TOPIK 1 Konsep Pengukuran dan Skala Pengukuran



Similar documents
SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 33 51, 2010

Katakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0. Pengenalan

SUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK: SEJAUHMANAKAH HUBUNGAN INI RELEVAN?

MASTER S PROJECT REPORT SUMMARY

K-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN

TAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH

Katakunci : kefahaman murid, konsep jirim

Katakunci : penilaian kokurikulum

CLIENT SERVER APPLICATION FOR SERVER FARM PERFORMANCE MONITORING ABDIRASHID HASSAN ABDI

JOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING. A thesis submitted in partial fulfillment of. the requirements for the award of the degree of

How To Get A Job At A Bank

Kalkulus Fungsi Dua Peubah atau Lebih

Page 1 of 1. Page 2 of 2 % &! " '! ( ' ( $) * +, - % -. !" # $

STRESS EFFECT STUDY ON 6 DIFFERENT PATTERN OF TYRES FOR SIZE 175/70 R13 SYAHRIL AZEEM ONG BIN HAJI MALIKI ONG. for the award of the degree of

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

Teori Kepemimpinan: Teori Trait dan Tingkahlaku. Dr. Foo Say Fooi

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

KESAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR VISUAL DALAM PENGAJARAN SUBJEK SAINS TAHUN TIGA. Oleh. Christopher Lu Wei Wang

HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT

M2-2: Rancangan dan Cadangan Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

OCBC GREAT EASTERN CO-BRAND CARD FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) REBATE FEATURES, INTEREST FREE AUTO INSTALMENT PAYMENT PLAN (AUTO-IPP) AND BENEFITS

AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

Dimensi Amalan Etika Profesion

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA

Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti

CORAK KOMUNIKASI KELUARGA DALAM KALANGAN KELUARGA MELAYU DI TERENGGANU

BAB 3 METODOLOGI. Bab ini membincangkan tentang reka bentuk penyelidikan, kaedah. penyelidikan, populasi dan sampel, instrumen dan kesahan serta

HAJI MOHD NOR BIN JAAFAR

Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan

Komunikasi Interpersonal Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Melaka

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DALAM KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR WAN NOREHAN BINTI WAN MAMAT

Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 29 47, 2008

Katakunci : tahap stress, tahap kepuasan kerja, pensyarah UTM

PENGESAHAN DAN PENGGUNAAN UJIAN MATEMATIK TAHUN EMPAT SEKOLAH RENDAH : ANALISIS RASCH ROSMAWATI MUSA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

EXPERIMENTAL ANALYSIS OF PASSIVE BANDWIDTH ESTIMATION TOOL FOR MULTIPLE HOP WIRELESS NETWORKS NURUL AMIRAH BINTI ABDULLAH

How To Learn To Learn From A Computer

PRODUCTIVITY IMPROVEMENT VIA SIMULATION METHOD (MANUFACTURING INDUSTRY) HASBULLAH BIN MAT ISA

BENGKEL INOVASI PEDAGOGI. Penyelesaian Masalah Matematik Sekolah Rendah dengan Menggunakan Strategi Melukis Gambar Rajah. oleh

Katakunci : kecergasan kardiovaskular, daya tahan otot kaki, latihan simulasi haji dan umrah.

Menurut Harry K. Wong (1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru sendiri.

How To Get A Better At Pengajaran

TEORI PEMBELAJARAN Ahmad Johari Sihes

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

EFFECTIVE COST MANAGEMENT: APPLYING ACTIVITY BASED COSTING IN PRIVATE HEALTHCARE - (HAEMODIALYSIS SERVICES)

KONSEP PEMBELAJARAN Ahmad Johari Sihes

Universiti Kuala Lumpur Kampus Kota MALAYSIAN INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY 1016, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur

PENILAIAN PETA MINDA BUZAN BERDASARKAN RUBRIK ANALITIK

THE RELATIONSHIP BETWEEN HUMAN RESOURCE INFORMATION SYSTEM (HRIS) AND HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (HRM) ALFRED PUN KHEE SEONG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE NATURE OF HUMAN RESOURCE MANAGEMENT AND ORGANIZATIONAL CHANGE IN MALAYSIAN SMALL AND MEDIUM SIZED ENTERPRISES (SMES)

BAB EMPAT METODOLOGI KAJIAN

IMPACT OF SELF-CORRECTION ON EXTROVERT AND INTROVERT STUDENTS IN THE EFL WRITING PROGRESS REZA HAJIMOHAMMADI

2 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN Zainuddin Abu Bakar

KAJIAN TENTANG KEPUASAN BEKERJA DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS (A STUDY ON JOB SATISFACTION AMONG SPECIAL EDUCATION TEACHERS)

Kata kunci: kesihatan mental; pengetahuan; sosio-demografi; kempen komunikasi ABSTRACT

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

NAMA:... Tingkatan :... BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PROSES PENYELESAIAN MASALAH. Azlinda Azman, Ph.D Noriah Mohamed, Ph.D. Penyelesaian masalah merupakan matlamat utama dalam satu-satu proses

STRUKTUR, STRATEGI DAN PRESTASI PENGURUSAN FASILITI

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK HAMIDAH ABDUL RAHMAN (P) NORLIN AHMAD SHAH ROLLAH ABDUL WAHAB

KEPERLUAN DALAM PENDIDIKAN MORAL UNTUK MENGHADAPI CABARAN ERA PASCA MODENISME.

Program Peralihan Pembantu Makmal (PPPM) WFST1113 ASAS KERJA LAPANGAN KOMPAS, TRIGONOMETRI & MEMBUAT RINTISAN KOMPAS

Student Application Form

HOME ALARM SYSTEM USING DETECTOR SENSOR MD KHAIRUL AMRI B MD ZAIN

Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE EFFECT OF COMPUTER-BASED MUSIC EDUCATION SOFTWARE ON THE IDENTIFICATION OF NOTE-NAMES

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

Identifikasi Psikomotor, Kognitif, Sosioemosi dan Bahasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah Menggunakan Pendekatan Belajar Melalui Bermain

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KEINOVASIAN ORGANISASI DI INSTITUSI PENYELIDIKAN AWAM

Tingkah Laku Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak. oleh. Mahadi bin Hj. Khalid Institut Perguruan Batu Lintang

Student Application Form

Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): HASNAH TORAN, MOHD. HANAFI MOHD. YASIN, MOHD. MOKHTAR TAHAR & NORANI SALLEH

Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di kalangan Guru Sekolah Bestari

Katakunci : alat bantu mengajar (ABM), guru teknikal

Pengaruh Kepimpinan Pentadbir Sekolah Terhadap Pembelajaran Pelajar : Peranan Efikasi Kolektif Guru Sebagai Mediator

Katakunci : masalah, guru Pendidikan Khas program Integrasi, pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup

LEARNING MANAGEMENT SYSTEM(LMS) AND COURSE MANAGEMENT SYSTEM(CMS)

KATA PENGANTAR DATO SHAARI BIN ABDUL RAHMAN

Customer Service Charter

Katakunci : faktor, pemilihan bidang keusahawanan

6 PENGERTIAN KONSEP KENDIRI

Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CURRENT TRENDS AND PRACTICES IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT: A CASE STUDY IN YTL POWER SERVICES SDN. BHD.

Chapter 17 COMPLETION. 1. Receipt of notice from Contractor. 2. Final Inspection. PT

KEPENTINGAN KEFAHAMAN KONSEP DALAM MATEMATIK

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

BAB 3 SEMANTIK: PERLUASAN, PENYEMPITAN DAN PERUBAHAN MAKNA

Transcription:

HBEF3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan TOPIK 1 Konsep Pengukuran dan Skala Pengukuran Azman Fadzil

Galton dan Binet membuat kajian mengukur kebolehan individu. Bermula dengan kajian tersebut, konsep penilaian telah berkembang sehingga muncul beberapa istilah yang berkaitan seperti pengukuran (measurement), penilaian (evaluation) dan pentaksiran (assessment).

Apakah Maksud Pengukuran? Pengukuran ialah suatu proses di mana kita memperolehi huraian secara perangkaan tentang sesuatu ciri yang di miliki seseorang individu. Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik tentang sebanyak mana individu/pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu

Apakah Maksud Pengukuran? Pengukuran memberi jawapan kepada soalan Berapa banyak. Biasanya, kita mewakilkan sesuatu pengukuran berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu untuk menggambarkan keupayaan individu tersebut. Cth 1: Mohamad dapat 80% markah Sains. (markah) Cth 2: Ali mahir melukis (pemerhatian)

Apakah Maksud Pengukuran? Alat dalam pengukuran tidak menunjukkan keputusan yang betul-betul tepat Cth 1: Mohamad dapat 80% markah Sains. (markah) Adakah Mohamad betul-betul bagus? Adakah 80% itu bagus??

Apakah Maksud Pengujian? Pengujian mempunyai maksud yang lebih sempit atau khusus Pengujian bermaksud prosedur sistematik mengukur satu sampel perilaku dengan mengutarakan set soalan yang ditadbirkan secara terkawal dan uniform atau seragam.

Apakah Maksud Pengujian? Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Cronbach (1970) Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)

Apakah Maksud Pengujian? Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

Definisi m/s 6 Ekstrovert merupakan seorang individu yang lebih suka kepada dunia luar berbanding duniadalam. Individu yang mempunyai sifat ini biasanya terdiri daripada golongan yang agresif atau aktif di mana mereka suka bersosialisasi dan sering melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial. Introvert pula, individu yang mempunyai personaliti ini adalah orang yang bersifat pasif, emosional, pendiam dan kurang sosialisasi.

Apakah Maksud Penilaian? Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Apakah Maksud Penilaian? Mengikut Gay (1985) penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai atau tidak Akitiviti-aktiviti utama penilaian ialah: Menentukan piawai; Menganalisis data atau skor; dan Menilai atau menginterpretasi data atau skor berasaskan piawai yang ditetapkan.

Apakah Maksud Penilaian? Dalam bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau menilai pencapaian pelajar?

Apakah Maksud Pentaksiran? Pentaksiran ialah pelbagai prosedur yang digunakan untuk mendapatkan informasi tentang tahap prestasi seseorang murid. Satu daripada prosedur yang lazim digunakan ialah ujian. Pendekatan lain ialah seperti pemerhatian, kerja praktikal, penilaian kendiri pelajar dsbnya. Keyword : PROSES

ARAS UKURAN

2 Jenis Pengukuran KUANTITATIF Data berbentuk angka yang boleh diukur KUALITATIF Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temubual atau gambar atau video. MIXED MODE Gabungan kedua-duanya

Ciri-ciri Informasi Statistik 1. Magnitude Sama ada sesuatu skor itu lebih besar, sama sahaja atau kurang dari sesuatu skor yang lain. 2. Sela yang Sama Setiap skor mempunyai jarak di antara satu dengan yang lain yang sama. 3. Sifar yang Mutlak Satu point di mana nilai sifar boleh ditetapkan.

Skala NOMINAL Skala nominal ialah sekumpulan angka yang mewakili beberapa kategori variabel atau maklumat. Contohnya, dalam satu projek penyelidikan terdapat tiga kumpulan responden iaitu pelajar Melayu, pelajar Cina dan pelajar India di mana tiga angka berikut digunakan untuk tiga kumpulan responden tersebut: 1 bagi pelajar Melayu, 2 pelajar Cina dan 3 pelajar India.

Skala NOMINAL Nombor yang digunakan di sini hanyalah mewakili atau melambangkan kategori pemboleh ubah Ciri-ciri utama skala nominal: Setiap ahli hanya dimiliki oleh satu kategori sahaja, misalnya, individu yang dikelaskan ke dalam kategori Melayu tidak boleh menjadi ahli kategori etnik lain. Nombor yang mewakili setiap kategori tidak mempunyai nilai pemeringkatan, tetapi dianggap sebagai nama kategori sahaja. Pengkelasan data asal kepada data nominal bersifat satu kepada satu

Skala ORDINAL Skala ordinal ialah sekumpulan angka yang memberikan nilai pemeringkatan iaitu sesuatu angka itu boleh diketahui sama ada ianya melebihi angka yang lain. Misalnya, bagi empat orang murid; murid A, skor keseluruhan 95%, nombor 1 dalam kelas, murid B 90% nombor 2, murid C 80%, nombor 3 dan seterusnya, murid D, 60% nombor 4.

Skala ORDINAL Contoh lain skala ordinal ialah skala Likert Ciri-ciri utama skala ordinal : Kategori yang digunakan bagi mengkelaskan data ordinal adalah saling eksklusif. Ukuran yang diguna menunjukkan pemeringkatan secara logik. Ukuran mempunyai pemberat, iatu setiap kategori mempunyai pemberat yang kurang atau lebih berbanding kategori lain.

Skala SELA Skala Sela adalah nombor atau set nombor yang mempunyai nilai pemeringkatan dan juga nilai perbezaan bagi setiap unit sela yang sama nilai. Misalnya perbezaan suhu antara 35 darjah Celcius dengan 25 darjah Celcius adalah sama dengan perbezaan antara 15 darjah dan 5 darjah Celcius.

Skala SELA Nombor 35 adalah lebih tinggi nilainya dari 25 iaitu sebanyak 10. Demikian juga 15 lebih tinggi nilai berbanding 5. Perbezaannya sebanyak 10 juga. Skala sela mempunyai ciri-ciri nominal dan ordinal, terutamanya ciri-ciri aspek pemeringkatan. Tidak mempunyai nilai mutlak = 0 Mana mungkin ada suhu = 0

Ciri-ciri skala sela : Skala SELA Kategori yang digunakan bagi mengkelaskan data sela adalah saling eksklusif. Ukuran yang diguna menggambarkan susunan pemeringkatan secara logik. Ukuran yang diguna mempunyai pemberat, iaitu sesuatu ukuran sama ada lebih kecil atau lebih besar daripada yang lain. Ukuran dalam skala sela bernilai arbitrari (tidak mutlak). Nilai sifar (0) juga adalah arbitrari. Perbezaan satu unit ukuran mempunyai nilai yang sama bagi semua perbezaan ukuran.

Skala Nisbah Skala nisbah adalah set nombor mempunyai semua ciri skala sela dan ditambah pula dengan ciri nilai sifar mutlak. Dalam skala ini nilai sifar (0) adalah kosong. Misalnya, jika anda berumur 20 tahun, anda bukan sahaja tahu yang anda lebih tua dari seseorang yang berumur 15 tahun (magnitud), tetapi anda tahu yang anda 5 tahun lebih tua (sela yang sama).

Skala Nisbah Cont. Skala nisbah ini juga menunjukkan wujudnya poin di mana umur tidak wujud iaitu semasa seseorang itu dilahirkan. Nilai mutlak 0

Rumusan: Skala Pengukuran

Rumusan: Konsep Pengukuran

Tujuan Penilaian

Ulangan Kendiri Jelaskan perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian. Nyatakan perbezaan antara keempat-empat skala pengukuran (NOSeN) Nyatakan jenis skala untuk ukuran berikut: Jawatan (Pengetua, Penolong Kanan, Guru Kanan, Guru). Gred pencapaian (Gred A, B, C, D, F). Skor ujian Sejarah (45, 50, 60, 75, 87). Respon terhadap soal selidik (Ya, Tidak, Tidak Pasti).

Tamat Topik 1