The simplified way to create a stock portfolio ETFs Exchange Traded Funds Listed on Bursa Malaysia
1 APAKAH DANA DAGANGAN BURSA (ETF)? ETF melabur di dalam sekumpulan saham atau bon atau lain-lain instrumen yang menjejaki prestasi sesuatu indeks. ETF adalah disenaraikan dan didagangkan di bursa saham. 2 MENGAPA MELABUR DI DALAM ETF? DIVERSIFIKASI Dapatkan pendedahan kepada kelompok sekuriti dalam satu transaksi. Ianya cara yang efisien untuk memperolehi diversifikasi serantau dan antarabangsa. KOS RENDAH ETF tidak mengenakan caj jualan dan mempunyai yuran pengurusan yang lebih rendah (<1% berbanding dana yang diuruskan). DINIAGAKAN SEPERTI SAHAM Sama seperti saham, anda boleh membeli dan menjual ETF pada bila-bila masa sepanjang hari dagangan. CUKUP TELUS Harga ETF boleh diperolehi pada masa sebenar sepanjang hari dagangan. Malah portfolio pelaburan adalah cukup telus dalam pengamatan indeks ETF. 6
SEGALANYA MENGENAI 3 PELABURAN DI DALAM ETF 1. Apakah yang perlu saya bayar apabila membeli dan menjual ETF? Sama seperti membeli dan menjual saham, pelabur perlu membayar komisyen broker, duti setem, yuran penjelasan dan GST, jika berkenaan. 2. Apakah yang menentukan harga ETF? Harga pasaran ETF biasanya hampir sama dengan Nilai Aset Bersih (NAV) dana, iaitu nilai pasaran asas saham dan sebarang pendapatan bersih tidak diagih. Bagaimanapun, harga ETF boleh dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran di dalam pasaran. 3. Apakah jangkaan untuk pulangan? Pulangan pelaburan secara amnya sejajar dengan harga dan prestasi kadar hasil indeks asas ETF tersebut. 4. Berapakah unit pelaburan minima? ETF didagangkan di dalam lot dagangan minima (lot dagangan) 100 unit. 7
5. Adakah ETF membayar sebarang dividen? Kebanyakan ETF membayar dividen kepada pemegangnya secara tahunan atau separuh tahun. Anda dinasihatkan agar membaca dan memahami polisi agihan di dalam prospektus atau dokumen tawaran ETF. 6. Bagaimanakah urusniaga ETF diselesaikan? Sama seperti urusniaga saham, iaitu tidak lewat daripada 3 hari dagangan selepas tarikh urusniaga (T+3). 7. Adakah ianya mempunyai sebarang risiko? Ya, sepertimana melabur di dalam saham, pelaburan di dalam ETF juga tertakluk kepada risiko turun dan naik pasaran. Prestasi ETF mungkin dipengaruhi secara langsung oleh prestasi komponen asasnya. 8. Apakah yang perlu saya lakukan sebelum melabur di dalam ETF? Anda adalah dinasihatkan agar mengetahui perkara-perkara berikut sebelum melabur: Objektif dan strategi pelaburan ETF Maklumat mengenai indeks yang dijejaki oleh ETF Polisi dividen Yuran dan caj yang perlu anda tanggungi sebagai pelabur Sumber maklumat dagangan ETF Maklumat mengenai syarikat pengurusan 8
PERBANDINGAN PRODUK ETF SAHAM AMANAH SAHAM Diversifikasi X Penyebaran harga masa sebenar x Dagangan melalui Broker Broker Agen Pembelian ETF / Saham / Amanah Saham T+3 T+3* Segera *T+3 bermakna hari ketiga pasaran/perniagaan selepas tarikh dagangan. KOS DAGANGAN ETF SAHAM AMANAH SAHAM Caj Jualan x x Komisyen Broker / Yuran <1% <1% - Penjelasan / Duti Setem YURAN PENGURUSAN ETF SAHAM AMANAH SAHAM Yuran Pengurusan* <1% - 1-2% *Yuran pengurusan adalah ciri lazim ETF dan amanah saham. Yuran pengurusan dinyatakan di dalam Nilai Aset Bersih (NAV) dan harga seunit ETF atau amanah saham. 9
4 MEMULAKAN PELABURAN ETF diniagakan sama seperti saham, tertakluk kepada peraturan dagangan, pembayaran dan penyelesaian yang serupa (T+3). Anda perlu membuka akaun CDS dan akaun dagangan dengan organisasi yang menyertai iaitu syarikat broker saham yang berdaftar di Malaysia, sekiranya anda belum mempunyai akaun tersebut. Untuk maklumat lanjut, layari www.bursamalaysia.com dan laman web ETF yang berkenaan. 10