Kelakuan Pengesanan Tekanan Bagi Seramik Natrium Bismut Titanat (Pressure Sensing Behaviour of Sodium Bismuth Titanate Ceramics)

Similar documents
A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

STRESS EFFECT STUDY ON 6 DIFFERENT PATTERN OF TYRES FOR SIZE 175/70 R13 SYAHRIL AZEEM ONG BIN HAJI MALIKI ONG. for the award of the degree of

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

PRODUCTIVITY IMPROVEMENT VIA SIMULATION METHOD (MANUFACTURING INDUSTRY) HASBULLAH BIN MAT ISA

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

TAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH

A STUDY OF SECURITY LIMITATIONS IN VIRTUAL LOCAL AREA NETWORK IMPLEMENTATION

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

Katakunci : kadar denyutan jantung, tahap dehidrasi, atlet larian jarak dekat

MASTER S PROJECT REPORT SUMMARY

JOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING. A thesis submitted in partial fulfillment of. the requirements for the award of the degree of

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

SPA BEAUTY MANAGEMENT SYSTEM NAJIHAH BINTI RUSSLI

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

EXPERIMENTAL ANALYSIS OF PASSIVE BANDWIDTH ESTIMATION TOOL FOR MULTIPLE HOP WIRELESS NETWORKS NURUL AMIRAH BINTI ABDULLAH

BIOMECHANICS AND MEASUREMENT ON ARCHERY ATHLETE: BALANCING BODY POSTURE

KAJIAN FUNDAMENTAL UNTUK MENINGKATKAN SIFAT-SIFAT KEMULURAN ANGGOTA KONKRIT KEKUATAN TINGGI BERTETULANG

Faculty of Computer Science & Information Technology

CLIENT SERVER APPLICATION FOR SERVER FARM PERFORMANCE MONITORING ABDIRASHID HASSAN ABDI

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

STRATEGI MEMBINA DAN MENGEKALKAN HUBUNGAN ANTARA KERAJAAN DENGAN RAKYAT MELALUI LAMAN SESAWANG

SMART SHOES CHARGER TAN CHEE CHIAN

HOME ALARM SYSTEM USING DETECTOR SENSOR MD KHAIRUL AMRI B MD ZAIN

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

THE RELATIONSHIP BETWEEN HUMAN RESOURCE INFORMATION SYSTEM (HRIS) AND HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (HRM) ALFRED PUN KHEE SEONG

Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan

Analisis tahap kebolehruntuhan tanah dengan menggunakan skala ROM: Kajian di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

IMPACT OF SELF-CORRECTION ON EXTROVERT AND INTROVERT STUDENTS IN THE EFL WRITING PROGRESS REZA HAJIMOHAMMADI

BISKUT RAYA INVENTORY MANAGEMENT SYSTEM (BRIMS) NURUL AMIRAH BINTI ROSLAN THESIS SUBMITTED IN FULFILLMENT OF THE DEGREE OF COMPUTER SCIENCE

DEVELOPMENT OF SCHEDULING SYSTEM FOR STAMPING DIE PRODUCTION USING SIMULATION DISPATCH APPROACH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEVELOPMENT OF PROTOTYPE SCHEDULING AND SEQUENCING SOFTWARE FOR JOB SHOP MANUFACTURING IN SHEET METAL FABRICATION

SUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK: SEJAUHMANAKAH HUBUNGAN INI RELEVAN?

How To Learn To Learn From A Computer

K-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN

Katakunci : penilaian kokurikulum

Katakunci : kefahaman murid, konsep jirim

Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor.

How To Get A Job At A Bank

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE NATURE OF HUMAN RESOURCE MANAGEMENT AND ORGANIZATIONAL CHANGE IN MALAYSIAN SMALL AND MEDIUM SIZED ENTERPRISES (SMES)

Katakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0. Pengenalan

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

EFFECTIVE COST MANAGEMENT: APPLYING ACTIVITY BASED COSTING IN PRIVATE HEALTHCARE - (HAEMODIALYSIS SERVICES)

TOPIK 1 Konsep Pengukuran dan Skala Pengukuran

Katakunci : kecergasan kardiovaskular, daya tahan otot kaki, latihan simulasi haji dan umrah.

GSM BASED HOME SECURITY SYSTEM CHENG KAR LOCK

Pull-Out and Tensile Strength Properties of Two Selected Tropical Trees (Ciri-Ciri Tarikan-Keluar dan Kekuatan Tegangan Dua Pokok Tropika Terpilih)

HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

MODELING AND SIMULATION OF SINGLE PHASE INVERTER WITH PWM USING MATLAB/SIMULINK AZUAN BIN ALIAS

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

FACTORS INFLUENCING GENDER GAP IN HIGHER EDUCATION OF MALAYSIA: A UNIVERSITY OF MALAYA SAMPLE

FACULTY OF ELECTRICAL ENGINEERING. UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) FINAL YEAR PROJECT REPORT

Universiti Kuala Lumpur Kampus Kota MALAYSIAN INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY 1016, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur

RFID BASED SYSTEMATIC STUDENT S ATTENDANCE MANAGEMENT SYSTEM HANISAH BINTI HAMID. Faculty of Electrical and Electronic Engineering

OCBC GREAT EASTERN CO-BRAND CARD FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) REBATE FEATURES, INTEREST FREE AUTO INSTALMENT PAYMENT PLAN (AUTO-IPP) AND BENEFITS

ii) 9 months Plan - Interest Rate at 0.75% per month The minimum transfer amount is RM1,000 and maximum is subject to Cardmember

Katakunci : tahap stress, tahap kepuasan kerja, pensyarah UTM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

SWAY REDUCTION ON GANTRY CRANE SYSTEM USING DELAYED FEEDBACK SIGNAL (DFS) NORASHID BIN IDRUS

Kalkulus Fungsi Dua Peubah atau Lebih

MODELING OF TRANSPORT PROCESSES FOR AIR POLLUTANTS ENHANCED WITH GEOGRAPHIC INFORMATION SYSTEM

Terms & Conditions (Balance Transfer Programme)

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

Kata kunci: kesihatan mental; pengetahuan; sosio-demografi; kempen komunikasi ABSTRACT

Feasibility of Teaching Public Relations Courses Through E-Learning: A Case Study in Malaysia

CORAK KOMUNIKASI KELUARGA DALAM KALANGAN KELUARGA MELAYU DI TERENGGANU

Page 1 of 1. Page 2 of 2 % &! " '! ( ' ( $) * +, - % -. !" # $

Tarkh BOOK INVENTORY SYSTEM USING RFID NURUL NADIA BINTI MAT JALALUDDIN

Manpower Planning Utilizing Work Study at Data Storage Manufacturing Company

DEVELOP AND DESIGN SHEMATIC DIAGRAM AND MECHANISM ON ONE SEATER DRAG BUGGY MUHAMMAD IBRAHIM B MD NUJID

Customer Service Charter

PENCAPAIAN HOSPITAL PERFORMANCE INDICATOR FOR ACCOUNTABILITY (HPIA) No Indikator Standard Julai - Disember 2015

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA

FACTORS AFFECTING TRANSFER OF TRAINING SAMER SALEH ALI ABUJAZAR

DEVELOPMENT OF PCA-BASED FAULT DETECTION SYSTEM BASED ON VARIOUS OF NOC MODELS FOR CONTINUOUS-BASED PROCESS MOHAMAD YUSUP BIN ABD WAHAB

PENGHARGAAN. Ribuan terima kasih kepada Dr. Soib Taib selaku penyelia projek ini yang banyak membimbing serta memberi nasihat sepanjang projek ini.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA INJURY CHARACTERISTICS OF MOTORCYCLISTS INVOLVED IN MOTORCYCLE CRASHES IN KLANG VALLEY, MALAYSIA PANG TOH YEN FK

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran

TN. MOHD FAKHRUZZAMAN B. TN ISMAIL

Katakunci : gaya komunikasi, guru besar, komitmen guru,

LOG FILE ANALYSIS USING SIGNATURE DETECTION (LoFA-SD) ABIGAIL KOAY MAY YEE

HUBUNGAN TEKANAN KERJA TERHADAP PRESTASI PEKERJA

IMPLEMENTING CRYPTOGRAPHY IN DATABASE KWAN SHONG HANN

HELP DESK SYSTEM IZZAT HAFIFI BIN AHMAD ARIZA

PEKELILING UNIT PERANCANG EKONOMI, JABATAN PERDANA MENTERI BILANGAN 1 TAHUN 2009

Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti

COARSE RESOLUTION DEFECT LOCALIZATION ALGORITHM FOR AN AUTOMATED VISUAL PCB INSPECTION

Penghargaan. Ucapan terima kasih kepada penyelia utama, Prof. Madya Rozman Hj. Din kerana

DEVELOPMENT OF STATISTICAL PROCESS CONTROL (SPC) MATLAB- BASED SOFTWARE FOR AUTOMOTIVE INDUSTRIES APPLICATION SITI HAZLINA BINTI MOKHTAR

How To Get A Better At Pengajaran

AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

BODY ASSEMBLY PROCESS IMPROVEMENT FOR AUTOMOTIVE INDUSTRY MOHD NAJMI BIN MOHAMAD

Tingkah Laku Keibubapaan dan Penyesuaian Tingkah Laku Anak dalam Keluarga Berisiko di Luar Bandar

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Transcription:

Sains Malaysiana 39(4)(2010): 621 626 Kelakuan Pengesanan Tekanan Bagi Seramik Natrium Bismut Titanat (Pressure Sensing Behaviour of Sodium Bismuth Titanate Ceramics) MOHAMMAD HAFIZUDDIN HAJI JUMALI*, MOHD RIDUAN MT SAID, NGOI YUNG WEE, MUHAMMAD YAHAYA & MUHAMMAD MAT SALLEH ABSTRAK Satu kajian bagi menentukan kesan suhu ke atas mikrostruktur dan kelakuan pengesanan tekanan seramik Na 0.45 5 (NBT) sebagai bahan piezoelektrik bebas plumbum telah dilakukan. Seramik NBT disediakan secara tindak balas keadaan pepejal daripada campuran serbuk Na 2 C, Bi 2 dan TiO 2. Campuran serbuk disinter pada tiga suhu yang berlainan iaitu 1100 C, 1200 C dan 1300 C selama 12 jam. Selepas disinter, serbuk NBT dikisar dan dimampatkan menjadi pelet berdiameter 13 mm diikuti pemanasan selama 2 jam pada 700 o C. Mikrostruktur dan morfologi sampel masingmasing dikaji dengan menggunakan XRD dan SEM. Sifat pengesanan tekanan NBT diuji dengan menggunakan kebuk tekanan pneumatik. Analisis pembelauan sinar-x menunjukkan semua sampel mengandungi lebih 70% NBT berstruktur rombohedral sebagai fasa utama dan bakinya merupakan fasa sekunder Bi 2 (BTO). Kenaikan suhu sinteran didapati meningkatkan kandungan fasa NBT di dalam sampel. Mikrograf SEM menunjukkan saiz butiran dan ketumpatan sampel semakin meningkat dengan pertambahan suhu sinteran. Ujian sifat pengesanan tekanan menunjukkan kesemua sampel memberi sambutan apabila voltan pemula diberikan. Berdasarkan faktor ketumpatan, kestabilan dan kebolehulangan sifat pengesanan tekanan, seramik NBT yang disinter pada suhu 1200 o C merupakan seramik yang terbaik dan berpotensi digunakan sebagai sensor tekanan. Kata kunci: Natrium bismut titanat; perovskit; piezoelektrik; sensor tekanan ABSTRACT A study to determine the microstructure and pressure sensing behaviour of Na 0.45 5 (NBT) as lead-free ceramics has been conducted. NBT ceramics were prepared using the solid state reaction technique from stoichiometric mixture of Na 2 C, Bi 2 and TiO 2 powders. The mixture was sintered at three different temperatures namely 1100 o C, 1200 o C, 1300 o C for 12 hours. After sintering, the NBT powders were ground and pressed into pellet with 13 mm diameter and subsequently heated at 700 o C for 2 hours. Microstructure and morphology of the samples were determined using XRD and SEM, respectively. Customized pressure chamber using pneumatic load was employed for pressure sensing behaviour of the samples. X-ray diffraction analysis revealed that all samples consist of more than 70% of polycrystalline, rhombohedral NBT phase, with bismuth titanate, Bi 2 (BTO) as the secondary phase. The increment in sintering temperature has resulted in the formation of higher NBT content in the sample. SEM micrographs showed that grain size and bulk density of the samples increased with the increment of sintering temperature. Pressure sensing test showed that all samples were responsive toward pressure variations only when initial voltage was applied to the ceramics. Based on density, stability and repeatability in pressure sensing behavior, NBT ceramic sintered at 1200 o C was the best ceramic with great potential as lead free pressure sensing material. Keyword: Piezoelectric; pressure sensor; perovskite; sodium bismuth titanate PENGENALAN Plumbum titanat (Pb ) dan plumbum zirkonat titanat (PZT) merupakan dua bahan yang banyak digunakan untuk fabrikasi sensor tekanan. Ini adalah kerana bahan tersebut mempunyai sifat ferroelektrik dan piezoelektrik yang baik (Haccart et al. 2002). Walau bagaimanapun, hasil buangan plumbum semasa proses penyediaan seramik ini menyebabkan masalah pencemaran alam sekitar. Justeru, banyak penyelidikan dijalankan bagi mencari bahan seramik piezoeletrik alternatif yang bebas daripada unsur plumbum. Antara bahan yang menjadi tumpuan ialah Na 0.5 (NBT) kerana ia menunjukkan beberapa ciri yang menarik seperti sifat ferroelektrik yang baik, suhu Curie dan pengutuban baki yang tinggi (Xu et al. 2008; Wenwei et al. 2007). Bahan perovskit ini wujud dalam dua jenis kekisi iaitu rombohedron atau tetragon yang tidak simetri manakala pengutuban baki dan medan paksa masing-masing 38 μ cm -2 dan 74 kv cm -1 (Pengpat et al. 2008; Xiujie et al. 2005). Seramik NBT boleh disediakan melalui beberapa teknik, antaranya persinteran keadaan pepejal (Xu et al.

622 2005), hidroterma (Ho et al. 2006) dan teknik kimia basah (Remondiere et al. 2007; 2008). Teknik tindak balas keadaan pepejal sering digunakan sama ada bagi penyediaan sampel NBT berhablur tunggal (Babu et al. 2008; Wenwei et al. 2008), polihablur (Xu et al. 2005; 2008) mahupun filem nipis (Remondiere et al. 2007; 2008). Kebelakangan ini usaha giat dilakukan bagi menghasilkan NBT yang lebih hampir kepada sempadan fasa morfotropik (MPB) iaitu seramik dengan ketetragonalan yang lebih baik. Antara usaha yang diambil adalah dengan mengubah komposisi bahan ini sama ada dengan menambahkan unsur-unsur lain seperti K (Xiujie et al. 2005), Mn (Wenwei et al. 2007) dan Fe (Watcharapasorn et al. 2007) ataupun sebatian seperti Ba (Wenwei et al. 2008) dan Eu 2 (Lin et al. 2003). Pengubahsuaian nisbah Na/Bi dalam NBT juga merupakan satu pendekatan yang boleh diteroka kerana saiz ion Bi yang lebih besar dijangka akan mempertingkatkan lagi ketetragonalan hablur NBT. Kajian ini bertujuan untuk menguji kesan suhu sinter ke atas mikrostruktur dan sifat pengesanan tekanan seramik Na 0.45 5 yang dihasilkan melalui kaedah persinteran keadaan pepejal. Kesan voltan pemula ke atas magnitud voltan sambutan dan corak sambutan turut dikaji. KAEDAH KAJIAN Seramik NBT untuk kajian ini disediakan menggunakan tiga bahan pelopor asas iaitu Na 2 C (BDH > 99.50%), Bi 2 (Aldrich > 99.90%) dan TiO 2 (Aldrich > 99.90%) berdasarkan persamaan berikut: 0.9Na 2 C + 1.1 Bi 2 + 4TiO 2 4(Na 0.45 5 ) + 0.9CO 2. Campuran serbuk dikisar menggunakan pengisar bebola selama 24 jam dan kemudiannya disinter pada tiga suhu yang berlainan iaitu 1100 C (NBT1), 1200 C (NBT2) dan 1300 C (NBT3) selama 12 jam. Seramik yang terhasil dikisar semula sehingga menjadi halus dan dimampatkan menjadi pelet berdiameter 13 mm sebelum dibakar pada suhu 700 C selama 2 jam. Ketumpatan bagi sampel ditentukan berdasarkan maklumat jisim, diameter dan ketebalan pelet. Mikrostruktur dan morfologi sampel masing-masing ditentukan menggunakan XRD (Bruker, model D8 Advance) dan SEM (Leo, model 1438VP). Analisis semi-kuantitatif berdasarkan keamatan tiga puncak utama fasa primer dan sekunder daripada difraktogram sinar-x digunakan bagi menentukan peratusan kehadiran NBT di dalam setiap sampel. Kaedah beban pneumatik dengan tekanan pada 300 kpa pula digunakan bagi menentukan kelakuan pengesanan tekanan seramik NBT (Rajah 1). Voltan sambutan yang terjana daripada proses elektromekanikal ini diukur menggunakan sistem elektrometer (Keithley model 6514). Di samping itu juga, kesan voltan pemula ke atas sifat pengesanan tekanan NBT turut dikaji dengan mengenakan 4 voltan yang berbeza iaitu 0 V, 5 V, 10 V dan 15 V selama 15 minit ke atas setiap sampel. Pengukuran dilakukan sebanyak 3 kitaran pada tekanan 300 kpa untuk menentukan ciri kesensitifan, kestabilan dan kebolehulangan seramik ini. KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN Ketumpatan sampel didapati bertambah dengan peningkatan suhu sinter (Jadual 1). Nilai ketumpatan NBT yang diperolehi daripada kajian ini didapati hampir 20% lebih rendah daripada nilai ketumpatan tertinggi yang dilaporkan setakat ini iaitu 5.85 ± 0.05 g cm -3 (Pengpat et al. (2008)). Rajah 2 menunjukkan difraktogram sinar-x bagi ketiga-tiga seramik NBT selepas disinter. Peningkatan suhu sinter didapati telah menghasilkan puncak-puncak tajam dengan nisbah keamatan puncak terhadap sinar latar belakang yang tinggi menandakan hanya fasa hablur yang wujud di dalam sampel. Analisis pengecaman fasa ke atas semua puncak-puncak menunjukkan bahan ini terdiri daripada Na 0.5 (ICDD Powder Diffraction File: 036-0340) sebagai fasa primer dan selebihnya Bi 2 sebagai fasa sekunder (ICDD Powder Diffraction File: 032-0118). NBT yang terhasil didapati berstruktur rombohedral berpadanan dengan hasil yang dilaporkan oleh Wenwei et al. (2007) dan Yu et al. (2007). Peningkatan suhu sinter juga telah merangsang penghasilan lebih banyak NBT di dalam sampel (Jadual 1). Peningkatan peratus kehadiran fasa NBT di dalam sampel ditentukan berdasarkan formula: % NBT = Keamatan NBT (Keamatan NBT + Keamatan BTO). Dengan keamatan NBT diperolehi daripada puncak (100), (110), (111)) sementara keamatan Bi 2 dikira Rajah 1. Pengesanan tekanan dengan kaedah pneumatik beban

623 Jadual 1. Ketumpatan bagi setiap sampel selepas disinter Kod Suhu sinter ( o C) Ketumpatan, ρ (±0.05 gcm -3 ) Peratus ketumpatan piawai Peratusan NBT NBT1 1100 4.36 74.52 % 72.80% NBT2 1200 4.70 80.03 % 73.30% NBT3 1300 4.74 81.02 % 84.29% daripada puncak (444), (800) dan (880). Walaupun komposisi pelopor menetapkan Na 0.45 Bi 0.45 sebagai hasil akhir sinter, penghasilan fasa Na 0.5 berstruktur rombohedron menandakan fasa ini lebih stabil dan menjadi keutamaan dalam gambarajah fasa sistem NBT. Justeru, bagi menyeimbangkan persamaan kimia, lebihan atom bismut, titanium dan oksigen telah digunakan oleh sistem bagi menghasilkan Bi 2 sebagai fasa sekunder. Mikrograf SEM untuk ketiga-tiga sampel yang disinter pada suhu 1100, 1200 dan 1300 C ditunjukkan dalam Rajah 3. NBT1 didapati mengandungi banyak liang terbuka dalam pelbagai bentuk dan saiz (Rajah 3(a)). Liang terbuka terbentuk hasil daripada proses penumpatan seramik yang belum selesai akibat kekurangan fasa cecair bagi membantu proses sinter (Xu et al. 2008). Butiran NBT1 didapati kecil dan berbucu tajam dengan julat saiz antara 1 2 μm. Peningkatan suhu sinter kepada 1200 C didapati merangsang pertumbuhan butiran (~ 4 μm) dan meningkatkan ketumpatan sampel (Rajah 3(b)). Pada suhu ini, fasa cecair hadir dalam kuantiti yang lebih banyak telah membantu pergerakan dan penyusunan semula zarah selain merangsang proses penggabungan butiran. Keadaan ini menyebabkan terhasilnya butiran dengan saiz yang lebih besar selain liang-liang yang semakin kecil. (Calata 2005; Callister 2007; Xu et al. 2008). Morfologi butiran yang terhasil pada suhu ini menyerupai morfologi bagi kebanyakan bahan perovskit berasaskan titanat iaitu lebih bulat seperti bentuk batu sungai (Ramli et al. 2009; Xu et al. 2005; Xu et al. 2008). Peningkatan suhu sinter kepada 1300 C pula telah menyebabkan sempadan antara butiran dalam NBT3 tidak kelihatan. Menurut Xiujie et al. (2005) suhu lebur NBT adalah sekitar 1280 C. Justeru, pada 1300 C, semua bahan pemula telah melebur dan pembentukan hablur NBT hanya berlaku melalui penukleusan semasa proses penyejukan sampel. Kesan tegasan mekanikal ke atas corak pengesanan tekanan dan magnitud voltan sambutan pada pelbagai nilai voltan pemula ditunjukkan pada Rajah 4 dan Jadual 2. Pada voltan pemula 0 V, kesemua sampel tidak menunjukkan sebarang sambutan terhadap perubahan tekanan (Rajah 4 (a)). Walau bagaimanapun, pada voltan pemula bermagnitud 5 V, didapati kesemua sampel mula menunjukkan corak sambutan yang lebih teratur akibat perubahan tekanan yang dikenakan (Rajah 4 (b)). Seramik NBT1, NBT2 dan NBT3 masing-masing mencatatkan purata magnitud voltan sambutan 0.20 V, 0.07 V dan 0.05 V. Peningkatan magnitud voltan pemula kepada 10 V telah menghasilkan seramik NBT yang lebih sensitif dengan corak sambutan yang lebih baik (Rajah 4c). Purata magnitud voltan sambutan yang dihasil oleh seramik NBT1 didapati menyusut sebanyak 30% kepada 0.12 V. Walau bagaimanapun, peningkatan voltan pemula ini telah menyebabkan seramik NBT2 mencatatkan peningkatan magnitud voltan sambutan sebanyak 57% kepada 0.11 V. Rajah 2. Diffraktogram sinar-x bagi NBT yang disinter pada 3 suhu yang berlainan

624 (a) (b) (c) Rajah 3. Mikrograf SEM bagi NBT yang disinter pada suhu (a) 1100 C, (b) 1200 C dan (c)1300 C Kedua-dua seramik ini juga didapati menunjukkan magnitud voltan sambutan yang malar pada setiap kitaran perubahan tekanan menandakan kedua-dua seramik ini mempunyai ciri kestabilan dan kebolehulangan yang semakin baik. Pengurangan voltan sambutan oleh NBT1 ini dipercayai disebabkan oleh kehadiran fasa sekunder yang tinggi dan nilai ketumpatan pukalnya yang lebih rendah berbanding NBT2. Peningkatan voltan pemula ke 10 V didapati tidak memberikan perubahan ke atas NBT3 dari segi magnitud, kestabilan dan kebolehulangan sambutan. Peningkatan voltan pemula kepada 15 V memberikan pengaruh yang semakin baik ke atas kelakuan pengesanan tekanan bagi seramik NBT1 dan NBT2 (Rajah 4(d)). Keduadua seramik NBT1 dan NBT2 menunjukkan ciri kestabilan dan kebolehulangan yang lebih baik berbanding voltan pemula yang lebih rendah. Purata magnitud voltan sambutan bagi NBT1 hampir tidak berubah sementara NBT2 mencatat peningkatan sebanyak 18% kepada 0.13 V. Kesan piezoelektrik hanya berlaku pada kekisi yang tidak simetri. Apabila struktur yang tidak simetri ini dikenakan tekanan, ia akan berubah dan menyebabkan berlakunya anjakan relatif antara cas. Bagi NBT yang berstruktur rombohedron, tekanan yang dikenakan menyebabkan berlaku anjakan relatif cas dan mengubah pusat graviti cas. Walau bagaimanapun, anjakan relatif cas dalam bahan NBT adalah terlalu kecil, menyebabkan kesemua sampel gagal mengesan perubahan tekanan pada 0 V (Rajah 4(a)). Sebagai bahan yang mempunyai medan paksa yang tinggi, keperluan untuk mengenakan medan elektrik luar dalam menghasilkan anjakan relatif cas yang lebih signifikan adalah perlu. Justeru, kesemua NBT yang dihasilkan dapat memberikan sambutan terhadap perubahan tekanan. Berbeza dengan NBT, seramik PZT tidak (a) (b) (c) (d) Rajah 4. Respon voltan sambutan sampel NBT apabila tekanan 300 kpa diberikan pada voltan pemula (a) 0 V, (b) 5 V, (c) 10 V dan (d) 15 V

625 Voltan sambutan (V) Voltan permula (V) Rajah 5. Magnitud voltan sambutan pada tekanan 300kPa pada pelbagai nilai voltan pemula memerlukan medan elektrik luar sebelum boleh digunakan sebagai sensor tekanan (Ramli et al. 2009). Menurut Pengpat et al. 2008 dan Xu et al. 2005, pemalar piezoelektrik NBT dipengaruhi oleh peratusan NBT yang terhasil, morfologi saiz butiran yang seragam serta ketumpatannya. Keupayaan NBT1 dan NBT2 mengesan tekanan dengan kestabilan dan kebolehulangan yang baik dipercayai disebabkan kehadiran butiran seragam yang dipisahkan oleh sempadan yang jelas di samping keporosan yang agak rendah. Walaupun NBT3 mempunyai ketumpatan dan kandungan NBT yang paling tinggi, kegagalan seramik ini untuk mengesan tekanan dengan baik menunjukkan bahawa bahan ini mempunyai pemalar piezoelektrik yang lebih rendah. Keadaan ini berlaku kerana NBT3 tidak mempunyai sempadan butiran yang jelas akibat penghasilan fasa cecair yang terlalu banyak semasa proses persinteran. Selain itu, bahan polihablur NBT yang tidak mempunyai sempadan butiran yang jelas akibat penggunaan suhu sinter yang tinggi (> takat lebur NBT) cenderung untuk mengalami kebocoran arus yang sekaligus merendahkan pemalar piezoelektriknya (Remondiere et al. 2008). KESIMPULAN Seramik NBT berstruktur rombohedron sebagai fasa primer melebihi 70% telah dihasilkan. Ketumpatan sampel didapati meningkat dengan suhu sinteran di mana ketumpatan tertinggi adalah melebihi 80% dari nilai ketumpatan tertinggi yang dilaporkan setakat ini. Peningkatan suhu sinteran telah mengubah morfologi dan meningkatkan saiz butiran. Penggunaan voltan pemula yang kecil berjaya meningkatkan kesensitifan, kestabilan dan kebolehulangan sifat pengesanan tekanan seramik NBT. Berdasarkan penilaian ketumpatan, mikrostruktur, magnitud voltan sambutan dan kelakuan pengesanan tekanan, suhu 1200 C merupakan suhu terbaik untuk menghasilkan seramik NBT yang berpotensi sebagai bahan asas bagi sensor tekanan. PENGHARGAAN Ribuan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi di atas pembiayaan melalui geran FRGS UKM-ST-07-FRGS0018-2007. RUJUKAN Babu, B.J., Madeswaran, G., He, M., Zhang, D.F., Chen, X.L. & Dhanasekaran, R. 2008. Inhomogeneity issues in growth of Na 1/2 Bi 1/2 -Ba single crystals. Journal of Crystal Growth 310: 467-472. Callister, D.W. 2007. Material Science and Engineering: An Introduction. New York: John Wiley and Sons. Calata, J.N. 2005. Densification behavior of ceramic and crystallizable glass materials constrained on a rigid substrate. PhD Thesis Virginia Polytechnic Institute and State University. Haccart, T., Cattan, E. & Remiens, D. 2002. Dielectric, ferroelectric and piezoelectric properties of sputtered PZT thin films on Si substrates: Influence of film thickness and orientation. Semiconductor Physics, Quantum Electronics & Optoelectronics 5(1): 78-88. Ho, C.J., Jun, M.Y., Hyeon L.Y., Pyo C.M. & Byung, K. 2006. Piezoelectric ceramic powder synthesis of bismuth-sodium titanate by a hydrothermal process. Journal of Ceramic Processing Research 7: 91-94. Lin, Y., Zhao, S., Cai, N., Wu, J., Zhou, X. & Nan, C.W. 2003. Effect of Doping Eu 2 on the phase transformation and piezoelectric properties of Na 0.5 -based ceramics. Material Science and Engineering B99: 449-452. Pengpat, K., Jarupoom, P., Kantha, P., Eitssayeam, S., Intatha, U., Rujijanagul, G. & Tunkasiri, T. 2008. Phase formation

626 and electrical properties of lead-free bismuth sodium titanatepotassium niobate ceramics. Current Applied Physics 8: 241-245. Ramli, N., Mat Salleh, M., Yahaya, M. & Hj Jumali, M.H. 2009. Effect of ZrO 2 addition on microstructure, morphology and pressure sensing behaviour of Pb (Zr x Ti 1-x ) ceramic sintered in Al 2 environment. Sains Malaysiana 38: 685-691. Remondiere, F., Malic, B., Kosec, M. & Mercurio, J.P. 2007. Synthesis and crystallization pathway of Na 0.5 thin film obtained by A modified sol gel route. Journal of European Ceramic Society 27: 4363-4366. Remondiere, F., Malic, B., Kosec, M. & Mercurio, J.P. 2008. Study of the crystallization pathway of Na 0.5 thin films obtained by chemical solution deposition. Journal of Sol-Gel Technology 46: 117-125. Wenwei, G., Hong, L., Xiangyong, Z., Weizhuo, Z., Xiaoming, P., Tianhou, H., Di, L., Haiqing, X., Xiangping, J. & Haosu, L. 2007. Growth, optical and electrical properties of pure and Mn-doped Na 0.5 Lead-free piezoelectric Crystals. Journal of Alloy and Compound 462: 256-261. Wenwei, G., Liu, H., Zhao, X., Pan, X., He, T., Lin, D., Xu, H. & Luo, H. 2008. Growth and characterization of Na 0. 5 Ba lead-free piezoelectric crystal by the TSSG Method. Journal of Alloys and Compounds 456: 503-507. Watcharapasorn, A., Jiansirisomboon S. & Tunkasiri, T. 2007. Sintering of Fe-doped Na 0. 5 at <1000 C. Material Letters 61: 2986-2989. Xiujie, Y., Huanchu, C., Wenwu, C., Minglei, Z., Dongmei, Y., Guanpeng, M., Changhong, Y. & Jianru, H. 2005. Flux growth and characterization of lead-free piezoelectric single crystal [ (Na 1-x K x ) 0.5 ] Journal of Crystal Growth 281: 364-369. Xu, Q., Wu, S., Chen, S., Chen, W., Lee, J., Zhou, J., Sun, H. & Li, Y. 2005. Influences of poling condition and sintering Xu, Y., Shan, D. & Song, J. 2005. Effect of a-site substitution on crystal component and dielectric properties in Na 0.5 ceramics. Materials Science and Engineering B 121: 148-151. Xu, Q., Huang, Y.H., Chen, M., Chen, W., Kim, B.H. & Ahn, B.K. 2008. Effect of bismuth deficiency on structure and electrical properties Of (Na 0.5 Bi 0. 5 ) 0.93 Ba 0.07 Ceramics. Journal of Physics and Chemistry of Solid 69: 1996-2003. Yu, T., Kwok, K.W. & Chan, H.L.W. 2007. Preparation and properties of sol gel derived Na 0.5 lead free ferroelectric thin film. Thin Solid Films 515: 3563-3566. Mohammad Hafizuddin Haji Jumali*, Mohd Riduan Mt Said Ngoi Yung Wee & Muhammad Yahaya Pusat Pengajian Fizik Gunaan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor D.E. Malaysia Muhammad Mat Salleh Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor D.E. Malaysia *Pengarang untuk surat-menyurat; email: hafizhj@ukm.my Diserahkan: 16 September 2009 Diterima: 5 Januari 2010 temperature on piezoelectric properties of (Na 0.5 ) Ba TiO 1- Ceramics. Materials Research Bulletin 40: 373- X x 3 382.