuaskan, M = Memuaskan & C = Cemerlang Secara keseluruhannya, tinjauan menunjukkan wujudnya amalan tingkah laku kanakkanak prasekolah dari aspek psikomotor, sosioemosi, kognitif, dan bahasa semasa mempelajari mata pelajaran sains dalam pendekatan belajar melalui bermain. Melalui pendekatan ini secara tidak langsung dapat melihat penguasaan konsep pembelajaran dari umum kepada yang lebih spesifik. Selain itu juga, kanakkanak dapat bersosialisasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Hal ini diharap dapat meningkatkan keupayaan kognitif. Pendekatan ini juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran emosi, mengukuhkan perkembangan fizikal, menguasai kemahiran manipulasi, mengusai daya reka cipta secara konstruktif dan diharap kanakkanak dapat melahir dan menyatakan perasaan sendiri. KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, hasil kajian ini berjaya mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan dan berupaya menyediakan jawapan kepada persoalan kajian yang telah ditimbulkan daripadanya. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya amalan tingkah laku kanakkanak prasekolah dari aspek psikomotor, sosioemosi, kognitif, dan bahasa semasa mempelajari mata pelajaran sains dalam pendekatan belajar melalui bermain. Boleh disimpulkan juga di sini bahawa keempatempat tingkah laku ini iaitu tingkah laku dari aspek psikomotor, sosioemosi, kognitif dan bahasa berada pada skala memuaskan hasil daripada tinjauan yang telah dilaksanakan oleh pemerhati. Justeru, amat wajar pendekatan dengan lebih terperinci dan tindakan harus dilaksanakan agar pada masa hadapan tinjauan tingkah laku kanakkanak prasekolah semasa mempelajari mata pelajaran sains dalam pendekatan belajar melalui bermain meningkat pada tahap yang lebih baik dan cemerlang. 1

10 RUJUKAN Abruscato,.. (1982). Teaching children science. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. Adams, P.E. (199), Hypermedia in the classroom using earth and science CDROMs. Journal of Computers in Mathematics and Science Teachinng, 15(1/2), 194. EJ 52 5, Blough, G.O. Schwartz, J. (1984). Elementary school science and how to teach it. (7w. Ed.). NY: Holt, Rinehart & Winston, Brainerd, C. (1978). Piaget s Theory of Intelligence. Englewood Cliffs, NJ: PrenticeHall. Cobb,E. (1977). The Ecology of Imagination in childhood. New York: Columbia University Press. Dewey,. (198). Experience and Education. New York: The Macmillan Company. Driver, R. (1989). The construction of scientific know! Edge in shool classrooms. InR.. Gallagher, J.M. & Reid, D.K. (1981). The Learning Theory of Piaget and Inhelder. Monterey, CA: Brooks/Cole. Germann P 1. (1991. April). Developing science process skills through directed inquiry. American Biology Teacher, 5(4), Harlen, W. & Jelly, S. (1989). Developing science in the primary classroom. Essex: Oliver and Boyd. Hendrick, P. (199). Developing Youth Curriculum Using the Targeting Life Skills Model. Ames, IA: Iowa State Univ., University Extension, Pilot VI9001PH. Lind, K. (2000). Exploring Science In Early Childhood Education ( rd ed.) Delmar Lind, K.K. (200). Exploring science in early childhood education. Stamford, CT: DelrnarThomson Learning. Martin, R., Sexton, C. And Gerlovich,J. (1999). Science For All Children. Allyn And Bacon Micklo, S.J. (1995). Developing young children s classification and logical thinking skills. Childhood Education, 77, Osborne, M., & Freyberg, P. (1985). Learning in sciene: Implications of children knowledge. Auckland, New Zealand: Heinemann. V Osborne, M, & Freyberg, P (1985) Learning in science Implications of children s knowledge. Auckland, New Zealand: Heinemann. Piaget, J. (1970). The Science of Education and the Psychology of the. Child. NY: Grossman.V Papert, S. (1998, September 1). Technology in schools: To support the system or render it obsolete. Milken Exchange on Education Technology [Online]. Available : mf.org/edtech/article.taf?_furiction=detail&content_uidl=10[2000,january ]. Piaget,. & Inhelder, B. (199). The Psychology of the Child. NY: Basic Books. 2

11 Piaget,. & Inhelder, B. (197). Memory and intelligence, NY: Basic Books. Wadsworth, B. (1978). Piaget for the Classroom Teacher. NY: Longman. Piaget, (1929) The Child s Conception of the World NY Harcourt, Brace Piaget,. (192). The Moral Judgement of the Child. NY: Harcourt, Brace Jovanovich. Piaget,. (199). The Mechanisms of Perception. London: Rutledge & Kegan Paul. Poh Swee Hiang (1997). Pedagogi Sains : Kemahiran Proses Sains. Kuala Lumpur: Budiman Pugh, 0 (1997) Early childhood education finds its voice but is anyone listening In C. Cuilingford (ed.) The Politics of Education. Buckingham: Open University Press Rakow, S.. (198). Teching science as inquiry. Fastback 24. Bloomington, IN: Phi Delta Kappa Educational Foundation. EI) Rhee, M.C., & Chavnagri. N. (1991). 4 year old children s peer interactions when playing with a computer. ERIC, ED 424. Riley,. & Savage,. (1994). Bulbs, buzzers and batteries play and science J. Moyles (Ed), The excellence of play Buckingham Open University Press Rutherford, F. J., & Ahlgren, A. (1990). Science for all American. New York: Oxford University Press: Scott, Foresman and Company Gienview, Illionois, Shade, D.D., & Watson, J.A. (1990). Computers in early education: Issues put to rest, theoretical links to sound practice, and the potential contribution of micro worlds. Journal of Educational computing Research (4): Ticotsky, A. (1985). Who Says You can t Teach Science? : Grades k. Scott, Foresman and Company Tinnesand, M., & Chan, A, (1987, September). Step : Throw out the instructions. Science Teacher, 54(), 445. Turner, T. & DiMarco (1998). Learning to teach science in the secondary school. Padwtow: T.J International Ltd. Vygotsky, L. (1984). School instruction and Mental Development. In M. Donaldson, R. grieve and C. Pratt (Eds), Early Development and Education. B. Blackweil Inc. Vygotsky, L S (192) Thought and Language Cambridge, MA MIT Press Vygotsky, L. S. (1978). Mind in Society. Cambridge, MA: Harvard University: Press. Wilson, R.A. (Ed) (1994) Environment Education at the Early childhood Level. Washington, DC: North American Association for Environmental Education. Wright, J.L., & Shade, D.D. (Eds.) (1994) Young children. Active learners in a technological age. Washington; DC: NABYC.

KEBERKESANAN NYANYIAN MELODI RIA UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT NAMA 10 MALAIKAT BAGI MURID TAHUN 2 DELIMA SK KAMPUNG GEMUROH

KEBERKESANAN NYANYIAN MELODI RIA UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT NAMA 10 MALAIKAT BAGI MURID TAHUN 2 DELIMA SK KAMPUNG GEMUROH KEBERKESANAN NYANYIAN MELODI RIA UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT NAMA 10 MALAIKAT BAGI MURID TAHUN 2 DELIMA SK KAMPUNG GEMUROH MOHD IZZUDDIN AKMAL BIN RUSMIN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO

More information

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL Yahya Bin Buntat & Amirudin Bin Yusof Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak:

More information

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Julai 2013, Bil. 1 Isu 3

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Julai 2013, Bil. 1 Isu 3 STRATEGI PEMBELAJARAN AKTIF SECARA KOLABORATIF ATAS TALIAN DALAM ANALISIS NOVEL BAHASA MELAYU Rafiza Abdul Razak rafiza@um.edu.my Jabatan Kurikulum & Teknologi Pengajaran Fakulti Pendidikan Universiti

More information

HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT

HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT Zulzana Binti Zulkarnain Pensyarah, Politeknik Port Dickson, KM 14 Jln. Pantai Si Rusa Port Dickson 019-234

More information

AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN KEBERKESANAN KAEDAH PENILAIAN KATA HUBUNG BAHASA MELAYU MELALUI INTERNET BERBANDING KAEDAH KONVENSIONAL MURID TAHUN ENAM SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PANJANG KUALA TERENGGANU AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR

More information

Katakunci : alat bantu mengajar (ABM), guru teknikal

Katakunci : alat bantu mengajar (ABM), guru teknikal Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor Abdul Rahim Hamdan & Hayazi Mohd Yasin Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

More information

How To Get A Better At Pengajaran

How To Get A Better At Pengajaran STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI: SATU ANJAKAN PARADIGMA Oleh Maria Chong Abdullah Samsilah Roslan Tajularipin Sulaiman Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia,

More information

Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar

Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar Akademika 81(3) 2011: 103-115 Nota Penyelidikan/Research Note Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar Knowledge, Attitude and Practices of Malaysian Society regarding

More information

BAB 3 METODOLOGI. Bab ini membincangkan tentang reka bentuk penyelidikan, kaedah. penyelidikan, populasi dan sampel, instrumen dan kesahan serta

BAB 3 METODOLOGI. Bab ini membincangkan tentang reka bentuk penyelidikan, kaedah. penyelidikan, populasi dan sampel, instrumen dan kesahan serta BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pendahuluan Bab ini membincangkan tentang reka bentuk penyelidikan, kaedah penyelidikan, populasi dan sampel, instrumen dan kesahan serta kebolehpercayaannya, pemboleh ubah yang diselidiki,

More information

How To Get A Job At A Bank

How To Get A Job At A Bank Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Matapelajaran Analisis Nyata Pelajar Tahun Akhir SPT Dan SPM Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Mohd Nihra Haruzuan & Nurul Azilah Binti Ibrahim

More information

Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Di Kalangan Guru-Guru Ketua Panitia Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Daerah Kulim Bandar Baharu

Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Di Kalangan Guru-Guru Ketua Panitia Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Daerah Kulim Bandar Baharu Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Di Kalangan Guru-Guru Ketua Panitia Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Daerah Kulim Bandar Baharu Fadzli bin Dahalan Ranjit Singh A/L Malkiat Singh IPG Kampus

More information

Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di kalangan Guru Sekolah Bestari

Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di kalangan Guru Sekolah Bestari Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di kalangan Guru Sekolah Bestari Rosnaini Mahmud, *Mohd Arif Hj. Ismail & **Jalalludin Ibrahim Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia *Fakulti Pendidikan,

More information

Tingkah Laku Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak. oleh. Mahadi bin Hj. Khalid Institut Perguruan Batu Lintang

Tingkah Laku Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak. oleh. Mahadi bin Hj. Khalid Institut Perguruan Batu Lintang 1 Tingkah Laku Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak oleh Mahadi bin Hj. Khalid Institut Perguruan Batu Lintang ABSTRAK Kajian bertujuan untuk mengenal pasti tingkah

More information

KESAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR VISUAL DALAM PENGAJARAN SUBJEK SAINS TAHUN TIGA. Oleh. Christopher Lu Wei Wang Chrislww2682@gmail.

KESAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR VISUAL DALAM PENGAJARAN SUBJEK SAINS TAHUN TIGA. Oleh. Christopher Lu Wei Wang Chrislww2682@gmail. , ms.87-101 KESAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR VISUAL DALAM PENGAJARAN SUBJEK SAINS TAHUN TIGA Oleh Christopher Lu Wei Wang Chrislww2682@gmail.com ABSTRAK Kajian penyelidikan ini dijalankan untuk meningkatkan

More information

HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU BESAR DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN KURANG MURID GEMILANG TUJUH SEGAMAT, JOHOR

HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU BESAR DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN KURANG MURID GEMILANG TUJUH SEGAMAT, JOHOR HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU BESAR DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN KURANG MURID GEMILANG TUJUH SEGAMAT, JOHOR HISHAMUDDIN SHAH BIN MOKRI manamia_15@yahoo.com MOHD RIZAL

More information

STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA

STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA Saedah Siraj Profesor dalam Reka Bentuk Kurikulum dan Teknologi Pengajaran/Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya,50603 Kuala Lumpur, Malaysia E-mail: drsaedah@yahoo.com

More information

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009, 7 Mei 2009, UTHM

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009, 7 Mei 2009, UTHM Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009, 7 Mei 2009, UTHM HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI TIGA BUAH SEKOLAH RENDAH DI SEREMBAN. 1 Raziah bte Mansor

More information

Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan

Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan J Journal of Education Psychology & Counseling, volume 1 Mac 2011, Pages 77-93 / ISSN: 2231-735X Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan 1

More information

KAJIAN TERHADAP PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM TINGKAH LAKU MEMBELI DI KALANGAN PENNGUNA: KAJIAN KES DI JOHOR BAHRU.

KAJIAN TERHADAP PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM TINGKAH LAKU MEMBELI DI KALANGAN PENNGUNA: KAJIAN KES DI JOHOR BAHRU. VOT 71897 KAJIAN TERHADAP PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM TINGKAH LAKU MEMBELI DI KALANGAN PENNGUNA: KAJIAN KES DI JOHOR BAHRU. (AN INVESTIGATION OF DECISION-MAKING PROCESS IN CONSUMERS PURCHASING BEHAVIOR:

More information

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Pembelajaran Secara Kontekstual 1 Apakah Pembelajaran Secara 2 Kontekstual? Mengapa Kontekstual? 15 Faedah Pembelajaran Kontekstual 22 Bentuk

More information

FAKTOR, KESAN DAN STRATEGI MENANGANI PERMASALAHAN KURANG TUMPUAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DALAM KELAS: SUATU KAJIAN KUALITATIF

FAKTOR, KESAN DAN STRATEGI MENANGANI PERMASALAHAN KURANG TUMPUAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DALAM KELAS: SUATU KAJIAN KUALITATIF FAKTOR, KESAN DAN STRATEGI MENANGANI PERMASALAHAN KURANG TUMPUAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DALAM KELAS: SUATU KAJIAN KUALITATIF Mohammad Aziz Shah Bin Mohamed Arip Fauziah Binti Mohd Sa ad Norhidayah

More information

Communication, Universiti Sains Malaysia, Penang. 2 Kamaliah Haji Siarap is a Lecturer at the School of Communication,

Communication, Universiti Sains Malaysia, Penang. 2 Kamaliah Haji Siarap is a Lecturer at the School of Communication, Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1 & 2, 2006 PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN- PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH: SATU KAJIAN KES DI PULAU PINANG (COMPUTER USAGE IN TEACHING AND LEARNING

More information

SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU

SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH 2008 Copyright 2007 Curriculum Planning and Development Division. This publication is not for sale. All rights reserved. No part of this publication

More information

HUBUNGAN PERSONALITI, KEMAHIRAN SOSIAL, KEBIMBANGAN DAN RAKAN SEBAYA DENGAN TINGKAH LAKU DEVIAN DI KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI

HUBUNGAN PERSONALITI, KEMAHIRAN SOSIAL, KEBIMBANGAN DAN RAKAN SEBAYA DENGAN TINGKAH LAKU DEVIAN DI KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI HUBUNGAN PERSONALITI, KEMAHIRAN SOSIAL, KEBIMBANGAN DAN RAKAN SEBAYA DENGAN TINGKAH LAKU DEVIAN DI KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI Wan Su Hj Haron Sarjana Sains (Kaunseling) UUM Pejabat Timbalan Naib Canselor

More information

PENILAIAN PETA MINDA BUZAN BERDASARKAN RUBRIK ANALITIK

PENILAIAN PETA MINDA BUZAN BERDASARKAN RUBRIK ANALITIK PENILAIAN PETA MINDA BUZAN BERDASARKAN RUBRIK ANALITIK 1 Tee Tze Kiong, 2 Mimi Binti Mohaffyza, 3 Jailani Bin Md Yunos, 4 Baharom Bin Mohamad, 5 Widad Bt. Othman dan 6 Yee Mei Heong 1 Universiti Tun Hussein

More information

Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah: Komitmen Guru

Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah: Komitmen Guru Pendidikan Lestari DP. Jilid 7, Bil. 2/2007 Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah: Komitmen Guru 74 Mohammad Zohir Ahmad zohir@usm.my Nordin Abdul Razak norazak@usm.my Pendahuluan Pendidikan telah diterima

More information

TAHAP PENGURUSAN KONFLIK DALAM KALANGAN GURU BESAR-GURU BESAR DAN GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH

TAHAP PENGURUSAN KONFLIK DALAM KALANGAN GURU BESAR-GURU BESAR DAN GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH TAHAP PENGURUSAN KONFLIK DALAM KALANGAN GURU BESAR-GURU BESAR DAN GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH Dr Mohammed Sani Ibrahim Dr Mohd Izham Mohd Hamzah Dr Jainabee Md Kassim UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ABSTRAK

More information

UNIT 5 PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN

UNIT 5 PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 61 UNIT 5 PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda diharap akan dapat 1. Mengetahui pertimbangan-pertimbangan yang perlu diberi perhatian

More information

PENGETUA PEMACU ORGANISASI PEMBELAJARAN. Nor FonizaMaidin (IAB) Prof. MadyaDr. MohdIzhamMohd Hamzah (UKM)

PENGETUA PEMACU ORGANISASI PEMBELAJARAN. Nor FonizaMaidin (IAB) Prof. MadyaDr. MohdIzhamMohd Hamzah (UKM) PENGETUA PEMACU ORGANISASI PEMBELAJARAN Nor FonizaMaidin (IAB) Prof. MadyaDr. MohdIzhamMohd Hamzah (UKM) Abstrak Penerapan sekolah sebagai organisasi pembelajaran membantu pengetua melengkapkan warganya

More information

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK Noor Azlan bin Ahmad Zanzali & Nurdalina binti Daud Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

More information