Budaya Membaca Dalam Kalangan Pelajar Pelajar 4 SPH Program Khas Pensiswazahan Guru Universiti Teknologi Malaysia

Similar documents
A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

How To Get A Job At A Bank

Katakunci : penilaian kokurikulum

Katakunci : faktor, pemilihan bidang keusahawanan

Katakunci : alat bantu mengajar (ABM), guru teknikal

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

Katakunci : masalah, guru Pendidikan Khas program Integrasi, pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup

Katakunci : tahap stress, tahap kepuasan kerja, pensyarah UTM

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

SUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK: SEJAUHMANAKAH HUBUNGAN INI RELEVAN?

Katakunci : gaya komunikasi, guru besar, komitmen guru,

Katakunci : kadar denyutan jantung, tahap dehidrasi, atlet larian jarak dekat

How To Learn To Learn From A Computer

Katakunci : kefahaman murid, konsep jirim

Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Di Kalangan Guru-Guru Ketua Panitia Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Daerah Kulim Bandar Baharu

Kata kunci: kesihatan mental; pengetahuan; sosio-demografi; kempen komunikasi ABSTRACT

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Katakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0. Pengenalan

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL

Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan

Tingkah Laku Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak. oleh. Mahadi bin Hj. Khalid Institut Perguruan Batu Lintang

TAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH

CORAK KOMUNIKASI KELUARGA DALAM KALANGAN KELUARGA MELAYU DI TERENGGANU

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

TOPIK 1 Konsep Pengukuran dan Skala Pengukuran

Communication, Universiti Sains Malaysia, Penang. 2 Kamaliah Haji Siarap is a Lecturer at the School of Communication,

K-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN

Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 29 47, 2008

Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Ilmu Faraid

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan Prasarana yang Disediakan di Politeknik Banting Selangor bagi Sesi Disember 2012

SPA BEAUTY MANAGEMENT SYSTEM NAJIHAH BINTI RUSSLI

Dimensi Amalan Etika Profesion

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidiikan PKPGB 2008, 16 Oktober 2008, UTHM.

Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Januari 2014, Bil. 2 Isu 1

Katakunci : kecergasan kardiovaskular, daya tahan otot kaki, latihan simulasi haji dan umrah.

PRODUCTIVITY IMPROVEMENT VIA SIMULATION METHOD (MANUFACTURING INDUSTRY) HASBULLAH BIN MAT ISA

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan

DEPARTMENT OF ESTATE -MANAGEMENT FACULTY OF ARCHITECTURE, PLANNING AND SURVEYING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CURRENT TRENDS AND PRACTICES IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT: A CASE STUDY IN YTL POWER SERVICES SDN. BHD.

Komunikasi Interpersonal Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Melaka

Manpower Planning Utilizing Work Study at Data Storage Manufacturing Company

KAJIAN PUNCA, RISIKO MEROKOK DAN SUMBANGAN MEROKOK TERHADAP PENAGIHAN BAHAN. SATU KAJIAN DI PUSAT GIAT MARA BUKIT PAYONG, MARANG, TRENGGANU

HAJI MOHD NOR BIN JAAFAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

BAB 3 METODOLOGI. Bab ini membincangkan tentang reka bentuk penyelidikan, kaedah. penyelidikan, populasi dan sampel, instrumen dan kesahan serta

THE RELATIONSHIP BETWEEN HUMAN RESOURCE INFORMATION SYSTEM (HRIS) AND HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (HRM) ALFRED PUN KHEE SEONG

RFID BASED SYSTEMATIC STUDENT S ATTENDANCE MANAGEMENT SYSTEM HANISAH BINTI HAMID. Faculty of Electrical and Electronic Engineering

Teori Kepemimpinan: Teori Trait dan Tingkahlaku. Dr. Foo Say Fooi

CHE ZANARIAH CHE HASSAN FADZILAH ABD RAHMAN

Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): HASNAH TORAN, MOHD. HANAFI MOHD. YASIN, MOHD. MOKHTAR TAHAR & NORANI SALLEH

IMPACT OF SELF-CORRECTION ON EXTROVERT AND INTROVERT STUDENTS IN THE EFL WRITING PROGRESS REZA HAJIMOHAMMADI

DEVELOP AND DESIGN SHEMATIC DIAGRAM AND MECHANISM ON ONE SEATER DRAG BUGGY MUHAMMAD IBRAHIM B MD NUJID

NOOR HANIRA BINTI MAHIDIN

AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

KAJIAN TENTANG KEPUASAN BEKERJA DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS (A STUDY ON JOB SATISFACTION AMONG SPECIAL EDUCATION TEACHERS)

Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor.

THE FACTORS THAT HINDER THE INTENTION OF BUSINESS MANAGEMENT GRADUATE TO CHOOSE ENTREPRENEUR AS THEIR CAREER NURUL HAZLYANA BINTI NOR AZLI

HUBUNGAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DAN PENERIMAAN MESEJ DAKWAH

KEPENTINGAN KEFAHAMAN KONSEP DALAM MATEMATIK

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE NATURE OF HUMAN RESOURCE MANAGEMENT AND ORGANIZATIONAL CHANGE IN MALAYSIAN SMALL AND MEDIUM SIZED ENTERPRISES (SMES)

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

PENDEKATAN P-P FIT DALAM PROSES PEMILIHAN CALON GURU DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM DI MALAYSIA

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS DALAM KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR WAN NOREHAN BINTI WAN MAMAT

How To Get A Better At Pengajaran

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

HUBUNGAN KEPUASAN KOMUNIKASI DENGAN KOMITMEN TERHADAP ORGANISASI DI KALANGAN PEKERJA TEKNIKAL: KAJIAN KES DI FLEXTRONICS INTERNATIONAL, SENAI, JOHOR.

Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 33 51, 2010

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

KEINOVASIAN ORGANISASI DI INSTITUSI PENYELIDIKAN AWAM

KAJIAN TERHADAP STRES DIKALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH DI ZON PERMAS JAYA, JOHOR BAHRU DARI ASPEK PERSONALITI NOORNAZIFAH BINTI MD SUANDI

Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di kalangan Guru Sekolah Bestari

KAJIAN TERHADAP PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM TINGKAH LAKU MEMBELI DI KALANGAN PENNGUNA: KAJIAN KES DI JOHOR BAHRU.

Keperluan Latihan Berbentuk Kursus Untuk Guru Besar Lokman Bin Mohd. Tahir & Chua Lay Kah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

KAJIAN HUBUNGAN KAUM DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH PEMBANGUNAN SOSIAL, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Tahap kefahaman ekopelancongan dalam kalangan komuniti lokal di Lata Jarum, Raub, Pahang

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Kajian Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan Perpustakaan Universiti Awam di Malaysia

Penggunaan Peta Minda oleh Pelajar Pintar Cerdas dalam Pembelajaran Sejarah (The Use of Mind Maps by Gifted Students in Learning History)

BAB EMPAT METODOLOGI KAJIAN

Pengaruh Kepimpinan Pentadbir Sekolah Terhadap Pembelajaran Pelajar : Peranan Efikasi Kolektif Guru Sebagai Mediator

M2-2: Rancangan dan Cadangan Penyelidikan Tindakan MTE3113: PENYELIDIKAN TINDAKAN

A STUDY OF SECURITY LIMITATIONS IN VIRTUAL LOCAL AREA NETWORK IMPLEMENTATION

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE EFFECT OF COMPUTER-BASED MUSIC EDUCATION SOFTWARE ON THE IDENTIFICATION OF NOTE-NAMES

STRATEGI MEMBINA DAN MENGEKALKAN HUBUNGAN ANTARA KERAJAAN DENGAN RAKYAT MELALUI LAMAN SESAWANG

Marketing Analysis of the Higher Education Service Sector in Malaysia: Consumer Perspective

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

UNIT 5 PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN

Transcription:

Budaya Membaca Dalam Kalangan Pelajar Pelajar 4 SPH Program Khas Pensiswazahan Guru Universiti Teknologi Malaysia Yusof Bin Boon & Mohd Sahlan Bin Salamat Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk meninjau budaya membaca dalam kalangan pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, Program Khas Pensiswazahan Guru, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Skop kajian ini melibatkan tiga aspek iaitu kajian ke atas faktor dalaman iaitu dari segi sikap pelajar, faktor luaran serta sokongan seperti faktor ibu bapa, faktor pensyarah, faktor rakan sebaya dan faktor kemudahan perpustakaan kearah pemupukan budaya membaca serta penggunaan sumber bahan bacaanyang dipilih oleh pelajar. Seramai 97 orang responden yang terlibat dalam penyelidikan ini. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 4 SPH PKPG. Data dikumpul dengan menggunakan instrument soal selidik dan dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for Social Sciences versi 14.0. Penganalisisan dibuat secara kaedah statistik deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian menunjukkan tahap pelajar-pelajar terhadap budaya membaca berada di tahap yang sederhana. Dalam meningkatkan pemupukan budaya membaca di kalangan pelajar-pelajar, faktor dalaman adalah memainkan peranan yang penting. Di samping itu juga faktor luaran seperti faktor ibu bapa adalah faktor yang utama dalam mendorong pelajar minat terhadap membaca. Katakunci: budaya membaca, Program Khas Pensiswazahan Guru Pengenalan Menurut Mohd Zubil (1997), bagi mewujudkan budaya masyarakat yang suka membaca, masyarakat itu sendiri perlu mempunyai nilai suka kepada ilmu pengetahuan di dalam menjalani kehidupan seharian. Ini adalah kerana ilmu atau pengetahuan yang berfungsi sebagai pelengkap sering kali diabaikan. Dalam zaman ledakan maklumat, pemilihan bahan bacaan yang sesuai dengan keperluan perkembangan ikhtisas diri amatlah penting. Oleh yang demikian, lebih banyak seseorang membaca lebih discriminating si pembaca itu (Suhaimi, 1998). Pernyataan Masalah Persoalan yang timbul apakah tahap budaya membaca di kalangan pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru, Universiti Teknologi Malaysia? Sebagai aset terpenting negara, mereka harus bersedia dan peka terhadap perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling. Malah bertanggungjawab untuk pembangunan kemajuan negara dan ianya merupakan amanah yang sangat berat perlu dipikul. Maka, kajian ini cuba mengupas tahap budaya membaca dari segi faktor dalaman iaitu sikap pelajar. Seterusnya melihat kepada perbezaan yang wujud dalam aspek budaya membaca dari segi faktor-faktor dalaman, penggunaan sumber bahan bacaan dan faktor-faktor luaran yang mempengaruhi budaya membaca di kalangan pelajar. Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah seperti berikut :

i. Meninjau tahap budaya membaca di kalangan pelajar yang dilihat dari segi faktor dalaman iaitu sikap pelajar. ii. Mengenal pasti faktor-faktor luaran yang mempengaruhi budaya membaca di kalangan pelajar. iii. Mengenal pasti penggunaan dan pemilihan bahan bacaan yang diminati oleh pelajar. Kepentingan Kajian Hasil kajian ini dapat memberi gambaran mengenai tahap budaya membaca di kalangan pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Universiti Teknologi Malaysia. Kelangsungan daripada itu, ianya dapat melihat perbezaan tahap budaya membaca yang wujud dikalangkan pelajar. Ianya juga turut menyumbang kepada usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh Kementerian Pendidikan bagi menangani masalah pelajar yang bakal bergelar mahasiswa bagi mengatasi krisis keintelektualan mahasiswa kelak akibat hilangnya pemupukan budaya membaca di kalangan mereka. Oleh yang demikian, pihak Kementerian Pendidikan perlu memikirkan semula kaedah untuk membantu Negara dalam melahirkan masyarakat yang berilmu serta menghasilkan pelajar dan masyarakat yang mengamalkan budaya membaca. Skop Kajian Skop kajian ini adalah meliputi tiga aspek iaitu aspek faktor dalaman, aspek penggunaan sumber bahan bacaan dan aspek faktor luaran yang mempengaruhi pemupukan budaya membaca. Dari segi aspek faktor dalaman ianya melibatkan kajian terhadap sikap pelajar seperti minat dan tujuan membaca, aspek kewangan, skop pembacaan dan kemahiran membaca yang dimiliki oleh pelajar. Manakala dan segi aspek penggunaan sumber bahan bacaan, kajian dibuat terhadap kekerapan dan kecenderungan pemilihan bahan bacaan. Seterusnya dan segi aspek faktor luaran pula, ianya melibatkan kajian ke atas faktor dorongan keluarga, pensyarah, rakan sebaya dan kemudahan perpustakaan yang mempengaruhi pemupukan budaya membaca di kalangan pelajar. Akhirnya, kajian dilakukan dengan melihat aspek budaya membaca di kalangan pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Program Khas Pensiswazahan Guru, Universiti Teknologi Malaysia. Metodologi Populasi dan Sampel Kajian Kepentingan pengenalpastian sesuatu populasi kajian amat penting dalam sesuatu penyelidikan. Populasi dapat menentukan ruang lingkup bidang kajian yang hendak dikaji dan skop masalah yang perlu dikaji. Menurut Mohd. Majid (2000) populasi sebagai satu set ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek. Populasi dalam kajian ini ialah pelajar Tahun 4 SPH PKPG Kemahiran Hidup di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Hanya seramai 97 orang sahaja yang dipilih secara rawak mudah daripada bilangan populasi seramai 130 orang. Mengikut jadual purata saiz sampel berdasarkan populasi Krejcie dan Morgan (1970), pemilihan sampel yang boleh diambil iaitu 97 orang memadai bagi mewakili keseluruhan populasi yang berjumlah 130 orang. Instrumen Kajian Instrumen kajian digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini diedarkan kepada responden. Menurut Oppenheim (dalam Mohammad Najib, 1999), kaedah memperolehi data melalui soal selidik mampu mengukur konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi dan pandangan selain daripada keterangan latar belakang. Kaedah ini dipilih kerana ia merupakan kaedah yang paling mudah dan murah serta dapat menjimatkan masa.

Selain itu, Jones(1996) menyatakan bahawa penggunaan soal selidik sebagai instrumen kajian adalah lebih sesuai kerana ianya lebih mudah mendapat kerjasama daripada responden serta kaedah soal selidik amat sesuai digunakan di dalam kajian berbentuk tinjauan. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian seperti berikut : Bahagian A : Maklumat peribadi dan latar belakang responden. Bahagian B : Sikap pelajar terhadap membaca. : Dorongan ibu bapa, pensyarah, rakan sebaya dan kemudahan perpustakaan dalam budaya membaca. : Bahan bacaan yang diminati oleh pelajar untuk dibaca. Bagi Bahagian A, pengkaji menggunakan kaedah multiple choice. Manakala untuk Bahagian B pula, pengkaji akan menggunakan Skala Likert. Skala Likert sesuai digunakan dalam kajian kerana menurut Wierman (1995), ia merupakan satu inventori sikap yang melibatkan perasaan individu terhadap sesuatu idea, prosedur dan institusi sosial. Ia juga boleh digunakan sebagai bahan pengukur dan mengawal persoalan yang dikemukakan selaras dengan persoalan kajian bagi mendapatkan keputusan bagi menjawab persoalan kajian ini. Skala ini meliputi lima nilai jawapan yang dikemukakan dalam bentuk skala ordinal antara 1 hingga 5. Responden yang menjawab sangat tidak setuju dan tidak setuju, diyakini berpendirian teguh terhadap pernyataan manakala pernyataan tidak pasti diyakini tidak berpendirian teguh terhadap kenyataan yang dikemukakan. Responden yang menjawab setuju dan sangat setuju juga diyakini berpendirian teguh terhadap pernyataan. Kajian Rintis Kajian rintis dijalankan adalah bertujuan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan item-item dalam borang soal selidik. Di samping itu, ianya juga dapat menentukan sama ada soalan yang dikemukakan adalah sesuai mengikut susunan dan urutan yang logik serta dapat menjawab objektif kajian. Kajian ini dijalankan sebelum satu kajian sebenar dilaksanakan. Menurut Gronlund & Linn (1990), kebolehpercayaan menunjukkan ketekalan dan darjah keyakinan kita kepada keputusan yang diperolehi. Pengkaji menggunakan ujian Alpha Cronbach kerana menurut Mohd Najib (1999), ujian ini akan memberikan suatu koefisien atau pekali kebolehpercayaan yang menunjukkan item-item kajian berhubung antara satu sama lain. Jika nilai menghampiri 1 bermakna kebolehpercayaan adalah tinggi, baik, berkesan dan jika nilai melebihi 0.8 ia adalah sangat baik manakala nilai 0.6 hingga 0.7 ianya boleh diterima. Kajian rintis ini dijalankan terhadap 10 orang pelajar Tahun 3 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Program Khas Pensiswazahan Guru. Nilai pekali ini lebih tinggi dari nilai 0.6 dan pengkaji tidak perlu memperbaiki instrumen soal selidik. Di sini dapat disimpulkan bahawa instrumen yang digunakan mempunyai nilai koefisien kebolehpercayaan yang tinggi serta mempunyai perkaitan yang jelas dan nyata. Keputusan Jadual 1 menunjukkan purata min keseluruhan bagi faktor minat, ibu bapa, pensyarah, rakan sebaya dan kemudahan perpustakaan yang mendorong pelajar dalam membudayakan membaca. Hasil kajian menunjukkan purata min keseluruhan bagi setiap faktor ialah 3.31, iaitu berada di tahap sederhana.

Berdasarkan Jadual 1, didapati melalui sikap pelajar sendiri yang dapat membantu pelajar-pelajar dalam memperkasakan budaya membaca di mana daripada analisis dapatan kajian didapati sikap pelajar terhadap membaca mempunyai nilai min yang tertinggi iaitu dengan min 3.62. Peranan ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam membantu pelajar-pelajar membudayakan membaca dengan min sebanyak 3.41. Di samping itu, peranan pensyarah dengan nilai min 3.39 sebagai pendidik juga dapat mendorong pelajar dalam membudayakan membaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan serta mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan dalam pengajian yang telah diikuti. Kemudahankemudahan yang disediakan di perpustakaan seperti kempen-kempen membaca serta bahan-bahan bacaan juga dapat membantu pelajar-pelajar dalam memperkasakan budaya membaca. Jadual 1: Purata Min Keseluruhan Bagi Setiap Faktor Perbincangan Globalisasi yang berlaku mutakhir ini mempunyai potensi besar sebagai cabaran utama masyarakat dunia. Maka warga pendidikan termasuk pelajar dan pensyarah harus mempersiapkan diri mereka dengan kepelbagaian ilmu pengetahuan supaya mereka tidak tersisih dari perkembangan mutakhir ini kerana ianya memberi kesan signifikan dari segi spirituil, sosial, ekonomi dan politik. Sebagai langkah utama pemupukan budaya membaca perlu diteruskan kerana ilmu yang diperolehi melalui amalan membaca amat berharga. Ilmu pengetahuan merupakan satu keperluan hidup. Ia mampu membuatkan seseorang itu memperolehi ilmu, imaginasi, maklumat dan kematangan minda. Oleh yang demikian, kesedaran tentang pentingnya budaya membaca adalah titik tolak utama ke arah menjayakan pemupukan budaya membaca di kalangan. Maka, strategi-strategi tertentu perlu dilakukan dari sekarang supaya pelajar-pelajar tidak lagi menjadikan amalan membaca sebagai suatu yang membosankan dan ianya sebagai langkah mengatasi masalah keintelektualan pelajar yang bakal bergelar mahasiswa supaya kegersangan buah pemikiran tidak berlaku dikalangan bakal-bakal mahasiswa kelak. Walaupun jika diteliti dan disoroti, isu malas membaca merupakan isu yang sudah lama diperkatakan, namun setidak-tidaknya kita perlu menganjakkan pemikiran kita untuk terus mengatasi belenggu permasalahan ini dan bukan semata-mata berdiam diri kerana budaya membaca adalah budaya turun temurun yang sukar dilenyapkan. Sesungguhnya generasi masa depan adalah bergantung kepada corak perlaksanaan kita pada hari ini. Sebagai generasi pelapis kepada pemimpin masyarakat, pelajar-pelajar harus menghayati budaya membaca. Berdasarkan dapatan kajian, didapati, majoriti daripada responden minat untuk membaca dengan skor min adalah pada tahap sederhana. Tetapi malangnya sebahagian besar daripada responden iaitu majoriti daripada pelajar membudayakan pembacaan bercorak bacaan ringan seperti komik, majalah hiburan, novel dan sebagainya. Ini menyebabkan kegagalan dalam melahirkan insan yang bersifat

functional literacy iaitu tidak dapat dicabar dari sudut kebenaran, kesahihan dan nilai intelektual kerana bahan yang paling diminati adalah berbentuk bahan ringan, picisan dan hiburan. Kelangsungan daripada itu, adalah perlu diwujudkan usaha-usaha bagi semua pihak untuk sama-sama menyuburkan lagi proses peningkatan budaya membaca agar dapat melahirkan kalangan pelajar yang ketagih buku serta penerapan sikap minat membaca dikalangan pelajar. Pelajar harus menjadikan budaya membaca sebagai satu keperluan kerana negara berkehendakkan tenaga kerja yang berilmu dan bukan sekadar pekerja yang bermaklumat. Sesungguhnya, bangsa yang menguasai ilmu dan menggunakan ilmu dengan baik, akan memerintah dunia. Rumusan Kesimpulannya, usaha sama antara kerajaan, organisasi swasta, dan masyarakat seluruhnya amat penting dalam usaha untuk memupuk minat membaca di kalangan pelajar-pelajar selaku pewaris masa depan Malaysia. Tiada gunanya jika kerap beresolusi, berbincang mencari penyelesaian jika pengimlementasiannya tidak dijalankan secara sistematik dan meluas. Rujukan Abdullah Abdul Karim (Februari 2001). Mahasiswa dan Krisis Intelektual. Massa. 62-63. Ahmad Mohamad Said (1998). Budaya Membaca. dilayari melalui http://www2.moe.gov.my/~bpg/jendela8.htm. pada Januari 11, 2002. Anwar Ibrahim (1997). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Amalan Membaca di Kalangan Guru-Guru Pelatih. dalam Suhaili Bohari dan Abdul Mutalib Abdul Hamid (1990). Jurnal Maktab Perguruan Rajang Sarawak. 4. 15-24. Best, J.W and Khan. J.V (1998). Research in Education. Masasachuchets: Allyn & Bacon. Cohen, L. and Manion, L. (1985). Research Methods in Education. Landon: Croom- Helm. Durkin, D.R (1996). Children Who Read Early. New York: Teachers College Press. Faisal Tehrani (Mei 2002). Kampus Ketandusan Budaya Membaca. MINDA. 35-37. Jack, R.F and Norman, E.W (1996). How To Design and Evaluate Research in Education. 3 rd. ed. United State Of America: McGraw-Hill. Jones, K.H, Womble, M. and Searcy, C.A (1996). T & I Education Students. Perceptions Of Cources. Journal Of Industrial Teacher Education. 34. 82 101. Huzaimi Baharudin (Jun 2002). Membetulkan Persepsi Membaca. Massa. 62 63. Jufri Joha (Mei 2002). Mahasiswa Melayu dan Budaya Membaca. Tamadun. 12-13. Landell, K. (1997). Management by Menu. Landon: Wilay and Sms Inc.

M Noor Azman dan Mohd Nor Abdul Ghani (1982) Membina Kecekapan Membaca dan Memupuk Tabiat Membaca. dalam Seminar Gerakan Membaca Negeri Terengganu 1982. Mahathir Mohamad (20 April 2001). Pendidikan Penentu Kejayaan Bangsa, Negara. Utusan Malaysia. Mc Cormick (1977), Kantos (1986) dan Taele (1986). Minat dan Pencapaian : Wujudkan Hubungan Bagi Meksnisma Bacaan. dalam Abd. Latif dan Norin Fauziah Yaakob (1992). Jurnal Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. 8. 5 10. Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Zubil Bahak (Ogos 1997). Pelajar Kurang Pendedahan Terhadap Kemahiran Membaca. Dewan Masyarakat. 14 15. Muhammad Muhd. Taib (1996). Melayu Baru. Selangor: Visage Communication. Nordin Achie (1998). Insomnia Universiti dan Igauan Mahasiswa. Tamadun. 36-39. Norma Abu Saman (1988). Buku Panduan Perpustakaan Di Rumah. Perbadanan Perpustakaan Malaysia. Pharol Mohd Juoi (Mei 1998). Kelesuan Budaya Ilmu : Budaya Membaca Wajar Dipupuk Sejak Kecil. Dewan Masyarakat. 41 43. Radzuan Abd. Kadir (1997). Teknik dan Strategi Ke Arah Pembacaan Yang Berkesan. Jurnal Pendidikan Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. 1-9. Razali bin Ismail (1991). Strategi Galakan Membaca Peranan Ibu bapa. dalam Seminar Galakan Membaca Negeri Terengganu 1991.