Penerbangan Awam (Pindaan) 1 D.R. 26/2015 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Penerbangan Awam 1969.

Similar documents
PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (PENYAMPAIAN NOTIS) 2015

PEMBERIAN WANG TUNAI SEBAGAI GANTIAN BAGI CUTI REHAT YANG TIDAK DAPAT DIHABISKAN OLEH PEGAWAI LANTIKAN SECARA KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE)

Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

Garis Panduan Pendaftaran dan Pembaharuan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan

ZERO-INTEREST INSTALMENT PLAN. 1) This programme valid for PB Credit cards issued by Public Bank.

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

ii) 9 months Plan - Interest Rate at 0.75% per month The minimum transfer amount is RM1,000 and maximum is subject to Cardmember

PERINTAH CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN (PELEPASAN) 2014 GOODS AND SERVICES TAX (RELIEF) ORDER 2014

Student Application Form

TAMBAHAN PERUNDANGAN PERSEKUTUAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 [AKTA 514] P.U. (A) 131/2000

Student Application Form

Warta Kerajaan Diterbitkan dengan kuasa

LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA PENDAFTARAN ENGINEERING CONSULTANCY PRACTICE

Terms & Conditions (Balance Transfer Programme)

Terms & Conditions Cash Rebate MasterCard

Motor Comprehensive Cover Insurance

OCBC GREAT EASTERN CO-BRAND CARD FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) REBATE FEATURES, INTEREST FREE AUTO INSTALMENT PAYMENT PLAN (AUTO-IPP) AND BENEFITS

(c) the offer is not applicable to kids below 12 years ticket at TGV and Children ticket at GSC;

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2008 PELAKSANAAN SYARAT PERUBAHAN HARGA DI DALAM KONTRAK KERJA

GUIDELINES ON THE STAMPING OF SHARE TRANSFER INSTRUMENTS FOR SHARES THAT ARE NOT QUOTED ON THE KUALA LUMPUR STOCK EXCHANGE.

SPA BEAUTY MANAGEMENT SYSTEM NAJIHAH BINTI RUSSLI

Maybank One Personal Saver and Flexi Saver Plan

OCBC GREAT EASTERN MASTERCARD TERMS AND CONDITIONS

How To Get A Free Hotlink Sim Card From Cimb Bank Kwik Kwik

PENCAPAIAN HOSPITAL PERFORMANCE INDICATOR FOR ACCOUNTABILITY (HPIA) No Indikator Standard Julai - Disember 2015

PROGRESSIVE INSURANCE BHD (19002-P)

Terms & Conditions Cash Rebate MasterCard

SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD MASTER POLICY GROUP MORTGAGE REDUCING TERM ASSURANCE BUSINESS LOAN

How To Write An African Kettling

How To Write A Book

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Chapter 17 COMPLETION. 1. Receipt of notice from Contractor. 2. Final Inspection. PT

Customer Service Charter

MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

Commercial Service Contract Terms & Conditions

PACIFIC & ORIENT INSURANCE CO. BERHAD (No W)

Celebrate With PB Cards. Terms and Conditions. 1. The campaign is valid from 1 January 2016 until 30 April 2016 ( Campaign period ).

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA PERCUKAIAN PEKERJA MALAYSIA YANG DIHANTAR BERTUGAS DI LUAR NEGARA KETETAPAN UMUM NO. 1/2011

PRODUCT DISCLOSURE SHEET

MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

KERAJAAN MALAYSIA. Pentadbiran Kontrak Dan Format Perjanjian Piawai Perunding

KANDUNGAN PENDAHULUAN... 4 PENGENALAN Visi & Misi KWSP Nilai-Nilai Korporat Dasar Kualiti Fungsi KWSP... 6

GARISPANDUAN MENGENAI DUTI SETEM KE ATAS SURATCARA PINDAHMILIK SYER BAGI SYER YANG TIDAK TERSENARAI DI BURSA SAHAM KUALA LUMPUR.

MOTORCYCLE POLICY TYPES OF COVER ALL ENDORSEMENTS, CLAUSES OR WARRANTIES THAT ARE SEPARATELY ATTACHED TO THIS POLICY SHALL ALSO APPLY.

Terms and Conditions for Auto BILLPAY RM30 Cash Rebate Campaign

AmBank/ AmIslamic Bank Credit Card Acquisition Cash Reward Program Terms and Conditions

TERMS AND CONDITIONS CIMB October Spend & Get Cash Back Campaign

SWAY REDUCTION ON GANTRY CRANE SYSTEM USING DELAYED FEEDBACK SIGNAL (DFS) NORASHID BIN IDRUS

3. Only PIN based ATM e Debit card transactions are accepted for the Contest.

GLOBAL SYSTEM FOR MOBILE COMMUNICATION (GSM) KIT FOR VEHICLE S ALARM SYSTEM NIK MOHD KHAIRULFAHMI BIN NIK MAT

MOTORCYCLE POLICY TYPES OF COVER OUR AGREEMENT SECTION A - LOSS OR DAMAGE TO YOUR VEHICLE

4. LAMPIRAN A - Maklumat Penyebut Harga

Maybank 2 Cards Agreement These are the terms & conditions governing the use of your Maybank 2 Cards issued by Maybank Malaysia which is binding on

ENAKMEN LEMBAGA URUS AIR SELANGOR 1999

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

PRIVATE CAR INSURANCE POLICY

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Get a Black & Decker Car Vacuum with PB-Petron Visa Gold Credit Card Campaign. Terms and Conditions

Page 1 of 1. Page 2 of 2 % &! " '! ( ' ( $) * +, - % -. !" # $

Motorcycle Insurance. RHB Insurance Berhad

Standard Fees RM Optional Fees (if applicable only) RM

DEVELOP AND DESIGN SHEMATIC DIAGRAM AND MECHANISM ON ONE SEATER DRAG BUGGY MUHAMMAD IBRAHIM B MD NUJID

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

The MAS American Express Platinum Business Card gives you more Enrich Miles. With Automatic Enrich Gold Status. Apply now and enjoy :

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

Warta Kerajaan Diterbitkan dengan kuasa

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 5 TAHUN 2007 TATACARA PENGURUSAN PEROLEHAN KERAJAAN SECARA TENDER

PERINTAH AM BAB E : RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN PERINTAH AM BAB E

Get 100% Cash Back* on your TNB bill when you pay with your American Express Card

DESIGN AND DEVELOPMENT OF MICRO HYDROPOWER FOR UNDERSERVED COMMUNITIES

Manpower Planning Utilizing Work Study at Data Storage Manufacturing Company

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

SMART SHOES CHARGER TAN CHEE CHIAN

Motor Trade (Road Risk)

HOME AUTOMATION SYSTEM USING POWER LINE COMMUNICATION DARLENE BINTI MOHAMAD DOUGLAS

HOME ALARM SYSTEM USING DETECTOR SENSOR MD KHAIRUL AMRI B MD ZAIN

GSM BASED HOME SECURITY SYSTEM CHENG KAR LOCK

AmBank / AmBank Islamic Credit Card Acquisition Apply & Get Cash Programme Terms and Conditions

NAMA:... Tingkatan :... BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

THE FINGERPRINT IDENTIFICATION OF ATTENDANCE ANALYSIS & MANAGEMENT. LEE GUAN HENG (Software Engineering)

JOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING. A thesis submitted in partial fulfillment of. the requirements for the award of the degree of

PERATURAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA DAN SARJANA MUDA SEPENUH MASA

MALAYSIA GARIS PANDUAN KERJASAMA AWAM-SWASTA (PUBLIC PRIVATE PARTNERSHIP - PPP) Unit Kerjasama Awam-Swasta Jabatan Perdana Menteri PUTRAJAYA

DESIGNING A PEPPER HARVESTER END EFFECTOR TIONG ING HO. This project is submitted in partial fulfillment of

CREDIT CARD APPLICATION FORM/ BORANG PERMOHONAN KAD KREDIT

KERAJAAN MALAYSIA. Pungutan Hasil Dan Terimaan Bukan Hasil Secara Online

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA SPECIFICATION FOR MONTHLY TAX DEDUCTION (MTD) CALCULATIONS USING COMPUTERISED CALCULATION METHOD FOR PCB 2012

TADBIR URUS PORTAL JABATAN PEGUAM NEGARA

CLIENT SERVER APPLICATION FOR SERVER FARM PERFORMANCE MONITORING ABDIRASHID HASSAN ABDI

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

LONPAC INSURANCE BHD ( T)

LICENSE PLATE RECOGNITION OF MOVING VEHICLES. Siti Rahimah Binti Abd Rahim

MASTER S PROJECT REPORT SUMMARY

How To Get A Lift Lift (Truck)

Melayu Definisi, Melayu Polisi dan Bukan Me1ayu dalam

Program Mikro Kredit Berasaskan Ar Rahnu. Ar Rahnu-Based Micro Credit Programme

CONTROL HOME APPLIANCES VIA INTERNET (CoHAVI) SOFTWARE DEVELOPMENT SHIRRENE A/P NAI SOWAT

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

Transcription:

Penerbangan Awam (Pindaan) 1 D.R. 26/2015 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a Suatu Akta untuk meminda Akta Penerbangan Awam 1969. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penerbangan Awam (Pindaan) 2015. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan am 2. Akta Penerbangan Awam 1969 [Akta 3], yang disebut Akta ibu dalam Akta ini, dipinda dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan padang terbang dengan perkataan aerodrom, di mana-mana jua terdapat kecuali dalam takrif padang terbang dan padang terbang Kerajaan dalam seksyen 2. Pindaan seksyen 2 3. Seksyen 2 Akta ibu dipinda (a) dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memasukkan sebelum takrif anak kapal takrif yang berikut: aerodrom ertinya mana-mana kawasan tanah atau air, termasuklah apa-apa lapangan terbang, lapangan

2 Rang Undang-Undang terbang kecil (termasuklah lapangan terbang kecil air), lapangan helikopter, bangunan, pepasangan dan kelengkapan, untuk digunakan secara keseluruhan atau sebahagiannya bagi pendaratan, pelepasan atau pergerakan kapal udara; aerodrom Kerajaan ertinya mana-mana aerodrom di bawah kawalan Menteri dan termasuklah mana-mana aerodrom Angkatan Tentera atau tentera pelawat; ; (b) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan takrif aerodrome dengan takrif yang berikut: aerodrome means any area of land or water, including any airport, airstrip (including water airstrip), heliport, building, installation and equipment, for the use wholly or partly for the arrival, departure or movement of aircraft; ; (c) dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memotong takrif krew ; (d) dengan menggantikan takrif lapangan terbang dengan takrif yang berikut: lapangan terbang ertinya agregat tanah yang terdapat dalam suatu aerodrom termasuklah bangunan, hangar kapal udara, tempat penyimpanan, kemudahan, jalan dan tempat letak kereta yang digunakan atau dicadangkan untuk digunakan secara keseluruhan atau sebahagiannya bagi maksud atau berkaitan dengan pengendalian aerodrom itu; ; (e) dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memotong takrif padang terbang dan padang terbang Kerajaan ; dan (f) dengan memasukkan sebelum takrif syarikat berlesen takrif yang berikut: sewa atau upah ertinya apa-apa bayaran, balasan, ganjaran atau manfaat yang dicaj, diminta, diterima atau dikutip secara langsung atau secara tidak langsung oleh mana-mana orang bagi penggunaan sesuatu kapal udara;.

Pindaan seksyen 3 Penerbangan Awam (Pindaan) 3 4. Seksyen 3 Akta ibu dipinda dalam subseksyen (2) (a) dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut: (a) mengawal selia penggunaan kapal udara dalam penerbangan untuk sewa atau upah dengan mengadakan suatu sistem pensijilan atau selainnya berkenaan dengan perkara teknikal dan perihal selamat; ; (b) dengan menggantikan perenggan (n) dengan perenggan yang berikut: (n) menetapkan caj dan fi yang kena dibayar kepada Jabatan Penerbangan Awam di bawah Akta ini dan cara untuk memungut dan membayar caj dan fi itu; ; dan (c) dengan memotong perenggan (nn). Penggantian seksyen 5a 5. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 5a dengan seksyen yang berikut: Menubuhkan, menyenggarakan dan mengendalikan aerodrom 5a. (1) Menteri boleh (a) membenarkan mana-mana orang untuk menubuhkan suatu aerodrom di Malaysia untuk pelepasan dan pendaratan mana-mana kapal udara yang terlibat dalam membawa penumpang, mel atau kargo untuk sewa atau upah; dan (b) membenarkan mana-mana orang untuk menubuhkan, dan melesenkan mana-mana orang untuk menyenggarakan atau mengendalikan, suatu aerodrom di Malaysia untuk pelepasan dan pendaratan mana-mana kapal udara yang terlibat dalam membawa penumpang, mel atau kargo bukan untuk sewa atau upah.

4 Rang Undang-Undang (2) Bagi maksud subseksyen (1), Menteri boleh mengenakan terma-terma dan syarat-syarat yang difikirkan perlu. (3) Mana-mana orang yang menubuhkan suatu aerodrom tanpa kebenaran atau menyenggarakan atau mengendalikan suatu aerodrom tanpa lesen di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya. (4) Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana terma dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.. Pindaan seksyen 24a 6. Seksyen 24a Akta ibu dipinda (a) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut: (1) Menteri boleh memberikan lesen kepada suatu syarikat yang dinamakan oleh Kerajaan di bawah seksyen ini untuk mengadakan apa-apa perkhidmatan dalam aerodrom atau selainnya, selain perkhidmatan pengendalian darat dan pengendalian aerodrom yang tertakluk kepada Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta ]. ; dan (b) dengan memotong perenggan (2)(c). Pindaan seksyen 24f 7. Seksyen 24f Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan satu ratus ribu ringgit dengan perkataan lima ratus ribu ringgit.

Pindaan seksyen 24k Penerbangan Awam (Pindaan) 5 8. Seksyen 24k Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan lapangan terbang ditetapkan di mana-mana jua terdapat dengan perkataan aerodrom. Bahagian baru VIIIb 9. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian VIIIa bahagian yang berikut: Bah a g i a n VIIIb PENGUATKUASAAN DAN PENYIASATAN Pegawai diberi kuasa 24l a. (1) Ketua Pengarah boleh secara bertulis memberi kuasa mana-mana pegawai Jabatan Penerbangan Awam untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini. (2) Dalam menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah apabila diminta mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak kuasa yang diberikan kepadanya oleh Ketua Pengarah. Kuasa penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan 24l b. Pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa pegawai polis tidak kira apa jua pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], kecuali kuasa untuk menangkap tanpa waran, berhubung dengan penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan, dan apa-apa kuasa itu hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan bukan pengurangan kuasa itu.

6 Rang Undang-Undang Kuasa untuk menghendaki maklumat 24l c. (1) Pegawai diberi kuasa boleh membuat suatu perintah di bawah subseksyen (2) terhadap mana-mana orang jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu (a) mempunyai apa-apa maklumat atau apa-apa dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa di bawah Akta ini; atau (b) berupaya memberikan apa-apa keterangan yang pegawai diberi kuasa mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa keterangan itu berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa di bawah Akta ini. (2) Perintah di bawah subseksyen (1) boleh menghendaki orang itu (a) untuk memberikan pegawai diberi kuasa apa-apa maklumat itu; (b) untuk mengemukakan kepada pegawai diberi kuasa apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik; (c) untuk membuat salinan apa-apa dokumen dan mengemukakan salinan itu kepada pegawai diberi kuasa; (d) jika orang itu ialah seorang individu, untuk hadir di hadapan pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan mana-mana dokumen itu, sama ada dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik; (e) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan atau badan awam, untuk menyebabkan pegawai berwibawa pertubuhan perbadanan atau badan awam itu supaya hadir di hadapan pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk

Penerbangan Awam (Pindaan) 7 memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan mana-mana dokumen itu, sama ada dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik; atau (f) jika orang itu ialah suatu perkongsian, untuk menyebabkan seorang individu yang merupakan seorang pekongsi dalam perkongsian itu atau seorang pekerja dalam perkongsian itu supaya hadir di hadapan pegawai diberi kuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apaapa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik. (3) Orang yang diperintahkan sedemikian di bawah subseksyen (1) hendaklah (a) memberikan maklumat atau dokumen yang dikehendaki dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa; dan (b) memastikan bahawa maklumat atau dokumen yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap dan hendaklah memberikan suatu representasi mengenai hakikat itu, termasuklah representasi bahawa dia tidak tahu tentang apa-apa maklumat atau dokumen lain yang mungkin menjadikan maklumat atau dokumen yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan. (4) Seseorang yang tidak mematuhi perintah pegawai diberi kuasa di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Kuasa untuk menjalankan pemeriksaan 24l d. (1) Bagi maksud menentukan pematuhan Akta ini, pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai akses kepada mana-mana tempat atau bangunan dan boleh memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada apa-apa

8 Rang Undang-Undang buku, buku minit, daftar atau dokumen lain yang dikehendaki untuk disimpan oleh Ketua Pengarah atau perlu bagi maksud menentukan pematuhan kepada Akta ini. (2) Bagi maksud seksyen ini, pegawai diberi kuasa boleh melalui notis secara bertulis menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan kepadanya apa-apa buku, buku minit, daftar atau dokumen lain yang berada dalam jagaan atau di bawah kawalan orang itu. (3) Mana-mana orang yang (a) tidak mengemukakan apa-apa buku, buku minit, daftar atau dokumen lain yang dikehendaki oleh pegawai diberi kuasa di bawah seksyen ini; atau (b) menggalang, mengugut, mengganggu, mengacau atau menghalang pegawai diberi kuasa semasa menjalankan apa-apa kuasa di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Kuasa untuk menyiasat 24l e. Pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk menjalankan penyiasatan jika terdapat sebab untuk mengesyaki bahawa (a) suatu kesalahan telah atau sedang dilakukan; (b) terdapat percubaan untuk melakukan suatu kesalahan; atau (c) terdapat komplot untuk melakukan suatu kesalahan, berhubung dengan Akta ini. Memberikan maklumat, keterangan atau dokumen palsu atau mengelirukan 24l f. Seseorang yang tidak mendedahkan atau meninggalkan untuk memberikan apa-apa maklumat atau keterangan atau dokumen yang berkaitan, atau memberikan apa-apa maklumat,

Penerbangan Awam (Pindaan) 9 keterangan atau dokumen yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk mempercayai adalah palsu atau mengelirukan, sebagai gerak balas kepada suatu arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Perintah pematuhan 24l g. (1) Jika pegawai diberi kuasa berpuas hati bahawa seseorang itu telah melakukan atau mungkin akan melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini, dia boleh membuat suatu perintah pematuhan di bawah seksyen ini. (2) Mana-mana orang yang terhadapnya suatu perintah pematuhan dibuat hendaklah mematuhi perintah itu. (3) Suatu perintah pematuhan boleh menghendaki seseorang supaya menahan diri daripada pelakuan yang melanggar Akta ini atau mengambil tindakan yang dikehendaki bagi mematuhi Akta ini. (4) Suatu perintah pematuhan hendaklah dibuat secara bertulis yang menyatakan alasan bagi pembuatannya. Pemberian maklumat 24l h. (1) Mana-mana orang yang (a) mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa seseorang pegawai diberi kuasa sedang bertindak, atau bercadang untuk bertindak, berkaitan dengan suatu penyiasatan yang sedang, atau akan, dijalankan di bawah atau bagi maksud Akta ini dan menzahirkan kepada manamana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin akan menjejaskan penyiasatan itu atau penyiasatan yang dicadangkan itu; atau (b) mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu penzahiran telah dibuat kepada seorang pegawai diberi kuasa

10 Rang Undang-Undang di bawah Akta ini dan menzahirkan kepada manamana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin menjejaskan apa-apa penyiasatan yang mungkin dijalankan berikutan dengan penzahiran itu, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. (2) Tiada apa pun dalam subseksyen (1) menjadikan suatu kesalahan bagi seseorang peguam bela dan peguam cara atau pekerjanya untuk menzahirkan apa-apa maklumat atau perkara lain (a) kepada pelanggannya atau wakil pelanggannya berkaitan dengan pemberian nasihat kepada pelanggan itu dalam penjalanan dan bagi maksud pengambilan khidmat profesional peguam bela dan peguam cara itu; atau (b) kepada mana-mana orang pada menjangkakan, atau berkaitan dengan dan bagi maksud, apa-apa prosiding undang-undang. (3) Subseksyen (2) tidaklah terpakai berhubungan dengan apa-apa maklumat atau perkara lain yang dizahirkan dengan tujuan untuk melaksanakan apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang. (4) Dalam prosiding terhadap seseorang bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini, menjadi pembelaan jika orang itu membuktikan bahawa (a) dia tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa penzahiran yang dibuat di bawah perenggan (1)(b) berkemungkinan menjejaskan penyiasatan itu; atau (b) dia mempunyai kuasa sah atau alasan munasabah untuk membuat penzahiran itu..

Penerbangan Awam (Pindaan) 11 HURAIAN Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Akta Penerbangan Awam 1969 ( Akta 3 ). 1. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan bagi permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan. 2. Fasal 2 bertujuan untuk meminda teks bahasa kebangsaan Akta 3 dengan menggantikan perkataan padang terbang dengan perkataan aerodrom di mana-mana jua terdapat kecuali dalam takrif padang terbang dan padang terbang Kerajaan dalam seksyen 2 bagi maksud penyeragaman dengan ungkapan yang digunakan dalam Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015. 3. Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 3 untuk memasukkan takrif baru tertentu dan meminda takrif tertentu yang sedia ada. 4. Fasal 4, 5, 6 dan 8 bertujuan untuk meminda seksyen 3, 5a, 24a dan 24k Akta 3 masing-masingnya. Pindaan ini berbangkit daripada pembuatan Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015. Fasal 4 bertujuan untuk meminda perenggan 3(2)(a) Akta 3 untuk memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan-peraturan yang berhubungan dengan penggunaan kapal udara dalam penerbangan untuk sewa atau upah dengan mengadakan suatu sistem persijilan atau selainnya berhubung dengan perkara teknikal dan perihal keselamatan. Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 5a Akta 3 untuk memberi Menteri kuasa untuk membenarkan mana-mana orang untuk menubuhkan aerodrom di Malaysia untuk pelepasan dan pendaratan mana-mana kapal udara yang terlibat dalam pengangkutan penumpang, mel atau kargo untuk sewa atau upah dan membenarkan mana-mana orang untuk menubuhkan aerodrom, dan melesenkan mana-mana orang untuk menyenggarakan atau mengendalikan aerodrom di Malaysia untuk pelepasan dan pendaratan mana-mana kapal udara yang terlibat dalam pengangkutan penumpang, mel atau kargo bukan untuk sewa atau upah. Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 24a Akta 3 untuk memberi Menteri kuasa untuk memberikan lesen kepada suatu syarikat yang dinamakan oleh Kerajaan untuk mengadakan apa-apa perkhidmatan dalam aerodrom atau selainnya, selain perkhidmatan pengendalian darat dan pengendalian aerodrom yang tertakluk kepada Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015. Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 24k Akta 3 untuk menggantikan perkataan lapangan terbang ditetapkan dengan perkataan aerodrom. 5. Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 24f Akta 3 untuk menaikkan denda daripada satu ratus ribu ringgit kepada lima ratus ribu ringgit. 6. Fasal 9 bertujuan untuk memasukkan bahagian baru VIIIb untuk mengadakan peruntukan mengenai penyiasatan dan penguatkuasaan dan perkara yang berkaitan.

12 Rang Undang-Undang IMPLIKASI KEWANGAN Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan. [PN(U2)2982]