BAB EMPAT METODOLOGI KAJIAN



Similar documents
A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

Katakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0. Pengenalan

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

Katakunci : penilaian kokurikulum

How To Learn To Learn From A Computer

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPACT OF SELF-CORRECTION ON EXTROVERT AND INTROVERT STUDENTS IN THE EFL WRITING PROGRESS REZA HAJIMOHAMMADI

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

Katakunci : kefahaman murid, konsep jirim

Katakunci : alat bantu mengajar (ABM), guru teknikal

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

How To Get A Job At A Bank

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL

M2-2: Rancangan dan Cadangan Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran

Katakunci : masalah, guru Pendidikan Khas program Integrasi, pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup

CHE ZANARIAH CHE HASSAN FADZILAH ABD RAHMAN

PROSES PENYELESAIAN MASALAH. Azlinda Azman, Ph.D Noriah Mohamed, Ph.D. Penyelesaian masalah merupakan matlamat utama dalam satu-satu proses

UNIT 5 PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN

SPA BEAUTY MANAGEMENT SYSTEM NAJIHAH BINTI RUSSLI

Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 29 47, 2008

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT

Katakunci : tahap stress, tahap kepuasan kerja, pensyarah UTM

KEPENTINGAN KEFAHAMAN KONSEP DALAM MATEMATIK

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

TOPIK 1 Konsep Pengukuran dan Skala Pengukuran

Teori Kepemimpinan: Teori Trait dan Tingkahlaku. Dr. Foo Say Fooi

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

How To Get A Better At Pengajaran

PENILAIAN PETA MINDA BUZAN BERDASARKAN RUBRIK ANALITIK

AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Ilmu Faraid

KESAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR VISUAL DALAM PENGAJARAN SUBJEK SAINS TAHUN TIGA. Oleh. Christopher Lu Wei Wang

TAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CURRENT TRENDS AND PRACTICES IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT: A CASE STUDY IN YTL POWER SERVICES SDN. BHD.

Katakunci : faktor, pemilihan bidang keusahawanan

CORAK KOMUNIKASI KELUARGA DALAM KALANGAN KELUARGA MELAYU DI TERENGGANU

Komunikasi Interpersonal Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Melaka

SUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK: SEJAUHMANAKAH HUBUNGAN INI RELEVAN?

BAB 3 SEMANTIK: PERLUASAN, PENYEMPITAN DAN PERUBAHAN MAKNA

Universiti Kuala Lumpur Kampus Kota MALAYSIAN INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY 1016, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

PENGESAHAN DAN PENGGUNAAN UJIAN MATEMATIK TAHUN EMPAT SEKOLAH RENDAH : ANALISIS RASCH ROSMAWATI MUSA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

JOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING. A thesis submitted in partial fulfillment of. the requirements for the award of the degree of

Katakunci : kecergasan kardiovaskular, daya tahan otot kaki, latihan simulasi haji dan umrah.

Dimensi Amalan Etika Profesion

LATIH TUBI BACAAN DALAM MEMBANTU MURID PEMULIHAN MENGUASAI KEMAHIRAN HURUF VOKAL AWALAN. Oleh

Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): HASNAH TORAN, MOHD. HANAFI MOHD. YASIN, MOHD. MOKHTAR TAHAR & NORANI SALLEH

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA

Tingkah Laku Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak. oleh. Mahadi bin Hj. Khalid Institut Perguruan Batu Lintang

Katakunci : gaya komunikasi, guru besar, komitmen guru,

Kalkulus Fungsi Dua Peubah atau Lebih

Student Application Form

Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 33 51, 2010

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

OCBC GREAT EASTERN CO-BRAND CARD FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) REBATE FEATURES, INTEREST FREE AUTO INSTALMENT PAYMENT PLAN (AUTO-IPP) AND BENEFITS

Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan

BAB 3 METODOLOGI. Bab ini membincangkan tentang reka bentuk penyelidikan, kaedah. penyelidikan, populasi dan sampel, instrumen dan kesahan serta

Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di kalangan Guru Sekolah Bestari

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Januari 2014, Bil. 2 Isu 1

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

ii) 9 months Plan - Interest Rate at 0.75% per month The minimum transfer amount is RM1,000 and maximum is subject to Cardmember

PRODUCTIVITY IMPROVEMENT VIA SIMULATION METHOD (MANUFACTURING INDUSTRY) HASBULLAH BIN MAT ISA

2 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN Zainuddin Abu Bakar

Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Di Kalangan Guru-Guru Ketua Panitia Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Daerah Kulim Bandar Baharu

KAJIAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS MEMBACA TEKS ARAB MELALUI KEMAHIRAN MEMBACA AL-QUR AN DAN KAEDAH LATIH TUBI

Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan

BENGKEL INOVASI PEDAGOGI. Penyelesaian Masalah Matematik Sekolah Rendah dengan Menggunakan Strategi Melukis Gambar Rajah. oleh

LEARNING MANAGEMENT SYSTEM(LMS) AND COURSE MANAGEMENT SYSTEM(CMS)

HAJI MOHD NOR BIN JAAFAR

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan Prasarana yang Disediakan di Politeknik Banting Selangor bagi Sesi Disember 2012

Program Peralihan Pembantu Makmal (PPPM) WFST1113 ASAS KERJA LAPANGAN KOMPAS, TRIGONOMETRI & MEMBUAT RINTISAN KOMPAS

Penterjemahan Bentuk Panggilan Terpilih di dalam OALD

KAJIAN TENTANG KEPUASAN BEKERJA DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS (A STUDY ON JOB SATISFACTION AMONG SPECIAL EDUCATION TEACHERS)

K-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN

Feasibility of Teaching Public Relations Courses Through E-Learning: A Case Study in Malaysia

Student Application Form

Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor.

Page 1 of 1. Page 2 of 2 % &! " '! ( ' ( $) * +, - % -. !" # $

PERATURAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA DAN SARJANA MUDA SEPENUH MASA

Customer Service Charter

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009, 7 Mei 2009, UTHM

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Julai 2013, Bil. 1 Isu 3

Katakunci : kadar denyutan jantung, tahap dehidrasi, atlet larian jarak dekat

TEORI PEMBELAJARAN Ahmad Johari Sihes

PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM ILMU PENDIDIKAN DI MAKTAB PERGURUAN, TAHUN 1957 HINGGA1986

THE RELATIONSHIP BETWEEN HUMAN RESOURCE INFORMATION SYSTEM (HRIS) AND HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (HRM) ALFRED PUN KHEE SEONG

Keperluan Latihan Berbentuk Kursus Untuk Guru Besar Lokman Bin Mohd. Tahir & Chua Lay Kah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

RFID BASED SYSTEMATIC STUDENT S ATTENDANCE MANAGEMENT SYSTEM HANISAH BINTI HAMID. Faculty of Electrical and Electronic Engineering

Communication, Universiti Sains Malaysia, Penang. 2 Kamaliah Haji Siarap is a Lecturer at the School of Communication,

Transcription:

BAB EMPAT METODOLOGI KAJIAN 4.0 Pendahuluan Penyelidikan atau kajian adalah sebagai satu kegiatan pengumpulan, pengolahan dan analisis data yang dilakukan secara sistematik dan cekap untuk memecahkan sesuatu persoalan. Dengan itu, tujuan menjalankan kajian ialah untuk memperoleh jawapan melalui penggunaan suatu langkah ilmiah yang sistematik dan saintifik (J.supranto, 1986:7 (dipetik Azhar, 2006:139). Justeru mana-mana kajian memerlukan kepada metodologi sebagai cara memperoleh dapatan. Metodologi yang digunakan pula memerlukan teknik yang bersistematik bagi menepati kehendak ilmiah, kaedah saintifik dan mempunyai kualiti. Metodologi dalam bab ini merujuk kepada tatacara melaksanakan kajian atau tatacara mendapatkan maklumat bagi mencapai matlamat kajian. Ahmad Mahdzan Ayob (1993:44) menetapkan kaedah kajian sebagai segala langkah atau prosedur untuk mencapai segala objektif yang mana aktiviti kajiannya sudah tentu dijalankan mengikut kaedah sains. Bagi pelaksanaan kajian ini, penulis akan memastikan teknik- teknik kajian yang dipilih dapat menjamin 126

kajian dapat dilakukan secara lebih teratur dan teliti dalam semua aspek. Secara umum, kajian ini menggabungkan dua bentuk asas kajian bagi menghasilkan dapatan yang lebih berkualiti. Bentuk kajian yang dimaksudkan ialah kajian perpustakaan (library resarch) dan kajian lapangan (field research). Gabungan kedua-dua bentuk kajian ini amat sesuai dengan kaedah kajian masa kini yang mementingkan kedua-dua elemen tersebut. Berdasarkan kepada bentuk persoalan kajian, penulis lebih memfokuskan pendekatan kaedah kajian ini kepada pendekatan kaedah yang bersifat kuantitatif, walaubagaimanapun, penulis juga turut memilih pendekatan kaedah yang bersifat kualitatif bagi menyokong dan menguatkan lagi kajian dapatan. Justeru kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kajian campuran yang bersifat kuantitatif dan kualitatif. Penulis menetapkan pemilihan ini berasaskan kepada tajuk dan persoalan kajian ini yang lebih memerlukan kepada keduadua bentuk pendekatan ini. 4.0.1 Pendekatan Kuantitatif Menurut Rohana yusof (2003:146) ialah satu usaha membentuk prinsip dan peraturan umum yang mengandaikan realiti sosial sebagai objektif dan terpisah atau tidak berkaitan dengan individu. 127

4.0.2 Pendekatan Kualitatif Pendekatan kualitatif pula menekankan kepentingan pengalaman subjektif individu yang perlu dianalisis secara kualitatif dan realitisosial mempunyai makna tertentu yang bersifat subjektif dan personal. Rohana yusof (2003:181). Sebenarnya kajian bersifat kuantitatif dan kualitatif adalah dua pendekatan dalam kaedah penyelidikan yang berbeza atau bertentangan antara satu sama lain. Sungguhpun demikian, pertentangan atau perbezaan tersebut tidak menghalang penyelidik menggunakan kedua-dua pendekatan dalam masa yang sama yang dikenali dengan kaedah campuran. Perbincangan dalam bab ini juga merangkumi perkara-perkara berkaitan metodologi yang terdiri daripada reka bentuk kajian, respondan kajian, tempat dan lokasi, instrumen kajian, kaedah pengumpulan data dan lain-lain yang berkaitan. 4.1 Reka bentuk Kajian Reka bentuk kajian direka untuk meninjau dan melihat tahap kemahiran pelajar Melayu membentuk dan menulis ayat bahasa Arab. Menurut (Kerlinger, 1973:300) reka bentuk kajian berfungsi sebagai panduan dalam suatu 128

pengkajian untuk mencari jawapan yang jelas terhadap persoalan-persoalan kajian. (Zainol Abidin: 2003) Oleh kerana kajian ini mengenai penguasaan partikel al bahasa Arab, maka reka bentuk kajian dibina berdasarkan persoalan-persoalan kajian mengenai partikel al bahasa Arab. Kajian ini merupakan kajian berbentuk inferential yang boleh digeneralisasikan untuk tempat-tempat lain pada kes yang sama. Data-data diperolehi melalui soal selidik dan ujian bertulis. Maklumat yang diterima ditafsirkan secara kualitatif dan kuantitatif. Selain dari memfokus kajian kepada kemahiran pelajar menguasai partikel al bahasa Arab, penulis juga ingin melihat faktorfaktor yang mempengaruhi kemahiran tersebut serta tahap perhubungan antara keduanya dalam situasi pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Kajian ini bertujuan untuk menerangkan fenomena yang berlaku iaitu tahap pengetahuan dan penguasaan pelajar terhadap fungsi-fungsi makna yang terdapat dalam partikel al bahasa Arab, maka dengan itu ia merupakan kajian diskriptif. Kajian ini juga boleh dianggap sebagai penilaian terhadap keberkesanan unsur-unsur yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab secara umum dan secara khususnya pengajaran tata bahasa Arab terutamanya penggunaan partikel al. 129

4.2 Respondan Kajian Respondan utama kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan enam atas Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Agama Sultan Azlan shah (SMKASAS). (Di Perak hanya SMKASAS yang menawarkan bahasa Arab peringkat STPM). Respondan kajian berjumlah 50 orang pelajar yang terdiri daripada 40 lelaki dan 10 perempuan. Sehingga ujian dan soal selidik dilakukan, pelajar ini telah menghabiskan masa lebih dari enam tahun mempelajari bahasa Arab. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama secara umumnya mempunyai tahap pencapaian akademik yang lebik baik jika dibandingkan dengan rakanrakan mereka daripada sekolah menengah biasa yang lain. Ini adalah kerana syarat kemasukkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama pada dasarnya mensyaratkan pelajar yang memcapai sekurang-kurangnya 4A 1B pada peringkat peperiksaan UPSR dan juga telah menguasai asas-asas bahasa Arab dengan baik seperti menulis perkataan dan membaca petikan pendek dalam bahasa Arab. Pelajar mempelajari Bahasa Arab Komunikasi sekurang-kurangnya 240 minit seminggu atau 6 waktu minimum X 40 minit seminggu iaitu jumlah masa 130

minimum yang diperuntukkan kepada mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi iaitu pelajar yang telah belajar daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Pelajar juga mempelajari Bahasa Arab Tinggi pada peringkat tingkatan 4 dan tingkatan 5 sekurang-kurangnya 160 minit seminggu atau 4 waktu X 40 minit seminggu iaitu masa yang minimum diperuntukkan kepada mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi. (Manual kursus pendedahan Kurikulum Semakan Bahasa Arab untuk Murshid Tarbawi Bahasa Arab Di Sekolah Menengah, Jabatan Pendidikan islam dan Moral, 2002:1) Ini bermakna sebelum pelajar menduduki tingkatan enam, secara teorinya mereka telah belajar sekurang-kurangnya pada peringkat tingkatan satu hingga tingkatan tiga sebanyak 240 minit x 34 minggu x 3 tahun belajar berjumlah 12480 minit, ditambah dengan jumlah jam pada peringkat tingkatan empat dan lima sebanyak 160 minit x 34 minggu belajar x 2 tahun berjumlah 10880 minit. jumlah keseluruhan belajar ialah 12480 minit ditambahkan dengan 10880 minit menjadikan jumlah keseluruhan belajar secara teorinya 23360 minit atau pun bersamaan 389.33 jam, bersamaan 16.22 hari. 131

4.3 Kaedah Pengumpulan Data Kajian dilakukan berpandukan dua kaedah utama iaitu rujukan data sekunder dan pengumpulan data primer. Data-data primer diperolehi daripada buku, jurnal dan tesis yang diperolehi dari perpustakaan di beberapa buah institusi pendidikan tinggi negara seperti Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa juga perpustakaan SMKASAS dan koleksi peribadi penulis sendiri. Penulis juga memanfaatkan teknologi maklumat terkini dengan mendapatkan maklumat-maklumat melalui internet. Kaedah ini digunakan sepenuhnya untuk menyiapkan bab kedua dan ketiga. Data-data sekunder pula diperoleh melalui tiga instrumen kajian iaitu soal selidik, ujian bertulis dan pemerhatian ke atas pelajar. Data-data yang diperolehi itu dikumpulkan untuk dianalisis. Kaedah ini akan dimanfaatkan untuk menyiapkan bab kelima yang melibatkan analisis data-data terkumpul secara praktikal. 4.4 Instrumen Kajian Bagi mendapatkan data-data mentah berkaitan dengan kajian, penulis telah menggunakan tiga jenis instrumen iaitu soal selidik, ujian bertulis dan pemerhatian umum. 132

4.4.1 Soal Selidik Soal selidik ini adalah hasil daripada pengubahsuaian yang dilakukan penulis daripada tesis-tesis terdahulu dan jurnal-jurnal mengenai pembelajaran Bahasa Inggeris dan bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Penulis kemudian telah mengadakan perbincangan tentangnya terlebih dahulu dengan penyelia dan beberapa orang yang mahir berkaitan sebelum ianya dilakukan kepada pelajar. Soal selidik lebih memberikan tumpuan kepada penguasaan partikel al bahasa Arab dalam kalangan pelajar Melayu. Walau bagaimanapun pengkaji juga ingin melihat faktor-faktor lain yang mempunyai kaitan dengan tahap penguasaan partikel al dalam kalangan pelajar. Soal selidik ini dibahagikan kepada: i) Bahagian 1 1 (a) Latar Belakang Fokus bahagian ini adalah berkaitan latar belakang seperti maklumat diri, sekolah, taraf pendidikan bapa, taraf pendidikan emak, pekerjaan bapa, pekerjaan emak, status ekonomi keluarga, pencapaian PMR, pencapaian bahasa Arab dalam PMR, pencapian SPM, pencapian bahasa Arab dalam SPM, minat dan cita-cita. 133

1 (b) Persepsi dan Motivasi Fokus bahagian ini adalah berkaitan motivasi, bahasa, persepsi terhadap bahasa Arab, sumber pengetahuan tentang bahasa Arab, penglibatan aktiviti kokurikulum, motivasi terhadap bahasa Arab. Soalan dalam bahagian ini terdiri dari soalan jawapan tertutup, soalan pilihan jawapan tertutup dan terbuka. Pelajar hanya diminta memilih jawapan-jawapan yag disediakan dan menulis di kertas soalan. Soalan jenis ini mungkin menghadkan maklumat berkaitan dengan kajian namun ia lebih menyenangkan penulis untuk menganalisa, dan juga memudahkan pelajar menjawab serta tidak memakan masa yang terlalu lama. ii) Bahagian 11 Memberi tumpuan kepada pengetahuan pelajar tentang beberapa aspek berkaitan tajuk kajian. Ianya mengandungi 15 soalan dan digabungkan kepada tiga unit: a) Unit pertama : tentang dorongan mempelajari bahasa Arab b) Unit kedua : tentang penglibatan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. 134

c) Unit ketiga : pengetahuan tentang partikel secara umum dan pengatahuan partikel al secara khusus. Untuk menjawab soalan bahagi 11, pelajar dikehendaki memilih satu jawapan dari empat pilihan jawapan mengikut skala berikut: 1=sangat tidak setuju 2=tidak setuju 3=setuju 4=sangat setuju Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soal selidik in adalah 1jam 15 minit. Penulis sendiri mengedarkan dan mengumpulkan soal selidik berkenaan. Penulis juga berpeluang menerangkan maksud soalan kepada respondan sebelum memilih jawapan. 4.4.2 Ujian Bertulis Bagi melihat fenomena dan mendapatkan gambaran tepat tentang tahap penguasaan Partikel al bahasa Arab, penulis telah merangka satu set soalan 135

bertulis tentang penggunaan partikel al. Ujian bertulis ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan. Bahagian-bahagian itu adalah seperti berikut; I) Bahagian 1 a) 15 item soalan dikemukakan adalah untuk melihat penguasaan pelajar dalam menentukan perkataan-perkataan yang berimbuhan hadapan (prefix) partikel al dalam sesuatu perkataan. Pelajar dikehendaki memilih jawapan yang tepat sama ada skor ( ا( atau skor ( ب(, terdapat pelajar yang tidak menjawab langsung, justeru dalam ruangan analisis penulis telah mencatatkan bilangan dan peratusan pelajar yang tidak menjawab langsung (item dibina berdasarkan jenis partikel al. b) Item 16-20 dikemukakan adalah untuk melihat penguasaan pelajar bagi menentukan jenis partikel al. Pelajar dikehendaki menentukan jenis partikelpartikel yang betul. ii) Bahagian 2 a) Soalan satu terjemahan daripada bahasa Melayu ke bahasa Arab dengan menggunakan elemen partikel al dalam terjemahan tersebut. 136

b) Soalan dua terjemahan daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu dengan menggunakan elemen partikel al dalam terjemahan tersebut. iii) Bahagian 3 Menulis karangan pendek yang panjangnya tidak kurang dari 25 patah perkataan. Dalam menjawab soalan ini pelajar diberikan kebebasan untuk memilih tajuk karangan yang disukai. Soalan-soalan ini diedarkan dan dikumpulkan sendiri oleh penulis. Penulis juga menyelia sepanjang ujian in berlangsung. Masa menjawab adalah 1 jam 15 minit. Ujian ini juga disemak sendiri oleh penulis. Semakan adalah bertujuan untuk melihat penguasaan pelajar terhadap partikel al serta mengukur kemampuan mereka dalam membezakan fungsi-fungsi dan jenis-jenis partikel tersebut. Di samping itu juga pengaruh bahasa pertama terhadapnya. Analisa kesilapan juga dilakukan untuk menentukan tahap penguasaan pelajar tentang partikel al bahasa Arab dan unsur-unsur asas tatabahasa. 137

4.4.3 Permerhatian Umum Sepanjang pengalaman penulis mengajar lebih sepuluh tahun bahasa Arab kepada pelajar-pelajar Melayu (di SMKASA), penulis mendapati antara aspek kelemahan pelajar dalam bahasa Arab ialah penggunaan partikel al. Justeru dengan bersumberkan pengalaman tersebut dan juga permerhatian umum dalam kelas, di samping pengalaman memeriksa latihan, kertas jawapan peperiksaan dan karangan pelajar, kesemua elemen-elemen ini akan dijadikan sandaran oleh penulis dalam membuat hepotesis terhadap kelemahan mereka. Namun kaedah ini hanyalah sebagai gambaran awal serta untuk menguatkan data-data yang melibatkan ujian bertulis dan soal selidik yang lebih bersifat kuantitatif. 4.5 Kaedah Penganalisisan Data Di samping itu penulis juga menggunakan pendekatan metod kajian berikut dalam proses menganalisis data kajian. i) Metod Induktif: Iaitu membuat kesimpulan daripada yang bersifat khusus kepada umum. Pengajaran bahasa mengikut pendekatan ini akan di mulakan oleh guru dengan memberikan contoh-contoh yang berdasarkan kepada hukum hukum bahasa yang dipelajari, diikuti dengan penganalisisannya sebelum membuat generalisasi hukum tersebut. Secara umumnya, pengajaran kaedah ini dimulakan dengan contoh-contoh, menghuraikannya dan mengeluarkan hukum bahasa yang ingin dipelajari. Dalam konteks kajian ini, penulis akan membuat 138

kesimpulan berdasarkan data-data yang dikumpul untuk dibuat satu konklusi umum terhadap permasalahan yang dihadapi pelajar seterusnya mencari kaedah terbaik dalam menentukan penyelesaian kepada masalah tersebut. ii) Metod Komperatif: iaitu melakukan perbandingan terhadap segala data yang diperolehi dengan perolehan data-data yang lain bagi menghasilkan satu rumusan. Daripada rumusan tersebut pula penulis akan menentukan kaedah yang terbaik bagi merungkai masalah-masalah yang dihadapi pelajar-pelajar. Analisis: iaitu membuat analisis terhadap data-data yang telah dikumpulkan dari soal-selidik yang telah dikemukakan kepada responden kajian. Dapatan daripada analisis tersebut akan dibuat rumusan dan mengenal pasti aspek kekuatan dan kelemahan untuk dicadangkan tindakan bagi mengatasi masalah dan kelemahan yang wujud. 4.6 Kajian Kontrastif Dalam kajian ini elemen kontrastif juga akan dilibatkan dalam proses membuat analisis, justeru sedikit pengenalan tentang kajian kontrastif supaya gambaran mengenainya menjadi lebih jelas. 139

4.6.1 Definisi Kajian Kontrastif Kajian kontrastif adalah kajian perbandingan antara dua bahasa atau lebih dalam rumpun bahasa yang sama sebagai contoh kajian tentang bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia atau dengan bahasa Jawa yang kesemuanya dalam rumpun bahasa yang sama iaitu bahasa-bahasa Polynesia. Dalam konteks bahasa Arab pula perbandingan antara bahasa Arab dengan bahasa Ibri atau dengan bahasa Habshah yang kesemuanya adalah daripada rumpun bahasa yang sama iaitu bahasa Sam. Kajian kontrastif dan kajian komparatif kedua-duanya adalah cabang daripada ilmu Lingguistik terapan (applied Linguistik). Di samping ilmu Lingguistik terapan terdapat lagi medan kajian Sosiolinguistik, medan Psikolinguistik, medan Lexicografi (perkamusan) dan medan komputer Linguistik. Harimurti mendefinisikan medan kajian ini termasuk dalam kajian medan ilmu analisis yang bertujuan melihat aspek perbezaan dan persamaan antara dua bahasa yang hasilannya digunakan untuk diaplikasi dalam proses penterjemahan dan pengajaran. 140

Di sana terdapat lagi dua jenis medan ilmu iaitu medan kajian ilmu sosiologi dan juga psikologi yang keduanya adalah cabang ilmu Linguistik terapan yang juga dikenali medan kajian Ethnolinguistik. (lihat carta di bahagian lampiran) 4.7 Analisis Kesilapan Penulis berpendapat kajian yang dijalankan ini mempunyai kaitan dengan analisis, Justeru perlunya didedahkan secara ringkas aspek-aspek yang wujud dalam teori analisis kesilapan bagi memudah untuk memandu kepada natijah yang ingin dicapai. Sesuatu yang tidak boleh dipertikaikan ialah peranan yang dimainkan oleh analisis kesilapan (AK) dalam usaha mengesan atau mengukur sejauh mana kesukaran pelajar menguasai sesuatu bahasa yang dipelajarinya. Pengkaji juga tidak ketinggalan menggunakan kaedah AK bagi mengumpulkan data kajian ini, Justeru, pengkaji cuba memberikan ruang untuk membincangkan secara ringkas beberapa aspek penting tentang AK berdasarkan pandangan ahli bahasa. 4.7.1 Definisi Analisis Kesilapan Definisi AK oleh Corder(1974) dipetik dari Naimah Abdullah 2003) ialah: 141

What has come to be known as error analysis has to do with the investigation of the language learners Corder menjelaskan bahawa kesilapan bahasa berlaku kepada pelajar yang hendak menguasai bahasa kedua, kesalahan bahasa ini akan berlaku apabila pelajar itu belum mampu mengusai seluruh sistem bahasa kedua yang dipelajari (Di petik dari Abdul hamid dan Ibid 1995:532). Tarigan (1988:272) mendefinisikan kesalahan bahasa sebagai:.. sisi yang mempunyai cacat pada ujaran atau tulisan pelajar. Kesalahan tersebut merupakan bagian-bagian konversasi atau komposisi yang menyimpang dari norma terpilih dari performasi bahasa orang dewasa Bagi Asmah Hj Omar (1986:199) pula, lebih selesa menggunakan istilah kejanggalan (deviance) berbanding dengan error yang pada pandangannya kurang tepat kerana perkataaan itu boleh disalah tafsirkan, dan beliau mendefinisikannya sebagai : Satu ucapan atau bentuk tulisan yang terkeluar daripada norma-norma bahasa yang bukan standard yang boleh diterima daripada segi fonologi, tatabahasa atau leksikon bahasa itu. 142

Dalam memperkatakan tentang kesilapan bahasa dalam kalangan pelajar, terdapat pandangan yang berbeza-beza menurut ahli bahasa sendiri. Ahli Psikologi Mentalis (Teori Koda Kognitif) yang didokong oleh Jean Piaget, Lenneberg dan lain (Kamarudin Husin 1998:24) berpendapat bahawa kesilapan pelajar adalah berdasarkan fatalism. Kesilapan yang berlaku dalam kalangan mereka sudah ditentukan oleh nasib, jadi pelajar perlu bersedia memperbaiki kesilapan tersebut. Manakala ahli psikologi Behavioris (teori Mekanis) yang dianuti oleh Bloomfield pula menganggap kesilapan sebagai tanda pengajaran yang tidak baik, sebaliknya jika pembelajaran berjalan dengan sempurna, kesilapan tidak akan mudah berlaku. Pendapat di atas memberi gambaran kepada kita bahawa kesilapan bahasa boleh dielakkan, dan sekiranya di sesebuah sekolah atau pusat pengajian itu baik, maka hasilnya pelajar akan dapat menggunakan bahasa yang dipelajari sama ada di dalam pertuturan, pembacaan mahupun penulisan dengan baik, menepati kaedah dan peraturan bahasa tanpa melakukan kesilapan ( Naimah Abdullah 2003:51) Namun hakikatnya, sesiapa jua yang mempunyai pengalaman mengajar atau belajar sesuatu bahasa, pasti mengakui bahawa setiap pelajar tidak dapat lari 143

daripada melakukan kesilapan bahasa dalam proses pembalajaran. Jika dilihat kepada pelajar yang mempelajari bahasa ibunda pun sentiasa melakukan kesilapan, dan yang jelas, keadaan menjadi semakin sukar dalam pembelajaran bahasa asing, bahkan tidak dapat dinafikan ada ketikanya kesilapan juga berlaku dalam kalangan para pengajar sendiri. Demikianlah pula dalam hal penggunaan bahasa, sememangnya manusia tidak luput daripada melakukan kesalahan sama ada bahasa pertama atau bahasa kedua. Tarigan (1988:271) berpandangan bahawa: Tidak ada siswa yang tidak pernah membuat kesalahan selama belajar.. Orang yang pintar pun sering berbuat salah atau keliru, apa lagi para pelajar Justeru, hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah kesalahan atau kesilapan akan terus berlaku dalam proses pembelajaran terutamanya bahasa asing sebagai bahasa kedua atau sebagai bahasa ketiga. Namun ini tidak bermakna kita harus bertolak ansur dan membiarkan kesalahan itu berlaku, sebaliknya dengan segera mengurangkannya seminimum yang mungkin. 144

4.7.2 Kepentingan Analisis Kesilapan Dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu bahasa, sesuatu yang tidak dapat dielakkan ialah masalah penguasaan pelajar yang menyebabkan berlakunya kesilapan kesilapan dari pelbagai aspek bahasa sasaran. Biasanya pengajar akan mencuba sedaya upaya dengan berbagai cara untuk menangani masalah ini dengan cuba membetulkan kesilapan dan menjelaskan kepada pelajar tentang kesilapan mereka. Dalam keadaan inilah perlunya AK digunakan oleh pengajar untuk mengkategorikan kesilapan mereka, dengan itu langkah- langkah yang perlu boleh diambil untuk mengatasi masalah. (Naimah Abdulah 2003:54) Oleh itu menganalisis kesilapan bahasa adalah suatu perkara yang amat penting yang perlu ditangani oleh pengajar bahasa, kerana ianya merupakan satu langkah asas dalam menyediakan maklumat, juga untuk membuat penilaian keupayaan pelajar dalam penguasaan dan penggunaan bahasa yang dipelajari. Hasil daripada AK sangat penting kepada pengajar bahasa yang perlu tahu jenis-jenis dan punca-punca kesilapan. Kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pelajar sebenarnya boleh dijadikan maklum balas akan sejauhmana keberkesanan teknik pengajaran seseorang pengajar bahasa. 145

Melalui kajian AK para pengajar akan dapat melihat hasil pencapaian pelajar, aspek-aspek bahasa yang susah untuk dikuasai oleh mereka yang selalu membawa kepada berlakunya kesilapan, dan seterusnya meneliti jenis-jenis kesilapan dan kekerapan ianya berlaku sama ada dalam pertuturan mahupun dalam penulisan, berdasarkan maklumat ini, pengajar diharap dapat mempelbagaikan corak dan teknik pengajaran yang lebih berkesan dengan memberikan penekanan yang lebih kepada aspek-aspek yang sukar dan yang mengakibatkan berlakunya kesilapan. Sebagaimana kata Azman Wan Chik (1982:173) Analisis kesilapan menyumbangkan maklumat-maklumat yang penting di mana guru dapat menilai pembelajaran dan pengajaran serta menentukan keutamaan untuk langkah-langkah selanjutnya khususnya untuk tugasan pemulihan. Melalui AK juga pengajar bahasa dapat meninjau tahap sistem bahasa yang telah dikuasai oleh pelajar, kesilapan yang dihasilkan oleh pelajar, baik dari segi morfologi mahupun dari segi sintaksis adalah amat berguna sebagai bukti yang sah bagi menunjukkan keadaan sebenar yang pernah dihadapi oleh pelajar-pelajar semasa mereka mempelajari bahasa yang didedahkan kepada mereka. Dengan itu, pengajar akan mendapat gambaran yang jelas tentang 146

lagkah-langkah yang perlu diambil dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran bahasa berkenaan. Tarigan (1988:68) menjelaskan bahawa: Menganalisis kesalahan yang dibuat oleh para siswa jelas memberikan manfaat tertentu, kerana pemahaman terhadap kesalahan itu merupakan umpan balik yang sangat berharga bagi pengevoluasian dan perancanaan penyusunan materi dan strategi pembelajaran di kelas. Demikianlah pentingnya peranan AK yang mempunyai pengaruh langsung dalam pengajaran sesuatu bahasa, ianya memberi implikasi pedagogi yang sangat besar iaitu yang berkaitan dengan pembetulan kesilapan (Jamaliah 1990:337) Jelaslah bahawa AK telah banyak memberi sumbangan kepada semua pihak yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa sebagaimana yang ditegaskan oleh Zulkifley (1994:75) AK memberikan sumbangan yang penting dalam melicinkan proses pengajaran bahasa, terutamanya bahasa kedua, ia bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh guru bahasa tetapi juga oleh perancang pendidikan bahasa dan pelajar bahasa. 147

Beliau juga telah menyenaraikan beberapa kepentingan AK dalam proses pengajaran bahasa seperti berikut : a) melalui AK, pengajaran bahasa akan menjadi lebih berkesan kerana guruguru lebih berpeluang untuk bersedia dengan teknik yang sesuai serta bahanbahan pengajaran yang telah dirancang mengikut kesesuaian para pelajar. b) Guru secara khusus dapat mengesan sejauh manakah pengaruh bahasa ibunda terhadap proses pembelajaran bahasa kedua. c) Melalui AK, guru-guru dapat memahami bahawa kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh para pelajar ini bukanlah sesuatu yang rambang tetapi lebih merupakan kesalahan-kesalahan yang dirancang. Kesalahan itu sebenarnya bukanlah pada tahap akal budi (competence). d) Hasil maklumat yang diperolehi dariapada proses menganalisis kesalahan, guru boleh mengubahsuai kaedah dan teknik pengajarannya bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar. Secara jangka panjang, AK dapat membantu penyusunan sukatan pelajaran pemulihan atau rancangan pengajaran kembali (Ibrahim Ahmad 1982:612). 148

Sebagaimana hasil dari kajian AK juga dapat memberi panduan kepada penulis buku teks untuk menghasilkan sesuatu yang menepati kehendak pengajaran dan pembelajaran bahasa yang benar-benar berkesan. 4.7.3 Mengambil Faedah Daripada Analisis Kesilapan dan Kontrastif Kepentingan analisis kesilapan dalam pengajaran bahasa berasaskan kenyataan bahawa penguasaan bahasa khususnya dalam kalangan kanak-kanak antara lainnya diperoleh daripada kesilapan yang dilakukan dari semasa ke semasa. Kepentingan kontrastif pula didasari kepada gangguan bahasa ibunda dalam mempelajari bahasa sasaran. Faedah daripada kedua-duanya boleh diambil, terutamanya dari aspek struktur yang harus diberi penekanan dan didahulukan atau dikemudiankan. Sebagai contoh, pembahagian tajuk-tajuk nahu kepada almarfuat, al-mansubat, dan al-majrurat dalam pengajaran nahu adalah tidak sesuai diketengahkan kepada pelajar-pelajar Melayu berdasarkan analisis kesilapan dan kontrastif, kerana pembahagian tersebut adalah bersifat bentuk daripada makna yang lebih diperlukan oleh pelajar Melayu. Sebagai contoh kajian yang dilakukan oleh Saufi Man kepada penuntutpenuntut peringkat tinggi, Pra-Universiti Islam Antarabangsa tentang kesalahan penggunaan bahasa Arab, menunjukkan bahawa peratus kesalahan adalah 149

tinggi dari aspek hukum kombinasi nahuan (al-mutabaqat al-nahwiyyat) seperti berikut: Jenis kesalahan Peratus Am dan khas 86% Genus 85% Infleksi dan keadaan kata kerja 60% Bilangan 30% Contoh kedua ialah kajian yang dilakukan oleh Siti Ikbal (2005) dengan tajuk kajian Masalah Penguasaan Pertuturan Bahasa Arab Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Di Selangor telah membuat menghasilkan dapatan menunjukkan kategori kesilapan yang menduduki kesilapan yang ketiga terbesar sebanyak 82.5% adalah penggunaan partikel al dalam pertuturan bertulis antara contoh kesilapan pelajar dalam petuturan bertulis tentang penggunaan partikel al adalah seperti berikut: a. Ayat yang salah: ك م س اع ة الا ن maksudnya pukul berapakah sekarang? كم الساعة الا ن ayat yang betul dengan di sertakan alif lam pada perkataan.b Ayat yang salah الف و اك ھ الم ح ل ی ة الت ي أ ح ب ھا ھ ي م نجا وب ا ب ای ا maksudnya buahbuahan tempatan yang saya sukai ialah mangga dan betik. 150

Ayat yang betul الف و اكھ الم حلیة التي أح ب ھا ھي المنجا والبابایا dengan disertakan alif والبابایا dan المنجا lam pada perkataan Walaupun tidak disebut dengan jelas hukum kombinasi nahuan, namun kesalahan-kesalahan tersebut dapat dirumuskan di bawah kombinasi nahuan. Hal ini menuntut supaya penekanan dan latih tubi harus diberikan kepada tajuk hukum kombinasi nahuan dalam pengajaran bahasa Arab. Begitu juga dengan tajuk al-na at dan al-idafat perlu diajar serentak atau berdekatan kerana pelajar Melayu selalu keliru antara kedua-dua tajuk tersebut yang menyebabkan mereka selalu melakukan kesilapan ketka mengunakannya. Melalui kajian kontrastif pula umpamanya, boleh dinyatakan bahawa ciriciri dan tajuk-tajuk nahu Arab yang tiada persamaan langsung atau yang berbeza dengan bahasa Melayu, hendaklah diberi penekanan yang lebih dan dipebanyakkan latih tubi, seperti hukum kombinsi nahuan, aplikasi alim lam, kepelbagaian bentuk struktur nahuan seperti: al-majzuma:t ( (المجزومات dan alistithna الاستثناء) )dengan mengambil perhatian bahawa tajuk-tajuk ini tidak boleh diberi penekanan serentak pada peringkat awal, tetapi hendaklah secara berperingkat dan hendaklah diketengahkan dalam perancangannya yang sistematik. Contoh-contoh yang disebutkan tadi juga menuntut supaya tajuk- 151

tajuk yang disebutkan tadi juga menuntut supaya tajuk-tajuk idafat, na at dan tamyiz diajar berdekatan. 4.8 Prosedur Kajian Untuk menjalankan kajian penulis terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis dari Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. Kemudian penulis memohon kebenaran pihak-pihak yang berkaitan untuk membuat kajian di sekolah bekenaan. Setelah mendapat kebenaran dari pihak pentadbiran sekolah penulis pun mula menjalankan urusan kajian. Langkah seterusnya penulis mengadakan perbincangan dengan pihak pentadbiran sekolah dan pelajar untuk mencari masa dan tarikh yang sesuai untuk mengumpulkan data-data primer yang diperlukan. Ini adalah untuk mengelakkan pertembungan dengan program-program dalaman yang akan mengganggu kelicinan kajian seperti ujian bulanan, majlis-majlis rasmi sekolah dan sebagainya. (penulis tidak menghadapi sebarang masalah kerana penulis adalah tenaga pengajar di sini) Setelah menentukan masa dan tarikh pelaksanaan kajian, penulis mengelolakan dan menyediakan sendiri perjalanan soal selidik dan ujian pelajar. Ini adalah kerana ianya hanya melibatkan sebuah sekolah sahaja (untuk makluman di 152

Perak hanya sekolah ini sahaja yang mengambil mata pelajaran bahasa Arab peringkat STPM). 4.9 RUMUSAN Metodologi yang jelas amat penting sebelum menjalankan sesuatu kajian. Ini kerana kualiti kajian itu bergantung kepada ketepatan penggunaan kaeadah yang sesuai dengan objektif Kajian, objektif dan persoalan yang ditetapkan oleh penyelidik. Metodologi ini sewajarnya menggunakan teknik yang betul dan bersistematik bagi menghasilkan dapatan kajian yang mempunyai kesahan dan nilai yang tinggi. Dalam bab ini, penulis telah menggariskan metode kajian yang menjadi sandaran kepada kajian mengenai penguasaan pelajar terhadap fungsi partikel al di peringkat STPM. 153