KEPUASAN KERJA: SATU PEMERHATIAN AWAL KEPADA TEORI. Siti Norain Abdullah & Suhaida Abd. Kadir Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia

Similar documents
A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

DEFINISI DEFINISI PROSES MOTIVASI DEFINISI SKOP PERBINCANGAN

Teori Kepemimpinan: Teori Trait dan Tingkahlaku. Dr. Foo Say Fooi

KAJIAN TENTANG KEPUASAN BEKERJA DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS (A STUDY ON JOB SATISFACTION AMONG SPECIAL EDUCATION TEACHERS)

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Katakunci : tahap stress, tahap kepuasan kerja, pensyarah UTM

6 PENGERTIAN KONSEP KENDIRI

Katakunci : penilaian kokurikulum

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

HAJI MOHD NOR BIN JAAFAR

How To Learn To Learn From A Computer

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

How To Get A Job At A Bank

OCBC GREAT EASTERN CO-BRAND CARD FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) REBATE FEATURES, INTEREST FREE AUTO INSTALMENT PAYMENT PLAN (AUTO-IPP) AND BENEFITS

TOPIK 1 Konsep Pengukuran dan Skala Pengukuran

Katakunci : faktor, pemilihan bidang keusahawanan

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

PRODUCTIVITY IMPROVEMENT VIA SIMULATION METHOD (MANUFACTURING INDUSTRY) HASBULLAH BIN MAT ISA

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009, 7 Mei 2009, UTHM

SUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK: SEJAUHMANAKAH HUBUNGAN INI RELEVAN?

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

KESEJAHTERAAN SOSIAL DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI: Pendekatan dan Indikator. Haris Abd.Wahab Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial Universiti Malaya

Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti

2 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN Zainuddin Abu Bakar

KONSEP PEMBELAJARAN Ahmad Johari Sihes

A STUDY OF SECURITY LIMITATIONS IN VIRTUAL LOCAL AREA NETWORK IMPLEMENTATION

HUBUNGAN TEKANAN KERJA TERHADAP PRESTASI PEKERJA

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran

Katakunci : kadar denyutan jantung, tahap dehidrasi, atlet larian jarak dekat

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CURRENT TRENDS AND PRACTICES IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT: A CASE STUDY IN YTL POWER SERVICES SDN. BHD.

Katakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0. Pengenalan

CLIENT SERVER APPLICATION FOR SERVER FARM PERFORMANCE MONITORING ABDIRASHID HASSAN ABDI

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Januari 2014, Bil. 2 Isu 1

Katakunci : gaya komunikasi, guru besar, komitmen guru,

KEPENTINGAN KEFAHAMAN KONSEP DALAM MATEMATIK

NOOR HANIRA BINTI MAHIDIN

CORAK KOMUNIKASI KELUARGA DALAM KALANGAN KELUARGA MELAYU DI TERENGGANU

PROSES PENYELESAIAN MASALAH. Azlinda Azman, Ph.D Noriah Mohamed, Ph.D. Penyelesaian masalah merupakan matlamat utama dalam satu-satu proses

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan Prasarana yang Disediakan di Politeknik Banting Selangor bagi Sesi Disember 2012

TEORI PEMBELAJARAN Ahmad Johari Sihes

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

Katakunci : kefahaman murid, konsep jirim

JOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING. A thesis submitted in partial fulfillment of. the requirements for the award of the degree of

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA A STUDY ON HUMAN RESOURCE MANAGEMENT PRACTICES IN SELECTED FINANCIAL INSTITUTIONS IN MALAYSIA ANITA BINTI ISMAIL FEP

Katakunci : masalah, guru Pendidikan Khas program Integrasi, pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup

EFFECTIVE COST MANAGEMENT: APPLYING ACTIVITY BASED COSTING IN PRIVATE HEALTHCARE - (HAEMODIALYSIS SERVICES)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE NATURE OF HUMAN RESOURCE MANAGEMENT AND ORGANIZATIONAL CHANGE IN MALAYSIAN SMALL AND MEDIUM SIZED ENTERPRISES (SMES)

K-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

HUBUNGAN KEPUASAN KOMUNIKASI DENGAN KOMITMEN TERHADAP ORGANISASI DI KALANGAN PEKERJA TEKNIKAL: KAJIAN KES DI FLEXTRONICS INTERNATIONAL, SENAI, JOHOR.

TAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH

Kata kunci: kesihatan mental; pengetahuan; sosio-demografi; kempen komunikasi ABSTRACT

FACTORS INFLUENCING GENDER GAP IN HIGHER EDUCATION OF MALAYSIA: A UNIVERSITY OF MALAYA SAMPLE

Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan

Katakunci : kecergasan kardiovaskular, daya tahan otot kaki, latihan simulasi haji dan umrah.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT

MASTER S PROJECT REPORT SUMMARY

IKLIM KOMUNIKASI DAN PENCAPAIAN ORGANISASI: KAJIAN KES ANTARA DUA BUAH ORGANISASI AWAM MALAYSIA ROSLI BIN MOHAMMED UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Komunikasi Interpersonal Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Melaka

LEARNING MANAGEMENT SYSTEM(LMS) AND COURSE MANAGEMENT SYSTEM(CMS)

IMPACT OF SELF-CORRECTION ON EXTROVERT AND INTROVERT STUDENTS IN THE EFL WRITING PROGRESS REZA HAJIMOHAMMADI

Keperluan Latihan Berbentuk Kursus Untuk Guru Besar Lokman Bin Mohd. Tahir & Chua Lay Kah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

HUBUNGAN ANTARA KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI DENGAN KEPUASAN KERJA, PRESTASI KERJA DAN KOMITMEN KERJA

How To Get A Better At Pengajaran

KAJIAN PUNCA, RISIKO MEROKOK DAN SUMBANGAN MEROKOK TERHADAP PENAGIHAN BAHAN. SATU KAJIAN DI PUSAT GIAT MARA BUKIT PAYONG, MARANG, TRENGGANU

STRUKTUR, STRATEGI DAN PRESTASI PENGURUSAN FASILITI

PENCAPAIAN HOSPITAL PERFORMANCE INDICATOR FOR ACCOUNTABILITY (HPIA) No Indikator Standard Julai - Disember 2015

DEPARTMENT OF ESTATE -MANAGEMENT FACULTY OF ARCHITECTURE, PLANNING AND SURVEYING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Kalkulus Fungsi Dua Peubah atau Lebih

Student Application Form

STRESS EFFECT STUDY ON 6 DIFFERENT PATTERN OF TYRES FOR SIZE 175/70 R13 SYAHRIL AZEEM ONG BIN HAJI MALIKI ONG. for the award of the degree of

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

Pengaruh Kepimpinan Pentadbir Sekolah Terhadap Pembelajaran Pelajar : Peranan Efikasi Kolektif Guru Sebagai Mediator

THE FACTORS THAT HINDER THE INTENTION OF BUSINESS MANAGEMENT GRADUATE TO CHOOSE ENTREPRENEUR AS THEIR CAREER NURUL HAZLYANA BINTI NOR AZLI

Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 33 51, 2010

Memahami tingkah laku remaja bermasalah dari perspektif Teori Tingkah Laku, Humanistik, Psikoanalitik & Tret Personaliti

UNIT 5 PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN

KEPERLUAN DALAM PENDIDIKAN MORAL UNTUK MENGHADAPI CABARAN ERA PASCA MODENISME.

Student Application Form

Pengaruh Amalan Pengurusan Sumber Manusia Jurnal (PSM) Pengurusan terhadap Hasil 31(2010) PSM 43 di IPTS - 53 Bukan Bertaraf Universiti

Dimensi Amalan Etika Profesion

Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2)(2010): BITY SALWANA ALIAS, AHMAD BASRI MD. YUSSOF, RAMLEE MUSTAPHA & MOHAMMED SANI IBRAHIM

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DALAM KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR WAN NOREHAN BINTI WAN MAMAT

TAHAP PENGURUSAN KONFLIK DALAM KALANGAN GURU BESAR-GURU BESAR DAN GURU-GURU DI SEKOLAH RENDAH

KESAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR VISUAL DALAM PENGAJARAN SUBJEK SAINS TAHUN TIGA. Oleh. Christopher Lu Wei Wang

Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan

KEPENTINGAN PENDIDIKAN DALAM PENBENTUKAN KUALITI HIDUP SEJAHTERA

Tanggapan Sokongan Organisasi, Kepuasan Kerja, Komitmen dan Kelakuan Kewargaan Organisasi Pekerja: Peranan Politik Organisasi sebagai Perantara

DEVELOP AND DESIGN SHEMATIC DIAGRAM AND MECHANISM ON ONE SEATER DRAG BUGGY MUHAMMAD IBRAHIM B MD NUJID

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEVELOPMENT OF PROTOTYPE SCHEDULING AND SEQUENCING SOFTWARE FOR JOB SHOP MANUFACTURING IN SHEET METAL FABRICATION

Jurnal. Produktiviti. Bil 22, Versi Bahasa Malaysia, Jan 2008

Transcription:

KEPUASAN KERJA: SATU PEMERHATIAN AWAL KEPADA TEORI. Siti Norain Abdullah & Suhaida Abd. Kadir Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia Abstrak Artikel ini membincangkan tentang teori yang sering dikaitkan dengn kepuasan kerja yang diahirkan oleh pakar-pakar motivasi terdahulu. Teori yang diwujudkan merupakan landasan kepada proses mencari dan menilai faktor yang mewujudkan kepuasan kerja dalam diri individu. Antara teori yang dibincangkan ialah Teori Hierarki Keperluan Maslow, Teori Dua Faktor Herzberg dan Teori ERG Alderfer. Diakhir perbincangan ini akan didapati terdapat perbezaan dan perbandingan diantara teori yang dibincangkan. Pengenalan Kepuasan kerja merupakan atara topik yang sering dikaji oleh penyelidik dalam pelbagai sektor pekerjaan seperti pendidikan (Wong, Wong, & Peng, 2010, De Nobile & McCormick, 2008, Crossman 2006, dan Kosnin & Jantan, 2002) ketenteraan, (Miller, Mire, & Kim, 2009) kesihatan (Kaplan, Ogut, Kaplan, & Aksay, 2009 dan Foley, Lee, Wilson, Cureton, & Canham, 2004), dan beberapa dalam sektor awam lain. Bagi organisasi untuk mencapai matlamat pengurus perlu memastikan bahawa pekerja berpuas hati dan komited terhadap tugas mereka(appawagbola, Agbotse, & Ayimah, 2013). Peningkatan jumlah lewat hadir dan ketidak hadiran, pulangan pekerja yang rendah serta pekerja yang menghadapi tekanan ketika mejalakan tugas yang tinggi adalah punca kepada kepuasa kerja yang tidak tercapai. Banyak kajian mengenai kepuasan kerja telah dilakukan yanng memberi tumpuan kepada sektor-sektor ekonomi dan perspektif yang berbeza seperti pertanian, perdagangan, kesihatan dan pendidikan (Chimanikire, Mutandwa, Gadzirayi, Muzondo, & Mutandwa, 2007). Walaupun telah banyak kajian dilakukan dan menyediakan maklumat yang boleh digunakan, ia tidak sepenuhnya dapat digunakan secara umum untuk semua sektor pekerjaan. Oleh sebab itu,kajian terus dilakuka dalam pelbagi sektor pekerjaan utuk memberika sumbagan kepada penyelidik dan pemeritah dalam memperolehi maklumat (Ghazi, Shahzada, & Shah, 2012). Para penyelidik telah memberi perhatian kepada kepuasan kerja pekerja kerana ia berkait rapat dengan kualiti hidup pekerja itu (Hyun, 2009). Kepuasan kerja merupakan bersifat individu kerana setiap individu mempunyai tigkat kepuasan yang berbeza-beza. Pekerja akan merasa semakin puas dalam mejalanka tugas mereka sekiranya aspek-aspek dalam tugas sesuai dengan diri mereka. Para pengkaji terdahlu telah melahirkan teori-teori berkaitan dengan kepuasan kerja dalam penyelidikan mereka. Teori yang diwujudkan merupakan landasan kepada proses mencari dan menilai faktor yang mewujudkan kepuasan kerja dalam diri individu. 702 Definasi Kepusan kerja adalah satu aspek penting dalam kehidupan manusia. Pada lazimnya, kebanyakan masa individu dihabiskan untuk bekerja. Bila berbincang mengenai kepuasan kerja, persoalan yang biasa dikaitkan ialah Adakah anda berpuas hati dengan kerja anda? (Aydin, Uysal, & Sarier, 2012). Kepuasan kerja menurut Dawal, Taha, & Ismail, (2009) ialah ukuran sejauh mana pekerja berpuas hati dan gembira dengan kerja. Menurut Miller, Mire, & Kim, (2009) definisi yang diberikan oleh (Locke, 1976) kerap digunakan di dalam kajian berkaitan dengan kepuasan kerja apabila beliau mendefinasikan kepuasan kerja sebagai keadaan emosi yang positif atau menyenangkan akibat daripada peningkatan seseorang terhadap kerja atau pengalaman mereka sendiri(demirtas, 2010). Pelbagai definasi diberikan keatas kepuasan kerja oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini antaranya dalam kajian Gilman, Peake, & Parr, (2012), Wood (1973) menjelaskan kepuasan ialah kelulusan, kesenangan, kebahagiaan, kepuasan, perjanjian, atau suka yang mana kesemua definasi ini menjelaskan tentang perasaan berkaitan dengan persekitran kerja yang menentukan kepada kepuasan dan tidak puasan kepada kerja. Begitu juga maksud yang diberikan oleh Katoch, (2012) kepuasan kerja ialah perasaan baik tentang kerja mereka. Menurut Doghonadze pula, (2012) kepuasan kerja ialah rasa kepuasan dan kejayaan pekerja serta gembira dalam mejalankannya serta melakukannya dengan baik serta ganjaran yang

sesuai untuk usaha seseorang. Sementara menurut Ramayah, Jantan dan Tadisina (2001) pula kepuasan kerja menjelaska apa yang menyebabkan pekerja datang bekerja? Apa yang menyebabkan mereka gembira tentang kerja mereka dan menyebabkan mereka tidak mahu berhenti bekerja? Menurut Awang, Ahmad & Zin (2010), seseorang pekerja yang berpuas hati dengan kerjanya akan melaksanakan tugasnya dengan baik dan komited kepada tugasnya dan seterusnya memberi peningkatan kepada organisasi beliau. Banyak kajian mengenai kepuasan kerja dilakukan dengan memberi tumpuan kepada sektor-sektor ekonomi yang berbeza dan perspektif seperti pertanian, perdagangan, kesihatan dan pendidikan. Ini telah menggambarkan betapa pentingnya kepuasan kerja dalam sesebuah organisasi untuk memastikan matlamat tercapai. (Chimanikire et al., 2007) Adalah tidak dapat dinafikan bahawa untuk mencapai matlamat organisasi, pengurus perlu memastikan bahawa pekerja berasa hati dan komited dengan tugas mereka (Appaw-agbola et al., 2013). Oleh itu adalah penting bagi majikan untuk mengetahui faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tahap kepuasan kerja pekerja mereka kerana ia akan memberi kesan kepada prestasi organisasi juga. Dapat disimpulkan pengertian kepuasan kerja adalah sikap yang positif dari tenaga kerja meliputi perasaan dan tingkah laku terhadap pekerjaannya melalui penilaian rasa dihargai dalam mencapai salah satu nilai-nilai penting pekerjaan. Teori Kepusan Kerja Teori Hierarki Keperluan Maslow Abraham Maslow adalah seorang ahli psikologi abad ke-20 yang cemerlang dengan sumbangan yang paling berkekalan teorinya iaitu "hierarki keperluan" (Noltemeyer, Bush, Patton, & Bergen, 2012). Abraham Maslow memperkenalkan lima keperluan manusia iaitu keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri dan keperluan kesempurnaan kendiri. Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu. Beliau sering mengaitkan perkembangan personaliti dan motivasi. Motivasi lahir daipada keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Individu akan berusaha mencapai keperluan yang dikehendaki dan tidak akan beralih kepada keperluan lain selagi keperluan yang dikehendaki tidak dipenuhi (Maslow, 1943). Maslow berpendapat bahawa motivasi adalah sesuatu yang kompleks. Individu akan terus bermotivasi untuk mencapai sesuatu matlamat. Matlamat tersebt adalah keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira perbezaan budaya dan persekitaran. Kepuasan kerja akan tercapai sekiranya ke ima-lima keperluan dipenuhi oleh majikan. 703 Keperluan Fisiologi. Disebut juga sebagai keperluan jasmaniah yang mana manusia boleh mati sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi. Keperluan itu adalah makanan, air, udara, tidur, seks dan kepuasan sensori atau pancaindera. Sebagai pengurus, dalam usaha memastikan pekerja mencapai kepuasa kerja, pengurus boleh menggunakan pendekatan memenuhi keperluan fisiologi. Contohnya memberi makanan dan makan bersama memberi pengaruh yang sangat tinggi kepada pekerja. Selain itu pengurus juga boleh mebeli buah tangan kepada pekerja mereka apabila berjalan ke luar negara. Keperluan keselamatan Rasa selamat ialah keinginan hendak hidup dalam keadaan aman, tenteram, stabil, bebas dari rasa khuatir dan takut. Menurut Maslow, terdapat tiga jenis keselamatan yang diperlukan oleh manusia iaitu keselamatan fizikal, emosi dan psikologi. Keselamatan sepanjang menjalankan tugas adalah elimen menyumbang kepada kepuasan kerja. Contoh, apabila mereka berasa selamat dari segi fizikal, emosi dan psikologi di tempat kerja, meraka akan memberi sepenuh perhatian dengan tugas mereka. Keperluan sosial Keperluan ini didorong oleh keinginan seseorang itu menjadi sebahagian daripada kumpulankumpulan manusia lain. Di tempat kerja faktor penerimaan oleh rakan-raka sejawat dan sekerja menjadi amat penting bagi seseorang. Apabila tugas-tugas yang mereka jalankan tidak memberi

peluang untuk berinteraksi dengan secukupnya maka mereka akan berasa tidak berpuas hati terhadap kerjanya. Keperluan kebanggaan diri Setiap orang ingin berasa dirinya dihargai, diperlukan, dimuliakan dan dihormati oleh manusiamanusia lain. Bagi pekerja sesebuah organisasi mahukan dirinya dianggap pekerja yang baik dan cekap. Sebagai pengurus dalam organisasi perlu sering memberi penghargaan kepada pekerja mereka dengan kata-kata mahupun perbuatan. Pekerja akan lebih bermotivasi dan bersungguhsungguh dalam menjalankan tugas mereka dan memperoleh kepuasan ketika menjalankan tugas mereka. Keperluan keagungan diri Setiap orang mempunyai hasrat ingin menjadi sebahagian yang diidam-idamkannya. Menurut Maslow, keperluan inilah yang mendorong seseorang itu terus-menerus berusaha memperbaiki dirinya sendiri. Di tempat kerja, mengisi jawatan tertinggi yang diisi oleh individu-individu mempuyai lebih peluang mencapai realisasi diri. Konsep realisasi diri menerangkan proses bagaimana sesetengah individu sentiasa memperbaiki dirinya bagi meakukan sesuatu ataupun bagi mencapai hasratnya yang bersifat sangat peribadi dan sangat diidamkanya. Mereka ingin mencapai kecemerlangan diri dengan cara menggunakan bakat dan kebolehan yang mereka miliki demi mencapai kepuasan. Dalam pekerjaan, seseorang yang sentiasa berusaha dan memperbbaiki setiap kelemahan dan kekurangan dalam tugas ialah mereka yang berusaha untuk mencapai keuasan dalam kerja mereka. Teori Dua Faktor Teori ini diperkenalkan oleh Frederick Herzberg, Mausner, dan Snyderman (1959) yang mana mereka menjalankan kajian ke atas 200 jurutera dan akauntan di pittsburg, Pennsylavania, Amerika Syarikat. Responden diminta menceritakan peristiwa-peristiwa mengenai kerja yang mereka rasakan memberi kepuasan dan ketidakpuasan kepada mereka. Berdasarkan dapatan berikut, Herzberg merumuskan terdapat dua faktor dalam situasi kerja yang mempengaruhi kepuasan dan ketidakpuasan kerja. Dua faktor tersebut ialah faktor kebersihan dan faktor pertumbuhan (Herzberg, 1987). 704 Faktor kebersihan Faktor ini sekiranya tidak wujud di tempat kerja, para pekerja berasa tidak puas hati kerana faktor ini mempunyai kaitan langsung dengan tempat kerja dan tugas-tugas mereka. Faktor kebersihan ialah : o Penyeliaan o Keselamatan o Hubungan interpersonal o Gaji o Polisi syarikat Faktor Pertumbuhan Faktor pertumbuhan ialah faktor pendorong yang berupaya meningkatkan prestasi kerja, menimbulkan sifat positif dan mengubah sikap pekerja. Faktor-faktor ini mempunyai kaitan langsung degan isi kandungan tugas-tugas itu sendiri. Kekuatan faktor-faktor ini menentuka sama ada para pekerja mengalami kepuasan bekerja atau tidak kepuasan bekerja. o Kejayaan o Pengiktirafan o Kerja itu sendiri o Tanggungjawab o Perkembangan kerjaya

Teori ERG ERG kebanyakan digunakan untuk kajian motivasi manusia di tempat kerja sebagai alat untuk meningkatkan semangat dan produktiviti pekerja. Melalui teori ini ia membantu mengenalpasti bentuk insentif yang mampu menyumbang kepada kepuasan kerja individu (Caulton, 2012). Terdapat tiga keperluan utama manusia yang dihuraikan Aldelfer dalam teori ini iaitu Existence atau keberadaan, Relatedness atau hubungan dan Growth atau pertumbuhan. 1. Existence atau keberadaan adalah suatu keperluan akan tetap boleh hidup sesuai dengan tingkat keperluan peringkat rendah dari Maslow iaitu meliputi keperluan fisiologi dan keperluan akan rasa selamat. 2. relatedness atau hubungan merangkumi keperluan untuk berinteraksi dengan orang lain.keperluan ini sesuai dengan keperluan sekutu dari Maslow. 3. Growth atau pertumbuhan adalah keperluan yang mendorong seseorang untuk memiliki pengaruh yang kreatif dan produktif terhadap diri sendiri atau persekitaran. Merealisasikan keperluan penghargaan dan penjelmaan diri dari Maslow. (Williams, 2003) Ciri-ciri Jadual 1: Perbandingan di antara teori Teori Keperluan Maslow Teori Dua Faktor (1943) Herzberg (1959) Teori ERG (1972) Jenis teori Teori Kandungan Teori Kandungan Teori Kandungan Asas teori Teori Maslow adalah berdasarkan hierarki keperluan manusia. Beliau mengenal pasti lima set keperluan manusia (berdasarkan keutamaan) dan kepuasan mereka dalam memotivasikan pekerja. 1. Keperluan fisiologi 2. Keperluan keselamatan 3. Keperluan sosial 4. Keperluan kebanggaan diri 5. Keperluan keangungan diri Hertzberg merujuk kepada faktor kebersihan dan faktor-faktor motivasi dalam teorinya. Faktor kebersihan adalah dissatisfiers manakala faktor pendorong motivasi orang bawahan. Susunan hierarki keperluan tidak diberikan. Faktor kesihatan Penyelian Keselamatan Hubungan interpresonal Gaji Polisi syarikat Faktor pendorong Kejayaan Pengiktirafan Kerja itu sendiri Tanggungjawab Perkembangan kerjaya Alderfer berpendapat bahawa pemenuhan atas ketiga keperluan tersebut dapat dilakukan secara serentak, artinya bahawa hubungan dari teori ERG ini tidak bersifat hirarki. 1. Growth 2. Relatedness 3. Existence 705 Sifat teori Teori Maslow ini adalah agak mudah dan deskriptif. Teori ini adalah berdasarkan pengalaman yang panjang tentang keperluan manusia. Teori Hertzberg adalah lebih preskriptif. Ia menunjukkan faktor pendorong yang boleh digunakan dengan berkesan. Teori ini adalah berdasarkan kepada maklumat sebenar yang Jika dalam persekitaran pembelajaran, pengiktirafan pencapaian pelajar dan maklum balas positif membantu untuk memenuhi

Kesesuaian teori Deskriptif atau preskriptif Perbezaan Teori Maslow adalah teori yang paling popular dan meluas dinamakan motivasi dan mempunyai kesesuaian lebar. Ia kebanyakannya digunakan untuk negaranegara miskin dan membangun di mana wang masih merupakan faktor pendorong terbesar. Teori Maslow atau model adalah berbentuk deskriptif. Teori Maslow mengatakan perasaan kepuasan kerja menghasilkan penigkatan prestasi. Dengan teori Maslow, setiap individu akan dicetuskan dan bermotivasi untuk selalu meningkatkan kualiti diri dan kualiti hidup agar boleh mencapai hirarki yang teratas. Walaupun mungkin agak memaksa diri. dikumpul oleh Hertzberg oleh menemuramah 200 jurutera dan akauntan. Teori Herzberg adalah lanjutan daripada teori motivasi Maslow. Kesesuaian adalah sempit. Ia adalah berkaitan dengan negara-negara kaya dan maju di mana wang adalah faktor motivasi yang kurang penting. Teori Herzberg atau model preskriptif. Teori Herzberg menyatakan prestasi kerja yang tinggi menghasilkan perasaan kepuasan kerja keperluan pengiktirafan dan aktualisasi diri dari teori Maslow tetapi dari teori Alderfer adalah untuk pertumbuhan peribadi. Dalam hal ini, teori ERG bersifat lebih konsisten dengan pengetahuan mengenai perbezaan individu di antara manusia. Pembolehub ah seperti pendidikan, latar belakang pendidikan, dan persekitaran budaya boleh mengubah tahap kepentingan atau pencetus (driving force ) suatu kumpulan keperluan bagi individu tertentu. Secara keseluruhan, teori ERG ini menunjukkan versi hierarki keperluan secara lebih sah. Menurut Alderfer, idividu boleh bergerak dari satu keperlun kepada keperluan yag lain bagi memenuhi keperluan yang mereka ingin dan perlukan. Mereka tidak perlu mula dari peringkat bawah ke atas seperti teori Maslow. Ini kerana idividu mugkin bertemu dengan keinginan paling asas walaupun mereka sudah mencapai tahap kepuasan paling tinggi. Ini lebih memberikan toleransi kepada 706

individu bahawa masih ada peluang kedua untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan jika memang belum tercapai. Kita dipuaskan untuk menikmati setiap level hirarki keperluan itu yang terbaik. Jadi sifatnya lebih fleksibel berbanding dengan teori motivasi Maslow. Teori ERG mempunyai elemen mengecewakanregresi. Jika keperluan tertentu tidak dipenuhi, individu akan menjadi kecewa, mundur ke level yang lebih rendah dan mula mengejar keperluan tersebut sekali lagi. 707 Kesimpulan Berdasarkan penerangan dan perbandingan yang diberikan, menunjukkan bahawa setiap teori yang dibina oleh pengkaji-pengkaji terdahulu mempunyai pandangan dan tumpuan berbeza mengikut perkembangan persekitaran ketika itu. Walaubagaimanapun, sebagai pengurus menjadi tanggungjawab untuk memberi perhatian kepada persekitaran organisasi termasuk tingkah laku pekerja, kemudahan yang di sediakan dan tidak mementingkan kepada keuntungan semata-mata. Kebanyakan kejayaan meibatkan kemahiran bekerja dengan individu-individu lain kerana tanpa sumbanngan mereka seseorang itu sukar berjaya dalam apa yang diusahakannya. Rujukan Abdullah Hssan & Ainon Mohd. (2008). Panuan Menggunakan Teori Motivasi di Tempat Kerja. PTS Publishing Sdn. Bhd. Edisi Ke-5. Appaw-agbola, E. T., Agbotse, G. K., & Ayimah, J. C. (2013). Measuring the Influence of Job Satisfaction on Work Commitment among Ho Polytechnic Lecturers Appaw-Agbola, Agbotse & Ayimah, 3(2), 91 102. Aydin, A., Uysal, S., & Sarier, Y. (2012). The Effect of Gender on Job Satisfaction of Teachers: A Meta-Analysis Study. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 46, 356 362. Caulton, J. R. (2012). The Development and Use of the Theory of ERG: A Literature Review, 5, 2 8. Chimanikire, P., Mutandwa, E., Gadzirayi, C. T., Muzondo, N., & Mutandwa, B. (2007). Factors affecting job satisfaction among academic professionals in tertiary institutions in Zimbabwe, 1(6), 166 175. Crossman, a. (2006). Job Satisfaction of Secondary School Teachers. Educational Management Administration & Leadership, 34(1), 29 46. Dawal, S. Z., Taha, Z., & Ismail, Z. (2009). Effect of job organization on job satisfaction among shop floor employees in automotive industries in Malaysia. International Journal of Industrial Ergonomics, 39(1), 1 6.

De Nobile, J. J., & McCormick, J. (2008). Organizational Communication and Job Satisfaction in Australian Catholic Primary Schools. Educational Management Administration & Leadership, 36(1), 101 122. Demirtas, Z. (2010). Teachers job satisfaction levels. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 9, 1069 1073. Doghonadze, N. (2012). A Survey on University Lecturer Job Satisfaction, 1(1), 17 22. Foley, M., Lee, J., Wilson, L., Cureton, V. Y., & Canham, D. (2004). A Multi-Factor Analysis of Job Satisfaction Among School Nurses. The Journal of School Nursing, 20(2), 94 100. Ghazi, S. R., Shahzada, G., & Shah, M. S. (2012). Experience and Job Satisfaction among Bachelor and Master Degree holder Head Teachers at Elementary Level in Pakistan, 2(January), 329 344. Gilman, D., Peake, J. B., & Parr, B. (2012). A Gender Analysis of Job Satisfaction Levels of Agricultural Education Teachers in Georgia, 27(2), 98 113. Herzberg, F. (1987). One More Time: How Do You Motivate Employees? Hyun, S. (2009). Re-examination of Herzberg s Two-Factor Theory of Motivation in the Korean Army Foodservice Operation. Kaplan, M., Ogut, E., Kaplan, A., & Aksay, K. (2009). The Relationship Between Job Satisfaction And Organizational Commitment: The Case Of Hospital Employees. Katoch, O. M. R. A. J. (2012). Job Satisfaction Among College Teachers : A Study On Government Colleges In Jammu ( J & K ). Asian Journal of Research in Social Science & Humanities, 2(4). Kosnin, A. B. M., & Jantan, S. B. (2002). Tahap Stres Dan Tahap Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, 267 272. Locke, E. A. (1976). The Nature and Couses of Job Satisfaction. Maslow, A. H. (1943). A Theory of Human Motivation, 1 21. Miller, H. a., Mire, S., & Kim, B. (2009). Predictors of job satisfaction among police officers: Does personality matter? Journal of Criminal Justice, 37(5), 419 426. d Noltemeyer, A., Bush, K., Patton, J., & Bergen, D. (2012). The relationship among deficiency needs and growth needs: An empirical investigation of Maslow s theory. Children and Youth Services Review, 34(9), 1862 1867. Williams, J. K. (2003). Maslow s Hierarchy of Needs and Alderfer s ERG Theory, 1 2. Wong, C.-S., Wong, P.-M., & Peng, K. Z. (2010). Effect of Middle-level Leader and Teacher Emotional Intelligence on School Teachers Job Satisfaction: The Case of Hong Kong. Educational Management Administration & Leadership, 38(1), 59 70. 708