UNIT 5 PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN



Similar documents
A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

M2-2: Rancangan dan Cadangan Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

Katakunci : masalah, guru Pendidikan Khas program Integrasi, pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup

How To Get A Job At A Bank

How To Learn To Learn From A Computer

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

Katakunci : penilaian kokurikulum

TOPIK 1 Konsep Pengukuran dan Skala Pengukuran

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

Katakunci : kefahaman murid, konsep jirim

PROSES PENYELESAIAN MASALAH. Azlinda Azman, Ph.D Noriah Mohamed, Ph.D. Penyelesaian masalah merupakan matlamat utama dalam satu-satu proses

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

Katakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0. Pengenalan

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KESAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR VISUAL DALAM PENGAJARAN SUBJEK SAINS TAHUN TIGA. Oleh. Christopher Lu Wei Wang

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran

SPA BEAUTY MANAGEMENT SYSTEM NAJIHAH BINTI RUSSLI

How To Get A Better At Pengajaran

SENARAI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT. i ii iii iv v vi xi xii xiii

PENCAPAIAN HOSPITAL PERFORMANCE INDICATOR FOR ACCOUNTABILITY (HPIA) No Indikator Standard Julai - Disember 2015

Katakunci : alat bantu mengajar (ABM), guru teknikal

IMPACT OF SELF-CORRECTION ON EXTROVERT AND INTROVERT STUDENTS IN THE EFL WRITING PROGRESS REZA HAJIMOHAMMADI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CURRENT TRENDS AND PRACTICES IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT: A CASE STUDY IN YTL POWER SERVICES SDN. BHD.

SUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK: SEJAUHMANAKAH HUBUNGAN INI RELEVAN?

NAMA:... Tingkatan :... BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB EMPAT METODOLOGI KAJIAN

HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT

Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti

STRESS EFFECT STUDY ON 6 DIFFERENT PATTERN OF TYRES FOR SIZE 175/70 R13 SYAHRIL AZEEM ONG BIN HAJI MALIKI ONG. for the award of the degree of

Katakunci : faktor, pemilihan bidang keusahawanan

OCBC GREAT EASTERN CO-BRAND CARD FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) REBATE FEATURES, INTEREST FREE AUTO INSTALMENT PAYMENT PLAN (AUTO-IPP) AND BENEFITS

PEKELILING UNIT PERANCANG EKONOMI, JABATAN PERDANA MENTERI BILANGAN 1 TAHUN 2009

PENGESAHAN DAN PENGGUNAAN UJIAN MATEMATIK TAHUN EMPAT SEKOLAH RENDAH : ANALISIS RASCH ROSMAWATI MUSA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Menurut Harry K. Wong (1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru sendiri.

JOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING. A thesis submitted in partial fulfillment of. the requirements for the award of the degree of

Katakunci : kecergasan kardiovaskular, daya tahan otot kaki, latihan simulasi haji dan umrah.

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Januari 2014, Bil. 2 Isu 1

Dimensi Amalan Etika Profesion

Katakunci : tahap stress, tahap kepuasan kerja, pensyarah UTM

Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 29 47, 2008

PENGHARGAAN. Ribuan terima kasih kepada Dr. Soib Taib selaku penyelia projek ini yang banyak membimbing serta memberi nasihat sepanjang projek ini.

STRUKTUR, STRATEGI DAN PRESTASI PENGURUSAN FASILITI

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

Katakunci : gaya komunikasi, guru besar, komitmen guru,

PRODUCTIVITY IMPROVEMENT VIA SIMULATION METHOD (MANUFACTURING INDUSTRY) HASBULLAH BIN MAT ISA

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Katakunci : kadar denyutan jantung, tahap dehidrasi, atlet larian jarak dekat

K-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN

HUBUNGAN TEKANAN KERJA TERHADAP PRESTASI PEKERJA

Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Ilmu Faraid

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan Prasarana yang Disediakan di Politeknik Banting Selangor bagi Sesi Disember 2012

DESIGN OF INSTRUCTIONAL MATERIALS FOR TEACHING AND LEARNING PURPOSES: THEORY INTO PRACTICE

BENGKEL INOVASI PEDAGOGI. Penyelesaian Masalah Matematik Sekolah Rendah dengan Menggunakan Strategi Melukis Gambar Rajah. oleh

Program Peralihan Pembantu Makmal (PPPM) WFST1113 ASAS KERJA LAPANGAN KOMPAS, TRIGONOMETRI & MEMBUAT RINTISAN KOMPAS

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DALAM KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR WAN NOREHAN BINTI WAN MAMAT

SWAY REDUCTION ON GANTRY CRANE SYSTEM USING DELAYED FEEDBACK SIGNAL (DFS) NORASHID BIN IDRUS

Exploring Primary and Secondary School Students Perception towards Online Mathematics Tuition: A Case Study

THE RELATIONSHIP BETWEEN HUMAN RESOURCE INFORMATION SYSTEM (HRIS) AND HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (HRM) ALFRED PUN KHEE SEONG

CHE ZANARIAH CHE HASSAN FADZILAH ABD RAHMAN

CLIENT SERVER APPLICATION FOR SERVER FARM PERFORMANCE MONITORING ABDIRASHID HASSAN ABDI

DEVELOPMENT OF SCHEDULING SYSTEM FOR STAMPING DIE PRODUCTION USING SIMULATION DISPATCH APPROACH

TAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH

Teknologi Mudah Alih Dalam Pembelajaran Kolaboratif

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah: Komitmen Guru

Kalkulus Fungsi Dua Peubah atau Lebih

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MASTER S PROJECT REPORT SUMMARY

BAB 3 METODOLOGI. Bab ini membincangkan tentang reka bentuk penyelidikan, kaedah. penyelidikan, populasi dan sampel, instrumen dan kesahan serta

Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan

EFFECTIVE COST MANAGEMENT: APPLYING ACTIVITY BASED COSTING IN PRIVATE HEALTHCARE - (HAEMODIALYSIS SERVICES)

Teori Kepemimpinan: Teori Trait dan Tingkahlaku. Dr. Foo Say Fooi

HAJI MOHD NOR BIN JAAFAR

LEARNING MANAGEMENT SYSTEM(LMS) AND COURSE MANAGEMENT SYSTEM(CMS)

Customer Service Charter

KEPENTINGAN KEFAHAMAN KONSEP DALAM MATEMATIK

DEPARTMENT OF ESTATE -MANAGEMENT FACULTY OF ARCHITECTURE, PLANNING AND SURVEYING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

SMART SHOES CHARGER TAN CHEE CHIAN

Kata kunci: kesihatan mental; pengetahuan; sosio-demografi; kempen komunikasi ABSTRACT

LICENSE PLATE RECOGNITION OF MOVING VEHICLES. Siti Rahimah Binti Abd Rahim

Manpower Planning Utilizing Work Study at Data Storage Manufacturing Company

PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (PENYAMPAIAN NOTIS) 2015

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

CORAK KOMUNIKASI KELUARGA DALAM KALANGAN KELUARGA MELAYU DI TERENGGANU

Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Di Kalangan Guru-Guru Ketua Panitia Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Daerah Kulim Bandar Baharu

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI DENGAN KEPUASAN KERJA, PRESTASI KERJA DAN KOMITMEN KERJA

DEVELOP AND DESIGN SHEMATIC DIAGRAM AND MECHANISM ON ONE SEATER DRAG BUGGY MUHAMMAD IBRAHIM B MD NUJID

Transcription:

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 61 UNIT 5 PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda diharap akan dapat 1. Mengetahui pertimbangan-pertimbangan yang perlu diberi perhatian dalam menulis laporan kajian 2. Mengetahui format laporan kajian tindakan yang sesuai 3. Menilai laporan kajian tindakan mengikut kriteria penilaian yang sesuai PENGENALAN Terdapat pelbagai cara, gaya dan pendekatan dalam menulis laporan kajian tindakan. Kepelbagaian ini banyak bergantung kepada orientasi disiplin penyelidik, audien yang disasarkan, pendekatan kajian yang digunakan serta tujuan kajian. Terdapat beberapa pertimbangan yang perlu diberi perhatian sebelum memulakan penulisan laporan. Unit ini akan menjelaskan tentang persediaan yang perlu dibuat semasa menulis laporan kajian serta format yang biasa digunakan dalam laporan kajian tindakan. Satu contoh laporan kajian tindakan disertakan sebagai panduan melaporkan kajian tindakan. ISI KANDUNGAN Persediaan untuk menulis Andaikan anda hendak membuat laporan tentang kemajuan pelajar anda kepada pengetua/guru besar, guru, murid dan ibu bapa, adakah anda akan memberikan laporan yang sama atau pun laporan yang berbeza? Mengikut McNiff, Lomas dan Whitehead (1996), penulisan laporan kajian memerlukan penyampaian yang jelas dan tepat. Apa yang dimasukkan ke dalam laporan bergantung kepada tujuan kajian dan audien yang disasarkan. Kedua-dua faktor ini menentukan gaya dan kandungan yang paling sesuai. Mereka seterusnya membezakan jenis dan bentuk kandungan yang menjadi minat dan perhatian kepada: Ketua jabatan fokus kepada hasil organisasi Rakan sekerja fokus kepada proses pengajaran dan pengurusan pembelajaran Rakan sekerja akademik fokus kepada sumbangan yang dibuat terhadap pengetahuan baru Oleh kerana tumpuan utama kajian tindakan adalah untuk mengambil tindakan yang sesuai bagi meningkat amalan atau membuat perubahan yang memberi kesan positif kepada penyelidik, partisipan dan institusi, maka kebanyakan penyelidik kajian tindakan tidak begitu memberikan penekanan kepada menulis laporan kajian tindakan yang mereka jalankan. Adalah sukar bagi penyelidik guru misalnya

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 62 untuk mencari masa serta membina kecenderongan untuk menulis hasil kajian tindakan mereka. Kebanyakan guru yang terlibat dalam kajian tindakan hanya melihat dan cuba memahami kesan apa yang mereka lakukan dalam bilik darjah serta apa yang pelajar mereka telah pelajari daripada intervensi atau tindakan yang telah dilakukan. Mereka tidak nampak perlunya berkongsi apa yang mereka telah pelajari daripada kajian tindakan yang mereka jalankan dengan orang lain. Dalam hubungan ini, Mills (2003) berpendapat bahawa guru harus nampak dengan jelas kepentingan dan faedahnya melaporkan kajian tindakan yang mereka jalankan. Menulis dapat membantu pengkaji lebih memahami cerita yang cuba hendak disampaikan. Di samping itu laporan dapat menyediakan rekod yang kekal dan boleh diakses untuk kegunaan profesional dan personal. Menurut Mills lagi, terdapat nilai-nilai tertentu dalam menulis laporan kajian. Proses menulis memerlukan pengkaji menjelaskan makna-makna tertentu, dan ini memerlukan pengkaji memilih perkataan-perkataan dengan teliti, menjelaskan dengan teliti apa yang dialami atau yang diperhati, serta membuat refleksi terhadap pengalaman yang dilalui semasa menjalankan kajian. Secara lebih khusus lagi, dalam kerjakerja menulis kajian, perkara-perkara berikut perlu diberi pehatian: Kejelasan menulis laporan kajian memerlukan kejelasan dan ketepatan bahan yang cuba hendak disampaikan. Validasi menerbitkan kajian serta maklumbalas yang diperolehi daripada penilai atau pembaca akan sedikit sebanyak mengesahkan apa yang kita buat dan cuba sampaikan Empowermen membuat refleksi ke atas amalan melalui penulisan akan mengupaya pengkaji mencabar tahap dan status amalan yang sedia ada Generatif penulisan merupakan aktiviti generatif yang terjelma dalam bentuk produk, iaitu sesuatu yang jelas nampak yang boleh dikongsi dengan rakan sekerja serta audien yang lebih luas Pencapaian menulis laporan kajian boleh memberikan perasaan yang kita telah mencapai sesuatu. Kita merasa dihargai dan teruja apabila rakan sekerja membaca hasil kajian kita. Sebagai persediaan untuk menulis laporan kajian tindakan, terdapat beberapa perkara yang perlu ditentukan terlebih dahulu. Perkara-perkara tersebut mengikut Merriam (2001) adalah: i. menentukan audien ii. memilih fokus iii. merangka susun atur laporan Berkait dengan mengambil keputusan tentang kepada siapa laporan tersebut ditujukan, perlu ditentukan siapakah audien yang akan membaca dan meneliti laporan. Ini perlu kerana kelompok dan jenis audien akan memberikan gambaran tentang apakah kandungan yang akan dipaparkan, apa yang perlu ditekankan, tahap dan kompleksiti yang diperlukan untuk menyampaikan fakta dan idea penting dalam laporan. Apabila sudah jelas tentang siapa yang akan membaca laporan, kita boleh bertanya apakah yang audien hendak tahu tentang kajian yang dibuat. Jawapan kepada soalan itu akan dapat membantu menstruktur kandungan laporan dan seterusnya menentukan gaya persembahan laporan. Audien yang biasanya berminat tentang hasil kajian mungkin terdiri daripada orang awam, pembuat dasar, agensi yang memberi geran, pengamal, masyarakat saintifik ataupun ahli di tempat kajian. Setiap audien mempunyai minat yang berbeza dalam kajian yang dijalankan dan memerlukan pendekatan laporan yang berbeza. Oleh itu, penentuan audien sepatutnya dapat membantu penyelidik mendefinisi penekanan pelbagai komponen dalam laporan penyelidikan.

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 63 McNiff, Lomas dan Whitehead (1996) menjelaskan bahawa tidak kira siapakah audien yang disasarkan laporan, penyelidik perlu membuat dua keputusan yang penting iaitu apakah kandungan yang akan dilaporkan? Dan bagaimanakah laporan akan disampaikan? Secara ringkas nyatakan perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum menulis sesuatu laporan kajian tindakan. Susun Atur Kandungan Laporan Selalunya proses menulis menyediakan ruang kepada pengkaji kajian tindakan membuat refleksi ke atas fokus utama projek, andaian-andaian yang mendasari kajian, masalah-masalah serta pembelajaran yang dilalui. Seterusnya, penulisan kolaboratif membantu dalam perkembangan visi bersama antara kolaborator, terutama bagi projek yang melibatkan ahli-ahli pasukan yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang. Tidak ada satu format yang standard untuk melaporkan kajian tindakan. Kandungan laporan kajian kes misalnya bergantung kepada minat audien yang disasarkan laporan serta tujuan pengkaji menjalankan kajian. Pengamal atau orang awam misalnya tidak begitu berminat tentang maklumat berkaitan dengan metodologi kajian. Rakan sekerja penyelidik serta lain-lain penyelidik memandang maklumat tersebut sebagai penting dalam menilai sumbangan kajian tersebut kepada bidang yang dikaji. Biasanya semua laporan membincangkan tentang bentuk permasalahan kajian, cara dan prosedur kajian dijalankan (metodologi) serta dapatan kajian. Bahagian permasalahan kajian termasuk rujukan kepada literatur, kerangka teoretikal kajian, pernyataan masalah, tujuan kajian serta soalan kajian. Bahagian metodologi pula termasuk bagaimana sampelan dipilih, bagaimana data dikumpul dan dianalisis serta apakah ukuran yang digunakan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan. Bahagian dapatan kajian biasanya menjelaskan tentang dapatan yang diperolehi daripada data yang dianalisis. Ia merupakan hasil kajian di mana pengkaji belajar serta memahami fenomena yang dikaji. Rangka susun atur laporan biasanya akan memandu tugas menulis kepada unit-unit yang mudah diurus. Daripada rangka susun atur tersebut, boleh dimulakan menulis draf pertama laporan. Menulis draf pertama adalah merupakan fasa yang banyak memerlukan masa dan tenaga. Draf pertama laporan boleh diberikan kepada rakan sekerja, rakan atau pun partisipan kajian untuk mendapatkan komen. Berdasarkan komen mereka serta pembaikan yang dibuat melalui kerja-kerja mengedit oleh pengkaji, akan dapat diperbaiki lagi draf laporan. Pelaporan perlu memenuhi lima langkah asas kajian tindakan iaitu tinjauan awal, bertindak, merancang, memerhati dan mereflek. Secara umumnya format laporan kajian tindakan perlu mengandungi komponen-komponen berikut: Isi Kandungan Penghargaan Abstrak

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 64 Fokus kajian: Refleksi Awal P & P lalu Isu Keperihatinan Objektif Kajian Soalan Kajian Kumpulan Sasaran Merancang Tindakan Menjalankan Tindakan Memantau dan Menilai Tindakan Cadangan Kajian Seterusnya Bibliografi Lampiran Di bahagian akhir laporan, tuliskan refleksi penyelidik ke atas proses kajian tindakan, kesannya kepada amalan pengajaran, dan pandangan tentang pengajaran hasil daripada tindakan yang telah dijalankan. Bagaimanakah kajian tindakan telah mengubah pandangan penyelidik terhadap pengajaran, dan apakah yang telah pelajari daripada kajian. Yang jelasnya, langkah-langkah di atas merupakan satu kerangka umum yang boleh diikuti sebagai panduan dalam menulis laporan kajian tindakan. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat variasi serta keindividualan dalam penulisan kajian tindakan. RUMUSAN Terdapat beberapa sebab mengapa penulisan laporan kajian tindakan perlu dibuat walaupun pada umumnya penyelidik guru tidak begitu mengambil berat tentang menulis pengalaman mereka ke atas tindakan serta perubahan-perubahan yang telah dibuat. Selain daripada dapat lebih mendalami apa yang telah dijalankan dalam proses kajian tindakan, ianya juga dapat meningkatkan pemahaman penyelidik tentang tindakan serta kesannya ke atas amalan penyelidik serta pelajar. Dengan ertikata lain, dengan cuba menulis apa yang telah dikaji, menjadikan penyelidik lebih sedar tentang apakah masalah yang cuba diselesaikan atau yang cuba dibaiki serta pentingnya berkongsi pengalaman tersebut dengan orang lain. KATA KUNCI 1. Laporan kajian 2. Format 3. Audien RUJUKAN Bogdan, R.C. & Biklen, S.K., (1998) Qualitative Research for Education, An Introduction to Theory and Methods, 3 rd Ed., Boston:Allyn & Bacon Mills, G.E. (2003). Action research: A guide for the teacher researcher, 2 nd Ed., Upper Saddle River NJ: Merrill. Othman Lebar, (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan, Tanjong Malim: Penerbit UPSI

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 65 Anda dikehendaki mendapatkan satu laporan kajian tindakan guru yang telah dijalankan. Sila teliti dan nilai laporan kajian tindakan tersebut dengan menggunakan kriteria penilaian yang diberi di bawah. Anda dikehendaki mengisi Borang A dan Borang B dengan memberikan skor yang sesuai. Sila sediakan satu laporan penilaian anda tidak melebihi lima (5) muka surat. Borang A: Senarai semak Laporan Kajian PROSEDUR KAJIAN Tajuk Abstrak PENDAHULUAN Latar belakang Masalah/isu/fokus/keprihatinan Tujuan/objektif Soalan Batasan Kepentingan KAJIAN LITERATUR METODOLOGI Reka bentuk Persampelan Pengumpulan data Instrumen Analisis data Kaedah memastikan kesahan PELAKSANAAN KAJIAN Perancangan tindakan Pelaksanaan tindakan Refleksi dan penilaian Kesimpulan dan cadangan RUJUKAN TANDAKAN ( )

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 66 Borang B: Penilaian Laporan 1. Laporan mengikut format yang sesuai (10%) Aspek Skor Komen 1.1 Tajuk 1.2 Abstrak 1.3 Bab Pengenalan 1.4 Bab Sorotan Literatur 1.5 Bab Metodologi 1.6 Bab Dapatan Kajian 1.7 Bab Perbincangan dan Kesimpulan 1.8 Bibliografi 1.9 Lampiran (jika ada) 2. Kesesuaian metodologi dengan fokus dan persoalan kajian (50%) 2.1 Kesesuaian rekabentuk 2.2 Kesesuaian persampelan 2.3 Kesesuaian analisis 3. Kejelasan laporan dapatan kajian (20%) 4. Kejelasan perbincangan dapatan dan kesimpulan (20%) Jumlah

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 67 Kriteria Penilaian Laporan Kajian Tindakan 1. Tajuk Pendek dan ringkas (biasanya 15 perkataan atau kurang) serta jelas dalam menunjukkan tentang kajian yang dijalankan 2. Abstrak Menjelaskan aspek-aspek yang penting dalam kajian termasuk pernyataan masalah, populasi dan sampelan, pembolehubah bebas dan bersandar, instrumen yang digunakan, rekabentuk, dapatan kajian yang utama dan kesimpulan 3. Pengenalan Biasanya dikemukakan dalam satu atau dua perenggan yang menjelaskan permasalahan yang dikaji, kepentingan kajian serta strategi kajian secara keseluruhan. Perenggan pengenalan biasanya diikuti dengan tinjauan literatur. Dikemukakan bagaimana kajian dibina berdasarkan pengetahuan lampau (melalui kajian) dengan mengemukakan dan menilai apa yang telah diketahui tentang masalah kajian. Bincang tentang dapatan lampau yang rapat kaitan dengan isu/masalah spesifik kajian. Matlamat mengemukakan pengenalan dan tinjauan literatur adalah untuk menunjukkan kesinambungan yang logik antara dapatan kajian lepas dengan kajian yang dijalankan. Pengenalan patutnya merangsangkan kajian. Pembaca perlu faham mengapa masalah dikaji atau perlu dikaji serta sumbangan kajian kepada perkembangan pengetahuan sedia ada. 4. Metod kajian Menjelaskan persampelan dengan terperinci serta bagaimana sampelan dibentuk Menjelaskan tentang instrumen kajian termasuk soalselidik, ujian, temubual dan lainlain yang digunakan untuk mengumpul data. Bukti-bukti berkaitan dengan kesahan dan kebolehpercayaan kajian dinyatakan. Menjelaskan rekabentuk kajian serta prosedur yang digunakan dalam menjalankan kajian. Dalam konteks ini rekabentuk dan prosedur kajian tindakan yang mengandungi langkah-langkah seperti berikut: - Penentuan fokus/permasalahan kajian - Mengumpul maklumat/data - Merancang dan merangka tindakan - Menjalankan tindakan - Membuat refleksi/penilaian tentang tindakan

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 68 Adalah penting prosedur yang digunakan bersesuaian dengan kriteria etika penyelidikan 5. Keputusan kajian Mengemukakan dapatan kajian dengan penggunaan jadual dan rajah yang sesuai. Perlu dijelaskan teknik analisis dan interpretasi yang digunakan. Dijelaskan masalah yang dihadapi semasa menganalisis data serta menginterpretasi data 6. Perbincangan Dimulakan perbincangan dengan mengemukakan dapatan penting serta kaitannya dengan permasalahan kajian. Kaitkan juga dapatan kajian dengan kajian-kajian lampau dengan menjelaskan hubungkait dapatan dengan kajian lepas serta sama ada dapatan kajian menyokong dapat dapatan kajian sedia ada ataupun menolak dapatan kajian sedia ada Kesimpulan dibuat dengan memperlihatkan logik hujah berdasarkan dapatan kajian. Menyatakan implikasi kajian serta cadangan yang sesuai 7. Rujukan Menyediakan senarai rujukan yang digunakan dalam kajian

Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 69