PROGRAM SIJIL HARTA TANAH

Similar documents
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA PENGAMBILAN FEBRUARI 2016

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

KURSUS/ COURSE Kr/ Cr K/ L A/ T. Bahasa Melayu Asas/ Basic Malay Language Tamadun Islam dan Tamadun Asia/ Asian and Islamic Civilizations

Universiti Kuala Lumpur Kampus Kota MALAYSIAN INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY 1016, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur

SENARAI KURSUS PROFESIONAL / KEMAHIRAN / OFF SHORE YANG DILULUSKAN DI BAWAH PENGELUARAN PENDIDIKAN KWSP

A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

JABATAN MEKANIKAL (PEMBUATAN)

LULUS SPM - 3 KREDIT ATAU KELAYAKAN LAIN YG DIIKTIRAF SETARAF DENGANNYA OLEH KERAJAAN MALAYSIA

MASTER S PROJECT REPORT SUMMARY

OCBC GREAT EASTERN CO-BRAND CARD FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) REBATE FEATURES, INTEREST FREE AUTO INSTALMENT PAYMENT PLAN (AUTO-IPP) AND BENEFITS

REAL ESTATE CERTIFICATE PROGRAM

SPA BEAUTY MANAGEMENT SYSTEM NAJIHAH BINTI RUSSLI

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

Garis Panduan Pendaftaran dan Pembaharuan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Student Application Form

JOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING. A thesis submitted in partial fulfillment of. the requirements for the award of the degree of

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

Student Application Form

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

[PELAN OPERASI LATIHAN] KKPTS PELAN OPERASI LATIHAN KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN

GUIDELINES ON THE STAMPING OF SHARE TRANSFER INSTRUMENTS FOR SHARES THAT ARE NOT QUOTED ON THE KUALA LUMPUR STOCK EXCHANGE.

LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA PENDAFTARAN ENGINEERING CONSULTANCY PRACTICE

ii) 9 months Plan - Interest Rate at 0.75% per month The minimum transfer amount is RM1,000 and maximum is subject to Cardmember

MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

MALAYSIA GARIS PANDUAN KERJASAMA AWAM-SWASTA (PUBLIC PRIVATE PARTNERSHIP - PPP) Unit Kerjasama Awam-Swasta Jabatan Perdana Menteri PUTRAJAYA

BIL. PERKARA MUKA SURAT SYARAT KEMASUKAN PROGRAM DIPLOMA, ASASI SAINS PERTANIAN LEPASAN SPM/SETARAF SESI 2012/2013

PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (PENYAMPAIAN NOTIS) 2015

KAJIAN TENTANG KEPUASAN BEKERJA DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS (A STUDY ON JOB SATISFACTION AMONG SPECIAL EDUCATION TEACHERS)

PERATURAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA DAN SARJANA MUDA SEPENUH MASA

PEMBERIAN WANG TUNAI SEBAGAI GANTIAN BAGI CUTI REHAT YANG TIDAK DAPAT DIHABISKAN OLEH PEGAWAI LANTIKAN SECARA KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE)

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

(c) the offer is not applicable to kids below 12 years ticket at TGV and Children ticket at GSC;

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

DEPARTMENT OF ESTATE -MANAGEMENT FACULTY OF ARCHITECTURE, PLANNING AND SURVEYING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CURRENT TRENDS AND PRACTICES IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT: A CASE STUDY IN YTL POWER SERVICES SDN. BHD.

LICENSE PLATE RECOGNITION OF MOVING VEHICLES. Siti Rahimah Binti Abd Rahim

Marketing Analysis of the Higher Education Service Sector in Malaysia: Consumer Perspective

KERAJAAN MALAYSIA. Pungutan Hasil Dan Terimaan Bukan Hasil Secara Online

NOOR HANIRA BINTI MAHIDIN

KUOK FOUNDATION BERHAD

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. Beriltizam untuk mengekalkan STATUS SWAAKREDITASI

Maybank One Personal Saver and Flexi Saver Plan

Chapter 17 COMPLETION. 1. Receipt of notice from Contractor. 2. Final Inspection. PT

Program Mikro Kredit Berasaskan Ar Rahnu. Ar Rahnu-Based Micro Credit Programme

PERINTAH AM BAB E : RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN PERINTAH AM BAB E

HOME AUTOMATION SYSTEM USING POWER LINE COMMUNICATION DARLENE BINTI MOHAMAD DOUGLAS

Customer Service Charter

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA PERCUKAIAN PEKERJA MALAYSIA YANG DIHANTAR BERTUGAS DI LUAR NEGARA KETETAPAN UMUM NO. 1/2011

AmBank / AmBank Islamic Credit Card Acquisition Apply & Get Cash Programme Terms and Conditions

Katakunci : penilaian kokurikulum

PENCAPAIAN HOSPITAL PERFORMANCE INDICATOR FOR ACCOUNTABILITY (HPIA) No Indikator Standard Julai - Disember 2015

Celebrate With PB Cards. Terms and Conditions. 1. The campaign is valid from 1 January 2016 until 30 April 2016 ( Campaign period ).

Motor Comprehensive Cover Insurance

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Manpower Planning Utilizing Work Study at Data Storage Manufacturing Company

MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

DEVELOP AND DESIGN SHEMATIC DIAGRAM AND MECHANISM ON ONE SEATER DRAG BUGGY MUHAMMAD IBRAHIM B MD NUJID

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

DASAR DAN GARIS PANDUAN PROGRAM KOLABORASI INDUSTRI (INDUSTRIAL COLLABORATION PROGRAMME - ICP) DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

Pengenalan dan Mekanisme Pelaksanaan HRMIS PENDAHULUAN

Eligible for protection by PIDM / Layak dilindungi oleh PIDM

PASUKAN PROJEK PERAKAUNAN AKRUAN PENGENALAN PERAKAUNAN ASET

KERAJAAN MALAYSIA. Pentadbiran Kontrak Dan Format Perjanjian Piawai Perunding

GARIS PANDUAN UNTUK PAPERLESS BAGI PERMIT DAN VALIDASI K1/K2 KE ATAS PERMIT GUIDELINES FOR PAPERLESS PERMIT AND K1/K2 VALIDATION ON PERMIT

TOPIK 1 Konsep Pengukuran dan Skala Pengukuran

How To Get A Lift Lift (Truck)

PRAKATA KETUA SETIAUSAHA NEGARA 5 PRAKATA KETUA PENGARAH MAMPU 6

DESIGN AND DEVELOPMENT OF MICRO HYDROPOWER FOR UNDERSERVED COMMUNITIES

Enhancement of the Policy and Guidelines of the Small Debt Resolution Scheme (SDRS)

TN. MOHD FAKHRUZZAMAN B. TN ISMAIL

ZERO-INTEREST INSTALMENT PLAN. 1) This programme valid for PB Credit cards issued by Public Bank.

DJabatan Perkhidmatan Awam merupakan agensi

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

GLOBAL SYSTEM FOR MOBILE COMMUNICATION (GSM) KIT FOR VEHICLE S ALARM SYSTEM NIK MOHD KHAIRULFAHMI BIN NIK MAT

CONTROL HOME APPLIANCES VIA INTERNET (CoHAVI) SOFTWARE DEVELOPMENT SHIRRENE A/P NAI SOWAT

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2008 PELAKSANAAN SYARAT PERUBAHAN HARGA DI DALAM KONTRAK KERJA

THE FACTORS THAT HINDER THE INTENTION OF BUSINESS MANAGEMENT GRADUATE TO CHOOSE ENTREPRENEUR AS THEIR CAREER NURUL HAZLYANA BINTI NOR AZLI

Hala tuju Pengajian Komunikasi dan Media di Malaysia

STRUKTUR, STRATEGI DAN PRESTASI PENGURUSAN FASILITI

GARISPANDUAN MENGENAI DUTI SETEM KE ATAS SURATCARA PINDAHMILIK SYER BAGI SYER YANG TIDAK TERSENARAI DI BURSA SAHAM KUALA LUMPUR.

STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA

K-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan Prasarana yang Disediakan di Politeknik Banting Selangor bagi Sesi Disember 2012

MOTORCYCLE POLICY TYPES OF COVER ALL ENDORSEMENTS, CLAUSES OR WARRANTIES THAT ARE SEPARATELY ATTACHED TO THIS POLICY SHALL ALSO APPLY.

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

FACTORS INFLUENCING GENDER GAP IN HIGHER EDUCATION OF MALAYSIA: A UNIVERSITY OF MALAYA SAMPLE

Lampiran A3 PANDUAN PENYEDIAAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT)

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

THE RELATIONSHIP BETWEEN HUMAN RESOURCE INFORMATION SYSTEM (HRIS) AND HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (HRM) ALFRED PUN KHEE SEONG

LEARNING MANAGEMENT SYSTEM(LMS) AND COURSE MANAGEMENT SYSTEM(CMS)

MOHD KHALIL BIN ABDUL KADJR

AmBank/ AmIslamic Bank Credit Card Acquisition Cash Reward Program Terms and Conditions

CLIENT SERVER APPLICATION FOR SERVER FARM PERFORMANCE MONITORING ABDIRASHID HASSAN ABDI

Transcription:

INSTITUT PENILAIAN NEGARA JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA PROGRAM SIJIL HARTA TANAH

SIJIL PENILAIAN HARTA TANAH Sijil Penilaian Harta Tanah INSPEN adalah program pertama yang seumpamanya yang dijalankan di Malaysia yang bertujuan melahirkan tenaga kerja separa profesional dengan kandungan program berorientasikan industri bagi memastikan graduan bersedia menghadapi keperluan dan cabaran di tempat kerja. Berikut ialah kelebihan yang ditawarkan kepada para graduan: Graduan layak mendapat gaji yang lebih tinggi daripada pemegang sijil SPM iaitu P1T9 untuk jawatan Pembantu Penilaian (W17) bila bekerja di sektor awam Pengecualian kredit daripada UWS Australia yang memberi penjimatan selama 1 tahun berbanding 3 tahun yang sepatutnya dalam Bachelor of Business and Commerce (Property) Sijil Penilaian Harta Tanah INSPEN telah diiktiraf setaraf dengan diploma di Australia. Pengecualian kredit daripada QUT Australia yang memberi penjimatan selama 1 ½ tahun berbanding 4 tahun yang sepatutnya dalam Bachelor of Urban Development (Property Economics) Graduan layak menduduki Peperiksaan Profesional, Pertubuhan Jurukur Diraja Malaysia (RISM) iaitu Property Management, Valuation & Estate Agency Surveying Division (PMVS) Pengiktirafan dan pengesahan oleh JPA, RISM, LPPEH, UiTM, UTM, UWS, QUT dan sijil ini juga diiktiraf oleh badan profesional antarabangsa iaitu Royal Institution of Chartered Surveyors (RICS). OBJEKTIF PROGRAM Untuk melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti dan serba boleh dalam menjalankan kerja penilaian harta tanah. Untuk melahirkan tenaga kerja terlatih bagi jawatan pembantu penilaian di Jabatan-Jabatan Kerajaan, Negeri, Badan Berkanun, PBT dan sektor swasta. Untuk membuka peluang kepada graduan INSPEN melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi; samada dalam dan luar negara. SIAPA ITU PENILAI Penilai berperanan dalam memberi nasihat dan pendapat tentang nilai harta tanah. Selain itu penilai juga berperanan sebagai perunding harta, perunding projek dan penasihat dalam pelaburan harta tanah, pelelong harta dan pengurus bangunan. Dalam konteks ini, Penilai boleh memberi nasihat tentang pelaburan dan pembiayaan pembangunan harta tanah kepada ahli lembaga syarikat atau orang perseorangan yang inginkan nasihat tentang perkara yang melibatkan tanah dan bangunan dalam aspek sewaan, jual beli, pinjaman perumahan dan lain-lain lagi. PERANAN Penilai memberi perkhidmatan profesional dalam menilai kepentingan sesuatu harta tanah, loji dan jentera serta peralatan, pada suatu tempoh tertentu. Penilaian diperlukan untuk pelbagai tujuan termasuk: 1. Penilaian aset 2. Penilaian berkanun 3. Penjualan atau pembelian, pinjaman perumahan, gadaijanji, jualan paksa (lelongan), rujukan mahkamah, penentuan sewa, penentuan pampasan bagi pengambilan tanah oleh kerajaan, insurans kebakaran dan lain-lain. Kepakaran lain lebih istimewa melibatkan profesion penilaian termasuk yang berkaitan dengan penilaian hospital swasta, lapangan kapal terbang, hotel, perladangan dan harta tanah khas seperti tanah lombong dan kuari, stesen minyak, kompleks membeli belah, bangunan binaan khas pejabat, loji dan jentera serta peralatan. KERJAYA Graduan Sijil Penilaian Harta Tanah INSPEN berpeluang bekerja sebagai Pembantu Penilaian (W17) seperti di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan dan beberapa jabatan serta agensi kerajaan yang lain atau di sektor swasta sebagai pembantu atau penolong eksekutif penilaian. Senarai firma penilaian swasta dan pemaju harta tanah boleh disemak daripada laman sesawang rasmi Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah (LPPEH) iaitu di www.lppeh.gov.my. SYARAT KEMASUKAN Syarat kemasukan untuk mengikuti pengajian Sijil Penilaian Harta Tanah INSPEN adalah seperti berikut: Syarat Am Warganegara Malaysia; Berumur 17 hingga 21 tahun pada tarikh tutup permohonan; dan Lulus peperiksaan SPM atau setaraf Syarat SPM Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau Matematik Tambahan; Kepujian dalam mana-mana satu mata pelajaran Sains/Prinsip Perakaunan/ Perdagangan atau mana-mana mata pelajaran lain; Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris; dan Lulus dalam 1 mata pelajaran lain. STRUKTUR PROGRAM TEMPOH PENGAJIAN 2 Tahun Sepenuh Masa LATIHAN INDUSTRI 14 Minggu dalam Semester 4 Kerja Kursus dan Pembentangan PENILAIAN KURSUS Projek dan Pembentangan Berkumpulan, serta Peperiksaan RANGKA PENGAJIAN SEMESTER SATU 1 Real Estate Valuation 2 Introduction to Law 3 Valuation Mathematics 4 Principles of Economics 5 Computer 6 English I 7 Islamic / Moral Studies SEMESTER DUA 8 Real Estate Valuation II 9 Introduction to Property Law 10 Introduction to Property Management 11 Building Technology and Services 12 Drawing Skills in Valuation 13 English II SEMESTER TIGA 14 Introduction to Property Taxation 15 Malaysian Studies 16 English III SEMESTER EMPAT 17 Industrial Training SEMESTER LIMA 18 Real Estate Agency and Marketing Practice 19 Principles of Town and Country Planning 20 Building Maintenance 21 Land Economics 22 Principles of Accounting 23 Co-curriculum

SIJIL PENGURUSAN HARTA TANAH Sijil Pengurusan Harta Tanah INSPEN adalah program pertama yang seumpamanya yang dijalankan di Malaysia yang bertujuan melahirkan tenaga kerja separa profesional dengan kandungan program berorientasikan industri bagi memastikan graduan bersedia menghadapi keperluan dan cabaran di tempat kerja. Berikut ialah kelebihan - kelebihan yang ditawarkan kepada para graduan: Pengecualian kredit daripada UWS Australia yang memberi penjimatan selama 1 tahun berbanding 3 tahun yang sepatutnya dalam Bachelor of Business and Commerce (Property) Pengecualian kredit daripada QUT Australia yang memberi penjimatan selama 1 ½ tahun berbanding 4 tahun yang sepatutnya dalam Bachelor of Urban Development (Property Economics) dan Sijil Pengurusan Harta Tanah INSPEN telah diiktiraf setaraf dengan diploma di Australia Diiktiraf dan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Disokong oleh badan profesional harta tanah iaitu Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM) dan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH) serta diiktiraf oleh badan profesional antarabangsa iaitu Royal Institution of Chartered Surveyors (RICS). OBJEKTIF PROGRAM Untuk melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti dan serba boleh dalam menjalankan kerja pengurusan harta tanah. Untuk melahirkan tenaga kerja terlatih bagi pembantu pengurus harta/bangunan/fasiliti di Jabatan-Jabatan Kerajaan, Negeri, Badan Berkanun, PBT dan sektor swasta. Untuk membuka peluang kepada graduan INSPEN melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi; samada dalam dan luar negara. SIAPA ITU PENGURUS HARTA Pengurus harta adalah seorang yang dilantik atau dipilih oleh tuan punya sesuatu bangunan untuk menjalankan perkhidmatan pengurusan harta. Peranan pengurus harta adalah menjaga dan mentadbir pelaburan pada tahap yang terbaik dan munasabah. Tugas dan tanggungjawab pengurus harta lazimnya merangkumi pembiayaan dan belanjawan mengurus bangunan, pengurusan penyewaan, pengurusan penyenggaraan, perundangan dan dokumentasi kontrak, pengurusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia, insurans dan sebagainya. PERANAN Pengurusan harta tanah melibatkan pengurusan bagi pihak pemilik atau Perbadanan Pengurusan sesuatu bangunan yang melibatkan individu atau organisasi bagi memastikan pulangan yang optimum ke atas pelaburan harta tanah dan pemilikan. Pencapaian dan matlamat pengurusan adalah seperti berikut: 1. Pengurusan bangunan dan peralatan melalui program penyelenggaraan yang berkesan dan cekap; 2. Memastikan tahap penghunian tertinggi dan sewa yang maksimum untuk memastikan keuntungan optimum; 3. Kawalan caj dan perbelanjaan dengan memberi keutamaan kepada nilai perkhidmatan yang terbaik pada masa yang sama mengekalkan standard dan kualiti pengurusan; 4. Menyemak dan mengkaji kos operasi; dan 5. Pengurusan akaun dan pendapatan sewa bangunan KERJAYA Graduan Sijil Pengurusan Harta Tanah INSPEN berpeluang berkerja dalam sektor awam dan swasta seluruh Negara. Ini selaras dengan objektif penubuhan program ini iaitu melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti dan serba boleh dalam menjalankan kerja pengurusan harta tanah. Antara sektor awam yang menawarkan jawatan Pembantu Penilaian (W17) ialah, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian. Senarai firma-firma yang mengamalkan kerja pengurusan harta tanah berdaftar dalam sektor swasta boleh di dapati daripada laman sesawang rasmi Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah (LPPEH) iaitu di www.lppeh.gov.my SYARAT KEMASUKAN Syarat kemasukan untuk mengikuti pengajian Sijil Pengurusan Harta Tanah INSPEN adalah seperti berikut: Syarat Am Warganegara Malaysia; Berumur 17 hingga 21 tahun pada tarikh tutup permohonan; dan Lulus peperiksaan SPM atau setaraf Syarat SPM Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau Matematik Tambahan; Kepujian dalam mana-mana satu mata pelajaran Sains/Prinsip Perakaunan/ Perdagangan atau mana-mana mata pelajaran lain; Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris; dan Lulus dalam 1 mata pelajaran lain. STRUKTUR PROGRAM TEMPOH PENGAJIAN 2 Tahun Sepenuh Masa LATIHAN INDUSTRI 14 Minggu dalam Semester 4 Kerja Kursus dan Pembentangan PENILAIAN KURSUS Projek dan Pembentangan Berkumpulan, serta Peperiksaan RANGKA PENGAJIAN SEMESTER SATU 1 Property Management I and Information Technology 2 Building Technology 3 Introduction to Law 4 Eonomics of Real Estate 5 Islamic/Moral Studies 6 English I SEMESTER DUA 7 Property Management II 8 Introduction to Property Law 9 Building Services 10 Building Drawing 11 Principles of Valuation and Technique 12 English II SEMESTER TIGA 13 Building Maintenance 14 Malaysian Studies 15 English III SEMESTER EMPAT 16 Industrial Training SEMESTER LIMA 17 Real Estate Agency & Marketing 19 Property Taxation and Introduction to Town Planning 19 Principles of Accounting 20 Property Management III 21 Building Performance and Defect 22 Co-Curriculum

SIJIL AGENSI HARTA TANAH Sijil Agensi Harta Tanah INSPEN adalah program ketiga yang dijalankan oleh INSPEN. Program ini berbeza dengan program lain di peringkat pengajian tinggi kerana fokus utamanya adalah melahirkan seseorang yang profesional dalam agensi harta tanah. Program ini merupakan laluan untuk melahirkan seorang ejen harta tanah yang berkelayakan serta berpengetahuan dari segi akademik dan mempunyai kepakaran teknikal dalam bidang agensi harta tanah. Program ini bertujuan untuk melahirkan ejen harta tanah yang mampu mencapai tahap kepakaran yang dikehendaki dalam bidang industri agensi harta tanah. Fokus utama program ini adalah dari segi aspek teori dan praktikal dalam bidang agensi harta tanah. Program ini dilaksanakan dalam dua mod iaitu separuh masa dan sepenuh masa. Perbezaan antara dua mod adalah dari segi umur iaitu tiada had umur bagi pelajar CEA separuh masa manakala sepenuh masa untuk pelajar yang berumur 17 hingga 21 tahun. Program CEA telah: Mendapat akreditasi dari Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (LPPEH) pada 11 Julai 2011 (setaraf dengan peperiksaan Estate Agent untuk bahagian I dan II dibawah LPPEH). OBJEKTIF PROGRAM Para graduan akan dapat: Pengetahuan dan kepakaran teknikal di dalam bidang agensi harta tanah. Pengetahuan teknik perundingan, penjualan dan pemasaran harta tanah yang efektif. Pengetahuan dalam pembentukan imej sebagai ejen harta tanah yang profesional. Laluan alternatif untuk menjadi seorang ejen harta tanah berdaftar. KERJAYA SIAPA ITU EJEN HARTA TANAH Ejen harta tanah bertindak mewakili tuan tanah samada untuk tujuan jualan atau sewaan sesuatu harta tanah. Urusniaga yang melibatkan harta tanah adalah rumit kerana kompleksiti sifat harta tanah itu sendiri. Harta tanah terdiri daripada berbagai jenis iaitu tanah pertanian, bangunan kediaman, bangunan perniagaan dan industri. Setiap jenis harta tanah memerlukan kepada kepakaran tertentu terutamanya berkaitan dengan aspek perundangan dan pentadbiran harta tanah, kemahiran rundingan, sistem percukaian, polisi-polisi kerajaan dan sebagainya. Di samping itu, transaksi harta tanah melibatkan sejumlah wang yang besar dan tidak semua orang mampu memilikinya. Oleh yang demikian, strategi pemasaran yang berkesan dan meluas serta melibatkan masa yang panjang menyebabkan seseorang itu memerlukan seorang wakil (ejen harta tanah) bertindak mewakili pihaknya dalam urusan tersebut. Oleh itu, keperluan kepada seorang ejen harta tanah yang mempunyai pengetahuan luas dalam bidang ini adalah diperlukan bagi memastikan kepentingan pihak-pihak yang terlibat dalam transaksi adalah terjamin. PERANAN Skop kerja ejen harta tanah meliputi semua sektor harta tanah bagi pihak pemilik, pelabur atau penghuni dan termasuk perkhidmatan seperti berikut: 1. Penyewaan dan pemajakan 2. Penjualan dan pembelian 3. Perundingan pelaburan 4. Pemasaran harta tanah Program Sijil Agensi Harta Tanah INSPEN merupakan laluan alternatif kepada graduan untuk ditauliahkan sebagai Ejen Harta Tanah Berdaftar oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH). Program yang ditawarkan dalam dua mod (sepenuh masa dan separuh masa) ini telah mendapat pengiktirafan dan pengesahan daripada LPPEH (setaraf dengan Ujian Bertulis Bahagian I dan Bahagian II, Peperiksaan Ejen Harta Tanah). SYARAT KEMASUKAN Syarat kemasukan untuk mengikuti pengajian Sijil Agensi Harta Tanah INSPEN (MOD SEPENUH MASA atau SEPARUH MASA) adalah seperti berikut: Syarat Am Warganegara Malaysia; Mod Sepenuh Masa: Berumur 17 hingga 21 tahun pada tarikh tutup permohonan Mod Separuh Masa: Tiada had umur Lulus peperiksaan SPM atau setaraf. Syarat SPM (Mod Sepenuh & Separuh Masa) Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Kepujian dalam mata pelajaran Matematik, atau Sains, atau Perdagangan, atau Prinsip Akaun, 1 Kepujian dalam mana-mana mata pelajaran, dan 2 Lulus dalam mana-mana mata pelajaran. ATAU (Kelayakan Tambahan untuk Mod Separuh Masa sahaja) Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT) dari INSPEN, atau Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT) dari INSPEN, atau Diploma di dalam mana-mana bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), atau Ijazah di dalam mana-mana bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). STRUKTUR PROGRAM RANGKA PENGAJIAN SEMESTER SATU 1 Principles of Accounting 2 Introduction to Law 3 Principles of Economics SEMESTER DUA 4 Laws Relating to Property 5 Principle of Property Investment and Valuation 6 Principles and Practice of Marketing 7 Real Estate Agency Practice 8 Integrated Paper I SEMESTER TIGA 9 Property Taxation 10 Land Economics 11 Ethic and Professional Practice 11 Building Technology and Maintenance 12 Integrated Paper II SEMESTER EMPAT 13 Industrial Training SEPENUH MASA SEPARUH MASA TEMPOH PENGAJIAN 16 Bulan 14 Bulan LATIHAN INDUSTRI 3 Bulan 6 Bulan Kerja Kursus, Pembentangan Projek PENILAIAN KURSUS dan Pembentangan Berkumpulan, serta Peperiksaan

SESI PENGAMBILAN SIJIL PENILAIAN HARTA TANAH & SIJIL PENGURUSAN HARTA TANAH Tawaran kemasukan akan dibuka bermula Mei hingga September setiap tahun Pendaftaran dibuat secara atas talian melalui laman web rasmi INSPEN iaitu www.inspen.gov.my. Sesi pengajian akan bermula pada November setiap tahun. SIJIL AGENSI HARTA TANAH (SEPENUH MASA & SEPARUH MASA) Tawaran kemasukan akan dibuka bermula Mei hingga September setiap tahun Borang pendaftaran boleh dimuat turun melalui laman web rasmi INSPEN iaitu www.inspen.gov.my. Mod Sepenuh Masa: Sesi pengajian bermula pada November setiap tahun. Mod Separuh Masa: Sesi pengajian bermula pada Januari setiap tahun. YURAN PENGAJIAN SIJIL PENILAIAN HARTA TANAH & SIJIL PENGURUSAN HARTA TANAH YURAN SETIAP SEMESTER (RM) Pengajian 200.00 Kemudahan 80.00 Lain-lain 85.00 JUMLAH 365.00 SIJIL AGENSI HARTA TANAH (SEPENUH MASA & SEPARUH MASA) SEPENUH MASA SEPARUH MASA YURAN SETIAP SEMESTER YURAN SEKALI BAYAR Pengajian RM 200.00 Pendaftaran Kursus RM 45.00 Kemudahan RM 80.00 Pengajian RM 8,700.00 Lain-lain RM 85.00 JUMLAH RM 8,745.00 JUMLAH RM 365.00 JUMLAH RM 8,745.00 KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN Kediaman, makan, perpustakaan, wi-fi serta fasiliti sukan dan riadah. PENGESAHAN & PENGIKTIRAFAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA ROYAL INSTITUTION OF SURVEYORS, MALAYSIA BOARD OF VALUERS, APPRAISERS & ESTATE AGENTS, MALAYSIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ROYAL INSTITUTION OF CHARTERED SURVEYORS DESTINASI GRADUAN INSTITUT PENILAIAN NEGARA DESTINASI GRADUAN SPHT & SPGT SWASTA FIRMA PENILAI SWASTA FIRMA PENGURUSAN HARTA TANAH PEMAJU HARTA TANAH DIPLOMA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BEKERJA? BELAJAR? KERAJAAN JABATAN PENILAIAN & PERKHIDMATAN HARTA PIHAK BERKUASA TEMPATAN JABATAN & AGENSI-AGENSI LAIN IJAZAH QUEENSLAND UNIVERSITY OF TECHNOLOGY UNIVERSITY OF WESTERN SYDNEY DESTINASI GRADUAN CEA INSTITUT PENILAIAN NEGARA BERDAFTAR SEBAGAI EJEN HARTA TANAH PERCUBAAN 2 TAHUN PRAKTIKAL DI MANA-MANA FIRMA HARTA TANAH MENDUDUKI TEST OF PROFESSIONAL COMPETENCE (TPC) DITAULIAH SEBAGAI EJEN HARTA TANAH BERDAFTAR

twitter.com/inspen_jpph facebook.com/inspenjpph akademik@inspen.gov.my Membina Organisasi Berilmu