Penggunaan Teknologi dalam Mengajar Sains di Sekolah Rendah

Similar documents
PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

How To Learn To Learn From A Computer

Katakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0. Pengenalan

How To Get A Job At A Bank

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL

Katakunci : alat bantu mengajar (ABM), guru teknikal

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran

Katakunci : kefahaman murid, konsep jirim

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Di Kalangan Guru-Guru Ketua Panitia Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Daerah Kulim Bandar Baharu

Katakunci : penilaian kokurikulum

Katakunci : masalah, guru Pendidikan Khas program Integrasi, pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup

CHE ZANARIAH CHE HASSAN FADZILAH ABD RAHMAN

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

MASTER S PROJECT REPORT SUMMARY

TAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di kalangan Guru Sekolah Bestari

KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR PENCAPAIAN AKADEMIK RENDAH BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN 4

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

SPA BEAUTY MANAGEMENT SYSTEM NAJIHAH BINTI RUSSLI

Katakunci : tahap stress, tahap kepuasan kerja, pensyarah UTM

Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): HASNAH TORAN, MOHD. HANAFI MOHD. YASIN, MOHD. MOKHTAR TAHAR & NORANI SALLEH

KESAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR VISUAL DALAM PENGAJARAN SUBJEK SAINS TAHUN TIGA. Oleh. Christopher Lu Wei Wang

HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT

AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

KEPENTINGAN KEFAHAMAN KONSEP DALAM MATEMATIK

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Katakunci : gaya komunikasi, guru besar, komitmen guru,

Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor.

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Ilmu Faraid

KAJIAN TENTANG KEPUASAN BEKERJA DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS (A STUDY ON JOB SATISFACTION AMONG SPECIAL EDUCATION TEACHERS)

THE RELATIONSHIP BETWEEN HUMAN RESOURCE INFORMATION SYSTEM (HRIS) AND HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (HRM) ALFRED PUN KHEE SEONG

Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 33 51, 2010

RFID BASED SYSTEMATIC STUDENT S ATTENDANCE MANAGEMENT SYSTEM HANISAH BINTI HAMID. Faculty of Electrical and Electronic Engineering

Komunikasi Interpersonal Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Melaka

SUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK: SEJAUHMANAKAH HUBUNGAN INI RELEVAN?

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

SWAY REDUCTION ON GANTRY CRANE SYSTEM USING DELAYED FEEDBACK SIGNAL (DFS) NORASHID BIN IDRUS

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

Feasibility of Teaching Public Relations Courses Through E-Learning: A Case Study in Malaysia

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

Communication, Universiti Sains Malaysia, Penang. 2 Kamaliah Haji Siarap is a Lecturer at the School of Communication,

LEARNING MANAGEMENT SYSTEM(LMS) AND COURSE MANAGEMENT SYSTEM(CMS)

K-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidiikan PKPGB 2008, 16 Oktober 2008, UTHM.

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Julai 2013, Bil. 1 Isu 3

Kata kunci: kesihatan mental; pengetahuan; sosio-demografi; kempen komunikasi ABSTRACT

CORAK KOMUNIKASI KELUARGA DALAM KALANGAN KELUARGA MELAYU DI TERENGGANU

Teknologi Mudah Alih Dalam Pembelajaran Kolaboratif

How To Get A Better At Pengajaran

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA PENGAMBILAN FEBRUARI 2016

Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 29 47, 2008

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Katakunci : kadar denyutan jantung, tahap dehidrasi, atlet larian jarak dekat

A STUDY OF SECURITY LIMITATIONS IN VIRTUAL LOCAL AREA NETWORK IMPLEMENTATION

Manpower Planning Utilizing Work Study at Data Storage Manufacturing Company

Identifikasi Psikomotor, Kognitif, Sosioemosi dan Bahasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah Menggunakan Pendekatan Belajar Melalui Bermain

IMPACT OF SELF-CORRECTION ON EXTROVERT AND INTROVERT STUDENTS IN THE EFL WRITING PROGRESS REZA HAJIMOHAMMADI

Katakunci : faktor, pemilihan bidang keusahawanan

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

Penggunaan Peta Minda oleh Pelajar Pintar Cerdas dalam Pembelajaran Sejarah (The Use of Mind Maps by Gifted Students in Learning History)

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Januari 2014, Bil. 2 Isu 1

PRODUCTIVITY IMPROVEMENT VIA SIMULATION METHOD (MANUFACTURING INDUSTRY) HASBULLAH BIN MAT ISA

JOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING. A thesis submitted in partial fulfillment of. the requirements for the award of the degree of

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

SMART SHOES CHARGER TAN CHEE CHIAN

Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan

KEBERKESANAN NYANYIAN MELODI RIA UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT NAMA 10 MALAIKAT BAGI MURID TAHUN 2 DELIMA SK KAMPUNG GEMUROH

STRATEGI MEMBINA DAN MENGEKALKAN HUBUNGAN ANTARA KERAJAAN DENGAN RAKYAT MELALUI LAMAN SESAWANG

TN. MOHD FAKHRUZZAMAN B. TN ISMAIL

FAKTOR, KESAN DAN STRATEGI MENANGANI PERMASALAHAN KURANG TUMPUAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DALAM KELAS: SUATU KAJIAN KUALITATIF

BENGKEL INOVASI PEDAGOGI. Penyelesaian Masalah Matematik Sekolah Rendah dengan Menggunakan Strategi Melukis Gambar Rajah. oleh

Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah: Komitmen Guru

PENILAIAN PETA MINDA BUZAN BERDASARKAN RUBRIK ANALITIK

HAJI MOHD NOR BIN JAAFAR

Tingkah Laku Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak. oleh. Mahadi bin Hj. Khalid Institut Perguruan Batu Lintang

Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar

BAB EMPAT METODOLOGI KAJIAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA DEVELOPMENT OF PROTOTYPE SCHEDULING AND SEQUENCING SOFTWARE FOR JOB SHOP MANUFACTURING IN SHEET METAL FABRICATION

DEPARTMENT OF ESTATE -MANAGEMENT FACULTY OF ARCHITECTURE, PLANNING AND SURVEYING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PENGESAHAN DAN PENGGUNAAN UJIAN MATEMATIK TAHUN EMPAT SEKOLAH RENDAH : ANALISIS RASCH ROSMAWATI MUSA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

STRUKTUR, STRATEGI DAN PRESTASI PENGURUSAN FASILITI

Kemudahan Capaian dan Penggunaan e-kerajaan di Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE EFFECT OF COMPUTER-BASED MUSIC EDUCATION SOFTWARE ON THE IDENTIFICATION OF NOTE-NAMES

PENGHARGAAN. Ribuan terima kasih kepada Dr. Soib Taib selaku penyelia projek ini yang banyak membimbing serta memberi nasihat sepanjang projek ini.

PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: PERKEMBANGAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM ILMU PENDIDIKAN DI MAKTAB PERGURUAN, TAHUN 1957 HINGGA1986

Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti

Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan Prasarana yang Disediakan di Politeknik Banting Selangor bagi Sesi Disember 2012

DEVELOP AND DESIGN SHEMATIC DIAGRAM AND MECHANISM ON ONE SEATER DRAG BUGGY MUHAMMAD IBRAHIM B MD NUJID

DESIGNING A PEPPER HARVESTER END EFFECTOR TIONG ING HO. This project is submitted in partial fulfillment of

Transcription:

Penggunaan Teknologi dalam Mengajar Sains di Sekolah Rendah Zurina binti Yasak Fakulti Pendidikan Teknikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Parit Raja, Batu Pahat, Johor 019-7555290 07-4541050 zurina@uthm.edu.my Shamsudin bin Yamhari Sek Keb Taman Mount Austin Jalan Mutiara Emas 2/1 Taman Mount Austin, Johor Bahru 07-3572590 sham9794@yahoo.com.my Dr Ahmad bin Esa Fakulti Pendidikan Teknikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Parit Raja, Batu Pahat, Johor 019-7677349 07-4541050 ahmad@uthm.edu.my Pembelajaran menggunakan teknologi sering dibahaskan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa. Penggunaannya di dalam kelas adalah pelengkap kepada penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kajian ini dijalankan bagi mengetahui kekerapan, kelemahan dan impak penggunaan teknologi di dalam kelas bagi pelajar-pelajar sekolah rendah. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif yang mana instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik, log penggunaan CD dan borang pemantauan pengajaran dan pembelajaran guru. Seramai 148 orang responden yang terdiri daripada guru-guru sains daripada 18 buah sekolah rendah Zon Johor Jaya Daerah Pasir Gudang diambil. Dapatan menunjukkan bahawa tahap kekerapan penggunaan teknologi masih di tahap sederhana manakala beberapa kelemahanan atau kekangan dikesan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi. Keputusan kajian ini boleh digunakan untuk dibandingkan dengan guru-guru yang mengajar mata pelajaran lain. Sub tema: Innovasi dalam pendidikan guru

Pengenalan Perkembangan media elektronik di negara-negara maju adalah didorong oleh kepentingan teknologi maklumat dan ilmu pengetahuan. Impak daripada perkembangan yang menggalakkan ini, komputer tidak lagi dianggap sebagai bahan mewah atau simbol kemewahan tetapi dianggap sebagai satu perkakasan yang menjadi keperluan hidup bagi individu, guru dan masyarakat untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan pelbagai maklumat terkini yang amat berguna dalam kehidupan seharian. Toffler (1980) dan Naisbitt (1982) menyatakan bahawa komputer dan perisian telah diberikan gelaran sebagai the wave of the future. Gelaran ini membawa kepada wujudnya istilah Information and Communication Technology (ICT). Semua negara terutamanya negara-negara membangun berlumbalumba untuk menguasai bidang ICT yang dilihat sebagai satu landasan untuk memperkenalkan negara masing-masing dengan perkongsian maklumat yang lebih cepat dan tepat. Suasana ini menekan manamana kerajaan di negara membangun untuk memiliki pekerja-pekerja mahir dalam bidang ICT. Perubahan ini memaksa bidang pendidikan direncana semula agar dapat memenuhi keperluan negara. Penggunaan teknologi di dalam kelas perlu diberi perhatian sewajarnya. Sekolah-sekolah mula diberikan sejumlah peruntukan untuk membina makmal komputer. Persekitaran pembelajaran mula berubah. Ramai guru dihantar untuk menghadiri kursus bagi memahirkan diri untuk mengendalikan kelas menggunakan bantuan ICT. Hilary (1991) menegaskan bahawa komputer dapat membantu guru melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kenyataan tersebut memperkukuhkan lagi keperluan guru untuk mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pada peringkat asas dalam mengendalikan perkakasan dan perisian komputer sebelum mereka dapat menghasilkan kaedah pengajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Banyak kajian menyatakan kebaikan dalam penggunaan komputer dalam kelas, namun tidak semua kajian memberikan hasil dapatan yang positif. Laurillard (1992) menyatakan bahawa pembelajaran berasaskan komputer akan dapat meningkatkan pemahaman konsep teoritikal. Penggunaan simulasi dan bantuan komputer dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajaran dengan mudah. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains merupakan satu pengalaman yang seronok dan mencabar bagi setiap murid. Bagi menepati tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik P&P serta latihan yang berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman dan minat murid perlu diambil kira. Penggunaan perisian pendidikan mula diperkenalkan dalam mata pelajaran Sains. Kebanyakan perisian ini dibekalkan oleh Pusat Pembangunan Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Perisian ini dihasilkan sebagai bahan bantu mengajar bagi membantu guru menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Bahan ini dibangunkan bukan untuk menggantikan bahan maujud tetapi lebih kepada meringankan tugas guru dan seterusnya menggalakkan guru berinteraksi dengan murid mengikut kemampuan sendiri. Menurut

Pispa (1994), intergrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Berdasarkan kajian awal, pemerhatian dan pemantauan terhadap guru-guru Sains di salah sebuah sekolah rendah telah menunjukkan bahawa guru-guru Sains jarang menggunakan perisian pendidikan Sains yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Keadaan ini dapat dilihat melalui proses penyeliaan guru semasa mengajar di dalam kelas dan buku log penggunaan perisian pendidikan. Oleh yang demikian, satu kajian perlu dijalankan untuk mengenal pasti tahap kekerapan penggunaan perisian pendidikan Sains selain mengesan kelemahan dan mengkaji kelemahan penggunaan bahan tersebut. Metodologi Kajian ini dilakukan secara diskriptif di mana data-data secara statistikal dikumpulkan dan terjemahkan ke dalam bentuk yang difahami. Kajian dijalankan di 18 buah sekolah rendah yang terdiri daripada 15 buah Sekolah Kebangsaan dan 3 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang terletak di Zon Johor Jaya Daerah Pasir Gudang. Populasi kajian adalah terdiri daripada 240 orang guru yang mengajar Sains Tahun 1 hingga Tahun 6. Berdasarkan persampelan Jadual Penentuan Saiz Sampel dari Populasi Krejcie dan Morgan (1970), seramai 148 orang diambil sebagai sampel kajian. Pengkaji menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian yang dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian kekerapan penggunaan, kekangan atau kelemahan dan impak penggunaan. Sebanyak 10 soalan disediakan untuk setiap bahagian. Data-data yang dikumpulkan dianalisis untuk mendapatkan min, peratus dan kekerapan jawapan. Analisis Data 1. Kekerapan penggunaan perisian pendidikan Sains boleh dilihat pada Jadual 1. No Item Item Min Tahap 1 Saya sentiasa menggunakan perisian pendidikan Sains dalam P&P di dalam kelas 2. Saya hanya menggunakan perisian pendidikan Sains apabila diperlukan dalam P&P di dalam kelas. 3. Saya mengunakan perisian pendidikan Sains dalam proses pengukuhan P&P 4. Saya yakin kekerapan menggunakan perisian pendidikan Sains membantu P&P. 5. Saya menggunakan perisian pendidikan Sains setiap kali pengajaran 3.51 Sederhana 3.83 Tinggi 3.79 Tinggi 3.99 Tinggi 3.00 Sederhana 6. Saya sering membuat catatan penggunaan perisian pendidikan 3.50 Tinggi

Sains dalam buku log penggunaan. 7. Saya memanfaatkan sepenuhnya kemudahan perisian pendidikan Sains yang dibekalkan ke sekolah 3.77 Tinggi Min purata 3.62 Sederhana Jadual 1: Kekerapan penggunaan perisian pendidikan Sains. Peratusan tertinggi yang menjawab sangat setuju iaitu sebanyak 78 peratus yang menyatakan persetujuan bahawa kekerapan menggunakan perisian pendidikan Sains dapat membantu P&P. Sebanyak 73 peratus bersetuju bahawa mereka hanya menggunakan perisian pendidikan Sains apabila diperlukan di dalam kelas dan mereka menggunakan perisian untuk proses pengukuhan P&P. Kekerapan penggunaan perisian pendidikan Sains juga dilihat pada catatan yang dibuat pada buku log penggunaan. Didapati purata penggunaan yang dicatatkan menunjukkan penurunan penggunaan setiap tahun di mana pada tahun 2004, penggunaan perisian pendidikan Sains adalah sebanyak 12 penggunaan atau pinjaman, manakala pada tahun 2005 sebanyak 10 penggunaan yang dicatatkan. Namun pada tahun 2008, hanya satu penggunaan sahaja yang dicatatkan. 2. Kekangan atau kelemahan yang dihadapi guru Sains Jadual 2 menunjukkan kekangan yang dihadapi guru ketika menggunakan perisian pendidikan Sains dalam P&P di kelas. No Item Item Min Tahap 1. Saya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam mengendalikan komputer. 2. Saya dapati kandungan dalam perisian pendidikan Sains merangkumi semua tajuk pelajaran. 3. Saya mendapat pendedahan yang mencukupi tentang penggunaan perisian pendidikan Sains. 4. Perisian pendidikan Sains yang dibekalkan ke sekolah adalah mencukupi untuk kegunaan guru Sains. 5. Kursus-kursus yang dianjurkan oleh PPD dan JPN adalah mencukupi 6. Kawalan kelas tidak terjejas akibat penggunaan perisian pendidikan Sains di dalam kelas. 7. Perisian pendidikan Sains yang dibekalkan ke sekolah adalah berkualiti tinggi. 3.42 Sederhana 3.77 Tinggi 3.60 Sederhana 3.46 Sederhana 3.33 Sederhana 3.66 Sederhana 3.45 Sederhana Purata min 3.53 Sederhana

Jadual 2: Taburan kekangan yang dihadapi guru ketika menggunakan perisian pendidikan Sains dalam P&P di kelas. Berdasarkan Jadual 2, menunjukkan hampir kesemua item kecuali item 2, menunjukkan min yang sederhana. Ini menunjukkan mereka sederhana setuju dengan pernyataan yang diajukan. Min purata adalah sebanyak 3.53 di mana berada pada tahap sederhana setuju. 3. Impak penggunaan perisian pendidikan Sains Jadual 3 di bawah menunjukkan taburan impak penggunaan perisian pendidikan Sains sebagai alat bantu mengajar. No item Item Min Tahap 1. Murid-murid berasa seronok 4.04 Tinggi 2. Murid-murid mudah memahami isi pelajaran 3.83 Tinggi 3. Saya yakin penggunaan perisian pendidikan Sains boleh membantu proses pembelajaran murid. 4. Perisian pendidikan Sains dapat menghidupkan suasana P&P. 5. Perisian pendidikan Sains mengandungi pelbagai aktiviti yang sesuai mengikut kemampuan murid. 6. Perisian pendidikan Sains menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif. 7. Perisian pendidikan Sains membolehkan objektif pelajar dicapai dengan mudah. 4.02 Tinggi 4.01 Tinggi 3.66 Sederhana 3.69 Tinggi 3.79 Tinggi Jumlah min 3.86 Tinggi Jadual 3: Taburan impak penggunaan perisian pendidikan Sains sebagai alat bantu mengajar. Berdasarkan Jadual 3 menunjukkan ramai responden bersetuju dan yakin dengan impak yang ditunjukkan selepas menggunakan perisian pendidikan Sains sebagai alat bantu mengajar. Hanya pada item 5, responden sederhana setuju terhadap penyataan bahawa perisian pendidikan Sains mengandungi pelbagai aktiviti yang sesuai mengikut kemampuan murid. Perbincangan dan Kesimpulan Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan perisian pendidikan Sains masih di tahap sederhana. Hasil ini adalah signifikan dengan kajian Hayazi (2008) yang menyatakan bahawa tahap penggunaan alat bahan mengajar dalam kalangan guru-guru berada pada tahap yang sederhana. Walau

bagaimanapun, hasil dapatan kajian ini agak baik berbanding kajian oleh Wan Zah et al. (2006), sejak 7 tahun sekolah bestari dilancarkan, penggunaan ICT di dalam kelas masih ditahap rendah. Ini disokong oleh kajian Sathiamoorthy (2001) dan Lee (2000) yang menunjukkan penggunaan ICT oleh guru-guru masih di tahap minimum. Hasil dapatan kajian juga mendapati bahawa majoriti responden pernah menggunakan perisian pendidikan Sains di dalam kelas. Mereka berpendapat bahawa penggunaan perisian tersebut dapat membantu pengajaran mereka dan menggunakannya sebagai bahan pengukuhan P&P. Mereka juga yakin dengan kemampuan perisian pendidikan Sains diaplikasikan dalam kelas masing-masing. Dari segi kekangan atau kelemahan yang dihadapi guru dalam proses penggunaan perisian pendidikan Sains di sekolah rendah Zon Johor Jaya Pasir Gudang, secara keseluruhannya menunjukkan min yang sederhana. Hasil kajian ini hampir menyamai keputusan kajian yang dilakukan oleh Chen (2004), di mana beliau mendapati integrasi penggunaan komputer dalam proses pendidikan masih amat mengecewakan walaupun banyak peruntukan dibelanjakan bagi menggalakkan penggunaan komputer, perkakasan dan perisian di sekolah pada masa kini. Keadaan ini boleh menjejaskan penggunaan sumber pendapatan negara dan seterusnya negara akan kehilangan modal-modal insan yang kreatif dan inovatif. Analisis kajian mendapati penggunaan perisian pendidikan Sains menimbulkan rasa seronok dalam kalangan murid dan dapat membantu proses pembelajaran murid. Di samping itu, perisian pendidikan Sains dapat menghidupkan suasana P&P yang ceria, memudahkan pelajar memahami isi pelajaran dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif. Kajian Ropp (1999), mendapati bahan pembelajaran berunsur multimedia interaktif mampu bertindak sebagai satu alat kognitif untuk mencetuskan proses pembelajaran, pemikiran kritis dan kreatif, penyelesaian masalah dan pembelajaran. Melalui multimedia interaktif, suasana P&P menjadi lebih menarik (Noor Azliza & Lilia, 2002). Kajian Ismail et. al (2005) pula mendapati penggunaan perisian pendidikan Sains dapat membantu kefahaman dan meningkatkan pengetahuan murid kerana terdapatnya elemen-elemen grafik, animasi dan audio yang lebih menarik berbanding buku teks. Secara kesimpulannya, penggunaan perisian pendidikan Sains dalam kalangan guru-guru Sains sekolah rendah masih lagi ditahap sederhana. Walaupun mereka berpendapat bahawa penggunaan perisian pendidikan Sains ini dapat membantu melicinkan lagi proses P&P mereka namun mereka seolah-olah kurang percaya dengan kemampuan perisian pendidikan Sains tersebut dengan kurangnya penggunaannya di dalam kelas. Oleh itu, guru-guru Sains sekolah rendah seharusnya diberi peluang dan ruang untuk menggunakan perisian pendidikan Sains ini secara optimum.

Rujukan Chen, L-L (2004). Pedagogical Strategies to Increase Pre-Service Teachers Confidence in Computer Learning Educational Technology & Society, 7(3), 50-60. Hayazi Mohd Yasin (2008). Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru-guru Teknikal di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. Ismail Sheikh Ahmad et. al (2005). Laporan Kajian Keberkesanan Penggunaan ICT (CDRI dan Rancangan TV Pendidikan) dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah International Islamic University Malaysia (IIUM). Lee Lai Guan (2000) Pengendalian Pengajaran Pembelajaran Bestari di Sekolah Bestari printis negeri Kedah dan Perlis. Prosoding di Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2000: Ke arah Peningkatan Prestasi Pembelajaran Pelajar 8-11 November 2002. Hotel Bayview, Pulau Langkawi. Naisbitt, J. (1982). Megatrends New York:Warner Books. Noor Azliza & Lilia, (2002) Reka bentuk dan keberkesanan pembelajaran berbantukan multimedia pendekatan konstruktivisme bagi sains KBSM. Jurnal Teknologi 36(E), 19-38. Pispa, J. (1994) in William, D.M. (2000). Intergrating Technology into Teaching and Learning Singapore:Prentice Hill. Ropp, M.M (1999), Exploring Individual Characteristics Associated With Learning to Use Computers in Preservice Teachers Preparation Journal of Research on Computing in Education. Boston: Pearson Education. Sathiamoorthy Kannan (2001) Intergrating of computer into teaching-learning: A study of concerns and managing ability among smart school teachers Prosiding International Conference on Technology & Vocational-Technical Education: Globalization and Future Trend 12-13 November, volume 1&2. Universiti Kebangsaan Malaysia. Toffler, A. (1980) :The Third Wave New York: Basic Books. Wan Zah Wan Ali et al. (2006) Syarat Pengintergrasian ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Bestari. Selangor:Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.