UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA



Similar documents
A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

Katakunci : alat bantu mengajar (ABM), guru teknikal

Katakunci : penilaian kokurikulum

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

Katakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0. Pengenalan

Katakunci : masalah, guru Pendidikan Khas program Integrasi, pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup

How To Learn To Learn From A Computer

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM ILMU PENDIDIKAN DI MAKTAB PERGURUAN, TAHUN 1957 HINGGA1986

MASTER S PROJECT REPORT SUMMARY

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

K-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

PRODUCTIVITY IMPROVEMENT VIA SIMULATION METHOD (MANUFACTURING INDUSTRY) HASBULLAH BIN MAT ISA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CURRENT TRENDS AND PRACTICES IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT: A CASE STUDY IN YTL POWER SERVICES SDN. BHD.

Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Di Kalangan Guru-Guru Ketua Panitia Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Daerah Kulim Bandar Baharu

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

How To Get A Job At A Bank

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

JOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING. A thesis submitted in partial fulfillment of. the requirements for the award of the degree of

HAJI MOHD NOR BIN JAAFAR

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran

A STUDY OF SECURITY LIMITATIONS IN VIRTUAL LOCAL AREA NETWORK IMPLEMENTATION

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

Katakunci : kefahaman murid, konsep jirim

Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di kalangan Guru Sekolah Bestari

SPA BEAUTY MANAGEMENT SYSTEM NAJIHAH BINTI RUSSLI

Katakunci : tahap stress, tahap kepuasan kerja, pensyarah UTM

CLIENT SERVER APPLICATION FOR SERVER FARM PERFORMANCE MONITORING ABDIRASHID HASSAN ABDI

KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR PENCAPAIAN AKADEMIK RENDAH BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN 4

SUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK: SEJAUHMANAKAH HUBUNGAN INI RELEVAN?

HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT

KEPENTINGAN KEFAHAMAN KONSEP DALAM MATEMATIK

THE RELATIONSHIP BETWEEN HUMAN RESOURCE INFORMATION SYSTEM (HRIS) AND HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (HRM) ALFRED PUN KHEE SEONG

DESIGN OF INSTRUCTIONAL MATERIALS FOR TEACHING AND LEARNING PURPOSES: THEORY INTO PRACTICE

UNIT 5 PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE EFFECT OF COMPUTER-BASED MUSIC EDUCATION SOFTWARE ON THE IDENTIFICATION OF NOTE-NAMES

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

KEBERKESANAN SEKOIAH : KAJIAN DI DAERAH:

How To Get A Better At Pengajaran

PENGESAHAN DAN PENGGUNAAN UJIAN MATEMATIK TAHUN EMPAT SEKOLAH RENDAH : ANALISIS RASCH ROSMAWATI MUSA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KESAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR VISUAL DALAM PENGAJARAN SUBJEK SAINS TAHUN TIGA. Oleh. Christopher Lu Wei Wang

HUBUNGAN TEKANAN KERJA TERHADAP PRESTASI PEKERJA

STRESS EFFECT STUDY ON 6 DIFFERENT PATTERN OF TYRES FOR SIZE 175/70 R13 SYAHRIL AZEEM ONG BIN HAJI MALIKI ONG. for the award of the degree of

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Januari 2014, Bil. 2 Isu 1

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidiikan PKPGB 2008, 16 Oktober 2008, UTHM.

BENGKEL INOVASI PEDAGOGI. Penyelesaian Masalah Matematik Sekolah Rendah dengan Menggunakan Strategi Melukis Gambar Rajah. oleh

CHE ZANARIAH CHE HASSAN FADZILAH ABD RAHMAN

Teknologi boleh diterangkan sebagai aplikasi pengetahuan sains dalam mereka cipta alat-alat yang dapat meningkatkan keupayaan manusia.

Keperluan Latihan Berbentuk Kursus Untuk Guru Besar Lokman Bin Mohd. Tahir & Chua Lay Kah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Manpower Planning Utilizing Work Study at Data Storage Manufacturing Company

SENARAI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT. i ii iii iv v vi xi xii xiii

AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

KAJIAN TENTANG KEPUASAN BEKERJA DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS (A STUDY ON JOB SATISFACTION AMONG SPECIAL EDUCATION TEACHERS)

M2-2: Rancangan dan Cadangan Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

PENGHARGAAN. Ribuan terima kasih kepada Dr. Soib Taib selaku penyelia projek ini yang banyak membimbing serta memberi nasihat sepanjang projek ini.

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DALAM KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR WAN NOREHAN BINTI WAN MAMAT

Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah: Komitmen Guru

Communication, Universiti Sains Malaysia, Penang. 2 Kamaliah Haji Siarap is a Lecturer at the School of Communication,

TN. MOHD FAKHRUZZAMAN B. TN ISMAIL

DEVELOP AND DESIGN SHEMATIC DIAGRAM AND MECHANISM ON ONE SEATER DRAG BUGGY MUHAMMAD IBRAHIM B MD NUJID

IMPACT OF SELF-CORRECTION ON EXTROVERT AND INTROVERT STUDENTS IN THE EFL WRITING PROGRESS REZA HAJIMOHAMMADI

TAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH

Katakunci : faktor, pemilihan bidang keusahawanan

Katakunci : gaya komunikasi, guru besar, komitmen guru,

STRUKTUR, STRATEGI DAN PRESTASI PENGURUSAN FASILITI

Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 29 47, 2008

RFID BASED SYSTEMATIC STUDENT S ATTENDANCE MANAGEMENT SYSTEM HANISAH BINTI HAMID. Faculty of Electrical and Electronic Engineering

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): HASNAH TORAN, MOHD. HANAFI MOHD. YASIN, MOHD. MOKHTAR TAHAR & NORANI SALLEH

LICENSE PLATE RECOGNITION OF MOVING VEHICLES. Siti Rahimah Binti Abd Rahim

HOME ALARM SYSTEM USING DETECTOR SENSOR MD KHAIRUL AMRI B MD ZAIN

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan Prasarana yang Disediakan di Politeknik Banting Selangor bagi Sesi Disember 2012

DEPARTMENT OF ESTATE -MANAGEMENT FACULTY OF ARCHITECTURE, PLANNING AND SURVEYING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PROSES PENYELESAIAN MASALAH. Azlinda Azman, Ph.D Noriah Mohamed, Ph.D. Penyelesaian masalah merupakan matlamat utama dalam satu-satu proses

Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti

BAB EMPAT METODOLOGI KAJIAN

Komunikasi Interpersonal Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Melaka

TOPIK 1 Konsep Pengukuran dan Skala Pengukuran

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEVELOPMENT OF PROTOTYPE SCHEDULING AND SEQUENCING SOFTWARE FOR JOB SHOP MANUFACTURING IN SHEET METAL FABRICATION

SMART SHOES CHARGER TAN CHEE CHIAN

PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR DAN KAITANNYA DENGAN PEMBANGUNAN DIRI DAN PELUANG PEKERJAAN

LEARNING MANAGEMENT SYSTEM(LMS) AND COURSE MANAGEMENT SYSTEM(CMS)

PENILAIAN PETA MINDA BUZAN BERDASARKAN RUBRIK ANALITIK

Exploring Primary and Secondary School Students Perception towards Online Mathematics Tuition: A Case Study

Feasibility of Teaching Public Relations Courses Through E-Learning: A Case Study in Malaysia

Teknologi Mudah Alih Dalam Pembelajaran Kolaboratif

Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor.

Penggunaan Peta Minda oleh Pelajar Pintar Cerdas dalam Pembelajaran Sejarah (The Use of Mind Maps by Gifted Students in Learning History)

NOOR HANIRA BINTI MAHIDIN

EFFECTIVE COST MANAGEMENT: APPLYING ACTIVITY BASED COSTING IN PRIVATE HEALTHCARE - (HAEMODIALYSIS SERVICES)

Transcription:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM BILIK DARJAH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN SEGARAN A/L SHANMUGAM FPP 1999 36

PENGGUNAAN BAHANPENGAJARANDANPEMBELAJARAN DALAM BILIK DARJAH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN Oleh SEGARAN AIL SHANMUGAM Projek Yang Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada SyaratUntuk Mendapatkan Ijazah Master Sains di Fakulti Pengajian Pendidikan U niversiti Putra Malaysia Mac 1999

PENGHARGAAN Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof Madya. Dr. Zakaria Kasa dan Tuan Hj. Azali Mahbar kerana nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang kajian ini dijalankan. Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan kerana memberi kebenaran kepada penyelidik untuk menjalankan kajian. Terima kasih juga ditujukan kepada pengetua-pengetua sekolah menengah Daerah Port Dickson kerana kerjasama daripada guru-guru dalam menyiapkan kajian ini. Tidak ketinggalan diucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarahpensyarah di Jabatan Teknologi Pendidikan, UPM, rakan-rakan program Master Sains dan kepada sesiapa sahaja yang menyumbang dan membantu dalam menyempurnakan projek ini. Akhir sekali, kepada Pn Ruku yang telah memberi tunjuk ajar. Juga kepada isteri dan anak. Kepada semua, penulis mengabadikan projek ini. ii

DAFTAR KANDUNGAN Halaman PENGHARGAAN"... 11 SENARAI JADUAL... '".,... '"... '"......... Vi ABS'TRAK............................................................ ABSTRACT...... Vll Vi11 BAB I PENDAHULUAN... 1 Pengenalan... Pemyataan Masalah...................................... 4 Objektif Kajian...... 6 Kepentingan Kajian.............,... '"......... 7 Batasan Kajian... '"...,...'" 8 Definisi Istilah................................................... 8 Bahan Pengajaran dan Pembelajaran... '"...... 9 Pengajaran............".......... 10 Pusat sumber sekolah...... 11 II SOROTAN LITERATUR......... 12 Pengenalan... 12 Prinsip-prinsip Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran...... '".., '"... '"..., '".,. '" 12 Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pengajaran......................................................... 14 Masalah Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pengajaran......... 19 Kemudahan dan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran yang ada Di Pusat Sumber Sekolah...... 23 Kesimpulan... '"............... 24 iii

ill METODOLOGI...... '"............... 25 Pengenalan....................................................... 25 Reka Bentuk Kajian............................................. 25 Responden Kajian....................................... 26 Instrumen Kajian...... '"...... '"............... 29 Kajian Rintis... '".,................ 32 Pengumpulan Data.............................................. 34 Analisis Data... 34 1lV I> ]> T J()lJr.[)l... '"... '"...,..,.......... 36 Pengenalan... '"............ 36 Latar Belakang Responden...,......... 36 Jantina.........'"..,...,... 37 Umur....... 37 Kelulusan Akademik... 38 Kelulusan Ikhtisas...... 39 Pengalaman Mengajar.........'"...'"... Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Di Bilik Darjah...'"... '"...... 40 Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Yang Digunakan Oleh Guru Dalam Pengajaran Di Bilik Darjah... 40 Tahap Keyakinan Guru Menggunakan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pengajaran......' ".......... 42 Kekerapan Penggunaan Bahan Pengaj aran Dan Pembelajaran..., '"........,...'"... '"... '" 44 Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Ada Di Sekolah..................................... 46 Masalah Penggunaan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran dalam Pengajaran....... 47 39 v KESIM]>UL, ]>ERBmCA GA I>A C I>A GA.... 51 Pengenalan................................ 51 Rumusan......................... 51 Perbincangan.................... 54 Cadangan...................................... 59 iv

BffiLIOGRAFI............................................. 62 LAMPIRAN A Soalselidik........... 66 B Cadangan Ahli-Ahli Panel Penyemak Kesahan Soalselidik... 75 C Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan...... 77 D Surat Kebenaran labatan Pendidikan Negeri Sembilan............ 80 BIODATA PENULIS...... 82 v

SENARAI JADUAL Jadual Halaman 1 Taburan Guru-Guru Di Sekolah-Sekolah Menengah Di Daerah Port Dickson...... 26 2. Taburan Responden Mengikut Sekolah... 28 3 Bilangan Responden Mengikut Jantina...... 37 4 Bilangan Responden Mengikut Umur....... 38 5 Bilangan Responden Mengikut Kelulusan Akademik... 38 6 Bilangan Responden Mengikut Kelulusan Ikhtisas... 39 7 Bilangan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar... 38 8 Taburan Penggunaan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran.. 41 9 Taburan Tahap Keyakinan Penggunaan Bahan pengajaran Dan Pembelajaran............... 43 10 Taburan Kekerapan Penggunaan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran...................................................... 45 11 Taburan Dan Bilangan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Ada Di Sekolah-Sekolah Kaj ian........ 46 12 Masalah Penggunaan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran...................................................... 49 vi

Abstrak projek yang dikemukakan kepada Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi sebahagian keperluan untuk Jjazah Master Sains. PENGGUNAAN BAHANPENGAJARANDANPEMBELAJARAN DALAM BILlK DARJAH DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN Oleh SEGARAN SHANMUGAM MAC 1999 Penyelia: Fakulti: Profesor Madya Dr.Zakaria Kasa Pengajian Pendidikan Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sejauh manakah bahan pengajaran dan pembe1ajaran digunakan dalam pengajaran di kalangan guru-guru di samping meninjau kemudahan bahan pengajaran dan pembelajaran yang ada di pusat sumber sekolah. Kajian juga meng enalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam melaksanakan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. VII

Hasil kajian menunjukkan bahawa kesemua pusat sumber sekolah mempunyai kemudahan-kemudahan yang diperlukan. Bilangan media elektronik adalah kurang dibandingkan dengan media bukan elektronik. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa walaupun semua guru menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pengajaran mereka, namun media bukan elektronik yang lebih popular. Terdapat juga perbezaan yang ketara dari segi kekerapan penggunaan media elektronik dan bukan elektronik. Komputer dan projektor slaid paling jarang digunakan. Guru juga berkeyakinan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran melainkan komputer dan projektor slaid. Dapatan kajian juga menunjukkan guru-guru mempunyai pandangan positif terhadap penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu mereka menghadapi beberapa masalah dalam melaksanakan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang telah dikenalpasti dalam kajian ini. viii

Abstract of project presented to the Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia in partial fulfilment of the requirements for the Degree of Master of Science THE USE OF INSTRUCTIONAL MATERIALS FOR TEACHING AND LEARNING IN THE CLASSROOMS IN SECONDARY SCHOOLS IN THE DISTRICT OF PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN By SEGARAN SHANMUGAM MARCH 1999 Chairperson Faculty Associate Professor Dr. Zakaria Kasa Facuty Of Educational Studies The aim of this research is to identify to what extent instructional and learning aids is used by teachers and the instructional and learning aids available in the school resource centre. This research also identifies the problems faced by teachers in implementing the usage of instructional and learning aids in the classroom. IX

This research shows that the school resource centres have the basic facilities although the number of electronic media available is less than the non electronic media. The findings also show that although all the teachers use instructional and learning aids, they prefer the non-electronic media. There also exists a significant difference in the frequency of usage between electronic and non electronic media. Computers and slide projectors are very rarely used. Teachers are also very confident in using the instructional and learning aids except for computers and slide projectors. This research also reveals that teachers have a positive outlook towards the usage of instructional and learning aids. Yet they still face certain problems limiting their usage of instructional and learning aids which has been identified in this research. x

BABt PENDAHULUAN Pengenalan Bahan pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting yang memudahkan komunikasi antara guru dengan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu guru perlu menguasai segal a pengetahuan dan kemahiran penyediaan dan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan pengajaran dan pembelajaran merupakan satu organisasi kompleks dalam pengajaran yang melibatkan manusia, idea, alat-alat, kaedah pengurusan dan pengendalian serta penilaian media. Bahan-bahan ini banyak membantu melicinkan komunikasi dua hala di antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar.

2 Buku Panduan Am KBSR Kementerian Pendidikan (1988 ) menyatakan dengan jelas tentang kepentingan penggunaan bahan-bahan atau media dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Buku tersebut menjelaskan tiga fungsi media iaitu: 1. menolong guru mewujudkan kepelbagaian dan minat dalam satu waktu pelajaran di samping memberi peluang kepada guru mencuba pendekatan dan teknik pengajaran yang lain. 11. membantu guru menimbulkan situasi yang lebih bermakna untuk menyampaikan butiran-butiran pelajaran. 111. menolong memberi rangsangan kepada guru untuk menggerakkan daya fikiran hingga dapat melahirkan pertuturan dan pemikiran serta memberi peluang kepada mereka menggunakan satu at au lebih deria dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan sebagai pengarah, pembimbing, pengurus dan pemudahcara dalam proses pengajaran dan. pembelaj aran. Laporan Jawatankuasa Kabinet(1974) melalui perakuan ke 11S(C) menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan harns mengadakan kemudahan di setiap sekolah untuk kegiatan yang berkaitan dengan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu di dalam tahun-tahun 1980-an kita dapat melihat betapa pesatnya perkembangan bidang Teknologi Pendidikan. Sebagai

3 contoh penubuhan pesat Pusat-pusat Sumber Teknologi yakni empat Pusat Sumber PendidikanNegeri(pSPN), 350 Pusat Kegiatan Guru(pKG) dan lebih 5,000 Pusat Sumber Sekolah(pSS); penawaran kursus Teknologi Pendidikan pada peringkat sijil, ijazah pertama atau lanjutan di beberapa buah institusi pengajian tinggi, penubuhan Persatuan Teknologi Pendidikan yang pertama iaitu Persatuan Media Pendidikan Wilayah Persekutuan; dan kewujudan Bahagian Teknologi Pendidikan(Ab.Rahman, 1993). Matlamat Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP) ialah membantu meningkatkan mutu pendidikan di negara kita dengan berteraskan falsafah 'bahawa penggunaan pelbagai jenis media pendidikan secara terancang dapat mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta memberi peluang kepada setiap murid menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu' (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992). Kajian yang telah dijalankan oleh Perkhidmatan Pendidikan Media, Kementerian Pendidikan (1986) telah menunjukkan bahawa kejayaan pembelajaran banyak bergantung kepada usaha guru yang boleh menyesuaikan teknik dan bahan dalam aktiviti dan projek pembelajaran. Justeru itu Pusat

4 Sumber Sekolah memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pusat Sumber Sekolah telah diperakukan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet. Kursus-kursus untuk kakitangan penting diadakan di beberapa institusi pengajian tinggi dan maktab-maktab, pembinaan sebanyak 350 buah Pusat Kegiatan Guru telah dirancang dan dibina. Pemyataan Masalah Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran boleh menimbulkan rang sang an dan keinginan pelajar untuk mengetahui lebih mendalam akan sesuatu aspek pengajaran di samping menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan (Mat Nor Russin dan Abd Rahman Abd. Rashid, 1988). Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan suatu cara yang berkesan untuk meningkatkan proses pembelajaran (Reinich, Molenda, Russell & Smaldino, 1996). Keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran secara langsung bukan sahaja berkait rapat dengan ciri-ciri atau keadaan-keadaan tertentu yang ada pada guru-guru dan pelajar, tetapi juga bergantung kepada mana satukah deria pelajar yang paling banyak dieksploitasikan oleh guru. Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dapat melibatkan pelbagai deria pelajar dan menjadikan pengajaran ini benar-benar berkesan (Nairn, 1991). Penggunaan media juga dapat membantu pencapaian objektif pembelajaran (Jeyanti, 1996).

Penggunaan pelbagai alat dan bahan bilik darjah semakin kurang diamalkan (Asiah Abu Samah 1992). Antara faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi ialah masalah kekurangan peralatan untuk dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran, masalah kewangan, kurang sokongan serta penglibatan yang serius daripada berbagai-bagai peringkat. Minat dan motivasi guru terhadap penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran juga belum meluas, dan anggapan bahawa Teknologi Pendidikan hanya merupakan alat bantu mengajar dan bukannya sebahagian dari kurikulum (Syed Mohamed b. Othman, 1983). Selain itu terdapat juga masalah-masalah lain yang menghalang guru daripada memanfaatkan keprofesionalannya kesan daripada peruntukan masa hanya tiga kali seminggu. Faktor ini menyebabkan guru tidak mempunyai masa yang cukup, manakala sukatan pula terlalu banyak untuk dihabiskan(sim Ah Hock, 1986)... Guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah rendah mahupun di sekolah menengah sudah didedahkan dengan pengetahuan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pengajaran semasa mereka menuntut di maktab perguruan atau di universiti. Salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru-guru untuk menjadikan pengajaran mereka berkesan seperti yang ditegaskan oleh Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) ialah menyediakan sumber pengajaran yang bersesuaian dan berkesan serta penggunaannya yang efektif

6 Sekiranya kemampuan guru dalam menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran tidak dikenalpasti, pihak sekolah pada khususnya dan pihak Kementerian Pendidikan pada amnya tidak berpeluang untuk memperbaiki kelemahan mereka. Justeru itu guru-guru akan gagal memenuhi tuntutan matlamat pendidikan khususnya KBSR dan KBSM.Oleh itu adalah wajar satu kajian dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru di negara kita. Objektif Kajian Secara umumnya kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti, sejauh manakah bahan pengajaran dan pembelajaran digunakan dalam pengajaran di kalangan guru-guru, meninjau masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam melaksanakan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang ada di Pusat Sumber sekolah. Untuk mencapai objektif ini, soalan-soalan berikut dikemukakan. 1. Adakah guru-guru menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pengajaran? 2. Apakah jenis-jenis bahan pengajaran dan pembelajaran yang terdapat di sekolah?

7 3. Apakah jenis bahan pengajaran dan pembelajaran yang biasa digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran? 4. Berapa kerapkah bahan pengajaran dan pembelajaran digunakan dalam pengajaran? 5. Sejauh manakah tahap keyakinan guru-guru dalam menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran? 6. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam melaksanakan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah? Kepentingan Kajian Kajian yang berkaitan tentang penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah masih terlalu kurang di negara kita. Oleh itu melalui kajian ini adalah diharapkan dapat memberi data tentang penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru dan mengenalpasti apakah halangan-halangan yang mereka hadapi dalam menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Sekiranya masalah-masalah dapat dikenalpasti, pihak-pihak yang terlibat seperti Pusat Sumber Sekolah, Pentadbir Sekolah dan seterusnya Kementerian Pendidikan seharusnya mencari jalan untuk mengatasinya supaya matlamat Pendidikan Negara tercapai.hasil kajian ini dapat menghasilkan maklumat yang

8 berguna untuk dijadikan garis panduan awal kepada pegawai-pegawai di peringkat Kementerian, jabatan dan jabatan pendidikan bagi menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu hasil kajian ini juga diharapkan dapat merangsang dan menggalakkan para pendidik untuk mengambil usaha positif ke arab mempertingkatkan lagi penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam perkembangan pendidikan di negara ini. Batasan Kajian Kajian ini merupakan kajian tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah menengah di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Justeru itu dapatan kajian hanya digeneralisasikan kepada guruguru tersebut. Definisi Istilah Beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini memerlukan penjelasan. Kajian ini melibatkan beberapa konsep seperti mana yang diterangkan seperti berikut.

9 Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam konteks kajian ini, bahan pengajaran dan pembelajaran ditakrifkan sebagai apa jua alat atau bahan yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tujuannya ialah untuk menolong, memudah dan memperkukuhkan lagi pengajaran guru supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. W.F.Connel (198 1:386) mengkategorikan bahan pengajaran dan pembelaj aran kepada tiga iaitu 1. Bahan pengajaran dan pembelajaran am (Misalnya papan hitam dan buku bercetak 11. Alat pandang dengar (alat pandang - misalnya objek, model,patung, gambar, lukisan, diorama, gambar foto, glob, peta, carta, gambar rajah, graf, poster, kartun dan bahan salinan. Alat dengar pula - misalnya radio, alat pemain piring hitam, pita rakaman suara dan sistem pembesar suara. Filem suara dan televisyen pula bercorak pandang dengar) 111. Alat ciptaan barn bagi pengajaran berprogram seperti komputer dan simulasi.

LO' Dalam kajian ini, bahan media dikelaskan kepada dua kategori iaitu: 1. Media bukan elektronik.(misalnya papan tulis,poster, carta, gambar lukisanlfoto, model, benda sebenar, bahan cetakan, buku teks, kad imbasan, lembaran ketja dan papan gulung). ll. Media elektronik (Misalnya OHP, projektor slaid, radiolkaset, TVNideo dan komputer). Pengajaran Mengikut Romiszowski (1988), pengajaran adalah proses yang berorientasikan matlamat yang dirancang terlebih dahulu. Bagi Heinich, Molenda dan Russell (1981), pengajaran merupakan penyusunan dan pengumpulan maklumat untuk menghasilkan pembelajaran. Berhubung kajian ini, tugas utama guru di dalam pengajarannya ialah membimbing pelajar-pelajar mendapatkan atau menguasai isi pelajaran sehingga pelajar-pelajar dapat mencapai objektif yang telah ditentukan. Di dalam pengajaran ini, guru akan menggunakan strategi tertentu dan memilih teknikteknik yang paling berkesan untuk membantu pelajar-pelajar mencapai objektif yang telah ditentukan.

11 Pusat Sumber Sekolah Pusat sumber sekolah didefinisikan sebagai temp at di mana guru-guru dapat berunding sesama sendiri, memilih, menilai, memperbaiki, membuat dan seterusnya menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran dengan pertimbangan untuk meningkatkan kecekapan ikhtisas guru(yusup, 1994). Dalam konteks kajian ini, pusat sumber sekolah dianggap sebagai pusat pengumpulan dan penyimpanan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Pusat sumber sekolah juga menyediakan ruang dan perkakasan yang diperlukan oleh guru dalam melaksanakan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pengajaran.

BABII SOROTAN LITERA TUR Pengenalan Bab ini akan membincangkan tentang kajian yang berkaitan dengan kajian yang sedang dijalankan. Aspek-aspek penting yang akan dimasukkan dalam bab ini merangkumi perkara-perkara yang menggambarkan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pengajaran. Bab ini juga membincangkan konsep dan prinsip penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu kajian tentang halangan-halangan yang dihadapi dalam penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah juga dimuatkan dalam bab ini. Prinsip-prinsip Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Sebelum memilih bahan pengajaran dan pembelajaran, guru mestilah sudah memikirkan topik yang dipilih, matlamat pengajaran, kebolehan penuntutnya, isi kandungan mata pelajaran secara terperinci dan begitu juga objektif-objektifpengajaran guru. Kemudian guru hendaklah menganalisis pengalaman pelajar dengan menggunakan sumber-sumber pengajaran tertentu. Pembelajaran pelajar yang akan disampaikan oleh guru hendaklah dianalisis berdasarkan objektif dan seterusnya mencatatkan deng m jelas sumber yang diperlukan untuk menghasilkan pembelajaran itu. Guru hendaklah menentukan 12

13 sifat-sifat bahan pengajaran dan pembelajaran yang hendak disediakan sebelum pemilihan bahan pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat. Perkara-perkara yang perlu diingat adalah seperti kandungan, rekabentuk dan persembahan. Banyak hasil yang praktikal dapat dicapai apabila bahan pengajaran dan pembelajaran berkualiti tinggi digunakan di dalam bilik darjah. Antara hasil-hasil ini ialah (Kemp dan Smellie,1989): l. Kandungan topik boleh dipilih secara lebih terperinci dan diorganisasikan. 11. Penyampaian pengajaran boleh dipiawaikan. 111. IV. Pengajaran adalah lebih menarik minat pelajar. Pembelajaran adalah lebih interaktif apabila teori-teori pembelajaran diaplikasikan. v. Masa pengajaran boleh disingkatkan. VI. VIl. Kualiti pembelajaran boleh diperbaiki Arahan boleh diberikan bila dan di mana perlu VIll. Sikap positif individu terhadap apa yang mereka pelajari dan juga terhadap proses pembelajaran itu sendiri boleh dikukuhkan. lx. Peranan guru juga boleh dikukuhkan. Dilihat secara keseluruhan, kesemua hasil-hasil di atas menunjukkan bahawa kecekapan pembelajaran dan sikap positif terhadap pembelajaran dapat diperkukuhkan melalui penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran. Untuk

14 mencapai kebaikan-kebaikan di atas, bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan mestilah bermutu tinggi dan dipilih atau direka, dihasilkan dan digunakan sebagai satu bahagian yang diintegrasikan di dalam sistem pembelajaran dan pengajaran.(gagne, Briggs,dan Wager, 1992) Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pengajaran Rohana Zubir(1987) berpendapat bahawa bahan pengajaran dan pembelajaran dapat menimbulkan minat dan kesungguhan di kalangan pelajar. Sekiranya penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih kerap dilakukan oleh guru, kemungkinan pelajar akan dapat mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan. Zuraidah(l988) telah menjalankan kajian ke atas pelajar di sebuah sekolah menengah di Seremban bagi rnelihat keberkesanan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran kimia. Pelajar-pelajar telah menyatakan bahawa penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran amat berkesan dalarn membantu proses pengajaran mereka. Mohd Dahlan(l992), telah rnembuat kajian tentang keberkesanan penggunaan alat dan bahan bantu rnengajar peserta-peserta kursus perguruan khas dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan terhadap peserta-