Katakunci : faktor, pencapaian pelajar, Fizik

Similar documents
A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

How To Get A Job At A Bank

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

Katakunci : penilaian kokurikulum

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

Katakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0. Pengenalan

Katakunci : kefahaman murid, konsep jirim

Katakunci : tahap stress, tahap kepuasan kerja, pensyarah UTM

HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT

Katakunci : alat bantu mengajar (ABM), guru teknikal

Katakunci : masalah, guru Pendidikan Khas program Integrasi, pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

SUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK: SEJAUHMANAKAH HUBUNGAN INI RELEVAN?

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Katakunci : faktor, pemilihan bidang keusahawanan

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

How To Learn To Learn From A Computer

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Ilmu Faraid

Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 33 51, 2010

Katakunci : kecergasan kardiovaskular, daya tahan otot kaki, latihan simulasi haji dan umrah.

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Januari 2014, Bil. 2 Isu 1

CHE ZANARIAH CHE HASSAN FADZILAH ABD RAHMAN

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

M2-2: Rancangan dan Cadangan Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

KESAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR VISUAL DALAM PENGAJARAN SUBJEK SAINS TAHUN TIGA. Oleh. Christopher Lu Wei Wang

Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti

Katakunci : gaya komunikasi, guru besar, komitmen guru,

K-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran

KEPENTINGAN KEFAHAMAN KONSEP DALAM MATEMATIK

TAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH

Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 29 47, 2008

PRODUCTIVITY IMPROVEMENT VIA SIMULATION METHOD (MANUFACTURING INDUSTRY) HASBULLAH BIN MAT ISA

IMPACT OF SELF-CORRECTION ON EXTROVERT AND INTROVERT STUDENTS IN THE EFL WRITING PROGRESS REZA HAJIMOHAMMADI

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

Universiti Kuala Lumpur Kampus Kota MALAYSIAN INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY 1016, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur

UNIT 5 PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN

MASTER S PROJECT REPORT SUMMARY

Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan

HAJI MOHD NOR BIN JAAFAR

Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Di Kalangan Guru-Guru Ketua Panitia Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Daerah Kulim Bandar Baharu

THE RELATIONSHIP BETWEEN HUMAN RESOURCE INFORMATION SYSTEM (HRIS) AND HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (HRM) ALFRED PUN KHEE SEONG

BAB EMPAT METODOLOGI KAJIAN

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan Prasarana yang Disediakan di Politeknik Banting Selangor bagi Sesi Disember 2012

Katakunci : kadar denyutan jantung, tahap dehidrasi, atlet larian jarak dekat

DEPARTMENT OF ESTATE -MANAGEMENT FACULTY OF ARCHITECTURE, PLANNING AND SURVEYING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KAJIAN TENTANG KEPUASAN BEKERJA DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS (A STUDY ON JOB SATISFACTION AMONG SPECIAL EDUCATION TEACHERS)

Tingkah Laku Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak. oleh. Mahadi bin Hj. Khalid Institut Perguruan Batu Lintang

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

Exploring Primary and Secondary School Students Perception towards Online Mathematics Tuition: A Case Study

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): HASNAH TORAN, MOHD. HANAFI MOHD. YASIN, MOHD. MOKHTAR TAHAR & NORANI SALLEH

TOPIK 1 Konsep Pengukuran dan Skala Pengukuran

Communication, Universiti Sains Malaysia, Penang. 2 Kamaliah Haji Siarap is a Lecturer at the School of Communication,

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

Identifikasi Psikomotor, Kognitif, Sosioemosi dan Bahasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah Menggunakan Pendekatan Belajar Melalui Bermain

A STUDY OF SECURITY LIMITATIONS IN VIRTUAL LOCAL AREA NETWORK IMPLEMENTATION

Kata kunci: kesihatan mental; pengetahuan; sosio-demografi; kempen komunikasi ABSTRACT

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Teori Kepemimpinan: Teori Trait dan Tingkahlaku. Dr. Foo Say Fooi

Komunikasi Interpersonal Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Melaka

CLIENT SERVER APPLICATION FOR SERVER FARM PERFORMANCE MONITORING ABDIRASHID HASSAN ABDI

Dimensi Amalan Etika Profesion

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA

KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR PENCAPAIAN AKADEMIK RENDAH BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN 4

BENGKEL INOVASI PEDAGOGI. Penyelesaian Masalah Matematik Sekolah Rendah dengan Menggunakan Strategi Melukis Gambar Rajah. oleh

Feasibility of Teaching Public Relations Courses Through E-Learning: A Case Study in Malaysia

PENILAIAN PETA MINDA BUZAN BERDASARKAN RUBRIK ANALITIK

JOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING. A thesis submitted in partial fulfillment of. the requirements for the award of the degree of

Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan

KAJIAN TERHADAP PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM TINGKAH LAKU MEMBELI DI KALANGAN PENNGUNA: KAJIAN KES DI JOHOR BAHRU.

FACTORS INFLUENCING GENDER GAP IN HIGHER EDUCATION OF MALAYSIA: A UNIVERSITY OF MALAYA SAMPLE

NOOR HANIRA BINTI MAHIDIN

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka

CORAK KOMUNIKASI KELUARGA DALAM KALANGAN KELUARGA MELAYU DI TERENGGANU

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009, 7 Mei 2009, UTHM

Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor.

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA PENGAMBILAN FEBRUARI 2016

Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di kalangan Guru Sekolah Bestari

STRUKTUR, STRATEGI DAN PRESTASI PENGURUSAN FASILITI

KAJIAN PUNCA, RISIKO MEROKOK DAN SUMBANGAN MEROKOK TERHADAP PENAGIHAN BAHAN. SATU KAJIAN DI PUSAT GIAT MARA BUKIT PAYONG, MARANG, TRENGGANU

PENGESAHAN DAN PENGGUNAAN UJIAN MATEMATIK TAHUN EMPAT SEKOLAH RENDAH : ANALISIS RASCH ROSMAWATI MUSA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

How To Get A Better At Pengajaran

RFID BASED SYSTEMATIC STUDENT S ATTENDANCE MANAGEMENT SYSTEM HANISAH BINTI HAMID. Faculty of Electrical and Electronic Engineering

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

BAB 3 METODOLOGI. Bab ini membincangkan tentang reka bentuk penyelidikan, kaedah. penyelidikan, populasi dan sampel, instrumen dan kesahan serta

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Kajian Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan Perpustakaan Universiti Awam di Malaysia

PENCAPAIAN HOSPITAL PERFORMANCE INDICATOR FOR ACCOUNTABILITY (HPIA) No Indikator Standard Julai - Disember 2015

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidiikan PKPGB 2008, 16 Oktober 2008, UTHM.

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DALAM KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR WAN NOREHAN BINTI WAN MAMAT

Transcription:

Kajian Terhadap Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar 4SPP Dan 4SPF Dalam Subjek Fizik Diuniversiti Teknologi Malaysia Noraffandy Bin Yahaya & Lee Kwan How Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor matematik, kaedah pengajaran pensyarah, kefahaman terhadap amali, dan faktor jantina dalam mempengaruhi pencapaian pelajar 4SPP dan 4SPF dalam subjek Fizik. Terdapat empat objektif kajian yang ingin dicapai. Pertama, mengenal pasti faktor kelemahan dalam subjek Fizik berasas kepada faktor kelemahan dalam matematik. Kedua, mengenal pasti faktor kelemahan dalam subjek Fizik berasas kepada faktor kekurangan kefahaman tentang amali Fizik. Ketiga, mengenal pasti faktor kelemahan dalam subjek Fizik berasas kepada faktor kaedah pengajaran pensyarah. Keempat, mengenal pasti faktor kelemahan dalam subjek Fizik berasas kepada faktor jantina.kajian melibatkan 44 orang pelajar dari subjek 4SPP dan 4SPF di Fakulti Pendidikan, UTM. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan satu set soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisisan komputer Statistical Packages For Social Sciences (SPSS 15.0). Analisis data kajian menggunakan kaedah kekerapan, peratusan, dan min. Daripada nilai min yang diperolehi, didapati bahawa faktor matematik, kaedah pengajaran pensyarah dan kefahaman terhadap amali banyak mempengaruhi pencapaian pelajar dalam subjek fizik manakala faktor jantina tidak mempengaruhi pencapaian pelajar dalam subjek fizik. Kajian ini juga diharapkan dapat membantu pihak universiti dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek fizik. Katakunci : faktor, pencapaian pelajar, Fizik Pengenalan Fizik merupakan salah satu cabang sains yang mengkaji fenomena yang berlaku dalam kehidupan alam sekeliling. Antaranya termasuklah optik, daya, elektrik, mekanik dan haba. Fizik amat penting terhadap semua aspek sains yang lain termasuklah Sains Kimia, Sains Bahan dan Geologi. Di peringkat universiti, subjek Fizik sering dikaitkan dengan Mekanik Kuantum, lohong hitam, dan teori kerelatifan. Pelbagai teori yang terkenal sering membuat pelajar terasa tertekan dan susah. Pelajar-pelajar yang mengambil subjek Fizik sering diberi pandangan yang positif dan hebat dalam aspek sains. Imej ahli Fizik yang terkenal, Albert Einstein sering dikaitkan dengan pelajar-pelajar Fizik. Namun, pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Fizik sering dikhuatiri oleh pihak pensyarah, universiti dan masyarakat. Dalam proses pembelajaran Fizik, pelajar terpaksa menghadapi rumus-rumus dan teori-teori Fizik yang rumit. Ini memerlukan asas Fizik dan matematik yang kukuh pada peringkat sekolah menengah. Justeru, faktor pensyarah, dan jantina turut memberi pengaruh yang kuat kepada pencapaian pelajar subjek Fizik. Oleh itu, dalam kajian ini, pengkaji ingin mencari faktor-faktor yang mempengaruhi pencapain pelajar-pelajar UTM dalam mata pelajaran Fizik. Pernyataan Masalah Salah satu daripada matlamat sistem pendidikan ialah mendapat pencapaian akedemik yang cemerlang. Oleh yang demikian, pelajar harus mempunyai keupayaan untuk lulus

cemerlang dalam mata pelajaran yang diambil semasa peperiksaan. Walaupun dilihat terdapat pelajar yang mencapai tahap yang membanggakan, tetapi masih terdapat pelajar yang ketinggalan dalam subjek Fizik. Pelajar mempunyai peranan utama dalam menentukan kecemerlangan prestasi mereka dalam peperiksaan. Kajian ini akan memfokaskan pelajar-pelajar 4SPP dan 4SPF yang mengambil subjek Fizik sebagai subjek utama mereka. Kajian ini akan mengkaji faktor-faktor yang mungkin menjadi masalah dalam usaha pencapaian prestasi yang baik dalam subjek Fizik. Ketidakcemerlangan pelajar dalam subjek Fizik telah menarik perhatian pengkaji. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor kelemahan dalam Matematik, faktor kaedah pengajaran pensyarah, faktor kekurangan kefahaman tentang amali dan faktor jantina. Semua faktor ini akan dibincangkan dalam bab-bab yang seterusnya. Kajian ini perlu dijalankan supaya dapat kita mengenal pasti sama ada faktorfaktor tersebut betul-betul mempengaruhi pencapaian pelajar dalam subjek Fizik atau tidak. Diharapkan keputusan kajian ini dapat memberi maklumat-maklumat yang penting kepada pihak Universiti Teknologi Malaysia dan pensyarah-pensyarah dalam usaha mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam subjek Fizik pada masa yang akan datang. Objektif Kajian 1. Mengenalpasti faktor kelemahan dalam subjek Fizik berasas kepada faktor kelemahan dalam matematik. 2. Mengenalpasti faktor kelemahan dalam subjek Fizik berasas kepada faktor kekurangan kefahaman tentang amali Fizik. 3. Mengenalpasti faktor kelemahan dalam subjek Fizik berasas kepada faktor kaedah pengajaran pensyarah. 4. Mengenalpasti faktor kelemahan dalam subjek Fizik berasas kepada faktor jantina. Kepentingan Kajian Kajian ini dapat memberi maklumat kepada pihak fakulti dan UTM dalam usaha memperbaiki pencapaian pelajar yang mengambil subjek Fizik dan Sains. Hal ini demikian kerana fakulti dapat mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian dalam subjek fizik demi meningkatkan nama UTM di peringkat universiti mahupun antarabangsa. Selain itu, penghasilan kajian ini dapat memberi suatu gambaran kepada sesiapa yang ingin mengambil subjek fizik supaya dapat mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian dalam fizik. Hal ini dapat memberi peluang kepada mereka untuk membuat persediaan yang secukupnya sebelum mengambil bahagian dalam subjek ini. Rekabentuk Kajian Rekabentuk kajian yang digunakan ialah kajian deskriptif. Segala pengukuran terhadap objektif kajian adalah dibuat berdasarkan maklumbalas responden terhadap pernyataan yang terkandung di dalam soal selidik yang diedarkan. Menurut Mohd Majid Konting (1990), kajian berbentuk tinjauan adalah sesuai digunakan dalam penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Di dalam kajian ini, fenomena yang dikaji adalah faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar 4SPP dan 4SPF dalam subjek Fizik. Manakala menurut Sulaiman Ngah (1996), dengan melalui kaedah tinjauan, maklumat yang diperolehi dapat menentukan aliran masa kini dan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan persoalan

kajian bagi menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar 4SPP dan 4SPF dalam subjek Fizik. Populasi Kajian Populasi kajian ini terdiri daripada semua pelajar 4SPP dan 4SPF iaitu sebanyak 16 orang pelajar untuk 4SPP dan 28 orang pelajar untuk 4SPF. Jumlah bilangan populasi adalah sebanyak 44 orang pelajar. Pemilihan pelajar 4SPP dan 4SPF adalah kerana mereka merupakan pelajar yang major dalam aliran Fizik. Mereka merupakan sasaran yang paling sesuai untuk tajuk kajian ini yang ingin mencari faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Fizik. Justeru itu, pelajar 4SPP dan 4SPF merupakan pelajar yang paling veteran dibandingkan dengan pelajar tahun satu, dua mahupun tiga. Instrumen Kajian Menurut Tuckman (1988), kaedah soal selidik lebih mudah mendapatkan kerjasama daripada responden. Mereka bebas memilih, menyuarakan pandangan dan penilaian mengikut kehendak soal selidik serta tahu apa yang difikirkan. Selain itu, soal selidik merupakan satu instrumen yang lazim digunakan dalam kajian tinjauan. Soal selidik yang dikemukakan kepada responden terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Bahagian A: Bahagian A, merupakan soalan yang berkaitan dengan latar belakang responden yang merangkumi soalan yang berkaitan dengan kursus, jantina, CGPA. Responden hanya perlu menandakan [ / ] dalam ruangan yang disediakan. Bahagian B: Manakala bahagian ini terdiri daripada soalan-soalan yang diukur dengan menggunakan Skala Likert. Bagi setiap pernyataan yang dikemukakan, disediakan 5 cadangan jawapan untuk dipilih oleh responden. Pengkelasan skala adalah seperti berikut: 1 - Amat tidak setuju (ATS) 2 - Tidak setuju (TS) 3 - Tidak pasti (TP) 4 - Setuju (S) 5 - Amat setuju (AS) Responden dikehendaki menyatakan tahap persetujuan ataupun tidak terhadap soalansoalan yang dikemukakan dengan menandakan [/] pada pilihan yang dirasai paling sesuai pada penghujung setiap pernyataan. Bahagian ini terdiri dari 28 item soalan-soalan yang mempunyai perkaitan dengan pernyataan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian dalam mata pelajaran Fizik, iaitu faktor lemah dalam matematik, faktor kaedah pengajaran pensyarah, faktor kekurangan kefahaman tentang amali, dan faktor jantina. Kelompok item-item berdasarkan faktor penunjuk di jadual 1.

Jadual 1 Taburan item soal selidik mengikut aspek kajian Kajian Rintis Kajian ini dilakukan untuk mengetahui sejauh manakah responden memahami soalan yang dikemukakan, iaitu satu kaedah biasa untuk menilai kebolehpercayaan soalan yang dibina. Selain dari itu, kajian rintis juga digunakan untuk menganggarkan masa yang sesuai untuk mentadbir soal selidik. Menurut Mohamad Najib (1999), ujian Alpha Cronbach digunakan kerana ia merupakan salah satu ujian statistik bagi mendapatkan koefisien kebolehpercayaan. Hanya soalan bermutu dan baik sahaja dipilih manakala soalan yang bermasalah akan diperbaiki sebelum dimasukkan ke dalam set soal selidik yang akhir. Indeks kebolehpercayaan yang melebihi alpha (α) 0.6 boleh dianggap mencukupi. Pengkaji memilih secara rawak seramai 10 orang pelajar untuk menjalani kajian rintis. Nilai alpha yang didapati ialah 0.779. Oleh itu, tiada perubahan yang dilakukan ke atas kajian dan soalan boleh digunakan dalam kajian sebenar. Analisis Data Persoalan ini adalah untuk mengenalpasti sama ada faktor kekurangan kefahaman tentang amali menyebabkan kelemahan dalam fizik. Untuk tujuan ini, sebanyak tujuh item soalan telah dikemukakan dalam soal selidik di mana hasilnya dinyatakan dalam jadual 2. Jumlah min keseluruhan item digunakan untuk menjawab persoalan kajian ini. Jadual 2 Soal selidik yang berkaitan persoalan ketiga.

Untuk item 15, peratusan responden yang setuju bahawa amali Fizik itu penting ialah sebanyak 95.5 % (42 orang) manakala peratusan responden yang tidak setuju ialah sebanyak 4.5% (2 orang). Selain itu, peratusan responden yang tidak pasti ialah sebanyak 0 % (0 orang). Nilai min yang diperoleh untuk item ini ialah nilai min yang tertinggi iaitu sebanyak 4.34. Maka boleh disimpulkan bahawa responden bersetuju bahawa amali Fizik itu penting. Untuk item 16, peratusan responden yang setuju bahawa mereka dapat menghapuskan miskonsepsi terhadap konsep Fizik setelah melakukan Amali Fizik ialah sebanyak 50 % (22 orang) manakala peratusan responden yang tidak setuju ialah sebanyak 31.8 % (14 orang). Selain itu, peratusan responden yang tidak pasti ialah sebanyak 18.2 % (8 orang). Nilai min yang diperoleh untuk item ini ialah sebanyak 3.23. Maka boleh disimpulkan bahawa responden bersetuju bahawa mereka dapat menghapuskan miskonsepsi terhadap konsep Fizik setelah melakukan Amali Fizik. Untuk item 17, peratusan responden yang setuju bahawa amali Fizik merupakan sesuatu aktiviti yang menarik ialah sebanyak 75.0 % (33 orang) manakala peratusan responden yang tidak setuju ialah sebanyak 20.5 % (9 orang). Selain itu, peratusan responden yang tidak pasti ialah sebanyak 4.5% (2 orang). Nilai min yang diperoleh untuk item ini ialah sebanyak 3.70. Maka boleh disimpulkan bahawa responden bersetuju bahawa amali Fizik merupakan sesuatu aktiviti yang menarik. Untuk item 18, peratusan responden yang setuju bahawa amali Fizik membantu mereka dalam usaha memahami konsep Fizik ialah sebanyak 56.8 % (25 orang) manakala peratusan responden yang tidak setuju ialah sebanyak 38.6 % (17 orang). Selain itu, peratusan responden yang tidak pasti ialah sebanyak 4.5% (2 orang). Nilai min yang diperoleh untuk item ini ialah sebanyak 3.30. Maka boleh disimpulkan bahawa responden bersetuju bahawa amali Fizik membantu mereka dalam usaha memahami konsep Fizik Untuk item 19, peratusan responden yang setuju bahawa mereka dapat mengaitkan teori Fizik dengan amali Fizik yang dilakukan ialah sebanyak 56.9 % (25 orang) manakala peratusan responden yang tidak setuju ialah sebanyak 34.1 % (15 orang). Selain itu, peratusan responden yang tidak pasti ialah sebanyak 9.1% (4 orang). Nilai min yang diperoleh untuk item ini ialah sebanyak 3.32. Maka boleh disimpulkan bahawa responden bersetuju bahawa mereka dapat mengaitkan teori Fizik dengan amali Fizik yang dilakukan.

Untuk item 20, peratusan responden yang setuju bahawa mereka mengetahui apa yang mereka sedang lakukan dalam kelas amali Fizik ialah sebanyak 45.4% (20 orang) manakala peratusan responden yang tidak setuju ialah sebanyak 40.9 % (18 orang). Selain itu, peratusan responden yang tidak pasti ialah sebanyak 13.6% (6 orang). Nilai min yang diperoleh untuk item ini ialah sebanyak 3.11. Maka boleh disimpulkan bahawa responden bersetuju bahawa mereka mengetahui apa yang mereka sedang lakukan dalam kelas amali Fizik. Untuk item 21, peratusan responden yang setuju bahawa mereka berasa masa kelas amali perlu ditambahkan ialah sebanyak 31.8% (14 orang) manakala peratusan responden yang tidak setuju ialah sebanyak 54.6 % (24 orang). Selain itu, peratusan responden yang tidak pasti ialahsebanyak 13.6% (6 orang). Nilai min yang diperoleh untuk item ini ialah nilai min yang tertinggi iatitu sebanyak 2.77. Maka boleh disimpulkan bahawa responden tidak bersetuju bahawa mereka berasa masa kelas amali perlu ditambahkan. Secara keseluruhannya, hasil analisis soalan kajian ini memperlihatkan sebanyak 26 orang responden (58.8 %) yang bersetuju, dan 14 orang responden (32.2 %) yang tidak bersetuju, manakala 4 orang (9.1 %) yang tidak pasti. Purata nilai min ialah sebanyak 3.40. Ini menunjukkan hubungan faktor kekurangan kefahaman tentang amali menyebabkan kelemahan dalam fizik dengan responden adalah positif dan boleh dikatakan juga faktor kekurangan kefahaman tentang amali akan mempengaruhi pencapaian pelajar dalam Fizik. Perbincangan Persoalan kajian yang ketiga ialah Apakah persepsi pelajar terhadap pengaruh kekurangan kefahaman tentang amali Fizik terhadap pencapaian dalam subjek Fizik?. Menerusi kajian ini, penyelidik mendapati bahawa majoriti responden iaitu 45 orang, 95.5 % bersetuju bahawa amali fizik itu penting. Pernyataan ini disokong oleh Knecht (1965). Menurut Knecht (1965), eksperimen membolehkan pelajar untuk menunjuk, menerangkan dan menganalisis sesuatu fenomena fizik serta hokum yang terlibat. Selain itu, pelajar juga dapat memahami teori yang dipelajari dengan lebih mendalam dengan menyaksikan hasil eksperimen. Pembelajaran yang dijalankan akan lebih bermakna. Justeru itu, dalam item 16, kebanyakan responden bersetuju bahawa amali dapat menghapuskan miskonsepsi terhadap konsep fizik setelah melakukan amali. Pernyataan ini disokong oleh Webb (1992). Menurut Webb (1992), konsepsi salah tidak mudah dinyahkan dan didapati akan terus kekal walaupun hingga ke peringkat pendidikan tinggi. Maka, dengan bantuan amali, pelajar dapat memahami konsep fizik dengan lebih kuat. Menurut hasil dapatan item 20, kejadian sesetengah pelajar tidak sedar akan apa yang dijalankan oleh mereka sediri semasa membuat amali fizik sering berlaku di kalangan pelajar. Pelajar hanya mengikut arahan untuk mendapat nilai keputusan eksperimen sahaja. Walau bagaimanapun, Kebanyakan pelajar 4SPP dan 4PF tidak mengalami masalah ini. Ini mungkin kerana mereka sedar akan arah perkembangan sains. Pernayataan ini disokong oleh Constant (1967) bahawa perkembangan sains moden bergantung pada kombinasi kerja eksperimen dan teori. Maka, motivasi dalam diri sendiri supaya memahami teori di belakang amali yang sedang dilakukan akan lebih tinggi sekiranya pelajar betul-betul mahir dalam bidang sains fizik. Keseluruhannya, pengetahuan amali fizik merupakan sesuatu elemen Sains yang perlu dikuasai oleh para pelajar dalam usaha melonjakkan diri kepada pentas yang lebih tiggi dalam bidang fizik.

Rujukan Abu Zahari Abu Bakar (1988). Memahami psikologi pembelajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Atan bin Long ( 1978 ), Psikologi Pendidikan, Kuala Lumpur, DBP, Kementerian Pendidikan Malaysia. Ee Ah Meng, Pendidikan Di Malaysia 1, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah. 2nd ed. Malaysia: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Frank Woodbridge Constant (1967). Fundamental principles of physics. England: Addison- Wesley. Freshman (1989). Successful Achievement By Girls in Physics Learning. Journal Science Education. 11(1): 101-112. Ghazali bin Abdullah (1999). Pengaruh pencapaian matematik PMR terhadap prestasi dalam mata pelajaran fizik. Universiti Teknologi Malaysia: Degree. Thesis. Gott,Richard (1988), Investigative work in the science curriculum. New York: Macmillan. Gurian.M and Kathy Stevens (2006), The Minds Of Boys. New York: Wiley, John & Sons, Incorporated. Hudson dan McIntire (1977). Correlation between mathematical skills and success in physics. Am. J. Phys. 45(5): 470-471. Lucas, Keith B. (1994). Perceptions Of Assessment In A Senior Physics Class. Research in Science Education. Vol.( 24): 217-225 Mohamad Najib Abdul Gharfar, (1999). Penyelidikan Pendidikan. Malaysia: Penerbit Univerisiti Teknologi Malaysia. Mok Soon Sang (1992). Pedagogi 2 : Strategi pengajaran - pembelajaran,pengajaran mikro, persediaan untuk pengajaran praktik. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. Subahan Mohd. Meerah (1988/89). Perubahan-perubahan dalam kurikulum sains. Suara Pendidik, 102-109. Subahan Mohd. Meerah (1999). Dampak Penyelidikan Pembelajaran Sains Terhadap Perubahan Kurikulum. Majlis Syarahan Perdana 10 Julai 1999,Selangor, Malaysia: PENERBIT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Sulaiman Ngah Razali (1996). Analisis Data Dalam Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: DBP. Tuckman, Bruce W. (1988). Conducting Educational Research. San Diego, California: Harcourt Brace. Webb,G dan Schwartz,P. (1992). Case Studies on Teaching In Higher Education. London: Kogan Page. Weinburgh,M (1995). Gender Differences in Student Attitude, Journal Science A Meta Analysis of Literature From 1970-1991. 32(4): 387-398 W. Knecht (1965). UNESCO new trends in physics teaching, 1965/66-1970. France: Paris.