PERATURAN PERMAINAN MEMANAH SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (SUKIPT) 2016 1. NAMA Rujuk Perkara 1 Peraturan Am SUKIPT. 2. PERATURAN PERTANDINGAN Mengikut Undang-undang dan Peraturan Am SUKIPT yang dikuatkuasakan sepanjang kejohanan ini. 3. UNDANG-UNDANG PERMAINAN 3.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang World Archery (WA). 3.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi penafsirannya, maka undang undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi. 3.3 Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan atau undang-undang berkenaan akan diputuskan seperti berikut:- 4. KELAYAKAN 3.3.1 Semua kejadian akan diputuskan berasaskan Peraturan Am SUKIPT. 3.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Undang-Undang World Archery (WA). Rujuk Perkara 3 Peraturan Am SUKIPT. 5. PENDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PASUKAN 5.1 Setiap IPT boleh mendaftar maksima empat (4) orang pemanah lelaki dan wanita bagi setiap kategori Recurve dan Compound seperti berikut: Status Lelaki Wanita Recurve Compound Recurve Compound Pengurus 1 1 Jurulatih 1 1 Peserta 4 4 4 4
5.2 Acara Perseorangan Setiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada empat (4) orang peserta lelaki dan empat (4) orang peserta wanita kategori Recurve dan Compound. 5.3 Acara Berpasukan Satu pasukan hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya tiga (3) orang dan tidak lebih daripada empat (4) orang peserta. 3 orang peserta yang mencatat skor terbaik pada pusingan kelayakan bagi setiap pasukan akan didaftarkan secara automatik untuk acara berpasukan. Jika terdapat sebarang pertukaran peserta, makluman hendaklah dibuat secara bertulis dan diserahkan kepada pegawai teknikal pertandingan selewatnya satu (1) jam sebelum pertandingan acara berpasukan bermula. 6. REFERI KEHORMAT/KETUA PENGADIL/PENGADIL Rujuk Perkara 6 Peraturan Am SUKIPT. 7. PAKAIAN DAN PERALATAN 7.1 Rujuk Perkara 7 & 8 Peraturan Am SUKIPT. 7.2 Pakaian yang bersesuaian dan tidak melanggar undang-undang WA. 8. SISTEM PERTANDINGAN 8.1 Pertandingan akan dijalankan mengikut sistem 70m / 50m Round dan Olympic Round. 8.2 Acara Individu (Individual Competition) 8.2.1 Kelayakan (Qualification Round) Setiap pemanah akan bertanding di dalam pusingan kelayakan (70m Round & 50m Round) dengan memanah pada jarak 70m bagi kategori recurve dan 50m bagi kategori compound. 8.2.2 Kalah Mati (Olympic Round) 8.2.2.1 64 pemanah terbaik daripada pusingan kelayakan (32 pemanah jika peserta kurang daripada 64) akan dipilih untuk pertandingan di dalam pusingan Olympic. Setiap pemanah akan disusun mengikut jadual pertandingan yang telah ditetapkan (lihat undang-undang WA).
8.2.2.2 Bagi kategori recurve, pemanah akan memanah pada jarak 70m dengan menggunakan target face 122cm dimana kiraan menggunakan set system. (lihat undang-undang WA). 8.2.2.3 Bagi kategori compound, pemanah akan memanah pada jarak 50m dengan menggunakan target face 80cm (6 rings) dimana kiraan menggunakan score system. (lihat undang-undang WA). 8.2.2.4 Setiap pertandingan menemukan dua (2) peserta dan pemenang akan maju ke peringkat seterusnya. 8.3 Pertandingan Berpasukan (Team Competition) 8.3.1 16 pasukan (8 pasukan jika pasukan kurang daripada 16 dengan 3 orang pemanah setiap pasukan) teratas akan dipilih berdasarkan daripada markah-markah yang dikumpulkan oleh pemanahpemanah dalam pusingan kelayakan. 8.3.2 Pasukan tersebut akan bertanding secara kalah mati dengan memanah pada jarak 70m bagi kategori recurve dan 50m bagi kategori compound dengan menggunakan jadual pertandingan yang dikeluarkan oleh WA (lihat undang-undang WA). 8.3.3 Setiap pertandingan menemukan dua (2) pasukan dan pemenang akan maju ke peringkat seterusnya. 8.4 Pertandingan Berpasukan Campuran (Mixed Team) 8.4.1 Dalam setiap kategori, setiap pasukan terdiri daripada dua peserta iaitu seorang (lelaki) dan seorang (wanita) dipilih berdasarkan skor terbaik mereka semasa pusingan kelayakan individu. 8.4.2 16 pasukan (8 pasukan jika pasukan kurang daripada 16) teratas akan dipilih berdasarkan daripada markah-markah yang dikumpulkan oleh pemanah- pemanah dalam pusingan kelayakan. 8.4.3 Pasukan tersebut akan bertanding secara kalah mati dengan memanah pada jarak 70m bagi kategori recurve dan 50m bagi kategori compound dengan menggunakan jadual pertandingan yang dikeluarkan oleh WA (lihat undang-undang WA). 8.4.4 Pemanah lelaki dan wanita yang dibentuk untuk berpasukan campuran mesti daripada pasukan dan kategori yang sama.
Recurve Lelaki/Wanita 70m Round 6 ends (6 arrow/end) Target Face 122cm Target Face 122cm 5 sets (3 arrow/set) Set system Target Face 120cm Hit/Miss 4 ends (6 arrow/end) Set system Target Face 120cm Hit/Miss 4 ends (4 arrow/end) Set system Kelayakan Olimpik Individu Olimpik Berpasukan Olimpik Berpasukan Campuran Compound Lelaki/Wanita 50m Round 6 ends (6 arrow/end) Target Face 80 cm (6 rings) Target Face 80cm (6 rings) 5 ends (3 arrow/end) Cumulative scoring Target Face 40cm Hit/Miss 4 ends (6 arrow/end) Cumulative scoring Target Face 40cm Hit/Miss 4 ends (4 arrow/end) Cumulative scoring 9. ACARA-ACARA 9.1 Latihan Rasmi/Pemeriksaan Alat (Hari Pertama) 9.2 Kelayakan (Hari Kedua & Ketiga) 9.3 Olimpik Individu (Hari Keempat) 9.4 Olimpik Berpasukan (Hari Kelima) 9.5 Olimpik Berpasukan Campuran (Hari Keenam) 10. KELEWATAN DAN KETIDAKHADIRAN Rujuk Perkara 10 Peraturan AM SUKIPT 11. PENANGGUHAN PERLAWANAN Rujuk Perkara 11 Peraturan Am SUKIPT. 12. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH Rujuk Perkara 12 Peraturan Am SUKIPT 13. BANTAHAN Rujuk Perkara 13 Peraturan Am SUKIPT.
14. HADIAH 14.1 Hadiah akan disediakan seperti berikut: 14.1.1 Kelayakan (70m & 50m Round) (Setiap kategori) Johan - Lelaki/W anita Naib Johan - Lelaki/W anita Ketiga - Lelaki/W anita 14.1.2 Olimpik Individu (Setiap kategori) Johan - Lelaki/W anita Naib Johan - Lelaki/W anita Ketiga - Lelaki/W anita 14.1.3 Olimpik Berpasukan (Setiap kategori) Johan - Lelaki/W anita Naib Johan - Lelaki/W anita Ketiga - Lelaki/W anita 14.1.4 Olimpik Berpasukan Campuran (Setiap kategori) Johan Naib Johan Ketiga **Jika pemenang keseluruhan adalah berasingan (Lelaki & Wanita), acara berpasukan campuran tidak akan dikira dalam menentukan pemenang keseluruhan. 15.0 PERATURAN LAIN YANG TIDAK DINYATAKAN Rujuk Perkara 17 Peraturan Am SUKIPT.