PANDUAN PENDAFTARAN VENDOR/PANEL FELCRA BERHAD Cawangan Perolehan Aras 3, Wisma FELCRA, Lot 4780, Jalan Rejang, Setapak Jaya, 50772 Kuala Lumpur, Malaysia
ISI KANDUNGAN NO PERKARA MUKA SURAT 1 Skop Pendaftaran 1 2 Syarat Syarat Pendaftaran 2 3 Pengambilan dan Serahan Borang Permohonan Pendaftaran 4 4 Dokumen Dokumen Yang Mesti Dikemukakan Bersama Dengan Borang Permohonan 4 5 Tempoh Pendaftaran Diluluskan 5 6 Surat Perakuan Pendaftaran 5 7 Penggantungan / Pembatalan Atau Penarikan Semula Perakuan Pendaftaran 5
1. SKOP PENDAFTARAN FELCRA Berhad mempelawa mana-mana syarikat yang telah berdaftar dengan FELCRA Berhad dan berminat untuk menjadi vendor/panel dalam skop berikut : Kerja - merupakan perolehan yang melibatkan kerja-kerja pembinaan, sivil dan mekanikal dan lain-lain kerja berkaitan bagi menjalankan projek atau kerja seperti : Kejuruteraan Awam (contoh : membina jalan) Pembinaan Bangunan (contoh : pembinaan) Mekanikal dan Elektrikal (contoh : alat hawa dingin) Ubahsuai (contoh : ubahsuai pejabat) Bekalan - merupakan perolehan yang melibatkan pembekalan barangan bagi menjalankan sesuatu aktiviti, program atau projek di FELCRA Berhad seperti membekalkan alatulis, cenderahati dan hadiah, pakaian dan kelengkapan, mesin-mesin pejabat dan lain-lain. Hasil - merupakan aktiviti yang melibatkan kerja-kerja penjualan dan mendatangkan hasil kepada FELCRA Berhad seperti: Pembelian Kayu Getah Pembelian Buah Tandan Segar (BTS) Sawit Pembelian Sekerap Pembelian Padi Perkhidmatan - Skop perkhidmatan terbahagi kepada dua (2) iaitu : Perkhidmatan Perunding Perkhidmatan perunding meliputi semua jenis kajian seperti kajian pengurusan, pembangunan fizikal atau lain-lain yang memerlukan input seperti senibina, kejuruteraan dan kerja-kerja ukur, pengurusan perundangan dan perkhidmatan dan lain- lain yang berkaitan. Perkhidmatan Bukan Perunding Perkhidmatan bukan perunding meliputi perkhidmatan seperti penyelengaraan, pencucian dan pembersihan, penyewaan dan pengurusan bangunan, percetakan, pengurus acara dan lain-lain yang berkaitan. 1
2. SYARAT SYARAT PENDAFTARAN FELCRA Berhad telah menetapkan bahawa semua kontraktor, pembekal, perunding hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut : 2.1 Mempunyai lesen perniagaan dengan Pejabat Pendaftar Syarikat, Pejabat Pendaftar Perniagaan atau Pendaftar Pembangunan Koperasi atau badan ikhtisas yang masih sah dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. 2.2 Syarikat hendaklah beroperasi di pejabat atau premis perniagaan yang sah. 2.3 Mempunyai sijil atau lesen daripada Kementerian Kewangan Malaysia atau Pusat Khidmat Kontraktor atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia atau Kementerian Dalam Negeri, Suruhanjaya Tenaga atau Jabatan Bekalan Elektrik, badan ikhtisas atau lain-lain sijil berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia bagi bidang kerja yang dipohon yang masih sah kecuali bidang tertentu yang dibenarkan oleh jawatankuasa kecil perolehan. 2.4 Mempunyai akaun semasa di bank berdaftar yang masih aktif. 2.5 Pemohon hendaklah menyatakan modal berbayar atau modal dibenarkan (Sendirian Berhad atau Berhad) atau modal pusingan syarikat (tunggal atau perkongsian). 2.6 Pemohon pada masa permohonan hendaklah mempunyai sijil kelayakan berkaitan seperti di atas (para 2.1 dan/atau para 2.3) dengan tempoh sah laku tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat sijil berkenaan. 2.7 Pemohon mesti mempunyai rekod prestasi yang baik. Pemohon yang mempunyai rekod prestasi yang kurang memuaskan atau/telah digantung atau disenaraihitamkan oleh mana-mana badan berkaitan (para 2.3) akan ditolak permohonannya secara automatik. 2.8 Pemohon hanya layak mendaftar sebanyak tiga (3) bidang kerja sahaja (kecuali kontrak hasil). Syarikat mestilah masih bergiat aktif dan berkompeten dalam bidang kerja tersebut. 2.9 Pendaftaran tidak dibenarkan bagi bidang kerja yang sama untuk pemilik syarikat yang sama walaupun syarikat berlainan. Jika permohonan telah diluluskan, salah satu syarikat adalah bertanggungjawab untuk menghantar surat kepada FELCRA Berhad bagi menggugurkan bidang kerja tersebut. FELCRA Berhad berhak menarik balik kontrak yang diluluskan sekiranya didapati bahawa 2
pemilik syarikat adalah sama walaupun syarikat berlainan tanpa sebarang notis kepada pihak syarikat tersebut. 2.10 Semua dokumen berkaitan bagi permohonan ini adalah hak milik FELCRA Berhad dan FELCRA Berhad berhak menggunakan maklumat yang terdapat pada dokumen tersebut. 2.11 Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tiada jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh penerimaan dokumen lengkap. 2.12 Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima akan ditolak dan rayuan tidak akan dipertimbangkan. 3
3. DOKUMEN PRA KELAYAKAN VENDOR/PANEL 3.1 Dokumen Pra Kelayakan Vendor/Panel boleh dimuat turun dari laman web rasmi FELCRA Berhad di www.felcra.com.my. 3.2 Serahan Dokumen Pra Kelayakan Vendor/Panel boleh dihantar ke alamat sepertimana di Lampiran A. 3.3 Dokumen berkenaan adalah percuma dan yuran proses adalah sebanyak RM53.00 (termasuk GST 6%). 3.4 Pemohon perlu melengkapkan Senarai Semak dan disertakan semasa membuat serahan bagi memastikan dokumen penting yang disertakan adalah lengkap. 3.5 Semasa serahan, FELCRA Berhad akan menyemak dokumen penting berkaitan dan sekiranya tidak lengkap, permohonan akan dikembalikan serta-merta. 4. SALINAN-SALINAN YANG MESTI DIKEMUKAKAN BERSAMA DENGAN DOKUMEN PRA KELAYAKAN VENDOR/PANEL 4.1 Salinan dokumen bersama profil diperlukan oleh FELCRA Berhad untuk melicinkan proses permohonan pendaftaran sebagai vendor/panel FELCRA Berhad. Salinan dokumen tersebut adalah mengikut jenis pendaftaran syarikat yang berkaitan. 4.2 Permohonan yang tidak disertakan salinan dokumen seperti yang diminta akan ditolak pendaftarannya. Salinan dokumen termasuk sijilsijil berkaitan hendaklah disahkan oleh Lembaga Pengarah atau Setiausaha Syarikat. 4
5. TEMPOH PENDAFTARAN DILULUSKAN 5.1 FELCRA Berhad mengambil masa selama tiga (3) bulan untuk mengeluarkan kelulusan pendaftaran bagi permohonan yang lengkap sahaja. 5.2 Permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya sekiranya tiada menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh borang diterima oleh FELCRA Berhad. 6. SURAT PERAKUAN PENDAFTARAN FELCRA Berhad akan mengeluarkan Surat Perakuan Pendaftaran kepada mana- mana syarikat yang telah diluluskan pendaftarannya. 6.1 Sah Laku Pendaftaran Tempoh sahlaku pendaftaran adalah bergantung kepada tempoh sahlaku sijil-sijil utama bidang kerja (rujuk para 2.3). Sekiranya tempoh sah laku telah tamat, vendor/panel hendaklah mengemukakan sijil yang telah diperbaharui. Bagi vendor/panel yang gagal mengemukakan sijil berkenaan, FELCRA Berhad tidak akan mempertimbangkan sebarang tawaran. 6.2 Pengeluaran Semula Perakuan FELCRA Berhad tidak akan mengeluarkan semula Surat Perakuan Pendaftaran kepada syarikat yang cuai, hilang atau merosakkan perakuan pendaftaran tersebut. 7. PENGGANTUNGAN / PEMBATALAN ATAU PENARIKAN SEMULA PERAKUAN PENDAFTARAN FELCRA Berhad berhak menggantung, membatalkan atau menarik semula semua perakuan pendaftaran yang dikeluarkan kepada syarikat yang telah mendaftar dengan FELCRA Berhad sekiranya maklumat syarikat yang diberikan semasa permohonan pendaftaran adalah didapati palsu, syarikat telah disenaraihitamkan oleh mana-mana badan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau FELCRA Berhad, terlibat dalam cubaan menipu, menipu atau rasuah dalam proses tender atau sijil kerja telah tamat tempoh dan tidak diperbaharui atau mana-mana maksud menyatakan sijil telah terbatal atau penilaian prestasi kerja di FELCRA Berhad tidak memuaskan atau apa-apa sebab yang difikirkan munasabah oleh FELCRA Berhad. 5
Lampiran A SENARAI LOKASI BAGI SERAHAN DOKUMEN PRA KELAYAKAN VENDOR/PANEL Bil Lokasi Alamat Tempat Serahan 1 Ibu Pejabat Aras 3, Wisma FELCRA, Lot 4780, Jalan Rejang, Setapak Jaya, 50772 Kuala Lumpur. 2 Pejabat Wilayah Utara 3 Pejabat Wilayah Perak 4 Pejabat Wilayah Tengah 5 Pejabat Wilayah Johor 6 Pejabat Wilayah Timur 7 Pejabat Wilayah Pahang 8 Pejabat Wilayah Sabah 9 Pejabat Wilayah Sarawak Jalan Perak Off Seberang Jalan Putra, Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Lot 143052, Jalan Sultan Azlan Shah Utara, W.D. 678, 30990 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. KM 2, Jalan Melang, 72007 Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus. No. 10, Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru UDA, 80990 Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Bangunan FELCRA, Lot 20258,Jalan Lapangan Terbang, Gong Badak, 20710 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. No. 5, Jalan 1M 6/1, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Wisma FELCRA, Lot 33, Lorong Plaza Permai 5, Alamesra Sulaman - Coastal Highway, 88400 Kota Kinabalu, Sabah. Lot 8387, Blok 59, Muara Tuang Land District, Jalan Dato Mohd. Musa, 94300 Kota Samarahan, Sarawak. Cawangan Perolehan