Katakunci : teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), guru sekolah kebangsaan

Similar documents
A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

How To Get A Job At A Bank

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Katakunci : masalah, guru Pendidikan Khas program Integrasi, pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup

Katakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0. Pengenalan

Katakunci : alat bantu mengajar (ABM), guru teknikal

Katakunci : penilaian kokurikulum

How To Learn To Learn From A Computer

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

Katakunci : kefahaman murid, konsep jirim

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Katakunci : tahap stress, tahap kepuasan kerja, pensyarah UTM

SPA BEAUTY MANAGEMENT SYSTEM NAJIHAH BINTI RUSSLI

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di kalangan Guru Sekolah Bestari

HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT

Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Di Kalangan Guru-Guru Ketua Panitia Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Daerah Kulim Bandar Baharu

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

SUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK: SEJAUHMANAKAH HUBUNGAN INI RELEVAN?

Katakunci : faktor, pemilihan bidang keusahawanan

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

CHE ZANARIAH CHE HASSAN FADZILAH ABD RAHMAN

TAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH

Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor.

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Januari 2014, Bil. 2 Isu 1

Katakunci : gaya komunikasi, guru besar, komitmen guru,

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

THE RELATIONSHIP BETWEEN HUMAN RESOURCE INFORMATION SYSTEM (HRIS) AND HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (HRM) ALFRED PUN KHEE SEONG

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Ilmu Faraid

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): HASNAH TORAN, MOHD. HANAFI MOHD. YASIN, MOHD. MOKHTAR TAHAR & NORANI SALLEH

MASTER S PROJECT REPORT SUMMARY

KESAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR VISUAL DALAM PENGAJARAN SUBJEK SAINS TAHUN TIGA. Oleh. Christopher Lu Wei Wang

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

Communication, Universiti Sains Malaysia, Penang. 2 Kamaliah Haji Siarap is a Lecturer at the School of Communication,

Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 33 51, 2010

Kata kunci: kesihatan mental; pengetahuan; sosio-demografi; kempen komunikasi ABSTRACT

Tingkah Laku Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak. oleh. Mahadi bin Hj. Khalid Institut Perguruan Batu Lintang

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 29 47, 2008

KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR PENCAPAIAN AKADEMIK RENDAH BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN 4

Komunikasi Interpersonal Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Melaka

M2-2: Rancangan dan Cadangan Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidiikan PKPGB 2008, 16 Oktober 2008, UTHM.

PENILAIAN PETA MINDA BUZAN BERDASARKAN RUBRIK ANALITIK

CORAK KOMUNIKASI KELUARGA DALAM KALANGAN KELUARGA MELAYU DI TERENGGANU

Manpower Planning Utilizing Work Study at Data Storage Manufacturing Company

JOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING. A thesis submitted in partial fulfillment of. the requirements for the award of the degree of

LEARNING MANAGEMENT SYSTEM(LMS) AND COURSE MANAGEMENT SYSTEM(CMS)

PRODUCTIVITY IMPROVEMENT VIA SIMULATION METHOD (MANUFACTURING INDUSTRY) HASBULLAH BIN MAT ISA

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan Prasarana yang Disediakan di Politeknik Banting Selangor bagi Sesi Disember 2012

HAJI MOHD NOR BIN JAAFAR

Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah: Komitmen Guru

KAJIAN TENTANG KEPUASAN BEKERJA DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS (A STUDY ON JOB SATISFACTION AMONG SPECIAL EDUCATION TEACHERS)

TN. MOHD FAKHRUZZAMAN B. TN ISMAIL

IMPACT OF SELF-CORRECTION ON EXTROVERT AND INTROVERT STUDENTS IN THE EFL WRITING PROGRESS REZA HAJIMOHAMMADI

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Katakunci : kadar denyutan jantung, tahap dehidrasi, atlet larian jarak dekat

Feasibility of Teaching Public Relations Courses Through E-Learning: A Case Study in Malaysia

STRESS EFFECT STUDY ON 6 DIFFERENT PATTERN OF TYRES FOR SIZE 175/70 R13 SYAHRIL AZEEM ONG BIN HAJI MALIKI ONG. for the award of the degree of

DEPARTMENT OF ESTATE -MANAGEMENT FACULTY OF ARCHITECTURE, PLANNING AND SURVEYING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Teknologi Mudah Alih Dalam Pembelajaran Kolaboratif

Katakunci : kecergasan kardiovaskular, daya tahan otot kaki, latihan simulasi haji dan umrah.

CLIENT SERVER APPLICATION FOR SERVER FARM PERFORMANCE MONITORING ABDIRASHID HASSAN ABDI

Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar

How To Get A Better At Pengajaran

Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan

RFID BASED SYSTEMATIC STUDENT S ATTENDANCE MANAGEMENT SYSTEM HANISAH BINTI HAMID. Faculty of Electrical and Electronic Engineering

NOOR HANIRA BINTI MAHIDIN

KEPENTINGAN KEFAHAMAN KONSEP DALAM MATEMATIK

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA PENGAMBILAN FEBRUARI 2016

STRATEGI MEMBINA DAN MENGEKALKAN HUBUNGAN ANTARA KERAJAAN DENGAN RAKYAT MELALUI LAMAN SESAWANG

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009, 7 Mei 2009, UTHM

Exploring Primary and Secondary School Students Perception towards Online Mathematics Tuition: A Case Study

LICENSE PLATE RECOGNITION OF MOVING VEHICLES. Siti Rahimah Binti Abd Rahim

Penggunaan Peta Minda oleh Pelajar Pintar Cerdas dalam Pembelajaran Sejarah (The Use of Mind Maps by Gifted Students in Learning History)

Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti

BAB EMPAT METODOLOGI KAJIAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CURRENT TRENDS AND PRACTICES IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT: A CASE STUDY IN YTL POWER SERVICES SDN. BHD.

STRUKTUR, STRATEGI DAN PRESTASI PENGURUSAN FASILITI

TOPIK 1 Konsep Pengukuran dan Skala Pengukuran

K-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN

Dimensi Amalan Etika Profesion

Identifikasi Psikomotor, Kognitif, Sosioemosi dan Bahasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah Menggunakan Pendekatan Belajar Melalui Bermain

KEBERKESANAN NYANYIAN MELODI RIA UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT NAMA 10 MALAIKAT BAGI MURID TAHUN 2 DELIMA SK KAMPUNG GEMUROH

PENGHARGAAN. Ribuan terima kasih kepada Dr. Soib Taib selaku penyelia projek ini yang banyak membimbing serta memberi nasihat sepanjang projek ini.

PENGESAHAN DAN PENGGUNAAN UJIAN MATEMATIK TAHUN EMPAT SEKOLAH RENDAH : ANALISIS RASCH ROSMAWATI MUSA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Keperluan Latihan Berbentuk Kursus Untuk Guru Besar Lokman Bin Mohd. Tahir & Chua Lay Kah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM ILMU PENDIDIKAN DI MAKTAB PERGURUAN, TAHUN 1957 HINGGA1986

BENGKEL INOVASI PEDAGOGI. Penyelesaian Masalah Matematik Sekolah Rendah dengan Menggunakan Strategi Melukis Gambar Rajah. oleh

Transcription:

Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan. Christina Andin @ Nur Qistina Binti Abdullah& Hazman Bin Ali Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan masalah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kalangan guru-guru di enam buah sekolah di Daerah Manjung sekitar Zon Pantai Remis Beruas. Sampel kajian seramai 120 orang yang mewakili keseluruhan populasi terlibat dalam penyelidikan ini. Data prima yang dikumpul dengan menggunakan instrument soal selidik dan dianalisis dengan komputer menggunakan perisian Statistical Package of the Sosial Sciences (SPSS). Analisis dibuat secara kaedah statistik deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan dan peratus. Hasil daripada penyelidikan ini menunjukkan tahap pengetahuan ICT di kalangan guru adalah agak tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi tahap kemahiran ICT di kalangan guru-guru pula adalah rendah. Guru juga mempunyai sikap yang positif dalam penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan guru-guru tidak mengalami masalah yang serius untuk menggunakan ICT dalam pengajaran mereka. Dapatan ini penting kepada pihak pentadbiran sekolah khususnya Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek pembangunan sumber manusia khususnya latihan dan aspek pembangunan prasarana sekolah termasuk kemudahan komputer. Katakunci : teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), guru sekolah kebangsaan Pengenalan Sistem pendidikan di Malaysia masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang pendidik menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin pesat, ianya semakin mendapat perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Untuk itu beberapa perubahan kurikulum telah dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Matapelajaran Teknologi Maklumat (IT) mula di perkenalkan oleh KPM sebagai mata pelajaran pilihan di sekolah menengah bermula pada penghujung tahun 1998. (Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), 2000). Ini adalah permulaan yang menunjukkan kesungguhan KPM menerapkan penggunaan ICT dalam pendidikan. Kesinambungan daripada memperkenalkan matapelajaran Teknologi Maklumat, kementerian telah melaksanakan lagi beberapa program yang berkaitan dengan ICT seperti program pengenalan kepada computer pada tahun 1986, projek literasi komputer 1992, projek pelajaran berbantukan komputer (PBK) pada tahun 1994 dan projek jaringan pendidikan pada tahun 1995 telah diperkenalkan di sekolah menengah dan juga di sekolah rendah, ini adalah untuk memperluaskan penggunaan ICT dalam pendidikan. Selaras dengan programprogram ICT yang dilancarkan, kerajaan telah memperkenalkan sekolah bestari pada tahun 1999 yang berpandukan penggunaan ICT dalam semua urusan pentadbiran dan pengajaran dan pembelajaran. Segala kemudahan dan kelengkapan ICT diberikan dengan secukupnya. Menyedari kepentingan dan keberkesanan penggunaan ICT dalam pendidikan, kerajaan telah menambahkan pelbagai projek dan perancangan berkaitan dengan ICT yang bermula di sekolah kebangsaan lagi. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelbagai dasar ataupun langkahlangkah untuk memajukan bidang pendidikan termasuklah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-

2010. Salah satu daripada teras PIPP ialah memperkasakan sekolah kebangsaan. Untuk memperkasakan sekolah kebangsaan ini, program pembestarian sekolah dan pengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah diwujudkan. Program pembestarian sekolah melibatkan penggunaan ICT secara sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Untuk melaksanakan program-program tersebut, KPM telah menyediakan infrastruktur seperti makmal/bilik komputer, perkakasan seperti komputer, computer riba, projektor LCD dan pelayan bagi pengajaran dan pembelajaran serta melatih guru berkaitan ICT. Oleh itu para pendidik digesa supaya melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan teknik atau kemahiran yang berteraskan teknologi maklumat bagi menghadapi dunia perguruan yang serba mencabar ini. Sehubungan dengan itu, para pendidik perlu bersedia dengan pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dalam penggunaan ICT. Ini kerana, tidak mustahil jika suatu hari nanti pelajar-pelajar pergi ke sekolah bukan membawa buku tetapi membawa komputer riba sebagai penganti buku. Perkara ini sudah berlaku di negara-negara maju. Pernyataan masalah Kajian dijalankan adalah untuk meninjau tahap pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan guru-guru semasa pengajaran dan pembelajaran. Tinjauan juga dilakukan untuk mengetahui sikap guru terhadap penggunaan ICT dan masalahmasalah penggunaan ICT yang dihadapi semasa pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dilakukan di sekolah kebangsaan zon Pantai Remis di Negeri Perak. Sebanyak enam buah sekolah kebangsaan yang terlibat dalam kajian ini. Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah seperti berikut: 1. Untuk mengenalpasti tahap pengetahuan guru-guru sekolah kebangsaan terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Untuk mengenalpasti tahap kemahiran guru-guru sekolah kebangsaan terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Untuk mengetahui sikap guru-guru tentang penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 4. Untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru terhadap penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kepentingan Kajian Adalah diharapkan dapatan kajian ini dapat memberi gambaran sebenar tahap pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang ICT, serta sikap dan masalah masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan ICT untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun kajian terhad kepada enam buah sekolah sahaja namun dapatan kajian dijangka dapat memberi petunjuk-petunjuk tentang pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang ICT, serta sikap dan masalah masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan ICT untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan ini boleh membantu para guru dan pihak kementerian pendidikan memahami situasi yang sebenar yang berlaku dalam bilik darjah dan membantu guru- guru menggubal aktiviti yang sesuai untuk sesi pengajaran mereka, serta membantu pihak KPM mengubal program-program yang bersesuaian dengan kehendak dan kemampuan guru-guru sekolah rendah dalam melaksanakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Pihak KPM juga boleh menggunakan dapatan ini sebagai garis panduan untuk melaksanakan kursus-kursus berkaitan ICT kepada guru-guru di sekolah, terutama guru-guru sekolah rendah. Di samping itu, kajian ini diharap dapat membantu pihak perancang program menyediakan bahan yang sesuai untuk guru dan pelajar.

Batasan Kajian Kajian ini mempunyai batasan-batasan yang tertentu. Di antara batasan-batasan tersebuat adalah dari segi lokasi, sampel kajian dan faktor yang dikaji. Maklumbalas yang diberikan oleh guruguru dalam kajian ini diandaikan telah diberikan dengan jujur dan penuh bertanggungjawab. Rekabentuk Kajian Kajian yang dijalankan adalah kajian jenis deskriptif, iaitu satu tinjauan secara soal selidik yang mana bermatlamat untuk mengetahui tahap kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh golongan guru berkaitan dengan penggunaan ICT dalam P&P. Soal selidik juga bertujuan untuk mengetahui sikap guru terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta masalahmasalah yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan ICT untuk pengajaran dan pembelajaran. Mohd Najib (1999) mengatakan kajian berbentuk ini adalah sesuai digunakan dalam penyelidikan yang menerangkan suatu fenomena yang sedang berlaku, iaitu merujuk kepada penggunaan ICT yang semakin penting dalam sistem pendidikan pada masa kini, serta kepentingan guru-guru menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran ICT untuk kegunaan peribadi atau dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala datadata mengenai persoalan kajian diperolehi dengan kaedah soal selidik. Pengkaji menggunakan kaedah ini kerana merasakan ianya paling sesuai untuk mendapatkan maklumat secara terperinci tentang kajian yang dijalankan. Kaedah ini merupakan kaedah yang berkesan bagi mendapatkan maklumat daripada responden selain membuat pemerhatian tingkahlaku mereka. Selain itu ia dapat mengumpulkan data dengan lebih mudah dan sesuai dengan responden dalam kajian ini. Penggunaan soal selidik juga dapat menjimatkan masa dan perbelanjaan semasa mengumpul data. Hasil dari soal selidik juga dapat menghasilkan item-item yang konsisten. Populasi Kajian Populasi kajian terdiri dari guru-guru tahap satu dan tahap dua yang mengajar di sekolah kebangsaan di Zon Pantai Remis, Perak. Guru-guru tersebut adalah di kalangan guru-guru yang mengajar dalam pelbagai mata pelajaran seperti, Kemahiran Hidup, Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan sebagainya. Sampel Kajian Menurut Mohd Najib (1999) sampel adalah sumber mendapatkan data. Prinsip persampelan yang diamalkan adalah berdasarkan konsep kebarangkalian dan setiap eleman yang dipilih adalah mempunyai peluang yang sama. Pada asasnya, persampelan adalah merupakan satu usaha bagi seorang penyelidik untuk memperolehi maklumat daripada sampel yang dapat mewakili populasi tersebut. Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan soalan selidik sebagai instrumen kajian. Menurut Mohd. Majid (1994) soal selidik adalah alat ukur yang terbaik digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pengetahuan, kemahiran, sikap dan masalahmasalah berkaitan dengan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Ketepatan dan kebenaran gerakbalas responden terhadap rangsangan soalan yang diberikan juga akan diperolehi. Borang soal selidik terdiri daripada bahagian A, B, C dan D. Nombor-nombor item untuk persoalan kajian seperti berikut:

Jadual 1: Pembahagian dan Taburan Bilangan Soal Selidik. Kajian Rintis Kajian rintis dijalankan bertujuan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan item-item dalam soal selidik yang dipilih sebelum kajian dijalankan. Selain itu juga, kajian rintis ini digunakan untuk mengkaji masalahmasalah yang akan timbul sewaktu proses soal selidik berjalan. Kajian rintis ini juga dijalankan bertujuan untuk mendapat kebolehpercayaan yang tinggi, nilai indeks kebolehpercayaan yang melebihi 0.6 boleh dianggap mencukupi (Mohd Majid, 1994). Kajian rintis dijalankan kepada 10 orang guru- guru PKPG sesi 2006/2009 yang sedang belajar di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Setelah dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For The Sosial Science (SPSS) hasil indeks Alpha adalah 0.640. Ini menunjukkan soal selidik ini boleh digunakan. Analisis Dapatan Persoalan Kajian Pertama Aspek pengetahuan berkaitan dengan penggunaan perisian menunjukkan peratusan yang tinggi, didapati item 11 menunjukan hampir semua responden (98.3 %) tahu bahawa arahan sort dalam Microsoft Word digunakan untuk menyusun rekod mengikut abjad atau nombor. Bagi item 13 pula, sebahagian besar responden (95.8%) tahu bahawa arahan untuk Sum, Average dan Count tidak terdapat dalam Microsoft Powerpoint. Manakala item 16 menunjukan majoriti responden (92.5%) tahu bahawaq "slide transition" tidak terdapat dalam Microsoft Excel. Sementara itu, item 10 menunjukkan paling ramai responden (56.7%) tidak tahu bahawa Microsoft Frontpage adalah bukan perisian untuk pemprosesan perkataan dan hanya hamper separuh sahaja iaitu 43.3% responden tahu berkaitan pernyataan tersebut. Bagi aspek pengetahuan yang berkaitan dengan perkakasan computer menunjukan peratusan yang sederhana sahaja. Sebilangan besar responden (85.8%) tahu fungsi sesebuah modem iaitu menghubungkan komputer dengan internet. Manakala terdapat hampir sebilangan kecil responden

(36.7%) tidak tahu bahawa perkakasan Random Acces Memory (RAM) dilekatkan di permukaan motherboard. Penyelidik menggunakan Microsoft Excel untuk menganalisis keputusan ujian supaya dapat mengetahui keputusan keseluruhan ujian yang dijalankan berdasarkan tahap skala dan markah ujian di Jadual 4.6. Bagi aspek kemahiran berkaitan dengan perisian menunjukkan sebahagian besar responden (60.0%) boleh menggunakan perisian pemprosesan perkataan dan segelintir sahaja iaitu 10.0% responden tidak boleh menggunakan perisian pemprosesan perkataan. Manakala item 22 yang berkaitan dengan penggunaan perisian grafik menunjukkan lebih separuh responden (54.2%) memerlukan bantuan untuk menggunakannya dan hanya seorang responden (0.8%) daripada 120 responden boleh membantu orang lain berkaitan dengan penggunaan perisian grafik. Bagi item 28, hampir separuh responden (46.7%) boleh membina jadual dan carta menggunakan Microsoft Excel. Item 27 pula, menunjukkan hampir separuh responden (42.5%) boleh mencipta dan membuat persembahan elektronik menggunakan Microsoft Powerpoint dan sebahagian kecil responden (24.2%) boleh mengajar orang lain berkaitan dengan membuat persembahan elektronik menggunakan Microsoft Powerpoint. Bagi aspek kemahiran berkaitan dengan penggunaan internet menunjukan bahawa item 23, hampir separuh responden (46.7%) memerlukan pertolongan untuk membina laman web, manakala 42.5% lagi langsung tidak boleh membina laman web serta hanya segelintir (10.8%) sahaja yang boleh membina laman web dan tiada seorang pun yang boleh membantu mengajar orang lain dalam membina laman web. Manaka hampir separuh responden (31.7%) boleh membantu orang lain dalam melayari internet untuk mendapatkan maklumat dan sebahagian besarnya (46.7%) boleh melayari internet dengan sendiri tanpa bantuan orang lain, manakala hanya segelintir kecil responden (3.3%) tidak boleh melayari internet untuk mendapatkan maklumat. Bagi item 32 yang berkaitan dengan memuat turun perisian menggunakan internet, menunjukkan hampir separuh responden (46.6%) menyatakan mereka memerlukan bantuan orang lain untuk melakukannya dan hanya 32.5% responden boleh membuat sendiri serta segelintir kecil responden (14.2%) boleh mengajar orang lain berkaitan dengan kemahiran tersebut. Berdasarkan analisis yang diperolehi didapati item 32 dan 34 menunjukkan majoriti responden (90.8%) menyatakan penggunaan ICT memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dan mereka sanggup meluangkan masa untuk mempelajari dan mendalami kemahiran menggunakan ICT. Bagi item 35, sebahagian besar responden (89.2%) berminat menggunakan ICT semasa pengajaran dan hanya segelintir sahaja iaitu 5.0% yang tidak berminat menggunakan ICT semasa pengajaran. Manakala sebahagian besar responden iaitu 88.3% sentiasa menyimpan bahan pengajaran di dalam computer untuk digunakan semula pada masa akan datang. Mereka ini bersedia menggunakanict dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang dan sanggup mengikuti kursus ICT untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang tersebut. Bagi item 36, majoriti responden (82.5%) menyatakan mereka seronok menggunakan komputer dan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan hanya sebilangan kecil responden (8.3%) menyatakan penggunaan komputer dan ICT ini tidak menyeronokkan mereka. Begitu juga dengan item 39, sebahagian besar responden (80.0%) sudah memulakan pencarian bahan-bahan pengajaran melalui internet. Maka didapati purata keseluruhan yang diperolehi bagi persoalan kajian yang ketiga ini, menunjukkan hampir majoriti responden (85.6%) mengamalkan sikap positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebaliknya hanya segelintir responden (7.7 %) menunjukan sikap negative terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selebihnya iaitu 6.7% responden menjawab tidak pasti terhadap soalan yang dikemukakan. Oleh itu, hasil analisis ini menunjukkan guru-guru bersikap positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Rumusan Hasil Kajian Perbincangan bab ini adalah hasil dari maklumbalas daripada guru-guru dalam bahagian A iaitu latar belakang guru-guru yang diterangkan secara menyeluruh. Seterusnya di susuli dengan perbincangan bahagian B mengenai aspek pengetahuan guru-guru sekolah kebangsaan terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala bahagian C mengenai kemahiran guru-guru sekolah kebangsaan terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan bahagian D pula berkaitan dengan sikap guru-guru dan masalahmasalah yang dihadapi oleh guru-guru terhadap penggunaan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Analisis data berkaitan dengan kursus dihadiri menunjukan kebanyakan guruguru pernah mengikuti kursus ICT, iaitu 76.7% menghadiri kursus sebanyak 1 hingga 5 kali sahaja dan masingmasing sebanyak 5.8% untuk guru-guru yang menghadiri kursus 6 hingga 10 kali dan lebih 11 kali. Walau bagaimanapun terdapat guru-guru yang tidak pernah menghadiri kursus ICT, iaitu sebanyak 11.7%. Boleh dikatakan kursus-kursus ICT yang dihadiri oleh guru amat sederhana jika dibandingkan dengan sebahagian besar guru-guru telah berpengalaman mengajar selama lebih 10 tahun. Penggunaan makmal komputer oleh guru-guru memang menggalakan iaitu boleh dikatakan hampir keseluruhan pernah menggunakan makmal komputer di sekolah untuk tujuan penagajaran dan pembelajaran. Ini berbeza dengan dapatan kajian yang dibuat oleh Sani (2008) yang menyatakan penggunan makmal computer di kalangan guru-guru adalah sederhana. Penggunaan makmal komputer yang tinggi ini mungkin disebabkan oleh guru-guru yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang ICT dan bersikap positif tentang penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan pengetahuan ICT merupakan prasyarat bagi seseorang guru untuk menguasai lebih banyak ilmu pengetahuan pada zaman globalisasi ini. Guru perlu mempunyai pengetahuan yang baik dalam ICT bagi melaksanakan tugastugas peribadi atau pengurusan dan sebagai satu kelebihan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian yang dijalankan oleh Rohana (2001) yang mendapati bahawa kesedaran terhadap perlunya peningkatan pengetahuan di dalam bidang tertentu merupakan pemangkin utama yang membantu mempercepatkan lagi proses pemantapan diri guru-guru dengan kemahiran tambahan. Kajian ini mendapati bahawa guru-guru banyak pengetahuan dalam aspek penggunaan perisian pemprosesan perkataan (Microsoft Word) dan pencarian maklumat melalui internet. Ini selaras dengan kajian Lim Bee Yeok (2008) menyatakan guru-guru mempunyai pengetahuan yang tinggi terutama dalam perisian pemprosesan perkataan kerana mereka kerap menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan mereka. Ini bersamaan dengan kajian Mohd Fadzri (2006) yang menyatakan kebanyakan guru-guru didapati menggunakan komputer untuk proses penghasilan nota pengajaran berbanding dengan menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas. Manakala penggunaan internet untuk tujuan pencarian maklumat dalam kajian ini menunjukan peratusan yang tinggi mungkin disebabkan oleh terdapatnya kemudahan pencapaian internet di semua sekolah yang dikaji. Ini menunjukkan guru mempunyai inisiatif sendiri dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka berkaitan dengan ICT secara menggunakan internet yang ada di sekolah untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan komputer juga begitu meluas dalam bidang pengajian perguruan, terutama di institusi-institusi perguruan. Maka tidak hairanlah guru-guru keluaran daripada bidang perguruan mempunyai pengetahuan yang banyak berkaitan dengan komputer, kerana ianya digunakan semasa proses pembelajaran. Pencarian maklumat untuk pengajaran dan pembelajaran ini di sokong dalam kajian Mohd Fadzri (2006), penggunaan komputer dari sudut teknologi internet, guru-guru menggunakan kemudahan internet untuk mencari bahan-bahan pengajaran semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang baik. Selain dari menjimatkan masa kerana pencarian maklumat melalui internet hanya mengambil masa beberapa minit berbanding dengan pencarian

secara manual di perpustakaan, penggunaan internet oleh guru dalam pengajarannya akan menarik minat pelajar dalam matapelajaran yang diajar kerana kepelbagaian corak pengajarannya, umpamanya pengajaran secara simulasi yang membolehkan pelajar melihat dan merasai seperti situasai yang sebenar. Walau bagaimanapun guru-guru tiada pengetahuan dalam aspek yang berkaitan tentang fungsi dan penggunaan Microsoft Frontpage. Mungkin guru-guru kurang menggunakan perisian ini, kerana penggunaan Microsoft Frontpage hanyalah bertujuan untuk membina laman web. Kekurangan dalam aspek ini boleh mengakibatkan guru-guru kurang mahir membina laman web dengan menggunakan Microsoft Frontpage. Guru sepatutnya tahu membina laman web sekolah atau sendiri, kerana melalui laman web ini, pelajar-pelajar boleh mengakses segala notanota, soalan-soalan dan maklumat dalam laman web tersebut. Terdapat juga perbincangan secara atas talian dalam laman web, ini memudahkan guru untuk berbincang dengan pelajar berkaitan dengan pelajaran di luar waktu sekolah. Kekurangan ini perlu diatasi dengan pihak sekolah perlu mengadakan kursus-kursus dalam serta guru-guru itu sendiri perlu mempertingkatkan pengetahuan mereka dengan menghadiri kelas atau kursus yang di anjurkan oleh badan tertentu seperti Kolej Komuniti, Pusat Kegiatan Guru dan sebagainya. Menurut kajian Izham, Jamalul dan Siti (2001) Kementerian Pendidikan yang diharapkan dapat mempertimbangkan lagi penyediaan program-program latihan peningkatan ilmu dalam bidang teknologi maklumat kepada guru-guru. Guru-guru sendiri perlulah mengambil inisiatif dengan meningkatkan lagi pengetahuan serta memperkukukan kemahiran mereka selaras dengan perubahan paradigma dalam sistem pendidikan kini. Rujukan Azmi Hj. Maad dan Norhayati Isa (2000). Peranan Guru Dalam Era IT. Arussains. Kuala Lumpur : Arus Intelek Sdn. Bhd. m.s. 2-5. Balakrishnan,M.(2002). Penggunaan Computer Oleh Guru Pelatih: Dahulu, Sekarang Dan Harapan Masa Depan. Seminar teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan,maktab Perguruan Batu Lintang. Dupange, M.& Krendl,K.A. (1992). Teachers Attitudes Towards Computers. A review of the literature. Computer educatian. Ee Ah Meng (1989). Pendidikan di Malaysia. Fajar Bakti. Kuala Lumpur Ekhwan bin Besah / Sitam (2004). Kemahiran Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Daerah Batu Pahat Menggunakan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda Geisert & Futrell, (1990). Teacher, Computer And Curriculum-Micro Computer In The Classroom. Boston: Allyn and Bacon. Haynes, C. & Holmevik, J.R. (1998). High Wired: On The Design, Use And Theory Of Educational MOOs. Ann Arbor, MI: University of Michigan Press Kamus Dewan Edisi Ketiga(2002). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kay, R.H (1990). Predicting Student Teacher Commitment to use the computers. Journal of Education Computing Research. Lim Bee Yeok (2008).Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Masalah Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda. Newell, A. (1990). Unified Theories Of Cognition. Cambridge, MA: Harvard University Press. Piaget, J. (1981). The psychology of intelligence. Littlefield, NJ: Adams & Co Skinner, B.F.(1974). About Behaviourism. London: Penguin Books Tan Ai Ngoh (1998). Penggunaan Computer Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Convent Kajang. Jurnal pendidikan TigaENF. Jabatan Teknologi Maklumat