DASAR LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

Similar documents
PEMBERIAN WANG TUNAI SEBAGAI GANTIAN BAGI CUTI REHAT YANG TIDAK DAPAT DIHABISKAN OLEH PEGAWAI LANTIKAN SECARA KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE)

[PELAN OPERASI LATIHAN] KKPTS PELAN OPERASI LATIHAN KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

ii) 9 months Plan - Interest Rate at 0.75% per month The minimum transfer amount is RM1,000 and maximum is subject to Cardmember

Garis Panduan Pendaftaran dan Pembaharuan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan

OCBC GREAT EASTERN CO-BRAND CARD FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) REBATE FEATURES, INTEREST FREE AUTO INSTALMENT PAYMENT PLAN (AUTO-IPP) AND BENEFITS

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA PENGAMBILAN FEBRUARI 2016

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2008 PELAKSANAAN SYARAT PERUBAHAN HARGA DI DALAM KONTRAK KERJA

PERATURAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA DAN SARJANA MUDA SEPENUH MASA

MALAYSIA GARIS PANDUAN KERJASAMA AWAM-SWASTA (PUBLIC PRIVATE PARTNERSHIP - PPP) Unit Kerjasama Awam-Swasta Jabatan Perdana Menteri PUTRAJAYA

Pengenalan dan Mekanisme Pelaksanaan HRMIS PENDAHULUAN

ZERO-INTEREST INSTALMENT PLAN. 1) This programme valid for PB Credit cards issued by Public Bank.

KERAJAAN MALAYSIA. Pentadbiran Kontrak Dan Format Perjanjian Piawai Perunding

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

PENCAPAIAN HOSPITAL PERFORMANCE INDICATOR FOR ACCOUNTABILITY (HPIA) No Indikator Standard Julai - Disember 2015

Student Application Form

Chapter 17 COMPLETION. 1. Receipt of notice from Contractor. 2. Final Inspection. PT

PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (PENYAMPAIAN NOTIS) 2015

A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

Student Application Form

PRAKATA KETUA SETIAUSAHA NEGARA 5 PRAKATA KETUA PENGARAH MAMPU 6

PEKELILING UNIT PERANCANG EKONOMI, JABATAN PERDANA MENTERI BILANGAN 1 TAHUN 2009

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

SPA BEAUTY MANAGEMENT SYSTEM NAJIHAH BINTI RUSSLI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. Beriltizam untuk mengekalkan STATUS SWAAKREDITASI

Celebrate With PB Cards. Terms and Conditions. 1. The campaign is valid from 1 January 2016 until 30 April 2016 ( Campaign period ).

JOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING. A thesis submitted in partial fulfillment of. the requirements for the award of the degree of

Terms & Conditions (Balance Transfer Programme)

Maybank One Personal Saver and Flexi Saver Plan

Manpower Planning Utilizing Work Study at Data Storage Manufacturing Company

(c) the offer is not applicable to kids below 12 years ticket at TGV and Children ticket at GSC;

MAJLIS KESELAMATAN NEGARA. ARAHAN No. 20 (SEMAKAN SEMULA) DASAR DAN MEKANISME PENGURUSAN BENCANA NEGARA

PENGURUS / PENTADBIR SUMBER MANUSIA

DASAR DAN GARIS PANDUAN PROGRAM KOLABORASI INDUSTRI (INDUSTRIAL COLLABORATION PROGRAMME - ICP) DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

GUIDELINES ON THE STAMPING OF SHARE TRANSFER INSTRUMENTS FOR SHARES THAT ARE NOT QUOTED ON THE KUALA LUMPUR STOCK EXCHANGE.

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

Lampiran A3 PANDUAN PENYEDIAAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT)

KERAJAAN MALAYSIA. Pungutan Hasil Dan Terimaan Bukan Hasil Secara Online

NOOR HANIRA BINTI MAHIDIN

Page 1 of 1. Page 2 of 2 % &! " '! ( ' ( $) * +, - % -. !" # $

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 JURU X-RAY U36 ( DIAGNOSTIK )

GARIS PANDUAN MENGENAI STRATEGI-STRATEGI PENINGKATAN KUALITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Customer Service Charter

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

Universiti Kuala Lumpur Kampus Kota MALAYSIAN INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY 1016, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur

PROSES PENYELESAIAN MASALAH. Azlinda Azman, Ph.D Noriah Mohamed, Ph.D. Penyelesaian masalah merupakan matlamat utama dalam satu-satu proses

CLIENT SERVER APPLICATION FOR SERVER FARM PERFORMANCE MONITORING ABDIRASHID HASSAN ABDI

MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran

DESIGN AND DEVELOPMENT OF MICRO HYDROPOWER FOR UNDERSERVED COMMUNITIES

GARISPANDUAN MENGENAI DUTI SETEM KE ATAS SURATCARA PINDAHMILIK SYER BAGI SYER YANG TIDAK TERSENARAI DI BURSA SAHAM KUALA LUMPUR.

M2-2: Rancangan dan Cadangan Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MASTER S PROJECT REPORT SUMMARY

DJabatan Perkhidmatan Awam merupakan agensi

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 5 TAHUN 2007 TATACARA PENGURUSAN PEROLEHAN KERAJAAN SECARA TENDER

MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA PERCUKAIAN PEKERJA MALAYSIA YANG DIHANTAR BERTUGAS DI LUAR NEGARA KETETAPAN UMUM NO. 1/2011

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA PENDAFTARAN ENGINEERING CONSULTANCY PRACTICE

PERINTAH AM BAB E : RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN PERINTAH AM BAB E

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CURRENT TRENDS AND PRACTICES IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT: A CASE STUDY IN YTL POWER SERVICES SDN. BHD.

4. LAMPIRAN A - Maklumat Penyebut Harga

OCBC GREAT EASTERN MASTERCARD TERMS AND CONDITIONS

PRODUCT DISCLOSURE SHEET

Hala tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

Keperluan Latihan Berbentuk Kursus Untuk Guru Besar Lokman Bin Mohd. Tahir & Chua Lay Kah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

LICENSE PLATE RECOGNITION OF MOVING VEHICLES. Siti Rahimah Binti Abd Rahim

How To Get A Lift Lift (Truck)

Warta Kerajaan Diterbitkan dengan kuasa

K-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN

NMPM 7/2010 NOTA MAKLUMAT DAN PANDUAN MERIN MARINE INFORMATION AND GUIDANCE NOTE

STRESS EFFECT STUDY ON 6 DIFFERENT PATTERN OF TYRES FOR SIZE 175/70 R13 SYAHRIL AZEEM ONG BIN HAJI MALIKI ONG. for the award of the degree of

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

HOME AUTOMATION SYSTEM USING POWER LINE COMMUNICATION DARLENE BINTI MOHAMAD DOUGLAS

RANCANGAN FIZIKAL NEGARA KE-2

KAJIAN TENTANG KEPUASAN BEKERJA DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS (A STUDY ON JOB SATISFACTION AMONG SPECIAL EDUCATION TEACHERS)

THE RELATIONSHIP BETWEEN HUMAN RESOURCE INFORMATION SYSTEM (HRIS) AND HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (HRM) ALFRED PUN KHEE SEONG

How To Learn To Learn From A Computer

STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA

Terms and Conditions for Auto BILLPAY RM30 Cash Rebate Campaign

KEINOVASIAN ORGANISASI DI INSTITUSI PENYELIDIKAN AWAM

Program Mikro Kredit Berasaskan Ar Rahnu. Ar Rahnu-Based Micro Credit Programme

Katakunci : penilaian kokurikulum

TADBIR URUS PORTAL JABATAN PEGUAM NEGARA

DEVELOPMENT OF SCHEDULING SYSTEM FOR STAMPING DIE PRODUCTION USING SIMULATION DISPATCH APPROACH

GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL KOMPUTER MUDAH ALIH CHROMEBOOK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2013

Investment-Linked Takaful Plan Fulfilling your investment and protection needs

DEVELOP AND DESIGN SHEMATIC DIAGRAM AND MECHANISM ON ONE SEATER DRAG BUGGY MUHAMMAD IBRAHIM B MD NUJID

SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD MASTER POLICY GROUP MORTGAGE REDUCING TERM ASSURANCE BUSINESS LOAN

STRUKTUR, STRATEGI DAN PRESTASI PENGURUSAN FASILITI

BISKUT RAYA INVENTORY MANAGEMENT SYSTEM (BRIMS) NURUL AMIRAH BINTI ROSLAN THESIS SUBMITTED IN FULFILLMENT OF THE DEGREE OF COMPUTER SCIENCE

KURSUS/ COURSE Kr/ Cr K/ L A/ T. Bahasa Melayu Asas/ Basic Malay Language Tamadun Islam dan Tamadun Asia/ Asian and Islamic Civilizations

Transcription:

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2005 DASAR LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menerangkan pelaksanaan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam untuk pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia. TAKRIF 2. Bagi maksud pemakaian pekeliling ini, i. Ketua Jabatan merujuk kepada ketua-ketua jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Persekutuan; 1

Kompetensi merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu bagi melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab. Prinsip asas kompetensi adalah bahawa prestasi seseorang anggota perkhidmatan awam akan meningkat jika ia mempunyai semua kompetensi yang diperlukan bagi melaksanakan tugas atau tanggungjawab jawatan yang disandangnya; i Kursus Jangka Panjang ialah kursus sepenuh masa yang tempohnya melebihi dua belas bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik; iv. Kursus Jangka Pendek ialah kursus sepenuh masa termasuklah lawatan sambil belajar, seminar atau bengkel yang tempohnya tidak melebihi tiga bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik; v. Kursus Jangka Sederhana ialah kursus sepenuh masa yang tempohnya melebihi tiga bulan tetapi tidak melebihi dua belas bulan kalendar termasuk hari kelepasan mingguan, kelepasan am dan cuti akademik; vi. Latihan bermaksud proses pemindahan ilmu pengetahuan secara kemas dan berdisiplin, bertujuan menambah pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa dalam organisasi. Ini dicapai melalui sebarang bentuk pembelajaran seperti kursus, latihan semasa bekerja dan program mentoring/coaching atau yang seumpama dengannya yang menyumbang kepada pembangunan individu dan kecemerlangan organisasi; v Pembangunan Diri merujuk kepada peningkatan kemahiran, kebolehan dan kerjaya yang dapat dicapai dengan mempraktikkan pengetahuan, pendedahan kepada pelbagai idea dan pengalaman serta melalui latihan dan mentoring; 2

vi Pembelajaran ialah proses perubahan hasil daripada pengalaman secara relatif ke atas pelakuan (behaviour). Ianya melibatkan setiap individu menerima pembelajaran mengikut keperluan masing-masing sama ada mengikut kaedah eksperimen, analisis dan keupayaan menggunakan pengalaman seumur hidup; dan xi. Pembelajaran Berterusan ialah proses mendapatkan ilmu pengetahuan sepanjang hayat yang melibatkan tiga elemen utama iaitu latihan, pembelajaran dan pembangunan diri. ASAS-ASAS KEPERLUAN DASAR LATIHAN 3. Dasar Wawasan Negara telah menetapkan matlamat pembangunan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Bagi mencapai matlamat tersebut, Kerajaan telah memberi penekanan kepada semua aspek pembangunan, termasuklah pembangunan sumber manusia sektor awam. 4. Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia mulai 1 November 2002 yang berteraskan kompetensi dan pembelajaran berterusan adalah bertujuan untuk menggalakkan pembangunan diri, penguasaan pengetahuan, kemahiran, kreativiti dan inovasi. DASAR DAN OBJEKTIF LATIHAN 5. Menyedari pentingnya usaha-usaha pembangunan sumber manusia dalam sektor awam, Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam telah ditetapkan iaitu setiap anggota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri / dilengkapkan dengan sikap (attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian, melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang yang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan. 3

6. Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam digubal untuk mencapai objektif-objektif berikut: i. Menyediakan anggota yang berkelayakan, berkebolehan dan berkompetensi; Mencapai hasil kerja yang berkualiti / bermutu tinggi; i Meningkatkan kompetensi dan produktiviti; iv. Membentuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif; v. Mewujudkan nilai cipta (value creation) dan nilai tambah (value added) di dalam sektor awam; dan vi. Menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya. STRATEGI PELAKSANAAN 7. Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam dilaksanakan dengan menggunakan strategi-strategi berikut: i. Setiap Kementerian / Jabatan hendaklah menyediakan peruntukan tahunan bersamaan sekurang-kurangnya satu peratus (1%) daripada peruntukan emolumen untuk tujuan latihan; Setiap Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan hendaklah memastikan anggota masing-masing di semua peringkat mengikuti kursus sekurang-kurangnya tujuh hari setahun; 4

i Penubuhan Majlis Latihan Sektor Awam yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bagi pelaksanaan di peringkat pusat; dan iv. Penubuhan Panel Pembangunan Sumber Manusia yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan bagi pelaksanaan di peringkat Kementerian / Jabatan. 8. Keanggotaan Majlis Latihan Sektor Awam adalah seperti di Jadual 1: JADUAL 1 MAJLIS LATIHAN SEKTOR AWAM Jawatan Pengerusi Ahli-ahli Keanggotaan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan (Majlis boleh menambah ahlinya atau mengundang mana-mana pegawai yang difikirkan sesuai yang dapat membantu membuat keputusan yang lebih tepat jika perlu) Setiausaha Pengarah Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam Tugas Majlis i. Mengkaji dan meluluskan cadangan penambahbaikan Dasar Latihan dari semasa ke semasa; Menimbang dan memperakukan keperluan penubuhan dan pembesaran institusi latihan awam; i Memantau jaminan kualiti program-program institusi latihan awam; 5

iv. Menetapkan garis panduan bagi kerjasama dan hubungan (linkage) dengan institusi latihan di luar negara serta badan-badan antarabangsa dan negara-negara asing mengenai pelaksanaan dasar-dasar negara; v. Memastikan pelaksanaan Pelan Latihan Sumber Manusia Sektor Awam di peringkat Pusat / Kementerian / Jabatan; dan vi. Memantau keberkesanan program yang terkandung dalam Pelan Latihan Sumber Manusia Sektor Awam. 9. Keanggotaan Panel Pembangunan Sumber Manusia (seperti dinyatakan di para 11 hingga 17 kepada Lampiran A2, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002) adalah seperti di Jadual 2: JADUAL 2 PANEL PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Jawatan Pengerusi Ahli-Ahli Keanggotaan Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan Timbalan Ketua Setiausaha / Timbalan Ketua Jabatan (Panel Pembangunan Sumber Manusia boleh menambah ahlinya atau mengundang manamana pegawai yang difikirkan sesuai yang dapat membantunya membuat keputusan yang lebih tepat jika perlu) Urusetia Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang mengendalikan pengurusan personel di Kementerian / Jabatan 6

Tugas Panel Pembangunan Sumber Manusia i. Mengenalpasti dan merancang keperluan latihan pegawai; Memantau pelaksanaan latihan; dan i Lain-lain tugas yang dinyatakan di para 15 kepada Lampiran A2 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 2002. STRUKTUR LATIHAN 10. Struktur latihan yang akan dilaksanakan meliputi semua skim dan klasifikasi perkhidmatan yang akan melalui lima peringkat berikut: i. Peringkat Pra-Penempatan Latihan di peringkat pra-penempatan dilaksanakan kepada anggota perkhidmatan awam yang baru dilantik secara tetap tetapi belum menjawat jawatan di Kementerian / Jabatan masing-masing. Latihan ini dikecualikan kepada anggota yang telah mengikuti kursus Pra- Perkhidmatan di dalam skim-skim tertentu dalam perkhidmatan awam; Peringkat Asas Latihan Peringkat Asas dilaksanakan kepada semua anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat dari awal perlantikan sehingga tempoh tiga tahun; i Peringkat Pertengahan Latihan Peringkat Pertengahan melibatkan pembangunan kompetensi dan juga peningkatan kompetensi kepada anggota yang berkhidmat antara tiga hingga sepuluh tahun; 7

iv. Peringkat Lanjutan Latihan Peringkat Lanjutan dilaksanakan kepada anggota yang telah berkhidmat lebih sepuluh tahun bertujuan mengukuhkan kompetensi; dan v. Peringkat Peralihan Latihan Peringkat Peralihan dilaksanakan kepada anggota yang akan meninggalkan perkhidmatan dalam tempoh dua tahun sebelum bersara. 11. Penjelasan mengenai struktur dan program-program latihan adalah seperti yang dihuraikan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2005. KUASA DAN TANGGUNGJAWAB JABATAN PERKHIDMATAN AWAM 12. Jabatan Perkhidmatan Awam bertanggungjawab dalam kursus-kursus seperti berikut: i. Latihan Sebelum Perkhidmatan Sebarang bentuk Latihan Sebelum Perkhidmatan yang memerlukan penajaan kecuali Kementerian / Jabatan yang telah diberikan kuasa berbuat demikian; Kursus-kursus Pendek Kursus-kursus pendek khas bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi seperti Advanced Management Programme (AMP) di Harvard University, U.S.A dan Advanced Management Programme (AMP) di University of Oxford, United Kingdom serta lain-lain kursus pendek yang ditentukan; i Kursus Yang Melebihi Tiga Bulan Kursus-kursus yang tempohnya melebihi tiga bulan sama ada di dalam atau luar negara; dan 8

iv. Kursus Yang Dibiayai Oleh Badan Asing Semua kursus yang ditawarkan dan dibiayai oleh Negara-negara Asing / Badan-badan Antarabangsa, melainkan yang berkaitan dengan sesuatu projek atau program kerjasama yang dikendalikan oleh Kementerian / Jabatan (Kementerian Luar Negeri adalah menjadi saluran rasmi untuk memanjangkan tawaran-tawaran hadiah-hadiah latihan oleh Badan Asing kepada Jabatan Perkhidmatan Awam). KUASA DAN TANGGUNGJAWAB KEMENTERIAN / JABATAN 13. Semua Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan adalah diberi kuasa dan bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berikut: i. Merancang dan mengenalpasti keperluan latihan anggota Kementerian / Jabatan masing-masing supaya selaras dengan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam yang ditetapkan; Mengurus dan melaksanakan latihan yang berbentuk kursus jangka pendek kepada anggota di Kementerian / Jabatan masing-masing dengan menentu serta memilih kursus-kursus jangka pendek sama ada di dalam atau di luar negara (tertakluk kepada perenggan 14) yang dianggap perlu bagi pegawai dan kakitangan Kementerian, Jabatanjabatan dan Agensi-agensi di bawah kawalannya, kecuali kursuskursus pendek seperti diperuntukkan di perenggan 12(ii); i Menimbang dan memperakukan calon-calon untuk mengikuti latihan yang berbentuk kursus jangka sederhana dan panjang kepada Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Panel Pembangunan Sumber Manusia di Kementerian / Jabatan masing-masing; iv. Menentukan bahawa segala peruntukan yang diguna pakai bagi maksud perkiraan dan pembayaran elaun-elaun dan lain-lain bayaran 9

selaras dengan dasar dan peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa; v. Menentukan bahawa segala perbelanjaan menyelenggara kursus adalah mematuhi dasar dan peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa; vi. Memastikan supaya: a. Semua peserta kursus menyedia dan mengemukakan laporan kursus kepada Ketua Jabatan masing-masing setelah selesai menjalani kursus berkaitan; b. Semua penyertaan dalam kursus-kursus hendaklah direkodkan di dalam Buku Perkhidmatan pegawai yang berkenaan; dan c. Setiap peserta mengemukakan salinan sijil / dokumen berkaitan bagi tujuan pengesahan kehadiran kursus kepada Ketua Jabatan masing-masing sebaik sahaja tamat menghadiri kursus. v Membuat penilaian keberkesanan kursus yang diikuti anggota memenuhi matlamat Jabatan. 14. Semua Ketua Setiausaha Kementerian diberi kuasa meluluskan kursus-kursus jangka pendek luar negara yang dibiayai Kerajaan Persekutuan. Bagi Jabatan yang tidak di bawah kawalan Kementerian, maka kuasa tersebut diberi kepada Ketua Jabatan. 15. Dalam meluluskan kursus-kursus jangka pendek, Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan hendaklah mematuhi peraturan-peraturan berikut: i. Keutamaan hendaklah diberikan kepada institusi latihan tempatan dalam menentukan tempat kursus khususnya institusi latihan awam ataupun institusi latihan awam yang telah dikorporatkan; 10

Bagi kursus-kursus luar negara, hendaklah kursus-kursus yang perlu dan tidak dapat dikelola atau dianjurkan oleh institusi latihan di dalam negara; i Pemilihan calon untuk mengikuti kursus pendek di luar negara hendaklah tertakluk kepada kesesuaian kursus dengan tugas dan tanggungjawab anggota di dalam Kementerian / Jabatan; iv. Tempoh antara sesuatu kursus di luar negara yang boleh dihadiri oleh anggota perkhidmatan awam adalah seperti berikut: a. Anggota yang telah mengikuti kursus jangka pendek / panjang di luar negara boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursuskursus jangka pendek lain atau siri kursus jangka pendek seterusnya di luar negara selepas genap satu tahun tamat mengikuti kursus berkenaan; b. Anggota yang telah mengikuti kursus jangka pendek di luar negara boleh juga dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka panjang di luar negara selepas genap satu tahun tamat mengikuti kursus berkenaan; dan c. Anggota yang telah mengikuti kursus jangka panjang di luar negara boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka panjang di luar negara selepas genap dua tahun tamat mengikuti kursus berkenaan. v. Penyertaan dalam kursus di luar negara (selain daripada seminar dan bengkel) yang tempohnya terlalu pendek seperti tiga atau empat hari adalah tidak digalakkan. 11

16. Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan diberi kuasa untuk memberikan kebenaran kepada pegawai yang masih dalam tempoh percubaan dan belum disahkan dalam perkhidmatan untuk: i. Menghadiri kursus pendek di luar negara sekiranya amat diperlukan dan bersesuaian dengan tugas; dan Menghadiri kursus bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan seperti yang ditetapkan di dalam skim perkhidmatan berkaitan. TANGGUNGJAWAB ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM 17. Setiap anggota perkhidmatan awam adalah bertanggungjawab ke atas perkaraperkara berikut: i. Merancang keperluan kursus yang bersesuaian dengan tugas, objektif Jabatan dan pembangunan diri; Menghadiri dan mengikuti kursus yang diluluskan atau ditetapkan dengan penuh komitmen dan jaya; i Menyedia dan mengemukakan laporan kursus kepada Ketua Jabatan masing-masing setelah selesai menjalani kursus berkaitan; dan iv. Mengemukakan salinan sijil / dokumen berkaitan bagi tujuan pengesahan kehadiran kursus dan bagi tujuan rekod kepada Ketua Jabatan masing-masing sebaik sahaja tamat menghadiri kursus. 12

REKOD LATIHAN 18. Kementerian / Jabatan hendaklah menyedia dan menyelenggara rekod latihan yang meliputi perancangan, perbelanjaan, laporan kursus dan aktiviti-aktiviti latihan, dan mengemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam apabila diperlukan. PERTANYAAN 19. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan Pekeliling Perkhidmatan ini bolehlah merujuk kepada: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Latihan Aras 6, Blok C1, Parcel C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 PUTRAJAYA No. Telefon : 03-88853000/4000 Faks : 03-88892179 Emel : dasarlatihan@jpa.gov.my TARIKH KUATKUASA 20. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2005. 13

PEMBATALAN PERUNTUKAN TERDAHULU 21. Dengan berkuatkuasanya pekeliling ini, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 1959, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 1984, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1997 dan Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam ruj. JPA(L)S 175/21/2 Klt. 1 (4) bertarikh 26 November 1991 adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 22. Pemakaian Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa Berkanun tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA (TAN SRI JAMALUDDIN BIN HAJI AHMAD DAMANHURI ) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Malaysia. JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PUTRAJAYA 1 Januari 2005 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Tempatan Semua Pihak Berkuasa Berkanun 14