PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH USAHAWAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) INDUSTRI PERIKANAN DI KG. GETING, PENGKALAN KUBOR, KELANTAN.

Similar documents
HOME AUTOMATION SYSTEM USING POWER LINE COMMUNICATION DARLENE BINTI MOHAMAD DOUGLAS

A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

Manpower Planning Utilizing Work Study at Data Storage Manufacturing Company

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

LICENSE PLATE RECOGNITION OF MOVING VEHICLES. Siti Rahimah Binti Abd Rahim

DESIGN AND DEVELOPMENT OF MICRO HYDROPOWER FOR UNDERSERVED COMMUNITIES

SPA BEAUTY MANAGEMENT SYSTEM NAJIHAH BINTI RUSSLI

TN. MOHD FAKHRUZZAMAN B. TN ISMAIL

DESIGNING A PEPPER HARVESTER END EFFECTOR TIONG ING HO. This project is submitted in partial fulfillment of

SWAY REDUCTION ON GANTRY CRANE SYSTEM USING DELAYED FEEDBACK SIGNAL (DFS) NORASHID BIN IDRUS

HOME ALARM SYSTEM USING DETECTOR SENSOR MD KHAIRUL AMRI B MD ZAIN

GLOBAL SYSTEM FOR MOBILE COMMUNICATION (GSM) KIT FOR VEHICLE S ALARM SYSTEM NIK MOHD KHAIRULFAHMI BIN NIK MAT

SMART SHOES CHARGER TAN CHEE CHIAN

** Jika tesis ini SlJL17' atau TERI IAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa. BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Katakunci : penilaian kokurikulum

CONTROL HOME APPLIANCES VIA INTERNET (CoHAVI) SOFTWARE DEVELOPMENT SHIRRENE A/P NAI SOWAT

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

THE RELATIONSHIP BETWEEN HUMAN RESOURCE INFORMATION SYSTEM (HRIS) AND HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (HRM) ALFRED PUN KHEE SEONG

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

How To Get A Job At A Bank

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

PRODUCTIVITY IMPROVEMENT VIA SIMULATION METHOD (MANUFACTURING INDUSTRY) HASBULLAH BIN MAT ISA

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

GSM BASED HOME SECURITY SYSTEM CHENG KAR LOCK

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

OCBC GREAT EASTERN CO-BRAND CARD FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) REBATE FEATURES, INTEREST FREE AUTO INSTALMENT PAYMENT PLAN (AUTO-IPP) AND BENEFITS

Katakunci : faktor, pemilihan bidang keusahawanan

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

Katakunci : alat bantu mengajar (ABM), guru teknikal

JOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING. A thesis submitted in partial fulfillment of. the requirements for the award of the degree of

Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Ilmu Faraid

TAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH

MASTER S PROJECT REPORT SUMMARY

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

Katakunci : tahap stress, tahap kepuasan kerja, pensyarah UTM

GUIDELINES ON THE STAMPING OF SHARE TRANSFER INSTRUMENTS FOR SHARES THAT ARE NOT QUOTED ON THE KUALA LUMPUR STOCK EXCHANGE.

PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (PENYAMPAIAN NOTIS) 2015

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

DEPARTMENT OF ESTATE -MANAGEMENT FACULTY OF ARCHITECTURE, PLANNING AND SURVEYING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Katakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0. Pengenalan

LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA PENDAFTARAN ENGINEERING CONSULTANCY PRACTICE

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

THE FACTORS THAT HINDER THE INTENTION OF BUSINESS MANAGEMENT GRADUATE TO CHOOSE ENTREPRENEUR AS THEIR CAREER NURUL HAZLYANA BINTI NOR AZLI

PENCAPAIAN HOSPITAL PERFORMANCE INDICATOR FOR ACCOUNTABILITY (HPIA) No Indikator Standard Julai - Disember 2015

Katakunci : masalah, guru Pendidikan Khas program Integrasi, pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup

CAR ENGINE VIBRATION BASED MICRO-POWER GENERATOR

Chapter 17 COMPLETION. 1. Receipt of notice from Contractor. 2. Final Inspection. PT

Katakunci : kefahaman murid, konsep jirim

KURSUS/ COURSE Kr/ Cr K/ L A/ T. Bahasa Melayu Asas/ Basic Malay Language Tamadun Islam dan Tamadun Asia/ Asian and Islamic Civilizations

PEMBERIAN WANG TUNAI SEBAGAI GANTIAN BAGI CUTI REHAT YANG TIDAK DAPAT DIHABISKAN OLEH PEGAWAI LANTIKAN SECARA KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE)

AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

HUBUNGAN TEKANAN KERJA TERHADAP PRESTASI PEKERJA

ONLINE HELPDESK FOR MAYBANK ACCOUNT PAYABLE SYSTEM (MAPS) SHOBINI D/ RAMAN NAIR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT

Student Application Form

STRESS EFFECT STUDY ON 6 DIFFERENT PATTERN OF TYRES FOR SIZE 175/70 R13 SYAHRIL AZEEM ONG BIN HAJI MALIKI ONG. for the award of the degree of

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

SENARAI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT. i ii iii iv v vi xi xii xiii

BISKUT RAYA INVENTORY MANAGEMENT SYSTEM (BRIMS) NURUL AMIRAH BINTI ROSLAN THESIS SUBMITTED IN FULFILLMENT OF THE DEGREE OF COMPUTER SCIENCE

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Faculty of Computer Science & Information Technology

Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan

Student Application Form

Marketing Analysis of the Higher Education Service Sector in Malaysia: Consumer Perspective

Kata kunci: kesihatan mental; pengetahuan; sosio-demografi; kempen komunikasi ABSTRACT

NOOR HANIRA BINTI MAHIDIN

CORAK KOMUNIKASI KELUARGA DALAM KALANGAN KELUARGA MELAYU DI TERENGGANU

Dimensi Amalan Etika Profesion

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CURRENT TRENDS AND PRACTICES IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT: A CASE STUDY IN YTL POWER SERVICES SDN. BHD.

RFID BASED SYSTEMATIC STUDENT S ATTENDANCE MANAGEMENT SYSTEM HANISAH BINTI HAMID. Faculty of Electrical and Electronic Engineering

GARIS PANDUAN UNTUK PAPERLESS BAGI PERMIT DAN VALIDASI K1/K2 KE ATAS PERMIT GUIDELINES FOR PAPERLESS PERMIT AND K1/K2 VALIDATION ON PERMIT

HOME SECURITY SYSTEM MUHAMAD HAFIZ BIN NORROSNAN

CLIENT SERVER APPLICATION FOR SERVER FARM PERFORMANCE MONITORING ABDIRASHID HASSAN ABDI

KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR PENCAPAIAN AKADEMIK RENDAH BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN 4

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan Prasarana yang Disediakan di Politeknik Banting Selangor bagi Sesi Disember 2012

FACTORS INFLUENCING GENDER GAP IN HIGHER EDUCATION OF MALAYSIA: A UNIVERSITY OF MALAYA SAMPLE

STRATEGI MEMBINA DAN MENGEKALKAN HUBUNGAN ANTARA KERAJAAN DENGAN RAKYAT MELALUI LAMAN SESAWANG

A STUDY OF SECURITY LIMITATIONS IN VIRTUAL LOCAL AREA NETWORK IMPLEMENTATION

Katakunci : kadar denyutan jantung, tahap dehidrasi, atlet larian jarak dekat

DEVELOPMENT OF STATISTICAL PROCESS CONTROL (SPC) MATLAB- BASED SOFTWARE FOR AUTOMOTIVE INDUSTRIES APPLICATION SITI HAZLINA BINTI MOKHTAR

TOPIK 1 Konsep Pengukuran dan Skala Pengukuran

Isu-Isu Kependudukan dan Migrasi di Malaysia. Oleh. Usman Hj. Yaakob & Tarmiji Masron

Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): HASNAH TORAN, MOHD. HANAFI MOHD. YASIN, MOHD. MOKHTAR TAHAR & NORANI SALLEH

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA PENGAMBILAN FEBRUARI 2016

PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM ILMU PENDIDIKAN DI MAKTAB PERGURUAN, TAHUN 1957 HINGGA1986

Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar

Universiti Kuala Lumpur Kampus Kota MALAYSIAN INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY 1016, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur

Kajian Kes Usahawan Tani Industri Kecil Sederhana (IKS) Bumiputera di Negeri Terengganu (A Case Study of SMI Bumiputera Agropreneurs in Terengganu)

Katakunci : gaya komunikasi, guru besar, komitmen guru,

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran

PELUANG DAN CABARAN PENDIDIKAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT LUAR BANDAR : SATU KAJIAN KES ISI RUMAH MELAYU MISKIN DI JAJAHAN BACHOK, KELANTAN

GARISPANDUAN MENGENAI DUTI SETEM KE ATAS SURATCARA PINDAHMILIK SYER BAGI SYER YANG TIDAK TERSENARAI DI BURSA SAHAM KUALA LUMPUR.

How To Learn To Learn From A Computer

Transcription:

PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH USAHAWAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) INDUSTRI PERIKANAN DI KG. GETING, PENGKALAN KUBOR, KELANTAN. MARIANI BT CHE RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PSZ 19: 16 (Pind. 1/97) JUDUL : PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH USAHAWAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) INDUSTRI PERIKANAN DI KG.GETING, PENGKALAN KUBOR, KELANTAN. SESI PENGAJIAN: 2011/2012 Saya MARIANI BT CHE RAMLI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: LOT 59 KG. KEDAI GETING, 16080 PENGKALAN KUBOR, KOTA BHARU, KELANTAN. (TANDATANGAN PENYELIA) ENCIK SHAHRIN BIN HASHIM PENYELIA Tarikh: 16 Januari 2012 Tarikh: 16 Januari 2012 CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Tandatangan : Nama Penyelia : ENCIK SHAHRIN BIN HASHIM Tarikh : 16 Januari 2012

i PENGGUNAAN CAMPURAN PEMASARAN (4P) OLEH USAHAWAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) INDUSTRI PERIKANAN DI KG. GETING, PENGKALAN KUBOR, KELANTAN. MARIANI BT CHE RAMLI Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia JANUARI 2012

ii Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya Tandatangan : Nama Penulis : MARIANI BT CHE RAMLI Tarikh : 16 Januari 2012

iii DEDIKASI Bersyukur Kehadrat Ilahi Kerana Dikurniakan Insan-Insan Teristimewa. Mohd Muhaimin Bin Hassan suami yang sangat penyabar, penyayang, bertimbang rasa sentiasa memahami keadaan isterimu ini, dan tiada kata untuk menggambarkannya, Bidah Binti Awang seorang ibu yang tabah yang sentiasa mengiringi anakmu ini dengan sekalung doa sepanjang memperjuangan nasib di medan ilmu Allahyarham Che Ramli Bin Mamat seorang ayah yang banyak berkorban untuk anak-anaknya, semoga Roh ayahanda ditempatkan dikalangan orang-orang muslim yang beriman. Amin.. Buat kakak-kakak, abang-abang dan adik-adikku sekalian, jasa dan pengorbanan kalian akan di bawa sehingga ke penghujung nyawa. Sekalung jutaan terima kasih buat penyeliaku, En Shahrin Bin Hashim yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar sehingga mampu menyiapkan laporan ini. Khas buat teman-teman seperjuangan yang banyak memberi tunjuk ajar dan saat suka duka sepanjang empat tahun kita bersama. Semoga impian kita untuk menjadi pendidik akan berjaya AMIN..

iv PENGHARGAAN Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menjalani dan menyiapkan laporan penulisan penyelidikan ini dengan jayanya sebagai memenuhi syarat untuk lulus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) daripada Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Dikesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia Encik Shahrin Bin Hashim yang bersedia membimbing saya sepanjang tempoh menyiapkan laporan penulisan ini. Berbagai-bagai perkara telah saya pelajari semasa menjalani penyelidikan ini. Kata-kata dorongan yang diberikan menjadi pembakar semangat untuk meneruskan penulisan ini. Penghargaan ini ditujukan juga khas buat suami dan ibu serta keluarga yang sentiasa memahami dan memberi sumber keewangan sepanjang tempoh menyiapkan penyelidikan ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah-pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru, rakan-rakan seperjuangan dan individu-individu yang telah membantu saya secara langsung atau pun tidak untuk menyiapkan laporan ini. Sesungguhnya yang baik itu datang darinya dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.

v ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan Campuran Pemasaran (4P) Oleh Usahawan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Industri Perikanan di Kg Geting, Pengkalan Kubor Kelantan. Terdapat empat persoalan yang dikaji iaitu penggunaan produk, harga, promosi, dan lokasi penempatan barangan (4P- produk, price, promotion, place) dalam pemasaran. Seramai 52 orang dipilih sebagai sampel kajian, terdiri daripada usahawan lelaki dan perempuan yang mempunyai pelbagai jenis pengeluaran barangan. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan penyelidik mengedarkan soal selidik yang dibina kepada 52 orang responden. Borang soal selidik merupakan instrumen kajian yang mengandungi 37 item mengikut soalan tertutup Ya dan Tidak. Borang soal selidik dianalisis menggunakan Statistical Packages For Social Sciencs (SPSS) versi 15.0. Nilai Alpha Cronbach adalah 0.74 menunjukkan kebolehpercayaan bagi instrumen ini adalah tinggi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa produk merupakan pemboleh ubah yang paling dominan digunakan dalam pemasaran. Manakala lokasi penempatan produk merupakan pemboleh ubah yang kedua tinggi dalam pemasaran. Pemboleh ubah yang sederhana ialah harga dan yang paling rendah ialah pemboleh ubah promosi. Rumusan kajian menunjukkan semua usahawan menggunakan produk dalam pemasaran dan promosi kurang digunakan. Kajian ini diakhiri dengan beberapa cadangan dari penyelidik yang dikemukakan kepada usahawan agar dapat meningkatkan produktiviti PKS serta kajian lanjutan diperlukan bagi pengkaji yang berminat untuk meneruskan kajian ini di masa akan datang.

vi ABSTRACT This study aims at identifying the usage of the 4P Marketing Concept by the Small and Medium Industry (SMI) in Fishery Industry in Kg Geting, Pengkalan Kubor Kelantan. The 4 area studied are the usage of product, pricing, promotion and marketing location of the goods (4P- product, price, promotion, place) in marketing. There are 52 people were selected as sample of study, comprise of male and female entrepreneurs that produce various types of product. The study is in quantitative form nature and researchers distributed the survey questionnaires to all 52 respondents. The questionnaires is a study instrument which consists of 37 close ended questions of Yes and No answers. The survey is analyzed using the Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) version 15.0. The Alpha Cronbach is 0.74 indicated that the reliability of the instrument is high. The result of the study shows that the products are the dominant variables used in marketing, while the marketing location is the goods come second. Variable that is of medium important is the pricing while the lowest is promotion. Results show that all entrepreneurs use the variables Products the most, while variables Promotions is the least. The study concluded with suggestions from the researchers for the entrepreneurs in the view of improving the productivity of the SMI and a further in depth study is required for interested researchers to continue the study further in the future.

vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PERAKUAN PENSYARAH STATUS PENYELIDIKAN PERAKUAN PELAJAR DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN SENARAI SINGKATAN i ii iii iv v vi vii xiii xiv xv xvi

viii BAB PERKARA MUKA SURAT 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1-9 1.2 Latar Belakang Masalah 9-10 1.3 Pernyataan Masalah 10 1.4 Objektif Kajian 11 1.5 Persoalan Kajian 11 1.6 Kepentingan Kajian 12-13 1.7 Skop Kajian 13 1.8 Batasan Kajian 13-14 1.9 Definisi Istilah 14 1.9.1 Usahawan PKS 14-15 1.9.2 Pemasaran 15 1.9.3 Strategi Pemasaran 15 1.9.4 Campuran Pemasaran 16

ix BAB PERKARA MUKA SURAT 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 17-20 2.2 Produk 21-22 2.3 Harga 22-23 2.4 Promosi 23-24 2.5 Lokasi Penempatan Produk 24-25 2.6 Kajian Lepas 25-27 BAB PERKARA MUKA SURAT 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 28 3.2 Rekabentuk Kajian 28-29 3.3 Prosedur Kajian 29-32 3.4 Kajian Deskriftif 33 3.5 Tempat Kajian 33 3.6 Populasi dan Sample Kajian 34 3.7 Instrumen Kajian 34-36 3.8 Kajian Rintis 37 3.9 Keesahan Soal Selidik 37-38 3.10 Kebolehpercayaan Soal Selidik 38 3.11 Analisis Kuantitatif 39-40 3.12 Rumusan 41

x BAB PERKARA MUKA SURAT 4 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 42-33 4.2 Keputusan Analisis Bahagian A Latar Belakang 43-47 4.3 Keputusan Analisis Bahagian B 47 4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 Elemen Pemasaran Terhadap Produk 48-50 4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 Elemen Pemasaran Terhadap Harga 51-53 4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 Elemen Pemasaran Terhadap Promosi 54-56 4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 Elemen Pemasaran Terhadap Lokasi Penempatan Produk 57-59 4.4 Penutup 59-61

xi BAB PERKARA MUKA SURAT 5 PERBINCANGAN, DAPATAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 62-63 5.2 Rumusan 63-64 5.3 Perbincangan 65 5.3.1 Bahagian A- Latarbelakang Responden 65-66 5.3.2 Bahagian B- Perbincangan Persoalan Kajian 67 5.3.2.1 Elemen Produk 67-68 5.3.2.2 Elemen Harga 68-69 5.3.2.3 Elemen Promosi 69-71 5.3.2.4 Elemen Lokasi Penempatan Produk 71-72 5.4 Cadangan 73-74 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 75 5.6 Penutup 75-76 BIBLIOGRAFI 77-82 LAMPIRAN

xii SENARAI JADUAL NOMBOR TAJUK MUKA SURAT JADUAL 1.1.1 Jenis Produk Industri Perikanan Di Malaysia 4 1.1.2 Produk Industri Perikanan Di Kampung Geting, Pengkalan Kubor 5 1.1.3 Prestasi Syarikat PKS Berdasarkan Tahap Pengeluaran Dan Pertumbuhan 6 1.1.4 Bilangan Vesel / Bot Mengikut Daerah Di Negeri Kelantan 7 1.1.5 Bilangan Nelayan Yang Bekerja Di Atas Bot Di Negeri Pantai Timur 8 3.7.1 Pengkelasan jadual Yang Digunakan 35 3.7.2 Taburan Soalan Berdasarkan Persoalan Kajian Dan Jenis Skala Yang Digunakan 36 3.10.1 Jadual Pekali Alpha Cronbach 38 3.10.2 Analisis Kebolehpercayaan Menggunakan Alpha Cronbach 39 3.11.1 Kriteria Menganalisis Data 40 3.11.2 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratusan 40 4.2.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Jantina 43

xiii 4.2.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Mengikut Umur 44 4.2.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Mengikut Status 44 4.2.4 Taburan Bilangan dan Peratusan Mengikut Bangsa 45 4.2.5 Taburan Bilangan dan Peratusan Mengikut Pendapatan 45 4.2.6 Taburan Bilangan dan Peratusan Mengikut Pendidikan 45 4.2.7 Taburan Bilangan Dan Peratusan Mengikut Tempoh Kerja 46 4.2.8 Taburan Bilangan Dan Peratusan Mengikut Produk yang Di Hasilkan 46 4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 48 4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 51 4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 54 4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 3 57 4.4.1 Hasil Tahap Perbandingan Antara Keempat-Empat Elemen 60

xiv SENARAI RAJAH NOMBOR TAJUK RAJAH MUKA SURAT RAJAH 2.1.1 Model Campuran Pemasaran 20 3.1 Prosedur Kajian 32

xv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Gambar lokasi dan pemprosesan ikan 83-88 B Peta kawasan Kajian 89 C Soal selidik 90-95 D Surat Akuan Pelajar 96 E Pengesahan Pakar 97-98 F Surat Permohonan Mendapatkan Maklumat dan Data Perikanan 99-105

xvi SENARAI SINGKATAN PKS MITI DEB RIDA MARA RMK-1 RMK-4 LKIM. KDNK WTO 4P AMA FAMA SDSI SMIDEC PMR LCE SPM MCE SPSS Perusahaan kecil dan sederhana Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Melalui Dasar Ekonomi Baru kemajuan Industri Luar Bandar Majlis Amanah Rakyat Rancangan Malaysia Pertama Rancangan Malaysia Keempat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Keluaran Dalam Negara Kasar Pertubuhan Perdagangan Sedunia (4P- Produk, Price, Promotion, Place) Persatuan Pemasaran Amerika Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Pameran Satu Daerah Satu Industri Perbadanan Pembangunan Perusahaan Kecil Dan Sederhana Penilaian Menengah Rendah Lower Certificate Education Sijil Pelajaran Malaysia Malaysian Certificate of Education Statistical Package For Social Science

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari segi modal mengikut Bahagian Perusahan Kecil dalam Kementerian Pembangunan Luar Bandar, ialah sebuah firma perusahaan yang mempunyai modal pemegang saham atau aset bersih sebanyak RM250,000 ke bawah. Perusahaan ini meliputi sektor perkilangan, perladangan dan perkhidmatan. Manakala industri sederhana yang mempunyai modal pemegang saham atau aset bersih lebih daripada RM500,000 dan kurang daripada RM2.5 juta (Usahawan Malaysia, 1990). Mengikut (MITI) Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, mendefinisikan PKS sebagai sebuah perusahaan yang mempunyai modal kurang daripada RM500,000 atau mempunyai pekerja sepenuh masa kurang dari 25 orang. Manakala perusahaan sederhana mempunyai modal antara RM500,000 hingga RM2.5

2 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa seramai 25 orang hingga 100 orang Ab Aziz (2003). Usahawan bumiputera berjumlah 6,641 orang, daripada jumlah tersebut 2,547 usahawan daripada Zon Pantai Timur yang terdiri daripada negeri Terengganu seramai 1,152 orang, Kelantan 1,036 orang dan Pahang 359 orang, Jabatan Perangkaan Negara (2006). Masyarakat bumiputera kurang berkecimpung dalam bidang keusahawanan kerana telah diterapkan dengan dasar pecah dan perintah iaitu golongan peniaga hanya untuk masyarakat Cina sahaja. Manakala orang Melayu hanya bekerja di kampung sahaja. Melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan berhasrat mengubah golongan bumiputera daripada petani kepada masyarakat peniaga dan usahawan moden (Mahathir,1999). Justeru Lembaga Kemajuan Industri Luar Bandar (RIDA) ditubuhkan pada tahun 1951 memainkan peranan untuk memberi kesedaran kepada usahawan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS). Setelah itu RIDA ditukar kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang akan memantau aktiviti PKS yang melibatkan golongan bumiputera. Melalui Rancangan Malaysia Pertama (RMK-1) hingga Rancangan Malaysia Keempat (RMK-4) kerajaan telah mempelbagaikan aktiviti seperti membangunkan PKS yang berskala kecil. Selain Rancangan Malaysia, dasar-dasar kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru ditubuhkan untuk menggalakkan serta menyeimbangkan kaum antara bumiputera dengan bukan bumiputera khususnya kaum Cina dalam bidang perniagaan, Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990).

3 Mengikut Perbadanan Perusahaan Kecil Dan Sederhana, jumlah PKS di Kg. Geting adalah sebanyak 100 orang yang berdaftar serta meliputi pelbagai jenis pengeluaran. Antara barangan yang biasa dihasilkan oleh usahawan PKS ini adalah seperti pengeluaran makanan yang terdiri daripada industri pemprosesan keropok, ikan kering, ikan bilis kering, dan budu (Majlis Daerah Tumpat). Daerah Tumpat, terdiri beberapa jajahan antaranya ialah Pengkalan Kubor, keluasan Pengkalan Kubor adalah 15022 Km/Persegi. Jajahan ini terdiri daripada 8 mukim, antaranya Mukim Tanjung, Mukim Ketil, Mukim Tebing, Mukim Geting, Mukim Simpangan, Mukim Jubakar Darat dan Mukim Bendang Pakyong serta Mukim Jejuluk. Manakala di dalam Mukim Geting, terdapat beberapa kampung antaranya seperti Kampung Kedai Geting, Kampung Neting, Kampung Chabang Tiga Geting, Kampung Pondok Haji Ahmad, Kampung Kual Lama, Kampung Kual Baru, Kampung Pantai Geting, Kampung Banjir, Kampung Raja, Kampung Tengah Geting, Kampung Tujuh, Kampung Pondok Haji Hussin, dan Kampung Pulai Seratus. Penduduk di Mukim Geting, adalah seramai 25,560 orang. Kegiatan utama penduduk di Mukim Geting adalah nelayan, berniaga, kakitangan awam atau swasta dan petani Majlis Daerah Tumpat. Pemilihan PKS industri Perikanan di Kampung Geting, Pengkalan Kubor yang mengusahakan industri pemprosesan keropok, ikan kering, ikan bilis kering dan budu kerana kawasan Kampung Geting, Pengkalan Kubor merupakan kawasan PKS yang terpinggir. Lokasi Kampung Geting, di dalam jajahan Pengkalan Kubor merupakan kawasan yang bersebelahan dengan Laut China Selatan, bahan mentah senang untuk diperolehi, antara bahan mentah yang diperlukan adalah ikan. Contoh produk yang dikeluarkan oleh sektor perikanan adalah seperti jadual 1.1.1

4 Jadual 1.1.1: Jenis Produk Industri Perikanan Di Malaysia Bil Jenis Produk Industri Perikanan 1 Bebola Ikan 2 Kek Ikan 3 Nugget 4 Burger 5 Jejari 6 Sosej Ikan 7 Keropok Kering 8 Keropok Lekor 9 Keropok Sira 10 Keropok Segera 11 Sata 12 Otak-Otak 13 Meruku Ikan 14 Amplang 15 Ikan Kering 16 Sotong Kering 17 Kupang 18 Ikan Bilis Kering 19 Ikan Salai 20 Serunding Ikan 21 Sesar Unjur 22 Budu 23 Pekasam 24 Cencaluk 25 Belacan 26 Ikan Jeruk 27 Filet 28 Ikan 29 Udang 30 Ketam 31 Kerang 32 Ikan Bakar Sumber: Jabatan Perikanan Negeri Kelantan (2011)

5 Menurut Jabatan Perikanan Negeri Kelantan terdapat 32 produk yang dikeluarkan oleh usahawan PKS industri Perikanan di Malaysia. Namun, setiap negeri adalah berbeza-beza produk yang dikeluarkan, bergantung kepada kepakaran usahawan tempatan dan bantuan daripada Pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Usahawan PKS industri Perikanan di Negeri Kelantan hanya mengusahakan beberapa produk sahaja seperti keropok kering, keropok lekor, keropok sira, keropok segera, sata, ikan kering, serunding ikan, budu, pekasam, belacan, ikan jeruk, ikan, udang, ketam dan ikan bakar. Manakala produk yang di usahakan oleh usahawan PKS di Kampung Geting, Pengkalan Kubor Kelantan hanya mengusahakan tujuh jenis produk sahaja. (rujuk jadual 1.1.2). Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (2011). Jadual 1.1.2: Produk Industri Perikanan Di Kg. Geting, Pengkalan Kubor. Bil Produk Industri Perikanan Di Kg. Geting, Pengkalan Kubor 1 Keropok Kering 2 Keropok Sira 3 Keropok Lekor 4 Keropok Segera 5 Budu 6 Ikan Kering 7 Ikan Bilis Kering Sumber: Jabatan Perikanan Negeri Kelantan (2011) Pertumbuhan produktiviti PKS pada tahun 2007 adalah pada kadar 5.3% dengan nilai sebanyak RM46.6 juta, pertambahan daripada RM44.2 juta pada tahun 2006. Peningkatan ini disebabkan oleh pewujudan nilai tambah dan penggunaan kapasiti yang lebih tinggi dalam sektor yang terpilih. Kenyataan ini dapat diterangkan melalui jadual 1.1.3 menerangkan tentang jumlah dan hasil pada setiap tahun. Jabatan Perangkaan, Malaysia (2008). Sektor perikanan negara yang merangkumi perikanan marin (terdiri daripada laut pantai dan laut dalam), perairan umum dan akuakultur termasuk rumpai laut telah menghasilkan pengeluaran ikan sebanyak 1,870,000.81 tan metrik bernilai RM8,683.81 juta pada tahun 2009. Perbandingan pengeluaran ikan pada tahun 2009

6 dengan tahun 2008 telah mencatatkan peningkatan sebanyak 6.66%, dengan peningkatan ini sektor perikanan telah menyumbangkan 1.3% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Jadual 1.1.3: Prestasi Syarikat PKS Berdasarkan Tahap Pengeluaran Dan Pertumbuhan. Tahun 2003 2004 2005 2006 2007 Tahap (RM 000) 37.02 39.42 42.00 44.22 46.57 Pertumbuhan (peratus) % 5.94 6.48 6.54 5.28 5.31 Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (2008) Namun, dari jumlah pengeluaran ikan negara sektor perikanan marin (laut pantai dan laut dalam) telah mengalami penurunan tangkapan sebanyak 0.09% atau bernilai RM6,322.57 juta daripada tahun 2008. Sektor perikanan pantai merupakan penyumbang utama dengan pengeluaran sebanyak 1,096,63 tan metrik bernilai RM5,184.45 juta atau 78.71%. Perikanan laut dalam menyumbang sebanyak 296,563 tan metrik bernilai RM1,138.11 juta Jabatan Perikanan Malaysia, (2011). Keadaaan ini dapat dikaitkan dengan jumlah bot yang dimiliki oleh usahawan yang telah menyumbang kepada peningkatan jumlah tangkapan ikan. (Rujuk jadual 1.1.4) Bot atau kapal adalah perkara asas untuk sektor perikanan sama ada persisir pantai atau laut dalam. Mengikut akta perikanan vesel penangkapan ikan bermaksud mana-mana bot, lancang, kapal yang dilengkapi dengan peralatan untuk menangkap ikan, termasuk aktiviti menyelia, memproses, menyejuk beku, menyimpan, membekal atau mengangkut ikan. Aktiviti memproses, berhubungan dengan ikan, termasuklah membersih, memotong, membubuh ais, membeku, mengetin, membubuh garam, menyalai, memasak, menjeruk, mengering, mengawet, atau menyedia ikan dan lain-lain aktiviti yang melibatkan ikan (Akta Perikanan, 1985). Bilangan vesel penangkapan ikan yang telah didaftarkan dan mempunyai lesen di Malaysia adalah sebanyak 48,745

7 buah pada tahun 2009 berbanding dengan 40,959 buah pada tahun 2008, jumlah ini telah meningkat sebanyak 19.01%. Vesel penangkapan ikan atau bot Negeri Kelantan mencatat jumlah 1,969 buah dan paling banyak terdapat di kawasan Bachok dan Pasir Putih sebanyak 749 buah. Kawasan Tumpat merekodkan sebanyak 702 buah (Rujuk jadual 1.1.4) dan Kota Bharu sebanyak 518 buah. Bot-bot nelayan dilengkapi dengan enjen jentera seperti bot enjin Berjentera Dalam, Berjentera Sangkut Jabatan Perikanan Negeri Kelantan, (2011). Manakala Akta Perikanan pula menerangankan vesel atau bot penangkapan ikan tempatan bermaksud semua jenis bot yang tidak didaftarkan di luar Negara Malaysia serta kepunyaan rakyat warganegara Malaysia, atau berdaftar dengan mana-mana perbadanan berkanun di bawah undang-undang Malaysia Akta Perikanan (1985). Jadual 1.1.4: Bilangan Vesel / Bot Mengikut Daerah di Negeri Kelantan. Daerah Bot Enjin Sangkut Bot Enjin Dalam Jumlah Kota Bharu 349 169 518 Bachok/ Pasir Putih 475 274 749 Tumpat 297 405 702 Sumber: Jabatan Perikanan Negeri Kelantan (2009) Industri perikanan telah memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk mendapatkan perkerjaan. Mengikut perangkaan Jabatan Perikanan jumlah nelayan di negeri Pantai Timur yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan adalah sebanyak 18,113 orang nelayan (rujuk jadual 1.1.5) bilangan nelayan di tiga buah negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Mengikut statistik tersebut nelayan yang terdapat di Pantai Timur terdiri daripada kaum bumiputera, bukan bumiputera dan juga rakyat negara Thailand dan lain-lain.

8 Rakyat Thailand yang bekerja sebagai nelayan di perairan Kelantan berjumlah 3,850 orang keadaan ini di sebabkan oleh faktor sempadan antara Malaysia dan Thailand. Bagi negeri Pantai Timur nelayan yang terdiri daripada keturunan India dan Portugis tidak terdapat dikawasan perairan ini. Oleh kerana terdapat jumlah bilangan nelayan yang ramai menjadikan sektor perikanan sebagai penyumbang utama ikan yang membekalkan sumber protein yang penting kepada penduduk tempatan. Melalui perangkaan Jabatan Perikanan Peningkatan sebanyak 0.38% pada tahun 2004 berbanding tahun 2003 hanya sebanyak 1.35% sahaja yang menyumbang kepada KDNK Negara Jabatan Perikanan Malaysia (2011). Jadual 1.1.5: Bilangan Nelayan Yang Bekerja Di Atas Bot Di Negeri Pantai Timur Negeri / keturunaan Pantai Timur Kelantan Terengganu Pahang Bumiputera 1,766 5,979 3,059 Cina 0 9 533 Thai 3,850 2,600 246 Indonesia 0 66 0 Jumlah 5,616 8,654 3,843 Jumlah keseluruhan 18,113 Sumber: Jabatan Perikanan Malaysia, (2011) Jabatan Perikanan (2011), telah mengeluarkan perangkaan yang menunjukkan bahawa penggunaan bot yang berkelengkapan tinggi, jumlah nelayan yang bekerja di atas bot tidak kira nelayan tempatan atau rakyat asing, menjadi penyumbang kepada peningkatan hasil tangkapan sektor perikanan di negeri Kelantan.

9 1.2 Latar Belakang Masalah PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor tidak begitu membangun, hanya diketahui oleh penduduk sekitar serta kawasan sempadan sahaja, keadaan ini memberi kesan yang negatif kepada ekonomi penduduk setempat. Keadaan ini dapat dikukuhkan dengan laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (2006), mengatakan bahawa 99% syarikat adalah daripada PKS yang hanya menyumbang sebanyak 6% sahaja kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sumbangan 6% terhadap KDNK Negara menggambarkan industri PKS berada pada tahap yang rendah. Oleh itu, penyelidik akan mengenal pasti penggunaan campuran pemasaran (4P) paling dominan yang digunakan oleh usahawan PKS industri Perikanan di Kg Geting, Pengkalan Kubor, Kelantan bagi memasarkan produk mereka. Pembangunan dan perkembangan PKS tempatan terutamanya di Negeri Kelantan tidak begitu berkembang dengan jayanya lantaran kesan globalisasi yang melanda dunia. Kemasukan Negara China sebagai anggota baru dalam Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) yang menawarkan barangan pada harga yang rendah serta kualiti yang bermutu. Keadaan ini langsung tidak melemahkan semangat para pengusaha PKS tempatan (Fozian Ismail, 2001). Tetapi, bagi pengusaha PKS di Malaysia menghadapi keadaan yang bertentangan dengan negara China, kerana masalah utama PKS di Malaysia ialah tahap kualiti barangan Malaysia masih berada di tahap yang rendah. Fenomena ini terjadi kerana pengusaha PKS tempatan hanya mensasarkan pemasaran produk mereka kepada golongan penduduk setempat dan kawasan yang berdekatan sahaja tanpa memikirkan untuk memenuhi pasaran luar. Penyelidik mengambil peluang supaya usahawan PKS dapat membuka minda kerana PKS menjadi penyokong kepada proses perindustrian negara. Proses perindustrian negara tidak hanya semata-mata bergantung kepada industri besar sahaja, tetapi bergantung juga kepada PKS yang akan membekalkan industri hiliran kepada

10 sektor perindustrian negara. Dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke-2 (1991-2000) peranan PKS sebagai tulang belakang proses pembangunan negara dengan membekalan sumber makanan dan bahan mentah (Perikanan) kepada negara Ab Aziz (2003). PKS memberi sumbangan kepada pembangunan kawasan luar bandar. Hal ini berlaku kerana pembangunan PKS di kawasan luar bandar tidak memerlukan kemudahan tempat dan prasarana yang besar atau canggih kerana kilang atau syarikat boleh didirikan di kawasan luar bandar. Pembinaan kilang di kawasan luar bandar membolehkan syarikat menyediakan peluang pekerjaan serta memudahkan usahawan memasarkan produk mereka Ab Aziz (2003). 1.3 Pernyataan Masalah Usahawan PKS khususnya di Kawasan Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Kelantan sering menghadapi masalah untuk memasarkan produk. Mereka hanya memasarkan produk mengikut kaedah tradisional seperti yang diamalkan sejak turun temurun iaitu memasarkan produk kepada jiran tetangga, saudara mara. Oleh sebab itu, penyelidik mengambil kesempatan untuk mengenal pasti penggunaan campuran pemasaran (4P) oleh usahawan PKS. Penyelidik akan mengkaji adakah usahawan PKS menggunakan campuran pemasaran (4P) untuk memajukan sektor PKS di Kampung Geting, Pengkalan Kubor.

11 1.4 Objektif Kajian i. Mengenalpasti adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor, menggunakan produk dalam pemasaran. ii. Mengenalpasti adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor, menggunakan harga dalam pemasaran. iii. Mengenalpasti adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor, menggunakan promosi dalam pemasaran. iv. Mengenalpasti adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor, menggunakan lokasi penempatan barangan dalam pemasaran. 1.5 Persoalan Kajian i. Adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor, menggunakan produk dalam pemasaran. ii. Adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor, menggunakan harga dalam pemasaran. iii. Adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor, menggunakan promosi dalam pemasaran. iv. Adakah usahawan PKS di Kg. Geting, Pengkalan Kubor, menggunakan lokasi penempatan barangan dalam pemasaran.