Keterlibatan penduduk lokal dalam pembangunan pertanian: kajian kes di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Similar documents
A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

TAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

PRODUCTIVITY IMPROVEMENT VIA SIMULATION METHOD (MANUFACTURING INDUSTRY) HASBULLAH BIN MAT ISA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

K-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

JOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING. A thesis submitted in partial fulfillment of. the requirements for the award of the degree of

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

CORAK KOMUNIKASI KELUARGA DALAM KALANGAN KELUARGA MELAYU DI TERENGGANU

OCBC GREAT EASTERN CO-BRAND CARD FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) REBATE FEATURES, INTEREST FREE AUTO INSTALMENT PAYMENT PLAN (AUTO-IPP) AND BENEFITS

MASTER S PROJECT REPORT SUMMARY

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

Katakunci : tahap stress, tahap kepuasan kerja, pensyarah UTM

NOOR HANIRA BINTI MAHIDIN

A STUDY OF SECURITY LIMITATIONS IN VIRTUAL LOCAL AREA NETWORK IMPLEMENTATION

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE NATURE OF HUMAN RESOURCE MANAGEMENT AND ORGANIZATIONAL CHANGE IN MALAYSIAN SMALL AND MEDIUM SIZED ENTERPRISES (SMES)

Katakunci : penilaian kokurikulum

Tahap kefahaman ekopelancongan dalam kalangan komuniti lokal di Lata Jarum, Raub, Pahang

Katakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0. Pengenalan

SPA BEAUTY MANAGEMENT SYSTEM NAJIHAH BINTI RUSSLI

Katakunci : faktor, pemilihan bidang keusahawanan

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

DEPARTMENT OF ESTATE -MANAGEMENT FACULTY OF ARCHITECTURE, PLANNING AND SURVEYING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Katakunci : kadar denyutan jantung, tahap dehidrasi, atlet larian jarak dekat

How To Learn To Learn From A Computer

KESEJAHTERAAN SOSIAL DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI: Pendekatan dan Indikator. Haris Abd.Wahab Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial Universiti Malaya

Katakunci : kefahaman murid, konsep jirim

HUBUNGAN TEKANAN KERJA TERHADAP PRESTASI PEKERJA

How To Get A Job At A Bank

Kata kunci: kesihatan mental; pengetahuan; sosio-demografi; kempen komunikasi ABSTRACT

PENCAPAIAN HOSPITAL PERFORMANCE INDICATOR FOR ACCOUNTABILITY (HPIA) No Indikator Standard Julai - Disember 2015

CLIENT SERVER APPLICATION FOR SERVER FARM PERFORMANCE MONITORING ABDIRASHID HASSAN ABDI

THE RELATIONSHIP BETWEEN HUMAN RESOURCE INFORMATION SYSTEM (HRIS) AND HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (HRM) ALFRED PUN KHEE SEONG

KAJIAN PUNCA, RISIKO MEROKOK DAN SUMBANGAN MEROKOK TERHADAP PENAGIHAN BAHAN. SATU KAJIAN DI PUSAT GIAT MARA BUKIT PAYONG, MARANG, TRENGGANU

PEKELILING UNIT PERANCANG EKONOMI, JABATAN PERDANA MENTERI BILANGAN 1 TAHUN 2009

Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar

KAJIAN TENTANG KEPUASAN BEKERJA DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS (A STUDY ON JOB SATISFACTION AMONG SPECIAL EDUCATION TEACHERS)

IMPACT OF SELF-CORRECTION ON EXTROVERT AND INTROVERT STUDENTS IN THE EFL WRITING PROGRESS REZA HAJIMOHAMMADI

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2008 PELAKSANAAN SYARAT PERUBAHAN HARGA DI DALAM KONTRAK KERJA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CURRENT TRENDS AND PRACTICES IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT: A CASE STUDY IN YTL POWER SERVICES SDN. BHD.

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

Manpower Planning Utilizing Work Study at Data Storage Manufacturing Company

Dimensi Amalan Etika Profesion

Isu-Isu Kependudukan dan Migrasi di Malaysia. Oleh. Usman Hj. Yaakob & Tarmiji Masron

FACTORS INFLUENCING GENDER GAP IN HIGHER EDUCATION OF MALAYSIA: A UNIVERSITY OF MALAYA SAMPLE

KURSUS/ COURSE Kr/ Cr K/ L A/ T. Bahasa Melayu Asas/ Basic Malay Language Tamadun Islam dan Tamadun Asia/ Asian and Islamic Civilizations

Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan

DEVELOPMENT OF SCHEDULING SYSTEM FOR STAMPING DIE PRODUCTION USING SIMULATION DISPATCH APPROACH

SUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK: SEJAUHMANAKAH HUBUNGAN INI RELEVAN?

Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor.

Katakunci : masalah, guru Pendidikan Khas program Integrasi, pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan Prasarana yang Disediakan di Politeknik Banting Selangor bagi Sesi Disember 2012

STRESS EFFECT STUDY ON 6 DIFFERENT PATTERN OF TYRES FOR SIZE 175/70 R13 SYAHRIL AZEEM ONG BIN HAJI MALIKI ONG. for the award of the degree of

Katakunci : gaya komunikasi, guru besar, komitmen guru,

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran

Kajian Kes Usahawan Tani Industri Kecil Sederhana (IKS) Bumiputera di Negeri Terengganu (A Case Study of SMI Bumiputera Agropreneurs in Terengganu)

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

HAJI MOHD NOR BIN JAAFAR

PELUANG DAN CABARAN PENDIDIKAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT LUAR BANDAR : SATU KAJIAN KES ISI RUMAH MELAYU MISKIN DI JAJAHAN BACHOK, KELANTAN

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidiikan PKPGB 2008, 16 Oktober 2008, UTHM.

Program Peralihan Pembantu Makmal (PPPM) WFST1113 ASAS KERJA LAPANGAN KOMPAS, TRIGONOMETRI & MEMBUAT RINTISAN KOMPAS

HUBUNGAN KEPUASAN KOMUNIKASI DENGAN KOMITMEN TERHADAP ORGANISASI DI KALANGAN PEKERJA TEKNIKAL: KAJIAN KES DI FLEXTRONICS INTERNATIONAL, SENAI, JOHOR.

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009, 7 Mei 2009, UTHM

(c) the offer is not applicable to kids below 12 years ticket at TGV and Children ticket at GSC;

BISKUT RAYA INVENTORY MANAGEMENT SYSTEM (BRIMS) NURUL AMIRAH BINTI ROSLAN THESIS SUBMITTED IN FULFILLMENT OF THE DEGREE OF COMPUTER SCIENCE

Katakunci : kecergasan kardiovaskular, daya tahan otot kaki, latihan simulasi haji dan umrah.

HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA PENGAMBILAN FEBRUARI 2016

RFID BASED SYSTEMATIC STUDENT S ATTENDANCE MANAGEMENT SYSTEM HANISAH BINTI HAMID. Faculty of Electrical and Electronic Engineering

Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna di Petaling Jaya, Selangor

ii) 9 months Plan - Interest Rate at 0.75% per month The minimum transfer amount is RM1,000 and maximum is subject to Cardmember

Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL

Guna Tenaga dan Produktiviti Buruh dalam Sektor Pembuatan di Malaysia

THE FACTORS THAT HINDER THE INTENTION OF BUSINESS MANAGEMENT GRADUATE TO CHOOSE ENTREPRENEUR AS THEIR CAREER NURUL HAZLYANA BINTI NOR AZLI

Tingkah Laku Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak. oleh. Mahadi bin Hj. Khalid Institut Perguruan Batu Lintang

Customer Service Charter

Teori Kepemimpinan: Teori Trait dan Tingkahlaku. Dr. Foo Say Fooi

A STUDY ON FACTORS INFLUENCING BRAND LOYALTY IN MOBILE SERVICE PROVIDERS AMONG COLLEGE OF BUSINESS STUDENTS OF UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Katakunci : alat bantu mengajar (ABM), guru teknikal

BAB KAJIAN MENGENAI GEJALA SOSIAL. Pengenalan

STRUKTUR, STRATEGI DAN PRESTASI PENGURUSAN FASILITI

KEINOVASIAN ORGANISASI DI INSTITUSI PENYELIDIKAN AWAM

Faculty of Computer Science & Information Technology

PROSES PENYELESAIAN MASALAH. Azlinda Azman, Ph.D Noriah Mohamed, Ph.D. Penyelesaian masalah merupakan matlamat utama dalam satu-satu proses

Feasibility of Teaching Public Relations Courses Through E-Learning: A Case Study in Malaysia

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA PERCUKAIAN PEKERJA MALAYSIA YANG DIHANTAR BERTUGAS DI LUAR NEGARA KETETAPAN UMUM NO. 1/2011

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Economic and Technology Management Review, Vol. 5(2010): 57 69

SUPPLY CHAIN MANAGEMENT PRACTICES, SUPPLY CHAIN INTEGRATION AND SUPPLY CHAIN PERFORMANCE: A STUDY OF ELECTRONICS FIRMS IN MALAYSIA

Transcription:

GEOGRAFIA Online TM Malaysia Journal of Society and Space 9 issue 1 (24-33) 24 Keterlibatan penduduk lokal dalam pembangunan pertanian: kajian kes di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan Azima A.M,Er Ah Choy, Suhana Saad, Sivapalan Selvadurai,Novel Lyndon,Mohd Yusoff Husain,Fuad Mat Jali, Zaimah,Sarmila Abstrak Artikel ini bertujuan untuk meneliti keterlibatan kominiti dalam pembangunan pertanian mampan. Kesedaran dan keperluan untuk memahami apa dan apa yang seharusnya memerlukan keterlibatan kedua-dua belah pihak sama ada komuniti dan agensi. Metod kajian dilakukan dikawasan pertanian Kuala Pilah telah melibatkan 60 orang responden. Pengaruh keterlibatan diteliti dengan menggunakan kaedah kolerasi. Hasil analisis mendapati taraf pendidikan yang rendah telah menyebabkan pengaruh keterlibatan berada pada tahap yang rendah. Sehubungan itu, hasil kajian mencadangkan agar pihak agensi memainkan peranan yang lebih proaktif bagi mewujudkan kefahaman petani dikawasan kajian berhubung dengan amalan pembangunan pertanian mampan. Pengenalan Sektor pertanian merupakan sektor yang ke-3 terpenting dalam menyumbang kepada pendapatan negara. Penekanan terhadap sektor pertanian membolehkan negara mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan daripada luar negara. Hal ini jelas apabila sektor pertanian telah menyumbang sebanyak RM 20.2 bilion atau 4% daripada Pendapatan Negara Kasar (PNK) Malaysia pada tahun 2009. Bagi memastikan sektor pertanian dapat memainkan peranan yang positif maka beberapa dasar telah dirombak. Antaranya dasar yang telah diutarakan adalah Dasar Pertanian Negara telah dibahagikan kepada beberapa peringkat perlaksanaan yang merangkumi Dasar Pertanian Negara Pertama (1984-1991), Dasar Pertanian Negara Kedua (1992-1998) dan juga Dasar Pertanian Negara Ketiga (1998-2010). Dalam pada itu tumpuan Dasar Pertanian Negara difokuskan kepada dua pendekatan utama iaitu pendekatan perhutanan tani (agroforest approach) dan pendekatan berasaskan produk (product-based approach). Bagi memastikan bidang pertanian terus diperkasakan dalam arus modenisasi, peranan dan advokasi pihak berkepentingan seperti Pejabat Pertanian, MARA, AgroBank, NGO, orang awam dan petani adalah sangat diperlukan. Pihak berkepentingan yang terlibat dalam sektor pertanian perlu bekerjasama agar masalah dan halangan yang wujud dalam sektor pertanian dapat diatasi. Bagi menggalakkan rakyat melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti pertanian, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif dan galakkan. Sebagai contoh Bajet tahun 2012 telah memperuntukan sejumlah RM 1.1 bilion bagi membangunkan sektor pertanian. Sejumlah RM 300 juta diperuntukkan bagi projek pertanian berinovasi. Manakala selebihnya sebanyak RM 14 juta telah diperuntukan dengan tujuan memperluaskan kontrak program pertanian. Tambahan pula sektor pertanian khususnya sektor-sektor kecil tanaman industri dan perhutanan akan terus memainkan peranan penting sebagai pembekal utama bahan mentah kepada industri berasaskan sumber. Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK dijangka akan menjadi lebih penting apabila lebih banyak bahan mentah pertanian diproses dan dijadikan produk akhir untuk dieksport. Justeru kepekaan terhadap isu-isu alam sekitar dalam proses pembangunan pertanian hendaklah dititik beratkan. Perlaksanaan pembangunan sektor pertanian memerlukan tanah sebagai sumber input yang utama. Namun demikian tanah adalah sumber yang terhad dan ianya perlu digunakan secara cekap. Sehubungan

GEOGRAFIA Online TM Malaysia Journal of Society and Space 9 issue 1 (24-33) 25 itu, inovasi dalam sektor pertanian sentiasa diperlukan bagi membolehkan sumber yang sedia dapat digunakan dengan cekap dan dalam masa yang sama produktiviti sektor pertanian dapat ditingkatkan. Namun demikian timbul pula isu yang berkait dengan pembangunan tanah pertanian yang melampui tahap kapasiti maksima penggunaan sehingga membawa kepada isu pencemaran tanah. Adalah menarik apabila artikel ini akan memberikan penekanan terhadap beberapa siri tindakan dalam menangani isu pembangunan pertanian. Justeru persoalan apa dan apa yang seharusnya akan ditekankan dalam artikel ini dengan menjurus kepada keterlibatan dan amalan pembangunan pertanian komuniti lokal di kawasan kajian. Pembangunan Pertanian Mampan Mengikut laporan Our Common Future yang telah diterbitkan oleh The world commission on Environment and Development (WCED) 1987, pembangunan mapan adalah pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan keupayaan generasi akan datang untuk keperluan mereka. Ia merangkumi pengawalan mutu persekitaran ekologi, kestabilan dan keadilan sosial disamping pembangunan ekonomi untuk memenuhi keperluan masa hadapan (WCED 1987; Chamhuri Siwar 2001). Goodland dan Ledoc (1987) juga mempunyai takrifan yang sama iaitu kemampanan ekonomi dan sosial sebagai keupayaan mengekalkan pembangunan dalam keadaan tertekan untuk meningkatkan kebajikan penduduk. Apabila hal ini diambil kira, maka pembangunan mapan juga ditakrifkan sebagai pola transformasi sosial dan ekonomi yang berjaya mengoptimumkan faedah ekonomi dan sosial pada masa kini tanpa menjejaskan faedah yang sama untuk masa hadapan. Konsep pembanguan mapan juga merupakan pembangunan moden yang paling proaktif dan praktikal bagi menangani isu serta mengimbangi antara pembangunan dengan alam sekitar. Vorley (2001) menjelaskan kemampanan sebagai development that meets the needs of the present without compromising the ability of future generations to meet their own needs. Pengurusan pertanian secara mampan yang berasaskan kepada definisi ini sebenarnya tidaklah semata-mata mengukur kepada sesuatu pembangunan itu, tetapi ianya agak bersifat terbuka konsepnya bergantung kepada sesuatu kumpulan atau individu dengan pandangan atau objektif yang berbeza-beza. Kemampanan dalam sektor pertanian sebenarnya telah difahami sebagai suatu pembangunan pertanian yang berlaku apabila sumber aslinya masih lagi terkawal dan terurus dengan baik. Oleh yang demikian kemampanan tidak hanya berpandukan kepada satu perkara sahaja iaitu yang berkaitan dengan alam sekitar. Tetapi konsep kemampanan yang digunakan dalam pembangunan pertanian itu mestilah bersifat menyeluruh dan tidak mengasingkan faktor ekonomi dan sosial. Justeru konsep kemampanan sektor pertanian di Malaysia telah berlandaskan tiga objektif yang utama iaiatu kemampanan ekonomi dan keuntungan, kesedaran alam sekitar dan penerimaan sosial(quah, 1999; Faridah 2001). Hal ini jelas apabila kebanyakkan model kemampanan sektor pertanian yang diamalkan adalah berteraskan kepada pertanian secara organik atau lebih dikenali sebagai organic farming. Tujuan utamanya adalah untuk menjaga tanah-tanih dan untuk menghindarkan penggunaan baja kimia dan racun serangga dan penyakit yang akan memberi kesan yang buruk kepada alam sekitar. Justeru ramai yang bersetuju antara pendekatan pembangunan mapan dalam sektor pertanian adalah dengan meningkatkan hasil pengeluaran produk pertanian yang lebih berkualiti seiring dengan pengurangan penggunaan baja kimia. Selain itu terdapat beberapa langkah yang telah diambil untuk mengurangkan kesan negatif akibat pembangunan pertanian terhadap alam sekitar agar mencapai tahap pembangunan mapan adalah meliputi langkah perundangan dan pengurusan yang cekap. Antaranya ialah kawalan terhadap amalan pembakaran terbuka di tapak pertanian boleh dilaksanakan melalui Akta Jerebu 1997 yang bertujuan mengawal dan mencegah sebarang aktiviti pembakaran terbuka. Tindakan yang boleh diambil adalah denda/kompaun kepada mana-mana individu atau saman/menarik balik lesen perniagaan kepada syarikat yang didapati bersalah. Selain itu, memperbaiki amalan pengurusan tapak ladang seperti konsep tebang-bakar ditukar

GEOGRAFIA Online TM Malaysia Journal of Society and Space 9 issue 1 (24-33) 26 kepada tebang-reput untuk menghasilkan baja organik di samping dapat memelihara alam sekitar. Di samping itu, amalan pertanian berteres, tanaman berjalur serta membina alur dan sistem perparitan terutamanya di kawasan lereng bukit yang beralun atau berelief curam seperti di Tanah Tinggi Cameron yang ditanam dengan sayur-sayuran, bunga-bungaan dan teh. Tanaman berkontur juga boleh mengurangkan pergerakkan hakisan larian air permukaan manakala sistem perparitan yang sesuai juga menyediakan laluan air agar tidak melimpah ke permukaan. Kedua-dua langkah ini bertujuan mengurangkan hakisan permukaan di samping mengekalkan lapisan aras tanah yang subur (top soil). Penggunaan bioteknologi dan peningkatan R&D dalam pertanian mampu mengurangkan pencemaran terhadap alam sekitar. Misalnya, kaedah hidroponik yang bersifat mesra alam bukan sahaja tidak memerlukan tanah dan baja kimia, malah menggunakan larutan nutrien. Dengan ini, tekanan kepada sumber tanah dapat dikurangkan dan tidak mencemarkan alam sekitar. Penanaman dengan menggunakan kaedah Fertigasi yang bermaksud cara pemberian makanan kepada tanaman. Didapati tanaman yang paling sesuai dan ekonomik ditanam adalah rock melon, cili dan tomato kerana seiring keadaan harga pasarannya yang agak tinggi dan permintaan yang mantap sepanjang tahun. Umumnya tanaman ini untuk kebanyakan tanaman bernilai tinggi dipasaran. Secara ringkasnya, kaedah penanaman secara fertigasi adalah kaedah moden yang praktikal, mengikut amalan pertanian baik (GAP), sentiasa di dalam kawalan menuju ke arah precision farming. Ini sangat penting dalam transformasi teknologi pertanian tinggi yang mengimbangi pembangunan secara mapan. Amalan Pertanian Baik (APB) adalah satu sistem pengurusan yang mengamalkan amalan-amalan pertanian yang baik yang dilaksanakan mengikut standard dan undang-undang/peraturan bagi mengawal dan mengurangkan hazard, risiko dan impak terhadap aktiviti pengeluaran pertanian. Sistem pengurusan ini akan dapat meningkatkan produktiviti, menjaga keselamatan dan kebajikan pekerja, keselamatan makanan dan pemuliharaan alam sekitar. Usaha ini adalah ke arah pembangunan pertanian mapan. Melalui pengurusan ini juga, sektor pertanian dapat dimajukan tanpa sebarang pencemaran serius yang boleh merosakkan bahan tanaman. Metodologi Kajian Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan pengedaran soalselidik kepada 60 orang petani di daerah Kuala Pilah. Hasil kajian dianalisis dengan menggunakan kaeadah kolerasi dan peratusan bagi menjawab persoalan yang berkaitan dengan hubungan keterlibatan dan amalan pertanian mampan yang dijalankan di kawasan kajian. Bagi memperoleh data dengan lebih tepat lagi temubual tidak berstruktur telah dilakukan dengan beberapa orang responden yang terpilih. Tujuannya adalah untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas berhubung dengan keterlibatan dan amalan petani dikawasan kajian. Manakala bagi kawasan kajian pula ianya melibatkan daerah Kuala Pilah. Keluasan tanah adat bagi Daerah Kuala Pilah bagi tahun 2002 adalah 6418.37 hektar yang mana Daerah Kuala Pilah mempunyai keluasan tanah adat yang paling besar berbanding Daerah lain. (Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan). Enakmen 1926 merupakan undang-undang dasar yamg digunakan hingga kini untuk pentadbiran tanah adat dalam Negeri Sembilan. Di bawah Kanun Tanah Negara 1965, tanah adat dikategorikan sebagai pertanian tetapi terdapat 14 syarat nyata yang dicatat dalam Surat Hak Milik. Syarat tersebut meliputi tanah padi, kampung, dusun, getah, kelapa, kediaman, perniagaan, ternakan ikan, tiada sekatan, sagu, tanaman bunga, kelapa sawit, kawasan lapang, dan Perusahaan.

GEOGRAFIA Online TM Malaysia Journal of Society and Space 9 issue 1 (24-33) 27 Hasil kajian Analisis data di kawasan kajian akan merangkumi beberapa item utama bagi memperlihatkan amalan pembangunan pertanian komuniti lokal di kawasan kajian. Hal ini penting bagi meneliti sejauhmana faktor yang mendorong keterlibataan petani di kawasan kajian disamping meneliti item yang berkaitan dengan amalan aktiviti pertanian mereka. 1.1 Analisis Demografi Hasil temu ramah yang dilakukan, reponden yang terlibat adalah seramai 16 orang perempuan dan 44 orang lelaki. Ini menunjukkan majoriti pengusaha, petani dan usahawan belia adalah dalam kategori lelaki di kawasan kajian. Manakala bagi analisis pendidikan rata-ratanya mendapat pendidikan awal sekolah rendah. Namun demikian hanya segelintir sahaja yang mempunyai pendidikan hingga ke tahap sarjana (2 orang perempuan dan 4 orang lelaki). Bagi merumuskan latar belakang pendidikan responden, secara umumnya kebanyakan responden hanya menamatkan zaman persekolahan di tingkatan 5 sahaja. Kemudian, berhijrah ke tempat lain mengikut keluarga, bekerja dan membantu keluarga dalam menguruskan perniagaan dan sebagainya. 25 20 15 10 5 lelaki perempuan 0 tamat sekolah rendah PMR SPM STPM Ijazah Sarjana Rajah 1.1. Analisis Pendidikan responden di kawasan kajian 1.2 Penglibatan responden dalam sektor pertanian Pemilikan tanah di Kuala Pilah adalah majoritinya adalah milik suku adat. Keadaan ini sudah pasti mempengaruhi jenis tanah yang terlibat di kawasan kajian. Analisis mendapati sebahagian besar daripada responden (48 orang responden) menjalankan aktiviti pertanian mereka di tanah warisan milik keluarga masing-masing. Justeru itu keadaan ini tidaklah mengundang apa-apa masalah dikalangan responden (49 orang responden) sepanjang mereka mengusahakan tanah mereka. (Rujuk Jadual 1.1.). Keadaan ini mempermudahkan setiap urusan yang berkait dengan jenis dan aktiviti penanaman.

GEOGRAFIA Online TM Malaysia Journal of Society and Space 9 issue 1 (24-33) 28 Jadual 1.1. Jenis tanah dan wujud masalah mengusahakan tanah Item Ya Tidak Jenis Tanah Tanah Adat 48 (80%) 12 Masalah Mengusahakan tanah 49 (81% 11 Nota: N=60 1.2 Faktor Pendorong dan sebab untuk terlibat dalam aktiviti pertanian Terdapat beberapa faktor yang mendorong petani untuk melibatkan diri dalam aktiviti pertanian. Jadual 1.2 menunjukkan majoriti responden adalah berpunca daripada keinginan sendiri terlibat iaitu seramai 36 orang responden (60%). Seramai 7 orang responden memberi respon bahawa mereka melibatkan diri dalam pertanian adalah sokongan daripada Jabatan Pertanian.Hal ini kerana Jabatan Pertanian sering membuat kursus, bantuan modal dan penyelidikan menyebabkan mereka tertarik untuk bertani. Sokongan daripada Jabatan Pertanian menjadikan responden bersemangat untuk meneruskan aktiviti pertanian. Hal ini jelas melalui temubual yang dilakukan mereka menjelaskan bahawa kesungguhan yang ditunjukkan oleh pegawai pertanian menjadi suntikan semangat kepada mereka biarpun kekadang hasilnya tidaklah seberapa. Jadual 1.2. Pendorong dan sebab untuk terlibat dalam aktiviti pertanian Item Bil Peratus Pendorong untuk terlibat Keinginan sendiri 36 60% Keluarga 17 28.3 Jabatan pertanian 7 11.7 Jumlah 60 100 Sebab ingin terlibat Mengurangkan kawasan terbiar dan tandus 12 20.0 Mengelakkan krisis makanan 5 8.3 Sebagai aktiviti sampingan 3 5.0 Meningkatkan pendapatan 40 66.7 Jumlah 60 100 Selain itu dapatan juga menjelaskan beberapa sebab yang mendorong mereka untuk terlibat dalam aktiviti pertanian. Jadual 1.2 menunjukkan bahawa seramai 40 orang responden (66.7%) melibatkan diri dalam pertanian dengan tujuan untuk meningkatkan pendapatan. Manakala hanya 3 (5%) orang responden menyatakan bahawa aktiviti pertanian adalah merupakan aktiviti sampingan mereka. Hal ini menjelaskan bahawa responden di kawasan kajian semakin sedar aktiviti pertanian yang mereka lakukan jika dibuat dengan betul akan memberikan pulangan yang berbaloi dengan keringat yang dicurahkan. Keadaan ini jelas daripada riak wajah mereka ketika menceritakan kepada pengkaji perihalan keterlibatan mereka. Malah ada antara mereka yang dulunya susahnya kini kehidupan mereka semakin senang.

GEOGRAFIA Online TM Malaysia Journal of Society and Space 9 issue 1 (24-33) 29 1.3 Halangan yang dihadapi oleh responden dalam usaha mengerakkan aktiviti pertanian Biarpun responden yang terlibat dengan pembangunan pertanian di kawasan kajian begitu senang dengan kerja-kerja yang dilakukan namun mereka juga tidak terlepas daripada masalah. Jadual 1.3 menunjukkan bahawa 44 (73%) responden mengakui mereka seringkali menghadapi masalah dalam menjalankan aktiviti pertanian mereka. Terdapat beberapa punca yang mendorong terlibat dengan masalah yang mereka hadapi. Antaranya termasuklah kesukaran untuk memasarkan hasil keluaran mereka di samping wujudnya masalah orang tengah. Keadaan ini mengambarkan kuasa pasaran telah memberi implikasi terhadap usaha petani dikawasan kajian. Sehubungan Rajah 1.1 menunjukkan seramai 44 orang responden menghadapi halangan dalam usaha mengerakkan pertanian ini dan masalah yang paling utama adalah mereka tidak tahu untuk memasarkan produk pertanian mereka.keadaan ini disebabkan mereka masih dibelenggu dengan kaedah pemasaran yang lama. Jadual 1.3. Halangan yang Dihadapi oleh Responden Dalam Usaha Mengerakkan Aktiviti Pertanian Item Ya Tidak Halangan yang dihadapi oleh responden dalam usaha mengerakkan aktiviti pertanian 44 (73.3%) 16 (26.7%) Jumlah 60 (100%) 60(100%) Rajah 1.2. Halangan terhadap dalam usaha mengerakkan aktiviti pertanian

GEOGRAFIA Online TM Malaysia Journal of Society and Space 9 issue 1 (24-33) 30 2.1 Pandangan responden terhadap komponen komponen amalan pembangunan pertanian mampan Terdapat beberapa item yang digunakan bagi meneliti isu kelestarian sektor pertanian dan kaitannya kontrain keterlibatan responden. Sehubungan itu kolerasi antara komponen pendidikan amalan pertanian responden telah diperoleh oleh pengkaji. 2.1.1 Kolerasi Taraf Pendidikan dengan Penggunaan Kawalan Biologi Dalam Pertanian Berdasarkan nilai jadual di atas, kolerasi hubungan antara taraf pendidikan dan amalan pertanian mapan iaitu penggunaan kawalan biologi dalam pertanian adalah sangat kecil iaitu p= > 0.5 iaitu dengan nilai pekali kolerasi r =.05. Nilai varians r 2 adalah.05 2 =.25. Nilai varians ini menunjukkan bahawa 2.5% amalan pertanian mapan iaitu penggunaan kawalan biologi dalam pertanian dipengaruhi oleh taraf pendidikan manakala 97.5% lagi disebabkan faktor-faktor lain. Correlations Taraf pendidikan Penggunaan kawalan biologi dalam pertanian Taraf pendidikan Pearson Correlation 1.054 Sig. (2-tailed).682 Penggunaan kawalan biologi dalam pertanian Sumber: Kerja Lapangan Kuala Pilah (2012) Pearson Correlation.054 1 Sig. (2-tailed).682 r=.054 p = > 0.5 2.1.2 Kolerasi Taraf Pendidikan dengan Penggunaan Baja Organik dalam Pertanian Berdasarkan nilai jadual di atas, kolerasi hubungan antara taraf pendidikan dan amalan pertanian mapan iaitu penggunaan baja organik dalam pertanian adalah kecil iaitu p= > 0.5 iaitu dengan nilai pekali kolerasi r =.13. Nilai varians r 2 adalah.13 2 =.169. Nilai varians ini menunjukkan bahawa 17% amalan pertanian mapan iaitu penggunaan kawalan biologi dalam pertanian dipengaruhi oleh taraf pendidikan manakala 83% lagi disebabkan faktor-faktor lain

GEOGRAFIA Online TM Malaysia Journal of Society and Space 9 issue 1 (24-33) 31 Correlations Taraf pendidikan Penggunaan baja Organik dalam pertanian Taraf pendidikan Pearson Correlation 1.133 Sig. (2-tailed).311 Penggunaan baja Organik dalam pertanian Pearson Correlation.133 1 Sig. (2-tailed).311 Sumber: Kerja Lapangan Kuala Pilah (5,6,7 April 2012) r=.13 p > 0.5 2.1.3 Kolerasi antara Jenis Perusahaan dengan Meningkatnya Serangan Penyakit atau Serangan Makhluk Perosak. Berdasarkan nilai jadual di atas, kolerasi hubungan antara jenis perusahaan dan meningkatnya serangan penyakit atau serangan perosak adalah kecil iaitu p= > 0.5 iaitu dengan nilai pekali kolerasi r =.28. Nilai varians r 2 adalah.28 2 =.784. Nilai varians ini menunjukkan bahawa 78% peningkatan serangan penyakit atau serangan perosak dipengaruhi oleh jenis perusahaan manakala 22% lagi disebabkan faktor-faktor lain. Correlations Jenis perusahaan Meningkatnya serangan penyakit atau serangan perosak Jenis perusahaan Pearson Correlation 1.282 * Sig. (2-tailed).029 Meningkatnya serangan penyakit atau serangan perosak Pearson Correlation.282 * 1 *. Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed). Sumber: Kerja Lapangan Kuala Pilah, 5,6,7 April 2012 Sig. (2-tailed).029

GEOGRAFIA Online TM Malaysia Journal of Society and Space 9 issue 1 (24-33) 32 r =.28 p <.05 Kesimpulannya, halangan yang wujud dalam perusahaan pertanian di Kuala Pilah ini adalah meningkatnya serangan penyakit atau serangga perosak, kenaikan kos bahan api dan modal perniagaan yang terhad. Halangan serangan penyakit atau serangga perosak ini menimbulkan kerugian dalam kalangan petani apabila hasil pertanian atau tanaman diserang penyakit dan ini akan mengurangkan kuantiti jumlah output keluaran hasil pertanian seterusnya menyebabkan petani mengalami kerugian. Kenaikan kos bahan api pula perlu dihadapi oleh petani kerana ini melibatkan isu ekonomi malah ia bukannya isu setempat dan dialami oleh semua sektor. Hal ini kerana harga minyak di pasaran dunia turut meningkat dan tidak dapat dielakkan memandangkan minyak diesel mahupun petrol adalah bahan utama bagi mengerakkan kenderaaan bagi tujuan pengangkutan. Modal perniagaan yang terhad kerana didapati kebanyakan petani tidak mendapatkan bantuan kewangan daripada agensi kerajaan seperti AgroBank mahupun MARA kerana karenah birokrasi serta banyak syarat yang perlu dipatuhi. Analisis kolerasi Pearson pula dilakukan untuk analisis kolerasi taraf pendidikan dengan amalan pertanian mapan. Analisis amalan pertanian mapan yang dilakukan adalah terhadap aspek penggunaan kawalan biologi dalam pertanian dan penggunaan baja organik dalam pertanian. Manakala hubungan antara taraf pendidikan dan amalan pertanian mampan pula adalah positif namun hubungan kurang signifikan iaitu melebihi aras 0.05 iaitu tidak kuat. Hubungan jenis perusahaan pertanian dengan peningkatan serangan penyakit mahupun serangga perosak pula adalah hubungan yang positif dan signifikan pada aras kurang dari 0.05. Rumusan Secara kesimpulan dapat dijelaskan bahawa keterlibatan komuniti lokal dikawasan kajian banyak didorong oleh penglibatan secara aktif pihak agensi seperti Jabatan Pertanian. Penglibatan responden dengan tahap pendidikan yang rendah menyebabkan isiatif dikalangan responden tidak dapat dilihat dengan jelas jika sekiranya tidak ada usaha daripada pihak agensi. Sehubungan itu diakhir analisis dilakukan analisis kolerasi bagi melihat sejauhmana hubungan antara angkubah pendidikan dengan amalan pembangunan pertanian mampan. Justeru dapat dirumuskan bahawa amalan pertanian mampan dikalangan petani memerlukan kerjasama sepenuhnya daripada pihak agensi memandangkan tahap pendidikan mereka yang rendah. Penjelasan tentang apa sebenarnya pembangunan pertanian mampan dan apa seharusnya pula lebih banyak terletak ditangan pihak agensi seperti Jabatan Pertanian. Rujukan Bellini, G (2000) I. Agri-Environmentallndicator to Describe Agriculture Sustainability. Environmental Statistic and Methodology Unit, ISTAT. Chamhuri Siwar, Abd. Malik lsmail, Abdul Hamid Jaafar (1998) Reformasi Pertanian Malaysia Ke Arab Wawasan 2020. Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, pp.46. Drew, CJ (1980) Introduction to Designing and Conducting Research (Second Edition).The C.V. MosbyCompany, St. Louis. Faridah Ahmad (2001) Sustainable Agriculture System in MalaYfiia.Paper presented at Regional Workshop on Integrated Nutrition System OPNS), Development in Rural Poverty Alleviation, 18 20 September 2001, United Nations Conference Complex, Bangkok, Thailand. Jabatan Perangkaan Malaysia (2000) Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2000. Kuala Lumpur.

GEOGRAFIA Online TM Malaysia Journal of Society and Space 9 issue 1 (24-33) 33 Mohd.Rosh Mobamad dan Mohamed Aslam Gu1am Hassan (2000) Pembangunan Ekonomi Malaysia Era Globalisasi.Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, pp. 151-152. Quah, SH (1999) Sufitainable Food Production, Income Generation and Consumer Protection in Malaysia.Agro-chemical News in Brief Special Issue, November 1999. Suratahman KH, Zulkifli S dan Zaimah D (1997) Sektor Pertanian: Ke Arah Pembentukan Negara Perindustrian. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara, dan Bahagian Geografi, Pusat Pengajian I1mu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (2003) Kolej UniversW Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUMj dan Pembangunan Subwilayah: Harapan dan Jangkaan Komuniti (Belum diterbitkan). Vorley, 8 (2001) The Chains of Agriculture: Sustainability and the Refitructuring ofagri~foodmarkets. International Institute for Environment and Development, London, pp.i-7. Abd Aziz Mahmud (1977) Malay Entrepreneurship in Development, Tesis PhD,University of SouthCalifornia. Abdul Aziz Yusuf (2001) Usahawan Dan Keusahawanan : Satu Penilaian. Petaling Jaya : PrenticeHall-Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. Abdullah R (1996) Asas Pengurusan. Kuala Lumpur Utusan Publishing And Distributions. Ali J (2003) Ekonomi Malaysia : Satu Analisis Dasar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ali J & Ismail I (1991) Prinsip Dan Amalan Pengurusan Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Beare Helen (1993) How To Avoid Business Failure. London: Sheldon Press. Burth RS (1972) Open Education Assumptions About Children, Learning And Knowledge. DalamRobert Hunter, Elinos A. Scheirer (1993). The Organic Curriculum, Philadelphia : Open University Press. Burton L, DeVere (2007) Agriscience: Fundamentals & Applications. New York: Thomson DelmarLearning. Cates MW (1990) Panduan Amali Untuk Penyelidikan. Diterjemahkan oleh Syaharom Abdullah.KualaLumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka. Chua Joon Eng (1987) Management of Business. Edisi Keempat. Singapore : Mc Graw-Hill BookCompany.