Katakunci : pengetahuan pedagogi, fizik

Similar documents
A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

Katakunci : penilaian kokurikulum

Katakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0. Pengenalan

How To Get A Job At A Bank

Katakunci : masalah, guru Pendidikan Khas program Integrasi, pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup

HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT

How To Learn To Learn From A Computer

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

Katakunci : tahap stress, tahap kepuasan kerja, pensyarah UTM

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

Katakunci : alat bantu mengajar (ABM), guru teknikal

Katakunci : kefahaman murid, konsep jirim

FACTORS INFLUENCING GENDER GAP IN HIGHER EDUCATION OF MALAYSIA: A UNIVERSITY OF MALAYA SAMPLE

SUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK: SEJAUHMANAKAH HUBUNGAN INI RELEVAN?

TAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH

Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): HASNAH TORAN, MOHD. HANAFI MOHD. YASIN, MOHD. MOKHTAR TAHAR & NORANI SALLEH

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA PENGAMBILAN FEBRUARI 2016

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

CHE ZANARIAH CHE HASSAN FADZILAH ABD RAHMAN

KEPENTINGAN KEFAHAMAN KONSEP DALAM MATEMATIK

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Ilmu Faraid

AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 33 51, 2010

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran

Katakunci : faktor, pemilihan bidang keusahawanan

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

UNIT 5 PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN

Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor.

Universiti Kuala Lumpur Kampus Kota MALAYSIAN INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY 1016, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur

KAJIAN TENTANG KEPUASAN BEKERJA DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS (A STUDY ON JOB SATISFACTION AMONG SPECIAL EDUCATION TEACHERS)

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

Komunikasi Interpersonal Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Melaka

THE RELATIONSHIP BETWEEN HUMAN RESOURCE INFORMATION SYSTEM (HRIS) AND HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (HRM) ALFRED PUN KHEE SEONG

KESAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR VISUAL DALAM PENGAJARAN SUBJEK SAINS TAHUN TIGA. Oleh. Christopher Lu Wei Wang

IMPACT OF SELF-CORRECTION ON EXTROVERT AND INTROVERT STUDENTS IN THE EFL WRITING PROGRESS REZA HAJIMOHAMMADI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Januari 2014, Bil. 2 Isu 1

Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 29 47, 2008

PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM ILMU PENDIDIKAN DI MAKTAB PERGURUAN, TAHUN 1957 HINGGA1986

Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan

Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di kalangan Guru Sekolah Bestari

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Feasibility of Teaching Public Relations Courses Through E-Learning: A Case Study in Malaysia

Katakunci : kecergasan kardiovaskular, daya tahan otot kaki, latihan simulasi haji dan umrah.

M2-2: Rancangan dan Cadangan Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

PENGESAHAN DAN PENGGUNAAN UJIAN MATEMATIK TAHUN EMPAT SEKOLAH RENDAH : ANALISIS RASCH ROSMAWATI MUSA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Dimensi Amalan Etika Profesion

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

Katakunci : kadar denyutan jantung, tahap dehidrasi, atlet larian jarak dekat

Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Di Kalangan Guru-Guru Ketua Panitia Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Daerah Kulim Bandar Baharu

KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR PENCAPAIAN AKADEMIK RENDAH BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN 4

SPA BEAUTY MANAGEMENT SYSTEM NAJIHAH BINTI RUSSLI

Communication, Universiti Sains Malaysia, Penang. 2 Kamaliah Haji Siarap is a Lecturer at the School of Communication,

Katakunci : gaya komunikasi, guru besar, komitmen guru,

BAB EMPAT METODOLOGI KAJIAN

Penggunaan Peta Minda oleh Pelajar Pintar Cerdas dalam Pembelajaran Sejarah (The Use of Mind Maps by Gifted Students in Learning History)

KAJIAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS MEMBACA TEKS ARAB MELALUI KEMAHIRAN MEMBACA AL-QUR AN DAN KAEDAH LATIH TUBI

A STUDY OF SECURITY LIMITATIONS IN VIRTUAL LOCAL AREA NETWORK IMPLEMENTATION

Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti

BAB 3 METODOLOGI. Bab ini membincangkan tentang reka bentuk penyelidikan, kaedah. penyelidikan, populasi dan sampel, instrumen dan kesahan serta

Kata kunci: kesihatan mental; pengetahuan; sosio-demografi; kempen komunikasi ABSTRACT

PERATURAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA DAN SARJANA MUDA SEPENUH MASA

Identifikasi Psikomotor, Kognitif, Sosioemosi dan Bahasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah Menggunakan Pendekatan Belajar Melalui Bermain

CORAK KOMUNIKASI KELUARGA DALAM KALANGAN KELUARGA MELAYU DI TERENGGANU

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TOPIK 1 Konsep Pengukuran dan Skala Pengukuran

RFID BASED SYSTEMATIC STUDENT S ATTENDANCE MANAGEMENT SYSTEM HANISAH BINTI HAMID. Faculty of Electrical and Electronic Engineering

PROSES PENYELESAIAN MASALAH. Azlinda Azman, Ph.D Noriah Mohamed, Ph.D. Penyelesaian masalah merupakan matlamat utama dalam satu-satu proses

OCBC GREAT EASTERN CO-BRAND CARD FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) REBATE FEATURES, INTEREST FREE AUTO INSTALMENT PAYMENT PLAN (AUTO-IPP) AND BENEFITS

STRATEGI MEMBINA DAN MENGEKALKAN HUBUNGAN ANTARA KERAJAAN DENGAN RAKYAT MELALUI LAMAN SESAWANG

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DALAM KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR WAN NOREHAN BINTI WAN MAMAT

HAJI MOHD NOR BIN JAAFAR

How To Get A Better At Pengajaran

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan Prasarana yang Disediakan di Politeknik Banting Selangor bagi Sesi Disember 2012

DEVELOP AND DESIGN SHEMATIC DIAGRAM AND MECHANISM ON ONE SEATER DRAG BUGGY MUHAMMAD IBRAHIM B MD NUJID

Teori Kepemimpinan: Teori Trait dan Tingkahlaku. Dr. Foo Say Fooi

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE EFFECT OF COMPUTER-BASED MUSIC EDUCATION SOFTWARE ON THE IDENTIFICATION OF NOTE-NAMES

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CURRENT TRENDS AND PRACTICES IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT: A CASE STUDY IN YTL POWER SERVICES SDN. BHD.

Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah: Komitmen Guru

MASTER S PROJECT REPORT SUMMARY

K-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

Manpower Planning Utilizing Work Study at Data Storage Manufacturing Company

JOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING. A thesis submitted in partial fulfillment of. the requirements for the award of the degree of

PENILAIAN PETA MINDA BUZAN BERDASARKAN RUBRIK ANALITIK

LATIH TUBI BACAAN DALAM MEMBANTU MURID PEMULIHAN MENGUASAI KEMAHIRAN HURUF VOKAL AWALAN. Oleh

Teknologi Mudah Alih Dalam Pembelajaran Kolaboratif

CLIENT SERVER APPLICATION FOR SERVER FARM PERFORMANCE MONITORING ABDIRASHID HASSAN ABDI

MOHD KHALIL BIN ABDUL KADJR

Transcription:

Tahap Kefahaman Pengetahuan Pedagogi Dan Kandungan Dalam Kalangan Pelajar Program Pendidikan Fizik Shaharom Noordin & Salwah Mad Matar Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Pengetahuan Pedagogi dan Kandungan (PPK) dalam kalangan pelajar telah menarik perhatian penyelidik sebagai salah satu aspek yang penting yang perlu diberikan pertimbangan dan juga kajian. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman PPK dalam kalangan pelajar tahun empat program Pendidikan Fizik. Rekabentuk kajian adalah berbentuk tinjauan. Dalam konteks kajian ini terdapat dua aspek dalam PPK yang dikaji iaitu aspek Fizik dan juga aspek Pedagogi. Manakala, pemboleh ubah yang terlibat adalah jantina dan program pengajian. Kajian ini telah dijalankan ke atas 35 orang pelajar tahun empat program Pendidikan Fizik. Alat kajian yang digunakan untuk mengukur tahap kefahaman PPK adalah Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Pengetahuan Pedagogi dan Kandungan (UPPPK). Alat kajian ini mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian A tentang maklumat latar belakang pelajar dan Bahagian B yang mengandungi 40 item berbentuk objektif yang disertai empat pilihan jawapan. Kebolehpercayaan alat kajian ini ialah a =.73. Analisis statistik deskriptif dalam bentuk min, sisihan lazim, maksimum dan minimum telah digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman PPK secara keseluruhannya adalah sederhana. Tahap kefahaman PPK merentas jantina menunjukkan terdapat perbezaan iaitu pelajar lelaki berada pada tahap yang baik dan pelajar perempuan berada pada tahap yang sederhana. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan tahap kefahaman PPK merentas program pengajian iaitu kedua-dua program pengajian berada pada tahap yang sederhana. Hubungan antara aspek Fizik dan Pedagogi pula didapati adalah lemah (r =.277) dan tidak bererti. Implikasi dari kajian ini, penyelidik berpendapat penambahbaikan ke atas reka bentuk kurikulum wajar dilakukan demi menghasilkan bakal guru Fizik yang cemerlang. Katakunci : pengetahuan pedagogi, fizik Pendahuluan Salah satu matlamat yang terkandung dalam falsafah pendidikan negara adalah untuk menghasilkan masyarakat yang berpengetahuan. Ilmu pengetahuan sains seperti Fizik, Biologi dan Kimia adalah antara ilmu yang diberi perhatian dalam pendidikan negara. Kerajaan telah memberi penekanan dan komitmen terhadap Pendidikan Sains dan Teknologi sejak Rancangan Malaysia kedua (RMK2). Kepentingan Pendidikan Sains juga telah tercatat dalam laporan Jawatankuasa Pendidikan Razak 1956, Jawatankuasa Pendidikan Rahman Talib 1960 dan Jawatankuasa Pendidikan Kabinet 1979. Untuk memastikan ciri-ciri masyarakat berpengetahuan tersebut dapat dihasilkan, maka para pendidik dan guru-guru pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri seperti menguasai subjek, mahir dan berketrampilan dalam pedagogi, memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka, memahami psikologi pembelajaran, memiliki kemahiran kaunseling dan menggunakan teknologi terkini (Mohamad,1998). Kekurangan guru sains menyebabkan terdapat guru bukan beropsyen sains mengajar sains, begitu juga guru fizik yang bukan beropsyen fizik mengajar fizik dan guru sains biasa

yang terpaksa mengajar komponen fizik di peringkat menengah dalam mata pelajaran Sains (Utusan Online, 2000). Mengajar adalah suatu aktiviti yang rumit dan perlu perlu diterokai lagi (Tarsisius, 2004). Mengajar bukan hanya proses menyampaikan ilmu, tetapi merangkumi proses bagaimana guru harus membuatkan pelajar faham akan ilmu yang disampaikan. Oleh itu guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang kandungan mata pelajaran yang ingin diajar dan pengetahuan tentang cara menerangkan kandungan mata pelajaran tersebut agar dapat difahami oleh pelajar dengan mudah. Oleh itu penyelidik berpendapat satu kajian harus dijalankan untuk mengetahui tahap tahap kefahaman PPK dalam kalangan bakal guru khususnya dalam mata pelajaran Fizik peringkat sekolah menengah. Pernyataan Masalah Berdasarkan huraian latar belakang masalah dalam bahagian sebelum ini, penyelidik dapat membuat kesimpulan bahawa timbul masalah dalam kalangan bakal guru Fizik, iaitu bakal guru didapati bermasalah dalam menilai konsep Fizik yang dimiliki oleh pelajar. Selain itu bakal guru juga mempunyai pengetahuan strategi pengajaran yang terbatas. Dengan itu penyelidik ingin mengkaji masalah kurang Pengetahuan Pedagogi dan Kandungan (PPK) dalam kalangan pelajar tahun 4, Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Fizik di Fakulti Pendidikan UTM, Skudai. Objektif Kajian Berdasarkan permasalahan yang dikemukakan, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk : 1. Mengenal pasti tahap kefahaman PPK dalam kalangan pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Fizik. 2. Mengenal pasti tahap kefahaman PPK dalam kalangan pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Fizik merentas jantina. 3. Mengenal pasti tahap kefahaman PPK dalam kalangan pelajar Tahun Empat program Pendidikan Fizik merentas program pengajian. 4. Mengenal pasti hubungan antara tahap kefahaman aspek Fizik dan tahap kefahaman aspek Pedagogi dalam PPK. Kepentingan Kajian Penyelidik berharap hasil kajian terhadap tahap kefahaman pedagogi dan kandungan (PPK) dalam kalangan pelajar tahun 4 Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Fizik dapat memberi sumbangan kepada bakal guru, Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains, dan para pensyarah yang terlibat. Tahap kefahaman PPK dalam kalangan pelajar tahun 4 Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Fizik yang diperolehi daripada kajian ini diharap akan dapat member maklumat kepada bakal guru Fizik tentang kepentingan PPK untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Jika hasil kajian ini menunjukkan tahap kefahaman PPK dalam kalangan bakal guru adalah lemah, maka bakal guru Fizik ini perlu memperbaiki kelemahan mereka dan memperlengkapkan diri dengan pengetahuan yang berkaitan dengan PPK. Kajian ini dapat membantu pihak Fakulti Pendidikan kerana pihak tersebut bertanggungjawab dalam penggubalan kurikulum yang ditawarkan kepada pelajar Fakulti

Pendidikan. Antara kursus yang ditawarkan yang berkaitan dengan kajian ini ialah Asas Pedagogi dan Kaedah Mengajar Fizik. Hasil kajian ini akan membantu pihak Fakulti Pendidikan untuk mengenal pasti tahap kefahaman PPK dalam kalangan bakal guru Fizik dan menilai keberkesanan kursus yang ditawarkan dalam menyampaikan pengetahuan pedagogi yang berkesan dalam kalangan bakal guru Fizik Fakulti Sains juga terlibat dalam menawarkan kursus Fizik dalam kalangan bakal guru Fizik. Jika hasil kajian ini menunjukkan pengetahuan kandungan mata pelajaran Fizik dalam kalangan bakal guru Fizik adalah lemah maka pihak Fakulti Sains dapat menilai kesesuaian kurikulum Fizik yang ditawarkan kepada bakal guru Fizik Pensyarah mata pelajaran Fizik dan Pedagogi khususnya mendapat manfaat daripada kajian ini dengan memperbaiki teknik pengajaran mereka bersesuaian dengan tahap pengetahuan yang dimiliki oleh bakal guru Fizik. Skop kajian Kajian ini di jalankan ke atas pelajar-pelajar tahun 4 Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Aspek utama dalam PPK yang dikaji ialah melibatkan aspek pengetahuan kandungan mata pelajaran Fizik peringkat SPM tingkatan empat dan pengetahuan pedagogi dari aspek strategi pengajaran. Alat kajian iaitu UPPPK, mengandungi 40 item yang dibahagikan mengikut aspek-aspek yang dikaji. Bilangan item berkaitan dengan aspek pedagogi adalah sebanyak 20 item manakala bilangan item yang menyentuh tentang kandungan mata pelajaran Fizik adalah sebanyak 20 item. Alat kajian akan diedarkan kepada pelajar pada minggu ketiga semester II sesi 2008/2009. Masa diberikan untuk menjawab soalan tersebut adalah satu jam. Reka Bentuk Kajian Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan ujian pencapaian sebagai instrumen. Ujian pencapaian ini telah dibentuk untuk mengukur tahap pengetahuan dan kefahaman bakal guru Fizik terhadap konsep-konsep asas Fizik mengikut huraian sukatan mata pelajaran Fizik KBSM 2005. Selain itu ujian pencapaian juga dibentuk bertujuan untuk mengukur tahap kefahaman pedagogi dari aspek strategi pengajaran. Peserta Kajian Peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini ialah pelajar Tahun Empat Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik (SPF) dan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan Fizik (SPP) dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Seluruh peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 35 orang yang terdiri daripada 19 orang pelajar SPF dan 16 orang pelajar SPP. Seramai 10 orang daripada peserta kajian adalah lelaki dan 25 orang lagi adalah perempuan. Julat umur peserta adalah di antara 22 hingga 28 tahun. Alat Kajian Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk ujian pencapaian yang dinamakan Ujian Pencapaian Pengetahuan Pedagogi dan Kandungan (UPPPK). UPPPK ini telah dibina oleh penyelidik hasil daripada rujukan buku yang berkaitan pedagogi (Esah 2003, Shahabuddin et al.,2007) dan buku yang berkaitan Fizik (K. Goh Kow et al., 2007).

Terdapat dua bahagian dalam alat kajian ini iaitu Bahagian A untuk mengumpul maklumat peribadi peserta kajian serta gred Fizik di peringkat SPM. Maklumatmaklumat di Bahagian A adalah pembolehubah bebas-pembolehubah bebas yang terlibat dalam kajian ini. Maklumat yang terdapat dalam bahagian ini akan dihuraikan dengan terperinci bagi menjelaskan keputusan yang diperolehi. Terdapat tiga item dalam bahagian A iaitu program pengajian, jantina dan gred Fizik diperingkat SPM. Manakala bahagian B pula mengandungi item yang menguji tahap kefahaman pengetahuan pedagogi dan kandungan mata pelajaran Fizik. Bahagian ini mengandungi 40 item soalan objektif aneka pilihan yang mempunyai pilihan jawapan A,B,C dan D. Bahagian ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu 20 item menguji kefahaman pedagogi dan 20 item lagi menguji kefahaman pengetahuan kandungan mata pelajaran Fizik. Item-item berkaitan pengetahuan pedagogi disusun secara rawak mengikut tiga aspek penting dalam strategi pengajaran iaitu pendekatan, teknik dan aktiviti, gaya pengajaran dan gaya pembelajaran. Berikut merupakan jadual item-item mengikut aspek strategi pengajaran yang dinilai Analisis Data : Tahap Kefahaman Pengetahuan Pedagogi dan Kandungan Secara Keseluruhan Responden dalam kajian ini terdiri daripada 35 orang pelajar tahun empat program pendidikan Fizik (4SPF dan 4SPP). Seramai 16 orang pelajar dari program 4SPP dan 19 orang pelajar dari program 4SPF. Daripada 35 orang responden, 10 orang adalah pelajar lelaki manakala 25 orang yang lain adalah pelajar perempuan. Jadual 1 adalah dapatan kajian untuk menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu, Apakah tahap kefahaman pedagogi dan kandungan dalam kalangan pelajar tahun empat program Pendidikan Fizik? Berikut merupakan analisis deskriptif tentang tahap kefahaman pengetahuan pedagogi dan kandungan secara keseluruhan bagi responden yang terdiri daripada pelajar tahun empat program Pendidikan Fizik. Jadual 1 : Analisis Statistik Deskriptif Tahap Pengetahuan Pedagogi dan Kandungan Berdasarkan Jadual 1, dapatan kajian mendapati tahap kefahaman PPK dari aspek Pedagogi dalam kalangan pelajar tahun empat program Pendidikan Fizik adalah berada pada tahap yang sederhana. Namun jika dilihat dari aspek Fizik pula didapati tahap kafahaman pengetahuan Fizik para pelajar berada pada tahap yang baik.tahap kefahaman pengetahuan Pedagogi dan Kandungan secara keseluruhan pula didapati berada pada tahap yang sederhana. Peratus nilai min yang diperolehi adalah 57.5% dan peratus taburan serakannya pula adalah

18.53%. Didapati nilai mod yang diperolehi adalah 24.00 dengan jumlah pelajar seramai 6 orang. Manakala julat markahnya adalah 20.00. Manakala min bagi tahap kefahaman PPK dari aspek Fizik dan Pedagogi masingmasing adalah 12.00 dan 11.00 Peratus taburan serakannya pula masing-masing adalah 26.80% dan 18.75%. Didapati julat markah bagi setiap aspek PPK ini, masing-masing adalah 16 dan 8. Manakala taburan mod bagi aspek Fizik dan PPK pula masing-masing adalah 12.00 dan 11.00 dengan jumlah pelajar seramai 6 orang dan 11 orang. Perbincangan Daripada persoalan kajian yang pertama, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman PPK responden adalah sederhana. Tahap kefahaman PPK dari aspek Fizik adalah baik, namun tahap kefahaman PPK dari aspek pedagogi adalah sederhana. Berdasarkan kedudukan semasa pelajar ini sebagai pelajar tahun akhir, mereka sewajarnya mencapai tahap yang cemerlang. Ini adalah kerana mereka telah pun mengikuti kursus Fizik dan kursus berkaitan Pedagogi sepanjang hampir empat tahun berada di Universiti. Selain itu, mereka juga telah berjaya menjalani kursus latihan mengajar di sekolah. Kesemua kursus yang diikuti oleh pelajar sepatutnya dapat membina tahap kefahaman PPK yang cemerlang. Tahap kefahaman Fizik yang baik mungkin disebabkan oleh faktor minat pelajar yang mendalam terhadap matapelajaran Fizik. Ini dikukuhkan dengan latar belakang keputusan Fizik peringkat SPM yang baik. Bilangan pelajar yang mendapat 3B adalah yang paling ramai iaitu dengan peratusan 31.42 % daripada keseluruhan responden yang dikaji. Ini diikuti dengan pelajar yang mendapat 2A dan 1A iaitu 22.85% dan 20% daripada keseluruhan responden yang dikaji. Hanya 2.85% sahaja pelajar yang mendapat keputusan yang paling tercorot iaitu 7D. Kegagalan para pelajar untuk mencapai tahap kefahaman aspek Fizik yang cemerlang mungkin boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor contohnya salah tanggapan. Salah tanggapan boleh ditakrifkan sebagai aksi atau perbuatan salah mengerti dan juga sebagai suatu anggapan disebabkan salah perhatian. Salah tanggapan juga boleh ditakrifkan sebagai konsep-konsep atau pendapat-pendapat yang membawa kepada jawapan atau penyelesaian yang tidak dapat diterima oleh ahli-ahli Fizik. Salah tanggapan sering dilaporkan berlaku dalam mata pelajaran Fizik. Ianya dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu pengajaran guru, penggunaan bahasa dan pengalaman harian (Hanafi, 2004). Para pelajar mungkin masih memiliki salah tanggapan terhadap konsep yang mereka pelajari sewaktu di sekolah yang menjejaskan tahap kefahaman aspek Fizik mereka walaupun sudah hampir empat tahun menuntut di Universiti. Walaupun keputusan SPM pelajar dalam mata pelajaran Fizik berada pada tahap yang baik, mungkin kefahaman para pelajar terhadap konsep Fizik tidak begitu jelas. Pemahaman terhadap konsep adalah amat penting, tanpa pemahaman terhadap konsep pembelajaran akan menjadi pembelajaran hafalan. Pelajar didapati tidak dapat memahami konsep yang sebenar apabila menghafal sesuatu konsep. Pelajar didapati menghafal makna konsep atau takrifan dari buku teks secara bulat-bulat dan tidak dapat menggunakan perkataan sendiri untuk menjelaskan sesuatu konsep (Alias, 1998). Kesannya selepas beberapa tahun tidak mempelajari konsep tersebut pelajar akan lupa atau tidak dapat menjelaskannya dengan tepat. Namun jika dibandingkan dengan tahap kefahaman aspek Pedagogi, tahap kefahaman Fizik adalah lebih baik. Tahap kefahaman aspek Fizik yang baik mungkin disebabkan oleh masa pengajaran yang mencukupi membuatkan pelajar dapat memahami isi pengajaran dengan lebih baik. Ini kerana untuk setiap kursus Fizik jam kredit yang diperuntukkan biasanya adalah tiga. Selain itu, beberapa kursus amali Fizik juga membantu mengukuhkan lagi pengetahuan konsep

yang dimiliki oleh para pelajar. Item-item kandungan mata pelajaran Fizik adalah mengikut sukatan SPM. Oleh itu tidak terlalu susah untuk dijawab oleh para pelajar. Berbeza dengan kursus Pedagogi yang hanya memperuntukkan jam kredit dua sahaja. Kursus ini memerlukan pembacaan yang lebih disamping peranan pensyarah yang berkesan dalam menyampaikan ilmu pedagogi yang sebenar. Pelajar pendidikan Fizik biasanya lebih berminat dengan aktiviti yang melibatkan hands on atau matematik. Amali berkaitan Pedagogi hanya dijalankan semasa kursus Pengajaran Mikro dan Latihan Mengajar sahaja. Tempoh masa amali ini mungkin tidak mencukupi untuk pelajar mempraktikkan apa yang telah dipelajari semasa latihan mengajar. Selain itu kursus asas pendidikan termasuk Pengajaran Mikro dan Latihan Mengajar yang dipelajari semasa semester satu hingga semester lima juga mungkin telah menyebabkan pelajar lupa pengetahuan pedagogi kerana kajian ini dijalankan pada semester lapan. Disebabkan ini terdapat guru pelatih yang tidak berkeyakinan untuk menerangkan teori Fizik dalam pengajaran mereka kerana mereka tidak pernah mempraktikkannya atau melihat contoh pengajaran daripada pensyarah mereka. Tidak dinafikan memang terdapat banyak ilmu dan kaedah pedagogi yang telah disampaikan oleh pensyarah namun cara penyampaian tersebut mungkin tidak memberi kefahaman yang sebenar kepada pelajar dan mereka hanya mempelajarinya untuk lulus peperiksaan sahaja. Hakikatnya apabila melalui latihan mengajar pengetahuan pedagogi tersebut tidak dapat dipraktikkan kerana kurang keyakinan disebabkan tidak pernah melakukannya atau melihat ia didemonstrasikan. Rujukan Azizi Yahya., Shahrin Hashim., dan Jamaluddin Ramli. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. PTS professional Sdn Bhd. Bahtiar Omar, Abdul Jalil. (2005). Masalah Pendidikan 2005 : Aplikasi Pembelajaran Secara Konstruktivisme Dalam Pengajaran Karangan Berpandu. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Berg, T., dan Brouwer, W. (1991). Teacher awareness of student alternate conception about rotational motion and gravity, Journal Of Science Teaching. 28, 3-18. Fakulti Pendidikan. (2005). Buku Penduan Akademik Ijazah Sarjana Muda Sesi 05/06. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia. Geddis, A.N., Onslow, B., Beynon, C. dan Oesch, J. (1993) Transforming Content Knowledge:learning to teach about isotopes, Science Education. 77(6), 575-591. Hanafi Jasman. (2004). Salah Tanggapan : Halangan Kepada Pengusaan Konsep Fizik. Kertas Kerja Dibentangkan Dalam Persidangan Kebangsaan Sains, Teknologi dan Masyarakat : Ke Arah Pembangunan yang Bersepadu. 10-11 Disember 2004, Universiti Malaya. K. Goh Kow dan Y. Eng Keat. (2007).Reference Text Series Physics Form 4. Pearson Longman. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka. Laporan Unesco dedahkan kekurangan guru fizik. (2000, 29 Mac). Utusan Online. http://161.139.39.251/akhbar/teaching/2000/um00329.htm Mortimer, E. F., dan Scott, P. (2003). Meaning Making in Secondary Science Classroom. Maidenhead, Philadephia : Open University Press. Nor Hasniza, Johari Surif dan Mohd Sharir. (2006). Kefahaman Dan Tahap Amalan Pembelajaran Secara Kontekstual Di Kalangan Guru Sains Luar Bandar. Pembentangan di Persidangan Pendidikan Guru. 6-8 Sept, Kota Kinabalu, Sabah. (Tidak Diterbitkan).