6 PENGERTIAN KONSEP KENDIRI



Similar documents
A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

TEORI PEMBELAJARAN Ahmad Johari Sihes

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

Memahami tingkah laku remaja bermasalah dari perspektif Teori Tingkah Laku, Humanistik, Psikoanalitik & Tret Personaliti

SUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK: SEJAUHMANAKAH HUBUNGAN INI RELEVAN?

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Teori Kepemimpinan: Teori Trait dan Tingkahlaku. Dr. Foo Say Fooi

KONSEP PEMBELAJARAN Ahmad Johari Sihes

CORAK KOMUNIKASI KELUARGA DALAM KALANGAN KELUARGA MELAYU DI TERENGGANU

2 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN Zainuddin Abu Bakar

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

PROSES PENYELESAIAN MASALAH. Azlinda Azman, Ph.D Noriah Mohamed, Ph.D. Penyelesaian masalah merupakan matlamat utama dalam satu-satu proses

TEORI PSIKOLOGI Azizi Yahaya & Faizah Idris Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Jurnal Hadhari Special Edition (2012)

BAB 3 SEMANTIK: PERLUASAN, PENYEMPITAN DAN PERUBAHAN MAKNA

KEPERLUAN DALAM PENDIDIKAN MORAL UNTUK MENGHADAPI CABARAN ERA PASCA MODENISME.

Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan

Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti

Kata kunci: kesihatan mental; pengetahuan; sosio-demografi; kempen komunikasi ABSTRACT

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran

KEPENTINGAN KEFAHAMAN KONSEP DALAM MATEMATIK

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

OCBC GREAT EASTERN CO-BRAND CARD FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) REBATE FEATURES, INTEREST FREE AUTO INSTALMENT PAYMENT PLAN (AUTO-IPP) AND BENEFITS

TOPIK 1 Konsep Pengukuran dan Skala Pengukuran

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

Student Application Form

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka

Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah: Komitmen Guru

Student Application Form

DEPARTMENT OF ESTATE -MANAGEMENT FACULTY OF ARCHITECTURE, PLANNING AND SURVEYING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

TAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH

DEFINISI DEFINISI PROSES MOTIVASI DEFINISI SKOP PERBINCANGAN

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Januari 2014, Bil. 2 Isu 1

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CURRENT TRENDS AND PRACTICES IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT: A CASE STUDY IN YTL POWER SERVICES SDN. BHD.

Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK HAMIDAH ABDUL RAHMAN (P) NORLIN AHMAD SHAH ROLLAH ABDUL WAHAB

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : penilaian kokurikulum

PRODUCTIVITY IMPROVEMENT VIA SIMULATION METHOD (MANUFACTURING INDUSTRY) HASBULLAH BIN MAT ISA

KAJIAN TENTANG KEPUASAN BEKERJA DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS (A STUDY ON JOB SATISFACTION AMONG SPECIAL EDUCATION TEACHERS)

Katakunci : kefahaman murid, konsep jirim

Kalkulus Fungsi Dua Peubah atau Lebih

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

HAJI MOHD NOR BIN JAAFAR

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

MEDIA DAN KONSTRUK SOSIAL : IMPLIKASI TERHADAP ISU SOSIAL REMAJA. Samsudin A Rahim

KAJIAN PUNCA, RISIKO MEROKOK DAN SUMBANGAN MEROKOK TERHADAP PENAGIHAN BAHAN. SATU KAJIAN DI PUSAT GIAT MARA BUKIT PAYONG, MARANG, TRENGGANU

Katakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0. Pengenalan

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

How To Get A Job At A Bank

How To Learn To Learn From A Computer

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

Note on the Application Form for the JICA Training and Dialogue Program

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

Universiti Kuala Lumpur Kampus Kota MALAYSIAN INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY 1016, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL

Edisi Pertama 2008 SHAHRIN HASHIM & YUSOF BOON 2008

Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 33 51, 2010

APLIKASI KOGNITIF TINGKAH LAKU (CBT) DENGAN SOKONGAN SOSIAL TERHADAP ESTIM KENDIRI DAN DEPRESI PESAKIT KANSER

Menurut Harry K. Wong (1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru sendiri.

Katakunci : tahap stress, tahap kepuasan kerja, pensyarah UTM

JOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING. A thesis submitted in partial fulfillment of. the requirements for the award of the degree of

IMPACT OF SELF-CORRECTION ON EXTROVERT AND INTROVERT STUDENTS IN THE EFL WRITING PROGRESS REZA HAJIMOHAMMADI

Tingkah Laku Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak. oleh. Mahadi bin Hj. Khalid Institut Perguruan Batu Lintang

BAB KAJIAN MENGENAI GEJALA SOSIAL. Pengenalan

LEARNING MANAGEMENT SYSTEM(LMS) AND COURSE MANAGEMENT SYSTEM(CMS)

How To Understand The History Of The Moon

Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 29 47, 2008

KEPENTINGAN PENDIDIKAN DALAM PENBENTUKAN KUALITI HIDUP SEJAHTERA

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009, 7 Mei 2009, UTHM

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Katakunci : kadar denyutan jantung, tahap dehidrasi, atlet larian jarak dekat

Page 1 of 1. Page 2 of 2 % &! " '! ( ' ( $) * +, - % -. !" # $

K-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN

How To Get A Better At Pengajaran

KESEJAHTERAAN SOSIAL DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI: Pendekatan dan Indikator. Haris Abd.Wahab Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial Universiti Malaya

Identifikasi Psikomotor, Kognitif, Sosioemosi dan Bahasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah Menggunakan Pendekatan Belajar Melalui Bermain

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. Beriltizam untuk mengekalkan STATUS SWAAKREDITASI

Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): HASNAH TORAN, MOHD. HANAFI MOHD. YASIN, MOHD. MOKHTAR TAHAR & NORANI SALLEH

Komunikasi Interpersonal Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Melaka

KEPUASAN KERJA: SATU PEMERHATIAN AWAL KEPADA TEORI. Siti Norain Abdullah & Suhaida Abd. Kadir Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia

ii) 9 months Plan - Interest Rate at 0.75% per month The minimum transfer amount is RM1,000 and maximum is subject to Cardmember

Customer Service Charter

Dimensi Amalan Etika Profesion

STRESS EFFECT STUDY ON 6 DIFFERENT PATTERN OF TYRES FOR SIZE 175/70 R13 SYAHRIL AZEEM ONG BIN HAJI MALIKI ONG. for the award of the degree of

Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor.

Tanggapan Sokongan Organisasi, Kepuasan Kerja, Komitmen dan Kelakuan Kewargaan Organisasi Pekerja: Peranan Politik Organisasi sebagai Perantara

HUBUNGAN TEKANAN KERJA TERHADAP PRESTASI PEKERJA

STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA

Katakunci : masalah, guru Pendidikan Khas program Integrasi, pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup

Keperluan Latihan Berbentuk Kursus Untuk Guru Besar Lokman Bin Mohd. Tahir & Chua Lay Kah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

IKATAN DAN KAWALAN IBU BAPA TERHADAP TINGKAH LAKU DELINKUENS

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA

Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar

PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (PENYAMPAIAN NOTIS) 2015

Life Protection GREAT MAXIPROTECTOR

Transcription:

6 PENGERTIAN KONSEP KENDIRI Jamaludin Ramli PENGENALAN Kita dapat terus hidup hanya dengan merasa dan memahami persekitaran. Kadang-kala kita salah tanggap dan tafsir situasi dan seterusnya menimbulkan masalah. Set jangkaan dan tindak balas kita menentukan bagaimana kita melihat dunia. Sikap sangsi dan kesimpulan kita tentang individu lain juga menentukan bagaimana kita berinteraksi dengan orang lain. Harapan, impian dan ketakutan menjadi ramalan kepuasan kendiri dan menentukan masa depan pada tahap tertentu. Pengetahuan tentang tingkah laku manusia termasuk kemahiran bantuan kendiri, serta perancangan yang rasional menentukan sebahagian kejayaan kita dalam mencapai matlamat hidup. Motivasi juga menentukan sejauh mana kita menuju ke arah set keperluan dan nilai kita. Perbezaan antara kenyataan dan unggul akan menentukan tahap kepuasan diri dalam hidup kita. Paling penting, manusia hanya satu-satunya spesies yang berkebolehan mengkaji proses pemikirannya, kita faham sebahagian kendiri dalaman kita. Segala dunia fenomena bagi kognisi disebabkan oleh 100 bilion sel saraf yang beratnya 2 ½ paun dalam kepala manusia. Berat otak terdiri kurang daripada 3% berat badan tetapi menggunakan 25% jumlah diri. Joseph Campbell (1985) mempercayai bahawa konsep kendiri yang berdikari, arah-kendiri tidak berkembang sehingga 800 tahun dahulu. Jadi, ini adalah idea baru relatif (lebih lama daripada idea bahawa kita tidak berada dalam pusat universal) yang makin penting. Dalam zaman pertengahan, nilai dan maksud diarah oleh masyarakat. Hari ini, teori kendiri yang moden menyatakan setiap

individu dijangka untuk memutuskan apa pengambilan Oksigen badan. Ia merupakan tempat yang sibuk, berkuasa, berfenomena dan misteri. Antara 700 dan 1500, konsep kendiri dikenal sebagai yang lemah, berdosa, kasar, bersifat mementingkan yang betul dan cukup memahami diri untuk menentukan jenis tindakan yang terasa betul. Pendek kata, kita mesti memahami diri, baru kita boleh tentukan matlamat hidup dan kesempurnaan kendiri. Budaya 1200 dan 2000 adalah dua dunia yang amat berbeza. Hari ini, konsep kendiri kita, iaitu pengetahuan kita, andaian dan perasaan tentang diri kita, adalah pusat kepada kebanyakan proses mental. Kesedaran kendiri adalah antara satu konsep yang terpenting dalam psikologi. Kita tahu bahawa konsep kendiri setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain. Tetapi hairannya, tiada satu persetujuan tentang struktur umum atau isi konsep kendiri. Ada pepatah yang mencadangkan bahawa anda mempunyai satu kendiri benar atau kendiri tulen seperti yang dikatakan jadi anda sahaja. Kendiri benar mungkin sama dengan identiti yang kamu lebih suka atau kendiri anda yang terbaik. Kendiri ini kemas, seragam, penerangan positif stabil yang relatif tidak padan dengan realiti yang kebanyakan kita mengalami. Nampaknya kita mempunyai satu kendiri dengan banyak bahagian, ada yang disukai dan ada yang tidak. APAKAH ITU KONSEP KENDIRI? Manusia mempunyai suatu gambaran atau pandangan tentang diri sendiri. Gambaran inilah disebut konsep kendiri atau imej kendiri. Ia merangkumi gambaran tentang rupa paras, kesihatan fizikal, kebolehan, kelemahan dan tingkah laku kita. Konsep kendiri boleh didefinisikan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. Ia berkait rapat dengan perasaan kita terhadap kebolehan kita, perkara yang berlaku pada diri kita dan perkara yang akan berlaku pada diri kita. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. konsep kendiri seseorang meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui derianya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya. Konsep kendiri meliputi aspek jasmani dan juga psikologi. Ia juga berkaitan dengan pembelajaran yang dialami semenjak kanak-kanak masih kecil lagi.

Menurut Harter (1983) dalam buku Personaliti: Becoming a Person, konsep kendiri ialah agen perkembangan diri individu terutamanya kanak-kanak. Kanak-kanak akan berkembang sebagai objek iaitu merupakan sesuatu yang unik dan boleh diperhatikan tahap perkembangannya. Oleh itu ini memerlukan kerjasama daripada banyak pihak supaya konsep kendiri kanak-kanak subur secara positif. Konsep kendiri boleh dianggap sudah menjadi satu perkataan yang biasa diperkatakan oleh orang ramai dalam kehidupan mereka. Tetapi setakat mana seseorang individu faham dan jelas dengan istilah ini bersama dengan struktur-strukturnya jawapannya hanya boleh dirujuk kepada beberapa pengertian dan pendapat oleh ahli-ahli psikologi dan kaunseling berikut. Menurut Rogers (1951) yang mengemukakan Terapi Pusatan-Klien, beliau berpendapat bahawa konsep kendiri adalah terdiri daripada gabungan di antara penilaian sendiri, penilaian orang lain dan penilaiannya mengenai persepsi orang lain terhadap dirinya seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1 di bawah. Misalnya, jika seseorang individu mempunyai konsep kendiri yang dirinya adalah seorang yang baik dan bila berada di dalam sesuatu persekitaran, dia dilayan dan diberi perhatian sebagaimana yang sepatutnya diberikan kepada orang baik. Persepsi individu itu sendiri mengenai dirinya KENDIRI Penilaian individu akan persepsi orang lain terhadap dirinya Penilaian orang lain akan diri individu Rajah 6.1: Cara Pembentukan Kendiri (Rogers, 1951)) Pada tahun 1951, telah melihat kendiri dalam aspek yang lebih mendalam dan luas. Beliau membahagikan kendiri global kepada kendiri sebagai mengetahui I atau I dan kendiri sebagai diketahui me Kendiri yang mengetahui I aktif memproses pengalaman dan adalah konsep universal di mana semua orang dapat memproses pengalamannya. Kendiri sebagai diketahui me pula ialah kandungan apa yang dialaminya dan merupakan konsep yang spesifik kepada individu tersebut.

Bagi kendiri sebagai diketahui me, Rogers (1885) membahagikannya kepada kendiri sebagai objek (struktur) yang bermaksud persepsi individu terhadap dirinya atau imej kendiri dan kendiri sebagai proses iaitu penilaian atau penghargaan individu terhadap kendirinya. Ini seterusnya akan membentuk konsep kendiri yang terdiri daripada kognisi kendiri, kendiri dari aspek orang lain dan kendiri ideal seperti rajah 2 di bawah. Kendiri Gobal Kendiri sebagai mengetahui I Kendiri sebagi diketahui Me Imej Kendiri (struktur) Penilaian/ Penghargaan kendiri (proses) Konsep Kendiri Kognisi kendiri Kendiri dari aspek orang lain Kendiri ideal Rajah 6.2: Kendiri Global dan Subsistemnya ASPEK KONSEP KENDIRI Menurut Kash & Borich (1978) dalam buku Teacher Behavior & Pupil Self-Concept, konsep kendiri yang umum terdiri daripada lima deria kendiri iaitu deria kendiri berpendirian, deria identiti kendiri, deria perkembangan kendiri, deria penghargaan kendiri dan deria imej kendiri. Model ini dikatakan mewakili komponen-komponen dalam bentuk bersifat psikologi yang konsisten dan biasa kepada kesemua konsep kendiri. Kendiri pendirian adalah yang paling dominan dan penting. Ia merujuk kepada kebolehan merasa atau melihat yang umum berkenaan keselamatan-bahaya, penerimaan-penolakan dan percaya-tidak percaya orang lain dan persekitaran. Identiti kendiri merujuk kepada kebolehan kendiri bergabung dengan orang lain dan persekitaran dan mempunyai identiti peranan dan terlibat sebagai ahli sosial melalui komunikasi. Perkembangan kendiri merujuk kepada kendiri sebagai pelaksana, pelajar dan orang

yang mengetahui yang diekspresikan sebagai kecemerlangan kendiri. Penghargaan kendiri merujuk kepada pengesahan kendiri, pengiktirafan dan pengenalpastian berkenaan impak daripada orang lain dan persekitaran. Imej kendiri pula merujuk kepada keadaan nilai sekarang dan masa lepas berdasarkan imej kendiri dan nilai berdasarkan kendiri unggul PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI H.W.Marsh dan R.J.Shavelson (1985) telah mendapati bahawa pelajar-pelajar mempunyai beberapa konsep kendiri yang berbeza-beza tetapi saling berkaitan. Konsep kendiri mereka terbentuk oleh konsep-konsep kendiri lain yang lebih spesifik. Secara keseluruhannya konsep kendiri dapat dibahagi kepada 3 bahagian dalam bidang yang berbeza iaitu : Inggeris, Matematik, dan non-akademik (akhir-akhir ini kajian menunjukkan bahawa kebolehan dalam bidang seni juga berpengaruh). STRUKTUR KONSEP KENDIRI Konsep kendiri seseorang terdiri daripada 4 struktur utama. Setiap elemen-elemen ini memainkan peranan yang penting dalam memahami bagaimana konsep kendiri berkait rapat kepada mengarah dan mengekalkan tingkah laku individu. Elemen persepsi kendiri tersebut berkait rapat antara satu sama lain. JENIS-JENIS KONSEP KENDIRI Konsep kendiri dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu konsep kendiri positif dan konsep kendiri negatif. Berikut akan dibincangkan dengan lebih lanjut mengenai kedua-dua konsep kendiri tersebut. 1. Konsep Kendiri Positif Jika kita perhatikan seseorang yang sering di kaitkan dengan kejayaan dalam hidup ialah mereka yang dapat membina konsep kendiri yang positif. Mereka yang mempunyai konsep kendiri yang positif ini sentiasa menerima layanan dan perhatian yang baik sama ada daripada ibu bapa sendiri, keluarga, guru, rakan-rakan mahupun orang yang berada di persekitarannya. Individu ini

akan sentiasa mengalami lebih banyak kejayaan berbanding dengan kegagalan. Individu ini juga sering berasa gembira, berkeyakinan dan mempunyai kepercayaan yang penuh terhadap dirinya sendiri untuk melakukan sesuatu. Individu ini juga tidak mudah melatah atau mengalah dan sanggup menghadapi sebarang cabaran dan dugaan dan sekiranya berlakunya kegagalan, akan di terimanya dengan tenang dan tabah. Selain itu individu ini bersifat optimistik, lebih terbuka sikapnya serta sedia menerima pendapat dan kritikan orang lain. Dia juga bersifat lebih relak, mudah berinteraksi dengan orang lain serta senang didampingi. Individu ini sentiasa tenang dan stabil serta seimbang dari segi emosi. 2 Faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri positif Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi terbentuknya konsep kendiri yang positif di dalam diri seseorang individu. Pertamanya ialah sentiasa memperoleh ganjaran yang positif seperti pujian yang membina, hadiah dan sebagainya sejak dari kecil apabila melakukan sesuatu sama ada mendapat kejayaan mahupun kegagalan. Peneguhan yang paling berkesan adalah datangnya dari ibu bapa kerana mereka merupakan orang yang paling dekat dengan individu tersebut. Di antara peneguhan yang positif ialah: bagus cuba lagi yang lebih baik, Pandai anak ibu dan sebagainya. Individu yang sentiasa mendapat kasih sayang dan layanan yang baik daripada ibu bapa dan keluarga juga berkemungkinan besar akan dapat membentuk konsep kendiri yang positif. Ini kerana individu tersebut tidak akan merasa kekurangan dan kekosongan dalam hidupnya. Mereka akan sentiasa merasa di hargai da merasa ada orang yang ada bersama-samanya dalam melakukan sesuatu. Keadaan dan persekitaran keluarga juga turut mempengaruhi seseorang individu dalam membentuk konsep kendiri yang positif. Keadaan keluarga yang stabil dan harmoni akan membantu seseorang membina konsep kendiri yang baik. Sekiranya keluarga berada dalam keadaan yang harmonis dan ceria, setiap daripada ahli keluarga akan berasa selamat dan gembira dilahirkan dalam keluarga tersebut. Selain itu individu yang sering mendapat pengiktirafan sama ada dari ibu bapa, guru dan rakan-rakannya berjaya membentuk konsep kendiri positif. Individu ini akan sentiasa dalam keadaan riang dan gembira kerana dapat membuatkan orang yang berada di persekitarannya mempercayai dan yakin dengan kebolehannya.

Selain dari itu keyakinan yang tinggi yang ada dalam diri individu sendiri juga dapat membentuk konsep kendiri yang positif dalam dirinya. Ini kerana kepercayaan yang kuat dan teguh kepada diri sendiri akan menyebabkan individu terbabit akan berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk dirinya tanpa merasa takut dam malu apabila mengalami kegagalan. 3 Konsep Kendiri Negatif Jika dilihat pula individu yang sering dikaitkan dengan kegagalan sama ada dalam apa bidang sekali pun biasanya tidak lari daripada mempunyai konsep kendiri yang negatif. Berbeza penampilannya dengan individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif di mana individu jenis ini akan sentiasa berasa tidak puas hati, tidak gembira, cepat merajuk serta perasaannya mudah tersinggung. Individu seperti ini sering dimarahi ataupun dikritik sama ada oleh ibu bapa, guru, rakanrakan dan sesiapa sahaja yang berada di persekitarannya. Mereka juga kurang menerima kasih sayang atau perhatian. Mereka biasanya kurang diterima oleh guru, rakan sebaya mahupun orang lain. Keadaan ini akan memburukkan lagi keadaan di mana individu tersebut akan berasa dirinya mempunyai aras keyakinan yang rendah. Seterusnya keadaan ini akan menyebabkan individu berkenaan akan membentuk sifat rendah diri dalam dirinya. Akibat daripada itu individu tersebut akan menjadi seorang yang pasif, sentiasa dalam keadaan yang muram dan tidak mudah untuk bergaul dengan orang lain atau tidak mahu bersosialisasi dengan persekitarannya. Mereka yang tergolong dalam golongan individu yang mempunyai konsep kendiri negatif ini lazimnya suka melakukan kerja-kerja yang mudah dan senang untuk menjamin kejayaan. Mereka juga suka bergaul dan bermain dengan individu yang lebih muda darinya dan yang mempunyai kemampuan intelektual yang rendah. Apa yang amat menyedihkan, individu ini amat mudah dipermainkan oleh orang lain. 4 Faktor yang mempengaruhi konsep kendiri negatif Seperti mana yang kita ketahui seorang individu yang baru dilahirkan masih belum mempunyai konsep kendiri. Konsep kendiri yang kita ketahui terbentuk daripada proses berinteraksi dengan orang lain sama ada konsep kendiri positif ataupun negatif. Di sini akan dibincangkan mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri negatif.

Konsep kendiri yang negatif lahir daripada kurangnya kasih sayang, perhatian dan belaian daripada ibu bapa, guru ataupun orang dewasa yang lain. Ini mengakibatkan wujudnya perasaan tidak dipunyai serta kekurangan dalam diri individu tersebut. Daripada perasaan ini akan lahirlah suatu penerimaan yang negatif dalam diri dan akhirnya akan membentuk satu yang di namakan konsep kendiri yang negatif. Suasana keluarga juga merupakan faktor yang boleh mendorong kepada pembentukan konsep kendiri. Sekiranya suasana keluarga yang bahagia dan harmoni akan dapat membentuk konsep kendiri yang positif maka keadaan keluarga yang sebaliknya pula akan membentuk konsep kendiri yang negatif. Ini kerana keadaan keluarganya yang kucar kacir serta dengan keadaan ibu bapa yang sering bergaduh dan tidak memberikan perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak akan menyebabkan anak-anak yang sedang membesar berasa tidak selamat berada dalam keluarga tersebut. Perasaan ini pula akan menyebabkan anak-anak sentiasa dalam keadaan ketakutan serta kerunsingan dan seterusnya akan terbentuklah konsep kendiri yang negatif. Kedudukan sosioekonomi keluarga yang rendah berbanding dengan keluarga lain juga merupakan satu punca yang mengakibatkan terbentuknya konsep kendiri yang negatif. Individu tersebut akan berasa rendah diri kerana keperluan dan kehendaknya. tidak dapat dipenuhi oleh keluarganya seperti keluarga yang lain. Seterusnya aspek fizikal yang tidak sempurna juga dapat membentuk konsep kendiri yang negatif. Kecacatan yang dimiliki akan dirasakan sebagai penghalang kepadanya untuk bergaul dan menyertai aktiviti-aktiviti seperi orang lain. Keadaan ini akan menyebabkan individu tersebut akan berasa rendah diri dan merasakan bahawa dirinya tidak berguna kepada orang lain. KESIMPULAN Konsep kendiri adalah dinamik dan sentiasa berubah-ubah. Konsep kendiri bergantung kepada interaksi sosial seseorang yang mempengaruhi persekitaran. Dalam hal ini semakin banyak seseorang bergaul, pengalamannya juga bertambah. Rogers (1951) telah menyatakan bahawa manusia itu memang mempunyai potensi untuk menuju ke arah kesempurnaan kendiri dengan syarat seseorang itu harus mempunyai keyakinan terhadap dirinya. Dengan ini adalah penting untuk seseorang memiliki konsep kendiri yang baik yang akan membantunya menuju ke arah

kesempurnaan kendiri bagi menjamin kehidupan yang lebih bermakna. Usaha meningkatkan konsep kendiri perlu terus dijalankan agar pelajar dapat menempuh masa depan dengan penuh cemerlang. RUJUKAN Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmin Zakariya. (2005). Psikologi Kognitif. UTM : Cetak Ratu Sdn. Bhd. Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya (2005). Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur. Baller, W. R dan Charles, D.C. 1986 The Psychology of Human Growth and Development. Rein Holt New York Best J.B. (1999). Cognitive Psychology (5 th Ed.) United States of America : Brace. Chris M. Herdman & Jo-Anne LeFevre, Educational Psychology: 1992, Vol 84, No 1, Individual Differences in the Efficiency of Word Recognition, USA: American Psychological Association Inc. Connell,W.F. (1981). Asas Pendidikan. Kula Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Derek Torrington, Jane Weighvman (1989). Effective Management:People and Organisation. New York; Prentice- Hall, Inc. Douglas, L. Medin, Brain, H. Ross (1996). Cognitive Psychology. USA: Harcourt Edition, New Jersey: Prentice Hall Inc. Eggen, P. & Ksuchak, D. (2001). Educational Psychology Windows On Classrooms. 5th Edition. Upper Saddle River, New Jersey : Merrill Prentice Hall. Flavell J.H. (1977). Cognitive Development New Jersey : Prentice-Hall, Inc. Flawell, John H.; Miller, Patricia H.; Miller, Scot A. (1993). Cognitive Development (Third Edition). New Jersey: Prentice-Hall Inc. Gagne, R. M. (1985). The Conditions of Learning and Theory of Instruction. 4 th Edition. New York : Holt, Rinehart & Winston. Gross, R. (2001). Psychology The Science Of Mind And Behaviour. 4th Edition. London : British Library Cathaloguing in Publication Data. Hall, C.S and Lindzey, G (1978). Theories of Personality. New York: John Wiley & Sons. Noraini Ahmad 1994. Kaunseling Remaja: Pengalaman Peribadi Seorang Kaunselor. Petaling Jaya: Budaya Ilmu Sdn. Bhd. Norman A. Sprinthall, Richard C. Sprinthall & Sharon N. Oja. (1994). Educational Psychology: A Developmental Approach. 6 th Edition. New York: Prentice Hall. Robert J. Sternberg (1994). In Search of the Human Mind. USA: Harcourt Brace. Rohaty Mohd. Majzub (1992), Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru, Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Sharifah Alwiah Alsagof. (1987). Psikologi Pendidikan 1. Kula Lumpur. Heinemann (Malaysia ) Sdn. Bhd. Zanden, James W. Vander. (2000). Human Development. USA: The Mc. Graw- Hill Companies. Inc.