Katakunci : penilaian kokurikulum



Similar documents
A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

How To Get A Job At A Bank

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

Katakunci : alat bantu mengajar (ABM), guru teknikal

How To Learn To Learn From A Computer

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan Prasarana yang Disediakan di Politeknik Banting Selangor bagi Sesi Disember 2012

Katakunci : tahap stress, tahap kepuasan kerja, pensyarah UTM

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Katakunci : faktor, pemilihan bidang keusahawanan

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL

Katakunci : masalah, guru Pendidikan Khas program Integrasi, pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

DEPARTMENT OF ESTATE -MANAGEMENT FACULTY OF ARCHITECTURE, PLANNING AND SURVEYING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Ilmu Faraid

Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Di Kalangan Guru-Guru Ketua Panitia Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Daerah Kulim Bandar Baharu

IMPACT OF SELF-CORRECTION ON EXTROVERT AND INTROVERT STUDENTS IN THE EFL WRITING PROGRESS REZA HAJIMOHAMMADI

TAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH

Katakunci : kefahaman murid, konsep jirim

Katakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0. Pengenalan

SUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK: SEJAUHMANAKAH HUBUNGAN INI RELEVAN?

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

CHE ZANARIAH CHE HASSAN FADZILAH ABD RAHMAN

MASTER S PROJECT REPORT SUMMARY

KEPENTINGAN KEFAHAMAN KONSEP DALAM MATEMATIK

Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): HASNAH TORAN, MOHD. HANAFI MOHD. YASIN, MOHD. MOKHTAR TAHAR & NORANI SALLEH

AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

Katakunci : gaya komunikasi, guru besar, komitmen guru,

Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 33 51, 2010

K-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN

KAJIAN TENTANG KEPUASAN BEKERJA DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS (A STUDY ON JOB SATISFACTION AMONG SPECIAL EDUCATION TEACHERS)

Feasibility of Teaching Public Relations Courses Through E-Learning: A Case Study in Malaysia

KESAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR VISUAL DALAM PENGAJARAN SUBJEK SAINS TAHUN TIGA. Oleh. Christopher Lu Wei Wang

Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di kalangan Guru Sekolah Bestari

Communication, Universiti Sains Malaysia, Penang. 2 Kamaliah Haji Siarap is a Lecturer at the School of Communication,

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

A STUDY OF SECURITY LIMITATIONS IN VIRTUAL LOCAL AREA NETWORK IMPLEMENTATION

Katakunci : kecergasan kardiovaskular, daya tahan otot kaki, latihan simulasi haji dan umrah.

Kata kunci: kesihatan mental; pengetahuan; sosio-demografi; kempen komunikasi ABSTRACT

Dimensi Amalan Etika Profesion

HAJI MOHD NOR BIN JAAFAR

CORAK KOMUNIKASI KELUARGA DALAM KALANGAN KELUARGA MELAYU DI TERENGGANU

SPA BEAUTY MANAGEMENT SYSTEM NAJIHAH BINTI RUSSLI

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Januari 2014, Bil. 2 Isu 1

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

Manpower Planning Utilizing Work Study at Data Storage Manufacturing Company

Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan

Katakunci : kadar denyutan jantung, tahap dehidrasi, atlet larian jarak dekat

Keperluan Latihan Berbentuk Kursus Untuk Guru Besar Lokman Bin Mohd. Tahir & Chua Lay Kah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti

THE RELATIONSHIP BETWEEN HUMAN RESOURCE INFORMATION SYSTEM (HRIS) AND HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (HRM) ALFRED PUN KHEE SEONG

Universiti Kuala Lumpur Kampus Kota MALAYSIAN INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY 1016, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur

Kajian Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan Perpustakaan Universiti Awam di Malaysia

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR PENCAPAIAN AKADEMIK RENDAH BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN 4

Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor.

UNIT 5 PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN

BAB EMPAT METODOLOGI KAJIAN

PENGESAHAN DAN PENGGUNAAN UJIAN MATEMATIK TAHUN EMPAT SEKOLAH RENDAH : ANALISIS RASCH ROSMAWATI MUSA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA PENGAMBILAN FEBRUARI 2016

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009, 7 Mei 2009, UTHM

PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM ILMU PENDIDIKAN DI MAKTAB PERGURUAN, TAHUN 1957 HINGGA1986

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE EFFECT OF COMPUTER-BASED MUSIC EDUCATION SOFTWARE ON THE IDENTIFICATION OF NOTE-NAMES

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEVELOPMENT OF PROTOTYPE SCHEDULING AND SEQUENCING SOFTWARE FOR JOB SHOP MANUFACTURING IN SHEET METAL FABRICATION

NOOR HANIRA BINTI MAHIDIN

M2-2: Rancangan dan Cadangan Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

KERTAS KERJA CADANGAN PEMBENTUKAN KLINIK MATEMATIK BAGI PELAJAR KEJURUTERAAN MEKANIKAL FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

BAB 3 METODOLOGI. Bab ini membincangkan tentang reka bentuk penyelidikan, kaedah. penyelidikan, populasi dan sampel, instrumen dan kesahan serta

Komunikasi Interpersonal Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Melaka

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

STRUKTUR, STRATEGI DAN PRESTASI PENGURUSAN FASILITI

Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 29 47, 2008

How To Get A Better At Pengajaran

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidiikan PKPGB 2008, 16 Oktober 2008, UTHM.

Identifikasi Psikomotor, Kognitif, Sosioemosi dan Bahasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah Menggunakan Pendekatan Belajar Melalui Bermain

Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. Beriltizam untuk mengekalkan STATUS SWAAKREDITASI

Tingkah Laku Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak. oleh. Mahadi bin Hj. Khalid Institut Perguruan Batu Lintang

STRATEGI MEMBINA DAN MENGEKALKAN HUBUNGAN ANTARA KERAJAAN DENGAN RAKYAT MELALUI LAMAN SESAWANG

TOPIK 1 Konsep Pengukuran dan Skala Pengukuran

RFID BASED SYSTEMATIC STUDENT S ATTENDANCE MANAGEMENT SYSTEM HANISAH BINTI HAMID. Faculty of Electrical and Electronic Engineering

Exploring Primary and Secondary School Students Perception towards Online Mathematics Tuition: A Case Study

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DALAM KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR WAN NOREHAN BINTI WAN MAMAT

OCBC GREAT EASTERN CO-BRAND CARD FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) REBATE FEATURES, INTEREST FREE AUTO INSTALMENT PAYMENT PLAN (AUTO-IPP) AND BENEFITS

PENCAPAIAN HOSPITAL PERFORMANCE INDICATOR FOR ACCOUNTABILITY (HPIA) No Indikator Standard Julai - Disember 2015

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CURRENT TRENDS AND PRACTICES IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT: A CASE STUDY IN YTL POWER SERVICES SDN. BHD.

LEARNING MANAGEMENT SYSTEM(LMS) AND COURSE MANAGEMENT SYSTEM(CMS)

Transcription:

Kajian Penilaian Kurikulum Pendidikan Matematik Dan Sains Universiti Teknologi Malaysia Mohini Bt. Mohamed & Fatmahanim Binti Mohammad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini adalah tentang penilaian kurikulum bagi program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Matematik (SPM) dan Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Sains (SPN) yang ditawarkan di Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 137 orang responden yang terdiri daripada pelajar tahun satu hingga tahun empat dari program SPM dan SPN terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Instrumen kajian menggunakan satu borang soal selidik dengan skala lima mata bagi mengukur empat kategori model CIPP. Kategori yang dinilai adalah contexts, input, process dan product di mana ianya mengandungi 36 item. Aspek yang hendak dinilai ialah program, kandungan pelajaran, pengajaran dan pembelajaran serta kepuasan pelajar. Kebolehpercayaan alat kajian ini mempunyai nilai, α = 0.86. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 12.0 bagi mendapatkan frekuensi, peratus, min dan sisihan lazim bagi setiap item. Nilai bagi setiap aspek yang dinilai adalah: program (M=3.87, SL=0.79), kandungan pelajaran (M=3.77, SL=0.79) dan kepuasan pelajar (M=3.76, SL=0.76) berada pada tahap memuaskan pada keseluruhannya kecuali bagi aspek pengajaran dan pembelajaran (M=3.67, SL=0.88) yang berada pada tahap kurang memuaskan. Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, menunjukkan masih banyak usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan perkhidmatan dan menjadikan program yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia lebih memuaskan pelajar. Katakunci : penilaian kokurikulum Pendahuluan Sesuatu kurikulum yang dibentuk untuk suatu Institusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah berdasarkan fungsi universiti itu di dalam konteks negara di mana, fungsi tersebut dibayangkan di dalam matlamat sesebuah universiti itu. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan satu-satunya universiti di Malaysia yang menjadikan Sains dan Teknologi sebagai bidang utama pengkhususannya. Di samping itu, UTM bermatlamat untuk menyediakan golongan intelek yang berkemampuan dan berdaya saing serta mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang maksima. Kurikulum sesuatu program itu hendaklah dilihat secara menyeluruh dan bagi sesuatu kurikulum yang baik, ianya berkait dengan kehendak pelajar, kemahiran pensyarah dan kemudahan yang terdapat di dalam institusi tersebut. Penilaian kurikulum dapat memperlihatkan kelemahan-kelemahan sepanjang sesuatu program itu dijalankan. Secara amnya, penilaian kurikulum adalah bertujuan untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Falsafah Pendidikan Negara ada menyatakan Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Pernyataan Masalah Kajian ini dilakukan untuk mengkaji tentang penilaian kurikulum bagi program SPM dan SPN di Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dihuraikan oleh penyelidik, menunjukkan bahawa terdapat kelebihan dan kekurangan yang wujud dalam kurikulum program SPM dan SPN ini dari segi kualiti pensyarah, proses P&P, serta kandungan kedua-dua program itu sendiri. Objektif Kajian Kajian ini dijalankan dengan objektif-objektif khusus seperti berikut: i. Mengenal pasti sejauh manakah program yang diambil di UTM dapat memenuhi pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan dalam profesion perguruan. ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kandungan pelajaran yang terdapat dalam kursus yang dipelajari di UTM. iii. Mengenal pasti sejauh manakah proses pengajaran dan pembelajaran yang dipelajari di UTM memenuhi keperluan pelajar. iv. Mengenal pasti tahap kepuasan pelajar terhadap program yang diambil di UTM. Kepentingan Kajian Dapatan kajian ini memberi kepentingan terhadap pihak-pihak berkenaan : Pelajar : Dapatan kajian boleh memberi gambaran sebenar tentang persepsi pelajar terhadap kurikulum yang ada di dalam program mereka pada masa ini sama ada dari segi pensyarah dan kandungan program. Malah, ianya dapat membantu para pelajar tersebut memperbaiki kelemahan-kelemahan mereka khususnya dalam proses P&P serta memberikan mereka kesedaran tentang tahap kesediaan pelajar untuk menjadi bakal seorang guru yang baik selepas tamat pengajian nanti. Pensyarah : Hasil kajian juga dapat membantu pensyarah dalam memperbaiki kaedah pengajaran mereka dalam proses P&P. Di samping itu, pensyarah dapat mempelbagaikan aktiviti P&P dan bukan sekadar memberi kuliah semata-mata. Fakulti Pendidikan : Dapatan kajian juga berguna bagi pihak Fakulti Pendidikan supaya dapat mengubah atau mengubal kurikulum mereka pada kursus-kursus yang ditawarkan pada setiap semester. Selain itu, kajian ini juga berguna untuk pihak Fakulti Pendidikan memperbaiki kelemahan mereka dari segi prasarana yang terdapat di fakulti tersebut. Universiti Teknologi Malaysia : Kajian ini juga dapat membantu pihak universiti dalam mengambil langkah-langkah awal yang bersesuaian tentang program-program yang ditawarkan khususnya dalam bidang pendidikan. Ini adalah penting untuk memastikan penghasilan guru-guru yang berkualiti dan cemerlang. Rekabentuk Kajian Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk deskriptif di mana ianya dijalankan untuk mengenal pasti sejauh manakah keberkesanan program yang diambil di UTM dalam memenuhi keperluan sebagai seorang guru. Data-data mengenai persoalan kajian diperolehi melalui kaedah soal selidik. Kaedah ini digunakan kerana ianya sesuai digunakan bagi mengetahui sikap seseorang (Mohamad Najib, 1999). Penyelidik telah memilih untuk menggunakan soal selidik berdasarkan kaedah Likert di mana responden memilih jawapan dari satu kontinum (ekstrem ke ekstrem). Soalan-soalan ini dikemukakan kepada pelajar tahun satu hingga empat yang mengikuti kursus SPM dan SPN. Kesemua persoalan kajian yang telah dinyatakan dalam bab 1

telah digunakan untuk membentuk item-item dalam borang soal selidik. Borang soal selidik ini akan diedarkan kepada responden secara terus. Semua maklumat yang telah diperolehi daripada soal selidik yang dijalankan telah ditukar dalam bentuk perangkaan dengan menggunakan Statistical Package For Science Social (SPSS 12.0). Perangkaan ini telah diproses dan dianalisa bagi mendapatkan keputusan kajian. Populasi dan Sampel Kajian Populasi akan menentukan bidang masalah yang perlu dikaji bagi mendapatkan maklumat dan data. Seterusnya maklumat tersebut dikumpul dan dianalisis. Di samping itu, populasi juga menentukan masa, tenaga dan perbelanjaan yang perlu digunakan dalam menjalankan penyelidikan. Dalam kajian ini, populasi pelajar adalah terdiri daripada pelajar tahun satu hingga empat, berikut adalah jadual yang menunjukkan jumlah pelajar tersebut yang mengikuti program SPM dan SPN; Jadual 1: Jumlah Pelajar Tahun Satu Hingga Empat Mengikut Program Populasi merangkumi semua ahli yang terdapat dalam anggota populasi, manakala sampel ialah ahli-ahli kumpulan yang dipilih daripada populasi untuk mengkaji sifat dan parameter populasi. Berdasarkan kepada formula Krejcie iaitu: Sampel yang harus diambil adalah sebanyak 137 orang, di mana: S = besarnya sampel yang diperlukan N = ukuran populasi yang diketahui P = proporsi ragam populasi yang dianggap, P = 0.5 d = taraf kesalahan yang dapat ditolerer, iaitu 0.05 χ 2 = nilai chi square pada taraf kepercayaan 0.95 iaitu 3.84 Bilangan populasi bagi tahun 1 hingga tahun 4 bagi program SPM dan SPN ialah seramai 212 orang. Maka dengan menggunakan formula Krejcie, sampel yang diperolehi ialah sebanyak 137 orang. Bagi program SPN, sebanyak 16 orang pelajar tahun dua dijadikan sebagai sampel. Selain itu, 21 orang pelajar tahun tiga dan 18 orang pelajar tahun empat dijadikan sampel bagi program SPN. Bagi program SPM, pelajar tahun satu yang diambil adalah sebanyak 22 orang, tahun dua sebanyak 19 orang, tahun tiga sebanyak 21 orang dan tahun empat sebanyak 20 orang. Kesemua pelajar tersebut diambil untuk dijadikan sampel kajian iaitu sebanyak 137 orang.

Instrumen Kajian Jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada soal selidik. Faktor penyelidik memilih menggunakan soal selidik adalah bagi mengumpulkan maklumat daripada responden. Ini kerana responden lebih jujur ketika menjawab soalan kajian. Manakala cadangan jawapan yang dikemukakan juga memudahkan responden menjawab dengan cepat (Mohamad Najib, 1999). Pecahan dan bilangan soalan adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual 2 di bawah:

Jadual 2 : Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian

Kajian Rintis Kajian rintis perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum kajian sebenar dilaksanakan bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik. Ianya juga bertujuan mendapatkan maklum balas mengenai kemungkinan pelajar menghadapi masalah dalam memahami ayat yang terkandung dalam instrumen kajian (Aina, 2006). Menerusi kajian rintis, kefahaman pelajar berkenaan arahan dan bahasa yang digunakan dalam set soal selidik boleh dikenal pasti. Kajian rintis telah dijalankan di Fakulti Pendidikan, UTM. Seramai 21 orang terlibat dalam kajian rintis yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun empat bagi program Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)-SPA yang tidak terlibat dengan kajian sebenar. Data kemudiannya dianalisis menggunakan program SPSS. Daripada hasil analisis data kajian rintis, nilai alpha yang diperoleh ialah 0.86. Menurut Mohamad Najib (1999), nilai alpha adalah perlu melebihi 0.8 bagi memastikan kebolehpercayaan soalan. Nilai ini adalah merupakan nilai yang sesuai bagi sesuatu alat ukur. Oleh itu, instrumen boleh digunakan dalam kajian sebenar. Analisis Keseluruhan Setiap item soalan dikategorikan mengikut objektif kajian. Untuk menilai min keseluruhan, penyelidik telah mengkategorikan skor min seperti berikut: Jadual 3 : Petanda Skor Min Bagi Setiap Objektif Jadual 4 : Purata Min Bagi Setiap Objektif Kajian

Jadual 4 menunjukkan purata min bagi setiap objektif. Objektif ketiga memperolehi min yang paling rendah iaitu 3.67. Ini menunjukkan bahawa proses P&P yang dipelajari di UTM berada pada tahap kurang memuaskan dalam memenuhi keperluan pelajar. Untuk objektif pertama, kedua dan keempat, didapati secara keseluruhannya berada pada tahap memuaskan. Ini menunjukkan bahawa majoriti daripada responden berpuas hati dengan tahap program, kandungan pelajaran dan tahap kepuasan pelajar terhadap program yang diambil di UTM. Perbincangan Analisis menunjukkan purata min bagi persoalan kajian satu ialah 3.87. Berpandukan petanda skor min bagi setiap objektif yang telah dibina oleh penyelidik menunjukkan nilai min ini berada pada tahap yang memuaskan. Oleh sebab itu, kajian ini menunjukkan program yang diambil di UTM dapat memenuhi pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan dalam profesion perguruan. Para pendidik hari ini memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara. Guru merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan dan pengetahuan tentang sesuatu pelajaran amat perlu dikuasai oleh bakal guru di dalam kursus-kursus akademik sebagai persediaan untuk menjadi seorang guru. Untuk itu, aspek-aspek yang terdapat dalam kurikulum pendidikan sekarang seperti pengetahuan dan kemahiran asas serta nilai-nilai murni, perlu dimantapkan. Bagi persoalan kajian dua ini, jumlah min keseluruhan bagi sembilan item yang diuji ialah 3.77. Berpandukan petanda skor min bagi setiap objektif yang telah dibina oleh penyelidik menunjukkan nilai min ini berada pada tahap yang memuaskan. Penyelidik mengkategorikan pernyataan yang mempunyai nilai skor min pada tahap memuaskan sebagai kekuatan kandungan pelajaran dalam kursus yang dipelajari. Sebaliknya, untuk pernyataan dengan skor min yang berada pada tahap kurang memuaskan dan tidak memuaskan, ianya merupakan kelemahan kandungan pelajaran dalam kursus yang dipelajari. Menerusi jawapan-jawapan kepada soal selidik yang diedarkan, pelajar-pelajar telah memberi pandangan mereka mengenai kandungan pelajaran dalam kursus yang dipelajari di UTM. Pada keseluruhannya, tinjauan yang dibuat telah menggariskan beberapa kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam kursus bagi program SPM dan SPN ini. Antara kelemahan yang terdapat dalam kandungan pelajaran di UTM ialah dari segi kerelevanan kursus teras program dengan subjek di sekolah, kesukaran isi pelajaran dalam kursus yang ditawarkan dan tugasan yang diberikan oleh pensyarah agak membebankan. Walaubagaimanapun, kekuatan kandungan pelajaran didapati melebihi kelemahan kandungan pelajaran. Antara kekuatan-kekuatan tersebut ialah pengetahuan pensyarah dalam sesuatu kursus yang diajar adalah mendalam, aktiviti kokurikulum memberi kemahiran dan ilmu pengetahuan tambahan, kursus amali memberikan pemahaman yang lebih mendalam terhadap teori yang dipelajari, kursus bagi subjek pendidikan (pedagogi, falsafah atau psikologi) membekalkan kemahiran mengajar yang cukup, kursus mengenai komputer dan Teknologi Maklumat membekalkan ilmu yang mencukupi dalam penggunaan pelbagai bahan dan peralatan berteknologi dan kursus Bahasa Inggeris yang diambil di UTM dapat memberi kemahiran berbahasa dengan baik.

Jumlah min keseluruhan bagi persoalan kajian tiga ialah 3.67. Berpandukan petanda skor min bagi setiap objektif yang telah dibina oleh penyelidik menunjukkan nilai min ini berada pada tahap yang kurang memuaskan. Oleh sebab itu, kajian ini menunjukkan proses pengajaran dan pembelajaran yang dipelajari di UTM adalah kurang memuaskan dari segi memenuhi keperluan pelajar. Dapatan kajian mendapati walaupun setiap item berada pada tahap kuang memuaskan, namun penumpuan lebih kepada setuju. Item yang mempunyai min paling rendah ialah item 25 dengan nilai minnya 3.18. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden masih tidak berpuas hati dengan keadaan bilik kuliah di Fakulti Pendidikan sepanjang proses P&P dijalankan. Ini selaras dengan kajian oleh Hamidah et al. (2004) berkaitan dengan tahap kepuasan pelajar di fakulti terhadap kemudahan yang disediakan di fakulti khususnya dan di UTM amnya. Tahap kualiti pendidikan tinggi di UTM masih berada di tahap sederhana. Secara kesimpulannya, proses P&P yang dipelajari di UTM berada pada tahap yang kurang memuaskan dalam memenuhi keperluan pelajar terutamanya dari segi kemudahan bilik kuliah, penggunaan ICT dalam P&P, dan teknik pengajaran yang digunakan. Walaubagaimanapun, kesemua aspek ini masih lagi boleh diperbaiki pada masa akan datang. Analisis menunjukkan jumlah min bagi persoalan kajian empat ialah 3.76. Berpandukan petanda skor min bagi setiap objektif yang telah dibina oleh penyelidik menunjukkan nilai min ini berada pada tahap yang memuaskan. Oleh sebab itu, kajian ini menunjukkan tahap kepuasan pelajar terhadap program yang diambil di UTM berada pada tahap yang memuaskan. Dapatan kajian menunjukkan majoriti 75.2% bersetuju bahawa program yang diikuti membekalkan pelajar dengan ilmu pembelajaran sepanjang hayat. Keadaan ini mengambarkan bahawa bahawa program SPM dan SPN yang sedang diikuti oleh pelajar telah banyak membekalkan mereka dengan ilmu-ilmu seperti kemahiran berkomunikasi, Teknologi Maklumat, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Satu daripada subjek yang dapat menggambarkan keadaan ini ialah subjek Perdagangan dan Keusahawanan yang ditawarkan pada masa sekarang. Selain mempelajari subjek pendidikan, Matematik dan Sains, pelajar juga mendapat ilmu baru tentang bagaimana untuk menjadi seorang usahawan. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat menyediakan guru yang seumur hidupnya mencari ilmu dan mengamalkannya serta boleh menjadi model kepada insan terdidik pelajar dan masyarakat. Dalam kajian ini juga, didapati pelajar kurang berpuas hati dengan kemudahan pembelajaran yang disediakan di UTM kerana nilai min bagi item yang menjawab tentang persoalan ini hanya 3.55 dan ianya merupakan nilai min terendah dalam persoalan kajian empat ini. Ia juga berada pada tahap yang kurang memuaskan. Ada di antara mereka yang memberi respon tentang keadaan sesetengah bilik kuliah yang agak sempit, makmal komputer agak kurang, kerusi dan meja yang rosak, dan sebagainya. Hal ini turut disokong oleh kajian Rohaizat (2003) di mana pelajar didapati kurang berpuas hati dengan aspek kemudahan pembelajaran dan kualiti perkhidmatan fakulti. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada banyak faktor antaranya faktor guru, pelajar, keadaan fizikal dan bilik darjah. Faktor di atas saling mempengaruhi antara satu sama lain. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan keadaan pembelajaran di Fakulti Pendidikan ini sentiasa terpelihara dan selesa untuk kegunaan pelajar dan pensyarah. Rujukan Azizi Bin Haji Yahaya, Shahrin Hashim, dan Fathiah Bt Mohamed @ Mohd Zamani (2007). Tahap Penguasaan Kemahiran Manipulatif Di Kalangan Guru Pelatih Kimia Universiti Teknologi Malaysia. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Bowlby, J. (1982). Attachment And Loss. Vol 1, Attachment. New York: Basic Books Borich, G. D. dan Tombari, M. L. (1997). Educational Psychology: A Contemporary Approach. New York: Longman Crow, L. D. dan Crow, L. (1980). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hal. 290. David G. Armstrong (2003). Curriculum today. Merrill Prentice Hall. Dewan Bahasa dan Pustaka (2002). Kamus Dewan, Edisi ketiga, Kuala Lumpur. Esah Sulaiman (2003). Amalan Profesionalisme Perguruan. Skudai: Penerbit UTM. Grasha, A. F. (1996). Teaching With Styles. Cincinnati: Allience Pub. Hazil Abd. Hamid (1997). Pembentukan kurikulum. Kursus Perancangan dan Rekabentuk Kurikulum UTM. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Kamaruddin Hussain dan Hazil Abdul Hamid (1987). Pengenalan Pembentukan Kurikulum Peringkat Diri Satu Proses. Universitit Teknologi Malaysia. Mok Soon Sang (2000). Ilmu pendidikan untuk KPLI ( Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ) Semester 1. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Napsiah Mahfoz (1983). The role of key teachers in the implementation of a New History Curriculum in Malaysia: A Study of Perception. Ph.D., University of Columbia. Ornstein, A. C. and Hunkins, F. P. (1993). Curriculum foundations, Principles and Issues. Boston: Allyn and Bacon. Pask, G (1976). Style & Strategies of Learning British. Journal of Learning Psychology. 40 pp: 128-149. Rohaizat Baharun (2003). Kepuasan Pengguna Selepas Pengiktirafan Iso 9001: Kajian Kes Sebuah Fakulti Di Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal Teknologi, 38(E) Jun. 2003: 15 26. Shaharir Mohammad Zain (1982). Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Universiti di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Simposium Kebangsaan Matematik : Universiti Kebangsaan Malaysia. Taba, H. (1962). Curriculum Development, Theory and Practice. San Francisco: Harcourt, Prace and World, Inc. Zainal Ghani, Haris Md. Jadi, dan Ng Khar Thoe (1991). The Malaysian Dropout Study Revisited. Universiti Sains Malaysia.