Prevalens Kurang Pendengaran dan Gangguan Pendengaran Penduduk Lelaki Luarbandar Selangor, 1993



Similar documents
TAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH

A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

Katakunci : tahap stress, tahap kepuasan kerja, pensyarah UTM

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

Katakunci : kadar denyutan jantung, tahap dehidrasi, atlet larian jarak dekat

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

Kata kunci: kesihatan mental; pengetahuan; sosio-demografi; kempen komunikasi ABSTRACT

OCBC GREAT EASTERN CO-BRAND CARD FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) REBATE FEATURES, INTEREST FREE AUTO INSTALMENT PAYMENT PLAN (AUTO-IPP) AND BENEFITS

CORAK KOMUNIKASI KELUARGA DALAM KALANGAN KELUARGA MELAYU DI TERENGGANU

How To Get A Job At A Bank

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

SUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK: SEJAUHMANAKAH HUBUNGAN INI RELEVAN?

KAJIAN TENTANG KEPUASAN BEKERJA DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS (A STUDY ON JOB SATISFACTION AMONG SPECIAL EDUCATION TEACHERS)

A STUDY OF SECURITY LIMITATIONS IN VIRTUAL LOCAL AREA NETWORK IMPLEMENTATION

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

FACTORS INFLUENCING GENDER GAP IN HIGHER EDUCATION OF MALAYSIA: A UNIVERSITY OF MALAYA SAMPLE

Mencegah lebih baik daripada mengubati: Penerimaan khidmat saringan kesihatan percuma dalam kalangan masyarakat Pulau Pangkor

Communication, Universiti Sains Malaysia, Penang. 2 Kamaliah Haji Siarap is a Lecturer at the School of Communication,

Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan

STRESS EFFECT STUDY ON 6 DIFFERENT PATTERN OF TYRES FOR SIZE 175/70 R13 SYAHRIL AZEEM ONG BIN HAJI MALIKI ONG. for the award of the degree of

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

PRODUCTIVITY IMPROVEMENT VIA SIMULATION METHOD (MANUFACTURING INDUSTRY) HASBULLAH BIN MAT ISA

Katakunci : penilaian kokurikulum

Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor.

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

TOPIK 1 Konsep Pengukuran dan Skala Pengukuran

Katakunci : kecergasan kardiovaskular, daya tahan otot kaki, latihan simulasi haji dan umrah.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE NATURE OF HUMAN RESOURCE MANAGEMENT AND ORGANIZATIONAL CHANGE IN MALAYSIAN SMALL AND MEDIUM SIZED ENTERPRISES (SMES)

HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT

BISKUT RAYA INVENTORY MANAGEMENT SYSTEM (BRIMS) NURUL AMIRAH BINTI ROSLAN THESIS SUBMITTED IN FULFILLMENT OF THE DEGREE OF COMPUTER SCIENCE

Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): HASNAH TORAN, MOHD. HANAFI MOHD. YASIN, MOHD. MOKHTAR TAHAR & NORANI SALLEH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

ii) 9 months Plan - Interest Rate at 0.75% per month The minimum transfer amount is RM1,000 and maximum is subject to Cardmember

KAJIAN PUNCA, RISIKO MEROKOK DAN SUMBANGAN MEROKOK TERHADAP PENAGIHAN BAHAN. SATU KAJIAN DI PUSAT GIAT MARA BUKIT PAYONG, MARANG, TRENGGANU

Universiti Kuala Lumpur Kampus Kota MALAYSIAN INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY 1016, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur

Isu-Isu Kependudukan dan Migrasi di Malaysia. Oleh. Usman Hj. Yaakob & Tarmiji Masron

Dimensi Amalan Etika Profesion

HAJI MOHD NOR BIN JAAFAR

Katakunci : faktor, pemilihan bidang keusahawanan

CLIENT SERVER APPLICATION FOR SERVER FARM PERFORMANCE MONITORING ABDIRASHID HASSAN ABDI

IMPACT OF SELF-CORRECTION ON EXTROVERT AND INTROVERT STUDENTS IN THE EFL WRITING PROGRESS REZA HAJIMOHAMMADI

PENCAPAIAN HOSPITAL PERFORMANCE INDICATOR FOR ACCOUNTABILITY (HPIA) No Indikator Standard Julai - Disember 2015

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

EXPERIMENTAL ANALYSIS OF PASSIVE BANDWIDTH ESTIMATION TOOL FOR MULTIPLE HOP WIRELESS NETWORKS NURUL AMIRAH BINTI ABDULLAH

GUIDELINES ON THE STAMPING OF SHARE TRANSFER INSTRUMENTS FOR SHARES THAT ARE NOT QUOTED ON THE KUALA LUMPUR STOCK EXCHANGE.

Katakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0. Pengenalan

JOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING. A thesis submitted in partial fulfillment of. the requirements for the award of the degree of

Page 1 of 1. Page 2 of 2 % &! " '! ( ' ( $) * +, - % -. !" # $

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran

Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 33 51, 2010

SPA BEAUTY MANAGEMENT SYSTEM NAJIHAH BINTI RUSSLI

AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

Tingkah Laku Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak. oleh. Mahadi bin Hj. Khalid Institut Perguruan Batu Lintang

HUBUNGAN ANTARA KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI DENGAN KEPUASAN KERJA, PRESTASI KERJA DAN KOMITMEN KERJA

THE RELATIONSHIP BETWEEN HUMAN RESOURCE INFORMATION SYSTEM (HRIS) AND HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (HRM) ALFRED PUN KHEE SEONG

MASTER S PROJECT REPORT SUMMARY

STRATEGI MEMBINA DAN MENGEKALKAN HUBUNGAN ANTARA KERAJAAN DENGAN RAKYAT MELALUI LAMAN SESAWANG

Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 29 47, 2008

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR PENCAPAIAN AKADEMIK RENDAH BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN 4

Katakunci : kefahaman murid, konsep jirim

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

HUBUNGAN TEKANAN KERJA TERHADAP PRESTASI PEKERJA

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka

FACTORS AFFECTING TRANSFER OF TRAINING SAMER SALEH ALI ABUJAZAR

Katakunci : alat bantu mengajar (ABM), guru teknikal

Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar

How To Learn To Learn From A Computer

HUBUNGAN KEPUASAN KOMUNIKASI DENGAN KOMITMEN TERHADAP ORGANISASI DI KALANGAN PEKERJA TEKNIKAL: KAJIAN KES DI FLEXTRONICS INTERNATIONAL, SENAI, JOHOR.

Program Peralihan Pembantu Makmal (PPPM) WFST1113 ASAS KERJA LAPANGAN KOMPAS, TRIGONOMETRI & MEMBUAT RINTISAN KOMPAS

KAJIAN TERHADAP STRES DIKALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH DI ZON PERMAS JAYA, JOHOR BAHRU DARI ASPEK PERSONALITI NOORNAZIFAH BINTI MD SUANDI

K-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

DEVELOP AND DESIGN SHEMATIC DIAGRAM AND MECHANISM ON ONE SEATER DRAG BUGGY MUHAMMAD IBRAHIM B MD NUJID

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA INJURY CHARACTERISTICS OF MOTORCYCLISTS INVOLVED IN MOTORCYCLE CRASHES IN KLANG VALLEY, MALAYSIA PANG TOH YEN FK

Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna di Petaling Jaya, Selangor

Faculty of Computer Science & Information Technology

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan Prasarana yang Disediakan di Politeknik Banting Selangor bagi Sesi Disember 2012

IKATAN DAN KAWALAN IBU BAPA TERHADAP TINGKAH LAKU DELINKUENS

Tahap kefahaman ekopelancongan dalam kalangan komuniti lokal di Lata Jarum, Raub, Pahang

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

HUBUNGAN PERSONALITI, KEMAHIRAN SOSIAL, KEBIMBANGAN DAN RAKAN SEBAYA DENGAN TINGKAH LAKU DEVIAN DI KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI

Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CURRENT TRENDS AND PRACTICES IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT: A CASE STUDY IN YTL POWER SERVICES SDN. BHD.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009, 7 Mei 2009, UTHM

Potensi tarikan ekopelancongan rekreasi di Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah, Perak

PARTICIPATION IN NETWORK MARKETING COMPANIES: THE MOTIVATIONAL FACTORS THAT INFLUENCE THE PART-TIME DISTRIBUTORS IN KUCHING, SARAWAK.

BAB KAJIAN MENGENAI GEJALA SOSIAL. Pengenalan

Katakunci : masalah, guru Pendidikan Khas program Integrasi, pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup

Tingkah Laku Keibubapaan dan Penyesuaian Tingkah Laku Anak dalam Keluarga Berisiko di Luar Bandar

SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD MASTER POLICY GROUP MORTGAGE REDUCING TERM ASSURANCE BUSINESS LOAN

Feasibility of Teaching Public Relations Courses Through E-Learning: A Case Study in Malaysia

KAJIAN TERHADAP PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM TINGKAH LAKU MEMBELI DI KALANGAN PENNGUNA: KAJIAN KES DI JOHOR BAHRU.

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

Transcription:

F -, ORIGINAL ARTICLE Prevalens Kurang Pendengaran dan Gangguan Pendengaran Penduduk Lelaki Luarbandar Selangor, 1993 Prevalence of Hearing Loss and Hearing Impairment Among Rural Males in Selangor, 1993 I. Noor Hassim, M.Se K.G. Rampal, PhD. Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, P. O. Box 72478, Kuala Lumpur. A~~~~s sectional studytode1;ermine thepreyalenceqf~~ring loss an.on~~pi P1\~\];SubjestsJro~.arllral area. Thes~pl\];i':~as chos.en ~;)!:;"~'~'f5 P~e~~lenef:of sympto~s'of tirlnitus, eardl~e~~9~~ardrum pl'!itoia~~c~nian meatuli VIi" J 9.0 per cent, 6. Tper c;ent,3.,5pe!ic;;~~~and t~st~showed the prevalences ofhearingiml(~~rrnent... left, ~e7e.. ' 5. 9%,.8.8% and.. ' O\Yo.re~l(ectivelY.:rn~~r!alence. 0 heftr1n.g;illlissilll~;teill$.e~l ~ ~;J:Ugher frequendes (.. >4KHz)appeared to beinoreaffeeted /(eyw:prgs: Air conduction audiometry, Hearing impairmen!1 Hearinglq~s. Pendahuluan Masalah gangguan pendengaran dan hilang pendengaran di kalangan penduduk di kawasan luarbandar belum banyak dikaji di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui prevalens penduduk di luarbandar yang menghadapi masalah berkaitan pendengaran seperti sakit telinga, telinga berdengung, perforasi telinga, gangguan pendengaran dan hilang pendengaran. Kajian ini juga bertujuan untuk mendapatkan data asas untuk dijadikan perbandingan dengan masalah pendengaran dengan populasi yang bekerja ditempat bising. Pada masa sekarang belum ada data yang dikumpulkan daripada populasi luarbandar yang tidak terdedah kepada kebisingan. 78 Med J Malaysia Vol 49 No 1 Mar 1994

PREVAlENS KURANG PENDENGARAN DAN GANGGUAN PENDENGARAN Masalah kurang pendengaran akibat pendedahan kepada kebisingan (KPAB) di temp at kerja adalah merupakan satu masalah yang urama. Kajian di kalangan pekerja kuari mendapati sebanyak 22.2%(telinga kiri), 24.5% (telinga kanan) dan 13.5%(kedua-dua telinga) telah mengalami kurang pendengaran akibat pendedahan kepada kebisingan l. Untuk mengatasi masalah terhadap gangguan sistem pendengaran di tempat kerja maka satu Peraturan Kilang & Jentera(Pendedahan Bunyi Bising) 1989 ditempat kerja telah diwartakan 2 Kajian yang dilakukan terhadap guru perempuan yang berusia di antara 51-64 tahun mendapati seramai 9.6% mengalami kehilangan pendengaran pada frekuensi 4000 H Z3. Manakala kajian keatas penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasan perindustrian di man a paras bunyi 37-50 dba pada waktu siang dan 37-59 dba pada waktu malam menyebabkan gangguan (annoyance) kepada 10-20% penduduk disitu 4 Kaedah Pemilihan subjek Kajian ini telah dijalankan di Kg. Sawah Sempadan dan Kg. Sri Tiram Jaya, Kuala Selangor, Selangor. Aktiviti urama penduduk di kawasan ini ialah mengerjakan sawah secara ester. Lokasi kawasan kajian adalah jauh daripada kesibukan kenderaan, dimana persekitarannya tidak bising. Seramai 286 orang lelaki berumur 15 tahun ke atas telah dipilih secara rawak daripada senarai nama penduduk Kg. Sawah Sempadan dan Kg. Sri Tiram J aya. Pengukuran paras pendengaran Audiometri nada tulin konduksi udara telah dijalankan seperti yang dicadangkan oleh Peraturan Kilang dan Jentera(Pendedahan Kebisingan) 1989 dan frekuensi yang telah diujikan ialah 0.5, 1,2,34 dan 6 KHz. Subjek terlebih dahulu diberi penerangan tentang apa yang perlu dilakukari apabila mereka mendengar bunyi nada tulin melalui fon telinga. Bunyi akan disalurkan kepada telinga yang tidak mempunyai masalah terlebih dahulu kemudian barulah telinga yang bermasalah. Nilai ambang bagi setiap frekuensi yang diuji akan dicatatkan apabila subjek memberi respon sebanyak 2 kali daripada 3 kali nada tonus yang didengarkan pada intensiti (db) yang sama. Persekitaran audiometri Ujian audiometri dilakukan didalam van audiometri J abatan Kilang dan J entera Malaysia yang diletakkan berhampiran dengan temp at projek dijalankan. Di dalam van ini terdapat 2 "booth" audiometri. Van tersebut dilengkapi dengan alat penyaman udara dan ini akan memberikan keselesaan kepada subjek. Atenuasi "booth" audiometri telah diukur dan ianya memenuhi peraturan seperti yang ditetapkan oleh Peraturan Kilang dan Jentera (Pendedahan Bunyi Bising) 1989. Kalibrasi audiometri telah dilakukan seperti yang disyorkan dan dilakukan setiap hari sebelum ujian audiometri dijalankan 2 Semua subjek yang dipilih terlebih dahulu ditemuduga untuk mengetahui sejarah yang berkaitan dengan status pendengaran diri dan ahli keluarga, masalah tinitus, penyakityang berkaitan dengan pendengaran dan pendedahan kepada kebisingan masa lampau dan sekarang. Med J Malaysia Vol 49 No 1 Mar 1994 79

ORIGINAL ARTiClE Untuk sejarah perubatan dan pembedahan, perhatian yang khusus diberikan samada subjek pernah mengalami kecederaan dibahagian kepala atau mengambil sebarangjenis ubat yang boleh mempengaruhi pendengaran. Ini diikuti dengan pemeriksaan secara klinikal termasuklah pemeriksaan keatas telinga luar dan gegendang. Catatan juga dibuat sekiranya terdapat 'wax', infeksi disalur telinga luar dan perforasi pada gegendang telinga. Definisi Gangguan pendengaran: Purata nilai intensiti ambang pendengaran pada &ekuensi 0.5, 1, 2 dan 3 Khz sama atau melebihi 25 dbn. Kehilangan pendengaran: Nilai ambang pendengaran pada salah satu atau lebih frekuensi yang diuji sama atau melebihi 25 dbn. Keputusan Ciri-ciri populasi kajian Jumlah subjek lelaki adalah seramai 286 orang dan mempunyai julat umur diantara 15 hingga 88 tahun. Julat umur yang mempunyai peratus yang paling tinggi(26.1 %) adalah subjek yang berusia diantara 41-50 tahun Gaduall). Min dan sisihan piawai umur seluruh subjek adalah 47.21 dan 15.40 tahun. Kebanyakkan subjek mendapat pendidikan setakat sekolah rendah sahaja (62.9%) dan diikuti dengan tingkatan lima (14.0%), tidak bersekolah(9.1 %), tingkatan 3(7.7%) dan selebihnya (6.3%) mendapat pendidikan sehingga peringkat universiti dan maktab perguruan. Jaduall Taburan umur subjek Julat umur Bilangan % (tahun) 15-20 10 3.5 21-30 30 10.5 31-40 61 21.3 41-50 75 26.2 51-60 51 17.8 61-70 34 11.9 > 70 25 8.8 Jumlah 286 100.0 80 Med J Malaysia Vol 49 No 1 Mar 1994

PREVAlENS KURANG PENDENGARAN DAN GANGGUAN PENDENGARAN Aktiviti utama penduduk di kawasan ini ialah bersawah padi dan ia meliputi kira-kira 59.8% dari jumlah subjek dan selebihnya bekerja di sektor lain. Pendedahan kebisingan Seramai 260 orang subjek (90.9%) mengaku yang mereka tidak terdedah kepada kebisingan semasa bekerja, manakala 9.1 % lagi menyatakan bahawa mereka bekerja di kilang-kilang dan mengendalikan jentera di sawah-sawah. Walau bagaimanapun didapati tiada perbezaan yang bermakna diantara pendedahan kepada kebisingan dengan masalah gangguan pendengaran dan kehilangan pendengaran pada frekuensi 4000 Hz bagi kedua-dua belah telingaqadual 2). Seramai 88 orang (29.7%) subjek pula menyatakan yang mereka pernah menembak dimana kebanyakkanya bertugas sebagai pengawas kampung semasa darurat dan bekas tentera. Keluhan penyakit telinga Masalah tentang kurang pendengaran telah ditanyakan kepada setiap subjek dan didapati 21.0% mengaku yang mereka mengalami masalah kurang pendengaran dan julat masanya adalah diantara 1 hingga 64 tahunqadual3). Min umur dan sisihan piawai subjek yang mengeluh kurang pendengaran ialah 45.68 ± 14.5 berbanding 53.0 ± 17.1 tahun bagi subjek yang tiada masalah ini. Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang bermakna (p<0.05) dari segi umur di antara subjek yang normal dengan subjek yang mengalami masalah tersebut. Disamping itu pula, seramai 31 orang (10.8%) menyatakan mereka mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah kurang pendengaran Qadual 3). Seramai 19.9% subjek mempunyai masalah tinitus walaupun berada ditempat sunyi Qadual4). Julat masa adalah di antara 1 bulan hingga 14 tahun. Purata umur untuk subjek yang mengalarni tinitus ialah 46.5 ± 11.5 bulan. Berbanding dengan masalah tinitus, masalah subjek yang mengalami sakit telinga adalah lebih rendah (6.7%) dan julat masanya lebih lama iaitu diantara 1 bulan hingga 30 tahun Qadual 4).. Pemeriksaan telinga Hasil daripada pemeriksaan telinga secara klinikal, didapati seramai 10 orang (3.5%) daripada jumlah subjek mengalami perforasi pada gegendang telinga dan seorang subjek mengalami infeksi kanal auditori Jadualll Hubungan diantara sejarah pendedahan bising dengan gangguan pendengaran dan kehilangan pendengaran pada frekuensi 4000 Hz Pendedahan Gangguan Pendengaran. Kehilangan Pendengaran Bising Ada «25) Tiada (>=25) Ada «25) Tiada (>=25) Telinga Kiri: Ya 19 (95.0%) 1 (5%) 11 (55.0%) 9 (45.0%) Tidak 155 (70.1%) 66 (29.9%) 98 (44.3%) 123 (55.7%) T elinga Kanan: Ya 14 (70.0%) 6 (30.0%) 20 (100%) 0(0%) Tidak 157 (71.0%) 64 (29.0%) 101 (45.7%) 120 (54.3%) Med J Malaysia Vol 49 No 1 Mar 1994 81

ORIGINAL ARTICLE Jaduallll Masalah kurang pendengaran subjek dan keluarga Kurang Subjek Keluarga Pendengaran Ya 60 (21%) 31 (10%) Tidak 226 (79%) 255 (90%) Jumlah 286 (100%) 286 (100%) JaduallV Masalah tinitus dan sakit telinga Masalah Tinitus Sakit telinga Ya 57 (19.9%) 19 (6.7%) Tidak 229 (80.1%) 267 (93.3%) Jumlah 286 (100%) 286 (100%) eksternal dan tiada lain-lain masalah sakit telinga didapati. Terdapat perbezaan yang bermakna (p<0.05) dari segi umur diantara subjek normal dengan subjek yang mengalami keabnormalan telinga. Ujian audiometri Seramai 45 orang subjek tidak melakukan ujian audiometri. Oleh itu untuk ujian ini jumlah subjek adalah seramai 241 orang sahaja.. Gangguan Pendengaran Gangguan pendengaran telinga kiri Dari Jadual 5, didapati prevalens gangguan pendengaran telinga kiri penduduk ialah 29.9%. Peratus subjekyang mengalami gangguan pendengaran semakin meningkat dengan peningkatan umur. Gangguan pendengaran di kalangan subjek yang berusia kurang dari 30 tahun adalah 5.9%. Min dan sisihan piawai umur untuk subjek normal dan abnormal masing-masing ialah 4l.59 ± 12.43 dan 59.43 ± 13.62 tahun. Gangguan pendengaran telinga kanan Corak peningkatan gangguan pendengaran pada telinga kanan adalah hampir sama dengan telinga kiri. Manakala min dan sisihan piawai untuk mereka yang normal dan yang mengalami gangguan pendengaran ialah 42.53 ± 13.0 dan 58.10 ± 14.09 tahun. Terdapat perbezaan yang bermakna (p<0.05) diantara kedua-dua min umur tersebut Qadual 5). 82 Med J Malaysia Vol 49 No 1 Mar 1994

PREVALENS KURANG PENDENGARAN DAN GANGGUAN PENDENGARAN Jadual V Peratus gangguan pendengaran mengikut tabu ran umur Gangguan Pendengaran Umur Tiada «25dB) Ada (>=25dB) Jumlah (tahun) Kiri Kanan' Kiri Kanan 15-30 32 (94.1%) 31 (91.2%) 2 (5.9%) 3 (8.8%) 34 31-40 50 (90.9%) 49(89.1%). 5 (9.1%) 6 (19.9%) 55 41-50 50 (82.0%) 46 (75.4%) 11 (18.0%) 15 (24:6%) 61 51-60 23 (54.8%) 31 (73.8%) 19 (45.2%) 11 (26.2%) 42 61-70 11 (37.9%) 12 (41.4%) 18 (62.1%) 17 (58.6%) 29 > 70 3 (15.0%) 4 (20.0%) 17 (85.0%) 16 (80.0%) 20 Jumlah 169 (70.1%) 173 (71.8%) 72 (29.9%) 68 (28.2%) 241 Jadual VI Peratus gangguan pendengaran pada kedua-dua telinga (Kiri dan Kanan) Julat Umur Tiada «25dB) Ada (>=25dB) Jumlah (tahun) 15-30 34 (100%) 0(0%) 34 31-40 54 (94.5%) 3 (5.5%) 55 41-50 55 (90.2%) 6 (9.8%) 61 51-60 31 (73.3%) 11 (26.2%) 42 61-70 16 (55.2%) 13 (44.8%) 29 > 70 6 (30.0%) 14 (70.0%) 20 Jumlah 194 (80.5%) 47 (19.5%) 241 Bagi julat umur 15-30 tahun didapati 8.8% telah mengalami gangguan pendengaran dan peratus gangguan pendengaran semakin bertambah dengan peningkatan usia. Peratus gangguan pendengaran melebihi 50% pada subjek yang berusia melebihi 61 tahun Qadual 5). Gangguan pendengaran pada kedua-dua telinga Peratus gangguan pendengaran pada kedua-dua telinga ialah 19.5%. la meningkat mengikut peningkatan usia. Pada peringkat usia 15 tahun hingga 30 tahun, didapati tiada individu yang mengalami gangguan pendengaran pada kedua-dua belah telinga. Dari jadual 6, gangguan pendengaran pada kedua-dua telinga bermula pada umur 31 tahun keatas. Peratus tertinggi adalah pada umur melebihi 70 tahun Med J Malaysia Vol 49 No 1 Mar 1994 83

f ORIGINAL ARTiClE Qadua16). Min dan sisihan piawai umur untuk keseluruhan yang normal dan abnormal masing-masing ialah 43.29 ± 13.58 dan 61.91 ± 11.97 tahun. Ujian t menunjukkan ada perbezaan yang bermakna diantara kedua-dua min umur tersebut Cp<0.05). Kehilangan pendengaran Peratus subjekyang mengalami masalah kehilangan pendengaran pada setiap frekuensi yang diuji didapati meningkat dengan peningkatan umur melibatkan frekuensi yang melebihi 4KHz. Corak peningkatan nilai ambang pendengaran untuk telinga kiri dan kanan ditunjukkan dalam Rajah 1 dan Rajah 2. Didapati peratusan kehilangan pendengaran adalah maksima pada frekuensi 6 KHz untuk semua julat umur. Bilangan (%) 100,--=--=--=------------, > 70 Tahun Bilangan (%) 120,--=-...:...-=-----------, 51-70 Tahun 80r----7~--~------~ 100~------~~-----o > 70 Tahun 51-70 Tahun 31-50 Tahun 31-5QTahun 15-30 Tahun 15-30 Tahun 0,L-~~-L--L~-L--L~~-L-~ 500 1000 2000 3000 4000 Frekuensi (Hz) 6000 ol--l-l~_l--l-l~l-l--l-l~ 500 1000 2000 3000 4000 Frekuensi (Hz) 6000 Rajah 1: Peratus kehilangan pendengaran mengikut umur dan frekuensi yang terlibat (Telinga kiri) Rajah 2: Peratus kehilangan pendengaran mengikut umur dan frekuensi yang terlibat (T elinga kanan) Perbincangan Seramai 286 orang subjek telah dikaji dimana kebany2.kkannya berumur diantara 31 tahun hingga 60 tahun dan sebilangan besarnya berpendidikan setakat sekolah rendah. Walaupun seramai 9.1 % subjek mengaku mereka terdedah kepada kebisingan tetapi tiada kesan yang bermakna terhadap kehilangan pendengaran dan gangguan pendengaran diantara kumpulan yang terdedah kepada kebisingan dengan yang tidak terdedah kepada kebisingan. Kerana kemungkinan mereka yang terdedah kepada dos kebisingan yang tidak boleh menyebabkan kerosakan sistem auditori. Seramai 21 % subjek mempunyai keluhan kurang pendengaran dan didapati kebanyakkan yang mengalami keluhan ini lebih berumur berbanding dengan yang tidak mempunyai keluhan. Seramai kira-kira 20% penduduk mengeluh mengalami tinitus dan 6.7% mengeluh mengalami sakit telinga. Ujian statistik mendapati tiada perbezaan yang bermakna dari segi min umur diantara mereka 84 Med J Malaysia Vcl 49 No 1 Mar 1994

PREVALENS KURANG PENDENGARAN DAN GANGGUAN PENDENGARAN yang mengeluh tinitus dengan yang tiada keluhan, begitu juga untuk mereka yang mengeluh sakit telinga dengan yang tidak sakit telinga. Peratusan mereka yang mengalami sakit telinga adalah kecil iaitu 1.4% sahaja. Prevalens penduduk yang mengalami gangguan telinga kiri, telinga kanan dan kedua-dua telinga meningkat dengan pertambahan umur. Min umur adalah lebih tinggi dikalangan mereka yang mengalami masalah tersebut berbanding dengan mereka yang normal dan perbezaan umur ini bermakna Qadual 5 dan 6) secara statistik. Prevalens kehilangan pendengaran juga meningkat dengan pertambahan umur melibatkan frekuensi I yang melebihi 4KHz. Dari kajian ini prevalen gangguan pendengaran dan kehilangan pendengaran mungkin disebabkan oleh faktor selain daripada pendedahan kepada kebisingan. Kemungkinan besar masalah kehilangan dan gangguan pendengaran disebabkan oleh faktor peningkatan umur. Penghargaan Setinggi terima kasih kepada Cik Zalina Mohamed, Dato Dr. Ezaddin Ketua Jabatan dan pendudukpenduduk Tanjung Karang yang membantu kajian ini. Kajian ini dibiayai oleh IRPA 03-07-03-080, Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar. 1. Noor Hassim I, Rampal Kg, Siti Zamratol M. Keabnormalan audiogram pekerja kuari di sekitar Selangor, 1990-1991. Pascasidang Kolokium Perubatan Ke3. Fakulti Perubatan UKM Kuala Lumpur 1992 : 255-59. 2. Kerajaan Malaysia. Peraruran Kilang dan Jentera (Pendedaban Kebisingan) 1989. Percetakan Negara, Kuala Lumpur 1990. 3. Taylor W, Pearson J, Mair A. Hearing threshold of a non-noise exposed population in Dundee. BJIM 1967; 24: 114-22. 4. Stefan G, Etienne G. Industrial noise in residential areas: effects on residents. Int Arch Occup Environ Health 1984; 54: 218-31. Med J Malaysia Vol 49 No 1 Mar 1994 85