Katakunci : modul pengajaran kendiri pendimensian dan teks, lukisan kejuruteraan berbantu computer

Similar documents
A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

Katakunci : penilaian kokurikulum

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

How To Get A Job At A Bank

Katakunci : alat bantu mengajar (ABM), guru teknikal

Katakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0. Pengenalan

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

How To Learn To Learn From A Computer

Katakunci : kefahaman murid, konsep jirim

HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT

Katakunci : masalah, guru Pendidikan Khas program Integrasi, pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup

How To Get A Better At Pengajaran

KESAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR VISUAL DALAM PENGAJARAN SUBJEK SAINS TAHUN TIGA. Oleh. Christopher Lu Wei Wang

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

SPA BEAUTY MANAGEMENT SYSTEM NAJIHAH BINTI RUSSLI

Katakunci : kecergasan kardiovaskular, daya tahan otot kaki, latihan simulasi haji dan umrah.

Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 33 51, 2010

IMPACT OF SELF-CORRECTION ON EXTROVERT AND INTROVERT STUDENTS IN THE EFL WRITING PROGRESS REZA HAJIMOHAMMADI

STRESS EFFECT STUDY ON 6 DIFFERENT PATTERN OF TYRES FOR SIZE 175/70 R13 SYAHRIL AZEEM ONG BIN HAJI MALIKI ONG. for the award of the degree of

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

SUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK: SEJAUHMANAKAH HUBUNGAN INI RELEVAN?

RFID BASED SYSTEMATIC STUDENT S ATTENDANCE MANAGEMENT SYSTEM HANISAH BINTI HAMID. Faculty of Electrical and Electronic Engineering

AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

SWAY REDUCTION ON GANTRY CRANE SYSTEM USING DELAYED FEEDBACK SIGNAL (DFS) NORASHID BIN IDRUS

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran

KEPENTINGAN KEFAHAMAN KONSEP DALAM MATEMATIK

Katakunci : tahap stress, tahap kepuasan kerja, pensyarah UTM

Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Di Kalangan Guru-Guru Ketua Panitia Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Daerah Kulim Bandar Baharu

BAB EMPAT METODOLOGI KAJIAN

TAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

A STUDY OF SECURITY LIMITATIONS IN VIRTUAL LOCAL AREA NETWORK IMPLEMENTATION

CHE ZANARIAH CHE HASSAN FADZILAH ABD RAHMAN

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

M2-2: Rancangan dan Cadangan Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Katakunci : faktor, pemilihan bidang keusahawanan

Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 29 47, 2008

CLIENT SERVER APPLICATION FOR SERVER FARM PERFORMANCE MONITORING ABDIRASHID HASSAN ABDI

Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Ilmu Faraid

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL

TOPIK 1 Konsep Pengukuran dan Skala Pengukuran

THE RELATIONSHIP BETWEEN HUMAN RESOURCE INFORMATION SYSTEM (HRIS) AND HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (HRM) ALFRED PUN KHEE SEONG

K-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN

PENGESAHAN DAN PENGGUNAAN UJIAN MATEMATIK TAHUN EMPAT SEKOLAH RENDAH : ANALISIS RASCH ROSMAWATI MUSA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

MASTER S PROJECT REPORT SUMMARY

SMART SHOES CHARGER TAN CHEE CHIAN

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Januari 2014, Bil. 2 Isu 1

PRODUCTIVITY IMPROVEMENT VIA SIMULATION METHOD (MANUFACTURING INDUSTRY) HASBULLAH BIN MAT ISA

BENGKEL INOVASI PEDAGOGI. Penyelesaian Masalah Matematik Sekolah Rendah dengan Menggunakan Strategi Melukis Gambar Rajah. oleh

HOME ALARM SYSTEM USING DETECTOR SENSOR MD KHAIRUL AMRI B MD ZAIN

LEARNING MANAGEMENT SYSTEM(LMS) AND COURSE MANAGEMENT SYSTEM(CMS)

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DALAM KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR WAN NOREHAN BINTI WAN MAMAT

Manpower Planning Utilizing Work Study at Data Storage Manufacturing Company

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan Prasarana yang Disediakan di Politeknik Banting Selangor bagi Sesi Disember 2012

PENCAPAIAN HOSPITAL PERFORMANCE INDICATOR FOR ACCOUNTABILITY (HPIA) No Indikator Standard Julai - Disember 2015

Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor.

Teknologi Mudah Alih Dalam Pembelajaran Kolaboratif

STRUKTUR, STRATEGI DAN PRESTASI PENGURUSAN FASILITI

Universiti Kuala Lumpur Kampus Kota MALAYSIAN INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY 1016, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur

UNIT 5 PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN

HAJI MOHD NOR BIN JAAFAR

KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR PENCAPAIAN AKADEMIK RENDAH BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN 4

FACTORS INFLUENCING GENDER GAP IN HIGHER EDUCATION OF MALAYSIA: A UNIVERSITY OF MALAYA SAMPLE

Kata kunci: kesihatan mental; pengetahuan; sosio-demografi; kempen komunikasi ABSTRACT

DESIGN OF INSTRUCTIONAL MATERIALS FOR TEACHING AND LEARNING PURPOSES: THEORY INTO PRACTICE

KAJIAN TENTANG KEPUASAN BEKERJA DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS (A STUDY ON JOB SATISFACTION AMONG SPECIAL EDUCATION TEACHERS)

PENILAIAN PETA MINDA BUZAN BERDASARKAN RUBRIK ANALITIK

Penggunaan Peta Minda oleh Pelajar Pintar Cerdas dalam Pembelajaran Sejarah (The Use of Mind Maps by Gifted Students in Learning History)

CONTROL HOME APPLIANCES VIA INTERNET (CoHAVI) SOFTWARE DEVELOPMENT SHIRRENE A/P NAI SOWAT

GSM BASED HOME SECURITY SYSTEM CHENG KAR LOCK

HOME AUTOMATION SYSTEM USING POWER LINE COMMUNICATION DARLENE BINTI MOHAMAD DOUGLAS

Exploring Primary and Secondary School Students Perception towards Online Mathematics Tuition: A Case Study

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA

DEVELOP AND DESIGN SHEMATIC DIAGRAM AND MECHANISM ON ONE SEATER DRAG BUGGY MUHAMMAD IBRAHIM B MD NUJID

LICENSE PLATE RECOGNITION OF MOVING VEHICLES. Siti Rahimah Binti Abd Rahim

Communication, Universiti Sains Malaysia, Penang. 2 Kamaliah Haji Siarap is a Lecturer at the School of Communication,

PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR DAN KAITANNYA DENGAN PEMBANGUNAN DIRI DAN PELUANG PEKERJAAN

THE FACTORS THAT HINDER THE INTENTION OF BUSINESS MANAGEMENT GRADUATE TO CHOOSE ENTREPRENEUR AS THEIR CAREER NURUL HAZLYANA BINTI NOR AZLI

Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan

Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di kalangan Guru Sekolah Bestari

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE EFFECT OF COMPUTER-BASED MUSIC EDUCATION SOFTWARE ON THE IDENTIFICATION OF NOTE-NAMES

Komunikasi Interpersonal Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Melaka

DEPARTMENT OF ESTATE -MANAGEMENT FACULTY OF ARCHITECTURE, PLANNING AND SURVEYING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Student Application Form

JOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING. A thesis submitted in partial fulfillment of. the requirements for the award of the degree of

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

DESIGNING A PEPPER HARVESTER END EFFECTOR TIONG ING HO. This project is submitted in partial fulfillment of

Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar

GLOBAL SYSTEM FOR MOBILE COMMUNICATION (GSM) KIT FOR VEHICLE S ALARM SYSTEM NIK MOHD KHAIRULFAHMI BIN NIK MAT

Identifikasi Psikomotor, Kognitif, Sosioemosi dan Bahasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah Menggunakan Pendekatan Belajar Melalui Bermain

Student Application Form

Transcription:

Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Pendimensian Dan Teks Bagi Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer Muhammad Sukri bin Saud & Lynda Noor Afzan binti Zulkipli Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Abstrak : Sumber bahan bantu mengajar yang bermutu merupakan satu aset yang penting untuk meningkatkan keberkesanan proses P&P. Tujuan kajian ini adalah untuk membina dan menilai status kesesuaian 2 Modul Pengajaran Kendiri (MPK) bertajuk Pendimensian dan Teks dengan menggunakan Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994). Status kesesuaian MPK yang dibina secara Penilaian Formatif Satu Dengan Satu dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil. Satu set soal selidik yang dikenali sebagai Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) oleh Shaharom (1994) digunakan sebagai alat kajian dalam penyelidikan ini. Data yang diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif dalam bentuk min, nilai maksimum dan minimum. Hasil kajian ini mengesahkan bahawa MPK yang dibina adalah sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dalam bilik darjah dan diharapkan implikasi bagi MPK ini dapat dimanfaatkan oleh pelajar, pensyarah, penggubal kurikulum dan Institusi Pengajian. Katakunci : modul pengajaran kendiri pendimensian dan teks, lukisan kejuruteraan berbantu computer Penyataan Masalah Pengajaran bermodul (PB) ditakrifkan sebagai kaedah pengajaran yang menggunakan MPK sama ada pada sebahagian atau keseluruhan mata pelajaran tertentu. (Creager & Murray, 1971). Penggunaan kaedah PB ini bukanlah sekadar untuk mata pelajaran tertentu sahaja, malahan ia boleh digunakan pada semua mata pelajaran dan di semua peringkat pengajian; daripada sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti (Shaharom, 2000). Oleh yang demikian, penyelidik ingin mengenal pasti adakah pembinaan Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Pendimensian dan Teks berpandukan Model Teras-Cabang (Shaharom Noordin, 1994) melalui penilaian formatif; Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) sesuai digunakan sebagai bahan P&P bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif Objektif dalam kajian ini adalah untuk mencapai matlamat berikut: 1. Membina Modul Pengajaran Kendiri (MPK) berdasarkan Model Teras-Cabang (Shaharom Noordin, 1994) bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer bagi tajuk Pendimensian dan Teks. 2. Menilai kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Pendimensian dan Teks bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer untuk tujuan pengajaran melalui Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS). 3. Menilai kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Pendimensian dan Teks bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer untuk tujuan pengajaran melalui Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK). Kepentingan Kajian Kajian yang dilakukan bertujuan untuk membina MPK yang sesuai dengan mutu bahan yang terjamin. Ia penting supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Pembinaan MPK ini bukan saja boleh digunakan oleh pendidik, pelajar dan pihak Institusi Pengajian Tinggi malah ia juga sesuai kepada penerbit buku sebagai bahan pendidikan. Pelajar : Konsep Modul Pengajaran Kendiri ini lebih berpusatkan pelajar di mana pensyarah hanya mendorong pelajar. Pengenalan, isi kandungan, penilaian kendiri, pengukuhan, maklumbalas dan rujukan merupakan perkara yang perlu dititikberatkan dalam modul ini supaya ianya menjadi lebih terancang dan sistematik. Panduan langkah demi langkah dinyatakan dengan jelas di dalam modul bagi memudahkan penerangan konsep dan tatacara melukis. Dengan ini, ia dapat meningkatkan kefahaman pelajar dengan sendirinya walau tanpa bantuan pensyarah. Huraian sukatan bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer ini juga besesuaian dengan kurikulum serta menepati penjurusan kepada dunia pekerjaan. Pensyarah : Dari beberapa kajian yang telah dilakukan seperti (Kamdi, 1990) mendapati bahawa pengajaran bermodul (PB) menggunakan modul pengajaran kendiri (MPK) telah berjaya meningkatkan kualiti pengajaran. Misalnya dari segi sikap pelajar terhadap mata pelajaran, pencapaian akademik pelajar, ketrampilan dalam pembelajaran dan pengajaran serta beberapa aspek lain. Di samping itu modul pengajaran kendiri (MPK) boleh dijadikan asas ke arah pendidikan berasaskan ketrampilan/pendidikan berketrampilan. Institusi Pengajian Tinggi : Item yang terdapat di dalam kandungan Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Pendimensian dan Teks ini menepati matlamat dan objektif kurikulum. Dengan ini ia dapat memberikan keputusan pencapaian akedemik yang cemerlang bukan sahaja kepada pelajar malah institusi tersebut. Skop Kajian Pensyarah yang mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer terlibat dalam kajian yang dilakukan oleh penyelidik melalui Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (FPSS) dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) berpandukan Model Teras-Cabang (Shaharom Noordin, 1994). Subjek Kajian Seorang pensyarah terlibat dalam Kajian Rintis ke atas setiap MPK yang dibina bertujuan untuk menyemak dan mengesahkan isi kandungan draf MPK yang menumpukan kepada format, isi, bahasa dan kesesuaian tulisan dengan menggunakan Borang Pengesahan Modul Pengajaran Kendiri (MPK).Bagi Penilaian Formatif Satu dengan Satu seramai seorang pensyarah akan terlibat manakala tiga orang pensyarah akan dalam Penilaian Formatif Kelompok Kecil. Alat Kajian Dalam kajian ini, satu set soal selidik yang diberi nama Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) (Shaharom Noordin, 1994) digunakan untuk menilai kesesuaian semua MPK yang dibina.soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A terdiri daripada 24 item dalam bentuk skala Likert dan mempunyai lima pilihan gerak balas. Pilihan-pilihan tersebut ialah amat setuju (5), setuju (4), neutral/tiada perbezaan (3), tidak setuju (2) dan amat tidak setuju (1). Soal selidik ini menekankan kepada lima komponen utama iaitu format pengajaran, bahan pembelajaran, objektif pembelajaran, soalan dan ujian. Manakala Bahagian B pula adalah untuk ulasan am dan cadangan penilai. Kajian Rintis Kajian rintis dijalankan dengan mengedar kedua-dua draf MPK iaitu MPK Pendimensian dan MPK Teks kepada seorang pensyarah bagi mengesahkan isi kandungan MPK dari aspek keperluan Huraian Sukatan Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer. Aspek-aspek yang diberi perhatian ialah format, ejaan, arahan, bahasa, tulisan dan objektif pembelajaran.

Hasil daripada kajian rintis, didapati kedua-dua MPK yang dibina hanya memerlukan pembetulan dari segi kesalahan bahasa dan ejaan yang terdapat dibahagian prakata dan ujian diagnostik. Secara keseluruhannya aspek-aspek lain telah dipenuhi. Semakan dan pembetulan dilakukan sebelum proses PFSS dan PFKK, dimana ianya bertujuan meningkatkan lagi mutu kedua-dua MPK ini. Pengesahan ini dilakukan dengan mengisi satu set borang Pengesahan Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Analisis Data Jadual 1: Data Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK)

Jadual 2: Penilaian Formatif Kelompok Kecil Daripada jadual 1 yang ditunjukkan di atas didapati purata min keseluruhan bagi PFKK adalah 91.50. Jumlah markah terkumpul yang tertinggi (maksimum) adalah 96.00 bagi MPK Pendimensian dan 100.00 bagi MPK Teks, manakala markah terkumpul terendah (minimum) yang diperolehi adalah 87.00 bagi MPK Pendimensian dan MPK Teks. Untuk menjawab persoalan kajian 2, berdasarkan jadual 2 tidak terdapat perbezaan status kesesuaian antara kedua-dua MPK yang dibina. Melalui Jadual Skala Pemeringkatan MPK (Shaharom, 1994) jumlah min yang diperolehi berada dalam lingkungan kumpulan sesuai iaitu 73-96 markah. Ini menunjukkan bahawa Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) oleh pensyarah ke atas MPK 1: Pendimensian dan MPK 2: Teks menunjukkan ia amat sesuai digunakan sebagai bahan P&P dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer. Perbincangan Bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) seperti buku teks, buku rujukan, surat khabar serta media elektronik seperti internet, radio dan televisyen merupakan alat penyampaian penting dalam menjana pemikiran pelajar. Namun kini kita sering mendengar isu bahan-bahan pembelajaran yang kurang bermutu. Kebanyakan latihan dan aktiviti yang terkandung didalam buku rujukan kurang menitik beratkan kewujudan perbezaan individu di kalangan pelajar dari segi minat terhadap mata pelajaran, gaya belajar dan nilai motovasi (Shaharom Noordin & Yap, 1993). Bagi mengatasi masalah ini satu langkah penyelesaian ialah dengan membina bahan rujukan yang sesuai seperti modul pengajaran kendiri (MPK). Ini kerana MPK yang dibina mengambil kira perbezaan individu yang wujud dikalangan para pelajar dan berusaha menyesuaikan proses pembelajaran seorang pelajar mengikut keperluan maasing-masing (Shaharom Noordin, 1995). Selain itu, penggunaan MPK dapat memperkembangkan lagi sifat ingin tahu, kebolehan menyelesaikan masalah, membuat keputusan serta berfikir secara kreatif dan kritis. Setiap pelajar mempunyai tahap perbezaan individu yang berbeza-beza, ada yang cepat menguasai isi kandungan atau ada yang sebaliknya. Justeru itu, MPK yang dibina adalah untuk membolehkan pelajar meneruskan proses pembelajaran mereka mengikut kecepatan diri sendiri. Konsep kecepatan sendiri ini penting berdasarkan pada kesedaran bahawa kejayaan yang dicapai oleh pelajar itu bukanlah pada kadar yang sama dan mereka juga sebenarnya tidak mempunyai tahap kesediaan untuk belajar pada masa yang sama (Burns, 1971). Oleh yang demikian, matlamat pertama penyelidik adalah membina Modul Pengajaran Kendiri (MPK 1: Pendimensian dan MPK 2: Teks) bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer berjaya mencapai objektifnya. Di samping itu, MPK ini disusun dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang membolehkan pelajar mengenal pasti kelemahan dan kelebihan mereka. Sekiranya perlu, pelajar boleh mengulang

semula bahan pembelajaran menerusi aktiviti pemulihan yang terkandung dalam MPK ini, dimana penekanan terhadap konsepkonsep asas serta contoh-contoh MPK didedahkan. Hasil daripada ringkasan analisis statistik deskriptif PFSS yang dilakukan terhadap kesesuaian kedua-dua MPK didapati status bagi kedua-dua MPK yang dibina adalah sesuai digunakan sebagai bahan P&P bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer. Purata min keseluruhan bagi PFSS adalah 84.00. Untuk menjawab persoalan kajian 1, tidak terdapat perbezaan status kesesuaian antara kedua-dua MPK yang dibina. Ini menunjukkan bahawa Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) oleh pensyarah ke atas MPK 1: Pendimensian dan MPK 2: Teks menunjukkan ia sesuai digunakan sebagai bahan P&P dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer. Selepas itu, sekali lagi MPK dinilai melalui peringkat kedua ialah PFKK dengan satu set soal selidik yang diberi nama Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) (Shaharom Noordin, 1994) akan diberi kepada subjek kajian untuk mendapatkan data dan maklumat tentang kesesuaian MPK Pendimensian dan Teks. Seterusnya pengubahsuaian MPK Pendimensian dan Teks ini akan dijalankan setelah data dan maklumat diperolehi daripada PFKK. Hasil daripada analisis diskriptif yang dijalankan didapati purata min keseluruhan bagi PFKK adalah 91.50. Jumlah markah terkumpul yang tertinggi (maksimum) adalah 96.00 bagi MPK Pendimensian dan 100.00 bagi MPK Teks, manakala markah terkumpul terendah (minimum) yang diperolehi adalah 87.00 bagi MPK Pendimensian dan MPK Teks. Untuk menjawab persoalan kajian 2, tidak terdapat perbezaan status kesesuaian antara keduadua MPK yang dibina. Melalui Jadual Skala Pemeringkatan MPK (Shaharom, 1994) jumlah min yang diperolehi berada dalam lingkungan kumpulan sesuai iaitu 73-96 markah. Ini menunjukkan bahawa Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) oleh pensyarah ke atas MPK 1: Pendimensian dan MPK 2: Teks menunjukkan ia sesuai digunakan sebagai bahan P&P dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer. Rujukan Aizatul Husna Binti Mohd Sabri (2007). Pembentukan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Bertajuk AutoCAD 2005. Universiti Teknologi Malaysia. Burns R W (1972). An Instructional Module Design. Edition Technology. De Vito, A. dan Krocker, G.H. (1976). Creating Scenery-Practical Approach. Boston, USA: Little Brown and Company Inc. George Omura (2009). Introducing AutoCAD 2009 and AutoCAD LT 2009. Wiley Publishing, Inc. Joe Lars Klingstedt (1971). Developing Instructional Modules for Individualized Learning. Educational Technology Khairul Anuar Hanafiah (2000). Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer. Cetakan Ketiga. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Lee Ambrosius (2009). AutoCAD 2009 & AutoCAD LT 2009 All-in-One Desk Reference For Dummies. Wiley Publishing, Inc. Meyer, G.R (1988). Modules from Design to Implementation. (2ND Edition). Manila, Filipina: The Colombo Plan Staff College for technician Education, JON K Printing Co. Inc. Norliana Binti Ibrahim (2004). Pembinaan Dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Sifat Jirim Bagi Mata Pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Empat. Universiti Teknologi Malaysia. Saadon Awang (2006). Panduan Cemerlang Melalui Pendidikan Jarak Jauh. Prentice Hall, Selangor. Wan Mansor Bin Wan Abdul Rahman (2008). Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Bagi Autocad 2D. Universiti Teknologi Malaysia.