Teori-Teori Tingkah Laku Negatif Azizi Yahaya & Muhamad Jumat Aliju Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Similar documents
A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

TEORI PSIKOLOGI Azizi Yahaya & Faizah Idris Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

SUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK: SEJAUHMANAKAH HUBUNGAN INI RELEVAN?

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka

6 PENGERTIAN KONSEP KENDIRI

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

2 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN Zainuddin Abu Bakar

Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan

KAJIAN PUNCA, RISIKO MEROKOK DAN SUMBANGAN MEROKOK TERHADAP PENAGIHAN BAHAN. SATU KAJIAN DI PUSAT GIAT MARA BUKIT PAYONG, MARANG, TRENGGANU

TEORI PEMBELAJARAN Ahmad Johari Sihes

CORAK KOMUNIKASI KELUARGA DALAM KALANGAN KELUARGA MELAYU DI TERENGGANU

Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan

Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

PRODUCTIVITY IMPROVEMENT VIA SIMULATION METHOD (MANUFACTURING INDUSTRY) HASBULLAH BIN MAT ISA

How To Get A Job At A Bank

Teori Kepemimpinan: Teori Trait dan Tingkahlaku. Dr. Foo Say Fooi

Katakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0. Pengenalan

Tingkah Laku Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak. oleh. Mahadi bin Hj. Khalid Institut Perguruan Batu Lintang

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Januari 2014, Bil. 2 Isu 1

Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Memahami tingkah laku remaja bermasalah dari perspektif Teori Tingkah Laku, Humanistik, Psikoanalitik & Tret Personaliti

MASTER S PROJECT REPORT SUMMARY

HAJI MOHD NOR BIN JAAFAR

STRESS EFFECT STUDY ON 6 DIFFERENT PATTERN OF TYRES FOR SIZE 175/70 R13 SYAHRIL AZEEM ONG BIN HAJI MALIKI ONG. for the award of the degree of

Universiti Kuala Lumpur Kampus Kota MALAYSIAN INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY 1016, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 29 47, 2008

Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 33 51, 2010

KAJIAN TENTANG KEPUASAN BEKERJA DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS (A STUDY ON JOB SATISFACTION AMONG SPECIAL EDUCATION TEACHERS)

CLIENT SERVER APPLICATION FOR SERVER FARM PERFORMANCE MONITORING ABDIRASHID HASSAN ABDI

Kata kunci: kesihatan mental; pengetahuan; sosio-demografi; kempen komunikasi ABSTRACT

TOPIK 1 Konsep Pengukuran dan Skala Pengukuran

Katakunci : masalah, guru Pendidikan Khas program Integrasi, pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran

KAJIAN TERHADAP PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM TINGKAH LAKU MEMBELI DI KALANGAN PENNGUNA: KAJIAN KES DI JOHOR BAHRU.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

Mengapakah Pelajar-pelajar USM Bermain Permainan Secara Talian? Lanjutan TAM Dengan Pengaruh Sosial Dan Pengalaman Aliran.

Identifikasi Psikomotor, Kognitif, Sosioemosi dan Bahasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah Menggunakan Pendekatan Belajar Melalui Bermain

Katakunci : kecergasan kardiovaskular, daya tahan otot kaki, latihan simulasi haji dan umrah.

IKATAN DAN KAWALAN IBU BAPA TERHADAP TINGKAH LAKU DELINKUENS

TAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH

Page 1 of 1. Page 2 of 2 % &! " '! ( ' ( $) * +, - % -. !" # $

FACTORS INFLUENCING GENDER GAP IN HIGHER EDUCATION OF MALAYSIA: A UNIVERSITY OF MALAYA SAMPLE

How To Learn To Learn From A Computer

Katakunci : tahap stress, tahap kepuasan kerja, pensyarah UTM

IMPACT OF SELF-CORRECTION ON EXTROVERT AND INTROVERT STUDENTS IN THE EFL WRITING PROGRESS REZA HAJIMOHAMMADI

HUBUNGAN TEKANAN KERJA TERHADAP PRESTASI PEKERJA

Katakunci : faktor, pemilihan bidang keusahawanan

How To Understand The History Of The Moon

BAB KAJIAN MENGENAI GEJALA SOSIAL. Pengenalan

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

MEDIA DAN KONSTRUK SOSIAL : IMPLIKASI TERHADAP ISU SOSIAL REMAJA. Samsudin A Rahim

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA

KEPERLUAN DALAM PENDIDIKAN MORAL UNTUK MENGHADAPI CABARAN ERA PASCA MODENISME.

KONSEP PEMBELAJARAN Ahmad Johari Sihes

PENCAPAIAN HOSPITAL PERFORMANCE INDICATOR FOR ACCOUNTABILITY (HPIA) No Indikator Standard Julai - Disember 2015

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE NATURE OF HUMAN RESOURCE MANAGEMENT AND ORGANIZATIONAL CHANGE IN MALAYSIAN SMALL AND MEDIUM SIZED ENTERPRISES (SMES)

KAJIAN HUBUNGAN KAUM DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH PEMBANGUNAN SOSIAL, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT

KESEJAHTERAAN SOSIAL DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI: Pendekatan dan Indikator. Haris Abd.Wahab Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial Universiti Malaya

UNIT 5 PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN

Menurut Harry K. Wong (1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru sendiri.

JOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING. A thesis submitted in partial fulfillment of. the requirements for the award of the degree of

DEPARTMENT OF ESTATE -MANAGEMENT FACULTY OF ARCHITECTURE, PLANNING AND SURVEYING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

APLIKASI KOGNITIF TINGKAH LAKU (CBT) DENGAN SOKONGAN SOSIAL TERHADAP ESTIM KENDIRI DAN DEPRESI PESAKIT KANSER

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

PROSES PENYELESAIAN MASALAH. Azlinda Azman, Ph.D Noriah Mohamed, Ph.D. Penyelesaian masalah merupakan matlamat utama dalam satu-satu proses

HUBUNGAN KEPUASAN KOMUNIKASI DENGAN KOMITMEN TERHADAP ORGANISASI DI KALANGAN PEKERJA TEKNIKAL: KAJIAN KES DI FLEXTRONICS INTERNATIONAL, SENAI, JOHOR.

VIRTUAL SCHOOL FOR PRESCHOOLER USING VIRTUAL REALITY TECHNOLOGY YAP MAY KEE

OCBC GREAT EASTERN CO-BRAND CARD FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) REBATE FEATURES, INTEREST FREE AUTO INSTALMENT PAYMENT PLAN (AUTO-IPP) AND BENEFITS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KEPENTINGAN PENDIDIKAN DALAM PENBENTUKAN KUALITI HIDUP SEJAHTERA

TAHAP PENGURUSAN KONFLIK DALAM KALANGAN GURU BESAR-GURU BESAR DAN GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK HAMIDAH ABDUL RAHMAN (P) NORLIN AHMAD SHAH ROLLAH ABDUL WAHAB

Katakunci : kadar denyutan jantung, tahap dehidrasi, atlet larian jarak dekat

THE RELATIONSHIP BETWEEN HUMAN RESOURCE INFORMATION SYSTEM (HRIS) AND HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (HRM) ALFRED PUN KHEE SEONG

A STUDY OF SECURITY LIMITATIONS IN VIRTUAL LOCAL AREA NETWORK IMPLEMENTATION

BENGKEL INOVASI PEDAGOGI. Penyelesaian Masalah Matematik Sekolah Rendah dengan Menggunakan Strategi Melukis Gambar Rajah. oleh

Katakunci : penilaian kokurikulum

Communication, Universiti Sains Malaysia, Penang. 2 Kamaliah Haji Siarap is a Lecturer at the School of Communication,

Kalkulus Fungsi Dua Peubah atau Lebih

AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A STUDY ON HUMAN RESOURCE MANAGEMENT PRACTICES IN SELECTED FINANCIAL INSTITUTIONS IN MALAYSIA ANITA BINTI ISMAIL FEP

Tanggapan Sokongan Organisasi, Kepuasan Kerja, Komitmen dan Kelakuan Kewargaan Organisasi Pekerja: Peranan Politik Organisasi sebagai Perantara

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009, 7 Mei 2009, UTHM

PENILAIAN PETA MINDA BUZAN BERDASARKAN RUBRIK ANALITIK

Komunikasi Interpersonal Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Melaka

K-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL

BISKUT RAYA INVENTORY MANAGEMENT SYSTEM (BRIMS) NURUL AMIRAH BINTI ROSLAN THESIS SUBMITTED IN FULFILLMENT OF THE DEGREE OF COMPUTER SCIENCE

Transcription:

Teori-Teori Tingkah Laku Negatif Azizi Yahaya & Muhamad Jumat Aliju Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Abstrak : Artikel ini membincangkan tentang tingkah laku negatif di kalangan pelajar. Terdapat beberapa teori tentang tingkah laku negatif yang wujud seperti teori pembelajaran sosial, teori kekecewaan-agresif dan teori ajukan sosial. Katakunci : teori tingkah laku negatif, teori pembeljaran sosial, teori kekecewaan-agresif, teori ajukan sosial Pengenalan Terdapat beberapa teori tentang tingkah laku negatif yang telah diguna pakai di dalam kajian yang lepas. Teori-teori ini dapat menghuraikan punca wujudnya keadaan tingkah laku negatif dikalangan remaja. Antara teori-teori yang telah diguna pakai dalam kajian lepas adalah: Teori Pembelajaran Sosial (Albert Bandura) "Teori Pembelajaran Sosial" yang telah diperkenalkan oleh Albert Bandura (1977). Di dalam teori ini menekankan tentang aspek interaksi antara manusia dengan persekitarannya. Terdapat bebrapa faktor yang mempengaruhi tingkah laku anti sosial pelajar remaja, iaitu kelakuan pelajar itu sendiri, pengaruh persekitaran dan interaksi kognitif. Namun menurut Bandura (1977) latihan pemerhatian atau modeling adalah amat penting dalam pembentukan tingkah laku agresif. Teori pembelajaran sosial yang diaplikasikan oleh Bandura (1973) juga merumuskan bahawa perkara utama yang sering dipelajari oleh kanak-kanak dan remaja ialah melalui pemerhatian terhadap tingkah laku orang lain, khususnya orang yang signifikan dengan mereka. Menurut Mahmood (2001), tingkah laku agresif dipelajari daripada persekitaran sosial seperti interaksi dengan keluarga, rakan sebaya, media massa dan konsep kendiri individu. Oleh kerana manusia dipengaruhi oleh persekitaran mereka, maka remaja akan memilih salah satu daripada pengaruh persekitaran mereka untuk ditauladani. Jika tingkah laku negatif ditunjukan oleh ibu bapa, maka remaja akan terikut-ikut kepada tingkah laku ibu bapa tersebut dan jika ia ditunjukan oleh rakan sebaya remaja, ia juga akan menjadi ikutan remaja. Menurut Bandura (1977), terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tingkah laku anti sosial pelajar remaja, iaitu kelakuan pelajar itu sendiri, pengaruh persekitaran dan interaksi kognitif. Pendekatan teori pembelajaran sosial juga menekankan kepentingan penilaian kognitif

dan emosi. Teori ini memperlihatkan pengaruh-pengaruh sedar dan penentu-penentu sosial ke atas personaliti. Menurut Bandura (1977), latihan pemerhatian atau modeling adalah amat penting dalam pembentukan tingkah laku agresif. Ibu bapa merupakan model utama bagi kanak-kanak. Jika ibu bapa menunjukkan tingkah laku devian yang agresif di hadapan kanak-kanak, maka kanak-kanak akan mudah meniru tingkah laku tersebut. Begitu juga ibu bapa yang sering bertingkah laku devian akan mewariskan tingkah laku tersebut kepada anak-anak mereka. Rajah 1: Konsep Determinisme Timbal Balik Dalam Teori Pembelajaran Sosial. Dalam Teori Pembelajaran Sosial Bandura dan Mischel (1986), mereka menyatakan ada beberapa perbezaan manusia atau pemboleh ubah individu berinteraksi dengan sekitaran bagi mempengaruhi tingkah laku mereka pada masa akan datang. B E B = Tingkah laku P = Kognitif, persepsi dan peristiwa dalaman yang mempengaruhi. E = Alam sekitaran luaran Rajah 1: Konsep Determinisme Timbal Balik Dalam Teori Pembelajaran Sosial. Beberapa angkubah individu tersebut adalah seperti berikut : i. Kebolehan - apa yang terupaya atau boleh dilakukan oleh seseorang itu seperti kecerdasan, kebolehan fizikal dan lain-lain. ii. Strategi pengkodan - cara bagaimana manusia memilih dan menumpukan perhatian kepada rangsangan luaran, mengkodkan dan membentuk kategori-kategori yang bermakna bagi dirinya. iii. Apa yang diharapkan - hasil daripada sesuatu tingkah laku yang dipaparkan oleh individu berkenaan. iv. Nilai subjektif - adakah sesuatu tingkah laku itu lebih bermakna bagi seseorang berbanding dengan individu yang lain. v. Sistem pengendalian - apakah cara yang sesuai boleh digunakan oleh seseorang dan perancangan untuk mencapai matlamat.

Teori Kekecewaan-Agressif Teori seterusnya yang membincangkan tentang perkembangan tingkah laku negatif remaja ini adalah Teori Kekecewaan-Agressif oleh Sigmund Freud (1950). Teori Kekecewaan- Agressif ini menyatakan bahawa tingkah laku devian agresif ialah salah satu tindak balas semula jadi terhadap kekecewaan yang dialami oleh manusia. Menurut Sigmund Freud (1950) melalui teori psikoanalisisnya, menyatakan bahawa setiap manusia secara semula jadinya menginginkan keseronokan dan cuba mengelak kesakitan. Apabila kedua-dua keinginan itu tidak dapat diperolehi oleh manusia, manusia akan bertindak agresif. Setiap individu mempunyai kecenderungan secara semula jadi atas faktor biologi menjadi agresif bila kecewa. Kenyataan ini disokong melalui hipotesis kekecewaan-agresif yang menyatakan bahawa tingkah laku agresif adalah disebabkan kekecewaan. Pernyataan ini telah disokong oleh Kenneth dan Moyer (1961) yang telah mengemukakan hipotesis kekecewaanagresif. Durkheim (1987) berpendapat perasaan kecewa yang dialami oleh pelajar merupakan satu faktor penyebab kepada perlakuan gengsterisme di sekolah. Penyelidik ini berpendapat tekanan yang dialami oleh pelajar untuk mencapai gred yang baik dalam peperiksaan dan tindakan disiplin yang keras membangkitkan perasaan kecewa dan seterusnya perlakuan gengsterisme berlaku di sekolah. Berdasarkan teori psikoanalisis, Kenneth dan Moyer (1961) telah mengemukakan hipotesis kekecewaan-agresif. Menurut teori kekecewaan-agresif, tingkah laku agresif adalah disebabkan oleh kekecewaan. Setiap individu mempunyai kecenderungan secara semula jadi atas faktor biologi menjadi agresif bila kecewa. Teori Ajukan Sosial Selain daripada teori-teori di atas, terdapat teori lain yang dapat menerangkan tentang peranan ibu bapa dan rakan sebaya dalam perkembangan tingkah laku delikuen remaja. Teori tersebut adalah Teori Ajukan Sosial yang telah diperkenalkan oleh Moffitt (1993). Teori Ajukan Sosial ini menerangkan mengapa seseorang itu mula terlibat dengan kumpulan rakan sebaya devian semasa remaja. Menurut Moffitt (1993), wujud jurang kematangan semasa seseorang itu mencapai tahap keremajaan, keadaan ini terjadi apabila seseorang itu telah mencapai tahap kematangan bilologikal namun masih mempunyai tahap pemikiran sama seperti kanak-kanak.

Oleh kerana, seseorang itu mencapai tahap kematangan biologi seawal umur 10 tahun namun masih tidak mempunyai panduan yang betul untuk diguna semasa zaman dewasa, oleh itu seseorang remaja terpaksa untuk mencari jalan lain sebagai tututan status kedewasaan mereka. Dalam keadaan ini, remaja akan tertarik dengan rakan sebaya dan kumpulan rakan sebaya lain yang sama seperti remaja tersebut iaitu berada di dalam proses mencari tingkah laku kedewasaan dan mencapai status untuk menjadi dewasa. Kajian lain menyasarkan bahawa interaksi antara ibu bapa dan anak serta penolakan rakan sebaya merupakan faktor perantara dalam pembangunan tingkah laku negatif remaja. Dishion et al. (1994), menggunakan model tekanan dan pertemuan untuk menerangkan perkembangan tingkah laku negatif. Dalam model ini, ketidak sejajaran penguatan daripada ibu bapa kepada anak mereka merupakan punca tekanan dan tingkah laku anti sosial. Tingkah laku ini kemudiannya terbawabawa kepada keadaan lain seperti hubungan dengan rakan sebaya. Tingkah laku anti-sosial ini menyebabkan kepada keadaan dimana remaja menghadapi masalah penolakan daripada rakan sebaya. Kegagalan dalam pemilihan rakan sebaya tersebut pula, menyebabkan remaja terpaksa bertukar kepada tingkah laku negatif dan sterusnya bergaul dengan rakan sebaya yang negatif. Dalam keadaan lain, bagi mentafsirkan tentang teori ajukan sosial, model ini menerangkan bahawa remaja akan mencari kumpulan rakan sebaya yang negatif apabila mereka gagal dalam pengalaman pertama mereka dengan kumpulan rakan sebaya yang normal. Penolakan daripada rakan sebaya menyebabkan keperluan sosial remaja tidak dapat dipenuhi, yang mana remaja kemudiannya memilih kumpulan rakan sebaya yang lain untuk berkongsi tingkah laku aggresif mereka. Teori Ajukan Sosial Sebagai Model Kajian Daripada teori-teori berkaitan dengan tingkah laku negatif yang telah diterangkan di atas. Pengkaji telah memilih Teori Ajukan Sosial yang telah diperkenalkan oleh Moffitt (1993) sebagai model untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi masalah tingkah laku negatif dikalangan remaja sekolah. Teori ini sangat sesuai digunakan, kerana teori ini melihat tingkah laku negatif sebagai tingkah laku yang dipelajari dan bukannya satu tingkah laku yang wujud secara semula jadi dalam diri individu. Teori ini menunjukan proses bagaimana bermulanya masalah tingkah laku negatif seseorang remaja itu. Menurut teori ini seseorang remaja itu akan mencapai tahap kematangan biologi seawal umur 10 tahun Moffit (1993), tetapi pada peringkat umur ini remaja tersebut tidak masih tidak mengenali cara hidup dan sikap yang sesuai dengan mereka. Dalam keadaan ini,orang yang paling penting dalam menentukan kehidupan remaja aalah ibu bapa remaja itu

sendiri. Penguatan daripada ibu bapa kepada anak mereka merupakan punca tekanan dan tingkah laku anti sosial. Tingkah laku ini kemudiannya terbawa-bawa kepada keadaan lain seperti hubungan dengan rakan sebaya. Apabila remaja yang tidak mendapat penguatan yang secukupnya daripada ibu bapa, mereka mungkin gagal dalam pergaulan dengan rakan sebaya yang seterusnya terpaksa mencari rakan sebaya yang negatif. Pada keadaan tersebut bermulalah masalah tingkah laku negatif. Perkembangan tingkah laku negatif dan penglibatan dengan kumpulan rakan sebaya negatif boleh difahami melalui rangka kerja yang diperkenalkan oleh Bronfenbrenner (1979). Menurut teori yang diperkenalkan oleh beliau, seseorang individu bergaul dengan berbagai sistem dalam kehidupan harian. Mikrosistem seperti rumah dan sekolah, merupakan perkara yang kanak-kanak akan terlibat secara terus. Tingkah laku yang dipelajari daripada salah satu mikrosistem akan terbawa-bawa kepada mikrosistem yang lain. Dalam keadaan ini, tingkah laku yang dipelajari dari rumah, dalam konteks hubungan ibu bapa dan anak, akan terbawa-bawa ke sekolah dan digunakan dalam menjalankan hubungan dengan rakan sebaya. Manakala faktor penolakan daripada rakan sebaya akan menyebabkan kepada penglibatan dengan rakan sebaya yang negatif. Kesan daripada persekitaran rumah merupakan faktor utama di dalam kajian tentang kanak-kanak dan remaja, iaitu sebagai penyebab mereka cenderung untuk bergaul dengan sistem lain dalam kehidupan mereka (Jackson & Fondacaro, 1999). Penggunaan Teori Ajukan Sosial diyakini sesuai oleh penyelidik kerana teori ini mengambil kira peranan kognitif dalam pembentukan tingkah laku seseorang remaja. Teori Ajukan Sosial merupakan gabungan teori pengukuhan (rangsangan dan tindak balas) dan teori kognitif. Teori Ajukan Sosial menjelaskan bahawa tingkah laku manusia akibat daripada pengaruh interaksi antara kognitif, persekitaran dan perlakuan manusia lain. Rujukan Bandura, A. (1973) Aggression: A Social Learning Analysis. Englewood Cliffs: Prentice Hall. Bandura, A. & Mischel, W.(1986). Social Foundation Of Thought And Action: A Social And Cognitive Theory. Englewood Cliffs. New Jersey: Prentice Hall. Mahmood Nazar Mohamed (2001). Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Freud, S.F. (1953). Circle of Friends: The Role of Gender and Networks in Delinquent Group Dynamic. Paper Presented at Annual Meeting of The American Society of Criminology, Chicago, IL. Kenneth, R. dan Moyer, P. (1961). Female Delinquency and Related Problem. SOC. Forces, 43, 82-89. Kamus Dewan. (1990). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Durkheim, G.D. (1987). Multimethod Research : A Synthesis of Styles. Beverly Hills: Sage. Moffitt, T. E. (1993). Adolescence-limited and life-course-persistent antisocial behavior: A developmental taxonomy. Psychological Review, 100, 674-701. Moos, R. H., & Moos, B. S. (1992). Life Stressors and Social Resources Inventory Youth Form Manual. Palo Alto, CA: Center for Health CareEvaluation, Stanford University and Department of Veterans Affairs Medical Centers. Dishion, T. J., Patterson, G. R., & Griesler, P. C. (1994). Peer adaptations in the development of antisocial behavior: A confluence model. In L. R. Huesmann (Ed), Aggressive behavior: Current perspectives (pp. 61-95). New York: Plenum Press. Bronfenbrenner, U. (1979). The ecology of human development: Experiments by nature and design. Cambridge, MA: Harvard University Press. Jackson, S., & Fondacaro, M. (1999). Procedural justice in resolving family conflict: Implications for youth violence prevention. Law & Policy, 21, 101-127.