KEBERKESANAN SEKOIAH : KAJIAN DI DAERAH:



Similar documents
A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

HAJI MOHD NOR BIN JAAFAR

Teori Kepemimpinan: Teori Trait dan Tingkahlaku. Dr. Foo Say Fooi

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

Katakunci : penilaian kokurikulum

KAJIAN TENTANG KEPUASAN BEKERJA DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS (A STUDY ON JOB SATISFACTION AMONG SPECIAL EDUCATION TEACHERS)

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CURRENT TRENDS AND PRACTICES IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT: A CASE STUDY IN YTL POWER SERVICES SDN. BHD.

How To Get A Job At A Bank

Katakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0. Pengenalan

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

Katakunci : gaya komunikasi, guru besar, komitmen guru,

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009, 7 Mei 2009, UTHM

SUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK: SEJAUHMANAKAH HUBUNGAN INI RELEVAN?

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

THE RELATIONSHIP BETWEEN HUMAN RESOURCE INFORMATION SYSTEM (HRIS) AND HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (HRM) ALFRED PUN KHEE SEONG

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PRODUCTIVITY IMPROVEMENT VIA SIMULATION METHOD (MANUFACTURING INDUSTRY) HASBULLAH BIN MAT ISA

How To Learn To Learn From A Computer

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

IMPACT OF SELF-CORRECTION ON EXTROVERT AND INTROVERT STUDENTS IN THE EFL WRITING PROGRESS REZA HAJIMOHAMMADI

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidiikan PKPGB 2008, 16 Oktober 2008, UTHM.

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT

Katakunci : masalah, guru Pendidikan Khas program Integrasi, pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU BESAR DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN KURANG MURID GEMILANG TUJUH SEGAMAT, JOHOR

Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti

AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

Katakunci : alat bantu mengajar (ABM), guru teknikal

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

Katakunci : kefahaman murid, konsep jirim

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Universiti Kuala Lumpur Kampus Kota MALAYSIAN INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY 1016, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur

PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM ILMU PENDIDIKAN DI MAKTAB PERGURUAN, TAHUN 1957 HINGGA1986

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

Katakunci : tahap stress, tahap kepuasan kerja, pensyarah UTM

CORAK KOMUNIKASI KELUARGA DALAM KALANGAN KELUARGA MELAYU DI TERENGGANU

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : faktor, pemilihan bidang keusahawanan

HUBUNGAN TEKANAN KERJA TERHADAP PRESTASI PEKERJA

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

Pengaruh Kepimpinan Pentadbir Sekolah Terhadap Pembelajaran Pelajar : Peranan Efikasi Kolektif Guru Sebagai Mediator

JOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING. A thesis submitted in partial fulfillment of. the requirements for the award of the degree of

Komunikasi Interpersonal Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Melaka

Exploring Primary and Secondary School Students Perception towards Online Mathematics Tuition: A Case Study

KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR PENCAPAIAN AKADEMIK RENDAH BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN 4

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA PENGAMBILAN FEBRUARI 2016

STRUKTUR, STRATEGI DAN PRESTASI PENGURUSAN FASILITI

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan Prasarana yang Disediakan di Politeknik Banting Selangor bagi Sesi Disember 2012

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Januari 2014, Bil. 2 Isu 1

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A STUDY ON HUMAN RESOURCE MANAGEMENT PRACTICES IN SELECTED FINANCIAL INSTITUTIONS IN MALAYSIA ANITA BINTI ISMAIL FEP

MASTER S PROJECT REPORT SUMMARY

UNIT 5 PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN

Tingkah Laku Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak. oleh. Mahadi bin Hj. Khalid Institut Perguruan Batu Lintang

Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2)(2010): BITY SALWANA ALIAS, AHMAD BASRI MD. YUSSOF, RAMLEE MUSTAPHA & MOHAMMED SANI IBRAHIM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE NATURE OF HUMAN RESOURCE MANAGEMENT AND ORGANIZATIONAL CHANGE IN MALAYSIAN SMALL AND MEDIUM SIZED ENTERPRISES (SMES)

NOOR HANIRA BINTI MAHIDIN

Communication, Universiti Sains Malaysia, Penang. 2 Kamaliah Haji Siarap is a Lecturer at the School of Communication,

OCBC GREAT EASTERN CO-BRAND CARD FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) REBATE FEATURES, INTEREST FREE AUTO INSTALMENT PAYMENT PLAN (AUTO-IPP) AND BENEFITS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. Beriltizam untuk mengekalkan STATUS SWAAKREDITASI

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Januari 2014, Bil. 2 Isu 1 MODEL KEPEMIMPINAN PENGAJARAN PENGETUA DAN KOMPETENSI PENGAJARAN GURU

Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Ilmu Faraid

Manpower Planning Utilizing Work Study at Data Storage Manufacturing Company

STRESS EFFECT STUDY ON 6 DIFFERENT PATTERN OF TYRES FOR SIZE 175/70 R13 SYAHRIL AZEEM ONG BIN HAJI MALIKI ONG. for the award of the degree of

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE EFFECT OF COMPUTER-BASED MUSIC EDUCATION SOFTWARE ON THE IDENTIFICATION OF NOTE-NAMES

PENCAPAIAN HOSPITAL PERFORMANCE INDICATOR FOR ACCOUNTABILITY (HPIA) No Indikator Standard Julai - Disember 2015

SENARAI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT. i ii iii iv v vi xi xii xiii

Marketing Analysis of the Higher Education Service Sector in Malaysia: Consumer Perspective

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

HUBUNGAN KEPUASAN KOMUNIKASI DENGAN KOMITMEN TERHADAP ORGANISASI DI KALANGAN PEKERJA TEKNIKAL: KAJIAN KES DI FLEXTRONICS INTERNATIONAL, SENAI, JOHOR.

Feasibility of Teaching Public Relations Courses Through E-Learning: A Case Study in Malaysia

Kata kunci: kesihatan mental; pengetahuan; sosio-demografi; kempen komunikasi ABSTRACT

M2-2: Rancangan dan Cadangan Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

TOPIK 1 Konsep Pengukuran dan Skala Pengukuran

A STUDY OF SECURITY LIMITATIONS IN VIRTUAL LOCAL AREA NETWORK IMPLEMENTATION

TAHAP PENGURUSAN KONFLIK DALAM KALANGAN GURU BESAR-GURU BESAR DAN GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH

KEINOVASIAN ORGANISASI DI INSTITUSI PENYELIDIKAN AWAM

Katakunci : kadar denyutan jantung, tahap dehidrasi, atlet larian jarak dekat

Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan

Keperluan Latihan Berbentuk Kursus Untuk Guru Besar Lokman Bin Mohd. Tahir & Chua Lay Kah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

DEPARTMENT OF ESTATE -MANAGEMENT FACULTY OF ARCHITECTURE, PLANNING AND SURVEYING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

IKLIM KOMUNIKASI DAN PENCAPAIAN ORGANISASI: KAJIAN KES ANTARA DUA BUAH ORGANISASI AWAM MALAYSIA ROSLI BIN MOHAMMED UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI DENGAN KEPUASAN KERJA, PRESTASI KERJA DAN KOMITMEN KERJA

FACTORS INFLUENCING GENDER GAP IN HIGHER EDUCATION OF MALAYSIA: A UNIVERSITY OF MALAYA SAMPLE

Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 29 47, 2008

DESIGN AND DEVELOPMENT OF MICRO HYDROPOWER FOR UNDERSERVED COMMUNITIES

PENGESAHAN DAN PENGGUNAAN UJIAN MATEMATIK TAHUN EMPAT SEKOLAH RENDAH : ANALISIS RASCH ROSMAWATI MUSA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Penilaian tentang usaha untuk menjalinkan hubungan di antara sekolah dengan pihak luar

STRATEGI MEMBINA DAN MENGEKALKAN HUBUNGAN ANTARA KERAJAAN DENGAN RAKYAT MELALUI LAMAN SESAWANG

BAB 3 METODOLOGI. Bab ini membincangkan tentang reka bentuk penyelidikan, kaedah. penyelidikan, populasi dan sampel, instrumen dan kesahan serta

Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan

Transcription:

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN KEBERKESANAN SEKOIAH : KAJIAN DI DAERAH: SARATOK SARAWAX Oleh I Olen @ Ulin Bin Tabor! Tesi s ini dilreinukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) Faltulti Sains Kognitif Dan PcInbangamia Manusia UNIVERSTTI MALAYSIA SARAWAK Jun 1998

Unit Kemasukan Siswazah Universiti Malaysia Srrawak Adalah disahkan bahawa kami telah rnembaca tesis ini yang bertajuk "Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Keberkesanan Sekolah: Kajian Di Daerah Saratok, Sarawak" oleh Olen @ Ufin bin Tabor, dan berpendapat bahawa tesis ini adalah memuaskan dari segi skop, kualiti dan persembahan sebagai syarat keperluan ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia). f ~&ik Hong (Penyelia) / I Sam Prof Madya Dr Ibrahim Hamid (Pemeriksa Luar)

Adalah diperakukan bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidik sendiri dan tiada bahagian tesis ini telah dikemukakan untuk menyokong sesuatu permohonan untuk mendapatkan sesuatu kelayakan ijazah di universiti ini atau institusi pengajian tinggi yang lain.

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya kepimpinan guru besar dan kesannya terliadap keberkesanan sekolah di daerah Saratok, Sarawak. Soal selidik yang diubahsuai daripada LBDQ (Ohio State, Lender Behavior Description Qucstionaire) terdiri daripada 15 item untuk dimensi struktur tugas dan 15 item untuk dimensi timbang rasa ditadbirkan kepada 20 orang guru besar dan 172 orang guru di dua puluh buah sekolah rendah kerajaan (aliran Bahasa Melayu) di Daerah Saratok, Sarawak. Keberkesanan sekolah dalam kajian ini adalah berasaskan kepada keputusan Ujian Penil aian Sekolah Rendah (UPSR) untuk tahun 1996. Dapatan kajian menunjukkan guru besar-guru besar di Daerah Saratok mengamalkan gaya kepimpinan berorientasikan struktur tugas dan berorientasikan timbang rasa dalam menjalankan tugas mereka di sekolah. Dapatan kajian juga menunjukkan guru besar-guru besar di Daerali Saratok lebih cendcrung kepada gaya kepimpinan berorientasikan timbang rasa berbanding dengan berorientasikan struktur tugas. Dapatan kajian juga mendapati tidak wujud perbezaan persepsi di antara guru biasa dan guru besar terhadap gaya kepimpinan guru besar di selrolah berkesan dan di selrolah kurang berkesan. Dapatan kajian menunjukkan dari aspek gaya kepimpinan berorientasikan timbang rasa, guru besar di sekolah berkesan mengamalkannya lebih berbanding dengan guru besar di sekolah kurang berkesan. Berasaskan dapatan kajian ini, adalah dicadangkan para guru besar diberi kursus tentang gaya-gaya kepimpinan yang sesuai diamalkan di sekolah dan dicadangkan agar kriteria melantik guru besar di sekolah mengambilkira bakal guru besar yang cenderung ke arah gaya kepimpinan bertimbang rasa. Kajian ini juga mencadangkan supaya kajian lanjut dilakukan dengan mengambilkira indikator-indikator yang lain dalarn menentukan sekolah berkesan dan disarankan kajian alian datang juga perlu mengambilkira sampel dari sekolah aliran Bahasa Cina.

ABSTRACT Tlie purpose of this study was to determine primary school headteachers style of leadership and it effects towards school effectiveness in Saratok District, Sarawak. A questionnaire consists of 30 items (15 items on initiating structure and 15 items on consideration3 adapted from the Ohio St n t c IJcct dc r B (7 h CI u i o Desc rip t ion, Q ii e st io n n CL i r cs (LB D Q) was administered to 20 primar-y school headteachers and 172 teachers from twenty primary schools (Bahasa Melayu stream) in Saratok district, Sarawak. The measure of school effectiveness in this study is based on the school achievement in the UPSR examination for 1996. The findings of the study showed that the primary headteachers in Saratok district were practicing both initiating structure and consideration style of leadership in school. The findings also showed that the primary school headteachers favoured more on consideration style of leadership rather than on initiating structure. Furtlzermore, the findings showed that there was no differences in perception between primary school headteachers and teachers towards the primary sclzool Jzeadteachers styles of leadership in effective schools and in less efrective schools. However, the findings showed that for consideration style of 1eader.ship was practiced more often by effective schools headlenchers compared to the less effective schools headteachers. In the lights of the findings, it is recommended that primary school h,eadteachers should be given a course on suitable styles of leadership to be applied irt school, and it is rccominended that in appointing new headteachers, State Education Department should take into consideration those who are most inclined to consideration style of leadership in school. It is also recornmended tlzat a follow up research should used other indicators to determine effective schools and it is recommended that samples from Chinese s primary schools should be included.

BIODATA Olen @ Ulin bin Tabor lahir di Kabong, Bahagian Sri Aman, Sarawak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kerajaan Abang Leman, Kabong. Kemudian ke Sekolah Menengah Kerajaan Saratok, Rahagian Sri Arnan. Seterusnya beliau memasuki Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan Darul Naim pada tah~n 1977-1978, sebelum meneruskan pengajiannya di Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) di Serdang, Selangor Darul Ehsan. Beliau pernali mengajar di Sekolah Menengah Kerajaan Engkilili, Lubok Antu; Sekolah Menengah Kerajaan Kalaka, Roban; Sekolah Menengah Kerajaan Melugu, Sri Aman dan pernah bertugas di Pejabat Pendidikan Bahagian Sri Arnan sebagai Pegawai Peperiksaan Bahagian. Mulai Disember, 1990, beliau bertugas sebagai pensyarah Pengajian Melayu di Maktab Perguruan Rajang, Bintangor, Sarawak hingga 30 November, 1996.

Untuk ibuku : MASLOT BT MOHAMAD Yang selalu menyayangi dan mendoa. Untuk isteriku : NORIZAN BT ABDULLAH Yang sentiasa sabar dan tidak jemu-jemu memimpin rumahtangga Serta NURULHUDA MOHAMAD NAZRI MOHAMAD ARIFFIN MOHAMAD SYUKRI Yang perlu di dayautama dalam suasana timbang rasa

Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Encik Hong Kian Sam, pensyarah Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, atas bimbingan dan kesabaran beliau dalam memberi tunjuk ajar kepada saya semasa pelaksanaan dan penyiapan kertas ilmiah ini. Ucapan terima kasih dan penghargaan juga kepada semua pensyarah yang terlibat dalam program pasca siwazah IAB/UNIMAS 1996/97 : Dr. Hj. Abang Ridzuan, Dr. Peter Songan, Dr. Napsiah Mahfoz, Dr. Spencer Empading 'sagin, Dr. Gabriel Tonga Noweg, Dr. Hadj. Batatia, Dr. Farid Meziane, Dr. Bahtiar Mansor, Dr. Muhamad Awang, Dr. Hazman Shah Abdullah, Dr. Maheswary Kandasamy, Dr. Zoraini Wati Abas, Encik Mehander Singh, Encik Sharaf al-haroini dan Puan Jennifer sebagai tenaga pengajar dan penyumbang ilmu dalam kursus ini. Sekalung penghargaan juga kepada Profesor Razali Arof, Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, UNIMAS dan Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, Pengarah Institut Aminuddin Baki atas kesempatan yang telah diberikan untuk saya mengikuti program ini.

Saya juga merakamkan penghargaan di atas bantuan dan kerjasama yang telah diberikan oleh Jabatan Pendidikan Daerah Saratok serta para guru besar dan guru-guru sekolah rendah yang terlibat secara ikhlas dan sukarela menjadi sampel kajian ini. Ucapan terima kasih dan penghargaan juga saya tujukan kepada Pengetua, Maktab Perguruan Rajang, Bintangor, Sarawak, Puan Maria Dris, di atas sokongan moral dan galakkan beliau untuk saya mengikuti program ini.

Muka Surat Abstrak Abstract Biodata Dedikasi Penghargaan Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah Senarai Singkatan.. 11... 111 iv vi X xi xii BAB I : PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan 1.1 Pernyataan Masalah 1.2 Kepentingan Kajian 1.3 Objektif Kajian 1.4 Hipotesis 1.5 Batasan Kajian 1.6 Definisi Istilah

BAB I1 : TINJAUAN KAJIAN 2.0 Pengenalan 2.1 Teori-Tcori dan Pendekatan-Pendekatan Gaya Kepimpinan 2.1.1 Pendekatan Berorientasikan Tugas dan Berorientasikan Pekerja 2.1.2 Pendekatan Grid Pengurusan 2.1.3 Teori X dan Teori Y McGregor 2.1.4 Pendekatan Empat Faktor 2..1.5 Teori Kepimpinan Dua Faktor (Berorientasikan Struktur Tugas dan Berorientasikan Timbang Rasa 2.2 Gaya-Gaya Kepilnpinan 2.3 Keberkesanan Sekolah 2.4 Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Keberkesanan Sekolah BAB 111: METODOLOGI 3.0 Pengenalan 3.1 Sampel Kajian 3.2 Instrumen Kajian 3.3 Ketekalan Instrumen

3.3.1 Kajian Rintis 3.4 Pentadbiran Instrumen 3.5 Penganalisisan Data BAB IV: DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 4.0 Pengenalan 4.1 Analisis Perihalan 4.2 Gaya Kepimpinan Guru Besar Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan 4.3 Pengujian Hipotesis 4.3.1 Hipotesis 1: Tidak Terdapat Perbezaan Persepsi di Antara Guru Biasa dan Guru Besar Terhadap Gaya Kepimpinan Guru Besar di Sekolah Berkesan 4.3.2 Hipotesis 2 : Tidak Terdapat Perbezaan Persepsi di Antara Guru Biasa dan Guru Besar Terhadap Gaya Kepimpinan Guru Besar di Sekolah Kurang Berkesan 4.3.3 Hipotesis 3 : Tidak Terdapat Perbezaan Gaya Kepimpinan Guru Besar Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan 4.4 Perbincangan 4.4.1 Gaya Kepimpinan Guru Besar di Sekolah Rendah di Daerah Saratok 4.4.2 Persepsi Guru Biasa dan Guru BesarTerhadap Gaya Kepimpinan Guru Besar di Sekolah

Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan 4.4.3 Gaya Keimpinan Guru Besar di Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan BAB V: KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalnn 5.1 Kesimpulan 5.2 Cadangan 5.3 Cadangan-Cadangan Untuk Penyelidikan Akan Datang BIBLIOGRAFI LAMPIRAN A : Soal Selidik Untuk Guru besar (LBDQ) LAMPIRAN B : Soal Selidik Untuk Guru-Guru (LBDQ)

SENARAI[ JADUAL Muka Surat Jadual 3.1 Senarai Sekolah Rendah Yang Melebihi 50.0% 42 Kelulusan UPSR 1996 di daerah Saratok, Sarawak. Senarai Sekolah Rendah di Bawah 50.0% Kelulusarl UPSR 1996 di Daerah Saratok, Sarawak. Taburan Item-Item Soal Selidik LBDQ 46 Nilai Ketekalan Instrumen Untuk Kajian Rintis 47 Darjah Frekuensi dan Peratusan Setiap Item Gaya Kepimpinan Struktur Tugas Guru Besar 51 Darjah Frekuensi dan Peratusan Setiap Item Gaya Kepimpinan Timbang Rasa Guru Besar Nilai Min Dua Gaya Kepimpinan Guru Besar Sekolah Berkesan Nilai Min Dua Gaya Kepimpinan Guru Besar Sekolah Kurang berkesan 58 Ujian-t Tidak Bersandar Untuk Melihat Perbezaan Persepsi Guru Biasa dan Guru Besar ke Atas Gaya Kepimpinan Guru Besar di Sekolah berkesan 61 Ujian-t Tidak Bersandar Untuk Melihat Perbezaan Persepsi Guru Biasa dan Guru besar ke Atas Gaya Kepimpinan Guru Besar di Sekolah Kurang berkesan 63 Ujian-t Melihat Perbezaan Jenis gaya Kepimpinan Guru Besar Untuk Sekolah Berkesan dan Sekolah Kurang Berkesan

Muka Surat Rajah 2.1 Grid pengurusan 17 2.2 Dua dimensi tingkahlaku pemimpin Ohio State yang menghasilkan sukuan tingkahlaku kepimpinan 24 4.1 Frekuensi item gaya kepimpinan struktur tugas 53 4.2 Frekuensi item gaya kepimpinan timbangrasa 55 4.3 Kedudukan dua dimensi gaya kepimpinan guru besar sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan 60

SENARAI SINGKATAN Singkatan UPSR SRK LBDQ N dk Sig. Ujian Penilaian Sekolah Rendah Sekolah Rendah Kerajaan Leader Rehavior Description Questionaire Jumlah Sampel Darjah Kebebasan Signifikan xii

BAB I PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Tuntutan ibu bapa dan masyarakat terhadap sekolah semakin tinggi bagi mendapat pencapaian yang baik dalam bidang akademik. Keadaan ini timbul kerana beberapa faktor penting. Pertama, setiap ibu bapa inginkan anaknya berjaya dalam bidang pelajaran. Kemudahan untuk melanjutkan pelaj aran ke peringkat tinggi luas terbuka sekiranya pelaj ar mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan. Kedua, negara kita yang semakin membangun dalam bidang ekonominya, memerlukan tenaga pekerja yang mahir dan profesional dalam bidang masing-masing. Oleh itu pelajar yang cemerlang di dalam bidang akademik diperlukan. Kementerian Pendidikan juga memberi penghargaan khas kepada sekolah yang cemerlang dalam pencapaian akademik yang digelar sebagai Sekolah Harapan Negara. Akibatnya berlakulah persaingan yang sihat cii antara sekofah-sekdah untuk rlernastiirzn pencapaian para pelajarnya di dalarn bidang akademik meningkat bukan saja dari segi kuantiti tetapi juga kualiti. Ekoran dari itu, wujudlah istilah

keberkesanan sekolah yang lazimnya diukur dan dinilai dari segi kejayaan atau pencapaian di dalam peperiksaan (Hussein Mahmood, 1993, m.s.112). Sekolah-sekolah yang tidak mencapai tahap akademik yang tinggi, lazimnya dikategorikan sebagai sekolah-sekolah yang kurang berkesan. Dalam usaha untuk mengejar dan mencapai kecemerlangan pendidikan, sama ada di negara kita, mahupun di negara-negara maju yang lain, kepimpinan pengetua atau guru besar sering dilihat sebagai fokus utama. Ini bererti bahawa para pengetua atau guru besar dilihat sebagai punca masalah atau pihak yang menimbulkan masalah atau sebagai penyelesai masalah di dalam pelaksanaan program pendidikan. Di Amerika Syarikat misalnya, banyak cadangan telah dikemukakan melalui pelbagai laporan utama seperti A Nation At Risk (National Commission on Excellence in Education, 1983); Action For Excellence (Task Force on Excellence for Economic Growth, 1983); Better Education For Michigan Citizen: A Blueprint For Action (Michigan State Board of Education, 1984); Leader For America s Schools (The National Commission on Excellence in Educational Administration, 1987) menegaskan betapa pentingnya kepimpinan pengetua atau guru besar di sekulah. Ediiionds { 1979) menyatakan bahawa kejayaan sesebuah sekolah terletak ditangan pengetua atau guru besar. Pengetua atau guru

besar boleh mengubah sekolah yang tidak berkesan kepada sekolah yang berkesan. Hussein Mahmood (1993) menyatakan bahawa rata-rata kajian berkaitan membuat kesimpulan bahawa apa yang membezakan keberkesanan sekolah dengan sekolah yang lain adalah kepimpinan pengetua atau guru besar. Kepimpinan pengetua atau guru besar yang dinamik dan bersungguh-sungguh telah dikenalpasti sebagai satu pembolehubah yang dikatakan membawa kejayaan kepada sesebuah sekolah. Geltner (1981) telah mengenalpasti lima peranan pengetua atau guru besar yang dikaitkan dengan keberkesanan sekolah. Peranan ini dikelaskan oleh pengkaji itu berdasarkan persepsi guru. Pertama, pengetua dianggap sebagai ahli falsafah pendidikan. Guru menganggap pengetua sebagai orang penting dalam kehidupan mereka di sekolah. Dia menyampaikan dan menjelaskan apa yang dipercayainya tentang matlamat dan tujuan tugasan mereka. Guru tahu dan berkongsi samasama apa yang dipercayai oleh pengetuanya, serta turut memberi sokongan. Iierja-kerja di sekolah dapat dij alankan dengan berkesan serta meniberi erti iiielalui perpaduan yang wujud di kalangan guru. Kedua, pengetua dianggap sebagai model pendidilran. Mereka

menganggap pengetua sebagai model yang mengubah tingkah laku guru dengan menunjukkan contoh dan teladan yang baik. Ketiga, pengetua dianggap sebagai penyokong pendidikan. Guru menganggap pengetua sebagai sumber untuk mendapatkan sokongan. Mereka telah mengalami peristiwa bahawa sokongan pengetua sejak mereka mula bertugas memberi kesan yang mendalam kepada mereka dan dalam bidang profesionalisme. Keempat, pengetua dianggap sebagai rakan sependidikan. Guru menganggap pengetua sebagai rakan seperj awatan dalam hubungan dengan pelajar dan ibu bapa. Pengetua ini berpengetahuan has di dalam program pendidikan, prestasi pelajar serta sentiasa berusaha secara kolektif untuk mencapai matlamat pengaj aran. Kelima, pengetua sebagai orang yang memulakan perubahan pendidikan. Guru melihat pengetua sebagai penentu utama di dalam pelaksanaan inovasi di sekolah. Punca perubahan di sekolah wujud hasil kerjasama antara pengetua dan guru. Guru merasakan bahawa mereka terlibat terus di dalam membuat keputusan tentang perkembangan dan reformasi pengaj aran di sekolah. Sikap dan pandangan seumpama itu juga terdapat di negara kita. " Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di Sekolah-Sekolah " yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (1982) telah iiielaporkan bahawa para pengetua atau guru besar bertanggungjawab

terhadap pencapaian pelajar di sekolah. Oleh itu, mengikut pendapat jawatankuasa ini, pengetua-pengetua perlulah cekap... dan banyak menghabiskan masa mengelolakan aktiviti pembelajaran di sekolah-sekolah, mengekalkan penyeliaan sekolahnya dengan cara yang berkesan, bertindak sebagai pakar runding, penasihat dan koordinator bagi programprogram pengajaran dan pembelajaran di sekolah, dan perlu juga menghabiskan masa yang lebih dalam aktiviti-aktiviti profesional guru dan pelajar, dan jangan hanya bekerja semata-mata sebagai pentadbir yang berkurung di biliknya mengeluarkan arahan dan surat-surat siaran. ( m.s.6 >. 1.1 Pernyataan Masalah Persoalannya yang ingin dikaji ialah di antara gaya kepimpinan guru besar yang berorientasikan struktur tugas dan berorientasikan timbang rasa yang manakah dianggap lebih efektif untuk menghasilkan keputusan yang baik dan seterusnya meletakkan kedudukan sesebuah sekolah itu sama ada berkesan atau tidak. Persoalan lain yang ingin dikaji ialah di antara sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan, gaya kepimpinan yang manakah yang lebih cenderung diamalkan oleh guru besar dalam menj alankan tugas mereka.

1.2 Kepentingan Kajian Dapatan daripada kajian ini diharapkan dapat membantu guru besar- guru besar menilai gaya kepimpinan mereka sendiri dan dapat menggunakan mana gaya yang dianggap sesuai dan berkesan untuk meningkatkan keberkesanan sekolah dari aspek akademik. Dapatan ini juga dapat membantu pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian dan Pejabat Pendidikan Daerah; khususnya di daerah Saratok, Sarawak untuk mengkaji semula kriteriakriteria perlantikan guru besar-guru besar di sekolah rendah supaya kehadiran mereka di sekolah dapat dijadikan teladan atau contoh dan boleh memotivasikan lagi sumber manusia yang ada di sekolah. Dapatan kajian ini juga boleh membantu pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Bahagian dan Daerah untuk merancang kursus kepimpinan untuk guru besar-guru besar sekolah rendah demi meningkatkan keberkesanan sekolah; terutama di dalani bidang akademik.

7 1.3 Objektif Kajian Objektif-objektif kajian ini adalah untuk : 1. Mengenalpasti gaya kepimpinan guru besar di sekolah rendah di Daerah Saratok, Sarawak. 2. Menentukan sama ada wujud perbezaan gaya kepimpinan guru besar di sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan. 1.4 Hipotesis Berdasarkan objektif kajian kedua, hipotesis-hipotesis no1 kajian berikut diperolehi : 1. Tidak terdapat perbezaan persepsi di antara guru biasa dan guru besar terhadap gaya kepimpinan guru besar di sekolah berkesan. 2. Tidak terdapat perbezaan persepsi di antara guru biasa dan guru besar terhadap gaya kepimpinan guru besar di sekolah kurang berkesan. 3. Tidak terdapat perbezaan jenis gaya kepimpinan guru besar untuk sekolah berkesan dan sekolah kurang berkesan.

8 1.5 Batasan Kajian Untuk melihat gaya kepimpinan guru besar dan hubungannya dengan keberkesanan sekolah, hanya guru besar dan guru-guru dari 20 buah sekolah rendah kawasan luar bandar (aliran Bahasa Melayu) di daerah Saratok, Bahagian Sri Aman, Sarawak dipilih sebagai sampel. Di dalam kajian ini, keberkesanan sekolah ditakrifkan pada pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun 1996 sahaja, sedangkan terdapat beberapa indikator yang lain seperti kepuasan kerja, iklim sekolah, perkembangan staf, sokongan masyarakat dan sebagainya yang boleh memberi kesan pada keberkesanan sekolah. Kajian ini menggunakan soal selidik Leader Behavior Description Questionaires (LBDQ) sebagai instrumen kajian. Kejituan hasil kajian ini bergantung kepada kefahaman responden semasa menjawab itemitem yang terkandung dalam borang soal selidik kajian. 1.6 Definisi Istilah Definisi-definisi yang diberi dalam bahagian ini adalah untuk penje asan kerana istilah-istiiah yang didefinisikan membawa maksud-maksud yang khusus di dalam konteks kajian ini.