Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

Size: px
Start display at page:

Download "Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia"

Transcription

1 Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

2 Pembelajaran Secara Kontekstual 1 Apakah Pembelajaran Secara 2 Kontekstual? Mengapa Kontekstual? 15 Faedah Pembelajaran Kontekstual 22 Bentuk Pembelajaran Kontekstual 28 Bagaimana Melaksanakannya? 33 Apakah Perbezaan Antara 40 Pembelajaran Kontekstual Dengan Pembelajaran Tradisional? Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan 43 Bagi Melaksanakan Pembelajaran Secara KontekstualDengan Berkesan Senarai Semak Pengajaran Secara 56 Kontekstual Penilaian 57 Rujukan 58 Contoh Aktiviti Pembelajaran Secara 59 Kontekstual Contoh 1 60 Contoh 2 65 Contoh 3 69

3 PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL MATLAMAT Matlamat modul ini ialah untuk membantu guru memahami, menguasai dan menggunakan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran. OBJEKTIF Setelah menggunakan modul ini, guru berupaya : Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam bilik darjah dengan yakin dan berkesan. Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual. 1

4 APAKAH PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL? 2

5 PENGENALAN Kenapakah saya mesti belajar perkara ini? Anda mungkin memerlukannya suatu hari nanti. 3

6 4 Mereka tidak boleh didorong untuk belajar Mereka tiada kemampuan untuk menguasai mata pelajaran akademik

7 The Average Child I don t cause teachers trouble, my grades have been OK. I listen in my classes and I m in school everyday. My teachers think I m average, my parents think so too. I wish I didn t know that cause there s lots I d like to do. I d like to build a rocket, I have a book that tells you how, or start a stamp collection-well there s no use in trying now. Cause since I found I m average I m just smart enough you see, to know there is nothing special that I should expect of me. I m part of the majority, that hump part of the bell, who spends their life unnoticed in an average kind of hell. 5

8 Kegagalan membantu murid mencari hubung kait Antara maklumat baru dengan pengalaman sedia ada Antara sekolah dengan dunia luar Antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain Antara pengetahuan lepas dengan cabaran kini, dan cabaran kini dengan tanggungjawab masa depan Apakah kelemahan pengajaran dan pembelajaran hari ini? Apakah kekangan dalam membina hubung kait tersebut? Bebanan pengurusan dan pentadbiran ke atas sekolah dan guru Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan Tekanan untuk menghabiskan sukatan pelajaran Kebimbangan bahawa pengenalan elemen baru dalam kelas akan menambahkan bebanan guru Terlalu terkongkong kepada pendekatan pengajaran secara behaviourist iaitu penekanan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan 6

9 APAKAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL? Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Pengalaman Harian Individu Persekolahan Kehidupan Masyarakat Alam Pekerjaan 7

10 TEORI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL Pengetahuan sedia ada Pengetahuan baru Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka. 8

11 Budaya Konteks yang Pelbagai Fizikal Sosial Psikologi Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid. 9

12 Bilik Darjah Kepelbagaian Persekitaran Pembelajaran Makmal Tempat Kerja Kehidupan Harian 10 Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

13 KUMPULAN SASARAN MURID YANG MANAKAH BOLEH MENDAPAT MANFAAT YANG LEBIH DARIPADA PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL? Jenis murid Kumpulan sederhana Ciri murid cenderung kepada aplikasi konsep terdorong melalui aktiviti hands-on tidak yakin mempelajari matematik dan sains secara abstrak Lokasi sekolah-sekolah menengah teknik dan vokasional sekolah-sekolah menengah harian 11

14 PENDEKATAN KONTEKSTUAL MERENTAS PELBAGAI DISIPLIN ILMU Matematik Sains Bahasa Teknologi Maklumat Komunikasi 12 Teknikal dan Vokasional Kemanusiaan

15 APAKAH PANDANGAN PAKAR PEDAGOGI TENTANG PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL? Students involvement in their schoolwork increases significantly when they are taught why they are learning the concepts and how those concepts can be used outside the classroom. And most students learn much more efficiently when they are allowed to work cooperatively with other students in groups or teams. A curriculum and teaching methodology tied to the child s experiences and interests Learning as a complex process that cannot be addressed adequately through drill-oriented, stimulus/response methodologies Dan Hull John Dewey Howard Gardner The mind seeks meaning through searching for relationships that make sense dan fit with past experiences. Learning tasks that are situated in some meaningful real-world task, or are stimulated through some case-based or problem-based learning environment Suasana pembelajaran yang melibatkan pelbagai pengalaman yang mungkin dalam konteks sosial, budaya, fizikal dan psikologi Renate Numella Caine and Geoffrey Caine Jonassen D.A. Kolb 13

16 Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian. Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. 14

17 MENGAPA KONTEKSTUAL? 15

18 MENGAPAKAH PENDEKATAN KONTEKSTUAL PERLU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN? Individu mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman sendiri. Individu memiliki pelbagai jenis kecerdasan. Pembelajaran kontekstual mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran. 16

19 APA YANG KITA TAHU TENTANG PROSES PEMBELAJARAN? Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands-on dan peluang untuk penemuan kendiri. Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak asing kepada murid. Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal, belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas yang positif. Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari. 17

20 CIRI-CIRI KEJAYAAN DALAM PEMBELAJARAN Kita kekalkan : 10 % Apa yang kita baca 20 % Apa yang kita dengar 30 % Apa yang kita lihat Kita Belajar 50 % Apa yang kita dengar dan lihat 70 % Apa yang kita bincang dengan orang lain 80 % Apa yang kita alami sendiri 95 % Apa yang kita ajar kepada orang lain Sumber : Secret of Ancient Chinese Art of Motivation 18

21 TEORI KECERDASAN PELBAGAI Menurut pandangan Howard Gardner, terdapat sekurang-kurangnya lapan jenis kecerdasan pelbagai. Verbal-Linguistik + Muzik Logik-Matematik Visual-ruang Naturalis Intrapersonal Interpersonal Kinestetik Setiap orang memiliki kesemua kecerdasan tersebut. Walau bagaimanapun, tahap dan kombinasi kecerdasan berbeza-beza di antara individu. Teori kecerdasan pelbagai memberi maklumat tentang apa yang perlu dipelajari tetapi lebih penting lagi, bagaimana mempelajarinya. Justeru, pendekatan Pembelajaran Kontekstual dapat mencungkil potensi kecerdasan pelajar dengan lebih berkesan. 19

22 PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL MENGAMBIL KIRA PELBAGAI GAYA PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL 20

23 Pendekatan kontekstual merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar, berkesan dan menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke arah pemeringkatan penguasaan kemahiran dan prestasi murid. 21

24 FAEDAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL 22

25 Murid Faedah Pembelajaran Kontekstual Kepada : Guru Industri 23

26 MURID Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian Boleh memindahkan kemahiran Boleh meneroka dan mendapatkan bukti Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit Dapat belajar secara kerjasama 24

27 GURU Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya. Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan. Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri. 25

28 INDUSTRI Menerima tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula secara berkesan mengikut keperluan Menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsi 26

29 Pembelajaran secara Kontekstual dapat membina keyakinan diri kerana murid dapat memahami perhubungan antara teori dan amalan. Pembelajaran secara Kontekstual juga membina pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sekolah dapat memainkan peranan sebagai penghubung antara akademik dan alam pekerjaan dan dengan itu mendapat sokongan dan dokongan industri. Pendekatan Kontekstual dapat membina asas kukuh tenaga kerja mahir masa depan untuk menguatkan kedudukan negara di peringkat dunia. 27

30 BENTUK PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL 28

31 APAKAH BENTUK PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL? Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut : R E A C T Relating (Menghubung kait) Experiencing (Mengalami) Applying (Mengaplikasi) Cooperating (Bekerjasama) Transfering (Memindahkan) Belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup Belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain. Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahui 29

32 Relating (Menghubung kait) Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari Experiencing (Mengalami) Murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan demontrasi serta membuat latihan amali menyambungkan wayar kepada plug 3 pin. Pengalaman ini boleh digunakan di rumah apabila berlakunya situasi wayar plug 3 pin sterika tertanggal 30

33 Applying (Mengaplikasi) Murid mempelajari teori dan konsep tuas. Mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan ini apabila bertemu situasi sebuah kereta yang tayarnya pancit tidak mempunyai jek. Dengan mengamalkan pengetahuan yang ada, murid boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkan penukaran tayar Cooperating (Bekerjasama) Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah pencemaran alam menerusi satu aktiviti yang memerlukan mereka berbincang dan bekerjasama dengan ahli kumpulan masing-masing. Hasil yang diperolehi adalah lebih baik disebabkan mereka menyelesaikan masalah secara bekerjasama Transfering (Memindahkan) Murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan segitiga bersisi 3m, 4m dan 5m untuk menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permainan 31

34 Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, objektif pembelajaran dapat dicapai melalui pelbagai bentuk. Antara bentuk yang diutarakan adalah menghubung kait, mengalami, mengaplikasi, bekerjasama dan memindahkan. Setiap bentuk yang dibincangkan harus mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman dan persekitaran. Murid yang melalui kaedah pembelajaran secara kontekstual berupaya mengaitkan apa yang dipelajari dan mengaplikasikannya kepada situasi lain. 32

35 BAGAIMANA MELAKSANAKANNYA? 33

36 BAGAIMANAKAH MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL? Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran mesti memenuhi keperluan strategi yang berikut: MOTIVASI Pengenalan Isu perbincangan Alat bantu mengajar PEMAHAMAN Penerangan konsep dan perbincangan kelas Bacaan dan melakukan Contoh kajian KEMAHIRAN Aktiviti Hands- On Penyelesaian masalah PENILAIAN Ingat kembali fakta utama Penilaian kemajuan 34

37 MOTIVASI Segmen ini bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk yang akan dibincangkan, contohnya : Bidang Muzik Konsep Permainan gendang Motivasi Tayangan video permainan gendang oleh pelbagai kaum di Malaysia Sejarah Darurat Memperdengarkan rakaman bunyi tembak menembak berserta jeritan 35

38 PEMAHAMAN Segmen ini merangkumi kemahiran murid yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan agar dapat menarik minat murid terhadap sesuatu konsep itu. Murid diberikan kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan. 36

39 KEMAHIRAN Pengetahuan yang diperoleh murid dapat diaplikasi dengan cara melakukan hands-on dan seterusnya dapat mencetuskan pemikiran murid (minds-on). Dengan ini murid dapat mengaitkan pengetahuan bilik darjahnya untuk menyelesaikan masalah harian. Guru boleh menyediakan senario tertentu untuk membantu murid menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, selepas murid mempelajari cara penggunaan ensiklopedia, guru mengutarakan persoalan yang akan mendorong murid menggunakan ensiklopedia sebagai rujukan. Bidang kerjaya juga boleh dibincangkan oleh guru dalam segmen ini. Guru mengaitkan isi kandungan pelajaran dengan bidang kerjaya yang berkaitan. Kebolehan murid mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka dengan situasi sebenar dalam kerjaya yang akan mereka ceburi merupakan aset utama yang mereka peroleh hasil daripada pembelajaran secara kontekstual. 37

40 PENILAIAN Menggulung fakta utama sesuatu tajuk dan menilai penguasaan tentang tajuk tersebut adalah dua aspek segmen ini. Apabila guru merumus tajuk, murid diingatkan semula mengenai fakta penting. Di sini perbincangan dapat diarahkan untuk memperkaya pengetahuan murid. Selepas ini, guru perlu mengadakan penilaian kemajuan murid. Penilaian tidak semestinya secara bertulis. Guru boleh menggunakan kaedah lisan dan pemerhatian. Contoh-contoh aktiviti adalah seperti kuiz berkumpulan, perbincangan antara kumpulan dan penyediaan portfolio. Perubahan sikap dan perlakuan yang dapat dilihat juga boleh digunakan sebagai petunjuk bahawa murid telah menghayati isi pelajaran. 38

41 Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran perlu melalui proses motivasi, pemahaman, aplikasi serta imbasan kembali dan penilaian. Kebolehan melakukan (hands-on) dan berfikir (minds-on) merupakan asas pendekatan kontekstual. Paduan kedua-duanya akan mendorong naluri ingin tahu murid dan menjadikan pembelajaran suatu aktiviti bermakna kepada mereka. 39

42 APAKAH PERBEZAAN ANTARA PEMBELAJARAN KONSTEKSTUAL DENGAN PEMBELAJARAN TRADISIONAL? 40

43 APAKAH PERBEZAAN ANTARA PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL DENGAN PEMBELAJARAN TRADISIONAL? Perkara Pembelajaran Secara Kontekstual Pembelajaran Secara Tradisional Objektif Mencari, membina dan mengaplikasikan maklumat kepada dunia sebenar. Memindahkan maklumat Peranan Guru Pembimbing dan mentor Penyampai maklumat Peranan Murid Isi Kandungan Aktif mencari dan membina maklumat melalui aktiviti sebenar dalam kehidupan harian Disesuaikan untuk kecerdasan pelbagai. Penerima maklumat yang pasif melalui syarahan dan pembacaan Disesuaikan untuk kecerdasan Bahasa dan Logik- Matematik. Kaedah Inkuiri, penemuan dan aplikasi. Syarahan dan soal-jawab Penilaian Berasaskan pencapaian atau prestasi dan penyelesaian masalah (contoh: portfolio). Menguji fakta (contoh: ujian kertas dan pensil)

44 40 42 Terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara pembelajaran secara kontekstual dengan pembelajaran secara tradisional. Pembelajaran secara kontekstual memberi penumpuan kepada murid. Objektif pembelajaran dapat dicapai dengan lebih cepat dan berkesan berbanding dengan kaedah tradisional.

45 PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN BAGI MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL DENGAN BERKESAN 43

46 Pembelajaran Murid Pengajaran Guru Sokongan Pentadbir Sekolah Sokongan Masyarakat Matlamat utama pembelajaran secara kontekstual adalah untuk menghasilkan murid yang berkualiti. Untuk menjayakannya, semua pihak perlu bersetuju mengenai apa yang perlu dipelajari dan bersetuju mengenai strategi pembelajarannya. Di samping itu, sokongan daripada organisasi masyarakat diperlukan untuk menjayakan strategi pengajaran dan pembelajaran kontekstual. Sokongan luaran ini akan memberi galakan dan sumber-sumber untuk membantu murid dan guru mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. 44

47 PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN Komunikasi Pengajaran Guru Sokongan Pentadbir Sekolah Sokongan Masyarakat 45

48 Guru KOMUNIKASI KOMUNIKASI Murid \ Ibu bapa Masyarakat 46

49 Komunikasi Antara : Murid Guru Ibu bapa Masyarakat Pembelajaran kontekstual yang berjaya memerlukan komunikasi berterusan di kalangan murid, guru, ibu bapa dan masyarakat. Maklum balas daripada murid adalah satu komponen yang penting untuk mengukur keberkesanan program pembelajaran kontekstual. Ibu bapa dan masyarakat perlu memahami keadaan dan kaedah pengajaran yang terkini dan memberi sokongan kepada perancangan dan perkembangan pembelajaran kontekstual. 47

50 Teks dan Bahan Sokongan PENGAJARAN GURU Kurikulum Penilaian Persekitaran Luar Sekolah Suasana Bilik Darjah 48

51 Kurikulum Disiplin tradisional diubah suai dalam konteks yang bermakna. Strategi pengajaran baru perlu diwujudkan memandangkan peranan guru hanya sebagai fasilitator. Kandungan kurikulum yang sesuai untuk pembelajaran kontekstual dikenal pasti terlebih dahulu. Bukan semua kandungan kurikulum boleh disampaikan dengan kaedah pembelajaran kontekstual. Maklumat tentang hubung kait kurikulum dengan individu, masyarakat dan khususnya alam pekerjaan perlu disediakan. Teks dan bahan sokongan yang pelbagai perlu disediakan. Teks & Bahan Sokongan Suasana Bilik Darjah Bilik darjah diubah suai supaya murid boleh menjalankan aktiviti hands-on secara berkumpulan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid Suasana pembelajaran koperatif di kalangan murid digalakkan. Guru mengambil kira persekitaran luar sekolah. Misalnya bagi sekolah luar bandar, guru akan menggunakan konteks yang ada di persekitarannya. Persekitaran Luar Sekolah Penilaian Cara penilaian yang pelbagai dan adil perlu dirangka untuk membantu murid menguasai pembelajaran. 49

52 Infrastruktur Perkembangan Staf SOKONGAN PENTADBIRAN SEKOLAH Masa Kepimpinan Kewangan 50

53 Guru perlu diberi latihan atau kursus untuk mempelajari teori dan kaedah pembelajaran kontekstual dan mempraktikkannya dalam bilik darjah. Guru perlu peka tentang persekitaran tempat kerja bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan Staf Infrastruktur Kemudahan bilik aktiviti, makmal, bilik tayang, perkakasan komputer dan perisian serta peralatan lain perlu disediakan untuk menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Peruntukan kewangan yang mencukupi mesti disediakan. Kewangan Kepimpinan Sokongan dan dorongan daripada pihak pentadbir amat perlu supaya guru boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kontekstual dengan berkesan. Jadual waktu perlu fleksibel supaya masa mencukupi untuk menjalankan aktiviti. Masa 51

54 SOKONGAN MASYARAKAT Sokongan Teknikal Dan Kewangan Penyediaan Situasi Tempat Kerja Sebenar Kerjasama Masyarakat Dan Sekolah 52

55 SOKONGAN MASYARAKAT Hubungan rapat antara Kementerian Pendidikan dengan industri adalah penting untuk mendapatkan sokongan teknikal, kewangan dan memberi pendedahan kemahiran kepada murid tentang alam pekerjaan. Murid memerlukan pengalaman hands-on. Mereka menimba pengalaman ini dengan cara bekerja atau membuat latihan amali dalam situasi tempat kerja sebenar. Masyarakat perlu bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk memberi sumbangan dalam menjayakan pelaksanaan kurikulum. 53

56 Pembelajaran kontekstual yang efektif memerlukan gabung jalin atau interaksi di antara kurikulum, kaedah pengajaran, situasi dan masa. Penglibatan masyarakat dan industri dalam merancang strategi untuk menjayakan wawasan bersama dengan pihak sekolah sangat penting. Oleh itu sekolah, industri dan masyarakat perlu bersedia menerima perubahan dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. 54

57 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL I knew Applied Math wouldn t be easy for me. Math never is. I m learning how to comprehend problems and think through instead of just doing the mechanics of math. I like being able to have a group or partner. (Komen seorang murid selepas satu semester kelas Matematik Gunaan secara kontekstual di Portage High School, Amerika Syarikat). Oleh itu, pendekatan secara kontekstual ialah Still the SAME Mathematics, History, Music, Science BUT taught and learned DIFFERENTLY 55

58 SENARAI SEMAK PENGAJARAN SECARA KONTEKSTUAL 1. Adakah konsep baru dinyatakan dalam situasi kehidupan sebenar dan pengalaman yang biasa dialami oleh murid? 2. Adakah konsep dalam contoh dan latihan murid dinyatakan dalam konteks kegunaannya? 3. Adakah konsep baru dinyatakan dalam konteks pengetahuan yang sedia ada pada murid? 4. Adakah contoh dan latihan murid mengandungi banyak penyelesaian masalah pada situasi sebenar dan sudahkah mereka mengenal pasti kepentingannya pada masa kini dan akan datang? 5. Adakah contoh dan latihan murid menanamkan sikap saya perlu belajar konsep ini? 6. Adakah murid mengumpul dan menganalisis data menjalankan penyiasatan tentang konsep yang penting? mereka sendiri semasa dibimbing 7. Adakah peluang diberikan kepada murid untuk mengumpul dan menganalisis data untuk tujuan pengayaan? 8. Adakah pembelajaran dan aktiviti menggalakkan murid mengaplikasikan konsep dan pengetahuan dalam konteks masa depan murid dan situasi yang pelbagai? 9. Adakah murid sentiasa mengambil bahagian dalam interaksi kumpulan di mana perkongsian, komunikasi dan respons kepada konsep penting dan membuat keputusan berlaku? 10. Adakah pembelajaran, latihan dan aktiviti meningkatkan pembacaan dan kemahiran komunikasi di samping meningkatkan kemahiran saintifik dan logik matematik? 56

59 PENILAIAN 1. Apakah yang anda faham tentang maksud Pembelajaran Kontekstual? 2. Mengapakah pendekatan Pembelajaran Kontekstual perlu diserapkan dalam sesuatu pelajaran? 3. Nyatakan aspek-aspek yang terdapat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual. 4. Senaraikan urutan strategi pengajaran dan pembelajaran Kontekstual. 5. Apakah hasil yang diharapkan daripada murid melalui pendekatan Pembelajaran Kontekstual? 6. Nyatakan faedah Pembelajaran Kontekstual kepada : a. Murid b. Guru c. Industri 7. Senaraikan perbezaan antara Pembelajaran Kontekstual dengan pembelajaran secara tradisional. 8. Nyatakan perubahan sosial dan fizikal yang perlu dilakukan untuk menjamin kejayaan Pembelajaran Kontekstual di sekolah. 9. Apakah institusi-institusi yang perlu dilibatkan untuk menjamin kejayaan Pembelajaran Kontekstual? 10. Anda seorang guru sejarah. Anda dikehendaki mengajar tajuk Kemerdekaan Malaysia. Cadangkan dengan ringkas bagaimana tajuk ini boleh diajarkan melalui pendekatan Kontekstual. 57

60 RUJUKAN 58 Brooks, J.G., & Brooks, M.G., (1993). In search of understanding: The case for constructivist classrooms. Alexandria, VA:ASCD. Caine, Renate Numella and Geoffrey Caine, (1991). Making Connections : Teaching and the Human Brain. Alexandria : Association for Supervision and Curriculum Development. CORD, (1998). CORD Algebra 1: Mathematics In Context. Waco : Center of Occupational Research and Development. CORD, (1999). The ABCs of Tech Prep : The Cornerstone of Tech Prep. Waco : Center of Occupational Research and Development. CORD, (1999). Teaching Mathematics Contextually : The Cornerstone of Tech Prep. Waco : Center of Occupational Research and Development. CORD, (1999). Teaching Science Contextually : The Cornerstone of Tech Prep. Waco : Center of Occupational Research and Development. Davidson, N. (Ed)., (1990). Cooperative learning in mathematic: A handbook for teachers. Menlo Park, CA: Innovative Learning, Addison Wesley. Gardner, Howard, (1983). Frames of Mind : The theory of Multiple Intelligences. New York : Basic Books. Hull, Dan and Dale Parnell, (1991). Tech Prep/ Associate Degree : A Win/Win Experience. Waco : Center of Occupational Research and Development. Hull, Dan, (1993). Opening Minds Opening Doors : Rebirth of American Education. Waco: Center of Occupational Research and Development. Hull, Dan, (1995). Who Are You Calling Stupid? Waco : Center of Occupational Research and Development. Kolb, David A., (1984). Experiential Learning : Experience as a source of Learning and Development. New Jersey : Prentice Hall. Parnell, Dale, (1994). Logo Learning : In Search for Meaning in Education. Waco: Center of Occupational Research and Development. http//www.cord.org

61 59

62 CONTOH AKTIVITI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL CONTOH 1 Mata Pelajaran : Matematik Tingkatan : Dua Tajuk : Penyelesaian Persamaan Linear Dalam Satu Anu OBJEKTIF Selepas menjalankan aktiviti ini, murid akan dapat menggunakan jubin algebra untuk menyelesaikan persamaan linear dalam satu anu. PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid mengetahui bahawa bagi sebarang nilai a, a + ( a ) = 0, contohnya 5 + ( 5 ) = 0 PERALATAN - Jubin algebra berwarna hijau (Jubin-unit) dan kuning (Jubin-x) - 2 keping kad manila yang mempunyai kawasan positif (+) dan kawasan negatif (-) 60

63 Kad Manila 1 Jubin-unit x Jubin-x + PENYATAAN MASALAH Anda akan menggunakan jubin algebra untuk menyelesaikan persamaan linear dalam satu anu. 61

64 LANGKAH (a) Wakilkan persamaan 3 x 2 = 7 dengan meletakkan jubin pada kad manila seperti yang berikut: x x x 1 1 = 3 x 2 7 (b) Tambahkan dua jubin-unit pada kawasan positif di kedua-dua kad manila. x x x = 3 x

65 (c) Pada kad manila di sebelah kiri, keluarkan 2 jubin-unit pada kawasan positif dan 2 jubin-unit pada kawasan negatif. x x x = 3 x

66 (d) Agihkan jubin-unit di sebelah kanan secara saksama mengikut bilangan jubin-x yang terdapat di sebelah kiri. x x x 1 1 = 1 3 x 9 Adakah ini menunjukkan bahawa 3 (iaitu x = 3) ialah penyelesaian bagi persamaan 3 x 2 = 7? Semak jawapan anda. AKTIVITI PENGUKUHAN Gunakan jubin algebra untuk menyelesaikan persamaan 5 x + 3 = 2 x 3. Catatkan setiap langkah dengan melukis rajah. Nyatakan penyelesaian bagi persamaan 5 x + 3 = 2 x 3. 64

67 CONTOH 2 Mata Pelajaran : Tingkatan : Tajuk : Pendidikan Muzik Satu Klasifikasi Alat Muzik Tradisional OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran murid boleh: 1. Menyatakan klasifikasi yang terdapat dalam alat muzik tradisional. 2. Menyatakan pengertian Membranofon, Kordofon, Idiofon dan Erofon. 3. Mengklasifikasikan alat muzik tradisional dengan tepat mengikut Membranofon, Kordofon, Idiofon dan Erofon 65

68 MOTIVASI Murid menonton video yang menunjukkan persembahan Dondang Sayang. PEMAHAMAN 1. Guru menyuruh murid memberi tumpuan kepada jenis alat muzik yang digunakan oleh kumpulan muzik Dondang Sayang. 2. Guru mengadakan sesi perbincangan dengan murid tentang jenis alat muzik yang digunakan sama ada alat muzik tersebut bertali, berkulit, alat tiupan atau alat muzik yang diketuk. 3. Guru memberi penerangan kepada murid tentang klasifikasi alat muzik tradisional. Kordofon Idiofon Erofon Membranofon : Alat muzik bertali : Alat muzik yang diketuk : Alat muzik tiupan : Alat muzik yang diperbuat daripada kulit 66

69 APLIKASI 1. Guru membawa murid ke Istana Budaya Negara untuk menyaksikan persembahan Ghazal secara langsung. 2. Murid diberikan sehelai kertas. Semasa menonton persembahan, murid dikehendaki menyenaraikan bilangan alat muzik mengikut klasifikasi Membranofon, Idiofon, Kordofon dan Erofon. 3. Murid dibawa ke dalam bilik simpanan alat-alat muzik tradisional. Di sini mereka dikehendaki memegang, mengamati dan cuba membunyikan alat muzik yang dipilih. 4. Murid dikehendaki menyenaraikan sepuluh jenis alat muzik, dapatkan namanya daripada pembantu yang bertugas dan mengklasifikasikan alat-alat muzik tersebut. 5. Murid kemudian menonton persembahan kumpulan Keroncong. Sambil menonton, murid dikehendaki menyenaraikan nama alat-alat muzik yang digunakan dalam kumpulan Keroncong itu dan mengklasifikasikannya. 6. Guru mengaitkan pelajaran dan pengalaman yang telah dilalui oleh murid dengan kerjaya yang boleh diceburi. Contoh kerjaya : Jurutera Audio (Audio Engineer) Pengarah Orkestra (Orchestra Director) Penggubah (Muzik Arranger) Penerbit Rakaman (Recording producer) Pengusaha Alat Muzik (Musical Instrument Manufacturer) 67

70 IMBAS KEMBALI Murid dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut : 1. Berapakah alat Membranofon yang digunakan dalam kumpulan Ghazal? 2. Berapakah alat Erofon yang digunakan dalam kumpulan keroncong? 3. Apakah klasifikasi alat yang tidak digunakan dalam kumpulan, Ghazal, Dondang Sayang dan Keroncong? 4. Nyatakan kerjaya yang boleh diceburi dalam bidang muzik. 68

71 CONTOH 3 Mata Pelajaran : Biologi Tingkatan : Lima Tajuk : Variasi dan Keturunan OBJEKTIF Selepas mempelajari unit ini murid dapat : Menganalisis perkembangan genetik di antara ahli keluarga. Meramalkan generasi F 2 (generasi filial kedua) berdasarkan pengetahuan genotip. PENGETAHUAN SEDIA ADA Pengetahuan yang telah ada pada pelajar ialah: Hukum Mendel I Kacukan Monohibrid dan pewarisan monohibrid 69

72 AKTIVITI Topik Peralatan : Wajah zuriat ku : Rajah wajah kosong, sekeping duit siling, pensil dan pemadam Langkah : 1. Guru meyenaraikan sifat-sifat pada bahagian muka seperti berikut : - bentuk dagu - lekuk dagu - bentuk mulut - bentuk hidung - bentuk mata - bulu mata - suak rambut - rambut - telinga 2. Murid memilih pasangan daripada gender yang berlainan. 3. Setiap ahli pasangan memilih kesudahan lambungan siling secara tetap (iaitu sama ada kepala atau bunga). 4. Setiap pasangan memilih sifat yang hendak dilakar pada rajah wajah kosong yang disediakan. 5. Guru melambung siling dan menyatakan kesudahannya. 70

73 6. Jika kesudahan lambungan siling memihak kepada murid perempuan, murid lelaki akan melakarkan sifat wajah murid perempuan yang telah dipilih tadi pada rajah wajah kosong. Begitu juga sebaliknya. 7. Ulang langkah 4 hingga 6 sehingga semua sifat wajah yang disenaraikan telah dilakarkan. KEPUTUSAN Wajah yang terhasil daripada aktiviti di atas merupakan satu daripada hasil yang mungkin dalam proses kacukan monohibrid. RUMUSAN Aktiviti di atas terhad kepada kacukan dan perwarisan monohibrid sahaja. Wajah yang diperoleh merupakan satu daripada kesudahan yang mungkin. AKTIVITI PENGUKUHAN Murid dibahagikan kepada kumpulan. Salah seorang ahli daripada setiap kumpulan diminta menyediakan gambarnya, ibu bapanya dan datuk dan neneknya (daripada sebelah ibu dan bapanya). Ahli setiap kumpulan akan menganalisis gambar-gambar itu dan menerangkan kepada kelas daripada siapakah rakan mereka mewarisi sifat-sifat wajahnya. NOTA : Aktiviti di atas mengukuhkan pengetahuan sedia ada bagi unit ini dan boleh dijadikan motivasi kepada unit pelajaran yang berikutnya iaitu Hukum Mendel II dan kacukan dihibrid

74 72

75 73

STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI: SATU ANJAKAN PARADIGMA. Oleh

STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI: SATU ANJAKAN PARADIGMA. Oleh STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI: SATU ANJAKAN PARADIGMA Oleh Maria Chong Abdullah Samsilah Roslan Tajularipin Sulaiman Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia,

More information

SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU

SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH 2008 Copyright 2007 Curriculum Planning and Development Division. This publication is not for sale. All rights reserved. No part of this publication

More information

KESAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR VISUAL DALAM PENGAJARAN SUBJEK SAINS TAHUN TIGA. Oleh. Christopher Lu Wei Wang Chrislww2682@gmail.

KESAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR VISUAL DALAM PENGAJARAN SUBJEK SAINS TAHUN TIGA. Oleh. Christopher Lu Wei Wang Chrislww2682@gmail. , ms.87-101 KESAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR VISUAL DALAM PENGAJARAN SUBJEK SAINS TAHUN TIGA Oleh Christopher Lu Wei Wang Chrislww2682@gmail.com ABSTRAK Kajian penyelidikan ini dijalankan untuk meningkatkan

More information

STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA

STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA STANDARD KOMPETENSI GURU MALAYSIA Saedah Siraj Profesor dalam Reka Bentuk Kurikulum dan Teknologi Pengajaran/Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya,50603 Kuala Lumpur, Malaysia E-mail: drsaedah@yahoo.com

More information

AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN KEBERKESANAN KAEDAH PENILAIAN KATA HUBUNG BAHASA MELAYU MELALUI INTERNET BERBANDING KAEDAH KONVENSIONAL MURID TAHUN ENAM SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PANJANG KUALA TERENGGANU AZMI BIN HJ. AWANG LAPORAN AKHIR

More information

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Julai 2013, Bil. 1 Isu 3

JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik - Julai 2013, Bil. 1 Isu 3 STRATEGI PEMBELAJARAN AKTIF SECARA KOLABORATIF ATAS TALIAN DALAM ANALISIS NOVEL BAHASA MELAYU Rafiza Abdul Razak rafiza@um.edu.my Jabatan Kurikulum & Teknologi Pengajaran Fakulti Pendidikan Universiti

More information

PENGURUSAN BILIK DARJAH Mohd Hasani Dali Universiti Utara Malaysia, Kedah & Mohamad Johdi Salleh International Islamic University Malaysia

PENGURUSAN BILIK DARJAH Mohd Hasani Dali Universiti Utara Malaysia, Kedah & Mohamad Johdi Salleh International Islamic University Malaysia PENGURUSAN BILIK DARJAH Mohd Hasani Dali Universiti Utara Malaysia, Kedah & Mohamad Johdi Salleh International Islamic University Malaysia Pendahuluan Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama seorang

More information

EDISI PERTAMA: DISEMBER 2010 Hak Cipta Terpelihara Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia

EDISI PERTAMA: DISEMBER 2010 Hak Cipta Terpelihara Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia EDISI PERTAMA: DISEMBER 2010 Hak Cipta Terpelihara Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial.

More information

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL

PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL Yahya Bin Buntat & Amirudin Bin Yusof Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak:

More information

FAKTOR, KESAN DAN STRATEGI MENANGANI PERMASALAHAN KURANG TUMPUAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DALAM KELAS: SUATU KAJIAN KUALITATIF

FAKTOR, KESAN DAN STRATEGI MENANGANI PERMASALAHAN KURANG TUMPUAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DALAM KELAS: SUATU KAJIAN KUALITATIF FAKTOR, KESAN DAN STRATEGI MENANGANI PERMASALAHAN KURANG TUMPUAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DALAM KELAS: SUATU KAJIAN KUALITATIF Mohammad Aziz Shah Bin Mohamed Arip Fauziah Binti Mohd Sa ad Norhidayah

More information

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN MODUL MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH MTE 3102 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK INSTITUT PENDIDIKAN GURU

More information

KEBERKESANAN NYANYIAN MELODI RIA UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT NAMA 10 MALAIKAT BAGI MURID TAHUN 2 DELIMA SK KAMPUNG GEMUROH

KEBERKESANAN NYANYIAN MELODI RIA UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT NAMA 10 MALAIKAT BAGI MURID TAHUN 2 DELIMA SK KAMPUNG GEMUROH KEBERKESANAN NYANYIAN MELODI RIA UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT NAMA 10 MALAIKAT BAGI MURID TAHUN 2 DELIMA SK KAMPUNG GEMUROH MOHD IZZUDDIN AKMAL BIN RUSMIN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO

More information

PENILAIAN PETA MINDA BUZAN BERDASARKAN RUBRIK ANALITIK

PENILAIAN PETA MINDA BUZAN BERDASARKAN RUBRIK ANALITIK PENILAIAN PETA MINDA BUZAN BERDASARKAN RUBRIK ANALITIK 1 Tee Tze Kiong, 2 Mimi Binti Mohaffyza, 3 Jailani Bin Md Yunos, 4 Baharom Bin Mohamad, 5 Widad Bt. Othman dan 6 Yee Mei Heong 1 Universiti Tun Hussein

More information

Teknologi Mudah Alih Dalam Pembelajaran Kolaboratif

Teknologi Mudah Alih Dalam Pembelajaran Kolaboratif Teknologi Mudah Alih Dalam Pembelajaran Kolaboratif Rossyahida Abd Rahman 1, Prof. Madya Dr. Mohamad Hisyam Mohd Hashim 2 12 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 12 Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

More information

Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah: Komitmen Guru

Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah: Komitmen Guru Pendidikan Lestari DP. Jilid 7, Bil. 2/2007 Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah: Komitmen Guru 74 Mohammad Zohir Ahmad zohir@usm.my Nordin Abdul Razak norazak@usm.my Pendahuluan Pendidikan telah diterima

More information

.. CABARAN PENDIDIKAN SECARA JARAK JAUH: KESEDARAN DAN PENDEDAHAN DALAM ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

.. CABARAN PENDIDIKAN SECARA JARAK JAUH: KESEDARAN DAN PENDEDAHAN DALAM ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) ,,.. LAPORAN AKHIR.. CABARAN PENDIDIKAN SECARA JARAK JAUH: KESEDARAN DAN PENDEDAHAN DALAM ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ICT) Oleh ZURAINI ZAKARIA FATIMAH HASSAN HASMAWATI HASSAN NORESAH HJ. MOHO.

More information

HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT

HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT HUBUNGAN ANTARA MINAT, SIKAP DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KURSUS CC301 QUANTITY MEASUREMENT Zulzana Binti Zulkarnain Pensyarah, Politeknik Port Dickson, KM 14 Jln. Pantai Si Rusa Port Dickson 019-234

More information

Katakunci : faktor, pencapaian pelajaran, matapelajaran analisis nyata

Katakunci : faktor, pencapaian pelajaran, matapelajaran analisis nyata Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Matapelajaran Analisis Nyata Pelajar Tahun Akhir SPT Dan SPM Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Mohd Nihra Haruzuan & Nurul Azilah Binti Ibrahim

More information

PENGETUA PEMACU ORGANISASI PEMBELAJARAN. Nor FonizaMaidin (IAB) Prof. MadyaDr. MohdIzhamMohd Hamzah (UKM)

PENGETUA PEMACU ORGANISASI PEMBELAJARAN. Nor FonizaMaidin (IAB) Prof. MadyaDr. MohdIzhamMohd Hamzah (UKM) PENGETUA PEMACU ORGANISASI PEMBELAJARAN Nor FonizaMaidin (IAB) Prof. MadyaDr. MohdIzhamMohd Hamzah (UKM) Abstrak Penerapan sekolah sebagai organisasi pembelajaran membantu pengetua melengkapkan warganya

More information

Dasar dan Pelaksanaan PBS 2014 PANDUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Dasar dan Pelaksanaan PBS 2014 PANDUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH Dasar dan Pelaksanaan PBS 2014 PANDUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH LEMBAGA PEPERIKSAAN 2014 i PRAKATA Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-nya, Lembaga

More information

KAJIAN TERHADAP PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM TINGKAH LAKU MEMBELI DI KALANGAN PENNGUNA: KAJIAN KES DI JOHOR BAHRU.

KAJIAN TERHADAP PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM TINGKAH LAKU MEMBELI DI KALANGAN PENNGUNA: KAJIAN KES DI JOHOR BAHRU. VOT 71897 KAJIAN TERHADAP PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM TINGKAH LAKU MEMBELI DI KALANGAN PENNGUNA: KAJIAN KES DI JOHOR BAHRU. (AN INVESTIGATION OF DECISION-MAKING PROCESS IN CONSUMERS PURCHASING BEHAVIOR:

More information

Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar

Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar Akademika 81(3) 2011: 103-115 Nota Penyelidikan/Research Note Pengetahuan, Sikap dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar Knowledge, Attitude and Practices of Malaysian Society regarding

More information

PENDIDIKAN BUKAN FORMAL (PBF) DI MALAYSIA: CABARAN DAN HALA TUJU WAWASAN 2020

PENDIDIKAN BUKAN FORMAL (PBF) DI MALAYSIA: CABARAN DAN HALA TUJU WAWASAN 2020 PENDIDIKAN BUKAN FORMAL (PBF) DI MALAYSIA: CABARAN DAN HALA TUJU WAWASAN 2020 Mohd. Azhar Abd. Hamid Muhammed Fauzi Othman Zainudin Hassan Othman A. Kassim Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia

More information

Katakunci : alat bantu mengajar (ABM), guru teknikal

Katakunci : alat bantu mengajar (ABM), guru teknikal Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor Abdul Rahim Hamdan & Hayazi Mohd Yasin Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

More information

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN MATEMATIK Noor Azlan bin Ahmad Zanzali & Nurdalina binti Daud Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

More information

Qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd fghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx. cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq

Qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd fghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx. cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq Qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd fghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx KPF 3012 cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui

More information

UNIT 5 PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN

UNIT 5 PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 61 UNIT 5 PANDUAN MENULIS LAPORAN KAJIAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda diharap akan dapat 1. Mengetahui pertimbangan-pertimbangan yang perlu diberi perhatian

More information

HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU BESAR DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN KURANG MURID GEMILANG TUJUH SEGAMAT, JOHOR

HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU BESAR DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN KURANG MURID GEMILANG TUJUH SEGAMAT, JOHOR HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU BESAR DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN KURANG MURID GEMILANG TUJUH SEGAMAT, JOHOR HISHAMUDDIN SHAH BIN MOKRI manamia_15@yahoo.com MOHD RIZAL

More information

Penilaian tentang usaha untuk menjalinkan hubungan di antara sekolah dengan pihak luar

Penilaian tentang usaha untuk menjalinkan hubungan di antara sekolah dengan pihak luar Tajuk: Kita sentiasa melibatkan masyarakat dalam pengendalian sekolah awam kita dengan mendapatkan sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru selain badan bukan kerajaan serta guru dan kesatuan mereka. Berdasarkan

More information

Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Di Kalangan Guru-Guru Ketua Panitia Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Daerah Kulim Bandar Baharu

Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Di Kalangan Guru-Guru Ketua Panitia Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Daerah Kulim Bandar Baharu Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Di Kalangan Guru-Guru Ketua Panitia Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Daerah Kulim Bandar Baharu Fadzli bin Dahalan Ranjit Singh A/L Malkiat Singh IPG Kampus

More information