INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN SELANDAR, MELAKA (BAHAGIAN TEKNOLOGI KOMPUTER SISTEM) NETWORK MAINTENANCE (F01-03 03-02) 02) LE 3 PERFORM NETWORK HOUSEKEEPING 04.06d Identify Back Up Devices
TAJUK : PERANCANGAN SISTEM BACKUP Oleh: En. Abdul Hak Bin Mahat (Bahagian Teknologi Komputer Sistem)
Pengenalan Backup merupakan suatu proses menyalin semula fail data atau sistem data di dalam komputer dan menyimpannya di tempat lain. Contohnya floppy disk, magnetic tape, CD, thumb drive dan sebagainya.
Pengenalan Bagi memastikan data yang sedia ada di dalam komputer tidak hilang kita perlu melakukan backup data. Sekiranya fail data telah dibuat backup, kita boleh menggunakan kaedah restore data untuk mendapatkan semula data yang telah hilang.
Jenis-jenis Backup Terdapat 2 jenis backup yang perlu dilakukan oleh pentadbir sistem dan juga pengguna iaitu:- 1. Backup Sistem Fail 2. Backup Fail Data
Backup Sistem Fail Membuat salinan pendua bagi fail-fail sistem yang terdapat di dalam sesuatu windows. Ini mengelakkan dari berlakunya kerosakan (corrupted) kepada Windows yang digunakan. Dengan menggunakan System Backup yang Dengan menggunakan System Backup yang telah tersedia di dalam Windows, kita boleh backup kepada fail sistem berikut: registery files under Windows File Protection, boot files.
Backup Fail Data Backup data adalah merupakan salah satu proses menyalin sesuatu data yang terdapat di dalam komputer kepada suatu tempat yang lain. Data- data yang disalin adalah seperti nota, data sesebuah organisasi, dokumen projek, lagu, mahupun segala fail software yang terdapat di dalam sesebuah komputer.
Aplikasi Backup dan Restore Windows 7
Oleh itu, keperluan membuat backup adalah penting dan ia boleh diumpamakan membeli insurans bagi kenderaan anda sekiranya terjadi perkara diluar jangkaan.
Media Storan Backup 1. Disket (Floppy) 2. USB Thumb Drive 3. CD-R / CD-RW 4. Cakera Keras 5. Zip Drive / Super Disk 6. Simpanan secara On-line (Network).
Built-in Backup Software Perisian backup telah tersedia di dalam setiap Sistem Pengoperasian Windows. Jenis-jenis backup yang disediakan adalah seperti berikut: 1) Normal backup @ full backup 2) Copy backup 3) Daily backup 4) Incremental backup 5) Differential backup
Normal Backup Disebut juga sebagai Full Backup. Menyalin semua fail yang dipilih dan menandakan fail tersebut telah dibuat backup. Digalakkan semasa kali pertama membuat backup.
Copy Backup Menyalin semua fail yang dipilih tetapi tidak menandakan fail tersebut telah di backup. Berguna apabila ada kerja-kerja backup di antara Normal dan Incremental backup kerana salinan backup tadi tidak akan memberi kesan kepada operasi backup lain.
Daily Backup Menyalin semua fail yang dipilih dan salinan backup hanya dibuat untuk fail yang telah dimodifikasi pada hari (Daily) backup dijalankan. Fail yang telah di backup juga tidak ditanda sebagai sudah di backup.
Incremental Backup Menyalin fail backup hanya sekiranya terdapat pertambahan atau perubahan sejak kali terakhir Normal @ Incremental backup dibuat. Backup jenis ini juga menandakan fail tersebut telah dibuat backup. Memerlukan kombinasi dengan Normal Backup.
Differential Backup Menyalin fail backup sekiranya ada fail baru atau fail yang telah diubahsuai sejak dari kali terakhir Normal Backup @ Differential Backup yang pernah dibuat. Backup jenis ini menandakan fail tersebut telah Backup jenis ini menandakan fail tersebut telah dibuat backup.
Perbezaan Incremental dan Differential Backup Bil Incremental Backup Differential Backup a) Kerja menyalin backup lebih pantas kerana backup tertumpu pada fail yang telah diubahsuai atau fail baru. b) Kapasiti simpanan kecil, bermakna kita tidak memerlukan storage device (cth: floopy disk) dalam kuantiti yang banyak. c) Kerja-kerja Restore agak lambat kerana perlu mengikut turutan Incremental Backup yang pernah dibuat. Tempoh salinan backup lebih panjang kerana perlu menyalin semua fail. Kapasiti simpanan besar, memerlukan lebih storage devices. Kerja Restore lebih pantas kerana hanya memerlukan simpanan differential backup yang terakhir.
Contoh Perbandingan Incremental Day Sunday dan Differential Backup Files Updated Full backup completed Incremental Backup Contents Differential Backup Contents Monday FileA, FileB, FileC FileA, FileB, FileC FileA, FileB, FileC Tuesday FileA(m), FileD FileA(m), FileD Wednesday File E FileE Thursday FileA(m), FileC(m), FileF FileA(m), FileC(m), FileF Friday FileA(m) FileA(m) FileA, FileB, FileC, FileD FileA,FileB,FileC,FileD FileE FileA,FileB,FileC,FileD FileE, FileF FileA,FileB,FileC,FileD FileE, FileF
Kekerapan Membuat Backup Ia bergantung kepada kepentingan DATA berkenaan kepada anda dan kekerapan anda menggunakan data-data berkenaan. Sebaik-baiknya seminggu sekali tetapi jika data itu berkaitan dengan projek yang penting dan digunakan setiap hari, adalah lebih baik backup dibuat setiap hari. Sama ada menggunakan Incremental atau Differential backup.
Backup Dalam Sistem Rangkaian Prosedur keselamatan backup yang baik bergantung kepada perancangan naiktaraf yang lengkap. Ianya perlu diberi penekanan semasa merangka pelan naiktaraf sistem rangkaian. Untuk naiktaraf server, pastikan full backup telah dibuat sebelum memulakan operasi upgrading tersebut.
Network Disaster Recovery Dalam bidang IT, pemulihan bencana melibatkan perancangan dan tindakan yang perlu diambil terhadap keadaan yang berlaku tanpa dirancang dengan mengurangkan kesan kemusnahan.
Punca-punca Bencana 1) Hardware / Software Failure (Kerosakan Sistem Perkakasan / Perisian) 2) Electric Power Failure (Kerosakan bekalan kuasa elektrik) 3) Virus Infection (Jangkitan Virus) 4) Natural Disaster (Bencana Semulajadi) 5) Hackers Attack (Serangan Hackers) 6) Kecuaian Pentadbir Sistem 7) Serangan Pengganas / Peperangan
Kerosakan Sistem Perkakasan / Perisian Memori Errors (Kerosakan Ingatan) : Oleh kerana terlalu banyak sistem yang digunakan pada masa kini tiada pengesan kerosakan dan pembetulan (error detection and correction). Kita terdedah kepada kerosakan ingatan dalam hard disk tanpa dikesan pada peringkat awal. Kehilangan data disebabkan oleh software bugs atau oleh kerana sistem perisian yang kurang sempurna.
Kerosakan Sistem Perkakasan / Perisian Jika berlaku kerosakan dalam hard disk melibatkan program atau data penting pastinya akan menjejaskan prestasi keseluruhan sistem dalaman. Ini berpunca dari kecuaian pengguna semasa menyelenggara file system dalam rangkaian yang mengundang masalah yang lebih kronik pada masa panjang.
Electric Power Failure Bekalan kuasa yang tidak stabil kepada komputer akan menyebabkan kerosakan kepada perkakasan komputer. Terputus bekalan boleh berlaku dalam masa yang kritikal seperti semasa proses upgrade sistem rangkaian dan sebagainya.
Virus Infection Serangan virus sering kali menyebabkan kehilangan data dalam sistem rangkaian komputer. Ianya termasuk serangan secara terus atau kerosakan program semasa proses menyingkir keluar virus tersebut.
Bencana Semulajadi Kebakaran, banjir, gempa bumi, ribut taufan dan sebagainya akan mengakibatkan kerosakan / kemusnahan kepada sistem komputer. Oleh itu, perkara yang pertama difikirkan setelah melalui bencana ialah bagaimana untuk mendapatkan kembali data-data yang disimpan dalam backup fail.
Serangan Hackers Serangan hackers boleh terjadi kepada manamana organisasi tidak kira syarikat mahupun jabatan kerajaan. Sistem rangkaian komputer terdedah kepada serangan disebabkan oleh kelemahan sistem keselamatan komputer yang disediakan. Serangan ini boleh wujud dari luar dan lebih bahaya lagi ianya datang dari ancaman dalaman (individu dalam organisasi).
Kecuaian Pentadbir Sistem Kecuaian boleh terjadi disebabkan oleh sikap yang tidak bertanggungjawab pentadbir sistem. Contoh: membenarkan kata laluan (password) diketahui oleh orang lain selain dari petugas yang dipertanggungjawabkan, menyediakan kata laluan yang rendah tahap keselamatan, tidak membuat backup sistem data (server). Kecuaian tidak seharusnya berlaku kerana ianya akan merugikan syarikat/jabatan.
Serangan Pengganas / Peperangan Serangan pengganas mungkin boleh berlaku tanpa diduga apabila timbul isu yang membangkitkan kemarahan. Contoh: melibatkan isu politik, agama, kaum dan Contoh: melibatkan isu politik, agama, kaum dan sebagainya.
Perancangan Menghadapi Bencana 1) Pengesanan Bencana atau ancaman yang berlaku perlu difikirkan supaya ianya dapat dikesan. 2) Pemberitahuan Sebarang kerosakan perlu dilaporkan supaya pihak yang berbertanggungjawab dapat mengambil tindakan segera. 3) Pengasingan Sistem yang terganggu atau rosak perlu dikenalpasti dan diasingkan. 4) Pembaikan Sistem yang terganggu perlu diperbaiki dengan segera supaya ianya tidak menggangu operasi syarikat/jabatan.
Kesan Kepada Syarikat / Jabatan Sekiranya Tiada Sistem Backup 1. Peningkatan kos perbelanjaan syarikat / jabatan. 2. Perjalanan pengurusan syarikat / jabatan akan terganggu. 3. Menyusahkan pelanggan. 4. Imej syarikat / jabatan terjejas. 5. Kerugian kepada syarikat / jabatan.
Kesimpulan Sebagai kesimpulan, backup perlu dilakukan pada data, sistem komputer, sistem server dan sebagainya terutamanya pada maklumat penting seperti pangkalan data (database) pelanggan dan maklumat syarikat, dokumen projek, maklumat dalam laman web dan sebagainya. Backup yang dibuat dapat memastikan perjalanan sistem data syarikat/jabatan tidak terganggu.
RUJUKAN 1. Kertas Penerangan, Network Maintenance, Teknologi Komputer Sistem, ILJTM. 2. Network+ CompTIA N10-002 Training Guide ( 2003), Drew Bird Mike Harwood, USA, ISBN 0-7897-2830-3. 3. http://compnetworking.about.com/od/itinfo rmationtechnology/l/aa083102a.htm 4. Windows Help & Support. 5. http://ahm80.wordpress.com
Sekian, Terima Kasih. Q & A