TAHAP AMALAN ELEMEN PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN ELEMEN PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH, JOHOR BAHRU

Similar documents
A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

Katakunci : penilaian kokurikulum

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

How To Get A Job At A Bank

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

NOOR HANIRA BINTI MAHIDIN

MASTER S PROJECT REPORT SUMMARY

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

Katakunci : alat bantu mengajar (ABM), guru teknikal

Katakunci : masalah, guru Pendidikan Khas program Integrasi, pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup

How To Learn To Learn From A Computer

Katakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0. Pengenalan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CURRENT TRENDS AND PRACTICES IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT: A CASE STUDY IN YTL POWER SERVICES SDN. BHD.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Katakunci : tahap stress, tahap kepuasan kerja, pensyarah UTM

THE RELATIONSHIP BETWEEN HUMAN RESOURCE INFORMATION SYSTEM (HRIS) AND HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (HRM) ALFRED PUN KHEE SEONG

HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT

SUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK: SEJAUHMANAKAH HUBUNGAN INI RELEVAN?

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan Prasarana yang Disediakan di Politeknik Banting Selangor bagi Sesi Disember 2012

HAJI MOHD NOR BIN JAAFAR

DEPARTMENT OF ESTATE -MANAGEMENT FACULTY OF ARCHITECTURE, PLANNING AND SURVEYING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

K-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN

Katakunci : kefahaman murid, konsep jirim

JOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING. A thesis submitted in partial fulfillment of. the requirements for the award of the degree of

STRUKTUR, STRATEGI DAN PRESTASI PENGURUSAN FASILITI

SPA BEAUTY MANAGEMENT SYSTEM NAJIHAH BINTI RUSSLI

CLIENT SERVER APPLICATION FOR SERVER FARM PERFORMANCE MONITORING ABDIRASHID HASSAN ABDI

Katakunci : kecergasan kardiovaskular, daya tahan otot kaki, latihan simulasi haji dan umrah.

TAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL

UNIT 5 PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

PRODUCTIVITY IMPROVEMENT VIA SIMULATION METHOD (MANUFACTURING INDUSTRY) HASBULLAH BIN MAT ISA

PENCAPAIAN HOSPITAL PERFORMANCE INDICATOR FOR ACCOUNTABILITY (HPIA) No Indikator Standard Julai - Disember 2015

Keperluan Latihan Berbentuk Kursus Untuk Guru Besar Lokman Bin Mohd. Tahir & Chua Lay Kah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Di Kalangan Guru-Guru Ketua Panitia Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Daerah Kulim Bandar Baharu

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidiikan PKPGB 2008, 16 Oktober 2008, UTHM.

KAJIAN TENTANG KEPUASAN BEKERJA DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS (A STUDY ON JOB SATISFACTION AMONG SPECIAL EDUCATION TEACHERS)

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 29 47, 2008

DEVELOP AND DESIGN SHEMATIC DIAGRAM AND MECHANISM ON ONE SEATER DRAG BUGGY MUHAMMAD IBRAHIM B MD NUJID

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

LICENSE PLATE RECOGNITION OF MOVING VEHICLES. Siti Rahimah Binti Abd Rahim

Teori Kepemimpinan: Teori Trait dan Tingkahlaku. Dr. Foo Say Fooi

M2-2: Rancangan dan Cadangan Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

A STUDY OF SECURITY LIMITATIONS IN VIRTUAL LOCAL AREA NETWORK IMPLEMENTATION

Jurnal. Produktiviti. Bil 22, Versi Bahasa Malaysia, Jan 2008

BAB 3 METODOLOGI. Bab ini membincangkan tentang reka bentuk penyelidikan, kaedah. penyelidikan, populasi dan sampel, instrumen dan kesahan serta

Tingkah Laku Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak. oleh. Mahadi bin Hj. Khalid Institut Perguruan Batu Lintang

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009, 7 Mei 2009, UTHM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. Beriltizam untuk mengekalkan STATUS SWAAKREDITASI

Katakunci : gaya komunikasi, guru besar, komitmen guru,

EFFECTIVE COST MANAGEMENT: APPLYING ACTIVITY BASED COSTING IN PRIVATE HEALTHCARE - (HAEMODIALYSIS SERVICES)

AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

CHE ZANARIAH CHE HASSAN FADZILAH ABD RAHMAN

Kata kunci: kesihatan mental; pengetahuan; sosio-demografi; kempen komunikasi ABSTRACT

Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di kalangan Guru Sekolah Bestari

BISKUT RAYA INVENTORY MANAGEMENT SYSTEM (BRIMS) NURUL AMIRAH BINTI ROSLAN THESIS SUBMITTED IN FULFILLMENT OF THE DEGREE OF COMPUTER SCIENCE

Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Ilmu Faraid

PROSES PENYELESAIAN MASALAH. Azlinda Azman, Ph.D Noriah Mohamed, Ph.D. Penyelesaian masalah merupakan matlamat utama dalam satu-satu proses

Katakunci : faktor, pemilihan bidang keusahawanan

Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor.

KESEJAHTERAAN SOSIAL DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI: Pendekatan dan Indikator. Haris Abd.Wahab Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial Universiti Malaya

Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran

STRESS EFFECT STUDY ON 6 DIFFERENT PATTERN OF TYRES FOR SIZE 175/70 R13 SYAHRIL AZEEM ONG BIN HAJI MALIKI ONG. for the award of the degree of

Kajian Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan Perpustakaan Universiti Awam di Malaysia

THE FACTORS THAT HINDER THE INTENTION OF BUSINESS MANAGEMENT GRADUATE TO CHOOSE ENTREPRENEUR AS THEIR CAREER NURUL HAZLYANA BINTI NOR AZLI

KEINOVASIAN ORGANISASI DI INSTITUSI PENYELIDIKAN AWAM

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DALAM KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR WAN NOREHAN BINTI WAN MAMAT

Katakunci : kadar denyutan jantung, tahap dehidrasi, atlet larian jarak dekat

Manpower Planning Utilizing Work Study at Data Storage Manufacturing Company

Customer Service Charter

IKLIM KOMUNIKASI DAN PENCAPAIAN ORGANISASI: KAJIAN KES ANTARA DUA BUAH ORGANISASI AWAM MALAYSIA ROSLI BIN MOHAMMED UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

BAB EMPAT METODOLOGI KAJIAN

HUBUNGAN KEPUASAN KOMUNIKASI DENGAN KOMITMEN TERHADAP ORGANISASI DI KALANGAN PEKERJA TEKNIKAL: KAJIAN KES DI FLEXTRONICS INTERNATIONAL, SENAI, JOHOR.

THE APPLICATION OF EARNED VALUE MANAGEMENT IN EVENT PROJECT MANAGEMENT INDUSTRY YEOH XIN HAO

PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM ILMU PENDIDIKAN DI MAKTAB PERGURUAN, TAHUN 1957 HINGGA1986

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Universiti Kuala Lumpur Kampus Kota MALAYSIAN INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY 1016, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Januari 2014, Bil. 2 Isu 1

HUBUNGAN TEKANAN KERJA TERHADAP PRESTASI PEKERJA

BENGKEL INOVASI PEDAGOGI. Penyelesaian Masalah Matematik Sekolah Rendah dengan Menggunakan Strategi Melukis Gambar Rajah. oleh

IMPACT OF SELF-CORRECTION ON EXTROVERT AND INTROVERT STUDENTS IN THE EFL WRITING PROGRESS REZA HAJIMOHAMMADI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEVELOPMENT OF PROTOTYPE SCHEDULING AND SEQUENCING SOFTWARE FOR JOB SHOP MANUFACTURING IN SHEET METAL FABRICATION

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE EFFECT OF COMPUTER-BASED MUSIC EDUCATION SOFTWARE ON THE IDENTIFICATION OF NOTE-NAMES

Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti

KEPENTINGAN KEFAHAMAN KONSEP DALAM MATEMATIK

DESIGNING A PEPPER HARVESTER END EFFECTOR TIONG ING HO. This project is submitted in partial fulfillment of

Transcription:

TAHAP AMALAN ELEMEN PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN ELEMEN PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH, JOHOR BAHRU Hassan Bin Hushin & Suhaimi Bin Ramli Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak: Sekolah Rendah Islam Hidayah adalah sebuah sekolah swasta di bawah rangkaian Sekolah Islam Hidayah yang menawarkan pendidikan bersepadu KBSR dengan menggabungkan matapelajaran akademik dan juga deeniah bagi pelajar-pelajarnya. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik dilakukan adalah untuk mengenalpasti tahap amalan oleh pihak sekolah terhadap elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum. Bilangan responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 68 orang dan hasil kajian ini diproses dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science Version 15.0 for Windows ( SPSS ). Hasil analisis menunjukkan tahap amalan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen kokurikulum di Sekolah Rendah Islam Hidayah berada pada tahap tinggi. Penyelidik juga menyarankan cadangan untuk kajian lanjutan disertakan untuk tujuan penambahbaikan. Abstract: Sekolah Rendah Islam Hidayah is a private school under the network of Sekolah Islam Hidayah which offers intergrated education with a combination of both academic and Deeniah subject for its students. This research is conducted to determine the level of implementation by the school examination management and co-curicular management element. The numbers of respondent involved in the study were 68. The data was analyzed using Statistical Package for Social Science Version 15.0 for Windows (SPSS). The result showed that the level of both the examination and co-curriculur management was high. The suggestion for further research have been proposed for continuous improvement. Katakunci: akademik, deeniah, Sekolah Rendah Islam Hidayah Pengenalan Secara khususnya, fungsi utama pengurusan sekolah ialah untuk menguruskan polisi, pembelajaran, manusia dan sumber. Kefahaman tentang tujuan pengurusan dalam konteks sekolah merupakan satu asas penting. Sekarang, secara amnya, pemimpin sekolah mengembangkan penyataan visi dan misi ( matlamat dan objektif sekolah ) yang mengenal pasti tujuan dan hala tujuan sekolah itu. Spinks (1990), mengenalpasti pengurangan bidang kuasa dan penyeliaan prosedur sekolah telah menekankan keberkesanan persekolahan dan dengan itu menentukan kejayaan dan kegagalan sekolah. Penyataan Masalah Masalah yang dihadapi di sekolah swasta ialah tiadanya suatu standard yang dikhaskan dan sesuai dengan sekolah-sekolah ini untuk digunapakai sebagai garis panduan dalam penilaian tahap pengurusan berkaitan dengan elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum. Penyelidik ingin membangunkan satu instrumen dan seterusnya menjalankan kajian untuk mengenalpasti tahap amalan pihak sekolah bagi setiap aspek dalam elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum.

Objektif Kajian Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap amalan pihak sekolah dalam elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum di Sekolah Rendah Islam Hidayah. Objektif kajian ini adalah seperti berikut: 1 Mengenalpasti tahap amalan pihak sekolah bagi setiap aspek dalam elemen pengurusan peperiksaan. 2 Mengenalpasti aspek yang diberi penekanan oleh pihak sekolah dalam elemen pengurusan peperiksaan. 3 Mengenalpasti tahap amalan pihak sekolah bagi setiap aspek dalam elemen pengurusan kokurikulum. 4 Mengenalpasti aspek yang diberi penekanan oleh pihak sekolah dalam elemen pengurusan kokurikulum. Kepentingan Kajian Hasil daripada kajian ini diharap dapat dijadikan panduan kepada pihak sekolah berkenaan mempertingkatkan lagi kualiti di Sekolah Rendah Islam Hidayah. Ia juga dapat memberikan garis panduan kepada pihak sekolah terutamanya pentadbir bagi mewujudkan sistem pengurusan yang lebih cekap dan efisyen. Penyelidik menganggap kajian itu penting kerana: 1 Pembinaan instrumen penilaian pengurusan yang sah dan releven dengan konteks Sekolah Islam Swasta khasnya sekolah yang berada di bawah rangkaian Sekolah Islam Hidayah. 2 Penyelidikan ini dapat membantu pihak Sekolah Rendah Islam Hidayah dalam menjalankan penilaian kendiri dalaman (internal self-assessment) bagi mengetahui tahap mereka dalam bidang pengurusan terutamanya dalam pengurusan peperiksaan dan pengurusan kokurikulum. 3 Penyelidikan ini boleh dijadikan panduan secara am atau dirujuk oleh guru dan pihak pentadbir supaya dapat memantapkan lagi elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum. 4 Supaya semua pihak dari atasan dan guru-guru yang terlibat akan menyedari tentang kepentingan pengurusan peperiksaan dan pengurusan kokurikulum serta mengambil tindakan yang sewajarnya. 5 Membantu pihak sekolah dalam mengenalpasti kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki dalam pengurusan peperiksaan dan pengurusan kokurikulum. 6 Sebagai panduan dan penyedaran kepada pihak sekolah supaya memperbaiki sistem pengurusan yang sedia ada. 7 Menjadi panduan kepada penyelidikan lain yang ingin membuat kajian terhadap tajuk yang berkaitan. Metodologi Populasi Kajian Populasi ialah responden yang sepatutnya menjawab soal selidik serta merupakan seluruh orang atau objek yang dikaji. Persampelan adalah proses mendapat sampel daripada populasi. Ia merupakan kaedah yang baik untuk mengurangkan kos dan menggambarkan seluruh populasi. Sebagaimana yang diketahui, sampel adalah sumber untuk mendapatkan data. Persampelan bagi kajian ini adalah merangkumi semua populasi yang terlibat dalam Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor Bahru. Responden terdiri daripada guru besar, guru pentadbiran, dan guru-guru yang mengajar di Sekolah Rendah Islam Hidayah yang melibatkan seramai 68 orang responden. Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Penyelidik memilih cara ini kerana ia merupakan cara yang paling sesuai untuk mendapatkan maklumat

dan data-data daripada responden kerana melalui kaedah ini, maklumbalas terhadap aspek yang dikaji dapat diperolehi terus daripada responden. Selain itu, ia juga dapat menjimatkan masa dan perbelanjaan. Pembentukan soal selidik yang dibuat oleh penyelidik adalah berdasarkan kepada objektif kajian yang dirangka. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C. Bahagian A digunakan untuk mengisi maklumat peribadi atau latar belakang responden. Manakala bahagian B digunakan untuk mengkaji tahap amalan pihak sekolah dalam elemen pengurusan peperiksaan. Bahagian C pula adalah untuk mengkaji tahap amalan bagi elemen pengurusan kokurikulum. Bahagian A: Latar Belakang Responden Bahagian ini mengandungi empat soalan yang berkaitan dengan maklumat belakang reponden. Soalansoalannya merangkumi jantina, umur, taraf pendidikan dan tempoh perkhidmatan. Bahagian B dan C: Elemen Pengurusan Peperiksaan dan Elemen Pengurusan Kokurikulum. Dalam bahagian B dan C responden boleh memberi tanggapan dengan dengan menggunakan penskoran Kajian Rintis Kajian rintis telah dijalankan di Sekolah Sri ABIM, Johor Bahru ke atas 10 orang guru. Mereka dipilih secara rawak untuk menjawab sola selidik ini. Kajian ini bertujuan untuk memastikan ketepatan soal selidik dari aspek kefahaman responden dari segi tatabahasa, isi kandungan dan kejelasan soalan. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk membuat anggaran masa yang sesuai untuk menguruskan soal selidik itu kelak. Kebolehpercayaan akan memberi darjah kekekalan dan ketepatan instrumen pengukuran ( Mohd. Majid Konting, 2000 ). Selain itu, penyelidik dapat melihat sejauh manakah soal item yang digunakan dapat menghasilkan keputusan yang relevan, mencapai objektif dan menjawab semua persoalan kajian. Soal item telah diedarkan kepada responden dan kemudian dikumpulkan sejurus selepas responden selesai menjawab. Setelah kajian rintis dibuat, penyelidik telah menilai kembali setiap item dalam soal item tersebut. Data yang diperoleh dari kajian rintis ini dianalisis melalui komputer dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science Version 15.0 for Windows (SPSS). Setelah analisis dibuat, didapati pekali Cronbach-Alpha (α) bagi keseluruhan item ialah 0.864. Menurut Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999), kajian rintis dijalankan mempunyai kebolehpercayaan item yang tinggi sekiranya nilai korelasi Cronbach-Alpha melebihi 0.80. Oleh itu, soal selidik berkenaan adalah sesuai digunakan dalam kajian ini. Perbincangan Tahap amalan pihak sekolah bagi setiap aspek dalam elemen pengurusan peperiksaan. Berdasarkan kepada penganalisisan terhadap tahap amalan setiap aspek dalam pengurusan peperiksaan ini, Sekolah Rendah Islam Hidayah telah menunjukkan bahawa mereka tidak ketinggalan dalam melaksanakan satu sistem pengurusan yang cekap dan menyeluruh. Ini dapat dibuktikan dari analisis data yang telah dibuat oleh penyelidik. Menurut hasil analisis, tahap amalan pengurusan setiap aspek bagi elemen pengurusan peperiksaan adalah berada pada tahap tinggi. Ini selari dengan kehendak Kementerian Pelajaran yang ingin menjadikan mutu

pendidikan di negara ini adalah pada tahap yang cemerlang. Ini meliputi tahap pendidikan di sekolah kerajaan serta di sekolah swasta. Seterusnya ia dapat memartabatkan lagi mutu pendidikan di Malaysia setaraf dengan mutu pendidikan antarabangsa. Didalam elemen pengurusan peperiksaan, terdapat pelbagai aspek yang perlu diambil perhatian oleh sesebuah sekolah bagi memastikan ianya mencapai ke tahap yang cemerlang. Ini memerlukan satu pendekatan yang menyeluruh bagi mentadbir atau menguruskan perkara ini. Pendapat ini selari dengan Ibrahim Mamat (2001) yang menegaskan setiap aspek pengurusan perlulah di selaraskan agar pengaturan, penyusunan dan perlaksanaan berlaku dengan berkesan. Berbeza dengan sektor industri, alam pendidikan secara terasnya berpusat kepada memberi pendidikan, latihan, penerapan nilai, pembanggunan minda serta sahsiah insan (Abdul Rafie Mahat, 1997). Maka dengan itu, sesebuah institusi pendidikan haruslah mempunyai satu sistem pengurusan yang berkesan dan efektif yang dapat menjana kepada perkembangan sahsiah insan yang digelar pelajar. Dengan adanya sistem pengurusan sebegini, maka dapatlah ianya menjadi pemangkin kepada pembanggunan modal insan yang seringkali diwacanakan oleh pihak kerajaan. Aspek yang diberi penekanan oleh pihak sekolah dalam elemen pengurusan peperiksaan. Bagi persoalan kajian yang kedua ini, aspek yang diberi penekanan oleh pihak sekolah adalah aspek pengurusan peperiksaan dalaman. Ini menunjukkan bahawa Sekolah Rendah Islam Hidayah tidak ketinggalan dalam menguruskan peperiksaan dalaman pada tahap yang tinggi. Dalam menentukan pencapaian yang cemerlang untuk sesebuah sekolah, maka perlulah berlakunya sistem pengurusan yang cemerlang dan menyeluruh. Ini selari dengan pendapat Ibrahim Mamat (2001) yang menggariskan bahawa di dalam sistem pengurusan sekolah berkesan, bidang pengurusan peperiksaan termasuklah berkenaan dengan pengurusan peperiksaan dalaman. Seperti yang diketahui peperiksaan merupakan satu komponen penting dan amat dititikberatkan di sekolah. Ini adalah kerana kualiti sebuah sekolah dilihat dari produk yang telah dihasilkan. Produk yang dimaksudkan ialah pelajar. Kualiti pemimpin negara adalah dilihat dari kebolehan mereka merangka strategi yang berkesan, mengembeleng sumber yang terhad serta menerajui proses pemulihan. Manakala kualiti sekolah pula adalah dilihat dari aspek pengurusan dan perkhidmatannya bagi melahirkan output yang berkualiti. Berdasarkan pencapaian pelajar, Sekolah Rendah Islam Hidayah telah melahirkan ramai pelajar yang cemerlang. Ini dibuktikan dengan pencapaian Sekolah Rendah Islam Hidayah menjadi sekolah Swasta terbaik (akademik) negeri Johor pada tahun 2003 dan menjadi sekolah swasta ketiga terbaik (akademik) Peringkat Kebangsaan pada tahun yang sama. Dengan ini, jelas membuktikan pengurusan yang berkesan merupakan salah satu faktor yang mendorong pencapaian pelajar seterusnya menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sekolah. Tahap amalan pihak sekolah bagi setiap aspek dalam elemen pengurusan kokurikulum. Dapatan kajian menunjukkan purata min di dalam elemen pengurusan kokurikulum berada pada tahap yang tinggi. Aspek perancangan dan aspek pemantauan dan penyeliaan aktiviti berada pada tahap tinggi namun aspek pengurusan kawalan khas menunjukkan tahap sederhana. Kokurikulum adalah salah satu elemen yang sama pentingnya dengan elemen-elemen yang lain. Dengan meningkatnya mutu elemen pengurusan kokurikulum yang berkesan mampu melahirkan pelajar yang seimbang dari semua aspek. Pelbagai pendekatan pengurusan yang boleh kita aplikasikan untuk memantapkan lagi pengurusan sekolah. Jika dilihat, kaedah atau pendekatan Management by Objective (MBO) boleh digunakan.

Misalnya untuk mengatasi masalah pelajar yang tidak hadir dalam kegiatan kokurikulum, guru perlu menggunakan strategi yang sesuai agar penglibatan pelajar dapat dipertingkatkan. Selain itu penambahbaikan juga perlu untuk menarik minat pelajar melibatkan diri dalam kegiatan ini. Guru-guru yang terlibat dalam pengurusan kokurikulum adalah merupakan penggubal proses kualiti untuk mengkoordinasi usaha melaksanakan kualiti dalam bidang sukan, persatuan, kelab pasukan dan beruniform. Pengurusan kualiti dalam bidang pendidikan memberi fokus kepada perkhidmatan pendidikan dan bukan produk perkhidmatan. Khidmat pendidikan yang berkualiti di sekolah diharap dapat memenuhi keperluan dan harapan pelanggan iaitu pelajar dan ibu bapa. Manakala guru adalah pembekal untuk memenuhi kepuasan pelanggan dan mencapai kualiti, pihak pengurusan (contohnya pengurusan kokurikulum) perlu mengenalpasti aspek-aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat dalam organisasi (Murgatroyd & Morgan, 1994). Aspek yang diberi penekanan oleh pihak sekolah dalam elemen pengurusan kokurikulum. Hasil dapatan kajian menunjukkan aspek perancangan adalah merupakan aspek yang diberi penekanan oleh pihak sekolah. Untuk menentukan kejayaan atau kegagalan organisasi, penekanan dan tumpuan bukan sahaja diberi kepada aspek pengeluaran atau hasil tetapi yang penting adalah tenaga manusia yang mengeluarkan hasil. Tenaga manusia yang dimaksudkan adalah terdiri daripada pihak sekolah yang melakukan perancangan. Perancangan yang berkesan mampu menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Perancangan adalah merupakan komponen penting kerana dengan adanya perancangan, sesuatu arah dan tujuan sesebuah organisasi jelas. Perancangan lima tahun, umpamanya, akan menyatakan tentang cadangan yang hendak dilakukan oleh organisasi. Perancangan juga merupakan faktor penyatu dalam membuat keputusan dan ia boleh membantu untuk mengenalpasti peluang pada masa hadapan. Selain itu perancangan juga boleh dijadikan sebagai standard untuk mengukur prestasi dimana suatu perancangan akan menyatakan apa yang hendak dilaksanakan di dalam satu-satu masa. Misalnya dalam masa lima tahun yang akan datang, sekolah ingin meningkatkan prestasi pencapaian dalam sukan dan matlamat ini boleh dijadikan ukuran terhadap pencapaian sekolah dengan cara membandingkan pencapaian sebenar yang telah dirancangkan. Dengan ini satu sistem kawalan akan dapat diwujudkan untuk memastikan segala yang telah dirancangkan itu selaras dengan apa yang dicapai. Rumusan Daripada hasil kajian dapatlah dibuat kesimpulan bahawa tahap amalan aspek dalam elemen pengurusan peperiksaan dan elemen pengurusa kokurikulum adalah tinggi. Ia merangkumi aspek perancangan, pengurusan peperiksan dalaman dan pengurusan peperiksaan luar bagi elemen pengurusan peperiksaan. Aspek-aspek bagi elemen pengurusan kokurikulum pula meliputi perancangan, pemantauan dan penyeliaan aktiviti serta pengurusan kawalan khas. Rujukan Ab. Alim Abdul Rahim (1994). Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ahmad Atory Hussain (1985). Prinsip Pengurusan Di Sektor Awam Dan Swasta. Kuala Lumpur: Utusan Publishing and Distribution Abdullah Sani Yahya (2003). Mengurus Sekolah: Siri Pengurusan Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Abdul Rafie Mahat (1997). Kualiti dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publishing and Distribution Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kesa (1994). Falsafah dan Konsep Pendidikan. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Abdul Shukor Abdullah (1998). Fokus Pengurusan Pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Austin R.F (1985). Effective Schools and Effective Teachers. London: Allyn and Bacon. Azizi Yahaya (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan :PTS Professional Sdn Bhd. Best, J.W. and Khan, J.V. (1998). Research in Education. 8th ed. Needham Heigh. M.A: Ally and Bacon. Blandford P.M dan Scott W.R. (1962). Formal Organization: A Comparative Approach, New York: Chandler Publishing Cohen, L., Manion, L. (1985). Research methods in education. London: Croom-Helm. Denyer J.K. (1972). Students Guide to Principles of Management. London: Pavillion Books. Douglas, M.G (1965). The Human Side of Enterprise. New York: Mc Graw Hill Book Co. Edaris Abbu Bakar (2004). Pengurusan Strategik, Konsep dan Aplikasi untuk Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. El-Muhammadi, M. Uthman. (1987).Islam: Peribadi, tarbiah dan Institusi. Kelantan, Malaysia: Majlis Agama Islam Kelantan Eric A. Hanushek (2001). Case Studies in School Administration. Brisbane: University of Queensland Federik, W.T (1947). Scientific Management. New York: Harper and Row. Hodge B.J, Willam A.P & Lawrence G.M (2003). Organization Theory. New Jersey: Pearson Education.Inc. Hopkins, D. (1989). Evaluation for school developement. Milton Keynes: open University Press. Hoy, Wayne K. dan Miskel (2001). Educational Administration: Theory, Research and Practice. New York: Mc Graw Hill Inc. Hussein Mahmood (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.