Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di kalangan Guru Sekolah Bestari



Similar documents
Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Di Kalangan Guru-Guru Ketua Panitia Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Daerah Kulim Bandar Baharu

HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT

Katakunci : alat bantu mengajar (ABM), guru teknikal

Communication, Universiti Sains Malaysia, Penang. 2 Kamaliah Haji Siarap is a Lecturer at the School of Communication,

AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Julai 2013, Bil. 1 Isu 3

How To Get A Job At A Bank

HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU BESAR DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN KURANG MURID GEMILANG TUJUH SEGAMAT, JOHOR

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidiikan PKPGB 2008, 16 Oktober 2008, UTHM.

.. CABARAN PENDIDIKAN SECARA JARAK JAUH: KESEDARAN DAN PENDEDAHAN DALAM ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009, 7 Mei 2009, UTHM

Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar

STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA

Teknologi Mudah Alih Dalam Pembelajaran Kolaboratif

EDISI PERTAMA: DISEMBER 2010 Hak Cipta Terpelihara Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia

KEBERKESANAN NYANYIAN MELODI RIA UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT NAMA 10 MALAIKAT BAGI MURID TAHUN 2 DELIMA SK KAMPUNG GEMUROH

How To Get A Better At Pengajaran

BAB 3 METODOLOGI. Bab ini membincangkan tentang reka bentuk penyelidikan, kaedah. penyelidikan, populasi dan sampel, instrumen dan kesahan serta

FAKTOR, KESAN DAN STRATEGI MENANGANI PERMASALAHAN KURANG TUMPUAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DALAM KELAS: SUATU KAJIAN KUALITATIF

KAJIAN TERHADAP PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM TINGKAH LAKU MEMBELI DI KALANGAN PENNGUNA: KAJIAN KES DI JOHOR BAHRU.

KESAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR VISUAL DALAM PENGAJARAN SUBJEK SAINS TAHUN TIGA. Oleh. Christopher Lu Wei Wang

Katakunci : gaya komunikasi, guru besar, komitmen guru,

PENGETUA PEMACU ORGANISASI PEMBELAJARAN. Nor FonizaMaidin (IAB) Prof. MadyaDr. MohdIzhamMohd Hamzah (UKM)

Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah: Komitmen Guru

Tingkah Laku Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak. oleh. Mahadi bin Hj. Khalid Institut Perguruan Batu Lintang

Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna di Petaling Jaya, Selangor

HUBUNGAN PERSONALITI, KEMAHIRAN SOSIAL, KEBIMBANGAN DAN RAKAN SEBAYA DENGAN TINGKAH LAKU DEVIAN DI KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI

PENDIDIKAN BUKAN FORMAL (PBF) DI MALAYSIA: CABARAN DAN HALA TUJU WAWASAN 2020

Transcription:

Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di kalangan Guru Sekolah Bestari Rosnaini Mahmud, *Mohd Arif Hj. Ismail & **Jalalludin Ibrahim Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia *Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia **Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang Abstrak Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan tahap kemahiran asas serta pengintegrasian ICT dalam kalangan guru sekolah bestari. Kajian menggunakan reka bentuk tinjauan melibatkan 197 orang guru sekolah bestari kategori sekolah asrama penuh sebagai sampel kajian. Data dikumpul menggunakan satu soal selidik yang mengandungi empat item maklumat latar belakang, 40 item kemahiran asas ICT dan tujuh item pengintegrasian ICT. Tahap kemahiran asas ICT guru diukur berdasarkan lima jenis aplikasi ICT iaitu pengoperasian komputer, pemprosesan perkataan (Word), persembahan elektronik (PowerPoint), hamparan elektronik (Excel), dan Internet, manakala tahap pengintegrasian diukur berdasarkan kekerapan penggunaan aplikasi ICT bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Kebolehpercayaan bagi tahap kemahiran asas ICT ialah.91 dan tahap pengintegrasian ICT ialah.78. Dapatan kajian menunjukkan guru menguasai kemahiran asas bagi lima jenis aplikasi ICT (M=3.13, SP=.54). Pengintegrasian ICT dalam kalangan guru adalah pada tahap sederhana(m=1.67, SP=.61). Mahmud, R., Ismail, M.A. & Ibrahim, J. (2011). Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di kalangan Guru Sekolah Bestari. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 1(1), 5-13 Pengenalan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang lebih dikenali dengan Information Communication Technology(ICT) sememangnya mempengaruhi serta memberi impak yang mendalam kepada peradaban manusia pada zaman ini. Di negara ini tiga dasar penting yang digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) telah menjadi landasan dan hala tuju kepada penggunaan dan pengintegrasian ICT secara komprehensif di semua sekolah awam. Dasar ini memberi tumpuan kepada penguasaan ICT dalam kalangan pelajar, penggunaan ICT sebagai kurikulum dan pengupaya pengajaran dan pembelajaran serta kecekapan pengurusan berasaskan ICT. Selaras dengan dasar tersebut semua sekolah disediakan secara berperingkat dengan pelbagai teknologi seperti infrastruktur, perkakasan dan perisian, serta kursus dan latihan ICT kepada guru dan pelajar. Matlamat dasar ialah membudayakan penggunaan ICT dalam amalan pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya menghasilkan masyarakat berkompetensi teknologi yang mampu bersaing pada abad ini dan yang mendatang. Bagi mempercepat hasrat negara ini projek sekolah bestari dilaksanakan bertujuan untuk menghasilkan generasi tenaga kerja yang menyumbang kepada kekayaan negara (Unit Perancangan Ekonomi, 2001; Perbadanan Pembangunan Multimedia, 2000). Projek sekolah bestari telah diperkenalkan secara rintis pada tahun 1999 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001; Bahagian Teknologi Pendidikan, 1999). Pelaksanaan projek ini merupakan salah usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasi baru yang kreatif, inovatif serta berdaya saing dalam era ICT. Dalam projek tersebut, sekolah dilengkapi dengan kemudahan dan kelengkapan ICT khusus bagi kegunaan guru dan pelajar agar mereka menguasai kemahiran serta cekap mengguna ICT 5

terutamanya bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Sebanyak 90 buah sekolah termasuk 35 buah sekolah berasrama penuh telah dipilih untuk terlibat dalam projek rintis sekolah bestari. Pada asasnya projek sekolah bestari menjadi peneraju kepada pembudayaan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Pelaksanaan konsep sekolah bestari membawa perubahan yang ketara kepada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah masa kini. Sebelum zaman maklumat guru terpaksa bergantung kepada kreativiti sendiri dalam mengendali dan melaksanakan teknik pengajaran yang berkesan di bilik darjah (Mohd Salleh, 2002). Namun, pada masa ini pelbagai alat media elektronik dan kemudahan ICT seperti komputer, aplikasi multimedia dan Internet diintegrasi di sekolah bagi tujuan menjadikan pengajaran guru lebih berkesan (Jamalludin & Zaidatun, 2003). Seperti mana guru dalam projek rintis sekolah bestari yang lain, guru di sekolah bestari kategori berasrama penuh telah didedahkan dengan sistem multimedia yang komprehensif bersama dengan teknologi interaktif dan dilengkapi dengan sistem jaringan LAN/ WAN dan Internet (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Pernyataan Masalah Sekolah seharusnya menjadi tempat di mana pelajar memperoleh kemahiran yang boleh diaplikasi di luar bilik darjah serta sewaktu memasuki alam pekerjaan. Hal ini kerana keperluan pelajar pada masa ini juga adalah berbeza daripada pelajar pada masa dahulu. Mereka kini sangat berminat menggunakan teknologi serta mengharapkan pembelajaran mereka di sekolah menarik dan mencabar (Tappscott, 2003). Kemahiran ICT yang didedahkan kepada pelajar sepatutnya turut menyediakan mereka kepada pasaran pekerjaan akan datang (Norizan et al, 2004; Pachler, 2001). Bagi tujuan tersebut, guru seharusnya mempunyai cukup kemahiran ICT bagi memenuhi keperluan pembelajaran pelajar. Guru sepatutnya boleh mengguna ICT bukan sahaja untuk pengajaran di sekolah, malahan boleh membantu dan membimbing pelajar sebagai pengguna teknologi yang bijak. Namun, kajian berkaitan penggunaan ICT dalam kalangan guru di sekolah menunjukkan tahap yang rendah (sebagai contoh Ashinida et al, 2004; Nor Azilah & Mona, 2004; Robiah et al, 2003; Mohd. Jasmy et al, 2003; Siti Aishah et al, 2002; Abd. Rahman, 2000; Bahagian Teknologi Pendidikan, 1999). Tiga faktor utama yang dikaitkan dengan tahap penggunaan ICT di sekolah ialah guru, teknologi dan sekolah (Zhao et al, 2002). Ketiga-tiga faktor ini berkait rapat antara satu sama lain, tetapi Ely (1995) berpendapat faktor guru adalah kritikal dalam sebarang pelaksanaan inovasi di sekolah. Sesungguhnya cabaran paling besar ialah memastikan semua guru menggunakan teknologi pengajaran secara berkesan dalam pengajaran harian mereka (Lee & Winzenreid, 2009). Sejauh mana guru bersedia serta sanggup mengguna ICT dalam amalan pengajaran juga banyak bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran teknologi yang ada pada mereka. Menurut Abd. Rahman, (2000) guru kurang menggunakan teknologi di dalam bilik darjah disebabkan kurang pengetahuan dan kemahiran menggunakan ICT di bilik darjah. Sekolah yang terlibat dalam projek rintis bestari mempunyai kemudahan dan kelengkapan ICT serta guru menerima pendedahan lebih awal kepada pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbanding guru di sekolah biasa. Sehubungan itu timbul persoalan sejauh manakah penguasaan guru sekolah bestari terhadap kemahiran asas ICT dan adakah mereka mengguna ICT untuk tujuan pengajaran di bilik darjah? Objektif Kajian Objektif kajian ini ialah mengenal pasti tahap kemahiran asas ICT dalam kalangan guru dan menentukan tahap pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. 6

Metodologi Kajian Rekabentuk Kajian berskala kecil ini diadakan bertujuan untuk menentukan kemahiran asas dan tahap pengintegrasian ICT guru. Justeru, kaedah tinjuan deskriptif didapati paling sesuai digunakan. Melalui kaedah ini pengkaji memperoleh maklumat dan memahami ciri populasi yang dikaji (Johnson & Christensen, 2008) serta menyelidiki keadaan semasa atau sesuatu fenomena yang berlaku (Gay & Airasian 2003). Populasi dan Sampel Populasi kajian terdiri daripada guru yang mengajar pelbagai subjek pengkhususan di tiga buah sekolah bestari dalam kategori sekolah berasrama penuh di sebuah negeri di Semenanjung Malaysia. Memandangkan bilangan populasi cuma N= 197, maka semua guru dijadikan sebagai sampel kajian. Instrumen Data diperoleh dengan menggunakan soal selidik yang diubahsuai daripada Juanna Risah (2003) dan Mohd Hanapi (2003). Soal selidik terbahagi kepada tiga bahagian: Bahagian A (Maklumat latar belakang responden), Bahagian B (Tahap kemahiran ICT) dan Bahagian C (Tahap pengintegrasian ICT). Bahagian A terdiri daripada empat item yang meliputi aspek jantina, pengalaman mengajar, subjek pengkhususan dan pengalaman menghadiri kursus atau latihan ICT. Bahagian B terdiri daripada 40 item yang mengukur tahap kemahiran asas ICT guru berdasarkan lima jenis aplikasi ICT iaitu pengoperasian komputer, pemprosesan perkataan (Word), persembahan elektronik(powerpoint), hamparan elektronik (Excel), dan Internet. Bahagian C terdiri daripada tujuh item yang mengukur penggunaan aplikasi ICT bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Bagi mengukur tahap kemahiran asas ICT guru skala Likert empat mata digunakan iaitu: 1 = tidak mahir (tidak dapat menggunakan aplikasi), 2 = kurang mahir (dapat menggunakan aplikasi dengan bantuan orang lain, 3 = mahir (dapat menggunakan aplikasi dengan baik) dan 4 = sangat mahir (dapat mengajar orang lain menggunakan aplikasi). Intepretasi skor min untuk kemahiran asas ICT terbahagi kepada tiga tahap iaitu 1.00 1.99 (rendah/ kurang mahir), 2.00 2.99 (sederhana/ mahir) dan 3.00 4.00 (tinggi/ sangat mahir). Likert empat mata turut digunakan bagi mengukur tahap pengintegrasian ICT bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran: 1 = tidak pernah (langsung tidak mengguna aplikasi), 2 = jarang-jarang (menggunakan aplikasi sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan), 3 = kadang-kadang (mengguna aplikasi sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu) dan 4 = kerap (mengguna aplikasi lebih daripada sekali dalam seminggu). Intepretasi skor min untuk pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran terbahagi kepada tiga tahap iaitu 0.00 1.33 (rendah), 1.34 2.67 (sederhana) dan 2.68 4.00 (tinggi). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kesahan muka dan isi kandungan soal selidik telah diperoleh daripada tiga orang panel pakar iaitu seorang pensyarah kanan dalam bidang Teknologi Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia dan dua orang pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kebolehpercayaan soal selidik telah diperoleh berdasarkan satu kajian rintis yang diadakan sebelum kajian sebenar. Kajian rintis tersebut melibatkan 36 orang guru yang dipilih secara rawak dari sebuah sekolah bestari lain yang termasuk dalam kategori berasrama penuh. Hasil kajian rintis kebolehpercayaan bagi tahap kemahiran asas ICT ialah.91 dan tahap pengintegrasian ICT ialah.78. 7

Analisis Data Data dianalisis menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 15.0. Statistik deskriptif yang digunakan adalah frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan Kajian Profil Responden Responden kajian terdiri daripada 197 orang guru terlatih yang berkhidmat di tiga buah sekolah bestari kategori asrama penuh. Daripada aspek jantina, majoriti responden merupakan guru perempuan (n=130, 66%) berbanding dengan guru lelaki (n=67, 34%). Taburan ini merupakan fenomena biasa di kebanyakan sekolah di Malaysia di mana bilangan guru perempuan adalah lebih tinggi daripada guru lelaki. Daripada aspek pengalaman mengajar, data menunjukkan golongan guru yang mempunyai pengalaman mengajar 10 tahun ke bawah (n=82, 41.6%) lebih ramai daripada guru yang berpengalaman mengajar 11 hingga 20 tahun (n=79, 40.1%), manakala guru yang mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada 20 tahun hanya ada 36 orang (18.3%). Daripada aspek subjek pengkhususan, bilangan guru yang mengajar subjek Kemanusiaan (n=65, 33%) lebih tinggi daripada guru yang mengajar subjek Bahasa (n=62; 31.5%) dan Sains & Matematik (n=56, 28.4%). Paling sedikit merupakan guru yang mengajar subjek Teknikal (n=14; 7.1%). Data juga menunjukkan majoriti guru (n= 160; 81.2%) telah mengikuti kursus ICT secara formal yang dijalankan oleh pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri serta Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri berbanding dengan yang belum pernah (n=37; 18.8%). Profil lengkap responden sampel kajian dibentangkan dalam Jadual 1. Jadual 1 Profil Responden Kajian Maklumat Kategori Bil. Sampel Peratus Latarbelakang N=197 % Jantina Lelaki 67 34 Perempuan 130 66 Pengalaman mengajar Bawah 5 tahun 49 25 6 10 tahun 33 17 11 15 tahun 50 25 16 20 tahun 29 15 Atas 20 tahun 36 18 Subjek Bahasa 62 32 pengkhususan Sains & Matematik 56 28 Kemanusiaan 65 33 Teknikal 14 7 Kehadiran Pernah 160 81 Kursus ICT Belum pernah 37 19 8

Tahap Kemahiran Asas ICT Tahap kemahiran asas ICT diukur berdasarkan lima kategori aplikasi ICT. Berdasarkan Jadual 2, dapatan kajian menunjukkan guru sangat mahir (M=3.56, SP=.49) dalam mengendalikan pengoperasian asas komputer seperti menggunakan perkakasan, mengurus fail, mencetak dokumen serta mengimbas (scan) virus. Bagi aplikasi pemprosesan perkataan didapati guru berada pada tahap tinggi (sangat mahir) menggunakan perisian Word (m=3.59, SP=.53). Mereka boleh menggunakan perisian tersebut termasuk mengedit teks, mengimport grafik dan jadual. Guru juga didapati mahir (M=2.92, SP=.69) menggunakan aplikasi hamparan elektronik seperti memasuk dan mengedit data, membina jadual, mengguna formula serta menganalisis data. Selain itu, guru didapati mahir menggunakan perisian PowerPoint (M=2.89, SP=.82) di mana mereka boleh menghasilkan slaid serta memasukkan elemen multimedia (audio, grafik, animasi, teks & video) dan hyperlink. Bagi aplikasi Internet, guru didapati mahir (M=2.68, SP=.54) menggunakan emel, melayari laman web, muat naik dan turun bahan serta berkomunikasi secara sinkronis. Jadual 2 Tahap Kemahiran Asas ICT Kemahiran Asas ICT Min Sisihan piawai Tahap Kemahiran Pengoperasian komputer 3.56.49 Tinggi (Sangat Mahir) Pemprosesan perkataan 3.59.53 Tinggi (Sangat Mahir) Hamparan elektronik 2.92.69 Sederhana (Mahir) Persembahan elektronik 2.89.82 Sederhana (Mahir) Internet 2.68.54 Sederhana (Mahir) Keseluruhan 3.13.54 Tinggi (Sangat Mahir) Tahap Pengintegrasian ICT Dalam konteks kajian ini, pengintegrasian ICT merujuk kepada kekerapan guru menggunakan aplikasi ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dapatan kajian menunjukkan majoriti guru (n=186, 94.4%) menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu bagi penyediaan dokumen seperti kertas ujian dan peperiksaan serta lembaran kerja. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap tinggi (M=2.8, SP=.59). Aplikasi hamparan elektronik turut digunakan oleh majoriti guru (n=136, 69.1%) sekurang-kurangya sekali dalam seminggu untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana (M=1.86, SP=.90). Selain itu, majoriti guru (n=125, 63.4%) turut didapati mengguna aplikasi persembahan elektronik dalam pengajaran mereka sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu khususnya untuk menghasilkan slaid pengajaran. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana (M=1.75, SP=.95). Kebanyakan guru (n=118, 59.9%) juga mengintegrasi penggunaan CD koswer dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana (M=1.67, SP=1.02). Namun begitu, guru kurang menggunakan emel untuk berkomunikasi dengan pelajar. Majoriti guru (n=120, 60.9%) didapati langsung tidak pernah menggunakan emel untuk tujuan tersebut. Justeru, pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap rendah (M=0.57, SP=.79). Majoriti guru (n=136, 69%) didapati merujuk kepada World Wide Web untuk mendapat pelbagai maklumat berkaitan pelajaran yang diajar. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana (M=1.92, SP=1.0). Daripada segi 9

perkongsian maklumat menggunakan rangkaian Intranet, kurang daripada separuh guru (n=83, 42.1%) yang menggunakannya sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap rendah (M=1.19, SP=1.02). Tahap pengintegrasian ICT dalam kalangan guru digambarkan dalam Jadual 3. Jadual 3 Tahap Pengintegrasian ICT Item TP JJ KK K Min SP f f f f % % % % Menggunakan aplikasi pemprosesan 2 9 26 160 2.8.59 perkataan untuk menyediakan kertas, (1.0) (4.6) (13.2) (81.2) ujian peperiksaan dll. Menggunakan aplikasi hamparan elektronik 17 44 86 50 1.86.90 untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran (8.6) (22.3) (43.7) (25.4) Menggunakan aplikasi persembahan 24 48 79 46 1.75.95 elektronik untuk tujuan pengajaran dan (12.2) (24.4) (40.1) (23.3) pembelajaran. Menggunakan CD koswer yang disediakan 33 46 71 47 1.67 1.02 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. (16.8) (23.3) (36.0) (23.9) Berkomunikasi dengan pelajar menggunakan 120 44 31 2 0.57.79 emel berkaitan kerja sekolah. (60.9) (22.3) (15.7) (1.0) Mencari informasi di World Wide Web 23 38 69 67 1.92 1.0 untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. (11.1) (19.3) (35.0) (34.0) Berkongsi data dengan guru lain melalui 65 49 62 21 1.19 1.02 Intranet. (33.0) (24.9) (31.4) (10.7) Keseluruhan 1.67.61 Nota: TP (tidak pernah), JJ (jarang-jarang), KK (kadang-kadang), K (kerap) Perbincangan Secara keseluruhannya guru didapati mempunyai kemahiran asas ICT pada tahap tinggi. Pengoperasian asas komputer serta penggunaan pemprosesan perkataan didapati sudah menjadi satu budaya dalam kalangan guru yang dikaji. Dapatan kajian ini menyokong kajian Rosnaini (2006) yang mendapati majoriti guru mempunyai kemahiran yang tinggi menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan. Hasil kajian ini juga tidak jauh berbeza dengan kajian Halimahtun dan Nor Azilah (2002), Pang (2000), Norizan dan Salleh-Huddin (1997), Jaber (1997) serta Sheingold dan Hadley (1990). Kesemua kajian ini mendapati aplikasi pemprosesan perkataan begitu popular dalam kalangan guru dan mereka sangat mahir 10

menggunakannya. Menurut Rogers (2003) antara faktor yang menyebabkan individu mudah menerima sesuatu inovasi ialah keserasian serta kemiripan inovasi tersebut dengan nilai, pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada, dan sesuai dengan keperluan individu tersebut. Dalam konteks ini, guru sudah sering menggunakan aplikasi ini bagi kerja perkeranian dan pentadbiran serta penyediaan bahan berkaitan pengajaran dan pembelajaran seperti kertas ujian, peperiksaan dan nota pelajaran. Kebanyakan guru juga didapati mahir menggunakan aplikasi lain khususnya hamparan elektronik, persembahan elektronik dan juga Internet. Mereka boleh menggunakan aplikasi tersebut tanpa bantuan daripada orang lain. Namun, masih terdapat guru yang masih tidak mahir menggunakan aplikasi ini. Keadaan ini adalah satu kerugian kepada guru tersebut kerana semua aplikasi ini dapat membantu guru menjadikan pengajaran mereka bertambah menarik dan berkesan. Penggunaan aplikasi hamparan elektronik sememangnya memudahkan guru melakukan beban tugas dan mengajar subjek pelajaran (Lehmann, 2002; Drier, 2001). Aplikasi persembahan elektronik bukan sahaja menjadikan pengajaran guru lebih menarik dengan multimedia dan interaktiviti, malahan guru boleh menggalakkan pelajar menggunakan perisian tersebut untuk pembentangan hasil projek individu dan kumpulan. Aktiviti sebegini mengukuhkan pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar yang menyemai nilai pendidikan yang positif seperti kreatif dan inovatif, bersikap bertanggung jawab dan bekerjasama antara satu sama lain, di samping meningkatkan kemahiran koloberasi dengan rakan. Guru turut didapati mahir menggunakan aplikasi Internet terutamanya berkaitan dengan penggunaan emel, mengakses maklumat dan melayari laman web. Dapatan ini menunjukkan senario yang agak berbeza daripada kajian Rosnaini (2006) dan Norizan (2003) yang mendapati guru masih kurang mahir menggunakan aplikasi Internet. Ini berkemungkinan kerana penggunaan Internet serta komunikasi berperantara komputer sudah semakin menjadi kelaziman kepada sebahagian besar guru terutamanya golongan muda. Namun begitu, guru kurang kemahiran daripada segi berkomunikasi atas talian secara sinkronis seperti telesidang video dan chat. Sehubungan itu, pendedahan perlu diberi kepada guru kerana pada masa ini terdapat semakin banyak perisian atas talian yang memberikan perkhidmatan telesidang secara percuma (contoh skype) yang boleh dimanfaat untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran serta interaksi antara guru-pelajar dan pelajar-pelajar. Sebahagian besar guru juga didapati telah mengikuti kursus serta latihan berkaitan penggunaan ICT secara formal yang mana dilaksanakan oleh pihak berwajib seperti Jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri selain sekolah. Faktor latihan ini juga merupakan faktor penyumbang kepada peningkatan kemahiran dalam kalangan guru (Rosnaini & Mohd Arif, 2010; Norizan, 2003; Wong, 2002). Agak berbeza dengan kajian oleh Cuban (2001) dan Ashinida et al. (2004) pengintegrasian ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru didapati pada tahap sederhana. Ramai guru didapati mengguna aplikasi ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran pada kekerapan yang lebih tinggi berbanding sedekad lalu. Namun, tahap penggunaan masih perlu dipertingkatkan agar selaras dengan kemahiran teknologi yang ada pada guru serta memaksimakan kelebihan teknologi bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menyeronokkan. Selaras itu juga, guru perlu diberikan latihan dalam pelbagai bentuk kursus dan bengkel bagi memberi peluang kepada mereka untuk sentiasa mempertingkat pengetahuan dan kemahiran ICT agar sejajar dengan perkembangan ICT semasa. 11

Penutup Teknologi menjadi alat dan pengupaya utama bagi menghasilkan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan yang efisien dan mantap. Guru yang menguasai kemahiran ICT dijangka akan dapat memaksimakan kelebihan yang ada pada teknologi untuk menjadikan pengajaran lebih menarik, interaktif serta berkesan. Adalah penting pihak berwajib memantau agar semua guru mempunyai kemahiran teknologi yang diingini bagi memastikan kejayaan pelaksanaan program teknologi di sekolah. Rujukan Abd. Rahman Daud. (2000). Kefahaman terhadap konsep penggunaan ICT di dalam bilik darjah. Proceedings of the International Conference on Teaching and Learning, 609-623. Ashinida Aladdin, Afendi Hamat & Mohd. Shabri Yusof. (2004). Penggunaan PBBK (Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa asing: Satu tinjauan awal. Online Journal of Language Studies (GEMA). (dalam talian) http://www.fpbahasa.ukm.my/journal/20040101.htm (26 Januari 2005). Bahagian Teknologi Pendidikan. (1999). Laporan Tahunan 1999. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Cuban, L., Kirkpatrick, H. & Peck, C. (2001). High access and low use of technologies in high school classrooms: Explaining an apparent paradox. American Educational Research Journal, 38 (4), 813-834. Drier, H. S. (2001). Teaching and learning Mathematics with interactive spreadsheets. School Science and Mathematics, 101 (4), 170-179. Ely, D.P. (1995). Technology is the answer! But what was the question? The James P. Curtis Distinguished Lecture, Capstone College of Education Society, University of Alabama. 14 April 1995. Gay, L.R. & Airasian, P. (2003). Educational research. Competencies for analysis and applications. Ed. ke-7. Ohio: Merrill Prentice Hall. Halimahtun Saadiah Mohd. Taib & Nor Azilah Ngah. (2002). Kajian awal untuk meninjau implementasi teknologi komputer di kalangan guru-guru Maktab Rendah Sains Mara zon utara. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan ke 15, 258-264. Jaber, W. E. (1997). A survey of factors which influence teachers use of computer-based technology. Tesis Doktor Falsafah. Virginia Polytechnic Institute and State University. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003). Multimedia dalam Pendidikan. Bentong: PTS Publication. Johnson, B. & Christensen, L. (2008). Educational Research. Ed. ke-3. Los Angeles: Sage Publications. Juanna Risah Sa ari (2003). Teachers attitude and perceived competence toward Information Technology among secondary school teachers in Malacca. Tesis Master. Universiti Putra Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Pembangunan Pendidikan 2001 2010. Kuala Lumpur: Kerajaan Malaysia Lee, M. & Winzenried, A. (2009). The use of instructional technology in schools. Victoria, Australia: Australian Council for Educational Research Ltd. Lehmann, K. (2002). Excel as you ve never seen it. Multimedia Schools, 9 (1), 42-45. Mohd Hanapi Abu Bakar (2003). Persepsi guru bahasa Melayu di sekolah terhadap penggunaan TMK. Tesis Master. Universiti Putra Malaysia. Mohd. Jasmy Abd. Rahman, Mohd. Arif Ismail & Norsiati Razali. (2003). Tahap kesediaan penggunaan perisian kursus di kalangan guru Sains dan Matematik. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan ke 16, 372-380. 12

Mohd Salleh Lebar (2002). Peranan Pusat Kegiatan Guru dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri dalam Pembudayaan Teknologi Pendidikan. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan ke 15, Perlis 6-9 September 2002. Norizan Abdul Razak. (2003). Computer competency of in-service ESL teachers in Malaysian secondary schools. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Nor Azilah Ngah & Mona Masood. (2004). Penilaian berterusan mengenai kedudukan pelbagai teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke 17, 59-64. Norizan Abdul Razak, Mohamed Amin Embi & Ramlee Mustapha. (2004). Computer literacy of English Language teachers in Malaysian technical schools. International Journal of Vocational Education and Training, 12 (1), 7 20. Norizan Abdul Razak & Salleh-Huddin Abdul Rashid. (1997). Pengajaran bahasa berbantukan komputer: Satu tinjauan terhadap kesediaan guru-guru dan sekolah-sekolah menengah di Malaysia. Laporan akhir V1/95 penyelidikan UKM. Pachler, N. 2001. Connecting schools and pupils: to what end? Issues related to the use of ICT in school-based learning. Dlm. Leaks, M. (pnyt.). Issues in Teaching Using ICT, 15-30. London: Routledge Palmer. Pang, V. (2000). The antecedents of an ICT-enriched curriculum. Proceedings of the International Conference on Education and ICT in the New Millennium, 444-466. Perbadanan Pembangunan Multimedia. (2000). Education for smart society (dalam talian). www.mdc.com.my/msc/flagship/ss.html (14 November 2001). Robiah Sidin, Juhana Salim & Nor Sakinah Mohamed. (2003). Pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi di kalangan pelajar Melayu dalam arus globalisasi. Laporan Akhir Penyelidikan Arus Perdana II. Universiti Kebangsaan Malaysia. Rogers, E. M. (2003) Diffusion of Innovation. Ed. Ke 5. New York: The Free Press. Rosnaini Mahmud (2006). Kesediaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi asas dalam pendidikan (TMKP) guru-guru sekolah menengah. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Rosnaini & Mohd Arif (2010). Impact of training and experience in using ICT on in-service teachers basic ICT literacy. Malaysian Journal of Educational Technology, 10 (2), 5-10. Sheingold, K. & Hadley, M. (1990). Accomplished teachers : Integrating computers into classroom practice. New York: Bank Street College of Education. Siti Aishah Hanawi, Noraidah Sahari@ Ashaari & Hazura Mohamed. (2002). Kajian perbandingan kesedaran, pengetahuan dan penggunaan ICT di kalangan guruguru sekolah bandar dan luar bandar. Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan, 1, 150-158. Tapscott, D. (2003). Educating the net generation. Dlm. Ornstein, A. C., Behar-Horenstein, L.& Pajak, E. F. (pnyt.). Contemporary issues in curriculum. Edisi ke-3, 268-272. Boston: Pearson Education. Unit Perancangan Ekonomi. (2001). Rancangan Malaysia Ke Lapan 2001 2005. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Sdn. Bhd. Wong Su Luan (2002). Development and validation of an Information Technology (IT) based instrument to measure teachers IT preparedness. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Putra Malaysia. Zhao, Y., Pugh, K., Sheldon, S. & Byers, J. L. (2002). Conditions for classroom technology innovations. Teachers College Record, 104 (3), 482-515. 13