Pandangan Kami Terhadap Cadangan Pemansuhan UPSR dan PMR

Similar documents
A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

How To Learn To Learn From A Computer

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

PENCAPAIAN HOSPITAL PERFORMANCE INDICATOR FOR ACCOUNTABILITY (HPIA) No Indikator Standard Julai - Disember 2015

Katakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0. Pengenalan

K-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN

KEPENTINGAN KEFAHAMAN KONSEP DALAM MATEMATIK

Teori Kepemimpinan: Teori Trait dan Tingkahlaku. Dr. Foo Say Fooi

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

JOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING. A thesis submitted in partial fulfillment of. the requirements for the award of the degree of

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

Faculty of Computer Science & Information Technology

Student Application Form

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. Beriltizam untuk mengekalkan STATUS SWAAKREDITASI

SUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK: SEJAUHMANAKAH HUBUNGAN INI RELEVAN?

How To Get A Better At Pengajaran

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

Student Application Form

PELUANG DAN CABARAN PENDIDIKAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT LUAR BANDAR : SATU KAJIAN KES ISI RUMAH MELAYU MISKIN DI JAJAHAN BACHOK, KELANTAN

Katakunci : kefahaman murid, konsep jirim

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KEPERLUAN DALAM PENDIDIKAN MORAL UNTUK MENGHADAPI CABARAN ERA PASCA MODENISME.

Universiti Kuala Lumpur Kampus Kota MALAYSIAN INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY 1016, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur

CORAK KOMUNIKASI KELUARGA DALAM KALANGAN KELUARGA MELAYU DI TERENGGANU

HAJI MOHD NOR BIN JAAFAR

THE FACTORS THAT HINDER THE INTENTION OF BUSINESS MANAGEMENT GRADUATE TO CHOOSE ENTREPRENEUR AS THEIR CAREER NURUL HAZLYANA BINTI NOR AZLI

SPA BEAUTY MANAGEMENT SYSTEM NAJIHAH BINTI RUSSLI

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CURRENT TRENDS AND PRACTICES IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT: A CASE STUDY IN YTL POWER SERVICES SDN. BHD.

CHE ZANARIAH CHE HASSAN FADZILAH ABD RAHMAN

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

Katakunci : masalah, guru Pendidikan Khas program Integrasi, pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup

OCBC GREAT EASTERN CO-BRAND CARD FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) REBATE FEATURES, INTEREST FREE AUTO INSTALMENT PAYMENT PLAN (AUTO-IPP) AND BENEFITS

PENILAIAN PETA MINDA BUZAN BERDASARKAN RUBRIK ANALITIK

Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 33 51, 2010

Page 1 of 1. Page 2 of 2 % &! " '! ( ' ( $) * +, - % -. !" # $

NOOR HANIRA BINTI MAHIDIN

KESAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR VISUAL DALAM PENGAJARAN SUBJEK SAINS TAHUN TIGA. Oleh. Christopher Lu Wei Wang

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM ILMU PENDIDIKAN DI MAKTAB PERGURUAN, TAHUN 1957 HINGGA1986

RFID BASED SYSTEMATIC STUDENT S ATTENDANCE MANAGEMENT SYSTEM HANISAH BINTI HAMID. Faculty of Electrical and Electronic Engineering

KAJIAN TENTANG KEPUASAN BEKERJA DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS (A STUDY ON JOB SATISFACTION AMONG SPECIAL EDUCATION TEACHERS)

Komunikasi Interpersonal Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Melaka

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Ilmu Faraid

Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah: Komitmen Guru

Kalkulus Fungsi Dua Peubah atau Lebih

Katakunci : tahap stress, tahap kepuasan kerja, pensyarah UTM

BIOMECHANICS AND MEASUREMENT ON ARCHERY ATHLETE: BALANCING BODY POSTURE

Katakunci : faktor, pemilihan bidang keusahawanan

Keperluan Latihan Berbentuk Kursus Untuk Guru Besar Lokman Bin Mohd. Tahir & Chua Lay Kah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

(c) the offer is not applicable to kids below 12 years ticket at TGV and Children ticket at GSC;

How To Get A Job At A Bank

Menurut Harry K. Wong (1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru sendiri.

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Januari 2014, Bil. 2 Isu 1

Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan

TAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH

Exploring Primary and Secondary School Students Perception towards Online Mathematics Tuition: A Case Study

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

FACTORS INFLUENCING GENDER GAP IN HIGHER EDUCATION OF MALAYSIA: A UNIVERSITY OF MALAYA SAMPLE

Marketing Analysis of the Higher Education Service Sector in Malaysia: Consumer Perspective

TOPIK 1 Konsep Pengukuran dan Skala Pengukuran

LEARNING MANAGEMENT SYSTEM(LMS) AND COURSE MANAGEMENT SYSTEM(CMS)

Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor.

KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR PENCAPAIAN AKADEMIK RENDAH BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN 4

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

Katakunci : kecergasan kardiovaskular, daya tahan otot kaki, latihan simulasi haji dan umrah.

Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2)(2010): BITY SALWANA ALIAS, AHMAD BASRI MD. YUSSOF, RAMLEE MUSTAPHA & MOHAMMED SANI IBRAHIM

PROSES PENYELESAIAN MASALAH. Azlinda Azman, Ph.D Noriah Mohamed, Ph.D. Penyelesaian masalah merupakan matlamat utama dalam satu-satu proses

PRODUCTIVITY IMPROVEMENT VIA SIMULATION METHOD (MANUFACTURING INDUSTRY) HASBULLAH BIN MAT ISA

CLIENT SERVER APPLICATION FOR SERVER FARM PERFORMANCE MONITORING ABDIRASHID HASSAN ABDI

IMPACT OF SELF-CORRECTION ON EXTROVERT AND INTROVERT STUDENTS IN THE EFL WRITING PROGRESS REZA HAJIMOHAMMADI

BAB 3 SEMANTIK: PERLUASAN, PENYEMPITAN DAN PERUBAHAN MAKNA

HUBUNGAN TEKANAN KERJA TERHADAP PRESTASI PEKERJA

Katakunci : penilaian kokurikulum

PENGESAHAN DAN PENGGUNAAN UJIAN MATEMATIK TAHUN EMPAT SEKOLAH RENDAH : ANALISIS RASCH ROSMAWATI MUSA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

HOME ALARM SYSTEM USING DETECTOR SENSOR MD KHAIRUL AMRI B MD ZAIN

Isu-Isu Kependudukan dan Migrasi di Malaysia. Oleh. Usman Hj. Yaakob & Tarmiji Masron

Feasibility of Teaching Public Relations Courses Through E-Learning: A Case Study in Malaysia

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

Katakunci : kadar denyutan jantung, tahap dehidrasi, atlet larian jarak dekat

KESEJAHTERAAN SOSIAL DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI: Pendekatan dan Indikator. Haris Abd.Wahab Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial Universiti Malaya

Customer Service Charter

SWAY REDUCTION ON GANTRY CRANE SYSTEM USING DELAYED FEEDBACK SIGNAL (DFS) NORASHID BIN IDRUS

STRESS EFFECT STUDY ON 6 DIFFERENT PATTERN OF TYRES FOR SIZE 175/70 R13 SYAHRIL AZEEM ONG BIN HAJI MALIKI ONG. for the award of the degree of

CABARAN-CABARAN DI SEKTOR BINAAN DALAM MENYEDIAKAN TENAGA KERJA MAHIR TEMPATAN SATU SOROTAN PENULISAN

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

TN. MOHD FAKHRUZZAMAN B. TN ISMAIL

KAJIAN PUNCA, RISIKO MEROKOK DAN SUMBANGAN MEROKOK TERHADAP PENAGIHAN BAHAN. SATU KAJIAN DI PUSAT GIAT MARA BUKIT PAYONG, MARANG, TRENGGANU

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009, 7 Mei 2009, UTHM

KEBERKESANAN SEKOIAH : KAJIAN DI DAERAH:

MOHD JOHARI BIN OTHMAN

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Transcription:

Pandangan Kami Terhadap Cadangan Pemansuhan UPSR dan PMR Latar Belakang Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG (LLG), Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur & Selangor (DPCKLS) dan Jawatankuasa Kecil Pendidikan, Projek A 20 Year Plan of Action For Malaysia (20POA) telah mengadakan satu bengkel pada 18hb Julai 2010 untuk membincang dan meneliti cadangan pemansuhan UPSR dan PMR. Bengkel dihadiri oleh 45 peserta yang terdiri daripada pengetua, guru sekolah, ibubapa dan pengarah sekolah. Selepas mendengar pembentangan laporan oleh ahli- ahli pendidikan, para peserta mengkaji cadangan ini dari perspektif positif dan negatif. Kami berpendapat bahawa pemansuhan sistem peperiksaan akan mempengaruhi keseluruhan sistem pendidikan dari segi kursus pengajaran dan material perguruan di sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Bukan sahaja perbincangan bagi pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR perlu diteliti akibatnya, malahan perlu dicari satu sistem alternatif yang lebih baik sebagai pengantian. Kemudiannya, kami turut mengadakan perbincangan dan pengajian bersama Centre for Malaysian Chinese Studies, Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan di Malaysia, The Association of Graduates From Universities and Colleges of China in Malaysia, Nanyang University Alumni Association Of Malaya, Persatuan Bekas Mahasiswa- Mahasiswa Jepun Malaysia (Cawangan Tengah), Federation of Chinese Schools Alumni Association of Malaysia dan pertubuhan- pertubuhan lain, mempertimbangkan semua faktor dalam isu ini, akhirnya menetapkan pandangan dan pendirian seperti berikut : Prakata 1) Pada 20hb Jun 2010, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin mengatakan Kementerian Pelajaran mungkin akan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Pengumuman ini menarik perhatian dan debat di pelbagai lapisan masyarakat, ada yang bersetuju, ada juga yang tidak setuju. 2) Alasan beliau ialah, Jika kedua- dua peperiksaan awam dimansuhkan, ia akan membantu pelajar dan guru menuju ke arah pengajaran kreatif dan meningkatkan penyertaan pelajar- pelajar dalam pendidikan jasmani atau ko- kurikulum. Ia juga akan membantu kerajaan mengurangkan perbelanjaan, beban guru, tekanan dan beban ekonomi ibubapa. 3) Sebenarnya, pada tahun 2007, Jabatan Peperiksaan telah mengusulkan sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan, mencadangkan UPSR dan PMR dimansuhkan. 1

Jabatan tersebut juga mencadangkan UPSR dimansuhkan selepas 2012 dan PMR dimansuhkan selepas 2015 bagi membetulkan mekasnime pendidikan kini yang terlalu mementingkan peperiksaan kerajaan. 4) Bagi pandangan- pandangan pelbagai lapisan masyarakat, pihak yang setuju berpendapat bahawa jangan memberi terlalu banyak tekanan kepada kanak- kanak, masa kecil tidak wajar dibebankan dengan peperiksaan. Ada pendapat bahawa peperiksaan telah menghasilkan kanak- kanak yang bersikap realistik, mengutamakan diri sendiri dan Kiasu, ini menyebabkan pelajar selalu menipu dalam peperiksaan. Sebaliknya, pihak yang membantah khuatir jika UPSR dan PMR dimansuhkan sekaligus, pelajar tidak akan belajar secara sungguh- sungguh, sebahagian guru mungkin juga tidak akan mengajar dengan serius jika peperiksaan pentaksiran tidak wujud, oleh sebab pemikiran pelajar sekolah rendah belum matang, mereka jarang ada initiatif dalam pembelajaran. Kelemahan Sistem Pendidikan Yang Sedia Ada 5) Sama ada dilihat dari perspektif menyokong pemansuhan peperiksaan mahupun perspektif membantah, para peserta turut bersetuju bahawa situasi sistem pendidikan sekolah yang sedia ada amat membimbangkan dan perlu diubahsuai. 6) Kelemahan sistem pendidikan yang sedia ada seperti di bawah: 6.1 Pendidikan sekarang terlalu berorientasikan peperiksaan dan penekanan pada keputusan serta mengabaikan proses pembelajaran anak- anak kita. Akibatnya keseronokan yang boleh didapati melalui pembelajaran di kalangan pelajar semakin berkurang, malahan makna asas pembelajaran turut hilang. 6.2 Oleh kerana keputusan peperiksaan terlalu dititikberatkan, kebanyakan sekolah rendah akan memberi sumber daya yang lebih banyak kepada pelajar yang berprestasi tinggi, akibatnya pelajar yang kurang maju diabaikan. Masalah golongan yang diabaikan ini menjadi semakin teruk, menyebabkan peratusan yang tinggi antara mereka berhenti sekolah apabila sampai pada peringkat sekolah menengah. 6.3 Keadaan menjadi lebih teruk apabila para pelajar hanya tahu menghafal untuk menghadapi peperiksaan, akhirnya mereka tidak berkemampuan menyelesaikan masalah kehidupan kerana tidak tahu berfikir. Sistem pendidikan yang sedia ada telah membazirkan banyak sumber pendidikan, justeru tidak efektif dalam pembentukan bakat profesional yang sanggup dan mampu menghadapi cabaran globalisasi abab ke- 21. 6.4 Sistem pendidikan negara kita yang memusatkan (centralized) telah menyebabkan kandungan pendidikan diputarbelit di bawah faktor politik. Apabila dasar- dasar diputuskan bukan merujuk kepada faktor pendidikan, akan melahirkan keadaan yang tidak adil, seperti kekurangan guru di sekolah rendah aliran Cina. 2

6.5 Di samping itu, pihak pentadbiran pendidikan birokrasi yang mementingkan keuntungan dan keputusan prestasi sendiri pula akan menjadikan peperiksaan sebagai alat pengurusan utama mereka untuk menguasai pengetua dan guru- guru di sekolah. Pihak pentadbiran sebegini tidak profesional akan menjadikan akibat pendidikan yang berorientasikan peperiksaan semakin teruk. 7) Hakikatnya, pendidikan yang berorientasikan peperiksaan turut menyusahkan mereka yang kurang berpendapatan atau golongan yang miskin. Menurut Coleman Report, 1966, kebanyakan keputusan pengajian pendidikan menunjukkan bahawa latar belakang dan keadaan sosio- ekonomi keluarga seseorang pelajar ada kaitan yang rapat dengan keputusan peperiksaannya. Malahan faktor keluarga lebih mempengaruhi pelajar jika dibanding dengan faktor sekolah. Lain kata, pelajar yang berprestasi maju biasanya datang daripada keluarga yang berpendapat sederhana atau tinggi. 8) Namun demikian, kesemua fokus media, biasiswa yang diberi oleh pertubuhan serta pengumuman keputusan baik atau pemujian oleh pihak kerajaan mahupun masyarakat adalah kepada golongan pelajar yang berprestasi maju sahaja. Segala fokus dan kebaikan diberi kepada golongan ini mengakibatkan golongan lemah yang sepatutnya mendapat tumpuan telah diabaikan. Ketidakadilan pemberian sumber pembelajaran kepada mereka yang lemah dan berprestasi rendah akhirnya tidak mendapat bantuan yang secukupnya. 9) Masyarakat dan pihak pentadbiran pendidikan birokrasi menganggap peperiksaan sebagai piawaian utama pengajaran guru dan pentadbiran pengetua, adalah tidak adil. Fungsi peperiksaan telah disalahgunakan justeru mempengaruhi pengajaran para guru. Guru cenderung mengajar pelajar yang bagus sahaja dan mengabaikan mereka yang lemah. Walaupun diatur untuk membimbing pelajar yang lemah, guru juga tidak berusaha bersungguh untuk mengajar. Kebimbangan Pemansuhan Peperiksaan 10) Peserta bengkel bimbang akan pemansuhan kedua- dua peperiksaan ini akan menjejaskan kualiti pengajaran guru dan berlakunya ketidakadilan dalam pengurusan hal- ehwal sekolah. Tambahan pula, kesibukan ibubapa menyebabkan mereka tidak ada masa untuk membimbing anak- anak mereka. Jikalau tidak merujuk kepada keputusan peperiksaan, para ibubapa tidak tahu macam mana hendak menilai kemajuan anak mereka. 11) Bagi masyarakat Cina, satu lagi faktor yang kami prihatin ialah faktor politik. Sungguhpun tidak membangkitkan perkara- perkara dahulu, satu kes yang baru- baru tercetus ialah projek Linus untuk menguji kebolehan membaca, menulis dan mengira bagi murid- murid darjah satu hingga tiga. Menurut teori pendidikan, ujian sebegitu harus dijalankan dengan bahasa yang murid- murid paling biasai, tetapi ujian tersebut dijalankan dalam Bahasa Malaysia, termasuk di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Satu 3

lagi contoh ialah kursus tadika menetapkan ia harus menggunakan satu per tiga Bahasa Cina, satu per tiga Bahasa Malaysia dan satu per tiga Bahasa Inggeris. Bahkan pegawai pentadbiran juga tahu arahan ini tidak dapat dilaksanakan, tetapi pihak atasan menetapkannya sekeras- kerasnya dengan menggunakan kuasa pentadbiran disebabkan pertimbangan politik. 12) Maka, Kementerian Pelajaran sehingga kini masih enggan mengemukakan rancangan penilaian alternatif ekoran pemansuhan peperiksaan dan lebih banyak butir- butir berkenaan pelaksanaan, ia membangkitkan kekhuatiran bahawa cara penilaian baru mungkin akan memberi kesan kepada corak kebudayaan dan bahasa pengantar serta bahasa pentadbiran SJK Cina. Pendirian 13) Setelah mengadakan perbincangan Pro dan Con di kalangan semua peserta, berdasarkan prinsip pendidikan humanistik dan keadilan sosial, kami berpendapat sistem berorientasikan peperiksaan perlu diubahkan, masalah ialah sama ada menambahbaikkan sistem sekarang, atau memansuhkan sistem sekarang dan digantikan dengan sistem baru. 14) Setelah peninjauan yang mendalam, berdasarkan penghormatan terhadap profesionalisme pendidikan, menimbangkan keburukan pendidikan berorientasikan peperiksaan dan kekecohan selepas pemansuhan peperiksaan awam, kami mendapati jika mengekalkan UPSR dan PMR, sistem baru mungkin sukar didirikan. Dengan ini, kami menyeru agar Kementerian Pelajaran menyediakan dan mengumumkan rancangan pentaksiran alternatif secepat mungkin. 15) Sungguhpun kami mencenderung kepada memansuhkan peperiksaan dan digantikan dengan sistem pentaksiran baru, bagaimanapun, kami berpendapat, ini mesti dilaksanakan dengan langkah- langkah teratur. Dimulakan dengan eksperimen di beberapa tempat, pelaksanaan keseluruhan hanya akan dipertimbangkan setelah menganalisakan kebaikan dan keburukan, ini boleh mengurangkan kekecohan yang munkin berlaku selepas pemansuhan peperiksaan kepada minimum. Maka, kami mengemukakan cadangan- cadangan berikut: Cadangan 16) Bagaimanapun, merujuk kepada kekhuatiran yang telah dibangkitkan seperti atas, kami mencadangkan satu pakej menangani perubahan perlu diadakan untuk mengurangkan kekecohan selepas memansuhkan peperiksaan seperti berikut: 16.1 Rancangan alternatif Kementerian Pelajaran harus memastikan orientasi peperiksaan sekarang diubahkan, digantikan dengan pendidikan humanistik 4

yang mementingkan pembangunan dan pembelajaran keseluruhan murid, memelihara modal insan yang diperlukan oleh Negara dan masyarakat. 16.2 Kementerian pendidikan harus mengubahkan amalan mengumpulkan pendapat rakyat dan mengumumkan rancangan alternatif selepasnya, masa dua bulan adalah terlalu singkat. Sebaliknya, kerajaan harus mengumumkan rancangan alternatif dan butir- butir pelaksanaan, kemudian mengumpulkan pendapat rakyat dan memberikan masa yang cukup bagi membolehkan pelbagai lapisan masyarakat membincangkannya. Dengan ini rakyat boleh memahami pelaksanaan rancangan alternatif dengan lebih jelas dan tidak akan berkeliru. 16.3 Objektif pendidikan adalah utama, sistem pentaksiran ialah sampingan, rancangan alternatif juga sama. Jika rancangan alternatif Kementerian Pelajaran tidak sempurna, ia mesti terbuka kepada pihak berkepentingan masyarakat untuk memberi cadangan lain bagi menyempurnakannya. 16.4 Kementerian Pendidikan perlu mengadakan satu jadual masa bagi melaksanakan rancangan alternatif dan membenarkan masyarakat membuat persediaan yang cukup ketika melaksanakan rancangan baru, khususnya latihan guru dan peruntukan kursus. 16.5 Rancangan baru harus dilaksanakan dari kawasan terhad sehingga seluruh Negara, reformasi ini harus dilaksanakan secara beransur- ansur. Bagi sekolah yang menjalankan rancangan baru dulu, guru besar perlu diberi kuasa autonomi yang besar untuk menjalankan tugas dan menyesuaikan perbezaan di sekolah- sekolah pelbagai tempat. 16.6 Profesionalisme dan kebijaksanaan guru memang penting, tetapi yang paling penting bagi guru ialah passion dan dorongan misi. Oleh itu, Kursus KPLI kini perlu dikaji semula untuk mengelakkan pelatih menerusi saluran ini memilih kerjaya ini kerana tidak dapat pekerjaan lain, ini akan memberi kesan kepada kualiti pendidikan dari jangka masa panjang. 16.7 Bagi guru yang jelasnya tidak dapat menjalankan tugas mengajar dan mempunyai prejudis perkauman yang kuat, satu mekasnime penyingkiran perlu diadakan atau memindahkannya ke badan kerajaan lain untuk meningkatkan dan mempertahankan kedudukan dan imej profesionalisme guru. 16.8 Berdasarkan prinsip keadilan sosial, maklamat sistem pendidikan nasional ialah mencapai satu masyarakat yang lebih adil, bukan memburukkan ketidaksamaan masyarakat. Pengagihan sumber pendidikan harus lebih meneliti peluang pendidikan kanak- kanak kelas menengah dan rendah, ia termasuk pengagihan sumber dalaman sekolah, umpamanya cara menyusun kelas- kelas, pengagihan guru- guru dan lain. Dengan ini, semangat mengajar tanpa kira jenis dan kebolehan pelajar boleh direalisasikan. 5

16.9 Sistem pendidikan nasional harus di- desentralisasikan, kerajaan perlu meletakkan kuasa pendidikan, menyelaraskan sistem birokrasi yang rigid, menambahkan keelastikan serta mengurangkan simtom- simtom ketidakadilan dan tidak munasabah. Kementerian Pelajaran tidak harus mempolitikkan dasar tersebut dan menghormati pendapat professional pendidikan. 16.10 Bagi SJK Cina dan SJK Tamil, merujuk kepada prinsip hak asasi pendidikan, Kementerian Pelajaran perlu menghormati niat ibubapa komuniti tersebut, menjamin bahawa segala perubahan dasar tidak akan mengubahkan ciri- ciri kebudayaan, bahasa pengantar dan bahasa pentadbiran SJK Cina dan SJK Tamil. 16.11 Pendidikan dan peperiksaan bukan sahaja masalah antara pelajar dan guru, bukan sahaja masalah prestasi guru besar dan sekolah. Tetapi juga masalah budaya suatu masyarakat. Maka peserta menyaran agar masyarakat sivil menubuhkan pakatan reformasi pendidikan yang merangkumi ahli pakar, ahli akademik, pendidik, ibubapa dan ahli masyarakat, supaya membincang dan mengutarakan pendapat berhubung dengan reformasi pendidikan, memantau rancangan dan pelaksanaan pemansuhan kedua- dua peperiksaan. 16.12 Kementerian Pelajaran dan pelbagai lapisan masyarakat, khususnya pertubuhan pendidikan, harus mengusulkan konsep pendidikan yang betul. Ini adalah kerana ibubapa ialah golongan yang paling berpengaruh dalam menjayakan atau menggagalkan reformasi pendidikan, lebih ramai ibubapa mempunyai konsep pendidikan yang betul, lebih cenderung mencapai kejayaan dalam reformasi. Apajua yang di buat oleh setiap ibubapa adalah untuk kebaikan anak, ibubapa akan berubah jika memaklumkan konsep pendidikan yang betul kepada mereka. Kesimpulan 17) Pendidikan memberi kesan secara mendalam kepada aktiviti manusia dalam semua bidang kerana ia satu proses berterusan dan inovatif, ia membantu membangunkan potensi individu supaya mendatangkan kebaikan dan mendorongkan kemajuan masyarakat. Oleh sebab ini, misi pendidikan Negara kita sepatutnya ialah membebas dan memberi inspirasi kepada potensi individu, membangunkan kebolehan menganalisis, memotivasikan keyakinan bagi kebolehan jasmani dan mental, mengajar teknik dan ilmu, menjadikan individu berdinamik dan berinisiatif, memperjuangkan kebaikan bagi sendiri dan masyarakat. 18) Dari segi keadilan sosial, semua orang harus diberi peluang pendidikan yang saksama, bermaknanya pendidikan adalah untuk semua rakyat, bukan pendidikan elit. Malangnya pendidikan sekarang yang berorientasikan peperiksaan, seperti yang dikatakan dalam kenyataan media bersama Jiao Zong dan Kesatuan Sekerja Guru Besar SJK Cina, pendidikan untuk segolongan kecil pelajar akan mengorbankan masa hadapan kebanyakan kanak- kanak. Inilah masalah terbesar pendidikan 6

berorientasikan peperiksaan, tetapi diabaikan oleh ahli masyarakat dalam polemik mengekalkan atau memansuhkan peperiksaan awam sekarang. 19) Jelasnya, pendidikan berorientasikan peperiksaan sekarang tidak mampu lagi mencapai objektif pendidikan seperti di atas, sebaliknya menghasilkan generasi baru yang hilang keseimbangan antara jasmani dan mental dan hilang daya saing. Ini bukan sahaja tidak mendatangkan kebaikan bagi sendiri dan masyarakat, ia sebenarnya menyebabkan banyak masalah sosial, termasuk masalah penggangguran mahasiswa, jenayah belia dan lain- lain. 20) Selain daripada itu, pendidikan Negara kita sentiasa dipergunakan sebagai alat memajukan dasar pendidikan bahasa tunggal, ia terlalu dipolitikkan dan pendapat professional tidak dititikberatkan. Ini menyebabkan Kementerian Pelajaran hilang fungsinya. Memandangkan begitu, kami berharap ketika debat isu pengekalan atau pemansuhan peperiksaan awam, semua pihak harus memikir semula sistem pendidikan nasional termasuk Akta Pendidikan 1996. Kementerian Pelajaran sendiri juga harus mengkaji semula dasar- dasar sedia ada untuk memastikan sistem pendidikan Negara kita boleh merentasi halangan politik, birokrasii dan kepentingan kaum yang sempit, ia harus kembali kepada intipati pendidikan. 21) Sehubungan dengan ini, kami harus menggunakan peluang polemik ini yang mungkin merealisasikan reformasi pendidikan, meninjau dari segi profesionalisme pendidikan, dari teori hingga sistem, dari pusat ke tempat, mengadakan pengajian semula keseluruhan terhadap semua aspek sistem pendidikan Negara kita. Kita bertanggungjawab mengusulkan dasar berprofesional, berharap ia akan meningkatkan kualiti warganegara, meluaskan dan membangunkan kekuatan Negara kita iaitu kepelbagaian budaya dan kepelbagaian bahasa, memperkasakan daya saing Negara dalam ombak globalisasi. Dengan ini, kami akan boleh mengorak langkah ke wawasan 2020, negara maju dan berpendapatan tinggi. Kenyataan Bersama Oleh: Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur & Selangor (DPCKLS) Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG (LLG) Centre for Malaysian Chinese Studies Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia The Association of Graduates From Universities and Colleges of China, Malaysia Nanyang University Alumni Association of Malaya Persatuan Bekas Mahasiswa- Mahasiswa Jepun Malaysia (Cawangan Tengah) Federation of Chinese Schools Alumni Association of Malaysia 7