Persepsi Orang Melayu dan India tentang Pembelajaran Bahasa Cina

Similar documents
A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

How To Learn To Learn From A Computer

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

Katakunci : kefahaman murid, konsep jirim

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Katakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0. Pengenalan

Katakunci : penilaian kokurikulum

CORAK KOMUNIKASI KELUARGA DALAM KALANGAN KELUARGA MELAYU DI TERENGGANU

How To Get A Job At A Bank

TAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH

IMPACT OF SELF-CORRECTION ON EXTROVERT AND INTROVERT STUDENTS IN THE EFL WRITING PROGRESS REZA HAJIMOHAMMADI

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

Kata kunci: kesihatan mental; pengetahuan; sosio-demografi; kempen komunikasi ABSTRACT

Katakunci : alat bantu mengajar (ABM), guru teknikal

KAJIAN TENTANG KEPUASAN BEKERJA DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS (A STUDY ON JOB SATISFACTION AMONG SPECIAL EDUCATION TEACHERS)

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL

Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Januari 2014, Bil. 2 Isu 1

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

FACTORS INFLUENCING GENDER GAP IN HIGHER EDUCATION OF MALAYSIA: A UNIVERSITY OF MALAYA SAMPLE

Katakunci : faktor, pemilihan bidang keusahawanan

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

THE FACTORS THAT HINDER THE INTENTION OF BUSINESS MANAGEMENT GRADUATE TO CHOOSE ENTREPRENEUR AS THEIR CAREER NURUL HAZLYANA BINTI NOR AZLI

Communication, Universiti Sains Malaysia, Penang. 2 Kamaliah Haji Siarap is a Lecturer at the School of Communication,

Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran

CHE ZANARIAH CHE HASSAN FADZILAH ABD RAHMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 29 47, 2008

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): HASNAH TORAN, MOHD. HANAFI MOHD. YASIN, MOHD. MOKHTAR TAHAR & NORANI SALLEH

Katakunci : kadar denyutan jantung, tahap dehidrasi, atlet larian jarak dekat

SPA BEAUTY MANAGEMENT SYSTEM NAJIHAH BINTI RUSSLI

THE RELATIONSHIP BETWEEN HUMAN RESOURCE INFORMATION SYSTEM (HRIS) AND HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (HRM) ALFRED PUN KHEE SEONG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CURRENT TRENDS AND PRACTICES IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT: A CASE STUDY IN YTL POWER SERVICES SDN. BHD.

KESAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR VISUAL DALAM PENGAJARAN SUBJEK SAINS TAHUN TIGA. Oleh. Christopher Lu Wei Wang

Komunikasi Interpersonal Dalam Pengajaran Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Melaka

Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan

SUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK: SEJAUHMANAKAH HUBUNGAN INI RELEVAN?

AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

Katakunci : tahap stress, tahap kepuasan kerja, pensyarah UTM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

PRODUCTIVITY IMPROVEMENT VIA SIMULATION METHOD (MANUFACTURING INDUSTRY) HASBULLAH BIN MAT ISA

Teori Kepemimpinan: Teori Trait dan Tingkahlaku. Dr. Foo Say Fooi

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

Feasibility of Teaching Public Relations Courses Through E-Learning: A Case Study in Malaysia

Katakunci : gaya komunikasi, guru besar, komitmen guru,

PELUANG DAN CABARAN PENDIDIKAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT LUAR BANDAR : SATU KAJIAN KES ISI RUMAH MELAYU MISKIN DI JAJAHAN BACHOK, KELANTAN

Tahap kefahaman ekopelancongan dalam kalangan komuniti lokal di Lata Jarum, Raub, Pahang

LEARNING MANAGEMENT SYSTEM(LMS) AND COURSE MANAGEMENT SYSTEM(CMS)

Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Ilmu Faraid

BAB KAJIAN MENGENAI GEJALA SOSIAL. Pengenalan

Katakunci : masalah, guru Pendidikan Khas program Integrasi, pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup

Tingkah Laku Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak. oleh. Mahadi bin Hj. Khalid Institut Perguruan Batu Lintang

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Julai 2013, Bil. 1 Isu 3

BAB EMPAT METODOLOGI KAJIAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di kalangan Guru Sekolah Bestari

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidiikan PKPGB 2008, 16 Oktober 2008, UTHM.

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2009, 7 Mei 2009, UTHM

HUBUNGAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DAN PENERIMAAN MESEJ DAKWAH

Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 33 51, 2010

Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Di Kalangan Guru-Guru Ketua Panitia Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Daerah Kulim Bandar Baharu

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

HAJI MOHD NOR BIN JAAFAR

MASTER S PROJECT REPORT SUMMARY

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MEDIA DAN KONSTRUK SOSIAL : IMPLIKASI TERHADAP ISU SOSIAL REMAJA. Samsudin A Rahim

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE NATURE OF HUMAN RESOURCE MANAGEMENT AND ORGANIZATIONAL CHANGE IN MALAYSIAN SMALL AND MEDIUM SIZED ENTERPRISES (SMES)

Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 4: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor.

NOOR HANIRA BINTI MAHIDIN

Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti

Faculty of Computer Science & Information Technology

KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER DI KALANGAN PELAJAR PENCAPAIAN AKADEMIK RENDAH BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN 4

DEPARTMENT OF ESTATE -MANAGEMENT FACULTY OF ARCHITECTURE, PLANNING AND SURVEYING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KAJIAN PUNCA, RISIKO MEROKOK DAN SUMBANGAN MEROKOK TERHADAP PENAGIHAN BAHAN. SATU KAJIAN DI PUSAT GIAT MARA BUKIT PAYONG, MARANG, TRENGGANU

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA PENGAMBILAN FEBRUARI 2016

STRATEGI MEMBINA DAN MENGEKALKAN HUBUNGAN ANTARA KERAJAAN DENGAN RAKYAT MELALUI LAMAN SESAWANG

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka

Penggunaan Peta Minda oleh Pelajar Pintar Cerdas dalam Pembelajaran Sejarah (The Use of Mind Maps by Gifted Students in Learning History)

Dimensi Amalan Etika Profesion

KAJIAN HUBUNGAN KAUM DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH PEMBANGUNAN SOSIAL, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Universiti Kuala Lumpur Kampus Kota MALAYSIAN INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY 1016, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur

TN. MOHD FAKHRUZZAMAN B. TN ISMAIL

RFID BASED SYSTEMATIC STUDENT S ATTENDANCE MANAGEMENT SYSTEM HANISAH BINTI HAMID. Faculty of Electrical and Electronic Engineering

Teknologi Mudah Alih Dalam Pembelajaran Kolaboratif

KEPENTINGAN KEFAHAMAN KONSEP DALAM MATEMATIK

BAB 3 SEMANTIK: PERLUASAN, PENYEMPITAN DAN PERUBAHAN MAKNA

KAJIAN TERHADAP PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM TINGKAH LAKU MEMBELI DI KALANGAN PENNGUNA: KAJIAN KES DI JOHOR BAHRU.

K-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN

KOMUNIKASI KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI: ANALISIS KONSEP DAN AMALAN DALAM TIGA ORGANISASI TERPILIH

CLIENT SERVER APPLICATION FOR SERVER FARM PERFORMANCE MONITORING ABDIRASHID HASSAN ABDI

Transcription:

马大华人文学与文化学刊 Journal of Chinese Literature and Culture 176 Persepsi Orang Melayu dan India tentang Pembelajaran Bahasa Cina Abstrak: Kajian ini dilakukan untuk memperoleh persepsi tentang kepentingan penguasaan bahasa Cina di kalangan orang Melayu dan orang India serta faktor yang mendorong mereka dalam mempelajari bahasa Cina. Selain penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang menjadi keutamaan kepada masyarakat di negara ini, penguasaan terhadap bahasa Cina sekarang menjadi semakin popular untuk dipelajari oleh golongan bukan berbangsa Cina. Metodologi yang digunakan adalah melalui pengutipan data primer dan sekunder iaitu kaedah survei dengan menggunakan set soal selidik dan pengumpulan maklumat juga diperoleh dari buku, jurnal, majalah, artikel serta sumber laman web. Persampelan data secara berstrata dilakukan terlebih dahulu iaitu dengan penglibatan responden seramai 200 orang yang terdiri daripada kalangan golongan awam. Kemudian kesemua responden dibahagikan mengikut beberapa subkumpulan tertentu seperti bangsa, jantina dan tahap pengajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa (1) pembelajaran bahasa Cina di kalangan masyarakat berbangsa Melayu dan India kian meluas berikutan dorongan daripada kepesatan ekonomi yang kebanyakannya dimonopoli oleh orang Cina, (2) pergaulan dengan rakan atau golongan berbangsa Cina juga merupakan faktor utama dalam mendorong kebanyakan responden mempelajari bahasa Cina, (3) pembelajaran bahasa Cina oleh orang Melayu dan India disifatkan sebagai pembukaan lebih banyak ruang pekerjaan pada masa akan datang. Kata kunci: Persepsi; Orang Melayu; Orang India; Pembelajaran Bahasa Cina Authors: Wan Hazwani W. H., Siti Norfaizie M. R., School of International Cultural Exchange, Lanzhou University, Lanzhou, China. Isa Ma Z. L., Firuza B. M., Faculty of Arts and Social Science, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. Pengenalan Malaysia ialah sebuah negara majmuk yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yang mengamalkan pelbagai budaya, adat dan agama. Kepelbagaian kaum dan

177 bangsa di negara ini bermula semenjak kemasukan secara beramai-ramai oleh imigran Cina dan India telah menyebabkan negara Malaysia sekarang merupakan sebuah negara yang dipelopori oleh tiga buah kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat negara ini sebagai wadah komunikasi utama sememangnya tidak dapat dinafikan. Namun, globalisasi yang berlaku pada hari ini telah membawa kepada perubahan jangka masa panjang terhadap penggunaan bahasa global yang juga turut memberi kesan terhadap penggunaan bahasa tempatan (Zhou, 2011). Perkembangan bahasa Cina kini semakin ketara khususnya dalam bidang perniagaan, industri dan pendidikan. Kemajuan bahasa Cina dapat dilihat dari kedudukan bahasa Cina yang dituturkan oleh kebanyakan penduduk dunia di semua benua. Ini dapat dilihat apabila bahasa Cina dinobatkan mempunyai penutur yang paling ramai di seluruh dunia termasuk 1.3 bilion penduduk di Tanah Besar China sendiri. Malah, bahasa Cina juga menjadi bahasa ketiga paling dituturkan di Amerika Syarikat selepas bahasa Inggeris dan bahasa Sepanyol (Yun Xiao, 2011). Penggunaan bahasa Cina di kalangan orang Melayu dan orang India di Malaysia merupakan satu aspek penting yang harus dikaji kerana masyarakat Malaysia kini menganggap bahawa bahasa Cina merupakan bahasa komunikasi terpenting selepas bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Jika sebelum ini, di Malayasia hanya penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sahaja yang sering diutamakan dalam aspek pertuturan dan penulisan, namun penggunaan bahasa Cina sekarang sebagai alat komunkasi kian berkembang. Bahasa Cina sebagai alat komunikasi bukan sahaja hanya dituturkan oleh penutur natif yang berbangsa Cina, namun turut menjadi bahan komunikasi yang dipelajari oleh bangsa-bangsa lain. Tsung & Cruickshank (2010) menyatakan bahawa perkembangan terhadap pembelajaran dan pengajaran bahasa Cina difokuskan melalui 3 konteks utama, iaitu (1) sebagai bahasa asing di beberapa buah negara seperti China, Amerika Syarikat dan negara-negara lain, (2) sebagai bahasa kedua kepada golongan minoriti di Tanah Besar China dan Taiwan serta negara kolonial seperti Singapura dan Hong Kong, (3) sebagai bahasa warisan/komuniti untuk seluruh dunia. Bahasa Cina merupakan bahasa ibunda bagi masyarakat kaum Cina. Bahasa ini mempunyai sifat dan ciri-cirinya yang tersendiri terutamanya dari segi penulisan dan pertuturan. Jika dahulu, di Malaysia bahasa Cina hanya digunakan oleh kaum Cina sahaja, tetapi dikatakan fenomena atau tren terkini berbeza kerana sebilangan masyarakat bukan berbangsa Cina di Malaysia telah mula mempelajari bahasa Cina sebagai salah satu daripada kemahiran berbahasa untuk diri mereka. Pembelajaran bahasa Cina di kalangan orang bukan Cina di Malaysia juga dapat dilihat dengan adanya pelajar-pelajar dari Malaysia yang telah dihantar ke negara China bagi mempelajari dan menguasai bahasa Cina dengan lebih efektif lagi. Laporan mengatakan

马大华人文学与文化学刊 Journal of Chinese Literature and Culture 178 bahawa sekurang-kurangnya terdapat seramai 116 orang pelajar dan kebanyakannya terdiri daripada pelajar-pelajar dari Institut Teknologi Mara Malaysia (UiTM) yang mengambil kursus pengajian bahasa Cina di Beijing Foreign Studies University (BFSU) (www.themalaysianinsider.com, 2010). Di Jabatan Pengajian Asia Timur Universiti Malaya pula, terdapat seramai 54 orang pelajar Melayu yang mengambil kursus Bahasa Cina sejak tahun 2008 sehingga tahun 2013. Dengan ini, pembelajaran bahasa Cina terutamanya di kalangan pelajar bukan berbangsa Cina di Institusi Pengajian Tinggi telah menjadi satu fenomena kerana langkah yang diambil merupakan satu inisiatif baik dalam menguasai bahasa asing selain bahasa Inggeris. Metodologi Kajian ini telah dilakukan melalui pengumpulan maklumat primer dan sekunder. Kajian terlebih dahulu dilakukan dengan mengadakan temu bual responden yang terdiri daripada orang Melayu dan orang India yang mempunyai pengetahuan asas tentang bahasa Cina. Pengumpulan data primer telah dilakukan melalui survei menggunakan set soal selidik. Sebanyak 200 sampel kajian berjaya diperoleh dan responden kebanyakannya terdiri daripada golongan awam. Selain itu, persampelan berstrata telah dilakukan di kalangan orang awam, iaitu (1) kumpulan orang Melayu dan India, (2) kumpulan orang Melayu dan India yang sedang mempelajari bahasa Cina dan (3) kumpulan orang Melayu dan India yang mempunyai pengetahuan tentang bahasa Cina. Responden yang terpilih kebanyakannya terdiri daripada golongan dari pelajar-pelajar IPT yang mengikuti kursus bahasa Cina yang ditawarkan di IPT masingmasing. Namun, kebanyakan responden yang ditemui adalah daripada golongan kaum Melayu. Maka bagi melengkapkan kajian terhadap golongan kaum India, subjek pula dipilih di kalangan orang awam dan mereka yang dipilih adalah berdasarkan kepada keupayaan bertutur dan pengetahuan mereka dalam bahasa Cina. Kemudiannya, Statistical Packages For The Sosial Science (SPSS) telah digunakan untuk menganalisis maklumat yang diperoleh. Seterusnya, data sekunder pula diperoleh melalui sumber rujukan buku dan penerbitan seperti kertas penyelidikan, jurnal dan tesis menjadi sumber utama dalam membentuk kerangka kajian dan mengupas literatur lalu. Hubungan antara pembelajaran Bahasa Cina dengan subkumpulan demografik Kajian dijalankan dengan mengenal pasti tiga subkumpulan utama yang telah dibahagikan, iaitu subkumpulan jantina, bangsa dan tahap pendidikan. Responden yang terlibat adalah seramai 200 orang yang terdiri daripada orang awam dan dipilih secara kaedah berstrata seperti yang telah dibincangkan dalam bahagian metodologi. Tiga subkumpulan demografik ini ditentukan berikutan daripada kajian yang

179 dijalankan adalah tertumpu di sekitar kawasan yang mempunyai bilangan orang awam yang pelbagai. Jantina Data utama dalam kajian yang dijalankan adalah dengan mengenal pasti pembahagian dalam kumpulan demografi jantina. Berdasarkan Jadual 1, didapati bahawa bilangan responden perempuan adalah jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan jumlah responden lelaki iaitu seramai 139 orang manakala jumlah responden lelaki pula adalah sebanyak 61 orang. Keadaan seperti ini berlaku disebabkan oleh kebanyakan responden yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada golongan pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi. Seperti yang diketahui umum bilangan pelajar perempuan adalah melebihi bilangan pelajar lelaki di kebanyakan IPT di Malaysia. Keadaan ini telah menyebabkan responden kajian kebanyakannya adalah daripada golongan perempuan. Jadual 1 Bilangan dan Peratusan Responden yang Terlibat Mengikut Jantina Jantina Bilangan (orang) Peratus (%) Lelaki 61 30.5 Perempuan 139 69.5 Jumlah 200 100.0 Bangsa Bangsa Melayu dan India merupakan pemfokusan utama pengkaji dalam mengenal pasti pandangan mereka tentang pembelajaran bahasa Cina. Hasil kajian mendapati daripada jumlah responden iaitu seramai 200 orang, 146 orang daripadanya adalah terdiri daripada bangsa Melayu manakala yang selebihnya iaitu seramai 54 daripada kaum India. Kebanyakan daripada tempat awam yang menjadi sasaran kajian adalah terdiri daripada golongan masyarakat yang berbangsa Melayu berbanding dengan bangsa India contohnya seperti kawasan perhentian bas dan Intitusi Pengajian Tinggi. Kebanyakan daripada kaum India yang ditemui bagi menjalankan kajian selidik ini merupakan pelajar-pelajar yang belajar di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. Seperti data yang terdapat dalam Jadual 2, responden berbangsa Melayu lebih berminat memilih untuk mempelajari bahasa Cina berikutan daripada keperluankeperluan tertentu yang memberi kelebihan kepada mereka seperti membuka lebih banyak ruang pekerjaan.

马大华人文学与文化学刊 Journal of Chinese Literature and Culture 180 Jadual 2 Bilangan dan Peratusan Responden yang Terlibat Mengikut Bangsa Bangsa Bilangan (orang) Peratus (%) Melayu 146 73.0 India 54 27.0 Jumlah 200 100.0 Tahap Pendidikan Pembahagian responden melalui tahap pendidikan yang berbeza bertujuan untuk mengenal pasti bilangan responden berbangsa Melayu dan India yang lebih berminat untuk mempelajari bahasa Cina berdasarkan latar belakang pendidikan yang tidak sama. Menerusi data dalam Jadual 3, terdapat enam peringkat tahap pendidikan responden yang terlibat. Bilangan responden yang mempunyai taraf pendidikan pada tahap sarjana muda mendahului semua tahap pendidikan yang lain iaitu dengan nilai peratusan sebanyak 62.5 peratus bersamaan dengan 125 orang responden. Peringkat sarjana dan pasca ijazah menduduki tahap pendidikan yang paling bawah dengan catatan jumlah bilangan responden dan nilai peratusan yang sama banyak iaitu 2 orang responden bersamaan dengan 1 peratus. Di samping itu, kajian yang dilakukan oleh Razali (2010) juga telah memberi pemfokusan kepada mahasiswa-mahasiswa bukan Cina di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berkenaan dengan pandangan mereka terhadap peningkatan minat dalam pembelajaran bahasa Cina. Keberangkalian bilangan pelajar sarjana muda yang terlibat dalam kajian ini adalah disebabkan oleh kebanyakan daripada mereka lebih menumpu ke arah pekerjaan selepas tamat pengajian di IPT, oleh itu dengan mempelajari bahasa selain bahasa Melayu dan Inggeris merupakan kaedah yang wajar diterapkan bagi memperoleh pekerjaan yang baik pada masa akan datang. Jadual 3 Bilangan dan Peratusan Responden yang Terlibat Mengikut Tahap Pendidikan Tahap pendidikan Bilangan (orang) Peratus (%) PMR 4 2.0 SPM 44 22.0 STPM 23 11.5 Sarjana Muda 125 62.5 Sarjana 2 1.0 Pasca Ijazah 2 1.0 Jumlah 200 100.0

181 Hasil kajian Kepentingan pembelajaran bahasa Cina dalam aspek komunikasi, pendidikan, pekerjaan dan perniagaan. Kajian terhadap kepentingan pembelajaran bahasa Cina dibahagikan kepada tiga aspek utama iaitu komunikasi, pendidikan dan pekerjaan serta perniagaan. Secara keseluruhannya, terdapat 183 orang daripada 200 orang responden yang terlibat dikategorikan dalam kumpulan yang bersetuju dengan pembelajaran bahasa Cina oleh orang bukan Cina pada masa sekarang adalah penting untuk berurus niaga dengan orang Cina yang pada asalnya tidak mempunyai pengetahuan dalam bahasa selain bahasa Cina. Aspek memperoleh pekerjaan di bawah orang berbangsa Cina juga disifatkan sebagai satu aspek penting oleh mereka yang bersetuju bahawa pembelajaran bahasa Cina adalah penting. Keadaan ini menunjukkan bahawa orang Melayu dan India memberikan reaksi yang positif terhadap pembelajaran bahasa Cina dalam usaha meningkatkan kemajuan diri mereka dalam aspek ekonomi secara amnya. Berikutan daripada keadaan ekonomi Malaysia sekarang yang lebih didominasi oleh kaum Cina, maka bahasa Cina dijadikan sebagai medium utama dalam mengaplikasikan kehendak mereka ini. Oleh itu, keadaan ini telah menunjukkan bahawa pembelajaran bahasa Cina oleh orang Melayu dan orang India adalah lebih tertumpu kepada aspek ekonomi. Jadual 4 Kepentingan Pembelajaran Bahasa Cina dalam Aspek Komunikasi Perkara Setuju Tidak setuju 1 Membantu untuk berinteraksi dengan orang Cina dengan lebih efektif. 2 Bahasa Cina membantu berkenalan dengan lebih ramai bangsa Cina. Tidak pasti 172 10 18 159 23 18 3 Alat komunikasi yang penting pada masa sekarang. 125 38 37 4 Tanpa bahasa Cina masyarakat juga dapat berkomunikasi dengan orang Cina dengan menggunakan bahasa lain seperti bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. 5 Membantu untuk memahami budaya dan adat orang Cina dengan lebih mendalam. 6 Bahasa Cina bukan alat komunikasi yang penting buat masa sekarang. 188 5 7 155 19 26 70 84 44 Melalui kajian yang dijalankan, pembelajaran bahasa Cina dalam aspek komunikasi merupakan antara kepentingan yang bukan menjadi keutamaan dalam

马大华人文学与文化学刊 Journal of Chinese Literature and Culture 182 soal pembelajaran bahasa Cina oleh orang Melayu dan orang India. Keputusan kajian yang terdapat pada Rajah 1 menunjukkan bahawa seramai 172 orang responden bersetuju bahawa pembelajaran bahasa Cina dapat membantu mereka berinteraksi dengan kaum Cina yang tidak mempunyai pengetahuan bahasa lain selain bahasa Cina. Namun, terdapat juga di kalangan responden iaitu seramai 188 orang yang bersetuju bahawa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan alat komunikasi yang lebih penting. Keadaan ini menunjukkan bahawa kepentingan terhadap pembelajaran bahasa Cina oleh orang Melayu dan orang India bukan hanya untuk mempunyai kemahiran berkomunikasi semata-mata kerana pada mereka, pengetahuan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan aspek yang lebih penting untuk berinteraksi. Jadual 5 Kepentingan Pembelajaran Bahasa Cina dalam Aspek Pendidikan Perkara Setuju Tidak setuju 1 Kelebihan dan kemudahan dalam memahami buku-buku rujukan bahasa Cina. 2 Lebih mudah untuk memahami corak dan amalan hidup orang Cina. 3 Pendidikan dalam bahasa Cina akan memberi kelebihan kepada diri sendiri. 4 Bahasa Cina tidak sepatutnya menjadi satu satu aspek yang penting untuk orang Melayu dan orang India. 5 Memudahkan permohonan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke negara China. 6 Bahasa Cina sememangnya baik jika diajar di sekolah dan institusi pendidikan tinggi. 7 Pelajaran bahasa Cina untuk orang Melayu dan orang India di Malaysia wajar diterapkan dari sekarang. 8 Kelebihan berbahasa Melayu dan Inggeris sudah cukup untuk orang Melayu dan orang India. Oleh itu, mereka tidak perlu lagi untuk mempelajari bahasa Cina. Tidak pasti 161 17 22 154 16 30 175 13 12 73 74 53 115 25 60 149 51 29 145 21 34 69 81 50 Jadual 5 di atas mencatatkan hasil kajian berkaitan dengan kepentingan pembelajaran bahasa Cina dalam aspek pendidikan yang terdapat dalam borang soal selidik. Pembelajaran bahasa Cina dikatakan mampu memberi kelebihan kepada mereka yang mempelajarinya terutama untuk memperoleh maklumat atau bahan rujukan yang ditulis dalam basa Cina. Seramai 175 orang yang terlibat dalam kajian mengakui bahawa pendidikan dalam bahasa Cina akan memberi manfaat kepada diri mereka sendiri. Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai pengetahuan dalam bahasa

183 Cina akan mempunyai sedikit sebanyak kelebihan dalam menulis dan membaca tulisan Cina. Oleh itu, orang Melayu dan India yang mempunyai pengetahuan dalam bahasa Cina mempunyai kelebihan dalam memahami rujukan atau bahan dalam tulisan Cina. Jadual 6 Kepentingan Pembelajaran Bahasa Cina dalam Aspek Pekerjaan dan Perniagaan Perkara Setuju Tidak setuju 1 Meluaskan peluang pekerjaan. 179 9 12 2 3 Memberi kemudahan untuk bekerja dengan firma/ syarikat milik orang Cina. Membantu dalam memupuk kerjaya pada masa hadapan. Tidak pasti 180 9 11 167 11 22 4 Kelebihan untuk ditawarkan pekerjaan di negara China. 176 8 16 5 6 7 8 Tidak tahu berbahasa Cina juga sudah mencukupi untuk bekerja dengan orang Cina Bahasa Cina bukan aspek penting dalam menentukan pekerjaan. Memudahkan urusan perniagaan dengan orang Cina yang tidak tahu bahasa Melayu atau Inggeris. Pembelajaran bahasa Cina tidak membantu langsung dalam berurus niaga dengan kaum Cina. 165 9 26 129 32 39 183 8 9 48 110 42 Aspek pekerjaan dan perniagaan juga diambil kira dalam kajian mengenai kepentingan pembelajaran bahasa Cina oleh golongan bukan Cina. Jadual 6 menunjukkan peluang untuk memperoleh pekerjaan dengan firma atau syarikat yang diusahakan oleh orang Cina dan memudahkan urus niaga dengan orang Cina. Kajian mendapati bahawa aspek kemudahan berurusan dalam perniagaan dengan orang berbangsa Cina yang tidak mempunyai pengetahuan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu sebanyak 183 orang responden. Selain itu, aspek memberi kemudahan untuk bekerja dengan firma/ syarikat milik orang Cina juga mencatatkan jumlah persetujuan responden yang agak tinggi, iaitu sebanyak 180 orang responden. Dengan ini, aspek pekerjaan dan perniagaan dikategorikan sebagai aspek yang paling penting dalam pembelajaran bahasa Cina. Berikutan daripada ekonomi Malaysia pada masa sekarang kebanyakannya dimonopoli peniaga daripada kaum Cina di samping negara China sendiri telahpun berjaya meluaskan pengaruh ekonominya ke serata dunia, maka keadaan ini disifatkan sebagai perkara yang perlu dititikberatkan oleh orang di Malaysia agar mempelajari bahasa Cina sebagai langkah

马大华人文学与文化学刊 Journal of Chinese Literature and Culture 184 pertama untuk berdaya saing dengan orang Cina dalam aspek memperoleh pekerjaan dan berurus niaga. Faktor-faktor pendorong dalam meningkatkan penguasaan bahasa Cina Pembelajaran bahasa Cina oleh orang Melayu dan India pada masa sekarang menjadi semakin popular di kalangan pelbagai golongan lapisan masyarakat. Dalam kajian yang dilakukan oleh Norlida Razali (2010), faktor utama dalam mendorong orang bukan berbangsa Cina mempelajari bahasa Cina disebabkan oleh faktor persekitaran. Maka melalui kajian ini, pengkaji telah mengategorikan beberapa faktor persekitaran yang penting dalam mendorong orang Melayu dan India mempelajari bahasa Cina. Rajah 1 seperti di bawah merupakan keputusan daripada responden mengenai faktor-faktor yang mendorong mereka dalam meningkatkan lagi penguasaan bahasa Cina. Kebanyakan daripada orang Melayu dan orang India dalam kajian ini menyatakan bahawa mereka banyak bergaul dengan kaum dari bangsa Cina bagi meningkatkan lagi penguasaan bahasa Cina mereka merupakan faktor pendorong utama kepada mereka dalam mempelajari bahasa Cina. Penggunaan media seperti menonton drama atau filem serta mendengar muzik dan lagu versi bahasa Cina tidak banyak memberi dorongan kepada mereka. Keadaan ini boleh dianggap sebagai pengaruh media bagi menguasai pembelajaran bahasa Cina merupakan faktor yang kurang mendorong. Pergaulan dengan orang Cina merupakan kaedah utama yang dilakukan oleh mereka yang sedang melalui proses pembelajaran bahasa Cina. Kaedah yang digunakan oleh mereka ini juga boleh dianggap sebagai pembelajaran melalui kaedah secara lisan. Lau Su Kia (2009) dalam kajiannya menyatakan bahawa teknik seperti mendengar serta merakam perbualan bersama orang Cina merupakan antara kaedah berkesan yang boleh digunakan dalam penguasaan bahasa Cina sebagai bahasa kedua oleh golongan bukan Cina.

185 Rajah 1 Faktor Pendorong Banyak bergaul dengan golongan/kaum berbangsa Cina Ibu bapa menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) untuk mempelajari bahasa Cina Menghadiri tuisyen/ kursus luar bahasa Cina Menonton drama/ filem versi bahasa Cina Mendengar muzik/lagu versi bahasa Cina Perbincangan Kebangkitan negara China sebagai sebuah kuasa ekonomi dunia hari ini sentiasa diperkatakan dalam dunia akademik mahupun di media massa. Pengaruh kuasa ekonomi China sejak reformasi yang melanda negaranya dipandang serius oleh negaranegara maju dan membangun. Dengan adanya proses globalisasi yang berlaku sehingga memberi kesan yang baik terhadap ekonomi negaranya, salah satu inisiatif spesifik yang dijalankan pihak kerajaan China dalam mengembangkan lagi pengaruhnya adalah dengan memperkenalkan bahasa Cina (Bianco, 2007). Keadaan ini juga dapat dikaitkan dengan peningkatan terhadap pembelajaran bahasa Cina sejak belakangan ini di seluruh dunia. Contohnya, sejak tahun 1990, pengajaran bahasa Cina sebagai bahasa asing di kolej-kolej di Amerika Syarikat telah menunjukkan peningkatan dalam jumlah pelajar yang mengambil kelas bahasa Cina, iaitu sebanyak 19,490 orang pada tahun 1990 kepada 51,582 orang pada tahun 2006 (Zhou, 2011). Berdasarkan pandangan yang diutarakan oleh beberapa sarjana bahasa Cina, pengajaran dan pembelajaran

马大华人文学与文化学刊 Journal of Chinese Literature and Culture 186 bahasa Cina dikatakan telah berjaya mencapai perkembangan pesat dengan kewujudan rangkaian pelajar di seluruh dunia (Anderson, 2014). Di Malaysia dikatakan bahawa perkembangan bahasa Cina telah mengalami transformasi sejak abad ke-20 apabila bahasa ini mula menampakkan kepentingannya terutamanya kepada bukan penutur natif bagi bahasa ini. Dikatakan bahawa bahasa ini telah mula dipelajari oleh orang Melayu dan orang India di Malaysia yang mula merasakan kepentingan terhadap penggunaan bahasa Cina. Menerusi kajian yang dilakukan, didapati bahawa dorongan terhadap penggunaan bahasa ini oleh golongan bukan penutur natif telah mula diutarakan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Datuk Sri Najib bin Tun Abdul Razak. Hal ini kerana sejak kedatangan era globalisasi, dapat dilihat bahawa negara China merupakan sebuah negara kuasa besar yang sedang giat mengorak langkah untuk seiring dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Jepun terutamanya dalam bidang ekonomi. Bermula dari tahun 1980-an lagi, hubungan antara kedua-dua buah negara ini telah berjaya memasuki fasa baru dengan peningkatan hubungan ekonomi melalui perdagangan dan pelaburan. Hubungan yang erat ini akhirnya telah membolehkan Malaysia berjaya menjadi rakan dagangan terbesar dengan China dalam ASEAN pada tahun 2002 dan 2003 (Li, 2006). Faktor persekitaran dijadikan sebagai punca utama kepada kebanyakan responden yang terlibat dalam kajian memilih untuk meningkatkan kemahiran diri dalam berbahasa Cina (Razali, 2010). Ini dapat dikaitkan dengan beberapa faktor yang telah dikemukakan menerusi hasil kajian ini. Banyak bergaul dengan rakan berbangsa Cina secara realistiknya dapat dikaitkan dengan faktor persekitaran yang dikemukakan dalam kajian Norlida Razali (2010). Pergaulan ini bukan sahaja menjadi pendorong kepada orang Melayu dan India di Malaysia untuk belajar bahasa Cina, malah secara tidak langsung sedikit sebanyak menjadi medium atau kaedah yang digunakan oleh mereka bagi mempertingkatkan lagi kemahiran berbahasa Cina. Selain itu, kewujudan banyak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Malaysia juga telah menyumbang kepada peningkatan pembelajaran bahasa Cina oleh orang Melayu dan orang India. Hal ini kerana SJKC telah dijadikan satu wadah dan kemudahan kepada kebanyakan ibu bapa yang mula merasakan kepentingan terhadap pembelajaran bahasa Cina di kalangan anak mereka sendiri bagi mempelajari bahasa Cina. Peningkatan minat terhadap pembelajaran bahasa Cina di kalangan orang Melayu dan India adalah lebih menjurus ke arah kebangkitan ekonomi yang dikuasai oleh orang Cina sendiri. Mereka melihat bahawa kebangkitan masyarakat Cina dalam aspek ekonomi bukan sahaja di Malaysia malah di negara China sendiri dianggap sebagai satu persaingan yang wajar dipandang serius. Keadaan ini telah menyebabkan kepentingan terhadap pembelajaran bahasa Cina juga menjadi satu aspek yang semakin dititikberatkan. Fenomena pembelajaran bahasa Cina pada hari ini dapat dilihat

187 dengan adanya penawaran kursus-kursus bahasa Cina di Institusi-institusi Pengajian Tinggi kepada pelajar-pelajar bukan Cina. Sebagai contoh dapat dilihat sendiri di UiTM apabila pelajar-pelajar di institusi ini diwajibkan mengambil bahasa asing sebagai satu daripada subjek utama dan bahasa Cina turut dijadikan sebagai salah satu subjek yang ditawarkan. Kebanyakan daripada responden yang ditemui bersetuju bahawa kebangkitan negara China sebagai kuasa ekonomi dunia pada masa kini menyebabkan bahasanya turut menjadi penting. Kenyataan ini turut dijelaskan dalam penulisan Forrest (1948) yang menyatakan bahawa bahasa Cina-Mandarin ini akan lebih berkembang mengikut kemajuan yang dicapai oleh negaranya sendiri. Di Malaysia, mereka berpendapat bahawa ekonomi negara ini sekarang kebanyakannya dimonopoli oleh kaum Cina. Ramalan daripada Bank Dunia pula memberitahu bahawa menjelang tahun 2020 yang hanya lebih kurang suku abad sahaja lagi, ekonomi negara China akan menjadi 40 peratus lebih besar daripada Amerika Syarikat (Mohamad, 1995). Jika dibincang mengenai aspek perniagaan, rata-rata daripada masyarakat Malaysia mengatakan bahawa ianya lebih dominan dengan masyarakat Cina. Malah mereka turut mengatakan bahawa pembelajaran bahasa Cina pada masa kini merupakan satu aspek yang dapat membantu kerjaya mereka pada masa hadapan. Selain itu, pembelajaran bahasa Cina dirasakan dapat membantu mereka meningkatkan lagi kemahiran berkomunikasi. Selain penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang dianggap sebagai bahasa-bahasa utama yang harus dikuasai oleh masyarakat di Malaysia, bahasa Cina juga dikatakan mampu menjadi sebahagian daripada kelompok bahasa yang harus diberi perhatian. Kepentingan terhadap pembelajaran bahasa Cina oleh orang Melayu dan orang India di Malaysia ini sememangnya berkait rapat dengan kebangkitan negara China sekarang sebagai kuasa ekonomi terbesar selain Amerika Syarikat dan Jepun. Keadaan ini telah memberi tempias kepada Malaysia sehinggakan pengaruh terhadap pembelajaran bahasa Cina dapat dilihat di mana-mana sahaja contohnya seperti di peringkat sekolah mahupun di universiti-universiti tempatan dan swasta. Di samping itu, bahasa Cina juga penting dalam aspek komunikasi untuk masa sekarang dan masa hadapan. Sebagai contoh, terdapat responden yang berpendapat bahawa profesion perguruan sekarang memerlukan guru-guru Melayu dan India yang fasih dalam berbahasa Cina sekiranya mereka ingin mengajar di sekolah-sekolah Cina. Hal ini kerana kebanyakan daripada murid-murid yang berbangsa Cina pada permulaannya kurang berpotensi untuk menguasai pelajaran mereka sekiranya mereka kurang mahir dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Cina pada masa sekarang dianggap sebagai antara bahasa terpenting dunia selepas bahasa Inggeris. Perkembangan terhadap pembelajaran dan pengajaran

马大华人文学与文化学刊 Journal of Chinese Literature and Culture 188 bahasa Cina juga telah berjaya memberi pengaruh yang besar kepada penggunaan media massa. Bahasa ini merupakan antara bahasa utama yang digunakan di internet selepas bahasa Inggeris (Tsung & Cruickshank, 2010). Selain itu, Yang (2003) juga telah menyatakan perkembangan terhadap pembelajaran bahasa Cina kini telah memberi kesan yang meluas terhadap penggunaan internet. Melalui kajian beliau, dapat dilihat terdapat lima buah laman web yang dijadikan sumber utama kepada komunikasi bahasa Cina oleh para pelajar di China, Taiwan, Hong Kong dan Singapura iaitu Yahoo!, Sina, Microsoft, Sohu.com dan Netease. Oleh itu, dapat ditafsirkan bahawa pengaruh media sosial terutamanya internet memainkan peranan yang penting dalam mendorong para pelajar di negara-negara tersebut mempelajari bahasa Cina. Keadaan ini berbeza dengan kajian yang dilakukan terhadap responden yang terlibat kerana mereka lebih didorong untuk mempelajari bahasa Cina disebabkan banyak bergaul dengan rakan berbangsa Cina. Maka ini telah menunjukkan bahawa kaedah lisan secara terbuka merupakan cara terbaik bagi responden untuk mempelajari bahasa Cina dengan lebih mendalam. Kesimpulan Pada keseluruhannya, kajian ini telah menunjukkan bahawa pembelajaran bahasa Cina oleh orang Melayu dan orang India di Malaysia semakin meningkat. Responden yang terlibat secara keseluruhannya telah memberikan maklum balas yang positif mengenai pembelajaran bahasa Cina. Bagi orang bukan berbangsa Cina seperti bangsa Melayu dan India, pembelajaran bahasa Cina di kalangan mereka sendiri menjadi penting terutamanya dalam soal ekonomi berikutan daripada kebangkitan negara China sebagai kuasa ekonomi baru dunia pada hari ini. Selain itu, terdapat juga beberapa kajian yang dilakukan oleh para pengkaji lain. Kajian-kajian mereka juga berjaya menunjukkan bahawa pembelajaran bahasa Cina menjadi semakin meluas di seluruh dunia dan tidak terkecuali juga di Malaysia adalah disebabkan oleh kebangkitan ekonomi negara China sendiri. Secara umunya, kajian mengenai persepsi orang Melayu dan orang India tentang pembelajaran bahasa Cina telah memberikan impak yang positif kerana rata-rata mereka yang ditemui merasakan bahawa pembelajaran bahasa ini di kalangan orang Melayu dan orang India sememangnya lebih membawa keuntungan kepada diri sendiri berbanding dengan aspek kerugian. Aspek membuka lebih luas ruang pekerjaan terutamanya dalam firma atau syarikat milik orang Cina merupakan perkara penting yang dititikberatkan oleh responden untuk lebih mempunyai pengetahuan dalam bahasa Cina. Pembelajaran bahasa Cina merupakan satu perkara yang tidak boleh dipandang rendah kerana bahasa ini mampu meningkatkan kredibiliti seseorang dalam usaha memperoleh pekerjaan khasnya. Orang Melayu dan orang India akan

189 mempunyai lebih banyak manfaat sekiranya mereka berjaya menguasai bahasa Cina ini. Rujukan Anderson, T. (2014). [Review of the book Teaching and learning Chinese in global contexts: Multimodality and literacy in the new media age, by L. Tsung and K. Cruickshank (Eds.)]. International Multilingual Research Journal. Bianco, J.L. 2007. Emergent China and Chinese: Language Planning Categories, Language Policy. Forrest, R. A. D. 1948. The Chinese language. London : Faber & Faber. Lau, S. K. 2009. Seminar:Teknik-teknik Mempelajari Bahasa Cina Sebagai Bahasa Kedua. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Li, Y. 2006. ICS Working Paper, Analysis of Recent Sino-Malaysia Trade Relations. Kuala Lumpur, Universiti Malaya. Mohamad, M. 1995. Asli Strategic Review, Malaysia and China In The 21st Century: Prosperity Through Cooperation. Asian Strategy and Leadership Institute: Malaysia. Razali, N. 2010. Pandangan mengenai peningkatan minat terhadap pembelajaran bahasa Cina dalam kalangan mahasiswa-mahasiswa bukan Cina di institut pengajian tinggi awam (IPTA). Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Tsung, L., & Cruickshank, K. 2010. Emerging Trends and Issues in Teaching and Learning Chinese: Teaching and Learning Chinese in Global Contexts. London: Continuum. www.themalaysianinsider.com, 14 Jun 2010. Yang, G. 2003. The Internet and The Rise of a Transnational Chinese Cultural Sphere. Media, Culture Society. Yun Xiao, 2010. Chinese Language in The United States: An Ethnolinguistic Perspectives: Teaching and Learning Chinese in Global Contexts. London: Continuum. Zanarizma Ma Husin, 2010. Teknik Pembelajaran bahasa Cina dalam kalangan pelajar bukan Cina di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) UM, UiTM : satu kajian kes. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Zhou, M. L. 2010. Globalization and Language Order:Teaching Chinese as a Foreign Language in The United States: Teaching and Learning Chinese in Global Contexts. London: Continuum.