BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA POLISI OPERASI FARMASI AMBULATORI



Similar documents
KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

Garis Panduan Pendaftaran dan Pembaharuan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan

PEMBERIAN WANG TUNAI SEBAGAI GANTIAN BAGI CUTI REHAT YANG TIDAK DAPAT DIHABISKAN OLEH PEGAWAI LANTIKAN SECARA KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE)

PENCAPAIAN HOSPITAL PERFORMANCE INDICATOR FOR ACCOUNTABILITY (HPIA) No Indikator Standard Julai - Disember 2015

ii) 9 months Plan - Interest Rate at 0.75% per month The minimum transfer amount is RM1,000 and maximum is subject to Cardmember

SPA BEAUTY MANAGEMENT SYSTEM NAJIHAH BINTI RUSSLI

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL KOMPUTER MUDAH ALIH CHROMEBOOK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2013

Customer Service Charter

JOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING. A thesis submitted in partial fulfillment of. the requirements for the award of the degree of

Chapter 17 COMPLETION. 1. Receipt of notice from Contractor. 2. Final Inspection. PT

LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA PENDAFTARAN ENGINEERING CONSULTANCY PRACTICE

5S adalah Program Penyertaaan Kaizen ke seluruh Organisasi

OCBC GREAT EASTERN CO-BRAND CARD FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) REBATE FEATURES, INTEREST FREE AUTO INSTALMENT PAYMENT PLAN (AUTO-IPP) AND BENEFITS

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

How To Get A Lift Lift (Truck)

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2008 PELAKSANAAN SYARAT PERUBAHAN HARGA DI DALAM KONTRAK KERJA

KERAJAAN MALAYSIA. Pentadbiran Kontrak Dan Format Perjanjian Piawai Perunding

PENGURUS / PENTADBIR SUMBER MANUSIA

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

MALAYSIA GARIS PANDUAN KERJASAMA AWAM-SWASTA (PUBLIC PRIVATE PARTNERSHIP - PPP) Unit Kerjasama Awam-Swasta Jabatan Perdana Menteri PUTRAJAYA

[PELAN OPERASI LATIHAN] KKPTS PELAN OPERASI LATIHAN KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN

Student Application Form

DASAR DAN GARIS PANDUAN PROGRAM KOLABORASI INDUSTRI (INDUSTRIAL COLLABORATION PROGRAMME - ICP) DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA PENGAMBILAN FEBRUARI 2016

M2-2: Rancangan dan Cadangan Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

Student Application Form

Lampiran A3 PANDUAN PENYEDIAAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT)

ZERO-INTEREST INSTALMENT PLAN. 1) This programme valid for PB Credit cards issued by Public Bank.

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

TADBIR URUS PORTAL JABATAN PEGUAM NEGARA

GUIDELINES ON THE STAMPING OF SHARE TRANSFER INSTRUMENTS FOR SHARES THAT ARE NOT QUOTED ON THE KUALA LUMPUR STOCK EXCHANGE.

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 4 JURU X-RAY U36 ( DIAGNOSTIK )

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Pengenalan dan Mekanisme Pelaksanaan HRMIS PENDAHULUAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. Beriltizam untuk mengekalkan STATUS SWAAKREDITASI

PRAKATA KETUA SETIAUSAHA NEGARA 5 PRAKATA KETUA PENGARAH MAMPU 6

PERATURAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA DAN SARJANA MUDA SEPENUH MASA

Motor Comprehensive Cover Insurance

K-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN

DASAR KESELAMATAN ICT JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC) JABATAN PERDANA MENTERI MEI 2012

DASAR KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (DKICT) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

(c) the offer is not applicable to kids below 12 years ticket at TGV and Children ticket at GSC;

GARIS PANDUAN UNTUK PAPERLESS BAGI PERMIT DAN VALIDASI K1/K2 KE ATAS PERMIT GUIDELINES FOR PAPERLESS PERMIT AND K1/K2 VALIDATION ON PERMIT

PEKELILING UNIT PERANCANG EKONOMI, JABATAN PERDANA MENTERI BILANGAN 1 TAHUN 2009

Universiti Kuala Lumpur Kampus Kota MALAYSIAN INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY 1016, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur

Manpower Planning Utilizing Work Study at Data Storage Manufacturing Company

MASTER S PROJECT REPORT SUMMARY

BISKUT RAYA INVENTORY MANAGEMENT SYSTEM (BRIMS) NURUL AMIRAH BINTI ROSLAN THESIS SUBMITTED IN FULFILLMENT OF THE DEGREE OF COMPUTER SCIENCE

How To Use A Komputer

PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (PENYAMPAIAN NOTIS) 2015

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

CLIENT SERVER APPLICATION FOR SERVER FARM PERFORMANCE MONITORING ABDIRASHID HASSAN ABDI

PRODUCT DISCLOSURE SHEET

MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

Page 1 of 1. Page 2 of 2 % &! " '! ( ' ( $) * +, - % -. !" # $

MAJLIS KESELAMATAN NEGARA. ARAHAN No. 20 (SEMAKAN SEMULA) DASAR DAN MEKANISME PENGURUSAN BENCANA NEGARA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CURRENT TRENDS AND PRACTICES IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT: A CASE STUDY IN YTL POWER SERVICES SDN. BHD.

STRUKTUR, STRATEGI DAN PRESTASI PENGURUSAN FASILITI

KESEJAHTERAAN SOSIAL DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI: Pendekatan dan Indikator. Haris Abd.Wahab Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial Universiti Malaya

LICENSE PLATE RECOGNITION OF MOVING VEHICLES. Siti Rahimah Binti Abd Rahim

BORANG PERMOHONAN WAKIL PENGEDAR GAS PETRONAS

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

SWAY REDUCTION ON GANTRY CRANE SYSTEM USING DELAYED FEEDBACK SIGNAL (DFS) NORASHID BIN IDRUS

HOME AUTOMATION SYSTEM USING POWER LINE COMMUNICATION DARLENE BINTI MOHAMAD DOUGLAS

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

How To Learn To Learn From A Computer

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

STANDARD OPERATING PROSEDURES (SOP) PELAN TINDAKAN MENGHADAPI KEBAKARAN

Enhancement of the Policy and Guidelines of the Small Debt Resolution Scheme (SDRS)

TAMBAHAN PERUNDANGAN PERSEKUTUAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 [AKTA 514] P.U. (A) 131/2000

HOME ALARM SYSTEM USING DETECTOR SENSOR MD KHAIRUL AMRI B MD ZAIN

GARISPANDUAN MENGENAI DUTI SETEM KE ATAS SURATCARA PINDAHMILIK SYER BAGI SYER YANG TIDAK TERSENARAI DI BURSA SAHAM KUALA LUMPUR.

PROSES PENYELESAIAN MASALAH. Azlinda Azman, Ph.D Noriah Mohamed, Ph.D. Penyelesaian masalah merupakan matlamat utama dalam satu-satu proses

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

LONPAC INSURANCE BHD ( T)

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

KURSUS/ COURSE Kr/ Cr K/ L A/ T. Bahasa Melayu Asas/ Basic Malay Language Tamadun Islam dan Tamadun Asia/ Asian and Islamic Civilizations

GSM BASED HOME SECURITY SYSTEM CHENG KAR LOCK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

GLOBAL SYSTEM FOR MOBILE COMMUNICATION (GSM) KIT FOR VEHICLE S ALARM SYSTEM NIK MOHD KHAIRULFAHMI BIN NIK MAT

PHARMACY MANAGEMENT SYSTEM - MEDICINE SELECTOR FOR MINOR ILLNESS AND STOCK ALERT SYSTEM MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHAMMAD NASER

DESIGN AND DEVELOPMENT OF MICRO HYDROPOWER FOR UNDERSERVED COMMUNITIES

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan Prasarana yang Disediakan di Politeknik Banting Selangor bagi Sesi Disember 2012

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

DEPARTMENT OF ESTATE -MANAGEMENT FACULTY OF ARCHITECTURE, PLANNING AND SURVEYING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PANDUAN AMALAN 5S JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

Maybank One Personal Saver and Flexi Saver Plan

TN. MOHD FAKHRUZZAMAN B. TN ISMAIL

How To Write A Book

RFID BASED SYSTEMATIC STUDENT S ATTENDANCE MANAGEMENT SYSTEM HANISAH BINTI HAMID. Faculty of Electrical and Electronic Engineering

Terms & Conditions (Balance Transfer Programme)

rumah2020.com (Dimiliki oleh Sri Neta Enterprise T) No. 9, Jalan SP 3C, Taman Sri Puchong, Puchong Selangor. Tel: SEBUTHARGA

Celebrate With PB Cards. Terms and Conditions. 1. The campaign is valid from 1 January 2016 until 30 April 2016 ( Campaign period ).

DRUG MANAGEMENT SYSTEM (DMS) NURUL A1N BINTI MUHAMMAD

LEARNING MANAGEMENT SYSTEM(LMS) AND COURSE MANAGEMENT SYSTEM(CMS)

Transcription:

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA POLISI OPERASI FARMASI AMBULATORI (HOSPITAL & KLINIK KESIHATAN) EDISI 1 : 2011

KANDUNGAN i Senarai Kandungan 1 ii Penghargaan 3 iii Prakata Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM 4 iv Prakata Pengarah Amalan & Perkembangan Farmasi 5 1 Pengenalan 6 2 Terminologi 7 3 Struktur Organisasi dan Fungsi Amalan Farmasi Ambulatori 11 4 Organisasi dan Pentadbiran 12 5 Akta dan Peraturan 13 6 Sumber Manusia 14 7 Kursus, Latihan dan Pembelajaran Berterusan (CPD) 14 8 Orientasi Anggota 15 9 Jadual Giliran & Deployment 15 10 Komunikasi Anggota 15 11 Disiplin Anggota 16 12 Pencapaian Anggota (Staff Perfomance) 16 13 Fasiliti,Peralatan dan Lain-Lain Sumber 17 14 Penyelenggaraan dan Pembaikan (Repair and 18 Maintenance) 15 Hubungan dan Komunikasi Inter & Intra -Jabatan 19 16 Keselamatan 20 17 Bekalan Kontigensi Bencana 21 18 Kebersihan & Housekeeping 22 19 Waktu Operasi 22 20 Preskripsi 23 POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 1

21 Penulisan Preskripsi 24 22 Pindaan dan Pembatalan Atas Preskripsi 25 23 Pengendalian Preskripsi 25 24 Formulari 26 25 Pendispensan Ubat 27 26 Kaunseling Ubat-ubatan dan Pendidikan Pesakit 29 27 Pengurusan Penggunaan Ubat-Ubatan 30 28 Pengurusan Sumber Kewangan/Peruntukan 31 29 Perolehan, Penyimpanan, Distribusi dan Kawalan Ubat-Ubatan 31 30 Pelupusan dan Hapuskira 34 31 Initiatif, Kreativiti dan Inovasi & Penambahbaikan Perkhidmatan 35 32 Promosi Perkhidmatan dan Aktiviti Farmasi 35 33 Lain-lain 35 34 35 Rujukan Lampiran 1 36 37 POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 2

PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli Jawatankuasa Farmasi Ambulatori (Hospital dan Kesihatan Primer) serta anggota farmasi lain yang terlibat dalam penghasilan Polisi Operasi Farmasi Ambulatori, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 3

PRAKATA PENGARAH KANAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Perkembangan Perkhidmatan dan Amalan Farmasi adalah selari dengan hasrat Kerajaan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Amalan Farmasi Ambulatori (Hospital dan Kesihatan) yang utama adalah memastikan kebolehcapaian farmakoterapi oleh pesakit dan penggunaan ubat-ubatan yang berkualiti serta selamat. Peranan pegawai farmasi juga telah berevolusi dari penyediaan dan pembekalan produk farmaseutikal/ ubat kepada pemberi perkhidmatan dan informasi. Penjagaan Farmaseutikal (Pharmaceutical Care Services, PCS) adalah menjadi fokus utama dalam penyampaian perkhidmatan farmasi ambulatori. Sumbangan perkhidmatan farmasi dalam Penjagaan Farmaseutikal yang berkualiti diharap dapat membantu meningkatkan kualiti hidup (QoL) rakyat sepanjang hayat. Melalui kreativiti dan inovasi, penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan telah dapat diperbaiki melalui perkhidmatan tambah-nilai (value-added service) yang dihasilkan. Oleh itu, polisi operasi yang jelas dan kemaskini amat perlu bagi mencetus kreativiti dan inovasi yang mampu menjana transformasi perkhidmatan untuk terus unggul dan bersesuaian dengan peredaran masa. Saya berharap dokumen ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada semua anggota farmasi ambulatori dalam usaha menyampaikan perkhidmatan yang efisien dan efektif kepada pelanggan di hospital dan kesihatan. Akhir kata, sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh anggota Jawatankuasa Farmasi Ambulatori atas inisiatif mereka menghasilkan dokumen ini. DATO EISAH BINTI A. RAHMAN PENGARAH KANAN PERKHIDMATAN FARMASI BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 4

PRAKATA PENGARAH AMALAN DAN PERKEMBANGAN FARMASI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Amalan Farmasi Baik atau Good Pharmacy Practice (GPP) memerlukan pegawai farmasi yang berkebolehan dalam pelbagai bidang perkhidmatan. Pegawai farmasi mampu berperanan sebagai pemberi perkhidmatan (care-giver), pegawai perhubungan (communicator), pembuat keputusan (decision maker), pengajar/ guru, life-long learner, penyelidik, pengurus dan pemimpin. Bagi memantapkan peranan tersebut, ia perlu berpandukan kepada dasar dan polisi yang ditetapkan. Dasar dan polisi yang berlandaskan Akta dan Peraturan ini perlu diterjemahkan kepada garis panduan dan dijadikan piawaian rujukan amalan farmasi. Seterusnya, protokol atau prosedur dapat dihasilkan bagi membentuk proses kerja yang efektif bagi menghasilkan perkhidmatan farmasi yang cekap dan berkualiti. Pengurusan farmasi di semua peringkat perkhidmatan perlu kompeten, berdaya kreatif, berinovatif serta berupaya menjana transformasi perkhidmatan yang besesuaian dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa. Oleh yang demikian, diharapkan Polisi Operasi ini dapat dijadikan rujukan bagi Perkhidmatan Farmasi Ambulatori di hospital dan klinik kesihatan. Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penerbitan dokumen ini. Semoga dokumen ini dapat membantu pencapaian matlamat yang disasarkan untuk perkhidmatan farmasi. DR SALMAH BINTI BAHRI PENGARAH AMALAN DAN PERKEMBANGAN FARMASI BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 5

1) PENGENALAN Farmasi Ambulatori memberikan perkhidmatan farmasi yang komprehensif kepada pelanggan yang mendapat rawatan sebagai pesakit luar di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Farmasi Ambulatori komited dalam memberikan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang berkesan, selamat dan berkualiti dalam pelbagai bidang farmakoterapi yang pelbagai seperti Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC), Rawatan Terapi Gantian (RTG) Methadone dan Highly Active Anti-Retroviral Therapy (HAART). Farmasi Ambulatori akan terus melaksanakan transformasi dalam sistem penyampaian perkhidmatan melalui cetusan idea kreatif dan inovatif bagi memudahkan akses pesakit kepada pengubatan. Di antara inovasi bagi kemudahan pesakit ialah Sistem SMS dan Ambil, Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP1M) dan Farmasi Pandu Lalu (Drive-thru Pharmacy). Pencapaian objektif farmakoterapi adalah berkait rapat dengan penggunaan ubat secara berkesan, selamat dan berkualiti. Pesakit perlu diberi penghakupayaan (empowerment) terhadap terapi pengubatan mereka. Objektif ini boleh dicapai melalui pendidikan pesakit dan promosi penggunaan ubat berkualiti-konsumer (QUM-C). Farmasi Ambulatori juga perlu mempunyai sistem pengurusan dan penyampaian maklumat ubatubatan kepada pesakit dan juga anggota kesihatan. Bagi memastikan akses pesakit kepada pengubatan mereka, Farmasi Ambulatori perlu memastikan ketersediaan (availability) ubat-ubatan secara optima berdasarkan formulari fasiliti masing-masing. Di samping itu juga, pengurusan inventori ubat-ubatan di Farmasi Ambulatori perlu dibuat secara efisien bagi memastikan stok ubat mencukupi untuk dibekalkan kepada pesakit. Skop amalan Farmasi Ambulatori adalah selaras dengan halatuju yang digariskan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM. Rujukan utama amalan Farmasi Ambulatori adalah Dasar Ubat Nasional (DUNAS), Akta dan Peraturan, Kawalan, Arahan Pentadbiran, Dasar dan Polisi Bahagian Perkhidmatan Farmasi dan Kementerian Kesihatan. POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 6

2) TERMINOLOGI 2.1 Amalan 5S (Budaya Kaizen): Adalah sistem housekeeping berdasarkan konsep kerja orang Jepun yang sentiasa mengamal strategy for perfomance excellence bagi memastikan penambahbaikan berterusan kepada semua proses, sistem dan sumber manusia dalam organisasi bagi menghasilkan produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelanggan. 2.2 Clinical Care Plan & Pengurusan Ubat (Medication Management): Penglibatan pegawai farmasi dalam pembentukan dan pelaksanaan perancangan klinikal berkaitan terapi ubat-ubatan dan protokol rawatan yang melibatkan pengiraan dos, kesan advers ubat-ubatan dan kesilapan pengubatan (medication errors). 2.3 Farmasi Ambulatori (Ambulatory Pharmacy): Fasiliti farmasi menyediakan perkhidmatan penjagaan farmasi kepada pesakit luar di hospital dan kesihatan. 2.4 Fasiliti KKM: Hospital, Klinik Kesihatan, Institusi Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja 2.5 Full Time Equivalent (FTE): Nisbah bilangan keseluruhan masa berbayar untuk satu tempoh (sepenuh masa, separuh masa) berbanding dengan bilangan jam bekerja bagi tempoh waktu pejabat (Isnin- Jumaat /Ahad-Khamis = 40 Jam). FTE adalah nombor dipakai bagi menunjukan bilangan anggota sepenuh masa bagi satu tugas/aktivi/tempat kerja. Nombor ini tidak menggambarkan bilangan orang sebenar, tetapi adalah bilangan masa kerja bagi pekerja sepenuh masa dan separuh masa atau kontrak. 2.6 Formulari Ubat-ubatan KKM (FUKKM) : Senarai ubat yang lengkap dengan maklumat ubat seperti dos, kumpulan ubat, kategori preskriber dan lain-lain yang digunapakai dalam fasiliti KKM. FUKKM ini dikeluarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia setelah dipersetujui dan diluluskan melalui Mesyuarat Kajisemula Senarai Ubat KKM. 2.7 Intervensi: Aktiviti yang dilaksanakan oleh Pegawai Farmasi bagi menyelesaikan isu-isu yang berbangkit semasa saringan preskripsi. POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 7

2.8 Island Dispensing: Sistem pengurusan preskripsi dalam proses aliran kerja pendispensan di mana tugas pengisian-penglabelan dilaksanakan oleh seorang anggota farmasi dan hasilnya perlu disemak semula/semak silang oleh Pegawai Farmasi / anggota farmasi yang lain sebelum didispens atau dibekalkan kepada pengguna. 2.9 Kesihatan Awam (Public Health): Sebuah institusi, disiplin atau amalan sosial / kebajikan di mana aktiviti meliputi usaha sosial bagi melindungi, mempromosi dan mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat. 2.10 Kaunter Terbuka: Merupakan sistem perkhidmatan kaunter berkonsepkan mesra pelanggan di mana tiada pemisah/pengadang antara anggota farmasi dan pesakit semasa urusan pendispensan dilakukan. 2.11 Koordinator / Runner: Anggota farmasi yang dijadual untuk mengganti atau membantu tugasan anggota sedia ada diperlukan bagi memastikan perkhidmatan kepada pelanggan tidak terjejas 2.12 Luar Waktu Bekerja : Aktiviti farmasi yang dilaksanakan diluar waktu bekerja biasa berdasarkan Perintah-Perintah Am Bab G. 2.13 MTAC (Medication Therapy Adherence Clinic): Pengurusan terapi ubat-ubatan oleh pegawai farmasi bertauliah dan terlatih bagi pesakit dengan pelbagai jenis penyakit yang mengambil/menggunakan pelbagai jenis ubat. Pesakit akan diberikan informasi dan khidmat nasihat bagi mengurus terapi ubat-ubatan mereka supaya taraf kesihatan dapat dikekalkan atau ditingkatkan serta mengelakkan atau mengurangkan masalah berhubungkait dengan ubat-ubatan (drug-related problems). 2.14 Maklumat Ubat (Drug Information): Maklumat yang diberikan kepada pesakit dan anggota keluarga pesakit dari segi penjagaan farmaseutikal. 2.15 Perkhidmatan Farmasi Ambulatori (Ambulatory Pharmacy Services): perkhidmatan yang komprehensif yang disumbangkan oleh pegawai farmasi bertauliah atau anggota farmasi terlatih. Perkhidmatan meliputi pengurusan POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 8

farmasi (Pharmacy Management) dan penjagaan farmasi (Pharmacy Care) di sektor farmasi ambulatori. 2.16 Perkhidmatan Tambah Nilai (Value Added Services, VAS): Aktiviti amalan farmasi yang dicetuskan hasil kreativiti dan inovasi anggota farmasi dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan farmasi kepada pelanggan. Contoh, Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB), Sistem Temujanji (SMS &Take, Drive Thru, UMP 1 Malaysia) dalam aktiviti pendispensan ubat yang melibatkan preskripsi bekalan separa. VAS adalah perkhidmatan pilihan kepada pesakit berdasarkan kriteria yang ditetapkan sebelum perkhidmatan diberikan. 2.17 Penjagaan Farmaseutikal (Pharmaceutical Care): Peranan komprehensif dan proaktif pegawai farmasi dalam pengurusan rawatan dalam usaha membantu pesakit memaksimakan objektif pengubatan mereka. Juga meyelaras dan membantu dalam usaha meningkatkan komplian pesakit terhadap farmakoterapi, mengehakupayaan penggunaan ubat berkualiti kepada masyarakat melalui program wellness. Pegawai farmasi juga terlibat secara terus dalam pengurusan dan pemonitoran penyakit bagi melestarikan kualiti hidup pesakit yang dirawat (Improve on Quality of Life,QoL). 2.18 Penjagaan Ambulatori (Ambulatory Care): Rawatan perubatan yang diberikan kepada pelanggan sebagai pesakit luar (non-hospitalized) seperti di klinik pesakit luar hospital (hospital outpatient clinic), jabatan atau bilik kecemasan (ER/ Department), klinik pakar hospital, klinik kesihatan dan rawatan ke rumah (Home Medication Review) 2.19 Preskripsi: Satu arahan bertulis di atas slip (Perubatan 6A Pindaan 3/96) yang sah dan lengkap daripada preskriber kepada pesakit untuk mendapat bekalan ubat-ubatan dari unit farmasi atau dokumen permintaan atas talian (online prescription). 2.20 Preskriber: Pegawai bertauliah yang diberi kuasa menulis preskripsi secara biasa atau online. Kelayakan preskriber untuk menulis atau memohon bagi setiap kategori ubat adalah seperti yang tersenarai dalam Formulari Ubat-ubatan KKM. POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 9

2.21 Pesakit Discaj untuk Meneruskan Rawatan di fasiliti KKM lain: Perkhidmatan ini adalah merujuk kepada pesakit yang telah stabil yang dirujuk ke Hospital Daerah atau Klinik Kesihatan bagi meneruskan rawatan susulan. 2.22 Polisi Penggunaan Ubat: Keputusan penggunaan ubat oleh jawatankuasa yang dilantik. Keputusan dibuat berdasarkan faktor klinikal, QoL dan farmakoekonomik yang bertujuan menghasil keputusan optima dalam rawatan pesakit (contohmelalui Jawatankuasa Ubat & Terapeutik di hospital atau kesihatan, Jawantankuasa Kawalan Infeksi). 2.23 Rawatan Terapi Gantian (RTG): Aktiviti klinikal yang diberikan oleh pegawai farmasi bertauliah dan terlatih kepada pesakit yang disahkan memerlukan RTG di bawah program Harm-Reduction. 2.24 Saringan: Penelitian yang dibuat oleh pegawai farmasi keatas preskripsi/ permohonan dari preskriber bagi memastikan semua ubat yang ditulis adalah menepati indikasi dan keperluan farmakoterapi pesakit preskripsi tersebut. 2.25 Semak silang: Proses semakan semula ubat-ubatan yang diisi berbanding preskripsi (cross checking) oleh pegawai farmasi atau penolong pegawai farmasi bagi memastikan pengisian dan pelabelan yang tepat dan betul. 2.26 Sistem Temujanji: Kaedah penetapan tarikh pengambilan ubat susulan menggunakan kad temujanji, SMS, telefon, faks, e-mel dan sebagainya. Bekalan ubat tersebut telah tersedia untuk kutipan pada tarikh yang telah dipersetujui pihak farmasi dan pesakit. Struktur ini mempunyai lapisan carta yang pendek di mana anggota akan melapor terus kepada ketua Jabatan. 2.27 Struktur (Organisasi) Horizontal: Struktur Organisasi adalah petunjuk hiraki konstitusi di mana setiap pekerja/anggota mempunyai hubungan dan tanggung jawab (whom he/she must report to). Organisasi kecil seperti hospital, klinik kesihatan, sekolah, hotel selalunya akan adopt struktur ini. 2.28 Ubat Psikotropik: Ubat-ubat yang tersenarai di dalam Jadual Ketiga Akta Racun 1952 (disemak 1989). POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 10

3) STRUKTUR ORGANISASI DAN FUNGSI FARMASI AMBULATORI 3.1 OBJEKTIF Farmasi Ambulatori perlu menyediakan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang optimum melalui pemberian ubat yang tepat, betul, efektif, selamat dalam masa yang ditetapkan dengan kuantiti yang mencukupi. Ianya termasuk penyaringan preskripsi, membuat intervensi terhadap sebarang masalah preskripsi dengan preskriber bila perlu, pengisian ubat yang betul, semak silang ubat dan pendispensan. Memberikan maklumat berkaitan ubat melalui perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan dan pendidikan kesihatan kepada pelanggan dan penjaga untuk meningkatkan keberkesanan rawatan dalam meningkatkan kualiti penggunaan ubat. 3.2 FUNGSI / SKOP PERKHIDMATAN 3.2.1 Menyediakan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal kepada pelanggan ambulatori : 3.2.1.1 Jabatan Kecemasan 3.2.1.2 Klinik - Klinik Pakar 3.2.1.3 Jabatan Pesakit Luar Hospital 3.2.1.4 Klinik Kesihatan 3.2.1.5 Pesakit Discaj dari Wad (polisi setempat) 3.2.1.6 Pesakit Rawatan Harian (Day Care Patient / ACC) 3.2.2 Perkhidmatan Farmasi Ambulatori : 3.2.2.1 Pendispensan Ubat POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 11

3.2.2.2 Pendispensan Dadah Merbahaya (Dangerous Drug, DD) contoh Sediaan sirup/larutan Morfin. 3.2.2.3 Pendispensan Bahan Psikotropik ( Psychotropic Substances) 3.2.2.4 Sediaan Ekstemporanus 3.2.2.5 Rekonstitusi/ Pencampuran Aseptik (di ACC) 3.2.2.6 Pra-pembungkusan (pre-packing) ke bentuk pek pengguna (consumer pack) 3.2.2.7 Kaunseling Ubat-ubatan 3.2.2.8 Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) 3.2.2.9 Perkhidmatan Maklumat Ubat (Drug Information Service) 3.2.2.10 Promosi Kesihatan dan Pendidikan Pesakit 3.2.2.11 Pemantauan Kesan Advers Ubat (ADR) 3.2.2.12 Perkhidmatan Tambah Nilai (Bagi Pendispensan) : Sistem Pendispensan Secara Temujanji (Pharmacy Appointment Service, PhAS) seperti Sistem Pembekalan Ubat Bersepadu (SPUB), SMS & Ambil, Pandu Lalu, UMP 1 Malaysia dan lain-lain) 3.2.3 Piawaian Perkhidmatan Farmasi Ambulatori Semua farmasi ambulatori perlu melaksanakan perkhidmatan di atas berdasarkan akta, peraturan, polisi, garispanduan atau protokol yang ditetapkan. 4) ORGANISASI DAN PENTADBIRAN 4.1 Carta organisasi ambulatori perlu berbentuk struktur melintang (horizontal) dan menerangkan aliran hubungan serta tanggungjawab setiap anggota, dipamerkan POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 12

serta dikemaskini. 4.2 Tugas dan tanggungjawab setiap anggota perlu dijelaskan dan didokumenkan dalam Fail Meja. 4.3 Mekanisma komunikasi perlu diwujudkan bagi penyampaian maklumat serta penyelesaian isu dalam dan luar jabatan. 5) AKTA DAN PERATURAN Perkhidmatan Farmasi Ambulatori perlu memastikan semua akta, peraturan, kawalan, arahan pentadbiran, polisi, garispanduan dan protokol dipatuhi. 5.1 Akta Racun 1952 & Peraturan-Peraturan 5.2 Akta Dadah Merbahaya 1952 & Peraturan-Peraturan 5.3 Akta Jualan Dadah 1952 & Peraturan-Peraturan 5.4 Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 & Peraturan-Peraturan 5.5 Akta Ubat (Iklan & Jualan) 1956 & Peraturan-Peraturan 5.6 Arahan Pentadbiran, Polisi & Garispanduan seperti : 5.6.1 Arahan Pentadbiran dan Surat-Surat Pekeliling KKM. 5.6.2 Polisi Ubat Kebangsaan (National Medicines Policy) 5.6.3 Senarai Ubat Asas Kebangsaan (National Essential Drug List) 5.6.4 Formulari Ubat KKM (MOH Drug Formulary) 5.6.5 Kod Ubat Malaysia (Malaysian Drug Codes) 5.6.6 Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu ( SPUB) 5.6.7 Lain-lain garispanduan, prosedur dan protokol Perkhidmatan Farmasi dan Kementerian Kesihatan Malaysia POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 13

6) SUMBER MANUSIA 6.1 Keperluan Anggota 6.1.1 Agihan keperluan sumber manusia hendaklah berdasarkan kepada Full Time-Equivalent (FTE). 6.1.2 Seorang pegawai farmasi bertindak sebagai ketua bagi setiap perkhidmatan farmasi ambulatori 6.1.3 Bilangan anggota farmasi mestilah mencukupi sepanjang masa beroperasi 6.1.4 Seorang runner perlu diwujudkan mengikut keperluan fasiliti pada setiap masa. 6.1.5 Anggota farmasi yang bertugas di farmasi ambulatori mestilah mempunyai kelayakan yang diiktiraf. Anggota pelatih mesti bekerja di bawah penyeliaan anggota terlatih. 6.1.6 Anggota farmasi perlu mematuhi Perintah Am dan Pekeliling Perkhidmatan terkini serta Akta dan Peraturan. 7) KURSUS, LATIHAN DAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN (CPD) 7.1 Semua pegawai farmasi perlu mencapai mata CPD minimum sebanyak 40 dan penolong pegawai farmasi sebanyak 30. Semua anggota perlu mencapai tempoh latihan berstruktur berjumlah 7 hari. 7.2 Semua anggota perlu diberi peluang untuk menghadiri kursus atau latihan berkaitan kompetensi / penambahbaikan dalam bidang tugas yang dilaksanakan 7.3 Semua anggota perlu digalakkan menghadiri program atau aktiviti pembelajaran berterusan yang dianjurkan oleh fasiliti atau agensi masing-masing. 7.4 Latihan adalah diperlukan bagi anggota yang akan melaksanakan perkhidmatan POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 14

khusus seperti MTAC, Rawatan Gantian Methadone dan Smoking Cessation. 7.5 Semua latihan perlu direkodkan dan dikemaskini 8) ORIENTASI ANGGOTA 8.1 Semua anggota baru farmasi ambulatori perlu menghadiri program orientasi yang diuruskan oleh institusi masing-masing. 8.2 Semua pegawai penyelia farmasi ambulatori perlu memastikan anggota baru termasuk pegawai farmasi provisional (PRP) diberikan orientasi tentang perkhidmatan ambulatory, akta dan peraturan serta Pekeliling Perkhidmatan terkini. 8.3 Catatan dan tandatangan penyelia perlu direkodkan dalam buku log atau diberikan surat/ sijil pengesahan perlaksanaan dan kehadiran bagi program orientasi 9) JADUAL GILIRAN & DEPLOYMENT 9.1 Sistem giliran perlu diwujud dan didokumentasikan bagi semua anggota Farmasi Ambulatori berdasarkan persetujuan KPF atau pegawai penyelia. 9.2 Sistem backup/ pooling atau deployment perlu dijadual dan dilaksanakan secara sistematik bagi menangani situasi bottle neck dan down time. 10) KOMUNIKASI ANGGOTA 10.1 Mesyuarat Farmasi Ambulatori perlu diadakan secara berjadual dan didokumentasikan. 10.2 Mesyuarat secara ad-hoc diadakan bagi menangani isu-isu yang memerlukan tindakan segera. POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 15

10.3 Aktiviti-aktiviti berkaitan kekeluargaan dan kerja berpasukan di farmasi ambulatori amat digalakkan seperti perlaksanaan hari keluarga, Team Building dan gotongroyong. 10.4 Pegawai y/m farmasi ambulatori perlu dari masa ke masa memberi penerangan (Convey all relevant messages) kepada semua anggota dibawah seliaannya. 11) DISIPLIN ANGGOTA 11.1 Semua anggota Farmasi Ambulatori perlu mematuhi etika berpakaian penjawat awam dan mempraktikan nilai-nilai murni perkhidmatan awam. 12) PENCAPAIAN ANGGOTA (STAFF PERFORMANCE) 12.1 Setiap anggota perlu memiliki Fail Meja yang lengkap dan terkini. 12.2 Setiap kerja perlu mempunyai dokumen Standard Operating Procedure (SOP) / protokol atau arahan kerja yang lengkap dan terkini. 12.3 Setiap Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK ) perlu memastikan Pegawai Yang Dinilai (PYD) menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan persetujuan dibuat ke atas SKT berdasarkan sasaran umum dan sasaran spesifik. Semakan (review) perlu dibuat dalam tempoh 6 bulan jika ada perubahan SKT. 12.4 Penilaian pencapaian SKT perlu dilaksanakan berdasarkan sasaran dan pemarkahan yang dipersetujui antara PPP dan PYD. 12.5 Pengiktirafan kepada anggota perlu berdasarkan objektif dan polisi yang jelas dan saksama. POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 16

13) FASILITI, PERALATAN DAN LAIN-LAIN SUMBER 13.1 Infrastruktur yang bersesuaian dan mencukupi perlu disediakan bagi kemudahan: 13.1.1 Pelanggan 13.1.2 Perlaksanaan Perkhidmatan 13.1.3 Anggota 13.2 Bagi memastikan pencapaian optima dan penjagaan pesakit yang berkualiti, ruang, peralatan dan lain-lain sumber perlu bersesuaian, memenuhi skop perkhidmatan serta menepati keperluan aktiviti farmasi ambulatori. 13.3 Lokasi farmasi ambulatori perlu berhampiran klinik bagi memudahkan pesakit berurusan. 13.5 Fasiliti yang dilengkapi Teknologi Maklumat (ICT) perlu menggunakan kemudahan ini secara optima, contohnya aplikasi PHIS, HIS dan TPC. 13.6 Pusat Maklumat Ubat perlu kemudahan komputer yang dilengkapi dengan internet serta perisian maklumat seperti Micromedex, Lexicomp dan sentiasa dikemas kini. 13.7 Penyediaan ubat perlu mematuhi Good Preparation Practice (GPP). Penstoran dan edaran (distribution) ubat perlu mematuhi Good Distribution Practice (GDP). Pemantauan berkala perlu dilakukan ke atas semua lokasi penyimpanan termasuk luar kawasan farmasi (unit pengguna). 13.8 Kaunter pendispensan hendaklah berkonsepkan kaunter terbuka (open counter). Perkhidmatan kaunter khas seperti kaunter ekspres (item mudah), kaunter untuk pesakit kurang upaya, kanak- kanak dan ibu mengandung serta kaunter untuk warga emas perlu diadakan. 13.9 Ruang yang sesuai, bersih, kemas dan bersistematik bagi aktiviti penyebatian / pencampuran (compounding) dan pra- pembungkusan perlu diadakan. Fasiliti dan peralatan perlu penyenggaraan berjadual dan direkodkan. POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 17

13.10 Kemudahan Ruang Penilaian Pesakit, Khidmat Nasihat (Kaunseling), MTAC dan RTG perlu disediakan bagi pegawai farmasi membuat penilaian, memberikan kaunseling ubat-ubatan dan pendispensan kepada pesakit bagi mempertingkatkan pengetahuan, kefahaman serta kepatuhan kepada rancangan pemonitoran dan regimen pengubatan mereka. 13.11 Perlu ada polisi dan prosedur bagi penilaian, pemilihan, penggunaan, kalibrasi, pengawasan dan penyenggaraan sistem automasi farmasi. 13.12 Penyenggaraan peralatan dan rekod kemudahan yang bersesuaian diperlukan bagi pengawasan dan penyimpanan rekod-rekod berdasarkan keperluan undangundang dan peraturan yang berkaitan secara berintegriti. 13.13 Kemudahan ruang pejabat dan mesyuarat yang bersesuaian adalah diperlukan bagi pengurusan, pembelajaran dan latihan anggota. 13.14 Maklumat lanjut berkaitan keperluan fasiliti boleh didapati daripada `Requirement For The Development Of Pharmacy Facilities In Hospitals, Health Clinics And Other Health Facilities, Ministry Of Health Malaysia, Edisi 3, 2009. 14) PENYENGGARAAN DAN PEMBAIKAN ( REPAIR AND MAINTENANCE) 14.1 Pegawai Farmasi y/m atau anggota yang diberi kuasa perlu memastikan penyenggaraan dilaksanakan melalui syarikat konsesi yang dilantik oleh KKM mengikut jadual yang ditetapkan. 14.2 Penyenggaraan fasiliti dan peralatan termasuk validasi dan kalibrasi perlu dibuat oleh vendor yang bertauliah dan dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan dalam manual pengendalian fasiliti atau peralatan tersebut. 14.3 Anggota yang diberi kuasa dan tanggung jawab perlu memastikan semua aset yang disenaraikan di bawah farmasi ambulatori sentiasa dikemaskini dan disenggara berterusan mengikut jadual. POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 18

15) HUBUNGAN & KOMUNIKASI INTER- DAN INTRA- JABATAN 15.1 Farmasi Ambulatori hendaklah memupuk hubungan harmoni inter- dan intra- jabatan di mana perkhidmatan ini ditempatkan. 15.2 Kerjasama dengan semua ketua jabatan klinikal perlu diwujudkan bagi memastikan perolehan ubat dapat dibuat secara kos-efektif dan penggunaan ubat secara rasional dan berkualiti dapat direalisasikan berdasarkan keputusan yang dibuat melalui mesyuarat Jawatan Kuasa Ubat danterapeutik yang efisien dan efektif. 15.3 Bekerjasama dengan Jabatan Patologi serta CSSD bagi membantu melicinkan aktiviti farmakokinetik klinikal serta penyebatian /pencampuran aseptik (aseptic compounding). 15.4 Bekerjasama dengan pihak pentadbiran dan kewangan untuk perkhidmatan dan pengurusan seperti perolehan, latihan dan pembangunan. 15.5 Melibatkan diri dalam jawatankuasa yang ada kepentingan kepada aktiviti dan perkhidmatan farmasi. 15.6 Ketua Pegawai Farmasi / Pegawai yang diberi kuasa penyeliaan perlu bekerjasama atau berkolaborasi dengan bahagian / sekyen / cawangan farmasi, agensi kerajaan dan fasiliti kesihatan yang lain di peringkat daerah, negeri dan nasional seperti Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dan Pusat Racun Negara (PRN). 15.7 Berurusan dengan syarikat pengedar, pembekal, konsesi atau agensi yang mengendalikan produk farmaseutikal bagi mendapatkan informasi terkini berkaitan produk yang digunakan di fasiliti masing-masing. Urusan ini perlu dilaksanakan dengan penuh berintegriti dan beretika. 15.8 Berurusan dengan semua jabatan/agensi yang berkaitan bagi melaksanakan program perkhidmatan farmasi. POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 19

16) KESELAMATAN 16.1 Langkah - langkah yang bersesuaian perlu diambil bagi menjamin keselamatan pesakit, anggota farmasi dan ubat-ubatan. 16.2 Akses ke farmasi hanya untuk anggota farmasi dan akses adalah terhad kepada anggota lain yang berurusan rasmi dengan farmasi sahaja. 16.3 Semua pintu ke farmasi perlu dilengkapkan dengan ciri-ciri keselamatan yang bersesuaian dengan situasi dan teknologi semasa. 16.4 Hanya pegawai farmasi/anggota farmasi yang diberi kuasa boleh memiliki kunci ke farmasi. Sistem pengurusan kunci jabatan farmasi perlu dilaksanakan. 16.5 Akses kepada ubat terkawal, psikotropik dan DD perlu dihadkan kepada anggota yang diberi kuasa oleh KPF/pegawai y/m farmasi. 16.6 Akses ke Stor UniT perlu dihadkan dalam waktu pejabat sahaja atau polisi bagi keperluan kecemasan. 16.7 Hanya anggota yang diberi kuasa boleh mengeluarkan stok dari stor unit atau membuat pesanan bekalan ke stor utama. 16.8 CCTV perlu dipasang di stor unit farmasi ambulatori dan diaktifkan selepas waktu pejabat, hujung minggu dan cuti umum. Setiap triggered alarm perlu disiasat dan dilaporkan dalam tempoh yang ditetapkan. 16.9 Semua anggota farmasi hendaklah mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa menjalankan tugas. Semua anggota farmasi perlu menghayati General Safety Rules yang dipamerkan oleh institusi atau fasiliti yang menempatkan farmasi. Polisi keselamatan yang berkaitan farmasi perlu diberi perhatian sewajarnya. 16.10 Semua anggota terutama anggota baru farmasi perlu diberi pendedahan atau orientasi berkaitan polisi keselamatan. Setiap anggota perlu memahami ciri-ciri keselamatan yang berkait rapat dengan tugasan mereka. POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 20

16.11 Semua anggota yang terlibat dalam sediaan dan bekalan Aseptic seperti CDR di ACC/ Day Care Pharmacy perlu memahami dan mematuhi polisi mengendali fasiliti dan peralatan bilik bersih serta produk yang dihasilkan. 16.12 Semua peralatan kecemasan seperti pemadam api dan Spill Kits mestilah dikedudukan yang mudah dicapai, tiada halangan dan dalam keadaan sedia diguna. Semua anggota perlu dilatih cara penggunaannya. 16.13 Semua anggota perlu dilatih berkaitan keselamatan dan pencegahan kebakaran dan kesiapsiagaan menghadapi malapetaka (Disaster Preparedness) dan bersedia dengan plan kontigensi. 16.14 Pelan tindakan kebakaran Fasiliti perlu dipamirkan dan dipatuhi oleh farmasi semasa kebakaran berlaku. 16.15 Pastikan ada prosedur keselamatan kebakaran dari Jabatan Bomba & Penyelamat dan pastikan prosedur dipatuhi bila berlaku kebakaran 16.16 Semua stor kimia, mudah terbakar atau corrosive jika ada perlu dilabelkan dengan sempurna. Kawasan pengendalian bahan ini perlu dilengkapi bekalan air. Kit pembersih atau Spill Kits perlu ditempatkan di mana bahan ini dikendali. Begitu juga ruang dimana ubat sitotoksik dikendalikan 16.17 Semua anggota farmasi yang mengendali bahan ini perlu dilatih teknik menangani situasi kecemasan dengan betul. Semua anggota farmasi yang mengendalikan bahan kimia perlu diberi latihan penggunan PPE. 16.18 Bahan-bahan mudah terbakar perlu ditempatkan dalam stor atau ruang khas bersesuaian dengan spesifikasi penyimpanannya. Fume cabinet atau chemical hoods perlu digunakan jika mengendali bahan mudah meruap. 17) BEKALAN KONTIGENSI BENCANA 17.1 Farmasi Ambulatori perlu melaksanakan pengurusan bekalan, distribusi ubat dan bekerjasama dengan semua pihak berdasarkan polisi pentadbiran setempat ketika berlaku bencana. POLISI OPERASI AMBULATORI- Edisi 1: 2011 Page 21