How To Write A Book



Similar documents
KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA PENDAFTARAN ENGINEERING CONSULTANCY PRACTICE

ii) 9 months Plan - Interest Rate at 0.75% per month The minimum transfer amount is RM1,000 and maximum is subject to Cardmember

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

PEMBERIAN WANG TUNAI SEBAGAI GANTIAN BAGI CUTI REHAT YANG TIDAK DAPAT DIHABISKAN OLEH PEGAWAI LANTIKAN SECARA KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE)

Garis Panduan Pendaftaran dan Pembaharuan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan

Celebrate With PB Cards. Terms and Conditions. 1. The campaign is valid from 1 January 2016 until 30 April 2016 ( Campaign period ).

OCBC GREAT EASTERN CO-BRAND CARD FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) REBATE FEATURES, INTEREST FREE AUTO INSTALMENT PAYMENT PLAN (AUTO-IPP) AND BENEFITS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (PENYAMPAIAN NOTIS) 2015

ZERO-INTEREST INSTALMENT PLAN. 1) This programme valid for PB Credit cards issued by Public Bank.

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

Motor Comprehensive Cover Insurance

Customer Service Charter

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA PENGAMBILAN FEBRUARI 2016

Chapter 17 COMPLETION. 1. Receipt of notice from Contractor. 2. Final Inspection. PT

Universiti Kuala Lumpur Kampus Kota MALAYSIAN INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY 1016, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur

SPA BEAUTY MANAGEMENT SYSTEM NAJIHAH BINTI RUSSLI

How To Get A Lift Lift (Truck)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

GUIDELINES ON THE STAMPING OF SHARE TRANSFER INSTRUMENTS FOR SHARES THAT ARE NOT QUOTED ON THE KUALA LUMPUR STOCK EXCHANGE.

Terms & Conditions (Balance Transfer Programme)

AmBank/ AmIslamic Bank Credit Card Acquisition Cash Reward Program Terms and Conditions

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

SUN LIFE MALAYSIA ASSURANCE BERHAD MASTER POLICY GROUP MORTGAGE REDUCING TERM ASSURANCE BUSINESS LOAN

AmBank / AmBank Islamic Credit Card Acquisition Apply & Get Cash Programme Terms and Conditions

Maybank One Personal Saver and Flexi Saver Plan

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2008 PELAKSANAAN SYARAT PERUBAHAN HARGA DI DALAM KONTRAK KERJA

BORANG PERMOHONAN WAKIL PENGEDAR GAS PETRONAS

Student Application Form

MOTORCYCLE POLICY TYPES OF COVER ALL ENDORSEMENTS, CLAUSES OR WARRANTIES THAT ARE SEPARATELY ATTACHED TO THIS POLICY SHALL ALSO APPLY.

LICENSE PLATE RECOGNITION OF MOVING VEHICLES. Siti Rahimah Binti Abd Rahim

Get a Black & Decker Car Vacuum with PB-Petron Visa Gold Credit Card Campaign. Terms and Conditions

Student Application Form

(c) the offer is not applicable to kids below 12 years ticket at TGV and Children ticket at GSC;

Page 1 of 1. Page 2 of 2 % &! " '! ( ' ( $) * +, - % -. !" # $

MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

SWAY REDUCTION ON GANTRY CRANE SYSTEM USING DELAYED FEEDBACK SIGNAL (DFS) NORASHID BIN IDRUS

JOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING. A thesis submitted in partial fulfillment of. the requirements for the award of the degree of

OCBC GREAT EASTERN MASTERCARD TERMS AND CONDITIONS

PRODUCT DISCLOSURE SHEET

Manpower Planning Utilizing Work Study at Data Storage Manufacturing Company

A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA PERCUKAIAN PEKERJA MALAYSIA YANG DIHANTAR BERTUGAS DI LUAR NEGARA KETETAPAN UMUM NO. 1/2011

Motorcycle Insurance. RHB Insurance Berhad

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

PERATURAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA DAN SARJANA MUDA SEPENUH MASA

HOME AUTOMATION SYSTEM USING POWER LINE COMMUNICATION DARLENE BINTI MOHAMAD DOUGLAS

MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

Presented by: FRO Northern

KANDUNGAN PENDAHULUAN... 4 PENGENALAN Visi & Misi KWSP Nilai-Nilai Korporat Dasar Kualiti Fungsi KWSP... 6

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

KERAJAAN MALAYSIA. Pentadbiran Kontrak Dan Format Perjanjian Piawai Perunding

PROGRESSIVE INSURANCE BHD (19002-P)

Terms & Conditions Cash Rebate MasterCard

GARISPANDUAN MENGENAI DUTI SETEM KE ATAS SURATCARA PINDAHMILIK SYER BAGI SYER YANG TIDAK TERSENARAI DI BURSA SAHAM KUALA LUMPUR.

PRIVATE CAR INSURANCE POLICY

Terms and Conditions for Auto BILLPAY RM30 Cash Rebate Campaign

GARIS PANDUAN UNTUK PAPERLESS BAGI PERMIT DAN VALIDASI K1/K2 KE ATAS PERMIT GUIDELINES FOR PAPERLESS PERMIT AND K1/K2 VALIDATION ON PERMIT

HOME ALARM SYSTEM USING DETECTOR SENSOR MD KHAIRUL AMRI B MD ZAIN

How To Get A Free Hotlink Sim Card From Cimb Bank Kwik Kwik

Terms & Conditions Cash Rebate MasterCard

DESIGN AND DEVELOPMENT OF MICRO HYDROPOWER FOR UNDERSERVED COMMUNITIES

PENCAPAIAN HOSPITAL PERFORMANCE INDICATOR FOR ACCOUNTABILITY (HPIA) No Indikator Standard Julai - Disember 2015

Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA

The MAS American Express Platinum Business Card gives you more Enrich Miles. With Automatic Enrich Gold Status. Apply now and enjoy :

GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL KOMPUTER MUDAH ALIH CHROMEBOOK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2013

SMART SHOES CHARGER TAN CHEE CHIAN

PRODUCTIVITY IMPROVEMENT VIA SIMULATION METHOD (MANUFACTURING INDUSTRY) HASBULLAH BIN MAT ISA

TN. MOHD FAKHRUZZAMAN B. TN ISMAIL

Get 100% Cash Back* on your TNB bill when you pay with your American Express Card

MOTORCYCLE POLICY TYPES OF COVER OUR AGREEMENT SECTION A - LOSS OR DAMAGE TO YOUR VEHICLE

PANDUAN AM PERMOHONAN LESEN DAN PENDAFTARAN PETRONAS

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

rumah2020.com (Dimiliki oleh Sri Neta Enterprise T) No. 9, Jalan SP 3C, Taman Sri Puchong, Puchong Selangor. Tel: SEBUTHARGA

Enhancement of the Policy and Guidelines of the Small Debt Resolution Scheme (SDRS)

Motor Trade (Road Risk)

NAMA:... Tingkatan :... BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

GSM BASED HOME SECURITY SYSTEM CHENG KAR LOCK

CREDIT CARD APPLICATION FORM/ BORANG PERMOHONAN KAD KREDIT

CONTROL HOME APPLIANCES VIA INTERNET (CoHAVI) SOFTWARE DEVELOPMENT SHIRRENE A/P NAI SOWAT

Maybank 2 Cards Agreement These are the terms & conditions governing the use of your Maybank 2 Cards issued by Maybank Malaysia which is binding on

PACIFIC & ORIENT INSURANCE CO. BERHAD (No W)

3. Only PIN based ATM e Debit card transactions are accepted for the Contest.

GLOBAL SYSTEM FOR MOBILE COMMUNICATION (GSM) KIT FOR VEHICLE S ALARM SYSTEM NIK MOHD KHAIRULFAHMI BIN NIK MAT

TADBIR URUS PORTAL JABATAN PEGUAM NEGARA

PERINTAH AM BAB E : RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN PERINTAH AM BAB E

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

CLIENT SERVER APPLICATION FOR SERVER FARM PERFORMANCE MONITORING ABDIRASHID HASSAN ABDI

LONPAC INSURANCE BHD ( T)

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Standard Fees RM Optional Fees (if applicable only) RM

4. LAMPIRAN A - Maklumat Penyebut Harga

Investment-Linked Takaful Plan Fulfilling your investment and protection needs

UNIT 5 PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN

Transcription:

Sistem Paten di Malaysia

Siri Penerbitan Panduan Harta Intelek 1. Sistem Perlindungan Harta Intelek di Malaysia 2. Soalan-soalan Lazim Harta intelek 3. Sistem Paten di Malaysia 4. Sistem Cap Dagangan di Malaysia 5. Sistem Reka Bentuk Perindustrian di Malaysia 6. Sistem Petunjuk Geografi di Malaysia 7. Sistem Hakcipta di Malaysia 8. Sistem Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu di Malaysia 9. Maklumat Am Mengenai Harta Intelek Penafian Buku panduan ini mengandungi maklumat asas mengenai tajuk yang berkaitan tetapi tidak bermaksud sebagai ganti kepada dokumen atau khidmat nasihat perundangan profesional. Rujukan kepada produk dan perkhidmatan, nama syarikat, pertubuhan dan laman web tidak bermaksud sebarang sokongan atau pengiktirafan oleh MyIPO. Hakcipta MyIPO (2009) Tidak dibenar mengeluar ulang mana-mana bahagian penerbitan ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia. MyIPO April 2009

Panduan Harta Intelek - 3 Sistem Paten di Malaysia Buku panduan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan pembaca mengenai harta intelek. Penyediaan dokumen ini turut mengambil kira maklum balas yang diterima oleh MyIPO.

MAKLUMAT AM MENGENAI PATEN 1. Maklumat Am 1.1 Paten 1.2 Perbaharuan Utiliti 1.3 Pemohon 1.4 Permohonan Paten atau Perbaharuan Utiliti 1.5 Kepentingan Perlindungan Paten dan Perbaharuan Utiliti 1.6 Kriteria untuk Mendapatkan Paten 1.7 Rekacipta yang Boleh Diberikan Sijil Perakuan Perbaharuan Utiliti 1.8 Rekacipta yang Tidak Boleh Dipatenkan 1.9 Pemfailan Pertama di MyIPO Demi Keselamatan Negara 1.10 Tempoh Perlindungan 2. Panduan Mengisi Borang Permohonan (Borang 1) 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 Bahagian I: Tajuk Rekacipta Bahagian II: Pemohon Bahagian III: Perekacipta Bahagian IV: Ejen atau Wakil Bahagian V: Permohonan Terbahagi Bahagian VI: Penzahiran yang Diabaikan Sebagai Teknologi Terdahulu 2.7 Bahagian VII: Tuntutan Prioriti 2.8 Bahagian VIII: Senarai Semakan 2.9 Bahagian IX: Tandatangan 3. Spesifikasi Paten 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 Perihalan Tuntutan Ringkasan Keperluan Fizikal dan Istilah Spesifikasi Paten Keperluan Fizikal Ukuran, Istilah dan Tanda

4. Pemeriksaan 4.1 Peringkat Proses Pemeriksaan 4.2 Penentuan Tarikh Pemfailan 4.3 Pemeriksaan Permulaan 4.4 Semakan Awam 4.5 Permintaan Pemeriksaan Substantif 4.6 Permintaan Pemeriksaan Substantif yang Diubahsuai 4.7 Pemeriksaan Substantif 4.8 Pemeriksaan Substantif yang Diubahsuai 4.9 Laporan Pemeriksaan Substantif atau Substantif yang Diubahsuai 4.10 Pemberian Geran Paten atau Perakuan Perbaharuan Utiliti 4.11 Carta Aliran Prosedur Permohonan Paten atau Perbaharuan Utiliti 5. Triti Kerjasama Paten (PCT) 5.1 Pengenalan 5.2 Carta Aliran Permohonan PCT 5.3 Permohonan Antarabangsa PCT 5.4 Fi 5.5 Laporan Carian Antarabangsa 5.6 Penerbitan 5.7 Pemeriksaan Permulaan Antarabangsa 5.8 Fasa Nasional 6. Fi dan Borang Berkaitan 6.1 Bahagian I 6.2 Bahagian II 6.3 Bahagian III 7. Bayaran bagi Permohonan PCT (Mac 2009) 7.1 Bayaran Transmital 7.2 Bayaran Pemfailan Antarabangsa 7.3 Bayaran Carian 7.4 Dokumen Prioriti 8. Klasifikasi Paten Antarabangsa (IPC) 9. Contoh Borang Permohonan Paten (Borang 1) 10. Pejabat Pendaftaran Paten

1. Maklumat Am 1.1 Paten Paten adalah satu hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta, sama ada satu produk ataupun proses untuk menghasilkan cara baru bagi membuat sesuatu, atau pun untuk penyelesaian teknikal bagi sesuatu masalah. Paten dilindungi di bawah Akta Paten 1983 dan perlindungan paten adalah selama 20 tahun dari tarikh pemfailan permohonan. Contoh contoh paten: A storage means for a rainwater harvester system Material handling equipment having lifting, lowering and tipping capabilities Television receiver High reach harvesting pole The new technology of using the water from rainfall for industrial

1.2 Perbaharuan Utiliti Perbaharuan utiliti adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta kecil yang tidak memerlukan ujian langkah merekacipta sebagaimana yang diperlukan untuk mendapat paten. Perbaharuan utiliti dilindungi selama 10 tahun dari tarikh pemfailan dan boleh dilanjutkan ke 5+5 tahun, tertakluk kepada penggunaan. Contoh contoh perbaharuan utiliti: An air cinditioning system for a small enclosure Improvement made to a valve box or chamber 1.3 Pemohon Combined toothbrush and tounge cleaner Filter unit for use with washing machines Semua orang boleh mengemukakan permohonan paten ataupun perbaharuan utiliti sama ada secara individu atau secara pemunyaan bersama atau syarikat/organisasi. Pemohon tempatan atau residen di Malaysia boleh memfailkan permohonan paten sendiri atau melantik ejen paten berdaftar yang boleh mewakilinya. Pemohon dari luar negara yang ingin memfailkan permohonan patennya perlulah melantik ejen paten berdaftar di Malaysia untuk mewakilinya.

1.4 Permohonan Paten atau Perbaharuan Utiliti Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan paten atau perbaharuan utiliti di dalam borang yang telah ditetapkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Pemohon juga boleh memfailkan permohonan paten atau perbaharuan utiliti secara elektronik melalui laman web MyIPO. Pemeriksaan akan dijalankan oleh pihak MyIPO untuk menentukan sama ada permohonan layak dianugerahkan paten atau tidak berdasarkan syarat-syarat di bawah Akta Paten 1983 dan Peraturan-Peraturan Paten 1986. 1.5 Kepentingan Perlindungan Paten dan Perbaharuan Utiliti Perlindungan paten atau perbaharuan utiliti memberi hak eksklusif kepada pemunya untuk membuat, mengguna atau menjual rekaciptanya di Malaysia. Pemunya paten boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak lain yang melanggar haknya tanpa kebenaran pemunya paten. 1.6 Kriteria untuk Mendapatkan Paten Bagi pemberian paten, suatu rekacipta mestilah : - Baru, iaitu rekacipta itu masih belum dizahirkan kepada orang awam di mana-mana di dunia; - Melibatkan langkah merekacipta yang mana rekacipta itu tidak ketara kepada seseorang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi tersebut; dan - Dapat digunakan dalam mana-mana industri.

1.7 Rekacipta yang Boleh Diberikan Sijil Perakuan Perbaharuan Utiliti Untuk mendapat Sijil Perbaharuan Utiliti, sesuatu rekacipta hanya perlu baru dan dapat digunakan dalam mana-mana industri. 1.8 Rekacipta yang Tidak Boleh Dipatenkan - Penemuan, teori-teori saintifik dan kaedah-kaedah matematik; - Varieti tumbuhan atau binatang atau proses yang ada pada dasarnya adalah proses biologi bagi pengeluaran tumbuhan atau binatang, selain daripada mikro organisma hidup buatan manusia, proses mikrobiologi dan keluarankeluaran proses mikro-organisma itu; - Skim, aturan atau kaedah bagi menjalankan perniagaan, melakukan perbuatan-perbuatan mental semata-mata atau bermain apa-apa permainan; - Kaedah-kaedah merawat tubuh manusia atau binatang melalui pembedahan atau terapi, dan kaedah-kaedah diagnosis yang dilakukan kepada tubuh manusia atau binatang. 1.9 Pemfailan Pertama di MyIPO Demi Keselamatan Negara Demi kepentingan dan keselamatan negara, sesiapa yang tinggal atau bermastautin di Malaysia yang ingin memohon paten atau perbaharuan utiliti di luar negara, hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pendaftar Paten. Walaubagaimanapun, kebenaran bertulis ini tidak perlu jika permohonan telah dibuat di Malaysia selepas 2 bulan. Seksyen 62A: Perlanggaran Seksyen 23A merupakan satu kesalahan dan jika bersabit boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima belas ribu ringgit (RM 15,000.00) atau penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. 1 0

1.10 Tempoh Perlindungan Paten dilindungi selama 20 tahun daripada tarikh pemfailan tertakluk kepada pembayaran fi tahunan. Manakala perbaharuan utiliti dilindungi selama 10 tahun dari tarikh pemfailan dan boleh dilanjutkan selama 5 + 5 tahun tertakluk kepada penggunaannya. 2. Panduan Mengisi Borang Permohonan (Borang1) 2.1 Bahagian I: Tajuk Rekacipta Pemohon perlu menyatakan tajuk rekacipta yang dipohon. 2.2 Bahagian II: Pemohon Pemohon perlu menyatakan nama. Nama syarikat atau nama individu atau kedua-duanya sekali boleh digunakan sebagai nama pemohon. 2.3 Bahagian III: Perekacipta Pemohon perlu menyatakan nama perekacipta. Nama syarikat atau pertubuhan tidak boleh digunakan sebagai nama perekacipta. Jika pemohon bukan perekacipta, Statement Justifying the Applicant s Right to the Patent hendaklah dikemukakan. 2.4 Bahagian IV: Ejen atau Wakil Pemohon tempatan perlu menyatakan nama ejen paten berdaftar yang dilantik sekiranya permohonan dibuat melalui ejen paten. Bagi permohonan dari luar negara, setiap permohonan hendaklah melalui ejen paten yang berdaftar di Malaysia. Borang 17 iaitu perlantikan sebagai ejen paten yang mewakili pemohon hendaklah difailkan. 1 1

2.5 Bahagian V: Permohonan Terbahagi Sekiranya terdapat lebih daripada satu rekacipta di dalam satu permohonan, pemohon perlu membahagikan permohonan tersebut kepada dua atau lebih permohonan. Setiap permohonan terbahagi adalah layak memperolehi tarikh pemfailan permohonan yang terawal. 2.6 Bahagian VI: Penzahiran yang Diabaikan Sebagai Teknologi Terdahulu Pemohon boleh memohon untuk mengabaikan penzahiran sebagai teknologi terdahulu dengan mengemukakan pengakuan yang berkaitan. Peruntukan ini hanya dibenarkan sekiranya penzahiran rekacipta yang sama berlaku dalam tempoh 1 tahun sebelum tarikh pemfailan di Malaysia. 2.7 Bahagian VII: Tuntutan PrioritI Pemohon boleh membuat tuntutan prioriti ke atas tarikh pemfailan permohonan yang terdahulu. Permohonan yang terdahulu hendaklah difailkan tidak melebihi 12 bulan sebelum tarikh pemfailan permohonan di Malaysia. 2.8 Bahagian VIII: Senarai Semakan Pemohon perlu melengkapkan senarai semakan untuk memastikan borang dan spesifikasi yang hendak difailkan adalah lengkap. 2.9 Bahagian IX: Tandatangan Pemohon atau ejen yang dilantik perlu menandatangani dan menyatakan nama individu yang berkenaan (bukan nama syarikat atau pertubuhan). 1 2

3. Spesifikasi Paten 3.1 Perihalan Rekacipta/ inovasi hendaklah dinyatakan dengan jelas dan lengkap bagi membolehkan seseorang yang mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang teknologi menjalankan pemeriksaan ke atas rekacipta tersebut. Perihalan hendaklah dinyatakan dengan menggunakan turutan tajuk di bawah: (i) Tajuk - Tajuk hendaklah terang dan ringkas bagi menyatakan subject matter berhubung dengan rekacipta/ inovasi dan hendaklah serupa dengan tajuk dalam borang permohonan dan ringkasan (abstrak). (ii) Bidang Teknikal - Ia adalah pernyataan umum menerangkan tentang seni atau teknologi berhubung rekacipta/ inovasi. (iii) Latarbelakang Teknologi - Ia harus mengandungi ringkasan latar belakang teknologi yang diketahui oleh pemohon yang berguna bagi memahami rekacipta/ inovasi tersebut. (iv) Penzahiran Rekacipta - Lazimnya ia mengandungi pernyataan mengenai ciri-ciri yang diperlukan dan alternatif rekacipta serta kelebihan rekacipta/ innovasi terhadap teknologi yang terdahulu. 1 3

(v) Contoh Spesifikasi - Termasuklah Penerangan Tentang Lukisan (jika ada) Ia hendaklah mengandungi penerangan tentang mod terbaik bagi pemohon untuk menonjolkan hasil rekacipta, menggunakan contoh yang sesuai dan rujukan gambarajah, sekiranya ada. (vi) Pemakaian dalam Mana-mana Industri Cara bagaimana rekacipta dapat digunakan di industri hendaklah dinyatakan dengan jelas. Lazimnya kepenggunaan di industri adalah jelas dari perihalan rekacipta dan contoh-contoh spesifik. Walau bagaimanapun di dalam kes-kes yang tertentu sebagai contoh rekaciptanya adalah kandungan bahan kimia yang baru, kepenggunaan di industri adalah mungkin tidak jelas. 3.2 Tuntutan Fungsi utama tuntutan adalah untuk menjelaskan skop perlindungan paten. Tuntutan hendaklah jelas, ringkas dan mesti disokong oleh perihalan yang dizahirkan di bahagian penerangan di dalam perihalan paten [Peraturan 13 dan14]. Tuntutan adalah bahagian yang terpenting dari spesifikasi paten dan disebab oleh sifat perundangannya, adalah mungkin yang paling sukar untuk disediakan. Tuntutan boleh dibatalkan sekiranya dideraf terlalu umum menyebabkan ia tidak baru atau tiada langkah merekacipta. Tuntutan juga mungkin dideraf terlalu terhad sehingga mudah bagi pesaing untuk mendapatkan faedah dari rekacipta tersebut tanpa pelanggaran tuntutan. Tuntutan mesti dimulakan pada muka surat baru dan setiap tuntutan hendaklah ditulis sebagai satu ayat. Di mana 1 4

bersesuaian, tuntutan harus menerangkan rekacipta/ inovasi terlebih dahulu dengan menyatakan latarbelakang teknologi terdahulu, diikuti oleh bahagian characterizing. Bahagian ini menerangkan tentang ciri-ciri rekacipta/ inovasi yang ingin dilindungi. Setiap ciri-ciri teknikal yang dinyatakan di dalam tuntutan dan diilustrasikan dalam lukisan harus diikuti oleh rujukan angka tanda kurungan. Hanya satu tuntutan dibenarkan di dalam spesifikasi perbaharuan utiliti manakala lebih dari satu tuntutan dibenarkan di dalam spesifikasi paten. Walau bagaimanapun tuntutan-tuntutan di dalam spesifikasi paten hendaklah berkaitan dengan rekacipta yang sama. 3.3 Ringkasan Ringkasan adalah penerangan ringkas mengenai penzahiran yang terkandung di dalam perihalan dan tuntutan. Ringkasan hendaklah dideraf dengan efisyen untuk tujuan carian teknikal. Ia tidak harus mengandungi pernyataan tentang merit atau nilai rekacipta/inovasi [Peraturan 16]. Ringkasan hendaklah dimulakan pada muka surat baru dengan tajuk rekacipta dan seringkas yang mungkin dari perihalan (tidak melebihi dari 150 perkataan). Pemohon harus menyatakan lukisan yang sesuai (jika ada) untuk disertakan bersama ringkasan, seharusnya dalam kurungan di penghujung ringkasan. Setiap ciri-ciri utama yang dinyatakan dalam ringkasan dan diillustrasikan di dalam lukisan hendaklah diikuti oleh angka rujukan di dalam kurungan. PERHATIAN : Sebelum menyediakan perihalan, tuntutan dan lukisan, pemohon adalah dinasihatkan untuk membuat carian ke atas dokumen paten yang terdahulu dan dokumen teknikal di dalam bidang teknologi yang berkaitan dengan tujuan untuk memperolehi petunjuk tentang kebaharuan rekacipta/ inovasi. 1 5

3.4 Keperluan Fizikal dan Istilah Spesifikasi Paten 1. Di bawah adalah ringkasan kepada keperluan fizikal dan istilah berkaitan dengan penyediaan dokumen permohonan paten dan perbaharuan utiliti. 2. Pemohon perlu menggunakan borang rasmi yang disediakan oleh Pejabat Pendaftaran Paten dan pejabat-pejabat cawangan. Sebagai contoh, Permohonan Bagi Pemberian Paten harus menggunakan Borang 1 dan Permohonan bagi Perakuan Perbaharuan Utiliti harus menggunakan Borang 14. 3.5 Keperluan Fizikal i) Permohonan dan sebarang pernyataan atau dokumen yang disertakan hendaklah difailkan dalam 2 salinan. ii) iii) Semua dokumen permohonan yang dikemukakan hendaklah jelas untuk penghasilan semula melalui fotografi, proses elektrostatik, photo offset dan mikrofilem. Semua helaian hendaklah dipastikan tiada kerosakan atau kesan lipatan dan hanya menggunakan sebelah muka surat sahaja pada setiap helaian. iv) Semua dokumen permohonan hendaklah menggunakan kertas A4 (29.7cm x 21 cm) yang tahan, kuat, putih, licin dan tidak berkilat. v) Dalam keadaan tertentu Pendaftar boleh menerima kertas selain saiz A4. vi) Margin minima bagi helaian adalah 2 cm. 1 6

vii) viii) ix) Semua helaian hendaklah dinomborkan pada sebelah atas, tengah helaian berkenaan dalam urutan angka Arab. Teks permohonan tersebut hendaklah dicetak dalam warna hitam yang tidak luntur, sekurang-kurangnya 1.5 ruang baris, tetapi simbol grafik, formula kimia atau matematik dan simbol tertentu dibenarkan. Lukisan dan tulisan tangan juga dibenarkan jika perlu. Dalam permohonan, setiap baris ke lima, setiap helaian perihalan dan tuntutan hendaklah dinomborkan dengan angka Arab di sebelah kiri baris yang berkaitan tetapi di sebelah kanan margin. x) Permohonan dan sebarang pernyataan yang berkaitan atau dokumen hendaklah difailkan dalam Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris. 3.6 Ukuran, Istilah dan Tanda i) Unit berat dan ukuran hendaklah dinyatakan dalam terma sistem metrik. ii) iii) iv) Suhu hendaklah dinyatakan dalam darjah Celsius. Kepadatan hendaklah dinyatakan dalam unit metrik. Bagi kepanasan, tenaga, cahaya, bunyi, kemagnetan, juga formula matematik dan unit elektrikal, undangundang amalan antarabangsa haruslah dilaksanakan. v) Bagi formula bahan kimia, simbol, berat atom, dan formula molekular dalam penggunaan secara umum akan diguna pakai. 1 7

vi) vii) Secara umumnya, hanya istilah teknikal tertentu, tanda dan simbol yang diterima umum di dalam bidang yang berkaitan hendaklah digunakan. Istilah dan tanda hendaklah konsisten sepanjang permohonan. 4. Pemeriksaan 4.1 Peringkat Proses Pemeriksaan 1. Terdapat tiga peringkat dalam proses pemeriksaan : (i) Penentuan tarikh pemfailan yang dijalankan oleh pemeriksa formaliti paten selepas permohonan diterima [Seksyen 28]. (ii) Pemeriksaan permulaan dijalankan sekiranya permohonan diberi tarikh pemfailan [Seksyen 29]. (iii) Pemeriksaan substantif dilakukan selepas menerima permohonan untuk pemeriksaan substantif atau substantif diubahsuai dalam tempoh 2 tahun dari tarikh pemfailan dengan bayaran fi yang ditetapkan [Seksyen 29A, Seksyen 30]. 4.2 Penentuan Tarikh Pemfailan 1. Adalah penting bagi pemohon untuk mendapatkan tarikh pemfailan yang terawal bagi permohonannya. Sebarang penzahiran atau pemfailan permohonan paten yang lain, selepas pemfailan pemohonan beliau, tidak boleh digunakan untuk membatalkan kebaharuan permohonannya. 1 8

2. Permohonan akan diberi tarikh pemfailan tertakluk kepada permohonan mengandungi : (i) nama dan alamat pemohon; (ii) nama dan alamat perekacipta; (iii) perihalan; (iv) tuntutan atau tuntutan-tuntutan; dan (v) bayaran fi yang ditetapkan dibuat semasa pemfailan. PERINGATAN: Fi tambahan dikenakan bagi setiap tuntutan yang melebihi 10 [Seksyen 28, Peraturan 25]. 3. Pemohon akan dimaklumkan tentang sebarang pindaan yang perlu dibuat dalam tempoh 3 bulan untuk pembetulan. Pemohon akan diberikan tarikh pemfailan yang baru mengikut tarikh pembetulan yang diterima. 4. Tarikh pemfailan, akan diberi dan Pendaftar Paten akan mengeluarkan Sijil Pemfailan kepada pemohon. 4.3 Pemeriksaan Permulaan 1. Pemeriksaan permulaan akan dijalankan selepas permohonan diberi tarikh pemfailan [Seksyen 29]. 2. Permohonan akan diperiksa bagi memastikan bahawa ia memenuhi keperluan formaliti mengikut Peraturan-Peraturan Paten. Seperti dinyatakan dalam Peraturan 5, 6, 7 (1 ), 8, 9, 11, 18 dan 51 pemeriksaan ini dikaitkan kepada perkara-perkara bukan teknikal seperti pengisian borang dengan lengkap dan betul, penggunaan saiz kertas yang betul, margin yang betul dan dokumen adalah sesuai untuk salinan semula 1 9

melalui percetakan atau mikrofilem. Pemohon akan dimaklumkan mengenai sebarang kekurangan atau kesilapan dan diberi tempoh 3 bulan untuk pembetulan [Peraturan 26]. 4.4 Semakan Awam Selepas 18 bulan dari tarikh prioriti atau tarikh pemfailan, permohonan akan dibuka untuk semakan awam dengan bayaran fi yang ditetapkan. Maklumat yang Boleh Disemak Ialah: Nama dan alamat pemohon Nama dan alamat ejen (jika ada) Nombor permohonan Tarikh pemfailan dan maklumat prioriti (jika ada) Spesifikasi permohonan paten termasuk perihalan, tuntutan, lukisan dan ringkasan Sebarang maklumat berkaitan pemohon dan perlesenan (jika ada) Semakan Awam Tidak Dibenarkan Sekiranya: Permohonan ditarikbalik oleh pemohon atau ditolak oleh Pendaftar sebelum tamat tempoh 18 bulan dari tarikh prioriti atau tarikh pemfailan. Pendaftar berpendapat bahawa permohonan mengandungi maklumat yang bertentangan dengan ketenteraman awam dan nilai-nilai moral. Selepas permohonan dibuka untuk semakan awam, pemohon boleh membuat amaran bertulis kepada mana-mana pihak yang telah secara komersil dan industri menggunakan rekacipta tersebut. Pemohon berhak mendapat bayaran gantirugi daripada mana-mana pihak yang telah secara komersial atau industri menggunakan rekacipta tersebut setelah paten diberi geran. 2 0

4.5 Permintaan Pemeriksaan Substantif Selepas lulus pemeriksaan permulaan, pemohon boleh memohon pemeriksaan substantif. Pemeriksaan substantif hendaklah dibuat oleh pemohon melalui Borang 5 dengan fi yang ditetapkan dalam tempoh 2 tahun dari tarikh pemfailan permohonan [Seksyen 29A dan Peraturan 27]. Permohonan bagi pemeriksaan substantif boleh disertakan dengan maklumat berkaitan dengan apa-apa hasil carian atau pemeriksaan yang dijalankan ke atas permohonan paten luar negara yang ditetapkan. Pemohon digalakkan untuk mengemukakan hasil carian dan pemeriksaan luar negara pada bila-bila masa, dan juga mengemukakan sebarang pindaan dengan mengambil kira perundangan Malaysia [Seksyen 29A (4)]. Di bawah peruntukan Seksyen 29A(8) Akta Paten, tempoh 2 tahun untuk mengemukakan permintaan bagi pemeriksaan substantif tidak boleh dilanjutkan di bawah Seksyen 82. Walau bagaimanapun, di atas permintaan yang dibuat oleh pemohon sebelum tamat tempoh 2 tahun, penangguhan untuk memfailkan permintaan pemeriksaan substantif boleh dibuat dengan mengemukakan Borang 5B [Seksyen 29A(6)]. Tempoh maksima penangguhan yang ditetapkan adalah 5 tahun dari tarikh pemfailan permohonan [Peraturan 27B(2)]. 4.6 Permintaan Pemeriksaan Substantif yang Diubahsuai Bagi permohonan paten yang telah mendapat geran paten luar negara, pemohon boleh meminta pemeriksaan substantif yang diubahsuai dengan mengemukakan Borang 5A dalam tempoh 2 tahun dari tarikh pemfailan dengan fi yang ditetapkan [Seksyen 29A, Peraturan 27A]. Pemeriksaan substantif yang diubahsuai hendaklah disertakan dengan salinan geran paten luar negara yang 2 1

diperakui seperti yang ditetapkan. Jika perlu, ia juga hendaklah disertakan dengan pindaan bagi memastikan permohonan paten di Malaysia adalah mematuhi Akta Paten 1983 [Peraturan 27A(3)]. Di bawah peruntukan Seksyen 29A(8) Akta Paten, tempoh 2 tahun untuk mengemukakan permintaan bagi pemeriksaan substantif yang diubahsuai tidak boleh dilanjutkan di bawah Seksyen 82. Walau bagaimanapun, di atas permintaan yang dibuat oleh pemohon sebelum tamat tempoh 2 tahun, pemohon boleh mengemukakan permohonan penangguhan untuk memfailkan permintaan pemeriksaan substantif yang diubahsuai dengan mengemukakan Borang 5B [Seksyen 29A(6)]. Tempoh maksima penangguhan yang ditetapkan adalah 5 tahun dari tarikh pemfailan permohonan [Peraturan 27B(2)]. 4.7 Pemeriksaan Substantif Di bawah pemeriksaan substantif, permohonan paten/ perbaharuan utiliti akan diperiksa dengan tujuan membuat laporan samada permohonan tersebut mematuhi kehendak Akta dan Peraturan Paten. Carian dibuat untuk perbandingan teknologi terdahulu (prior art) bagi menentukan kebaharuan dan langkah-langkah merekacipta. Pemeriksaan juga dijalankan bagi menentukan perihalan yang lengkap, tuntutan yang jelas dan menepati peraturan-peraturan yang ditetapkan [Seksyen 30 dan Peraturan 27C]. Carian untuk teknologi terdahulu yang dibuat adalah ke atas semua maklumat paten yang diterbitkan dari Malaysia, USA, Jepun, UK, Eropah dan Triti Kerjasama Paten (PCT) yang didapati di Pejabat Pendaftaran Paten. 2 2

4.8 Pemeriksaan Substantif yang Diubahsuai Di bawah pemeriksaan substantif yang diubahsuai, pemeriksa melaporkan kesamaan di antara permohonan paten Malaysia dan pemberian paten luar negara. Pemeriksa paten hanya membuat carian lanjutan ke atas dokumen paten Malaysia dan keperluan Akta Paten 1983 [Seksyen 30 dan Peraturan 27D]. 4.9 Laporan Pemeriksaan Substantif atau Substantif yang Diubahsuai Sekiranya pemeriksa mendapati permohonan tidak memenuhi kehendak bagi pemberian paten maka pemohon akan menerima laporan pemeriksaan tidak memenuhi syarat yang menyatakan kehendak-kehendak yang tidak dipatuhi. Pemohon akan diberi tempoh 3 bulan untuk menjawab laporan tersebut, samada dengan mengemukakan alasan bertulis atau meminda tuntutan yang berkenaan [Seksyen 30 (3), Peraturan 27C (4); 27D (5)]. 4.10 Pemberian Geran Paten atau Perakuan Perbaharuan Utiliti 1. Apabila permohonan mematuhi kehendak Akta dan Peraturan, Pendaftar akan mengeluarkan pemberian geran paten [Seksyen 31] atau perakuan perbaharuan utiliti. 2. Paten memberi hak kepada pemunya ke atas rekaciptanya di Malaysia untuk tempoh 20 tahun dari tarikh pemfailan. Manakala perbaharuan utiliti diberi untuk tempoh 10 tahun dari tarikh pemfailan dan boleh dilanjutkan ke 5 + 5 tahun tertakluk kepada penggunaannya. Walaubagaimanapun, paten/ perbaharuan utiliti mestilah diperbaharui setiap tahun mengikut fi yang ditetapkan. 2 3

4.11 Carta Aliran Prosedur Permohonan Paten atau Perbaharuan Utiliti CARTA ALIRAN PROSEDUR PERMOHONAN PATEN/PERBAHARUAN UTILITI (AKTA PATEN 1983) PERMOHONAN (Borang 1 - RM200)/ (Borang 14 RM100) Lengkap PEMBERIAN TARIKH PEMFAILAN Tidak lengkap Diterima PEMBETULAN (Tempoh diberi 3 bulan) Tidak diterima TIDAK SAH Diterima PEMERIKSAAN PERMULAAN Tidak memenuhi syarat PEMBETULAN (Tempoh diberi 3 bulan) Tidak diterima DITOLAK PERMOHONAN DIBUKA UNTUK PEMERIKSAAN AWAM (18 bulan dari tarikh prioriti atau tarikh pemfailan) PERMINTAAN UNTUK PEMERIKSAAN SUBSTANTIF/SUBSTANTIF DIUBAHSUAI (Borang 5 - RM700)/ (Borang 5A - RM450) Tiada permintaan DITARIK BALIK Diterima PEMERIKSAAN SUBSTANTIF SIJIL PEMBERIAN PATEN (Sijil - RM150/RM100) PEWARTAAN PEMBETULAN/ HUJAHAN (Tempoh diberi Tidak 3 bulan) mematuhi Akta Tidak diterima DITOLAK RAYUAN DI MAHKAMAH TINGGI (HARTA INTELEK) * Sila rujuk Manual Paten untuk prosedur terperinci. 2 4

5. Triti Kerjasama Paten (PCT) 5.1 Pengenalan Malaysia menjadi ahli PCT pada 16 Mei 2006. Triti ini yang dimeterai pada 1970. Ia terbuka kepada negara-negara anggota Konvensyen Paris bagi Perlindungan Harta Industri (1883). PCT menyediakan satu mekanisma pemfailan permohonan paten antarabangsa untuk memudahkan pemfailan paten di setiap negara ahli PCT. Permohonan PCT boleh difailkan oleh sesiapa yang merupakan warganegara atau residen kepada negara-negara anggota, di Pejabat Paten Nasional negara-negara anggota, atau ke Biro Antarabangsa (IB), WIPO di Geneva, Switzerland. Permohonan Paten antarabangsa seterusnya ini tertakluk kepada carian antarabangsa. Carian ini dijalankan oleh salah satu pejabat paten utama yang dilantik oleh WIPO sebagai Pihak Berkuasa Pencarian Antarabangsa (International Searching Authority - ISA). Keputusan carian tersebut mengandungi senarai rujukan dokumentasi yang mungkin mempengaruhi kelayakan mempaten rekacipta yang dipohon dalam permohonan antabangsa. Pada masa yang sama, ISA akan menyediakan pendapat bertulis tentang kelayakan paten bagi rekacipta itu. Maklumat terperinci mengenai PCT boleh didapati daripada laman web WIPO: www.intl/patentscope. 2 5

5.2 Carta Aliran Permohonan PCT Fail Permohonan Fail Permohonan PCT Bulan ke 12 Laporan Carian Antarabangsa Bulan ke 16 Penerbitan Antarabangsa Bulan ke 18 Permintaan Bagi Pemeriksaan Permulaan Antarabangsa Bulan ke 22 Laporan Pemeriksaan Permulaan dan Kebolehanpaten Bulan ke 28 Fasa Nasional Bulan ke 30 2 6

5.3 Permohonan Antarabangsa PCT Sistem PCT membolehkan pemohon memfailkan satu permohonan paten antarabangsa di Malaysia dan kemudian memilih sebanyak mana negara anggota kepada PCT yang mana pemohon ingin mendapatkan perlindungan. Sistem PCT adalah sistem pemfailan paten, ia bukan sistem pemberian paten. Pemberian paten adalah di bawah bidang kuasa setiap negara anggota. Tiada pemberian paten PCT atau paten antarabangsa diberikan. Di Malaysia, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bertindak sebagai Pejabat Penerima (Receiving Office). Untuk menerima pemfailan Permohonan Paten mengikut Sistem PCT permohonan PCT hendaklah mengandungi seperti berikut: Permohonan yang dikemukakan di MyIPO hendaklah di dalam Bahasa Inggeris; samada menggunakan borang PCT/RO/101 (3 salinan), atau secara permohonan elektronik (menggunakan perisian PCT-SAFE (WIPO) Perihalan rekacipta bersama tuntutan, ringkasan dan lukisan (jika ada) Fi-fi yang ditetapkan oleh Triti dan MyIPO Sila lawati laman web WIPO bagi maklumat lanjut mengenai perisian PCT-SAFE (WIPO)(http://www.wipo.intpct/en). Borang permohonan boleh diposkan terus kepada MyIPO atau melalui serahan tangan di Ibu Pejabat Kuala Lumpur, atau di mana-mana pejabat cawangan di Sabah atau Sarawak. 2 7

5.4 Fi Terdapat tiga fi utama yang mesti dibayar apabila mengemukakan permohonan. Ia adalah fi penghantaran, fi pemfailan antarabangsa dan fi carian. Fi penghantaran adalah bagi kerja-kerja yang dilakukan oleh MyIPO, fi pemfailan antarabangsa bagi kerja-kerja yang dilakukan oleh WIPO dan fi carian bagi kerja-kerja yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Pencarian Antarabangsa (ISA). MyIPO menerima fi penghantaran manakala dua fi lain akan dihantar, masing-masing ke WIPO dan ISA. Semua fi hendaklah dibayar dalam Ringgit Malaysia (RM). 5.5 Laporan Carian Antarabangsa ISA akan menjalankan carian untuk memastikan samada rekacipta tersebut baru dan menepati ujian langkah merekacipta. Keputusan ke atas carian antarabangsa dapat membantu pemohon menilai peluang mendapatkan paten di negara-negara di mana pemohon ingin mendapatkan perlindungan patennya kelak. ISA yang diakreditasi oleh MyIPO bagi carian antarabangsa adalah seperti berikut : Pejabat Harta Intelek Korea (KIPO) Pejabat Harta Intelek Australia (IP Australia) Pejabat Paten Eropah (EPO) 5.6 Penerbitan Semua permohonan akan diterbitkan 18 bulan selepas tarikh pemfailan atau tarikh prioriti, jika pemohon membuat tuntutan prioriti. WIPO mengeluarkan jurnal yang dikenali sebagai PCT Gazette, yang diterbit pada setiap minggu. Ia mengandungi halaman ringkasan bagi semua permohonan. PCT Gazette juga boleh diakses di laman web WIPO. 2 8

5.7 Pemeriksaan Permulaan Antarabangsa Pihak Berkuasa Pemeriksaan Permulaan (IPEA) akan melaksanakan pemeriksaan permulaan sekiranya pemohon memilih untuk meminta pemeriksaan permulaan antarabangsa. Pemohon hendaklah mengemukakan permintaan khusus dan hendaklah dikemukakan ke IPEA. IPEA akan mengeluarkan laporan pemeriksaan permulaan yang akan memberi pendapat kepada pemohon sama ada rekaciptanya sesuai untuk pemberian paten. IPEA yang ditentukan oleh MyIPO bagi pemeriksaan permulaan antarabangsa adalah seperti berikut: Pejabat Harta Intelek Korea (KIPO) Pejabat Harta Intelek Australia (IP Australia) Pejabat Paten Eropah (EPO) 5.8 Fasa Nasional Pemohon hendaklah memasuki fasa nasional bagi meneruskan permohonan antarabangsanya secara berasingan pada mana-mana negara-negara anggota PCT. Pemohon diberi tempoh 30 bulan dari tarikh prioriti untuk memasuki fasa nasional di Malaysia. Pemohon hendaklah mengemukakan kepada MyIPO perkara berikut: Satu salinan permohonan antarabangsa dalam Bahasa Inggeris Fi untuk fasa nasional menggunakan Borang 2A Permohonan yang memasuki fasa nasional hendaklah memenuhi syarat-syarat mengikut Akta Paten. Keputusan bagi pemberian paten adalah di bawah bidang kuasa MyIPO. 2 9

6. Fi Dan Borang Berkaitan 6.1 Bahagian I No. Perkara Fi (RM) Borang 1. 2. (a) Permintaan bagi pemberian paten (b) Tuntutan-tuntutan (i) bagi sepuluh tuntutan pertama (ii) bagi tiap-tiap tuntutan tambahan Akuan penarikan balik permohonan 200.00 Tiada 10.00 setiap tuntutan - Borang 1 Borang 2 2A. Memasuki fasa nasional (i) bagi sepuluh tuntutan pertama (ii) bagi tiap-tiap tuntutan tambahan 200.00 10.00 setiap tuntutan Borang 2A 2B. Permintaan bagi menghidupkan semula paten dibawah seksyen 78OA 500.00 bagi setiap bulan yang lewat Borang 2A 3. Permintaan bagi pemeriksaan substantif 700.00 Borang 5 4. Permintaan bagi pemeriksaan substantif yang diubahsuai 450.00 Borang 5A 5. Permintaan bagi penangguhan pemfailan permintaan bagi pemeriksaan atau pemberian maklumat - Borang 5B 6. Permintaan bagi salinan diperakui atau cabutan diperakui 50.00 Borang 5C 7. Permohonan untuk meminda Daftar 50.00 Borang 5D 8. Permintaan bagi menghidupkan semula paten yang luput 100.00 Borang 5E 9. Permintaan bagi lesen untuk mengeksploitasi rekacipta yang dipaten - Borang 5F 10. Permintaan untuk menukarkan permohonan bagi mendapatkan paten menjadi permohonan bagi mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti atau vice versa 200.00 Borang 5G 11. Permohonan bagi merekodkan penyerahhakan atau pemindahan 100.00 Borang 6 12. Permohonan bagi catatan dibuat dalam daftar bahawa mana-mana orang boleh mendapatkan suatu lesen 50.00 Borang 7 3 0

No. Perkara Fi (RM) Borang 13. Permohonan bagi pembatalan catatan dalam Daftar bahawa mana-mana orang boleh mendapatkan suatu lesen 50.00 Borang 8 14. Permintaan bagi merekodkan butir-butir kontrak lesen dalam Daftar 100.00 Borang 9 15. Permintaan bagi merekodkan habis tempoh atau penamatan kontrak lesen dalam Daftar 75.00 Borang 10 16. Permohonan bagi lesen wajib 75.00 Borang 11 17. Permintaan bagi pindaan keputusan untuk memberi lesen wajib 75.00 Borang 12 18. Permohonan bagi pembatalan lesen wajib 75.00 Borang 13 19. Permohonan bagi pemberian perakuan bagi perbaharuan utiliti 100.00 Borang 14 20. Permohonan untuk melanjutkan tempoh perakuan bagi perbaharuan utiliti 100.00 Borang 15 21. Pemintaan untuk meminda permohonan bagi pemberian paten 50.00 Borang 16 22. Permintaan untuk meminda paten 50.00 Borang 16A 23. Perlantikan atau pertukaran ejen paten - Borang 17 24. Permohonan bagi pendaftaran ejen paten 2000.00 Borang 18 25. Permohonan bagi pendaftaran sebagai calon bagi peperiksaan 100.00 Borang 18A 26. Permohonan bagi mengambil semula peperiksaan 100.00 Borang 18B 27. Permohonan bagi membaharui pendaftaran ejen paten 400.00 Borang 19 28. Pemberian alamat penyampaian 100.00 Borang 20 29. Permintaan bagi perlanjutan masa 200.00 Borang 21 3 1

6.2 Bahagian II No. Perkara Fi (RM) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Salinan paten Salinan laporan pencarian Pemeriksaan Daftar Cabutan diperakui daripada Daftar Salinan atau akuan dari pendaftar Fi bagi pemeriksaan awam maklumat yang berhubungan dengan permohonan paten Salinan cabutan apa-apa maklumat yang diperakui:- (a) bagi lima mukasurat yang pertama (b) bagi tiap-tiap mukasurat tambahan 30.00 20.00 10.00 sejam 10.00 setiap mukasurat 2.00 setiap mukasurat 10.00 sejam 100.00 setiap mukasurat 2.00 setiap mukasurat 8. 9. 10. 11. Fi tahunan bagi paten selepas di beri geran : a) bagi tahun ke - 2 b) bagi tahun ke - 3 c) bagi tahun ke - 4 d) bagi tahun ke - 5 e) bagi tahun ke - 6 f) bagi tahun ke - 7 g) bagi tahun ke - 8 h) bagi tahun ke - 9 i) bagi tahun ke - 10 j) bagi tahun ke - 11 k) bagi tahun ke - 12 l) bagi tahun ke - 13 m) bagi tahun ke - 14 n) bagi tahun ke - 15 o) bagi tahun ke - 16 p) bagi tahun ke 17 q) bagi tahun ke - 18 r) bagi tahun ke - 19 s) bagi tahun ke - 20 Surcaj bagi menghidupkan semula paten Penyerahan lesen wajib Penyerahan paten 200.00 250.00 300.00 350.00 400.00 450.00 500.00 550.00 600.00 650.00 700.00 800.00 900.00 1,000.00 1,200.00 1,400.00 1,600.00 1,800.00 2,000.00 100 % daripada fi bagi tahun yang berkenaan 60.00 60.00 3 2

No. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. Perkara Fi tahunan bagi perakuan bagi perbaharuan utility selepas di beri geran: (a) bagi tahun ke - 3 (b) bagi tahun ke - 4 (c) bagi tahun ke - 5 (d) bagi tahun ke - 6 (e) bagi tahun ke - 7 (f) bagi tahun ke - 8 (g) bagi tahun ke - 9 (h) bagi tahun ke -10 (i) bagi tahun ke - 11 (j) bagi tahun ke - 12 (k) bagi tahun ke - 13 (l) bagi tahun ke - 14 (m) bagi tahun ke -15 (o) bagi tahun ke - 16 (p) bagi tahun ke - 17 (q) bagi tahun ke - 18 (n) bagi tahun ke - 19 (r) bagi tahun ke - 20 Pendengaran Perakuan bagi pemberian paten Perakuan terhadap perbaharuan utiliti Rayuan terhadap keputusan peperiksaan Perlanjutan masa (bagi tiap-tiap bulan atau sebahagian daripada suatu bulan) Surcaj bagi fi pembayaran lewat fi tahunan Carian awam melalui komputer Cetakan komputer (Data Bibliography) Fi (RM) 120.00 160.00 160.00 200.00 200.00 240.00 240.00 280.00 400.00 600.00 700.00 800.00 1,000.00 1,100.00 1,200.00 1,300.00 1,400.00 1,500.00 100.00 150.00 100.00 200.00 setiap subjek 50.00 sebulan 100 % fi bagi tahun yang berkenaan 20.00 sejam 5.00 setiap mukasurat 21. 22. Maklumat yang dibenarkan (atas permintaan) Fi bagi menyediakan salinan permohonan antarabangsa 100.00 bagi kurang dari 10 muka surat 5.00 untuk mukasurat yang berikutnya 2.00 setiap mukasurat 3 3

6.3 Bahagian III No. 1. 2. 3. Perkara Fi penghantaran di bawah Kaedah 14 dan 19 Peraturan-peraturan di bawah Triti: (a) bagi 30 helaian pertama (b) bagi setiap helaian melebihi 30 helaian Fi bagi mengemukakan lewat terjemahan bagi maksud pencarian antarabangsa Fi bagi kelewatan terjemahan bahasa bagi dalaman penerbitan Fi (RM) 375.00 45.00 bagi setiap helaian 25% daripada fi pemfailan antarabangsa yang ditetapkan di bawah Triti 25% daripada fi pemfailan antarabangsa yang ditetapkan di bawah Triti (i) 50% daripada jumlah fi yang belum dibayar; atau (ii) Satu jumlah yang sama dengan fi penghantaran; 4. Kelewatan fi di bawah undang-undang 16 bis.2 dari peraturan dibawah perjanjian Mengikut mana-mana yang lebih tinggi dengan syarat bahawa jumlah fi pembayaran lewat tidak boleh melebihi 50% daripada fi pemfailan antarabangsa yang ditetapkan di bawah Ttriti 5. Fi bagi mematuhi kehendak nasional daripada sesuatu jemputan 100.00 3 4

7. Bayaran bagi Permohonan PCT (Mac 2009) 7.1 Bayaran Transmital Item Bayaran Transmittal bagi 30 helaian pertama Bagi setiap helaian bagi 30 mukasurat Amaun (RM) 375.00 45.00 7.2 Bayaran Pemfailan Antarabangsa Item Bayaran Pemfailan antarabangsa bagi 30 helaian pertama Amaun (RM) 4,405.00 Pengurangan a) Bayaran Pemfailan Antarabangsa dengan pengurangan jika permohonan antarabangsa diisi dalam borang elektronik di mana teks bagi pernyataan, tuntutan dan abstrak tidak dalam format character-coded. b) Bayaran Pemfailan Antarabangsa dengan pemotongan jika permohonan antarabangsa diisi dalam borang elektronik di mana teks bagi pernyataan, tuntutan dan abstrak adalah dalam format character-coded. Untuk setiap capaian bagi 30 helai 3,743.00 3,411.00 50.00 setiap helai Bayaran Pemfailan Antarabangsa dengan potongan 90% sekiranya permohonan antarabangsa diisi oleh pemohon yang biasa. a) Bayaran Pemfailan Antarabangsa dengan potongan sekiranya permohonan antarabangsa diisi dalam borang elektronik di mana teks bagi pernyataan, tuntutan dan abstrak tidak dalam format character-coded. b) Bayaran Pemfailan Antarabangsa dengan pemotongan jika permohonan antarabangsa diisi dalam borang elektronik dimana teks bagi pernyataan, tuntutan dan abstrak adalah dalam format character-coded. Untuk setiap capaian bagi 30 helai 441.00 374.00 341.00 5.00 setiap helai 3 5

7.3 Bayaran Carian Item Australia (RM) Korea (RM) EPO (RM) Bayaran Carian dibawah undang-undang 16/ 40.2 4,041.00 2,885.00 8,348.00 7.4 Dokumen Prioriti Item Amaun (RM) Amaun Tetap (5 helai pertama) 500.00 Bagi setiap helaian tambahan 2.00 setiap helai 8. Klasifikasi Paten Antarabangsa (IPC) Seksyen A: Seksyen B: Seksyen C: Seksyen D: Seksyen E: Seksyen F: Seksyen G: Seksyen H: Keperluan Manusia Pelaksanaan Operasi, Pengangkutan Kimia, Logam Tekstil, Kertas Binaan Tetap Kejuruteraan Mekanikal, Cahaya, Haba Fizik Elektrik 3 6

9. Contoh Borang Permohonan Paten (Borang1) 3 7

3 8

* Delete whichever does not apply ** Type name under signature and delete whichever does not apply 3 9

10. Pejabat Pendaftaran Paten Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan paten atau perbaharuan utiliti di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di Kuala Lumpur atau di pejabat cawangan di Sabah dan Sarawak. Permohonan, surat-menyurat dan pertanyaan hendaklah dimajukan kepada: Ibu Pejabat Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Tingkat 32, Menara Dayabumi, Jalan Sultan Hishamuddin, 50623 Kuala Lumpur. No. Telefon : 603-2263 2100 (Operator) : 603-2274 5113 (Meja Bantuan) : 603-2263 2198/2199 (Perkhidmatan Kaunter) No. Faks : 603-2274 1332 E-mel Korporat : general@myipo.gov.my Cawangan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Cawangan Sarawak), Lot 9936, (Sub Lot 5), Tingkat 3, Queen s Court, Block E, Jalan Wan Alwi, 93350 Kuching, Sarawak. No. Telefon : 6082-459075 No. Faks : 6082-455052 Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Cawangan Sabah), Tingkat 6, Blok C, Kompleks KUWASA, 49, Jalan Karamunsing, 88000 Kota Kinabalu, Sabah. No. Telefon : 6088-233571 No. Faks : 6088-257046 4 0