Faktor-Faktor yang Berkaitan dengan Pencapaian Ekonomi Mahasiswa Universiti di Malaysia. oleh

Similar documents
A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

Katakunci : penilaian kokurikulum

SUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK: SEJAUHMANAKAH HUBUNGAN INI RELEVAN?

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

How To Get A Job At A Bank

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

Katakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0. Pengenalan

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

TAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH

Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti

Katakunci : kefahaman murid, konsep jirim

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

MASTER S PROJECT REPORT SUMMARY

How To Learn To Learn From A Computer

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

IMPACT OF SELF-CORRECTION ON EXTROVERT AND INTROVERT STUDENTS IN THE EFL WRITING PROGRESS REZA HAJIMOHAMMADI

PRODUCTIVITY IMPROVEMENT VIA SIMULATION METHOD (MANUFACTURING INDUSTRY) HASBULLAH BIN MAT ISA

Katakunci : kadar denyutan jantung, tahap dehidrasi, atlet larian jarak dekat

Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 33 51, 2010

Katakunci : tahap stress, tahap kepuasan kerja, pensyarah UTM

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Januari 2014, Bil. 2 Isu 1

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan Prasarana yang Disediakan di Politeknik Banting Selangor bagi Sesi Disember 2012

BAB 3 METODOLOGI. Bab ini membincangkan tentang reka bentuk penyelidikan, kaedah. penyelidikan, populasi dan sampel, instrumen dan kesahan serta

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

Communication, Universiti Sains Malaysia, Penang. 2 Kamaliah Haji Siarap is a Lecturer at the School of Communication,

Katakunci : faktor, pemilihan bidang keusahawanan

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL

FACTORS INFLUENCING GENDER GAP IN HIGHER EDUCATION OF MALAYSIA: A UNIVERSITY OF MALAYA SAMPLE

Universiti Kuala Lumpur Kampus Kota MALAYSIAN INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY 1016, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran

TOPIK 1 Konsep Pengukuran dan Skala Pengukuran

Katakunci : alat bantu mengajar (ABM), guru teknikal

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA PENGAMBILAN FEBRUARI 2016

Katakunci : kecergasan kardiovaskular, daya tahan otot kaki, latihan simulasi haji dan umrah.

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

JOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING. A thesis submitted in partial fulfillment of. the requirements for the award of the degree of

AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE NATURE OF HUMAN RESOURCE MANAGEMENT AND ORGANIZATIONAL CHANGE IN MALAYSIAN SMALL AND MEDIUM SIZED ENTERPRISES (SMES)

KAJIAN TENTANG KEPUASAN BEKERJA DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS (A STUDY ON JOB SATISFACTION AMONG SPECIAL EDUCATION TEACHERS)

KURSUS/ COURSE Kr/ Cr K/ L A/ T. Bahasa Melayu Asas/ Basic Malay Language Tamadun Islam dan Tamadun Asia/ Asian and Islamic Civilizations

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

Feasibility of Teaching Public Relations Courses Through E-Learning: A Case Study in Malaysia

THE RELATIONSHIP BETWEEN HUMAN RESOURCE INFORMATION SYSTEM (HRIS) AND HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (HRM) ALFRED PUN KHEE SEONG

Kata kunci: kesihatan mental; pengetahuan; sosio-demografi; kempen komunikasi ABSTRACT

SPA BEAUTY MANAGEMENT SYSTEM NAJIHAH BINTI RUSSLI

BAB EMPAT METODOLOGI KAJIAN

THE FACTORS THAT HINDER THE INTENTION OF BUSINESS MANAGEMENT GRADUATE TO CHOOSE ENTREPRENEUR AS THEIR CAREER NURUL HAZLYANA BINTI NOR AZLI

HUBUNGAN PERSONALITI, KEMAHIRAN SOSIAL, KEBIMBANGAN DAN RAKAN SEBAYA DENGAN TINGKAH LAKU DEVIAN DI KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI

Dimensi Amalan Etika Profesion

PENGESAHAN DAN PENGGUNAAN UJIAN MATEMATIK TAHUN EMPAT SEKOLAH RENDAH : ANALISIS RASCH ROSMAWATI MUSA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan

Marketing Analysis of the Higher Education Service Sector in Malaysia: Consumer Perspective

HUBUNGAN TEKANAN KERJA TERHADAP PRESTASI PEKERJA

Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor.

Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 29 47, 2008

M2-2: Rancangan dan Cadangan Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Kajian Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan Perpustakaan Universiti Awam di Malaysia

Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Ilmu Faraid

Tahap kefahaman ekopelancongan dalam kalangan komuniti lokal di Lata Jarum, Raub, Pahang

NOOR HANIRA BINTI MAHIDIN

KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR PENCAPAIAN AKADEMIK RENDAH BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN 4

KESAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR VISUAL DALAM PENGAJARAN SUBJEK SAINS TAHUN TIGA. Oleh. Christopher Lu Wei Wang

UNIT 5 PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN

HAJI MOHD NOR BIN JAAFAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CURRENT TRENDS AND PRACTICES IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT: A CASE STUDY IN YTL POWER SERVICES SDN. BHD.

EFFECTIVE COST MANAGEMENT: APPLYING ACTIVITY BASED COSTING IN PRIVATE HEALTHCARE - (HAEMODIALYSIS SERVICES)

DEPARTMENT OF ESTATE -MANAGEMENT FACULTY OF ARCHITECTURE, PLANNING AND SURVEYING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

STRATEGI MEMBINA DAN MENGEKALKAN HUBUNGAN ANTARA KERAJAAN DENGAN RAKYAT MELALUI LAMAN SESAWANG

DEVELOPMENT OF SCHEDULING SYSTEM FOR STAMPING DIE PRODUCTION USING SIMULATION DISPATCH APPROACH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar

KAJIAN TERHADAP PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM TINGKAH LAKU MEMBELI DI KALANGAN PENNGUNA: KAJIAN KES DI JOHOR BAHRU.

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA

Katakunci : masalah, guru Pendidikan Khas program Integrasi, pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup

Manpower Planning Utilizing Work Study at Data Storage Manufacturing Company

PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM ILMU PENDIDIKAN DI MAKTAB PERGURUAN, TAHUN 1957 HINGGA1986

KEINOVASIAN ORGANISASI DI INSTITUSI PENYELIDIKAN AWAM

CHE ZANARIAH CHE HASSAN FADZILAH ABD RAHMAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE EFFECT OF COMPUTER-BASED MUSIC EDUCATION SOFTWARE ON THE IDENTIFICATION OF NOTE-NAMES

Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): HASNAH TORAN, MOHD. HANAFI MOHD. YASIN, MOHD. MOKHTAR TAHAR & NORANI SALLEH

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

PENCAPAIAN HOSPITAL PERFORMANCE INDICATOR FOR ACCOUNTABILITY (HPIA) No Indikator Standard Julai - Disember 2015

EXPERIMENTAL ANALYSIS OF PASSIVE BANDWIDTH ESTIMATION TOOL FOR MULTIPLE HOP WIRELESS NETWORKS NURUL AMIRAH BINTI ABDULLAH

How To Get A Better At Pengajaran

HOME ALARM SYSTEM USING DETECTOR SENSOR MD KHAIRUL AMRI B MD ZAIN

KAJIAN HUBUNGAN KAUM DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH PEMBANGUNAN SOSIAL, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PEMBERIAN WANG TUNAI SEBAGAI GANTIAN BAGI CUTI REHAT YANG TIDAK DAPAT DIHABISKAN OLEH PEGAWAI LANTIKAN SECARA KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE)

Katakunci : gaya komunikasi, guru besar, komitmen guru,

CLIENT SERVER APPLICATION FOR SERVER FARM PERFORMANCE MONITORING ABDIRASHID HASSAN ABDI

DEVELOP AND DESIGN SHEMATIC DIAGRAM AND MECHANISM ON ONE SEATER DRAG BUGGY MUHAMMAD IBRAHIM B MD NUJID

Transcription:

1 Faktor-Faktor yang Berkaitan dengan Pencapaian Ekonomi Mahasiswa Universiti di Malaysia oleh Chee Kim Mang Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang Pulau Pinang cheekm@tm.net.my ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengkaji perhubungan di antara beberapa faktor latar belakang, pendekatan pembelajaran dan pencapaian literasi ekonomi mahasiswa universiti. Tiga instrumen kajian digunakan adalah Inventori Pendekatan Pembelajaran (ASI), Instrumen Sikap Terhadap Disiplin Ekonomi (ATE), Instrumen Sikap Terhadap Isu-Isu Ekonomi (EAS) dan Ujian Literasi Ekonomi (TEL), manakala maklumat tentang faktor-faktor latar belakang juga disediakan. Kaedah tinjauan digunakan dan persampelan berlapis dua peringkat telah digunakan. Data dianalisis dengan menggunakan model persamaan berstruktur daripada perisian LISREL 8 (Joreskog & Sorbom, 1992). Beberapa dapatan yang signifikan hasil analisis data adalah bahawa pendekatan pembelajaran mempengaruhi secara langsung pencapaian literasi ekonomi. Bagi pendekatan permukaan pula, pencapaian literasi ekonomi dapat ditingkatkan sekira mahasiswa dipupuk sikap terhadap ekonomi yang positif. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa mahasiswa yang lebih tua lebih cenderung menggunakan pendekatan mendalam. Sebaliknya mahasiswa tahun pengajian pada akhir pengajian mereka lebih cenderung menggunakan pendekatan permukaan dan mahasiswa yang menggunakan pendekatan permukaan kurang menggunakan masa yang mencukupi untuk belajar sendiri. PENGENALAN Kajian ini adalah berkenaan dengan faktor-faktor yang menentukan pencapaian Ekonomi mahasiswa universiti di Malaysia. Fokus utama kajian ini adalah tentang faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi pencapaian tersebut. Sejak kursus Ekonomi diperkenalkan pada tahun 1960an di Institut Pengajian Tinggi, para pensyarah Jabatan Ekonomi Universiti Malaya telah menyuarakan kebimbangan mereka tentang kualiti mahasiswa yang memasuki Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya. Mereka berpendapat bahawa ramai mahasiswa kurang menguasai konsep-konsep asas dalam Ekonomi (Chew Sing Buan, Leong Yin Ching, Marimuthu dan Thong Lay Kim, 1983) dan mempunyai pengetahuan yang cetek tentang prinsip-prinsip Ekonomi (Gilani, 1967). Penyelidikan yang dijalankan oleh Mansor Md. Isa, Teh Hoe Yoke dan Yeoh Kok Kheng (1992) juga menunjukkan bahawa peratus kelulusan mahasiswa ekonomi Tahun Satu hingga Tiga dalam kertas-kertas teras (Ekonomi Mikro dan Ekonomi Makro) di Universiti Malaya untuk tempoh dua belas tahun (1979-1991) semakin merosot sejak kebelakangan ini. Misalnya, peratus kelulusan Ekonomi Mikro mahasiswa Tahun Satu telah merosot dari 98.7%

2 (1981-1982) ke 74% (1990-1991), manakala peratus kelulusan mahasiswa Tahun Kedua telah merosot dari 98% (1983-1984) ke 48% (1990-1991), sedangkan peratus kelulusan mahasiswa Tahun Ketiga telah merosot dari 98.7% (1983-1984) ke 45.4% (1989-1990). Data tersebut menunjukkan kemerosotan yang serius kerana hampir 53% telah menurun terutama bagi mahasiswa Tahun Kedua dan Ketiga. Begitu juga peratus kelulusan Ekonomi Makro mahasiswa Tahun Satu telah merosot dari 89.9% (1987-1988) ke 55.1% (1985-1986), manakala peratus kelulusan mahasiswa Tahun Kedua telah merosot dari 95.6% (1980-1981) ke 38.6% (1990-1991), sedangkan peratus kelulusan mahasiswa Tahun Ketiga telah merosot dari 91.2% (1983-1984) ke 28.6% (1989-1990). Kemerosotan yang paling serius (lebih daripada 57%) juga berlaku pada Tahun Kedua dan Ketiga. Kemerosotan ini adalah amat signifikan. Berkaitan dengan hal ini, para penyelidik telah mengemukakan beberapa faktor yang mengakibatkan kemerosotan kualiti mahasiswa ekonomi ini. Contohnya, Jomo Kwame Sundram (1992), mengatakan bahawa punca kemerosotan pencapaian mahasiswa ekonomi ini adalah disebabkan oleh faktor bahan bacaan dalam Bahasa Malaysia yang tidak bermutu dan tidak mencukupi serta tahap Bahasa Inggeris yang rendah menyebabkan mahasiswa mendapati susah untuk membuat rujukan yang kebanyakannya ditulis dalam Bahasa Inggeris. Penyelidikan Faridah Karim dan Rahmah Ismail (1992) pula mendapati bahawa mahasiswa universiti mengalami masalah mendapat bahan rujukan daripada perpustakaan, masalah tidak memahami bahan rujukan yang dibaca yang kebanyakannya dalam Bahasa Inggeris dan latar belakang Matematik yang lemah. Selain daripada itu, masalah mengikuti pengajaran pensyarah juga merupakan faktor yang dihadapi oleh mahasiswa dalam kursus mereka. Hasil dapatan di atas menunjukkan bahawa faktor-faktor tersebut boleh digolongkan ke dalam dua faktor utama, iaitu faktor dalaman seperti faktor kognitif, pembelajaran dan kemahiran asas dan faktor luaran seperti masalah kemudahan dan kuliah. Jelaslah bahawa masalah luaran yang berkaitan dengan kemudahan dan kuliah amat ditegaskan di dalam penyelidikan Faridah Karim dan Rahmah Ismail (1992). Akan tetapi setakat ini penyelidikan yang berkait dengan faktor dalaman termasuk aspek afektif dan kognitif masih kurang dijalankan berbanding dengan faktor luaran serta dapatan tersebut masih kurang konsisten. Justeru, faktor-faktor dalaman ini perlulah diselidiki dengan lebih mendalam lagi. Kerangka Konsep Kajian Kajian ini adalah mengenai perhubungan di antara pendekatan pembelajaran dengan pencapaian literasi Ekonomi dan sikap terhadap Ekonomi. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan mengkaji pengaruh beberapa pembolehubah luaran (tahun pengajian, keturunan, jantina, umur dan jumlah jam belajar) terhadap pendekatan pembelajaran. Rajah 1 memaparkan satu model hipotetikal kajian dengan menggunakan prosedur model persamaan berstruktur. Model persamaan berstruktur adalah kaedah analisis lintasan digunakan untuk melihat jalinan perhubungan di antara pembolehubah-pembolehubah serta melihat kepadanan pembolehubah-pembolehubah dengan model hipotetikal. Analisis lintasan pula merupakan lanjutan model regresi yang digunakan untuk menguji kepadanan matriks kovarian terhadap perhubungan 'causal' di antara pembolehubah-pembolehubah dalam model yang di kaji. Setiap pembolehubah bergantung diterangkan oleh satu atau beberapa

3 pembolehubah bebas di dalam model. Model ditakrifkan daripada kiri ke kanan. Tiap panah mempunyai pekali lintasan yang diperolehi menggunakan kaedah pemadanan kuasa dua terkecil. Pekali ini menunjukkan arah dan kuasa perhubungan antara dua pembolehubah tersebut. Nilai pekali lintasan berubah daripada +1.0 ke -1.0. Nilai pekali yang tinggi menunjukkan perhubungan yang kuat dan sebaliknya. Tanda positif bermakna nilai peningkatan pembolehubah-pembolehubah itu berlaku bersama-sama. Tanda negatif pula bermakna nilai peningkatan pembolehubah-pembolehubah itu berlaku secara songsang. Rajah 1 menunjukkan model hipotetikal kajian ini yang dicadangkan. Rajah 1 memaparkan pengaruh pembolehubah-pembolehubah luaran iaitu tahun pengajian, jantina, keturunan, umur dan jam belajar dan pembolehubah-pembolehubah dalaman iaitu pendekatan pembelajaran, sikap terhadap Ekonomi dan pencapaian literasi Ekonomi. Tahun Pengajian Jantina Keturunan Pendekatan Pembelajaran: Permukaan Lawan Mendalam Pencapaian ekonomi diukur berdasarkan pencapaian literasi ekonomi Umur Jumlah Jam Belajar Sikap terhadap subjek Ekonomi dan isu-isu Ekonomi Rajah 1: peranan pendekatan pembelajaran ke atas perhubungan di antara faktor latar belakang dan pencapaian ekonomi mahasiswa universiti. Tujuan Kajian Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang peranan pendekatan pembelajaran ke atas perhubungan di antara faktor latar belakang dan pencapaian Ekonomi mahasiswa universiti. Secara lebih spesifik, penyelidikan ini bertujuan untuk: Melihat perkaitan di antara pendekatan pembelajaran dengan pencapaian literasi Ekonomi dan beberapa pembolehubah latar belakang di kalangan mahasiswa ekonomi universiti tempatan. Soalan Kajian Berdasarkan tujuan kajian, kajian ini cuba menjawab soalan seperti berikut:

4 Adakah terdapat perkaitan di antara pendekatan pembelajaran yang digunakan dengan pencapaian literasi Ekonomi dan beberapa pembolehubah latar belakang di kalangan mahasiswa ekonomi universiti tempatan? Pencapaian Literasi Ekonomi Definisi Operasi Pencapaian Literasi Ekonomi adalah satu ujian prestasi pencapaian konsep-konsep asas Ekonomi yang pernah dipelajari pada masa lampau. Ujian Pencapaian Literasi Ekonomi ini memenuhi kriteria ujian pencapaian mengikut definisi Aiken (1998): Ujian pencapaian adalah berfokus kepada masa sekarang dan masa lampau - apa seseorang telah mempelajari atau mencapai;. (p.1) Penilaian Ujian Literasi Ekonomi ini adalah mengikut aras-aras kesukaran taksonomi Bloom tentang konsep-konsep dan tajuk-tajuk Ekonomi Mikro (permintaan, penawaran, pengeluaran, kos melepas, sistem ekonomi, penentuan harga, pasaran, kegagalan pasaran); Ekonomi Makro (Ekonomi agregat, penawaran-permintaan wang, polisi kerajaan, tukaran wang asing dan Ekonomi pembangunan) dan Ekonomi Antarabangsa (faedah berbanding dan perdagangan antarabangsa). Dalam penyelidikan ini Ujian Literasi Ekonomi (TEL) digunakan. Ujian ini mengandungi 46 soalan objektif isi kandungan Ekonomi pelbagai bidang yang di bahagikan kepada lima aras taksonomi iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis dan penilaian. Pendekatan Pembelajaran Dalam penyelidikan ini, pendekatan pembelajaran didefinisikan sebagai persepsi mahasiswa terhadap sesuatu tugas akademik, proses pembelajaran yang digunakan serta pengaruh sifatsifat peribadi terhadap persepsi tugas akademik tersebut. Dalam penyelidikan ini dua dimensi pendekatan pembelajaran iaitu pendekatan permukaan dan pendekatan mendalam dikaji. Pendekatan Permukaan adalah orientasi pembelajaran yang berbentuk hafalan dan replikasi apa yang dipelajari, bermotivasi ekstrinsik untuk memenuhi keperluan pencapaian yang minima. Pendekatan Mendalam adalah orientasi pembelajaran bermakna, bermotivasi intrinsik serta mendapat pemahaman yang mendalam. Sikap Terhadap Ekonomi Kebanyakan ahli-ahli psikologi (Allport, 1935; Lundberg, 1942; Smith, Bruner dan White, 1956; Anderson dan Fishbein, 1965; Triandis, 1971; Thurstone, 1974; Kerlinger, 1986) mentakrifkan sikap sebagai suatu penilaian mental terhadap sesuatu objek atau situasi yang konsisten tetapi mempunyai potensi untuk berubah. Penyelidikan ini memilih definisi sikap terhadap Ekonomi daripada Fishbein dan Ajzen (1975) sebagai satu predisposisi yang dipelajari untuk respon dengan konsisten secara positif atau negatif terhadap sesuatu objek yang diberikan. Sikap terhadap Ekonomi untuk penyelidikan ini merujuk kepada dua aspek iaitu: (i) sikap terhadap disiplin Ekonomi yang terdiri daripada empat perkara yang mewujudkan disposisi tersebut iaitu: keseronokan, minat, kepraktikalan dan kebimbangan dan (ii) sikap terhadap isuisu ekonomi yang terdiri daripada lima perkara iaitu isu pengurusan kewangan, guna tenaga buruh, peranan kerajaan dalam ekonomi, hak kebebasan dan perniagaan.

5 Sampel Kajian METODOLOGI KAJIAN Populasi penyelidikan ini meliputi semua mahasiswa major ekonomi institusi pengajian tinggi awam tempatan. Jadual 1 memaparkan taburan populasi mahasiswa pengkhususan Ekonomi mengikut universiti-universiti tempatan. Tiga buah universiti iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaya (UM) dipilih kerana universiti-universiti tersebut telah menawarkan kursus Ekonomi sekurang-kurangnya 30 hingga 40 tahun (misalnya UM dan USM) atau yang menjurus khas kepada bidang pengajian Ekonomi dan Pengurusan (misalnya UUM). Prosedur persampelan berlapis dua peringkat: pertama berdasarkan universiti iaitu memilih tiga daripada sembilan buah universiti dan kedua berdasarkan kursus asas Ekonomi Mikro yang diambil oleh mahasiswa ekonomi telah digunakan untuk penyelidikan kuantitatif ini. Sampel ini adalah terdiri daripada seramai 443 orang mahasiswa ekonomi Tahun Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat daripada Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Utara Malaysia. Jadual 1. Taburan Mahasiswa Pengkhususan Ekonomi Mengikut Universiti Tempatan Di Malaysia Bil. Universiti Jumlah Mahasiswa Ekonomi 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Malaya Universiti Utara Malaysia Universiti Sains Malaysia Universiti Putra Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia Universiti Malaysia Sabah Universiti Malaysia Sarawak 1369 740 638 390 400 113 50 60 50 Jumlah 3,810 Sumber: Buku panduan universiti-universiti berkenaan 1999-2000 Instrumen Kajian Tiga jenis instrumen digunakan pada penyelidikan kuantitatif iaitu: (a) Inventori pendekatan pembelajaran (Approaches to Studying Inventory atau ASI) yang dimodifikasi dan diadaptasi. (b) Tinjauan Sikap Terhadap Ekonomi (Survey on Economic Attitudes atau SEA) (c) Ujian Literasi Ekonomi (Test of Economic Literacy atau TEL). Inventori Pendekatan Pembelajaran (Approaches to Studying Inventory Atau ASI) yang dimodifikasi dan diadaptasi Inventori pendekatan pembelajaran (ASI) yang asal telah dibentuk oleh Entwistle dan rakanrakan (1979, 1983). Ianya mengandungi 64 item dengan 16 subskala. Kemudian Gibbs (1992) telah meringkaskan ASI ini kepada versi ringkas yang mengandungi hanya tiga subskala dengan enam item untuk tiap-tiap pendekatan pembelajaran. Akan tetapi untuk tujuan penyelidikan ini hanya dua subskala yang berkaitan iaitu pendekatan mendalam dan pendekatan permukaan digunakan. Seterusnya ASI telah diterjemahkan ke dalam Bahasa

6 Malaysia oleh penyelidik ini dan disemak oleh seorang pakar bahasa yang mahir dalam keduadua Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ini adalah penting bagi memastikan item-item tersebut boleh difahami oleh bakal responden dan sesuai dengan keadaan tempatan. Beberapa modifikasi dan adaptasi telah dilakukan ke atas Inventori Pendekatan Pembelajaran (ASI) berdasarkan penyelidikan kualitatif yang telah dijalankan. (i) Untuk skala pendekatan permukaan, tiga item (item no. 2, 5, 11) dikekalkan manakala tiga item (item no. 3, 8, 12) diubahsuai dan empat item baru (item no. 14, 15, 18, 19) ditambah berdasarkan hasil dapatan temu bual separuh berstruktur menjadikan jumlah item untuk pendekatan permukaan adalah sepuluh item. (ii) Untuk skala pendekatan mendalam, tiga item (item no. 4, 7, 10) dikekalkan manakala tiga item (item no. 1, 6, 9) diubahsuai dan empat item baru (item no. 13, 16, 17, 20) ditambah berdasarkan hasil dapatan temu bual separuh menjadikan jumlah item untuk pendekatan mendalam adalah sepuluh item. ASI yang telah dimodifikasi dan diadaptasi ini kemudian disahkan oleh lima orang pakar rujuk daripada kalangan pensyarah psikologi dan psikometrik Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia untuk meningkatkan "pengesahan muka atau face validity". Beberapa pengubahsuaian telah dilakukan lagi berdasarkan cadangan dan nasihat pakar-pakar rujuk tersebut. Pada akhirnya, Inventori Pendekatan Pembelajaran yang telah dimodifikasi dan diadaptasi ini mempunyai jumlah sebanyak 20 item. Tinjauan Sikap Terhadap Ekonomi (Survey on Economic Attitudes atau SEA) Instrumen ini dibentuk oleh Soper dan Walstad (1983). Ia bertujuan untuk mengukur sikap mahasiswa ekonomi terhadap disiplin Ekonomi (ATE) dan sikap mahasiswa ekonomi terhadap isu-isu ekonomi (EAS). Instrumen ini mengandungi 28 item seperti dipaparkan dalam Jadual 2. Jadual 2. Analisis Dimensi Instrumen Tinjauan Sikap Terhadap Ekonomi (SEA) Komponen sikap terhadap disiplin Ekonomi (ATE): (no. item) Keseronokan (1,2,3,9) Minat (4,5,6,8,11) Kebimbangan (7,10) Kepraktikalan (12,13,14) Jumlah Item 4 5 2 3

7 Jumlah 14 Komponen sikap terhadap isu-isu Ekonomi (EAS) (no. Jumlah Item item) Ekonomi dan pengurusan kewangan (18,20,25) 3 Isu guna tenaga buruh (21,27) 2 Campur tangan kerajaan dalam ekonomi (15,19,28) 3 Isu kebebasan dan ekonomi (22,24,26) 3 Ekonomi dan perniagaan (16,17,23) 3 Jumlah 14 Ujian Literasi Ekonomi (Test of Economic Literacy atau TEL) Ujian Literasi Ekonomi (TEL) adalah satu ujian anika pilihan yang dibentuk oleh Soper dan Walstad (1987) untuk menilai tahap literasi Ekonomi mahasiswa. Ujian literasi Ekonomi (TEL) ini digunakan untuk mendapatkan satu ukuran yang piawai supaya pencapaian mahasiswa ekonomi dari tiga buah universiti yang berlainan itu dapat dibandingkan. Ujian ini mengandungi 46 item dan boleh dijawab dalam masa lebih kurang tiga puluh minit. Ujian TEL ini telah disemak oleh satu Ahli Jawatankuasa Penasihat Kebangsaan (National Advisory Committee) terdiri daripada pakar-pakar ekonomi yang terkemuka di Amerika Syarikat untuk mengesahkan liputan isi kandungan dan tahap kognitif Ekonomi yang diuji (Walstad dan Soper, 1988). 28.3 peratus soalan adalah terdiri daripada bidang Ekonomi Mikro dan Ekonomi Makro, 26.1 peratus soalan adalah terdiri daripada bidang Konsep Asas Ekonomi dan 17.3 peratus adalah dalam bidang Ekonomi Antarabangsa. Soalan juga tersebar dengan baik merentasi tahap kognitif: pengetahuan (17 peratus), kefahaman (28 hingga 30 peratus), aplikasi (22 peratus), analisis (22 hingga 24 peratus) dan penilaian (9 peratus). Seperti yang dilakukan ke atas instrumen ASI, kedua-dua instrumen Tinjauan Sikap Terhadap Ekonomi (SEA) dan Ujian Literasi Ekonomi (TEL) juga telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh penulis tesis ini dan disemak oleh seorang pakar bahasa yang mahir dalam kedua-dua Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Pentadbiran Instrumen Setelah pungutan data peringkat pertama selesai, penyelidik ini telah membuat permohonan kepada Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Utara Malaysia bagi mendapat kebenaran menjalankan tinjauan peringkat kedua penyelidikan ini. Sehubungan dengan ini, satu lawatan awal telah dilakukan ke universiti-universiti yang dipilih sebagai sampel penyelidikan tinjauan ini. Tujuan mengadakan lawatan awal itu adalah untuk membuat perbincangan dengan pensyarah ekonomi berkenaan bagi menentukan masa dan tempat untuk menjalankan penyelidikan ini. Tinjauan penyelidikan telah diadakan pada waktu kuliah minggu pertama semester kedua sesi 2001/2002 di ketiga-tiga universiti berkenaan. Pentadbiran soal selidik Inventori Pendekatan pembelajaran (ASI), Tinjauan Sikap Terhadap Ekonomi (SEA) dan Ujian Literasi Ekonomi (TEL) dilakukan serentak dengan bantuan dan kerjasama pensyarah ekonomi berkenaan. Setiap responden diberi masa 30 hingga 40 minit untuk menjawab soal selidik dan Ujian Literasi Ekonomi.

8 Pada permulaan sesi tinjauan, satu penerangan umum tentang tujuan dan cara menjawab soal selidik dan Ujian Literasi Ekonomi diberikan kepada semua responden. Responden diminta memberi kerjasama serta menjawab soal selidik dan Ujian Literasi Ekonomi dengan ikhlas dan seberapa tepat yang mungkin. Responden diberi jaminan bahawa segala jawapan dan maklumat yang diberikan adalah dianggap sulit dan hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan. Kadar respon terhadap soal selidik adalah tinggi iaitu lebih kurang 99%. Semua data yang dipungut dianalisis dengan menggunakan perisian "SPSS for Windows" dan LISREL 8. Semua respon daripada ketiga-tiga instrumen Inventori Pendekatan Pembalajaran (ASI), Tinjauan Sikap Terhadap Ekonomi (SEA) dan Ujian Literasi Ekonomi (TEL) dimasukkan dengan menggunakan pembolehubah numerik. Pembolehubah ini adalah berbentuk nominal (seperti jantina, kumpulan umur) dan ordinal (seperti persetujuan terhadap pernyataanpernyataan tentang pendekatan pembelajaran dan sikap terhadap Ekonomi). Analisis Lintasan Analisis Data Rasional menggunakan analisis lintasan ini adalah untuk melihat perhubungan di antara faktor latar belakang, pendekatan pembelajaran dan pencapaian ekonomi mahasiswa universiti. Seperti yang telah dibincangkan dalam kerangka konsep, sifat mahasiswa, pendekatan pembelajaran dan hasil pembelajaran mempunyai perkaitan secara langsung dan tidak langsung di antara satu sama lain. Maka untuk melihat perkaitan ini, prosedur model persamaan berstruktur digunakan. Model persamaan berstruktur adalah kaedah analisis lintasan apabila pembolehubah-pembolehubah dalam model adalah merupakan pembolehubah-pembolehubah dalaman yang diukur dengan menggunakan pelbagai petunjuk, misalnya pendekatan pembelajaran, sikap terhadap Ekonomi dan pencapaian literasi Ekonomi. Analisis lintasan pula merupakan lanjutan model regresi yang digunakan untuk model causal yang berbentuk linear dan menunjukkan perkaitan di antara pembolehubah-pembolehubah di dalam model tersebut. Untuk menguji hipotesis-hipotesis ini, satu model dengan pembolehubah-pembolehubah yang tersebut di dalam kerangka konsep di atas telah dibentuk dan diuji dengan menggunakan model persamaan berstruktur. Justeru, pengaruh pembolehubah-pembolehubah luaran seperti jantina, umur, keturunan, tahun pengajian dan jumlah jam belajar serta pembolehubah-pembolehubah dalaman seperti sikap terhadap Ekonomi, pencapaian literasi Ekonomi dan pendekatan pembelajaran dikaji. Sebelum analisis lintasan dijalankan, pembolehubah jantina dan keturunan dikodkan sebagai pembolehubah nominal. Manakala pembolehubah tahun pengajian dan umur dikodkan sebagai pembolehubah ordinal. Pembolehubah-pembolehubah lain iaitu jumlah jam belajar, skor pencapaian literasi ekonomi, skor pendekatan pembelajaran dan skor sikap terhadap ekonomi dikodkan sebagai pembolehubah berterusan. Perisian statistik LISREL 8 (Joreskog & Sorbom, 1992) digunakan dan data dianalisis dengan menggunakan analisis "maximum likelihood" dan matrik kovarian seperti dipaparkan dalam Jadual 3. Jadual 3. Matrik kovarian untuk pembolehubah-pembolehubah kajian ini JUM MUKA DALA M TP JAN TURUN UMUR JAM ATE EAS

9 JUM 28.51 MUKA -1.96 7.67 DALAM -0.58 1.20 8.64 TP 0.14 0.07-0.03 1.00 JAN 0.99 0.17 0.05-0.17 1.00 TURUN 0.59-0.11-0.34-0.23 0.14 1.00 UMUR 0.66-0.28 0.10 0.55-0.03 0.35 1.00 JAM -0.12-0.17 0.86-0.06 0.00-0.04 0.11 1.00 ATE 1.58-0.32-2.04-0.11 0.28-0.12-0.56-0.55 8.27 EAS 3.62-2.39-1.58-0.77 0.39 1.13 0.33 0.30 2.15 16.92 Nota: JUM = Skor Ujian Literasi Ekonomi; MUKA = Pendekatan Permukaan; DALAM = Pendekatan Mendalam; TP = Tahun Pengajian; JAN = Jantina; TURUN = Keturunan; Jam = Jam Belajar; ATE = Sikap Terhadap Mata Pelajaran Ekonomi; EAS = Sikap Terhadap Isu-Isu Ekonomi Pemadanan keseluruhan model dinilai dengan menggunakan indeks "comparative fit index" (CFI), "goodness-of-fit index" (GFI) dan "Normal Fit Index" (NFI). Model dikatakan mempunyai pemadanan yang baik dengan data biasanya ditunjukkan dengan indeks CFI, GFI dan NFI melebihi 0.80 dan sebaiknya 0.90. Hasil dapatan menunjukkan bahawa model hipotesis yang dicadangkan mempunyai pemadanan yang baik dengan data sebab indeks-indeks pemadanan adalah sempurna iaitu CFI = 0.96; GFI = 0.99 dan NFI = 0.95, serta ujian khi kuasadua adalah tidak signifikan sempurna (p = 0.00). Manakala RMSEA adalah 0.099 mencadangkan pemadanan yang sederhana (Diamantopoulos & Siguaw, 2000). Kesignifikanan bagi setiap anggaran parameter ditentukan dengan menggunakan pekali lintasan.

10 Tahun 7.16 Pengajian 0.34-0.17-0.27 0.23-0.20 Muka Jantina 0.26 7.36 0.15-0.52 0.026 0.14-0.067 Pencapaian 0.35 Keturunan Umur -0.41 0.24-0.043 Dalam ATE -0.18 0.15 0.17 27.29 0.11-0.13 EAS -0.077 Jumlah Jam belajar 0.72 Rajah 4.1. Gambarajah Analisis lintasan Perkaitan Pembolehubah-Pembolehubah

11 Perbincangan dan Kesimpulan Berdasarkan analisis lintasan yang dipaparkan di atas, beberapa kesimpulan yang signifikan dapat dikatakan. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Pada puratanya, setiap 20 peratus peningkatan penggunaan pendekatan permukaan akan mengakibatkan satu mata penurunan di dalam pencapaian literasi ekonomi. Pada puratanya, setiap 2.6 peratus peningkatan penggunaan pendekatan mendalam akan menyebabkan satu mata peningkatan di dalam pencapaian literasi ekonomi. Semakin meningkatnya tahun pengajian di universiti semakin cenderung mahasiswa ekonomi menggunakan pendekatan permukaan berbanding dengan pendekatan mendalam. Ini mungkin disebabkan oleh beban kursus yang semakin berat serta kekurangan masa belajar mengakibatkan mahasiswa pada akhir tahun pengajian lebih cenderung menggunakan pendekatan permukaan berbanding dengan mahasiswa pada awal tahun pengajian kursus universiti mereka (Gow & Kember, 1990; Biggs, 1987; Harper & Kember, 1986; Watkins, 1982). Semakin meningkatnya umur semakin cenderung mahasiswa ekonomi menggunakan pendekatan mendalam berbanding dengan pendekatan permukaan. Ini mungkin disebabkan mahasiswa yang lebih matang adalah lebih sedar tentang pendekatan pembelajaran yang mereka gunakan berbanding dengan mahasiswa yang lebih muda dan ini adalah selaras dengan dapatan kajian lain (Magee et al, 1998; Sadler-Smith & Tsang, 1998; Richardson, 1995; Gow & Kember, 1990; Biggs, 1987; Harper & Kember, 1986). Semakin meningkatnya jumlah jam belajar semakin cenderung mahasiswa ekonomi menggunakan pendekatan mendalam berbanding dengan pendekatan permukaan. Dapatan ini adalah bertentangan dengan dapatan kajian Kember et al (1995) yang mencadangkan bahawa mahasiswa yang menggunakan pendekatan permukaan menggunakan lebih banyak masa untuk belajar lepas kuliah kerana ketidak efisen penggunaan masa untuk belajar. Akan tetapi sampel kajian mereka adalah kecil iaitu hanya seramai 34 orang mahasiswa kejuruteraan sedangkan kajian ini melibatkan sampel 443 orang mahasiswa ekonomi. Dalam kajian susulan yang dijalankan oleh Kember et al (1996) pula, sampel kajian mereka ditambahkan menjadi seramai 174 orang mahasiswa kursus kejuruteraan. Kali ini mereka mendapati tiada perhubungan yang signifikan di antara pendekatan pembelajaran dengan jumlah jam belajar lepas kuliah. Dapatan kajian Kember et al (1995) dan Kember et al (1996) adalah tidak jelas dan konsisten tentang perhubungan di antara pendekatan pembelajaran dengan jumlah jam belajar lepas kuliah. Kesan negatif (-0.20) atau kesan langsung di antara pendekatan permukaan dan pencapaian literasi ekonomi dapat dikurangkan (menjadi negatif -0.00645) sekira dimasukkan kesan sikap terhadap ekonomi yang positif atau kesan tidak langsung. Maka sikap terhadap ekonomi yang positif merupakan pembolehubah perantaraan untuk membantu meningkatkan pencapaian literasi ekonomi. Secara keseluruhannya, daripada keputusan yang diperolehi, dapatlah disimpulkan bahawa pendekatan pembelajaran dan sikap terhadap ekonomi adalah dua pembolehubah perantaraan

12 atau pembolehubah proses yang penting yang boleh mempengaruhi pencapaian literasi ekonomi. RUJUKAN Aiken, L. R. (1998). Test and examinations. New York: John Wiley & Sons, Inc. Allport, G. W. (1935). Attitudes. In C. Murchison (Ed.). Handbook of social psychology (p. 798-844). Clark University Press. Anderson, L. W. & Fishbein, M. (1965). Prediction of attitude from number, strength and evaluative aspect of beliefs about the attitude object: A comparison of summation anf congruity theories. Journal of Social Psychology, (2), 437-443. Biggs, J. B. (1987). Student approaches to learning and studying. Melbourne: Australian Council for Educational Research. Chew, Sing Buan, Leong, Yin Ching, Marimuthu, T. & Thong Lay Kim. (1983). Pengajaran dan pembelajaran ekonomi di sekolah-sekolah Malaysia. KL: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Diamantopoulos, A. & Siguaw, J. A. (2000). Introducing LISREL: A guide for the uninitiated. London: SAGE Publications. Faridah Karim & Rahmah Ismail (1992). Teaching of economics in universities: pedagogical issues. In Seminar Kebangsaan Program Ekonomi Di Universiti: Suatu Penilaian Semula (ms. 269-305). 12-13 Oktober, 1992. Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Fishbein, M. & Ajzen, I. (1975). Belief, atttiude, intention and behavior. Reading, Massachusetts: Addison-Wesley Publishing Company. Gibbs, G. (1992). Improving the quality of student learning. Oxford: Oxford Centre for Staff Development. Gilani, S. J. (1967). Higher school certificate examinations in economics. Kajian Ekonomi Malaysia, 4 (1), 73-83. Gow, L. & Kember, D. (1990). Does higher education promote independent learning. Higher Education, 19, 307-322. Harper, G. & Kember, D. (1986). Approaches to study of distance education students. British Journal of Educational Technology, 17(3), 212-222. Jomo, Kwame Sundram. (1992). Economics programmes in Malaysian universities: some criticisms and proposals. In Seminar Kebangsaan Program Ekonomi di Universiti: Suatu Penilaian Semula (ms. 231-253). 12-13 Oktober, 1992. Fakulti Ekonomi, University Kebangsaan Malaysia. Joreskog, K. G. & Sorbom, D. (1992). LISREL VIII: Analysis of linear structural relations. Mooresville, IN: Scientific Software. Kember, D., Ng, S., Tse, H. & Wong, E. T. T. (1996). An examination of the interrelationships between workload, study time, learning approaches and academic outcomes. Studies in Higher Education, 21(3), 347-358. Kember, D., Qun Wang Jamieson, Pompret, M. & Eric T. T. Wong. (1995). Learning approaches, study time and academic performance. Higher Education, 29, 329-343. Kerlinger, F. N. (1986). Foundations of behavioral research. New York: Holt, Rinehart & Winston, Inc. Lundberg, G. A. (1942). Social research. New York: Longmans, Green and Company. Magee, R., Baldwin, A., Newstead, S. & Fullerton, H. (1998). Age, gender and course differences in approaches to studying in first-year undergraduate students. In S. Brown, S. Armstrong & G. Thompson (Eds.). Motivating students. London: Kogan Page. Mansor Md. Isa, Teh, Hoe Yoke & Yeoh, Kok Kheng. (1992). An evaluation of performance of economics students: the case of the faculty of economics and adminstration, University of Malaya. In Seminar Kebangsaan Program Ekonomi di Universiti: Suatu Penilaian

13 Semula. (ms. 255-268).12-13 Oktober, 1992. Fakulti Ekonomi, University Kebangsaan Malaysia. Richardson, J. T. E. (1995). Mature students in higher education: II. An investigation of approaches to studying and academic performance. Studies in Higher Education, 20 (1), 5-17. Sadler-Smith, E. & Tsang, Florence. (1998). A comparative study of approaches to studying in Hong Kong and the United Kingdom. British Journal of Educational Psychology, 68, 81-93. Soper, J. C. & Walstad, W, B. (1987). Test of Economic Literacy: Examiner s manual 2 nd Edition. New York: Joint Council on Economic Education. Soper, J. C. & Walstad, W. B. (1983). On measuring economic attitudes. Journal of Economics Education, 14 (4), 4 17. Smith, M., Bruner, J. & White, R. (1956). Opinions and personality. New York: Wiley. Thurstone, L. L. (1974). The measurement of values. Chicago: The University of Chicago Press. Triandis, H. C. (1971). Attitude and attitude change. New York: John Wiley & Sons, Inc. Walstad, W. B. & Soper, J. C. (1988). A report card on the economic literacy of US high school students. American Economic Review, 78 (2), 251-256. Watkins, D. A. (1982). Factors influencing the study methods of Australian tertiary students. Higher Education, 11, 369-380.