Kefahaman Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik Terhadap Tajuk Ikatan Kimia Di Daerah Kuala Terengganu

Similar documents
A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

Katakunci : kefahaman murid, konsep jirim

How To Get A Job At A Bank

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

Katakunci : penilaian kokurikulum

Katakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0. Pengenalan

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

Katakunci : masalah, guru Pendidikan Khas program Integrasi, pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL

Katakunci : tahap stress, tahap kepuasan kerja, pensyarah UTM

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Katakunci : alat bantu mengajar (ABM), guru teknikal

SUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK: SEJAUHMANAKAH HUBUNGAN INI RELEVAN?

How To Learn To Learn From A Computer

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

UNIT 5 PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

Katakunci : faktor, pemilihan bidang keusahawanan

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

KEPENTINGAN KEFAHAMAN KONSEP DALAM MATEMATIK

HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT

Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 29 47, 2008

TAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH

CHE ZANARIAH CHE HASSAN FADZILAH ABD RAHMAN

Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Di Kalangan Guru-Guru Ketua Panitia Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Daerah Kulim Bandar Baharu

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran

BAB EMPAT METODOLOGI KAJIAN

Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Ilmu Faraid

MASTER S PROJECT REPORT SUMMARY

AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

PENILAIAN PETA MINDA BUZAN BERDASARKAN RUBRIK ANALITIK

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Januari 2014, Bil. 2 Isu 1

KESAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR VISUAL DALAM PENGAJARAN SUBJEK SAINS TAHUN TIGA. Oleh. Christopher Lu Wei Wang

Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor.

Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 33 51, 2010

KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR PENCAPAIAN AKADEMIK RENDAH BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN 4

Dimensi Amalan Etika Profesion

BENGKEL INOVASI PEDAGOGI. Penyelesaian Masalah Matematik Sekolah Rendah dengan Menggunakan Strategi Melukis Gambar Rajah. oleh

PENGESAHAN DAN PENGGUNAAN UJIAN MATEMATIK TAHUN EMPAT SEKOLAH RENDAH : ANALISIS RASCH ROSMAWATI MUSA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

THE RELATIONSHIP BETWEEN HUMAN RESOURCE INFORMATION SYSTEM (HRIS) AND HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (HRM) ALFRED PUN KHEE SEONG

SPA BEAUTY MANAGEMENT SYSTEM NAJIHAH BINTI RUSSLI

Universiti Kuala Lumpur Kampus Kota MALAYSIAN INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY 1016, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur

CORAK KOMUNIKASI KELUARGA DALAM KALANGAN KELUARGA MELAYU DI TERENGGANU

Katakunci : gaya komunikasi, guru besar, komitmen guru,

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

BAB 3 METODOLOGI. Bab ini membincangkan tentang reka bentuk penyelidikan, kaedah. penyelidikan, populasi dan sampel, instrumen dan kesahan serta

Komunikasi Interpersonal Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Melaka

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): HASNAH TORAN, MOHD. HANAFI MOHD. YASIN, MOHD. MOKHTAR TAHAR & NORANI SALLEH

Tingkah Laku Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak. oleh. Mahadi bin Hj. Khalid Institut Perguruan Batu Lintang

DEPARTMENT OF ESTATE -MANAGEMENT FACULTY OF ARCHITECTURE, PLANNING AND SURVEYING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

Identifikasi Psikomotor, Kognitif, Sosioemosi dan Bahasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah Menggunakan Pendekatan Belajar Melalui Bermain

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

Katakunci : kadar denyutan jantung, tahap dehidrasi, atlet larian jarak dekat

K-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN

RFID BASED SYSTEMATIC STUDENT S ATTENDANCE MANAGEMENT SYSTEM HANISAH BINTI HAMID. Faculty of Electrical and Electronic Engineering

Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar

NOOR HANIRA BINTI MAHIDIN

TEORI PEMBELAJARAN Ahmad Johari Sihes

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

PRODUCTIVITY IMPROVEMENT VIA SIMULATION METHOD (MANUFACTURING INDUSTRY) HASBULLAH BIN MAT ISA

Kata kunci: kesihatan mental; pengetahuan; sosio-demografi; kempen komunikasi ABSTRACT

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan Prasarana yang Disediakan di Politeknik Banting Selangor bagi Sesi Disember 2012

Exploring Primary and Secondary School Students Perception towards Online Mathematics Tuition: A Case Study

HAJI MOHD NOR BIN JAAFAR

Feasibility of Teaching Public Relations Courses Through E-Learning: A Case Study in Malaysia

Katakunci : kecergasan kardiovaskular, daya tahan otot kaki, latihan simulasi haji dan umrah.

HOME ALARM SYSTEM USING DETECTOR SENSOR MD KHAIRUL AMRI B MD ZAIN

How To Get A Better At Pengajaran

TOPIK 1 Konsep Pengukuran dan Skala Pengukuran

Communication, Universiti Sains Malaysia, Penang. 2 Kamaliah Haji Siarap is a Lecturer at the School of Communication,

Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di kalangan Guru Sekolah Bestari

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

M2-2: Rancangan dan Cadangan Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

STRESS EFFECT STUDY ON 6 DIFFERENT PATTERN OF TYRES FOR SIZE 175/70 R13 SYAHRIL AZEEM ONG BIN HAJI MALIKI ONG. for the award of the degree of

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DALAM KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR WAN NOREHAN BINTI WAN MAMAT

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE NATURE OF HUMAN RESOURCE MANAGEMENT AND ORGANIZATIONAL CHANGE IN MALAYSIAN SMALL AND MEDIUM SIZED ENTERPRISES (SMES)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CURRENT TRENDS AND PRACTICES IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT: A CASE STUDY IN YTL POWER SERVICES SDN. BHD.

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidiikan PKPGB 2008, 16 Oktober 2008, UTHM.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

STRUKTUR, STRATEGI DAN PRESTASI PENGURUSAN FASILITI

STRATEGI MEMBINA DAN MENGEKALKAN HUBUNGAN ANTARA KERAJAAN DENGAN RAKYAT MELALUI LAMAN SESAWANG

Tahap kefahaman ekopelancongan dalam kalangan komuniti lokal di Lata Jarum, Raub, Pahang

A STUDY OF SECURITY LIMITATIONS IN VIRTUAL LOCAL AREA NETWORK IMPLEMENTATION

PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM ILMU PENDIDIKAN DI MAKTAB PERGURUAN, TAHUN 1957 HINGGA1986

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA

Kalkulus Fungsi Dua Peubah atau Lebih

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009, 7 Mei 2009, UTHM

KAJIAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS MEMBACA TEKS ARAB MELALUI KEMAHIRAN MEMBACA AL-QUR AN DAN KAEDAH LATIH TUBI

Transcription:

Kefahaman Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik Terhadap Tajuk Ikatan Kimia Di Daerah Kuala Terengganu Meor Ibrahim Bin Kamaruddin & Nurfazlina Binti Ahmad Fuad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak: Kajian ini bertujuan mengenal pasti kefahaman pelajar dalam menerangkan konsep asas kimia dalam tajuk Ikatan Kimia. Kajian turut mengenal pasti kerangka alternatif pelajar yang wujud. Seramai 225 orang pelajar tingkatan empat aliran sains dari dua buah sekolah menengah teknik di daerah Kuala Terengganu, Terengganu terlibat sebagai sampel kajian. Soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B dijadikan sebagai instrumen kajian. Bahagian A terdiri daripada latar belakang responden manakala bahagian B terdiri daripada 22 item yang menguji konsep ikatan kimia. Data-data kajian yang dikumpul dianalisis secara manual dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Tahap penguasaan pelajar ditentukan berdasarkan rujukan kriteria gred yang biasa digunakan iaitu Penilaian Kriteria Berasaskan Sekolah (PKBS). Secara keseluruhan, kefahaman pelajar mengenai konsep ikatan kimia adalah pada tahap yang sangat lemah. Beberapa implikasi kajian dan cadangan dibincang dan dibuat rumusan. Cadangan kajian lanjutan turut dikemukakan. Abstract: The purpose of this research was to identify the students understanding of chemistry basic concepts for chemical bond topic. The research was designed to identify the alternative frameworks of the students. 225 form four students from science stream in two Technical Secondary Schools in Kuala Terengganu district, Terengganu were involved as sample. Questionnaire which consisted of two parts, Section A and Section B was used as the instrument. Section A consisted of student s personal detail while Section B consisted of 22 items on chemical bond concepts. All the data obtained were analyzed manually and presented in frequency and percentage. The students mastery level is determined by using Penilaian Kriteria Berasaskan Sekolah (PKBS). The result of this research showed that the students understanding of the concepts studies is very weak. Some implications and suggestions to improve the students understanding in chemical bond concept were discussed. Suggestions for further research were given as well. Katakunci: Ikatan Kimia, kefahaman pelajar, konsep asas kimia Pengenalan Kimia merupakan salah satu bidang ilmu sains yang menarik. Kimia banyak menyumbang dan mempengaruhi kehidupan kita. Penghasilan dan penggunaan kimia dalam kehidupan seharian banyak membawa kesan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, kepada masyarakat dan alam sekitar (Abu Hassan, 2003). Kimia juga merupakan salah satu bidang dalam sains yang mengkaji mengenai bagaimana perpaduan antara bahan-bahan kimia itu berlaku dan juga kelakuan mereka di bawah pelbagai keadaan. Selain itu, ia juga merangkumi fakta, konsep, prinsip, teori, dan hukum kimia serta hubungkaitnya dengan fenomena alam (Yew dan Sulaiman, 1997). Kebanyakan bidang seperti pemakanan, perubatan dan pertanian serta industri pembuatan dan bahan menggunakan ilmu kimia sebagai nadi penggerak. Justeru itu, kimia perlu dikuasai pelajar supaya mereka dapat menangani perubahan yang berlaku dalam kehidupan yang semakin berteraskan kepada sains dan teknologi, seterusnya memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi demi meningkatkan kehidupan manusia sejagat.

Pernyataan masalah Banyak penyelidikan yang dijalankan menunjukkan bahawa mata pelajaran kimia adalah antara mata pelajaran yang paling sukar untuk dipelajari. Ini disebabkan oleh kandungan mata pelajaran ini yang terdiri daripada konsep yang abstrak dan sukar difahami serta perkaitan konsep yang rumit (Aziz, 1989). Pengetahuan yang sedia ada pada pelajar tentang fenomena alam hasil daripada pemerhatian, pengalaman dan interaksi dengan ahli keluarga, rakan sebaya atau daripada buku, televisyen dan alam sekitar diperolehi secara tidak formal. Idea-idea ini serta bahasa yang mereka gunakan untuk menghasilkannya biasanya berbeza dengan pengetahuan saintifik. Idea-idea yang berbeza ini dikenali dengan istilah kerangka alternatif, prakonsepsi, miskonsepsi, konsepsi naïf, konsepsi alternatif, dan sebagainya (Patricia, 1987). Perselisihan idea ini boleh mengganggu dan mengelirukan pelajar terhadap pembelajaran kimia. Menurut teori perkembangan kognitif Piaget (Poh, 2003) bahawa setiap pelajar mempunyai skima sedia ada (kerangka alternatif) berdasarkan pengalaman inteleknya. Pembelajaran yang berjaya adalah hasil penstrukturan semula kerangka alternatifnya kepada satu penemuan baru. Oleh itu, kajian dijalankan untuk mengenal pasti kefahaman dalam tajuk Ikatan Kimia di kalangan pelajar tingkatan empat aliran sains sekolah menengah teknik di daerah Kuala Terengganu. Objektif kajian Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk: i. Mengenal pasti tahap penguasaan pelajar terhadap tajuk Ikatan Kimia. ii. Mengenal pasti masalah penguasaan pelajar terhadap tajuk Ikatan Kimia. Kepentingan kajian Kajian ini dijalankan supaya dapat mengesan kerangka alternatif yang dialami oleh pelajar dalam tajuk Ikatan Kimia. Penguasaan pelajar terhadap konsep kimia adalah amat penting untuk menceburi bidang kimia di peringkat yang lebih tinggi. Masalah akan timbul sekiranya konsep-konsep yang difahami pelajar mengandungi kerangka alternatif atau miskonsepsi iaitu bercanggah dengan penjelasan saintifik. Kerangka alternatif ini menjadi penghalang dan menyukarkan pelajar bagi memahami konsep yang diajar dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran sains berlangsung. Malah salah satu masalah besar yang sukar diatasi dalam pengajaran konsep sains adalah memisahkan ataupun mengubah pandangan ataupun pegangan asal pelajar pada satu konsep kepada penjelasan yang dapat diterima oleh komuniti sains. Oleh itu, guru memainkan peranan dalam melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai penguasaan konsep kimia yang cemerlang. Jika guru gagal memainkan peranan, maka tiadalah generasi yang akan menaikkan nama di mata dunia dalam bidang sains dan teknologi yang semakin pesat kini. Melalui dapatan kajian ini, diharapkan dapat memberi maklumat kepada para pendidik, pihak penggubal kurikulum, para penulis buku teks dan buku rujukan serta Bahagian Pendidikan Guru dalam meningkatkan mutu pendidikan di negara kita. Batasan kajian Kajian ini hanya melibatkan pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran kimia dari 2 buah sekolah di daerah Kuala Terengganu, Terengganu. Seramai 225 orang pelajar (responden) terlibat dalam kajian ini. Pelajar yang dipilih dikehendaki menjawab soal selidik yang diberikan.

Metodologi Populasi dan persampelan kajian Menurut Ary et al. (1984), suatu sampel yang baik mestilah mempunyai dua kriteria iaitu perwakilan dan kecukupan. Perwakilan membawa pengertian bahawa sampel yang dipilih mestilah mewakili populasi kajian. Kecukupan pula membawa pengertian bahawa bilangan sampel yang digunakan adalah mencukupi untuk membuat kesimpulan dan generalisasi yang meyakinkan. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada pelajar tingkatan empat dari dua buah sekolah menengah teknik di daerah Kuala Terengganu, Terengganu. Untuk mendapatkan jumlah bilangan sampel minimum yang digunakan dalam kajian ini, formula yang dikemukakan oleh Krejcie dan Morgan (1970) dan Yamane (1967) telah digunakan. Dengan mengambil kira formula penentuan saiz sampel ini, saiz sampel yang digunakan untuk kajian ini ialah seramai 225 orang pelajar. Bilangan ini dianggap lebih daripada mencukupi untuk mewakili populasi kajian kerana saiz sampel yang dapat diterima bagi suatu kajian deskriptif adalah hanya 10 hingga 20 peratus bergantung kepada saiz populasi (Gay, 1992). Terdapat dua buah sekolah menengah teknik yang berada di daerah Kuala Terengganu telah dipilih dan teknik persampelan berkelompok bertujuan digunakan untuk memilih sampel kajian iaitu sampel kajian dipilih secara rawak berdasarkan kelompok dalam populasinya (Mohamad Najib, 2003). Melalui teknik persampelan ini, kelas-kelas pelajar tingkatan empat aliran sains yang terlibat telah dipilih secara rawak mudah dan semua pelajar untuk setiap kelas yang dipilih adalah terlibat sebagai sampel kajian. Kajian rintis Menurut Polit et al. (2001), kajian rintis merujuk kepada versi kajian kecil atau percubaan yang dilakukan sebagai persediaan untuk kajian yang lebih besar atau utama. Kajian rintis boleh juga merupakan pra ujian untuk mencuba instrument kajian yang khusus. Kelebihan menjalankan kajian rintis adalah kajian ini dapat membantu penyelidik memperoleh petunjuk awal tentang mana-mana bahagian penyelidikan yang mungkin tidak tepat atau gagal (Baker,1994). Mana-mana kaedah atau instrumen kajian yang tidak betul atau kurang tepat juga dapat dilakukan melalui kajian rintis ini. Kajian rintis telah dijalankan ke atas 20 orang pelajar tingkatan empat aliran sains yang mengambil mata pelajaran kimia di salah sebuah sekolah menengah yang dipilih untuk mengetahui sejauh mana item-item soal selidik ini dapat difahami sekaligus objektif kajian dapat dicapai. Kajian rintis ini dijalankan di Sekolah Menengah Teknik Terengganu, Terengganu. Kajian rintis dijalankan di sekolah ini terhadap pelajar yang tidak terlibat dalam bilangan sampel. Daripada perlaksanaan kajian rintis ini, didapati beberapa item instrumen tidak sesuai dari segi istilah dan perlu diubahsuai atau dibuang. Beberapa item diperbaiki dari struktur susunan ayat agar lebih mudah difahami oleh responden. Peruntukan masa bagi menjawab soalan kajian juga di ubahsuai dengan mengurangkan masa responden menjawab daripada 45 minit kepada 40 minit sahaja. Kesahan adalah aspek penting dalam sesebuah kajian kerana ia akan mengesahkan sejauh mana hasil dapatan kajian mempunyai kredibiliti yang boleh dipercayai (Ghazali, 2005). Instrumen yang dibina diuji kesahan melalui kaedah expert judgement. Pengesahan tersebut dilakukan oleh 2 orang pakar dalam bidang kajian (Kimia) yang merupakan pensyarah dari Jabatan Sains dan Matematik, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Berdasarkan pandangan pakar, beberapa item yang didapati tidak bertepatan dengan kajian ini telah diubah suai. Antara item yang telah diubah suai adalah item no 2 (a) dan (b), 3 (a) dan (b) iaitu istilah electronic configuration diubah kepada electron arrangement. Ini kerana istilah electron arrangement

digunakan dalam pembelajaran pelajar serta dalam penggubalan soalan peperiksaan. Item 2 (b) (i) perlu dibuang kerana atom A tidak mempunyai ion A4-. Item 3 (e) perlu diubah suai kerana pelajar di sekolah tidak mempelajari bagaimana untuk melukis gambar rajah struktur Lewis untuk pembentukan sebatian hidrogen klorida. Istilah struktur Lewis diganti dengan kaedah titik dan silang. Instrumen kajian Kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik adalah yang paling popular digunakan sebagai instrumen kajian. Kaedah soal selidik dipilih kerana ianya mudah ditadbir dan data yang diperoleh lebih mudah untuk dianalisis. Set soal selidik ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bahagian A, dan Bahagian B. Instrumen kajian yang dibina adalah berdasarkan kepada objektif kajian dan juga permasalahan kajian yang ingin dilihat. Bahagian A mengandungi maklumat tentang latar belakang pelajar. Bahagian B terdiri daripada 3 soalan berbentuk struktur. Item bagi Bahagian B dibina bagi mengukur tahap penguasaan dan masalah penguasaan terhadap tajuk Ikatan Kimia. Sebahagian item dibina sendiri dan sebahagiannya diadaptasi daripada instrument kajian daripada kajian lepas. Item-item ini telah direkabentuk berasaskan kepada persoalan dan tujuan kajian serta telah dikaji kesesuaiannya melalui kajian rintis yang telah dijalankan. Item yang digunakan dalam kajian ini berbentuk terbuka bagi tujuan mengenal pasti tahap penguasaan dan masalah penguasaan pelajar. Taburan item soalan direkabentuk berdasarkan aspek-aspek yang telah ditentukan seperti dalam Jadual 1: Jadual 1: Taburan item soal selidik

Keputusan Tahap penguasaan pelajar terhadap tajuk Ikatan Kimia Secara keseluruhan, tahap penguasaan dalam tajuk Ikatan Kimia adalah sangat lemah iaitu min markah keseluruhan 36.0%. Jadual 2: Taburan responden mengikut tahap penguasaan dalam tajuk Ikatan Kimia Jadual 2 menunjukkan taburan responden mengikut tahap penguasaan terhadap tajuk Ikatan Kimia. Majoriti responden berada pada tahap yang sangat lemah (60.5%). Hanya lima orang responden sahaja (2.2%) yang berada pada tahap cemerlang. 32 orang responden (14.2%) berada pada tahap lemah, 34 orang responden (15.1%) pada tahap baik manakala bagi tahap sederhana terdapat sejumlah 18 orang responden sahaja (8.0%). Hasil analisis tahap penguasaan responden terhadap konsep dalam tajuk Ikatan Kimia adalah seperti dalam Jadual 3. Data-data dalam bahagian ini dianalisis berdasarkan min peratus markah.

Jadual 3: Taburan responden mengikut tahap penguasaan terhadap konsep dalam tajuk Ikatan Kimia Perbincangan Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai pelbagai idea yang tidak selaras dengan konsep sains untuk menerangkan sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling kita terhadap ikatan kimianya. Hasil kajian menunjukkan kefahaman pelajar terhadap konsep ikatan kimia adalah sangat lemah. Dapatan kajian telah menunjukkan kebanyakan pelajar tidak dapat menyatakan konsep sains dengan tepat dalam jawapan mereka. Ini mungkin disebabkan mereka merangka konsep berdasarkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman lepas. Justeru, guru memainkan peranan penting dalam membantu pelajar mengubah kerangka alternatif mereka melalui pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran. Contohnya guru boleh mengaplikasikan model pembelajaran sains secara konstruktivisme seperti yang disarankan oleh Gilbert, Osborne dan Fensham (1982).

Dapatan juga menunjukkan pelajar menghadapi masalah melukis gambar rajah berfungsi ketika menjawab soalan kimia. Oleh itu, guru perlu menunjukkan serta menerangkan kepada pelajar teknik melukis gambar rajah dengan betul bagi memastikan pelajar memahami perkaitan konsep kimia dengan jelas. Guru perlu memberikan latih tubi kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah berkaitan konsepkonsep yang sukar dikuasai. Rumusan Laporan kajian ini telah dapat memperlihatkan kerangka alternatif yang wujud di kalangan pelajar tingkatan 4 dalam tajuk ikatan kimia di dua buah sekolah menengah teknik di daerah Kuala Terengganu, Terengganu. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat kelemahan-kelemahan yang mungkin wujud semasa kajian dijalankan dan batasan kajian yang ada. Hasil laporan kajian ini sekurang-kurangnya boleh dijadikan sebagai asas dan rujukan kepada kajian yang akan datang. Rujukan Abd. Rashid Johar (1994). Tanggapan salah konsep keseimbangan di kalangan pelajar dan pelatih sains. Jurnal Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. 19: 61-69. http://www.penerbit.ukm.my/jpend19-21abs.htm [7/1/01] Abimbiola, I. O. (1989). The Problems of Terminology in The Study of Student Conceptions in Science. Science Education, 72 (3): 175-184. Abu Hassan bin Kassim (1999). Perlaksanaan Sains (Kimia) KBSM. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Abu Hassan bin Kassim (2001). Pendidikan Amali Sains dalam Kemahiran Saintifik. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Abu Hassan bin Kassim (2003). Kurikulum Sains Sekolah Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai: Tidak diterbitkan. Andersson, B. (1990). Pupils Conception of Matter and It s Transformations (age 12-16). Studies in Science Education, 18 (2): 53-85. Ary, D. V. et al. (1984). Mathematical Explanation of Error in Duration Recording Using Partial Interval, Whole Internal, and Momentary Time Sampling. Behavioral Assessment. 6: 221-228. Atan Long (1982). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ausubel, D.P. (1968). Educational Psychology: A Cognitive View. New York: Holt, Rhinehart and Winston. Aziz bin Nordin (1989). Peranan Guru Dalam Pembelajaran dan Pengajaran Sains. Koleksi Pendidikan Sains dan Matematik. 1 (2), 35-52.