DASAR PEMBELIAN BAHAN MONOGRAF, BAHAN-BAHAN BERCETAK DAN BUKAN BERCETAK



Similar documents
DASAR PEMBANGUNAN KOLEKSI

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

OCBC GREAT EASTERN CO-BRAND CARD FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) REBATE FEATURES, INTEREST FREE AUTO INSTALMENT PAYMENT PLAN (AUTO-IPP) AND BENEFITS

SPA BEAUTY MANAGEMENT SYSTEM NAJIHAH BINTI RUSSLI

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

JOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING. A thesis submitted in partial fulfillment of. the requirements for the award of the degree of

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

ii) 9 months Plan - Interest Rate at 0.75% per month The minimum transfer amount is RM1,000 and maximum is subject to Cardmember

KURSUS/ COURSE Kr/ Cr K/ L A/ T. Bahasa Melayu Asas/ Basic Malay Language Tamadun Islam dan Tamadun Asia/ Asian and Islamic Civilizations

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2008 PELAKSANAAN SYARAT PERUBAHAN HARGA DI DALAM KONTRAK KERJA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Universiti Kuala Lumpur Kampus Kota MALAYSIAN INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY 1016, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur

Chapter 17 COMPLETION. 1. Receipt of notice from Contractor. 2. Final Inspection. PT

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

Garis Panduan Pendaftaran dan Pembaharuan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan

KERAJAAN MALAYSIA. Pentadbiran Kontrak Dan Format Perjanjian Piawai Perunding

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

PERATURAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA DAN SARJANA MUDA SEPENUH MASA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

Marketing Analysis of the Higher Education Service Sector in Malaysia: Consumer Perspective

PEMBERIAN WANG TUNAI SEBAGAI GANTIAN BAGI CUTI REHAT YANG TIDAK DAPAT DIHABISKAN OLEH PEGAWAI LANTIKAN SECARA KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE)

Customer Service Charter

Manpower Planning Utilizing Work Study at Data Storage Manufacturing Company

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA PENGAMBILAN FEBRUARI 2016

BISKUT RAYA INVENTORY MANAGEMENT SYSTEM (BRIMS) NURUL AMIRAH BINTI ROSLAN THESIS SUBMITTED IN FULFILLMENT OF THE DEGREE OF COMPUTER SCIENCE

LICENSE PLATE RECOGNITION OF MOVING VEHICLES. Siti Rahimah Binti Abd Rahim

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CURRENT TRENDS AND PRACTICES IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT: A CASE STUDY IN YTL POWER SERVICES SDN. BHD.

PRODUCTIVITY IMPROVEMENT VIA SIMULATION METHOD (MANUFACTURING INDUSTRY) HASBULLAH BIN MAT ISA

Katakunci : penilaian kokurikulum

HOME AUTOMATION SYSTEM USING POWER LINE COMMUNICATION DARLENE BINTI MOHAMAD DOUGLAS

HOME ALARM SYSTEM USING DETECTOR SENSOR MD KHAIRUL AMRI B MD ZAIN

ZERO-INTEREST INSTALMENT PLAN. 1) This programme valid for PB Credit cards issued by Public Bank.

TN. MOHD FAKHRUZZAMAN B. TN ISMAIL

CLIENT SERVER APPLICATION FOR SERVER FARM PERFORMANCE MONITORING ABDIRASHID HASSAN ABDI

GSM BASED HOME SECURITY SYSTEM CHENG KAR LOCK

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

STRESS EFFECT STUDY ON 6 DIFFERENT PATTERN OF TYRES FOR SIZE 175/70 R13 SYAHRIL AZEEM ONG BIN HAJI MALIKI ONG. for the award of the degree of

(c) the offer is not applicable to kids below 12 years ticket at TGV and Children ticket at GSC;

MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Celebrate With PB Cards. Terms and Conditions. 1. The campaign is valid from 1 January 2016 until 30 April 2016 ( Campaign period ).

NOOR HANIRA BINTI MAHIDIN

Student Application Form

How To Get A Lift Lift (Truck)

GUIDELINES ON THE STAMPING OF SHARE TRANSFER INSTRUMENTS FOR SHARES THAT ARE NOT QUOTED ON THE KUALA LUMPUR STOCK EXCHANGE.

Lampiran A3 PANDUAN PENYEDIAAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT)

SWAY REDUCTION ON GANTRY CRANE SYSTEM USING DELAYED FEEDBACK SIGNAL (DFS) NORASHID BIN IDRUS

DESIGN AND DEVELOPMENT OF MICRO HYDROPOWER FOR UNDERSERVED COMMUNITIES

MASTER S PROJECT REPORT SUMMARY

Student Application Form

SMART SHOES CHARGER TAN CHEE CHIAN

GLOBAL SYSTEM FOR MOBILE COMMUNICATION (GSM) KIT FOR VEHICLE S ALARM SYSTEM NIK MOHD KHAIRULFAHMI BIN NIK MAT

PENGURUS / PENTADBIR SUMBER MANUSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. Beriltizam untuk mengekalkan STATUS SWAAKREDITASI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEVELOPMENT OF PROTOTYPE SCHEDULING AND SEQUENCING SOFTWARE FOR JOB SHOP MANUFACTURING IN SHEET METAL FABRICATION

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

DASAR DAN GARIS PANDUAN PROGRAM KOLABORASI INDUSTRI (INDUSTRIAL COLLABORATION PROGRAMME - ICP) DALAM PEROLEHAN KERAJAAN

MALAYSIA GARIS PANDUAN KERJASAMA AWAM-SWASTA (PUBLIC PRIVATE PARTNERSHIP - PPP) Unit Kerjasama Awam-Swasta Jabatan Perdana Menteri PUTRAJAYA

Motor Comprehensive Cover Insurance

PENGHARGAAN. Ribuan terima kasih kepada Dr. Soib Taib selaku penyelia projek ini yang banyak membimbing serta memberi nasihat sepanjang projek ini.

Katakunci : kefahaman murid, konsep jirim

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran

PENCAPAIAN HOSPITAL PERFORMANCE INDICATOR FOR ACCOUNTABILITY (HPIA) No Indikator Standard Julai - Disember 2015

A STUDY OF SECURITY LIMITATIONS IN VIRTUAL LOCAL AREA NETWORK IMPLEMENTATION

K-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN

IMPACT OF SELF-CORRECTION ON EXTROVERT AND INTROVERT STUDENTS IN THE EFL WRITING PROGRESS REZA HAJIMOHAMMADI

PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (PENYAMPAIAN NOTIS) 2015

RFID BASED SYSTEMATIC STUDENT S ATTENDANCE MANAGEMENT SYSTEM HANISAH BINTI HAMID. Faculty of Electrical and Electronic Engineering

Enhancement of the Policy and Guidelines of the Small Debt Resolution Scheme (SDRS)

DESIGNING A PEPPER HARVESTER END EFFECTOR TIONG ING HO. This project is submitted in partial fulfillment of

[PELAN OPERASI LATIHAN] KKPTS PELAN OPERASI LATIHAN KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN

GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL KOMPUTER MUDAH ALIH CHROMEBOOK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2013

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

TAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIT 5 PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN

TADBIR URUS PORTAL JABATAN PEGUAM NEGARA

TOPIK 1 Konsep Pengukuran dan Skala Pengukuran

CONTROL HOME APPLIANCES VIA INTERNET (CoHAVI) SOFTWARE DEVELOPMENT SHIRRENE A/P NAI SOWAT

Page 1 of 1. Page 2 of 2 % &! " '! ( ' ( $) * +, - % -. !" # $

Faculty of Computer Science & Information Technology

Terms & Conditions (Balance Transfer Programme)

4. LAMPIRAN A - Maklumat Penyebut Harga

How To Learn To Learn From A Computer

DEPARTMENT OF ESTATE -MANAGEMENT FACULTY OF ARCHITECTURE, PLANNING AND SURVEYING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

rumah2020.com (Dimiliki oleh Sri Neta Enterprise T) No. 9, Jalan SP 3C, Taman Sri Puchong, Puchong Selangor. Tel: SEBUTHARGA

GARISPANDUAN MENGENAI DUTI SETEM KE ATAS SURATCARA PINDAHMILIK SYER BAGI SYER YANG TIDAK TERSENARAI DI BURSA SAHAM KUALA LUMPUR.

Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Di Kalangan Guru-Guru Ketua Panitia Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Daerah Kulim Bandar Baharu

LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA PENDAFTARAN ENGINEERING CONSULTANCY PRACTICE

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

Katakunci : masalah, guru Pendidikan Khas program Integrasi, pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup

How To Get A Job At A Bank

Transcription:

DASAR PEMBELIAN BAHAN MONOGRAF, BAHAN-BAHAN BERCETAK DAN BUKAN BERCETAK 1. LATARBELAKANG 1.1 Dasar pembelian bahan-bahan bercetak dan bukan bercetak disediakan bagi memenuhi keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris pada masa kini dan juga keperluan fakulti dan program baru yang bakal diadakan di masa-masa akan datang. 2. SKOP Dasar ini merangkumi semua aktiviti yang berkaitan dengan perolehan monograf, bahan-bahan bercetak lain dan bukan bercetak secara pembelian termasuk Malaysiana dan bukan Malaysiana. 3. OBJEKTIF Objektif utama dasar ini ialah memastikan :- 3.1 pengesanan dan pembelian semua bahan monograf, bercetak dan bukan bercetak yang berkaitan dengan program akademik dan aktiviti yang dijalankan oleh UPSI. 3.2 pengesanan dan pembelian secara terpilih bahan monograf, bahan becetak dan bukan bercetak sebagai wahana ilmu pengetahuan yang merangkumi segala khazanah pemikiran, keintelektualan, keilmuan dan penulisan bagi peningkatan minda. 3.3 pengesanan dan pembelian secara terpilih segala bahan monograf, bahanbahan bercetak dan bukan bercetak bagi memenuhi keperluan maklumat bagi menyokong program pembelajaran, pengajaran dan aktiviti penyelidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

2 4. STRATEGI 4.1 Memperkukuhkan koleksi dalam pelbagai format bercetak dan bukan bercetak melalui pengesanan dan pembelian. 4.2 Mengemaskini dan memperkukuhkan koleksi dalam pelbagai bidang perkara yang bercorak keilmuan dan penyelidikan terutama dalam bidang pendidikan yang berkaitan dengan bahasa, kesusasteraan, sains sosial, kesenian, muzik, sukan, sains kognitif dan pembangunan manusia, sains dan teknologi maklumat secara pengesanan, pemilihan dan pembelian. 4.3 Menjalin perikatan strategik di kalangan pusat penyelidikan Universiti di dalam dan luar negara, penerbitan dan pengedar serta orang perseorangan bagi tujuan pengesanan dan perolehan bahan dalam bidang pendidikan. 4.4 Mengadakan perkongsian sumber maklumat di kalangan perpustakaan akademik untuk mengurangkan pertindihan pembelian. 4.5 Melaksanakan pasaran bahan perpustakaan secara elektronik di mana sesuai. 5. DEFINASI 5.1 Monograf Monograf adalah terdiri daripada buku atau terbitan yang khusus tentang sesuatu perkara atau beberapa kelas perkara, kadangkala dikeluarkan dalam beberapa jilid khas, terbitan tidak berkala termasuk siri monograf.

3 5.2 Bahan bercetak Semua bahan bercetak termasuk peta, poster, carta, risalah, gambar (lukisan, lakaran, foto), kad imbasan dan skor muzik. (i) Peta Gambaran berlakar tentang permukaan bumi atau sebahagiannya yang menggambarkan ciri-ciri sesuatu kawasan itu seperti sempadan geografi, sejarah, politik, ekonomi, budaya dan sebagainya. (ii) Poster Sekeping kertas yang tertera dengan gambar dan lain-lain keterangan tentang sesuatu. 1 (iii) Carta Paparan yang mengandungi atau yang memberikan keterangan tentang hal atau kedudukan tertentu (misalnya mengenai iklim, kedudukan dan perkembangan perniagaan, struktur organisasi, prestasi kerja, dan lain-lain) dalam bentuk gambarajah (graf, jadual, dan lain-lain). 2 (iv) Risalah Bahan dalam bentuk beberapa lembaran kertas sama ada diketip, dijahit atau dijilid ringkas yang mempunyai keterangan tentang sesuatu perkara. 1 Ensaiklopedia Malaysiana, 1994 Kamus Malaysiana Jld. 14. Ms. 363 2 Ensaiklopedia Malaysiana, 1994. Kamus Malaysiana Jil. 3. Ms. 205

4 (v) Pamphlet A non/periodical publication of at least five but not more than 48 pages exclusive of the cover pages. It usually has an independent entity, not being a serial, but it may be one of a series of publication having a similarity of format or subject matter. 3 (vi) Gambar (lukisan, lakaran, foto) Bahan berita bergambar yang memberi pengesahan sebagai bukit kepada kejadian, kenyataan atau acara yang telah dikendalikan dalam bentuk gambar foto atau lukisan. (vii) Skor Muzik Kertas yang mengandungi manuskrip muzik. (viii) Kad imbasan Kepingan kertas yang agak tebal dan keras (biasanya berbentuk empat persegi) yang menunjukkan elemen melihat kembali dalam fikiran atau membayangkan sesuatu. 5.3 Bahan Malaysiana Bahan Malaysiana adalah semua sumber perpustakaan yang diterbitkan di Malaysia dan/atau semua sumber perpustakaan mengenai Malaysia yang diterbitkan di luar Malaysia dan/atau yang dihasilkan oleh warganegara Malaysia tidak mengira bentuk, bahasa, skrip atau tarikh dihasilkan. 3 Prytherch, Ray. Harrod s Librarian Glossary and Reference Work. 8 th. Ed. Enbland: Gower, 1995

5 5.4 Nadir Malaysiana Buku yang berharga jarang ditemui dan amat bernilai dan sukar diperolehi di pasaran. Biasanya bila didapati, diperolehi dengan harga yang tinggi. Termasuk dalam kategori nadir Malaysiana adalah salah satu atau kesemua perkara yang berikut :- (i) (ii) (iii) (iv) bahan yang diterbitkan sebelum tahun 1930 dan/atau yang sukar diperolehi di dalam negara. terbitan-terbitan cetakan lama yang berkaitan dengan Malaysia (ini termasuk Malaya, Persekutuan Tanah Melayu, Kepulauan Melayu dan Straits Settlements dan Alam Melayu). Terbitan lama karangan penulis dan penyelidik Melayu/Malaysia. Terbitan lama karangan penulis dan penyelidik yang berada di luar negara dalam pelbagai bahasa yang berkaitan dengan Malaysiana. 5.5 Bukan Malaysiana Bukan Malaysiana ialah sumber perpustakaan yang diterbitkan di luar Malaysia yang tiada kaitan dengan Malaysia atau bukan dihasilkan oleh Warganegara Malaysia tetapi memenuhi keperluan pembaca. 5.6 Nadir Umum A book so old, scare or difficult to find that it seldom appears in the book markets. Among rare books may be included, incunabula, sixteenth to eighteenth century imprints, first edition, limited and deluxe editions, specially illustrated editions, books in fine bindings, unique copies, book of interest for their associations (local, regional, subject etc). 4 4 Prytherch, Ray. Librarian s Glossary and Reference Work. 8 th ed. England: Gowen 1995 5 Brownstone, David M. Dictionary of Publishing. New York: Van Nostrand Reinhold, 1982

6 Scare, prized and valuable books that are seldom available for acquisiiton and then when available sell for high prices. 5 Termasuk dalam kategori nadir umum adalah salah satu atau kesemua yang berikut :- 5.6.1 Bahan terbitan sebelum tahun 1950 dan/atau yang sukar diperolehi ataupun sudah habis cetakan. 5.7 Bahan bukan bercetak/sumber Media Bahan sumber media adalah meliputi :- (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) (ix) (x) (xi) (xii) (xiii) (xiv) (xv) mikrofom filem sinematograf piring hitam rakaman video & audio media elektronik yang lain slaid lutsinar filmstrip disket cakera padat multimedia CD-ROM pita red filem gulung cakera video/laser multimedia kit

7 5.8 Peringkat Pemilihan Bahan Monograf, bahan bercetak dan bahan bukan bercetak (i) komprehensif - menyeluruh dalam bidang berkenaan (ii) terpilih - meliputi keseluruhan bidang untuk membolehkan penyelidikan terhad (iii) representatif - beberapa bahan untuk mewakili setiap bidang dan peringkat perkara berkenaan 6. GUNAPAKAI DASAR 6.1 Bagi perolehan bahan bacaan melalui pembelian bahan bacaan perpustakaan. 7. PEMBINAAN KOLEKSI PERPUSTAKAAN 7.1 Perpustakaan akan menggunapakai piawaian yang telah disediakan oleh Persatuan Perpustakaan Malaysia dan American Library Association (ALA) seperti berikut di dalam pembinaan koleksi :- 7.1.1 Standards for private university libraries (recommended for 5 years, 1997 2001; to be reviewed in 2002) prepared by PERPUN (Persidangan Perpustakaan perpustakaan Universiti dan Negara) Sub-Committee on standards for Private University and college Libraries published by Persatuan Perpustakaan Malaysia, 1999. 7.1.2 American Library Association (ALA) Collection Level Codes (1979).

8 8. PENGESANAN/PEMILIHAN Pengesanan/pemilihan monograf, bahan bercetak dan bukan bercetak :- (i) Memastikan semua monograf, bahan bercetak dan bukan bercetak terbitan dalam dan luar negara dalam bidang yang berkaitan dengan program akademik serta pengajaran, pembelajaran serta penyelidikan anjuran UPSI diperolehi secara komprehensif. (ii) Memastikan semua karya rujukan umum diperolehi bagi menyokong keperluan rujukan dan perujukan negara. (iii) Memantapkan koleksi perpustakaan dalam pelbagai bidang perkara berdasarkan nilai kesarjanaan, penyelidikan, keperluan maklumat dan rujukan semasa. (iv) Memperkaya dan menyokong pembinaan minda serta proses pendidikan sepanjang hayat. 9. KRITERIA PEMILIHAN 9.1 Terdapat kriteria-kriteria yang perlu diambil perhatian dalam membuat pemilihan dan di antaranya ialah :- (i) terbitan dalam dan luar negara yang berkaitan dengan program/kursus akademik Universiti. (ii) mengutamakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris daripada bahasabahasa lain sekiranya terdapat pelbagai bahasa. (iii) sesuai untuk kegunaan para pelajar, pensyarah dan kakitangan Universiti. (iv) kredibiliti pengarang dalam bidang berkenaan. (v) sesuai dengan keperluan penyelidikan para pelajar, pensyarah dan kakitangan Universiti.

9 (vi) berpotensi dan sesuai untuk kegunaan satu atau lebih program yang terdapat di Universiti. (vii) koleksi bagi bidang perkara yang masih lemah/kurang. (viii) Bahan yang mempunyai nilai yang tinggi, tahan lama dan sesuai serta bertepatan dengan aliran masa. (ix) Penerbitan yang berwibawa dan profesional. (x) Persembahan, gaya dan kejelasan (clarity). (xi) Mempunyai kualiti yang baik dan mencapai standard seperti bahan yang ditulis dengan terperinci, logik, indeks yang tepat, mempunyai bibliografi, nota kaki, nota hujungan serta ilustasi yang sesuai dengan kehendak perkara. (xii) Kualiti teknikal dan fizikal kertas, tipografi, rekaan, saiz, jilidan, bersifat tahan lama. (xiii) Harga dan kualiti penerbitan yang berpatutan. (xiv) Karya besar terjemahan terutama yang terdapat di Asean. (xv) Kandungan yang bernas, bernilai penyelidikan dan keilmuan. (xvi) Karya-karya agong dalam peradaban manusia. (xvii) Terbitan terkini dalam pelbagai disiplin ilmu persefahaman. (xviii) Karya yang menerima anugerah dalam pelbagai bidang. 9.2 Pemilihan Karya Rujukan (i) Kamus Bagi keperluan rujukan, perpustakaan perlu memiliki kamus representatif dalam pelbagai bahasa Melayu dan Inggeris yang lengkap. Termasuk dalam kategori kamus ialah tesauri, kosa kata, kamus sinonim dan kamus kanak-kanak.

10 (ii) Kamus Bahasa Kamus yang berkaitan dengan segala hal kebahasaan khususnya yang berkaitan dengan bahasa-bahasa utama di Malaysia termasuk juga dalam kategori ini ialah Dwi-Bahasa dan kamus Tri-Bahasa. (iii) Direktori/Buku Panduan Bahan ini perlu diperolehi secara terpilih berdasarkan kepentingan semasa dalam pelbagai bidang seperti direktori persatuan, syarikat dan direktori profesional dan komersil termasuk buku panduan (handbooks/manuals). (iv) Ensiklopedia Koleksi ensiklopedia utama yang popular dan lengkap dalam pelbagai bidang perkara bagi keperluan rujukan perlu diperolehi. Ensiklopedia perlu dikemaskini selepas lima tahun sekiranya terdapat edisi pembaharuan atau sekiranya terdapat banyak perubahan isi kandungan. (v) Biografi Biografi kebangsaan dan antarabangsa yang menyeluruh sebagai sumber maklumat rujukan penting terhadap peranan dan pengaruh individu dalam sesuatu bidang dan sesebuah negara bagi memenuhi keperluan rujukan.

11 9.3 Pemilihan Berdasarkan Format (i) Kulit keras (hardback) Pemilihan monograf haruslah mengutamakan buku yang berkulit keras (hardback) sekiranya terdapat dalam dua jenis kulit khususnya bagi bahan ilmiah dan penyelidikan, koleksi kekal dan berpanjangan. Walau bagaimanapun, buku rujukan yang hanya terdapat dalam kulit nipis sahaja juga dibeli sekiranya judulnya sesuai untuk perolehan. Walau bagaimanapun, jika pembelian melibatkan lebih daripada 1 naskah, pembelian kulit keras hanya terhad kepada 1 naskah manakala naskah selebihnya dalam kulit nipis. (ii) Kulit nipis (paperback) Buku kulit kertas seperti novel perlu dibeli bagi keperluan pembacaan ringan dan tidak bersifat kekal. Buku-buku ini sentiasa berganti dengan judul-judul baru, semasa dan popular. (iii) Buku teks Buku teks pengajian tinggi akan diperolehi dalam semua bidang yang berkaitan dengan program akademik anjuran UPSI, program penyelidikan, pembelajaran dan pengajaran serta aktiviti Universiti.

12 (iv) Risalah, pamplet, brosur, peta, poster dan sebagainya Risalah, pamplet atau brosur dan sebagainya yang terkini dalam semua bidang perkara terutama yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan, UPSI, universiti-universiti tempatan dan luar negeri serta badan-badan lain yang ada hubungan dengan UPSI secara langsung atau tidak langsung. (v) Tesis & Disertasi Semua tesis dan disertasi pelajar dan pegawai akademik UPSI akan diperolehi secara pembelian atau sumbangan. Tesis dan disertasi yang dijual sama ada dalam bentuk buku atau mikroform/mikrofilem terbitan luar negara turut dibeli jika berkaitan dengan bidang akademik. (vi) Skor muzik Skor muzik akan dibeli sekiranya ia mengandungi nilai keilmuan serta yang dicadangkan oleh Fakulti Muzik. (vii) Bahan-bahan dalam bentuk sumber elektronik Mana-mana bahan bercetak dan berjilid termasuk ensaiklopedia dan direktori akan diberi keutamaan perolehan dalam bentuk CD-ROM atau media elektronik.

13 (viii) Terbitan Bersiri Terbitan secara berkala iaitu jurnal, majalah, akhbar, memoir, proceedings, laporan, akta dan warta kerajaan di dalam bidang yang berkaitan dengan program akademik Fakulti Universiti akan diperolehi dalam bentuk hard copy dan jika ada yang diterbitkan dalam bentuk elektronik, keutamaan akan diberi dalam bentuk elektronik. (ix) Bahan bukan bercetak/media Bahan bukan bercetak atau media seperti pita video, kaset audio, filem, slaid, filmstrip, piring hitam, cakera padat, mikrofilem, mikrofis dan sebagainya akan diperolehi mengikut program akademik fakulti. 9.4 Jenis koleksi dan bilangan naskah Jenis koleksi serta jumlah bilangan naskah yang dibeli bergantung kepada peruntukan tahunan yang diperolehi. Secara umum, berikut adalah jenis koleksi dan bilangan jumlah naskah yang akan dibeli :- 9.4.1 Buku Teks/Monograf (a) Buku biasa/umum 1 3 naskah bagi buku biasa/umum.

14 (b) Buku dalan senarai bacaan pensyarah 3-10 naskah bagi buku yang disenaraikan dalam senarai pensyarah bacaan terutama buku dalam Bahasa Malaysia. Jumlah ini bergantung kepada cadangan dari pensyarah dan peruntukan yang diberi pada tahun kewangan. Jumlah saiz akan berubah mengikut perubahan dan saiz Universiti. 3 naskah akan diletakkan di koleksi tanda merah. 9.4.2 Koleksi Rujukan 1 naskah bagi koleksi rujukan seperti ensaiklopedia, kamus, handbook, indeks, abstrak, direktori dan sebagainya. 9.4.3 Fiksyen (i) 1 naskah bagi koleksi asas novel, karya klasik dan separa klasik berkaitan dengan Kesusasteraan Melayu yang tidak termasuk dalam program/subjek yang ditawarkan. (ii) Karya-karya penulis anugerah kesusasteraan seperti Anugerah Sastera Negara dan SEA Writers Award akan turut diperolehi. 9.4.4 Terbitan Bersiri (i) Judul jurnal yang akan dilanggan serta jumlah judul berdasarkan kepada cadangan oleh Dekan Fakulti untuk tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

15 (ii) Jurnal secara online akan turut dilanggan jika ada peruntukan yang cukup serta diperlukan oleh Fakulti. (iii) Judul jurnal yang terdapat dalam pangkalan data komersil yang dilanggan tidak akan dilanggan dalam bentuk hard copy. 9.4.5 Tesis/Disertasi/Laporan Projek (i) (ii) 1 naskah Tesis/Disertasi/Laporan Projek pelajar UPSI akan turut diperolehi secara sumbangan. 1 naskah tesis/disertasi dalam bentuk buku atau dalam mikrofilem turut dibeli jika berkaitan dengan bidang program Universiti. 9.4.6 Koleksi Karya Anak Kandung dan Terbitan SITC Bahan penulisan anak kandung dan penerbitan SITC seperti laporan, artikel projek, cenderamata, Bayu dan lain-lain akan turut diperolehi secara sumbangan atau pembelian dari orang perseorangan. 9.4.7 Koleksi Arkib Universiti Semua penerbitan UPSI seperti buku cenderamata, buku panduan, buku teks, laporan, terbitan ilmiah, brosur, gambar foto, kertas persidangan, seminar dan sebagainya sekurangkurangnya 1 naskah setiap penerbitan diperolehi secara sumbangan atau pembelian terutama bagi buku teks karangan pensyarah atau bakal pensyarah UPSI.

16 9.4.8 Koleksi Suratkhabar Suratkhabar yang dilanggan adalah seperti berikut :- (i) NST (ii) Star (iii) Berita Harian (iv) Utusan Malaysia (v) Mingguan Malaysia (vi) Harian Metro (vii) Tamil Nesan (viii) Sit Chew Jit Poh (ix) Kosmo 2 naskah setiap judul suratkhabar akan dibeli di mana 1 naskah untuk bahan bacaan umum sementara 1 naskah lagi untuk keratan akhbar. 9.4.9 Koleksi Media/Bahan Pandang-Dengar 1 naskah bahan pandang-dengar/koleksi media dalam bidang perkara yang dicadangkan oleh Fakulti akan dibeli. Tajuk dalam bidang umum atau lain yang dianggap perlu akan juga diperolehi jika dianggap penting sebagai bahan rujukan. 9.4.10 Koleksi Peta Peta topografi serta yang berkaitan dengan Malaysia akan dibeli sekurang-kurangnya sebanyak 1 naskah bergantung kepada keperluan fakulti.

17 9.4.11 Koleksi Dokumen Koleksi dokumen dalam bentuk laporan, terbitan bersiri (termasuk laporan tahunan, surat berita jabatan/agensi), risalah, laporan kajian/penyiasatan dan laporan perangkaan akan turut diperolehi sekurang-kurangnya 1 naskah bagi setiap judul. Bahan yang akan dibina adalah seperti berikut :- (i) Terbitan Kerajaan Malaysia (peringkat Kementerian/Jabatan) (ii) Terbitan Kerajaan Negeri (iii) Terbitan Badan berkanun di Malaysia (iv) Terbitan Bangsa-Bangsa Bersatu dan agensinya (v) Terbitan Kerajaan Negara ASEAN (vi) Terbitan Kerajaan Asing (tertentu) (vii) Terbitan OECD (Organization for Economic Co-operation and Development) (viii) Terbitan Perbadanan Antarabangsa (Intergovernmental bodies) (ix) Terbitan Rand Corporation, sebuah institusi swasta yang menerbitkan laporan, kertas kerja, nota dan lain-lain untuk penyelidikan. 9.4.12 Koleksi Nadir & Manuskrip Melayu Bahan-bahan nadir terutama Nadir Malaysiana dan Manuskrip Melayu dalam bidang Sains Sosial dan Pembangunan Manusia akan diperolehi untuk menyokong penyelidikan dan kajian pembelian bahan nadir perlu mendapatkan kelulusan dari Jawatankuasa Perpustakaan yang kemudian dibawa ke Jawatankuasa Kewangan untuk kelulusan pembaca.

18 9.4.13 Kertas Persidangan, Seminar, bengkel dan sebagainya (i) 1 set kertas Kerja Persidangan/Seminar/Bengkel anjuran UPSI perlu diperolehi secara pembelian/ sumbangan. (ii) 1 naskah bagi setiap judul kertas kerja persidangan, seminar bengkel yang ada kaitan dengan program akademik anjuran Fakulti akan terus diperolehi. 9.4.14 Kertas Peperiksaan Sebanyak 1 naskah bagi setiap judul kertas peperiksaan semua program/mata pelajaran yang lepas akan diperolehi untuk rujukan pelajar. 9.4.15 Pemilihan judul mengikut program Pemilihan judul bahan adalah mengikut program seperti berikut yang ditawarkan oleh setiap Fakulti di Universiti. Pemilihan jurnal bagaimanapun bergantung kepada program yang bakal ditawarkan oleh Universiti di masa-masa akan datang. 9.4.16 Pemilihan Jadual Mengikut Perkara Pemilihan jadual mengikut perkara adalah berdasarkan Library of Congres Clasifiction (LCC). Sistem ini digunakan oleh semua perpustakaan akademik. A - General Works B - Philosopy, Psycology, Religion C - Auxiliary Sceiences of History D - History: General and Old World E - History: America F - History: America

19 G - Geography, Antropology, Recreation H - Social Science J - Political Sciene K - Law L - Education M - Music and Books on Music N - Fine Arts P - Language and Literature Q - Science R - Medicine S - Agriculture T - Technology U - Military Science V - Naval Science Z - Bibliograpy, library science, information resources (general) 10. TANGGUNGJAWAB PEMILIHAN DAN PEMBELIAN (i) Semua Pegawai Ikhtisas perlu melaksanakan pemilihan dan pembelian bahan perpustakaan mengikut dasar yang ditetapkan. (ii) Pandangan dan cadangan perolehan dari Dekan, Pensyarah, pelajar dan kakitangan akademik dan bukan akademik dalam pelbagai bidang perkara perlu diambilkira. (iii) Pustakawan Bahagian Perolehan dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dan melaksanakan perolehan cadangan judul-judul yang dipilih.

20 (iv) Pustakawan Bahagian Perolehan perlu memastikan proses perolehan dilakukan secara berterusan supaya bahan yang diperlukan sentiasa mencukupi dan terkini untuk memenuhi keperluan maklumat, rujukan dan penyelidikan mengikut peruntukan kewangan yang disediakan. (v) Jika jurnal yang dicadangkan dianggap terlalu mahal dan hanya menjurus kepada keperluan seorang pengguna sahaja, perpustakaan mungkin akan meminjam bahan tersebut dari perpustakaan lain untuk rujukan pengguna berkenaan. (vi) Jumlah naskah yang akan dibeli berdasarkan cadangan dari kakitangan akademik bergantung kepada jumlah peruntukan tahunan yang diperolehi oleh perpustakaan dan keputusan Jawatankuasa Perpustakaan. 11. BAHASA (i) (ii) Bahan bacaan dalam Bahasa Malaysia dan diberi keutamaan terutama bahan terbitan tempatan. Bahan bacaan dalan Bahasa Inggeris akan turut dibeli terutama dalam bidang perkara di mana terbitan bahan kebanyakannya adalah dalam Bahasa Inggeris. (iii) Bahan bacaan dalam bahasa asing akan dibeli bergantung kepada keperluan Fakulti dan program yang dianjurkan memerlukan bahasa tersebut.

21 12. PESANAN (i) Bagi terbitan monograf luar negara pesanan dihantar kepada pembekal pembekal bertaraf Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang 010100 (Bahan Bacaan) selaras dengan Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2005- Pembekalan, Penghantaran dan Penyerahan Buku- Buku Cetakan dan Terbitan Luar Negara kepada semua Agensi Kerajaan di Seluruh Semenanjung Malaysia. (ii) Terbitan dalam negara boleh dipesan melalui mana-mana pembekal yang memberi perkhidmatan yang baik serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan. (iii) Pesanan secara elektronik perlu dilakukan mengikut keadaan. 13. PROSES PEMBELIAN Segala pembelian bahan bercetak dan bukan bercetak perlu mengikut Pekeliling Kontrak Perbendaharaan. Berpandukan kepada prosedur pembelian yang dipraktikkan oleh kebanyakan perpustakaan universiti tempatan, berikut adalah proses pembelian bahan yang dilakukan oleh Perpustakaan UPSI. (i) Pustakawan menghubungi penerbit dan pembekal buku untuk mendapatkan katalog penerbit yang terkini dalam bidang perkara yang berkaitan dengan program Universiti. (ii) Katalog penerbit diedarkan kepada pensyarah untuk pilihan/cadangan.

22 (iii) Katalog penerbit yang diterima semula dari pensyarah disemak dengan katalog induk untuk mengelakkan duplicate. (iv) Setelah sebutharga diterima, borang pesanan disediakan bersama Purschase Order (PO) untuk diberi kepada pembekal buku. (v) Pembekal hantar invois beserta bahan yang telah dibuat pesanan. (vi) Invois disemak dengan buku dan pesanan belian. (vii) Pembayaran invois bagi jurnal perlu dibuat terlebih dahulu sebelum bahan tersebut diterima. (viii) Invois akan dihantar ke Bahagian Bendahari untuk tindakan pembayaran. (ix) Pembayaran perlu dibuat mengikut peraturan kewangan yang ditetapkan dan diproses dalam masa sebulan selepas bahan diterima. 14. POLISI PENILAIAN PRESTASI PEMBEKAL BAHAN PERPUSTAKAAN 14.1 Penilaian terhadap prestasi pembekal buku dari aspek seperti jumlah penerimaan buku yang dipesan serta tempoh pembekalan yang diambil, dapat membantu perpustakaan memilih pembekal yang efficient untuk membekal buku-buku terbitan luar negara yang memerlukan komitment yang serius. Selain dari itu, penilaian juga dibuat berdasarkan :- 1. Memberi perkhidmatan yang baik (i) Sebut harga berpatutan. (ii) Penghantaran bahan menepati sasaran masa. (iii) Kerap menghantar status pesanan dan maklumbalas mengenai masalah yang timbul.

23 (iv) (v) Kekerapan membawa katalog untuk pilihan Pustakawan. Kekerapan bertemu dengan pensyarah UPSI mengenai bidang perkara yang diperlukan. 2. Mempunyai reputasi yang baik dengan penerbit. 3. Berkemampuan dan mantap dari aspek kapital/model kewangan. Penerbit hanya akan membekal buku kepada pembekal yang mempunyai akaun dengan mereka sahaja. 4. Kekerapan wakil pemasar pembekal berjumpa dengan Pustakawan Bahagian Perolehan untuk membincangkan sebarang masalah yang timbul dari pembekalan buku dan lain-lain. 5. Sentiasa memenuhi sebarang syarat yang ditetapkan oleh UPSI dan bersedia bertolak ansur dengan sebarang perubahan sekiranya perlu. 16. TEMPOH PENGESAHAN PEMBEKALAN DAN TEMPOH PENYERAHAN 16.1 Kontraktor buku perlu memberi pengesahan tentang kesanggupan membekal buku dalam tempoh 6 minggu dari tarikh terima pesanan.

24 16.2 Bagi keadaan biasa, buku hendaklah diserahkan/dibekalkan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pesanan. 16.2.1 Surat peringatan untuk bahan yang gagal dibekalkan dalam tempoh yang telah ditetapkan. 16.2.1.1Tempoh surat peringatan pertama sebulan dari tarikh sebenar. 16.2.1.2Tempoh surat peringatan kedua dua minggu dari tarikh surat peringatan pertama. 16.2.1.3Tempoh surat peringatan ketiga dua minggu dari tarikh surat peringatan kedua. 16.2.1.4Surat pembatalan pesanan akan dikeluarkan secara rasmi sekiranya masih tiada tindakan yang diambil oleh pembekal. 16.3 Bagi keadaan luar biasa, tempoh penyerahan adalah mengikut persetujuan bersama kontraktor dan UPSI. 17. KEADAAN PERTUMBUHAN SAIZ KOLEKSI 17.1 Memastikan saiz koleksi adalah bersesuaian dengan program/kursus yang ditawarkan serta jumlah pelajar. Standard yang disyorkan oleh PERPUN:- Jumlah Pelajar Naskah Koleksi < 500 20,000 501 1000 20,000 40,000 1001 40,001

25 Formula n x v x t n = jumlah pelajar v = jumlah vol/student = 12 t = jumlah minima tempoh tahun pengajian bagi 1 kursus 17.2 Kadar Pertumbuhan Tahunan 17.2.1 Berusaha mencapai pertumbuhan tahunan sebanyak 5% dari jumlah koleksi jika jumlah tersebut kurang dari 20,000 koleksi asas. 17.2.2 Kadar pertumbuhan harus mengambil kira kursus baru yang diperkenalkan, penerbitan edisi terbaru, penerbitan buku baru dan penambahan bilangan pelajar.

26 18. KEMASKINIAN DASAR Dasar ini perlu dikemaskini dari masa ke semasa mengikut perubahan objektif Universiti, keperluan maklumat dan ketersediaan bahan serta kekukuhan pengkhususan koleksi perpustakaan akademik tempatan. 19. TARIKH KUATKUASA Dasar Pembelian bahan bercetak dan Bukan Bercetak akan berkuatkuasa mulai 01hb. Januari 2008. Diluluskan oleh :- (ZAHARIAH MOHAMED SHAHAROON) Ketua Pustakawan Universiti Pendidikan Sultan Idris Tarikh kemaskini: 28 Disember 2008