Kemudahan Capaian dan Penggunaan e-kerajaan di Malaysia



Similar documents
A STUDY ON MOTIVATION TO START UP A BUSINESS AMONG CHINESE ENTREPRENEURS

TRANSFORMATIONAL PROJECT MANAGER: AN ENABLER OF AN ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) IMPLEMENTATION SUCCESS JOHN ONYEKACHI OKUGO

INTEGRATING CONSUMER TRUST IN BUILDING AN E-COMMERCE WEBSITE NUR ZAILAN BIN OTHMAN

SPAM FILTERING USING BAYESIAN TECHNIQUE BASED ON INDEPENDENT FEATURE SELECTION MASURAH BINTI MOHAMAD

FM HELP DESK : USER COMPLAINT SYSTEM AS AN FM APPROACH FOR FACILITIES MANAGEMENT SERVICES IN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN DIVIDEN SATU PERINGKAT DALAM LEBIHAN AKTUARI YANG DIPINDAHKAN KEPADA DANA PEMEGANG SAHAM

OCBC GREAT EASTERN CO-BRAND CARD FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ) REBATE FEATURES, INTEREST FREE AUTO INSTALMENT PAYMENT PLAN (AUTO-IPP) AND BENEFITS

DEVELOPING AN ISP FOR HOTEL INDUSTRY: A CASE STUDY ON PUTRA PALACE HOTEL

JOB AGENT MANAGEMENT SYSTEM LU CHUN LING. A thesis submitted in partial fulfillment of. the requirements for the award of the degree of

PRODUCTIVITY IMPROVEMENT VIA SIMULATION METHOD (MANUFACTURING INDUSTRY) HASBULLAH BIN MAT ISA

FRAMEWORK FOR EVALUATING PROGRAMMING LANGUAGES FOR COMPUTER GRAPHICS

SPA BEAUTY MANAGEMENT SYSTEM NAJIHAH BINTI RUSSLI

WEB-BASED PROPERTY MANAGEMENT SYSTEM SAFURA ADEELA BINTI SUKIMAN

IMPROVING SERVICE REUSABILITY USING ENTERPRISE SERVICE BUS AND BUSINESS PROCESS EXECUTION LANGUAGE AKO ABUBAKR JAAFAR

THE RELATIONSHIP BETWEEN HUMAN RESOURCE INFORMATION SYSTEM (HRIS) AND HUMAN RESOURCE MANAGEMENT (HRM) ALFRED PUN KHEE SEONG

Katakunci : penilaian kokurikulum

BISKUT RAYA INVENTORY MANAGEMENT SYSTEM (BRIMS) NURUL AMIRAH BINTI ROSLAN THESIS SUBMITTED IN FULFILLMENT OF THE DEGREE OF COMPUTER SCIENCE

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan E-Learning Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Empat, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KNOWLEDGE MANAGEMENT SYSTEM FRAMEWORK FOR COLLABORATIVE OPEN SOURCE SOFTWARE DEVELOPMENT

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

CLIENT SERVER APPLICATION FOR SERVER FARM PERFORMANCE MONITORING ABDIRASHID HASSAN ABDI

How To Learn To Learn From A Computer

LIGHTNING AS A NEW RENEWABLE ENERGY SOURCE SARAVANA KUMAR A/L ARPUTHASAMY UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A STUDY OF SECURITY LIMITATIONS IN VIRTUAL LOCAL AREA NETWORK IMPLEMENTATION

How To Get A Job At A Bank

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SIJIL KOLEJ KOMUNTI (MODULAR) FESYEN DAN PAKAIAN di KOLEJ KOMUNTI SELAYANG, SELANGOR

Customer Service Charter

MASTER S PROJECT REPORT SUMMARY

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

K-BASED HELPDESK SYSTEM SISTEM MEJA BANTUAN BERASASKAN PENGETAHUAN

KRITERIA BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN (BNCP) TIDAK LENGKAP CRITERIA ON INCOMPLETE INCOME TAX RETURN FORM (ITRF) PEMBERITAHUAN

Katakunci : faktor, pemilihan bidang keusahawanan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

NOOR HANIRA BINTI MAHIDIN

Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan Prasarana yang Disediakan di Politeknik Banting Selangor bagi Sesi Disember 2012

Penerimaan Pengguna Terhadap Kaedah Pembayaran Elektronik

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) SYARAT KEMASUKAN BAGI PROGRAM LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2012/2013

THE FACTORS THAT HINDER THE INTENTION OF BUSINESS MANAGEMENT GRADUATE TO CHOOSE ENTREPRENEUR AS THEIR CAREER NURUL HAZLYANA BINTI NOR AZLI

Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): HASNAH TORAN, MOHD. HANAFI MOHD. YASIN, MOHD. MOKHTAR TAHAR & NORANI SALLEH

Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di kalangan Guru Sekolah Bestari

DEPARTMENT OF ESTATE -MANAGEMENT FACULTY OF ARCHITECTURE, PLANNING AND SURVEYING UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Katakunci : alat bantu mengajar (ABM), guru teknikal

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL

PENCAPAIAN HOSPITAL PERFORMANCE INDICATOR FOR ACCOUNTABILITY (HPIA) No Indikator Standard Julai - Disember 2015

HELP DESK SYSTEM IZZAT HAFIFI BIN AHMAD ARIZA

TN. MOHD FAKHRUZZAMAN B. TN ISMAIL

Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Ilmu Faraid

RFID BASED SYSTEMATIC STUDENT S ATTENDANCE MANAGEMENT SYSTEM HANISAH BINTI HAMID. Faculty of Electrical and Electronic Engineering

Katakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0. Pengenalan

EXPERIMENTAL ANALYSIS OF PASSIVE BANDWIDTH ESTIMATION TOOL FOR MULTIPLE HOP WIRELESS NETWORKS NURUL AMIRAH BINTI ABDULLAH

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA THE NATURE OF HUMAN RESOURCE MANAGEMENT AND ORGANIZATIONAL CHANGE IN MALAYSIAN SMALL AND MEDIUM SIZED ENTERPRISES (SMES)

Katakunci : masalah, guru Pendidikan Khas program Integrasi, pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup

HOME ALARM SYSTEM USING DETECTOR SENSOR MD KHAIRUL AMRI B MD ZAIN

Katakunci : gaya komunikasi, guru besar, komitmen guru,

ii) 9 months Plan - Interest Rate at 0.75% per month The minimum transfer amount is RM1,000 and maximum is subject to Cardmember

SUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK: SEJAUHMANAKAH HUBUNGAN INI RELEVAN?

KEINOVASIAN ORGANISASI DI INSTITUSI PENYELIDIKAN AWAM

CORAK KOMUNIKASI KELUARGA DALAM KALANGAN KELUARGA MELAYU DI TERENGGANU

Communication, Universiti Sains Malaysia, Penang. 2 Kamaliah Haji Siarap is a Lecturer at the School of Communication,

SWAY REDUCTION ON GANTRY CRANE SYSTEM USING DELAYED FEEDBACK SIGNAL (DFS) NORASHID BIN IDRUS

Katakunci : kefahaman murid, konsep jirim

KURSUS/ COURSE Kr/ Cr K/ L A/ T. Bahasa Melayu Asas/ Basic Malay Language Tamadun Islam dan Tamadun Asia/ Asian and Islamic Civilizations

PELUANG DAN CABARAN PENDIDIKAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT LUAR BANDAR : SATU KAJIAN KES ISI RUMAH MELAYU MISKIN DI JAJAHAN BACHOK, KELANTAN

HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT

Kata kunci: kesihatan mental; pengetahuan; sosio-demografi; kempen komunikasi ABSTRACT

Teknologi Mudah Alih Dalam Pembelajaran Kolaboratif

Katakunci : tahap stress, tahap kepuasan kerja, pensyarah UTM

DEVELOPMENT OF STATISTICAL PROCESS CONTROL (SPC) MATLAB- BASED SOFTWARE FOR AUTOMOTIVE INDUSTRIES APPLICATION SITI HAZLINA BINTI MOKHTAR

GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PERALATAN MAKMAL KOMPUTER MUDAH ALIH CHROMEBOOK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2013

Manpower Planning Utilizing Work Study at Data Storage Manufacturing Company

DEVELOP AND DESIGN SHEMATIC DIAGRAM AND MECHANISM ON ONE SEATER DRAG BUGGY MUHAMMAD IBRAHIM B MD NUJID

DETERMINING FACTORS FOR THE USAGE OF WEB-BASED MARKETING APPLICATIONS: AN ANALYSIS OF SMEs IN PENANG, MALAYSIA LIM BEE LIN

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidiikan PKPGB 2008, 16 Oktober 2008, UTHM.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA CURRENT TRENDS AND PRACTICES IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT: A CASE STUDY IN YTL POWER SERVICES SDN. BHD.

PEKELILING UNIT PERANCANG EKONOMI, JABATAN PERDANA MENTERI BILANGAN 1 TAHUN 2009

Kajian Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan Perpustakaan Universiti Awam di Malaysia

HAJI MOHD NOR BIN JAAFAR

Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Di Kalangan Guru-Guru Ketua Panitia Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Daerah Kulim Bandar Baharu

Hubungan antara Kesedaran Metakognisi, Motivasi dan Pencapaian Akademik Pelajar Universiti

CHE ZANARIAH CHE HASSAN FADZILAH ABD RAHMAN

Katakunci : kadar denyutan jantung, tahap dehidrasi, atlet larian jarak dekat

STRATEGI MEMBINA DAN MENGEKALKAN HUBUNGAN ANTARA KERAJAAN DENGAN RAKYAT MELALUI LAMAN SESAWANG

Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA PENGAMBILAN FEBRUARI 2016

TAHAP KOLESTEROL HDL DALAM KALANGAN PELAJAR OBES DI SEKOLAH MENENGAH

FACTORS INFLUENCING GENDER GAP IN HIGHER EDUCATION OF MALAYSIA: A UNIVERSITY OF MALAYA SAMPLE

Pengenalan dan Mekanisme Pelaksanaan HRMIS PENDAHULUAN

ONLINE RESTAURANT MANAGEMENT SYSTEM (ORMS) HANISAH BINTI MD TAHA

Student Application Form

EFFECTIVE COST MANAGEMENT: APPLYING ACTIVITY BASED COSTING IN PRIVATE HEALTHCARE - (HAEMODIALYSIS SERVICES)

Hubungan keluarga dari aspek komunikasi dan gaya keibubapaan

HUBUNGAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DAN PENERIMAAN MESEJ DAKWAH

Car Rental Management System (CRMS) Lee Chen Yong

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. Beriltizam untuk mengekalkan STATUS SWAAKREDITASI

PENGHARGAAN. Ribuan terima kasih kepada Dr. Soib Taib selaku penyelia projek ini yang banyak membimbing serta memberi nasihat sepanjang projek ini.

STRUKTUR, STRATEGI DAN PRESTASI PENGURUSAN FASILITI

Student Application Form

Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar

THE APPLICATION OF EARNED VALUE MANAGEMENT IN EVENT PROJECT MANAGEMENT INDUSTRY YEOH XIN HAO

Transcription:

PROSIDING PERKEM VI, JILID 1 (2011) 173 180 ISSN: 2231-962X Kemudahan Capaian dan Penggunaan e-kerajaan di Malaysia Accessibility and Usage of e-goverment in Malaysia Noraidah Sahari @ Ashaari (nsa@ftsm.ukm.my) Norashikin Zainal Abidin (cininnov2@hotmail.com) Emy Salfarina Alias (emysalfarina@hotmail.com) Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia Hasmiah Kasimin (miah@ukm.my) Siti Hajar Mohd Idris (hajar@ukm.my) Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Pembangunan projek mega Negara, Koridor Raya Multimedia (MSC)[1996-2020] telah masuk ke fasa ketiga [2011-2020]. Dalam fasa ini, antara lainnya adalah tarnsformasi rakyat Malaysia menjadi masyarakat berdasarkan pengetahuan menggunakan ICT sebagai pelaksana dalam seluruh sektor ekonomi bagi memacu produktiviti dan inovasi negara untuk menjadi hab cergas bagi penghasilan penyelesaian ICT. Satu daripada tujuh aplikasi perdana MSC adalah e-kerajaan yang mana ia menjanjikan rakyat mendapat perkhidmatan dan maklumat secara dalam talian. Dengan terlaksananya e-kerajaan, rakyat tidak perlu berurusan dengan kerajaan di pejabat agensi perkhidmatan awam tetapi mereka boleh berhubung dengan agensi kerajaan melalui internet atau kiosk maklumat. Setelah lebih satu dekad e-kerajaan dilaksanakan, apakah pengalaman dan perspektif rakyat terhadap implementasi perkhidmatan e-kerajaan ini? Apakah semua golongan rakyat telah menikmati secukupnya kemudahan yang disediakan. Bagi menjawab persoalan ini satu kajian untuk membina maklumat asas mengenai pengguna perkhidmatan dalam talian (epengguna) dilakukan. Kertas ini membincangkan kemudahan capaian perkhidmatan e-kerajaan di Malaysia dan perspektif mereka terhadap penggunaannya. Antara lain kajian ini melihat faktor capaian yang mempengaruhi penggunaan perkhidmatan e-kerajaan yang ada, dan cadangan bagi meningkatkan penggunaan aplikasi e-kerajaan. Hasil kajian menunjukkan pemilikan komputer riba, capaian internet di pejabat, kemahiran menggunakan komputer dan perbankan dalam talian mempunyai hubungan dengan penggunaan perkhidmatan e-kerajaan yang berterusan. Dapatan ini dapat dimajukan agar perkhidmatan e-kerajaan digunakan dengan berkesan dan dengan tidak langsung dapat meningkatkan kualiti hidup semua golongan rakyat. Kata kunci: Perkhidmatan e-kerajaan, Capaian internet, Kemahiran komputer, Infrastruktur ICT, Jalur lebar. ABSTRACT Development of mega projects, the Multimedia Super Corridor (MSC) [1996-2020] has been implemented into the third phase [2011-2020]. In this phase, among others is the transformation of the Malaysian citizen into knowledge-based society using ICT as an executor in all economic sectors to spur productivity and innovation to become a vibrant hub for the production of ICT solutions. One of the seven flagship applications of MSC are e-government which promises the citizen to get the services and information online. With the implementation of e-government, people do not have to deal with the government in the office, but they can communicate and interact with government agencies via the internet or information kiosks. After more than a decade of e-government implementation, what is the experience and perspective of the citizen on the implementation of this e-government service? Are they provided with equal and adequate facilities to use? To answer this question a study to develop basic information about users of online services (euser) is conducted. Nevertheless, this paper discusses the accessibility of e-government services in Malaysia and their perspectives on their use. In addition, these studies look at factors that affect the access to the existing e-government services, and suggestion for the improvement of the implementation are put forward. Results showed that a laptop computer ownership, Internet access in the office, computer skills and online banking services used Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI), Ekonomi Berpendapatan Tinggi: Transformasi ke Arah Peningkatan Inovasi, Produktiviti dan Kualiti Hidup, Melaka Bandaraya Bersejarah, 5 7 Jun 2011

174 Noraidah Sahari @ Ashaari, Hasmiah Kasimin, Siti Hajar Mohd Idris, Norashikin Zainal Abidin, Emy Salfarina Alias related to the continuous use of e-government system. These findings could be forwarded to ensure that the e-government application are used effectively and indirectly to improve the quality of life of all citizen. Keywords: e-government services, Internet access, Computer skill, ICT infrastructure, Broadband PENDAHULUAN Internet merupakan hasil teknologi komputer dan komunikasi yang berkembang dan terkenal diseluruh dunia kerana ia mampu memberi pelbagai kemudahan dan manfaat (Marlini, 2008). Sebagai sumber dan media maklumat global, Internet boleh menyampaikan pelbagai bentuk komunikasi secara interaktif dan cepat. Masyarakat di Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menggunakan teknologi ini sebagai sebahagian daripada cara hidup mereka. Kemunculan teknologi jalur lebar juga antara penyumbang utama dalam menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan kemudahan Internet. Di Malaysia, jalur lebar mula memasuki pasaran dalam tahun 2005 dengan kadar penembusannya hanyalah sebanyak 1.9% (Ishak et. al., 2007). e-kerajaan ditakrif sebagai penggunaan teknologi maklumat berasaskan Internet untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan (DeBenedictis, 2002). Tujuan pelaksanaan e-kerajaan ini adalah untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan kemantapan perkhidmatan awam selaras dengan matlamat negara. Pelaksanaan e-kerajaan yang bermula pada tahun 1997 ini memberi kesan secara lansung terhadap pembangunan dan pentadbiran kerajaan di Malaysia. Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan aplikasi ini dilaksana dengan jayanya. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama-sama dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) merupakan dua agensi yang bertindak sebagai penyelaras kepada semua kementerian dan syarikat telekomunikasi untuk menentukan keperluan dan langkah yang diperlukan bagi mendorong perpindahan kepada konsep e-kerajaan ini. Antara peranan SKMM adalah memantau perkhidmatan Internet yang disediakan oleh Pembekal Khidmat Internet (ISP) yang berdaftar di Malaysia. SKMM juga berusaha meningkatkan taraf infrastruktur telekomunikasi terutama perkhidmatan telefon mudah alih dan Internet di luar bandar. SKMM turut terlibat dengan projek mewujudkan kemudahan Internet jalur lebar kepada masyarakat luar bandar dengan membina beberapa Pusat Jalur Lebar Komuniti diseluruh negara. MAMPU pula merupakan satu agensi yang bertanggunjawab dalam memperkembang usaha pembaikan dan pembaharuan pentadbiran kerajaan Malaysia. Misi utama MAMPU adalah untuk memacu transformasi sektor awam dalam meningkatkan daya saing negara melalui pemerkasaan pengurusan organisasi dan ICT secara inovatif dan strategik. MAMPU juga memainkan peranan penting dalam melaksanakan dasar yang telah ditetapkan oleh Majlis Protokol Internet Versi 6 (IPv6) Kebangsaan. MAMPU bertanggungjawab menentukan perubahan infrastruktur yang diperlukan untuk membolehkan IPv6 digunakan dalam insfrastruktur rangkaian e-kerajaan. Dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) telah dikenal pasti bahawa sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang cekap merupakan kunci kepada kejayaan pelaksanaan program sosial dan ekonomi yang digubal oleh kerajaan (Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006). Dalam Rancangan Malaysia Ke-10 isu seni bina ICT perlu diperkemaskan lagi bagi mempermudahkan sistem, mengelak pertindihan dan memanfaatkan teknologi bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan serta hubungan kerajaan dengan rakyat dan perniagaan. Selain itu, dalam Program Transformasi Kerajaan Malaysia, dinyatakan bahawa e-kerajaan dapat memupuk persekitaran perniagaan yang lebih baik, memperkukuh tadbir urus, memperkembangkan penyertaan orang ramai dan mempertingkat produktiviti dan kecekapan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi Kerajaan. Menurut Program Transformasi Kerajaan ini, pada tahun 2011, kerajaan akan mewujudkan sistem pengurusan dokumen digital manakala pada tahun 2012 pula, 70% daripada urus niaga di seluruh kementerian dan aplikasi utama untuk orang ramai, perniagaan dan pekerja akan dilakukan secara dalam talian. Pada tahun 2012 50% daripada perkhidmatan kaunter akan tersedia secara dalam talian dan Akaun 1Malaysia bakal merangkumi separuh daripada penduduk berusia lebih daripada 18 tahun (Program Transformasi Kerajaan, 2010). Justeru itu, berpandukan kepada pelaksanaan projek MSC dan disokong oleh RMK-9, RMK- 10 dan Program Transformasi Kerajaan Malaysia, kerajaan telah berusaha untuk membangunkan sistem e-kerajaan yang dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak. Dalam pembangunan sistem ini, tiga skop utama yang dikenal pasti sebagai komuniti e-kerajaan adalah terdiri daripada kerajaan, perniagaan dan rakyat. Skop ini lebih dikenali sebagai government to government (G2G), government to business (G2B) dan government to citizen (G2C). Pada awal pelaksanaan e-kerajaan, tujuh aplikasi

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 175 telah dibangun berpandukan kepada tiga skop tersebut. Aplikasi tersebut ialah Persekitaran Pejabat Generik (GOE), Sistem Pemantauan Projek (PMS/SPP), e-perolehan (EP), e-khidmat dan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS), Bursa Buruh Elektronik (ELX) (sekarang dikenali sebagai JobsMalaysia) dan juga e-syariah. Atas kejayaan pelaksanaan tujuh aplikasi ini, beberapa agensi perkhidmatan awam lain telah mengambil inisiatif untuk membangun dan melaksanakan aplikasi e-kerajaan ini. Matlamatnya adalah jelas, iaitu untuk memudah dan meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada orang awam. Antara aplikasi tersebut adalah seperti portal mygovernment, e-tanah, e-consent, e-filing, e-local Government (e-pbt), e-kehakiman, Custom Information System (SMK), Pensions Online Workflow Environment (POWER), dan Training Information System (e-sila). Kadar penggunaan dan penerimaan e-kerajaan dalam kalangan rakyat didapati masih belum berada ditahap yang memuaskan dan boleh dibanggakan. Bilangan rakyat yang menjadi pengguna setia (e-pengguna) sistem e-kerajaan Malaysia adalah masih dalam jumlah yang kecil. Ini berlaku kerana wujudnya beberapa cabaran atau kekangan yang menjadi penghalang bagi rakyat untuk menggunakan aplikasi ini. Sebilangan rakyat juga masih tidak sedar akan manfaat dan faedah yang akan diperolehi sekiranya mereka memilih aplikasi e-kerajaan sebagai medium untuk berinteraksi dengan agensi perkhidmatan awam berbanding dengan cara manual iaitu melalui khidmat kaunter atau surat menyurat. Menurut Zahri (2009), antara isu atau kekangan yang menjadi penghalang terhadap penggunaan e-kerajaan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah seperti kemudahan capaian dan infrastruktur ICT, keselamatan dan kesulitan data, tingkah laku dan kesedaran pengguna, prestasi dan kemampuan Internet atau sistem, serta bantuan sokongan yang disediakan. Secara umum, apabila kemudahan komputer, Internet dan ICT tiada pada suatu kawasan, rakyat akan berhadapan dengan masalah seperti ekonomi tidak membangun, rakyat kurang pengetahuan, rakyat tidak peka terhadap kewujudan teknologi terkini, rakyat tidak biasa mengunakan teknologi terkini serta kemahiran penggunaan teknologi terkini dalam kalangan rakyat tempatan adalah rendah. Kesannya rakyat tidak dapat manfaat daripada pembangunan sistem aplikasi e-kerajaan (Shareef et. al., 2011). Kajian lepas turut mengakui jurang digital merupakan antara penyebab kegagalan pelaksanaan dan penerimaan aplikasi e-kerajaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Farouk (2005) dalam kajiannya mendapati, capaian yang terhad terhadap kemudahan ICT seperti talian telefon dan sambungan Internet di kawasan pedalaman merupakan antara tiga faktor utama orang awam enggan menggunakan e-kerajaan. Menurut Kaur et. al. (2008) pula, antara faktor yang mempengaruhi penerimaan e-kerajaan adalah seperti kekurangan undang-undang siber, ketersediaan perkhidmatan dan wujudnya jurang digital bagi individu yang tinggal di kawasan luar bandar. Ahmad (2007) juga turut menyatakan, salah satu daripada cabaran yang akan mempengaruhi pelaksanaan e-kerajaan adalah jurang digital. Atas dasar itu, untuk memastikan semua rakyat mempunyai peluang untuk menggunakan perkhidmatan ini, kerajaan telah berusaha memperbaiki dan menaik taraf kemudahan ICT untuk capaian orang awam. Pelbagai pusat kemudahan capaian Internet telah dibangunkan untuk kegunaan orang ramai. Kemudahan infrastruktur dan prasarana ICT di Malaysia adalah masih tidak sekata. Jurang digital dalam sektor ICT amat nyata. Terdapat jurang antara masyarakat yang bermaklumat dan tidak maklumat. Jurang digital ini wujud antara generasi muda dan tua, berpendidikan dan kurang berpendidikan serta masyarakat bandar dan luar bandar (Ahmad et. al., 2008). Bagi merapatkan jurang digital ini, kerajaan telah melaksanakan pelbagai projek yang melibatkan kemudahan ICT. Penyambungan Internet di kawasan pendalaman dijalankan melalui inisiatif kerajaan seperti program Pusat Internet Desa (PID) dan progam Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Walaupun begitu, dapat dilihat pelaksanaan projek ini masih belum memberikan impak yang positif dalam menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan e-kerajaan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah capaian dan keperluan dan permintaan e-pengguna terhadap sistem e-kerajaan Malaysia. Sekiranya pihak kerajaan mampu mengatasi masalah capaian dan memenuhi keperluan dan permintaan e-pengguna ini, dipercayai ia mampu mengatasi kekangan atau halangan penggunaan. Ini seterusnya dapat membantu menggalakkan rakyat mengguna aplikasi e-kerajaan yang telah dibangunkan oleh agensi perkhidmatan awam di Malaysia. METODOLOGI Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Instrumen kajian adalah satu set soal selidik yang dibangun berdasarkan kajian lepas. Pemilihan sampel kajian adalah mengikut teknik persampelan berkelompok dan rawak berstrata. Dalam persampelan berkelompok ini pembahagian satu populasi

176 Noraidah Sahari @ Ashaari, Hasmiah Kasimin, Siti Hajar Mohd Idris, Norashikin Zainal Abidin, Emy Salfarina Alias kepada sub populasi yang lebih kecil adalah berdasarkan kepada kawasan geografi atau politik. Justeru itu, dalam kajian ini, sampel ditentukan berdasarkan pembahagian responden mengikut sembilan daerah yang wujud dalam negeri Selangor iaitu Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Hulu Langat, Hulu Selangor, Sepang dan Sabak Bernam. Faktor dan item soal selidik dibangunkan berdasarkan objektif kajian yang ingin melihat masalah capaian dan penggunaan rakyat terhadap sistem e-kerajaan. Soal selidik mengandungi tiga bahagian: maklumat latar belakang (demografik) responden, Pemilikan, Kemahiran dan Penggunaan ICT Responden dan Pengalaman Responden Terhadap Perkhidmatan e-kerajaan. Namun kajain ini akan membincangkan faktor capaian dan penggunaan e- kerajaan sahaja. Terdapat 11 item utama dalam bahagian pemilikan, kemahiran dan penggunaan ICT Responden yang terkandung dalam borang soal selidik kajian. Tujuan item ini dibina adalah untuk mengetahui dan mengenal pasti beberapa kemudahan dan tahap kemahiran ICT yang dimiliki oleh responden. Kajian ini menilai sama pemilikan komputer, peralatan komunikasi lain dan kemudahan capaian Internet mampu mempengaruhi dan memudahkan rakyat menggunakan aplikasi e-kerajaan Malaysia. Item bahagian pengalaman responden terhadap perkhidmatan e-kerajaan dibina adalah untuk mengenal pasti pengalaman responden terhadap perkhidmatan e-kerajaan yang disediakan. Dalam bahagian ini, tahap penggunaan beberapa aplikasi e-kerajaan dikenal pasti bertujuan untuk menilai sejauh mana responden menggunakan kemudahan perkhidmatan e-kerajaan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Kajian juga mengenal pasti senarai aplikasi yang paling kerap digunakan oleh responden yang mana hasil kajian ini nanti boleh dijadikan rujukan oleh pihak pembangun sistem untuk menilai dan memperbaiki kualiti aplikasi dan punca mengapa ada aplikasi yang kurang digunakan oleh orang awam. Selain itu, kemudahan dan keperluan yang diinginkan oleh rakyat bagi memudahkan mereka mencapai dan seterusnya menggunakan aplikasi e-kerajaan yang ditawarkan secara dalam talian dikenal pasti. Ujian rintis (pilot test) dilakukan untuk memastikan kualiti soalan dalam borang soal selidik ini adalah baik dan jawapan yang diterima daripada responden nanti adalah terkawal dan boleh dipercayai. Ini juga untuk memastikan pihak responden tidak keliru atau faham maksud sebenar soalan yang dikemukakan dalam borang soal selidik itu nanti. Data dan maklum balas yang diperolehi daripada borang soal selidik dikumpul dan dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik inferensi menggunakan perisian SPSS. Dalam kajian ini, ujian- digunakan untuk menguji hipotesis kajian untuk melihat hubungan antara faktor kemudahan capaian dengan penggunaan perkhidmatan e- kerajaan. DAPATAN KAJIAN Terdapat 993 responden yang telah memberi maklum balas. Daripada jumlah ini seramai 830 (89.9 %) adalah pengguna sistem aplikasi e-kerajaan. Daripada data yang dikumpul, walaupun sebanyak 72.6% responden mempunyai komputer dan capaian internet di rumah, Sebanyak 68.2% menggunakan perkhidmatan e-kerajaan melalui capaian internet dirumah. Juga, seramai 46.5% di sekolah atau di universiti dan 43.3% menggunakan kemudahan capaian di pejabat. Majoriti pengguna menggunakan perkhidmatan jalur lebar untuk mendapai capaian internet, menggunakan internet lebih daripada 10 jam dan 45.8% pengguna menggunakan perbankan dalam talian. Rajah 1 menunjukkan ringkasan data bagi setiap faktor kemudahan capaian dan penggunaan e-kerajaan. RAJAH 1 Peratusan perkhidmatan e-kerajaan yang pernah digunakan oleh pengguna mengikut keutamaaan dikenal pasti. Majoriti khidmat permohonan ke IPTA adalah penggunaan aplikasi e- kerajaan tertinggi (56%0 diikuti dengan permohonan dan penyemakan jawatan (JPA) dan permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN dan lain-laian perkhidmatan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. JADUAL 1 Ujian- digunakan untuk melihat sama ada setiap faktor capaian mempunyai hubungan dengan penggunaan aplikasi perkhidmatan e-kerajaan yang berterusan. JADUAL 2 menunjukkan hasil analisis crosstab dan Ujian- (nilai p < 0.05) menunjukkkan pemilikan komputer riba, capaian

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 177 internet di pejabat, mahir menggunakan komputer, pengguna yang menggunakan perbankan internet ada hubungan dengan keinginan pengguna untuk menggunakan e-kerajaan secara berterusan. JADUAL 2 Pengguna e-kerajaan berpendapat sistem e-kerajaan ini kurang mendapat sambutan daripada rakyat disebabkan oleh rakyat merasakan mereka lebih selesa dengan perkhidmatan kaunter, tidak mahir menggunakan sistem e-kerajaan, tiada liputan capaian internet dan kurang mendapat pendedahan berkaitan aplikasi e-kerajaan dan lain-lian faktor. Purata skor bagi setiap faktor ditunjuk pada Jadual 3. JADUAL 3 Responden memberi tahap persetujuan yang tinggi (skor min = 5.75/7.00) agar kerajaan menyediakan pelbagai saluran alternatif lain bagi mencapai dan menggunakan e-kerajaan seperti kiosk, emel dan sms bagi menarik minat rakyat menggunakan sepenuhnya aplikasi e-kerajaan. PERBINCANGAN DAN RUMUSAN Infrastruktur ICT merupakan tulang belakang yang paling kritikal dalam agenda pelaksanaan e- Kerajaan. Ketiadaan rangkaian jalur lebar yang stabil dan mencukupi akan menjadi halangan yang besar bagi penyampaian maklumat dan perkhidmatan e-kerajaan. Infrastruktur merupakan komponen utama dalam mengukur secara keseluruhan kematangan ICT dalam sesebuah negara (Yong, 2004). Dapatan kajian menunjukkan penggunaan perkhidmatan e-kerajaan berhubung rapat dengan pemilikan komputer riba, kemudahan capaian internet, kemahiran komputer dan penggunaan perbankan dalam talian. Ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Yong (2004) yang mana untuk meningkatkan kadar penggunaan e-kerajaan, pihak pentadbiran awam perlu melaksanakan pelbagai strategi untuk menggalakkan penggunaan dan penerimaan lebih banyak transaksi secara dalam talian. Antara strategi yang boleh digunakan adalah seperti menyediakan kemudahan infrastuktur ICT, meningkatkan kesedaran mengenai teknologi maklumat dan Internet, menyediakan kemudahan komputer atau capaian Internet yang mampu dimiliki, menjadikan prkhidmatan dalam talian lebih menarik berbanding kaedah tradisional atau manual, penawaran insentif dan bahasa tempatan diguna sebagai bahasa pengantaraan aplikasi. Kerajaan Malaysia juga sekitar tahun 2000 telah melancarkan National Internet Literacy Campaign (NILC). Dalam program NILC ini, kerajaan telah membina pusat capaian maklumat di kawasan luar dan pinggir bandar. Program Pusat Internet Desa menyediakan kemudahan komputer dan Internet untuk kegunaan komuniti tempatan dan kerajaan turut menyediakan kemudahan yang sama di beberapa Pejabat Pos sekitar Malaysia. Walaupun inisiatif ini telah dilakukan masih ada ramai yang tidak menyedari tentang kewujudan e-kerajaan dan infrustruktur capaiannya. Memandangkan ada di antara pengguna menyatakan mereka tidak berminat dan bimbang menggunakan e-kerajaan, satu program bagi meyakinkan rakyat supaya beralih kepada perkhidmatan awam dalam talian perlu dilaksana. Pembangun sistem perlu menjadikan aplikasi itu lebih menarik berbanding kaedah konvensional (melalui khidmat kaunter, telefon atau surat menyurat). Misalnya, sistem mestilah boleh dicapai 24 jam selama tujuh hari seminggu. Interaksi dengan sistem sepatutnya boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana sahaja dan boleh dicapai melalui pelbagai jenis perkakasan atau peranti. Kerajaan juga mungkin boleh mengimplementasi perisian customer relationship management (CRM) supaya ia mampu menawarkan lebih banyak lagi servis mengikut keperluan dan kehendak pengguna (customized or personalized services). Pihak kerajaan memang memandang serius isu pemilikan komputer atau capaian Internet yang mampu dimiliki oleh orang awam. Sebagai contoh, kerajaan Malaysia telah melancarkan pelbagai projek mampu milik komputer. Projek PC Gemilang memberi peluanh kepada rakyat yang ingin memiliki perkakasan komputer untuk pertama kali. Mereka akan ditawar dengan harga komputer yang lebih rendah berbanding yang sedia ada di pasaran. Selain itu, pengagihan komputer riba Netbook 1Malaysia bagi keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 dan pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun juga dilihat antara usaha kerajaan untuk memastikan rakyat mampu memiliki kemudahan ICT ini. Kerajaan juga cuba untuk memastikan kos capaian Internet adalah berpatutan. Pelbagai projek dan program dianjur kerajaan bagi menjadikan penggunaan aplikasi e-kerajaan adalah menyeluruh dan berkesan. Namun apakah langkah ini disedari oleh rakyat?

178 Noraidah Sahari @ Ashaari, Hasmiah Kasimin, Siti Hajar Mohd Idris, Norashikin Zainal Abidin, Emy Salfarina Alias RUJUKAN Ahmad, Z., Mutalib, R. A., Wallang, M., & Othman, F. M. (2008). Kerajaan elektronik: ke arah penyampaian perkhidmatan awam berkesan. Public Sector ICT Management Review 2(1): 2-11. Ahmad, M. (2007). Implementation of electronic government in Malaysia: the status and potential for better service to the public. Public Sector ICT Management Review 1(1): 2-10. DeBenedictis, A., Howell, W., & Figueroa, R. (2002). E-Government defined: an overview of the next big information technology challenge. International Association for Computer Information Systems. Farouk, F.M., & Kalid, K.S. (2005). The awareness of electronic government from the Malaysian perspectives. Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. Hashim, K. F., & Yusof Z. M. (2004). Managing corporate memory: The application of information technology in managing records and information in institution of higher learning in Malaysia. Proceedings of Knowledge Management International Conference & Exhibition (KMICE), Universiti Utara Malaysia. Ishak, M. S., & Hassan, M. A. (2007). Keengganan memiliki komputer dan Internet di rumah: satu persoalan jurang digital dalam kalangan masyarakat Malaysia. International Conference on Media and Communication (MENTION 2007). Kaur, J., & Rashid, N. D. N. (2008). Malaysian electronic government adoption barriers. Public Sector ICT Management Review 2(1): 38-43. Marlini. (2008). Penggunaan Internet dalam pencarian maklumat di kalangan pelajar-pelajar Indonesia di Universiti Malaya. Tesis Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya Kuala Lumpur. Shareef, M.A, Kumar, V., Kumar, U., & Dwivedi, Y. K. (2011). e-government Adoption Model (GAM): differing service maturity levels. Government Information Quarterly 28: 17-35. Yong, S. L. J. (2004). Promoting citizen-centered approaches to e-government programmes - strategies & perspectives from Asian economies, Second APEC High-Level Symposium on e- Government. Zahri, N. A. M. (2009). e Government: the Malaysian experience. National ICT Conference 2009.

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 179 PREMIS CAPAIAN (i)rumah (n=609; 68.2%) (ii)pejabat (n=387; 43.3%) (iii)sekolah/universiti (n=415; 46.5%) (iv)kafe/siber (n=277; 31.0%) (v)restoren/kafe (n=245; 27.4%) (vi)wifi (n=404; 45.2%) KEMUDAHAN CAPAIAN DIRUMAH (i)tiada komputer (n=86; 9.6%) (ii)mempunyai komputer tanpa capaian internet (n=165; 18.5%) (iii)mempunyai komputer dengan capaian internet (n=648; 72.6%) CAPAIAN INTERNET (i)dial up (n=175; 19.6%) (ii)wifi (n=239; 26.8%) (iii)wimax (n=74; 8.3%) (iv)jalur lebar (n=438; 49.0%) (v)lease Line (n=19; 2.1%) (vi)lain-lain (n=45; 5.0%) KEKERAPAN PENGGUNAAN INTERNET (i)>10 jam (n=341; 38.2%) (ii)7-10 jam (n=140; 15.7%) (iii)5-7 jam (n=180; 20.2%) (iv)<5 jam (n=232; 26.0%) PERKHIDMATAN PERBANKAN (i)perbankan internet (n=409; 45.8%) BERMINAT MENGGUNAKAN e- Kerajaan MASA DEPAN (n=830; 92.9%) KEMUDAHAN DIPERLUKAN (i)ekiosk (n=536; 60.0%) (ii)pusat Jalur Lebar (PJK) (n=451; 50.5%) (iii)pusat Internet Desa (n=505; 56.6%) (iv)medan Info Desa (n=348; 39.0%) (v)perpustakaan (n=421; 47.1%) (vi)pusat maklumat Rakyat (n=348; 39.0%) (vii)pusat komuniti IT (n=359; 40.2%) (viv)kampung WIFI (n=575; 64.4%) (vv)lain-lain (n=50; 5.6%) RAJAH 1: Ringkasan Maklumat Capaian dan Penggunaan Sistem e-kerajaan JADUAL 1: Peratusan Perkhidmatan e-kerajaan yang pernah diguna Purata skor i. Permohonan ke IPTA 56.1% ii. Permohonan dan penyemakan jawatan (JPA) 46.2% iii. Permohonan pembiayaan pendidikan (JPA/PTPTN) 42% iv. Permohonan ke sekolah 34.6% v. Pendaftaran peringatan saman 33% vi. Semakan/pembetulan maklumat daftar pengundi 28.3% vii. Pendaftaran pembayaran cukai 26% viii. Pengeluaran dan pembaharuan lesen 21.7% ix. Pembayaran cukai pendapatan 18% x. Permohonan gantian mykad 12.7% xi. Semakan dan pembayaran cukai taksiran 12.4% xii. Aduan terhadap agensi-agensi awam 10.6% xiii. Pembaharuan dokumen perjalanan 8.2% xiv. Semakan penyata pencen 5.5% xv. Pembaharuan permit kerja pembantu rumah 5.3%

180 Noraidah Sahari @ Ashaari, Hasmiah Kasimin, Siti Hajar Mohd Idris, Norashikin Zainal Abidin, Emy Salfarina Alias JADUAL 2: Berminat untuk menggunakan e-kerajaan Berminat untuk guna e- Kerajaan Tidak Ya Komputer riba Tidak 10.2% 89.8% 5.267 Ya 5.7% 94.3% Internet di pejabat Tidak 8.9% 91.1% 7.792 Ya 4.1% 95.9% Tidak mahir guna komputer Tidak 6.3% 93.7% 18.621 Ya 31.6% 68.4% Mahir guna komputer Tidak 8.6% 91.4% 5.885 Ya 4.5% 95.5% Guna perbankan dalam talian Tidak 9.3% 90.7% 10.095 Ya 3.9% 96.1% JADUAL 3: Faktor e-kerajaan Kurang Sambutan Purata Skor i. Lebih selesa menggunakan perkhidmatan kaunter 4.76 ii. Tidak mahir menggunakan aplikasi e-kerajaan 4.67 iii. Tiada liputan capaian internet 4.65 iv. Tiada pendedahan mengenai e-kerajaan 4.62 v. Kos perkhidmatan internet yang tinggi 4.43 vi. Bimbangkan keselamatan maklumat 4.38 vii. Perlu install perisian tambahan 4.34 viii. Tidak mesra pengguna 4.16 ix. Tidak berminat menggunakan e-kerajaan 4.03 x. Tiada komputer 4.03 xi. Orang kurang upaya 3.67 xii. Tiada kepentingan 3.50 xiii. Terlupa kata laluan 3.48 xiv. Tidak memahami bahasa yang digunakan 3.31